Style Rambut

"Tersebutlah kisah sebuah cerita sang landak yang bernama Landak. Dia adalah panglima landak dari negeri landak, berketurunan landak dan mempunyai cucu cicit landak?! SIAPA YANG TULIS CERITA TENTANG LANDAK NI!" Mengamuk Fang di dalam rumah yang sunyi itu. Faye sudah pergi ke rumah Bella dan Kaizo sudah lari ke kapal angkasanya sebab latihan tempur dia seperti biasa. Tinggal lah Fang keseorang diri di rumah. Dia koyak-koyak buku tersebut kerana terlalu geram sangat

"INI MESTI KERJA SI KEREPEK PISANG BIN PELIK KEPELIKAN TU! Nahas dia nanti" Fang genggam tangannya sambil fikirkan sesuatu untuk membalas dendam dekat Lily "Hehehee.. tunggulah kau datang ke sini, aku akan salai kau jadi pisang salai! HAHAHAHAHAAAAAAAAA!"

"Wei, yang kau tergelak-gelak seorang diri ni apasal?" muncul Boboiboy di sebelah Fang

"Aik, dari mana kau datang?"

"Lupalah tu.. bukan ke hari ni kau nak tolong aku siapkan kerja sekolah aku. Jadi aku datanglah ke sini. Lagipun pintu rumah kau tak berkunci, aku masuk ajelah. Rumah kau memang sentiasa tak berkunci ke?" tanya Boboiboy

"Berkunci apa tapi aku lupa nak kunci kan pintu tadi" Fang pelawa Boboiboy duduk di ruang tamu "Kau duduklah dulu, aku pergi buatkan air"

"Terima kasih" Fang terus ke dapur, sementara Boboiboy duduk bersila di atas lantai. Dia ternampak buku yang sudah dikoyakkan oleh Fang tadi, lalu dia membacanya "Akibat peperangan diantara landak dan itik, akhirnya raja landak mati di kepak itik tetapi putera landak yang bernama Landak berdendam dengan itik itu. Dia amat marah sekali kerana membunuh raja landak tersebut iaitu ayah kepada putera landak.. berapa banyak landak ada dalam cerita ni. Ini buku siapa?" Boboiboy membelek-belek buku yang sudah dikoyak itu. Dia ternampak nama Rizu di situ "Ingatkan Lily punya. Ini mesti Lily yang ajar si Rizu"

"Kau baca buku tu!"

"Hehehee.. maaf landak.. eh! maksud aku, Fang!" Boboiboy tersengih melihat Fang sedang berkerut-kerut dahi itu "Kasihan kau yea, dari dulu sampai sekarang asyik di panggil landak aje"

"Hmmm.. apa boleh buat, orang panggil aku landak sebab style rambut aku macam landak"

"Cuba kau buat style lain pulak.. mesti orang tak kan panggil kau landak"

Fang cuba fikirkan style baru yang boleh naikkan kepopularitynya, lalu dia terfikirkan sesuatu. Muka Fang berubah menjadi muka nakal, dia tergelak sedikit. Boboiboy biarkan sahaja Fang tergelak seorang diri kerana dia sudah tahu, kawan baik dia mempunyai idea yang tak betul "Nanti korang akan terkejut dengan perubahan style rambut aku! HAHAHAHAAA!"

"Style apa yang kau nak buat?"

"Kau tengok ajelah nanti. Mesti semua akan terkejut nanti"

"Entah-entah, kau nak ikut style rambut abang kau tu" Boboiboy membuka buku latihan matematiknya "Lagipun, rambut abang kau memang bergaya"

"Ala, buat apa aku nak ikut rambut itik tu, baik aku buat rambut aku yang tersendiri! Mesti paling bergaya dan paling kacak sekali di sekolah" Fang sudah terbayangkan diri dia dengan style rambut dia, semua menjadi teruja dan peminat dia akan menjadi semakin ramai "Hehehehee... aku pastikan aku nombor satu di sekolah! dan aku dapat kalahkan Boboiboy!"

