Selamat Tahun Baru

"Apa ni abang Fang?" tanya Rizu pada suatu hari di kedai Tok Aba

"Abang nak bagi Rizu jam" Mata Rizu terus bersinar-sinar kerana dia telah mendapat sebuah hadiah jam dari abang kesayangan dia

"WAHHH! Terima kasih abang Fang. Ini mesti jam kuasa kan kan kan. Apa kuasa dia abang Fang? Sama dengan abang Fang juga ke? Bolehlah kita lawan orang jahat sama-sama dan Pizu akan menjadi pembantu paling setia abang Fang! Kita akan menjadi duo kuasa bayang yang terhebat di Pulau Rintis! Betul tak abang Fang?" Rizu memakai jam tersebut dan dia terasa ada kuasa di dalam badannya

"Errr.. tapi-"

"PIZU AKAN MENJADI SUPERHERO BARU DI PULAU RINTIS! SUPER PIZUUUUU!" Rizu membuat gaya ala superman dan terus dia berlari ke sana sini di sekeliling kedai Tok Aba. Dia bayangkan dirinya sedang terbang di langit biru "Orang jahat datang! Tapi super Pizu akan menentang orang jahat itu! Kejahatan tidak akan berluasa di Pulau Rintis!"

"DAN SUPER LILY AKAN MEMBANTU SUPER PIZU!" muncul pula Lily di sebelah Rizu

"Wahhhh! Nanti kita ada trio baru! Trio super Pizu, abang Fang dan kakak Lily!" Rizu meloncat-loncat kegembiraan. Fang menepuk dahinya dan terus Boboiboy muncul di sebelah Fang

"Kau kenapa Fang?" tanya Boboiboy

"Hmmm.. aku bagi jam dekat Rizu. Dia ingat itu jam kuasa pulak. Terus dia pergi main superhero dekat situ dengan Lily"

"Oh begitu tapi apasal kau tak beritahu dia tentang jam tu?" tanya Boboiboy lagi

"Aku nak bagitahu pun tapi dia sudah mula main superhero. Kejab lagi ajelah aku beritahu. Biarkan dia berseronok dulu" kata Fang sambil makan cekodok chocolate dia "Tapi jam tu ada fungsi lainnya juga. Dia macam jam kuasa kita tapi tiada kuasalah. Rizu dapat berhubung dengan kita semua menggunakan jam itu. Aku dapat jam tu pun dari abang aku, dia cakap berikan kepada Rizu"

"Apasal kau bagi jam tu pulak?"

"Banyak sangat soal pulak kau ni" Boboiboy tersengih di situ "Takdelah, masa aku dekat sekolah menengah nanti dan dia pulak dekat sekolah rendah. Tak boleh lah kita orang nak berjumpa, jadi aku bagilah jam itu. Bolehlah dia hubungi aku kalau dia ada apa-apa masalah dekat sekolah nanti"

"Oh begitu" Boboiboy terus melihat Lily sedang bermain-main dengan Rizu "Seronoknya dia orang main. Aku rasa macam nak join sahaja"

"Kau join ajelah kalau kau nak" Boboiboy dengan idea hebat dia, terus dia bertukar menjadi Boboiboy Taufan "Pergilah berseronok" Taufan terus berlari ke arah Lily dan Rizu yang sedang berkejaran di sekeliling kedai Tok Aba

"Taufan akan menolong Rizu untuk menentang kejahatan!"

"WAHHH! Superhero Taufan adalah" Rizu berlari ke arah Taufan bersama dengan Lily "Tapi kenapa abang Fang tak nak join sekali?"

