Ulangan Masa
Fang mengintai-intai bilik abang dia yang sentiasa gelap itu. Ianya seperti sebuah bilik gothic tetapi tiada perhiasan gothic yang ada di dalam bilik tersebut. Perabut di dalam bilik itu, semuanya tersusun rapi tapi barang-barang Kaizo agak bersepah sedikit. Fang tersenyum melihat kapal terbang mainan mereka masa kecil, di simpan di dalam almari cermin. Dia masuk ke dalam bilik abangnya dan menyentuh-yentuh sedikit barang yang ada di dalam bilik itu. Dia letakkan teddy bear pertama abang dia yang dia pinjam semalam, di atas katil abangnya. Surat untuk abang dia dari ayah mereka, Fang letak di atas meja abangnya. Dia ternampak sekeping gambar yang terselit di dalam buku novel abangnya. Lalu dia keluarkan gambar itu untuk melihatnya
"Abang dan adik selamanya" Fang baca tulisan abangnya sewaktu dia kecil lagi. Gambar itu dijumpai di dalam photo album yang atuk dan nenek mereka berikan pada tahun lepas. Fang rasa sedih pula kerana senyuman abang dia akan jarang sekali untuk dilihat berbanding ketika mereka kecil lagi. Dia tidak begitu ingat sangat tentang masa kecil dia tetapi video-video yang mereka jumpai semalam, membuatkan dia lebih dekat dengan kenangan-kenangan dia bersama ibu dan ayah dia. Fang mengesat air matanya sedikit apabila dia teringat salah satu video. Ketika mereka keluar pergi bersiar-siar di taman permainan. Ayah dia merakam ketika dia bermain di atas buai dan ibunya menghayunkan buai itu secara perlahan
"PANGGG! KAWAN KAU SUDAH SAMPAI!" Fang terkejut dengan jeritan dari abangnya. Dia letak balik gambar tadi di dalam buku novel abangnya dan terus dia keluar dari bilik. Dia tenangkan diri dia supaya dia tidak terlampau emosi. Dia berjalan seperti biasa dan lalu dia turun ke bawah. Abang dia sudah pun membuka pintu untuk kawan-kawannya masuk ke dalam rumah. Gopa, Yaya, Ying, Bella, Emmy, Harraz, Rizu dan juga Lily masuk ke dalam. Yaya ada bawa makanan dia tetapi bukan biskut dia yang tidak begitu sedap. Lily pula membawa beberapa cd lagu. Fang tidak tahu apa yang Lily hendak cuba lakukan. Faye sudah pun keluar dari bilik dia dan terus dia memeluk Bella dan Lily
"Abang Fang!" Rizu melambai-lambai ke arah Fang "Abang Fang! Pizu ada lukis gambar abang Fang! Nanti Pizu tunjuk"
"Kamu semua datang ke sini sebab apa?" tanya Kaizo sambil melihat kawan-kawan dia duduk di ruang tamu. Fang duduk di kerusi sofa dan Rizu duduk di atas ribanya
"Sebab kita orang nak berbincangkan tentang birthday surprise BBB-CHAN!" Mata Lily bersinar-sinar apabila fikirkan tentang Boboiboy "Oh Boboiboy ku, sudahkah engkau pergi berdating lagi dengan Lily"
"Mengikut mesej yang aku terima, dia cakap dia tak nak" jawab Fang dengan selambernya. Lily terus baling sebuah bantal cushion ke arah Fang tapi Rizu sempat tangkap bantal itu "Hehehee.. pandai Rizu"
"Cheh! Tak guna punya Rizu" bisik Lily tetapi bibir dia masih lagi tersenyum. Lily memang seseorang yang agak susah untuk bermasam muka "Oh yeah, Lily ada bawa cd lagu sebab nak ajar itik dan kucing-kucing kesayangan dua adik beradik alien nyanyi lagu happy birthday"
"Aiyooo.. boleh ke kau ajar dia orang nanti" tanya Ying
"Mestilah boleh! Lily yakin yang mereka akan pandai nyanyi nanti! MEOW QUACK MEOW QUACKKKKKKK!" Kali ini Rizu pula baling cushion dekat Lily dan lalu terkena muka Lily "LANDAKKKKK!"
"Woi! Bukan akulah!" marah Fang
"Hehehee.. bukan yea" Lily tersengih
"Sudah, sudah.. kita perlu fikirkan sesuatu untuk birthday Boboiboy" kata Yaya dengan nada tegas dia "Korang ada apa-apa cadangan tak?"
"PIZU ADA!" kata Rizu sambil mengangkat tangan sebelah dia "Kita buat birthday party abang Boboiboy bertemakan POKEMON!"
"Errr... kalau takde tema boleh ke?" Yaya tersengih kepada Rizu
"Boleh kot tapi apa-apa pun, Pizu akan memakai costume Pikachu nanti!" Fang belai rambut Rizu. Badan Rizu memang kecil tapi umur dia sangat berbeza. Tahun ini sahaja Rizu akan masuk 10 tahun tapi perangai dia, tetap seperti tahun lepas. Mungkin lama kelamaan, Rizu akan menjadi lebih matang atau salah dia selalu melayan Rizu seperti kanak-kanak 7 tahun, fikir Fang
"Kau takde idea ke Fang?" tanya Gopal secara tiba-tiba
"Aku.. hehehee..." Fang tersenyum sinis. Semua orang tahu dengan senyuman itu iaitu senyuman kenakalan dia "Korang nak aku rancangkan ke?"
"Jangan cakap kau nak baling telur ataupun tepung dekat dia pula"
"Takdelah Bella. Itu idea terlampau bosan sangat tapi mesti cik tegas kita akan marah nanti" kata Fang sambil memandang ke arah Yaya, yang lain pun turut pandang Yaya. Mereka tahu, jikalau mereka buat begitu, Yaya pasti akan memarahi mereka kerana membazirkan makanan dan duit sahaja dengan benda-benda yang tidak berfaedah
"Kalau macam tu, kita culik dia dan kurungkan dia!"
"Wei, idea apa macam tu" marah Ying kepada Gopal
"Idea yang tengah takde idea" kata Gopal sambil tersengih. Mata dia sebenarnya asyik pandang kuih yang Yaya bawa tadi. Perut dia sudah pun berbunyi-bunyi tetapi tiada siapa pun yang dengar sebab sibuk sangat nak berbincang
"Tak pun, kita sambut hari jadi abang oren dekat dunia fantasy kak Lynna. Mesti seronok!" kata Emmy sambil terbayangkan dia memakai gaun berwarna pink "Bestnya"
"Betul tu Ammy, memang best" Lily pun terbayangkan diri dia menari bersama Boboiboy di balkoni istana yang begitu besar dan luas sekali dan bulan penuh akan menjadi saksi kepada mereka berdua "dan kisah cinta Lily dan Boboiboy akan berputik di situ.. syoknya" Fang baling lagi cushion dekat kepala Lily tetapi Lily abaikan sahaja
"Hehehe.. berangan aje si Lily ni" kata Harraz "Tapi kak Lynna bagi ke? Atau korang gunakan kapal angkasa abang Kaizo. Macam korang sambut hari jadi Rizu tahun lepas"
"Jangan nak berangan nak gunakan tempat medan latihan tempur. Tempat itu hanya untuk berlatih sahaja BUKANNYA TEMPAT UNTUK BERPARTY!" Bergema satu rumah dengan suara garang Kaizo
"Yelah abang" jawab Fang dengan nada bosan dia "Kalau korang takde idea, biar aku aje bagi idea"
"Kau jangan nak buat idea yang tak masuk akal" tegur Bella
"Ha ah, idea nakal pun tak boleh" Yaya pula tegur Fang
"Nasihatlah korang dekat dia, si panas baran ni memang tak kan dengar punya. Betul tak Faye?"