"Apa-apa ajelah kau" Boboiboy cuba buat jalan kerja matematik sambil mendengar Fang bercakap seorang diri tentang style rambut baru dan juga tentang popular "Bilalah kawan aku ni nak insaf daripada popular dia tu. Hmmm.. aku sendiri pun tak ingin nak jadi popular. Kegilaan popularity betul" bisik Boboiboy sambil membuat kerja. Mata dia melirik sedikit untuk melihat Fang

"Mesti ramai akan menjadi cemburu dengan aku" Fang terus mengelamun seorang diri. Boboiboy biarkan sahaja Fang berangan, kalau ada soalan dia tidak tahu, dia akan ketuk kepala Fang untuk mengajar dia

-------------------------------

Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Faye tergaman melihat style rambut baru dari si Fang. Mereka rasa nak gelak pun ada sebab style rambut Fang adalah seperti style telinga kucing. Ada dua rambut tercacak di bahagian kiri dan kanan kepala Fang, kedua-duanya seperti telinga kucing. Pelajar yang lalu lalang di situ tergelak sedikit melihat Fang tapi ada yang jatuh hati dengan rambut style baru Fang

"Hehehee.. kau nak jadi kucing ke? Sudah puas jadi landak, kau jadi kucing pulak" kata Bella sambil tergelak sedikit "Tapi kau nampak comel pulak jadi kucing" Mata Bella terus bersinar-sinar melihat Fang

"Aduh.. yang kau buat style kucing apasal? Takde style yang tidak melibatkan mana-mana binatang ke?" tegur Boboiboy

"Sebab aku ternampak Shadow, jadi aku terus fikirkan buat style rambut macam kucing" Fang tersenyum seperti seekor anak kucing "Comel tak?"

"Pang ku memang comel"

"Hmmm.. nampaknya Bella nak jadi macam kawan baik dia si Lily tu" kata Gopal sambil melihat Bella tidak mengalih pandangannya. Mata dia asyik melihat Fang sahaja. Terus dia peluk lengan tangan Fang "Hmmm.. dah tak betul si Bella ni"

"Biarkan ajelah, daripada asyik nak bergaduh aje memanjang. Biarkan mereka macam tu"

"Isk kau ni Boboiboy. Kita kan dekat sekolah, mana boleh berkelakuan begitu. Tak pasal-pasal dia orang kena denda pulak" Yaya terpaksa menarik Bella untuk lepaskan tangan Fang "Jom Bella, kita masuk ke kelas"

"Ala, aku baru nak cuba bermanja dengan anak kucing ni"

"Haiyaaa... lepas habis sekolah, kau ajak lah dia pergi berdating maa.. bukan dekat sekolah maaa"

"Berdating?" muncul Kaizo di situ "Siapa yang nak ajak adik aku berdating ni? Kau ke?" Kaizo mengangkat kening sebelah dan terus merenung tajam ke arah mata Ying "KEGILAAN APAKAH YANG KAU NAK AJAK ADIK AKU KELUAR BERDATING?!"

"Bukan saya Kapten Kaizo... tapi saya cuma bergurau aje tadi.. jangan marah saya" Ying tersengih di situ dan terus lari ke arah Yaya yang sedang mengheret Bella ke tangga sekolah. Kaizo abaikan sahaja perangai pelik kawan adiknya. Lalu dia melihat adiknya dengan style rambut pelik

"Kenapa dengan rambut kau? Mana pergi landak kau?"

"Isk abang ni, adik tak nak jadi landak lepas ni!"

"Jadi kau nak jadi kucing lah lepas ni" Fang angguk-angguk kepada abangnya "Bagus, bolehlah aku layan kau seperti seekor kucing"

"Yea ke abang!" Mata Fang bersinar-sinar melihat abangnya. Sudah tentu kepala dia akan dibelai dengan penuh kasih sayang dan abang dia akan bermanja dengan dia setiap hari, sepanjang masa, kalau boleh selama-lamanya "Oh kapten ku, abang ku... adik sayang sangat dekat abang" Fang peluk abangnya. Boboiboy, Gopal dan Faye dapat rasakan bahawa Kaizo akan membuli adiknya, bukan untuk bermanja dengan adiknya. Tekaan mereka memang tetap kerana Kaizo sudah pun tersenyum sinis

