Tidur
Sehelai kertas berterbangan di dalam ruang tamu rumah Fang dan Kaizo. Kertas itu terbang dari satu tempat ke satu tempat sehinggalah ianya hinggap di atas badan Pikachu yang sedang tidur di atas sofa. Kaizo mengangkat kertas itu dan lalu dia membaca isi kandungan tersebut. Muka dia begitu serius sekali membaca ayat-ayat yang tertera di dalam kertas itu, tetapi makin lama makin berkerut dahi Kaizo. Setelah dia selesai membaca, dia menggenggam kertas tersebut
"PANGGGG!"
"Abang tak payahlah nak menjerit, adik ada aje dekat sebelah abang ni"
"Oh.. maaf, sudah terbiasa" kata Kaizo yang mahu tersengih sedikit tetapi dia kawal air mukanya yang serius itu. Dia dan Fang duduk di atas sofa sambil menonton sebuah movie Star War. Fang yang paksa abang dia menonton movie tersebut kerana ianya adalah tentang peperangan di galaxy. Memang sesuai sangat dengan jiwa Kaizo yang suka sangat dengan kekerasan dan juga berlawan
"Abang jerit nama adik tadi kenapa? Sudah buang tabiat ke?" Kaizo ketuk kepala adiknya
"Abang jerit nama kau sebab abang terbaca surat merepek lagikan merapu! Siapa yang tulis surat cinta merapu ni?" Kaizo tunjuk di depan mata adiknya "Ini mesti kerja kau kan. Abang suruh kau belajar, bukannya bercinta!"
"Abang Kaizo, itu bukan surat cinta tapi itu adalah skript untuk pementasan drama sekolah nanti. Faye jadi tukang tulis skript" Kaizo rasa muka dia sudah naik merah tetapi dia tenangkan diri dia. Kertas tadi di ambil oleh Faye dari belakang sofa "Abang Kaizo sudah rasa malulah tu.. heheheee"
"Hehehe.. rasanya ini kali kedua abang rasa malu" Fang tergelak sedikit. Kaizo bangun dari sofa dan terus naik ke atas tanpa berkata apa. Fang dan Faye tergelak di situ sambil melihat Kaizo masuk ke dalam bilik dan menghempas pintu biliknya
"Hehehee.. first time dapat tengok abang Kaizo berkelakuan begini. Selalunya asyik muka serius aje"
"Betul tu Faye! Tapi bila masa kelas korang ada pementasan drama?"
"Ini untuk club drama tapi budak-budak form 1 yang kena buat. Senior-senior nak tengok kita buat drama theater di dewan sekolah nanti. Jadi Faye kena tulis skript tapi aku bukannya reti sangat pun" Faye terus duduk di sebelah Fang "Tak tahulah skript ni mampu membuat sebuah drama yang begitu menyentuhkan hati para penonton"
"Hmm.. apasal kau tak suruh Bella tolong semakkan. Dia kan pandai dalam bab-bab penulisan"
"Hehehe.. aku sebenarnya nak cuba habiskan tulis skript ini tanpa perlukan bantuan tapi aku silap" kata Faye sambil membaca skript drama itu. Dia tahu dia bukanlah seorang yang mahir dalam membuat ayat-ayat yang indah tetapi ahli club drama paksa dia buat juga sebab tiada siapa yang mahu buat "Kejap lagi aku pergilah ke rumah Bella, minta tolong dari dia"
"Baguslah tu" kata Fang. Mata dia tidak alihkan pandangan kerana scene movie itu adalah scene yang mendebarkan "Wei Faye, mana kawan kau si pelik tu? Pergi menghendap si buah hati dia Boboiboy ke?"
"Ermm.. takdelah, dia ada aje dekat rumah Bella. Why you asking?" Lalu Faye rapatkan diri dengan Fang dengan senyuman lebar dia "Kau ada hati dengan kawan baik tu yea. Sudahlah semalam kau panggil kita orang untuk friendship dating dengan dia dekat tepi pantai. Muka si Lily sangat berseri-seri. Senyuman dia seperti sebuah bintang yang bersinar-sinar di angkasa lepas" Muka Fang berpaling ke arah Faye dengan seriusnya
"Bila masa aku ada hati dekat dia" jawab Fang "Aku anggap dia sebagai kawan paling pelik dan unik sekali! Lagipun semalam dia banyak tolong aku untuk buat tempat berkelah tu tapi usaha aku gagal. Abang aku dan kak Lynna langsung tak datang. Jadi, sebagai membalas jasa budi Lily, aku hantarlah korang ke tempat berkelah tu"
"Oh begitu, tapi apa-apa pun thank you sebab semalam. Hari ni kau tak keluar ke?"
