Salah Faham

"Betul ke dengan keputusan kau?"

"Yea Kaizo, aku terima dengan sepenuh hati aku"

"Tentu keluarga kau akan gembira dengan berita ini"

"Mestilah, aku pula yang tidak sabar untuk memberitahu mereka"

Fang yang berada di luar dapur, dia terdengar perbualan di antara Lynna dan Kaizo. Dia tidak percaya apa yang dikatakan oleh mereka. Mata dia menjadi bulat besar dan senyuman lebar dia tercipta di bibir dia. Apa yang dia fikirkan olehnya adalah Lynna menerima lamaran abangnya. Dia tidak masuk ke dalam dapur untuk ucapkan tahniah, tetapi dia terus keluar dari rumah untuk memberitahu rakan-rakan dia. Sebenarnya, Lynna dan Kaizo bukan berbincang tentang lamaran dan mereka berdua hanyalah sahabat baik sahaja walaupun orang lain boleh salah faham dengan hubungan Lynna dan Kaizo

"Jangan risau Kaizo, aku akan jaga anak kucing ini dengan baik. Keluarga aku sukakan kucing dan sudah lama kami tidak membela kucing. Tentu mereka akan sayang kucing ini sepenuh hati" Lynna mengusap-usap kepala anak kucing yang dijumpai oleh Kaizo malam semalam. Kaizo tidak sampai hati untuk meninggalkan anak kucing yang kelaparan dan kesejukan itu. Jadi dia membawa pulang anak kucing tersebut dan pagi itu, Kaizo telah berbincang dengan Lynna. Dia dengan hati yang lega, Lynna mengambil anak kucing tersebut sebagai haiwan peliharaan dia

"Baguslah mereka sukakan kucing. Aku tidak mahu anak kucing ini kelaparan, sebab itu aku ambik dia dan bawa pulang"

"Kau sangat prihatin, Kaizo. Itu salah satu sifat peribadi kau yang patut dipuji" kata Lynna dengan senyuman ikhlas dia

"Aku prihatin? Yang aku dengar mereka panggil aku kapten sadis, kapten gila, kapten kejam, kapten tiada belas kasihan, kapten ganas dan kapten suka buli adik sendiri" Lynna ketawa kecil "Kenapa kau ketawa pula? Sudah itu memang kenyataan"

"Yelah kapten sadis tapi kau mesti ada sifat terpuji jugakan tapi.. ganas macam mana pun kau, kau tetap ada perasaan sayang seperti kasih sayang kau kepada adik kau sendiri. Tapi.. sayang kau sayang lain macam, sayang buli adik sendiri" kata Lynna dan lalu dia ternampak jam di dinding dan terus dia terkejut "Alamak! Aku sepatutnya pergi mengambil baju yang aku tempah dekat bandar sini"

"Kau tempah baju dekat sini? Dekat KL takde kedai tempahan baju ke?" Lynna tersengih kepada Kaizo

"Ada tu ada tapi ada satu kedai dekat sini yang aku jumpa, jahitan dia memang kemas dan rapi! Baju yang dia buat, semuanya lawa-lawa dan dia boleh buat semua design yang pelanggan dia minta. Kau nak temankan aku tak? Kalau tak nak, takpe. Aku boleh pergi sendiri. Nanti aku datang balik ke sini"

"Ermm.. aku ikut sekali sebab aku perlu beli sesuatu di bandar nanti" Lalu mereka berdua tinggalkan anak kucing itu dibawah jagaan Shadow dan Pikachu. Kaizo rasa pelik dengan Pikachu sebab makin lama makin gemuk pula si Pikachu. Sebenarnya Pikachu bukan semakin gemuk tetapi Pikachu membunting