"Betul tu Gopal! Tapi idea dari Fang selalunya mesti best" Fang cukup terharu dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut Faye "Idea nakal pun tapi mesti seronokkan. Kita buat sesuatu yang mengejutkan untuk Boboiboy"
"Seperti Lily bawa dia ke dunia fantasy kak Lynna" Lily masih lagi berangan
"Ataupun aku buatkan birthday kek untuk dia dan bawa ke sekolah. Boleh kita sambut sama-sama" Tiba-tiba sahaja Lily buat muka sedih dekat Yaya "Err.. hehehe.. Lily kan sekolah pagi, lepas tu bolehlah guna alat yang untuk pergi ke mana-mana sahaja"
"Ha ah! Betul juga!" Terus mata Lily bersinar-sinar balik sambil melihat dirinya terkena sebuah cahaya harapan "Lepas tu Lily akan berikan hadiah Lily kepada dia. Lily akan buat banana chocolate kek dan juga sebuah plushie dino dino yang besar! Heheheee.."
"Tak pun kita sambut birthday abang oren dalam tema haiwan. Kita semua bertukar menjadi haiwan dan sudah tentu abang Fely akan menjadi seekor arnab" Fang merenung tajam ke arah Emmy "Mesti bestkan kalau kita semua menjadi seekor haiwan. Abang beruang jadi beruang ataupun singa. Rizu boleh jadi seekor anak penguin!"
"Lily pula?" Lily tunding jarinya ke diri dia sendiri
"Kau jadi seekor anak itik" jawab Kaizo yang sedang bersandar di tepi dinding "Memang sesuai sangat dengan kau"
"TAK NAK JADI AN-" Terus Yaya sumbat kuih koci ke dalam mulut Lily "Sedap kuih koci ni, good job Yaya" kata Lily sambil kunyah kuih koci itu secara perlahan-lahan. Air liur Gopal meleleh keluar apabil melihat Lily makan kuih koci itu dengan penuh nikmat. Faye tergelak melihat gelagat Gopal. Tiba-tiba mereka diganggu dengan satu bunyian dari jam kuasa Kaizo
"Maaf" Kaizo terus masuk ke dalam dapur. Mereka di luar, senyap sebentar untuk mencuri dengar percakapan Kaizo "Yea, aku akan bertolak sekarang..." Kaizo senyap sebentar dan lalu dia berkata lagi "Dia tengah fikirkan idea nakal dia lagi.. takpe, nanti aku tahulah apa aku akan buat. Jumpa sebentar lagi" Mereka cepat-cepat duduk seperti biasa dan Yaya berikan setiap seorang kuih koci dia. Kaizo keluar dari dapur dan melihat mereka semua yang senyum semacam
"Pang, abang nak keluar sebentar. Abang ada hal"
"Hal apa tu abang?" tanya Fang dengan nada sindiran dia
"Hal rahsia. Itu kau tak perlu nak sibuk, FAHAM!"
"Baik abang ku" jawab Fang sambil melihat abangnya keluar daripada rumah. Terus pintu itu ditutup rapat "Hehehe.. korang rasa, abang aku nak pergi jumpa siapa?"
"Penjual anak itik?" Semua pandang ke arah Lily "Manalah tahu, dia nak bela seekor anak itik lagi ke" Lily terus tersengih
"Or abang Kaizo ada misi yang terpenting iaitu menyelamatkan sebuah planet yang selalu di serang oleh lanun-lanun alien. Maka abang Kaizo pergi ke bandar untuk mengambil kak Lynna kerana dia percaya kak Lynna dapat membantu dia dalam misi kealienan or kemanusian ini!" Semua pandang ke arah Harraz pula "Errr.. hehehe.. manalah tahu, cerita aku boleh berlaku ke" kata Harraz sambil garu-garu kepala dia
"Ala, abang Kaizo mesti pergi berdating tu" Gopal pula menyibuk sekali "Abang Kaizo tu selalu keluar dengan kak Lynna. Kalau bukan dengan kak Lynna, mesti dengan adik dia yang tak berapa nak betul tu"
"Woi! Aku ada dekat sinilah!" Gopal buat-buat tidak tahu sahaja. Berapi-api hati Fang dengan aura-aura gelap dia mulai keluar. Rizu peluk abang kesayangan dia supaya jangan mengamuk tak tentu pasal
"Aiyaaa... lu jangan buat si Fang marah boleh tak? Entah-entah abang Kaizo mahu bincangkan sesuatu dengan orang yang dia kenal, mungkin orang itu adalah alien. Kalau kak Lynna pun, mesti dia sudah datang ke sini dulu maaa"
"Betul juga cakap Ying" kata Yaya "Mungkin Boboiboy yang pergi hubungi dia tadi. Mungkin Boboiboy mahukan latihan tempur dan bincangkan tentang masa dan waktu yang sesuai untuk mereka berlatih"
"Or dia simply just keluar jalan-jalan bersama kak Lynna. You know, nak rahsiakan hubungan mereka berdua" Bella tergelak sedikit
"Atau sebenarnya dia nak beli sesuatu dari seseorang. Mungkin hadiah untuk Fang" kata Faye sambil melihat Fang sedang bayangkan dia mendapat sebuah kereta sebagai hadiah "Hehehee.. mulalah dia berangan"
"Mungkin abang aku jumpa kawan baru" Fang sudah hentikan angan-angan dia tadi "Mungkin kawan baru dia tu seseorang yang kita tidak kenal tapi entahlah, abang aku tu susah nak berkawan. Kawan baik dia sebelum ni pun, mereka bergaduh disebabkan jam kuasa tapi aku tak tahulah macam mana dia boleh dapatkan kepercayaan dari kak Lynna. Itu masih lagi menjadi misteri"
"Entah-entah, kak Lynna guna-gunakan abang kau kot" kata Gopal dengan suara yang menakutkan
"Wei, kau cakap elok-elok sikit ok. Kak Lynna tak kan buat macam tu dekat abang aku"
"Aku bergurau aje, Fang" Gopal tersengih
"Kalau bergurau pun, janganlah cakap macam tu" marah Fang
"Kau ni Gopal, kan Fang dah marah. Tak baik tau cakap macam tu" tegur Yaya dengan muka marah dia juga. Gopal terus tundukkan kepala dia sebab rasa bersalah
"Hmm... yelah, lepas ni aku cakap ajelah macam biasa, yang dia orang tu kahwin lari aje" Fang berkerut-kerut dahi dia. Hati dia panas sahaja dengan Gopal "Tapi mesti kena marah juga.. apalah nasib aku ni asyik kena marah aje. Semua aku cakap, semuanya kena marah dengan si panas baran tu"
"Hehehe.. sudahlah Gopal. Kau kan suka bergurau"
"Kau juga yang faham dengan isi hati ku ini, terima kasih Faye" Gopal berpura-pura menangis sehingga membuatkan Faye tergelak sedikit
"Apa kata kita tanya abang oren, apa yang dia nak masa hari jadi dia nanti"
"Nanti tak surprise kalau macam tu Emmy" kata Fang "Tapi korang tak perlu risaulah, aku sudah ada satu idea. Idea yang mantap dan cukup membuat Boboiboy rasa terharu nanti.. hehehe"
"Terharu ke terseksa nanti?" Mata Fang melirik ke arah Gopal "Hehehee.. jangan marah Fang, aku kunci mulut ni. Aku tak kan cakap lagi selepas ini" Fang terus bersilang tangan dengan muka masam dia. Kawan-kawan dia yang lain hanya gelengkan kepala kecuali Gopal.