"Lily tahu sebab apa. Sebab dia kan landak, superjahat! Dia hanya duduk diam sahaja kerana dia sedang fikirkan untuk kalahkan kita semua!" Fang terdengar kata-kata Lily tadi dan dia mula berapi-api dengan Lily

"WOI! AKU SUPERHERO YANG BAIKLAH!" Tetapi Lily balas dengan menjelir lidahnya "Isk! Ada juga yang nak kena dengan aku ni" bisik Fang dengan nada marah dia

"Hehehehe... habis tu, kenapa kau tak join dia orang sekali?" kali ini muncul pula Yaya bersama dengan Ying "Bestnya main superhero. Lepas ni tak boleh nak main sangat dah sebab sekolah nak mula dah minggu depan"

"Yolah tapi aku gembira sekolah nak mula dah! Kita semua nak masuk tingkatan satu! dan aku juga dapat sama kelas dengan kamu lagi" Ying peluk Yaya sepuas-puasnya kerana mereka berdua masih kekal lagi kelas bersama tetapi Fang pula bermuka masam kerana dia akan sama kelas dengan mereka berdua

"Aduh, apasal lah aku sama kelas dengan korang" Terus dia menghantuk-hantuk kepalanya di atas meja kaunter

"Kasihan abang Fely"

"NAMA AKU FANG LAH!"

"Hehehehe... maaf. Emmy selalu sangat lupa" Emmy tersengih kepada garu-garu kepala dia "Jadi inilah tempat yang Rizu selalu cakapkan. Macam best aje" Emmy melihat menu-menu di kedai Kokotiam Tok Aba "Pelbagai menu chocolate ada"

"Emmy nak apa? Boleh lah saya buatkan khas untuk awak" kata Ochobot sambil berikan air hot chocolate special kepada Fang

"Hmmm.. Emmy nak.. Emmy nak... nak.. nak... nak... " Emmy melihat menu-menu itu tetapi dia tidak tahu hendak memilih makanan yang makan satu "Rasa macam nak cuba semua aje tapi Emmy tak cukup duit nak bayar nanti"

"Takpe, saya buatkan Ice Blended Chocolate Special untuk Emmy. Air tu paling popular sekali dekat kedai Tok Aba" Ochobot terus buatkan air tersebut

"Terima kasih!" kata Emmy sambil melihat-lihat gelagat Rizu yang ingin menaiki hoverboard Taufan dan Lily pula cuba memujuk Taufan supaya tiga orang naik hoverboard itu tetapi Taufan tak bagi bawa tiga orang, nanti takut terjatuh pula semua

"Kakak Lily tak payahlah naik. Biar Pizu sahaja yang naik"

"Bukan Rizu ada jam kuasa ke? Keluarkanlah kuasa Rizu" kata Lily

"Betul juga" Rizu dengan penuh keyakinan dia, lalu dia cuba ingin keluarkan sesuatu "KAPAL TERBANG BAYANG!" Tetapi tiada apa yang keluar "Jam kuasa ni rosak ke?"

"Errr.. hehehee" Taufan tak tahu macam mana nak beritahu Rizu perkara yang sebenarnya. Dia takut nanti Rizu menangis dan merajuk pula

"ABANG FANGGGG! JAM KUASA PIZU ROSAK! PIZU CUBA KELUARKAN KAPAL TERBANG TAPI TAKDE APA PUN YANG KELUAR!" Rizu berlari ke arah Fang dengan "Abang Fang, bagilah abang robot periksa jam kuasa ni"

"Errr.. Rizu" Fang terpaksa juga beritahu perkara yang sebenarnya. Dia angkat Rizu dan duduk adik kesayangan dia di atas pangkuan dia "Sebenarnya jam itu bukan jam kuasa tapi jam tu boleh menghubungi abang Fang dan kawan-kawan abang Fang yang lain juga. Rizu nak hubungi abang Kaizo pun boleh juga"

"Oh.. jadi Pizu bukan superhero lah ni"

"Bukan tapi Rizu pun boleh jadi superhero tanpa kuasa. Ingat tak Rizu selamatkan abang Fang hari tu?" Rizu angguk "Itu pun sudah cukup buatkan diri Rizu sebagai superhero!"

"Bagus betul kata-kata kau dekat Rizu" kata Yaya sambil tersenyum melihat Rizu bermanja dengan Fang "Nampaknya, diri kau semakin matang"

"Tapi masih lagi dengan kenakalan kau" kata Ying pula "Jangan lu nak nakal sangat semasa di sekolah menengah nanti. Kita semua sudah besar panjang maaa.."

