Sekolah Baru

"Pertama kali aku ke sini adalah sewaktu aku di sekolah rendah dulu. Aku telah di masukkan ke dalam kelas 5 Jujur. Selepas itu, aku tidak mahu mengikut abang aku pulang dan aku terus duduk di sini sampai sekarang. Kini aku telah berjaya memasuki sekolah menengah Pulau Rintis tetapi kenapa harus sekolah petang. Tapi takpe, semangat aku ingin belajar berkobar-kobar di dada ku! Aku akan buktikan yang aku adalah alien yang terpandai di sekolah menengah Pulau Rintis! HAHAHAHAHAAA!"

"Dey, yang kau cakap sorang-sorang dekat sini apasal?" muncul Gopal dengan makanan dia

"Isk! Suka hati akulah kalau aku nak cakap sorang-sorang. Kau sibuk apasal?"

"Suka hati kaulah. Teruskan lah dengan monolog merapu kau" Gopal terus tinggalkan Fang di pagar pintu sekolah dan lalu Fang sambung bercakap seorang diri di situ. Pelajar-pelajar lain melihat dia tetapi mereka sudah terbiasa dengan kepelikan Fang

"Aku akan menjadi pelajar nombor satu walaupun Yaya dan Ying sama kelas dengan aku. Aku tak kan korbankan jawapan aku lagi seperti dulu! HAHAHAHAHAAA! Aku akan buktikan, aku adalah yang terbaik diantara yang terbaik di sekolah ini!" Lalu kepala dia di ketuk oleh seseorang "WOI! SIAPA KETUK KEPALA AKU NI?" Fang menoleh kebelakang dan nampak seorang gadis yang bernama Bella "Isk, kau rupanya. Nak cari pasal dengan aku lah tu"

"Buang masa aku sahaja tapi yang kau bising-bising di sekolah ni kenapa? takde kerja lain ke"

"Sudah sudahlah tu Bella. Jom kita cari yang lain" kata Faye yang ada di sebelah Bella. Dia sedang memegang sebuah kotak kecil yang berwarna pink

"Kau bawak apa tu Faye?" tanya Fang. Mereka bertiga terus masuk ke dalam perkarangan sekolah untuk mencari kawan-kawan mereka yang lain

"Hmmm.. hari ini hari jadi Bella. Jadi aku pergi beli kek sebelum aku datang ke sekolah. Masa rehat nanti bolehlah kita makan sama-sama" kata Faye "Tapi.. yang tak bestnya, LILY TAKDE.. UWAAAAAAA! Kita jadi duo huru hara ajelah buat sementara ni"

"Bagus lah tu, takdelah dia asyik panggil aku landak aje memanjang. Aman aku rasa tanpa adanya si Lily tu. AKU BEBAS! YAHOOOOO!" Fang meloncat-loncat kegembiraan. Dia berjalan menuju ke arah Boboiboy dan Gopal dengan senyuman dia yang begitu lebar, hati yang tenang dan semangat untuk mulakan belajar yang sangat tinggi

"Oh yea, Lily ada bagi surat untuk Boboiboy" kata Faye. Bella menolong Faye keluarkan sekeping surat yang ada di dalam beg sekolah Faye dan lalu dia berikan kepada Boboiboy "Dia cakap, dia rindu sangat nak datang sini balik tapi apa boleh buat, Lily duduk tempat lain. Alangkah indahnya kalau Lily dapat pindah sekolah ke sini tapi dia tidak akan sama kelas dengan kita semua. Oh kawan baik ku, tanpa mu.. siapalah nak cari pasal dengan sepupu aku nanti"

"Wei, yang kau tiba-tiba nak berdrama macam Lily apasal?" kata Fang dengan nada bosan dia

"Hehehehee... saja jea lagipun aku rindu dekat kawan aku tu" Faye mengeluh sambil melihat Boboiboy membuka surat itu dan lalu dia baca

"Ke hadapan Boboiboy ku yang tembam. Saya Lily ingin mengucapkan selamat maju jaya semasa berada di tingkatan satu nanti. Jangan lupakan Lily dan jangan termakan dengan kata-kata Ratu Lily kalau dia cuba memikat BBB-Chan ku!"