--------------------------------

Setelah Lynna mengambil baju tempahan dia di sebuah kedai baju, Kaizo dan Lynna terus ke pasaraya untuk membeli beberapa barangan untuk masak tengahari nanti. Kaizo rasa pelik melihat orang-orang di dalam pasaraya itu. Semuanya tersenyum melihat Kaizo dan Lynna tapi paling peliknya, ada juga yang ucapkan tahniah kepada mereka berdua. Penduduk-penduduk Pulau Rintis ini saling kenal satu sama lain walaupun kita sendiri tidak pernah nampak orang itu tetapi dalam kes Kaizo. Semua orang kenal dia dengan suara garang dia, muka serius, suka kejar adik dia dan juga seorang abang kepada salah seorang superhero Pulau Rintis iaitu Fang

Lynna tidak sedar dengan kepelikan orang-orang di sekitarnya kerana dia terlampau sibuk memilih barang-barang di dalam pasaraya itu. Kaizo tidak tahu apa yang mereka sedang senyumkan. Dia cuba memeriksa diri dia tetapi tiada benda yang pelik tapi ucapan taniah tadi? Taniah untuk apa? fikir Kaizo

"Ini dia, abang kepada bekas anak murid kebenaran ku" muncul Papa Zola di dalam pasaraya tersebut

"Eh, cikgu Papa Zola" terkejut Lynna dengan kemunculan Papa Zola

"Jadi kamulah yang bakal menjadi penyeri hidup kepada Kapten Kaizo"

"Penyeri hidup?" Kaizo semakin pelik "Cikgu, apa yang cikgu maksudkan ini?" Papa Zola menepuk-nepuk bahu Kaizo

"Kamu ni.. tak kan tidak tahu dengan maksudnya tapi takpe, nanti lama-lama kamu akan tahu juga. Walau apa-apa pun, cikgu ingin ucapkan tahniah kepada kamu berdua"

"Tahniah? Tahniah untuk apa cikgu?" Lynna pula rasa pelik kali ini

"Isk kamu berdua ni, tak kan tak tahu apa yang cikgu katakan tadi. Nak cikgu ajarkan ke?" Kaizo dan Lynna pandang sesama sendiri, lepas itu pandang Papa Zola dan terus mereka anggukkan kepala "Nampaknya, cikgu perlu cakap dengan jelas bagaikan nyata supaya kamu berdua faham" Papa Zola mengambil nafas dan lalu katakan "Cikgu ucapkan tahniah kerana kamu berdua akan berkahwin"

"KAHWINNN?!" Terkejut Kaizo dan Lynna

"Yelah, cikgu sendiri yang dengar berita itu dari adinda ku iaitu Mama Zilla. Cikgu rasa sangat gembira dengan berita itu. Nanti jangan lupa jemput cikgu sekali yea" Lynna tersengih kepada Papa Zola. Kaizo sudah bermasam muka "Cikgu kena pergi dulu. Jumpa lagi" Papa Zola meninggalkan mereka berdua di situ

"Siapa pula yang sebarkan berita yang kita nak kahwin?" Berapi-api Kaizo di dalam pasaraya itu. Terus dia tidak jadi untuk membeli barangan di pasaraya itu. Dia keluar dari pasaraya tersebut kerana ingin mencari orang yang pergi mereka cerita tersebut

"Kaizo!" Lynna mengejar Kaizo dari belakang "Sabar Kaizo, kau jangan nak mengamuk dekat tengah bandar ini pula. Kita kena siasat perkara ini sama-sama ok"

"Hmmm.. baiklah, aku akan sabar tapi sebelum itu" Dia terus pergi ke sebuah cafe yang menjual teh hijau. Kaizo dan Lynna masuk ke dalam cafe tersebut dan pekerja perempuan yang cuba untuk mengurat Kaizo pada tempoh hari, rasa sedih apabila melihat Kaizo bersama dengan Lynna. Dia juga tahu tentang berita Kaizo dan Lynn akan berkahwin "Teh hijau satu" kata Kaizo kepada pekerja perempuan itu

"Kau perlukan ketenangan ke?" tanya Lynna dengan nada bosan dia

"Yea, aku perlu tenangkan diri aku untuk siasat perkara ini" Kaizo menggenggamkan tangannya "Kalau aku tahu siapa yang sebarkan berita ini, aku akan berikan hukuman latihan tempur selama setahun!"