"Kakak Ying janganlah marah abang Faye sangat. Dia sedang berusaha untuk menjadi abang yang baik kepada Rizu" Fang berapi-api dengan Emmy kerana panggil dia Faye. Dia menahan kemarahan dia "Mana abang Gopal?" tanya Emmy

"Dia kena marah dengan ayah dia sebab banyak sangat main video game. Terus dia kena denda" jawab Yaya "Si Gopal pun satu, asyik video game sahaja. Bila lah nak dia belajar dan ulangkaji. Nasihat pun, entah bila dia akan buat"

"Biarkan jelah si Gopal tu" kata Fang dengan nada bosan dia

"Pizu sedihlah" kata Rizu secara tiba-tiba

"Kenapa Rizu sedih?" tanya Yaya

"Sebab abang Fang tak sama sekolah dengan Pizu dah. Nanti siapa nak temankan Pizu ke kelas setiap pagi? Nanti siapa nak huru hara kan sekolah dengan keamukan abang Fang? Nanti siapa lagi nak pergi berebut donut lobak merah semasa rehat? Nanti siapa Pizu nak tunggu lepas sahaja habis sekolah? Nanti siapa nak balik dari sekolah sama-sama? Pizu tahu kawan baik Pizu ada nanti tapi Pizu tetap akan rasa sunyi sebab abang Fang, abang Boboiboy, abang Gopal, kakak Yaya dan kakak Ying tiada dekat sekolah nanti. Korang selalu hiburkan hati Pizu terutama sekali abang Fang. Nanti mesti abang Paizo tak datang sekolah dah sebab abang Fang masuk sekolah menengah dah. Kakak Emmy tolonglah buatkan sesuatu supaya abang Fang sebaya dengan Pizu. Bolehlah abang Fang setiap hari main dengan Pizu dan kawan baik Pizu. Mesti seronokkan. Lepas tu bolehlah abang Fang sama kelas dengan Pizu. Pergi sekolah sama-sama, rehat sama-sama, belajar sama-sama, ulangkaji sama-sama, balik dari sekolah sama-sama dan semuanya sama-sama lah. Pizu tak nak terpisah dengan abang Fang. Kalau abang Fang pergi ikut abang Kaizo terbang ke angkasa lepas, hati Pizu mesti sedih sebab abang Fang lah selalu buat Pizu gembira. Kalau Pizu tak kenal abang Fang, mesti Pizu masih malu lagi. Pizu juga sedih sebab kakak Lily pun tak sama sekolah dengan kita semua. Dia duduk entah mana Pizu tak tahu tapi bila kakak Lily selalu datang ke sini, selalu sahaja jadi huru hara dan meriah. Pizu rasa bahagia sangat bila kita semua berkumpul bersama. Dengan kakak Bella pun Pizu mulai suka berkawan dengan dia sedikit. Abang Fang tahu kan kaka Bella suka dekat abang Fang tapi kakak Bella tak kisah pun kalau abang Fang tak suka dekat dia tapi seronok pula Pizu lihat korang bersaing tapi lagi seronok tengok kakak Lily dan kakak Lily bergaduh sebab abang Boboiboy. Abang Boboiboy selalu lari dari mereka sebab dia takut sangat tengok dia orang bergaduh sampai nak berlawan. Pizu suka sangat dia orang bergaduh macam budak kecik. Tapi Pizu suka tengok kakak Bella, kakak Lily dan kakak Faye berkawan baik, lepas tu dia orang tubuhkan kumpulan trio huru hara. Semuanya seronok, semuanya best. Abang Paizo pun best juga bila ada. Pizu suka tengok muka abang Paizo yang selalu serius tapi bila kakak Lynna ada, abang Paizo mesti senyum sedikit. Pizu tahu abang Fang masih lagi berharap tapi abang Fang jangalah berharap sangat sebab kakak Lynna dan abang Paizo hanyalah kawan sahaja tapi kadang-kadang Pizu nampak lebih daripada itu. Entah-entah ada sesuatu dekat hati mereka tapi entahlah. Pizu bukannya faham sangat bab-bab bercinta tapi Pizu yakin! yang abang Paizo dan kakak Lynna bukan bercinta cuma teman tapi mesra! Tapi nanti lama-lama mesti ada sesuatu yang terjadi kan kan kan. Abang Fang pun mesti jumpa seseorang juga kan tapi berapa lama abang Fang akan duduk dekat sini? Abang Fang jangan pergi ke angkasa lepas balik tau. Kalau Pizu ikut sekali boleh? Pizu pun nak pergi mengembara dengan abang Fang dan abang Paizo dekat angkasa lepas. Mesti Pizu jumpa ramai alien yang pelik-pelik tapi abang Fang dan abang Paizo bukan alien pelik, cuma kakak Lily sahaja yang alien pelik. Tapi kakak Lily tu alien ke? Dia tak pernah nak beritahu Pizu dia tinggal dekat mana, yang Pizu tahu, kakak Lily suka bagi Pizu kerepek pisang setiap hari! Pizu suka makan kerepek pisang! Tapi Pizu paling suka makan kerepek pisang cicah dengan chocolate syrup! Lagi sedap! Kadang-kadang Pizu letak kerepek pisang dalam cereal Pizu, kadang-kadang Pizu suruh ibu letak kerepek pisang dalam bubur ataupun dalam sup. Resepi baru! SUP KEREPEK PISANG! Abang Fang buatlah sup kerepek pisang, mesti abang Paizo akan jawab bolehlah nanti. Lepas tu bagi kakak Lynna rasa sup tu, mesti sedap kan kan kan kan..."

