Serangan Musuh
"Eh, apa benda tu kak Lynna?" Sebuah droid sedang berterbangan di sekitar kedai Tok Aba. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying melihat droid itu dengan perasaan ragu-ragu mereka. Adakah droid itu milik Emmy atau milik seorang alien yang bernama Adudu? Memang agak mencurigakan kerana droid itu tidak terbang ke tempat lain. Ianya hanya tertumpu di situ sahaja
"Korang tunggu dekat sini, biar akak sendiri pergi tengok" Lalu Lynna terbang untuk melihat droid itu secara dekat. Rupa droid itu bulat dan ada sebuah camera di depannya. Droid itu berhenti di depan muka Lynna dan lalu sebuah pacaran cahaya keluar dari droid tersebut. Ianya berlaku begitu pantas sekali. Apa yang berlaku seterusnya, Lynna mula jatuh dari udara
"KAK LYNNA!" Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying terus menjadi cemas melihat Lynna jatuh. Yaya terus terbangkan diri dia untuk selamatkan Lynna
"KUASA APUNGAN GRAVITY" Kuasa Yaya sempat menyelamatkan Lynna sebelum jatuh di atas tanah. Dia turunkan Lynna secara perlahan-lahan dan baringkan Lynna di depan kedai Tok Aba
"KAK LYNNA!" Fang berlari untuk melihat Lynna. Mata Lynna tertutup rapi. Dia kelihatan seperti sedang nyenyak tidur "Kak Lynna.. bangun.. bangun.." Fang cuba kejutkan Lynna tetapi gagal
"Apa benda tadi tu?" Boboiboy melihat ke langit semula. Droid tadi sudah pun hilang "Jangan cakap musuh baru yang buat begini dekat kak Lynna"
"Ataupun musuh lama... bukan ke abang Kaizo ada cakap, orang yang hantar sepasukan itik tu, sudah larikan diri ke tempat lain" kata Ying sambil melutut di tepi Lynna "Haiyaa... kita kena beritahu abang Kaizo maa.. tak boleh dibiarkan begini sahaja"
"Ha ah, betul kata Ying" kata Yaya "Fang, baik kau pergi hubungi abang kau secepat mungkin"
"Aku tengah nak hubungi dialah ni" Fang menunggu abang dia menjawab panggilannya. Masih belum muncul lagi hologram abangnya "Mana abang ni.. tak kan abang pergi tidur balik"
"Korang rasa, benda tu sudah dapat abang kau ke? Yelah, dia buat benda yang sama dekat abang kau" kata Gopal
"Aku tahulah Gopal.. hati aku pula rasa risau sekarang ni" Fang menunggu lagi dan akhirnya, tiada siapa yang angkat "Isk, tak boleh jadi ni.. aku kena pergi periksa keadaan abang aku dekat rumah"
"Kau pergi, biar kita orang tolong jagakan kak Lynna" kata Boboiboy "Apa-apa hal, kita orang akan hubungi kau" Fang sudah pun berdiri untuk pulang ke rumah dia tetapi dia terus berhenti kerana abang dia sudah pun berada di situ
"Kenapa kau hubungi aku tadi? dan kenapa dengan Lynna?"
"Abang!" Fang pergi peluk abang dia seketika "Abang, tadi ada benda macam robot terbang-terbang dekat sini. Kak Lynna pergi tengok dan terus dia jatuh. Ada satu pancaran cahaya pergi tembak dekat kak Lynna"
"Cahaya?" Kaizo teringat balik tentang diri dia terkena pancaran cahaya itu. Diri dia menjadi ceria semacam tetapi sesiapa sahaja yang ingin pulihkan diri Kaizo, dia akan bertindak lebih ganas
"Abang, kenapa?"
"Pang, kau perlu berhati-hati dengan benda tu.. musuh hari itu sudah kembali tapi tak tahulah kalau dia hanya hantar salah satu robot dia atau dia sudah pun berada di sini. Kawan-kawan kau pun patut berhati-hati"
"Baik abang" kata Fang sambil melihat wajah abangnya yang serius itu "Kak Lynna ni macam mana?"
"Bawak dia pergi jauh dari sini.. kalau boleh, kurungkan dia di makmal Emmy. Tempat yang sama abang pernah dikurungkan sebelum ini. Abang takut bila dia bangun, dia akan menjadi seperti abang.. itu yang abang risaukan" Kaizo tahu, kekuatan Lynna sama seperti dia tetapi tahap keganasan Lynna, dia belum pernah lihat sebelumnya. Kalau Lynna marah, memang amat menyeramkan. Mungkin keganasan Lynna sama tahap dengan kemarahan dia, itu yang Kaizo fikirkan
"Kalau begitu, biar kami bawa dia ke makmal Emmy" kata Yaya "Jom Ying.. KUASA APUNGAN GRAVITY!" Lynna terus di angkatkan ke dalam bola kuasa Yaya
"Jom Yaya!"
"Hati-hati! dan hubungi kami kalau ada apa-apa yang berlaku" kata Boboiboy
"Ok!" kata mereka berdua
"Aku ikut dia orang. Aku perlu jaga dia orang sekali.. manalah tahu tiba-tiba droid tu datang balik, bolehlah aku tukarkan benda tu jadi makanan.. hehehee" Gopal pandang muka Kaizo yang sedang berserius itu, terus dia tersengih di situ "Hehehe... takut pula aku tengok muka abang Kaizo ni"
"Sudah! PERGI IKUT KAWAN KAMU! JANGAN NAK MERAYAP KE TEMPAT LAIN PULA!" Gopal terus lari dari situ
"YAYA! YING! TUNGGU AKU!"
"Abang, sekarang kita perlu buat apa?" tanya Fang yang dalam keadaan berjaga-jaga. Dia melihat di sekitar langit kalau droid tadi muncul balik
Sebelum sempat Kaizo menjawab pertanyaan adiknya, sebuah Hologram muncul di depan mata mereka bertiga. Hologram itu lebih besar daripada hologram di jam kuasa mereka. Orang yang muncul di hologram itu tidak tunjukkan muka dia, hanya dalam keadaan hitam sahaja. Lalu mereka terdengar gelakan sinis daripada orang itu
"HAHAHAAAAA! Apa khabar Kapten Kaizo? Sudah puas duduk di bumi?" Kaizo tidak begitu kenali suara tersebut "Macam mana dengan ancaman yang aku berikan pada hari itu, Seronok? Aku boleh sahaja hantar pasukan robot baru tapi kali ini lebih hebat daripada pasukan robot itik hari itu.. hahahaaa"
"KAU SIAPA HAH?" tanya Boboiboy dengan perasaan marah dia "APA YANG KAU NAK?"
"Apa yang aku nak? Hmm... apa yang aku nak adalah jam-jam kuasa korang semua. Aku dengar, jam kuasa korang adalah diantara yang terhebat tapi aku tidak sangka pula jam kuasa itu dimiliki oleh budak-budak bumi dan juga alien yang lemah-selemahnya"
"Lemah? BUKAN KAU KE YANG LEMAH! Langsung tidak mahu tunjuk diri kau, PENGECUT!" Orang itu hanya tergelak sahaja dengan kata-kata Boboiboy tadi "Kenapa kau gelak?"
"Aku gelak sebab aku bukannya lemah macam korang. Setiap pergerakan korang, aku sudah boleh baca.. oh yea, kenapa aku tidak tunjukkan muka aku. Kalau aku tunjuk pun, korang bukannya boleh cari aku sampai dapat. Si Kapten Kaizo sendiri pun tak boleh nak cari aku.. HAHAHAA! Sehingga dia sendiri terkena dengan pancaran cahaya dari aku. Cahaya itu bukanlah cahaya biasa.. hahahaaa! Kalau kau nak tahu, apa cahaya itu boleh buat, ianya lebih hebat daripada kau lalui hari itu, Kaizo.. HAHAHAAA! Kalau askar itik aku tidak dapat kalahkan kau, aku berikan kawan baik kau sendiri kalahkan kau!"
Tiba-tiba mereka terdengar bunyi letupan yang sangat kuat. Boboiboy, Fang dan Kaizo terkejut dengan bunyi letupan tersebut. Kaizo sudah mula tidak sedap hati. Adakah sesuatu yang terjadi dekat diri Lynna
"Pergilah lihat sendiri apa yang aku sudah lakukan. Terimalah hadiah ini, khas daripada aku.. HAHAHAAA!" Hologram itu terus hilang. Kaizo genggam kedua belah tangannya dan terus dia berlari ke tempat letupan itu
"ABANG!"
"ABANG KAIZO!"
Boboiboy dan Fang mengejar Kaizo dari belakang. Kaizo mencari dimana berlakunya letupan tadi itu. Mungkin dari lorong perumahan Emmy? Dia terus ke rumah Emmy tetapi dia berhenti di tengah jalan. Yaya, Ying dan Gopal terdampar di tengah-tengah jalan. Mereka sudah ditewaskan oleh seseorang dan orang itu adalah Lynna
"LYNNA! SEDARKAN DIRI KAU! INI BUKAN DIRI KAU YANG SEBENARNYA!" Kaizo pandang ke atas untuk melihat Lynna yang sudah terapung di udara
"Sedarkan diri aku?" Lynna tersenyum sinis kepada Kaizo "Hahahaaaa! Kenapa? Kau nak lihat diri aku yang sebenarnya? Boleh, aku boleh sahaja jadi diri aku yang sebenarnya wahai Kapten Kaizo.. hehehehe.. dulu kau yang cekik aku sehingga buatkan diri aku hampir mati. Sekarang tiba masanya untuk aku membalas dendam! LINGKARAN BERAPI! BERTUBI-TUBI!"
Beberapa lingkaran api berwarna ungu keluar di sekeliling Lynna. Lalu dia menghayunkan tangannya untuk menyerang Kaizo. Dia ketawa besar di situ sambil melihat Kaizo melompat untuk elakkan diri daripada serangan tersebut
"LYNNA! KAU SUDAH GILA KE?"
