Senyum
Kaizo membuka pintu pagar halaman rumah dia. Lalu dia masuk ke dalam dan dia terserempak dengan sebuah istana kotak yang dibuat oleh Rizu dan Idoli semalam. Dia tidak tahu kenapa istana kotak itu berada di luar rumah. Dia tidak terfikir langsung tentang kedua budak kecil itu sedang menyorok di dalam istana kotak itu secara senyap. Mereka berdua menunggu kepulangan Kaizo dari kapal angkasa dan sudah bersiap sedia untuk serang Kaizo dengan pistol air mereka. Rizu melihat sedikit di lubang pada kotak itu dan sasaran mereka sedang bergerak ke pintu rumah. Dia dan Idoli ketawa kecil di dalam kotak itu
"Syhhh.. hehee" Rizu bangun dan lalu tembak pistol air dia ke arah Kaizo "SERANG ABANG PAIZO!" Rizu dan Idoli berlari keluar untuk menyerang Kaizo dengan pistol air lagi
"SERANG!" Idoli menembak pistol air dia. Mereka berdua tergelak melihat baju Kaizo sudah basah kuyup akibat serangan tadi. Rambut Kaizo masih terselamat lagi daripada terkena pancutan air tadi "Hehehee... kita berjaya!"
"PANGGGGGGGGGG!"
Jauh dari situ, Fang terbersin semasa dia membuat kerja latihan sejarah. Dia mengosok-gosok hidungnya dan tidak mensyaki apa-apa. Dia sambung sahaja buat kerja latihan di dalam kelasnya
Kembali di halaman rumah Fang dan Kaizo, dua budak kecil itu masih tergelak lagi tapi mereka rasa pelik, kenapa Kaizo menjerit nama Fang bukan mereka?
"Abang Paizo.. mana ada abang Fang dekat sini. Abang Fang kan dekat sekolah" Rizu garu-garu kepala dia
"Maaf, abang sudah terbiasa menjerit nama dia.. tapi.. KENAPA KAMU BERDUA SERANG ABANG DENGAN PISTOL AIR?"
"Heheheee... kita orang nak main-main dengan abang Paizo" kata Rizu sambil tersenyum nakal "Abang Paizo selalu buat muka serius. Kalau gelak ketawa dengan kita orang pun kadang-kadang aje. Abang Paizo marah kita orang ke?"
"Abang Kaizo janganlah marah.. nanti abang Kaizo cepat tua" Berkerut-kerut dahi Kaizo apabila dia dengar kata-kata Idoli tadi "Abang Kaizo kenalah sentiasa ceria supaya abang Kaizo nampak muda. Mesti kak Lynna akan terpikat dengan wajah abang Kaizo yang sentiasa muda"
"Apa yang kau sedang merepek ni?" Idoli tidak begitu takut dengan suara marah Kaizo. Dia hanya tersenyum sahaja "Kau memang tidak takut dengan kegarangan aku. Bagus Idoli bagus.. beginilah peminat kecil aku yang tidak begitu takut dengan sikap aku yang begitu kejam sekali"
"Tapi abang Paizo.. ada dua orang lagi yang tak takut dengan abang Paizo"
"Siapakah mereka itu, Rizu?" tanya Kaizo sambil angkat kening sebelah
"Kakak Lynna! Dia mana takut dengan abang Paizo... dan seorang lagi ialah kakak Lily! Dia suka sangat tengok abang Paizo mengamuk tak tentu pasal. Dia cakap muka abang Paizo sentiasa serius, nak senyum pun kadang-kadang aje. Itu pun kalau semasa abang Paizo sedang beramah mesra, bermanja-manja dengan abang Fang atau kak Lynna ada dekat sini. Tak pun semasa Pizu bermain dengan Idoli"
"Abang Kaizo senyumlah... mesti semua akan terpikat dengan senyuman manis abang Kaizo" pujuk Idoli sambil tarik-tarik tangan kanan Kaizo "Kalau abang Kaizo senyum, mesti ramai gadis akan pengsan"
"Kalau kakak Lily ada, mesti dia akan gelakan abang Paizo sebab tak reti nak senyum" Rizu tergelak di situ sambil bayangkan Lily ketawa berguling-guling di atas tanah dan Kaizo pula, masih lagi dengan muka serius "Kenapa kakak Lily tak dapat datang hari ni yea?"
"Sebab abang halau dia. Asyik nak menyusahkan kehidupan aku sahaja" Kaizo terus pergi membuka pintu rumah dia "Tapi sudah beberapa kali aku halau dia, si pelik tu masih lagi nak datang ke sini. Entah apa masalah si pelik tu"
"Apa yang kau sedang katakan tu, Kaizo?" Kaizo ternampak Lynna yang ada di muka pintu dapur. Muka Lynna penuh dengan kesan-kesan tepung, lalu dia tergelak sedikit. Rizu dan Idoli ada di belakang dia, mereka tersenyum kerana terdengar gelakan kecil dari Kaizo "Ke-kenapa kau gelak? Ada apa-apa dekat muka aku ke?" Lynna lap muka dia dengan tangan dia yang ada kesan kotor sedikit. Makin banyaklah kesan kotor di muka Lynna
Kaizo ketawa lagi, lalu Lynna masuk ke dalam dapur dengan perasaan malu dia. Kaizo tenangkan diri dia balik dan berhenti gelak
"Hehehee.. comellah abang Paizo ketawa tadi tapi kasihan kakak Lynna sebab abang Paizo ketawakan dia"
"Abang ketawakan dia sebab..." Kaizo terdiam sebentar "Sebab.."
"Sebab apa abang Kaizo?" Tanya Idoli yang sudah tersenyum lebar di situ "HAH! ABANG KAIZO TERPIKAT DENGAN KAK LYNNA! HEHHEEHEHEE!"
"JANGAN NAK MENGARUT!" Kaizo terus naik ke atas. Dia pergi masuk ke dalam bilik dia dan menghempas pintunya dengan begitu kuat sekali. Rizu dan Idoli masih tergelak di situ
"Kenapa dengan abang Kaizo tadi tu?" Lynna keluar balik dari dapur. Kali ini muka dia sudah dibersihkan dengan air sinki tadi. Dia nampak kedua budak kecil itu masih lagi ketawa di ruang tamu. Lynna mencekak pinggang dia dan terus berkata sesuatu "Hah, korang buat abang Kaizo marah yea. Apa yang kamu berdua katakan kepada abang Kaizo sampai buat dia marah?"
"Kita orang tak buat apa-apa pun, kak Lynna" balas Idoli "Kita orang cuma tanya kenapa abang Kaizo ketawa tadi"
"Lepas abang Paizo tak dapat nak jawab pula.. lepas tu dia marah-marahkan kita orang"
"Atau sebab korang kenakan abang Kaizo dengan kak Lynna yea" Lynna cuit hidung Rizu dan Idoli "Nakal betul kamu berdua ni. Jom tolong akak buat cookies"
"Chocolate chip cookies ke?" tanya Idoli. Perasaan risau mula timbul sebab dia takut kalau dia termakan chocolate dan akan menyebabkan dia menjadi tak tentu arah atau lebih dikatakan menjadi anak kucing mengamuk
"Jangan risau Idoli, ini adalah biskut green tea. Heheehe... makanan kesukaan abang Kaizo" Lynna dukung Idoli dan bawa dia masuk ke dalam dapur. Rizu ikut di belakang Lynna dengan senyuman nakal dia
"Hehehe.. kakak Lynna dan abang Paizo.. memang dua-dua tak nak mengaku tapi takpe.. kita orang ikut sahaja!" Lynna tersenyum sedikit dengan kata-kata Rizu tadi "Kakak Lynna, Pizu ada cadangan"
"Cadangan apa, Rizu?" Lynna letak Idoli di atas kerusi
"Kita buat biskut ni dalam bentuk hati"
"Kenapa?" tanya Lynna kepada Rizu
"Kakak Lynna nak tahu sebab apa?" Lynna angguk sahaja kepada Rizu "Sebab.. bila kakak Lynna buat biskut green tea, abang Paizo akan makan. Tapi kakak Lynna tak rasa pelik ke, abang Paizo tu tak suka makan biskut. Kalau kakak Lynna atau abang Fang yang buat biskut green tea, mesti dia akan makan"
"Rizu ni.. mesti fikirkan macam-macam dekat dalam kepala tu. Dia tak nak kecewakan hati akak dan Fang lah tu, sebab tu dia makan. Lagipun abang Kaizo kan suka makanan yang ada kena mengena dengan green tea atau lobak merah dia.. hehehee.. sudah sudah, jangan nak fikirkan yang bukan-bukan. Mari tolong akak buat cookies ni"
"OK!" jawab Rizu dan Idoli secara serentak
--------------------------------------------------------------------------------------------
"Hari ini perut ku rasa senang hati kerana dapat makanan dari Mimiko lagi! Jimatlah duit ku untuk membeli game terbaru dari Papa Zola!" Gopal berjoget-joget di tepi padang sekolah sambil bernyanyi. Para pelajar yang lalu lalang di situ, tergelak kecil melihat Gopal berjoget seorang diri di situ. Kawan-kawan dia yang lain, semuanya duduk jauh daripada dia sebab rasa malu
"Game Papa Zola yang baru? Berapa banyak game Papa Zola ada?"
"Entahlah Fang tapi aku dengar, game terbaru ni adalah game pertama mengenai dengan hantu. Papa Zola akan berlawan dengan hantu" kata Boboiboy sambil melihat Gopal berjoget lagi "Tapi aku lagi seronok bila si Mimiko dah tak kejar aku lagi"
"Sukalah kau.. entah-entah bulan depan, dia ubah fikiran dia balik, kejar kau balik.. hahahaa!"
