Uji Bakat
Fang rasa pelik pula melihat Lily berada di sekolah dia. Dia garu-garu kepala dia sambil fikirkan alasan kenapa Lily ada di situ dengan senyuman lebar bagaikan sebuah matahari yang bersinar-sinar dan mata dia juga turut bersinar-sinar seperti sebuah bintang berkelipan di angkasa. Fang tidak pasti, samada dia mahu menjerit dekat Lily atau tendang Lily masuk ke dalam longkang. Dia tergelak sedikit sambil fikirkan idea nakal untuk kenakan Lily
"Lily, apa kau buat dekat sini?" muncul Boboiboy bersama Gopal
"Lily sebenarnya tidak tahu pula pelakon kegemaran Lily ada berlakon di sekolah korang. Dengan itu, Lily akan pindah ke sini selama beberapa hari sahaja. Ini semua kerana ingin melihat dia"
"Ohhh... pelakon remaja tu?" Boboiboy tunding jari ke arah seorang pelakon remaja lelaki yang bernama Lufi Crush. Muka pelakon remaja itu ada sedikit macam pakistan dan ada sedikit seperti pelakon Hollywood. Lily sudah bersiap sedia dengan kameranya dan juga sebuah banner besar yang tertulis 'I LOVE YOU'
"Boboiboy jangan risau. Hati Lily tetap pada Boboiboy ku yang comel, pipi tembam macam pau kacang. Oh my BBB-Chan" Tetapi mata Lily masih lagi melihat pelakon kegemaran dia. Bukan dia sahaja yang meminati pelakon tersebut, ramai gadis lain turut meminati pelakon itu. Lily tidak mahu bertindak liar ataupun ganas sebab dia tahu, pelakon Lufi itu hanyalah manusia biasa sahaja tetapi Boboiboy dia adalah seseorang yang sangat istimewa bagi diri dia
"Lupakan ajelah buah hati kau tu. Dia tu mana minat dekat kau pun" Lily terus goyang-goyangkan leher Fang "Ja-ja-janganlah... goyangkan... aku..." pening kepala Fang
"NAK JUGAAAAA!" jerit Lily sepuas hati "Landak memang landak! Suka sangat nak cari pasal dengan Lily!"
"Ta-tapi Lily ju-juga ya-ya-yang suka cari pasal dengan a-aku" Terus Lily berhenti "Adoi... sakitnya kepala aku"
"Hehehehe.. maaf tapi betul juga cakap landak. Hobi Lily kan suka cari pasal dengan landak dan kapten itik hot" kata Lily sambil angguk-angguk kepala "Tapi apasal ramai sangat asyik tangkap gambar kita ni?"
Baru mereka sedar bahawa ada juga peminat yang ship Lily dan Fang. Mereka rasa sangat teruja melihat chemistry di antara Lily dan Fang. Ada yang menjerit-jerit kepada mereka sehingga membuatkan Lily dan Fang lari jauh daripada diri masing-masing. Mereka berdua lari lintang pukang. Fang sorok di dalam stor sukan dan Lily pula, sorok di bawah meja cikgu Papa Zola. Boboiboy dan Gopal tergelak melihat gelagat mereka berdua. Muncul Mimiko dengan senyuman sinis dia dan mata dia bersinar-sinar melihat Boboiboy
"Hehehee... baguslah kalau dia orang berdua together-together. Takdelah ada yang hendak menganggu aku dengan Boboiboy! HAHAHAHAAA!" Mimiko tergelak di situ sambil bercekak pinggang "AKU AKAN BERUSAHA UNTUK JATUHKAN MUSUH KETAT AKU! DAN AKU AKAN PASTIKAN LILY DAN FANG AKAN FOREVER BERSAMA SELAMA-LAMANYA!" Bella yang baru sahaja sampai, dia terus sembur muka Mimiko dengan botol penyembur air dia. Mimiko mengelap mukanya yang penuh dengan titisan air
"Ada hati yea kau" kata Bella
"Memanglah aku hati! Hati aku terpikat dengan.." Mimiko pusing ke arah Boboiboy tetapi dia sudah pun larikan diri. Hanya tinggal Gopal sahaja di situ "Aik, mana Boboiboy?"
"Dia sudah lari. Dia cakap hati kau busuk sangat sampai dia tak boleh tahan bau busuk tu" jawab Gopal dengan selambernya. Terus berkecai hati Mimiko. Muka Mimiko berubah menjadi sedih dan lalu dia terduduk di situ sambil berpura-pura menangis
"Sampai hati Boboiboy larikan diri mu dari diri ku"
Gopal dan Bella terus teredar dari situ sebab malas nak melayan Mimiko dan drama sedih dia. Lalu Mimiko berdrama bersendirian di situ sambil disaksikan oleh pelajar-pelajar lain. Mereka sempat lagi merakamkan video. Faye salah seorang daripada pelajar-pelajar tersebut. Dia tergelak kecil melihat drama Mimiko. Lalu dia terfikirkan tentang kawan baik dia yang suka buat aksi drama iaitu Lily
"Baik aku pergi cari Lily daripada layan si Mimiko ni"
-------------------------------------------------------
Pada hari itu, sekolah mereka mengadakan sesi uji bakat untuk berlakon di dalam movie baru tetapi sebagai watak sampingan sahaja. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily terasa teruja untuk menghadiri uji bakat tersebut. Pihak sekolah membenarkan sesiapa sahaja untuk pergi uji bakat tersebut. Pengarah movie itu telah pun berada di dalam dewan sekolah bersama para pelakon termasuklah Lufi Crush dan juga beberapa pekerja drama seperti penulis skript, penerbit drama dan juga beberapa casting director untuk mencari bakat-bakat yang terpendam di dalam sekolah itu
Boboiboy dan rakan-rakannya sudah pun berada di dalam dewan sekolah. Mereka duduk di atas kerusi yang sudah di sediakan oleh pihak sekolah sendiri. Orang pertama yang menghadiri uji bakat tersebut adalah cikgu matematik mereka iaitu cikgu Papa Zola
"NEXT!" kata tuan pengarah
"Aik, saya belum lagi nak uji bakat. Kamu sudah menghalau saya dari pentas kebenaran ini! ADAKAH INI SATU KONSPIRASI UNTUK MENGGULINGKAN CIKGU KEBENARAN?"