Selepas sahaja mereka habis berbincang, mereka semua pulang ke rumah tapi ada juga yang pergi merayap ke tempat lain terutama sekali Gopal. Faye pula ke rumah Bella bersama dengan Lily. Mereka sedang mengadakan projek baru iaitu projek fashion week. Emmy terfikirkan sesuatu yang menarik untuk ciptaan baru dia dan Harraz pula tidak ingin pulang ke rumah kerana dia tahu, dia akan diabaikan lagi, lalu dia terus ke perpuskataan Pulau Rintis. Sekarang tinggal Fang dan Rizu sahaja di rumah
"Abang Fang tak nak cerita ke apa yang terjadi semalam?" kata Rizu yang kini duduk di sebelah Fang di atas sofa
"Semalam abang dan abang Kaizo jumpa video kenangan masa kita orang kecil lagi. Tak tahu pula ayah abang merakamkan detik kita orang bersama tapi bukan itu sahaja, ada juga barang-barang yang lain juga"
"Wah! Bestnya!"
"Mestilah best, ayah dan ibu abang yang simpan barang-barang tu. Ada juga ciptaan dari ayah abang tapi abang Kaizo pergi simpan dekat kapal angkasa dia pula. Kedekut punya abang" Rizu gelak sahaja "Rizu nak tak ikut abang pergi ke bandar?"
"Abang Fang nak pergi menghendap abang Paizo ke?"
"Takdelah, abang saja nak pergi jalan-jalan. Lagipun bosanlah kalau asyik duduk rumah sahaja" Rizu peluk tangan abang kesayangan dia "Kenapa Rizu?"
"Pizu sebenarnya sudah lama tak pergi pengembaraan dengan abang Fang tapi mesti abang Fang tak bagi Pizu ikut sebab Pizu tahu, abang Fang tak nak Pizu tercedera ataupun takut" Fang tersenyum sedikit melihat Rizu sedang bermanja dengan diri dia "Tapi kalau abang Fang tak nak ajak Pizu. Takpe, Pizu faham"
"Hehehee... kalau pengembaraan yang selamat, abang Fang akan ajak Pizu. Itu pun kalau abang Kaizo dan kak Lynna bagilah"
"Ok!" Rizu tergelak bersama Fang "Jom abang Fang, kita pergi menghendap abang Kaizo"
"JOMM!"
------------------------------------------------------------
"Lahap, kenapa kau nak jumpa aku dekat bumi? Apasal bukan dekat kapal angkasa aje?" Lahap tersengih sahaja melihat kaptennya. Mereka kini berada di sebuah restaurant. Ramai pelanggan yang ada di situ, teruja melihat Lahap yang begitu besar dan gebu sekali. Ada juga budak kecil datang dekat untuk memeluk Lahap
"Maaf kapten, saya datang ke sini sebab saya ada hal penting nak beritahu kapten"
"Hal apa yang penting sangat tu" tanya Kaizo dengan nada serius dia
"Kapten perlu berhati-hati. Tadi kapal angkasa ibu bapa alien kembar tu datang ke bumi. Saya tak tahu apa yang mereka berikan kepada anak mereka tapi kapten kena berhati-hati"
"Ibu bapa dia orang sudah balik ke?"
"Sudah kapten" jawab Lahap. Kaizo mengusap-gusap dagunya sambil memikirkan sesuatu "Kapten, apa yang kita perlu buat? Serang mereka?"
"Hmmm.. aku rasa, kita perlu bertindak segera. Aku tidak mahu mereka serang kita dahulu sebelum kita dapat lakukan sesuatu"
"Baik kapten" kata Lahap sambil melihat makanan dia yang begitu menyelerakan tetapi bagi dia, biskut Yaya paling sedap sekali. Kaizo menghirup teh hijau dia sebelum dia beredar dari situ. Tanpa disedari oleh dia, seekor ular yang amat berbisa sedang menjalar di bawah-bawah kerusi pelanggan yang lain. Ular itu agak besar dan berwarna merah kemerahan. Ular itu bukanlah ular dari planet bumi tapi dari planet lain dan ianya amat merbahaya sekali. Seorang kanak-kanak lelaki menjerit kerana ternampak ular itu menjalar dengan begitu lajunya. Sasaran ular itu adalah Kapten Kaizo. Restaurant itu terus berubah menjadi kelam kabut. Ramai ibu bapa selamatkan anak-anak mereka daripada terkena patukan ular tetapi ular itu tidak hiraukan pelanggan yang ada di situ, ianya cuma mahukan Kaizo sahaja
"KAIZOOOO!" Kaizo terkejut dengan jeritan Lynna. Tiba-tiba sahaja badan dia ditolak oleh Lynna. Ular itu tidak sempat untuk mematuk Kaizo tetapi kaki Lynna yang menjadi patukan ular tadi. Lynna terus rebah di atas Kaizo. Dia terus tidak sedarkan diri tetapi jantung dia semakin lama semakin lemah. Racun ular itu tadi menyerang sistem-sistem di dalam badan Lynna dan menyebabkan dia menjadi lumpuh. Buih-buih putih terkeluar dari mulut Lynna
"KAKAK LYNNAAA!" Rizu yang menjadi saksi tentang kejadian tadi, dia berlari tetapi Fang sempat menghalang Rizu untuk pergi dekat kerana ular itu masih lagi ada di situ. Ular itu perhatikan Kaizo yang sedang memegang badan Lynna yang tidak bergerak dari tadi lagi. Kaizo tidak lagi mendengar dengupan jantung Lynna yang sudah terhenti. Lynna mati di depan mata Kaizo. Hati Kaizo hancur, dia tergaman dengan apa yang berlaku tadi. Dia tidak boleh terima kenyataan yang Lynna sudah tiada lagi
"KAU! KAU BUNUH KAWAN AKU! PEDANG TENAGA!" Ular itu terbelah kepada dua. Kaizo melihat wajah Lynna yang sudah tidak bernyawa. Dia sudah kelihatan kawan baik dia buat selama-lamanya "Lynna.. Lynna.. kenapa kau pergi terlebih dahulu"
"Kakak Lynna" Rizu terus melutut di tepi Lynna. Dia pegang tangan Lynna dan lalu dia cium "KAKAK LYNNAA! JANGAN PERGIII!" Fang tidak berkata apa, hati dia sudah cukup sedih dan geram. Dia melihat ular yang sudah terbelah dua itu. Dia dapat rasakan bahawa ular berada di situ kerana ada seseorang yang menghantarnya. Ular itu hanya tumpukan kepada Kaizo bukan orang lain tetapi Lynna yang menjadi mangsa. Air mata Fang menitis di atas jalan. Tangan dia menggenggam begitu kuat
"Lynna... aku tahu kau tak kan bangun tapi aku masih perlukan kau. Bukan aku sahaja, adik aku juga. Kawan-kawan adik aku pun masih perlukan kau lagi. Kau sahabat baik aku, kita adalah satu pasukan. Siapa yang dapat temankan aku semasa latihan tempur nanti. Siapa lagi yang dapat bergading bahu dengan aku untuk musnahkan musuh-musuh kita semua. Kaulah gadis paling kuat aku pernah jumpai" Kaizo menangis di situ. Lahap tidak dapat menahan air matanya lagi. Dia terlampau sedih melihat kaptennya yang baru sahaja kehilangan seorang sahabat sejati. Kaizo memeluk badan Lynna dan dia tidak henti-henti menangis
"Kau sahabat baik aku. Kau hadir dalam hidup aku dan juga adik aku. Kau lah yang ajar aku tentang kehidupan, kau lah segala-galanya bagi aku. Aku tak kan lupakan kau Lynna, sahabat baik ku" Air Mata Kaizo menitis di atas muka Lynna. Di dalam hati Kaizo, titisan air matanya dapat membuka mata Lynna tapi dia tahu, mustahil perkara begitu akan berlaku. Rizu menangis teresak-esak. Dia meronta-ronta di situ kerana kakak kesayangan dia sudah tiada. Fang terpaksa peluk Rizu seerat-eratnya untuk tenangkan Rizu
"KAKAK LYNNAA! KAKAK LYNNA!" Rizu menjerit-jerit seperti orang tidak tentu arah. Kepala Rizu dibelai-belai oleh Fang "Kakak Lynna sudah tiada lagi"
"Abang tahu.." Fang melihat abangnya dengan wajah sayu. Pilu rasanya, dia tidak dapat lagi mendengar suara dan gelakan dari Lynna lagi. Mereka baru sahaja kehilangan Ratu Lily, tak kan Lynna pula seterusnya yang akan pergi tinggalkan mereka semua. Dia tidak percaya semua ini berlaku begitu sekejap sahaja. Fang sebak dan terus dia menangis bersama Rizu
Jauh dari situ, Momoki dan Mimiko perhatikan sahaja drama kesedihan itu. Momoki mengenggamkan tangannya kerana sasaran dia adalah Kaizo bukan Lynna
"Kita sudah tersilap" kata Momoki
"Abang nak Mimi putarkan masa balik ke?"
