Abang

"Sekarang ni, apa idea kita untuk hari kantin nanti?"

"Jual makanan!"

"Boleh jual sekali biskut aku!"

"Erk! Takpelah Yaya.. biskut kau tu, simpan dekat rumah sahaja"

"Kenapa pulak Gopal?"

"Sebab..." Gopal garu-garu kepala dia untuk memikirkan berikan satu alasan kepada Yaya "Sebab.."

"Sebab kita banyak benda nak kena buat. Nanti kau penat sebab terpaksa buat biskut banyak-banyak" Fang terus tersengih kelat kepada Yaya

"Betul juga kata kau, Fang" Yaya setuju sahaja dengan ayat-ayat Fang tadi

Boboiboy, Gopal dan Ying rasa lega kerana mereka tidak perlu menjual biskut Yaya yang tidak berapa sedap itu. Mereka takut nanti ramai pelanggan akan terima akibatnya iaitu sakit perut. Mereka kini berada di kantin sekolah untuk bincangkan tentang rancangan hari kantin mereka di sekolah mereka nanti

"Masih fikirkan lagi idea korang ke?" muncul Bella dengan riak wajah yang berlagak "Kita orang guna aje foodtruck abang Kaizo dulu-dulu. Jual milkshake macam karnival makanan hari tu. Tak payah fikirkan idea lain"

"Kenapa korang tak nak join Bella aje.. kan senang. Tak payah fikirkan sangat"

"Hmm.. nak buat macam mana Yaya, si Fang ni nak buat sesuatu yang mengempakkan" Boboiboy mengeluh sedikit dengan dagunya bertongkatkan dua tapak tangannya "Idea apa yang gempak sangat tu, entahlah"

"Hah! Aku tahu!" Fang terus berdiri di situ "Kita buat zoo! HAHAHA!"

"Wei, lu ni sudah gila kaa.. kita mana ada haiwan!"

"Kau lupa ke Ying. Aku kan ada kuasa bayang... jadi aku keluarkan kesemua haiwan-haiwan dalam bentuk bayang" Fang terasa bangga dengan idea dia "Macam mana? Gempak tak?"

Bella tergelak dengan idea itu. Boboiboy menepuk dahinya sendiri. Gopal mula terbayangkan zoo yang penuh dengan haiwan-haiwan bayang. Yaya dan Ying, hanya mampu gelengkan kepala sahaja

"Wei, kalau macam tu. Baik aku pecah jadi tujuh"

"Hahaha.. betul juga tu Boboiboy. Bolehlah kita adakan sesi bergambar dengan pecahan Boboiboy! Tapi kena bayar!" Gopal terbayangkan duit yang mereka bakal dapat nanti "Mesti kau paling popular nanti!"

"Ehem.. mana boleh dia lagi popular dari aku" Fang masih belum berpuas hati dengan populariti Boboiboy "Aku yang paling popular dan paling bergaya! Hahahaha!"

"Hmm.. tak habis-habis lagi dengan popular dia tu" bisik Yaya "Sudah-sudahlah tu Fang. Hentikanlah kegilaan kau terhadap populariti tu. Bukannya boleh bawa kemana pun"

"Hahahaa.. kau silap, Yaya. Populariti aku boleh bawa aku jauh dari sini. Ianya membolehkan musuh-musuh aku tahu tentang diri aku yang hebat ni.. hahahahaha!"

Bella rasa hendak hempuk kepala Fang dengan buku teks matematik yang dia pegang pada ketika itu

"Aiyooo.. budak ni makin lama, makin gila aku tengok"

"Nak buat macam mana, Ying. Dia dan populariti, tak boleh nak dipisahkan. Kita ikut ajelah cadangan si Fang tu. Janji ada sesuatu yang menarik untuk hari kantin kita nanti" Boboiboy akhirnya mengalah

"Hah! Aku telah mendapat idea baru! Lagi hebat daripada zoo haiwan bayang aku" Fang tersenyum sinis dengan matanya melirik ke arah Gopal

"Dey! Apasal kau tengok aku macam tu?"

"Sebab.. AKU NAK BUAT RUMAH HANTU BAYANG! MUAHAHAHAHAHA!"

Bella gulungkan buku teks matematik dia dan bersedia untuk ketuk kepala si alien landak

"Bella!" panggil seorang kawan baik kepada Bella

Bella pusing kebelakang. Rupanya Faye yang memanggil dia tadi. Bella melihat Fang masih lagi ketawa kerana bangga dengan cadangan dia yang sangat menarik itu. Gopal berdoa banyak agar Fang tidak keluarkan hantu badut bayang nanti. Dia sebenarnya tidak berapa suka dengan rumah hantu atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan hantu

"Bella.. aku sudah minta kebenaran dari abang Kaizo. Dia izinkan kita orang guna foodtruck tu! Jadi bolehlah kita jual milkshake nanti! Superheroes Milkshake akan kembali beroperasi di hari kantin nanti!"

"Yes! Berita yang baik" kata Bella kepada Faye. Lalu dia alihkan pandangan dia ke arah kawan-kawan superhero dia "Korang pula, setuju dengan rumah hantu si landak goreng tu?"