Sampai ke malam Rizu berceloteh seorang diri di kedai Tok Aba. Boboiboy, Fang, Yaya, Ying, Emmy, Lily, Ochobot dan juga Tok Aba tertidur dekat situ

--------------------------

Keesokannya, Fang terbangun dengan satu bunyi yang sangat kuat. Dia terus keluar dari biliknya untuk melihat apa yang berlaku. Dia ternampak Rizu terlantar di atas lantai dengan buku-buku berselerak di atasnya dan sebuah kerusi terjatuh di sebelah Rizu "RIZUUU! KENAPA TU?" Fang cepat-cepat turun ke bawah untuk menolong Rizu. Kaizo berlari dari dapur untuk pergi menolong Rizu juga

"Maaf.. Pizu tengah nak ambik buku tapi Pizu terjatuh pulak" Rizu bangunkan diri dia. Fang mengangkat kerusi yang terjatuh tadi dan mengutip buku-buku yang terjatuh dari almari buku

"Lain kali Rizu hati-hati tau. Tak pun panggil abang atau abang Kaizo untuk menolong Rizu"

"Maaf abang Fang. Pizu sebenarnya tak nak ganggu abang Fang dan abang Paizo" kata Rizu

"Rizu tiada luka apa-apa kan?" tanya Kaizo sambil memeriksa tangan dan kaki Rizu "Lain kali beritahu abang kalau Rizu mahukan sesuatu. Jangan main ambil sahaja. Abang tak nak Rizu cedera nanti"

"Baik abang Paizo" Rizu bagi tabik kepada Kaizo "Malam ni jadi ke kita nak adakan makan-makan dekat sini? Mesti bestkan! Nanti Pizu bawa buah tembikai! Ibu tak bagi Pizu bawa junk food sebab tak elok tapi ibu bagi pula Pizu makan kerepek pisang. Pelik-pelik.. tapi nanti abang Fang kena tolong Pizu angkatkan buah tembikai. Ibu beli 4 buah tembikai. Abang Paizo nanti tolong potongkan ok. Kakak Lynna nanti datang ke? Kalau dia datang, mesti kakak Lynna bawa pau kacang merah. Kakak Lynna suka betul dengan kacang merah tapi Pizu tak suka sangat kacang merah. Pizu lebih suka kerepek pisang. Abang Fang nanti buat sandwich buah tak? Kakak Lynna suka makan sandwich buah abang Fang buatkan.."

