Salji
"Abang Fang! Tengok Pizu main kasut roda.. weeeeee!" Rizu meluncur dengan kasut rodanya dari rumah Fang sehinggalah ke penghujung jalan. Fang hanya berdiri sahaja kerana kasut roda dia sedang berjalan dengan tahap kelajuan biasa. Dia malas nak jalankan kasut roda itu
"Hehehee... Rizu hati-hati, jangan sampai terlanggar pulak nanti"
"Ok abang Fang!" Rizu pusingkan diri dia dengan kasut roda itu dan terus berpatah balik untuk bermain kasut roda bersama abang kesayangan dia "Abang Fang, Pizu cemburulah tengok kasut roda abang Fang"
"Kenapa cemburu pula?"
"Yelah, kasut roda abang Fang tu boleh sorokkan roda dia dan boleh dijadikan kasut sekolah lagi.. hehehee.. lepas tu roda tu boleh bergerak sendiri dengan tahap kelajuan yang kita nak. Pandai betul abang Paizo rekakan ciptaan ini dan lepas suruh kakak Emmy ciptakan"
"Hehehe.. ala, dekat planet lain sebenarnya ada kasut roda serba guna ni cuma planet ini sahaja yang belum ada lagi" Fang berhenti sekejap untuk hentikan kasut roda itu bergerak sendiri. Lalu dia gerakkan kasut roda itu secara biasa supaya dia dapat bermain bersama Rizu "Tapi macam-macam betul ciptaan Emmy telah ciptakan. Apa lagi yang dia ciptakan yea?"
"Kita pergi melawat kakak Emmy nak tak? Mesti kakak Emmy tengah mencipta sesuatu"
"Boleh juga tu, jom kita lumba siapa sampai rumah Emmy dulu!"
"JOM!" Rizu terus lajukan pergerakan dia tetapi Fang dengan begitu pantasnya, dapat memintas Rizu "Abang Fang! Abang Fang laju sangat! Tunggulah Pizu!"
"Mana boleh, kita kan tengah berlumba" kata Fang sambil tumpukan perhatian di depan dia "Rizu! cepatlah kejar abang.." Tiada sahutan dari belakang dia. Fang terus hentikan kasut roda dia "Rizu?"
Fang pusing kebelakang dan dapati Rizu terjatuh akibat pergerakan kasut roda dia yang terlampau laju. Dia terus pergi ke arah Rizu yang sudah terduduk di atas jalan. Lutut Rizu terluka sedikit
"Abang Fang.. Pizu terjatuh tadi"
"Maaf sebab abang ajak Rizu lumba tadi" Fang menolong Rizu untuk bangunkan diri Rizu yang kecil itu "Rizu nak balik rumah tak?"
"Tak nak, Pizu nak pergi ke rumah kakak Emmy"
"Ok, nanti kita letak ubat dekat rumah dia ok" Rizu angguk sahaja. Fang bergerak secara perlahan kali ini. Mereka berdua teruskan perjalanan mereka ke rumah Emmy
Sampai sahaja di rumah Emmy, mereka terdengar gelak ketawa dari seorang budak kecil iaitu Idoli. Dia sedang sibuk bermain di dalam kolam renang bersama Lynna. Bukan Lynna dan Idoli sahaja yang ada di dalam kolam renang itu, Lily si itik pun ada sekali. Emmy tiada di situ kerana dia sedang sibuk betulkan sebuah mesin di halaman rumahnya. Dia sudah beberapa kali mencuba mesin itu tetapi ada sesuatu yang tidak terkena. Dia terpaksa betulkan kesilapan yang ada di mesin tersebut Fang mencari-cari abang dia di kawasan rumah Emmy tetapi abang dia tiada di situ
"ABANG FANG!" Idoli melambai-lambai ke arah Fang dan Rizu. Dia melompat-lompat di dalam kolam renang itu "JOMLAH KITA MAIN AIR SAMA-SAMA!"
"Nanti abang join" kata Fang. Dia pergi melihat apa yang di cipta oleh Emmy. Rizu sudah pun duduk bersila di sebelah Emmy dengan mata dia bersinar-sinar "Emmy tengah buat mesin ajaib apa?"
"Ini bukan mesin magic lah abang Fely. Ini adalah mesin mengubah cuaca! Hari tu Probe ada beritahu yang encik bos dia pernah gunakan mesin ini untuk gagalkan korang dalam peperiksaan" Fang teringat pula episode itu dan paling buat dia rasa geram adalah, dia telah membuat diri dia gagal dalam peperiksaan matematik. Emmy nampak dahi Fang berkerut-kerut, lalu dia tergelak sedikit
"Wah! Bolehlah kita keluarkan salji dekat sini.. seronoknya" Rizu sudah terbayangkan diri dia bermain dengan salji
"Ha ah penguin, kakak Emmy nak buat adanya salji dekat Pulau Rintis tapi.. hehehe.. mesin ini hanya boleh buat cuaca menjadi sejuk seperti dekat luar negara.. cuaca lain, belum di masukkan lagi tapi apa-apa pun, kita bolehlah berseronok main baling-baling salji macam kita main dekat atas gunung hari tu tapi kenalah tunggu kakak Emmmy betulkan mesin ni"
"Tapi Pizu tak ikut korang masa tu" Fang belai rambut Rizu "Tapi Pizu tak rasa sedih sebab kali ini kakak Emmy akan buatkan salji untuk kita semua! Bolehlah kita bekukan tasik tu dan kita bermain luncur ice! hehehe.."
"Amboi, seronoknya kamu semua" Lynna datang bersama Idoli. Mereka berdua sudah puas main di dalam kolam renang tadi. Idoli telah dibaluti oleh tuala dan Lynna memakai sehelai bathtube robe yang labuh "Pandai betul Emmy buat. Kalau macam tu, payahlah datang ke dunia fantasy akak untuk berseronok"
"Dekat dunia fantasy tu ada salji ke?" tanya Fang
"Ada cuma akak tak pernah bawa kamu ke sana lagi sebab dari istana akak ke tempat salji tu memang jauh sangat. Suatu hari nanti, akak akan bawa kamu ke sana"
"Terima kasih kakak Lynna! Tapi janji tau, bawa kami ke sana" kata Idoli dan Rizu secara serentak. Idoli peluk kaki Lynna seerat-eratnya
"Manja betul budak ni" bisik Fang "Bahu kak Lynna dah ok? Kak Lynna ada rasa sakit-sakit tak dekat kepala?"