"Hmm.. terpaksalah setuju. Dah takde idea lain, guna ajelah idea Fang yang menakjubkan tu"

"Bagus Boboiboy. Aku bangga dengan kau" Fang tersenyum bangga dengan kawan baiknya "Baiklah.. rumah hantu kita akan beroperasi untuk menakutkan semua para pengunjung nanti! MUAHAHAHAHAHA!"

"Kebetulan yea, itu rumah hantu kau.. bukan rumah hantu aku. Baik aku pergi tolong Bella dan Faye dekat foodtruck"

"Cheh.. penakut" Fang terus berikan renungan tajam dia kepada Gopal "Sekarang ni, kita kena cari tempat yang sesuai untuk rumah hantu kita"

"Hmm.. kita buat dekat kelas!" kata Yaya "Walaupun aku tak berapa setuju dengan idea Fang ni tapi.. rasa macam menarik aje. Yelah, tak siapa yang nak buat rumah hantu. Jadi kita berikan kelainan kepada mereka"

"Terima kasih Yaya kerana setuju dengan idea aku walaupun sebenarnya tak berapa nak setuju" Fang angguk kepalanya dan masih lagi dengan senyuman bangga dia "Tapi.. kalau buat dekat dewan lagi seronok! Dewan tu luas dan besar. Makin banyak hantu bayang aku nanti.. hehehe"

"Hmm.. kau lupalah tu. Dewan tu digunakan untuk konsert nanti!" jawab Bella

"APA?! ADA KONSERT DAN TAK PANGGIL AKU UNTUK NYANYI! Tak boleh jadi ni"

"Jadi, kau tak nak buat rumah hantu ni ke?" Boboiboy berharap begitu "Kita boleh aje buat band balik macam konsert hari tu" Dalam hati dia sebenarnya, dia lebih suka mengadakan sebuah band mereka tersendiri daripada buat rumah hantu "Dan sudah tentu kau menjadi penyanyi utama kami dan paling penting sekali, populariti kau akan meningkat"

"Ha ah, betul tu! Aku sokong dengan kata-kata Boboiboy" Gopal terpaksa berikan senyuman lebar dia kepada Fang agar cadangan rumah hantu itu tidak jadi "Macam mana? Mesti kau sukakan sebab nyanyian kau sedap dan ramai peminat"

"Hmm.." Fang mengusap dagunya

Boboiboy dan Gopal berkelip-kelipkan mata mereka kepada Fang dengan senyum kambing mereka. Akhirnya Fang membuat keputusan dan dia tidak akan mengubah pemikiran dia lagi

"Aku rasa.." Boboiboy dan Gopal masih berharap lagi. Fang menarik nafas dan sambung ayat dia tadi "Kita patut teruskan dengan rancangan rumah hantu kita. Aku sudah puas tunjukkan persembahan nyanyian aku di atas pentas. Jadi, aku perlu fikirkan idea lain pula untuk meningkatkan populariti aku. Biarlah orang lain yang nyanyi dekat konsert tu. Jadi, kita di sini akan bekerja keras untuk menjayakan rumah hantu kita!"

"Semoga berjayalah, korang" kata Bella dengan nada sinis

Harapan Boboiboy dan Gopal akhirnya berkecai. Mereka terpaksa menerima hakikatnya. Gopal dapat rasakan, dia patut pergi sertai Bella dan Faye daripada sertai Fang dengan rumah hantunya. Dia rasa lebih selamat jual minuman milkshake daripada dengar-dengar suara hantu

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Huarghhhh!"

Kaizo menoleh belakang sedikit. Dapati adik dia sudah pulang dari sekolah. Fang menguap besar selepas sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Mata dia kelihatan kuyu sedikit. Kaizo terfikir, mungkin adik dia terlalu banyak gunakan tenaga sehingga mengantuk begitu

"Pang!"

"Yea abang.." Fang berjalan menuju ke ruang tamu. Lalu dia duduk di sebelah abangnya "Hari ni, abang ajelah masak. Adik penat"

"Kau penat sebab apa?"

"Hmm.. banyak sangat berfikir tadi. Lepas tu ada sukan tadi, main bola sepak kena lawan dengan kelas lain"

"Patutlah.. nanti abang suruh sahaja si Faye masakan"

"Tak pun Idoli masakan untuk abang Fang dan juga abang Kaizo" Idoli ada di situ. Dia baring di bawah meja ruang tamu sambil menonton television "Idoli buatkan sup ikan. Nak tak?"

"Err.. takpelah Idoli. Kita suruh Faye sahaja yang buat" Fang tersengih sedikit. Dia teringat lagi sup biskut kucing. Dia tidak sangka Sai dan Shielda boleh habiskan sup itu "Idoli pergi main sahaja ok"

"Ok!" kata Idoli

"Aku ada dengar, sekolah kau mengadakan hari kantin. Kau jual apa nanti?"