"Yea, gunakan kuasa yang ibu sudah berikan kepada kau. Aku tidak mahu tersilap lagi selepas ini. Selagi aku tidak dapat hapuskan Kaizo, selagi itu kau kena ulangkan masa supaya sasaran kita tepat"
"Baik abang Momo tapi rasa sweet pula tengok Kapten Kaizo sedih sebab kawan dia sudah tiada"
"Yea, memang sweet tapi ini bukannya untuk berbincang tentang perkara itu" Hati Momoki pun cukup sedih dengan kematian Lynna. Dia tertarik dengan kecantikan Lynna walaupun Lynna itu lebih tua daripada dia "Putarkan masa sekarang juga" Mimiko terus putarkan masa mereka. Kuasa itu dia dapat daripada ibunya pagi tadi. Ibu dia yang pindahkan kuasa itu ke dalam badan Mimiko. Jarum jam di jam tangan Mimiko berputar-putar dan semuanya kembali kepada yang asal
-----------------------------------------------------
Kaizo rasa pelik, kepala dia rasa pening sedikit. Dia melihat ke kiri dan ke kanan. Dia kini berada di dalam rumah dan pintu rumah dia diketuk-ketuk oleh seseorang
"Pelik.. bukan ke tadi aku sedang buat sesuatu" Kaizo tidak dapat fikirkan apa yang dia buat sebentar tadi. Lalu dia membuka pintu rumah dia. Kawan-kawan adiknya ada di depan pintu kecuali Boboiboy
"PANG! KAWAN KAU SUDAH SAMPAI!" Kaizo terus tergaman seketika. Otak dia seperti terkena kejutan elektrik. Dia seperti pernah memanggil adiknya begitu tapi bila. Dia melihat kawan-kawan adiknya masuk ke dalam dan lalu dia nampak Yaya membawa sebuah bekas besar
"Aku mimpi benda yang sama ke?" bisik Kaizo. Dia terus melihat Rizu memanggil Fang sambil melambai-lambai
"Abang Fang! Pizu ada lukis gambar abang Fang! Nanti Pizu tunjuk" kata Rizu dengan gembiranya. Kaizo menutup pintu sambil perhatikan kawan-kawan adiknya yang kini sudah duduk di atas kerusi sofa
"Kamu semua datang ke sini sebab apa?" Kaizo seperti pernah bertanyakan begitu tapi bila? Dia menjadi semakin pelik. Adakah ini adalah ulangan mimpi atau reality? Dia tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Lily tadi. Pemikiran dia sudah melayang jauh. Fang menoleh sedikit untuk melihat abang dia yang sedang berfikir dengan begitu serius sekali. Dia abaikan sahaja dan teruskan berbincangan mereka tentang hari jadi Boboiboy
Kaizo bersandar di tepi dinding. Dia cuba untuk fikirkan sesuatu tetapi ada benda yang membuatkan dia lupa. Kepala dia terasa sakit pula. Lalu dia pergi ke dapur kerana suara bising Lily membuatkan kepala dia bertambah pening. Dia tahu hari ini Lynna akan datang ke Pulau Rintis tapi dia seperti lupa ada sesuatu yang akan terjadi terhadap Lynna nanti. Tapi apa dia? bisik di hati Kaizo
"Aku sudah gila ke?" bisik Kaizo sambil mengambil secawan gelas di dalam kabinet "Mungkin ini semua hanyalah mainan perasaan aku sahaja" Lalu dia tuangkan sedikit air ke dalam cawan dia. Kesakitan di kepalanya semakin terasa
"PIZU ADA! KITA BUAT BIRTHDAY PARTY ABANG BOBOIBOY BERTEMAKAN BOBOIBOY!" Kaizo terdengar jeritan dari Rizu di luar dapur. Lalu dia duduk dan memicit-micit kepalanya
"Ayat Rizu tadi seperti aku pernah dengar" Kaizo minum air yang dia tuangkan tadi. Kesakitan di kepalanya semakin reda tapi dia tidak begitu yakin kesakitan itu akan hilang. Dia pasti, sakit kepalanya akan datang kembali. Dia bangun dari situ dan terus keluar daripada dapur. Dia bersandar lagi di tepi dinding untuk mendengarkan perbincangan mereka
"Dan kisah cinta Lily dan Boboiboy akan berputik di situ.. syoknya" Kaizo melihat adiknya membaling sebuah cushion ke arah Lily tetapi Lily hiraukan sahaja
"Hehehe.. berangan aje si Lily ni" datang pula suara Harraz "Tapi kak Lynna bagi ke? Atau korang gunakan kapal angkasa abang Kaizo. Macam korang sambut hari jadi Rizu tahun lepas"
"Jangan nak berangan nak gunakan tempat medan latihan tempur. Tempat itu hanya untuk berlatih sahaja BUKANNYA TEMPAT UNTUK BERPARTY!" Kaizo terus tergaman seketika. Ayat itu, dia pernah katakan sebelum ini "Kenapa dengan diri aku hari ini?"