"Aku bukannya gila! AKU CUMA MAHU BALAS DENDAM SAHAJA!" Lynna tetap menyerang Kaizo dan kali ini pula dia melempar beberapa bebola api ke arah Kaizo
"DINDING TENAGA!" Kaizo terpaksa mempertahankan diri di sebalik dinding tenaga dia "Aku tak kan berlawan dengan kawan baik aku sendiri. KAU SAHABAT BAIK AKU!" Dia tidak mahu bunuh sahabat baik dia sendiri seperti dia terpaksa lakukan pada tahun lepas. Kenangan itu amat pedih sekali dan hati dia hancur dengan sikap kawan baik dia iaitu Devon
"ABANG!" Fang lari ke arah abang dia
"PANG! BAWA KAWAN-KAWAN KAU LARI DARI SINI! CEPAT!" Kaizo masih mempertahankan dinding tenaga dia. Retakan sedikit demi sedikit boleh dilihat oleh dia sendiri
"Abang macam mana? Tak kan adik nak tinggalkan abang begini. Adik kena bantu abang"
"JANGAN NAK DEGIL! Kau pergi dari sini.. biar abang uruskan dia!" Tiba-tiba suara Kaizo berubah menjadi sayu "Pergi dari sini, Pang. Abang nak selamatkan dia kerana dialah satu-satunya kawan baik abang... Kalau apa-apa terjadi dekat abang, adik jangan putus asa. Teruskan kehidupan adik"
"Abang.." Kaki Fang sudah melangkah ke depan untuk menyentuh abang dia tetapi tangan dia sudah diheret pergi oleh Boboiboy
"Fang, kita kena pergi dari sini. Selamatkan kawan-kawan kita"
"Habis tu, kau nak aku tinggalkan abang aku dekat sini dan biarkan kak Lynna musnahkan abang aku. Tak.. aku tak kan biarkan begitu. Aku perlu tolong abang aku!" Fang lepaskan tangan dia dari pegangan Boboiboy
"Pang, pergi dari sini. Ikut arahan dari aku" kata Kaizo "Kalau tidak, abang terpaksa gunakan kekerasan untuk halau kau dari sini" Dia menahan air matanya daripada mengalir keluar. Dia tidak mahu melihat wajah adiknya. Dia terpaksa bertahan dengan serangan dari Lynna yang tidak mahu mengalah "Aku juga tidak akan mengalah.. TOLAKAN TENAGA!" Lalu serangan bebola api dari Lynna terpelanting balik dan terkena Lynna balik
"KAK LYNNA!" Fang menjerit apabila melihat asap-asap tebal menyebulungi diri Lynna
"PANG!.. kenapa kau ada di sini lagi. AKU KATA LARI DARI SINI! DAN BAWA KAWAN-KAWAN KAU SEKALI!" Kaizo sudah keluarkan pedang tenaga dia "CEPAT PERGI DARI SINI!"
"Kau ingat dia dapat lari dari sini" Lynna muncul di belakang Kaizo, Fang dan Boboiboy. Mereka bertiga pusing kebelakang dengan wajah kejutan "Hahahaaa! Selagi aku belum puas balas dendam dekat kau. Selagi itulah aku tidak akan berhenti menyerang kau!"
"Jangan kak Lynna! Ini bukan diri kak Lynna yang sebenarnya. Bangun kak Lynna, bangun! Jangan biarkan kejahatan mengawal diri kak Lynna" Boboiboy merayu-rayu kepada Lynna "Kak Lynna dan abang Kaizo adalah sahabat baik. Kak Lynna yang kita kenali, tidak akan menyerang sahabat baik kak Lynna sendiri"
"Baik kau diam, Boboiboy! Sebelum aku hapuskan kau sekali" kata Lynna dengan nada sinisnya "Lagipun, kawan baik apanya yang sanggup cekik kawan baik dia sendiri, yang sanggup bunuh kawan baik dia sendiri.. baik aku hapuskan dia dulu sebelum dia dapat hapuskan aku"
"LYNNA! AKU TAK KAN BERLAWAN DENGAN KAU KERANA KAU SAHABAT BAIK AKU!"
"Eloklah tu, lagi mudah kerja aku" Lynna sudah keluarkan kuasa api dia di tangan kanannya "Tamatlah riwayat kau, Kaizo.. tapi sebelum tu, biar aku seksa kau dulu.. HAHAHAAAA!" Dia makin lama makin depan dan Kaizo pula, berundur kebelakang sedikit demi sedikit. Wajah dia ada sedikit sayu tetapi dia masih lagi boleh berserius pada masa yang sama
"Fang, kita kena buat sesuatu" bisik Boboiboy
"Apa yang kita boleh lakukan? Nak lari dari sini? Biarkan abang aku kena seksa dengan kak Lynna? Tak.. aku tak kan biarkan abang aku terseksa dan aku akan selamatkan kak Lynna. Kau pergi bawa kawan-kawan kita lari dari sini. Biar aku tolong abang aku untuk pulihkan kak Lynna"
"Tapi Fang..."
"Jangan tapi tapi.." Fang sudah pun berlari untuk pergi melindumgi abang dia "PELINDUNG BAYANG!"
Api-api ungu Lynna bertalu-talu menyerang pelindung bayang Fang tetapi Lynna tidak begitu puas hati. Dia berhenti dan terus gunakan kuasa dia yang lari. Dia cuba untuk letupkan pelindung bayang itu dan Fang hanya mampu bertahan sahaja. Boboiboy mahu pergi menolong Fang dan Kaizo tetapi dia perlu bawa kawan-kawan dia yang lain ke tempat yang selamat. Gopal, Yaya dan Ying sudah mula sedarkan diri. Badan mereka masih lagi lemah tetapi semangat berjuang mereka tidak pernah lemah
"Yaya, Ying.. korang ok tak?" Boboiboy melihat kawan-kawan sudah mula bangunkan diri mereka
"Kami ok sahaja tapi... apa sudah terjadi dengan kak Lynna?" tanya Ying sambil pegang lengan dia yang ada sedikit cedera itu
"Cahaya dari droid tadi tu buat kak Lynna berubah. Sekarang dia nak balas dendam dekat abang Kaizo. Korang patut lari dari sini sebab aku takut nanti jadi medan perang diantara kak Lynna dan abang Kaizo pula"
"Habis tu, tak kan kita nak tengok sahaja. Kita perlu bantu sekali" kata Yaya
"Aku rasa kita perlu pertolongan dari Emmy" balas Boboiboy. Tiba-tiba dia ternampak Fang tercampak jauh dan terus terkena tembok pagar rumah orang "FANGGG!" Boboiboy, Yaya, Ying dan Gopal berlari ke arah Fang
"FANG! KAU OK TAK?" tanya Ying
"Aku.. aku ok" jawab Fang "Cuma.. abang aku terkena sama seperti kak Lynna. Droid tadi tu pancarkan satu cahaya dekat abang aku. Sekarang mereka berperang dekat situ. Aku cuba hendak musnahkan droid tadi tu tapi diri aku pula yang terkena serangan kak Lynna tadi" Fang bangunkan diri dia. Seluar dia koyak di bahagian lutut dan boleh nampak sedikit luka di lututnya
"Kalau begitu, kita perlu cepat beritahu Emmy. Mungkin dia ada alat atau mesin atau apa-apa sahaja yang boleh bantu kita untuk pulihkan mereka berdua" kata Boboiboy. Dia menoleh kebelakang dan melihat Kaizo cuba mencantas Lynna dengan pedang tenaganya tetapi pergerakan Lynna begitu cepat sekali "Aku risau pula kalau ada penduduk dekat sini tercedera kerana mereka berdua"
"Jangan lengahkan masa lagi kalau macam tu" Yaya terus terbangkan diri dia "Jom Ying.. kita beritahu Emmy"
"Jom Yaya" Ying beredar dari situ bersama Yaya
"Gopal, Fang... kau bantu aku untuk jauhkan orang ramai daripada abang Kaizo dan kak Lynna" Gopal angguk sedikit kepada Boboiboy, walaupun dia rasa sedikit takut "Fang, kalau boleh.. cuba sedarkan mereka berdua. Kalau berterusan begitu, habis satu Pulau Rintis ni nanti"
"Ok, aku akan cuba... HELANG BAYANG!" Fang melompat dan terus mendarat di atas helang bayangnya. Lalu dia terbang pergi untuk hentikan peperangan di antara Kaizo dan Lynna. Boboiboy dan Gopal terus pergi selamatkan beberapa penduduk yang lalu lalang di sekitar kawasan itu
Kaizo terus mengejar Lynna dengan melompat dari satu bumbung rumah ke satu bumbung rumah. Kadang-kadang Lynna menghilangkan diri dan muncul di belakang Kaizo tetapi Kaizo dapat tahu gerak geri Lynna. Serangan demi serangan yang ada di kawasan perumah Pulau Rintis. Ramai yang ketakutan dan berlari ke tempat yang selamat. Keadaan menjadi huru hara. Bunyi jeritan dan tangisan boleh didengari oleh para adiwira Pulau Rintis. Fang terpaksa selamatkan beberapa penduduk juga. Selepas itu dia mengejar Kaizo dan Lynna dengan helang bayangnya. Mereka berdua berada di atas sebuah bumbung rumah orang
"TUMBUKAN TENAGA!" Kaizo bertindak untuk berikan tumbukan dia tetapi Lynna meloncat dan terus berpusing ke arah belakang Kaizo "Takpe, aku akan kalahkan kau juga!"
"Kalahkan aku? Cubalah kalahkan aku.. aku nak lihat kehebatan diri kau tu!" Kaizo pusing kebelakang. Kaki Lynna hampir terkena badan Kaizo tetapi Kaizo melompat kebelakang. Mereka kini berlawan menggunakan tangan pula. Tendangan demi tendangan dapat dielakkan oleh Kaizo
"Kau bukannya hebat sangat" kata Kaizo. Dia terus pegang tangan Lynna yang cuba hendak menyerang dia. Kaizo pulaskan tangan Lynna "Sakit?"