"Takdelah yea Fang tapi aku nak tengok juga kalau ada peminat kau seorang perempuan asyik kejar kau sahaja. Mesti tiap-tiap hari kau rasa nak mengamuk tak tentu pasal" Boboiboy bayangkan Fang keluarkan penguin gergasi untuk menghalau peminat-peminat dia "Hehehee... boleh terbayang aku"
"Wei, kau jangan nak bayangkan yang bukan-bukan" Mata Fang asyik pandang sekumpulan pelajar lelaki sedang bermain bola sepak di padang sekolah. Mereka adalah ahli-ahli club bola sepak "Hmmm.. kita dua aje ke dekat sini? Seorang lagi tu tengah meroyan lagi dekat sana" Boboiboy melihat Gopal balik, dia masih lagi berjoget tetapi kali ini dengan iringan lagu Bollywood
"Yaya, Ying, Bella dan Faye ada dekat sana. Tengah ulangkaji sama-sama"
"Hmm.. rajinnya dia orang. Aku pula yang rasa bosan dekat sini. Kau takde rancangan apa-apa ke Boboiboy? Idea nakal ke? Kenakan si Gopal tu ke, kacau abang aku ke, cari pasal dengan sesiapa ke atau kita pergi melencong ke tempat lain"
"Wei, kau nak ponteng sekolah ke?" marah Boboiboy
"Mana adalah, aku cakap aje. Kalau aku ponteng sekolah, mengamuklah abang aku" Fang menguap besar di situ "Aku rasa waktu rehat kita ni macam lama aje.. hmmm... aku pergi masuk kelas dululah"
"Awalnya kau nak masuk kelas"
"Takde benda nak buat Boboiboy. Nak makan, tak rasa lapar pula. Aku bukannya macam Gopal yang suka sangat makan. Baik aku pergi ulangkaji dekat dalam kelas, jadi macam Harraz. Menghadap buku aje.. jumpa lagi" Fang bangun dari tempat duduk dia. Lalu dia tinggalkan Boboiboy keseorangan di situ.
Dia berjalan sambil kedua belah tangannya menyeluk masuk ke dalam poket seluarnya. Tiba-tiba pemikiran dia fikirkan tentang abang dia. Wajah abang dia terlintas di dalam pemikiran dia. Gelak ketawa dia abang dia boleh didengari di dalam pemikiran dia juga. Suara-suara abang dia yang garang itu dan juga suara serius abang dia
"Apasal tiba-tiba aku fikirkan tentang abang aku? Entah-entah sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap abang aku" Fang cepat-cepat pergi ke tempat yang sunyi untuk menghubungi abang dia. Fang mengambil haluan ke belakang sekolah, tempat yang jarang ada pelajar lain untuk berehat di situ. Hologram Kaizo muncul di jam kuasa Fang
"Kenapa Pang? Kenapa kau menghubungi aku?"
"Adik nak katakan adik sayang sangat dekat abang"
"Apahal dengan kau ni? Tiba-tiba hubungi abang sebab perkara itu aje. Kau buat sesuatu perkara yang buruk ke?" tanya Kaizo sambil angkat kening sebelah "Kau jangan nak buat nakal dekat sekolah, kalau tidak.. aku akan bawa kau pergi jauh daripada planet bumi"
"Macamlah abanag akan buat" bisik Fang dengan perasaan geram dia
"APA KAU CAKAP PANG!"
"Takde apa-apalah abang" Fang tersengih kepada abang dia "Adik hubungi abang sebab adik nak periksa keadaan abang aje. Takde alien datang menyerang abang kan? atau musuh kak Lynna cuba ambil abang dari kak Lynna dan pisahkan korang berdua"
"APA YANG KAU MERAPU NI?"
"Jangan jerit boleh tak?"
"Abang tak kan menjerit kalau kau tidak merapu dekat situ" Kaizo berikan renungan tajam kepada adiknya "Bukan ke abang yang sepatutnya periksa diri kau kerana kau tu selalu sangat kena rasuk dengan benda-benda jahat. Entah kenapa kejahatan selalu mencari kau. Mungkin kau tu banyak sangat buat nakal, sebab itu kau tu terlalu mudah menjadi jahat. Cubalah jadi budak yang baik seperti kawan-kawan kau tapi bukan macam si pelik tu. Bila kau jadi pelik, naik pening kepala abang.. bukan abang sahaja, kawan-kawan kau pun naik pening juga"
"Abang nak membebel dekat adik ke?" tanya Fang dengan nada bosan dia "Kalau abang nak bebel, tunggu adik pulang ke rumah dulu. Barulah abang boleh membebel dekat adik sesuka hati"
"Hmmm... rela pula kau tu kena bebel dengan abang" Fang tersengih dengan hati dia sudah menerima bebelan dari abangnya apabila dia pulang dari sekolah nanti "Tapi apa-apa pun, hati abang tersentuh kerana kerisauan kau tentang keselamatan abang dekat rumah. Jangan risau adik, abang selamat. Kak Lynna pun ada dekat sini untuk temankan abang jaga budak-budak tu. Kalau apa-apa terjadi dekat abang, adik jaga diri elok-elok dan abang akan serahkan adik kepada kak Lynna untuk menjaga adik" Fang nampak abang dia tersenyum sedikit. Senyuman itu membuatkan dia rasa tenang tetapi pada masa yang sama, dia rasa tidak senang hati kata-kata abang dia. Ianya seperti kata-kata terakhir dari abang dia pula
"Abang... kalau adik yang pergi dulu, abang akan duduk di bumi lagi atau abang akan tinggalkan bumi?"
"Kenapa kau tanya begitu?"
"Sebab adik nak tahulah" balas Fang dan Kaizo sabar sahaja dengan jawapan dari adiknya tetapi dia membalas balik dengan tenang
"Abang mungkin akan tinggalkan bumi jika kau pergi dulu tapi abang tidak akan lupakan adik dan ibu bapa kita"
"Jadi abang sanggup tinggalkan kawan baik abang dekat bumi. Nanti mesti kak Lynna akan sedih"
"Mungkin dia akan sedih tapi abang harap, dia faham kenapa abang buat begitu. Sudahlah adik, kau pergilah sambung belajar. Abang ada benda nak buat. Jumpa nanti dekat rumah. Jangan nakal-nakal dekat sekolah" Hologram itu terus tertutup dengan sendirinya. Loceng sekolah sudah berbunyi, waktu rehat sudah pun tamat. Fang tidak membuang masa lagi, dia terus kembali ke kelas dia seperti para pelajar lain. Dia melalui jalan untuk menuju ke tangga sekolah
"Aku ingatkan kau sudah masuk kelas. Kenapa kau ada dekat sini lagi? Kau pergi mana tadi?" Fang menoleh ke sebelah kanan dia
"Aku pergi hubungi abang aku tadi, Boboiboy"
"Kau rasa tak sedap hati ke?"
"Ha ah, tapi aku harap jangan ada apa-apa perkara buruk yang terjadi dekat abang aku seperti hari itu. Aku ingatkan aku akan kehilangan abang aku atau kak Lynna tapi bukan mereka yang pergi dulu. Rupanya bukan, tapi Ratu Lily yang pergi buat selama-lamanya walaupun dia sudah mati tapi kadang-kadang, aku dapat rasakan kehadiran dia sentiasa ada di sisi kita"
"Kau pun rasa begitu juga?"
"Yea Boboiboy, kadang-kadang aku terdengar suara dia tapi alangkah bagusnya kalau masih lagi ada di sini. Ramai yang merindui dia, bukan hanya setakat si pelik tu aje. Aku pun kadang-kadang rindu dengan dia. Para pembaca cerita ni pun rindukan Ratu Lily juga. Aku dengar ada yang siap menangis lagi"
"Hehehehe... ada juga yang menangis yea. Aku pun rindukan dia juga, Fang. Aku rindu melihat dia dan Lily rebutkan aku.. hehehe... rindu dengan pergaduhan dia orang yang tak pernah habis tapi mereka tetap kawan. Kalaulah dia boleh dilahirkan semula di dunia ini tapi itu tidak mungkin akan terjadi. Yang pergi, akan pergi buat selama-lamanya. Mereka tidak akan kembali. Kalau kembali pun, mungkin hanya sekadar sebagai roh sahaja"
Mereka sudah sampai di tangga sekolah dan lalu menaiki tangga itu bersama. Mereka terpaksa berhenti berborak buat seketika kerana tangga itu penuh dengan pelajar lain. Masing-masing berpusu-pusu untuk masuk ke dalam kelas dengan cepat kerana takut cikgu sampai awal. Sampai sahaja di tingkat yang mereka kehendaki, Boboiboy dan Fang belok ke kanan. Mereka berjalan di koridor sekolah tetapi kelas Fang adalah kelas paling hadapan sekali. Mereka terpaksa berpisah di situ
"Jumpa balik nanti" kata Boboiboy
"Hmmm... ok" Fang melangkah masuk ke dalam kelasnya. Yaya, Ying dan Bella sudah pun berada di dalam kelas, mereka kini sedang berborak di meja Yaya
"Lambat kau masuk hari ini. Selalunya awal" kata Bella
"Suka hati aku lerr kalau aku nak masuk lambat ke awal ke, tak masuk langsung ke.. sibuk kenapa?"
"Ala, biarkanlah dia nak sibuk pun. Tadi kau pergi mana?"
"Aku pergi hubungi abang aku aje, Yaya" Fang berdiri di sebelah Ying "Korang tengah berborak apa?"
"Tentang macam mana kau asyik panas baran aje.. hehehee" Berapi-api hati Fang dengan Bella "Jangan marah yea my sweet potato boy. Anyway, kita orang sedang bincangkan tentang kempen SENYUMAN ITU SATU SEDEKAH!"
"Macam mana kempen tu?" tanya Fang "Macam menarik aje"
"Hehehe.. kempen ni bukan anjuran sekolah tapi kita orang nak buat sendiri sebab ramai sangat suka bermasam muka sekarang ni. Ada masalah aje, mesti bermasam muka. Apa kata kita senyum sedikit kepada diri kita dan tenangkan jiwa kita. Dengan itu, dapatlah kita selesaikan masalah kita nanti dengan aman. Kita juga dapat berikan senyuman kita kepada orang lain dan mungkin dapat gembirakan hati dia yang sedang kesedihan itu atau menjadikan hari dia hari yang indah. Jadi aku, Ying dan Bella nak buat satu poster yang bertulis 'Senyuman itu satu sedekah' Kita orang nak berdiri dekat bandar dan juga di luar sekolah dan tunjukkan poster yang kita orang akan buat nanti" kata Yaya sambil tersenyum kepada Fang
"Hmmm... tunjuk dekat abang aku pun ok juga" Fang terbayangkan abang dia senyum semacam dekat rumah "Macam orang gila aku nampak"
"Apa yang kau nampak?" tanya Bella
"Abang aku lerr tapi aku suka dengan idea korang. Kalau kita buat ramai-ramai pun ok juga. Lagi elok kita ajak kak Lynna sekali, dia kan suka tersenyum. Mana pernah nampak dia bermasam muka atau asyik berserius aje macam aku dan abang aku"
"Ok juga tu Fang. Jadi, esok kita berkumpul dekat rumah kau atau dekat kedai Tok Aba. Nanti aku akan beritahu kepada kawan kita yang lain"
"Kita berkumpul di kedai Tok Aba ajelah Yaya. Boleh kita makan dekat sana.. hehehe.. jangan risau, biar aku belanja kita semua" kata Ying dengan cerianya "Tak perlu bawa makanan apa-apa"
"Apasal tak berkumpul di rumah aku aje?"