Apa yang didengar oleh pekerja perempuan itu, Kaizo dan Lynna cuba rahsiakan hubungan yang sebenarnya daripada orang ramai tetapi sebenarnya bukan. Mana ada hubungan lebih daripada kawan tetapi pekerja perempuan itu salah faham. Terus dia menangis sambil membuat teh hijau untuk Kaizo. Mereka berdua rasa pelik dengan pekerja perempuan itu

"Tahniah saya ingin ucapkan dan maaf sebab saya cuba untuk mengurat encik Kaizo pada tempoh hari.. Ini teh hijaunya dan bakal isteri awak sangat cantik orangnya" Menangis-nangis pekerja perempuan itu. Kaizo dan Lynna baru faham kenapa pekerja perempuan itu menangis tetapi mereka senyap sahaja dan tidak mahu memberitahu berita itu hanyalah berita palsu sahaja. Setelah Kaizo menerima teh hijaunya, mereka cepat-cepat keluar dari cafe tersebut

"Semakin tersebar luas berita palsu ni" kata Lynna sambil melihat orang lalu lalang di sekitar mereka. Semuanya tersenyum melihat mereka berdua "Oh yea, kita nak mulakan siasatan kita dari mana dulu?" tanya Lynna. Kaizo menghirup teh hijaunya

"Kita ke kedai Tok Aba. Aku dapat rasakan ini mesti kerja salah seorang kawan adik aku. Siapa si badan besar tu... hah! si Gopal tu. Aku ada dengar cerita yang dia cakap aku dan kau kahwin lari"

"Gopal Gopal... kenapalah dia cakap macam tu" Lynna gelengkan kepala. Mereka teruskan perjalanan mereka ke kedai Tok Aba

-----------------------------------

"HARI INI HARI PALING GEMBIRA DALAM SEJARAH HIDUP KUUUUUUUUU!" Terus kepala Fang kena tepuk dengan seseorang "WOI! Jangan tepuk kepala aku boleh tak"

"Kalau kau berhenti menyanyi boleh tak. Bosan aku asyik dengar lagu yang sama sahaja tapi aku tak pernah dengar pula lagu tu" kata Boboiboy sambil berjalan bersama Fang di bandar Pulau Rintis

"Lagu tu lagu rekaan aku sahaja" Fang terus berhenti di hadapan tingkap sebuah cafe. Boboiboy rasa pelik melihat kawan dia yang tiba-tiba sahaja senyum semacam di hadapan sebuah cafe

"Errr.. kau ni ok ke tak? Aku tahulah abang kau nak kahwin tapi janganlah senyum macam tu, menakutkan betul" Tetapi Fang tidak bercakap apa, dia hanya tersenyum lebar sahaja "Fang?" Lalu Fang pusingkan kepala Boboiboy dan tunjuk apa yang dia ingin tunjukkan. Boboiboy nampak Gopal dan Faye sedang menikmati makanan mereka di dalam sebuah cafe

"Hehehehee... dia orang dating rupanya"

"Wei Fang, macam mana kau tahu dia orang dating. Entah-entah bukan"

"Habis tu, apa dia orang buat dekat situ. Ini mesti dia orang nak jadi macam abang aku dan kak Lynna. Cakap sahaja tiada apa-apa hubungan, tengok-tengok dia orang nak kahwin dah" kata Fang yang tidak puas hati

"Yelah tu Fang. Kalau bukan macam mana? Dia orang dua kan kaki makan. Mestilah dia orang nak pergi cuba makanan dekat cafe ni. Kalau ajak kau pun, kau tu bukannya nak makan sangat. Badan pun keding sahaja, macam lidi. Tiup sikit, boleh terbang melayang kau ni" Aura-aura kegelapan Fang mulai keluar "Sudahlah Fang, jangan nak marah sangat dengan aku ni. Memang betulkan apa cakap tadi. Itu sudah menjadi kenyataan"