"Habislah kau lepas ni Fang" kata Boboiboy. Gopal dan Faye hanya angguk tanda setuju sambil melihat lagi Fang memeluk abangnya begitu erat sekali. Sampaikan loceng sekolah sudah berbunyi pun, Fang masih lagi memeluk abangnya. Boboiboy, Gopal dan Faye tinggalkan mereka di situ. Kaizo cuba lepaskan tangan adiknya tetapi tidak berjaya, rupa-rupanya adik dia tertidur sambil memeluk dia

"Cheh, tertidur rupanya budak ni. Macam mana aku nak kejutkan si Pang ni?"

"Tak perlu kejutkan, adik boleh naik sendiri" kata Fang yang sudah bangun dari tidur "Heheheee... peluk abang macam peluk bantal, sampai rasa macam nak tidur. Oh yea, abang ke sini sebab apa?"

"Abang ke sini sebab kau tertinggal bekalan makanan kau" Kaizo berikan bekas makanan yang kecil kepada Fang "Pergi masuk kelas, jangan nak lewatkan diri pula. Kalau aku tahu kau kena denda, aku akan berganda-ganda lagi dendaan kau, FAHAM!"

"Faham abang!" Fang terus larikan diri sebelum cikgu dia masuk ke dalam kelas

"Hmmm... belajar elok-elok adik" bisik Kaizo. Dia dari sekolah, terus ke kedai haiwan untuk membelikan rantai leher yang ada loceng. Dia belikan khas untuk adiknya. Dia fikir dia nak belikan makanan kucing sekali tetapi mesti adik dia akan pergi mengadu dekat Lynna. Terus dia belikan sahaja rantai loceng itu

---------------------------------

Sudah seminggu Fang mengenakan style rambut kucing dia. Peminat dia makin lama makin ramai dan hampir setiap hari dia menerima hadiah-hadiah dari peminat dia. Tidak lupa juga dengan surat-surat dari peminat, ada yang siap tulis surat cinta kepada Fang. Bella sebagai pengurus tidak rasmi kepada Fang, dia telah membaca semua surat peminat tersebut. Ada yang kelakar, ada yang sedih dan ada juga yang merayu-rayu kepada Fang agar menjadi teman istimewa kepada dia. Pada pagi sabtu, Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Rizu berkumpul di ruang tamu rumah Fang sambil membaca surat-surat peminat Fang tapi ada juga terselit surat cinta untuk Boboiboy. Mereka duduk bersila di sekeliling meja ruang tamu. Surat-surat peminat itu penuh di atas meja, mereka mengambil satu per satu untuk membacanya

"Heheheeee... surat ni cakap, dia suka apabila Fang bermanja dengan abang dia tapi dia tak suka kalau Fang buat nakal dekat abang dia. Dan dia suka kalau Kapten Kaizo senyum selalu. Dia cakap dia nak tengok Kapten Kaizo ceria selalu seperti orang tiada masalah dan dia lagi suka kalau Kapten Kaizo tiada teman istimewa sebab dia mahu diri dia menjadi teman-" Fang rampas surat itu daripada tangan Bella. Dia koyakkan kertas itu dan lalu buang di dalam bakul sampah yang ada di ruang tamu

"Apasal kau buang surat tu?" tanya Bella dengan nada marah dia

"Sebab suka hati dia pula nak jadi teman istimewa abang aku. Lagi satu, dia tu peminat aku atau peminat abang aku"

"Peminat dua-dua kot" jawab Boboiboy sambil makan chocolate yang mereka terima dari peminat Fang "Surat ni lawak pulak. Dia cakap style rambut landak buatkan Fang tak comel tapi style kucing menjadi Fang lebih comel dan lebih seperti anak kucing. Dia tulis dekat sini, dia nak sangat berkawan dengan kau. Kalau boleh, dia nak berdatin-" Kaizo pula kali ini merampas surat itu

"Dating?" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil membaca surat itu "KEGILAAN APAKAH INI! KECIK-KECIK LAGI SUDAH PANDAI NAK AJAK BERDATING PULAKKK!"