"Nope" jawab Fang dengan ringkasnya. Faye malas hendak bertanya lagi, lalu dia bangun dari situ dan terus masuk ke dalam bilik dia. Fang terus menonton movie Star War sehingga habis. Seterusnya dia menonton movie musical tetapi mata dia semakin berat pula. Tidak sampai 5 minit, dia sudah terlelap di atas sofa rumah. Kaizo keluar dari biliknya dan menjenguk di ruang tamu. Adiknya sudah pun tertidur di depan television yang masih lagi di buka
Kaizo turun ke bawah secara senyap kerana tidak mahu adiknya terjaga dari tidur. Dia melihat bilik Faye sudah tertutup rapat, dia cepat-cepat keluar dari rumah tersebut. Dia menutup pintu rumah secara perlahan dan lalu pusingkan dirinya
"ABANG PAIZO!" Terkejut Kaizo melihat Rizu berdiri di depan matanya. Rizu dengan senyuman comelnya dan juga mulutnya tidak henti-henti kunyah kerepek pisang, terus dia memeluk Kaizo "Abang Paizo nak pergi mana?" tanya Rizu sambil memeluk Kaizo. Kedua belah tangan Kaizo melepaskan pelukan Rizu tadi
"Abang nak keluar sekejap"
"Ohh... abang Paizo nak pergi jumpa kak Lynna ke?" tanya Rizu tanpa rasa ragu-ragu "Kalau abang Paizo nak pergi jumpa kak Lynna, Pizu nak ikut boleh?"
"Abang bukan pergi jumpa kak Lynna. Abang cuma ada hal sahaja" jawab Kaizo yang asyik memandang pintu pagar rumahnya. Dia perlu melepaskan diri daripada Rizu mengikuti dia "Abang kesayangan kamu ada dekat dalam rumah. Kau pergi sahaja kacau dia"
"Ok! Tapi betul ke abang Paizo tak pergi jumpa kak Lynna?"
"Betul"
"Ok!" Rizu terus melangkah ke tepi untuk menuju ke pintu rumah. Lalu dia membuka pintu rumah tersebut dan Kaizo mempercepatkan gerakan kaki dia. Kaizo mahu pergi ke bandar secepat mungkin. Rizu perhatikan sahaja Kaizo dan dia rasa hairan dengan kelakuan Kaizo yang begitu pelik. Dia mula fikirkan sesuatu "Hmm.. ajak abang Fang pergi menghendap abang Paizo lah. Mesti abang Paizo cuba sembunyikan sesuatu. Adakah ini sebuah rahsia terbesar abang Paizo? hehehehe.."
"Pergi menghendap abang Paizo?" Rizu terdengar suara Faye. Lalu dia menoleh kebelakang
"Hai kakak Faye!"
"Rizu cari abang Fang ke?" Rizu mengangguk kepala sambil suap diri dia dengan kerepek pisang "Dia ada dekat dalam, tengah tidur. Pergilah kacau dia tidur"
"Baik kakak Faye!" Faye melihat Rizu yang begitu semangat untuk menganggu abang kesayangan yang sedang nyenyak tidur. Kerepek pisang Rizu sudah pun diletak di atas meja ruang tamu. Faye perhatikan sahaja apa yang Rizu ingin lakukan terhadap Fang. Tangan Rizu menyeluk masuk ke dalam poket dia dan keluarkan sesuatu benda yang nampak seperti gincu. Faye meneka yang Rizu akan menconteng muka Fang tetapi bukan, kerana itu bukanlah gincu tetapi alat pembesar suara yang sangat kecil. Ianya dapat mengubah suara seseorang. Rizu letak alat itu di bibirnya dan lalu menjerit dan keluarlah suara garang Kaizo
"BANGUNLAH! TIDUR AJE KERJA KAU NI!" Rizu meniru ayat-ayat Kaizo untuk bangunkan Fang
"ABANGGGGG! ADIK NAK TIDUR PUN TAK BOLEH! ABANG PERGILAH KACAU ORANG LAIN SELAIN DARIPADA ADIK!" Mata Fang masih lagi pejam. Dia menjerit di dalam tidurnya dan terus dia sambung tidur
"Aik, abang Fang mengigau ke?" Rizu garu-garu kepala dia
"Hehehe... lawak betul si Fang ni" Faye tergelak sedikit "Tapi.. mana Rizu dapat alat tu?"
