Tuan Gopal

"Hari ini aku akan menjadi watak utama di dalam cerita ini. Aku adalah Gopal, salah satu ahli pasukan superhero yang terkenal di Pulau Rintis. Aku tak tahulah kalau popularity aku sampai tahap mana tapi aku mengaku, bahawa aku memang tidak dapat mengalahkan popularity kawan baik aku iaitu Boboiboy dan juga dua alien adik beradik. Hmm... bilalah aku jadi popular macam dia orang bertiga tu. Yaya pun popular juga.. hmmm" Mengeluh Gopal keseorangan di dalam bilik tidur dia "Asyik-asyik Boboiboy jadi watak utama dalam semua cerita. Tak pun si Fang dan abang Kaizo yang akan jadi watak utama.. aku hanya sebagai watak kawan baik pak lawak ajelah. Yelah, kalau bukan Boboiboy, siapa lagi nak jadi tukang lawak. Si Fang tu tahu nak marah aje, abang Kaizo tu pula... sama aje macam adik dia, marah aje kerja. Dua-dua suka mengamuk tak tentu pasal, adik beradik katakan. Selamatlah abang Kaizo tu tak buat perangai nakal, kalau tidak. Habis semua satu Pulau Rintis nanti tapi semenjak dia orang ada, makin seronok pulak kehidupan aku ni. Hampir setiap hari, ada aje benda pelik yang berlaku. Bersyukur sangat aku ada kehidupan seperti ini, orang lain tak dapat nak rasa semua ini. Mungkin ada yang cemburu, mungkin orang itu yang tukang baca keluhan aku hari ini"

"Kasihan kau yea Gopal, tak pernah nak jadi watak utama" muncul Probe di sebelah Gopal

"Memang kasihan pun" Gopal baringkan kepalanya di atas meja belajar sambil melukis-lukis gambar diri dia di atas buku latihan matematik "Siapalah aku ni yea, takde siapa nak jadikan aku watak utama.. hmmm... tapi.." Gopal angkat kepalanya dan terus palingkan mukanya ke arah Probe "Dey! Apasal kau tiba-tiba ada dekat dalam bilik aku ni?"

"Entahnya, masuk tanpa izin!" muncul pula Lily dengan kerepek pisang dia

"Cakap orang, kau pun sama juga. Kau nak kena ketuk dengan spana gergasi aku?" Probe terus keluarkan spana gergasi dia. Mata Lily bersinar-sinar melihat spana gergasi itu "Aik, suka pula kau ni"

"Mestilah suka. Spana gergasi ini adalah khas untuk mengetuk kepala orang!"

"Betul tu cik pelik" Probe angguk-angguk tanda setuju "Tapi spana gergasi ini tidak boleh digunakan lagi di Edisi Malam Minggu.. sungguh menyedihkan" Lalu air mata palsu keluar dari mata Probe

"Bersabarlah wahai robot badut" Lily belai kepala Probe yang sedang kesedihan itu "Lily pun sedih juga sebab rancangan Edisi Malam Minggu sudah di tamatkan kerana tiada siapa nak sponsor"

"Betul tu.. marilah kita menangis bersama-sama" Probe memeluk Lily dan Lily membalas balik pelukan itu. Mereka berdua menangis di dalam bilik tidur Gopal

"DEY! YANG KORANG TIBA-TIBA MUNCUL DALAM BILIK AKU NI APAHAL?" Gopal merampas spana gergasi dari tangan Probe. Terus dia mengetuk kepala Probe dan Lily. Timbullah satu benjol yang agak besar di kepala mereka "Aku baru aje nak jadi watak utama, korang pula tiba-tiba muncul nak merampas watak utama aku. Probe tu dah watak utama dekat Edisi Malam Minggu dan Lily ni pula..." Lily tersengih sambil mengusap-usap kepala benjol dia "Aku tahulah kau tu anak emas, anak kesayangan dan juga anak itik kepada cik author kita" Lily pula merampas spana gergasi itu dan dia mengetuk-getuk kepala Gopal

"ADOI! ADOI! ADOI! Janganlah ketuk kepala aku!"

"Tahu pun sakit!" Lily melempar spana gergasi itu. Dia berpaling muka ke tempat lain sambil mengheret kaki Probe untuk keluar dari bilik Gopal "Jom Probe, kita pergi main ketuk-ketuk dekat kepala landak" Sebelum Lily keluar rumah, dia mengambil balik spana gergasi itu yang ada di dalam bilik Gopal

"YEAHHH! LANDAK PUNYA KEPALA LAGI SERONOK! LAGI BEST! LAGI MENAKJUBKAN! YANG PALING PENTING SEKALI, BOLEH TENGOK LANDAK JADI TAK BETUL!" Gopal boleh dengar jeritan Probe dari tingkap bilik dia. Gopal malas nak bagitahu Fang bahawa Lily dan Probe dalam perjalanan ke rumah dia

"Nasib kaulah Fang" Gopal sambung balik dengan monolog seorang diri tadi "Kali ini, aku akan menjadi watak utama! Tapi... apa kisah aku nanti? Mesti tak seronok, lepas tu mesti orang tak nak baca kisah aku. Aku tahu ikut Boboiboy, buat lawak dan cari pasal dengan Fang" Tiba-tiba Gopal terfikirkan sesuatu "Buat pasal dengan Fang" Gopal tergelak sinis di dalam bilik dia "AHAHAHAHAHAAAA!"