"Tak jual tapi kita orang buat rumah hantu! Idea adik sendiri"

"Hmm.. bagus. Boleh abang pergi melawan rumah hantu kau"

"Terima kasih abang! Adik yakin abang akan suka dengan rumah hantu adik!" Lalu Fang bangun dan berikan satu semangat kepada diri dia sendiri "Rumah hantu ini akan berjaya membuat orang ramai menjerit sampai suara takde! MUAHAHAHAHAHA!"

"Hmm.. eloklah tu" Kaizo mula pandang adik dia dengan penuh serius "Tapi.. kalau kau tak berjaya membuat abang rasa takut, maknanya rumah hantu kau tak cukup takut. Kau perlukan sesuatu yang berjaya membuat orang ramai menangis sampai tidak sabar untuk keluar dari rumah hantu itu. Jangan sekadar jerit sahaja.. abang pun boleh jerit"

"Hehehe.. baiklah abang. Adik akan ikut nasihat abang yang bernas tu.. hehehee.. adik nak pinjam hologram hantu abang boleh?"

"Boleh.. apa-apa sahaja untuk rumah hantu kau"

Fang rasa terharu kerana rumah hantu dia mendapat sokongan penuh dari abangnya. Dia seperti mahu peluk dan menangis di dada abangnya. Idoli yang berada di bawah meja, hanya tersenyum sahaja kerana dia suka cerita hantu, apatah lagi rumah hantu. Ramai yang rasa pelik melihat Idoli setiap kali dia pergi menonton filem hantu di pawagam

"Abang!" Fang tidak lagi rasa mengantuk pada ketika itu "Disebabkan abang berikan sokongan terhadap rumah hantu adik. Maka dengan itu, adik akan buatkan sup lobak merah khas untuk abang! Kawan-kawan adik, dia orang bukannya nak sokong pun. Dia orang sebenarnya tak setuju. Kecewa hati adik"

"Takpelah Pang.. asalkan abang sokong dengan rumah hantu kau. Sudah, pergi buat sup lobak merah untuk abang"

"Baik abang!"

Fang berlari masuk ke dalam dapur dengan hati yang riang. Dia siap bernyanyi lagi di dalam dapur itu sambil masak makanan malam mereka

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari yang ditunggu-tunggukan sudah pun tiba tetapi Fang rasa sedih sedikit. Dia tidak sangka abang dia tidak dapat menghadiri hari kantin kerana abang dia dipanggil oleh kommander Kokoci. Dia dapat tahu abang dia diberikan misi dan dia tidak tahu berapa lama abang dia akan jalankan misi itu

"Kau kenapa Fang?" Boboiboy rasa hairan melihat kawan dia duduk termenung di sebelah pintu masuk rumah hantu mereka "Ada benda yang tak kena ke?"

"Hmm.. abang aku"

"Kenapa dengan abang kau? Dia dalam bahaya ke?"

"Bukanlah! Kalau dia dalam bahaya pun, sudah tentu aku takde dekat sini" marah Fang sedikit "Abang aku ada misi pulak hari ni. Dia mesti tak dapat nak datang"

"Oh.. kasihan kau tapi jangan sedih sangat, kita orangkan ada"

"Terima kasih Boboiboy" Fang mula tersenyum lemah kepada Boboiboy

"Kejap lagi, hari kantin nak bermula. Hantu-hantu kau mana?"

"Aku belum keluarkan lagi hantu-hantu aku tapi aku sudah letakkan hologram dekat dalam rumah hantu kita"

Mereka telah gunakan salah satu kelas yang berada di tingkat bawah untuk digunakan sebagai rumah hantu mereka. Kelas itu tidaklah seluas mana tetapi mereka mampu mengubah kelas itu kepada sebuah rumah hantu yang gelap. Tingkap-tingkap kelas itu telah ditutup sepenuhnya. Meja-meja dan kerusi disusun dan dijadikan sebagai pendinding untuk laluan mereka mencari jalan keluar rumah hantu tersebut

"Siap ada hologram lagi"

"Mestilah. Aku kenalah buat rumah hantu ini dengan berjaya. Aku tak naklah gagal. Nanti orang cakap, rumah hantu kita tak seram pula" Fang bangun dari tempat duduknya "Aku akan buktikan kepada semua orang, yang aku boleh lakukan rumah hantu ini dengan baik!"

"Hehehe.. semoga berjaya Fang"

Mata Boboiboy terpandang sebuah food truck masuk ke dalam kawasan sekolah mereka. Kenderaan itu berhenti di tepi padang sekolah mereka. Food truck itu dipandu oleh ayah Gopal dan di sebelahnya adalah Gopal sendiri. Boboiboy agak terkejut sedikit. Kenapa ayah Gopal yang pandu food truck itu? Adakah Gopal yang suruh? Atau Gopal yang ingin menjual makanan pada hari kantin tetapi Gopal tidak beritahu kepada kawan-kawan dia. Lalu muncul tiga orang gadis sedang menuju ke food truck tersebut. Mereka adalah Bella, Faye dan Lily. Pemikiran Boboiboy terus teringat, food truck itu adalah food truck Superheroes Shakes

"Apasal Gopal pergi join dia orang? Nak jadi pembelot ke?"