"Biasalah abang, budak-budak zaman sekarang semuanya terlebih maju tapi abang dulu-dulu, lebih suka dengan misi daripada fikirkan tentang adik" Kaizo ketuk kepala adiknya

"Itu sebab abang lupa dan abang sudah minta maaf dekat kau. Jangan nak ungkit balik" Kaizo buang surat peminat itu ke dalam bakul sampah "Kamu semua berkumpul di sini sebab apa?"

"Kami di sini sebab nak baca surat-surat peminat Fang" kata Yaya "Surat untuk Kapten Kaizo pun ada. Saya terjumpa tadi, Kapten Kaizo nak baca ke?" Yaya hulurkan surat itu kepada Kaizo

"Surat untuk aku?" Kaizo mengambil surat tersebut. Dia membelek-belek surat itu dan lalu dia membukanya "Hmmm..." Kaizo membaca surat itu secara senyap. Mereka semua pandang Kaizo membaca itu dengan penuh teliti dan juga serius "Apa kes budak ni, tak suka tengok aku berkawan baik dengan Lynna"

"Itu namanya kes cemburu" Faye tergelak sedikit

"Cemburu apa kebendanya" Kaizo terus buang surat itu di dalam bakul sampah "Dengan siapa aku nak berkawan, ikut suka hati akulah tapi kalau nak berkawan, kamu semua perlu berhati-hati, jangan kawan makan kawan. FAHAM!"

"Faham cikgu Kaizo!" Berkerut-kerut dahi Kaizo

"Sudah! Jangan nak bagi aku marah. PANG! JAGA RUMAH ELOK-ELOK! Abang nak keluar sekejap"

"Abang nak pergi mana?"

"Itu kau tak perlu tahu. Jangan nak sepahkan rumah" Kaizo terus ke pintu rumah. Fang mengintai sedikit jika ada sesiapa di luar pintu rumah mereka tapi dia rasa sedikit kecewa kerana tiada siapa yang ada di luar rumah mereka. Setelah sahaja pintu sudah di tutup, Fang terus membuka cerita

"Abang Fang, kan Pizu dah bagitahu hari tu. Jangan bagitahu sesiapa" kata Rizu yang ada di sebelah Fang

"Beritahu apa Rizu?" tanya Boboiboy

"Heheehee... aku nak bagitahu tapi Rizu cakap jangan bagitahu apa" Fang tersengih sambil sorokkan muka dia disebalik surat peminat dia

"WUUUUUUUU! Rizu berahsia dengan kucing yea" muncul Lily dengan kerepek pisang dia "Eh sekejap.. mana landak hari ni?" Lily mencari-cari Fang di dalam rumah itu, padahal Fang ada sahaja di ruang tamu. Hati Fang panas dengan Lily

"Woi! Aku ada dekat sinilah"

"Tapi kau kucing bukannya landak" Lily tergelak sedikit. Berkerut-kerut dahi Fang "Kenapa landak tiba-tiba nak jadi kucing? Sebab landak sudah bosan menjadi seekor landak ke? atau landak ingin mencuba menjadi seekor haiwan yang lain. Kan bagus kalau landak jadi arnab balik, bolehlah Lily tengok arnab muka masam tiap-tiap hari. Mesti tak comel kan kan kan kan kan" Muka Fang sudah naik kemerah-merahan, dia menarik nafasnya dan sudah bersedia untuk menjerit dekat Lily tetapi Rizu terus bagi donut lobak merah dekat abang kesayangan dia

"DONUT LOBAK MERAH!" Muka Fang kembali tenang apabila nampak donut kegemaran dia "Terima kasih Rizu kerana memahami diri abang. Sayang Rizu!"

"Rizu, untuk abang Gopal takde ke?"