"AIYOYOOO! Apa nak jadi dengan kamu ni. Buat kerja sekolah pun boleh tergelak gelak ke?" muncul ayah Gopal di dalam bilik

"Hehehee... latihan ni buat lawak aje appa, sebab itu saya gelak. Appa pergi tolong amma ok, saya mahu siapkan kerja sekolah"

"Hmmm... rajin pula kamu hari ini" ayah Gopal mengusap-usap dagu dia sambil perhatikan Gopal "Ini mesti banyak sangat buat kerja sekolah, sampai otak kamu pun sudah jadi tarak betul punya. Appa bagi kamu main video game tapi 2 jam sahaja, cukup?"

"CUKUP APPA! ANAK MU SANGAT BERTERIMA KASIH!"

----------------------------------

"LANDAKKKKK! BUKAK LAH PINTU!" Kaizo terbangun dari tidurnya. Dahi dia mula berkerut-kerut apabila ada orang menganggu dia sedang berehat. Ketenangan dia memang sentiasa tak tenang, ada sahaja gangguan dari makhluk-makhluk pelik terutama sekali dari si pelik yang sepelik pelik alam "LANDAKKKKK! LANDAKKKK!"

Kaizo mula keluar dari katilnya dengan perasaan marah campur nak mengamuk tak tentu pasal. Dia terus keluar dari bilik dan pergi membuka pintu biliknya. Dia terkejut melihat Fang sedang cium-cium dengan donut lobak merah "APA YANG KAU SEDANG BUAT NI? TAK SENONOH PUNYA ADIK!" terkejut Fang sampai terlepas donut lobak merah dari tangan dia. Donut itu terjatuh dan berguling-guling di atas lantai sehingga ianya terhenti di tepi karpet Hello Kitty

"Abang ni, adik baru nak makan donut kegemaran adik. Abang ganggu pula saat-saat adik nak berdating dengan donut ni"

"Sah adik aku sudah gila" bisik Kaizo "Kau pergi buka pintu sekarang, kawan kau si pelik tu sudah kembali ke sini. Malam-malam pun nak ganggu orang aje kerja dia"

"Suruhlah Faye. Dia kan kawan baik kepada si pelik tu" Fang mengambil donut lobak merah yang sudah jatuh di atas lantai. Dia meniup sedikit dan lalu dia gigit donut tersebut "Lagipun adik tengah sibuk siapkan kerja sekolah sambil berdating dengan donut ni"

"Kau ni gila ke apa.. dengan donut pun nak bercinta" Kaizo masuk ke dalam bilik adiknya. Dia berdiri di sebelah kerusi yang Fang sedang duduk, lalu dia piat telinga Fang "Abang! sakit sakit sakit!"

"Kau pergi bukak pintu tu sekarang, sebelum abang bagi kau hukuman lebih berat daripada latihan tempur"

"YELAH YELAH!" Baru Kaizo lepaskan telinga adiknya. Fang telan kesemua donut lobak merah dia sambil berjalan keluar dari bilik dia perasaan marah. Hati dia berapi-api dengan abang dia dan juga Lily. Dia rasa seperti mahu menolak Lily jatuh ke dalam gunung berapi tetapi tidak mungkin dia akan buat begitu kerana dia adalah seorang yang baik bukan jahat, cuma nakal sahaja. Kaizo perhatikan sahaja adik dia turun dari tangga dan terus ke pintu rumah. Dia melihat adiknya membuka pintu rumah tetapi tiada siapa yang berada di depan pintu rumah

"ABANG TIPU ADIK!"

"BILA MASA ABANG TIPU KAU! ABANG TADI DENGAR SI PELIK MENJERIT-JERIT NAMA KAU TADI!" Kaizo menjerit di balkoni atas

"ABANG JANGAN NAK TIPU ADIK!" Fang membalas balik jeritan abangnya tadi

"ABANG TAK TIPULAH!"

Faye yang berada di dalam bilik tidur. Dia baringkan kepalanya di bawah bantal kerana tidak tahan dengan bunyi jeritan dari sepupu dia. Boleh dikatakan setiap malam, ada sahaja pergaduhan dari Fang dan Kaizo. Tangan dia meraba-raba sesuatu di atas katil sehinggalah tangan dia mencapai earphone yang ada di atas katilnya dan lalu dia letak di telinganya. Faye memasang mp3 dia supaya dia tidak perlu dengar lagi jeritan dari sepupu dia lagi. Di luar bilik Faye, Fang sudah pun menghempas tutup pintu rumah. Hati dia panas dengan abangnya

"Abang aku ni kan, memang nak kena. Ada ke patut dia tipu aku" Fang masuk ke dalam dapur untuk mencari sesuatu yang dapat tenangkan hati dan pemikiran dia tetapi donut lobak merah dia sudah habis. Makanan yang lain pun sudah habis juga

"Abang kau memang suka tipu orang pun.. tapi... bila masa dia pandai menipu ni? Setahu aku, dia mana pernah tipu orang. Abang Kaizo cuma garang sahaja tapi tak suka tipu orang"

"Betul tu Lily" Fang berhenti mencari sesuatu di dalam peti sejuk. Dia menoleh ketepi dan terkejut melihat Lily sedang duduk di atas kerusi sambil kunyah kerepek pisang "MACAM MANA KAU BOLEH MASUK KE DALAM RUMAH AKU NI?"