"Alat ni?" Rizu tunjuk alat kecil yang berwarna hitam dan ada speaker kecil di bahagian depan alatan itu "Kakak Emmy bagi Pizu tadi. Dia cakap, dia suruh Pizu cuba dekat sesiapa. Alat ini dapat mengubah suara kita kepada suara orang lain! Ada 5 suara dekat sini. Suara abang Paizo, suara kakak Lynna, suara abang Boboiboy, suara abang Fang dan juga suara kakak Ratu Lily"
"Eh, Ratu Lily pun ada?" Faye rasa pelik
"Ha ah, kakak Emmy cakap, dia rindu dengan suara kakak Ratu Lily. Mesti kakak Lily pun rindu juga" Faye mengambil alat itu dan lalu dia mengubah suara itu kepada suara Ratu Lily "Kakak Faye nak buat apa?"
"Nak kenakan si Fang ni" Faye betulkan suara dia dan dia terus tersenyum sinis sambil melihat sepupunya tidur dengan air liur meleleh keluar "Hehehehee... aku Ratu Lily! Ratu kebaikan! bukan Ratu kejahatan tapi disebabkan si Fang ni tidur tak ingat dunia, maka dengan sukarelanya, aku akan merasuk si alien landak berwarna ungu ini"
"WEI! JANGAN NAK RASUK AKULAH! BUKAN KE KAU TU SUDAH JADI RATU YANG BAIK! APASAL PULAK KAU TIBA-TIBA NAK RASUK AKU? BUANG TABIAT KE APA KAU NI" Mata Fang masih lagi pejam. Terus Fang tertidur balik semula dengan dengkuran dia
"Hehehee.. abang Fang ni kelakar lah"
"Akak cuba suara lain pula" Aura-aura kenakalan Faye mula keluar. Dia menukar suara Ratu Lily kepada suara Lynna. Faye dengan nakalnya, dia terus berkata ala-ala gaya Lynna "Fang, akak nak bagitahu ni. Abang kamu sudah melamar akak dan akak jawab Yes" Terus Fang terbangun tetapi mata dia masih pejam dan terukirlah senyuman yang lebar sampai ke pipi
"ABANG DAN KAK LYNNA NAK KAHWIN! TAHNIAH ABANG! TAHNIAH KAK LYNNA! ADIK RASA SANGAT GEMBIRA! ADIK AKAN MENDAPAT SEORANG KAKAK YANG LEBIH BAIK DARIPADA ABANG! YAHOOOO!" Faye dan Rizu ketawa terbahak-bahak di situ sebab terlampau kelakar sangat. Fang terus terbaring balik di atas sofa dan dia sambung tidur balik
"Rizu, Emmy ada buat suara lain tak selain suara-suara yang ada dekat sini?"
"Ada! Suara kakak Faye pun ada tapi Rizu ambik yang ada suara abang Fang.. hehehe.. kakak Faye nak buat apa?"
"Saja nak kenakan sepupu akak ni" Faye tersenyum sinis melihat sepupunya tidur dengan tenang sekali "Ini kalau Lily tahu, sudah tentu dia akan kenakan Fang sepanjang masa dia tengah tidur"
"Hehehe.. tapi kalau abang Fang tahu, mesti dia akan mengamuk tak tentu pasal" kata Rizu sambil terbayangkan abang kesayangan dia mengamuk dan keluarkan penguin bayang gergasi. Penguin itu diarahkan untuk mengejar Lily. Rizu tergelak sedikit "Pizu nak cuba buat suara abang Boboiboy" Faye berikan alat itu kepada Rizu
"Kakak Faye tengok Pizu buat yea" Rizu menukar suara Lynna tadi kepada suara Boboiboy. Dia betulkan suara dia sedikit dan lalu berkata "Fang, kau memang hebat. Lebih hebat daripada aku dan aku sebagai kawan terbaik kau, aku akan mengaku yang kau lebih popular daripada aku"
"HAHAHAHAAAAA! BARU KAU NAK MENGAKU YEA! Aku lebih hebat dan lebih popular daripada kau, Boboiboy! Hahahahaaa!" Lalu Fang tidur balik
"Sepupu aku ni memang gila popular" Faye gelengkan kepala "Hmmm... akak macam ada idea nakal aje"
"Idea apa kakak Faye?" Faye tidak menjawab, dia hanya menghantar mesej kepada semua kawan-kawan dia dan Fang untuk datang ke sini dengan segera "Kakak Faye nak buat apa?"