"Kamu ni, macam abang kamu aje.. setiap hari asyik tanya benda yang sama" Lynna tergelak kecil di situ "Tapi Fang jangan risau, akak ok. Bahu akak tak rasa sakit dah. Kepala akak pun sudah ok tapi akak nak terima kasih kerana selamatkan akak pada hari itu"
"Sama-sama kak Lynna" Fang berikan senyuman ikhlas dia kepada Lynna "Lagipun akak adalah sahabat baik kepada abang. Kalau abang kehilangan akak, nanti dia akan sedih pula. Adik tak nak lah abang kehilangan seorang lagi kawan"
"Akak pun tak nak kehilangan dia juga sebab dia pun sahabat baik akak.. hehee" Lynna duduk bersila bersama Idoli. Mereka lihat Emmy sudah hampir siap betulkan mesin ciptaan dia
"Sikit lagi... dan.." Emmy putarkan skru di mesin itu dan semuanya sudah bersiap sedia untuk dicuba "Akhirnya sudah siap! Baiklah, Emmy akan cuba mesin ini dan Emmy berharap ianya akan menjadi sebab sebelum ni, asyik gagal sahaja"
"Akak pasti Emmy akan berjaya kali ini tapi kalau tidak menjadi kali ini, akak tahu Emmy tidak akan mengalah"
"Betul tu!" kata Emmy. Lalu dia membuka laptopnya dan sambungkan wayar USB kepada mesin mengubah cuaca itu. Dia masukkan beberapa data dan terus dia menekan butang Enter. Mesin itu keluarkan satu antena dan cuaca menjadi sejuk "EMMY SUDAH BERJAYA!" Dia melompat di situ kerana akhirnya, mesin mengubah cuaca di berjaya dicipta oleh dia
"Wah! BOLEH KITA MAIN SALJI SELEPAS INI!" Idoli bangunkan diri dia terus dia melompat-lompat di sebelah Emmy "Tapi.. makin lama makin sejuk" Idoli sudah menggigil di situ
"Mari semua, kita masuk ke dalam rumah" Lynna bangun dan dukung Idoli. Dia berlari masuk ke dalam rumah Emmy bersama Fang dan Rizu
"Sekejap, Emmy nak angkat barang-barang Emmy" Dia terpaksa angkat barangnya sendiri. Fang keluar semula untuk pergi menolong Emmy "Terima kasih abang Fely"
"Sama-sama" Fang angkat mesin yang tidak begitu berat itu dan Emmy pula, dia membawa masuk laptopnya ke dalam rumah
Mereka semua berkumpul di ruang tamu rumah Emmy. Semakin lama semakin sejuk cuaca di luar. Ramai yang sudah lari masuk ke dalam rumah atau kedai yang berdekatan. Semuanya tidak dapat menahan kesejukan di luar. Haiwan-haiwan yang berkeliaran di Pulau Rintis, terpaksa mencari tempat untuk panaskan badan mereka. Ada yang masuk ke dalam kedai ataupun bangunan-bangunan yang berdekatan. Tok Aba terpaksa tutup kedainya sebab keadaan di luar sudah mula dituruni oleh salji-salji putih. Makin lama makin tebal salji di pulau itu. Ramai sudah mulai keluar dengan pakaian baju tebal mereka. Ada yang bermain baling-baling bola salji dan ada juga yang membina snowman. Semuanya berseronok di dalam salji itu
"Kak Lynna, bila kita boleh keluar?" tanya Fang sambil melihat orang-orang sedang berseronok di luar rumah Emmy
"Ermm... kita tiada baju sejuk di sini tapi Faye mesti boleh tukarkan baju kamu semua"
"Ha ahlah! Kena hubungi dia macam ni.." Fang terus menghubungi Faye supaya datang cepat ke rumah Emmy. Hologram Faye mula timbul di jam kuasa Fang "Wei Faye, kau dekat mana?"
"Aku dekat rumah Bella. Lily, Yaya dan Ying ada dekat sini. Kenapa?"
"Kau datang ke rumah Emmy boleh tak? Sebab kita orang perlukan baju tebal. Nak main dengan salji dekat luar tu" kata Fang sambil menjenguk-jenguk di luar tingkap rumah Emmy. Fang ternampak mata Faye sudah bersinar-sinar seperti bintang sedang berkelipan di angkasa "Err... apasal kau diam sahaja?"
"MAIN DENGAN SALJI! BESTNYA!" Tiba-tiba Faye di tolak oleh seseorang. Muncul pula Lily di hologram itu
"LANDAKKK! LILY ADA DEKAT SINI! NANTI KITA ORANG DATANG KE SANA DAN BAWA MY BBB-CHAN SEKALI! BOLEHLAH LILY MAIN BALING-BALING SALJI DENGAN BOBOIBOY KU.." Lily sudah mula berangan dia dan Boboiboy sedang membina sebuah istana salji bersama. Muka Lily menjadi merah dan Fang mula rasa bosan melihat Lily sedang berangan itu "MALUNYA! HEHEHEEE..." Selepas itu Lily di tolak ke tepi oleh Bella pula
"Hmm.. kau nak berangan apa pula?" tanya Fang dengan nada bosan dia
"Aku takde benda nak berangan pun.. tapi AKU AKAN KALAHKAN KAU DENGAN PERLAWANAN SALJI KITA! HAHAHAAA.."
"Haiyaa... takde benda lain ke nak main" Fang boleh dengar suara Ying di latarbelakang Bella "Mainlah benda lain, asyik nak kena si rambut cacak tu aje"
"Ala Ying, kalau aku tak kenakan dia.. mesti dia akan kenakan aku dulu.. baik aku mulakan dulu.. hehehee"
"Macam-macam betul kau ni, Bella" timbul pula suara Yaya
"Hmm.. kenakanlah aku tapi jangan harap aku nak bagi kau menang.. hehehee.. oklah, jumpa korang dekat rumah Emmy nanti. Bawalah sesiapa korang nak bawa, lagi ramai lagi bagus. Bolehlah.." Hologram Bella terus tertutup dengan sendirinya "Cheh, tak guna punya Bella. Jaga dia nanti"
"Marah dekat siapa tu, Fang?" tanya Lynna yang baru keluar dari dapur. Dia dan Emmy sudah sediakan hot chocolate untuk mereka semua
"Takde siapa akak. Adik saja jea buat-buat marah" Fang tersengih dekat Lynna. Lalu dia pergi duduk di atas kerusi kayu ruang tamu rumah Emmy "Akak, abang mana?"
"Tadi sebelum akak keluar dengan Idoli, dia cakap dia nak pergi ke kapal angkasa dia. Sibuk dengan hal-hal angkasa dia lah tu tapi akak tak pasti bila dia akan pulang ke bumi. Kenapa Fang?" Lynna hulurkan secawan hot chocolate kepada Fang dan lalu Fang mengambil cawan itu
"Ingatkan nak ajak abang main salji dengan adik. Bolehlah kita bersuka ria nanti tapi kalau dia sibuk.. takpelah" Fang tiup air hot chocolate yang panas itu. Lalu dia menghirup air itu sedikit. Dia terpandang Idoli yang asyik perhatikan cawan hot chocolate dia "Kasihan Idoli, tak boleh nak minum air hot chocolate"
"Jangan risau, Emmy ada sediakan susu panas untuk Loli"
"YEAHHHH! TERIMA KASIH KAKAK EMMY! IDOLI SUKA MINUM SUSU!" Idoli menukar dirinya menjadi seekor anak kucing. Dia melompat-lompat di atas kerusi kerana tidak sabar untuk minum air susunya. Emmy tergelak melihat gelagat anak kucing itu. Lalu dia letak di meja ruang tamu. Idoli mengubah diri dia balik menjadi manusia kucing "Hehehee... susu!" Dia minum air susunya sedikit demi sedikit kerana panas
"Hot chocolate ni, biar kakak Emmy yang minum" Emmy terus dudukkan diri dia di sebelah Lynna. Dia duduk bersila di atas lantai rumahnya "Kakak angsa putih nanti nak main salji dengan kita orang nanti?"