"Sempat lagi budak ni" bisik Gopal

"Kalau Boboiboy rindukan Lily, Lily ada hantar sesuatu. Nanti tunggu tau hadiah daripada Lily dan Boboiboy jangan buang pulak. Kasihan Lily nanti sebab Lily buatkan khas untuk Boboiboy ku yang comel, pipi tembam seperti pau. Nanti cium-cium kan Rizu untuk Lily sebab Lily rindu dengan budak penguin banyak celoteh tu. Lily rindu dengan korang semua. Lily rindu dengan pengembaraan kita semua. Masa cuti sekolah yang panjang lebar seperti celoteh Rizu tu, Lily rasa sangat gembira dapat meluangkan masa bersama korang semua. Terima kasih Boboiboy kerana sudi menjadi kawan Lily. Tak sangka Lily dapat berkawan dengan Boboiboy kerana selama ini, Lily hanyalah peminat setia Boboiboy sahaja tapi paling tidak disangka, Lily dapat juga berkawan dengan kawan-kawan Boboiboy seperti landak, Faye, Bella, Gopal, Yaya, Ying, Ochobot, kak Lynna, Rizu dan juga abang Kaizo. Korang semua memang terbaik! Nanti kalau ada masa, Lily akan datang lagi dan Lily akan bawa kerepek pisang untuk korang semua! Mesti landak dan abang Kaizo rindukan Lily sebab Lily kan suka kacau dia orang sampai abang Kaizo asyik nak bagi pedang tenaga dia sahaja. Isk isk isk, apalah si itik tu. Sentiasa tak puas hati dengan Lily tapi Lily tak kan serik! Lily jadi lebih suka! HAHAHAHA! OKlah, sampai di sini sahaja surat dari Lily. Love you BBB-CHAN! Take care!" Boboiboy lipat surat itu "Hehehe.. terima kasih Lily sebab bagi surat ni"

"Dalam surat pun sempat lagi panggil aku landak" Fang bermasam muka

"Aik, hari pertama sudah bermasam muka ka?" muncul Ying bersama dengan Yaya "Apasal dengan kau?"

"Biarkan ajelah dia Ying. Dia tengah tak puas hati dengan Lily sebab panggil dia landak aje" kata Boboiboy sambil tergelak sedikit

"Itu sudah perangai dia, terima sahajalah" kata Yaya "Tapi rasa sunyi pula tanpa dia. Kalau dia ada, mesti huru-hara"

"Betul tu Yaya. Rizu pun takde, kalau dia ada. Mesti dia akan berceloteh panjang lebar dia tu" Boboiboy teringat lagi celoteh Rizu yang menyebabkan mereka semua tertidur di kedai Tok Aba. Mereka semua berjalan ke sebuah bangku sekolah untuk berborak sebentar sebelum loceng sekolah berbunyi "Agaknya, macam mana keadaan Rizu dekat sekolah rendah yea. Kita sudah sekolah petang, dia sekolah pagi. Tak dapat nak pergi sekolah sama-sama"

"Hmm.. dia tadi ada hubungi aku. Dia cakap Emmy temankan dia dekat sekolah tapi dia rindukan kita orang semua. Dia kata, sebelum loceng sekolah berbunyi, dia duduk dekat tempat kita selalu berkumpul dulu. Rasa sedih pula dengar cerita dia" kata Fang. Dia juga rindukan Rizu. Semasa dia darjah 6, dia selalu temankan Rizu masuk ke kelas dan Rizu selalu tunggu dia dekat depan pintu pagar sekolah semasa habis sekolah "Rindu betul zaman sekolah rendah" bisik Fang

"ABANGGG!" Mereka semua menoleh kebelakang apabila Bella nampak abangnya iaitu Aidan "Abang tak balik lagi?" tanya Bella

"Belum. Abang ada mesyuarat tadi" Lalu Aidan melihat kawan-kawan adiknya "WAH! Kamu semua sudah tingkatan satu. Saya nak masuk tahun terakhir dah. Untunglah korang semua kerana kamu ada beberapa tahun lagi sebelum tamat persekolahan kamu tapi gunakanlah masa yang ada untuk luangkan masa bersama kawan. Jangan nak bergaduh sahaja tapi saya percaya, gaduh macam mana pun korang, korang tetap bersama. Nanti bila sudah tamat zaman persekolahan kamu, semuanya akan ikut hala masing-masing, tiada lagi lagi bersama tapi kalau boleh, kekalkan persahabatan kamu semua"