"Tak.. tapi aku tidak akan mengalah.. YAHHHH!" Lynna menyerang Kaizo balik dengan kuasa api ungu dia. Kaizo lepaskan tangan Lynna dan terus melompat kebelakang
"PEDANG TENAGA!" Kaizo melibas-libas pedangnya untuk menghalang serangan dari Lynna "GARI TENAGA!" Terus Lynna digarikan. Kaizo tergelak sinis di situ "Sekarang kau tak boleh lari. Kau lihatlah kehebatan aku!"
"Kau ingat aku tak boleh lepaskan diri ke?" Lynna tergelak sinis di situ "Jagalah kau, Kaizo!" Dia terus hilang dari situ dan terlepas dari gari tenaga tersebut. Kaizo tidak terkejut, dia hanya sekadar pusing kebelakang
"TOLAKAN TENAGA!" Lynna terpelanting dari situ "Hahahaaa! Lalu Lynna muncul semula di depan mata Kaizo. Muka dia begitu marah sekali, tangan dia sudah bersilang dan badan dia mula keluarkan aura-aura berapi
"Kau ingat kau sudah menang, Kaizo. Aku masih lagi disini, Kaizo.. aku tidak akan mengalah"
"Dan aku juga seperti kau... LIBASAN TENAGA" Kuasa tenaga Kaizo keluarkan seperti seutas tali untuk melibas Lynna tetapi Lynna terus melompat dan terapung di udara. Libasan itu hampir musnahkan bumbung rumah orang. Kaizo begitu geram sekali. Dia melompat dan lalu dia menyerang lagi "TOLAKAN TENAGA!"
"SEMBURAN API!" Lynna terbang ke depan dan menolak apinya ke arah Kaizo tetapi Kaizo menolak kuasanya ke arah Lynna. Kedua-dua mereka tidak mahu mengalah dan tidak berhenti di situ walaupun ianya amat merbahayakan nyawa mereka berdua
Kaizo melompat kebelakang kerana Lynna berjaya menolak dia dengan semburan berapi ungu dia. Kaizo terpaksa mendarat di atas jalan dan dia masih lagi mempertahankan diri dia. Kali ini dia tolak kuasa tenaga dia. Semburan api itu perlahan-lahan pergi ke arah Lynna. Fang yang tidak berada jauh dari situ, terus menjadi kelam kabut. Dia perlu hentikan mereka berdua tapi apa yang dia perlu lakukan?
"ABANG! KAK LYNNA! HENTIKAN SEMUA INI! KORANG BERDUA ADALAH SAHABAT BAIK!" Fang turun dari helang bayang dia. Lalu dia lari ke arah abangnya tetapi kuasa api terlampau panas sangat sehingga dia tidak dapat mendekati abangnya
"AKU TIDAK AKAN MENGALAH! DIA BUKAN SAHABAT BAIK AKU!" kata Kaizo dengan suara garang dia
"KAU PUN BUKAN SAHABAT BAIK AKU! JAGA KAU, KAIZO!"
"BERHENTI!" Fang menoleh kebelakang dan nampak Rizu berlari ke arah mereka "KAKAK LYNNA! ABANG PAIZO! JANGAN BERGADUH!" Dia boleh nampak Rizu menangis kerana pergaduhan yang tidak masuk akal diantara Kaizo dan Lynna
"RIZU! JANGAN DATANG DEKAT!" Fang lari ke arah Rizu untuk menghalang dia tetapi semuanya terlambat. Kuasa Kaizo dan kuasa Lynna tadi menyebabkan sebuat letupan berlaku. Fang sempat peluk Rizu tetapi mereka berdua menjadi mangsa keganasan Kaizo dan Lynna
"FANG! RIZU!" Boboiboy menjadi saksi dengan kejadian itu. Mata dia berkaca apabila melihat Fang dan Rizu tercampak dari situ dalam berpelukan. Asap-asap tebal menyebulungi kawasan itu
"Dasyat betul letupan tadi" kata Gopal sambil mengibas-gibas asap itu. Debu-debu di situ masih lagi berterbangan di sekitar kawasan itu
"Gopal, tolong aku cari Fang dan Rizu" Gopal boleh dengar suara kerisauan dari kawan baik dia "Kak Lynna dan abang Kaizo sudah melampau tapi aku tahu, itu bukan perangai mereka yang sebenarnya. Aku tak tahu siapa punya angkara, tapi kalau aku tahu siapa orang itu... akan aku ajar dia secukup-cukup"
"Sabar Boboiboy, kau jangan terlampau marah sangat. Aku takut nanti Boboiboy Blaze keluar, langsung tak boleh nak nak dikawal"
"Aku tahu Gopal" Boboiboy dapat melihat sekitar kawasan itu kerana asap-asap dan debu-debu tadi mula terbang pergi sedikit demi sedikit "Jom cari dia orang berdua. Aku berharap Fang dan Rizu tak apa-apa"
"Tapi.. macam mana keadaan abang Kaizo dan kak Lynna?"
Akhirnya jawapan Gopal terjawab. Kaizo melindungi diri dia dengan dinding tenaga dan Lynna pula melindungi diri dia di dalam sebuah sfera yang berwarna ungu. Tidak jauh daripada situ, Fang dan Rizu terdampar di atas timbungan batu-bata. Mereka tidak sedarkan diri. Boboiboy dan Gopal berlari ke arah mereka berdua. Boboiboy terkejut melihat keadaan Fang sedang memeluk Rizu sebagai pelindung tetapi kedua-dua mereka menjadi mangsa keadaan diantara Kaizo dan Lynna. Badan Fang dan Rizu penuh dengan kesan-kesan luka dan juga darah. Pada masa yang sama, Kaizo dan Lynna terus rebah di atas jalan kerana mereka terkena sesuatu dari Emmy. Yaya dan Ying baru sampai di tempat kejadian bersama Emmy
"Fang.. Rizu.. bangun" Boboiboy mengusik lengan dan lalu dia goncang-goncangkan "Fang.. bangun Fang.. kau jangan tinggalkan kita orang.. FANG! BANGUN!" Air mata Boboiboy bercucuran di atas badan Fang
"Boboiboy, cuba kau rasa nadi dia.." kata Gopal. Lalu Boboiboy angguk kepala. Dia merasai leher Fang dengan dua jari dia dan selepas itu dia letak jarinya di bawah lubang hidung Fang. Dia buat benda yang sama terhadap Rizu juga "Macam mana Boboiboy?"
"Dia orang masih lagi hidup tapi... " Gopal pegang bahu Boboiboy. Mereka tidak berkata apa selepas itu
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo dan Lynna terbaring di dalam sebuah kuib kaca yang berasingan. Emmy pisahkan mereka berdua kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku lagi. Fang dan Rizu sudah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Ibu Rizu menangis apabila mendapat berita buruk tentang anaknya. Boboiboy seorang sahaja yang pergi ke hospital, manakala Yaya, Ying, Gopal dan Ochobot temankan Emmy di makmal. Bella, Lily dan Idoli masih dalam perjalanan ke rumah Emmy. Sementara Faye dan Harraz pergi hantar Zakwan pulang ke kampung dia
"Macam mana Ochobot?" tanya Yaya selepas sahaja Emmy gunakan alat yang pulih Kaizo pada hari itu
"Hmmm... ada kesan tidak stabil di dalam badan mereka berdua"
"Erk? Kalau di biarkan, apa yang akan terjadi nanti?" tanya Gopal pula
"Kalau di biarkan, nanti mereka akan bertindak lebih ganas. Mereka tidak akan berhenti selagi salah seorang daripada mereka tidak mati atau kedua-duanya mati akibat pergaduhan mereka ini. Emmy perlu cari jalan untuk pulihkan diri mereka"
"Ermm.. Emmy sedang mencari jalan lain untuk pulihkan mereka. Mesti orang jahat kali ni sudah merancang segala-galanya sehingga Emmy sendiri tidak dapat pulihkan abang beruang dan kakak angsa"
"Hah?! Abang Kaizo tak kan pulih selama-lamanya?" Idoli berlari masuk ke dalam makmal untuk pergi ke tube kaca Kaizo "Nanti tiada lagi Kapten Kaizo, idola Idoli" Bella pegang kedua belah bahu Idoli. Lalu Idoli pusing dan menangis di dalam pelukan Bella
"Nanti.. siapa nak jaga Lily si itik, Shadow dan Pikachu? Siapa nak cari pasal dengan kapten hot.. UWAAAA!" Lily menangis di bahu Yaya "Sudahlah landak dan penguin masuk hospital tapi janganlah dia orang koma pula"
"Kita orang pun tidak mahu mereka berdua koma maaa... kita doa-doakan yang terbaik untuk Fang dan Rizu"
"Ha ah, betul kata Ying tadi. Aku yakin mereka berdua selamat. Fang kuat, Rizu pun kuat tapi aku rasa kasihan dengan ibu Rizu. Anak dia masuk hospital sebab gara-gara musuh kita. Mereka yang telah buat abang Kaizo dan kak Lynna begini dan disebabkan itu, Fang dan Rizu menjadi mangsa.. memang tidak boleh dimaafkan langsung" Yaya menggenggam kedua belah tangannya. Dia menahan dirinya daripada menangis tetapi Ying dan Lily melihat sebutir air mata jatuh ke atas lantai makmal
"Aku cuma takut kalau ibu Rizu tidak bagi Rizu berkawan atau datang ke rumah Fang lagi selepas ini sebab.. ibu Rizu berikan kepercayaan kepada abang Kaizo dan Fang untuk menjaga Rizu dengan baik tapi..." Bella terdiam seketika "Aku tidak mahu mereka terpaksa putuskan hubungan. Mereka pasti akan sedih.. lebih-lebih lagi Rizu"
"Habis tu, macam mana kita nak selamatkan keadaan? Bukan itu sahaja, macam mana nak pulihkan abang Kaizo dan kak Lynna" Pertanyaan Gopal tadi, tiada siapa dapat menjawabnya. Mereka semua hanya dapat diamkan diri sahaja. Suasana di dalam makmal itu menjadi sunyi, hanya kedengaran Emmy sedang mencari data-data untuk pulihkan Kaizo dan Lynna
"Kakak Emmy" Idoli datang dekat kepada Emmy
"Kenapa Loli?"