"Mestilah nak, akak tak nak terlepas peluang ini tapi akak terasa nak main ice skating dekat tasik. Mesti seronok"
"Best tu kakak Lynna. Pizu nak ikut boleh?"
"Boleh Rizu" Lynna hirup air hot chocolatenya sedikit "Nanti kita main bersama ok" Rizu tersenyum lebar sambil bayangkan diri dia main ice skating. Tanpa di sedari oleh mereka, Faye sudah pun sampai bersama kawan-kawan dia yang lain iaitu Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Lily dan Harraz. Dia telah menggunakan alat untuk pergi ke mana sahaja untuk sampai ke rumah Emmy
"LANDAKKKKK!" Fang tersembur air hot chocolatenya "Kita orang sudah sampai!"
"WOI! JANGAN MENJERIT BOLEH TAK?" Marah Fang yang sudah mula keluarkan aura-aura bayang dia "Karang aku pergi bekukan kau dekat luar tu, baru kau tahu"
"Erk!" Lily terus menyorok di belakang Boboiboy "MY BBB-CHAN! Landak jahat! Dia nak jadikan Lily sebagai ice"
"Ala, Fang bergurau aje tu. Dia tak kan buatnya sebab kak Lynna ada dekat situ"
"Ha ah, betul juga. Bolehlah Lily usik landak sepanjang hari" Makin banyaklah aura-aura bayang Fang timbul. Lily rasa begitu takut pula kalau Fang betul-betul humban dia keluar dari rumah itu "Sudahlah tu Fang, jangan nak berapi sangat. Kau tadi panggil kita orang sebab nak main dekat luarkan? Jadi, kau jangan nak rosakkan mood kau pula"
"Bila masa aku nak rosakkan mood aku. Si pelik tu yang suka rosakkan mood aku. Sabar ajelah"
"Eleh Fang, kau bukannya reti sabar pun. Tahu nak marah aje. Sikit-sikit nak marah, sikit-sikit marah.. hehehee" Bella tergelak sinis dengan sindiran dia tadi "Tapi.. kalau kau nak marah-marah pun takpe sebab muka kau memang tak comel.. hehehee" Makin berapi-api hati Fang
"Sudahlah tu Bella, jangan nak bergaduh dengan dia pula. Kita kan nak main salji dekat luar"
"Yelah Yaya.. aku akan hentikan sindiran aku tapi aku tetap mahu berlawan dengan dia nanti! Muahahaaa!" Muka Fang makin lama makin masam "Faye, apa lagi.. tukarkanlah baju kita orang semua"
"Ok Bella.. dengan kuasa alat menukar pakaian, aku akan tukarkan baju kita semua.. TUKARAN PAKAIAN!" Pakaian mereka semuanya berubah kepada baju sejuk. Rizu suka pula melihat pakaian baju tebal dia bentuk penguin, Idoli dengan hoodie ada sepasang telinga kucing dan Fang pula, hoodie dia ada sepasang telinga arnab. Yaya, Ying, Bella dan Lily tergelak melihat hoodie milik Fang
"FAYE! APASAL AKU ADA TELINGA ARNAB?"
"Hehehe.. ala, kau nampak comel dengan hoodie arnab tu. Jadi kau terima ajelah" Faye tergelak di situ "Jom kita main dekat luar!"
"Tapi.. tukarkanlah pakaian aku dulu" Faye abaikan sahaja rayuan Fang. Dia terus keluar dari rumah tersebut bersama rakan-rakan dia "FAYEEE!" Rizu usap-usap belakang abang kesayangan dia
"Abang Fang jangan marah-marah, abang Fang nampak comel dengan hoodie arnab tu. Pizu pula nampak comel dengan baju tebal penguin ni.. hehehe.. kita sama-sama jadi haiwan hari ini" Fang terus peluk adik kesayangan dia "Abang Fang ok?"
"Abang ok sebab Rizu tenangkan abang" Rizu terus senyum di dalam dakapan abang dia "Jom Rizu, kita main dekat luar ok" Fang lepaskan Rizu dan lalu mereka bangun dari tempat duduk mereka. Lynna, Idoli dan Emmy sudah pun keluar dari rumah. Semasa Fang dan Rizu hendak menjejak langkah keluar dari rumah itu, Kaizo muncul di depan mata adiknya dengan baju tebal dia
"Eh, bila masa abang ada dekat sini?" tanya Fang
"Abang dapat data yang mengatakan perubahan cuaca di sini dan abang turun untuk melihat apa telah berlaku di sini" kata Kaizo dengan nada serius dia "Nampaknya Pulau Rintis telah diserang oleh musuh kita. Mereka telah menguba cuaca di sini! Abang sendiri akan pergi hapuskan alien durjana itu"
"Errr..." Fang melihat abangnya yang begitu serius hendak hapuskan musuh-musuh dia
"Tapi abang.. ini bukan musuh kita yang buat, ini semuanya Emmy yang buat. Dia yang mencipta sesuatu untuk mengubah cuaca di sini" Kaizo tetap dengan muka serius walaupun dia rasa malu sedikit "Hehehee... jadi abang tak perlulah pergi hapuskan sesiapa"
"Sudahlah tu Kaizo, asyik fikirkan nak hapuskan orang sahaja. Mari kita berseronok dan kau perlukan masa untuk bersuka ria. Aku nak bawa Rizu untuk pergi bermain di tasik"
"Tasik? Kau nak buat apa dekat situ?" tanya Kaizo kepada Lynna
"Nak main ice skatinglah.. kau nak join sekali tak?"
"Abang pergi ajelah.. adik nak main dengan kawan-kawan adik" Fang pergi ke tepi untuk lalu di antara abangnya dan juga Lynna. Dia berlari keluar dari kawasan rumah Emmy. Dia nampak kolam renang rumah Emmy sudah pun membeku. Tiba-tiba kepala dia telah di baling dengan segumpal salji oleh seseorang. Dia terdengar gelakan dari seseorang yang suka cari pasal dengan dia
"Hehehehehe.. macam mana dengan balingan dari aku? Best? Kau nak lagi?"
"Jaga kau lepas ni!" Fang tunduk dan ambil segumpal salji. Bella menjelir lidahnya kepada Fang, terus berapi-api hati Fang "BELLA! MARI SINI KAU!" Dia baling bebola saljinya tetapi Bella sempat tunduk dan ianya terkena kepala Lily
"SEJUK SEJUK SEJUK!" Lily pusing kebelakang "Kenapa landak balik salji dekat Lily?"