Fang sudah larikan diri sebab semalam baru sahaja dia terkena dengan cerita Rizu yang panjang lebar. Kaizo rasa nak lari tetapi dia tidak mahu kecilkan hati Rizu. Dia perlu fikirkan sesuatu untuk diam Rizu. Lalu dia mengajak Rizu masuk ke dalam dapur

"Rizu, jom makan. Abang ada buatkan pancake" kata Kaizo sambil pegang tangan Rizu

"Abang Paizo letak garam tak dalam pancake tu? Kalau abang Paizo letak, nanti Pizu tak nak makan sebab masin sangat"

"Rizu.. abang tak letak garam dalam pancake tu. Rizu duduk diam-diam dan makan pancake tu. Rizu nak letak apa-apa tak dekat atas pancake tu?" tanya Kaizo sambil letakkan 2 keping pancake di atas pinggan Rizu

"Pizu nak maple syrup dan chocolate syrup! tapi kalau ada ice cream mesti best! lepas tu kalau letak pisang sekali, mesti best juga! kalau ada chocolate nutella dekat dalam pancake ni mesti lagi sedap. Betul tak abang Paizo? eh, mana abang Paizo?" Rizu melihat ke kiri dan ke kanan. Dia di tinggalkan keseorangan di dalam dapur "Abang Paizo pergi tandas kot" terus Rizu makan sorang-sorang. Sebenarnya Kaizo berada di dalam bilik dia untuk larikan diri daripada dengar cerita Rizu yang panjang lebar itu. Dia pun rasa seperti cerita Rizu makin lama makin panjang pula. Dulu-dulu Rizu memang suka bercerita dan banyak bercakap tapi entah kenapa semenjak akhir-akhir ini, celoteh dia semakin panjang dan semakin pening kepala Kaizo

"Abang Fang, mana abang Paizo?" Fang terpaksa pergi temankan Rizu dekat dapur sebab abang dia sudah bising

"Abang Kaizo ada dekat bilik. Rizu makan cepat, nanti lepas ni kita boleh pergi ambik buah tembikai dekat rumah Rizu. Tak sabar nak tengok kita semua berkumpul dekat sini malam nanti. Mesti seronokkan" Fang duduk di sebelah Rizu sambil melihat si comel penguin makan pancake

"Mestilah seronok! Sebab semua ada termasuklah kakak Lynna sekali. Lagipun ini hari terakhir kita dapat berkumpul ramai-ramai. Lepas ni semua orang akan mula sibuk balik. kalau dapat berkumpul pun, mesti masa hari cuti ataupun masa ada serangan musuh. Abang Fang tak rasa sedih ke?" Fang belai kepala Rizu

"Mestilah sedih. Cuti sekolah nak habis dah, minggu depan nak start sekolah dah. Takdelah abang dapat main dengan Rizu dekat sekolah nanti tapi kita dapat berjumpa masa balik sekolah kan, dekat kedai Tok Aba atau dekat rumah abang"

"BETUL TU! Jadi Pizu tak nak sedih sangat! Tak tahu lah apa akan terjadi tahun depan tapi yang pasti, abang Fang dan Pizu sentiasa bersama! YEAHHH!" Fang senyum sahaja. Dia berharap tiada apa-apa lagi yang berlaku ke atas diri dia, seperti trauma ataupun koma, tak pun bertukar menjadi arnab "Apa yang abang Fang sedang fikirkan?" tanya Rizu

"Takde apa-apa. Rizu makanlah" Rizu sambung makan pancake dia sambil berborak dengan abang kesayangan dia. Kaizo sudah pun kembali ke dapur dan melihat dua orang sedang berborak mesra. Apalah akan terjadi nanti pada tahun hadapan? Semuanya akan berbeza, fikir Kaizo. Lalu dia tersenyum sendiri sambil makan buah apple