"Baik abang Aidan!" kata mereka semua

"Bagus" Aidan tersenyum melihat mereka semua "Adik, selamat hari jadi dan jangan nakal-nakal"

"Terima kasih abang" Bella peluk abangnya dan lalu lepaskan abangnya. Aidan melambai-lambai ke arah mereka dan dia terus menolak rodanya untuk pergi ke arah kawan-kawannya yang sedang menunggu dia

"Tak sangka pula kau boleh berkawan dengan dia orang" muncul pula Zakwan. Dia seperti mereka juga, dia sudah pun masuk tingkatan satu tetapi memasuki kelas sama dengan Boboiboy, Gopal dan Faye. Dia tidak lagi sama kelas dengan Fang

"Sebab aku sedar bahawa kawan aku selama ini sebenarnya tidak kisah sangat tentang aku. Cuma Faye sahaja yang sudi berkawan dengan aku. Yang kau sibuk dekat sini apasal?" tanya Bella dengan nada marah dia

"Aku sebenarnya ada buat azam baru tahun ni. Aku tak nak jadi pembuli sebelum ni, jadi aku nak minta maaf dekat Fang sebab aku banyak menyusahkan kau" Fang tidak tahu hendak cakap bagaimana. Rasa nak marah ataupun terima kemaafan dari Zakwan "Aku sedar dengan dengan kesilapan aku dan aku tak sangka kawan baik aku si Robin tu, si alien gila" Fang hanya senyap sahaja

"Fang, kau tak nak maafkan dia ke?" tanya Boboiboy

"Malas" Fang terus pergi ke tempat lain. Mood dia berubah menjadi tidak baik. Mereka semua melihat sahaja Fang beredar dari situ

"Bagilah dia sedikit masa, Zakwan" kata Boboiboy "Lama-lama nanti dia oklah. Macam dia dengan Ratu Lily dulu. Memang lama betul si Fang nak terima kemaafan dari Ratu Lily tapi lama-lama dia sudah pun maafkan Ratu Lily"

"Errr.. siapa Ratu Lily tu?" tanya Zakwan

"Ratu Lily tu hantu ratu pontianak. Dia pernah rasuk si Fang tu sekali. Kau ingat tak dia pernah cekik salah seorang pelajar kelas kau dulu" kata Gopal kepada Zakwan

"Oh! Aku ingat tentang kejadian tu. Patutlah dia nampak pelik hari tu" Zakwan angguk kepalanya sambil ingatkan diri dia balik tentang kejadian itu semasa dia di kelas 6 Jaya "Jadi, perkara pelik yang lain pun sebab dia kena rasuk juga ke?"

"Bukanlah, itu sebab lain" kata Yaya "Tapi kau tak perlu risau tentang Fang. Dia akan maafkan kau juga. Tengoklah dia dan Bella dulu, bergaduh tapi sekarang sudah menjadi kawan"

"Itu sebab dia tu berkawan dengan sepupu Fang, si Faye dan juga sebab dia suka dekat Fang" Muka Bella menjadi merah padan dan terus dia pijak kaki Zakwan sekuat hati "ADOIII!"

"Hehehe.. kau suka dekat si panas baran tu. Lawak-lawak" Gopal tergelak di situ. Bella merenung tajam ke arah Gopal dengan muka kemarahan dia "Hehehe.. jangan marah Bella, aku bergurau aje dan selamat hari jadi Bella" Gopal tersengih di situ. Mereka berborak bergurau senda di situ dan Fang pula, dia berada di tepi padang sekolah sedang berborak dengan Rizu menggunakan jam kuasanya. Hologram Rizu keluar di jam kuasanya. Dia duduk di bawah pokok untuk berteduh daripada cahaya matahari tengahari itu

"Macam mana dengan sekolah tadi Rizu? Maaf sebab tadi abang dapat berborak sekejap sahaja dengan Rizu"

"Takpe abang Fang" kata Rizu yang sedang makan bubur lobak merah "Sekolah tadi best! Kelas kita orang dapat cikgu baru! Tapi yang tak bestnya, Roy tak sama kelas dengan Pizu"

"Rizu tak cuba berkawan dengan pelajar lain?"