"Adalah.. hehehee.." Faye tersenyum seorang diri. Rizu begitu gerun melihat Faye yang tidak pernah buat nakal sebelum ini. Pertama kali dia melihat Faye bersikap begitu tetapi hati Rizu rasa berdebar-debar pula ingin melihat apa yang akan berlaku nanti
----------------------------------------------------------
"Pak cik! Bagi saya 10 keropok lekor"
"Lapar sangat ke kau ni?" tanya Boboiboy sambil melihat kawan baik dia iaitu Gopal, membeli keropok lekor di sebuah gerai yang ada di bandar Pulau Rintis "Baru aje tadi kau pergi karipap 5 bijik. Sekarang keropok lekor pulak"
"Hehehe.. aku laparlah. Kau tahulah perut aku memang sentiasa memanggil-manggil makanan. Sampai aku terpaksa makan makanan kucing kerana makanan aku habis di makan oleh seseorang"
"Hmmm.. makanan kucing pun kau makan sekali" Boboiboy gelengkan kepala "Gopal, Gopal... sanggup kau makanan kucing"
"Hehehe... tapi sedap tau makanan kucing tu! Rasa macam biskut. Kau nak tak rasa?" Lalu dia mengambil sebungkus keropok lekor dari tangan pak cik itu "Saksikanlah, TUKARKAN MAKANAN KUCING!" Keropok lekor itu terus tukar menjadi makanan kucing yang berbentuk kepala kucing "Nah, cuba kau rasa.. sedap"
"Isk adik ni, makanan kucing pun jadi makanan kau yea" tegur pak cik itu
"Hehehee... saya cuma lapar sahaja pak cik" Gopal terus beredar dari situ sebab tak nak kena nasihat dari pak cik tersebut. Dia menolak kedua bahu belakang Boboiboy untuk pergi ke tempat lain. Sampailah mereka berhenti di sebuah tepi kedai restaurant "Akhirnya selamat daripada pak cik tu. Hah, rasalah makanan kucing ni"
"Isk, tak nak aku" jawab Boboiboy "Baik kau bagi kucing yang ada dekat sini makan" Ada beberapa anak kucing sedang berbunyi-bunyi di kaki Gopal. Mereka mahu makanan kucing tersebut
"Ala.. inikan asalnya keropok lekor aku. Apasal dia orang nak pulak"
"Bagi ajelah Gopal. Dia orangkan lapar" Gopal dengan rasa berat hati, terpaksa berikan makanan kucing itu kepada anak-anak kucing tersebut. Kucing-kucing itu rasa sangat gembira dan lalu makan makanan itu dengan lahapnya
"Sukalah korang yea, aku punya makanan, korang juga yang jadi tukang makan" Lalu seekor anak kucing mencakar kaki Gopal "ADOIII! Janganlah cakar kaki aku" Menangis Gopal kerana kesakitan di kakinya
"Hehehe... terbaik" Boboiboy tergelak sedikit. Dalam gelakan dia, mata dia terpandang seseorang yang berada di dalam sebuah kedai "Eh, itu abang Kaizo"
"Abang Kaizo? Mana?" Gopal mencari-cari Kaizo dan akhirnya dia jumpa. Seorang perempuan sedang berborak dengan Kaizo sambil tunjukkan beberapa buah basikal yang jual di kedai tersebut "Abang Kaizo nak beli basikal ke?"
"Agaknya" Boboiboy "Bestnya abang Kaizo beli basikal"
"Bolehlah aku lumba dengan adik dia yang tak betul tu" Gopal terus bayangkan yang dia dapat kalahkan Fang dalam perlumbaan basikal "Mesti aku lebih hebat daripada dia"
"Yelah tu, kau tahukan Fang tu suka nak menang sahaja"
"Yer ke, macam mana kalau dia tu tak reti main basikal macam dia dengan bola sepak.. hehehee.. eh, aku dapat mesej dari Faye" Gopal terus membaca mesej itu
"Apa yang dia tulis?"