"Bila masa aku nak baling dekat kau. Aku cuma nak kenakan kawan kau ni" Bella masih tergelak sinis lagi dan hati Fang makin berapi-api. Ianya hanya menunggu masa untuk meletup sahaja. Rizu geleng kepalanya kerana perangai abangnya yang panas baran itu. Fang ambil segumpal salji dan terus baling ke arah Bella lagi tetapi Bella lebih pantas, dia terus menggelakkan dirinya daripada terkena bebola salji
"Kenapa dengan kamu berdua ni?" tanya Kaizo yang sudah bersiap sedia untuk pergi ke tasik bersama Lynna
"Dia ni abang.. suka sangat nak cari pasal dengan orang"
"Kau pun sama juga, suka cari pasal dengan orang lain tapi..." Tiba-tiba Kaizo tersenyum sinis. Fang pula yang rasa takut dengan senyuman sinis abangnya, lalu dia menelan ludah "Abang mendapat satu idea yang bernas"
"Idea apa tu abang?"
"Kau jangan nak buat benda yang bukan-bukan pula, Kaizo"
"Kau tak perlu risau, Lynna kerana idea ini mengingatkan aku tentang tahun lepas. Semasa adik aku bermain sebuah permainan iaitu si pelik versus dengan ratu pontianak" Tiba-tiba Faye muncul di depan mata Kaizo. Mata Faye sudah bersinar-sinar kerana dia tahu game tersebut iaitu game Running Man yang mereka pernah main dan pemenangnya adalah kumpulan Lily
"WUUUUUUU! Adakah Lily akan menang lagi? Adakah Lily dapat berdating dengan Boboiboy lagi?" Lily terus berangan dia pergi bermain luncur ais dengan Boboiboy "Seronoknya"
"Bukan" kata Kaizo dengan nada serius "Hadiah pemenangnya, fikirkanlah sendiri tapi.. pemainan ini adalah perlawanan di antara Pang dan kawan dia iaitu Bella"
"Aik, apasal adik kena lawan dengan dia pula?"
"Sebab korang berdua suka sangat bergaduh. Ingat abang tak tahu yang kamu berdua selalu sangat bergaduh dekat sana sini, sampai kawan-kawan kau pening kepala dengan pergaduhan korang berdua. Jadi, hari ini.. kau dapat berlawan dengan dia tetapi kamu berdua perlukan sebuah kumpulan"
"Kalau begitu, Momoki ingin sama kumpulan dengan bunga Lily ku" Momoki muncul dengan sekuntum bunga mawar. Lalu dia hulurkan bunga itu kepada Lily "Terimalah bunga ini dengan seikhlas hati, wahai bunga hati ku"
"ERKKK! HELP ME MY BBB-CHAN!" Lily terus larikan diri untuk mencari Boboiboy. Padahal Boboiboy sudah pun berkumpul di depan Kaizo bersama dengan Gopal, Yaya, Ying dah juga Harraz
"Oh tidak.. bunga hati ku lari tapi takpe.. Ying ada di sini" Momoki terus mendampingi Ying dengan senyuman menggoda dia "Hai Ying" Kaizo pandang Momoki dengan muka serius dia dan selepas itu, dia abaikan. Ying sudah tersengih di situ. Di dalam hati dia berharap sangat tidak sama kumpulan dengan Momoki tetapi bukan dia sahaja yang tidak mahu, budak perempuan lain pun sama seperti Ying. Semuanya hendak jauhkan diri daripada Momoki kecuali Mimiko kerana itu adalah kembar dia
"Baiklah, aku akan pilih kumpulan kamu berdua" Kaizo paling mukanya ke arah adik dia yang sudah bersiap sedia untuk mendengar ahli pasukannya. Fang dan Bella sudah tidak sabar lagi untuk melihat siapakah ahli pasukan mereka berdua "Pang, ahli pasukan kau adalah si pelik-"
"TIDAKKKKKK!" menjerit Fang sekuat hati
"WHAT?!" Lily sudah pun berada di situ balik dengan hatinya kecewa kerana satu pasukan dengan Fang
"Yaya, Momoki-" Lily rasa nak pengsan sebab sama kumpulan dengan Momoki "Boboiboy-" Lily terus tersenyum balik kerana terdengar nama Boboiboy "dan akhir sekali adalah Faye" kata Kaizo "Kepada yang lain, kamu semua ahli kumpulan Bella"
"Tapi kita orang tak cukup lagi seorang" kata Ying
"Jangan risau, Mimiko akan bantu Bella untuk kalahkan si Fang ni" Mimiko muncul di sebelah Gopal "Nampaknya Mimi sama kumpulan dengan Gopal! Yeahhh! Kita kalahkan si Fang ni, biar Bella dapat ketawa sesuka hati dekat Fang"
"Bagus Mimiko bagus.. semangat itulah yang aku mahukan" Bella tersenyum sinis kepada Fang. Dia dan Fang bertentangan mata kerana sudah tidak sabar untuk mulakan permainan ini "Kalahlah kau wahai landak"
"Aku takkan benarkan kau kalahkan aku wahai minah perasan"
"Jangan risaulah landak, Lily akan tolong landak kalahkan kawan baik Lily.. UWAAAAAA!" Momoki terus hulurkan sehelai sapu tangan kepada Lily. Sapu tangan itu ada bau strawberry dan Lily ambil sapu tangan tersebut tanpa disedari olehnya "Terima kasih.." kata Lily sambil mengesat air matanya dan lalu dia hembus hingus di hidungnya. Dia kembalikan balik sapu tangan itu kepada Momoki
"Bunga Lily ku simpan sahaja sapu tangan itu" Baru Lily sedar sapu tangan itu milik Momoki. Dia pandang Momoki dan lalu dia pandang balik sapu tangan tadi. Dia terus melempar sapu tangan itu. Lily lari dan sorok di belakang Fang
"Landak, tukarlah si kasanova tu kepada orang lain. Gantikan si kasanova tu dengan Ammy ke.. bolehlah bolehlah" Lily usik-usik bahu Landak sehingga membuatkan Fang naik geram
"Wei, baik kau duduk diam diamlah badak!"
"BA-BADAK? LANDAK PANGGIL LILY BADAK? oh tidak.. Lily bukan badak tapi Lily hanyalah sekuntum bunga Lily sahaja" Mata Lily ternampak Momoki berikan senyuman menggoda dia, terus Lily tidak jadi hendak berdrama di situ "Tapi.. bila di fikirkan balik, badak tu kan besar dan landak tu kan kecik.. hehehehe... badak pijak landak sampai penyek! Terus jadi lempeng landak.. HAHAHAHAAA!"
"Apa-apa jelah kau" bisik Fang dengan hati dia yang sudah naik geram
"Pening kepala aku dengan korang ni" kata Kaizo "Mulakan dengan permainan korang. Aku nak pergi temankan Lynna pergi main ice skating dengan Rizu dan Idoli. Jangan main guna kuasa. Kalau tidak, kamu akan terkeluar dari pemainan ini, FAHAM?"
