Ucapan Terakhir

Kau lah permata hati ku,

Menyinari hidup ku,

Gelak ketawa mu, buat diri ku tersenyum,

Jangan risau anak ku,

Tiada apa yang akan dapat padamkan senyuman dan gelakan kamu,

Kerana ibu sentiasa melindungi senyuman dan gelak ketawa kamu,

Kasih sayang ibu kepada anak-anak ku,

Sentiasa ada di hati Kaizo dan Fang,

Ingatlah wahai anak ku, kasih sayang ibu tidak pernah padam dalam hidup mu

Keiko cium kedua anaknya yang sedang tidur nyenyak di atas katil. Dia duduk di tepi katil sambil membelai rambut Fang sedikit. Keiko melihat muka anaknya dengan muka sedih. Tak tahulah kenapa semenjak akhir-akhir ini, hati dia tidak begitu gembira sekali tetapi dia tidak tunjukkan kepada anak-anak dia. Keiko hanya memakai topeng kegembiraan sahaja, supaya anak-anak dia tidak nampak kesedihan di wajahnya

"Ibu belum tidur lagi?" Kaizo terjaga dari tidurnya. Malam ini Fang ingin tidur bersama dengan abangnya

"Belum Kaizo" Tangan Keiko membelai rambut Kaizo pula "Ibu mahu melihat anak-anak ibu sebelum ibu masuk tidur. Kenapa Kaizo belum tidur lagi?"

"Sebab Kaizo terjaga masa ibu nyanyi tadi. Lagu tu sentiasa buat Kaizo terjaga sebab suara ibu sedap dan lembut. Kaizo suka bila ibu nyanyikan lagu tu sebab itu Kaizo terjaga sebab nak dengar lagu tu"

"Jadi, setiap malam Kaizo selalu dengarlah ni" Keiko cuit hidung Kaizo sedikit. Dia dan Kaizo tergelak sedikit "Lagu itu, ibu reka khas untuk kedua anak ibu. Kamu dan Fang adalah permata hidup ibu. Tiada siapa dapat mengambil anak ibu"

"Siapa nak ambil kita orang pulak?"

"Tiada siapa Kaizo. Ibu cuma cakap sahaja. Kaizo pergi tidur, esok kamu nak pergi ke tempat kerja ayah kamu kan"

"Baik ibu! Selamat malam ibu" Keiko bangun dari katil. Kaizo sudah pun pejamkan mata sambil memeluk adiknya yang masih kecil lagi. Keiko menutup lampu bilik itu dan lalu dia keluar dari bilik itu. Dia boleh dengar Kaizo sedang bernyanyi lagu tadi secara perlahan. Keiko tersenyum dan lalu dia menyusuri masuk ke bilik

---------------------------------------------

Lagu itu masih lagi diingati oleh Kaizo, cuma adiknya sahaja yang tidak begitu ingat. Kadang-kadang, semasa dia rindukan kedua ibubapanya, dia akan nyanyi lagu tersebut. Sambil dia nyanyi lagu itu, sambil itu dia melihat sekeping gambar ibubapanya dan juga diri dia dan adiknya semasa mereka kecil lagi. Kaizo akan menangis secara bersendirian di dalam bilik tidurnya

"Ibu, lagu itu sentiasa ada dihati Kaizo tapi aku sendiri tidak pernah nak nyanyikan kepada adik aku si Pang tu. Aku sendiri pun tidak tahu. Mungkin lagu itu adalah lagu kegemaran aku tapi seperti mahukan lagu itu untuk diri aku sahaja. Adakah aku hanya pentingkan diri aku sahaja? Tapi Pang pun ada juga lagu tidur dia" bisik Kaizo sambil melihat lagi gambar itu

"Abang menangis ke?" Fang muncul di muka pintu dengan wajah kerisauan dia. Fang sudah bersiap-siap untuk pergi ke sekolah bersama Faye

"Mana ada abang menangis. Mata abang cuma masuk habuk sahaja. Kau dah nak pergi ke sekolah?"

"Yea abang. Kalau abang ada apa-apa masalah, bagitahu adik"

"Takde apa" jawab Kaizo dengan nada yang agak perlahan "Hati-hati sewaktu kau pergi ke sekolah nanti"

"Kenapa abang cakap macam tu? Abang macam nak pergi buat selama-lamanya aje"

"Kau ni, tak boleh ke abang cakap macam tu" Kaizo merenung adiknya dengan wajah serius dia "Kalau apa-apa berlaku dekat diri abang, kau jangan ikut abang. Aku mahu kau selamat sahaja"

"Hmm.. baiklah abang" Fang pusingkan badannya, tetapi dia berhenti seketika. Lalu dia berlari masuk ke dalam bilik abangnya. Dia memeluk abangnya dengan penuh kasih sayang "Adik pasti, abang akan selamat. Abang kuat dan tidak pernah kalah" Kaizo membalas balik pelukan adiknya

"Yea adik ku tapi kau jangan bersedihan jika abang sudah tiada lagi. Abang akan pastikan kak Lynna menjaga kau dengan baik. Abang nak janji ibu kepada abang akan sentiasa dipenuhi. Kau jaga diri kau baik-baik" kata Kaizo di telinga adiknya. Dia bagai tidak mahu lepaskan adiknya, seperti ini kali terakhir dia dapat berjumpa dengan adiknya. Setelah 30 saat mereka berpelukan, akhirnya Fang terlepas daripada pelukan abangnya. Fang keluar dari bilik itu sambil melihat wajah abangnya. Dia terasa abang dia sedang memberikan senyuman kepada diri dia

Adakah ini kali terakhir aku dapat berjumpa dengan abang aku atau ini hanyalah permainan perasaan aku sahaja? kata Fang dihatinya. Dia menyusul keluar dari bilik itu secara perlahan. Kaizo bangun dari katilnya dan simpan gambar yang dia melihat sebentar tadi. Dia perlu bersiap-siap untuk ke kedai Tok Aba kerana dia akan berjumpa Lynna di situ nanti

------------------------------------------------

"Fang, apasal kau senyap sahaja dari tadi?"

"Hmmm... takde apa" jawab Fang. Suara dia agak perlahan bukan seperti biasa. Seperti ada sesuatu yang Fang rasakan akan terjadi nanti. Faye perhatikan sahaja sepupu semasa mereka dalam perjalanan ke sekolah

"Kau pasti ke diri kau tu ok?"

"Kan aku dah cakap tadi, TAKDE APA-APALAH!"

"Janganlah marah aku" marah Faye kepada sepupu dia "Aku ingin tanya sahaja kalau ok ke tak. Aku risau melihat kau begini. Selalunya kau akan berlagak seorang diri dengan aku. Hari ini kau senyap sahaja"

"Sudahlah kau.. suka sangat sibuk dalam hal-hal aku" Fang terus larikan diri daripada Fang. Terus Faye berhenti berjalan

"Fang" bisik Faye sambil melihat Fang berlari jauh dari situ. Makin lama, makin hilang Fang dari pandangan Faye. Tiba-tiba Faye terasa ada seseorang sedang menyentuh bahunya. Dia menoleh ke tepi dan nampak kawan baik Fang iaitu Boboiboy

"Faye, apasal dengan Fang tu?"

"Entahlah" jawab Fang "Dia begitu semenjak dia keluar dari bilik abang Kaizo"

"Abang dia buli dia lagi ke?" Faye hanya gelengkan kepala. Mereka sambung berjalan "Habis tu, kalau bukan kena buli.. sebab apa?"