"Hmm.. dia cakap, datang ke rumah dia sekarang sebab ada sesuatu yang menarik berlaku" Gopal mengusap-usap dagu dia "Sesuatu yang menarik? Adakah Fang sedang mengamuk tak tentu pasal? Atau sudah tertukar menjadi perempuan lagi sekali.. hehehee"
"Aku tak rasa begitu tapi macam seronok aje. Jomlah kita pergi ke rumah dia orang sekarang juga!" Boboiboy lalu di depan kedai basikal untuk melihat Kaizo. Dia berjalan seperti biasa tetapi matanya melirik ke arah Kaizo. Perempuan itu tunjukkan lagi beberapa buah basikal tetapi semuanya tidak begitu menarik di mata Kaizo. Semua yang di tunjuknya, semuanya di tolak "Apalah yang dicari oleh abang Kaizo"
"Entahlah, biarkan ajelah. Aku tak sabar nak tengok apa yang menarik tu. ENTAH-ENTAH FAYE BUATKAN AKU SEBUAH CAKE YANG BERTINGKAT-TINGKAT! BESTNYAAA!" Boboiboy sabar ajelah dengan kawan baik dia yang suka makan "Mesti ada cake chocolate, cake vanilla, cake strawberry, cake oren, cake pandan, cake..." Bermacam-macam cake yang Boboiboy dengar sampai dia naik bosan
------------------------------------------------------------------
Faye sedang fikirkan sesuatu sambil bermundar-mandir di ruang tamu. Fang masih lagi tidur di atas sofa sambil dilihat oleh Rizu. Pikachu sudah lama bangun, dia kini berada di dalam dapur untuk menjamu selera bersama Shadow dan Lily si itik. Mereka tidak tahu kenapa Lily si itik suka makan dengan makanan kucing, padahal makanan kucing itu besar dan boleh membuatkan itik itu tercekik tetapi Lily si itik makan dengan biasa sahaja
"Kakak Faye nak buat apa nanti? Bagitahulah Pizu"
"Rizu tengoklah nanti. Mesti Rizu akan suka" Faye terdengar pintu rumah diketuk. Secara pantas dia terus membuka pintu rumah tersebut. Bella dan Lily menjadi orang pertama yang sampai di rumah itu
"Hello Faye! Lily ada buat kek pisang dekat rumah Bella tadi"
"Bagus bagus.. Faye ada pertunjukkan yang terhebat nak tunjuk dekat korang tapi kena tunggu yang lain sampai dulu"
"Kau ajak siapa lagi?" tanya Bella sambil masuk ke dalam rumah. Mata dia terlihat Fang sedang tidur dengan nyenyaknya di atas sofa "Apasal si Pang tu tidur? Tangan aku rasa gatal pulak nak kacau si mambang tu"
"Biarkan si mambang tu tidur" kata Faye sambil mengambil kek pisang dari tangan Lily dan letak di atas meja ruang tamu. Bella dan Lily tergelak dengan dengkuran Fang
"Alaaa... Lily baru nak buat kepala si landak pening dengan kekacauaan Lily yang super pelik ni!"
"Hehehee... sabar Lily. Aku dan Rizu tadi telah berjaya menjumpai sesuatu yang menarik! Lagi menarik daripada si mambang mengamuk tak tentu pasal"
"Apa dia, beritahulah aku" Bella buat muka comel dekat Faye, semata-mata untuk cari pasal dengan Fang. Dia memang suka cari pasal dengan Fang kerana dia juga seperti Lily, mahu melihat Fang mengamuk tak tentu pasal "Boleh yea kawan baik ku yang super terbaik daripada aku. Kaulah satu-satunya kawan aku yang paling sweet sekali!"
"Betul tu" Lily sertai sekali. Dia melutut di depan Faye dengan muka comel. Dia dan Bella melutut seperti anak kucing meminta makanan "PWETTY PLEASEEEE MY BEAUTIFUL BEST FRIEND!"
"Tapi tapi.. aku nak tunggu yang lain sampai dulu" Faye melihat kedua kawan baik dia dengan mata membulat besar, bibir sudah melintang ke bawah dengan wajah yang sedih dan comel. Dia terpaksa mengalah "Yelah yelah.. aku mengalahlah" Bella dan Lily terus meloncat kegembiraan
"Mari Pizu pertunjukkan demo yang paling hebat, lagi hebat daripada abang Fang!" kata Rizu sambil tunjuk sejenis alat berwarna hitam "Tapi sebelum tu, Pizu nak jawab panggilan pintu!" Rizu meloncat-loncat sambil berjalan menuju ke pintu rumah. Dia membuka pintu dengan senyuman lebar dia. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying sudah pun tiba
"Abang-abang dan kakak-kakak sekalian cepat masuk! Pertunjukkan terhebat nak bermula dah!" Rizu menarik tangan Boboiboy masuk ke dalam rumah dan terus ke ruang tamu "Korang semua tengok ok"
"Tengok apa Rizu?" tanya Yaya. Rizu tidak berkata apa, dia hanya menukar alat itu kepada suara Ratu Lily
"Heheee.." Rizu mendekatkan alat itu kepada bibir dia "Fang, aku nak kau tahu, aku lebih hebat daripada kau!" Suara Boboiboy yang keluar dari alat tersebut. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Lily terkejut
"WEI BOBOIBOY! TADI KAU CAKAP AKU PALING HEBAT! PALING POPULAR! TIBA-TIBA AJE KAU UBAH FIKIRAN KENAPA? KAU NAK AKU BELASAH KAU KE HAH?" Mata Fang masih lagi pejam dan terus dia sambung tidur. Rizu dan Faye tergelak sedikit
"WUUUU! ALAT YANG BERGUNA!" Lily merampas alat itu dari tangan Rizu "Kakak Lily nak pinjam sekejap ok"
"Ok!"