"Takde" jawab Rizu

"Banyak betul surat-surat dekat atas meja ni tapi kucing tak nak baca surat ni ke?" Lily berikan surat itu dengan muka tidak bersalah. Bella tahu, surat itu daripada Lily sendiri sebab dia kenal dengan tulisan Lily "Ini pula untuk Boboiboy ku yang tercinta" Surat itu penuh dengan sticker love love love

"Errr.. terima kasih Lily. Nanti aku baca dekat rumah sambil menghayati surat ni" Mata Lily bersinar-sinar dan dia pandang ke atas seperti dia ternampak sinar harapan sedang menyinari diri dia yang serba sempurna. Fang mengambil surat dari Lily itu dan lalu dia baca

"Kehadapan ku landak yang tidak begitu comel tetapi sentiasa bermasam muka apabila nampak muka comel ku iaitu Lily" Fang melihat Lily tersengih kepada dia "Di sini Lily ingin menyatakan bahawa Lily bukan peminat sepenuhnya kepada landak tetapi peminat penuh yang masih lagi berangan ingin menjadi kekasih hati kepada Boboiboy. Jadi dengan itu, jagalah buah oren ku iaitu Boboiboy dengan baik dan jangan ada sebarang kecederaan yang ada. Kalau tidak, gigitan berbisa Rizu sentiasa menunggu untuk mengigit landak ungu. Sekian terima kasih, daripada gadis yang suka tengok landak mengamuk tak tentu pasal, Lily"

"Heheee.. best tak surat daripada Lily?"

"Bolehlah" jawab Fang "Tapi apasal kau ada dekat sini? Macam mana kau boleh masuk dalam rumah aku?"

"Haiyaaa.. aku lah yang buka pintu untuk dia tadi. Lu aje yang tak sedar tadi.. sibuk dengan rahsia kau sahaja"

"Hah! Pasal rahsia tu-" Rizu sumbat donut lobak merah ke dalam mulut Fang. Lalu dia makan tanpa fikirkan tentang rahsia itu buat sementara

"Hehehee... Pizu ada baca satu surat peminat dari abang Fang, dia cakap dia nak berkawan dengan abang Fang tapi takut kalau abang Fang mengamuk dekat diri. Dia juga cakap dekat sini yang dia tidak berapa suka sangat kakak Bella berkawan dengan abang Fang. Kalau boleh, abang Fang jauhkan diri daripada kakak Bella sebab kakak Bella tu-" Bella rampas surat itu dan terus buang di dalam bakul sampah "Kenapa kakak Bella buang?"

"Sebab surat tu saja nak sakitkan hati akak" Bella membuka surat yang seterusnya "Hmmm.. surat ni pun sama macam tadi juga" Bella buang ke dalam tong sampah

"Sabar ajelah Bella. Bukannya semua orang akan suka dekat diri kita, biarkan kita disukai oleh kawan-kawan kita sahaja" kata Faye "Tapi aku baca surat ni, lain pulak daripada yang tadi"

"Apa yang lainnya, Faye?" tanya Boboiboy

"Heehehe... dia cakap dia sokong kalau Fang bersama dengan Bella. Dia suka tengok korang berdua bergaduh tak tentu pasal sebab nampak comel. Kalau Bella nak berdating dengan Fang, dia akan sediakan tempat paling romantik sekali" Fang ambil surat itu dari Faye dan lalu membacanya "Kenapa? Kau ingat aku main-main ke?"

"Hehehee... ada juga yang sokong kalau aku bersama dengan Fang" Bella terus berangan di situ. Lily pun turut berangan sekali tetapi bukan dia dengan Fang, diri dia dengan Boboiboy "Oh Fang ku"

"Oh Boboiboy ku"

"Oh chocolate ku yang begitu sedap sekali" kata Gopal sambil telan sebijik chocolate. Terus hancur angan-angan Bella dan Lily sebab ada suara sumbang mengganggu mereka berdua. Bella dan Lily terus baling gumpalan kertas kepada Gopal "Dey! Janganlah serang aku! Aku bukannya ganggu korang pun" tetapi mereka terus baling lagi beberapa gumpalan kertas

"Sudah sudahlah korang. Jom kita habiskan baca semua surat ni"

"Terima kasih Faye kerana selamatkan aku daripada kawan-kawan kau ni" Faye tersenyum kepada Gopal "Tapi, idea Fang berdating dengan Bella macam seronok pula aku dengar" Fang merenung tajam ke arah Gopal

"Kau nak cari nahas dengan aku ke?"