"FA-FAHAM ABANG KAIZO!" kata mereka semua. Kaizo terus beredar dari situ bersama Lynna, Rizu dan juga Idoli
"Baiklah, sebelum kita mulakan permainan kita. Faye perlu tukarkan baju kamu semua! Bella kumpulan merah" Faye menukarkan pakaian pasukan Bella dengan menggunakan alat menukar pakaian. Baju pakaian Bella, Gopal, Ying, Emmy dan Harraz telah bertukar menjadi warna merah "Dan Fang pula kumpulan ungu!" Pasukan Fang telah ditukarkan dengan pakaian mereka berwarna ungu. Hoodie arnab masih lagi kekal di baju Fang, hanya warna baju sahaja yang berubah, dari biru ke ungu. Di belakang mereka terdapat name-tag dengan nama mereka masing-masing
"Apasal aku masih ada lagi telinga arnab ni?"
"Sebab kau nampak comel dengan telinga arnab tu.. hehehe" Faye ketawa sedikit "Baiklah, peraturan permainan ini adalah senang dan mudah di fahami. Pakaian kita boleh detect kalau diri kita terkena bebola salji. Bila sudah terkena, maka dengan itu, kita terkeluar dari permainan ini dan pakaian itu akan bawa kita ke rumah Emmy sebagai penjara. Untuk menentukan pasukan mana yang menang, mereka perlukan kalahkan kesemua ahli-ahli pasukan pihak lawan kamu. Bila semua ahli pasukan itu sudah tiada lagi, maka dengan itu, pasukan yang masih lagi ada ahli, itulah pemenangnya" Semua angguk dan faham dengan peraturan Faye tadi
"Kau mesti banyak sangat tengok cerita Running man kan?" Faye tersengih dengan pertanyaan Harraz tadi
"Ha ah sebab aku rasa seronok bila tengok dia orang bermain. Rasa macam nak join aje" balas Faye "Baiklah, kita semua berpecah tapi kita main jangan sampai kawasan bandar ok!"
"OK!" kata mereka semua
Lily ikut Boboiboy dari belakang tetapi Faye mengheret kawan baik dia untuk pergi ke tempat lain. Fang sudah ikat telinga arnab dia supaya telinga itu tidak di terlalu nampak sangat. Dia ikat dan masukkan ke dalam hoodie dia. Terus dia larikan diri jauh daripada rumah Emmy supaya diri dia tidak terkena daripada bebola salji. Mereka di berikan 1 minit untuk larikan diri sebelum permainan mereka bermula
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bella dan Emmy berada di sebuah lorong yang jauh daripada kawasan perumahan Emmy. Di tangan mereka sudah bersiap sedia dengan segumpal salji. Bella asyik menoleh kebelakang sahaja kerana takut ada serangan di belakang dia secara senyap. Emmy dengan gembiranya, dia berjalan sambil hiraukan keadaan di sekeliling dia
"Emmy.. hati-hati, takut nanti salah satu ahli purple akan menyerang kita"
"Jangan risaulah kakak Nutella, dia orang tidak akan menyerang kita"
"Kenapa pulak?" tanya Bella yang berasa pelik dengan Emmy
"Sebab kita kan berada di lorong Pak Senin Kobot. Kucing gila tu... hehehee.. dia orang tak kan berani lalu sini"
"Tapi.. nanti kita pula kena serang dengan kucing tu. Bukan ke kucing tu sudah dipulihkan oleh Boboiboy, Gopal dan Fang?"
"Yer ke? Hari tu Emmy dengar ada orang kena serang dengan kucing gila dekat sini tapi tak tahulah kucing tu yang sama ataupun kucing lain" Emmy berjalan lain. Lalu dia berhenti secara tiba-tiba. Bella hampir terlanggar Emmy "Syhhh... ada orang dekat depan sana"
"Siapa?" Bella cuba tajamkan pemandangan dia. Dari jauh, dia ternampak bayang seseorang di hujung lorong itu tetapi dia tidak pasti, siapakah orang itu "Emmy, kita perlu bersiap sedia untuk pergi berperang"
"Baik kakak Nutella!" Emmy mencangkung dan buat seberapa banyak bola salji yang dia mampu "Orang tu datang ke arah kita!" kata Emmy yang sudah menjadi cemas
"Jangan risau, kakak Nutella akan melindungi Emmy" Bella dengan berlagaknya, dia melambung-lambung terlebih dahulu bola salji dia. Selepas itu dia baling ke arah orang itu tadi "SERANGAN BOLA SALJI BELLA!"
"DEY! JANGAN SERANG AKU!" Gopal tunduk dan berguling untuk elakkan diri dari serangan bola salji Bella
"EH! Maaf Gopal" Bella berlari ke arah Gopal yang sudah terdampar di lorong itu "Kau ok tak?"
"Aku ok... aku selamat.. adeh, selamat tak terkena tadi" kata Gopal. Dia begitu lega sekali kerana tidak terkena bola salji Bella. Kalau tidak, dia akan terkeluar dari permainan tersebut
"Abang hijau ada tak nampak ahli-ahli kumpulan purple?" tanya Emmy yang baru sahaja sampai. Di dalam dakapan dia, penuh dengan bebola salji
"Tadi.. abang nampak Lily dan Faye. Dia orang lari ke arah taman permainan" Gopal bangunkan diri dia "Ying pula, dia dengan si Mimiko tu"
"Si Fang tu, kau tahu dia lari ke mana?"
"Maaf Bella, aku tak tahulah dia lari ke mana" Gopal mengambil segumpal salji untuk bersiap sedia jikalau ada serangan dari ahli kumpulan ungu "Jom kita bergerak"
"Jom" Bella berjalan sampai ke hujung lorong itu. Gopal dan Emmy asyik menoleh kebelakang sahaja. Sampai sahaja di penamat lorong itu, Bella menjenguk sedikit. Dia pandang ke kiri dan ke kanan, semua sunyi. Tiada orang yang lalu lalang di situ "Ok, jom bergerak"
"Betul ke takde siapa-siapa Bella?" tanya Gopal "Manalah tahu tiba-tiba dia orang buat serangan hedap dekat kita orang"
"Jangan risaulah.. dia orang takde dekat sini" kata Bella dengan penuh yakin "Tapi pastikan bola salji korang sudah bersiap sedia" Dia melihat Emmy punya tangan, penuh dengan bebola salji "Bagus Emmy"
"Terima kasih kakak Nutella!"
"Kita sekarang nak pergi ke mana dulu, Bella?" tanya Gopal
"Dari sini ke taman permainan memang tak jauh sangat, jadi kita pergi serang Lily dan Faye dulu.. maaf yea kawan-kawan baik ku tapi aku Bella, tidak akan kalah dengan pasukan si Fang tu!" Bella teruskan perjalanan dia ke taman permainan. Dia asyik berhenti dan perhatikan sekeliling dia supaya tiada dari pasukan Ungu yang datang ke arah mereka
Kadang-kadang itu, dia Gopal dan Emmy berhenti dan dia pergi ke depan sedikit untuk melihat jalan di depan mereka adalah selamat ataupun tidak. Lalu dia ternampak seseorang sedang menyorok di sebalik pokok yang tidak jauh daripada mereka. Pakaian orang itu berwarna ungu. Dia tidak teragak-agak untuk menyerang orang itu tetapi dia perlu berhati-hati kerana ini mungkin perangkap. Bella pandang kebelakang dan pastikan tiada siapa yang cuba menyerang Gopal dan Emmy dari bahagian belakang. Dia mula rasa ragu-ragu, samada dia perlu menyerang orang itu ataupun tidak
"Kenapa kakak Nutella?"