"Ala Fang, sekali sekala kita berkumpul dekat kedai Tok Aba. Lagipun, ini adalah project pertama untuk club superheroes kita! Oh yea, aku rasa Lily pun sesuai dengan kempen ini juga kerana dia kan sentiasa ceria. Dalam apa jua masalah pun, dia akan tetap ceriakan hati kita semua"
"Yelah tu Yaya, dia ceria bukan sebab tersenyum macam kambing.. dia ceria sebab kepelikan dia tu. Naik pening kepala aku dibuatnya" Bella ketuk kepala Fang "WOI!"
"Ala, kau aje yang nak berapi dengan Lily tu. Cubalah gelak ketawa dengan dia sekali sekala. Bukannya dia kutuk kau pun, dia cuma suka usik kau dan abang kau sahaja. Jadi kau kenalah terima dengan sepenuhnya" Bella tergelak melihat Fang berkerut-kerut dahinya "Dah dah, kau pergilah kembali ke tempat duduk kau dan fikir-fikirkanlah tentang kebaikan Lily tu. Manalah tahu, tiba-tiba kau jatuh hati dengan dia.. hehehee"
"BILA MASA PULAK AKU NAK JATUH HATI DENGAN SI PELIK TU!" Terkejut satu kelas dengan jeritan Fang tadi. Ada juga yang sudah lari keluar kerana takut kalau Fang mengamuk tak tentu pasal
"Bella bergurau aje maa.. itu pun nak marah marah, apa lah lu ni" kata Ying sambil gelengkan kepala dia "Tapi si Lily pun takde hati dekat kau juga nanti.. hehehee.. cuma Bella yang ada hati dekat lu aje" tetapi mata Ying melirik ke arah seseorang bukan ke arah Bella
"Kepala dia penuh dengan Boboiboy aje... asyik asyik MY BBB-CHAN! MY BBB-CHAN! BE MINE FOREVER! I LOVE YOU, MY BBB-CHAN" Semua para pelajar kelas 1 Amal melihat Fang mengayakan ala-ala perempuan gedik. Mereka tergelak sedikit dan terus Fang terduduk diam sambil pandang ke luar tingkap. Muka dia menjadi merah kerana malu
"Hehehe.. senyap pun dia ni" Ying ketawa kecil sambil kembali ke tempat asal dia. Cikgu english mereka sudah pun masuk ke kelas untuk mulakan waktu belajar
-------------------------------------------------------------------------------------------
"Bulat kecil, bulat kecil, bulatlah besar! Sayang mama, sayang papa, sayang semua! 6 kali, 6 kali, 36! 6 kali, 6 kali, anak beruang!"
"WAHHH! Pandainya abang Rizu! Idoli suka lagu tu" Idoli tepuk tangan dia apabila melihat kecomelan lukisan anak beruang daripada Rizu tadi "Idoli nak cuba boleh?"
"Boleh boleh.. kita nyanyi sama-sama ok"
"Ok!" Idoli terus ambil pencil warna dia dan sekeping kertas. Dia dan Rizu nyanyi bersama sambil melukis ikut rentak lagu tersebut. Kaizo dan Lynna hanya melihat mereka berdua sambil menikmati air teh hijau mereka dan juga biskut teh hijau. Mereka duduk di atas kerusi sofa dan budak-budak dua orang itu, duduk bersila di atas lantai ruang tamu
"Lagu apa yang dia orang nyanyi tu?" tanya Kaizo
"Hehehe... lagu kanak-kanak. Lily selalu nyanyi lagu kanak-kanak dekat Rizu seperti lagu Pak Atan ada kucing, nama dia Kaizo.." Kaizo terus berikan renungan maut dia kepada Lynna "Janganlah marah Kaizo, Lily tu cuma nak bergurau sahaja"
"Bergurau apanya, suka sangat mempermainkan nama aku dekat lagu kanak-kanak dia.. contohnya, di mana dia anak kapten Kaizo.. anak kapten Kaizo, belum wujud lagi.. lagu seperti itu. Mana aku tak geram"
"Abang Paizo janganlah geram sangat.. Pizu tunjukkan lukisan gambar abang Paizo sedang tersenyum!" Bibir Kaizo terukir sebuah senyuman kecil apabila dia melihat kecomelan lukisan itu. Sebuah lukisan berbentuk diri dia bergaya dengan pedang tenaganya dan sebelah tangan lagi satu ada sekuntum bunga
"Kenapa ada bunga dekat situ?" tanya Kaizo
"Oh, bunga tu abang Paizo bagi dekat kakak Lynna... heheheee" Kaizo ambil sebatang pencil yang ada di atas meja dan lalu dia lukis gambar Fang dalam bentuk orang lidi "Errr.. siapa tu abang Paizo?"
"Tu Pang.. abang bagi bunga tu dekat Pang... sebab abang sayangkan adik abang" Kaizo lukis cermin mata dekat kepala bulat itu dan rambut cacak macam landak. Lalu Rizu menyibuk sekali lukis sebuah senyuman di muka lukisan Kaizo
"Itu abang Paizo, tersenyum bila bagi bunga dekat abang Fang! Hehehee.. adik beradik yang sangat sweet! Betul tak kak Lynna?"
"Betul tu Rizu" Lynna membelai kepala Rizu "Lukisan ni bolehlah akak frame kan dekat gantungkan dekat dinding rumah ni, ok tak Kaizo?"
"Hmmm... ok aje" kata Kaizo sambil mengambil cawan teh hijau dia "Tapi jangan letak gambar merapu sudah"
"Takdelah Kaizo.. mana ada aku nak letak gambar merapu tapi kalau gambar kau tengah bersenyum, aku akan tampal dekat satu rumah ni" Lynna cubit kedua belah pipi Kaizo dan tarik sedikit supaya Kaizo nampak seperti tersenyum "Hehehee.. comel" Lynna lepaskan cubitan dia dan Kaizo masih lagi dengan muka serius dia
"Abang Rizu.. betul ke dia orang tu kawan sahaja?" bisik Idoli kepada Rizu
"Entahlah.. abang Pizu pun tak faham" Rizu sambung balik melukis seekor teddy bear sedang makan lobak merah. Mereka terdengar pintu rumah di buka seseorang. Kaizo dan Lynna menoleh ke tepi untuk melihat siapa
"ABANG! ADIK MU SUDAH BALIK!" Tiba-tiba sahaja Fang bersikap ceria semacam "ABANG! HARI INI ADIK NAK SEDEKAHKAN SENYUMAN ADIK KEPADA ABANG!"
"Kenapa dengan dia tu? Tengahari tadi hubungi aku sebab risaukan tentang diri aku, sekarang ni.. tiba-tiba jadi ceria pula" Kaizo mengusap-gusap dagu dia "Adakah roh Lily telah merasuk adik aku?"
"Kau Kaizo, fikir benda yang bukan-bukan pula.."
"Hmm... aku tak fikirkan yang bukan-bukan tapi adik aku ni.. makin lama duduk dekat bumi ni, makin pelik aku tengok. Ini pun semenjak kewujudan si pelik tu" Lalu Kaizo bangun dan pergi ke arah adik dia "PANG!"
"Yea abang"
"Mari sini" Fang terus ke abang dia. Lalu Kaizo periksa dahi adiknya "Tak demam pula adik aku ni. Kau makan apa-apa ke dekat sekolah tadi?"
"Takdelah abang, adik ok aje. Adik ceria ni sebab kawan-kawan adik adakan kempen senyum. Jadi adik nak practice dekat abang yang selalu buat muka serius"
"Kau nak suruh abang buat apa?" Kaizo melihat adiknya keluarkan sesuatu dari beg sekolah dia "Apa yang kau keluarkan tu?"
"Adik nak keluarkan lukisan adik untuk abang.. hmmm... abang ingat tak lagu ibu yang abang suka tu"
"Ingat. Kenapa?" Fang membawa keluar sebuah lukisan comel. Lukisan itu ada gambar dia dan abang dia di atas katil sambil mendengar nyanyian ibu mereka "Gambar ni.. sewaktu kita masih kecil lagi"
"Adik main hentam sahaja tadi" Fang boleh nampak senyuman dari bibir abangnya "Abang ingat lirik lagu tu?"
"Ingat adik.. abang tidak pernah lupakan lagu ibu. Setiap malam abang seperti dengar ibu nyanyikan untuk abang. Suara ibu sentiasa lembut, tidak pernah kasar" Kaizo tersenyum apabila dia ingatkan balik diri dia tentang ibu dia "Ibu, ayah dan juga adik adalah permata hati abang" Lalu Kaizo nyanyi lagu itu tetapi dia tuju lagu itu kepada adiknya
Kau lah permata hati ku,
Menyinari hidup ku,
Gelak ketawa mu, buat diri ku tersenyum,
Jangan risau adik ku,
Tiada apa yang akan dapat padamkan senyuman dan gelakan kamu,
Kerana abang sentiasa melindungi senyuman dan gelak ketawa kamu,
Kasih sayang abang kepada adik ku,
Sentiasa ada di hati abang,
Ingatlah wahai adik ku, kasih sayang abang tidak pernah padam dalam hidup mu
"Terima kasih abang" Fang tersenyum kepada abangnya dan lalu Kaizo membalas balik senyuman adiknya dengan senyuman ikhlas dari hatinya "Adik sedekahkan senyuman adik kepada abang, abang balas balik senyuman abang" Dia peluk abangnya "Kalau abang tak nak senyum, takpelah.. adik terima sahaja tapi hati abang kenalah sentiasa tersenyum tapi kenalah ikhlas, jangan tak ikhlas pula"
"Yea, abang akan senyum dihati abang sendiri" Tangan Kaizo belai rambut Fang "Kau pun sama, jangan hilangkan senyuman kau tu dan jangan asyik nak bermasam muka sahaja. Abang sebenarnya suka tengok adik tersenyum ceria tapi bukan ceria macam orang gila. Ceria sebab kegembiraan kau semasa kau bersama kawan-kawan kau atau bersama dengan abang"
"Hehehee.. kalau adik ceria macam orang gila, itu maknanya adik tengah tak betul" Fang boleh bau badan abang dia. Bau itu membuatkan Fang rasa tenang dan bahagia. Dia tak lepaskan abangnya. Dia mahu peluk abang dia sepuas-puasnya
"Kaizo..."