"Hmmm..." Lily membelek-belek alat itu dan dia nampak satu benda yang boleh menukar ke suara orang lain. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Bella ada di belakang Lily. Mereka juga ingin melihat alat itu secara dekat "Agaknya, apa akan terjadi kalau Lily gunakan suara abang Kaizo"
"Mesti lagi lawak.. heheehee" kata Bella di idea jahat dia
"Korang nak mempermainkan si Fang lah ni" tegur Yaya dengan nada tegas dia "Tak baik tau kenakan dia. Nanti korang juga kena keamukan tak tentu pasal dari Fang"
"Aiyoo.. betul cakap Yaya tapi rasa macam menariklah pulak.. hehehee" Yaya memberikan renungan maut dekat Ying "Hehehe.. jangan tengok aku macam tu Yaya. Kita mahu main-main sahaja"
"Ala Yaya, sekali sekala aje. Bukannya selalu dapat peluang keemasan untuk kenakan si Fang ni balik" merayu-rayu Gopal
"Hmm.. suka hati koranglah. Kalau dia mengamuk, salahkan diri korang" Yaya terus duduk di kerusi meja makan di ruangan makan. Dia hanya bersilang tangan sambil melihat kawan-kawan dia kenakan Fang. Rizu rasa kasihan pula melihat Yaya duduk keserorangan. Dia terus pergi temankan Yaya duduk di situ dengan kerepek pisangnya "Rizu tak pergi sertai dia orang ke?"
"Takpe.. Pizu sudah puas kenakan abang Fang" kata Rizu "Nak kerepek pisang?" Yaya tersenyum sedikit dan mengambil sedikit kerepek pisang dari Rizu. Mereka berdua perhatikan apa yang Lily akan lakukan terhadap Fang nanti
"Korang tengok yea" kata Lily yang sudah bersiap sedia "LANDAK! HARI INI LANDAK ADA LATIHAN TEMPUR NON-STOP SELAMA 48 JAM! FAHAM!"
"ABANG! APASAL ABANG TIBA-TIBA PANGGIL ADIK LANDAK? ABANG SUDAH TERKENA PENYAKIT KEREPEK PISANG KE? NAK ADIK BASMIKAN VIRUS TU DARI BADAN ABANG KE?" Mata Fang masih lagi pejam, dia sambung balik tidur. Lily tergelak lagi
"SUKA HATI ABANGLAH KALAU NAK PANGGIL LANDAK LANDAK! LANDAK TU MEMANG LANDAK!" kata Lily lagi. Kawan-kawan dia tergelak terbahak-bahak di situ sehingga tidak dapat menahan perut mereka. Fang mula bersuara lagi dengan mata dia pejam
"APA LANDAK LANDAK! ABANG TU ITIK! KAPTEN ITIK! HAHAHAAAAA! ABANG AKU KAPTEN ITIK... HAHAHAAAA!" Muncul Kaizo di belakang sofa. Dahi dia sudah mulai berkerut kerut. Boboiboy, Gopal, Ying, Bella, Faye dan Lily, rasa takut melihat kemunculan Kaizo. Muka dia sangat serius seperti mahu menghukum orang. Yaya dan Rizu hanya makan kerepek pisang sambil saksikan acara Kaizo menjerit
"KEGILAAN APAKAH INI!" Kaizo menjerit di situ
"KEGILAAN ABANG MENJADI SEEKOR ITIK! HAHAHAHAAAA!" Kaizo rasa pelik melihat adiknya menjawab di dalam tidurnya "Abang jadi itik, adik jadi landak... hahahaaa! Kita jadi alien pelik!" Kaizo ketuk kepala adiknya "ABANGGGG!" Mata Fang masih lagi pejam seperti biasa
"Apasal dengan adik aku ni?"
"Entahlah abang Kaizo, dari tadi lagi macam ni" kata Faye "Lepas tu Rizu main-main dengan dia dengan alat yang Emmy berikan"
"Alat?" Kaizo nampak alat yang berwarna hitam itu di tangan Lily "Berikan aku alat itu" Lily dengan senyuman ketakutan dia, lalu dia berikan alat itu kepada Kaizo
"Abang Kaizo nak buat apa dengan alat tu?" tanya Boboiboy. Kaizo tidak menjawab, dia hanya membelek sahaja sehinggalah dia jumpa untuk menukar suara-suara "Abang Kaizo?"
"Hmmm.. Emmy yang berikan?"
"Ha ah abang Paizo.. kenapa?" Kaizo tidak berkata apa. Dia kembalikan balik alat itu kepada Lily "Aik, abang Paizo tak nak guna alat tu?"