"Bukan macam tu cikgu" Tuan pengarah betulkan suara dia "Saya cuma hendak mencari bakat seorang pelajar bukan dari seorang guru"
"Oh begitu.. buat malu saya sahaja" Cikgu Papa Zola tersengih malu di atas pentas "Sebelum saya beredar, saya ingin nasihatkan anak-anak murid kebenaran. KALAU KAMU SUDAH BERJAYA, JANGAN LUPA CIKGU DEKAT SINI!"
"Baik cikgu KEBENARAN!" jawab pelajar-pelajar yang ada di dalam dewan tersebut. Cikgu Papa Zola mula turun dari pentas dewan dan duduk di belakang pengarah kerana mengikut kata dia, dia akan menbantu tuan pengarah untuk mencari pelajar kebenaran yang ada bakat kebenaran
"Ok, siapa seterusnya?"
Lalu seekor itik berjalan ke tengah pentas dengan cermin mata hitam dia. Semua yang ada di situ terkejut dengan seekor itik yang berani untuk mengadakan sesi uji bakat tersebut. Mata Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Faye melirik ke arah Lily yang sedang melambai-lambai ke arah Lily si itik
"GOOD LUCK LILY!" kata Lily dengan terujanya. Lalu itik itu mengangkat sayap kanannya dan lalu berkata
"QUACK QUACK QUACK!"
"Errr... siapa pula yang mengajak itik untuk sesi uji bakat ni?"
"Maaf, Pizu yang ajak dia ke sini. Sepatutnya itik ni uji bakat bersama dua ekor kucing iaitu Shadow dan Pikachu" Shadow dan Pikachu ada di bawah kaki Rizu "Pizu ada ajar dia orang nyanyi sebuah lagu tapi itik ni nak uji bakat sorang-sorang pulak. Nak tak dengar dia orang nyanyi?" Rizu berikan senyuman comel dia kepada tuan pengarah
"Err.. bolehlah kot tapi sedikit sahaja" Rizu terus melompat-lompat kegembiraan. Dia menyuruh ketiga-tiga haiwan tersebut beratur dan mengambil tempat masing-masing
"Baiklah, lagu yang mereka ingin nyanyikan adalah bertajuk Bintang Hati" Ramai yang berikan tepukan gemuruh untuk ketiga haiwan itu
"MEOW MEOW MEOW QUACK! MEOW MEOW MEOW MEOW QUACKKK! QUACK MEOW MEOW QUACK QUACK MEOW! MEOW MEOW MEOW! QUACK MEOW QUACK MEOW!"
Ramai yang tidak begitu faham dengan nyanyian kucing dan itik tersebut kecuali Fang, Lily dan Rizu. Mereka suka dengan nyanyian tersebut sehingga kucing dan itik itu membuatkan Fang dan Lily terhibur dengan persembahan mereka.
"Aku rasa dia orang berdua tu memang sesuai sangat" bisik Gopal kepada Boboiboy
"Hehehee.. tapi takde maknanya dia orang akan suka sama suka. Dia orang tu kawan biasa yang suka cari pasal macam Fang dan Bella" bisik Boboiboy. Dia melihat persembahan Shadow, Pikachu dan Lily sudah pun berakhir tetapi mereka bertiga tidak berjaya. Kecewa hati Rizu tetapi dia amat bangga sekali kerana dapat mengajar kucing dan itik bernyanyi
"Siapa seterusnya?" Terus Yaya ada di atas pentas dengan mikrofonnya "Apa nama kamu?"
"Nama saya Yaya. Pada hari ini saya ingin berpidato di atas pentas.."
"Eh kejap.. awak sudah silap uji bakat ni. Ini bukannya untuk berpidato" Terus Yaya tersengih "Awak baca skript ni" Tuan pengarah itu berikan sekeping kertas yang ada tertulis skript drama tersebut. Yaya mengambil kertas itu dan lalu dia baca
"Baiklah, saya sudah bersedia" Yaya betulkan suara dia dan berpura-pura sedih "Awak, saya sedih kerana awak tinggalkan saya. Awak tahu tak, saya tunggu awak hampir 10 tahun tapi... eh kejap, kenapa si gadis ni tak move on sahaja. Kenapa dia masih lagi nak menunggu si lelaki ni. Macam tak logic aje"
"Lagi tak logic dengan itik dan kucing nyanyi atas pentas. Nampaknya, awak tidak begitu berbakat sekali. NEXT!" Yaya tidak begitu kecewa sangat kerana dia tahu, dia sudah buat yang terbaik tetapi dia tidak begitu harapkan sangat. Dia tahu dia tidak begitu minat dalam bidang lakonan. Seterusnya Faye muncul di atas pentas dengan fashion pelik dia lagi dan rambut dia kali ini berwarna hijau kebiruaan
"Errr.. awak ni pelajar sekolah sini ke?" tanya tuan pengarah
"Ha ah! Nama saya Faye! Tapi saya bukan dari planet bumi.. asal saya dari planet yang jauh dari planet bumi. Saya adalah alien yang suka berfashion! Saya adalah fashionista yang terunggul di seluruh galaxy!"
"NEXT!"
"Ala.. saya belum buat apa-apa lagi" muka Faye berubah menjadi sedih. Tuan pengarah hanya mengangkat kening sebelah sahaja dan Faye terpaksa turun dari dewan pentas dengan hati yang kecewa. Kali ini Gopal pula berada di atas pentas. Dia tersengih sahaja sebab tidak tahu hendak buat apa
"Apa yang kamu ingin lakukan?"
"Err... kejap yea" Gopal mengambil sebuah kerusi yang ada di atas pentas dan lalu dia letakkan di tengah-tengah pentas "Baiklah, saya akan berikan pertunjukkan magic! Tengok kerusi ni betul-betul yea. TUKARAN MAKANAN!" Terus kerusi itu menjadi jelly "Macam mana? hebat tak saya?"
"Hmmm.. hebat tapi kamu menggunakan jam kuasa kamu. Ingat saya tidak tahu yang kamu adalah salah seorang dari pasukan superhero"
"Err.. hehehee.. saya turun dari pentas dulu" terus Gopal lari dari situ
"NEXT!" Boboiboy pula yang muncul kali ini "Apa bakat kamu?"