"Hmm.. kenapa Lynna?" Kaizo menoleh untuk melihat Lynna. Lalu dia nampak Rizu dan Idoli sudah tertidur di atas sofa "Cepatnya mereka tidur"
"Nyanyian kau buatkan mereka tidur pula. Agaknya suara kau merdu sangat kot"
"Mungkin juga" bisik Kaizo yang terasa bangga sedikit "Adik, abang nak angkat dia orang sekejap. Kau pergilah mandi, nanti kita makan malam bersama"
"Baik abang" Fang lepaskan abangnya dan terus dia naik ke bilik dia. Kaizo mengangkat Rizu dan Lynna pula, mengangkat Idoli. Kedua mereka masuk ke dalam bilik tetamu dan baringkan Rizu dan Idoli di atas katil tetamu. Lynna selimutkan mereka berdua
"Jadi, aku boleh balik sekarang ni"
"Kau tak nak makan malam dengan kita orang ke?" tanya Kaizo sambil menuju ke pintu bilik
"Kau nak aku ganggu makan malam kau dengan adik kau ke? Korang mesti nak bermanja-manja" Lynna letak sebuah teddy bear di bawah tangan Idoli "Lagipun aku kena pulang awal hari ini. Esok sahajalah aku akan sertai makan malam korang. Nanti aku bawakan kek lobak merah untuk kau"
"Ok.. hati-hati semasa kau pulang nanti"
"Aku sentiasa hati-hati, Kaizo" Lynna berjalan ke pintu bilik. Dia bersemuka dengan Kaizo dan tersenyum sedikit. Lalu dia keluar dari bilik itu "Kau jangan nak marah-marah dengan adik kau pula nanti. Tadi korang baru aje bermanja-manja, tak naklah tiba-tiba bergaduh pula"
"Takdelah.. lagipun aku sudah jarang bergaduh dengan dia. Mungkin aku tidak segarang dulu dah"
"Yea ke" Lynna mengambil jaket putihnya yang tersadar di kerusi sofa dan lalu memakainya "Aku nampak kau seperti aku kenali dulu lagi tapi yang berubahnya adalah hati kau yang sudah lembut sedikit" Dia berjalan ke pintu utama rumah "Aku balik dulu, jumpa lagi.. Kaizo"
Kaizo melihat Lynna menutup pintu rumah itu dengan senyumannya buat kali terakhir pada hari itu kerana apa yang terjadi seterusnya, Lynna di bawa lari oleh alien durjana. Alien-alien di galaxy sudah tahu tentang identiti Lynna. Masing-masing sudah membuat sasaran terhadap Lynna kerana mereka inginkan kuasa Lynna. Dengan kuasa itu, mereka boleh kalahkan Kaizo dan bermaharajalela di seluruh galaxy
-----------------------------------------------------------------------------------------
Keesokannya, Kaizo menerima berita daripada Lahap tentang Lynna. Dia terkejut dengan berita tersebut. Fang nampak muka abangnya berubah menjadi merah kemerahan. Dia takut hendak bertanya tetapi dia terpaksa beranikan diri
"Abang, kenapa ni?" Fang melihat Kaizo terduduk di atas sofa "Abang? Janganlah senyap"
"Kau.. jangan ikut abang lepas ni"
"Kenapa pulak?"
"Abang perlu pergi selamatkan kak Lynna kerana dia telah diculik oleh alien jahat. Aku tidak mahu kau terlibat sekali, lagipun kau ada sekolah hari ni. Abang tak bagi kau ponteng sekolah" Kaizo bangun dari situ "Nanti beritahu Emmy atau si pelik untuk baby-sit budak dua orang tu. Jangan tunggu aku balik, mungkin aku akan lambat"
"Abang... adik nak tolong juga. Please" Fang peluk belakang abangnya "Adik nak tolong selamatkan kak Lynna juga sebab adik pun sayangkan dia juga. Sudah banyak kali dia bantu kita semua. Jadi ini tiba masanya untuk adik bantu dia"
"Jangan nak mengarut, biar abang sahaja yang pergi" Kaizo lepaskan tangan adiknya "Kalau ada apa-apa hal, abang sendiri akan hubungi kau. Tapi kalau apa-apa terjadi dekat abang.. Lahap akan cari kau"
"Ok.. adik tak nak buat abang mengamuk atau marah-marah. Abang hati-hati tau" Kaizo menoleh sedikit. Tangan dia belai kepala Fang sedikit dan lalu dia menuju ke pintu utama rumah "Semoga berjaya, abang" bisik Fang
Kaizo membuka pintu rumah itu. Dia telah pun menghubungi Lahap untuk ambil dia di bumi dan dia sendiri akan pergi selamatkan Lynna. Dia mendongak sedikit untuk melhat kapal angkasa dia sudah sampai. Sebuah pancaran cahaya terkeluar dari bahagian bawah kapal angkasa dia untuk mengambil diri dia. Lalu dia hilang dari situ kerana dia sudah di ambil oleh kapal angkasa dia sendiri. Kapal angkasa itu naik semula ke angkasa lepas, Kaizo pergi ke bilik kawalan untuk bertanyakan Lahap kalau ada berita terbaru
"Lahap, kau sudah kenalpasti siapa yang culik Lynnna?"
"Sudah kapten tapi kapten tak kan suka kalau saya beritahu siapakah orang itu" Lahap menekan satu butang. Skrin computer itu terus keluarkan sebuah data dan satu imej gambar tentang musuh mereka terkini. Lelaki yang ada parut di bahagian hidung dia yang peyek itu, memakai cermin mata bulat dan mata dia seperti mata orang gila. Senyuman dia cukup membuatkan Lahap rasa seram sejuk "Dia adalah pakar saintis di galaxy, dia adalah Professor Cisco atau lebih dikenali sebagai Professor Psycho. Dia mempunyai seorang lagi alien yang dapat melihat masa depan"
"Hmmm... alien itu asal dari planet Ratu Lily juga?"
"Yea kapten, puak-puak yang sama spesis dengan Ratu Lily tapi saya tidak tahu apa nama dia" kata Lahap
"Takpe, sekarang kita cari kapal angkasa dia. Cari koordinasi mereka dan kalau perlu, dapatkan bantuan daripada pasukan TAPOPS untuk mencari kapal angkasa Professor Cisco itu" Kaizo terus duduk di kerusi utama dia "Jangan lengahkan masa" Hati dia sudah rasa tidak begitu sedap, pemikiran dia tidak begitu tenang dan dia menjadi semakin risau kerana dia pernah dengar cerita tentang Professor Psycho itu. Macam-macam benda pelik Professor itu sudah lakukan. Kaizo sendiri tidak mahu fikirkan apa yang Professor itu akan lakukan terhadap Lynna nanti
"Mungkin dia mahukan kuasa Lynna tapi... bagaimana?" bisik Kaizo "Aku tak kan benarkan perkara itu berlaku" Dia menggenggamkan tangannya sambil melihat Lahap memandu kapal angkasa mereka secara laju. Mereka sudah terbang jauh daripada bumi tapi apa yang dia tidak tahu bahawa adiknya ada di dalam kapal angkasa itu bersama dengan rakan-rakan adiknya
Mereka masuk ke dalam kapal angkasa itu dengan bantuan dari alat Emmy yang pernah mereka gunakan sekali sebelum ini, semasa mereka mahu pergi selamatkan Kaizo dan Lynna di planet Metallum. Mereka pergi sorokkan diri di dalam bilik Fang dan hanya duduk diam sahaja di situ. Mereka tidak mahu Kaizo tahu sepanjang perjalanan mereka
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Di sebuah planet yang terletak jauh dari planet bumi. Terdapat sebuah makmal rahsia milik seorang professor. Ramai yang kenali dia sebagai Professor Psycho kerana dia mempunyai ciri-ciri orang gilakan kuasa. Dia ingin memiliki kesemua sphera kuasa tapi untuk memilik kuasa-kuasa sphera itu, dia perlukan kuasa yang lebih kuat. Kuasa yang dapatkan kalahkan Kapten Kaizo sendiri iaitu dengan menggunakan kuasa kawan baik Kaizo. Professor Cisco atau lebih dikenali sebagai Professor Psycho, telah membuat selidik tentang asal usul Lynna
Dia tahu tentang keistimewaan Lynna dan juga tentang hubungan Kaizo dan Lynna. Mata Professor Cisco begitu teruja sekali apabila sasaran sebenar dia sudah pun berada di depan mata dia. Lynna telah diikatkan pada sebuah kerusi besi. Terdapat beberapa crsytal mengelilingi Lynna supaya dia tidak dapat menggunakan kuasanya untuk lepaskan diri dari situ
"Vera, dia nampak lebih jelita daripada yang aku lihat dari gambar. Selepas sahaja aku dapat apa yang aku mahukan, aku akan bekukan dia buat selama-lamanya. Senyuman dia sentiasa membuatkan wajah dia berseri-seri. Aku tertarik dengan senyuman dia juga. Aku akan simpan senyuman itu buat selama-lamanya dan tiada siapa akan merampas senyuman itu daripada aku"
"Professor, idea yang menarik tu"
"Memang menarik tapi lebih menarik lagi kalau aku dapat tahu rahsia-rahsia dia" Professor Cisco bermundar-mandir di depan Lynna yang masih belum terjaga lagi "Apa yang kau nampak tentang masa hadapan dia"
"Apa yang aku nampak.." Mata Vera menjadi putih kerana dia sedang melihat masa depan Lynna "Memang amat menarik sekali tetapi malangnya masa depan dia akan musnah kerana kamu, professor"
"Apa yang menarik tu?" Professor Cisco tersenyum sinis dengan hati dia sudah tidak sabar untuk mengetahui masa depan Lynna
"Anak dia" jawab Vera "Kuasa anak dia sama handal seperti ibu dia tapi betul ke Professor nak bekukan dia selama-lamanya? Professor tak nak ambik kuasa anak dia sekali?"
"Kuasa apa anak dia ada nanti?"
"Kuasa healer dan telekinesis" Mata Vera kembali pulih menjadi biasa "Memang mengagumkan tapi malang sungguh dia tidak akan dapat melihat si anak kecil lahirkan di dunia itu"
"Siapa bapa kepada si anak kecil itu nanti?" Professor Cisco bertanya lagi
"Dia adalah-" Mata Vera terpandang tangan Lynna sedang bergerak-gerak "Nampaknya tuan puteri sudah terjaga" Vera dan Professor itu berjalan masuk ke dalam lingkaran crystal itu dan berdiri di hadapan Lynna
"Aku.. dekat.. mana.. ni?" Lynna membuka kedua belah matanya sedikit demi sedikit. Dia melihat seorang lelaki dan seorang wanita sedang berdiri di hadapan dia "Siapa korang?" Lynna cuba mengangkat tangan dia tetapi ianya sudah diikat begitu rapi sekali. Baru dia sedar, dia bukan lagi berada di bumi ataupun di Pulau Rintis. Dia berada di dalam sebuah makmal yang dia tidak begitu kenali "SIAPA KORANG? KENAPA KAMU BERDUA BAWA AKU KE SINI?"