"Cuba tapi dia orang tak sebest abang Fang ataupun Roy. Dia orang suka buat kerja sendiri sahaja. Pizu dapat jumpa Roy pun masa waktu rehat dan waktu balik sahaja" Muka Rizu menjadi sedih "Kakak Emmy pulak temankan Pizu pergi ke sekolah dan ke kelas sahaja. Balik tadi abang Paizo ada dekat sekolah Pizu, dia jemput Pizu balik tadi"

"Baiknya abang"

"Abang Paizo memang baik! Abang Paizo siap masakan bubur lobak merah untuk Pizu! Bubur lobak merah abang Paizo sentiasa sedap tapi makanan lain abang Paizo, mesti masin. Oh yea, abang Paizo nak cakap dengan abang Fang" Terus hologram Rizu bertukar menjadi hologram Kaizo

"Abang nak apa?" tanya Fang

"Pang, kau jangan nak bermain-main sangat dekat sekolah macam tahun lepas. Masa kau darjah 5, elok sahaja perangai kau tapi masa darjah 6. Apasal kau suka sangat nak cari pasal dengan semua orang? Kalau abang dengar kau nakal dekat sekolah-" Terus Fang memotong percakapan abangnya

"Abang akan bagi adik latihan tempur"

"Bagus! Tapi abang yakin, kau dan kenakalan kau tak kan terpisah. Sama juga dengan kau dan panas baran kau dan tidak lupa juga, mengamuk tak tentu pasal" kata Kaizo dengan nada serius dia

"Ala, adik dapat perangai mengamuk tak tentu pasal dari abang lah"

"APA KAU CAKAP PANGGGG!" Suara garang Kaizo boleh dengar satu sekolah, sampai burung-burung dekat pokok lari berterbangan kerana ketakutan "Kau tu tahu nak marah orang sahaja. Abang cuma garang sahaja"

"Samalah tu kan. Abang garang macam singa nak mengamuk"

"Kau tu panas baran suka mengamuk tak tentu pasal"

"Abang Paizo, janganlah bergaduh dengan abang Fang" Fang terdengar suara Rizu "Abang Paizo berbaik-baiklah dengan abang Fang"

"Yelah yelah" kata Kaizo "Abang sayangkan adik abang cuma abang tak nak tengok dia marah-marah sahaja" kata Kaizo kepada Rizu "Apasal lah dia tak cuba jadi macam Rizu. Mesti abang setiap hari rasa tenang sahaja" Berkerut-kerut dahi Fang. Sebelum sempat dia menjerit dekat abang dia, loceng sekolah sudah pun berbunyi

"Abang, adik pergi dulu" Fang terus tutup hologram abangnya

----------------------------

"Eh, cikgu Papa? Apa cikgu buat dekat sini?" tanya Yaya apabila dia mendapat tahu bahawa Cikgu Papa Zola akan menjadi cikgu kelas mereka iaitu kelas tingkatan 1 Amal "Bukan ke cikgu mengajar dekat sekolah rendah?"

"Cikgu dulu-dulu memang mengajar di sekolah rendah tetapi setelah cikgu sedih kerana anak-anak murid kebenaran telah masuk ke sekolah menengah, jadi cikgu terus mengajar di sini pula tetapi cikgu masih sedih lagi kerana dua anak murid kebenaran ku tiada di dalam kelas ini"

"Siapa cikgu?" tanya Yaya

"Siapa lagi kalau bukan. Kawan kamu, Boboiboy dan Gopal" Fang buat muka bosan sambil melihat cikgu kelasnya bercerita tentang kisah mereka semua di sekolah rendah "Cikgu telah berazam untuk mengajar kamu semua pada tahun ini kerana tahun lepas, cikgu tiada pelung langsung untuk mengajar kamu matematik. Jadi, cikgu pada tahun ini akan menjadi cikgu matematik kamu semua dan cikgu akan pastikan pada tahun hadapan, Boboiboy dan Gopal akan sama kelas dengan kamu semua"

"Cikgu ni pilih kasih ke apa?" bisik Fang

"Haiyaaa.. cikgu ni, pasal rindukan kita orang pun sanggup tukar sekolah" kata Ying

"Mestilah! Kamu kan anak murid kebenaran. Kebenaran tidak akan berpisah dengan anak-anak muridnya macam tahun lepas" Cikgu Papa Zola ambil beberapa keping kertas yang telah dibawa olehnya sebentar tadi "Baiklah, sebagai permulaan kamu semua pada hari ini. CIKGU AKAN BERIKAN UJIAN MATEMATIK TINGKATAN SATU!"