"Err.. bakat saya adalah menjadi superhero yang terkenal di Pulau Rintis!"
"Itu aje?" tanya tuan pengarah dengan nada serius dia "Kalau tiada, jangan buang masa saya"
"Eh, mestilah ada! BOBOIBOY KUASA TUJUH!" Boboiboy terus berpecah tujuh. Mata Lily bersinar-sinar melihat Boboiboy kesayangan dia, lebih-lebih lagi Boboiboy Gempa "Saya adalah Boboiboy Gempa dan saya adalah ketua di dalam pasukan pecahan Boboiboy. Bakat kami adalah bernyanyi! Kami mempunyai sebuah band yang diberikan nama Boboiboy and the 7 Powers!"
"BETUL TU! Lagu yang saya akan nyanyikan pada hari ini adalah Dancing Song!" kata Blaze dengan penuh semangat "YEAHH! MARI KITA MENARI SEMUA! KITA LEPASKAN TEKANAN! STRESS FREE!" Ramai pelajar yang sudah bangun dari tempat duduk mereka apabila lagu tersebut di mainkan. Blaze menjadi penyanyi utama dan pecahan Boboiboy yang lain, hanya bermain dengan alat muzik mereka kecuali Ice. Dia sudah tidur di tepi pentas. Taufan sempat lagi gelikan lubang hidung Ice dengan bulu itik
"ACHUMMMMMMM!" Bersin si Ice tetapi dia hanya gosok hidung dia dan teruskan sahaja tidur. Halilintar muncul dengan pedang Halilintar dia sambil acukan pedang dia di lubang hidung Ice. Sedang mereka mengusik Ice, Blaze hanya nyanyi dengan iringan dari Gempa sahaja, yang lain terus kacau Ice tidur
https://youtu.be/fTiGCYy73TU
Wah-woh wah-woh wah-woh
This one's for dancing
Wah-woh wah-woh wah-woh
This one's for dancing
This one's for dancing
Wah-woh
This one's for dancing
Hands up in the suburbs if you want to be alone
Need seconds to check it out
But your temperemental feelings
Can often leave you feeling
Like you need a dancing song
SHOUT
You're socially outrageous with your lack of self control
So take your 37 digits and put them in her mobile phone
With all your quintessential skint potential leaking from your pores
Let your tiptoes tell your finger that this is a dancing song
Wah-woh wah-woh wah-woh
This one's for dancing
Wah-woh wah-woh wah-woh
This one's for dancing
This one's for dancing
"Terima kasih semua!" Ramai yang berikan tepukan gemuruh kecuali tuan pengarah. Dia hanya menulis sesuatu di dalam buku catatan dia "Macam mana? Berbakat tak saya?" tanya Blaze
"Hmm.. kamu seorang sahaja ke? Sebab yang lain tengah seksakan salah seorang pecahan kamu" Blaze dan Gempa menoleh ke tepi dan nampak Ice telah dipakaikan make up oleh Taufan, Halilintar, Thorn dan Solar. Blaze tersengih dan Gempa terpaksa cantumkan mereka semula menjadi Boboiboy yang asal. Muka dia ada juga kesan make up tadi
"Hehehee... maaf sebab kenakalan mereka tadi tapi macam mana dengan persembahan saya tadi?"
"Itu bukan persembahan kamu tapi dari salah satu pecahan kamu" kata tuan pengarah itu dengan nada garang dia. Boboiboy menelan ludah sambil dia diperhatikan oleh tuan pengarah tersebut "Uji bakat kamu gagal. NEXT!"
Kali ini Lily pula yang muncul. Mata dia bersinar-sinar melihat pelakon kegemaran dia. Lalu dia menjerit di mikrofon
"HELLOOOO! NAMA SAYA LILY! DAN INI ADALAH PEMBANTU SAYA, MOPIKO!" Mimiko telah dipaksa oleh Lily untuk menjadi pembantu dia dalam persembahan uji bakat. Dia dipaksa memakai costume Ratu Lily. Rambut Mimiko pun telah diwarnakan putih supaya nampak macam Ratu Lily
"MIMIKO LAH!" Lily abaikan sahaja dengan kemarah Mimiko
"Cik adik, boleh tak jangan menjerit"
"Hehehee.. maaf tuan director. Nama saya Lily, hari ini saya akan tunjukkan drama aksi saya iaitu drama bergaduh dengan Ratu Lily" Terus Lily keluarkan sebatang kayu baseball. Mimiko menelan ludah sebab takut karang dia dibelasah oleh Lily pula nanti "Wei Ratu Lily! Jangan cuba hendak merampas Boboiboy ku. Ini Lily lah! LILY THE AWESOME! LILY THE GREAT! LILY THE SUPER DUPER LILY! LILY THE GREATEST WARRIOR dan paling penting sekali LILY THE BAKAL KEKASIH HATI KU BOBOIBOY!" Kini giliran Mimiko pula untuk membalas balik dengan dialog yang sudah ditulis oleh Lily
"Eleh, Lily the great konon. Kau nampak kuku tajam aku!" Mimiko terus tunjukkan kuku tajam palsu dia yang panjang itu "Aku Ratu Lily! Tak kan kalah dengan kau wahai si pelik! Marilah, kita lawan dan aku akan buktikan yang aku boleh menang dalam pertarungan ini. BOBOIBOY IS MINE FOREVER! HAHAHAHAAAAA!" Mimiko gelak seperti hantu pontianak. Gopal menekan suis lampu buka tutup buka tutup di dewan sekolah, lampu itu berkelip-kelip untuk memberikan kesan yang cukup membuat orang terasa seram sejuk
"Adeh, korang berdua ni.. asyik nak bergaduh sahaja. Cubalah duduk dediam, sampai lampu pun takut, sebab itu lampu sekolah ni asyik berkelip-kelip aje" muncul pula Probe di atas pentas
"KITA ORANG TAK KAN DUDUK DIAMLAH!" Lily dan Mimiko ketuk kepala Probe dengan spana gergasi. Benjol kepala Probe. Tuan Pengarah amat kagum dengan persembahan lawak tadi dan lalu dia berikan tepukan kepada mereka
"Bagus bagus.. idea kamu memang baik. Boleh dijadikan sebuah drama bersiri. Terima kasih yea Lily dan juga Ratu Lily" kata tuan pengarah
"MIMIKO LAH!"