"Heheheee.." Lily tunjuk kunci rumah Fang "Aku buat salinan kunci rumah kau. Dulu aku ada salinan kunci rumah kau tapi abang Kaizo dah rampas pulak, jadi aku buat yang baru. Tadi aku jerit-jerit nama kau tapi kau tak jawab, jadi aku masuk ajelah guna kunci ni"

"Kalau abang aku tahu kau masuk dalam rumah sesuka hati aje, mesti dia akan halang kau datang ke Pulau Rintis tapi.. apasal kau datang ke sini malam-malam? Bukan ke esok kau sekolah?" tanya Fang dengan nada kecurigaan dia. Lily tersenyum lebar di situ sambil melihat Fang. Dia kunyah kerepek pisang dia lagi sambil mengeluarkan alat yang Faye berikan kepada dia, iaitu alat yang boleh pergi ke mana-mana sahaja "Faye yang bagi ke?"

"Ha ah, dia cakap, Lily boleh datang ke sini bila-bila masa sahaja. Jadi Lily takdelah terlepas dengan pengembaraan korang nanti"

"Eh kejap, bukan ke abang aku dah rampas alat tu dari Faye?" tanya Fang dengan penuh kecurigaan dia

"Heheehe.. sebenarnya abang Kaizo lupa nak mintak balik, jadi Faye tak pulangkan balik alat ni tapi... jangan bagitahu abang Kaizo ok" Lalu Fang tersenyum sinis kepada Fang "Janganlah bagitahu dia.. pwetty pleaseeeee!"

"Hmmm.. yelah, aku tak kan bagitahu dia tapi kau jangan nak masuk rumah aku sesuka hati aje dan jangan nak datang ke sini waktu malam-malam begini" marah Fang kepada Lily yang tersengih itu. Mulut Lily masih lagi kunyah kerepek pisang

"Landak, aku nak tanya kau boleh?"

"Tanya apa?" Fang keluarkan sebuah tube ice cream vanilla dari peti ais dan juga sebatang sudu dari laci kabinet. Lalu dia duduk di sebelah Lily

"Kak Lynna hari tu dia tak sedarkan diri kan masa askar badut serang Pulau Rintis" Fang angguk sahaja sambil membuka penutup tube ice cream itu "Kak Lynna macam mana sekarang, dia dah ok ke?"

"Hmmm.. Kak Lynna dah lama sedar dari pengsan dia tu tapi sebenarnya kak Lynna ada masalah dengan kuasa dia. Tak tahulah sebab apa. Mungkin dia terlampau emosi sangat kot atau dia stress sebab terlampau banyak sangat kerja atau ada sesuatu terjadi dekat diri kak Lynna ke. Entahlah, kak Lynna sendiri tak nak bagitahu aku tapi dia ada cerita dekat abang aku tapi abang aku tak nak pula cerita dekat aku. Dua orang tu kan, nak aje aku ketuk dengan botol kicap"

"Sebut pasal ketuk" Lily keluarkan spana gergasi dia. Fang masih tidak sedar dengan spana tersebut sebab terlampau sibuk marahkan abang dia dan juga fikirkan tentang Lynna sambil makan ice creamnya. Pemikiran dia sudah berada jauh dari dunia reality. Lily mengambil kesempatan tersebut, terus dia ketuk kepala Fang sebanyak 5 kali

"WOI! YANG KAU PERGI KETUK KEPALA AKU APAHAL?"

"Hehehee... sebab tadi Gopal tak bagi main ketuk-ketuk dekat rumah dia. Jadi aku datanglah ke sini untuk main ketuk-ketuk dekat kepala kau. Sepatutnya Probe ada sekali tapi encik bos kesayangan dia tu suruh balik pulak. Jadi keseorangan ajelah" Lily buat muka sedih. Tangan dia masih lagi suapkan diri dia kerepek pisang

"Kau memang takde kerja kan. Datang malam-malam, main ketuk-ketuk kepala orang.. pelik pelik" Fang rasa perut dia sudah terlampau banyak sangat ice cream, lalu dia berhenti makan "Tapi.. macam mana kau maintain kan kepelikan kau?"

"Entahlah tapi kau pun sama, macam mana boleh maintain dengan sikap kau yang panas baran tu.. heheheee" Lily makan lagi kerepek pisang dia. Fang rasa seperti kerepek pisang itu ditambah balik secara automatik, macam ianya tidak pernah habis 

"Agaknya kau ni ada kuasa kerepek pisang kot"

"Hah? kuasa kerepek pisang? Kuasa apa tu?" tanya Lily 

"Entahlah" Fang bangun dari tempat duduknya "Aku nak pergi siapkan kerja sekolah aku. Kalau kau takde kerja, balik aje rumah. Aku rasa si Faye pun dah tidur" Fang simpan balik tube ice cream itu dan selepas itu dia basuh sudu yang telah dia gunakan tadi "Selamat malam si anak itik pelik" Fang keluar dari dapur dan meninggalkan Lily keseorangan di dalam dapur yang masih lagi kunyah kerepek pisang