"Aku tak tahu... dia macam ada sesuatu ingin sembunyikan dari aku. Nanti kau cubalah tanya dia" kata Faye sambil gelengkan kepala

"Aku akan cuba" Faye tersenyum sedikit "Kau jangan risau, segala masalah yang dia ada. Mesti dia akan cerita dekat aku"

"Terima kasih Boboiboy tapi... kalau apa-apa yang terjadi dekat dia. Jaga dia dengan elok ok"

"Ok, aku janji aku akan jaga Fang dengan baik" Boboiboy membalas balik senyuman Faye tadi

Hati Faye rasa lega sedikit tetapi dia masih risaukan tentang Fang. Kenapa dia tidak risaukan tentang sepupu dia lagi satu iaitu Kaizo, mungkin sebab Kaizo mampu menjaga diri dia dengan baik tapi Fang pun tahu jaga diri dia juga. Entahlah, fikir Faye. Aku sepatutnya risaukan tentang kedua-dua sepupu aku, bukannya seorang sahaja, fikir Faye lagi. Dia hanya berjalan begitu perlahan sahaja. Dia berjalan sambil melihat jalan. Boboiboy pula menjadi risau kali ini. Dia harus pergi mencari Fang apabila dia akan sampai di sekolah nanti. Hari tiba-tiba menjadi mendung, Boboiboy dan Faye mendongak ke langit. Mungkin hari ini akan hujan tetapi bukan awan mendung yang menutupi langit biru itu. Sebuah kapal angkasa sedang turun ke Pulau Rintis

"Fang" bisik Boboiboy. Hati dia tergerak memikirkan Fang tetapi kenapa bukan Fang yang akan melanda masalah kali ini, fikir Boboiboy. Dia dan Faye berlari ke sekolah untuk mencari Fang tetapi mereka melihat Fang sedang berlari patah balik untuk pergi ke arah abangnya

"FANGGG!" Panggil Boboiboy

"Kita kena ikut Fang" kata Faye dengan begitu cemas sekali. Boboiboy dan Faye berpatah balik dan mengejar Fang. Hati Fang sekarang ini fikirkan tentang abang dia. Dia perlu sampai ke rumah kerana kapal angkasa itu sedang bergerak menuju ke sebuah tempat tetapi bukan rumah Fang, ke kedai Tok Aba. Fang tidak tahu tentang itu, apa yang dia tahu, musuh akan menyerang abang dia

--------------------------------------

Kaizo yang berada di kedai Tok Aba, sudah pun berdiri di luar kedai sambil memegang pedang tenaganya. Dia dan Lynna sudah bersiap sedia untuk berlawan. Kapa angkasa itu berhenti di atas sebuah kawasan perumahan. Pintu kapal angkasa itu tidak buka lagi, Kaizo hanya perlu bersiap sedia dengan apa jua yang akan berlaku nanti. Dia sudah pun menyuruh Ochobot membawa Tok Aba jauh daripada situ. Dia tidak mahu Tok Aba tercedera dalam pertarungan mereka nanti

"Kenapa pintu kapal angkasa itu belum dibuka lagi?"

"Aku tak tahu Lynna" Mata dia asyik memandang sekitar kapal angkasa itu. Tiba-tiba sahaja pintu kapal angkasa itu terbuka dan sebuah tangga menurun ke bawah tetapi tiada orang ataupun alien yang musuh di pintu kapal angkasa itu. Kaizo tidak tahu apa yang berlaku kerana dia ternampak dua orang sedang melompat keluar sekilat pantas. Dia pusing kebelakang tetapi dua orang itu tiada di belakang dia dan Lynna

"Hahahaa.. kau lah Kapten Kaizo yang aku nanti-nantikan. Macam mana dengan pemberian hadiah aku, seronok?" Kaizo dan Lynna hanya mendengar suara itu sahaja tetapi orangnya tiada. Suara itu adalah milik seorang lelaki

"Hadiah?" Kaizo mencari-cari dari mana suara itu datang

"Yea, sebuah hadiah dari kami iaitu Kaito. Kami lah yang lepaskan dia dari penjara dari hari tu! Seronok tak dengan permainan dia?" datang suara yang lain pula. Kali ini suara dari seorang gadis. Kaizo dan Lynna masih lagi mencari suara itu datang dari arah mana "Bukan itu sahaja hadiah dari kami! Tongkat sakti tu hadiah dari kami juga!"

"JADI KAU LAH YANG MENGUBAH ADIK AKU JADI JAHAT!" Kaizo mengenggam tangannya

"Heheee.. sepatutnya, sasaran kami adalah kau, Kapten Kaizo tapi adik kau pula yang terkena" Lalu seorang gadis muncul di sebelah kanan Kaizo dan seorang lelaki muncul di sebelah kiri Lynna. Jarak diantara mereka dengan Kaizo dan Lynna adalah agak jauh "Mari kita memperkenalkan diri kami! Aku adalah Mimiko!" Gadis itu hanya tunjukkan peace kepada Kaizo yang sedang berserius itu

"Dan aku pula adalah Momoki" kata lelaki itu pula sambil menghulurkan sekuntum mawar merah kearah Lynna "Kami datang ke sini sebab kami ingin kalahkan Kapten Kaizo. Sudah lama aku ingin bertarung dengan seorang kapten yang terunggul di seluruh galaxy. Aku juga dengar banyak kisah tentang diri kau tapi aku tidak sangka pula kau sudah menetap di bumi. Kau menyorok atau sudah meletak jawatan kau sebagai Kapten?"

"Aku masih lagi seorang kapten tetapi aku datang ke sini bukan sebab untuk sorokkan diri! KAU INGAT AKU SUDAH LEMAH KE?"

"Janganlah marah Kapten Kaizo. Abang saya tu bergurau aje tapi satu aje yang dia tak kan bergurau" Tiba-tiba sahaja suara Mimiko bertukar menjadi serius "Dia hanya mahukan kau mati sahaja" Mimiko dan Momoki keluarkan sebiji crystal putih dan lalu letakkan di atas tanah. Crystal itu telah memerangkap Kaizo dan Lynna. Mereka berdua tidak boleh keluar dari situ tetapi Kaizo tidak akan mengalah

"Cubalah keluar dari situ kalau kau boleh" kata Momoki dengan nada yang agak membosankan

"PEDANG TENAGA!" tetapi tiada kesan. Ianya masih lagi berdiri dengan kukuh. Lynna melemparkan beberapa bebola api tetapi semuanya terserap ke dalam perangkap crystal itu. Mimiko tergelak sahaja sambil menepuk tangan tetapi Momoki keluarkan sebuah senjata yang amat kecil tetapi kekuatan dia agak bahaya. Dia mengacukan pistolnya kearah Lynna, tetapi Kaizo melindungi Lynna dengan menarik Lynna kebelakang

"AWWWW... SO SWEET! Tapi abang aku akan tetap bunuh kau!" kata Mimiko dengan nada ceria dia "GO ABANG! GO ABANG!"

"Terima kasih adik ku" Momoki tembak ke arah Kaizo dan Lynna. Tembakan itu mengeluarkan sebuah bola api gergasi "HAHAAHAAAAA!" Momoki tergelak sambil melihat bola api itu menembus ke dalam perangkap crystal itu. Lynna menolak Kaizo ketepi, lalu dia angkat kedua tangannya untuk mengeluarkan dinding pelindung dia berwarna ungu tetapi bola api menolak dinding pelindung Lynna

"Lynna, dinding pelindung kau tak kan dapat bertahan"

"Aku tahu" Lynna berusaha keras supaya bola api gergasi itu tidak dapat memecahkan dinding pelindung dia. Kaizo terus mengelurkan dinding tenaga dia untuk melindungi mereka berdua. Mereka berdua cuba mempertahankan dinding pelindung tetapi retakan sudah terbina di situ. Bola gergasi itu terus tolak dan tolak sehingga ianya dapat pecah dinding pelindung Kaizo dan Lynna. Bola gergasi itu bergerak dengan laju dan lalu terkena Kaizo dan Lynna. Fang yang baru sahaja sampai di situ, dia ternampak bola gergasi itu meletup apabila terkena abang dia dan juga Lynna. Badan Kaizo dan Lynna terpelanting dan terkena bumbung kedai Tok Aba. Mereka berdua bergolek jatuh di atas rumput hijau. Jantung Fang terhenti seketika. Crystal perangkap sudah pun hilang bersama dengan Mimiko dan Momoki. Rancangan mereka sudah berjaya tetapi mereka perlu bertindak segera dengan rancangan seterusnya