------------------------

"WAHHH! Cantiknya bintang malam ni" kata Gopal sambil melihat bintang-bintang berkelip pada malam itu. Boboiboy, Ochobot dan Gopal telah pun sampai di kawasan halaman rumah Fang. Mereka membawa beberapa ketul ayam dan juga burger untuk di bakar. Malam itu mereka adakan BBQ untuk menyambut tahun baru di rumah Fang, Kaizo dan Faye. Tempat untuk membakar ayam sudah pun tersedia di luar. Kaizo hanya duduk di atas kerusi sambil membaca buku novel cerita hantunya. Fang pun sedang keluarkan beberapa buah kerusi plastik untuk di letakkan di halaman rumah. Faye pergi menolong Bella untuk mengangkat beberapa makanan untuk di bawah ke rumah dia. Yaya dan Ying masih lagi belum sampai. Rizu sudah pun berada di situ bersama dengan Emmy. Mereka sedang bermain dengan buih. Lahap pun turut ada di situ sambil melihat komputer dia. Lynna pula sedang sediakan air untuk mereka semua dan Lily pula, semua orang tak tahu dia dimana

"Tak sangka pula kita dapat adakan BBQ dekat rumah kau Fang" kata Boboiboy sambil mengangkat kerusi plastik

"Hehehehe... aku dan Faye yang pujuk abang aku. Terus dia ok"

"Baguslah tu tapi elok juga idea kau adakan BBQ ni. Bolehlah kita bersuka ria sebelum sekolah bermula minggu depan" Boboiboy letakkan kerusi plastik itu di sebelah Kaizo "Abang Kaizo nak apa-apa tak? Kita orang sudah nak mulakan bakar ayam-ayam nanti"

"Hmm.. tiada apa yang aku nak. Kalau nak bakar, hati-hati dan jangan sampai terbakar rumah tu" kata Kaizo. Mata dia tidak alih dari buku novel itu "Pang, ambikkan sup lobak merah untuk abang"

"Yelah abang" kata Fang dengan nada bosan dia "Orang nak ber BBQ, dia pulak nak sup lobak merah" Boboiboy tergelak sambil angkat bekas makanan yang penuh dengan kepak dan peha ayam

"Ala, abang kau tu mana suka kumpul ramai-ramai macam ni. Abang kau kan jenis yang suka dengan ketenangan dan juga latihan tempur dia" kata Boboiboy

"Hmmm... memang pun. Korang mulakanlah dulu, aku nak pergi ambik sup abang aku tu" Fang terus masuk ke dalam rumah tetapi sebelum itu, dia berhenti dan melihat kawan-kawan dia yang ada di halaman rumah dia. Dia tersenyum sedikit

"Fikirkan apa tu Fang?" muncul Lynna dengan jug air

"Takde apa kak Lynna"

"Betul ni? Kalau ada apa-apa masalah, beritahu sahaja dekat akak. Akak akan sedia membantu"

"Terima kasih kak Lynna tapi akak jangan risau, Fang tiada masalah pun" kata Fang sambil tersenyum dekat Lynna "Fang nak pergi ambik sup abang sekejap. Kak Lynna pergilah tolong Boboiboy dan Gopal bakar ayam" Dia terus masuk ke dalam rumah dan pergi ke dapur untuk mengambil sup lobak merah. Sebelum dia membawa keluar, dia rasa sedikit dahulu sup itu "Rasa sedap seperti biasa tapi abang mesti cakap bolehlah" Fang tergelak sedikit

"Pang" Fang menoleh kebelakang

"Abang nak apa?"

"Abang nak cakap sesuatu" Kaizo duduk di kerusi meja makan "Kau sudah pun besar panjang. Abang kena bagi kau pelbagai latihan nanti tapi abang tak nak kau mengeluh atau menggelakkan diri dari latihan tempur nanti. Faham!"

"Faham abang. Adik akan jadi kuat macam abang tapi abang tetap pahlawan nombor satu di angkasa lepas!"

