Stress

Fang terbau donut lobak merah di dalam rumahnya. Bau aroma itu menusuk masuk ke dalam lubang hidungnya dan membuatkan perutnya bergelora. Dia menutup laptopnya dan terus ke keluar dari bilik. Dia mengikut bau itu datang dari arah mana. Fang menghidu lagi bau kesedapan donut lobak merah itu. Bau itu datang dari dapur, Fang cepat-cepat turun ke bawah dan terus ke dapur. Mata dia terbeliak besar kerana terdapat banyak donut lobak merah yang masih lagi hangat. Kaizo telah membuatkan donut kegemaran adiknya dari pagi tadi lagi

"DONUT LOBAK MERAH!" Tangan dia sedikit lagi hendak mengambil salah satu donut tersebut tetapi Kaizo menepuk tangan adiknya "ABANGGGGGGG!" menjerit Fang kerana menghalang dia mengambil donut tersebut

"Kau tidak boleh makan donut tersebut kerana kau kena tunggu kawan-kawan kau sampai dulu"

"Kawan-kawan adik?" Fang mula berfikir, bila masa dia ada ajak kawan-kawan dia datang ke sini "Adik tak ajak pun dia orang datang sini"

"Hmm.. kau lupalah tu" Fang cuba fikirkan balik. Semalam dia buat apa? Apasal dia tidak ingat apa-apa tentang semalam. Seperti ada sesuatu cuba sembunyikan memori Fang tentang semalam "Kau tak perlu nak fikirkan sangat, kau pergi buka pintu. Kawan kau sudah pun sampai" Fang baru sahaja sedar ada ketukan di pintu rumahnya. Dia terus keluar dari dapur yang berbau wangi donut kegemaran dia. Fang membuka pintu rumahnya dan nampak muka kawan-kawan dia yang kelihatan marah. Bukan sahaja marah tetapi ada kesan-kesan luka di badan mereka. Tangan kiri Boboiboy kena balut, kaki Gopal patah dan dia terpaksa menggunakan tongkat, pipi Yaya ada kesan luka dan kepala Ying pula kena balut

"Err.. kenapa dengan korang semua ni?" tanya Fang

"KENAPA KAU TANYA?! Kau tak ingat ke apa yang berlaku semalam" kata Boboiboy sambil masuk ke dalam rumah

"Dey! apasal kau tak ingat pula? Kau yang buat, lepas tu buat-buat lupa pulak" marah Gopal

"Entahnya si Fang ni.. nah! Ambik ni, aku buatkan kuih untuk kita semua" Yaya berikan satu bekas makanan yang penuh dengan kuih karipap

"Apalah si cacak ni, boleh pulak buat-buat lupa" Ying masuk ke dalam rumah. Fang rasa begitu pelik sekali, kenapa dia tidak ingat apa-apa kejadian semalam? Apa yang berlaku semalam? Kenapa mereka semua tercedera dia tapi diri dia sahaja yang selamat? Macam-macam persoalan yang timbul di dalam pemikiran dia

-------------------------------------

Semuanya berlaku hanya kerana anak patung penguin. Fang dan kawan-kawannya pergi berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis untuk pergi ke sebuah karnival yang telah dibuka semenjak semalam lagi. Hari ini adalah hari terakhir karnival itu sebelum ianya berpindah ke tempat lain. Fang sangat teruja melihat karnival itu kerana terdapat pelbagai aktiviti yang menarik ada di situ. Gopal teruja sebab ada pelbagai jenis makanan yang ada. Yaya dan Ying teruja sebab mereka boleh belajar mengenai tentang sesuatu yang baru dan Boboiboy pula, dia rasa teruja sedikit kerana dia pernah pergi ke karnival seperti ini sebelum ini. Mereka pergi ke gerai-gerai kecil yang ada pelbagai jenis permainan. Mereka cuba dari satu permainan ke satu permainan sehinggalah mereka terserempak dengan trio huru-hara. Faye telah pun pindah ke Pulau Rintis dan sekarang dia duduk di rumah Fang dan Kaizo dan dia juga akan masuk ke sekolah bersama dengan sepupu dia iaitu Fang

"WAH! Korang pun ada!" kata Lily "BOBOIBOY! Jomlah main game ni! main tembak-tembak itik! Kalau Boboiboy dapat tembak itik paling banyak nanti dapat hadiah teddy bear besar!" kata Lily sambil mengheret Boboiboy ke gerai permainan menembak itik mainan

"Kasihan Boboiboy" kata Yaya "Lily tu asyik nak berkepit sahaja dengan Boboiboy"

"Biarkan lah dia, siapa suruh nak jadi lebih popular daripada aku" kata Fang

"Bukan kau sudah kurang bersaing dengan Boboiboy tentang popularity ke?" Fang tersengih kepada Yaya

"Hehehe... tapi selamat aku tiada peminat pelik macam Lily tu. Peminat setia aku tetap si penguin comel iaitu Rizu!"