"Kakak Emmy, selamatkanlah dia orang" Emmy melihat wajah Idoli yang sedang bersedihan itu. Lalu dia belai kepala Idoli "Idoli sayang sangat dekat abang Kaizo dan kakak Lynna. Idoli sudah anggap mereka seperti kakak dan abang Idoli sendiri. Idoli ada ramai kakak dan abang. Idoli kadang-kadang rindukan mereka tapi abang Kaizo dan kakak Lynna selalu mengubati rindu Idoli dekat abang dan kakak Idoli. Abang Rizu dan abang Fang pun sama juga. Kakak Emmy buatlah sesuatu"
"Akak tengah usahakan ni tapi perlukan masa. Idoli sabar ok" Emmy peluk Idoli seerat-eratnya
"Emmy, kau buat apa yang kau perlu buat. Aku rasa kita yang lain ni perlu naik ke kapal angkasa abang Kaizo dan cari si alien durjana tu. Sanggup dia buat begini hanya kerana kuasa. Memang tidak boleh dimaafkan"
"Sabar Bella. Lagipun kita tak tahu siapa alien itu dan dimana dia sorokkan diri dia. Kita kena siasat dulu. Mungkin Lahap tahu di mana si alien durjana tu sorok" kata Yaya "Tapi sebelum kita bertindak, kita perlu pulihkan mereka dulu. Kita masih perlukan abang Kaizo dan kak Lynna"
"Atau mereka perlukan kita sekarang ni" kata Lily secara tiba-tiba. Suara dia begitu serius sekali. Semua pandang ke arah Lily "Selama ini aku nampak pelik dan tak nampak serius tapi bila ada orang buat jahat dekat orang-orang yang aku sayang, memang aku tak kan maafkan. Lebih-lebih kalau orang tu buat jahat dekat MY BBB-CHAN! I WILL CURSE THAT PERSON! HAHAAAA!" Mata Lily terus bersinar-sinar apabila fikirkan tentang Boboiboy dia yang kuat seperti the Hulk
"Mula-mula serius, lepas tu terus tak jadi serius"
"Tahu takpe, Gopal" balas Yaya dan Ying secara serentak
"Hehehee.. kakak Lily ni lawaklah" Idoli tersenyum sedikit walaupun hati dia masih bersedihan "Terima kasih buat kita orang tersenyum sedikit.. eh" Hidung dia terhidu sesuatu "Kenapa Idoli ada terbau sesuatu?"
"Bau apa?" Emmy cuba untuk mengambil bau tersebut. Dia juga boleh bau sejenis gas sedang berterbangan di udara makmal ini "Gas.. ini... " Mata dia mulai rasa berat "Ini.. ini..."
"Emmy!" Ying berlari ke arah Emmy yang sudah rebah jatuh "Gas apa.." Ying menjadi mangsa seterusnya. Bukan dia sahaja, kawan-kawan dia semua mula rebah dan terdampar di atas lantai makmal. Gas tadi itu adalah gas tidur. Ada orang sembur gas tersebut di dalam makmal itu. Ochobot telah diketukan untuk pengsankan dia buat seketika
--------------------------------------------------------------------------------------------
1 jam kemudian, satu per satu daripada mereka mulai bangun. Yaya picit kepala dia dan terasa pening sedikit. Ying menolong Emmy berdiri. Lily masih lagi terbaring di atas lantai sebab dia tidak mahu bangun dari mimpi indah dia. Bella seperti Yaya, kepala dia terasa pening. Gopal menguap panjang selepas sahaja dia bangun dari tidur dan Idoli pula, masih lagi tidur tetapi diri dia di dalam bentuk seekor anak kucing. Ochobot terapung dan mengusap-gusap kepalanya yang kena ketuk tadi
"Siapa yang hantar gas itu tadi?" tanya Bella yang sudah kelihatan segar. Mata dia pandang kawan-kawan dia seorang demi seorang tetapi dia terkejut apabila dia melihat tube kosong yang sudah dipecahkan oleh seseorang. Kaizo tiada di dalam tempat dia, sama juga seperti Lynna "Korang.. abang Kaizo dan kak Lynna diculik oleh seseorang"
"Hah?!" Semua terkejut dan cepat-cepat pergi ke tube tersebut. Lily terbangun dari lantai kerana terkejut
"Macam mana boleh terjadi ni?" tanya Ying "Haiyaa.. sekarang masalah lain pula timbul"
"Kita perlu beritahu Boboiboy apa yang terjadi" Lalu Yaya pergi menghubungi Boboiboy. Emmy pula, dia terus ke computer dia untuk melihat siapa yang masuk ke dalam makmal dia. Emmy ada pasang beberapa kamera di seluruh makmal dia supaya dia dapat tahu siapa yang masuk dan keluar dari makmal dia
"Kenapa Yaya?" Hologram Boboiboy sudah timbul di jam kuasa Yaya "Ada apa-apa berita ke?"
"Ada tapi berita buruk" jawab Yaya dengan nada sedih
"KENAPA? APA YANG TERJADI?"
"Boboiboy, abang Kaizo dan kak Lynna kena culik tapi kita orang tidak tahu siapa. Dia orang ada masukkan gas tidur dekat dalam makmal Emmy" jawab Ying
"APA?! Aduh.. macam mana boleh terjadi ni.. Fang belum sedar lagi, Rizu pun sama juga. Ibu Rizu menangis-nangis dekat tepi katil Rizu.. nampaknya, aku terpaksa pergi ke makmal Emmy untuk tolong korang"
"Fang macam mana pula nanti?" tanya Yaya
"Itu kau tak perlu risau, Yaya. Biar aku dan Tok Aba pergi lihatkan dia dekat hospital. Kalau korang perlukan bantuan daripada aku, beritahu sahaja kepada aku"
"Ok Ochobot. Aku datang sekarang" Boboiboy terus tutup hologram dia
"Korang.. korang.. cuba tengok ni" Emmy memanggil mereka untuk pergi ke skrin computer dia yang besar itu. Gopal, Yaya, Ying, Ochobot, Bella dan Lily terus berdiri di belakang Emmy yang sedang duduk di atas kerusi "Korang tak percaya apa yang Emmy akan tunjukkan nanti"
"Kenapa? Orang yang culik abang Kaizo dan kak Lynna adalah orang yang kita kenal ke?"
"Ha ah kakak amoi" Emmy tekan butang review untuk undurkan balik video cctv itu. Terus dia tekan butang stop. Mereka melihat sebuah bola dilempar masuk ke dalam makmal Emmy. Lalu bola itu mengeluarkan gas-gas tidur dan tidak lama selepas itu, datang dua orang remaja dalam sebaya Yaya dan Bella. Muka dua orang itu ditutup dengan topeng gas tetapi mereka dalam mengenali baju dan pergerakan dua orang itu
"Itu.. itu... ITU FAYE DAN HARRAZ!" Bella tergaman melihat tindakan dua kawan dia "Kenapa boleh jadi begini? Tak kan dia orang adalah dalangnya. Aku tak percaya mereka adalah orangnya"
"Mungkin ada sesuatu yang berlaku dekat dia orang berdua" kata Yaya sambil melihat video itu lagi
Faye dan Harraz berhenti di tepi dan lalu sepasukan askar itik robot masuk ke dalam makmal. Dari situ mereka boleh teka, Faye dan Harraz telah digunakan untuk mendapatkan Kaizo dan Lynna. Tidak sampai 5 minit, pasukan itik itu keluar dari makmal tetapi kali ini Kaizo dan Lynna dibawa sekali. Faye dan Harraz ikut pasukan itik robot itu di belakang. Emmy terus berhentikan video tersebut. Mereka terdiam buat seketika
"4 orang kita kena selamatkan. Abang Kaizo, kak Lynna, Faye dan Harraz" kata Yaya dengan nada yang begitu perlahan sekali "2 orang menjadi mangsa, Fang dan Rizu. Aku takut kalau kita tak dapat selamatkan mereka sahaja"
"Yaya, jangan sedih. Kita kena yakin yang kita dapat selamatkan mereka" Ying sentuh bahu Yaya "Kita mesti berjuang bersama untuk selamatkan kawan-kawan kita. Aku yakin Bella dan Lily mesti mahukan kawan baik mereka balik"
"Tapi... dia orang boleh ke ikut?" tanya Gopal sambil garu-garu kepala dia "Tak kan nak biarkan Bella dan Lily ikut kita sekali pergi selamatkan kawan-kawan kita"
"Mestilah boleh! Emmy sentiasa ada sesuatu yang sangat istimewa untuk kakak Nutella dan kakak Milly!"
"Wuuuuuu! Ammy nak bagi apa? Kuasa seperti MY BBB-CHAN UNTUK LILY?" Dia mula terbayang diri dia berpecah tujuh dan dapat berdating dengan ketujuh-tujuh pecahan Boboiboy "LILY SETUJU SAHAJA DENGAN KUASA ITU!" Tangan dia terus terangkat seperti mahu bertanyakan soalan
"Bukanlah kakak Milly" Emmy pergi ke sebuah meja panjang yang penuh dengan botol-botol kaca "Hmmmm..." Dia melihat satu per satu botol di situ. Di dalam botol-botol itu, terdapat pelbagai jenis cecair yang ada
"Ammy tak kan takde jam kuasa. Buatkanlah satu khas untuk kakak Lily yang super awesome ni" Emmy terus berikan renungan tajam kepada Lily "Hehehee... Ochobot takde kuasa lagi ke?"
"Maaf Lily, aku takde kuasa lain untuk diberikan. Kesemua kuasa aku sudah diberikan kepada Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying. Kuasa teleportasi ni memang tak bolehlah"
"ALAAAAAAA!" Bella mengusap-usap lengan Lily "Takpe.. dapat kuasa super sonic pun tetap best juga. Lily the sonic girl! Heheheee"
"Idoli! the human cat!" muncul Idoli dengan gaya ala-ala superhero
"Bila masa Idoli dah bangun dari tidur?"