"ABANGGGGGGGG!" Fang berlari ke arah abangnya yang terdampar di tepi kedai Tok Aba. Dia terduduk di tepi kepala abangnya yang penuh dengan darah. Terdapat sedikit darah keluar dari mulut Kaizo. Fang memeluk kepala abangnya "ABANGGGGGG! JANGAN TINGGALKAN ADIKKKKK!" Tiba-tiba Fang lepaskan kepala abangnya kerana imej kematian ibu dia terlintas di kepala Fang. Dia terkaku sebentar. Dia tidak mahu abang dia mati di depan matanya

"ABANGGGG! ABANGGGGGG! JANGAN TINGGALKAN ADIK! ADIK PERLUKAN ABANG! Adik masih perlukan abang..." Fang menangis di dada abannya "Adik tak nak abang pergi, adik perlukan abang... adik tak nak kesunyian, adik tak nak keseorangan... adik tak nak abang pergi dulu sebelum adik... abanggg... ibu... ayah... semuanya tinggalkan adik... agaknya memang takdir adik untuk hidup keseorangan tanpa abang, ibu dan ayah" Fang menggenggam baju abangnya yang ada sedikit kesan darah. Fang bangunkan kepalanya dan terus melihat wajah abangnya yang tiada reaksi itu. Dia mengelap sedikit kesan darah di tepi mulutnya "Adik sayangkan abang dan juga kak Lynna"

Boboiboy dan Faye baru sampai di situ. Mereka terkejut melihat keadaan Kaizo dan Lynna yang sudah tidak sedarkan diri. Fang menangis-nangis sambil mengusap pipi abangnya. Lynna pula terdampar di atas rumput yang berada tidak jauh dari Fang. Kaki dia patah, darah mengalir keluar dari kepala dia dan badan dia penuh dengan kesan luka

"Faye, kau pergi panggil ambulance cepat" kata Boboiboy "dan beritahu kawan-kawan kita apa yang berlaku" Faye ikut sahaja arahan dari Boboiboy. Dia menghubungi ambulance terlebih dahulu sebelum dia menghubungi kawan-kawan dia yang lain. Boboiboy dongak ke langit, kapal angkasa tadi sudah pun hilang. Dia tidak tahu siapa yang menyerang Kaizo dan Lynna tetapi mereka perlukan bantuan rawatan dengan segera

"Abang, bangunlah... adik ada dekat sini" Fang menangis teresak-esak di wajah abangnya. Air mata dia menitis ke atas muka Kaizo tetapi mata Kaizo masih lagi pejam. Fang pegang tangan Kaizo dengan begitu erat sambil memeluk badan abangnya. Dia tidak mahu meninggalkan abangnya di situ "Abang... itu ke kata-kata terakhir abang... sebelum adik pergi ke sekolah tadi... abang.. jawablah... jawablah.."

"Fang" Boboiboy pegang sedikit bahu kawan baik dia tetapi Fang tidak mahu dia di sentuh

"Jangan sentuh aku" suara marah Fang keluar dari mulut dia "Kau jangan ganggu aku"

"Fang.. ini aku, kawan baik kau"

"Jangan ganggu aku..." jawab Fang lagi sekali

"Fang.. apasal kau tiba-tiba macam ni?" Faye sudah pun selesai memanggil ambulance dan kawan-kawan mereka. Dia angkat kepala Lynna "Kak Lynna.. kak Lynna jangan mati ok" Faye menangis sedikit, dia tidak tahu apa yang terjadi kepada abang sepupu dia dan juga Lynna. Apakah mereka akan selamat nanti? fikir Faye. Dia melihat sepupunya Fang masih lagi menangis

"Abang.. jangan tinggalkan adik... adik tak nak keseorangan.. siapa nak ceriakan kehidupan adik selepas ini jikalau abang pergi dulu.. siapa nak buli adik selepas ini.. abang...abang..." Fang kata begitu perlahan sekali sambil mendengar dengupan jantung abangnya "Jantung abang.. semakin lemah" Tiada sebarang reaksi dari Kaizo

Boboiboy boleh dengar bunyi siren ambulance dari jauh lagi. Lama-lama bunyi itu semakin dekat dan akhirnya ianya berhenti di tepi taman itu. Boboiboy memujuk Fang supaya lepaskan Kaizo tetapi Fang tetap dengan kedegilannya. Lynna sudah di angkat masuk ke dalam ambulance. Fang seperti orang meracau-racau

"JANGAN... JANGANNN! LEPASKAN AKU! LEPASKAN AKUU! ABANGGGGG!" Boboiboy dan Faye terpaksa mengheret Fang ke tepi "ABANGGGG!"

"Fang.. abang kau akan dihantarkan ke hospital. Kita akan ke sana nanti, kau bawak bertenang Fang" kata Boboiboy dengan lembut

"AKU MAHU ABANG AKUU!" Fang meraung-raung di situ sambil melihat abang dia di bawa masuk ke dalam ambulance

"Fang! bertenang Fang" Faye cuba tenangkan sepupu dia tetapi Fang tetap mahu tangan dia di lepaskan oleh Boboiboy dan Faye. Mereka pegang tangan Fang supaya tidak pergi mengejar ambulance itu. Kaizo dan Lynna sudah di bawa pergi ke hospital

"Abang..." Fang terduduk di situ. Kedua belah tangannya dilepas juga "Abang... kak Lynna... dua-duanya adik sayang..." kedua belah tangan Fang mengenggam tanah-tanah dan rumput itu. Dia terlampau geram sangat, dia mahu membalas dendam siapa yang menyerang abang dan kakak dia "Adik janji.. adik akan bunuh orang tu.." Dia angkat kedua belah tangannya sambil melihat kesan darah yang ada di tapak tangannya

"Fang.. kau jangan nak bertindak bersendirian. Aku ada dekat sini. Aku akan tolong kau tapi sekarang ni, kita pergi tengok keadaa mereka dulu" Boboiboy duduk di sebelah Fang "Mari kita ke hospital, Tok Aba dan Ochobot ada dekat sini. Dia orang pun nak temankan kau ke hospital juga" Tok Aba dan Ochobot baru munculkan diri di situ, mereka tidak sangka benda buruk akan berlaku keatas Kaizo dan Lynna

"Jom Fang" kata Faye kepada Fang. Dia menarik tangan Fang untuk berdiri. Langkah perjalanan Fang ke hospital hanyalah perlahan sahaja, dia tidak sanggup hendak menerima berita buruk tentang abang dia dan juga kak Lynna. Kalau mereka sudah tiada, bagaimana dengan diri dia nanti?

"Adakah aku akan tinggal dengan atuk dan nenek di planet lain? dan tinggalkan bumi?" bisik Fang sambil berjalan. Dia tidak mahu berfikir apa lagi selepas itu. Pemikiran dia hanya tertumpu kepada abang dia dan juga kak Lynna "Mereka.. akan.. pasti.. selamat"

--------------------------------------

"Kaizo... Kaizo... bangun sayang"

Kaizo membuka matanya secara perlahan-lahan. Dia tahu itu bukan suara Lynna kerana itu adalah suara ibu dia yang lemah lembut. Dia nampak senyuman ibunya yang ada di hadapan matanya. Keiko belai rambut anaknya sedikit

"Kau sudah bangun, Kaizo"

"Ibu?" Kaizo terus bangun terduduk "Ibu, Kaizo sudah mati ke? Macam mana dengan Pang? Siapa hendak jaga dia nanti.. ibu.. maafkan Kaizo kerana tidak dapat melindungi adik lagi" Kaizo terus memeluk leher ibunya "Maafkan Kaizo ibu... maafkan Kaizo.. adik mesti kesunyian selepas ini" Keiko membelai rambut belakang anaknya

"Tak Kaizo.. kau masih lagi boleh melindungi diri dia" Terus Kaizo lepaskan pelukan dia

"Apa maksud ibu?"