"Apasal Rizu tidak ikut kita orang hari ini?" tanya Ying secara tiba-tiba. Mereka kini sedang berjalan menuju ke tempat Boboiboy sedang menembak itik mainan. Lily begitu semangat lagi memberikan kata-kata semangat kepada Boboiboy supaya mereka menang dalam permainan itu dan juga, boleh menang teddy bear besar

"Rizu ada check-up hari ini dekat hospital. Jadi dia tak dapat nak pergi ke karnival dengan kita semua" Fang mengeluh "Kalau dia ada, tentu lagi seronok"

"Hah! Apa kata kau cuba menangkan sesuatu untuk dia" Yaya heret Fang ke gerai permainan lain. Ying dan Gopal ikut mereka ke sebuah gerai permainan yang tidak jauh dari Boboiboy dan Lily. Di situ, mereka cuma perlu baling bola masukkan ke dalam bakul. Ada tiga jenis bakul dalam berbeza warna. Bakul warna biru dapat 5 markah, bakul warna merah dapat 50 markah dan bakul warna kuning pula dapat 100 markah tetapi bakul itu kecil bukannya besar. Fang hanya dapat 5 percubaan sahaja

"Semoga berjaya" kata Ying

"Terima kasih" kata Fang "Aku akan cuba dapatkan anak patung penguin tu!" Anak patung penguin itu sudah menjadi sasaran dia tetapi dia perlu dapatkan 200 markah untuk mendapatkan anak patung penguin itu. Fang mengambil satu bola dan pandang tepat ke arah bakul berwarna kuning. Dia akan gunakan teknik skill bola keranjang dia dan lalu dia baling dan terus masuk ke dalam bakul kuning itu "HAH! Lagi 100 sahaja lagi!"

"Kau jangan nak berlagak sangat, nanti tak dapat. Baru kau tahu" kata Yaya

"Entahnya" Gopal sibuk pula "Kalau tak dapat, nanti bad mood. Lepas tu nak mengamuk tak tentu pasal, yang jadi mangsa aku juga" Fang cuba tenangkan diri. Dia tidak mahu ketenangan dia diganggu oleh Gopal. Kalau tidak, dia tidak akan menang anak patung penguin itu. Fang pejamkan mata dia sebentar dan terus membuka matanya, lalu dia baling bola itu terus ke arah bakul kuning tetapi tidak masuk ke dalam bakul tersebut

"Isk! Terlepas pulak" marah Fang

"Haiyaa.. jangan marah-marah maaa. Kau ada 3 lagi percubaan" kata Ying

Fang berikan tumpuan sepenuhnya tetapi dia terdengar seseorang sedang kunyah kerepek pisang di belakangnya. Fang menoleh kebelakang dan nampak Lily sedang peluk teddy bear besar dan tangan kanannya menyuap dirinya dengan kerepek pisang. Dia menarik nafas dan lalu baling bola yang ke 3 tetapi bola itu masuk ke dalam bakul berwarna biru. Aura-aura kegelapan dia mulai keluar dan dia rasa dirinya hendak mengamuk

"Takut pula aku tengok si Fang ni" bisik Gopal

"Fang, kau boleh buat punya" Fang terdengar suara kawan baik dia iaitu Boboiboy

"Ha ah, aku pasti yang kau boleh dapatkan anak patung penguin itu" kata Yaya

Fang rasa lega sedikit apabila mendengar kata-kata semangat dari kawan dia. Terus aura-aura kegelapan dia hilang. Fang mengambil bola yang ke 4, dia perhatikan bakul yang berwarna kuning itu dengan penuh fokus "Aku akan pastikan anak patung penguin itu menjadi milik aku" bisik Fang. Tiba-tiba sahaja dia terdengar lagi Lily sedang kunyah kerepek pisang dengan begitu kuat sekali. Dia cuba tenangkan dirinya dan fokuskan kepada bakul kuning itu

"DEY! Cepatlah baling bola tu!"