"ERKKKK?!" Terkejut pelajar-pelajar tingkatan 1 Amal

"Cikgu, apasal nak bagi ujian pulak? Kita orang belum mulakan belajar lagi" kata Yaya

"Cikgu bagi kamu ujian sebab CIKGU NAK TENGOK BERAPA RAMAI YANG ULANGKAJI MATEMATIK TINGKATAN SATU! AMBIK NI AMBIK NI!" Cikgu Papa Zola terus bahagi-bahagikan kertas ujian matematik. Ada yang buat muka takut, ada yang buat muka tidak puas hati dan ada juga yang buat muka bangga sebab sudah belajar awal sebelum sekolah bermula. Fang dengan hati senang lenang, dia yakin dia akan dapat nombor satu. Dia juga yakin dia dapat kalahkan Yaya dan Ying tetapi dia lupa pesaing dia satu lagi iaitu Bella. Fang sudah tidak kisah lagi, nak kena marah atau kena belasah, dia akan dapatkan nombor satu juga. Pesaingan 4 penjuru bermula di situ dengan hati masing-masing ingin dapatkan nombor satu. Cikgu Papa Zola melihat keempat-empat anak murid itu dan terus rasa bangga sedikit kerana ada juga yang sudah tahu matematik tingkatan satu. Tak tahulah apa keputusan yang mereka berempat akan dapat esok. Adakah keputusan mereka sama ataupun lain

---------------------------------------

Waktu rehat sudah pun bermula. Fang terkejut melihat abangnya ada di kantin sekolah "Apa abang buat dekat sini?" tanya Fang "Rizu mana?"

"Rizu ada dekat rumah, dia tengah tidur. Abang datang ke sini sebab nak tengok adiklah" Kaizo terus berikan bekalan makanan kepada adiknya "Abang buatkan untuk adik" Tekak Fang mula terasa masakan masin abangnya. Dia rasa seperti mahu muntah tetapi dia menahan dirinya. Fang hanya menelan ludah sahaja dan ambil bekalan makanan itu. Lalu mereka duduk di salah satu bangku kantin sekolah. Kaizo duduk di sebelah adiknya "Bagaimana dengan hari pertama sekolah adik?"

"Hmm.. bolehlah tapi baru sahaja mula, sudah dapat ujian" kata Fang sambil buka bekas makanan itu

"Ujian?"

"Ha ah, cikgu Papa yang bagi" Fang nampak dua pau kacang merah "Pau? Kak Lynna datang rumah ke tadi?" Suara dia bertukar menjadi ceria

"Dia datang sekejap sahaja tadi dan dia ada bagi abang pau tapi abang tidak begitu gemar sangat. Jadi abang hantar ke sini" Kaizo melihat adiknya makan salah satu pau itu. Dia makan seperti orang tak makan sepuluh hari

"Terima kak Lynna!" kata Fang dengan mulut penuhnya "Tapi apasal kak Lynna datang ke sini? Abang panggil dia ke atau dia saja-saja datang ke sini?"

"Dia saja-saja datang. Dia cuma tanya macam tanya macam mana hari persekolahan adik dekat sekolah menengah tapi abang jawab tak tahu. Jadi abang datang ke sini untuk melihat adik" Fang melihat muka abangnya kalau ada maksud tersirat yang lain tetapi muka abangnya memang sukar untuk dibaca kerana wajah abangnya sentiasa serius "Apasal kau tengok muka abang? Ada apa-apa yang menarik ke?"

"Hehehehe... mana adalah" Fang tergelak sedikit "Oh yea, adik rasa.. adik nak cuba jadi pengawas sekolah!"