"Syhh..." Bella terus berhati secara perlahan-lahan untuk membuat kejutan kepada orang itu. Dia tidak pasti siapakah yang menyorok di belakang pokok itu "Jagalah kau.. aku akan serang kau juga nanti" bisik Bella
"BELLA! HATI-HATI!" Bella terkejut dengan jeritan Gopal
Beberapa bebola salji bergerak dengan pantasnya ke arah Bella tetapi dia begitu pantas sekali. Dapat menggelakkan diri dia daripada terkena bebola salji itu. Bella pandang ke arah atas dan ternampak Fang sedang berdiri dengan angkuhnya di atas tembok pagar rumah orang. Terdapat senyuman sinis di wajah Fang
"Kau rupanya yang serang aku" Bella begitu geram sekali tetapi hati dia sudah berkobar-kobar untuk menyerang Fang balik
"Kenapa? Takut ke?" balas Fang dengan nada sindiran dia "Marilah serang aku"
"SERANGAN BEBOLA SALJI BELLA!" Bella melempar gumpalan saljinya ke arah Fang tetapi Fang melompat daripada terkena salji itu. Dia mendarat di atas jalan dengan penuh bergaya sekali "Isk! Tak kena pulak..."
"Hahahaa! Takpe, permainan kita belum berakhir lagi tapi salah satu ahli pasukan kau juga akan menjadi orang pertama yang terkeluar nanti. SERANG MEREKA FAYE!" Faye terus keluar dari belakang pokok itu dan lalu dia melempat dua bola salji ke arah Gopal dan Emmy
"TUNDUK CEPAT!" jerit Bella. Emmy dengan pantasnya, dia jatuhkan diri dia untuk menggelakkan dari serangan Faye tadi dan nasib Gopal begitu malang sekali. Kedua bola salji itu terkena badan Gopal "TIDAKK! GOPALL!"
"Dramatik sangat si Bella ni" bisik Fang. Dia, Bella dan Faye melihat Gopal hilang dari pandang mereka. Gopal sudah di hantar ke rumah Emmy "Hah! Tekaan aku memang tepat sekali"
"Whatever Fang tapi..." Bella tunjuk di belakang Faye. Mata Fang membulat besar apabila segumpal salji sedang bergerak pantas dan terus terkena belakang baju Faye "Maaf yea Faye.. tapi ini cuma game sahaja"
"Takpe..." Faye tersenyum dan lalu dia hilang dari situ
"SIAPA SERANG AHLI PASUKAN AKU?" marah Fang yang sudah membara itu. Mata dia terpandang ke arah Harraz yang berdiri tidak jauh daripada dia dan Bella "Kau rupanya!"
"Hehehee.. maaf tapi ini cuma permainan aje kan" Harraz garu-garu kepala dia sambil tersengih "Tapi sekarang tinggal kau seorang sahaja. Bolehlah Bella, Emmy dan aku serang" Dia mengambil segumpal salji untuk bersiap sedia menyerang Fang
"ERK?!" Fang pandang kebelakang. Emmy sudah bangunkan diri dia. Di dalam tangan dia ada beberapa bebola salji "Alamak.. aku kena kepung"
"Nanti dulu.. aku bagi kau satu lagi peluang. Kau boleh lari dari sini tapi jika aku nampak kau lagi.. aku tidak akan teragak-agak untuk menyerang kau" kata Bella sambil mencekak pinggang
"Baiknya kau.. tapi takpe.. aku akan lawan dengan kau nanti" Fang terus lari daripada situ. Dia perlu mencari ahli pasukan dia yang lain tapi yang paling utama sekali, dia perlukan Boboiboy. Mereka perlu bekerjasama untuk tumpaskan pasukan merah
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Lily sudah pun berada di atas pokok. Dia mahu sorokkan diri daripada Momoki yang asyik mencari dia dari tadi lagi. Dia kini keseorangan kerana tadi Fang telah pun mengambil Faye daripada dia. Mengikut kata Fang tadi, dia perlukan Faye untuk menyerang pasukan merah. Lalu dia berangan seorang diri di atas pokok itu. Dia berangan dia dan Boboiboy duduk di dahan pokok sambil melihat permandangan Pulau Rintis yang begitu putih sekali. Selepas itu, dia teringat balik tentang Fang dan Faye
"Agaknya, dia orang berjaya ke tak?" bisik Lily sambil tadah tangannya untuk melihat salji jatuh di atas tapak tangan dia
"Indahnya duduk di atas pokok ini tapi lagi indah sekali dapat melihat permandangan ini bersama cik bunga Lily ku" Lily menoleh di tepinya sedikit demi sedikit. Momoki sudah berada di sebelah dia. Lily tidak perasan yang Momoki panjat pokok itu untuk duduk di sebelah dia
"ERK! MACAM MANA MOK MOK BOLEH TAHU LILY ADA DEKAT SINI?"
"Sebab mata ku sentiasa mengetahui di mana bunga Lily berada sekarang ini. Bunga Lily ku jangan risau, aku akan melindungi diri mu daripada pasukan merah. Aku akan hapuskan mereka satu per satu" kata Momoki dengan suara yang sungguh menggoda sekali. Lily jarakkan kedudukan mereka dan hati dia pula, asyik memanggil nama Boboiboy sudah datang menyelamatkan diri dia daripada godaan Momoki
"Lily.. Lily... Lily mana ada hati dekat Mok Mok. Lily tak suka kasanova!"
"Momoki akan tidak lagi berkasanova sekiranya Lily terima hati ku ini" Kali ini bunga sakura pula Momoki hulurkan kepada Lily "Terimalah bunga sakura ini. Bunga ini sangat sesuatu dengan kecantikan Lily"
"ABANG!" Momoki terus pandang ke bawah. Dia melihat muka kemarahan kembarnya iaitu Mimiko "KENAPA ABANG DUDUK DEKAT ATAS POKOK TU DENGAN LILY? ABANG TAKDE KERJA LAIN KE? KAU PUN SAMA JUGA LILY"
"Lily buat apa?" tanya dia dengan perasaan pelik
"KAU GODA ABANG AKU!" Terkejut Lily "TAK CUKUP DENGAN SI BOBOIBOY TU, ABANG AKU JUGA, KAU NAK. JAGA KAU LILY! AKU MIMIKO AKAN MENYERANG KAU DENGAN BOLA SALJI INI!" Mimiko tunjukkan bola salji dia yang lebih besar daripada biasa. Dia tersenyum sinis sambil memerhatikan sasaran dia iaitu Lily "RASAKAN SERANGAN DARI AKU!"