"Maksud ibu kamu. Kaizo berada di alam limbo" Ayah Kaizo ada di situ juga. Kedua ibu bapa Kaizo ada di hadapan dia. Mereka bertiga berpakaian serba putih. Tiada kesan darah ataupun luka-luka pada diri Kaizo

"Alam limbo?" tanya Kaizo lagi yang tidak begitu memahami dengan kata-kata ayahnya

"Kamu sekarang berada di dunia di antara mati dan hidup. Kamu masih hidup lagi Kaizo cuma roh kamu tersesat di sini" jawab ayah Kaizo

"Jadi kenapa ibu dan ayah ada dekat sini?" Keiko tergelak kecil melihat anaknya tidak henti-henti bertanya "Ibu?"

"Ibu dan ayah kamu ada di sini kerana kami ingin membawa roh kamu bertemu dengan badan kamu di dunia sana. Roh dan badan kamu perlu bertemu, kalau tidak.. badan kamu ibarat seperti tin kosong tapi jika roh kamu tidak melepasi ke dunia itu dan hilang, maknanya kamu sudah mati Kaizo" Mata Kaizo terbuka luas "Jadi kami perlu melindungi kamu. Perjalanan hidup kamu masih lagi panjang, Kaizo. Banyak lagi benda yang kamu harus pelajari"

"Melindungi saya? Mana ada musuh di sini ibu"

"Sebenarnya musuh kamu yang bawa roh kamu ke sini. Dia ingin matikan roh kau di alam limbo ini" jawab Kai iaitu ayah Kaizo

"Sebab itu ibu dan ayah perlu melindungi kamu. Walaupun kami sudah tiada, tapi kami masih lagi melindungi kamu. Tak kira Kaizo sudah meningkat dewasa atau masih kecil lagi kerana Kaizo anak ibu dan ayah. Kaizo dan Fang adalah anak ibu dan ayah selama-lamanya" Keiko kucup dahi dan kepala Kaizo "Kamu berdua adalah permata hati ibu dan ayah"

"Terima kasih ibu" Kaizo menangis sedikit. Keiko nampak air mata anaknya, lalu dia mengesat air mata itu dengan ibu jarinya "Ibu, mana kawan Kaizo? Ada nampak dia?"

"Maksud kamu, Lynna?" Kaizo angguk

"Dia ada dekat situ" Kai tunjuk Lynna yang masih lagi terbaring di atas jalan. Kaizo baru tersedar, dia berada di sebuah gazebo yang ada di tepi kedai Tok Aba tetapi semuanya sunyi di situ. Tiada bunyi manusia, mahupun haiwan. Angin pun tiada, semuanya sunyi sepi sahaja. Hanya dia dan tiga orang yang dia sayang sahaja ada di situ. Kaizo bangun dari tempat dia terbaring tadi. Dia dan ibu bapanya terus ke tempat Lynna. Pakaian Lynna juga serba putih, skirt labuhnya menutupi kedua belah kakinya yang panjang dan putih gebu itu. Ibu Kaizo melutut di tepi Lynna

"Lynna, bangun sayang" Keiko menyelitkan sedikit rambut Lynna di belakang telinganya "Bangun Lynna"

"Hmmmm... kita dekat mana ni Kaizo?" Lynna masih lagi pejamkan mata. Dia masih tidak sedar lagi, bukan suara Kaizo yang kejutkan dia tadi. Tangan dia bergerak dan lalu dia bangunkan badan dia. Lynna membuka matanya secara sedikit. Dia terkejut melihat ibu Kaizo ada di situ "Au-aunty... aunty buat apa dekat sini?"

"Aunty dekat sini sebab nak selamatkan kamu berdua" Keiko melihat Lynna dan lalu dia palingkan mukanya ke arah anaknya iaitu Kaizo. Dia terus kembali melihat Lynna "Lynna berada di alam limbo" Dia pegang kedua tangan Lynna dan lalu bangunkan diri mereka berdua "Kamu belum mati lagi Lynna, cuma roh kamu sahaja terpisah dengan jasad kamu" Lynna hanya mampu berdiam sahaja kerana dia terkejut

"Lynna, kenapa kau senyap sahaja?"

"Aku.. aku.. aku cuma terkejut sahaja" kata Lynna "Aunty dan uncle ada di sini untuk selamatkan kami berdua? Dari siapa?"

"Dari musuh kamu" jawab Kai "Musuh kamu yang membawa kamu berdua ke sini. Uncle kenal Mimiko dan Momoki. Mereka adalah kembar dari planet yang sama seperti Ratu Lily. Mereka juga membuat kuasa seperti Ratu Lily, tetapi kuasa lain. Kuasa mereka adalah dapat pisahkan roh kamu ke dunia lain. Di sini mereka boleh gunakan sejenis anak patah yang dapat hilangkan roh kamu buat selama-lamanya"

"Maksudnya.. jika ibu dan ayah terkena roh itu, roh ibu dan ayah akan hilang dan Kaizo tidak dapat berjumpa lagi dengan ibu dan ayah lagi selepas ini?" Keiko angguk kepalanya kepada anaknya "Tak, Kaizo tak kan biarkan kejadian itu akan berlaku" Keiko pegang pipi kanan anaknya

"Kaizo, kami sudah lama tiada. Kalau roh kami sudah tiada pun, kamu masih lagi boleh hidup. Ibu dan ayah buat begini kerana kami tahu, ini bukan jalan terakhir buat kamu berdua. Perjalanan kamu masih panjang lagi dan adik kamu masih perlukan kamu lagi, Kaizo. Dia perlukan abang dia yang serba kuat itu. Ibu tak nak kehilangan Kaizo, seperti mana kamu kehilangan ibu dan ayah. Biarlah kami melindungi kamu berdua dan kamu tahu juga, kami sentiasa berada di hati Kaizo. Tidak pernah hilang dari diri kamu, hati kamu dan juga kasih sayang kami kepada kamu, Kaizo"

"Betul tu Kaizo. Dengar cakap ibu kamu. Mari kita ke hospital. Jasad kamu berdua ada di sana" Kaizo dan Lynna tidak membantah. Mereka berempat bergerak ke bandar Pulau Rintis kerana hospital itu ada di bandar. Sedang mereka asyik berjalan, Momoki perhatikan mereka dari jauh lagi. Dia sudah bersiap sedia dengan alat memanah dia

"Perjalanan kau akan berakhir di sini juga. Kau tak kan dapat berjumpa dengan adik kau lagi selepas ini"

-----------------------------------------

Jari jemari Fang bermain-main di atas tangan abang dia. Fang hanya baringkan kepalanya sahaja di tepi badan abangnya sambil tangan dia bermain-main di situ. Dia tunggu sahaja abang dia bangun. Mata Fang pula asyik memandang monitor untuk melihat heart rate abangnya. Jantung abangnya masih bergerak secara normal tetapi kenapa abang dia masih belum sedarkan diri? Fang tertanya-tanya dihatinya. Mungkin masih awal lagi kerana abang dia baru sahaja keluar dari bilik pembedahan. Sekarang hanya dia seorang sahaja berada di dalam wad ICU. Dia temankan abang dia, manakala yang lain pergi tunggu keluarga Lynna untuk sampai ke hospital. Dia sendiri tidak tahu apa perkembangan Lynna sekarang ini