"Kau jadi pengawas sekolah?" Fang terdengar satu gelakan dari seseorang. Dia pandang ketepi dan terus dia buat muka masam. Boboiboy ketawa sedikit "Hehehehee.. kau jadi pengawas. Tak dapat aku nak bayangkan macam mana kau jadi pengawas sekolah"

"Apasal? TAK BOLEH KE AKU JADI PENGAWAS SEKOLAH! Aku akan menjadi pengawas yang terhebat dekat sekolah ni!"

"Dey! Kau jadi pengawas memang habis satu sekolah. Tak pasal-pasal kau pergi mengamuk tak tentu pasal kalau ada orang cari nahas dengan kau" Gopal muncul dengan gelak ketawa kau. Kaizo hanya diam sahaja

"ISK! Korang ni memang saja nak buat aku marah! TAKPE! AKU AKAN BUKTIKAN YANG AKU ADALAH PENGAWAS PALING HEBAT SEKALI! DAN JUGA PENGAWAS NOMBOR SATU! HAHAHAHAHAHAHAHAAAA!"

Bella dan Faye muncul di kantin sekolah, mereka berdua rasa nak ketuk kepala Fang dengan periuk "Apa nak jadi dengan sepupu aku tu. Selamatlah aku bukan macam dia"

"Baguslah kalau Fang nak jadi pengawas" muncul pula Yaya

"Bagus apanya Yaya, meletup satu sekolah adalah. Kalau kau, takpelah. Aku tahu kau ada sifat tegas" kata Boboiboy kepada Yaya "Si Fang tu mana ada, yang ada pun nak marah orang sahaja kerja dia. Kalau tak puas hati, terus dia mengamuk tak tentu pasal"

"Ala, bagilah dia peluang"

"Peluang apanya Yaya. Entah-entah, belum lagi interview, terus kena reject" Fang mula berapi-api dengan Gopal "Tak pun, selepas sahaja jadi pengawas, terus kena lucut jawatan dia" Fang muncul di belakang Gopal dengan aura-aura bayang dia. Boboiboy, Yaya dan Ying takut melihat Fang dengan muka marah dia. Kaizo tidak membuat apa, dia ingin tahu apa yang akan terjadi nanti. Bella dan Faye menjadi penonton. Pelajar-pelajar lain yang ada di situ, sudah terbiasa dengan amukan Fang dan ada setengah pelajar tidak biasa dengan keamukan Fang yang suka sangat mengamuk tak tentu pasal "Apasal korang tengok aku macam tu?"

"Tengoklah dekat belakang kau" kata Boboiboy. Gopal menoleh kebelakang dan nampak hantu bayang sudah pun muncul

"HA-HANTU!" Gopal tidak sempat untuk larikan diri kerana baju sekolah dia telah dipegang oleh Fang "Janganlah makan aku, hantu"

"AKU BUKAN HANTULAHHHHH!"

"Heheheee... ala Fang, tadi aku bergurau aje. Maafkan aku yea. Lagipun kita kan nak sambut hari jadi si Bella tu. Tak baik kau musnahkan hari istimewa dia tu. Jomlah kita berseronok hari ini dekat kantin sekolah. Abang kau pun ada sekali sebab nak sambut hari jadi Bella, betul tak Kapten Kaizo?" Kaizo hanya angkat kening sebelah sahaja "Betul lah dia cakap tu. Jangan mengamuk yea Fang" Fang telah mendapat satu idea lain. Dia hilangkan hantu bayang dia dan terus dia tersenyum sinis kepada Gopal "Kenapa kau senyum macam tu dekat aku?"

"Hehehee... aku akan maafkan kau tapi dengan satu syarat"

"Apa syaratnya" tanya Gopal

"Kau kena belanja kita semua tapi kau tak boleh makan kek hari jadi Bella. Kalau kau tak nak, aku akan mengamuk tak tentu pasal. Mana satu pilihan kau?" Gopal terus berfikir, duit dia hanya cukup untuk beli game hantu yang terbaru. Kalau dia tak nak, sudah tentu dia kena kejar dengan harimau bayang. Fang belasah orang memang dasyat, lebih dasyat daripada Gopal "Apa pilihan kau?"