"Mana adalah Fang" kata Boboiboy "Mungkin dia tak nak bantu kita sebab hantu. Sebab itulah dia lari ke sana"

"Hmm.. suka hati dialah. Janji dia tak ganggu rumah hantu aku.." Fang perhatikan Gopal dari jauh "Hmmm... hantu apa yang Gopal takut yea?"

"Semua jenis hantu dia takut. Kenapa?" soal Boboiboy

"Takde apa.. kejap lagilah aku keluarkan hantu-hantu bayang. Sekarang ni baik aku siap-siapkan tempat kaunter tiket nak masuk rumah hantu ni"

"Aku ada satu idea!" muncul Yaya dengan wajah cerianya

Fang terkejut dengan kehadiran Yaya. Dia rasa curiga dengan cadangan Yaya. Lalu dia dengarkan cadangan itu dari sang gadis bertudung pink

"Apa kata, kita bagi potongan harga kepada sesiapa yang beli milkshake dari Superheroes Shakes. Macam mana? Ok tak cadangan aku? Dan aku ada sediakan biskut bagi sesiapa yang berjaya keluar dari rumah hantu ini!"

"Err.. biskut tu tak perlulah kot" Fang tersengih kepada Yaya "Tapi... idea kau tu, memang terbaik. Mereka hanya perlu tunjukkan bekas minuman milkshake, kita bagi discount! Hahahahaha!. Bagus Yaya"

"Kenapa biskut aku tak perlu pulak?"

"Err.. macam mana yea nak cakap" Fang terpinga-pinga untuk mencari jawapan. Akhirnya, tiada satu alasan pun yang terlintas di dalam pemikirannya "Bolehlah kot kau bagi dia orang" Dia tersengih sedikit. Lalu dia bisik kepada Boboiboy "Wei, nanti kau cuba dapatkan balik biskut-biskut tu dari pengunjung rumah hantu kita"

"Ok" bisik Boboiboy balik

Yaya gembira dengan persetujuan Fang tadi. Lalu dia terbang balik untuk mengambil kesemua biskut yang dia pada hari semalam. Fang tidak mahu pengunjung rumah hantu dia tiba-tiba sakit perut. Dia takut ramai yang akan jauhkan diri daripada rumah hantu itu, hanya gara-gara biskut Yaya yang tidak begitu sedap itu. Mungkin dia patut memanggil Lahap untuk selamatkan mereka daripada menjadi mangsa biskut Yaya

"Fang.. kau senyap aje. Kenapa?"

"Takde apa-apalah. Mari kita siapkan rumah hantu kita ni"

"Haiyaa.. meja depan sudah siap maaa. Aku yang kemaskan meja tu.. cuma rumah hantu kita, masih belum ada hantu lagi" kata Ying yang baru sahaja tiba "Mana hantu-hantu kita semua?"

"Ada.. jangan risau" kata Fang

"Wuuu.. kenapa tak letak landak aje dalam rumah hantu tu. Bukan landak ni hantu juga.. hehehehe"

Mata Fang melirik ke arah kiri dia. Dalam hati dia penuh dengan sumpah seranah terhadap gadis yang berdiri di sebelah dia. Gadis itu adalah Lily. Gadis yang suka membuat huru-hara

"Wei, apasal kau ada dekat sini?" soal Fang

"Lily nak tolong kawan-kawan Lily lah!" balas Lily dengan satu senyuman "Lily ada ciptaan baru untuk Superheroes Milkshakes kita iaitu KEREPEK PISANG MILKSHAKE!"

"Hmm.. kerepek pisang? Apa yang kau merepek ni"

"Ma-mana ada! Lily tak pernah merepek kecuali kerepek pisang Lily. Dia orang yang suka merepek yang bukan-bukan"

"Apa-apa ajelah.." Fang tetap tenang dan tidak mengamuk. Dia akan melayan Lily dalam keadaan yang tenang "Wei, disebabkan aku sudah lama tak makan kerepek pisang kau yang merepek tu. Bagi aku satu bungkus!"

"Cheh, sempat lagi si Fang ni" Boboiboy gelengkan kepala dia "Lily, kerepek pisang milkshake tu macam mana?"

"Senang sahaja!" Suara Lily mula berubah menjadi serius sedikit "Kita letak ice cream vanilla atau apa-apa sahaja, susu, pisang dan juga madu. Lepas tu kita blend kesemua bahan-bahan tersebut. Lepas dah siap, kita tuangkan ke dalam bekas minuman! Nak letak krim atau tak nak, terpulang kepada BBB-CHAN! And paling last sekali, kita taburkan kerepek pisang yang sudah dihancurkan ke atas minuman itu! Dah jadi kerepek pisang milkshake! SEDAP! Nanti BBB-CHAN rasa ok!"

Tiba-tiba pula Gopal rasa terliur dengan air ciptaan Lily tadi. Perut dia mula berbunyi walaupun dia sudah bersarapan pagi. Air liur dia mula meleleh keluar sedikit di tepi bibirnya

"Aiyoo tambi.. apasal meleleh ni"

"Alamak! Ampun appa.. hehehe.. saya terliur pula dengan air ciptaan Lily tu" Gopal tersengih kepada ayahnya "Lepas tu, perut saya rasa lapar pula"

"Aiyoyoo.. bukan ke kamu sudah makan tadi. Amma sudah buat kari ayam pagi tadi. Masih lapar lagi" Ayah Gopal gelengkan kepala "Apa nak jadi dengan kamu ni.. appa nak pulang dah. Nanti appa datang balik dengan amma. Kamu pastikan ice cream semua habis!"