"Idea yang bernas! LILY SOKONG DENGAN IDEA GOPAL! Tapi tak mungkin si kucing ni akan berdating dengan Bella" Lily berdiri di situ sambil bercekak pinggang "Tapi aku Lily! Aku tak kan berputus asa! Lily akan guna segala-galanya untuk mencapaikan impian kawan baik ku iaitu Bella! Dia akan dapat berdating dengan si kucing selama sebulan!"

"WOI! Yang kau beriya-iya sangat nak aku berdating dengan si Bella apasal? Takde kerja lain ke"

"Ada! Iaitu menghendap Boboiboy ku!" Terus Boboiboy lari keluar dari rumah "Mana Boboiboy ku nak lari? Tunggu Lily!" Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Rizu hanya gelengkan kepala sahaja

"Bagus! Takde pun si pelik tu" Fang terus membaca surat peminat dia yang seterusnya "Kepada Fang ku yang comel. Nama saya Hanna, saya peminat Boboiboy dan Fang tapi selebihnya kepada Fang. Semenjak Fang masuk ke sekolah menengah, hati saya berbunga-bunga melihat Fang tapi saya takut nak dekati dengan Fang sebab takut kena kejar dengan harimau bayang. Sudikah kamu ingin bertemu dengan saya dekat kedai donut kegemaran kamu tu? Saya akan tunggu kamu pada hari Ahad, pada jam 11 pagi. Saya akan tunggu kamu datang, saya setia menunggu... errr... perlu ke aku pergi?"

"Pizu rasa, abang Fang kena pergi.. tak baik tau buat dia tertunggu-tunggu dekat sana seorang diri"

"Hmmm.. yelah.. tapi bagaimana kalau budak tu hantu macam hari itu" Perasaan takut Fang mula muncul, badan dia tiba-tiba rasa seram sejuk "Takut pulak aku nak pergi jumpa budak tu"

"Kita pergi ramai-ramai, intai dari luar dulu" kata Yaya "Kalau dia bukan hantu, macam mana? Dia tu peminat kau, jangan buat dia kecik hati pula"

"Hah! Bagus juga idea Yaya, kita pergi ramai-ramai. Takdelah aku rasa takut nanti, tapi kalau budak tu perangai macam Lily, aku dengan bangganya, AKU AKAN REJECT DIA! HAHAHAHAHAAAA!" Bella ketuk kepala Fang dengan bantal "WOI!"

"Bantal aje bukannya batu pun" Bella menjelir lidah kepada Fang

"Oh, takpe.. nahas kau nanti" Bella buat-buat tidak dengar, dia terus membaca surat peminat Fang yang seterusnya. Hati dia berapi-api dengan Fang dan sebenarnya dia rasa curiga dengan peminat Fang yang ingin berjumpa esok

"Manusia ke alien? ataupun hantu yang nak jumpa Fang. Esok ajelah aku akan tahu jawapannya"

-----------------------------------------------------

Keesokannya, Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily dan Rizu mengintai dari luar tingkap kedai donut. Mereka ternampak seorang gadis berpakaian baju kurung berwarna merah, rambut dia lurus sampai ke bahu, bibir dia merah dan mata dia berwarna biru kehijauan. Di hadapan gadis itu terdapat sepiring donut lobak merah, donut kegemaran Fang

"Fuyoo.. lawa betul peminat kau" kata Gopal

"Lawa lagi donut lobak merah aku" Semua melirik ke arah Fang kecuali Rizu "Tapi rasa malas pulak aku nak pergi jumpa dia"

"Pergi ajelah, kalau ada apa-apa hal, kita orang ada dekat luar ni" kata Boboiboy

"Atau kau nak aku kecewakan hati dia sebab kau tak nak pergi berjumpa dengan dia" kata Bella dengan nada sinis dia "Aku boleh aje buat begitu.. hehehehehehe"

"Betul kau nak buat begitu kepada aku? Terima kasih kawan ku.. jasa baik mu akan ku tidak akan balas" kata Fang sambil pegang kedua belah tangan Bella. Kedua-dua mata mereka bersinar-sinar sambil memandang satu sama lain. Lily siap keluarkan lagu romantik lagi untuk mereka berdua