"Aku.. aku... aku mengalah ajelah. Aku tak nak lah kena belasah dengan kau tapi kek hari jadi tu.. tak dapat aku nak rasa. Kalau Faye yang beli, mestilah yang sedap sedapkan" Fang teruskan senyuman sinis dia "Korang semua nak aku belanja makanan apa?" Hati Gopal berubah menjadi sedih. Boboiboy rasa kasihan dengan kawan baik dia. Yaya dan Ying gelengkan kepala dan mereka rasa Fang tidak patut buat begitu kepada Gopal. Lalu Gopal terus pergi beli makanan mereka semua. Selepas itu, Faye keluar kek chocolate berbentuk empat segi. Mata Gopal bersinar-sinar melihat kek itu, air liur dia meleleh keluar tetapi hati dia rasa sedih pula sebab tidak dapat merasa kek sedap itu

"Wah! Terima kasih Faye" kata Bella. Dia rasa sangat terharu kerana dia dapat sambut hari jadi dengan kawan-kawan dia semua tapi rasa sedikit sedih sebab Lily tiada di situ

"SELAMAT HARI JADI BELLA!" Kata mereka semua kepada Bella kecuali Kaizo

"Zakwan! Mehlah join kita orang" panggil Faye secara tiba-tiba. Dia ternampak Zakwan sedang beratur untuk beli makanan

"Aku?"

"Ha ah, jomlah! Kita sambut hari jadi Bella sama-sama. Lagipun kau tak nak buli orang balik kan" kata Boboiboy. Hati Zakwan tersentuh sedikit dan lalu dia duduk di sebelah Faye

"Terima kasih semua sebab sudi panggil aku sambut hari jadi Bella" kata Zakwan dengan rasa malunya. Fang masih tidak puas hati tapi dia tidak mahu menunjukkan perasaan marah dia. Fang cuma duduk diam sahaja sambil makan pau kacang. Faye melayan Zakwan seperti dia sudah menjadi sebahagian geng mereka

"Berseronoklah korang. Aku juga yang tak dapat nak merasa" Gopal makan nasi lemak dia secara perlahan-lahan sambil melihat Faye memotong kek chocolate itu. Faye bagi-bagikan kek itu kepada kawan-kawan dia dan dia juga simpan satu potongan kek khas untuk Gopal. Fang tidak tahu tentang itu kerana dia terlalu sibuk makan kek chocolate. Ying yang ada disebelah Gopal, dia terus bisik di telinga Gopal

"Terima kasih Faye" bisik Gopal setelah Ying beritahu dia yang Faye simpankan satu potongan kek untuk dia. Kaizo tersenyum sedikit melihat keakraban persahabatan mereka semua

"Kenapa abang tersenyum?" tanya Fang kepada abangnya

"Abang cuma suka melihat persahabatan kamu semua. Abang nak ingatkan adik, jangan abaikan persahabatan kau kerana kawan-kawan seperti kau memang sukar untuk dicari"

"Baik abang! Adik tidak akan lupakan pesanan abang tapi abang pun, jangan abaikan persahabatan abang dengan kak Lynna" kata Fang

"Tak, abang tak kan abaikan juga" Kaizo rasa sedikit kek chocolate itu dari pinggan adiknya

"Macam mana? sedap tak kek tu?"

"Bolehlah" jawab Kaizo. Fang hanya tergelak sahaja dan terus dia memeluk abangnya "Kau ni kenapa? Dekat sekolah pun nak bermanja dengan abang"

"Ala, dekat mana-mana pun adik nak bermanja dengan abang sebab adik kan sayang abang seperti abang sayangkan kak Lynna" Kaizo terkejut dengan gurauan adiknya

"APA KAU CAKAP PANGGGGG!" Fang terus lari dari situ. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Faye, Bella dan Zakwan melihat Fang dikejar oleh abangnya "MARI SINI KAU! KAU INGAT LAWAK KE CAKAP BEGITU!"

"ALA! ADIK BERGURAU AJE! SUSAHLAH NAK BERGURAU DENGAN ABANG!"

"BERGURAU APA KEBENDANYA!" Kaizo terus mengejar adiknya sehingga waktu rehat tamat. Dia terpaksa piat telinga adiknya dan heret dia masuk ke kelas. Memang malulah Fang sebab hari pertama persekolahan, dia sudah kena piat dengan abangnya dekat sekolah

"Aduh, nak kata tak huru-hara, memang huru-hara" Boboiboy menepuk dahinya

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top