"Tapi kau kena kurangkan dengan kenakalan kau. Jangan nak bermain sangat kerana latihan selepas ini, semuanya agak sukar tapi abang yakin. Kau dapat lakukan dengan baik"

"Baik abang! Tapi abang cakap macam ni... macam nak bawa adik pergi ke tempat lain sahaja. Abang nak pisahkan adik dengan kawan-kawan adik ke?" tanya Fang

"Takdelah. Abang tak kan pisahkan korang semua. Abang tahu kau sayangkan mereka seperti abang sayangkan adik"

"Terima kasih abang" Lalu Fang letakkan semangkuk sup lobak merah di atas meja "Abang tak join kita orang ke nanti?"

"Hmm.. tengoklah dulu. Kau pergilah join kawan-kawan kau tu" Fang terus keluar dari dapur dan Kaizo makan sup lobak merah dia sambil baca novel hantu dia. Fang keluar dari rumah tersebut dan nampak kawan-kawan dia yang lain sudah pun tiba di situ. Yaya, Ying, Bella, Lily, abang Bella pun ada di situ dan juga sepupu dia iaitu Faye sudah pun sampai

"Fang! Mehlah tolong aku!" panggil Boboiboy yang sedang membakar ayam bersama Gopal. Fang terus pergi ke dua kawan baik dia "Abang kau mana?"

"Abang aku ada dekat dalam rumah. Biarkan lah dia tu" Fang mengusik-usik ayam itu dengan penyepit makanan

"Hmm. kan senang kalau aku gunakan sahaja kuasa aku. Takdelah aku kena tunggu ayam tu siap" kata Gopal sambil melihat ayam-ayam itu. Perut dia sudah pun kelaparan, dia menunggu ayam itu siap dimasak "Laparnya aku"

"Kau nak kena marah dengan abang aku ke? Lagipun kau mesti guna barang-barang entah apa benda untuk dijadikan makanan. Tak nak aku, baik aku masak sahaja ayam ni"

"Kalau kau lapar, pergilah makan makanan lain. Kan ada roti garlic bread dekat situ, Bella yang bawak. Tak pun kerepek pisang ke, kek pisang ke, bubur pisang ke, sandwich nutella pisang ke, pisang goreng ke.. errr.. berapa banyak makanan pisang si Lily ni bawak? Sampai sushi pisang pun ada" Boboiboy garu kepala dia sambil melihat pelbagai jenis makanan pisang yang ada di atas meja plastik

"Entahlah. Hantu pisang kot si Lily ni" kata Fang. Dia terus mengangkat ayam yang sudah pun siap dimasak dan terus masukkan ke dalam dulang. Lalu dia letak burger-burger di atas tempat pembakar itu "Tapi yang penting, donut lobak merah aku mesti ada! Hahahahaa!" Boboiboy dan Gopal malas nak layan Fang kalau sudah masuk bab donut lobak merah

"Aku pergi makan dulu" Gopal bawa lari dulang ayam itu untuk makan sorang-sorang tanpa menjemput orang lain. Terus dia berebut dengan Faye sebab Faye pun lapar juga. Lily asyik perhatikan Boboiboy tengah bakar burger dan ayam, makanan dia tidak terusik sampailah Bella tolak kepala dia

"Kau ni, nak makan atau nak berangan?" tanya Bella

"Aku nak dua-dua! Makan sambil berangan" Terus Lily sambung berangan dia sedang suap Boboiboy. Bella mengalah sahajalah kalau sudah masuk topik Boboiboy "Oh Boboiboy ku, kenapalah kau terlampau comel sangat" Fang dari jauh boleh nampak Lily dengan mata dia bersinar-sinar dan keluar love love di atas kepalanya, dia rasa macam nak baling sahaja kepak ayam dekat Lily

"Wah! Banyak betul makanan hari ini" Lynna muncul dengan pinggan kosong dia

"Hehehee... semuanya nak bawak makanan masing-masing" kata Boboiboy "Kak Lynna nak ayam ke atau nak burger?"

"Nak dua-dua boleh?"

"Boleh boleh! Apa-apa yang kak Lynna nak, Fang akan bagi!" Boboiboy rasa pelik pula tengok Fang ceria semacam

"Terima kasih Fang tapi kenapa Fang tak buat sandwich buah hari ini?"