"Sama aje perangai dia orang ni" bisik Faye

"Abang Fang ni, tak baik tau! Kakak Bella pun sama.. kalau abang Fang tak nak, biar Pizu aje pergi masuk" Tidak sempat Fang hendak menghalang Rizu, dia sudah pun masuk ke dalam kedai tersebut. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily cepat-cepat mengintai semula dari tingkap. Rizu seperti katakan sesuatu kepada gadis itu, muka dia ceria sahaja. Tiada perasaan sedih ataupun kecewa. Selepas itu, Rizu terus duduk dan makan donut lobak merah itu. Mereka bergelak ketawa di dalam kedai itu

"Donut aku kena makan" kata Fang dengan perasaan sedih dia

"Siapa suruh tak nak pergi jumpa dia. Sekarang tak dapat nak menikmati donut kegemaran kau tu, menangis lah kau" marah Yaya

"Biarkan aje si kucing ni. Seronok pulak Lily tengok kucing kesedihan tapi tak bestlah panggil kucing, rindu nak panggil si kucing ni landak. Bila kucing nak bertukar menjadi landak balik?" Lily goyang-goyangkan badan Fang "KEMBALIKAN BALIK LANDAK KU YANG SUKA MENGAMUK TAK TENTU PASAL!" Lily lepaskan Fang dan terus berpura-pura menangis di situ

"Esok-esok dia jadilah landak balik. Lily sabar yea" Lily buat muka sedih dekat Boboiboy "Hehehehee..." Boboiboy tersengih kepada Lily

"Macam-macam betul perangai korang ni" Ying gelengkan kepala "Apa yang si Rizu cakap kepada dia? Kagum aku dengan si Rizu ni"

"Entah-entah dia gunakan kecomelan dia" kata Fang sambil mengintai lagi "Tapi bagus juga si Rizu ni, takdelah aku suruh si Bella yang pergi buat. Tak pasal-pasal, perkataan yang menyakiti hati si budak perempuan tu dia pergi guna" Bella pijak kaki Fang "ADOI!" Jerita Fang yang kuat itu, menyebabkan gadis itu dan Rizu berpaling ke tingkap. Gadis itu tersenyum melihat Fang melompat-lompat sambil pegang kakinya yang terkena pijak itu

"Wei wei, budak tu nampak kau lah" kata Gopal

"ERKKK!" Fang pandang ke arah perempuan itu dan mereka bertentangan mata. Fang rasa dirinya sudah menjadi lemah dan terus dia pengsan di situ

"FANGGG!" Mereka semua mengibas-gibas untuk bangunkan Fang

"Apa yang berlaku tadi?" tanya Boboiboy

"Tak tahu tapi bila perempuan tu tengok Fang aje, terus dia pengsan" kata Bella "Kita kena bawa dia pulang" Pintu kedai donut itu telah dibuka oleh Rizu, dia dan gadis yang bernama Hanna melangkah keluar dari kedai tersebut. Boboiboy melihat gadis itu, muka dia seperti seseorang yang dia kenal, tapi siapa? fikir Boboiboy

"Macam mana abang Fang boleh pengsan?" tanya Rizu

"Entahlah" jawab Boboiboy. Mereka terpaksa memanggil Kaizo untuk membawa Fang pulang ke rumah

--------------------------------------------

"Pang.. bangun"

"Abang" Kaizo rasa lega apabila adiknya sudah mula sedarkan diri. Kawan-kawan adiknya sudah pun pulang ke rumah

"Kenapa adik pengsan tadi?" tanya Kaizo sambil mengelap muka adiknya dengan kain basah

"Sebab.. masa adik tengok budak perempuan, muka dia ada mirip seperti muka ibu" kata Fang dengan suara yang agak perlahan "Adik tahu, ibu dan ayah tak kan dilahirkan balik di dunia ni ataupun di mana-mana planet" Kaizo senyum melihat adiknya terbaring di atas katil bilik adiknya

"Abang pun nampak budak perempuan tu tadi tapi abang tidak bercakap apa dan dia ada tinggalkan surat untuk kau"

"Surat untuk adik?" Kaizo mengambil surat itu yang ada di tepi katil dan lalu dia berikan kepada adiknya. Fang membuka surat itu

"Apa yang dia tulis?"