"Yelah yelah.. betul lah kau katakan tadi" Fang terus beredar dari situ daripada mendengar bebelan Boboiboy tapi yang pasti, sepupu dia berdating dengan Gopal. Aura kegelapan dia terus hilang dan lalu dia tersenyum sinis. Boboiboy tidak nampak senyuman sinis dari mulut Fang, dia hanya melihat persekitaran bandar itu sahaja "Hehehehe.. aku akan bocorkan rahsia korang berdua.. HAHAHAHAHAHAAAA!"

"Aduh.. kawan aku ni. Sudah jadi gila rupanya" Boboiboy menepuk dahinya

"Kenapa dengan kau, Boboiboy?" muncul pula Yaya

"Apasal dengan kawan baik kau tu? Sudah tak betul kaaa?" Ying pun turut ada di situ juga sambil melihat Fang ketawa seperti orang gila

"Hmmm... dia tu terlampau gembira sangat sebab.. yang pertama, abang dia dan kak Lynna akan berkahwin dan yang kedua, dia nampak Gopal dan Faye berdating dekat cafe sana"

"KAHWIN!" Mata Yaya dan Ying terus bersinar sinar "MEREKA NAK KAHWIN! SERONOKNYA!"

"Tapi... betul ke tentang Faye dan Gopal tu? Macam tak percaya aje" kata Yaya "Bukan ke dia orang tu kawan sahaja"

"Wei, mestilah betul. Aku dan Boboiboy nampak dia orang tengah makan dengan penuh kemesraan dekat cafe sana. Mereka cuba sembunyikan hubungan mereka daripada kita! TAPI AKU FANG! AKU AKAN BOCORKAN RAHSIA MEREKA BERDUA! HAHAHAHAHAHAHAHAHAAA!" Boboiboy dapat rasakan virus Lily sudah melekat di dalam tubuh badan Fang

"Kan aku cakap dah, kawan aku dah gila" Boboiboy rasa nak ketuk kepala kawan baik dia

"Tapi... kenapa mereka perlu rahsiakan pula? dan satu lagi, kenapa abang lu dan kak Lynna tipu dengan hubungan mereka selama ini. Apasal tak beritahu sahaja perkara yang sebenarnya"

"Ha ah, betul juga cakap Ying tadi. Bukan ke abang kau dan kak Lynna selalu cakap mereka kawan sahaja. Apasal tiba-tiba nak kahwin pula? Bila pula dia orang bercinta? Pelik aku"

"Mana aku tahu Yaya tapi yang aku pasti, mereka akan berkahwin dan aku akan dapat bakal kakak ipar idaman aku selama ini!" Yaya dan Ying melihat sahaja kelakuan Fang yang terlampau gembira

"Gembiralah kau Fang. Jangan lepas ni kau menangis tak tentu pasal sudah" Fang tidak dengar dengan kata-kata Boboiboy tadi sebab dia terlampau gembira sampai menari-nari di tepi jalan "Sudahlah tu Fang, jom kita pergi ke kedai Tok Aba. Bolehlah kau raikan kegembiraan kau dekat sana" Boboiboy mengheret kawan baik dia yang masih lagi tidak dengar

Tidak jauh daripada mereka, Gopal dan Faye keluar dari cafe yang mereka menjamu selera tadi "Terima kasih Faye sebab belanja aku dekat cafe ni. Tak sangka aku kau nak belanja aku"

"Mestilah! Lagipun aku nak cuba rasa makanan dekat sini" kata Faye

"Tapi apasal kau tak bawa dua kawan baik kau tu, si Bella dan si Lily tu?"

"Hmmm.. dia orang bukannya kaki kuat makan macam aku dan kau sebab itu aku ajak kau. Bolehlah kita rasa semua makanan yang ada dekat cafe tu" Gopal rasa terharu pula

"Terima kasih sahabat baik ku! Lain kali aku pulak belanja kau! Aku akan bawa ke tempat makan yang paling terbaik di Pulau Rintis ini!"