"Selamat malam landak berlandak-landak" Fang tersenyum sahaja selepas dia dengar ucapan dari Lily. Dia terus melangkah naik ke bilik dia sambil berkata sesuatu yang membuatkan Boboiboy bersin semasa dia siapkan kerja sekolah

"Apasal lah Boboiboy takde hati dekat si Lily tu, pelik pelik tapi sebenarnya baik... heheee"

------------------------------------

Keesokannya, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Pulau Rintis berada pelik melihat Gopal bersandar di tepi tembok pagar sekolah. Dia dengan cermin mata hitam, kaki kiri memijak tembok pagar tersebut dan tangannya bersilang di dada Gopal. Dia seperti hero Bollywood yang sedang menunggu kedatangan watak antagonis dan di dalam kamus Gopal, watak itu adalah Fang. Malam semalam dia telah merayu kepada Emmy untuk membuat sesuatu alat formula supaya kawan-kawan dia melayan dia seperti watak utama bukan watak sampingan tetapi Emmy menolak. Gopal teruskan merayu sehinggalah Emmy bersetuju tanpa memerlukan syarat apa-apa. Gopal terus gembira dan dengan ini, terdapatlah sebuah botol perfume formula yang telah disediakan khas oleh Emmy

"Apasal lah kawan-kawan aku sampai lambat ni, sudahlah panas terik hari ni" Badan dia mula berpeluh, dia sudah tidak bersandar lagi di tembok pagar "Macam manalah nak jadi cool macam abang Kaizo tu. Dia tu jalan ke mana-mana, buat aksi macam mana pun, tetap nampak bergaya. Aku ni... adeh... hmmm... jadi pak lawak ajelah" Gopal mula mengeluh. Hati dia sudah mula untuk mengalah tetapi dia ingatkan diri dia tentang misi dia untuk menjadi watak utama "Aku tak kan menyerah kalah!"

"Menyerah kalah?" Faye muncul sambil tunduk sedikit untuk melihat Gopal. Mata dia terkebil-kebil melihat Gopal berkelakuan pelik itu "Apa yang kau cuba lakukan?"

"Heehehe... takde apa Faye tapi aku ada sesuatu untuk kau"

"SESUATU UNTUK AKU?!" Faye menjadi teruja. Dia perhatikan Gopal mengeluarkan sesuatu dari beg sekolahnya "Apa kau nak bagi aku?"

"Aku nak bagi kau ni" Gopal terus keluarkan sebotol perfume dan lalu dia semburka ke arah Faye

"Adeh, pening aku dengan bau dia" Faye mula pening dengan bau yang tidak begitu sedap itu. Dia terbatuk-batuk sedikit tetapi wajah dia berubah apabila dia melihat Gopal. Nada suara dia juga turut berubah "Tuan Gopal, saya akan buat apa sahaja untuk tuan"

"Faye tak payah panggil aku tuan, panggil aku putera Gopal! Dan mulai sekarang, kau akan menjadi teman terbaik aku"

"Baik putera Gopal" Faye tersenyum melihat Gopal. Warna mata dia berubah menjadi warna pink "Putera Gopal hendak kemana selepas ini?"

"Temankan aku ke kantin sekolah. Lepas tu kita kongsi makanan sama-sama ok"

"Baik putera Gopal" Faye dan Gopal melangkah masuk ke dalam kantin sekolah. Gerakan mereka membuat orang lain rasa curiga kerana Faye asyik perhatikan sahaja wajah Gopal dengan senyuman semacam dia "Putera Gopal mahu beli apa di kantin nanti?"

"Kita pergi beli kuih"

"Oh, bagi saya sahaja yang belikan untuk putera Gopal" kata Faye secara lembut. Gopal rasa teruja pula apabila dia dilayan dengan begitu baik sekali tetapi bila di fikirkan balik, Faye selalu layan dia dengan baik bukan macam Fang

"Tak perlu risau wahai tuan puteri Faye. Saya putera Gopal akan membeli kuih dengan menggunakan duit saya sendiri!" Gopal suruh Faye duduk di bangku kantin sekolah. Dia pula pergi membeli kesemua kuih yang ada di kantin sekolah. Faye masih lagi perhatikan Gopal dengan senyuman semacam dia. Yaya dan Ying muncul di kantin sekolah, mereka melambai-lambai di depan muka Faye

"Apasal dengan Faye? Faye.. oh Faye" panggil Yaya tetapi Faye masih lagi perhatikan Gopal

"Haiyaa.. dia macam terkena sampuk sahaja. Siapa yang buat Faye begini?" Ying melihat di mana Faye sedang perhatikan. Mata dia terus pandang ke depan dan lalu dia ternampak Gopal sedang memilih beberapa jenis kuih yang ada di kantin "Hmm... Gopal rupanya. Apasal dia buat begitu dekat Faye"

"Tapi kita tidak boleh tuduh Gopal begitu sahaja. Entah-entah bukan Gopal yang buat"

"Kalau dia yang buat, macam mana? Kalau si Fang tahu, dia mesti mengamuk punya. Kita kena betulkan balik si Faye sebelum Fang sampai ke sekolah"

"Kalau macam tu, kau tunggu di sini. Biar aku pergi tegur Gopal" kata Yaya. Dia terus ke kaunter kantin sekolah dan lalu dia usik-usik bahu Gopal sedikit "Wei Gopal, kau ke yang buat Faye macam serba tak betul?" Gopal menoleh kebelakang dan buat-buat biasa sahaja