"Hehehe.. saya tak nak berterima kasih sekali?"
"Kamu sekali robot ungu" Probe terus berpusing-pusing. Mereka bertiga turun dari situ dengan hati yang cukup bangga campur gembira "NEXT!"
"Hai Semua! Nama saya Ying! Saya akan menggunakan bakat saya yang terpendam iaitu menyanyi rap! Terimalah lagu dari saya yang bertajuk MAGIC!"
https://youtu.be/2Sk_Qg6dVj8
Hi, my name is Ying, and I approve this message...
I got the magic in me
Every time I touch that track it turns into gold
Everybody knows I got the magic in me
When I hit the floor the girls come snapping at me
Now everybody wants a blast of magic
Magic, magic, magic
([scratch:] M M) Magic, magic, magic
([scratch:] M M M) Magic, magic, magic
Ah ooooooo
I got the magic in me
[Verse 1:]
The trick that I'll attempt will blow your mind
Pick a verse, any verse I'll hypnotize you with every line
I'll need a volunteer how about you with the eyes
Come on down to the front, sit right here and don't be shy
I'll have you time traveling, have your mind babbling
People trying to inherit the skills so they asking me
Even David Blaine had to go and take some classes in
I see Mind Freak like what's up man what's happening
So come one, come all and see the show tonight
Prepared to be astounded no ghosts or poltergeists
You know I'm no Pinocchio and never told a lie
So call me mister magic man I float on cloud 9
I got the magic in me (I got the magic, baby)
Every time I touch that track in turns into gold (yes, it turns to gold)
Everybody knows I got the magic in me (I got the magic, baby)
When I hit the floor the girls come snapping at me (they be snappin', baby)
Now everybody wants a blast of magic
Magic, magic, magic
([scratch:] M M) Magic, magic, magic
([scratch:] M M M) Magic, magic, magic
Ah oooooooo
I got the magic in me
[Verse 2:]
Well take a journey into my mind
You'll see why it's venom I rhyme
Stay on the road so I call my mama when I got time I hit the stage go insane and jump into that crowd
See, see when I rhyme flow on the beat like pidda-da-da
See I deceive ya with my intergalactic ether
I sing just like Aretha, so respect me like I'm Caesar
I kick it like Adidas, blowing sticky like adhesive Be cautious 'cause what I be on will leave you with amnesia
I break all the rules like Evel Knievel
It's a spectacular show cause my heart pumps diesel
So whatever you saying it don't entertain my ego
I do this every day Hocus Pocus here's my steelo
I got the magic in me (I got the magic, baby)
Every time I touch that track in turns into gold (yes, it turns to gold)
Everybody knows I got the magic in me (I got the magic, baby)
When I hit the floor the girls come snapping at me (they be snappin', baby)
Now everybody wants a blast of magic
Magic, magic, magic
([scratch:] M M) Magic, magic, magic
([scratch:] M M M) Magic, magic, magic
Ah oooooooo
I got the magic in me
Ramai yang kagum dengan bakat Ying. Semuanya berdiri dan berikan tepukan yang gemuruh. Ying agak berpuas hati dengan persembahan dia tetapi dia rasa malu sedikit kerana dia belum pernah lagi nyanyi solo di atas pentas. Selalunya dia akan berduet atau nyanyi secara ramai-ramai. Ying melihat tuan pengarah mengangguk-angguk tanda bagus
"Bagus persembahan kamu. Boleh masuk dalam pertandingan bernyanyi nanti. Baiklah, saya ucapkan tahniah dengan persembahan kamu tapi kamu rapping kamu terlampau laju sangat sampai saya sendiri tidak faham apa yang awak cuba sampaikan. Lagikan cuba slow down kan sedikit... NEXT!" Ying terus melompat-lompat di atas pentas itu dan lalu dia turun ke bawah. Yaya memeluk kawan baik dia dan mereka menjerit sedikit sebab terlampau gembira sangat. Seterusnya adalah kasanova sekolah iaitu Momoki. Dia sudah pun berada di atas pentas dengan sejambak bunga mawar merah
"Err.. apa nama kamu?" tanya tuan pengarah
"Nama saya adalah.. Momoki" Tuan pengarah rasa pelik sebaik sahaja ada bunga-bunga sakura berguguran di atas lantai pentas dengan kesan bunyi yang sangat romantik "Persembahan saya adalah.." Tangan dia tunjuk di belakang dan sebuah piano telah di tolak keluar oleh pelajar lain "Bermain piano. Lagu yang saya hendak mempersembahkan adalah lagu classical iaitu salah satu dari lagu Mozart" Momoki terus baling sejambak bunga mawar ke arah pelajar-pelajar perempuan. Ramai yang berebut-rebut untuk menangkap bunga tersebut. Momoki terus duduk di atas bangku piano
"Lagu ini khas untuk bunga hati ku iaitu Lily" Lily rasa nak muntah apabila dia ternampak Momoki sedang berikan senyuman yang begitu menggodakan dekat diri dia. Fang tergelak sahaja sebab dia tidak percaya, ada juga yang ingin mengurat Lily si pelik. Momoki terus bermain piano itu dengan khusyuknya tetapi ada juga yang tertidur, terutama sekali Lily. Air liur meleleh keluar dari mulut dia dan Fang mengangkat kening sebelah sambil fikirkan idea nakal dia untuk kenakan Lily. Fang ada di sebelah Lily. Bibir dia berubah menjadi senyuman sinis
"Pinjam pen sekejap" kata Fang kepada Boboiboy
"Kau nak buat apa Fang?"
"Itu kau tak perlu tahu"
"Kau nak kenakan Lily ke?" tanya Boboiboy dengan nada bosan dia
"Ha ah, aku nak kenakan dia sebab suka sangat cari pasal dengan aku.. hehehee" Boboiboy boleh nampak aura kenakalan Fang keluar dari tubuh badan kawan baik dia. Boboiboy rasa takut pula tetapi dia tidak akan berikan pen kepada Fang "Wei Boboiboy, cepatlah bagi aku pen"
"Tak nak"
"Tak nak takpe.." Fang ternampak sebatang pen di tangan Rizu "Rizu, pinjam pen sekejap"
"OK!" Rizu terus berikan pen kepada Fang tanpa perasaan ragu-ragu. Boboiboy menepuk dahinya "Abang Fang nak buat apa?"