"Tapi..." Boboiboy muncul di sebelah Mimiko "Kau tak boleh serang Lily dah sebab.." Mimiko melihat di bahu kanan dia, segumpal salji menyentuh pakaian baju tebal dia. Boboiboy yang letak di situ
"ERK?! TIDAKKKK!" Terus Mimiko hilang dari pandangan Boboiboy
"MY BBB-CHAN!" Lily menjerit di atas pokok itu dan lalu dia terjatuh
"LILY!" menjerit Boboiboy dan Momoki secara serentak. Mereka tidak sempat untuk selamatkan Lily kerana dia sudah pun jatuh di atas salji putih. Tiada kecederaan yang berlaku ke atas Lily kerana salji itu seperti sebuah kapas yang tebal
"Hehehehee.. seronoknya!" Lily pusingkan badan dia dan terus dia menghayunkan kedua belah tangan dia. Boboiboy menepuk dahi dia sendiri dan Momoki pula, rasa lega apabila mendengar gelakan dari Lily. Lalu Momoki turun dari pokok itu
"Seronok pula kau main dengan salji tu"
"Mestilah seronok my BBB-CHAN! Jomlah join Lily sekali" Mata Lily bersinar-sinar melihat Boboiboy. Hati dia berbunga-bunga dan lalu dia terbayangkan dia dan Boboiboy membina sebuah rumah igloo bersama "Bestnya"
"Apa yang bestnya cik bunga Lily?" Terus Lily bangun dari situ. Lalu dia sorok di belakang Boboiboy sebab tidak mahu berdiri dekat dengan Momoki "Janganlah takut dengan saya. Momoki akan melindungi cik bunga Lily ku"
"Boboiboy, buatlah sesuatu.. keluarkanlah dia"
"Mana boleh Lily, dia kan ahli pasukan kita"
"Betul tu, Boboiboy. Demi bunga Lily, Momoki akan bertarung seorang diri untuk melindungi nyawa bunga Lily ku" Momoki berikan senyuman kepada Lily tetapi Lily pandang ke tempat lain sebab tidak mahu bertentangan mata dengan kasanova itu
Tiba-tiba sebuah bola salji meluncur di tepi Boboiboy dan Lily. Bola salji itu terkena baju Momoki. Sebuah senyuman terukir di bibir Lily kerana Momoki tidak akan menganggu dia selepas ini tetapi siapa yang baling bola salji itu tadi? Boboiboy dan Lily melihat kebelakang selepas sahaja Momoki hilang dari situ. Rupanya Ying yang menghantar bola salji itu dan sasaran dia semestinya ialah Momoki bukan Boboiboy dan Lily
"YEAHHH! SI KASANOVA TU SUDAH TIADA!" Lily melompat-lompat ke arah Ying. Dia pegang kedua belah tangan Ying dan lalu dia meloncat-loncat di situ "Terima kasih Ying kerana selamatkan diri Lily daripada si Mok Mok"
"Hehehee.. sama-sama. Aku kasihan sama kamu sahaja sebab suka sangat ganggu kau tapi dia adalah salah satu pasukan kau.. hehehe.. mesti Bella akan suka dengan berita ini kerana berjaya keluarkan salah satu ahli pasukan ungu" Terus Lily berlari ke arah Boboiboy. Dia menyorok balik di belakang Boboiboy "Haiyaaa.. jangan risau maa.. aku tak kan serang korang tapi..."
Beberapa bola salji datang ke arah mereka berdua. Lily menjadi cemas, Boboiboy terus tundukkan diri dia dan juga Lily untuk selamatkan diri. Lily rasa sangat terharu apabila melihat Boboiboy selamatkan diri dia lagi sekali. Dia sudah tersenyum sampai ke pipi dan wajah dia sudah merah kemerahan kerana sangat malu. Hati dia berbunga-bunga dan dia bagaikan hendak menjerit di situ
"Cheh! Tak kena pula korang" Bella terus keluar dari tempat persembunyian dia. Harraz dan Emmy ada di situ juga
"Kau yang serang kita orang tadi"
"Betul tu Boboiboy tapi bukan aku sahaja, Harraz dan Emmy pun serang kau juga tadi" kata Bella dengan berlagaknya "Tapi kita orang akan tetap serang korang berdua sehinggalah tinggal si Pang tu seorang sahaja"
"KAU SILAP!" Dua bebola salji terkena di belakang Emmy. Bella pusing kebelakang dia terkejut melihat Fang dan Yaya ada di situ "Hahahaaa! Kau serang ahli pasukan aku, aku seranglah balik"
"Jumpa dekat rumah Emmy nanti!" kata Emmy dengan cerianya. Dia terus hilang dari sebelah Harraz
"Takpe.. permainan kita belum tamat lagi tapi" Bella tunduk untuk mengambil segumpul salji dan lalu dia uli-ulikan salji itu. Tiba-tiba mata Harraz membulat besar kerana Boboiboy melemparkan sebuah bola salji ke arah Bella
"BELLA! HATI-HATI! BELAKANG KAU!" Harraz dengan beraninya, dia menolak Bella ketepi dan bola salji itu terkena Harraz "Kalahkan mereka, Bella" terus dia hilang di situ. Begitu juga dengan Boboiboy kerana Ying menyerang balas serangan Boboiboy tadi
"TIDAKKKKK!" menjerit Bella. Sekarang tinggal dia dengan Ying sahaja "Pahlawan aku yang paling berani tetapi.. aku tidak akan mengalah"
"Lily.. tak nak serang boleh tak?" Lily tersengih di situ
"WEI! KAU NAK BAGI AKU KALAH KE? SERANG AJELAH!" marah Fang
"Janganlah marah-marah Fang, inikan permainan sahaja bukannya peperiksaan" kata Yaya dengan tegasnya "Kalau kau kalah, terima ajelah"
"Mana boleh Yaya, aku kenalah menang. Aku tak nak lah kalah dengan si minah tu" Fang tunding jarinya ke arah Bella yang sedang mencekak pinggang itu "AKU AKAN BUKTIKAN.. ERK!" Dia melihat diri Lily telah di serang oleh Ying. Maka dengan itu, hanya tinggal 2 ahli sahaja dari setiap pasukan. Lily sudah pun hilang dari situ dan dia masih lagi sempat menjerit
"I'M COMING MY BBB-CHAN!"
"Sempat lagi si pelik tu" Fang menepuk dahi dia. Selepas itu, dia sudah bersiap sedia untuk menyerang Bella dan Ying "Yaya, kau pergi serang Ying.. biar aku serang si Bella tu"
"Err... rasa macam tak sanggup pula aku nak serang Ying, dia kan kawan baik aku" Fang pula berapi-api dengan Yaya. Muka dia sudah naik merah sebab terlampau marah sangat. Tadi Lily buat dia marah, sekarang Yaya pula berikan kemarahan kepada diri dia
"Kau pergi ajelah serang dia.. aku tengok Ying elok aje serang kawan-kawan kita semua. Kau ni.. terlalu lemah lembut sangat tapi tegas"
"Aku bukannya macam kau, Fang. Aku tak suka serang kawan sendiri" Fang berikan renungan tajam dia kepada Yaya
"Tapi tadi elok aje kau serang Emmy, takde pula kau nak merungut.." Yaya terus tersengih "Atau sebab Ying tu kawan baik kau sendiri dan kau tak nak berkelakuan ganas dekat kawan baik kau sendiri?"