"Mana aku tahu" Gopal berikan duitnya kepada mak cik kantin "Tapi aku ada sesuatu untuk kau dan Ying"

"Sesuatu? Kau jangan nak buat hal dengan kita orang pulak"

"Hehehee.. mana ada Yaya" Gopal tersengih sambil berikan sedikit kuih kepada Yaya. Dia berharap Yaya dan Ying tidak akan syak apa-apa sebelum dia dapat gunakan perfume formula itu nanti "Ambiklah sedikit kuih ni, aku beli banyak tadi"

"Hmm.. selalunya, kau jenis tak suka berkongsi makanan macam si Fang dengan donut lobak merah dia tu"

"Ala, aku kongsi pun sebab aku lebih baik daripada si panas baran tu" Yaya pandang ke arah Gopal. Dia cuba untuk membaca air muka Gopal yang masih tersengih lagi itu

"Tapi takpe.. kalau kau tipu aku atau kenakan sesuatu dekat aku, jaga kau nanti" Yaya mengambil sebiji karipada di dalam plastik makanan itu. Dia terus berjalan ke tempat Ying dan Faye yang sedang duduk di bangku kantin. Gopal pusingkan dirinya supaya Yaya dan Ying tidak nampak apa yang dia keluarkan dari beg sekolah dia. Gopal pusingkan balik badan dia dan perfume itu dia cepat-cepat sorok di belakang badannya. Dia bergerak ke depan secara biasa supaya kawan perempuan dia tidak mengesyaki apa-apa

"Ying nak kuih?" tangan Gopal satu lagi menghulurkan sebungkus plastik berisi kuih kepada Ying "Makanlah, aku beli banyak tu"

"Hmmm.. lu ni banyak mencurigakan. Ada apa-apa ke?" tanya Ying sambil menyeluk masuk tangan dia ke dalam beg plastik tersebut "Tapi terima kasih sebab bagi kuih. Faye tak nak ke?"

"Puteri Faye makan yang sedap-sedap aje" jawab Gopal

"Puteri Faye?" Ying merenung Gopal lama-lama, begitu juga dengan Yaya. Gopal tidak membuang masa lagi, dia keluarkan tangannya dari belakang dan terus dia sembur perfume itu ke arah Yaya dan Ying. Mereka terbatuk-batuk akibat terkena semburan tersebut. Warna mata mereka berubah menjadi warna pink "Tuan Gopal, terima kasih kerana berikan kami makanan" kata mereka secara serentak

"Hehehee... sekarang aku mahu kamu berdua pergi cari Fang dan Boboiboy. Cari sampai dapat dan bawa aku ke sini. Aku putera Gopal ingin makan kuih ini bersama puteri Faye" Lalu Yaya dan Ying beredar dari situ untuk pergi mencari Fang dan Boboiboy. Gopal berikan sebiji donut kepada Faye "Makanlah wahai tuan puteri Faye"

"Terima kasih putera Gopal" kata Faye dengan begitu lembut sekali. Gopal rasa sangat bahagia hari ini, dia telah mendapat mengawal tiga orang kawan perempuan dia

"AKU AKAN MENJADI WATAK UTAMA PADA HARI INI! HAHAHAAAA!"

"Kenapa dengan kamu ni?" muncul cikgu Aiman di belakang Gopal "Sudah buang tabiat ke apa, gelak sorang-sorang dekat kantin sekolah. Atau kamu tengah berdating dengan dia? BUKAN KE DEKAT SEKOLAH UNTUK BELAJAR BUKANNYA UNTUK TEMPAT BERDATING!"

"Errr.. cikgu Aiman!" Gopal tersengih sambil menoleh sedikit untuk melihat muka garang cikgu Aiman "Mana saya ada dating dengan dia cikgu. Kami kawan-kawan sahaja, betul tu tak Faye?"

"Betul tu putera Gopal"

"PUTERA GOPAL?! KECIK-KECIK LAGI SUDAH PANDAI NA-" Gopal sembur perfume itu ke arah cikgu Aiman. Dia tidak mahu mendapat hukuman dari cikgu Aiman, jadi dia sudah tiada pilihan. Lalu dia terpaksa menggunakan perfume itu. Mata cikgu Aiman bertukar menjadi hijau "Yea tuan Gopal, apa yang perlu cikgu lakukan?"

"Heheheee... cikgu balik ke rumah dan pura-pura demam. Esok baru datang balik ke sekolah" kata Gopal dengan nada sinis dia. Cikgu Aiman berikan tunduk hormat kepada Gopal, lalu dia beredar dari situ dengan muka tiada perasaan

"Baik tuan Gopal" Gopal melambai-lambai cikgu Aiman yang sudah jauh pergi ke keretanya. Dia bangga dengan pencapaian dirinya. Gopal terasa ingin menangis di situ tetapi dia kuatkan semangat dia kerana dia adalah lelaki sejati yang bukan mudah untuk mengeluarkan setitik air mata. Faye masih lagi perhatikan Gopal seperti Gopal itu adalah prince charming dia

"Tuan Gopal, kami sudah jumpa Fang dan Boboiboy" Gopal melihat ke kanan. Lalu dia tersenyum kerana dua kawan lelakinya di tolak-tolak oleh Yaya dan Ying untuk berjalan ke arah Gopal