"Abang ok ke?" tanya Fang yang kelihatan risau melihat abangnya berkelakuan pelik
"Abang ok sahaja. Kau teruskan sahaja dengan perbincangan kau" Kaizo masuk ke dalam dapur balik. Fang perhatikan sahaja abangnya dan lalu dia sambung balik berbincangan dengan kawan-kawan dia. Kaizo duduk di atas kerusi meja makan. Dia rasa dia pernah melalui semua ini tapi bila? Bagaimana benda ini boleh berlaku? Mungkin Lynna tahu jawapannya, dia akan tanya Lynna nanti, fikir Kaizo
"Hanya Lynna sahaja yang terlibat dalam perkara pelik-pelik" bisik Kaizo "Aku yakin, Lynna sudah tentu ada jawapannya" Kaizo terdengar bunyi jam kuasanya dan lalu dia menekan satu butang. Hologram Lahap muncul di jam kuasa Kaizo
"Kenapa Lahap?"
"Kapten pergi datang ke sini segera tapi saya bukan di kapal angkasa, saya di sebuah restaurant yang ada dekat bandar Pulau Rintis. Saya ada sesuatu yang penting untuk beritahu kapten" Kaizo mengangkat kening sebelah
"Yea, aku akan bertolak sekarang..." Muka Kaizo menjadi pucat. Dia teringatkan sesuatu yang akan terjadi di restaurant nanti
"Kapten?"
"Maaf Lahap, aku akan pergi ke sana sekarang juga" Kaizo terus tutup hologram Lahap. Dia bergegas keluar daripada dapur. Dia tidak beritahu kepada adiknya ke mana dia ingin pergi
"Abang?" Fang memanggil abangnya tetapi Kaizo terus ke pintu rumah "Abang nak pergi mana?"
"Abang teringatkan sesuatu.. abang perlu pergi segera" Fang terus bangun dari situ. Dia ingin pergi mengikuti abangnya kerana hati dia rasa tidak begitu sedap pula. Dia seperti tahu benda yang tidak dugai akan berlaku
"Wei korang, aku pergi ikut abang aku" kata Fang sambil melihat abangnya sudah pun keluar daripada rumah. Kawan-kawan dia pandang satu sama lain, mereka rasa pelik dengan kelakuan Kaizo
"Pizu nak ikut"
"Rizu duduk sini dengan dia orang. Biar abang yang pergi sorang" Fang tidak berkata apa lagi selepas itu, dia terus keluar tetapi dia diikuti oleh Rizu. Fang tidak sedar langsung dengan kehadiran Rizu yang ada di sisi dia. Mereka terus bergerak ke bandar. Pergerakan Fang semakin laju, begitu juga dengan Rizu
"Abang Fang, perlahanlah sikit berjalan" panggil Rizu
"RIZU! Kenapa Rizu ikut abang?"
"Sebab Pizu pun risaukan tentang abang Paizo. Bukan abang Fang sahaja yang risaukan tentang dia, Pizu pun rasa pelik dengan abang Kaizo hari ni"
"Hmm... ok, tapi apa-apa yang berlaku, Rizu kena lari jauh dari sini dan dapatkan kawan-kawan abang ok"
"Ok!"
Mereka terus bergerak sehinggalah mereka sampai di sebuah restaurant. Mata dia ternampak sesuatu. Dia ternampak seekor ular sedang bergerak begitu pantas sekali ke arah abang dia. Mata dia membulat besar dan terus dia menjerit nama abangnya. Pada masa yang sama, Lynna juga tidak berada jauh dari situ. Dia juga nampak ular tersebut dan dia berlari untuk selamatkan Kaizo
"ABANGGGGG! ADA ULAR!" Kaizo terus terbangun. Ular itu semakin dekat dan Lynna pun semakin dekat. Tanpa membuang masa, Kaizo terus menggunakan kuasanya untuk selamatkan diri dia
"TOLAKAN TENAGA!" Ular itu terpelanting ke arah lain tetapi ianya terjatuh berhampiran Fang dan Rizu. Kini ular itu perhatikan sahaja Fang dan Rizu. Ular itu menjalarkan dirinya ke arah mereka berdua "PANGGG!" jerit Kaizo sekuat hati
"FANG! RIZU!" Lynna menjerit nama mereka berdua
"Rizu lari dari sini.. " kata Fang kepada Rizu
"Pizu takut.."
"Abang tahu tapi Rizu kena lari dari sini! CEPAT!" Ular itu semakin dekat, Rizu melangkah lari tetapi ular itu menyambar kaki Rizu. Ianya mematuk kaki Rizu beberapa kali sehingga membuatkan Rizu rebah jatuh di atas jalan. Buih berserta dengan darah, keluar dari bibir Rizu
"RIZUUUUUUU!" Fang tidak berfikir apa, dia hanya ingin pergi dapatkan Rizu tetapi nyawa dia juga turut terkorban kerana ular itu sempat mematuk dada Fang. Jantung Kaizo bagaikan hendak tercabut apabila mata dia sendiri melihat ular itu menyerang adiknya. Luluh hati seorang abang melihat adiknya sendiri dibunuh oleh seekor ular yang sangat berbisa
"Ri.. zu..." Fang sempat memanggil nama Rizu sebelum dia terjatuh ke atas badannya. Ular itu tiba-tiba sahaja di letupkan oleh Lynna dengan menggunakan kuasa dia. Muka dia yang serius terus menjadi sedih, dia terduduk di sisi Fang dan Rizu
"Fang... Rizu... akak tak sempat nak selamatkan korang... ma-ma-maafkan akak" Lynna menangis di situ "Maafkan akak.. maafkan akak"
"PANGGGGGG!" Kaizo berlari dan terus memeluk badan adiknya yang sudah tidak bernyawa "PANGG! KENAPA KAU TIDAK LARIKAN DIRI! KENAPAA!" Kaizo meraung sekuat hati. Hati dia hancur melihat adiknya sendiri mati di depan mata dia "Siapa yang begitu kejam sangat! SIAPA YANG HANTAR ULAR ITU UNTUK MEMBUNUH AKU TAPI ADIK AKU YANG TERKENA!"