"Saya adalah Professor Cisco. Saya bawa kamu ke sini sebab saya tertarik dengan senyuman manis kamu" Professor Cisco mengambil satu alat suntikan dan sebuah bekas kecil "Bukan sebab senyuman kamu sahaja saya tertarik tapi kuasa kamu juga saya amat minati. Jangan takut, saya tidak akan apa-apakan kamu"
"Jangan nak tipu.. kamu akan buat sesuatu dekat diri aku kan?"
"Betul tu tuan puteri.. lepas sahaja saya mengambil darah kamu. Senyuman kamu akan saya pelihara buat selama-lamanya" Lynna cuba untuk melepaskan diri. Dia cuba hendak menggunakan kuasanya tetapi gagal. Vera pegang tangan Lynna supaya ianya tidak bergerak-gerak dan Professor Cisco bubuhkan sedikit ubat dekat tangan Lynna. Selepas itu dia mengambil suntikan berjarum dan dia cucuk di tangan Lynna
"Apa kau nak buat dengan aku?"
"Saya ingin mengambil darah kamu" kata Professor sambil senyum seorang diri. Lynna melihat professor itu mengambil darah dia yang agak banyak "Darah kamu sangat istimewa. Nak tahu apa kegunaan dia?"
"Tak nak.. aku tak nak tahu"
"Jangan takut tuan puteri. Darah ini akan dimasukkan ke dalam badan saya. Mari saya berikan pertunjukkan terhebat saya kepada tuan puteri" Jarum tadi sudah dikeluarkan dari tangan Lynna. Dia keluar dari lingkaran crystal itu. Lalu dia cucuk kepada diri dia pula. Sedikit demi sedikit darah itu masuk tetapi bukan semua "Saya seperti ada kuasa mengalir di dalam badan ini" Dia menggenggam tangannya sambil tersenyum sinis
"Kuasa?"
"Yea tuan puteri. Mari saya tunjukkan.. kuasa apa yang tuan puteri selalu gunakan.. oh yea" Professor Cisco mengangkat kedua belah tangannya ke arah Lynna "Jangan takut, saya bukan hendak membunuh kamu tetapi saya ingin mencuba kuasa terhebat ini" Dia menghalakan kedua tangannya ke arah sebuah botol kaca dan dia letupkan dengan sekelip mata. Lynna terkejut dan terkedu seketika
"Kau... ambil.. kuasa.. aku"
"Tuan puteri, Professor ini memang sangat handal. Dia selalu perhatikan tuan puteri dari jauh lagi dan dia akan berusaha untuk dapatkan apa yang dia mahukan. Dia mahu kuasa tuan puteri, senyuman tuan puteri dan juga menjadi pemburu sphera kuasa yang terhandal di galaxy. Nampaknya impian Professor Cisco akan tercapai"
"Betul tu Vera.. AKU SANGAT YAKIN! DENGAN DARAH TUAN PUTERI MENGALIR DI DALAM BADAN AKU, TIADA SIAPA DAPAT MENGHALANG AKU LAGI! HAHAHAHAAAAA!" Mata Professor itu seperti orang gila, lidah dia asyik terjulur keluar sambil tergelak-gelak seperti orang gila. Dia melihat tapak tangan dia keluarkan sebuah bebola api berwarna ungu "Sekarang, kita hapuskan musuh-musuh kita dan selepas itu, kita buru dan tangkap semua power sphera yang ada di galaxy ini. Termasuklah jam-jam kuasa yang hebat itu"
"Aku tak kan bagi kau gunakan kuasa aku dengan niat jahat kau!" kata Lynna dengan nada yang agak marah
"Hmmmm... baik tuan puteri duduk diam sahaja di situ. Saya ada benda yang hendak diuruskan. Vera, jaga dia dan jangan bagi dia terlepas" Professor Cisco keluar dari bilik makmal itu. Dia melihat sekeliling luar makmal dia, semuanya hanyalah tanah-tanah merah sahaja dan juga batu-batu merah besar. Tiada benda-benda hidup di planet itu kecuali dia dan Vera. Dia bangga dengan pencapaian dia tetapi dia perlu hapuskan penghalang utama dia dahulu iaitu Kaizo. Dia tahu Kaizo sedang menuju ke situ kerana Kaizo tidak akan duduk diam sahaja dan biarkan kawan dia sendiri terseksa
"Datanglah ke sini wahai Kaizo.. datanglah dengan segera. Aku akan hapuskan kau dan juga ahli-ahli TAPOPS! TIADA SIAPA AKAN DAPAT MENGHALANG AKU LAGI SELEPAS INI! HEHEHEHEEEE... HAHAHAHAAAA!" Dia melempar beberapa bola berapi ke arah batu-batu besar. Dia menjadi lebih gila apabila dia mendapat kuasa. Ini pertama kali dia mempunyai kuasa yang begitu hebat sekali. Dia terapungkan diri dia sedikit demi sedikit. Dia rasa diri dia adalah Raja Galaxy. Dia sudah tidak sabar untuk pergi musnahkan beberapa planet yang ada di galaxy itu
"HAHAHAHAAAAAAAAAAAAAA!" Sebuah lingkaran api berwarna ungu muncul di sekeliling professor itu "AKULAH YANG AKAN BERKUASA NANTI!"
----------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo seperti dapat bau sesuatu. Bau itu seperti bau donut lobak merah. Dia bangunkan diri dia dari kerusi dia dan terus keluar dari bilik kawalan untuk periksa sesuatu. Lahap hanya diamkan diri dan teruskan memandu kapal angkasa kaptennya. Dia mensyaki bahawa kapten dia akan mengamuk tak tentu pasal nanti, jadi dia sudah bersiap sedia dengan alat rawatan bagi sesiapa yang tercedera akibat kapten dia mengamuk
Kaizo teruskan berjalan dan lalu dia berhenti di depan bilik adiknya. Pintu bilik itu tertutup rapi. Dia pegang tombol pintu tersebut dan lalu pusingkannya. Dia terkejut melihat adiknya dan juga kawan-kawan dia yang lain ada di situ. Semuanya sibuk menyiapkan sepanduk dan poster besar tentang senyuman. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Harraz sedang sibuk membuat kerja mereka sehingga tidak sedar dengan kehadiran Kaizo
"KEGILAAN APAKAH INI? MACAM MANA KAMU SEMUA BOLEH TERSESAT DEKAT SINI?" Terkejut mereka semua dengan suara garang Kaizo. Tangan Kaizo sudah bergerak-gerak untuk keluarkan pedang tenaga dia "PANGG! KELUAR DARI BILIK NI, SEKARANG!"
Semua diam sahaja sambil melihat Fang berdiri dan keluar dari bilik tersebut. Mereka tidak sanggup mendengar kemarahan Kaizo kepada Fang tetapi mereka terpaksalah menahan telinga masing-masing. Mereka sudah bersiap sedia untuk mendengar peperangan mulut di antara abang dan adik. Fang dengan hati yang tabah, semangat yang tinggi, muka dan telinga tebal untuk menerima kemarahan dari abangnya. Dia akan terima apa sahaja apa yang abang dia akan katakan nanti dan dia selaku ketua panas baran, akan turut juga berhujah kalau berlakunya pergaduhan di antara dia dan abang dia
"Abang nak marah adik ke?"
"Habis tu, kau nak suruh aku senyum dekat kau dan katakan.." Nada suara Kaizo berubah menjadi lembut ala-ala Lynna "Adik, abang bangga kerana kau sanggup datang ke sini untuk menolong abang kau yang serba hebat ini tapi.. LAIN KALI, BILA ABANG CAKAP DUDUK SAHAJA DEKAT BUMI, DUDUK AJELAH! TAK PAYAH NAK PERGI TOLONG ABANG! ABANG TAK NAK KAU DAN KAWAN-KAWAN KAU PONTENG SEKOLAH! KENAPA KAU DEGIL SANGAT? KALAU APA-APA BERLAKU DEKAT ABANG, LAHAP AKAN PANGGIL KAU!"
"TAPI ADIK TETAP JUGA NAK IKUT ABANG! ADIK TAK NAK ABANG BERLAWAN DENGAN MUSUH ABANG KESEORANGAN! Abang pun tahu adik ni degil, tak dengar cakap abang tapi adik tetap setia dengan abang. Kalau Lahap di tangkap juga macam mana? Nanti siapa nak selamatkan abang? Bagilah adik bantu abang"
"Hmm.. tahap kedegilan kau memang tahap buat aku marah tapi.. aku marah macam mana pun, kau masih juga akan tetap degil dan masih lagi dengan pendirian kau. Tapi.. sebelum kau boleh kembali kepada kawan-kawan kau, abang nak tanya sesuatu. Siapa yang akan jaga budak dua orang tu nanti?"
"Hehehee.. itu adik sudah suruh Emmy atau Lily jagakan dia orang tapi kalau rumah bersepah, jangan marah yea" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat adiknya masuk ke dalam bilik dalam keadaan tersengih-sengih. Lalu Fang tutup pintu biliknya secara perlahan-lahan dan tiba-tiba dia buka pintu bilik itu balik
"ABANG!"
"Kau nak apa?"
"Lama lagi kita nak sampai?" tanya Fang
"Lama lagi.. mengikut data yang diterima oleh Lahap. Lynna telah dibawa lari ke sebuah planet merah yang semuanya memang merah. Air sungai pun merah. Memang lama lagi kita akan sampai ke sana kerana planet itu memang jauh dari planet bumi. Kenapa kau tanya? Jangan cakap kau nak suruh Lahap patah balik dan hantar kamu semua pulang ke bumi" Fang tersengih seketika. Dia menarik nafas dan terus berkatakan sesuatu kepada abangnya
"Sebenarnya.. hehehehe... boleh tak singgah planet mana-mana yang ada restaurant ke, kedai ke, yang boleh drive-tru ke sebab kita orang tengah lapar. Tadi tak sempat nak makan apa-apa dekat kedai Tok Aba" kata Fang dengan tersengihnya di situ sambil buat muka comel ala-ala anak kucing
Muka Kaizo terus berubah. Fang rasa takut melihat wajah abang dia berubah menjadi merah, bibir dia bergerak-gerak, dahi dia berkerut-kerut dan tangan dia sudah gatal untuk keluarkan pedang tenaga dia. Fang menelan ludah kerana takut dia dan kawan-kawan dia akan menjadi mangsa keamukan abang dia
"Abang ok ke?" tanya Fang yang sudah berpeluh-peluh itu
"Orang nak cepat, boleh pula nak suruh aku pergi singgah kedai beli makanan!" Kaizo terus menghubungi Lahap dengan menggunakan jam kuasanya "LAHAP! SINGGAH MANA-MANA YANG ADA DRIVE-TRU! SI PANG DAN KAWAN-KAWAN DIA LAPAR PULA! MANA AKU TAK TENSION DENGAN DIA ORANG NI! SELAMAT SI PELIK TU TAKDE, KALAU TIDAK.. BOLEH DAPAT PENYAKIT DARAH TINGGI AKU NI!"