"Wei Gopal, apasal dengan dia orang berdua ni? Apasal dia panggil kau tuan Gopal pulak? Kau bagi dia orang apa-apa ke?" tanya Boboiboy setelah dia sampai di hadapan Gopal

"Hehehehe..." Gopal tergelak sahaja

"Apa hal kau tergelak-gelak ni. Ini mesti kerja kau kan! Cuba kau tengok dekat tangan dia, Boboiboy" Fang tunjuk sebotol perfume yang ada di tangan Gopal "OH! Kau yang buat dia orang jadi begitu yea. Kau nak aku ajar kau ke? Baik kau pulihkan dia orang sebelum aku belasah kau"

"Ma-mana ada! Ini perfume terbaru aku aje.. korang nak try tak?" Belum sempat Boboiboy dan Fang bercakap, Gopal terus sembur perfume itu ke arah dua kawan baik lelakinya. Mereka terbatuk-batuk di situ. Mata mereka bertukar menjadi hijau "Macam mana? sedap tak bau perfume tu" tanya Gopal

"Tidak begitu sedap tuan Gopal" kata Boboiboy

"Bau dia seperti bau peluh tuan Gopal" jawab Fang dengan muka tiada perasaan

"Cheh, dah terkena perfume aku, kau sempat lagi nak kutuk aku yea" Fang angguk sahaja kepada Gopal "Hmmm... Fang, kau bawa beg sekolah aku dan Boboiboy, kau jadi pak lawak dan pembantu supehero iaitu aku. Aku adalah putera Gopal, superhero terkenal di Pulau Rintis" Gopal berikan beg sekolahnya kepada Fang. Lalu Fang campak beg sekolah itu di luar kantin "DEY! APASAL KAU CAMPAK BEG SEKOLAH AKU!"

"Sebab saya nak jadi pak lawak dan pembantu superhero, tuan Gopal"

"Mana boleh! ITU JAWATAN AKU LAH!"

"WEI! AKU YANG LEBIH HEBAT DARIPADA KAU, AKU YANG PATUT MEMEGANG JAWATAN ITU! KAU SESUAI JADI TUKANG KULI TUAN GOPAL SAHAJA!"

Gopal menepuk dahinya "Adeh, macam-macam betul dia orang ni" Gopal terpaksa leraikan pergaduhan mereka "Sudah sudah. Boboiboy jadi pak lawak aku dan Fang, kau lain kali ajelah jadi pak lawak aku. Kau pergi kutip balik beg sekolah aku tu"

"Baik tuan Gopal" Fang dengan muka kesedihan. Dia angkat beg sekolah Gopal. Boboiboy gembira kerana jawatan dia masih lagi kekal. Gopal mengarah mereka untuk masuk ke kelas tapi macam mana dia nak kawal Fang, Yaya dan Ying nanti. Mereka berada di kelas lain, fikir Gopal

"Hmmm... " Gopal berfikir sambil berjalan ke tangga sekolah. Boboiboy, Fang, Yaya, Ying dan Faye ikut sahaja Gopal ke mana dia pergi "Hah! Aku ada idea" Gopal pusing kebelakang dan terus dia bagi arahan kepada Fang, Yaya dan Ying "Fang, nanti kau masuk kelas kau dengan Yaya dan Ying. Korang belajar elok-elok dan tunggu aku dekat kantin sekolah semasa rehat nanti"

"Baik tuan Gopal. Kami akan ikut sahaja arahan dari tuan Gopal" kata Fang, Yaya dan Ying

"Hmmm.. ikut sahaja yea" Gopal paling muka kearah Fang dengan senyuman sinis dia "Fang, kau pergi conteng muka Bella dengan marker pen. Lepas tu kau pergi luahkan dekat dia, yang sebenarnya kau suka dekat dia" Padahal Fang mana ada perasaan apa-apa dekat Bella. Gopal tergelak di situ melihat Fang pergi mencari Bella "Hmm... dari tadi lagi aku tak nampak Bella.. eh kejap! FANG TUNGGU!" Fang pusing kebelakang

"Tuan Gopal nak apa lagi" kata Fang sambil berikan tunduk hormat kepada Gopal

"Kau layan si Bella tu macam tuan puteri yea tapi kau panggil dia puteri Bella.. heheheheee"

"Baik tuan Gopal, saya akan ikut sahaja arahan dari tuan Gopal" Gopal tersenyum lebar seperti dia telah memenangi sebuah kapal angkasa. Dia melambai-lambai kearah Fang yang sudah pergi dari situ

"HAHAHAHAAAA!" Gopal tergelak besar di situ tetapi pengikut dia berdiri tersenyum sahaja "Adeh, macam tak best pula. Wei Boboiboy, kau kutuk si Fang tu"

"Errr.. Fang tu reti bercinta dengan donut sahaja. Dia tu alien pelik, semua benda yang dia buat, semuanya pelik. Dia dan abang dia memang alien pelik. Tak pernah tak pelik. Dah lah suka berlagak dengan aku. Nak jadi hebat daripada aku konon, padahal abang dia lagi hebat daripada dia tu. Asyik jadi bayangan abang dia sahaja. Aku rasa nak kasihan tapi aku takde pula perasaan kasihan dekat dia. Memang takde kasihan langsung dekat dia, lebih-lebih lagi abang dia tu yang suka sangat buli Fang tapi Fang pun tak pernah nak serik-serik buat kerja nakal dia. Aku pun boleh jadi pening dengan kenakalan dia.."