Orang ramai datang dan mengelilingi Kaizo dan Lynna, mereka rasa kasihan melihat mereka berdua yang sudah kehilangan orang-orang yang mereka sayangi
"Aku akan balas dendam. Aku akan hapuskan orang itu. Ini demi adik aku dan juga Rizu" bisik Kaizo dengan nada kemarahan dia "Maafkan Kaizo ibu. Kaizo telah mengingkari janji ibu. Kaizo gagal melindungi adik"
"Kau tak gagal Kaizo.. kau tak gagal.. cuma kau tidak sangka benda begini akan berlaku" Lynna cuba memujuk Kaizo walaupun hati dia juga turut sedih. Dia pegang bahu Kaizo "Kaizo.." Kaizo tidak berkata apa, dia cuma menatap muka adiknya sahaja. Darah yang keluar di bibir adiknya, Kaizo mengesatnya sedikit dengan ibu jarinya. Sayu, itulah yang ada di hatinya. Gelakan, kenakalan, senyuman dan panas baran dari adiknya, semuanya hilang begitu sahaja. Air mata Kaizo bercucuran di atas muka adiknya
"Abang tak nak ucapkan selamat tinggal. Abang nak adik bangun.. bangun adik, bangun... jangan tinggalkan abang" Kaizo mengusap-usap muka adiknya "Abang tak nak ucapkan selamat tinggal..." bisik Kaizo sambil mencium dahi Fang
Jauh dari situ, Momoki tidak begitu puas hati kerana dia sudah tersilap sasaran lagi tetapi dia suka melihat Kaizo terseksa begitu "Hmm... aku ingatkan, kali ini kau akan mati tapi adik kau pula yang terkena"
"Abang nak adik putarkan masa lagi ke?" tanya Mimiko
"Yea, aku akan buktikan kepada semua orang, yang aku boleh kalahkan Kapten Kaizo. Cepat Mimi, putarkan masa dan aku pasti, kali ini kita akan berjaya" Mimiko rasa sedih pula melihat Kaizo kehilangan adiknya. Hati dia turut merasai kesedihan Kaizo tapi kalau dia putarkan masa, sudah tentu Fang masih hidup lagi tapi apa yang berlaku seterusnya, dia tidak dapat tahu. Mimiko menggunakan kuasanya lagi sekali. Semuanya kembali kepada yang asal balik
-------------------------------------------------------
Kaizo terus tersedar. Dia berada di depan pintu rumah kerana ada orang sedang mengetuk-getuk pintunya. Kali ini, dia ingat apa yang berlaku tadi tapi bukan sekali, kejadian yang berlaku dua kali tapi di penghujungnya, semuanya berakhir dengan berbeza sekali. Pintu masih lagi diketuk oleh seseorang dan terus Kaizo membuka pintu rumahnya. Kawan-kawan adiknya sudah pun sampai, mereka semua kelihatan gembira
"Korang tak ingat ke apa yang berlaku tadi?" tiba-tiba sahaja Kaizo bertanya begitu
"Apa yang abang Kaizo cuba katakan?" tanya Yaya
"Aku rasa..seperti ada orang bermain dengan masa" Terus dia pandang ke arah Ying yang mempunyai kuasa manupulasi masa. Ying rasa takut pula apabila Kaizo memandang dia lain macam "Jangan risau, bukan kau"
"Habis tu siapa abang Kaizo?" tanya Ying dengan perasaan curiga dia
"Si kembar alien tu.. dia telah putarkan masa"
"Putarkan masa? tapi apasal kita orang tak ingat dan hanya abang Kaizo sahaja yang ingat" Yaya rasa pelik kerana dia rasa hari ini tiada kejadian pelik yang berlaku "Boleh ke seseorang yang mempunyai kuasa seperti Ying?"
"Boleh tapi kuasa kamu kau adalah terhad dan ianya sangat berbeza dengan kuasa yang semulajadi memilikinya. Kuasa ini sangat kuat dan amat berbahaya sekali. Mimiko dan Momoki berasal planet yang sama seperti Ratu Lily. Mereka juga mempunyai kuasa tetapi bukan ke kuasa mereka sudah di ambil oleh Emmy?" Kaizo berpaling muka ke arah Emmy pula
"Emmy tak kembalikan kuasa dia orang balik. Emmy tak tahu apa-apa"
"Wuuuu... mungkin dia orang curi kuasa dari sesiapa kot" Kaizo terus melihat Lily sambil mengangkat kening sebelah "Hehehe.. Lily main teka sahaja"
"Tapi tekaan kau mungkin benar juga" kata Kaizo dengan nada serius dia. Terus Lily bercekak pinggag kerana dia rasa sangat bangga dengan tekaan dia tadi "Kamu semua masuk ke dalam, aku nak uruskan budak kembar itu. Aku juga perlu hapuskan ular alien itu juga"
"Ular?" Fang muncul di belakang abangnya "Abang nak pergi seorang sahaja ke?"
"Yea, kau jangan ikut" Kaizo tidak menoleh kebelakang. Dia tidak sanggup kehilangan adiknya lagi sekali "Kalau apa-apa yang terjadi, kau selamatkan diri kau dulu"
"Tapi.."
"Jangan tapi-tapi.. ikut sahaja cakap abang" Fang menjadi takut sebentar kerana nada suara abang dia berlainan. Kaizo seperti mahu pergi dari situ dan tidak akan kembali buat selama-lamanya. Kaizo tahu apa yang dia perlu lakukan. Dia perlu korbankan diri dia supaya adik dia, Lynna dan Rizu dapat teruskan kehidupan mereka. Itulah satu-satu caranya tapi bagaimana kalau dia dapat hapuskan dua alien kembar itu dan diri dia masih lagi hidup. Adakah masa akan berputar balik semula?
Dia tidak tahu siapa yang menggunakan kuasa masa itu tetapi dia tahu maklamat Momoki iaitu ingin hapuskan Kapten yang terhandal di galaxy, Kapten Kaizo
"Selamat tinggal, Pang" bisik Kaizo sambil berjalan terus ke pintu pagar. Hati dia begitu geram tapi dia terpaksa lakukan, ini semua demi adik dia "Pang, kau jangan nakal-nakal lagi selepas ini dan aku berharap Lynna akan menjaga kau dengan baik" kata Kaizo sebelum dia buka pintu pagar rumahnya. Dia menoleh sedikit dan melihat wajah adiknya buat kali terakhir
"Kenapa mata abang nampak kesedihan" Fang dapat rasakan sesuatu yang tidak kena "Korang tunggu di sini, aku kena pergi ikut abang aku"
"Fang, bagi kita orang ikut sekali" kata Yaya
"Yolah, kalau apa-apa yang berlaku.. kita boleh tolong juga" kata Ying
"Aku akan belasah sesiapa sahaja yang cuba cederakan abang kau" kata Gopal
"Tapi korang... patut tunggu di sini sahaja. Aku tak tahu apa yang berlaku tapi aku macam tak nak korang terlibat juga nanti" Fang melihat kawan-kawan dia. Mereka juga turut merasai apa yang Fang rasakan sekarang ini. Mereka tahu, Kaizo cuba selamatkan keadaan tapi diri Kaizo yang perlu di korbankan
"Abang Fang, biar Pizu seorang sahaja yang ikut"
"Rizu tunggu sahaja dengan kita orang" kata Bella. Dia memeluk Rizu supaya dia tidak pergi mengikuti Fang "Rizu, biar abang kamu sahaja yang pergi. Akak tak nak Rizu menjadi sedih kalau apa-apa yang terjadi dekat abang Fang dan abang Kaizo nanti"
"Rizu dengar sahaja cakap kakak Bella, biar abang pergi seorang sahaja" Fang terus berlari. Rizu cuba lepaskan diri, dia tidak mahu tunggu di situ sahaja. Terus dia gigit tangan Bella
"ADOI!" Bella terlepas pelukan dia dan Rizu berlari. Dia pegang tangannya yang kena gigit tadi sambil melihat Rizu sudah berlari jauh "Rizu..." bisik Bella
-----------------------------------------------------------------
Kaizo sudah pun sampai di bandar. Dia tahu di mana Lahap akan berada nanti, iaitu sebuah restaurant yang penuh dengan pelanggan. Dia pergi ke restaurant tersebut dan tekaan dia memang tepat. Lahap ada di situ, duduk sambil melihat jam biasa dia. Lahap baru sahaja mahu menghubungi kaptennya tetapi dia terkejut melihat Kaizo sudah pun berada di situ
"Kapten, saya baru nak menghubungi kapten"
"Yea, aku tahu sebab hari ini sahaja, masa sudah berputar balik sebanyak dua kali"
"Berputar balik? Tapi kita mana ada kuasa begitu. Jam kuasa Ying pun tidaklah sehebat itu, kapten"
"Aku tahu Lahap. Kuasa ini bukan datang dari jam kuasa tapi dari seseorang yang aku tahu, kau akan beritahu aku tentang ibu bapa alien kembar itu singgah ke sini untuk memberikan sesuatu" kata Kaizo dengan nada yang serius
"Momoki dan Mimiko?" Kaizo angguk "Aku tahu mereka akan terima sejenis ular yang amat berbisa. Bisa ular itu boleh menyebabkan kematian. Sasaran mereka adalah aku tapi disebabkan sebelum ini mereka gagal. Jadi mereka putarkan balik waktu"
"Jadi kapten mahu pergi hapuskan mereka dan hentikan kegilaan ini"
"Ya" jawab Kaizo dengan ringkas "Tapi..."