"KAU SENYAP BOLEH TAKKK!" Fang begitu geram sekali, dia baling bola itu tetapi bola itu tidak masuk ke dalam bakul kuning tersebut. Nampaknya tinggal satu sahaja bola lagi. Aura-aura kegelapan Fang datang balik. Dia rasa dia ingin mengamuk di situ tetapi dia tenangkan dirinya. Dia menarik nafas dan lepaskan

"Kenapa dengan si landak? Dari tadi baling asyik tak masuk aje, kata handal dalam bola keranjang" Fang berkerut-kerut dahinya dengan kata-kata Lily tadi

"Biarkan ajelah si landak tu, dia tengah marah sebab bola dia baling asyik tak kena sasaran yang dia nak" muncul suara Bella "Dia tu kan belagak, bila tak masuk. Mulalah rasa nak mengamuk tak tentu pasal"

"WEI! KORANG SEMUA BOLEH DIAM TAK!" Terus pengunjung di karnival di situ berhenti kerana terkejut dengan kemarahan Fang "Senyap pun" Fang mengambil bola yang terakhir dan fokuskan kepada bakul kuning itu. Dia terdengar lagi kunyahan kerepek pisang dari Lily. Aura-aura kegelapan dia mula hendak menutup seluruh tubuh badan Fang. Pengunjung-pengunjung yang ada di situ, mulai takut melihat Fang yang sedikit lagi nak jadi hantu bayang

"Fang, janganlah terlampau marah sangat. Cuba kau tenangkan diri" kata Boboiboy

"Macam mana aku nak tenang kalau aku asyik dengar bunyi bising dalam mulut Lily tu" Fang sudah bertukar menjadi hantu bayang. Pekerja di permainan itu mula takut melihat Fang

"Dik, adik ambik ajelah anak patung penguin ni. Jangan marah-marah yea, abang bagi percuma aje" kata pekerja itu. Terus Fang mengambil anak patung penguin itu tetapi dia masih lagi dalam keadaan hantu bayang. Fang beredar dari situ sambil menahan kemarahan dia. Tiada siapa yang berani untuk menegur dia atau datang dekat dengan dia "Menakutkan betul kawan kamu tu"

"Maaf abang, dia tu memang macam tu. Panas baran, suka mengamuk tak tentu pasal" kata Boboiboy sambil tersengih. Mereka semua terus mencari Fang tetapi mereka tidak tahu dia berada di mana sehinggalah Faye nampak sepupu dia sedang bermain permainan memancing itik. Hantu bayang dia sudah hilang tapi dia kelihatan ceria pula

"Aik, tadi marah-marah. Sekarang sudah gembira balik. Apa sudah jadi dengan dia tu" kata Ying

"Entah-entah dia jadi tak betul" kata Gopal "Takut betul aku dengan dia tu. Apalah nasib ku dapat kawan yang serba tak betul" mengeluh Gopal. Mereka terus pergi ke arah Fang untuk melihat dia

"Fang, kau ok ke?" tanya Boboiboy

"Aku ok aje, Boboiboy" kata Fang sambil mengangkat itik mainan yang dia telah dapat tangkap "Aku cuba nak menang anak patung penguin tu" Suara Fang ceria semacam. Takut pula mereka dengar suara ceria dia yang begitu

"Tapi, bukan ke kau sudah dapat anak patung penguin tadi?"

"Ala Boboiboy.. aku nak menang semua anak patung penguin yang ada dekat sini! SEMUA PENGUIN INI AKAN MENJADI MILIK AKU! HAHAAHHAAHAHAHHAHAHAHAA!" Fang ketawa besar di situ. Dia terus melihat nombor di bawah itik mainan itu dan ternyata ianya adalah nombor 5 dan dia memengangi sebuah set alat menulis tetapi dia tidak puas hati, dia akan dapatkan hadiah nombor satu iaitu anak patung penguin

"Sah si landak ni tak betul" kata Lily "Jomlah Bella, Faye.. kita pergi ke tempat lain"

"Fang, kenapa kau nak menang anak patung penguin dekat karnival ni? Bagilah orang lain menang pula, kau sudah pun dapat satu kan" kata Yaya tetapi Fang hanya tersenyum sinis melihat itik-itik mainan itu. Semuanya sedang bergerak-gerak di dalam air. Dia rasa terhibur pula dan lalu dia teringatkan tentang abang dia