"Ok.. ok ... dah boleh berhenti" Lalu Boboiboy berhenti bercakap selepas sahaja dia mendengar arahan dari Gopal. Loceng sekolah sudah pun berbunyi, Gopal mengarah mereka masuk ke kelas. Dia tergelak apabila nampak Bella sedang mengejar Fang di sekitar sekolah. Muka Bella penuh dengan dakwat hitam yang telah di conteng oleh Fang

"JAGA KAU FANGGGG!"

--------------------------------------

Petang itu, di pantai Pulau Rintis. Terdapat dua orang sedang menikmati keindahan dan ketenangan di tepi pantai sambil bermalas-malasan di atas kerusi malas. Kaizo hanya memejamkan mata untuk tidur di situ. Bunyi ombak menghempas pantai membuatkan Kaizo tertidur di atas kerusi malas dengan begitu tenang sekali. Lynna pula, dia hanya melihat anak-anak kecil berlari-larian di tepi pantai sambil bermain layang-layang. Di tangannya terdapat sebuah air kelapa untuk di nikmati. Lynna tergelak melihat Kaizo berdengkur sedikit di atas kerusi malas. Kaizo yang membawa Lynna ke situ kerana dia tahu, Lynna perlukan ketenangan bukan tekanan. Semenjak akhir-akhir ini, Lynna memang tertekan sangat dengan kerja-kerja assignment dia yang begitu banyak sangat. Bukan itu sahaja, dia juga sibuk pergi menghapuskan musuh-musuh dia yang suka sangat menyerang dia atau kawan-kawan dia semasa mereka di dalam kesibukan

Lynna menghirup udara yang segar itu, tiada asap-asap kereta untuk mencemari udara segar itu atau bunyi-bunyian yang membuat Lynna rasa tertekan. Dia letak air kelapanya di tepi kerusi malas. Lalu dia memejamkan matanya. Bunyi-bunyi ombak membuatkan dia terlena tidur di atas kerusi malas. Tidak sampai 10 minit, Lynna terjaga dengan satu panggilan daripada seseorang

"Abang Paizo! bangun!" Rizu mengoyang-goyangkan badan Kaizo. Lalu dia buat begitu juga terhadap Lynna "Kakak Lynna bangun!"

"Rizu?" Mata Lynna masih lagi pejam, dia tidak mahu bangun dari tidurnya tetapi mungkin panggilan Rizu tadi adalah sesuatu yang penting "Kenapa Rizu?" Lynna membuka matanya dan lalu dia dudukkan dirinya

"Rizu, kenapa Rizu ke sini?" tanya Kaizo

"Pizu nampak abang Fang ponteng sekolah" Kaizo terus terduduk setelah dia mendengar berita itu dari Rizu. Muka Kaizo berubah menjadi marah, ketenangan dia memang begitu sekejap sahaja "Abang Fang ada dekat pantai juga. Dia dan kakak Bella ada dekat sana tengah main pasir" Kaizo terus pandang kebelakang tempat yang Rizu tunjukkan. Lynna melihat sedikit. Memang ada dua budak sekolah menengah, duduk di atas pasir pantai sambil membuat sebuah istana pasir dan salah satu budak itu adalah adik kepada Kapten Kaizo iaitu Fang

"Budak-budak ni, sesuka hati sahaja nak ponteng sekolah. Memang nak betul-betul kena hukuman latihan tempur daripada aku" Kaizo terus bangun dari kerusi malas dia. Lynna juga turut bangun, dia perlu pergi tenangkan Kaizo tapi salah Fang juga kerana ponteng sekolah. Kaizo berjalan sambil menggenggam tangannya, hati dia penuh dengan perasaan marah. Lynna berlari untuk pergi ke sebelah Kaizo

"Kaizo, sabar Kaizo. Mungkin ada sebabnya kenapa dia dan Bella ponteng sekolah" Lynna cuba memujuk Kaizo

"Ha ah, abang Paizo jangan marah sangat. Mungkin dia orang ke sini sebab... sebab... sebab apa yea" Rizu tersengih sambil memikirkan sebabnya. Kaizo teruskan lagi berjalan sehingga dia betul-betul berada di hadapan adiknya. Lynna rasa pelik melihat muka Bella penuh dengan kesan conteng. Rizu ketawa sedikit apabila dia melihat muka Bella

"PANGGG! KENAPA KAU PONTENG SEKOLAH!" Hampir semua orang yang berada di tepi pantai, boleh dengar suara kemarahan Kaizo. Ada yang mencari-cari di mana suara marah itu datang. Ada juga yang lari untuk selamatkan diri daripada Kaizo mengamuk tak tentu pasal "APA ALASAN KAU?"