"Tak, abang ada hal. Korang buatlah apa yang korang nak lakukan tapi jangan nak sepahkan rumah ni" Kaizo terus kembali keluar dari rumah. Kali ini dia akan pergi ke rumah Emmy
"Apasal dengan abang Kaizo? Ingatkan dia nak marah ke, buli adik ke.. tapi takde pun. Pelik betul aku" Boboiboy garu-garu kepala dia yang tidak rasa gatal itu "Tadi nampak abang Kaizo dekat bandar"
"Dia buat apa dekat bandar?" tanya Bella
"Aku dan Gopal nampak dia tengah tengok-tengok basikal tapi aku tak rasa dia beli" jawab Boboiboy
"Mungkin abang Kaizo rasa basikal tak sesuai kot untuk Fang. Mungkin abang Kaizo pergi ke rumah Emmy dan suruh dia mencipta sesuatu untuk Fang kot. Manalah tahu, ciptaan Emmy tu lebih hebat daripada basikal. Entah-entah abang Kaizo nak suruh Emmy buatkan robot besar. Habislah kita orang nanti, Boboiboy" Gopal terus sorok di belakang kawan baik dia, Boboiboy "Tak pasal-pasal, aku juga yang jadi mangsa keamukan dia. Tak nak aku cari pasal dengan Fang"
"Tak mungkinlah abang Kaizo suruh buatkan robot untuk Fang. Dia tahu adik dia ni ada masalah kenakalan tahap yang melampau"
"Betul Boboiboy" Bella mengambil alat itu dari tangan Lily dan lalu berkata menggunakan alat itu "PANGGG! APASAL KAU NAKAL SANGAT HAH?"
"SEBAB ABANG DULU TAK PERNAH NAK BERMAIN DENGAN ADIK! ASYIK SIBUK AJE MEMANJANG! LEPAS ABANG HANTAR ADIK KE BUMI, ADIK RASA BEBAS SEDIKIT TAPI ADIK KENA JALANKAN MISI YANG ABANG BERIKAN DEKAT ADIK, SAMBIL TU ADIK BUATLAH NAKAL DEKAT DIA ORANG NI! Tapi.. akhirnya, dia orang juga kawan baik adik. Dia orang masih terima adik walaupun adik bukanlah manusia seperti kawan-kawan adik"
"Sedihnya jawapan si rambut cacak ni. Kalau dia bagitahu awal-awal dulu, sudah tentu kita orang tak kan marah dia tapi semuanya sudah berlalu" kata Ying "Agaknya, kalau kita tanya dia macam-macam soalan, mesti akan jawap.. hehehee.. cuba tanya dia lagi Bella"
"Hmmm..." Bella cuba fikirkan sesuatu "Hah! Aku ada soalan.. PANG! SIAPAKAH PALING CANTIK SEKALI DI ANTARA KAWAN-KAWAN KAU?"
"Kak Lynna.. hehehee... rugi kalau abang tak nak dekat kak Lynna. Kalau dia terlepas, abang jangan nak mengamuk tak tentu pasal pulak.. hehehee" Fang tergelak di dalam tidurnya
"Lily ada soalan!" Lily mengambil alat itu dari tangan Bella "LANDAK! APA PENDAPAT LANDAK TENTANG TRIO HURU HARA!"
"Abang, boleh tak jangan jadi macam si pelik tu. ADIK BUKANNYA LANDAK! Malas adik nak jawap soalan abang sebab abang panggil adik landak. Kalau si pelik tu takpe sebab semua orang dia pergi panggil nama lain. Macam Emmy jadi Ammy, si Mimiko jadi Mopiko.. macam-macamlah lagi" Terus Fang sambung tidur dengan air liur meleleh dia
"Alaaa... takde jawapan dari dia" Lily terus duduk di atas sofa dengan muka sedih. Kali ini Boboiboy pula mengambil alat itu
"PANG! KENAPA KAU TAK NAK MENGAKU DIRI KAU TU OCD?"