"Baik appa! Nanti suruh amma bawakan bekal kari ayam lagi! Tak pun kari ikan ke.. hehehe"

Ayah Gopal terus pandang anaknya dengan satu renungan. Gopal tersengih dan lalu dia berundur pergi secara perlahan. Dia takut diri dia kena marah dengan ayah dia nanti. Boboiboy dan Lily tergelak melihat gelagat Gopal tadi. Gopal sudah naik dan masuk ke dalam food truck. Dia mula berikan pertolongan kepada Faye dan Bella

"Beberapa minit lagi, orang ramai akan datang ke sekolah kita. Jadi, bersiap sedialah hantu-hantu bayang ku!"

Boboiboy dan Lily menonton Fang mengeluarkan kesemua hantu-hantu bayang. Gopal sudah tundukkan diri dan sorok di belakang kaunter food truck kerana takut. Ada juga segelintir pelajar yang lalu di situ, larikan diri kerana terkejut dengan kemunculan hantu-hantu bayang tersebut

"Hantu badut, hantu pocong, hantu abang aku si Kapten Kaizo tu, hantu zombie, hantu pontianak, hantu kucing, hantu teddy bear, hantu kepala botak takde badan dan Picu"

"Picu?" Boboiboy terkejut melihat Picu ada bersama dengan hantu-hantu bayang "Apasal ada Picu? Dia kan alien comel. Dia mana boleh jadi hantu"

"Picu ni special sikit. Sesiapa yang masuk dalam rumah hantu ni, dia orang kena cari Picu sampai dapat! Kalau tak dapat, memang tak boleh keluar.. MUAHAHAHAHA! Tangan dia orang kena ada sedikit jilatan dari Picu. Mesti ada bekas lendir hijau dia! Baru boleh keluar dari rumah hantu tu"

"Erk.. kejam sungguh si landak ni"

"Aku memang kejam pun" kata Fang dengan penuh bangga "Pelik nak cuba ke?"

"Err.. takpelah" Lily tersengih kecil "Hantu pontianak tu kan. Teringatkan Lily dekat Ratu Lily.. kalaulah dia ada lagi, mesti landak suruh dia jadi pontianak dekat dalam rumah hantu tu. Lagi real lagi bagus! Mesti ramai akan teruja sebab dapat berjumpa dengan hantu pontianak yang sebenar! Wuu.. menarik sungguh!"

"Hmm... cadangan yang bagus tapi malangnya, Ratu Lily sudah tiada tapi kau pun boleh jadi ratu pontianak"

Lily tuding jari kepada dirinya. Fang angguk kepala dia sambil tersenyum sinis. Lalu Lily larikan diri kerana dia tidak sanggup menjadi pontianak. Lebih-lebih lagi kena duduk di dalam bilik gelap itu yang dipenuhi dengan hantu-hantu bayang. Fang tergelak sakan di situ dan Boboiboy terpaksa tepuk kepala kawan baiknya

"Woi!"

"Cubalah jangan terlampau kejam sangat.. apalah kau ni. Mari kita fokuskan dengan rumah hantu ni"

"Hmm.. yelah" kata Fang dengan nada yang bosan "Baiklah.. hantu-hantu sekalian! dan juga Picu.. beratur dan masuk ke dalam rumah hantu ini! Kerja kamu adalah untuk menakutkan orang dan Picu, jilat tangan orang sahaja! Jangan pergi makan pulak"

Picu hanya berkelip-kelipkan mata sahaja dengan lidah dia terjulur keluar. Fang membuka pintu berkembar rumah hantu. Lalu hantu-hantu bayang sekalian masuk ke dalam bilik gelap itu. Picu melompat masuk. Fang menghempas tutup pintu rumah hantu tersebut

"Fang"

"Kau nak apa? Ada cadangan yang menarik ke?"

"Ada!" kata Boboiboy "Aku cadangankan untuk pecahkan diri aku untuk pergi tarik pelanggan, melawat rumah hantu kita"

"Bagus.. cadangan yang bagus. Aku setuju tapi aku tak pasti si Boboiboy Ice tu akan tarik pelanggan ke tak. Aku risau nanti dia pergi tidur entah ke mana ataupun dia pergi makan. Si Thorn tu, aku tak boleh nak percayakan sangat. Dia nanti pergi cakap ada hantu betul dekat dalam rumah hantu kita.. adeh.. habis rosak"

"Err.. jangan risau... aku yakin, si Gempa akan menasihati mereka" Boboiboy sebenarnya rasa risau juga dengan sikap setiap pecahan dia "Si Thorn tu, kita bagi dia pergi berseronok ajelah. Tak pun, dia pergi berseronok dengan Ice"

"Hmm.. berseronok ke atau pergi tidur. Apa-apa ajelah, jangan pecahan kau buat hal sudah"