"Wahhh! tak sabar aku!" Faye meloncat-loncat kegembiraan di situ "Jom kita pergi cuba makanan lain pula yang ada dekat bandar ni" Gopal terus bersemangat apabila Faye mengajak dia pergi makan lagi

"JOMMMMM!"

-------------------------------------

Kaizo dan Lynna mengikut jalan pintas untuk ke kedai Tok Aba iaitu melalui taman bunga yang berdekatan dengan pantai. Mereka masih lagi di pandang oleh orang-orang yang lalu lalang di sekitar taman bunga itu. Kaizo ada perasan dengan sekumpulan budak-budak perempuan menangis apabila mereka ternampak Kaizo dan Lynna berjalan-jalan di taman bunga. Kaizo tahu kenapa mereka menangis

"Itu pun nak menangis jugak ke" kata Kaizo dengan perasaan marah dia

"Hmm.. budak-budak.. bila sudah minat dengan sesuatu dan apabila dapat tahu yang mereka tidak dapat memilik sesuatu benda itu, menangis lah dia orang. Kebanyakkan peminat kau adalah dari kalangan budak-budak perempuan. Semuanya terpikat dengan wajah kau yang kacak dan juga sifat peribadi kau yang sentiasa cool tu"

"Kau pun mesti ada peminat tersendiri juga kan" tanya Kaizo

"Aku mana ada peminat. Aku bukannya popular macam kau"

"Tapi kakak Lynna popular apa" muncul pula Rizu di sebelah Lynna "Kakak Lynna popular dekat sini"

"Akak popular? boleh percaya ke ni" Rizu tersengih comel kepada Lynna

"Hehehehe... oh yea, Pizu nak ucapkan tahniah dekat abang Paizo dan kakak Lynna. Kenapa abang Paizo dan kakak Lynna rahsiakan hubungan yang sebenarnya? Kenapa abang Paizo dan kakak Lynna tak nak mengaku sebelum ini? Kenapa abang Paizo dan kakak Lynna tipu kita orang sebelum ini. Tak baik tau tipu orang tapi mesti abang Paizo dan kakak Lynna ada sebabnya kenapa rahsiakan. Nanti lepas korang kahwin, abang Paizo nak bawak kakak Lynna pergi ke angkasa lepas ke? Abang Fang nanti tinggal di bumi lagi ke? Bolehlah dia tinggal dekat rumah Pizu nanti"

"Rizu.. mana Rizu dengar berita tu?" tanya Lynna

"Pizu dengar dari kakak Lily" terus Rizu berikan sebungkus kerepek pisang dekat Lynna "Kak Lynna nak? Oh yea.. Pizu nak berikan hadiah untuk abang Paizo dan kakak Lynna tapi esok baru Pizu bagikan sebab ibu belikan hadiah itu hari ini. Tunggu tau hadiah daripada Pizu" Lynna mengambil sedikit kerepek pisang itu

"Terima kasih Rizu tapi.. Rizu tak perlulah bagi hadiah dekat kita orang sebab akak dan abang Kaizo tak kahwin"

"Hah? abang Paizo dan kakak Lynna tak jadi nak kahwin?" Muka Rizu berubah menjadi sedih "Kenapa? Ada masalah ke? Keluarga kakak Lynna tak suka ke dengan abang Paizo? Pizu boleh tolong kakak Lynna! Pizu akan yakinkan keluarga kakak Lynna yang abang Paizo adalah seseorang yang baik bukan jahat!" Lynna sabar sahaja dengan Rizu. Kaizo pula rasa nak sekeh kepala Rizu

Lynna menghela nafas "Bukan itu maksud akak"