"Idoli baru sahaja bangun kakak Yaya tapi.. MANA KAK LYNNA DAN ABANG KAIZO?" Hati Idoli terus berubah menjadi sedih "Macam mana dia orang boleh kena culik? Idoli tak suka.. Idoli tak suka.. IDOLI TAK SUKA!" Lalu dia menangis di baju Yaya dan mengesat air hidungnya di baju Yaya juga
"Jangan risau Idoli, kita orang akan selamatkan mereka"
"Betul ni kakak Yaya? Kalau begitu, Idoli nak tolong juga" Idoli mengesat hidungnya lagi di baju Yaya
"Mana boleh Idoli. Misi kami sangat merbahaya dan Idoli tak boleh ikut" kata Ying "Kamu duduk sahaja di sini dan temankan abang Fang kamu tu"
"Ha ah, betul kata kakak Ying tadi. Idoli temankan abang Fang dekat hospital ok. Nanti dia keseorangan pula"
"Tapi..." Yaya peluk Idoli seerat-eratnya "Tapi Idoli nak tolong. Idoli tahu siapa yang boleh tolong kita"
"Siapa?" Yaya lepaskan Idoli dan lalu melihat mata keikhlasan Idoli
"Abang Idoli.. dia bekas pasukan TAPOPS.. heheehe... Idoli boleh minta bantuan dari dia"
"Wuuuu... abang Idoli mesti handsome kan tapi MY BBB-CHAN LAGI HANDSOME!" Lalu Idoli keluarkan kuku tajam dia, terus Lily tersengih di situ "Heheee... garang juga anak kucing ni"
"Tapi Idoli.. sempat ke nak panggil abang Idoli tu? Kita kena cepat, tak boleh lambat. Akak takut mereka akan buat sesuatu dekat abang Kaizo, kak Lynna, Faye dan Harraz nanti"
"Hmm.. kalau macam kak Yaya.." Idoli tanggalkan rantai loceng dia yang ada di leher dia. Lalu dia berikan kepada Yaya "Kakak Yaya guna ni untuk kalahkan musuh-musuh kita. Kakak Yaya tukarkan mereka jadi kucing.. heheehe"
"Wuuuu! Lily nak pakai boleh?" Jari Lily hampir hendak menyentuh loceng tersebut, terus Idoli buat suara anak kucing sedang marah "ERK! Uwaaaaa! Ampunkan Lily! Idoli punya abang paling handsome dan lebih bergaya daripada Boboiboy" Kawan-kawan dia yang lain tergelak melihat Lily menangis tak tentu pasal
"Idoli maafkan" Lalu Lily peluk kepala Idoli "Heheheee... kakak Lily, Idoli maafkan tapi.. ABANG IDOLI LAGI KACAK DAN LAGI BERGAYA DARIPADA ABANG BOBOIBOY!" Dalam hati Lily rasa geram dengan Idoli. Agaknya beginilah Fang lalui dengan perasaan geram dan tangan mula nak sekeh orang. Lily pun terasa nak sekeh kepala Idoli tetapi dia senyum sahaja
"Sudahlah, kita jangan buang masa lagi.. Emmy, ada apa-apa alat untuk berikan kepada kami sebagai bantuan?"
"Ada kakak biskut tak sedap" Berkerut-kerut dahi Yaya. Kawan-kawan dia yang lain jauhkan diri daripada Yaya "Tapi untuk kakak biskut tak sedap.." Dahi Yaya berkerut lagi "Kakak amoi dan abang badan besar.. Emmy tak berikan apa-apa tapi untuk kakak Milly dan kakak Nutella"
"Wuuuu! Mikrofon untuk kakak Lily"
"Maaf kakak Milly. Kali ini tiada mikrofon tapi.. Emmy ada gelang yang boleh keluarkan kuasa perisai sebagai pelindung atau untuk menyerang musuh dan satu lagi adalah pedang! Pedang ini mempunyai kuasa kak Lynna macam kita guna untuk kalahkan robot itik tu. Emmy jadi ianya dalam bentuk pedang pula.. hehee" Emmy tunjukkan sebuah gelang perak dan sebilah pedang di sebuah rak khas dia untuk letak alat-alat yang dia telah cipta
"Errr.. Emmy, takde pistol ke alat memanah ke? Kakak Nutella mana tahu bab-bab berlawan pedang ni" Bella garu-garu pipi dia sambil tersengih
"Takpe, pedang ni tak berat pun. Ringan sahaja dan Emmy yakin yang kakak Nutella dapat mengawal pedang ini dengan baik. Lagipun abang Fang takde, kalau tidak.. mesti dia dapat gunakan pedang ini dengan baik, betul tak kakak Nutella?" Emmy sahaja hendak kenakan Bella. Dia senyum tanpa rasa bersalah kepada Bella
"Yelah yelah.. kakak Nutella akan buktikan yang kakak Nutella lebih hebat daripada si Pang tu! HAHAHAAA!" Emmy tergelak kecil di dalam hatinya "Bagi pedang tu, gelang perisai tu bagi dekat kakak Lily dan loceng kucing tu biar kakak Lily yang pakai"
"WUUUUU! LILY SUKA KUCING!" Yaya berikan rantai loceng itu kepada Lily. Disebabkan rantai itu kecil dan tidak muat untuk dipakaikan di leher Lily, lalu Lily jadikannya sebagai gelang "Tapi.. macam mana nak guna loceng ni?"
"Kakak Pili hanya perlu goncangkan loceng itu dekat arah sasaran kakak Pili. Nanti dia orang akan bertukar menjadi anak kucing"
"Ok! Terima kasih Idoli!" Lily berikan tabik kepada Idoli. Gelang loceng itu dia ada di sebelah kiri tangannya dan gelang perisai di sebelah tangan kanannya
"Semua sudah bersedia? Mari kita pergi ke kapal angkasa abang Kaizo" Yaya sudah pun berjalan ke pintu makmal untuk keluar dari situ
"Emmy tak ikut sekali sebab Emmy nak cari maklumat untuk pulihkan kakak angsa, abang beruang, kakak Pear dan abang buku" Mereka tergelak kecil apabila mendengar bermacam-macam gelaran yang diberikan oleh Emmy "Apa-apa nanti, hubungi aje Emmy"
"Ok!" kata mereka secara serentak kecuali Idoli. Dia hanya berdiri di sebelah Emmy sambil melambai-lambai ke arah Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Lily
"Semoga berjaya semua" kata Ochobot
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Lahap mengambil Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Lily untuk naik ke kapal angkasa kaptennya. Dia juga telah mendapat berita yang telah terjadi terhadap kapten dia. Semasa dia berada di dalam kapal angkasa tadi, memang ada sebuah kapal angkasa lain telah menyerang kapal angkasa kaptennya tetapi Lahap tidak dapat menghalang kapal angkasa itu memasuki bumi. Dia telah diserang secara bertubi-tubi sehingga menyebabkan dia sendiri terus tidak sedarkan diri untuk beberapa minit
"Lahap, ada tak dapat maklumat tentang orang yang serang kapal angkasa abang Kaizo?" tanya Boboiboy
"Ada" kata Lahap sambil pelawa mereka masuk ke dalam bilik kawalan "Aku sempat pasangkan GPS dekat kapal angkasa mereka tapi aku yakin, mereka tidak akan bawa kapal angkasa itu kepada alien durjana yang merancang semua ini. Sehingga sekarang kapten aku tidak dapat mengesan orang itu. Jadi kamu semua harus berhati-hati, jangan terlampau leka sangat"
"Tapi Lahap.. ada seekor haiwan yang tahu siapakah alien jahat itu" Semua pandang ke arah Lily "Haiwan itu adalah Lily si itik!"
"Yea, itu aku tahu. Kapten pernah beritahu aku tentang itik tu. Kapten aku pernah bertanya banyak kali dekat itik tu tetapi si itik tu masih tidak mahu menjawab soalan kapten aku. Memang nak kena si itik tu. Aku jadikan dia itik salai, baru dia tahu"
"Kasihan itik tu, asyik kena ugut jadi itik salai aje" Yaya gelengkan kepala
"Tahu takpe, Yaya" Boboiboy mula rasa kasihan dengan Lily si itik "Lahap, bawa kami ke tempat persembunyian mereka. Kalau tak dapat alien durjana tu, takpe. Asalkan kita dapat selamatkan abang Kaizo, kak Lynna, Faye dan Harraz"
"Baiklah, kita akan bergerak sekarang. Budak lelaki boleh berehat di bilik Pang dan budak perempuan, di bilik kapten aku tapi ingat, jangan nak selongkar, sentuh atau sepahkan bilik kapten aku tu. Nanti ada juga jadi mangsa kena hukuman latihan tempur dia tu" Lahap menggigil sedikit apabila dia teringat balik diri dia kena latihan tempur tahap ganas dari kapten kesayangan dia itu
"Baik Lahap!" kata Lily yang sudah tersenyum lebar
"Oh, si pelik.. kau jangan nak buat pasal yea. Kalau tidak, aku akan humban kau dekat planet lain. Itu pesanan kapten aku kepada aku kalau si pelik naik kapal angkasa ni" Lahap pergi duduk tempat biasa dia. Hati Lily seperti tertusuk dengan sebilah pisau kerana dengan amaran dari Lahap tadi
"Kasihan kau yea.. hehehe.. jomlah kita pergi berehat dulu" Boboiboy keluar dari bilik kawalan itu bersama Gopal
"Apa boleh buat, si Kapten Kaizo selalu fikirkan Lily ni adalah alien pelik seperti diri dia juga. Abang dan adik, selamanya perangai pelik" Lily ikut Boboiboy dari belakang dengan mulutnya muncung panjang seperti seekor itik
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Akhirnya mereka sudah pun tiba di sebuah planet yang tiada bandar atau perumahan kecil di situ. Hanya hutan belungkar sahaja yang ada. Sekitar hutan itu terdapat pelbagai jenis cendawan di dalam pelbagai bentuk dan warna yang tumbuh di planet itu. Ada cendawan putih gergasi tetapi ianya mengeluarkan gas beracun. Lahap tidak benarkan mereka menyentuh cendawan itu. Mereka teruskan perjalanan mereka di dalam hutan itu. Lahap sebagai ketua kumpulan, membawa mereka pergi ke tempat kapten dia telah disembunyikan. Binatang-binatang di dalam hutan itu, semuanya sangat unik dan paling unik sekali apabila mereka terjumpa perkampungan milik makhluk hijau yang mereka kenali iaitu alien perliharaan Lynna iaitu Picu
"Eh! Ini ke planet asal Picu?" tanya Boboiboy
"Yea, inilah planet asal Picu. Kapten aku yang membawa balik salah satu makhluk hijau ini tapi aku tidak tahu mana satu keluarga Picu sebab semuanya sama sahaja" Lahap melihat alien-alien itu melompat-lompat ke sana ke sini dengan mata mereka sebelah besar, sebelah kecil. Ada yang berguling-guling di atas tanah. Badan Lily terasa ingin berguling sekali dengan alien hijau itu
"Mari kita teruskan perjalanan kita" kata Lahap. Harapan Lily terus berkecai kerana tidak dapat berguling dengan alien-alien hijau itu
"Bye bye clone clone Picu sekalian" Lily melambai-lambai ke arah makhluk hijau tersebut
Hampir sejam mereka berjalan di dalam hutan tebal itu dan akhirnya, mereka sampai di sebuah kawasan tanah lapang. Di depan mereka terdapat sebuah piramid yang berdiri teguh. Piramid itu diperbuat daripada batu-bata dan mereka perhatikan beberapa pengawal itik robot di sekitar piramid tersebut. Faye dan Harraz ada di kalangan itik robot tersebut. Mereka berdua dibekalkan dengan sepucuk pistol kecil. Ianya seperti pistol air. Mereka sembunyi di sebalik pokok-pokok besar
"Selama aku berkawan dengan Harraz, belum pernah lagi aku nampak perwatakan Harraz yang serius" kata Bella "Dia kan selalunya dengan muka nerd, senyuman tersengih dia dan nampak tenang sahaja"
"Kalau Faye serius, jarang nampak tapi time dia serius, nampak kuat macam abang Kaizo" kata Gopal "Kenapalah aku tak sekuat Faye? Adeh.."