Boboiboy pastikan para pecahan dia nanti, semuanya dapat menolong Fang dengan jualan tiket rumah hantu mereka nanti dan berkelakuan baik. Dia tidak mahu pecahan dia nanti menimbulkan suasana huru-hara pada hari kantin tersebut. Pintu gate sekolah mereka sudah dibuka. Para pengunjung yang datang awal, mula masuk ke dalam pekarangan sekolah. Gopal, Bella dan Faye masih belum bersedia lagi. Mereka masih ada beberapa benda yang mereka perlu lakukan dengan segera sebelum food truck itu dibuka. Fang duduk di kerusi dia sambil tersenyum lebar dan menunggu pengunjung rumah hantu yang pertama

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu tengahari sudah tiba. Hari kantin masih berjalan lagi. Semuanya gerai-gerai kecil yang ada di dalam kawasan sekolah itu, semuanya sibuk melayan para pengunjung mereka. Semua gerai-gerai tersebut dikendali oleh para pelajar sekolah tersebut. Fang duduk termenung sambil perhatikan orang lalu lalang di situ. Tiada orang yang ingin masuk ke dalam rumah hantunya pada waktu itu. Pagi tadi, rumah hantu dia mendapat sambutan ramai tetapi sekarang ini, ianya menjadi hambar. Fang mengeluh sedikit tetapi pada masa yang sama, dia rasa sedih kerana kawan-kawan dia. Bukan dia sedih kerana sesuatu yang buruk terjadi kepada mereka. Dia sedih kerana kawan-kawan dia dan juga sepupu dia, Faye, dapat meluangkan masa bersama keluarga mereka. Boboiboy sudah pergi bersiar-siar di sekitar sekolah bersama Tok Aba dan Ochobot. Yaya dan ibunya, pergi makan di sebuah gerai kecil yang ada di dalam kantin. Ying pergi berseronok dengan ibunya dengan menonton konsert kecil yang diadakan di dalam dewan sekolah. Gopal pula, dia berkelah di tepi padang sekolah bersama ayah dan ibu dia. Ibu Gopal membawa bekalan kari ayam untuk anaknya. Ibu bapa Faye pun ada di situ juga. Mereka berseronok sambil bermain permainan yang ada pada hari kantin itu. Bella pula, abang dia menolong dia menjual milkshakes. Walaupun kerusi roda abang Bella tidak boleh dibawa masuk ke dalam food truck itu, dia masih dapat menolong Bella dari luar food truck sahaja. Ibu bapa mereka tidak dapat datang kerana ada urusan lain mereka perlu uruskan. Rizu ada di situ bersama ibunya. Lily entah hilang kemana. Fang memang tak ambil kisah tentang gadis itu. Harraz pula, dia ada bersama keluarga dia. Hubungan mereka semakin lama semakin baik. Paling mengejutkan Fang adalah Laksamana Tarung. Idoli yang menjemput abangnya datang ke hari kantin tersebut

"Hmm.. seronoknya" bisik Fang

"Abang Fely ok?"

Fang menoleh ke sebelah kanan dia. Emmy mengambil tempat duduk Boboiboy

"Abang ok aje" jawab Fang

"Kalau abang Fely ok, tapi kenapa abang Fely nampak sedih. Abang Fely rindukan seseorang ke?"

"Hmm..." Fang seperti hendak menjawab tetapi tidak mahu menjawap. Dia mengeluh sahaja

"Emmy faham dengan perasaan abang Fely ketika ini. Sebab Emmy pun rasa sedih dan rindukan mereka"

"Emmy setiap hari rindukan ibu bapa Emmy ke?"

"Yea" Emmy angguk kepalanya. Lalu dia keluarkan sebungkus donut lobak merah dari beg plastik "Nah, Emmy belikan khas untuk abang Fely. Emmy cuma nak ceriakan hati abang Fely sahaja"

"Terima kasih" Memang benar kata Emmy tadi. Hati Fang terasa sedikit ceria apabila dia dihadiahkan dengan donut lobak merah tetapi jauh dihati, kesedihan itu tidak akan pergi begitu sahaja "Emmy tak pergi jalan-jalan ke? Pergi main game ke, masuk rumah hantu ni ke, pergi beli makanan ke"

"Sudah tapi itulah.. Emmy seorang sahaja. Bila Emmy tengok orang lain, ada yang bersama dengan keluarga dia orang atau dengan sahabat-sahabat dia orang. Emmy rasa cemburu"

"Ohh.. kawan Emmy mana?" soal Fang

"Ada tapi dia orang tengah jalan-jalan dengan ibu bapa dia orang. Jadi Emmy ke sini untuk temankan abang Fely yang kesunyian ni" Mata Emmy terpandang seorang alien berkepala kotak dan robot ungunya. Mereka adalah Adudu dan Probe "Eh... Adudu pun ada dekat sini. Robot badut pun ada sekali!"

"Hmm.. jangan dia ganggu hari kantin kita sudah" kata Fang

"Hehehe.. abang putera galaxy mana?"