"HAH! Aku kena belikan sesuatu untuk abang aku! AKU BELIKAN ANAK PATUNG PENGUIN!" Boboiboy menepuk dahinya "Jom korang! Kita main anak panah pula. Bolehlah aku letupkan semua belon dekat sini!" Dia terus ke tempat lain pula. Boboiboy takut pula dengar Fang cakap letupkan belon tetapi dia perlu beranikan diri demi keselamatan kawan baik dia. Mereka ikut sahaja kemana Fang hendak pergi. Fang berhenti di sebuah gerai permainan. Ia perlu memanah anak panah ke salah satu belon kecil yang tergantung di dinding. Boboiboy rasa lega kerana belon di situ hanya kecil sahaja

"Boboiboy, kau mulakan dulu! Kita ada 5 percubaan sahaja. Lepas kau, aku pula.. lepas tu Gopal, Yaya dan Ying" Suara Fang ceria sahaja. Mereka mulai risau dengan kawan mereka

"Fang, apa kata kita balik rumah. Korang hantar kau balik"

"Ala Boboiboy, aku tak nak balik. Aku nak menang penguin besar tu!" Fang tunjuk anak patung penguin yang lebih besar, lebih gebu dan lebih comel daripada yang dia dapat sebelum ini "Rizu mesti suka!" Boboiboy rasa dahi Fang "Kenapa? kau ingat aku demam yea. Aku tak demam lah, aku ok aje ni"

"Hmmmm... macam mana ni?" bisik Boboiboy kepada Gopal, Yaya dan Ying

"Aku rasa baik kita perhatikan dia dulu. Aku takut nanti dia mengamuk tak tentu pasal"

"Yolah, aku setuju dengan Yaya" kata Ying. Jadi mereka ikut sahaja dengan kehendak Fang yang ceria semacam dan tiba-tiba sahaja perangai macam budak kecil. Boboiboy melihat Fang dan terus dia cuba memanah salah satu belon kecil itu. Kalau terkena dan keluarnya satu kad menang, mereka akan dapat memenangi anak patung penguin itu tetapi malangnya sasaran Boboiboy tidak kena mana-mana belon kecil. Giliran Fang pula. Dia perhatikan sahaja belon mana yang patut dia letupkan sehinggalah dia nampak belon berwarna biru di bahagian hujung sekali. Fang melepaskan anak panahnya dan ianya tepat terkena belon biru itu. Apa yang mereka tidak sangkakan, Fang telah berjaya memenangi anak patung penguin itu

"WAH! Taniah Fang! TANIAH!" kata Boboiboy "Sekarang kau sudah ada dua anak patung penguin. Jom kita pergi ke tempat lain pula" Tetapi Fang tidak berganjat. Dia tersenyum sinis secara tiba-tiba "Fang?"

"Macam mana ni Boboiboy?" bisik Gopal

"AKU NAK MENANG LAGI ANAK PATUNG PENGUIN!" Fang berlari ke tempat lain bersama dengan dua anak patung penguin yang dia dapat tadi "PENGUIN PENGUIN PENGUIN!" menjerit Fang sambil mencari anak patung penguin yang ada di karnival itu. Lalu dia ternampak Faye dan Bella sedang mencuba nasib dengan satu permainan masukkan gelung ke dalam kayu kecil

"PENGUIN LAGIIIII!" Terkejut mereka berdua

"WOI! YANG KAU NI APASAL!" marah Bella kerana dia terbalik gelung dia ke tempat lain dan itu adalah gelung dia yang terakhir. Fang hiraukan sahaja Bella dan lalu dia mencuba nasibnya untuk memenangi anak patung penguin lagi "Kau ni dengar ke tak?"