"Rizu tengok aje ok" Rizu perhatikan sahaja abang kesayangan dia menconteng muka Lily. Dia letak misai di bawah hidung Lily, dia buat bulatan kecil-kecilan di kedua belah pipi Lily dan dia juga menulis I'm Annoying di dahi Lily. Fang tergelak nakal di situ. Boboiboy pula tengah bayangkan dia sepak Fang sampai ke planet lain sebab buat nakal. Rizu hanya tergelak sahaja. Dia terhibur dengan kenakalan abang kesayangan dia. Mereka tidak sedar bahawa Momoki sudah pun tamat dengan persembahan beliau. Hanya sesetengah sahaja yang berikan tepukan sebab yang lain sudah pun tertidur
"Hmmm.. bagus tapi saya nak lagu yang lebih rancak dan bukan membuat orang lain sampai tertidur.. NEXT!" Momoki tidak kisah dengan komen tuan pengarah tadi, janji hati dia sudah cukup terhibur dengan persembahan dia sendiri. Bella sudah pun berada di atas pentas dengan bola tamparnya "Apa yang kamu ingin lakukan?" Terus Bella tersenyum sinis
"Bakat saya adalah bermain bola tampar" kata Bella dengan keangkuhan dia
"Betul tu tuan pengarah. Dia ni, kalau tampar bola memang dasyat. Lebih dasyat lagi apabila sasaran dia selalu tepat" Probe menyibuk di sebelah Bella "Baiklah, saya sebagai bekas host Edisi Malam Minggu, saya akan menjadi juru cakap untuk pihat Bella"
"Dia takde mulut ke nak bercakap?" tanya tuan pengarah
"Ada tapi dia perlu fokuskan dengan menampar bola dia" Bella angguk dengan kata-kata Probe tadi "Baiklah, adakah anda semua nampak sepiring pinggan di belakang kamu semua?" Semua menoleh kebelakang dan nampak pinggan berwarna merah di atas pintu utama dewan "Bella akan menampar bolanya dan sasaran dia adalah pinggan itu. Kita saksikan bersama" Semua duduk diam dan Bella terus melantunkan bolanya. Mata dia hanya tertumpu kepada pinggan merah itu. Tangan dia asyik melantun-lantunkan sahaja sehinggalah dia berhenti dan berundurkan kebelakang sedikit demi sedikit
"Apa yang Bella akan buat seterusnya?" kata Probe dengan nada perlahannya "Ini sungguh mendebarkan"
Bella menarik nafas dan terus berlari ke depan. Dia melambung bolanya, lalu dia lompat dengan begitu tinggi dan terus dia menampar bola tersebut dengan begitu kuat sekali. Bola itu sepantas kilat, ianya terus terkena sasarannya iaitu pinggan merah tersebut. Pinggan itu terus pecah. Ramai yang kagum dengan bakat Bella
"WAHHH! SASARAN YANG TEPAT SEKALI!" Probe bertepuk tangan. Lalu Bella mengambil bola yang seterusnya "Baiklah, sasaran dia yang seterusnya adalah SI LANDAK UNGU!" Semua pandang ke arah Fang. Boboiboy dan Rizu sudah duduk jauh daripada Fang
"WEI! APASAL AKU PULAK!"
"SEBAB KAU PERGI BUAT JAHAT DEKAT KAWAN BAIK AKU! RASAKAN TAMPARAN BOLA BERAPI BELLA!" Bella terus menampar bolanya dan terkena muka Fang. Lalu dia pengsan di situ selama 30 saat "Puas hati aku"
"Hmm.. dasyat juga kamu ni. Boleh berlakon dalam movie superhero" Mata Bella bersinar-sinar apabila dia mendengar komen dari tuan pengarah "Terima kasih dengan bakat kamu yang telah kamu pamerkan tadi tapi kamu boleh berlakon ke?" Belum sempat Bella nak jawab, Probe telah pun menjadi tukang jawap
"Kalau tuan pengarah nak tahu, dia ni memang pelakon yang tersohor di Pulau Rintis! Dia telah melakonkan dirinya sebagai seorang gadis yang gedik pada suatu ketika dahulu tetapi sekarang ini, dia adalah gadis yang terbaik, lebih baik daripada si landak yang sudah bangun dari pengsannya. Dia juga-" Lalu kepala besi Probe terkena bola tampar Bella "Adoi! Sakitnya kepala saya"
"Sibuk aje kau ni!" Probe terus tersengih kepada Bella "Hehehee... maaf yea"
"Takpe, nanti kalau kamu terpilih.. kami akan menelefon kamu. NEXT!" Bella turun dari pentas dengan gembiranya. Dia siap bernyanyi-nyanyi lagi. Fang asyik perhatikan Bella dengan aura-aura kegelapan dia. Lily sudah jaga dari tidurnya, terus Rizu berikan cermin kepada Lily. Aura-aura kegelapan Lily mulai keluar tapi dia tahu, bagaimana hendak balas dendam dekat Fang nanti. Dia tergelak sinis di situ
"Baiklah, seterusnya kita dipersilakan HARRAZ!" Harraz terus naik ke atas pentas. Dia pergi ke tepi pentas dan lalu menolak sebuah papan putih yang mempunyai soalan matematik "Dia akan menjawab soalan matematik yang paling susah ini dalam masa 1 minit!"
"Eh kejap.. saya rasa, kita tidak perlukan seseorang untuk uji bakat mereka dalam matematik sebab kami hanya mencari bakat dalam dunia lakonan"
"Maaf tuan pengarah. Kalau tentang lakonan, saya memang tak reti.. jadi saya turun dulu yea" Harraz terus turun dari pentas dengan perasaan malu dia
"Kasihan dia. Baiklah, seterusnya ialah landak ungu berungu-ungu iaitu FANG!" Fang sudah bersiap dengan guitarnya. Dia heret kerusinya dan lalu letak di tengah pentas "Inilah dia, muka merah, FANG!" Muka Fang ada kesan merah sebab terkena bola tadi
"Hehee.. abaikan muka merah saya" Fang duduk di atas kerusi sambil memetik guitarnya "Tajuk lagu yang saya ingin nyanyikan adalah I can see clearly now"
https://youtu.be/xzGV9Bl6CGg
I can see clearly now the rain is gone.