"ADIK BUKAN OCD LAH!" Jerit Fang dalam tidurnya. Mereka boleh nampak dahi Fang berkerut-kerut
"Hmm.. aku rasa aku ada soalan cepuk emas tapi ini berkaitan dengan tahun lepas" Boboiboy mengusap-usap dagu dia sambil melihat Fang tidur dengan lenanya
"Soalan apa tu Boboiboy?" tanya Gopal
"Hehehe.. korang tengok ajelah" Boboiboy tersenyum sinis "Pang! Siapakah gadis misteri yang kau ingin luahkan pada tahun lepas? Adakah kau betul-betul lupa atau sebenarnya kau tipu sahaja"
"Abang nak tahu sangat kenapa? Sibuk aje abang ni.. pergilah kejar si Lily tu, dia kan salah satu daripada hobi abang. Kejar Lily dan bagi dia latihan tempur tahap ganas. Tak pun abang pergi keluar jalan-jalan dengan kak Lynna tapi kak Lynna tak datang pulak hari ni"
"Cheh, dia tak nak jawab pulak" Boboiboy berikan alat itu kepada Gopal. Lalu dia pergi bersandar di tepi tiang rumah
"Hehehee.. kalau kita suruh dia buat kerja, dia buat ke tak?" tanya Gopal
"Mana aku tahu.. kau cubalah dekat si landak ni" kata Bella "Tak pun suruh dia nyanyi ke, melompat ke, terbang ke.. hehehehe"
"Hah! Aku tahu" Gopal betulkan suara dia dan lalu kata "Wei Pang, kau pergi buatkan 10 keping pancake untuk aku"
"Abang buat sendiri, lepas tu abang rasa sendiri masakan abang tu. Adik nak tidur, jangan kacau" jawab Fang. Tangan dia sudah pun memeluk bantal cushion. Bella rasa comel pula melihat Fang tidur. Dia usik-usik pipi Fang dengan jarinya "JANGANLAH GANGGU ADIK!"
"Bosan pulak aku kacau si Fang ni" Bella mengangkat kening sebelah dan terus dia piat telinga Fang "Bangunlah mambang!" Mata terbuka luas. Dia terkejut melihat Bella ada di situ. Bukan sahaja Bella, semua kawan-kawan dia ada di situ juga
"WEI! Yang kau pergi piat telinga aku apasal?"
"Sebab kau berdengkur kuat sangat" jawab Bella dengan nada marah dia
"Suka hati akulah kalau aku nak berdengkur ke apa ke, kau sibuk apasal" Fang mula bangunkan diri. Dia dan Bella mula bertentang mata. Hati masing-masing mulai panas "Apasal kau ada dekat rumah aku?"
"Sebab ini rumah kawan baik aku juga. Tak boleh ke aku datang ke sini, pretty boy" Bella terus berpaling muka. Rambut dia yang panjang terkena muka Fang. Tangan dia mula rasa gatal untuk menarik rambut Bella yang panjang itu tetapi dia menahan dirinya "Lily, jom kita rasa kek pisang kau tu"
"JOM! PINJAM DAPUR YEA LANDAK!" Fang malas hendak menjawab. Dia biarkan sahaja Lily masuk ke dalam dapur bersama Faye dan Bella. Kek pisang tadi sudah di angkat dan di bawa masuk ke dalam dapur
"Kau ok ke Fang?" tanya Boboiboy
"Aku ok aje tapi telinga aku ni... sakit aku dia pergi piatnya" Fang mengusap-usap telinga dia yang sudah naik merah "Korang ada dekat sini kenapa? Abang aku panggil korang ke?"
"Takdelah, Faye yang panggil kita orang datang tadi" jawab Boboiboy
"Sebab abang Fang tadi buat lawak dalam tidur.. hehehe" Rizu terus lari dan peluk Fang "Abang Fang jangan marah dia orang ok sebab dia orang main-main sahaja tadi. Pizu pun main-main sahaja tadi"
"Hmm.. yelah, abang tak marah dia orang tapi mana abang Kaizo?"
"Entahlah, kita orang pun tak tahu abang Paizo pergi mana tapi abang Gopal kata mungkin abang Kaizo dekat rumah Emmy" Fang mula berfikir, apa abang dia buat sampai ke rumah Emmy? Ada sesuatu yang abang dia ingin lakukan? "Abang Fang ok?"
"Abang ok. Cuma tengah fikirkan tentang abang Kaizo sahaja. Jom kita pergi rasa kek pisang si pelik tu buat"
"Hehehe.. jom!" Rizu terus mengheret Fang masuk ke dalam dapur. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying turut masuk ke dalam dapur dan mereka. Alat itu tadi, Gopal sudah kembalikan kepada Rizu tetapi dia langsung tidak beritahu Fang tentang alat itu. Mungkin dia akan beritahu pada lain masa kerana pada masa ini, mereka semua sedang berseronok di dapur. Kek pisang Lily habis di makan oleh mereka semua. Lily rasa sangat terharu sehinggalah dia berdrama di situ sambil memeluk Lily si itik
-----------------------------------------------------------------
"Abang beruang betul ke nak Emmy ciptakan?"
"Betul tapi jangan beritahu dia. Rahsiakan daripada semua orang terutama sekali dia, sehingga sampai pada waktunya"
"OK!" kata Emmy sambil melihat Kaizo keluar dari makmal itu "Mesti dia akan suka nanti! Emmy kena cipta benda tu sekarang juga! Heheheheheee.."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top