"Mungkin sama sahaja dengan abang atau kak Lynna sudah sedarkan diri" kata Fang seorang diri "Kalau kak Lynna sudah bangun kenapa abang masih belum lagi? Abang janganlah buat adik risau. Adik sayangkan abang. Adik tak nak tengok abang begini. Ini pertama kali adik tengok abang masuk hospital. Abang sebelum ini tidak pernah kalah, tidak pernah cedera teruk begini. Abang kuat, abang seorang yang handal. Lebih handal daripada adik. Kalau abang pergi, siapa nak ajar adik lagi? Siapa nak bergaduh dengan adik lagi? Kehidupan adik akan menjadi kosong kalau abang takde" Air mata Fang menitis di atas katil abangnya

"Fang" datang satu suara yang dia sudah lama tidak dengar "Fang"

"Hmm..." Fang bangunkan kepala dia. Dia tidak terkejut melihat Ratu Lily ada di dalam bilik itu. Ratu Lily memeluk Fang

"Kau jangan menangis Fang. Aku ada dekat sini. Aku tahu aku ni jahat pada suatu ketika dahulu tapi... aku tak nak tengok bersedihan lagi. Aku yang membuat kehidupan kau dan abang kau merana dulu tapi aku tak nak kau merana lagi sekarang ni. Maafkan aku.. maafkan aku.." Ratu Lily turut menangis juga

"Aku sudah lama maafkan kau..." Ratu Lily lepaskan Fang. Air mata dia bercurahan sambil melihat Fang yang sedang kesedihan itu "Kau pun, janganlah sedih. Ini bukan salah kau"

"Tapi... salah aku... kau sudah tiada ibu bapa.. kalau kau kehilangan abang kau juga. Kau akan merana nanti.. ini semua salah aku!"

"Kalau kau nak salahkan diri kau lagi.. baik kau keluar dari sini" Fang palingkan mukanya ke tempat lain. Dia malas untuk melayan karenah Ratu Lily asyik meminta maaf itu "Kalau kau tiada apa lagi hendak katakan, kau keluar sahaja. Biarkan aku bersendirian di sini. Kau pergi cari pasal dengan musuh kau tu si pelik tu" Ratu Lily tidak berkata apa, dia hilangkan dirinya sambil mengesat air matanya. Fang menoleh kebelakang dan dia rasa lega kerana Ratu Lily sudah pergi dari situ. Dia menghela nafas sedikit. Tangan dia sambung memegang erat tangan abangnya. Lalu dia tertidur di situ sambil menangis di sisi abang dia

---------------------------------------

"Eh, Ratu Lily.. apa kau buat dekat sini?"

"Aku pergi melawat Fang tadi tapi aku kena halau pulak" Ratu Lily mengesat air matanya lagi. Dia duduk di sebelah Yaya. Mereka berdua duduk di luar bilik ICU sambil menunggu kedatang keluarga Lynna "Fang halau aku sebab aku asyik minta maaf dari dia"

"Patutlah dia halau kau tadi" Yaya tidak gelak ataupun tersenyum tetapi suara dia agak tegas "Kau tahukan perangai Fang bagaimana. Dia tu suka marah orang. Dia tak suka kalau orang lain sibuk dalam hal dia dan dia juga tidak suka kalau ulang balik perkara yang sama"

"Hmm... salah aku sebab aku terlalu ikutkan perasaan aku. Aku sebenarnya sedih sebab ibu bapa dia mati kerana aku. Kalau abang dia pergi juga, macam mana? Kesemua kegembiraan dia bersama abang dia, hilang begitu sahaja. Dia masih ada lagi keluarga yang lain seperti Faye tapi aku tak yakin Fang akan rasa bahagia seperti dulu. Hanya abang dia sahaja yang ada dihati dia sekarang ini. Abang dia lah cahaya permata dia sekarang ni. Cahaya untuk tunjukkan Fang jalan yang benar. Setiap kegelapan yang Fang lalui, cahaya abang dia akan sentiasa menyinari di dalam hatinya kerana kasih sayang Kaizo kepada Fang tidak pernah pudar. Semenjak kecil lagi, abang dia selalu menjaga dia dengan baik sehinggalah ada masa abang dia lupakan dia kerana misi tapi Fang tidak pernah mengalah. Dia tetap akan berusaha untuk ingatkan abang dia balik. Aku tahu ni sebab aku dulu selalu juga siasat tentang Kaizo. Hehehee..." Ratu Lily tersenyum sedikit di dalam kesedihan itu

"Kalau kau ada apa-apa nak diluahkan, kau cerita sahaja dekat aku"

"Terima kasih Yaya tapi sekarang ni, tiada apa lagi aku ingin luahkan. Aku cuma sedih sahaja" Mata Ratu Lily melihat doktor dan nurse sedang sibuk menguruskan pesakit mereka. Semuanya sedang berusaha untuk merawat pesakit mereka "Mana yang lain?" tanya Ratu Lily

"Boboiboy dan Ochobot pergi temankan Tok Aba makan dekat kantin hospital. Faye pula, dia pergi menghubungi keluarga dia. Bella, Ying dan Gopal terpaksa hantar aku sahaja ke sini sebagai wakil. Dia orang nak pergi tapi takut ramai pula di sini nanti. Kejap lagi Rizu akan sampai dengan Emmy"

"Kau tak nak pergi makan sekali ke?"

"Takpelah Ratu Lily, aku tidak begitu lapar sangat. Lagipun aku perlu tunggu keluarga kak Lynna sampai ke sini" Yaya bermain-main dengan tangan dia "Tapi terima kasih kerana temankan aku di sini. Kalau tidak, aku keseorangan di sini"

"Sama-sama... Lily tak datang ke?"

"Esok" jawab Yaya secara ringkas. Mata Yaya terpandang seorang budak kecil lelaki sedang berlari kearah dia. Budak itu adalah Rizu "Eh, Rizu dah sampai" Makin lama makin dekat Rizu, dia terus memeluk Yaya. Emmy ada di belakang Rizu, muka dia kelihatan sedih sahaja

"Abang Paizo macam mana? Abang Paizo ok tak?" tanya Rizu di dalam pelukan Yaya

"Tak tahulah, tapi abang Fang ada dengan abang Kaizo. Mari Rizu, kita ke tempat lain" Yaya tahu, dia tidak boleh di situ dengan adanya budak kecil di situ. Mereka terpaksa pergi ke tempat lain. Yaya memimpin tangan Rizu dan terus ke lobby hospital. Mereka akan duduk di situ sahaja. Yaya dan Ratu Lily ternampak Lahap di situ

"Lahap?"

"Cik adik manis, macam mana dengan kapten aku?" Yaya hanya gelengkan kepalanya sahaja "Pang ada dengan kapten?" Yaya angguk "Hmmm... kapten belum di pindahkan lagi ke wad biasa?"

"Belum lagi Lahap. Abang Kaizo ada dekat bilik ICU, maknanya dia belum sedar lagi... kami semua tidak boleh masuk, hanya Fang sahaja yang dapat masuk" jawab Yaya. Lahap terus duduk di kerusi lobby hospital. Dia seperti mereka juga, risaukan dengan keadaan kapten dia "Lahap tahu tak siapa yang menyerang mereka tadi?" tanya Yaya

"Mengikut data yang aku terima. Mereka adalah Mimiko dan Momoki, adik beradik kembar"

"Aku kenal dia orang tu.. jangan-jangan..." Ratu Lily terkejut sebentar "Tidak.. ini tidak mungkin.."

"Kenapa? Apa yang kau tahu?" Lahap melihat wajah Ratu Lily yang sudah kelihatan pucat itu "Apa yang terjadi dengan kapten aku sebenarnya?"