"Haiyaaa.. lu sudah ada jam kuasa, nampak kuat apa"
"Betul juga. Kalau macam tu, aku akan tukarkan robot-robot itu menjadi makanan" kata Gopal dengan bangganya. Lalu dia keluar dari tempat persembunyian dia iaitu belakang pokok
"Gopal! Nanti dulu" Tangan Gopal ingin mengheret kawan baik dia tetapi ianya sudah terlambat
"WEI ITIK! SAKSIKANLAH KUASA DARI AKU! HAHAHAAA!" Semua askar itik robot pandang Gopal yang keluar dari hutan tersebut. Belakang dia ada muka-muka sedang perhatikan kawan baik dia yang tengah berlagak seperti Fang "TUKARAN- ADOI!" Tangan kiri Gopal terkena tembakan dari Faye. Gopal terduduk di situ sambil pegang luka di tangannya
"GOPAL!" Boboiboy berlari keluar dari tempat persembunyian dia juga "FAYE! KENAPA KAU TEMBAK KAWAN KAU SENDIRI?"
"Aku cuma ikut arahan sahaja, Boboiboy" kata Faye dengan senyuman sinis dia "TANGKAP MEREKA!" Dia mengarah askar itik robot untuk menangkap kawan-kawan dia sendiri
"Jangan bagi mereka lari dari sini!" kata Harraz "PASTIKAN MEREKA MASIH HIDUP!"Askar-askar itik robot itu bergerak sambil menembak ke arah hutan. Boboiboy melindungi diri dia dan kawan-kawan dia dari tembakan itu
"TANAH PELINDUNG!" Tembok tanah timbul dari permukaan planet itu. Ianya dapat melindungi mereka dalam beberapa minit sahaja kerana askar-askar itik itu tidak akan berhenti menembak "Korang lari dari sini!" Bella sudah mengheret Lily ke tempat lain. Ying duduk di situ bersama kawan-kawan dia. Lahap ada di situ sambil mencari-cari biskut Yaya di dalam poket bajunya untuk keluarkan tembakan bertoksik dia
"Isk! Tak boleh jadi ni!" Yaya terbangkan diri dia untuk keluar dari hutan tersebut "KUASA APUNGAN GRAVITY!" Beberapa askar itik robot terperangkap di dalam bola kuasa Yaya dan mereka semua terapung di udara
"TEMBAK BUDAK PEREMPUAN TU!"
"FAYE! KAU DAH GILA KE? INI BUKAN DIRI KAU!" Yaya tidak mahu menyerang kawan baik dia sendiri. Pada masa yang sama, dia tidak tahu apa yang dia patut lakukan "Faye, baik kau sedarkan diri kau. Kau di dalam kawalan oleh alien durjana. INGAT BALIK DIRI KAU SEMULA!"
"Ingat aku akan dengar kata-kata kau!" Faye tetap dengan kedegilannya "CEPAT! TEMBAK DAN TANGKAP MEREKA!" Askar-askar itik itu terus menghalangkan pistol mereka ke arah Yaya
"Maaf Faye.. TAPI AKU TERPAKSA!" Yaya melempar beberapa askar itik yang terperangkap di dalam bola kuasanya. Setiap kali askar itik tembak ke arah dia, Yaya akan melempar bola kuasanya ke arah tembakan itu. Beberapa letupan berlaku di udara
"AKU KENA TOLONG YAYA! LARIAN LAJU!" Ying memecut dan pada masa yang sama, larian laju dia buatkan askar-askar itik itu terjatuh kerana terkena tangan Ying sebagai penghadang "Hehehee.. rasakan!"
"YAH! TETAKAN HALILINTAR!" Boboiboy Halilintar keluar dari tanah pelindung itu. Dia terus musnahkan beberapa askar itik itu "KORANG! ASKAR-ASKAR INI BUKAN SEPERTI HARI TU! DIA TIDAK HIDUP BALIK SEMULA!"
"Kalau macam tu.. TUKARAN MAKANAN!" Setengah askar itu bertukar menjadi biskut "Hehehee.. macam mana jadi biskut? Sedap? Hahahaa!"
"YAH YAH YAH!" Bella menhentam beberapa askar itik itu dengan pedang yang diberikan oleh Emmy tadi. Lily sebagai pelindung Bella dengan menggunakan gelang perisai dia. Setiap kali perisai itu terkena tembakan, mereka boleh nampak perisai bulat dalam warna lut sinar terbentuk "CEPAT! MEREKA SEMAKIN SIKIT!" jerit Bella dengan penuh keyakinan
"Isk! BIAR AKU URUSKAN MEREKA!" Harraz berikan tembakan bertubi-tubi ke arah mereka. Askar-askar itik robot sudah habis dimusnahkan oleh para adiwira bumi
"Macam mana ni Boboiboy? Harraz kawan kita.. mana boleh serang dia?" Yaya mendarat di sebelah Boboiboy Halilintar
"Hmmm... nak bagi dia pengsan ke?"
"Cadangan yang bagus tu, Boboiboy. TUKARAN TANGAN BESI!" Gopal terus berlari ke arah Harraz. Dia dilindungi oleh Boboiboy Halilintar yang masih lagi tidak putus menembak ke arah mereka tetapi sebelum sempat Gopal ketuk kepala Harraz. Tiba-tiba sahaja Harraz berubah menjadi kucing hitam dan putih. Bukan dia sahaja, Faye pun turut bertukar menjadi kucing "Hahaha! Kan dah jadi kucing. Selamat tak kena ketuk dengan tangan besi aku ni" Kucing itu terus cakar kaki, tangan dan muka Gopal
"TOLONG AKU BOBOIBOY! KUCING NI MENGGANAS!" Gopal berlari sekitar hadapan piramid itu "JANGANLAH CAKAR AKU LAGI!" Selepas itu Faye menyerang Gopal. Maka, habislah badan Gopal penuh dengan cakaran kucing
"Aduh... selamat aku bawa biskut kucing"
"Errr.. Lahap bawa biskut kucing kenapa?" tanya Boboiboy yang sudah kembali menjadi biasa
"Sebab aku suka makan biskut kucing ni.. sedap.. nak cuba?" Boboiboy tersengih kepada Lahap yang sudah pergi ke depan untuk selamatkan Gopal daripada kucing-kucing itu "Meow meow.. meh sini meh, aku ada makanan biskut kucing ni"
"BISKUT!" Faye dan Harraz melompat turun dari Gopal dan terus berlari ke arah Lahap. Biskut kucing itu sudah di taburkan di atas permukaan tanah. Lalu mereka makan dengan gembiranya. Lahap belai kepala mereka berdua
"Comelnya dia orang ni jadi kucing. Jom kita masuk kapal angkasa ok" Lalu Lahap mengangkat kedua kucing itu tanpa masalah. Dia terus beredar dari situ untuk masukkan kucing-kucing itu di dalam penjara kapal angkasa supaya mereka tidak terlepas lari. Gopal sudah terdampar di situ
"Hehehee... Lily berjaya menggunakan gelang loceng ini!" Tanpa tidak sengajanya, Lily tergoyang-goyangkan loceng itu dan mereka semua bertukar menjadi kucing "WEEEEE! KUCING SELAMANYA!"
"LILY! TUKARKAN KAMI BALIK!"