"Tuan Gopal yang suruh adik ponteng sekolah. Dia cakap, adik kena bawak lari Bella ke sini dan berdating dengan dia"

"Tuan Gopal?" Kaizo perasan dengan perubahan mata adiknya "Kenapa dengan mata adik aku? Kau tahu sebab apa?" tanya Kaizo kepada Bella

"Errr.. tak tahu. Yang peliknya, bukan dia seorang sahaja mata begitu. Boboiboy pun terkena seperti Fang juga" jawab Bella secara jujur "Masa dia pergi luahkan perasaan dia dekat saya, Bella ingatkan dia serius. Rupanya bukan, dia asyik cakap pasal tuan Gopal sahaja"

"Ha ah, tuan Gopal adalah superhero yang terkenal. Dia lebih hebat daripada diri aku! Aku sangat tertarik dengan kekuatan kuasa dia"

"Ini sudah menjadi-jadi ni. Kita perlu lakukan sesuatu" kata Lynna yang begitu risau dengan Fang. Dia melutut di depan Fang untuk bertanyakan sesuatu "Fang, apa Gopal buat dekat Fang?"

"Tak tahu, Fang hanya tahu tuan Gopal akan berikan jawatan pak lawak kepada adik, sekiranya adik berjaya membawa Bella lari keluar dari sekolah dan berdating di sini. Adik ada belikan air kelapa untuk Bella, kita orang kongsi air ini" kata Fang sambil tergelak-gelak "Tuan Gopal mesti suka yang adik sudah berjaya! KALAHLAH KAU BOBOIBOY!"

"Aku mahu ke sekolah untuk cari si Gopal tu" Kaizo pegang tangan adik dia dan lalu mengheret dia pergi

"Abang nak bawa adik ke mana?" tanya Fang yang sudah tidak betul itu "Abang nak bawa adik ke istana tuan Gopal ke? Dia cakap dekat istana tu banyak donut lobak merah. Jadi adik boleh sahaja datang ke istana dia bila-bila masa sahaja"

"Sah si Pang ni tak betul" Bella bangun dan terus ikut Kaizo. Bukan dia sahaja yang ikut, Lynna dan Rizu sekali ikut belakang Kaizo. Dalam perjalanan mereka ke sekolah, Kaizo terserempak dengan Emmy yang sedang berjalan ke arah sekolah menengah. Di tangan Emmy ada sebotol perfume

"KAKAK EMMY!" Rizu melambai-lambai ke arah Emmy

"PENGUIN!" Emmy baru sedar dengan kehadiran Kaizo, Fang, Rizu, Lynna dan juga Bella. Dia membalas balik lambaian Rizu tadi. Lalu dia lari ke arah mereka "Kenapa abang Fely dan kakak nutella ponteng sekolah? Kenapa dengan muka kakak nutella?"

"Si Pang ni yang pergi conteng muka kakak, lepas tu dia bawak lari akak keluar dari sekolah. Dia cakap, si tuan Gopal yang suruh"

"OHHHH! Ini mesti dia dah gunakan formula tu"

"Formula? Formula apa yang dia gunakan?" tanya Kaizo dengan nada mencurigakan. Emmy tidak menjawab pertanyaan Kaizo tadi, dia hanya sembur perfume formula itu keatas diri Fang. Mata Fang terkebil-kebil dan warna mata dia berubah menjadi warna asal "Pang, kau ok ke?"

"Adik ok tapi... SIAP KAU GOPAL!" Aura-aura kegelapan Fang terus keluar. Kemarahan dia membuak-buak seperti gunung berapi sudah meletup dan memuntahkan lava-lava dari kawah gunuh. Fang menghentak-hentak kakinya untuk berjalan pulang ke sekolah. Sampai sahaja di sekolah, dia terus ke kelas Gopal dengan perasaan untuk membalas dendam. Kaizo melihat sahaja adiknya, dia tahu adik dia akan mengamuk tak tentu pasal selepas ini. Kaizo menghalang Lynna untuk pergi tenangkan Fang sebab Gopal memang patut dikena hukuman. Rizu, Emmy dan Bella tak sabar untuk melihat Fang mengamuk. Mereka tunggu sahaja di tingkat bawah

"HARIMAU BAYANG! SERANG DIA!" Gopal menjerit dan berlari keluar dari kelasnya. Boboiboy hanya duduk diam di dalam kelas dan dia terlampau yakin sangat bahawa Gopal dapat kalahkan Fang tetapi dalam reality nya, Fang telah membelasah Gopal secukup-cukupnya "RASAKAN INI PULAK! TUSUKAN JARI BAYANG!"

"JANGAN FANG JANGAN! MAAFKAN AKU!"

"JANGAN HARAP AKU DAPAT MAAFKAN KAU! INI SEMUA UNTUK MEMBALAS APA YANG KAU BUAT DEKAT BOBOIBOY, YAYA, YING DAN FAYE! PENGUIN GERGASI BAYANG!" Mata Rizu bersinar-sinar melihat penguin bayang. Lynna hanya menepuk dahinya. Emmy dan Bella ketawa melihat Gopal terkena amukan dari Fang. Kaizo hanya tersenyum sinis

"Erkk! PENGUIN?"

"PIJAK DIA PENGUIN! PIJAKKKKKKK! LENYEKKAN DIA! JADIKAN DIA MACAM LEMPENG!" Fang ketawa besar di situ "KAU NAK KENA LAGI? RASAKAN INI PULAK! HANTU BADUT BAYANGGGG!" Lagilah Gopal rasa nak pengsan

Maka, huru haralah sekolah pada petang itu. Habis Gopal kena belasah, sampai 2 hari dia tidak datang ke sekolah sebab demam teruk. Kasihan kau yea Gopal... lain kali jangan buat benda yang bukan-bukan.. hehehee

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top