"Yelah yelah.. aku serang ajelah" Yaya terus tundukkan diri dia untuk mengambil segumpal salji, akan tetapi, Ying telah menyerang Yaya dulu. Beberapa bola salji terkena tudung Yaya "Alamak!"
"Hehehee.. maaf Yaya, aku nak berikan kawan kita si Bella ni menang" Yaya angguk sahaja tanda faham. Lalu dia hilang dari situ. Ying dan Bella sudah bersedia untuk kalahkan Fang "Sekarang tinggal si rambut cacak seorang sahaja"
"Hehehee... bagus Ying.. kalau kau terkeluar pun, aku akan pastikan kumpulan kita menang.. SEKARANG RASAKAN SERANGAN BOLA SALJI DARI AKU!" Bella baling bola salji dia dengan tahap yang begitu laju. Pada masa yang sama, Fang baling bola salji dia. Kedua-dua mereka dapat menggelakkan diri "Isk, tak kena pulak!"
"Sabar Bella.. kita berdua dapat kalahkan dia"
"Betul tu Ying"
"Eleh, aku sorang sahaja pun boleh kalahkan korang berdua" Fang sudah menggenggam dua bola salji. Dia dengan begitu yakin sekali, dia baling kedua-dua bola salji itu. Sedikit lagi hendak kena kepala Bella tetapi Bella sempat tunduk. Bola salji lagi satu hampir terkena badan Ying "Cis, tak kena pula" Fang tidak mahu lari atau mengaku kalah. Dia mengambil lagi segumpal salji. Pada masa yang sama, Bella melempar bola salji ke arah Fang
"AMBIK NI!" Fang tunduk dan berguling ke tepi. Sedikit lagi hendak terkena Fang "Takpe, aku tidak akan berhenti menyerang si potato boy tu! SERANG DIA LAGI YING!" Bella dan Ying baling bola salji mereka. Fang tunduk dan lalu dia baling bola saljinya ke arah Ying. Bola salji Fang terkena cermin mata Ying
"ALAMAK! Tapi terkena cermin mata aku? Aku terkeluar ke?" Belum sempat Fang dan Bella untuk menjawab persoalan Ying tadi, dia pun sudah hilang dari situ
"Hahahaa! Sekarang tinggal kita berdua sahaja" Fang tersenyum sinis sambil memandang Bella "Kau akan kalah, Bella"
"Tak, kau yang akan kalah" Bella sudah bersiap sedia untuk baling bola salji dia "Aku akan pastikan bola ini adalah bola yang akan tamatkan permainan ini"
"Cubalah kalau dapat" kata Fang dengan nada sindiran dia. Dia terus baling bola salji dia dan Bella juga melempar bola salji dia. Kedua-dua bola itu bergerak dengan begitu pantas sekali dan akhirnya...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Bestnya minum air hot chocolate ni dalam sejuk-sejuk macam ni" Gopal terlalu gembira berada di dalam rumah Emmy. Apa yang buat dia lagi gembira, apabila dia terkeluar awal dan tidak perlu pergi berperang di luar rumah. Dia tidak sangka kawan-kawan dia juga sudah pun berada di dalam rumah itu kecuali Fang dan Bella
"Agaknya, siapa akan menang?" tanya Ying
"Entahlah.. aku pun tidak dapat meneka siapakah pemenangnya" Yaya menghirup air hot chocolatenya
"Oh bunga Lily ku.. makanlah biskut ini. Ianya masih panas lagi" Momoki menghulurkan sepiring pinggang yang penuh dengan biskut strawberry kepada Lily "Makanlah cik bunga Lily"
"Errrr..." Lily terus bangunkan diri dia dari kerusi sofa ruang tamu dan terus dia duduk di sebelah Faye
"Kasihan kau, Lily. Asyik kena ganggu aje" Boboiboy tergelak sedikit "Tapi apa istimewanya sangat tentang Lily ni, Momoki?"
"Kerana suara lantang dia yang begitu indah sekali. Bukan itu sahaja, aku suka melihat kesungguhan dia untuk mendapat sesuatu contohnya ialah kau, Boboiboy. Dia tidak pernah putus asa walaupun kau sudah beberapa tidak ambil kisah tentang diri dia"
"Hehehee... saya kecik lagi, mana tahu dalam hal-hal bercinta ni" Boboiboy tersengih sambil makan biskut strawberry
"Takpe.. biar aku mengajar kamu semua tentang cinta" Momoki terus bangunkan diri. Dia betulkan suara dia "Cinta adalah-"
"AKU YANG MENANG LAH!"
"AKU LAH! KAU YANG KALAH, PRETTY BOY!"
"AKU BUKAN PRETTY BOY LAH!"
"Aik, dua-dua kalah ke?" tanya Harraz
"MANA ADA KALAH!" jerit Fang dan Bella kepada Harraz "AKU YANG MENANG! KAU YANG KALAH!" Mereka balas dengan ayat yang sama sahaja. Apa yang berlaku sebenarnya, kedua bola salji itu terkena di badan pihak lawan mereka pada masa yang sama. Jadi mereka di hantar ke rumah Emmy secara serentak
"Kakak Nutella, abang Fely... apa kata korang berdua minum hot chocolate ni dulu dan tenangkan diri tu. Lagipun tiada siapa yang menang dalam perlawanan ini. Jadi, next time kakak Nutella dan abang Fely berlawan semula. Emmy nak tutup balik mesin cuaca ni"
"Yelah yelah... kita dua seri lah" Fang ambil secawan hot chocolate dari Emmy "Tapi.. lepas ni, aku akan kalahkan kau" Bella tidak berkata apa, dia hanya berikan senyuman sahaja kepada Fang. Lalu dia terus pergi sertai kawan-kawan baik dia iaitu Lily dan Faye
"Tapi.. lain kali kita lawanlah yang tidak melibatkan serang kawan-kawan kita sendiri. kita lawan dalam sukan ke atau peperiksaan ke..." Yaya terus membebel di situ. Momoki terduduk kerana tidak dapat nak bagi ceramah dalam hal-hal kisah cinta. Dia dan yang lain-lain terpaksa mendengar bebelan Yaya di rumah Emmy
Fang tidak begitu dengar sahaja bebelan Yaya kerana pemikiran dia sudah berada jauh di situ. Dia sedang fikirkan apa yang abang dia sedang buat sekarang ini. Pada ketika itu, Kaizo dan Lynna sudah pun pulang ke rumah. Mereka kini menikmati hot chocolate bersama Idoli dan Rizu sambil menonton sebuah cerita kartun iaitu Molang. Shadow, Pikachu dan Lily si itik turut menonton cerita kartun tersebut kerana kartun itu adalah cerita kegemaran tiga ekor haiwan itu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top