"Adeh, sakit telinga Lily" Lalu Lily tukarkan mereka balik menjadi manusia "Hehehee... maaf semua"
"Takpe, kau tak sengaja pun. Oklah, jom kita bergerak ke piramid tu dan cari abang Kaizo dan kak Lynna" kata Boboiboy sambil berjalan ke sebuah tangga yang terletak di tengah-tengah piramid tersebut. Tangga itu amat tinggi dan agak curam tetapi ianya bukanlah penghalang bagi mereka semua
"Hmmm... korang tak takut ke tiba-tiba mummy keluar dari piramid tu? Entah-entah abang Kaizo dan kak Lynna SUDAH BERUBAH MENJADI MUMMY!" Lily terus terbayang Kaizo dan Lynna dibalut dan dijadikan sebagai mumia atau zombie mumia "ERK! Menakutkan"
"Jangan fikir yang bukan-bukanlah, Lily. Mereka tidak akan berubah menjadi mummy" Bella menaiki tangga curam itu bersama Lily "Tapi apa-apa berlaku, Lily kau kena tukarkan abang Kaizo dan kak Lynna jadi kucing"
"Dan aku mesti jadi mangsa kena cakar lagi" kata Gopal yang sudah tidak larat untuk panjat tangga yang curam itu
"Hehehee.. bertabah ajelah Gopal. Lagipun ini misi untuk selamatkan mereka. Halang pertama kita sudah tempuhi, sekarang halang kedua pula akan bakal berlaku"
"Janganlah Boboiboy, aku tak nak tempuhi beberapa halangan yang kita kena berlawan nanti" mengeluh Gopal. Dia terus duduk di anak tangga apabila mereka sudah sampai di puncaknya. Di depan tangga itu terdapat sebuah pintu gerbang yang diperbuat daripada emas
"Hmmm... macam ada emas aje dalam piramid ni" kata Yaya "Tapi aku selalu tengok movie, kalau sesiapa sahaja sentuh emas-emas di dalam piramid atau tempat berahsia, nanti mesti akan berlaku sesuatu"
"Yolah.. aku pun pernah tengok movie macam itu juga. Jadi kita jangan sentuh apa-apa barang di dalam piramid itu nanti. Misi kita hanya untuk cari dan selamatkan abang Kaizo dan kak Lynna sahaja"
"Inga tu Gopal!" Yaya dan Ying menjerit serentak kepada Gopal
"Yelah yelah.. aku tak kan sentuh apa-apa tapi.." Lalu sebuah kamera telah dikeluarkan dari poket seluar dia "HAHAHAA! AKU TIDAK AKAN SIA-SIAKAN MISI KITA DENGAN MENANGKAP GAMBAR SEBAGAI KENANGAN KITA BERSAMA!"
"Aduh.. apa-apa ajelah kawan aku sorang lagi ni" Boboiboy menepuk dahinya sendiri "Jomlah masuk" Dia menjadi orang pertama melangkah masuk ke dalam piramid itu. Keadaan di dalam piramid itu agak gelap, lalu dia keluarkan kuasa apinya
"Me-menakutkan betul" Lily sorok di belakang Bella sambil pegang kedua belah bahu kawan baiknya "Macam mana kalau tiba-tiba keluar hantu mummmy dekat dalam piramid ni"
"Kalau ada hantu pun, kita kenalah berani dan hapuskan hantu itu" kata Yaya
"Syhhh... aku dengar sesuatu dekat depan tu" Boboiboy berjalan secara perlahan di depan. Kawan-kawan dia semuanya di belakang. Mereka menjadi senyap seketika apabila terdengar bunyi orang sedang berjalan secara perlahan-lahan
"Hantu mummy ke tu?" Lily sudah menggigil di belakang Bella "My BBB-CHAN, buatlah sesuatu" Boboiboy suruh mereka berhenti bergerak dan biarkan dia berjalan ke depan dahulu. Boboiboy angkat tangan kanannya untuk menyinari di hadapan dia dengan kuasa apinya. Mereka ternampak seekor hantu mumia sedang heret kakinya di sebelah kanan dan kaki kirinya berjalan seperti biasa. Hantu itu tidak mempunyai mata ataupun mulut. Seluruh badan dia dibalut dengan sehelai kain putih yang sudah kotor. Ianya datang dekat kepada mereka
"HANTU MUMMY!" Mereka menjerit sekuat hati
Boboiboy dengan perasaan cemasnya, dia melempar kuasa apinya ke arah hantu mumia itu. Lalu hantu itu menjerit seperti pontianak mengilai dan terus bertukar menjadi pasir. Mereka menjerit lagi kerana keadaan menjadi gelap gelita. Di dalam kegelapan itu, sempat lagi Gopal menangis sebab takut
"Aku nak balik! Kenapa misi kali ni menyeramkan sangat"
"Mana ada seram sangat pun. Cuma kita tak sangka hantu mummy tu ada dekat planet ni.. pelik bebenar" kata Boboiboy di dalam keadaan gelap itu
"Wei Boboiboy, cepat keluarkan kuasa api lu.. gelap sangat ni" timbul suara Ying pula
"Jangan Boboiboy, tak pasal-pasal hantu mummy tu ada dekat dengan kita. Aku tak nak tengok hantu tu lagi. Sudahlah hantu badut suka sangat takutkan aku, sekarang ni hantu mummy pula"
"Isk, kau ni Gopal. Mana ada hantu mummy dengan kita sekarang ni" Boboiboy terus keluarkan kuasa api dia lagi sekali "Hah, mana ada hantu.." Gopal tersengih di belakang Yaya dan Ying "Mari kita teruskan daripada berdiri sini lama-lama"
Mereka teruskan berjalan sehingga mereka sampai ke sebuah tangga untuk turun dari situ. Masing-masing melihat apa yang ada di bawah itu tetapi semuanya gelap. Mereka terpaksa turun dari situ untuk melihat apa yang ada di bawah piramid itu. Gopal masih menggigil lagi. Dia tidak mahu berada di belakang sekali. Kalau boleh dia mahu berada di belakang kawan baik dia iaitu Boboiboy. Bella dengan langkah berjaga-jaga, dia memegang erat pedang dia. Makin jauh mereka berada, makin panas mereka terasa. Mereka sudah berpeluh di situ dan tidak tahan dengan kepanasan di dalam piramid tersebut. Sampai sahaja di bahagian bawah, mereka berhenti sekejap
"Boboiboy, kau tukar jadi Taufan sekejap"
"Kenapa pulak, Yaya?"
"Kita orang semua tengah berpeluh.. panas sangat dalam ni. Macam tiada udara"
"Yolah.. aku pun rasa macam tidak boleh bernafas maaa" kata Ying yang sudah bengkokkan badan dia dengan kedua tapak tangannya pegang lutut dia
"Ok ok" Boboiboy padamkan kuasa api dia. Keadaan di situ menjadi gelap semula dan terus berubah menjadi Boboiboy Taufan "Errr.. macam mana kita nak tengok jalan kalau sudah gelap macam ni"
"Haiyaa.. senang sahaja maa" Ying pasangkan lampu yang ada di jam kuasanya. Cahaya lampu di jam kuasanya menyinari keadaan di situ sedikit sahaja. Lalu Yaya dan Gopal menyinari sekeliling mereka dengan jam kuasa mereka
"Ohhh.. hehehee... aku duduk belakang korang dan berikan angin dengan kuasa angin aku ni"
"Ok! Jom kita teruskan perjalanan!" Kali ini Yaya pula di hadapan dan Boboiboy Taufan berada di bahagian belakang sambil menghembuskan sedikit angin kepada mereka supaya tidak terasa panas.
Makin jauh mereka berjalan, makin dekat mereka dengan sebuah tempat yang penuh dengan api-api menyinari tempat itu. Gopal, Yaya dan Ying boleh tutup jam kuasanya. Tempat itu luas dan tiada barang yang berharga. Di tengah-tengah tempat itu ada dua batu leper dan di atasnya ada dua orang sedang baring tertidur. Kaizo dan Lynna terbaring di atas batu leper yang berasingan. Mereka berdua kelihatan tenang dan tiada kesan luka ataupun lebam di tubuh badan mereka. Para adiwira berlari masuk ke dalam tempat itu untuk pergi kejutkan Kaizo dan Lynna
"Abang Kaizo!"
"Kak Lynna!"
"Hahahaa... jangan harap kau dapat bangunkan mereka" Sebuah hologram terpancar di tengah-tengah itu. Muka orang gelap dan tidak nampak bagaimana rupanya "Semangat yang korang ada ni, memang sangat mengagumkan!"
"Kau nak apa hah dengan dia orang ni?" tanya Boboiboy yang sudah naik marah
"Aku cuma nak bermain-main dengan korang sahaja. Aku nak tengok berapa lama korang dapat berlawan dengan mereka berdua. Bangunlah wahai Kapten Kaizo dan Lynna, bangun dan ikut arahan aku. Hapuskan mereka!" Kaizo dan Lynna terus membuka mata mereka dan lalu bangun dari situ. Boboiboy dan kawan-kawan dia berundur sedikit demi sedikit "Sekarang, sudah tibanya untuk kamu bermain dengan mereka pula.. HAHAHAHAAAAAA!" Hologram itu hilang dari situ
"Takut pula nak berlawan dengan abang Kaizo dan kak Lynna" bisik Gopal kepada kawan-kawan dia
"Habis tu, tak kan kita nak berdiam diri pula. Kita kena lawan"
"My BBB-CHAN, Lily nak bagi satu-" Tetapi Boboiboy Taufan sudah terbang pergi dengan hoverboardnya "ERRR... BOBOIBOY!"
"LILY TUNDUK!" Beberapa serangan berapi meluru ke arah Lily
"TUKARAN CEKODOK CHOCOLATE!" Bebola api itu bertukar menjadi cekodok chocolate "Hehehee... pasti kak Lynna akan serang kita lagi" Memang betul, Lynna berikan semburan api pula kali ini. Lily terus angkat tangan kanannya untuk melindungi Gopal dengan gelang perisai dia. Perisai lutsinar terbentuk apabila semburan api itu terkena gelang perisai itu
"Pa-panasnya" kata Lily
"GOPAL! LILY!" Yaya terbangkan diri dia untuk pergi menyerang Lynna supaya hentikan serangan itu terhadap Gopal dan Lily "Kak Lynna! hentikan!"
"Hentikan? Aku tak kan hentikan serangan aku!" Lynna mengalih serangan dia kepada Yaya. Lingkaran api terbentuk di sekeliling Lynna "SERANG DIA!" Dia menghalakan tangannya ke arah Yaya
"YAYA!"