"Dia ada misi. Dia tak dapat nak datang"

"Bertabahlah abang Fely" Emmy tepuk bahu Fang sedikit "Abang Fely.. cuba tengok cikgu Papa.. dia bawa anak dia yang comel tu, Pipi Zola!"

"Hmm.. cikgu Papa pun bawa anak dia tapi tak bawa bini dia. Apalah cikgu Papa ni" kata Fang sambil gelengkan kepalanya "Tapi seronok pula tengok dia orang" Dia mula merindui ayah dan ibunya. Alangkah indahnya jikalau mereka masih hidup lagi. Sudah tentu Fang mahu membawa mereka jalan-jalan di sekitar sekolah sambil bersuka ria bersama dengan mereka

"Fang"

Panggil seseorang. Emmy tiba-tiba tersenyum seorang diri apabila seorang gadis hadir di rumah hantu tersebut. Fang mengangkat kepalanya sedikit. Dia terkejut dengan kehadiran Lynna di situ

"Kak Lynna!" Fang teruja melihat Lynna "Kak Lynna buat apa dekat sini?"

"Akak datang sebab abang kamu yang suruh datang ke sini. Dia nak akak bawa kamu jalan-jalan. Dia tak nak kamu keseorangan sebab dia tahu, Fang akan rasa sedih bila melihat orang lain bersama dengan keluarga mereka. Jadi, dia hantar akak ke sini"

"Abang Fely pergilah jalan-jalan dengan kakak puteri fantasi"

"Tapi.." Fang tidak mahu tinggalkan rumah hantu dia

"Hehehe... jangan risau, Emmy akan jaga rumah hantu ini dengan baik. Tengok tu, ada orang nak masuk rumah hantu ni. Abang Fely pergilah. Emmy akan uruskan mereka"

Fang tidak membantah. Dia ikut Lynna pergi ke sebuah gerai kecil untuk membeli makanan. Emmy begitu mesra melayan para pengunjung yang ingin masuk ke dalam rumah hantu tersebut

"Kak Lynna" panggil Fang sambil membelek-belek bungkusan makanan yang ada di gerai itu "Abang ada tak cakap, bila dia akan balik?"

"Hmm.. dia cakap, dia tak tahu bila dia boleh balik" jawab Lynna

"Ok.." Nada Fang kelihatan kecewa "Kak Lynna.. terima kasih kerana sudi datang ke sini untuk temankan adik"

"Sama-sama Fang. Akak cuma mahu Fang gembira sahaja" Lynna tersenyum melihat Fang "Apa kata kita belikan sesuatu untuk dia"

"Belikan sesuatu untuk dia?"

"Yea Fang... kenapa? Tak nak belikan sesuatu untuk abang ke?"

"Mestilah nak tapi.. nak beli apa yea" Mata Fang melihat makanan yang ada di gerai itu tetapi semuanya tidak berkenan dihatinya "Kita ke gerai lain. Adik tak tahulah nak beli apa untuk abang. Kalau beli makanan, nanti simpan lama-lama, tak elok pulak"

"Hmm.. jom kita ke sana"

Lynna membawa Fang ke sebuah kelas yang menjual barangan kraf tangan. Semua barangan itu dihasilkan oleh para pelajar tersebut contohnya penanda buku, gambar lukisan dan juga keychain. Ada juga barangan anak patung plushie jual disitu. Fang ternampak plushie anak patung kecil di dalam sebuah bakul. Ianya kecil dan bulunya lembut. Dia angkat plushie tersebut

"Nak beli yang tu ke?" Lynna tergelak sedikit

"Hehehe... teringat dekat Lily panggil abang, kapten itik hot" Fang rasa plushie itu sesuai untuk abang dia "Adik beli plushie itik ni lah.. hehehe.. abang mesti marah tapi sebenarnya, dia hargai aje pemberian adik"

"Mesti dia akan suka punya. Akak pun suka dengan itik plushie ni.. comel aje. Akak nak beli satulah"

"Akak pun nak beli itik plushie juga ke?" soal Fang

"Hmm.. itik plushie takde dah.. cuma ada kucing plushie aje" Lynna membelek-belek kesemua plushie yang ada di dalam bakul itu. Semuanya plushie berbentuk haiwan "Kucing ni pun cukup comel macam itik tu. Jom kita bayar. Akak belanja"

"Eh.. takpelah kak Lynna. Biar adik sendiri yang bayarkan plushie ni sebab adik yang nak hadiahkan kepada abang"

"Bagusnya Fang ni"

Fang tersenyum bangga dengan pujian dari Lynna tadi. Selepas mereka bayar kedua-dua anak patung plushie tersebut, Fang mengajak Lynna pergi beli gula-gula kapas. Kesedihan Fang mula reda sedikit demi sedikit. Dia tahu abang dia akan kembali

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu, Fang terbaring di atas kerusi sofa. Dia kelihatan penat dengan acara hari kantin pada siang tadi. Hadiah itik plushie yang dibeli oleh Fang siang tadi, ada di atas meja ruang tamu. Ada sehelai nota yang ditulis oleh Fang sendiri di tepi itik plushie tersebut. Tangan Fang membelai kepala Shadow. Dia seorang sahaja di dalam rumah itu. Faye pergi ikut ibu bapa dia pulang ke planet asal dia sebelum dia dihantar pulang ke bumi. Manakala Idoli pula, dia pergi ikut abangnya ke stesen TAPOPS. Mata Fang semakin lama semakin kuyu. Lalu dia tertidur di atas sofa tersebut