"Kau pegang penguin-penguin ni" Fang terus berikan penguin-penguinnya kepada Bella dan suruh dia pegang buat sementara. Bella dan Faye rasa pelik dengan kelakuan Fang

"Fang? kau ni ok ke? atau kau termakan sesuatu sampai jadi macam bukan sepupu aku" Faye rasa risau dengan sepupu dia

"Aku ok! Cuba tengok ni!" Fang baling kesemua gelungnya dan akhirnya, dia menang lagi anak patung penguin "PENGUUINNNNNN!" Dia mengambil anak penguin di tangan pekerja itu dan terus merampas anak patung penguin dari tangan Bella "Terima kasih!" Fang terus mencari anak patung penguin yang seterusnya

"FANGGGGGG!" Boboiboy mengejar Fang tetapi Fang tidak dengar "Aduh, kenapa dengan kawan aku ni"

"Hmmm.. aku rasa dia tengah stress tu" kata Faye

"Stress? Stress sebab apa pula?" tanya Boboiboy

"Hah! Aku tahu.. dia stress sebab mainan yang mula-mula dia main tadi, asyik banyak sangat gangguan sampai buatkan dia stress. Bila dia stress, dia akan menahan kemarahan dia dan lepas tu korang tahulah apa akan terjadi kan. Dia akan menjadi tak betul tapi kita tak kan nak biarkan dia macam tu sahaja" kata Yaya

"Ala, bagi aje dia donut lobak merah" kata Gopal dengan nada bosan dia

"Haiyaa.. mana nak cari donut lobak merah dekat karnival ni. Aku tengok tiada siapa yang jual donut tu"

"SIAPA KATA TAKDE! LILY THE AWESOME SENTIASA SIMPAN DONUT LOBAK MERAH DI DALAM BEG! Ini untuk kecemasan sahaja. Kecemasan kalau si landak tu mengamuk tapi Lily tengok dia tak mengamuk pun" muncul Lily dengan sebungkus kerepek pisang dia "Biarkanlah dia ceria semacam. Lily suka tengok dia ceria macam orang gila daripada mengamuk tak tentu pasal macam orang gila"

"Dey! Dia tu kalau ceria macam tu, mesti dia akan buat kerja gila punya! Sebab itu kita orang sebagai kawan baik dia yang tak pernah jadi gila macam dia, kenalah hantar dia balik rumah. Nanti abang dia boleh betulkan balik adik dia yang tak betul tu"

"Oh begitu.. hmmmm" Bella cuba fikirkan sesuatu "Macam mana korang tenangkan dia?"

"Donut lobak merah" kata Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying serentak

"PENGUINNNNNNNNN!" mereka semua terdengar jeritan Fang yang tidak jauh dari situ. Mereka pandang sesama sendiri dan terus pergi mencari Fang. Lily sudah siap-siap keluarkan donut lobak merah dari beg sandangnya. Mereka semua berpecah untuk mencari Fang dengan lebih cepat. Lily ikut Boboiboy kemana sahaja dia pergi. Dia ingin beraksi lagi dengan Boboiboy seperti mana di dalam mimpi Fang

"Wei, apasal kau ikut aku pula? Kan aku suruh berpecah tadi"

"Tapi.. aku nak juga ikut kau!" kata Lily dengan senyuman lebar "Oh yea, aku namakan teddy bear ni Boboiboy tapi harap-harap teddy bear ni jangan jadi macam dalam mimpi si landak. Seram aku" Boboiboy tergelak sedikit

"BOBOIBOY! LILY! SINI!" Mereka belok ke tepi kerana Yaya memanggil mereka

"Kenapa Yaya?" Yaya terus tunjuk Fang berada di atas ferris wheel sambil berdiri. Ramai yang takut melihat Fang berdiri di dalam tempat ferris wheel kerana tempat duduk itu tiada dinding, cuma ada tempat duduk dan pemegangnya sahaja "Ini sudah kes teruk"

"WUUU! Berani betul si landak tu" kata Lily "LANDAK AKU ADA DONUT LOBAK MERAH! KAU NAK?" Jerit Lily secara tiba-tiba

"DONUT LOBAK MERAHHHHH!" Dia baling anak-anak patung penguin dan terus meloncat-loncat di atas ferris wheel itu. Yaya terbang untuk menangkap anak-anak patung penguin. Dia terbang ke arah Fang

"Fang, duduk diam-diam. Nanti kau juga yang jatuh" tetapi Fang hiraukan sahaja "Fang, kau stress kan. Apa kata kau duduk diam-diam, nanti bila kau sampai dekat bawah. Kita orang bawa kau pergi beli donut lobak merah ok dan buku latihan matematik"

"DONUT LOBAK MERAH! HELANG BAYANG!" Fang terus menunggang helang bayang dia dan terus dia pergi huru harakan karnival itu. "PENGUIN GERGASI BAYANGGGGGG!" Sebuah penguin bayang besar muncul di tengah-tengah karnival itu "MARI KITA BERSERONOK!" Semua menjadi takut dan cemas dengan kemunculan penguin gergasi. Ramai yang menjerit dan lari lintang pukang. Ada yang sempat berselfie sekali