I can see all obstacles in my way.
Gone are the dark clouds that had me blind.
It's gonna be a bright (bright)
bright (bright) sunshiny day.
It's gonna be a bright (bright)
bright (bright) sunshiny day.
Oh, yes I can make it now the pain is gone.
All of the bad feelings have disappeared.
Here is that rainbow I've been praying for.
It's gonna be a bright (bright)
bright (bright) sunshiny day.
(ooh...) Look all around, there's nothing but blue skies.
Look straight ahead, there's nothing but blue skies.
I can see clearly now the rain is gone.
I can see all obstacles in my way.
Here is that rainbow I've been praying for.
It's gonna be a bright (bright)
bright (bright) sunshiny day.
It's gonna be a bright (bright)
bright (bright) sunshiny day.
It's going to be a bright (bright)
bright (bright) sunshiny day.
Yeah, hey, it's gonna be a bright (bright) bright (bright)
sunshiny day
"PANGGGGGGGGG!" Muncul Kaizo di atas pentas. Semua terkejut dengan jeritan Kaizo tadi "KENAPA KAU BUAT KAWAN KAU MACAM NI!" Lily ada di sebelah Kaizo dengan muka berpura-pura sedih "KAU NI! MEMANG TAK SERIK-SERIK LAGI! ASYIK DENGAN KENAKALAN KAU AJE! KALAU ABANG TAK DUDUK DEKAT SINI, TAK TAHULAH APA YANG KAU SUDAH LAKUKAN! ENTAH-ENTAH, SEMUA BENDA KAU PERGI JAHANAMKAN!" Bergema satu dewan sekolah kerana suara garang Kaizo adalah 10 kali ganda daripada yang biasa. Badan Fang terasa lemah pula sebab dia tidak sanggup melihat wajah abang dia yang begitu mengerikan. Lily sudah pusing kebelakang dan dia tergelak sedikit
"Alaaa.. adik bukannya humban dia masuk dalam hospital pelik pun. Adik cuma conteng muka dia sahaja"
"KAU INGAT CONTENG MUKA KAWAN KAU TU, LAWAK SANGAT KE? KAU TAK RASA KASIHAN KE DENGAN KAWAN KAU?"
"Dia mana nak rasa kasihan. Si landak ni memang tiada perasaan kasihan, tiada rasa simpati dan hati dia sentiasa kosong" Fang ketuk kepala Probe dengan mikrofon "Kan betul cakap saya. Dia mana ada perasaan. Tak pasal-pasal, saya juga yang kena ketuk. Dia ni memang panas baran berhati kosong" Aura-aura kegelapan Fang mulai keluar
"Ada juga nak tengok aku mengamuk tak tentu pasal ni" bisik Fang yang masih lagi berapi-api
"Tahu pun kau rasa marah, macam tu lah kawan kau rasa sebelum ni" Kaizo ketuk kepala adiknya dengan mikrofon juga. Terus satu benjol timbul di kepala Fang "Sekarang aku mahu kau pulang ke rumah, SEKARANG JUGA! SEBAB AKU NAK AJAR KAU SEPUAS-PUASNYA!"
"Errr..." Fang menelan ludah. Aura-aura dia terus hilang begitu sahaja. Lily masih tergelak lagi tetapi kali ini dia berguling-guling di atas pentas dengan gelak ketawa dia. Mereka terdengar satu tepukan dari seseorang. Fang, Kaizo, Probe dan Lily pandang ke bawah dan nampak tuan pengarah berikan senyuman dan tepukan kepada mereka
"Wah! Persembahan yang terbaik sekali saya lihat tadi. Syabas syabas! Apa nama kamu?" tanya tuan pengarah kepada Kaizo
"Nama aku adalah Kaizo, Kapten Kaizo"
"Kapten rupanya.. hmm.. muka awak boleh dijadikan hero di dalam sebuah drama ataupun movie. Saya boleh bentukkan kamu menjadi pelakon yang terkenal di Malaysia ataupun di luar negara. Nama awak akan meletup-letup di seluruh dunia!" Kaizo mengusap-gusap dagunya dan bayangkan diri dia menjadi pelakon terkenal
"Macam mana abang? Abang nak berhenti jadi kapten dan terus menjadi pelakon yang terhandal di seluruh dunia!" Fang mula fikirkan tentang kekayaan mereka nanti "Bolehlah abang bawak adik pergi melancong kemana-mana sahaja nanti dengan kapal terbang peribadi abang" Kaizo ketuk kepala adiknya
"Berangan aje lebih kau ni. Bila masa abang nak berhenti menjadi seorang kapten. AKU TETAP KAPTEN KAIZO!"
"Betul! Lily tetap menjadi Lily yang terhandal dan suka kacau Kapten Kaizo dan Prebet Pang yang nak kena lempang seribu satu malam tu!" Lily tergelak di situ
"Dan saya akan menjadi host terkenal! Dengan duit yang saya akan memperolehi, saya akan dermakan kepada encik bos saya! Hehehehehe... boleh bayar hutang saya nanti" Probe pula tergelak kali ini
"Hmm.. bagus kamu semua. Lily dan Probe sesuai berlakon dalam drama komedi dan Kaizo, saya akan mengambil kamu sebagai watak utama dalam movie terbaru saya nanti" kata tuan pengarah sambil bayangkan drama dia akan menjadi bualan mulut dengan adanya watak utama yang terlajak handsome
"Saya pula?" Fang tunding jarinya ke arah diri dia
"Kamu... kamu tiada aura untuk menjadi pelakon terkenal. Saya nampak, kamu ni seorang potato sahaja"
"HAHAHAHAHAHAHAA! LANDAK POTATO! LANDAK JADI KENTANG GORENG LEPAS NI! HAHAHAHAAAA!" Lily tergelak guling-guling di atas pentas. Dia terbayangkan seekor landak kena goreng di dalam kuali. Ramai yang ketawakan Fang sehingga membuatkan Fang berapi-api. Kaizo hanya menahan gelakan dia, dia tidak mahu orang lain nampak imej dia yang pelik
"POTATO?! SAYA BUKAN POTATO LAHHH!" Fang menghentak-hentak kakinya sambil turun dari dewan pentas. Aura-aura kegelapan dia membuatkan pelajar terasa ngeri melihatnya. Dia terus keluar dari dewan dengan muka masam. Siapa yang tegur dia, mungkin akan menjadi mangsa keamukan Fang. Setelah semuanya kembali tenang, Gopal muncul balik di atas pentas bersama dengan Emmy
"Kamu lagi?"