"Tapi apa kapten?" Lahap melihat wajah kaptennya yang begitu sayu sekali "Kapten mahu hentikan kegilaan ini dengan mengorbankan diri sendiri ke?" Kaizo tidak menjawab "Kapten, saya tidak akan benarkan kapten buat begitu. Nanti siapa akan menjaga Pang?"
"Lynna ada.. Pang akan selamat dibawah jagaan Lynna. Aku percayakan dia" Suara Kaizo mulai berubah menjadi sedih. Hati dia sudah cukup bersedia. Kalau beginilah takdir dia untuk mati, dia akan mati demi selamatkan keadaan dan juga adiknya "Lahap, aku tahu kau tak benarkan tapi kalau aku bunuh ular itu dan masa berputar balik. Kita akan kekal begini selama-lamanya. Selagi mereka tidak dapat aku, selagi itu waktu kita akan berputar-putar seperti tiada penghujungnya. Lagipun, aku tidak tahu siapa yang memiliki kuasa itu"
"Kapten hapuskan sahaja mereka berdua"
"Kalau kuasa itu bukan dari mereka, macam mana?" Lahap terus terdiam "Kau jaga kapal angkasa aku dengan baik dan terima kasih kerana menjadi leftenan aku yang setia. Khidmat kau kepada aku memang amat bermakna sekali. Selepas sahaja ketiadaan aku nanti, aku nak kau pergi hapuskan alien kembar itu nanti. Itu sahaja permintaan terakhir aku"
"Kapten, jangan cakap begitu kapten! SAYA PASTI, MESTI ADA JALAN LAIN UNTUK SELAMATKAN KEADAAN INI!" Kaizo hanya gelengkan kepala sahaja. Dia angkur dengan takdir dia. Kaizo ternampak Lynna sudah datang dan dia melihat ke tepi, dia nampak seekor ular sedang menjalar ke arah dia. Kaizo tidak bergerak, dia biarkan sahaja diri dia di patuk oleh ular tersebut
"Kapten.. biar aku hapuskan ular itu!"
"AKU KATA JANGAN!" Suara garang Kaizo menyebabkan pelanggan-pelanggan di restaurant itu terkejut dan salah satu daripada mereka menjerit kerana ternampak seekor ular
"ULARR! LARI SEMUAAA!" Keadaan di restaurant itu berubah menjadi kelam kabut. Hanya Kaizo sahaja tidak bergerak. Dia berdiri di situ dan terima sahaja patukan dari ular itu
"KAIZOOOO!" Lynna lari ke arah Kaizo. Dia sudah mengeluarkan kuasa apinya untuk hapuskan ular itu
"Maafkan aku Lynna" Kaizo terus mengangkat tangannya. Dia tahu Lynna akan gunakan kuasanya, jadi dia perlu bertindak terlebih dahulu "TOLAKAN TENAGA!" Lynna ditolak oleh kuasa Kaizo. Dia terpelanting dan terjatuh di tepi dinding restaurant itu. Fang dan Rizu baru sahaja sampai di situ. Mereka mencari-cari Kaizo sehinggalah semuanya sudah terlambat. Badan Kaizo mulai rebah selepas sahaja ular itu mematuk kakinya. Lahap sempat pijak ular tersebut sehingga mati dan sambut kaptennya sebelum dia jatuh di atas lantai restaurant. Lynna yang ada di situ, dia menjerit sekuat hati. Dia nampak senyuman Kaizo yang terakhir kepada diri dia. Senyuman itu membuatkan dia teringat kepada senyuman terakhir orang yang dia sayangi dulu dan juga senyuman terakhir Ratu Lily
"TIDAKKKKKKKKKKKKKKKK!"
"KAPTEN! BANGUN!" Lahap memeluk kaptennya "Kapten.. kenapa kapten buat begitu, mesti ada cara lain"
"ABANGGGGGG!" Fang menolak Lahap supaya dia dapat memeluk badan abangnya "ABANG! JANGAN TINGGALKAN ADIK! ADIK TAK NAK KESEORANGAN! SIAPA NAK JAGA ADIK LEPAS NI! ABANGGGG! BANGUNLAH! BANGUNLAH ABANG! ABANG TIPU! ABANG CAKAP KITA AKAN BERSAMA SELAMA-LAMANYA! ABANG TIPUUU! Abang ingat tak, abang ada tulis dekat gambar kita bersama, abang dan adik selamanya" Dia menangis di dada abangnya "Abang dan adik selamanya" bisik Fang. Telinga Fang di dada abangnya, tiada degupan jantung yang didengari oleh dia sendiri. Rizu melutut di tepi Fang dan lalu dia memeluk bahagian belakang abang kesayangannya iaitu Fang
"Abang Paizo dah takde... Pizu sedih" Air mata Rizu membasahi baju Fang. Keadaan di situ menjadi tenang semula tetapi hanya tangisan sahaja yang mereka boleh dengar. Lynna sudah menjadi gila, dia menjerit-jerit di tepi dinding restaurant
"Lynna.. sabar Lynna.. sabar" Lahap cuba tenangkan Lynna
"Jangan sentuh aku! JANGAN SENTUH AKU! AKU TAK BOLEH TERIMA! Kenapa! kenapa!" Lynna terus meracau-racau di situ. Lahap memeluk Lynna "Kenapa Kaizo tinggalkan aku? Kenapa dia pergi dulu? Kenapa Kaizo.. kenapa..." Terus Lynna pengsan
Jauh dari situ, Momoki berpuas hati kerana kapten yang terkuat sudah mati "HAHAHAAA! Sekarang giliran aku pula untuk menjadi pengganti Kaizo. Mimi, kita boleh hidup di sini tanpa adanya pesaingan dari abang" Dia berjalan dengan bangganya di dalam taman Pulau Rintis itu. Lalu dia menoleh kebelakang kerana Mimiko tidak berganjat dari tempat dia berdiri lagi
"Tapi.. abang tak rasa sedih ke?" Mimiko sudah berubah hati. Dia menjadi sayu melihat Fang, Lahap, Lynna dan juga Rizu "Tadi mereka kehilangan seseorang yang mereka sangat sayangi. Lepas tu seorang abang kehilangan seorang adik dan kali ini, seorang adik kehilangan seorang abang. Mimi tak sanggup melihat Fang merana. Lebih-lebih lagi Mimi dapat melihat masa depan dia. Kuasa ibu sangat kuat sampaikan Mimi sendiri tidak mahu melihat kesedihan mereka dihati"
"Jadi, kau nak putarkan balik masa?" Mimiko terangguk lemah "Kenapa kau nak putarkan? Abang sudah dapat apa yang abang mahukan"
"Abang nak apa yang abang mahu tapi mereka... impian mereka musnah akibat kegilaan abang yang sanggup membunuh seseorang demi impian abang" Mimiko menangis sedikit "Abang nak tahu apa yang adik lihat masa depan kita?"