"Mereka adalah adik beradik kembar, berasal dari planet aku sendiri. Mereka juga mempunyai kuasa tetapi kuasa mereka berbeza dengan kuasa aku. Mereka dapat memisahkan roh seseorang dari badannya. Aku dapat rasakan mereka berdua telah menghantar roh Kaizo dan Lynna di alam limbo. Di alam itu adalah diantara hidup dan mati. Kalau mereka dapat bersatu semula dengan badan dia orang, mereka akan hidup dan bangun tapi kalau roh mereka sudah lagi tiada, mereka akan mati. Aku dapat rasakan Mimiko dan Momoki akan serang Kaizo dan Lynna di situ kerana mereka tahu, Kaizo dan Lynna tidak mempunyai kuasa di situ dan tiada siapa yang boleh menghalang mereka berdua tapi dia orang lupa. Aku boleh pergi ke alam limbo itu, aku akan halang mereka"

"Eh kejap, kalau mereka serang roh Kaizo dan Lynna.. apa akan terjadi nanti?" tanya Yaya

"Mereka mempunyai anak panah yang sangat istimewa. Anak panah itu boleh menghilangkan roh sesiapa sahaja, termasuklah aku sekali" Rizu pegang tangan Ratu Lily "Kenapa Rizu?"

"Kakak Ratu Lily pergilah selamatkan roh mereka. Bawa mereka ke sini balik.. Pizu nak tengok abang Fang kembali ceria, Pizu tak nak tengok abang Fang kehilangan abang Paizo dan kakak Lynna. Pizu tahu abang Fang sayangkan mereka berdua" Rizu terus peluk Ratu Lily sambil merayu-rayu lagi "Kakak Ratu Lily, pergilah selamatkan mereka. Pizu nak abang Paizo dan kakak Lynna kembali sihat seperti biasa. Dia orang sudah menjadi kakak dan abang kepada kita semua" Ratu Lily belai rambut Rizu "Abang Paizo selalu jaga Pizu masa Pizu sakit. Kalau ibu tidak pulang ke rumah, abang Paizo akan ajak bermalam di rumah dia. Kakak Lynna pun selalu nasihatkan Pizu, dia juga selalu jaga Pizu kalau Pizu sakit. Pizu pernah buat hal dengan dia orang sekali tapi dia orang maafkan Pizu, sebab itu Pizu sayangkan abang Paizo dan kakak Lynna. Dia orang tu baik"

"Akak tahu Rizu sebab itu akak kena pergi sekarang juga. Akak kena pergi selamatkan dia orang" Rizu dongakkan kepalanya, senyuman dia terukir di bibirnya

"Betul ni kakak Ratu Lily?"

"Betul"

"TERIMA KASIH KAKAK RATU LILY!" Rizu peluk lagi erat sampai dia tidak mahu lepaskan Ratu Lily. Yaya terpaksa tarik Rizu dari pelukan itu

"Kau pun perlu berhati-hati" kata Lahap "Dan jaga roh kapten aku dan Lynna dengan baik"

"Jangan risau, aku akan jaga dan bawa mereka ke sini dengan selamat. Aku harus pergi" Ratu Lily tidak hilang ke situ tetapi dia berpatah balik ke wad ICU. Dia perlu pergi berjumpa dengan Fang sebelum dia masuk ke alam limbo. Yaya melihat sahaja Ratu Lily beredar dari situ, hati dia rasa sedih pula tetapi Ratu Lily hanya tersenyum sahaja Mungkin dia tidak mahu kesedihan tentang Kaizo dan Lynna atau dia sebenarnya sedih dihati sahaja dan tidak mahu menunjuk kesedihan dia, fikir Yaya. Tangan Yaya hanya mengusap-usap rambut Rizu. Emmy bermain-main dengan Lahap di lobby hospital. Emmy mahu Lahap tidak bersedihan

Ratu Lily menyelinap masuk ke dalam bilik ICU Kaizo. Dia nampak Fang sudah tidur dengan tenangnya. Tangan dia masih lagi memegang erat tangan Kaizo. Dia rasa berat hati untuk kejutkan Fang tapi dia perlu beritahu berita gembira itu kepada Fang

"Fang.. bangun.. bangun sekejap boleh"

"Isk! Kacau ajelah. Aku nak tidurlah" Tangan sebelah Fang melibas-libas kearah Ratu Lily supaya pergi dari situ

"Fang, aku ada berita untuk kau" Fang terpaksa bangun dari tidur. Mata dia terpandang ke arah Ratu Lily

"Kau lagi" jawab Fang dengan nada marah dia "Kau nak beritahu aku tentang berita apa?"

"Abang kau dan kak Lynna.. roh mereka berada di alam lain. Alam limbo"

"Jadi, maksud kau.. dia orang hidup lagi cuma roh mereka sahaja yang tiada" Ratu Lily angguk "Kau akan pergi selamatkan mereka berdua? Kalau macam tu, aku akan ikut kau sekali"

"Tak boleh, aku tak boleh bawa kau. Kalau apa-apa terjadi dekat roh kau. Diri kau akan mati. Aku tidak mahu mengambil risiko. Jadi biarkan sahaja diri aku pergi" Fang nampak senyuman ikhlas dari Ratu Lily. Hati Fang dapat rasakan, ini kali terakhir dia dapat berjumpa dengan Ratu Lily

"Kau pun, jaga diri kau dengan baik dekat sana"

"Kau tidak perlu risaukan tentang diri aku. Kau risaukan tentang orang yang sayangkan kau. Kaizo dan Lynna" Ratu Lily hilangkan diri tetapi senyuman ikhlas dari dia tadi, membuatkan Fang tidak boleh lupai "Impian kau akan tercapai suatu hari nanti" Fang boleh dengar bisikan dari Ratu Lily

----------------------------------------------

"Sunyi betul dunia ni" kata Kaizo sambil melihat taman permainan yang dia sedang lalui. Tiada suara gelak ketawa dari kanak-kanak dari taman permainan itu. Semuanya seperti sekadar hiasan sahaja. Angin pun tiada untuk menipu daun-daun di pokok. Kaizo bergerak pantas sambil melihat persekitarannya. Kedua ibu bapanya ada di sebelah kanan dan kiri dia. Lynna bergerak perlahan di belakang mereka. Dia tidak mahu menganggu Kaizo berborak dengan ibu bapanya

"Dunia ini memang sunyi, Kaizo" Kata ibu Kaizo "Macam mana kehidupan kamu di sana? Masih lagi bergaduh dengan Fang?"

"Hmm... boleh dikatakan setiap hari bergaduh" Keiko tersenyum sambil gelengkan kepala "Apa boleh buat ibu. Dia tu degil, nakal, panas baran dan suka sangat nak marah orang. Macam mana Kaizo tak stress dengan perangai dia tu"

"Tapi dia juga seorang yang rajin mengemas rumah, suka belajar dan juga pandai memasak" kata Lynna yang ada di belakang mereka

"Aku tahu Lynna. Dia ada juga ciri-ciri kebaikan dia tapi ciri-ciri kenakalan dia lebih berganda-berganda dari itu" Berapi-api Kaizo apabila memikirkan tentang kenakalan Fang. Macam-macam Fang telah lakukan untuk membuat Kaizo mengamuk tak tentu pasal

"Kaizo, Kaizo... tapi kamu pun apa kurangnya. Masih buli dia lagi"

"Maaf ayah" Muka Kaizo menjadi merah kerana malu "Kaizo buli dia sebab saya sayangkan dia"

"Pelik betul sayang kamu kepada dia" Keiko tergelak melihat gelagat anaknya yang sudah naik malu itu "Tapi apa-apa pun, kasih sayang Kaizo kepada Fang, dari dulu sampai sekarang, tidak pernah hilang. Ibu bangga dengan kamu"

"Tapi Kaizo sendiri pernah lupakan dia"

"Kamu tu Kaizo, terlampau leka sangat dengan misi-misi penting kamu tu. Macam mana Fang tak pendamkan kemarahan dan kekecewaan dia. Mesti dia jadi begitu sebab kamu sendiri yang buat dia begitu" marah Kai kepada anaknya tetapi dengan nada yang agak lembut sedikit "Tapi akhirnya, kamu sedar juga"