"Maaf kak Lynna. Tak sempat nak buat tapi takpe, lain kali kak Lynna datang ke sini. Fang akan buat banyak-banyak untuk kak Lynna"

"Terima kasih Fang" Lynna melihat Boboiboy letakkan kepak ayam yang baru sahaja siap masak, di atas pinggan dia "Hmm.. apa azam baru kamu berdua?" tanya Lynna

"Azam baru Boboiboy. Boboiboy nak belajar pandai-pandai dan cuba untuk dapat nombor satu" Fang hanya tergelak kecil "Apasal kau gelak pulak? Aku tahulah kau lebih pandai daripada aku, tak payahlah nak gelakkan aku"

"Tak boleh ke aku gelak" jawab Fang dengan nada sindiran dia "Azam baru Fang pula. Fang nak sama hebat dengan abang dan saya akan tidak akan bermain-main lagi semasa latihan tempur. Kak Lynna pun, kalau boleh.. ajarlah kami sekali sekala. Mesti kak Lynna ada banyak teknik kan"

"Boleh. Akak boleh ajar kamu semua tapi jangan malas pulak"

"Pizu pun nak kakak Lynna ajar! Azam baru Pizu adalah ingin menjadi kuat dan pandai seperti abang Fang! dan Pizu juga akan berusaha untuk menjadi superhero di Pulau Rintis! Yah yah yah!" Rizu bertumbuk-tumbuk angin untuk menunjukkan kehebatan dia. Lynna, Boboiboy dan Fang ketawa sedikit melihat kecomelan Rizu "Tapi abang Paizo bagi ke Pizu sertai latihan tempur dia?"

"Rizu jangan risau. Rizu boleh sertai latihan tempur dengan kak Lynna" Lynna usap-usap kepala Rizu

"Terima kasih kakak Lynna! Sayang kakak Lynna" Rizu peluk Lynna dan lalu dia lepaskan "Oh yea, nanti kakak Emmy akan temankan Pizu dekat sekolah! YEAHHHH! Jadi abang Fang tak perlu risau"

"Baguslah tu" kata Fang

"Tapi aku tak kan benarkan Rizu menyertai latihan tempur aku kerana latihan tempur aku boleh dikatakan tahap ganas dan menyeramkan, itu mengikut kata kawan kamu si Gopal" muncul Kaizo dengan mangkuk sup lobak merah dia "Tapi kalau Rizu nak sertai jugak, Rizu boleh berlatih dengan kak Lynna sahaja. Dia akan mengajar kamu teknik yang mudah di fahami"

"Yeahh! PIZU SUKA PIZU SUKA!" Rizu meloncat-loncat di situ. Mereka semua ketawa sedikit kecuali Kaizo, dia masih kekalkan muka serius dia. Pada malam itu, semuanya bersuka ria sehinggalah pukul 12 malam. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying duduk di atas bumbung sambil melihat bunga-bunga api di bandar Pulau Rintis. Rizu duduk di atas riba Lily sambil saksikan persembahan bunga api itu. Bella, Faye dan Aidan duduk di tangga depan rumah sambil melihat bunga-bunga api tersebut. Emmy memeluk Ochobot yang sedang duduk di sebelah Lily sambil terkenangkan keluarga dia yang sudah lama tiada tapi dia gembira kerana mendapat kawan-kawan baru di Pulau Rintis. Kaizo dan Lynna duduk di atas kerusi dan mereka berdua fikirkan benda yang sama. Apa yang akan terjadi pada tahun hadapan, tentu lebih menarik dan penuh dengan pengembaraan baru, fikir Kaizo dan Lynna

"Selamat tahun baru kawan-kawan"

"Selamat tahun baru, Fang" Mereka berlima gelak ketawa di atas bumbung sambil bercerita tentang kenangan-kenangan mereka semasa mereka darjah 6. Tahun baru, sekolah baru, kisah baru dan pengembaraan baru akan bermula untuk lima sahabat sejati. Tak tahulah apa yang akan terjadi nanti tapi kisah mereka di tahun yang baru akan bermula tidak lama lagi

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top