"KUASA SLOW MO!" Ying perlahankan serangan itu "LOMPATAN LAJU!" Ying melompat dari satu batu ke satu batu secara pantas untuk pergi menyelamatkan Yaya. Dia melompat dan terus peluk Yaya. Mereka berdua terjatuh di atas lantai piramid itu. Lingkaran api itu bergerak dengan biasanya dan terus terkena dinding piramid
"TOLAKAN TENAGA!" Boboiboy Taufan tercampak dan lalu terjatuh. Diri dia kembali menjadi Boboiboy biasa. Kaizo dan Lynna kini berada di atas batu leper dengan senyuman sinis mereka. Kedua-dua mereka bersilang tangan sambil perhatikan para adiwira
"Dia orang terlalu kuat sangat" kata Boboiboy sambil pegang bahu dia "Kita kena serang mereka bersama"
"BBB-CHAN! LILY ADA CADAN-" Boboiboy sudah bertukar menjadi Boboiboy Gempa pula dan terus pergi tanpa mendengar cadangan dari Lily. Bella menyerang Kaizo dan Lynna dari belakang "Adeh.. terpaksalah Lily buat sendiri"
"TANAH TINGGI!" Sebuah tanah beralun-alun seperti ombak terus datang ke arah Kaizo dan Lynna tetapi Kaizo sudah pun melompat kebelakang dan Lynna sudah pun terbangkan diri dia
"YAHHH!" Bella menghayunkan pedang dia tetapi Kaizo sudah keluarkan pedang tenaga dia. Bella tidak sangka serangan dia dapat diketahui oleh Kaizo. Kini dia terpaksa menahan diri dia daripada terkena pedang tenaga Kaizo. Dia tahan pedang Kaizo dengan menggunakan pedang dia sendiri
"BELLA!" Yaya dan Ying pergi menolong Bella. Lynna berikan letupan di lantai piramid itu dan menyebabkan Ying terpelanting kebelakang dan jatuh di atas lantai
"YING!" Yaya berhenti seketika "KAK LYNNA! HENTIKAN SEMUA INI!"
"Buat apa" balas Lynna "SEKARANG GILIRAN KAU PULA!" Lynna tunding jarinya ke arah Yaya dan keluarkan kuasa apinya di hujung jarinya
"LARI YAYA!" jerit Boboiboy Gempa "BOBOIBOY HALILINTAR! GERAKAN KILAT!" Boboiboy Halilintar menyerang Lynna dengan pedang halilintarnya
"TETAKAN TENAGA!" Kaizo datang melindungi Lynna. Bella sudah ditewaskan oleh Kaizo. Tangan Bella sedikit cedera sehingga dia tidak dapat pegang pedangnya "HAHAAHAA! HABISLAH KAMU SEMUA!" Kaizo tergelak gila di situ
"Abang Kaizo! Hentikan kegilaan ini! INI BUKAN ABANG KAIZO DAN KAK LYNNA YANG SEBENARNYA!" Boboiboy Halilintar menahan pedang halilintar daripada ditolak oleh pedang tenaga Kaizo
"Mari aku tolong kau, Kaizo" Lynna melempar beberapa kuasa apinya ke arah Boboiboy Halilintar
"JANGANNN!" Yaya dan Gopal tidak sanggup melihat Kaizo dan Lynna hapuskan kawan baik mereka
"TUKARAN GULA-GULA GETAH!" Bebola api tadi bertukar menjadi gula-gula getah tetapi terkena juga Boboiboy Halilintar. Lalu dia terjatuh dan terhempap dengan beberapa gula-gula getah yang besar seperti bola sepak. Boboiboy berubah menjadi Boboiboy biasa
"ALAMAK! Maafkan aku Boboiboy" Gopal berlari ke arah Boboiboy
"Sekarang tinggal dua" kata Kaizo "Hahahaaaa!"
"ABANG KAPTEN ITIK HOT SALAH! TINGGA TIGA SEBENARNYA!" Lily terus goncangkan gelang locengnya. Kaizo melihat dirinya berubah menjadi seekor kucing
"KAIZO! ISK! KAU NI MEMANG NAK KENA!" Lynna terbang dengan pantasnya ke arah Lily "JAGA KAU!" Lily tersenyum lebar kepada Lynna. Semakin lama semakin hampir dengan Lily dan lalu dia mengangkat tangannya dan goncangkan gelang locengnya. Lynna berubah menjadi kucing serta merta tetapi mereka tidak berhenti di situ sahaja. Kaizo dan Lynna melihat Lily dengan bulu mereka sudah terangkat naik
"ERK?!" Lily terus larikan diri kerana kedua kucing itu sudah mengamuk
"TUKARAN IKAN GORENG!" Seketul batu besar bertukar menjadi ikan goreng. Kucing-kucing itu berhenti kerana terbau makanan yang sangat menyelerakan perut mereka "Meh meh.. makan makan.. sedap ni"
"MEOW!" Kaizo dan Lynna berlari ke arah ikan goreng itu tetapi Kaizo sempat lagi mencakar kaki Lily sebelum pergi makan
"Cheh! Sempat lagi cakar kaki Lily.. uwaaaaaa!" Yaya tergelak melihat gelagat Lily yang begitu comel itu
"Heheheee... terbaik" Boboiboy terus pengsankan diri dia balik di dalam timbunan gula-gula getah
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Ibu..."
"Rizu?" Mata Rizu terbuka secara perlahan
"Ibu.. Pizu dekat mana?"
"RIZU! RIZU SUDAH TERJAGA!" Ibu Rizu terus peluk anaknya sambil menangis "Ibu risaukan tentang Rizu.. Rizu sekarang berada di hospital"
"Terima kasih ibu kerana risaukan tentang Pizu tapi.. mana abang Fang?" Ibu dia lepaskan pelukan itu dan lalu melihat mata anaknya "Kenapa ibu?"
"Ibu.. sebenarnya.. nak halang Rizu daripada berkawan dengan mereka lagi"
"Kenapa ibu?" tanya Rizu dengan nada yang agak lemah "Janganlah halang hubungan kami ibu. Pizu sayangkan abang Fang dan abang Kaizo"
"Ibu tahu tapi... tengoklah apa yang sudah terjadi ini. Kalau Rizu nak tahu, ibu sentiasa risaukan tentang keselamatan Rizu sebab Rizu suka ikuti pengembaraan mereka yang bahaya itu. Ibu tahu abang Kaizo kamu tu akan bertanggungjawab tapi kali ini.. dia dan kak Lynna cederakan Rizu. Ibu takut kalau ibu kehilangan Rizu sebab itu ibu tidak mahu Rizu berkawan dengan mereka balik.. maafkan ibu"
"Ibu, Pizu faham tapi.. itu bukan mereka, ibu. Mereka telah dipergunakan oleh alien jahat. Jangan salahkan mereka, ibu. Kalau ibu halang Pizu pun, nanti Pizu akan kembali seperti dulu"
"Ibu tahu Rizu.. ibu tak nak anak ibu sedih. Ibu tak suka melihat Rizu bersedihan. Ibu nak Rizu sentiasa ceria, cergas, aktive dan berusaha untuk mencapai impian Rizu. Jadi ibu tak nak putuskan persahabatan Rizu dengan mereka. Ibu yakin abang Kaizo dan kak Lynna akan maafkan Rizu" Ibu Rizu belai rambut anaknya. Dia cium dahi Rizu sedikit
"Ibu.. abang Fang ok ke?"
"Abang Fang belum ok lagi" Rizu dikejutkan dengan puppet arnab. Lalu Idoli munculkan diri dia dari bawah "Abang Rizu dah bangun! tapi abang Fang masih belum lagi bangun"
"Hmm.. Pizu berharap abang Fang akan bangun. Idoli seorang sahaja ke?"
"Takdelah, Idoli datang dekat sini dengan abang bebola kuning dan Tok Aba. Kakak Emmy masih lagi dekat makmal. Oh yea.. Idoli ada bawakan sesuatu untuk abang Rizu!" Idoli terus letak Picu di tepi katil Rizu
"PICU!" Rizu sangat gembira dapat melihat Picu. Lidah Picu terjulur keluar dan mata dia asyik pejam kelip sahaja
"Comelnya makhluk ni" kata ibu Rizu "Nama dia Picu?"
"Ha ah ibu.. mari Pizu ceritakan tentang Picu ni. Ibu nak tahu tak.." Maka dengan itu, Rizu berceloteh di dalam bilik wadnya sambil di dengari oleh ibu dia dan juga Idoli. Hati Rizu masih lagi risaukan tentang Fang. Berapa lama Fang akan koma, hanya masa akan beritahu
----------------------------------------------------------------------------------------------------
"ABANG MASKOT!" Emmy begitu gembira sekali dapat menghubungi kapal angkasa Kaizo
"Kenapa Emmy?" tanya Lahap
"Emmy ada berita gembira! Emmy sudah dapat idea untuk pulihkan abang beruang, kakak angsa, kakak pear dan abang buku. Tadi kawan baik kakak angsa singgah sini sekejap dan berikan batu permata kepada Emmy. Dia cakap kuasa dari batu permata itu dapat pulihkan mereka berempat. Abang maskot sudah berjaya bawa mereka pulang ke bumi?"
"Sudah tapi dia orang dalam bentuk kucing pula. Abang maskot sudah kurungkan mereka berempat di dalam penjara kapal angkasa" Memang betul kata Lahap. Kaizo, Lynna, Faye dan Harraz di sumbatkan ke dalam penjara. Mereka telah pun dibekalkan dengan makanan dan kini, mereka sedang tidur dengan nyenyaknya kerana terlampau kenyang sangat
"Wah! Mesti comel kucing-kucing tu.. heheehe.. Emmy akan tunggu kamu semua sampai di bumi" Terus hilang wajah Emmy dari skrin kapal angkasa itu. Lalu Lahap memandu kapal angkasa kaptennya dengan tenang tetapi ketenangan itu tidak lama apabila dia telah diganggu oleh Lily. Diri dia asyik berubah menjadi seekor kucing sahaja, sampai dia sendiri naik angin dengan Lily
"AKU HUMBAN JUGA SI PELIK NI DEKAT PLANET PELIK!" Lahap mengamuk di dalam kapal angkasa itu
"Hmm.. lambatlah kita sampai bumi nanti ni"
"Tahu takpe Boboiboy" balas Gopal sambil melihat Lily dikejar oleh Lahap yang sekejap bertukar menjadi kucing, sekejap kembali kepada yang asal, sekejap kucing, sekejap kembali kepada yang asal. Begitulah kekecohan di dalam kapal angkasa itu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top