"Itu pun sebab Ratu Lily yang sedarkan Kaizo. Kalau tidak, entah kemana saya akan berada sekarang ini dan si Pang pula, akan tinggal di bumi keseorangan"

"Tanpa Ratu Lily juga, tak mungkin kau dapat berkenalan dengan aku dan kau juga tak kan dapat jumpa kawan-kawan Fang yang lain seperti Lily, Bella, Zakwan, Harraz, Emmy dan paling penting sekali ialah si comel penguin, Rizu" Kaizo tersenyum sedikit kepada Lynna "Kita juga tak mungkin akan menjadi kawan dan adik kau, mungkin tidak dapat merasai kasih sayang kau lagi. Dia akan menjadi seperti seekor anak kucing terbiar menagihkan kasih sayang pada setiap manusia"

"Kaizo, Lynna.. jangan fikirkan sangat tentang masa lampau. Sekarang kita fikirkan tentang masa depan kamu berdua" Keiko menoleh kebelakang untuk melihat reaksi Lynna

"Masa depan kami?" tanya Kaizo dan Lynna secara serentak

"Takdelah, aunty cuma ingin tahu sahaja. Lepas Fang habis belajar nanti, kemana Kaizo akan membawa dia nanti? kembali terbang ke angkasa? atau kekal duduk di bumi. Lynna pula, apa masa depan kamu?"

"Hehehe.. aunty, saya belum fikir lagi kemana saya akan pergi lepas habis saya belajar nanti" Lynna tersengih "Tapi tentang Kaizo tu, saya tidak tahulah apa keputusan dia nanti"

"Macam mana kamu boleh tidak tahu" Keiko berhenti dan pusing kebelakang. Lalu dia pegang kedua belah tangan Lynna "Aunty dan uncle sebenarnya tahu kisah kamu dan juga identiti kamu sebenarnya, tuan puteri" Lynna tidak begitu terkejut "Tapi aunty berharap, Lynna jangan putuskan persahabatan kamu dengan Kaizo dan kamu Kaizo.." Keiko berpaling muka kearah anaknya "Kalau kamu ingin tinggalkan bumi buat selama-lamanya, perasaan dihati kamu. Jangan dibiarkan begitu lama"

"Apa yang ibu katakan ni?" Keiko tergelak sedikit "Ibu?"

"Ibu bergurau sahaja, Kaizo" Keiko dan Kai teruskan berjalan sambil ketawa kecil. Mereka tinggalkan Kaizo dan Lynna dalam keadaan kebingungan "Kenapa masih berhe-" Keiko ternampak seseorang berada jauh daripada anaknya. Orang itu sedang menarik anak panah dan lalu dia lepaskan "KAIZO!" Kaizo pusing kebelakang, lalu dia menarik diri dia dan Lynna untuk mengelak daripada terkena anak panah tersebut. Sedikit lagi anak panah itu untuk terkena ibu Kaizo

"Ibu!" Kaizo berasa geram dan marah dengan orang itu "Ibu.. ayah.. mari kita lari dari sini dengan segera"

"Tak, kamu berdua lari dari sini. Biar kami sahaja uruskan orang itu" kata ayah Kaizo

"Kaizo tak kan benarkan roh kamu berdua hilang begitu sahaja" Kaizo pegang tangan ayahnya dan Lynna pegang tangan ibu Kaizo. Mereka berlari ke bandar Pulau Rintis yang tidak jauh dari situ. Momoki mengejar mereka sambil menghantar satu lagi anak panah

"KAU TAK KAN DAPAT LARIKAN DIRI DARIPADA AKU!" Jerit Momoki tetapi mereka berempat masih lagi larikan diri ke tempat yang selamat "Aku akan buru kau Kapten Kaizo"

Jauh dari situ, mereka sudah hampir dengan kawasan hospital Pulau Rintis. Mereka berempat berhenti berlari "Ibu tak apa-apa ke?" tanya Kaizo

"Ibu ok sahaja. Kamu tu yang perlu ibu risaukan. Kalau dia dapat Kaizo tadi, adik kamu akan keseorangan nanti. Pergilah masuk ke dalam hospital dan cari portal untuk kembali ke dalam badan kamu berdua"

"Pergilah Kaizo.. Lynna... jangan lengahkan masa lagi"

"Ibu dan ayah kena ikut kami juga. Kaizo tak kan tinggalkan kamu berdua di sini" Kaizo tetap berdegil juga. Hidup atau mati, dia tidak benarkan sesiapa cederakan ibubapanya atau hilangkan roh mereka begitu sahaja

"Kaizo, jangan degil" pujuk ibunya

"Tak ibu, Kaizo tetap mahu ibu dan ayah ikut kami sehingga kami selamat kembali ke dunia sana. Kalau tidak, Kaizo akan risau"

"Baiklah, kami akan temankan kamu. Mari kita masuk" kata ayah Kaizo. Mereka masuk ke dalam bangunan hospital itu. Semua sunyi seperti biasa. Kaizo dan Lynna mencari-cari di mana portal untuk pulang ke dunia mereka berada sekarang ini. Dari satu bilik ke satu bilik mereka pergi periksa sehinggalah Lynna masuk ke dalam sebuah bilik ICU. Pintu portal itu sudah di buka, maknanya badan dan roh mereka berada di tempat yang sama

"Kaizo, jaga diri kamu dengan baik. Jangan marahkan Fang sangat" Keiko peluk anaknya sebelum dia melihat Kaizo melintasi portal itu. Selepas itu Kai pula memeluk anak lelakinya

"Kaizo.. ingat pesanan ibu kamu"

"Baik ayah" Kai melepaskan pelukan itu. Keiko sempat berikan ciuman di pipi Kaizo. Lynna yang berada di tepi, dia hanya tersenyum sahaja melihat kemesraan mereka bertiga tetapi Lynna juga tidak ketinggalan. Keiko peluk Lynna seperti anak dia sendiri

"Jaga diri kamu juga, Lynna" kata Keiko di telinga Lynna "Terima kasih kerana hadir dalam kehidupan anak-anak ku, Lynna"

"Sama-sama aunty. Lynna janji, Lynna akan jaga mereka berdua" Keiko lepaskan pelukannya. Dia dan Kai berdiri di tepi sambil melihat Kaizo dan Lynna untuk masuk ke dalam portal itu, akan tetapi, sebatang anak panah sedang menuju di belakang Lynna

"LYNNA!" Keiko mahu pergi selamatkan Lynna. Kaizo pusing kebelakang tetapi anak panah itu terkena seseorang. Dia tidak sempat untuk melihat siapa orang itu kerana portal itu menyedut dia masuk. Badan Lynna menghalang Kaizo daripada melihat siapa yang terkena anak panah itu

"Cheh, tak guna" Momoki begitu geram sekali kerana dia gagal lagi sekali. Lalu Momoki hilangkan dirinya dari dunia itu. Dia dan kembarnya sudah lari dari planet bumi. Mereka akan kembali lagi ke bumi

---------------------------------------

Mata Kaizo terbuka luas. Dia bangun dan terus melihat persekitarannya. Dia nampak tangannya di pegang erat oleh adiknya sendiri iaitu Fang. Dia perlu keluar dari situ, dia ingin tahu samada Lynna dapat keluar dari dunia Limbo itu ataupun tidak tetapi kaki dia terasa lemah. Terlalu sukar untuk dia bergerak. Lalu Kaizo baring semula sambil memikirkan apa yang berlaku tadi

"Adakah dia selamat ataupun tidak? Atau roh ibu yang terkena anak panah itu?"

"Abang?" percakapan Kaizo tadi membuatkan Fang terjaga "Abang sudah terjaga" Fang tersenyum sambil melihat abangnya "Kenapa abang sedih?"