"Kepada Fang ku yang istimewa. Saya faham kenapa awak tak nak berjumpa dengan saya tadi dekat kedai donut tapi saya tidak kecewa ataupun marah. Adik kesayangan awak telah beritahu saya bahwa awak takut jikalau saya ni adalah musuh ataupun hantu. Jangan risau, saya bukan kedua-duanya. Saya hanyalah peminat awak sahaja tapi selepas ini, saya tidak lagi dapat pergi ke Pulau Rintis kerana saya akan berpindah ke luar negara. Saya harap, satu hari nanti, saya dapat berjumpa dengan awak dan pada hari itu juga, saya berharap awak sudi berkawan dengan saya. Maaf kalau saya buat diri awak pengsan, sehingga kita berjumpa lagi" Fang rasa menyesal pula tidak pergi berjumpa dan berborak dengan gadis itu

"Kau jangan nak bersedih sangat. Satu hari nanti, kau akan dapat berjumpa dengan dia balik tapi sekarang ni, kau jangan nak bercinta cintun sangat"

"Abang tu, apa kurangnya. Abang bercinta dengan kak Lynna yea" Berkerut-kerut dahi Kaizo. Dia peluk kepala adiknya dan lalu dia sekeh "Adik bergurau aje! Janganlah sekeh adik!"

"ABANG DAN KAK LYNNA HANYA KAWAN SAHAJA! KAU NI MEMANG TAK RETI BAHASA!"

"Maafkan adik, maafkan adik!" Kaizo tetap sekeh kepala adiknya. Selepas itu mereka berdua tergelak di situ. Faye mengintai dari luar untuk melihat apa yang berlaku, dia tersenyum melihat kemesraan dua beradik itu. Hati dia rasa bahagia melihat mereka berdua

----------------------------------------

"Aik, apa jadi dengan style rambut kucing kau?" tanya Boboiboy yang sudah pun berada di sekolah. Fang hanya tersengih sahaja "Kau malas nak layan peminat ke?"

"Bukan malas tapi setiap hari, mesti ada aje surat peminat dan semuanya merapu. Lepas tu, ajak aku bercintalah, berdatinglah, pergi dinner date dekat kapal angkasa aku lah. Rimas aku! Baik aku luangkan masa aku dengan korang, lagi bagus"

"Hehehee... ada-ada aje kau ni Fang tapi eloklah tu, takdelah kau gilakan popular"

"Siapa kata aku tak gilakan popular" Fang terus bercekak pinggang dan tergelak di situ seperti kena rasuk dengan hantu "HAHAHAHAAAA! AKU TETAP PALING HEBAT DAN PALING POPULAR DARIPADA BOBOIBOY!"

"Aduh kawan aku ni" Boboiboy menepuk dahinya "Sudah sudahlah tu Fang, baik kau pergi kemaskan kelas kau tu daripada aku dengar kau tergelak sorang-sorang dekat sini macam orang gila"

"HAHAHAHAAAAA!" Tapi Fang masih lagi tergelak di situ, sehinggalah kepala dia kena ketuk dengan Bella "WOI!"

"Yang kau tergelak macam pontianak apasal? Takde kerja lain ke"

"Wei, suka hati akulah kalau aku nak gelak macam orang gila. Kau sibuk apasal"

"Aku sibuk sebab KAU TELAH MENCEMARKAN SUASANA TENANG DENGAN GELAKAN KAU MACAM ORANG GILA!"

"Eleh, cakap ajelah kau tak suka dengan gelakan aku.. HAHAHAAAA!" Bella terus pijak kaki Fang "ADOI!"

"Baru kau tahu pijakan aku berbisa daripada gelakan kau!" Mereka berdua berpaling muka dan Boboiboy menepuk dahinya lagi sekali "Kan bagus kalau dia buat style rambut kucing balik, takdelah aku nak bergaduh dengan dia balik" bisik Bella. Dia sebenarnya terlebih suka pula dengan style rambut kucing daripada landak. Bella tergelak sedikit dan terus beredar dari situ tanpa melihat Fang

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top