"ALAMAK! Kita kena keluarkan orang-orang dekat sini jauh dari penguin tu!" kata Boboiboy. Dia dan Lily pergi selamatkan orang ramai daripada kena pijak dengan penguin bayang tersebut. Penguin gergasi itu telah menghancurkan beberapa gerai yang ada di situ. Tangan Boboiboy terkena sebatang kayu yang sudah dipatahkan oleh penguin bayang. Lily sempat mengelakkan diri. Fang ketawa besar di atas helang bayangnya

"Hahahahahaahahaahahaaaaaa! Lagi penguin lagi!" Fang tergelak-gelak sampai dia tidak sedar diri dia sedikit lagi nak jatuh dari helang bayang dia "Heheheheheheheeee!.. arghhhhh!" Fang terjatuh dari helang bayang dia tetapi dia sempat di tangkap oleh penguin bayang. Helang bayang dia terus hilang "Oh penguin ku! Terima kasih"

"FANGGGG! HENTIKAN KEGILAAN KAU NI!" Boboiboy menjerit di bawah. Dia hiraukan kesan luka di tangannya "Aku tiada pilihan lain! BOBOIBOY GEMPA! GOLUMN TANAH!"

"WOAHH! Golumn tanah versu penguin gergasi bayang!" Mata Gopal bersinar-sinar melihat dua gergasi berdiri tegak di hadapan masing-masing. Fang di dalam pelukan penguin bayang, dia rasa sangat teruja pula

"WAH! Penguin! Jom main dengan dia!" kata Fang dengan nada ceria dia

"Aduh" Gempa menepuk dahinya "Dia ajak pergi main pulak" Gempa sabar sahaja. Dia tidak boleh menyerang penguin bayang itu kerana Fang berada di dalam pelukan penguin tersebut "Tak kan nak ajak main pulak" Penguin bayang itu berlari ke arah golum tanah dan terus memeluk golum tanah dengan kepak dia lagi sebelah. Fang pun turut peluk golum tanah tersebut

"Errrr... main peluk-peluk pula" kata Gopal

"FANG! BAIK KAU HILANGKAN PENGUIN KAU!" marah Ying

"FANG! BAIK KAU SEDARKAN DIRI KAU, SEBELUM AKU PANGGIL ABANG KAU!" Faye pula marah kepada Fang

"Fang, kalau kau stress. Bukan begini caranya" muncul Yaya di hadapan Fang dengan anak-anak patung penguni nya

"Habis tu! Korang nak aku mengamuklah yea!" Tiba-tiba sahaja Fang berubah menjadi marah "SERANG DIA!" Fang menyuruh penguin dia menyerang golumn tanah. Mereka bertolak-tolakan dan penguin bayang terlanggar ferris wheel dan menyebabkan ferris wheel itu terjatuh di atas gerai. Mereka semua elakkan diri daripada terkena golumn tanah dan penguin bayang tetapi malangnya kaki Gopal terkena tiang besi, kepala Ying terkena sesuatu dan menyebabkan luka dan pipi Yaya terkena sesuatu yang terbang ke arah dia. Keadaan menjadi lebih teruk dan lebih huru-hara. Pengunjung-pengunjung di situ semuanya sudah lari dari situ, yang tinggal hanyalah Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Faye, Bella dan Lily

"AHAHAHAHAHAAAA!" Fang ketawa sinis di dalam pelukan penguin

"Maaf Fang! Maaf penguin! TUMBUKAN PADU!" Yaya menumbuk penguin bayang itu dan penguin bayang itu terjatuh kebelakang. Fang cepat-cepat hilangkan penguin itu

"ARGHHHHHHHH!" Golumn tanah berlari untuk selamatkan Fang tetapi Fang sempat di sambut oleh Kaizo. Fang di pegang oleh abangnya dan Fang mula meracau "LEPASKAN AKU! LEPASKAN AKU! AKU NAK LEPASKAN TEKANAN SAHAJA!" Kaizo peluk adiknya dan terus tidurkan dia dengan lagu tidur Fang. Gempa terus hilangkan golumn tanah dan kembalikan dia kepada Boboiboy yang biasa. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Faye, Bella dan Lily berlari ke arah Kaizo. Boboiboy terpaksa menolong Gopal kerana kaki dia tidak dapat bergerak dengan sempurna dan laju