Beberapa jam kemudian, Fang tidak sedar pintu rumahnya dibuka oleh seseorang. Kaizo melangkah masuk ke dalam rumah itu. Dia kelihatan penat tetapi masih lagi bersemangat. Dia tersenyum bersendirian apabila dia ternampak adiknya sedang tidur nyenyak di atas sofa. Lalu mata dia melirik ke arah meja ruang tamu. Ada sebuah anak patung itik duduk di atas meja itu. Disebelah anak patung tersebut, sehelai nota yang ditulis oleh Fang sendiri. Kaizo mengangkat nota tersebut dan lalu baca

"Khas untuk abang ku, Kapten Kaizo"

Kaizo menghargai pemberian Fang itu. Dia simpan itik plushie tersebut di dalam poket seluarnya

"Pang.. bangun"

"Janganlah kacau.. aku nak tidur!"

"PANG! BANGUN!"

Fang terus terduduk kerana terkejut dengan jeritan dari abangnya. Mata terbuka luas dan lalu mata dia terkebil-kebil melihat sekeliling rumahnya. Dia ternampak abang dia berdiri di depannya

"ABANG! KENAPA KEJUTKAN ADIK!" Lalu Fang tersedar "Eh.. abang dah balik? Misi abang macam mana?"

"Hmm.. tadi marah abang, sekarang ok pulak" Kaizo sedikit lagi hendak tergelak di situ "Misi abang diambil alih oleh Sai dan Shielda. Kommander Kokoci suruh aku pulang ke sini sebab dia rasa bersalah sebab panggil abang untuk jalankan misi"

Fang terus memeluk abangnya tanpa berkata apa. Dia gembira abangnya sudah pulang

"Suka kau bila abang dah balik"

"Mestilah suka! Tapi.." Fang lepaskan pelukannya "Adik sedih sebab abang tak dapat nak hadiri hari kantin tadi. Jadi, adik beli itik plushie untuk abang sahaja"

"Hmm.. mari ikut abang"

"Pergi mana?" soal Fang

"Abang nak bawa kau ke sesuatu tempat"

"Dekat mana tu?"

"Ikut ajelah!" nada Kaizo agak garang sedikit "Kau mesti akan suka nanti"

"Ok"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fang masih lagi tertanya-tanya, kemana abang dia membawa mereka pergi. Dia kini berada di planet asalnya tetapi tempat yang mereka pergi, adalah jauh daripada rumah ibu bapa mereka. Kaizo membawa adiknya ke sebuah bandar yang dipenuhi dengan cahaya-cahaya lampu. Kedai-kedai dibandar itu masih lagi dibuka tetapi Kaizo bukannya bawa adik dia ke situ. Kaizo membawa adiknya ke sebuah karnival circus. Di situ, terdapat pelbagai acara dan gerai yang diadakan pada karnival tersebut. Karnival itu dipenuhi dengan cahaya-cahaya putih kecil berbentuk bulat. Ianya berterbangan di sana sini dan membuatkan karnival itu seperti sebuah karnival bercahaya

"Itu adalah karnival bintang" kata Kaizo

Lalu mereka menyaksikan sebuah persembahan bunga api di ruang udara. Pelbagai bentuk dan warna menghiasi langit gelap itu. Fang teruja melihat pertunjukkan bunga api tersebut

"Wah! Bestnya!"

"Dulu-dulu.. ibu dan ayah ada bawa abang ke karnival ini sebelum mereka pergi buat selama-lamanya. Kau masa tu belum lahir lagi. Karnival ini jarang ada dekat sini. Abang selalu tunggu kedatangan karnival ini kerana nak ibu dan ayah bawa kita ke sini untuk bersuka ria tapi..." Kaizo menahan dirinya daripada menangis "Tapi sekarang ini.. aku hanya dapat bawa kau sahaja"

"Adik faham abang" Fang turut rasa sedih juga pada ketika itu "Ibu dan ayah mesti tak nak kita rasa sedih ketika ini. Dia orang mesti nak kita pergi berseronok. Abang jangan sedih ok. Nanti ibu dan ayah pun rasa sedih juga"

"Terima kasih Pang. Abang tak kan rasa sedih. Jom, kita pergi berseronok dekat karnival tu. Kau mesti suka nanti"

"YAHOOOO!"

Fang lari ke arah karnival tersebut sambil menjerit nama abangnya. Kaizo hanya berjalan sahaja sambil perhatikan keceriaan di wajah adiknya. Lalu dia tergelak kecil kerana dia dibahagian belakang jaket Fang, rupanya ada Picu. Sang alien hijau itu melekatkan dirinya dipermukaan jaket ungu Fang. Malam itu, Kaizo langsung tidak fikirkan dirinya seorang kapten tetapi seorang abang yang bersuka ria bersama dengan adiknya

--------------------------------------------------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top