"Takde apa. Abang cuma gembira sahaja dapat melihat kau" Kaizo membelai rambut Fang. Lalu sebuah lagu terkeluar dari mulutnya, lagu yang ibu mereka reka sendiri tetapi Kaizo mengubah sedikit lirik tersebut

Kau lah permata hati ku,

Menyinari hidup ku,

Gelak ketawa mu, buat diri ku tersenyum,

Jangan risau adik ku,

Tiada apa yang akan dapat padamkan senyuman dan gelakan kamu,

Kerana abang sentiasa melindungi senyuman dan gelak ketawa kamu,

Kasih sayang abang kepada adik ku,

Sentiasa ada di hati abang,

Ingatlah wahai adik ku, kasih sayang abang tidak pernah padam dalam hidup mu

"Abang reka lagu tu semasa abang berada di dunia sana ke?"

"Bukan adik. Lagu tu ibu yang cipta sendiri cuma abang ubahkan lirik dia. Ibu selalu nyanyikan kepada kita cuma adik sahaja yang tidak ingat tentang lagu itu. Kalau abang sedih atau rindukan mereka, abang akan nyanyi lagu itu. Lagu ibu dapat mengubati rindu abang kepada ibubapa kita, Pang" Kaizo betulkan dirinya di atas katil "Abang tadi dapat berjumpa dengan ibu dan ayah tapi... kau boleh tak pergi periksa, samada kak Lynna sudah bangun ke belum"

"Boleh abang. Apa sahaja untuk abang" Sebelum Fang keluar, dia peluk leher abangnya selama 20 saat "Selamat kembali abang" Lalu Fang keluar dari bilik tersebut. Dia nampak nenek dan atuk dia ada di situ, berserta dengan ibubapa Faye sekali. Mereka sedang berborak dengan keluarga Lynna

"Fang, abang kau sudah terjaga?" muncul Faye di sebelah Fang

"Sudah tapi.. kak Lynna sudah terjaga ke?"

"Mari ikut aku" Faye membawa Fang ke bilik Lynna secara senyap. Dia tahu tiada siapa boleh masuk ke dalam bilik tersebut tetapi Faye ingin menunaikan permintaan Fang. Mereka menolak pintu bilik Lynna "Kak Lynna masih belum sedar lagi"

"Hmm... kalau abang tahu, mesti dia akan sedih" kata Fang sambil berjalan ke arah katil Lynna "Kak Lynna masih belum keluar dari dunia limbo tu lagi ke?"

------------------------------------------

"RATU LILYYYYYYY!" Lynna menjerit selepas sahaja anak panah itu terkena badan Ratu Lily

"Lynna jaga diri elok-elok. Ratu Lily akan sentiasa mendoakan kebahagian Lynna sampai bila-bila. Selamat tinggal Puteri Lynna" Lynna hendak menyentuh tangan Ratu Lily tetapi roh Ratu Lily semakin lama semakin pudar dan terus hilang dari pandangan Lynna. Hanya senyuman Ratu Lily sahaja yang dapat dilihat oleh Lynna sendiri

"Bukan.. ini bukan takdir Ratu Lily... dia kawan Fang, dia kawan kita! dia sudah insaf.. kenapa dia harus pergi dulu. KENAPA!" Lynna terduduk menangis di depan pintu portal. Jarak dia dan portal itu agak jauh sedikit, jadi agak sukar untuk portal itu menyedut Lynna masuk ke dalam. Tangan Lynna memeluk dirinya sendiri. Hati dia sedih melihat seorang kawan yang baru sahaja hendak berjinak-jinak kearah kebaikan, sudah pergi buat selama-lamanya

"Lynna.. jangan sedih. Ini sudah menjadi takdir Ratu Lily" Keiko cuba tenangkan Lynna

"Dia sudah menjadi baik tetapi.. kenapa.. kenapa... kenapa dia korbankan diri dia untuk selamatkan Lynna"

"Sebab dia sudah lama mati. Dia datang ke dunia balik sebagai roh sahaja. Dia diberikan peluang kedua untuk menebus balik kesalahan yang dia buat sebelum ini. Kami berdua sudah lama maafkan dia. Mungkin semua ini berlaku, mungkin ada maknanya. Kalau kami masih hidup lagi, tak mungkin Kaizo dan Fang mengenali diri kamu Lynna dan mungkin Ratu Lily juga tidak ubahkan diri dia yang kejam itu" Keiko mengangkat sedikit muka Lynna. Lalu die mengesat air mata Lynna

"Sebenarnya, pergorbanan Ratu Lily mengingatkan saya tentang seseorang pada suatu ketika dahulu. Seseorang yang Lynna sangat sayang tetapi dia juga terkorban kerana ingin menyelamatkan diri Lynna" Keiko mengangkat Lynna dan lalu dia memimpin Lynna untuk duduk di salah satu sebuah kerusi hospital. Keiko dan Kai cuba tenangkan Lynna sebelum dia kembali ke dunia asal

"Lynna, dengar cakap aunty.. mereka korbankan nyawa mereka kerana mereka sayangkan Lynna. Ratu Lily korbankan roh dia kerana dia tahu diri dia sudah mati. Lynna masih hidup lagi. Dia tidak mahu Lynna mati begitu sahaja, dia tahu apa yang dia harus buat. Ini adalah pergorbanan terbesar terhadap diri Ratu Lily. Kebaikan yang dia buat, akhirnya terbalas juga tetapi bukanlah sesuatu yang mengembirakan tapi bagi dia, dia sudah puas. Kamu nampak tadi dia tersenyum" Lynna angguk

"Betul kata aunty. Sewaktu saya mengenali dia buat pertama kali, saya nampak kesunyian di mata dia. Ratu Lily tidak pernah mengenali erti kasih sayang dan juga cinta sehinggalah kami semua bantu dia untuk menjadi baik. Lama kelamaan, baru dia dapat merasa semua itu. Dia bukan lagi diri dia yang sebelum ini. Dia dapat belajar apa ertinya kasih sayang dari kawan-kawan dia. Hari demi hari, dia semakin ceria, lebih-lebih lagi apabila dia selalu bergaduh dengan Lily, hanya kerana Boboiboy" Lynna tergelak sedikit sambil mengesat air matanya "Mereka berdua musuh tapi sebenarnya kawan, suka sangat bergaduh sampai buatkan diri Lynna tergelak melihat gelagat mereka berdua. Tak tahulah apa akan terjadi selepas ini, mungkin Lily akan rasa sedih atau dia akan menjerit kegembiraan kerana tiada pesaingan. Fang sudah maafkan dia, begitu juga dengan Kaizo. Apa yang Ratu Lily ingini selama ini, akhir dia dapat. Kasih sayang diantara kawan"

"Uncle pasti, dia sudah bahagia di alam lain. Tak tahulah alam mana, pasti dia akan bahagia di sana"

"Terima kasih aunty dan uncle kerana tenangkan Lynna"

"Aunty sudah anggap Lynna seperti anak aunty sendiri" kata Keiko "Lynna kembalilah ke dunia sana. Mereka sedang menunggu Lynna, terutama sekali keluarga Lynna dan juga anak-anak aunty" Keiko cium dahi Lynna

"Jaga diri elok-elok Lynna" kata Kai. Dia dan Keiko menghantar Lynna ke portal dan terus diri Lynna disedut ke dalam portal tersebut

------------------------------------

Fang dan Faye sudah keluar dari bilik Lynna. Sewaktu mereka menutup pintu bilik itu, Lynna terus terjaga. Dia memandang siling bilik hospital itu. Mata dia tidak berkelip kerana dia masih lagi teringat kejadian tadi. Kali ini, tiada air mata yang mengalir keluar, hanya sebuah ucapan untuk Ratu Lily sahaja

"Selamat tinggal, Ratu Lily"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top