"Abang Kaizo, dia ok ke?" tanya Faye

"Dia ok sahaja" kata Kaizo sambil mendukung adiknya "Terima kasih kerana menghubungi aku"

"Sama-sama" kata Faye

"Nah Kapten Kaizo, barang si Fang" Yaya berikan anak-anak patung penguin kepada Kaizo

"Penguin?" Kaizo mengangkat kening sebelahnya sambil mengambil ketiga-tiga anak patung penguin itu

"Dia tiba-tiba jadi macam tu sebab stress" kata Boboiboy "Stress sebab ada gangguan masa dia cuba nak menang anak patung penguin ni. Dia nak menang sebab nak bagi Rizu anak patung penguin" Kaizo tidak berkata apa dan terus dia beredar dari situ sambil mendukung Fang dan memeluk penguin-penguin tersebut

"Habis musnah karnival ni" Boboiboy melihat sekelilingnya. Memang hancur teruk tetapi mereka terpaksa pergi ke hospital kerana kaki Gopal, tangan Boboiboy, kepala Ying dan pipi Yaya tercedera tetapi paling malang sekali ialah Gopal kerana kaki dia patah

----------------------------------

Fang tersengih kepada kawan-kawan dia. Baru dia teringat apa yang terjadi semalam. Dia tidak ingat apa yang berlaku semalam akibat dia terlampau tekanan sangat sampai membuatkan diri dia bukan diri dia yang sebenarnya dan memori dia terpadam untuk seketika sehinggalah mereka membuka cerita tersebut

"Maaf kawan-kawan. Aku tak sengaja semalam" kata Fang "Aku pun tak tahu macam mana diri aku boleh berkelakuan begitu"

"Lain kali janganlah terlampau stress sangat lagipun anak patung penguin tu kau boleh beli sahajakan" kata Boboiboy

"Entahlah, agaknya aku nak menang sangat sampai stress jadinya" Muka Fang menjadi sedih. Kawan-kawan dia tidak marahi dia lagi kerana Fang sudah pun meminta maaf kepada mereka. Kaizo keluar dari dapur dengan pinggan penuh dengan donut lobak merah

"Baru kau ingat apa kau buat semalam" kata Kaizo dengan nada serius dia. Fang angguk sahaja "Sudah! Jangan nak bersedih sangat, kawan-kawan kau sudah pun maafkan kau"

"Terima kasih semua" kata Fang "Oh yea, mana penguin-penguin adik semalam?"

"Abang sudah berikan kepada Rizu semalam" terus Fang peluk abangnya "Jangan nak bermanja sangat dengan abang. Kau pergi makan donut lobak merah yang abang sudah buatkan. Abang nak pergi ke kapal angkasa" Kaizo tolak adiknya dan terus keluar dari rumah. Dia terkejut melihat Rizu berdiri di depan rumah sambil makan kerepek pisang

"Abang Paizo nak pergi mana?"

"Abang nak pergi latihan tempur"

"Pizu nak ikut boleh?" tanya Rizu dengan muka comel dia

"Ermmm.. Rizu masuk sahaja ke dalam. Si Pang tu mesti nak jumpa Rizu"

"Baik!" Rizu terus pergi ke pintu rumah dan lalu dia tersenyum sinis. Dia menoleh kebelakang dan nampak Kaizo sedang menghubungi Lahap. Rizu itu bukanlah Rizu yang sebenarnya tetapi dia adalah musuh Fang sewaktu sekolah dulu iaitu Robin. Dia telah kembali dan mempunyai kuasa baru. Dia boleh berubah menjadi sesiapa yang dia nak. Dia datang dekat kepada Kaizo untuk menggunakan kuasa lama dia. Dia telah menyamar menjadi Kaizo sebelum ini. Dia telah memperdayakan Lahap dan terus Lahap mengambil dia masuk ke dalam kapal angkasa, lalu Robin mencuri jam kuasa lama dia

Rizu terus berubah menjadi Robin dan secara senyap dia letakkan kedua belah tapak tangannya di kepala Kaizo. Dia terus gunakan kuasanya untuk membuatkan Kaizo tidak sedarkan diri. Kaizo terus rebah di atas tanah. Robin tersenyum sinis "Jaga kau, Kaizo"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top