"Errr... baik kapten. Bolehlah saya beli makanan sekali, saya pun tengah lapar juga" Berkerut-kerut dahi Kaizo. Fang perlahan-lahan tutup pintu bilik itu dan terus kunci sebab takut
"KAU PUN SAMA JUGA!" Akhirnya, Kaizo mengamuk juga di dalam kapal angkasa itu
Semuanya menjadi mangsa keamukan Kapten Kaizo tapi akhirnya keamukan itu sekejap sahaja apabila Lahap memecut kapal angkasanya ke drive-tru yang paling dekat. Kaizo memesan burger dan kentang goreng sahaja sahaja untuk semua orang, tiada makanan lain yang mereka boleh pesan kerana dia ingin cepat. Lahap makan burger dia sambil memandu kapal angkasa tersebut. Fang dan kawan-kawan dia hanya makan di dalam bilik sambil sambung membuat project senyum mereka. Manakala Kaizo pula, makan burger bersendirian di dalam bilik dia sendiri. Dia makan burger itu dengan begitu senyap sekali sambil melihat gambar-gambar dia dengan adik dia semasa mereka berdua bersuka ria
"Pang, kalau abang tidak dapat selamatkan kak Lynna.. maafkan abang. Tak tahulah kenapa abang pula yang rasa tidak begitu sedap hati. Janganlah perkara buruk yang terjadi dekat Lynna kerana dialah satu-satunya sahabat baik aku semasa aku di bumi. Sahabat sejati aku yang mengajar aku dalam pelbagai perkara. Sahabat ku.." Air mata Kaizo menitis di atas lantai bilik
Fang yang ada di luar bilik abangnya, dia hanya mampu mengintai sahaja melihat abangnya menangis seorang diri. Hati dia ingin masuk ke dalam untuk memeluk abangnya tetapi dia tidak buat begitu, dia beredar dari situ dan biarkan sahaja. Dia tahu, abang dia mahu bersendirian
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Perjalanan mereka agak lama tetapi mereka sudah pun sampai di planet merah. Dari tingkap kapal angkasa itu, Fang boleh lihat planet merah itu tidak mempunyai gunung ataupun lautan. Ianya seperti sebuah planet yang penuh dengan pasir-pasir merah dan ketulan batu besar. Dari situ juga, dia boleh nampak sebuah bangunan besar telah didirikan di planet itu. Bangunan itu sebenarnya adalah sebuah makmal yang besar dan luas. Kapal angkasa Kaizo mendarat di planet itu tanpa masalah. Tiada ancaman ataupun serangan dari pihak lawan. Mereka semua turun dari kapal angkasa tersebut, hanya Lahap yang tinggal di dalam kapal angkasa itu
"Kamu semua, jalan belakang aku dan jangan memandai nak terpisah dari kawan-kawan kau" kata Kaizo yang sudah bersiap sedia keluarkan pedang tenaga dia
"Macam tiada kehidupan lain. Memang lain sungguh planet ni dengan planet Neko Neko duduk tu"
"Tahu takpe Yaya tapi..." Boboiboy melihat pasir-pasir yang mereka pijak tadi "Bagaimana kalau mereka duduk di bahagian bawah permukaan bumi?"
"Orang duduk dalam tanah? Boleh juga jadi macam tu" kata Bella sambil pegang bahu Faye "Tak tahulah kenapa aku terbayangkan sebuah raksasa keluar dari padang pasir ni. Lepas tu korang berlawan dengan raksasa tu"
"Banyak sangat tengok movie kau ni.." kata Fang yang berada di depan Bella "Abang.. macam mana kita nak masuk ke dalam makmal tu?"
"Hmm.. biar abang yang masuk dulu, kau tunggu di luar dengan rakan-rakan kau" Kaizo dan yang lain-lain sudah tiba di makmal itu. Pintu besar makmal tersebut di tutup rapi dan tiada tingkap yang boleh Yaya terbang masuk ke dalam. Semuanya tertutup seperti sebuah penjara tertutup "Kalau apa-apa terjadi, selamatkan kak Lynna dulu"
"Abang bagaimana nanti? Tak kan adik nak biarkan abang diseksa oleh alien jahat tu"
"Jangan risau tentang abang. Yang penting, keselamatan kak Lynna dulu.. lepas tu, kalau tiada apa-apa halangan, datang dan bantu apa" Kaizo melangkah ke depan dan terus sentuh pintu besi itu. Tiada apa yang berlaku "Hmmm..."
"Abang Kaizo, biar saya pecahkan pintu ini" kata Yaya
"Baiklah, silakan" Kaizo ketepi sedikit untuk melihat aksi Yaya menumbuk pintu itu. Yaya dengan kuasa manipulasi gravitynya, tumbuk pintu tersebut sekuat hati tetapi pintu itu tidak hancur
"Apasal tak hancur ni? Kuat betul pintu ni" Boboiboy garu-garu kepala dia "Apa kata kita gabungkan kuasa kita untuk pecahkan pintu masuk ini. Fang, Yaya.. bersiap sedia"
"Ok!" kata Yaya dan Fang secara serentak
"TUMBUKAN PADU MAKSIMA!"
"TUMBUKAN BAYANG!"
"TUMBUKAN TANAH!"
"TUKARAN CHOCOLATE CAIR!"
Pintu itu terus tertukar menjadi chocolate cair. Yaya tidak sempat nak tumbuk pintu itu, dia sudah terbang masuk ke dalam dan tertumbuk sesuatu benda yang ada di dalam bangunan makmal tersebut. Begitu juga dengan Boboiboy dan Fang. Ying berikan renungan tajam dekat Gopal
"Wei, lu apasal?"
"Maaf Ying.. aku tadi terdengar gabungkan kuasa kita tapi tak dengar pula dia cakap dekat Yaya dan Fang" Gopal tersengih di situ
"Selamatlah aku ni bukan Rizu, kalau tidak.. sudah lama aku gigit tangan kau" Bella terus masuk ke dalam makmal itu bersama Faye dan Harraz. Kaizo sudah bermasam muka sambil bersilang tangan. Mata dia asyik pandang Gopal sehingga membuatkan Gopal berpeluh-peluh di situ
"Lagi sekali kau buat kesilapan, seminggu aku bagi kau hukuman latihan tempur. Biar semua apa yang aku ajar, biar masuk ke dalam otak kau" Kaizo masuk ke dalam makmal itu
"Ba-baik, Kapten Kaizo" lutut Gopal rasa lemah selepas sahaja dia dengar amarah daripada Kaizo "Ying.. tolong aku Ying"
"Tolong apa?"
"Tolong jangan bagi aku gagalkan misi ni. Tak pasal-pasal, aku juga yang kena hukuman latihan tempur tak tahu versi apa nanti" Ying menepuk dahinya sendiri "Nanti nanti.. aku belanjalah kau makan"
"Yolah tu.. tapi takpe.. aku akan tolong kau" Mata Gopal terus bersinar-sinar dengan senyuman lebar dia bagaikan dia diberikan sinar harapan. Kaizo menjenguk balik dan lalu dia menjerit ke arah Ying dan Gopal
"KENAPA KAMU BERDUA MASIH DI SITU LAGI? SEBAGAI HUKUMAN! KAMU BERDUA DUDUK DI SITU DAN JAGA! JANGAN BAGI MUSUH KITA KELUAR DARI MAKMAL NI, FAHAM!"
"FA-FAHAM KAPTEN KAIZO!" Ying dan Gopal terus berikan tabik hormat kepada Kaizo. Nak pengsan mereka rasa dengan kegarangan Kaizo
"Bagus.. duduk dekat situ dan jangan nak pergi merayap pula" Ying dan Gopal melihat Kaizo berjalan bersama dengan kawan-kawan mereka yang lain
Kaizo asyik pandang ke kiri dan ke kanan sahaja. Tidak banyak pintu bilik di dalam makmal itu tetapi yang membuatkan mereka seram sejuk adalah melihat bahagian-bahagian tubuh badan alien yang telah disimpan di dalam sebuah peti. Ada masih sempurna dan ianya seperti mereka tidur di dalam peti itu. Bella dan Faye rasa geli melihat sepasang biji mata alien bergerak-gerak di dalam sebuah aquarium. Biji mata itu berenang-renang di dalam aquarium itu seperti ikan. Harraz rasa teruja pula, dia tidak begitu takut atau rasa seram sejuk. Boboiboy beranikan diri dia walaupun ada sedikit ketakutan di dalam dirinya. Fang dengan muka seriusnya sehinggalah dia terasa ada seseorang sedang cuba pegang jari dia. Fang melihat sebelah dia nampak Yaya melihat benda-benda pelik di situ. Mereka berjalan lagi sehinggalah terjumpa sebuah pintu di penghujung makmal itu. Pintu itu terbuka secara sendirinya. Tiada siapa di dalam makmal canggih itu. Hanya sebuah kerusi kosong dan beberapa crystal yang ada di atas permukaan lantai
Beberapa botol kosong tersusun rapi di dalam rak almari. Buku-buku tidak tersusun rapi di dalam almari itu juga. Ada juga beberapa formula menghasilkan buih-buih kecil dan berterbangan di dalam makmal itu. Api penunu bunsen tidak tertutup kerana ianya sedang memanaskan sesuatu benda yang melekit kehitam-hitaman
"Kamu semua tunggu di luar, biar aku yang masuk dulu" Kaizo masuk ke dalam makmal itu secara perlahan. Dia sudah menggenggam pedang tenaga dia. Mata dia asyik pandang ke sana sini supaya dia tidak terlepas pandang dengan ancaman musuh dia
"Abang... ada jumpa apa-apa tak?" tanya Fang dengan suara yang agak perlahan
"Takde tapi.. tunggu aje di situ" Fang menjenguk sedikit di dalam makmal itu. Sunyi sahaja
Kaizo membelek-belek barang yang ada di situ. Dia mencari pintu-pintu yang tersembunyi di dalam makmal itu juga. Dia membaca sebuah buku yang ada tulisan seperti tulisan seorang doktor. Selepas itu dia ternampak sebuah alat suntikan yang ada di atas lantai. Masih ada lagi darah di dalam alat suntikan itu
"Lynna? Apa yang Professor gila itu ingin lakukan terhadap kau?" Kaizo mengambil alat suntikan itu dan simpan di dalam poket seluarnya. Tiba-tiba dia terdengar satu gelakan. Bella dan Faye menggigil ketakutan kerana gelakan itu seperti gelakan pontianak
"Tak kan Ratu Lily yang gelak kot?" kata Faye
"Isk, dia kan sudah tiada.. tak kan dia pulak yang gelak. Lagipun dia kan sudah menjadi ratu yang baik bukan ratu yang jahat. Jangan nak fikir yang bukan-bukanlah Faye"
"Ha ah, betul juga cakap Bella tu tapi korang semua jaga-jaga.. aku takut musuh kita orang akan muncul secara tiba-tiba" Boboiboy pandang ke belakang untuk pastikan tiada siapa berada di belakang mereka
Fang masuk sedikit ke dalam makmal itu. Gelakan itu datang dari dalam bilik makmal itu dan semakin lama semakin kuat. Dia dapat rasakan orang itu semakin hampir dengan mereka
"Abang.." Fang memanggil abang dia. Jari-jari dia sentuh sedikit buku-buku yang bersepah di atas meja "Abang... jom cari kak Lynna dekat tempat lain"
"Nanti dulu..." Kaizo mahu melihat siapakah yang gelak macam orang gila "SIAPA KAU? MANA KAWAN BAIK AKU?"