"Maaf tuan pengarah. Saya di sini lagi sebab saya nak tunjuk bakat saya iaitu!..." Lalu lagu hindustan di mainkan. Gopal dan Emmy terus bergelek gelek di atas pentas tetapi tuan pengarah tidak begitu teruja dengan tarian mereka
"Gelek India! Ohhhh gelek Indiaa! Joget ku begitu menawan, memikat hati!" nyanyi Gopal sambil berjoget-joget bersama Emmy
"NEXTTT!"
"Adeh... memang susah betul nak jadi popular" Gopal turun dari pentas dengan hati dia yang kecewa. Emmy terpaksa ceriakan hati Gopal dengan berikan lolipop chocolate. Selepas itu, semuanya dengan lancar tapi siapakah yang akan terpilih untuk berlakon di dalam sebuah drama baru nanti? Adakah Bella ataupun Lily? Ataupun Kaizo dengan muka serius dia? Atau Probe akan menjadi host dalam rancangan baru? dan susah tentu Fang tidak akan terpilih
------------------------------------------------------------------
Beberapa hari kemudian, selepas sahaja budak-budak sekolah habis dengan peperiksaan awal tahun mereka. Sesi penggambaraan movie baru akan diadakan di Pulau Rintis. Penggambaraan mereka yang pertama adalah di tepi pantai. Ramai yang berkumpul di situ semata-mata untuk melihat Kaizo berlakon. Pelakon Lufi Crush telah digantikan oleh Kaizo dan watak pelakon wanita masih di kekalkan lagi. Pekerja-pekerja movie yang ada di situ, sedang sibukkan diri mereka dengan hal masing-masing. Kaizo duduk di bawah payung besar kerana cuaca pada hari itu amat panas dan terik. Muka dia telah diberikan solekan yang amat tebal dan Lily menyuruh juru solek itu pakaikan eye-liner dekat mata Kaizo. Terus Kaizo mengamuk tak tentu pasal. Terpaksalah Kaizo di pakaikan bedak sedikit sahaja dan tiada eye-liner
"Eh, kak Lynna buat apa dekat sini?" tanya Yaya yang juga ada di situ
"Akak dekat sini sebab nak tengok Kaizo berlakon dalam movie drama dia yang pertama. Mesti kelakarkan dia berlakon nanti" Lynna tergelak sedikit sambil melihat Kaizo yang hanya bermuka serius sahaja
"Hehehehe.. memang lawak kak Lynna tapi kasihan si landak, tak dapat nak jadi pelakon. Berkecailah sebuah impian landak" Lily gelengkan kepala sambil melihat Fang berdiri di sebelah Kaizo dengan muka masamnya, tangan dia bersilang dan aura-aura kegelapan dia sedang keluar dari tubuh badan dia. Hati Fang cukup panas seperti lava sedang menggelegak di dalam kawah gunung berapi
"Kasihan Fang. Takpelah, nanti akak belanja dia donut lobak merah. Mesti dia akan suka nanti"
"Kak Lynna belanja saya sekali!" muncul Gopal bersama Boboiboy "Tak pun kak Lynna belanja kita semua makan dekat tepi pantai. Makan seafood, sedap tu!"
"Tahu makan aje kau ni" bisik Boboiboy "
"Boleh aje Gopal tapi lepas Kaizo habis sesi shooting movie dia" kata Lynna dengan nada ceria dia
"Kak Lynna tak rasa cemburu ke tengok abang Kaizo berlakon dengan pelakon cantik dan menawan?" tanya Faye sambil melihat pelakon perempuan yang begitu menawan sekali. Gadis itu ada sedikit seperti pelakon Hollywood
"Takdelah, buat apa akak nak cemburu pula. Lainlah kalau abang sepupu kamu tu sejenis yang suka mengurat perempuan" Lynna tergelak sedikit. Lalu dia terbayangkan Kaizo seorang yang serius tapi suka mengurat semua perempuan yang dia nampak "Tak dapat nak aku bayangkan" bisik Lynna
"Hehehe.. betul tu! Lily setuju sahaja sebab hati abang Kaizo hanya setia pada yang satu sahaja iaitu..."
"LILY!" muncul Momoki di sebelah Lily dengan sekuntum mawar merah "Hai gadis cantik. Nak keluar jalan-jalan dengan saya tak hari ni?" Lily terus tersengih dan menyorok di belakang Boboiboy dan lalu menjerit
"LILY TAK NAK KELUAR JALAN-JALAN DENGAN ABANG MOKI MOKI ATAU LEBIH DIKENAL SEBAGAI ABANG MOK MOK!"
"Tak nak takpe" Momoki terus menoleh kepalanya ke arah Ying pula "Hai gadis amoi yang cantik berseri-seri. Nama kamu Ying kan"
"Err.. ha ah, nama saya Ying. Kenapa?" Momoki terus tersenyum sehingga ternampak gigi dia yang putih bersinar-sinar itu. Senyuman Momoki itu membuat Ying tergoda dan tersipu malu. Momoki terus berikan sekuntum mawar merah kepada Ying "Hehehe.. terima kasih"
"Hmm.. kasanova betul" kata Lynna sambil melihat Momoki mengurat Ying
"Memang pun tapi kalau dia mengurat saya, saya tidak akan termakan dengan kata-kata indah dia. Hati Bella tetap pada yang satu iaitu si landak yang suka bermasam muka!" Bella melambai-lambai tangannya ke arah Fang tetapi apa yang dia dapat, jelingan lidah dari Fang "Cheh, tak guna punya Fang"
"Hehehee... sabar ajelah Bella tapi korang kecik-kecik lagi, sudah terpikat dekat seseorang yea"
"Ala kak Lynna, macamlah kak Lynna tak pernah suka dekat sesiapa masa sekolah dulu" Bella nampak muka Lynna berubah menjadi merah sebab rasa malu "Hehehee.. kan betul saya cakap tapi jangan risaulah kak Lynna, itukan perasaan dan hati masing-masing. Kalau dah suka, apa boleh buat tapi jangan jadi stalker macam Lily dulu.. hehehee.. maaf Lily"
"Takpe, Lily memang stalker nombor satu! Betul tak BBB-Chan"
"Err.. betul lah kot" Boboiboy tersengih sahaja
"Pizu pun stalker juga dulu. Pizu stalker abang Fang" muncul Rizu dengan anak patung penguin dia "Tapi kita adalah stalker yang terbaik! Sebab Pizu dapat seorang abang angkat iaitu abang Fang dan abang Paizo! Bukan dia orang sahaja, kakak angkat pun Pizu dapat juga, KAKAK LYNNA! Tapi kakak Lily aje yang tak dapat abang Boboiboy lagi tapi... abang Boboiboy tak boleh jadi abang angkat kepada kakak Lily sebab kakak Lily lebih tua daripada abang Boboiboy. Abang Boboiboy jadi adik angkat kepada kakak Lily ajelah, baru ok kan? Betul tak?"