"Apa dia?" Momoki berpatah balik untuk mendengar masa depan dia
"Kita sudah tiada pada masa depan abang" Momoki terkejut. Lalu dia terduduk di situ "Adik nampak Fang menjadi buas. Disebabkan kematian abangnya, dendam dia membuak-buak dan akhirnya, kita juga yang terkorban kerana dibunuh sendiri oleh Fang" Mimiko duduk di sebelah abangnya "Selepas itu, Fang tinggalkan bumi dan dia pergi mengembara bersendirian. Faye sudah memujuk dia untuk pulang ke bumi atau pulang ke rumah atuk dan nenek mereka tapi dia tidak mahu. Selama-lamanya hati dia kosong. Lynna pula menjadi orang sakit mental. Dia tidak mahu berkawan dengan sesiapa pun, bercakap pun dia tak nak tapi paling menyedihkan, dia hanya bercakap dengan teddy bear dia sahaja. Dia panggil teddy bear itu Fang dan Kaizo"
"Abang.. abang tidak sangka pula kegilaan abang boleh menjadi begitu"
"Yea abang. Bukan itu sahaja, Rizu mulai jatuh sakit apabila abang-abang dan kakak-kakak kesayangan dia tiada lagi di sisi dia. Dia sudah hilang semangat untuk teruskan hidup. Dia mati akibat patah hati. Boboiboy dan kawan-kawan dia yang lain. Faye pujuk mereka supaya pergi mencari Fang, jadi mereka pergi ke angkasa lepas dengan bantuan daripada Lahap tapi selama-lamanya mereka tidak menjumpai Fang. Kemana Fang pergi, mereka semua tidak tahu. Lily sudah tidak lagi datang ke sini, Bella menjadi budak samseng dan Emmy pula.. dia hidup bersendirian tanpa ada kawan seperti dulu. Pulau Rintis sudah hilang keceriaan dia. Tiada lagi benda pelik yang berlaku, tiada lagi superhero di Pulau Rintis dan tiada lagi keamukan dari Fang dan Kaizo yang selalu membuatkan Pulau Rintis menjadi huru-hara"
"Adik... maafkan abang kerana abang pentingkan diri sendiri dan lupakan tentang orang lain"
"Takpelah abang, kita boleh kembalikan keadaan pada yang asal. Adik masih lagi akan membantu abang untuk mencapai impian abang tapi bukan dengan cara ini. Bukan dengan mengadaikan nyawa orang lain" Mimiko memeluk abangnya dan Momoki membalas balik pelukan dari adiknya "Kita sama-sama berusaha untuk mencapai impian kita" Tanpa di suruh, Mimiko terus menggunakan kuasa dia untuk putarkan balik waktu. Segala-galanya kembali menjadi asal
----------------------------------------------------------
Mimiko berada di depan ibunya. Dia tahu ibu dia akan berikan kuasa dia buat sementara waktu. Ayah mereka pula sedang memegang sebuah kotak besar dan di dalam kotak itu terdapat seekor ular alien yang amat merbahaya. Sebelum ibu mereka bagikan kuasa kepada Mimiko, dia berkata sesuatu
"Ibu, Mimi tak nak kuasa ibu"
"Kenapa Mimi?" tanya ibunya
"Sebab apa yang Mimi nampak, semuanya amat menyayatkan hati. Ibu nak tahu, selama Mimi duduk di bumi, Mimi telah mengenali hati budi mereka semua. Mereka baik dan persahabatan mereka sangat kuat. Gelakan mereka selalu membuatkan Mimi tersenyum sedikit tapi jika Mimi teruskan juga dengan rancangan abang, Mimi akan kehilangan semua itu dan juga diri Mimi. Selama ini, Mimi tidak pernah jumpa persahabatan seperti mereka. Mimi juga ingin berkawan dengan dia orang"
"Jadi, kamu berdua tak nak teruskan dengan rancangan ini?" tanya ayah mereka. Mimiko dan Momoki gelengkan kepala "Kalau begitu, ayah akan hantar balik ular ini di planet asal dia"
"Ibu tidak akan membantah dengan keputusan kamu tapi ibu akan sokong sahaja dengan apa kamu berdua inginkan. Ibu dan ayah bukanlah alien yang terbaik tapi melihat anak-anak ibu cuba untuk menjadi baik, ibu rasa bangga kerana tidak mengikuti jejak kami"
"Terima kasih ibu" Momoki pelul leher ibunya dan terus dia cium-cium pipi ibunya
"Kamu berdua duduklah di bumi dan belajarlah tentang kehidupan di situ. Ibu dan ayah akan cuba untuk berubah juga tapi kalau kamu berdua perlukan apa-apa bantuan, beritahu sahaja" Momoki tersenyum kepada kata-kata ayahnya. Dia juga akan belajar dengan kesilapan dia. Disebabkan impian dia yang ingin menjadi seorang kapten yang terhebat, dia terlupa tentang kehidupan orang lain. Dia berjanji dia tidak akan cuba menghapuskan sesiapa demi impian dia
"Momoki akan berusaha lagi dan mungkin satu hari nanti, Momoki dapat bertarung dengan Kapten Kaizo untuk menguji kekuatan Momoki. Kalau saya kalah, saya akan bangkit balik dan saya buktikan kepada semua orang saya juga boleh menjadi kapten yang terkuat seperti Kapten Kaizo"
----------------------------------------------------------
Mimiko sudah kembali ke bumi. Ibu bapa dia sudah pun terbang pergi. Dia melihat langit biru itu dan teruskan langkah dia ke bandar Pulau Rintis. Dia ingin melihat keadaan dis sana. Sampai sahaja di bandar, semuanya seperti asalnya. Dia ternampak Kaizo duduk seorang diri di sebuah restaurant sambil minum teh hijaunya. Dia pandang ke kanan dan nampak Lynna sedang melambai-lambai ke arah Kaizo. Mimiko tersenyum melihat mereka berdua masih lagi hidup dan sihat
"Macam mana perasaan kau?" Lahap muncul di sebelah Mimiko
"Gembira" jawab Mimiko "Terima kasih kerana percayakan aku. Kalau aku tidak beritahu kau lebih awal, sudah tentu Kaizo akan hapuskan diri aku dan juga abang aku" Sebelum Mimiko pulang ke bumi, dia sempat memberitahu Lahap apa yang terjadi sebenarnya. Dia ceritakan segala-galanya kepada Lahap
"Aku bukan macam kapten aku, susah nak percayakan orang. Kau sudah tinggal di sini, kau akan belajar segala-galanya nanti dan ianya bukanlah satu kerugian. Belajarlah untuk berkawan dengan mereka semua. Memang seronok tapi hati-hati dengan keamukan kapten aku tu, memang dasyat" Mimiko tergelak sedikit "Aku pulang dulu. Kau jangan nak jadi jahat balik"
"Tak, Mimi tak kan jadi jahat semula" Mimiko tanamkan kata-kata janjinya di dalam hatinya. Mimiko tersenyum sedikit melihat Kaizo dan Lynna makan bersama di restaurant tersebut, tidak lama kemudian, mereka disertai oleh Fang dan Rizu. Mereka bergelak ketawa di situ kecuali Kaizo, dia asyik dengan muka serius sahaja. Mimiko rasa lega, jadi dia beredar dari situ dengan perasaan gembira
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top