"Kawan baik kau? Biar aku tunjukkan kau sesuatu yang menarik" kata suara perempuan itu. Pintu makmal itu tertutup secara tiba-tiba. Kaizo dan Fang terperangkap di dalam makmal tersebut "Lihatlah masa depan kawan baik kau"
"FANG! ABANG KAIZO!"
"FANGG!"
Tapi malangnya, mereka berdua tidak dengar jeritan dari Boboiboy, Yaya, Bella, Faye dan Harraz. Mereka mengetuk, tendang, gunakan kuasa tetapi pintu itu tidak berganjak ataupun musnah. Sekeliling Kaizo dan Fang berubah, dan mereka kini berada di sebuah taman yang indah. Bunga-bunga sakura berguguran di sekitar taman itu. Ketawa kecil boleh di dengari oleh Kaizo dan Fang. Mereka ternampak seorang gadis sedang duduk di atas buai sambil nyanyikan sebuah lagu kepada anaknya yang masih bayi. Senyuman di bibir gadis itu membuatkan mereka kenal siapa pemiliknya
"Itu..." Fang perhatikan wajah gadis itu "Itu..."
"Lynna?" bisik Kaizo
"Yea, itulah kawan baik kau tapi sayangnya masa depan ini tidak akan berlaku. Professor aku akan mengubah masa depan dia tapi.. ADOI!" Taman tadi dan juga imej masa depan Lynna hilang di situ. Semuanya kembali menjadi asal. Seorang wanita muda muncul di hadapan Kaizo dan Fang. Bahu dia seperti terkena sesuatu "SIAPA YANG BERANI SERANG AKU?"
"Heheheee... mestilah kuasa tiga aku yang serang kau tadi" muncul Boboiboy Gempa bersama dengan 2 lagi pecahan dia iaitu Blaze dan Ice "Akhirnya kita orang dapat musnahkan pintu makmal ni"
"Menarik betul makmal ni" kata Blaze sambil menikmati permandangan makmal itu "Aku pun teringin nak jadi ahli saintis tapi.. boleh ke?"
"Hmmm... bolehlah kot" Ice menguap besar sambil mencari-cari air kegemaran dia tetapi malangnya, Ice Blended Chocolate tiada di dalam makmal itu "Sebelum kita lawan dengan perempuan tu. Apa kata kita tersenyum dulu"
"Apa yang kau cuba lakukan?" tanya Gempa
"Yelah.. perempuan tu asyik masam muka aje. Kita kan tengah dalam project senyum, jadi kenalah senyum" Ice menguap lagi "Mengantuk pulak aku ni"
"Jangan nak tidur tapi betul juga cakap kau..." Gempa terus senyumkan diri dia
"APA YANG KORANG MEREPEK NI?" Perempuan itu berapi-api dengan ketiga-tiga pecahan itu "Kau serang aku tadi, jadi giliran aku pula untuk menyerang kamu bertiga!" Dia baru nak serang tetapi Ice halang pula
"Eh nanti dulu.. sebelum serang tu, kita tangkap gambar dulu" kata Ice sambil menguap lagi sekali "Faye ada bawa kamera kan?" Faye terus angguk kepalanya dengan perasaan gembira
"YEAHH! TANGKAP GAMBAR! Hahahaaa! meh tangkap gambar aku bergaya dengan bebola api aku.. tak pun dengan cakera api aku ke.. mana satu yea yang sesuai? Tak pun semua api aku akan keluarkan.. hahaa!" Blaze meloncat-loncat kegembiraan sampai dia tidak sedar bahawa salah satu bebola api dia terkena perempuan tadi. Habis terbakar skirt labuh perempuan itu
"APA KAU CUBA LAKUKAN NI!" Perempuan itu cuba padamkan api di skirtnya
"Meh saya cuba tolong akak.. TEMBAKAN PEMBEKU!"
"JANGANNN!" Terus membeku perempuan tersebut. Dia terperangkap di dalam sebuah bongkah ice. Kaizo sangat berpuas hati dengan serangan ice tadi
"Bagus Ice.. mengantuk macam mana pun kau, tapi kau tetap serang dia juga" kata Gempa dengan bangganya "Blaze, lain kali hati-hati semasa keluarkan kuasa api kau"
"Err.. hehee.. maaf, aku tak sengaja tadi" Blaze tersengih di situ sambil garu-garu pipi dia "Teruja sangat sebab nak tangkap gambar beramai-ramai tapi Ice dah tidur nampaknya"
"Hmm.. macam-macam perangai betul pecahan dia ni" bisik Kaizo "Sudah, mari kita teruskan dengan pencarian kita" Kaizo tidak berputus asa. Dia masih tidak rasa puas hati dengan makmal tersebut. Mesti ada sesuatu yang tersembunyi di dalam makmal itu
Boboiboy telah pun bercantum sebelum. Dia pergi menolong Kaizo dan Fang untuk mencari pintu rahsia atau apa-apa yang tersembunyi di situ. Yaya, Bella, Faye dan Harraz pergi periksa di bahagian luar sehinggalah Harraz menjumpai sesuatu. Dinding aquarium tadi adalah sebuah pintu rahsia. Harraz membuka pintu tersebut dan laluan di dalamnya agak gelap
"Yaya, panggil abang Kaizo" Yaya terus panggil Kaizo yang masih lagi berada di dalam bilik tersebut
"Gelapnya.. macam kita berada di dalam sebuah cerita misteri" kata Bella "Kau rasa.. laluan ini akan bawa kita ke mana?"
"Entahlah Bella, aku tidak begitu pasti ke mana laluan koridor ini akan bawa kita ke mana tapi aku berharap, kita dapat bertemu dengan kak Lynna secepat mungkin. Makmal ini memang menarik tetapi amat menakutkan bagi sesiapa yang lemah jantung. Tadi aku nampak ada tangan alien bergerak-gerak di dalam peti dia" Harraz masuk ke dalam situ
"Bagi aku masuk dulu" Harraz keluar balik dan berikan laluan kepada Kaizo. Dia menyalakan lampu yang ada di jam kuasanya. Begitu juga dengan Boboiboy, Fang dan Yaya
Kaizo lihat, di tepi dinding itu tiada kesan apa-apa. Hanyalah sebuah dinding koridor biasa sahaja. Maka dia berjalan dengan begitu perlahan kerana takut jika dia terlepas pandang. Makin lama makin dalam mereka berjalan di laluan koridor itu. Tiada bau atau benda-benda aneh berlaku sehinggalah mereka satu cahaya di penghujung koridor tersebut. Kaizo cepatkan pergerakan dia untuk melihat apa yang ada di situ dan akhirnya, dia masuk ke sebuah bilik yang penuh dengan alien-alien yang telah dibekukan. Semuanya masih dalam keadaan sempurna. Lynna ada di situ tetapi dia diikat pada sebuah kerusi. Dia di kelilingi dengan beberapa crystal putih
"Lynna!"
"Kak Lynna!"
"Kaizo?" Lynna membuka matanya sedikit "Fang? Boboiboy?" Dia tersenyum kerana penyelamat dia sudah pun tiba di situ
"Lynna.. kau ok ke?" Kaizo cuba bukakan ikatan di tangan Lynna tetapi sebuah bebola api menghalang dia buat begitu. Kaizo melompat kebelakang sebelum diri dia terkena dengan bebola api tersebut. Dia pandang ke atas dan nampak Professor Cisco sedang terbang di udara "KAU! APA YANG KAU INGIN LAKUKAN TERHADAP DIA?"
"Hmm... aku cuma nak bekukan dia dan simpan dia di sini selama-lamanya"
"JANGAN HARAP! SERANGAN BAYANG!" Professor Cisco menggelakkan diri daripada terkena serangan daripada Fang "Isk! Aku akan hapuskan kau! JAGA KAU NANTI"
"BOBOIBOY BLAZE! TUMBUKAN TINJU BERAPI!"
"AMBIK NI!" Professor Cisco semburkan api berwarna ungu ke arah serangan Blaze tadi. Ianya menyebabkan sebuah letupan di udara itu. Fang sempat melindungi rakan-rakan dia
"Yaya, Faye, Bella, Harraz.. korang cuba bawa lari kak Lynna dari sini. Biar aku tolong abang Kaizo dan Fang untuk hapuskan alien durjana tu"
"Ok! Hati-hati tau" kata Bella "And jaga si Pang tu elok-elok.. dia tahu main serang aje.. hehehee"
"Sempat lagi yea kau ni" Bella tersengih kepada Boboiboy
Professor Cisco meletupkan beberapa peti-peti kosong di situ. Ada juga yang mengandungi seekor alien pelik tetapi alien itu sudah lama mati kerana kesejukan peti tersebut. Professor itu tidak berpuas hati, dia melempar beberapa bola api ke arah Kaizo
"DINDING TENAGA! PANG! PERGI SELAMATKAN KAK LYNNA!"