"Betul tu Rizu" Lynna mengusap-usap kepala Rizu
Mereka masih lagi menunggu untuk sesi pengambaraan bermula tetapi tuan pengarah masih lagi sibuk bercakap dengan pekerja-pekerja dia. Muka dia serius seperti muka Kaizo. Tuan pengarah itu seperti hendak marah tetapi tidak jadi nak marah. Kaizo pula, dia hanya duduk di bawah payung besar sambil diri dia dikipaskan oleh Fang. Beberapa minit kemudian, barulah pengambaraan bermula. Kaizo berdiri di tempat yang sudah ditetapkan. Pelakon wanita sudah pun bersiap sedia. Mereka semua boleh nampak pelakon wanita itu terpikat dengan wajah kacak Kapten Kaizo. Semuanya menjadi senyap selepas sahaja tuan pengarah katakan action
"Kenapa kau hancurkan hati aku? AKU BUKANNYA ANAK PATUNG MAINAN KAU!" kata Kaizo dengan nada serius dia
"CUT!" tuan pengarah itu bangun dan terus pergi ke Kaizo "Kaizo, kamu kena tunjukkan emosi sedih bukan serius campur garang"
"Abang saya mana reti nak buat emosi sedih. Dia tu tahu satu emosi aje iaitu emosi serius" Fang menyibuk di situ "Emosi lain dia memang takde" kata Fang sambil angguk-angguk kepala
"Lily sokong sahaja!" Lily tiba-tiba sahaja muncul di situ "Tuan pengarah, kalau tuan nak tahu. Abang Kaizo ni hanya reti dengan keganasan, kekejaman, kegarangan, ketegasan, kesadisan dan juga kebulian terhadap adik dia yang serba potato ni!"
"AKU BUKAN POTATO LAH!"
"Korang berdua ni.. memang suka cari pasal yea" Tuan pengarah melihat Lily, kemudian ke arah Fang "Hmmm..." Kening dia terangkat sebelah sambil memikirkan sesuatu "Baiklah, kita sambung balik.. FROM THE TOP! Kaizo, emosi sedih yea"
"Lerr.. ingatkan dia cakap sesuatu tadi" Fang menepuk dahinya. Semua berdiri di tempat masing-masing. Kamera sudah halakan kearah Kaizo
"ACTION!"
"Kenapa kau hancurkan hati aku? AKU BUKA-"
"CUT!" Tuan pengarah memicit dahinya "Saya suruh keluarkan emosi sedih. Bukan emosi serius"
"Jangan risau. Saya akan cubakan untuk dapatkan emosi sedih abang keluar dari badan dia" Lalu Fang mengheret Lynna dan letakkan di depan mata Kaizo "Abang bayangkan kak Lynna dirampas oleh seseorang dan hati abang hancur kerana perasaan abang telah dipermainkan" Kaizo ketuk kepala adiknya
"Jangan nak mengarut!"
"Heheee.. Fang cuba ajelah yang lain" Lynna terus kembali ke tempat asal dia
"Baiklah! ADIK AKAN GUNAKAN PIN EMOSI SEDIH!" Fang mengangkat tinggi-tinggi pin berwarna biru itu. Tangan dia semakin hampir dengan baju abangnya tetapi Kaizo terus menjerit
"KAU INGAT EMOSI AKU NI BARANG MAINAN KE! BOLEH BUAT SESUKA HATI KAU SAHAJA?! PEDANG TENAGA!" Fang terus larikan diri daripada abang dia yang sudah mengamuk tak tentu pasal. Pening kepala tuan pengarah. Dia terpaksa mencari pelakon lain. Lalu dia ternampak Momoki yang masih lagi mengurat Ying
"Kamu! Momoki.. kamu akan menjadi pelakon utama yang baru" Momoki terus rasa gembira "Siapkan dia dengan segera dan berikan skript kepada dia" Makin ramailah penonton dari para gadis
"Wahai para gadis sekalian, aku Momoki akan buktikan dunia lakonan ku" kata Momoki dengan senyuman mengoda dia. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily, Rizu dan juga Lynna, beredar dari situ sebab malas hendak melihat lakonan Momoki. Mereka rasa, lebih elok menonton Fang kena kejar dengan abangnya
"Isk isk isk.. asyik cerita ni ending dengan abang Kaizo mengamuk aje. Apa kata kita endingkan cerita ini dengan Lily pergi berdating dengan Boboiboy!" Lily terus peluk lengan Boboiboy "Jom Boboiboy, kita pergi dating. Kita pergi makan ice cream sama-sama" Tiba-tiba sahaja tangan lagi sebelah Boboiboy ditarik oleh seseorang
"EHEM! Boboiboy berdating dengan aku sahaja!"
"MANA BOLEH! BOBOIBOY IS MINE FOREVER!"
"NO WAY!" Mimiko tarik Boboiboy dan Lily tarik tangan Boboiboy lagi sebelah. Boboiboy dijadikan tarik tali dan akhirnya, dia terpaksa belanja kedua-dua mereka makan ice cream. Lynna pula, pergi belanja yang lain makan seafood di tepi pantai. Kaizo dan Fang? Fang masih lagi dikejar oleh abangnya sehinggalah larut malam
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top