"Jangan risau abang Kaizo, saya sudah suruh rakan-rakan saya yang lain pergi bukakan ikatan kak Lynna" kata Blaze "Saya akan bantu abang Kaizo"
"Baiklah.. serang dia selagi aku boleh menahan dinding tenaga dia semampu mana yang aku boleh" Kaizo masih lagi menahan dinding tenaga dia agar mereka semua tidak terkena serangan berapi itu. Fang dan Blaze pandang satu sama lain dan mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan iaitu kuasa combo
"Boboiboy Gempa! TANAH MENCENGKAM!" Sebuah gunung kecil terbentuk di dalam bilik itu. Ianya terus mencengkam Professor Cisco "Fang! Sekarang!" Serangan dari Professor Cisco terhenti. Dia cuba untuk lepaskan diri daripada situ
"HELANG BAYANG!" Fang melompat dan mendarat di atas helang bayang dia "SERANGAN TUSUKAN JARI BAYANG!"
"TUMBUKAN TANAH!"
"TETAKAN TENAGA!"
"KAU TIDAK BOLEH HAPUSKAN AKU!" Professor Cisco menggunakan kuasa untuk letupkan tanah gunung kecil itu dan lalu dia dapat melepaskan diri "HAHAHAAAA! RASAKAN SERANGAN API AKU!" Mata dia pandang ke arah Kaizo, Fang dan Blaze tetapi dia ternampak Lynna cuba larikan diri untuk keluar dari bilik rahsia itu. Lalu dia melempar beberapa bola berapi ke atas siling bilik itu. Yaya, Bella, Faye dan Harraz berjaya keluar dari bilik tersebut tetapi Lynna tidak sempat keluar dari bilik itu kerana semburan api muncul di muka pintu itu. Lynna terkejut dengan semburan api itu. Siling bilik itu terjatuh dan hampir terkena Lynna
"LYNNA!"
"KAK LYNNA!" Boboiboy berubah menjadi Boboiboy biasa
"PENGIKAT BAYANG!" Fang mengheret Lynna ke tepi diri dia daripada terkena siling bilik itu "Kak Lynna ok?"
"Akak ok.. terima kasih Fang"
"Pang, kau lindungi kak Lynna.. biar aku uruskan si gila tu" Mata Kaizo melirik ke arah Professor Cisco yang masih lagi berligar-ligar di udara "Aku akan ajar dia"
"Kaizo.. aku boleh bantu kau" kata Lynna sambil tersenyum kepada Kaizo "Bagilah aku bantu kau.. kitakan satu pasukan" Kaizo terdiam sebentar. Dia melihat Professor Cisco itu dan terus melihat Lynna
"Baiklah.. tapi apa-apa terjadi dekat kau.. kau kena keluar dari sini, biar Pang bawa kau pergi ke tempat yang selamat" Lynna angguk tanda setuju "Baiklah, Pang dan Boboiboy.."
"Nanti Kaizo.. aku ada satu rancangan. Boboiboy dan Fang serang si gila tu dan kau Kaizo, ikut aku"
"Baiklah, aku akan ikut rancangan kau" kata Kaizo. Boboiboy dan Fang angguk. Boboiboy sudah keluarkan keris petir dia dan Fang sudah mula keluarkan kuasa bayang dia "Apa rancangan kau sebenarnya?"
"MASA BEREHAT SUDAH TAMAT!" Lynna dan Kaizo berlari ke tepi dinding bilik apabila sebuah hantaran bola berapi menuju ke arah mereka. Fang dan Boboiboy sempat selamatkan diri. Bilik rahsia itu semakin hancur akibat serangan Professor Cisco "Kau ingat kau dapat lari daripada aku" Dia hanya tumpukan kepada Lynna dan Kaizo sahaja. Dia tidak sedar dengan serangan dari Boboiboy dan Fang
"TETAKAN HALILINTAR!"
"TUMBUKAN BAYANG!"
Professor Cisco terkena serangan tersebut. Dia terjatuh di atas lantai. Muka dia bengang dengan serangan tadi tapi sasaran dia masih juga Kaizo dan Lynna. Dia tidak akan mengaku kalah di situ. Selagi dia masih lagi boleh berlawan, dia akan lawan. Dia bangun dari situ. Kaizo dan Lynna mengumpul beberapa crystal putih itu. Rancangan Lynna adalah untuk memerangkap Professor Cisco di dalam lingkaran crystal putih itu. Selagi dia di dalam lingkaran crystal itu, selain itu dia tidak boleh menggunakan kuasa dia
"Fang, kita kena hapuskan dia dengan cepat sebelum dia serang abang Kaizo dan kak Lynna"
"Ok.. HARIMAU BAYANG! SERANG!"
"SHEILD!" Professor Cisco melindungi diri dia daripada di serang oleh harimau bayang Fang "HAHAHAHAAA! LEMAH BETUL SERANGAN KAU! RASAKAN BEBOLA API AKU LAGI!" Sebuah lingkaran api terbentu di antara Fang dan Boboiboy. Mereka terperangkap di dalam lingkarang api berwarna ungu itu
"PANG!" Kaizo berlari untuk pergi selamatkan Fang
"KAIZO! JANGAN!" Lynna terbang sepantas mungkin apabila dia ternampak Professor baling sebuah bola berapi ke arah Kaizo. Lynna sempat menolak Kaizo ke tepi dan malangnya, Lynna yang terkena bebola api itu. Lynna terpelanting dan terkena peti-peti kaca yang ada alien lain di dalamnya. Kaizo melihat Lynna terjatuh dari atas sehinggalah ke atas lantai dengan kesan luka di bahagian bahu dan dadanya. Kepala dia terkena serpihan kaca peti yang tajam dan menyebabkan berlakunya pendarahan di situ
"LYNNA!"
"KAK LYNNA! BERANI KAU CEDERAKAN KAKAK KESAYANGAN AKU! HELANG BAYANG!" Fang melompat keluar dari lingkaran api itu "PENGIKAT BAYANG!" Fang mengikat Professor Cisco dan dia tidak akan benarkan professor itu dapat lepaskan diri
"CAKARAN HARIMAU BAYANG!"
"TETAKAN HALILINTAR!"
"TETAKAN TENAGA!"
Kedua serangan tersebut membuat Professor Cisco menjerit dan meletup di situ. Akhirnya dia mati di situ. Bilik rahsia itu sudah hampir musnah tetapi mereka abaikan sahaja tentang itu kerana nyawa Lynna dalam bahaya
"Abang... cepat! Kak Lynna masih bernafas lagi"
"Ke tepi.." Kaizo angkat Lynna dan berlari keluar dari bilik rahsia itu, terus ke kapal angkasa dia. Kaizo harus selamatkan nyawa Lynna sebelum terlambat
------------------------------------------------------------------------------------------------
"Kapten, saya rasa.. kalau kita pulang ke bumi, nyawa Lynna tidak mungkin dapat di selamatkan"
"Jadi, apa cadangan kau?" kata Kaizo yang kini berada di biliknya sambil temankan Lynna dalam tidak sedarkan diri. Lynna diberikan alat bantuan pernafasan dan luka tadi telah dibalut dengan kain tetapi ianya masih tidak mencukupi untuk selamatkan nyawa Lynna
"Saya cadangankan kita pergi planet paling dekat sekali iaitu planet asal Kapten. Kita hantar Lynna ke hospital planet itu"
"Hmm.. buatlah apa yang kau perlu lakukan untuk selamatkan dia"
"Baik kapten" Lahap keluar dari bilik kaptennya. Dia melihat kaptennya duduk di atas kerusi sambil menatap wajah sahabat baiknya itu "Semoga kapten tidak kehilangan seorang lagi sahabat"
"Boleh aku masuk ke dalam?" tanya Fang yang ada di tepi pintu bilik abangnya
"Masuklah, Pang" Fang terus masuk apabila dia dapat kebenaran dari Lahap
"Abang.. abang ok ke?" Kaizo hanya gelengkan kepala sahaja "Abang nak adik nyanyikan sebuah lagu?"
"Apasal kau nak nyanyi pulak?"
"Untuk ceriakan hati abang yang sedang kesedihan" Fang pegang bahu abangnya "Tapi.. kak Lynna tidak akan pergi buat selama-lamanya kerana tadi abang sendiri nampak masa depan kak Lynna. Lagipun kak Lynna kan kuat dan tabah macam abang"
"Betul kata kau tapi bagaimana kalau masa depan itu memang sudah berubah"
"Entahlah abang.. adik tidak pasti tapi apa-apa pun, masa depan kita sentiasa berubah-ubah kerana apa yang kita buat sekarang ni, akan memberi kesan kepada masa depan kita seperti abang pernah melihat abang dan adik tinggalkan bumi selepas sahaja adik tamat belajar"
"Mana kau tahu tentang itu?" tanya Kaizo
"Kawan adik si Ying tu yang beritahu. Kita tinggalkan bumi tanpa mengucapkan selamat tinggal tapi adik yakin, abang tidak akan buat begitu pada masa hadapan nanti"
"Yea, abang tidak akan buat begitu melainkan kalau ada kecemasan" Kaizo tersenyum kecil sambil melihat adiknya "Abang nak sedekahkan senyuman abang kepada adik"
"Untuk apa?" tanya Fang yang rasa pelik dengan abangnya
"Kerana kau ingin ceriakan hati abang dan supaya abang tidak terlalu risau tentang kak Lynna. Terima kasih adik kerana sentiasa ada di sisi abang" Kaizo memeluk adiknya. Fang boleh rasa titisan air mata abangnya jatuh ke atas bahu dia "Kalau kau tidak bantu abang tadi, mungkin dengan diri abang juga akan di tangkap oleh Professor Cisco tu. Terima kasih adik ku"
"Sama-sama abang"
"Pang, abang perlu hantar kak Lynna ke planet kita dan abang juga akan temankan dia sehingga dia pulih.. kau dan kawan-kawan kau, pulanglah ke bumi dulu. Jangan risau tentang kami nanti, atuk dan nenek akan jaga kak Lynna juga"
"Baiklah abang, adik akan pulang ke bumi" Kaizo lepaskan adiknya. Senyuman adiknya membuat dia hati tersentuh sedikit "Abang jaga kak Lynna baik-baik sebab dia lah satu-satunya sahabat baik abang sekarang ini. Dia lah segala-galanya di dalam hidup abang sekarang ini juga, begitu juga dengan adik" Kaizo angguk sahaja. Sebelum Fang keluar dari bilik itu, dia pegang jari Lynna sekejap
"Kak Lynna, sembuh cepat tau.. adik tunggu akak dekat bumi" Fang berikan senyum kecil kepada Lynna. Dia berharap senyuman itu dapat berikan harapan kepada Lynna untuk cepat sembuh dan pulang ke bumi secepat mungkin
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top