"Apa maksud akak sebenarnya?" Lalu Lynna mendukung Rizu

"Sebenarnya Rizu dengar berita palsu sahaja. Akak dan abang Kaizo hanya kawan sahaja. Akak sendiri tak tahu siapa yang sebarkan berita palsu tu tapi Rizu lain kali jangan percaya sangat. Kalau Rizu rasa ragu-ragu, Rizu datang sendiri dekat akak atau abang Kaizo dan tanya sendiri, adakah berita itu adalah benar ataupun tidak. Rizu kena siasat dulu berita itu sebelum beritahu orang lain"

"Oh.. baru Pizu faham.. tapi kenapa kakak Lily sebarkan berita palsu tu pula" tanya Rizu sambil makan kerepek pisang

"Itu sebab dia dengar dari mulut orang lain" kata Kaizo secara tiba-tiba "Entah siapa yang beritahu dia tentang berita palsu tu"

"Pizu tak tahu tapi kalau abang Paizo dan kakak Lynna nak tahu juga, kakak Lily ada dekat kedai Tok Aba. Itu pun kakak Lily yang beritahu Pizu dia pergi ke sana selepas sahaja hantar kerepek pisang dekat Pizu. Bolehlah kakak Lynna dan abang Paizo pergi tanya dia dekat sana"

"Kami memang nak ke sana pun" kata Kaizo. Mereka teruskan perjalanan mereka ke kedai Tok Aba tetapi gangguan seterusnya menghalang perjalanan mereka. Kali ini Aidan pula muncul dengan senyuman lebar dia

"Wah! Hari itu Lynna cakap tiada apa-apa. Sekarang dengar berita kamu berdua nak kahwin dah" Kaizo menahan kemarahan dia daripada mengamuk tak tentu pasal "Tahniah kepada kamu berdua!"

"Hmmm.. dari mana kau dapat berita tu?" tanya Kaizo

"Dari adik saya si Bella. Dia dapat tahu dari kawan dia si Lily" Kaizo mula berapi-api dengan Lily "Tapi kenapa Lynna cakap hari itu tiada hubungan apa-apa antara kamu dan Lynna?"

"Itu sebab kami berdua hanyalah kawan sahaja dan tidak lebih daripada itu" jawab Lynna "Harap Aidan tidak sebarkan berita palsu ini kepada sesiapa"

"Oh.. jadi maknanya adik saya dapat berita tak betul dari kawan dia yang pelik tu" Kaizo, Lynna dan Rizu angguk kepala "Aduh, ingatkan berita betul lah tadi tu tapi terima kasih kerana beritahu saya tentang perkara yang sebenarnya. Nanti saya akan nasihatkan adik saya, siasat dulu sebelum beritahu orang lain tapi jangan risau, saya sendiri tidak beritahu sesiapa tentang berita palsu tu"

"Terima kasih Aidan" kata Kaizo. Hati dia rasa lega sedikit "Adik kamu tu ada dekat kedai Tok Aba ke?"

"Ha ah, dia ada dengan kawan baik dia si Lily tu. Tadi saya ada dekat sana, sarapan pagi dekat kedai Tok Aba"

"Selain daripada si pelik dan adik kau, siapa lagi ada dekat situ?" tanya Kaizo lagi seperti seorang detektif yang tidak bertauliah

"Hmm.. Tok Aba dan Ochobot yang ada di situ"

"Terima kasih Aidan. Kami pergi dulu" Aidan melambai-lambai kepada mereka bertiga tetapi yang membalas lambaian Aidan hanyalah Rizu sahaja "Kau tak rasa ke si pelik tu yang sebarkan berita palsu?"

"Kau ni Kaizo, tak baik tuduh orang sesuka hati. Entah-entah bukan dia. Aku tahulah kau sentiasa tak puas hati dengan dia tapi kau tidak perlulah tuduh dia pula"

"Abang Paizo tak baik tau tuduh kakak Lily macam tu"

"Habis tu, dia sendiri yang beritahu Bella dan kau tentang kami berdua akan berkahwin. Siapa lagi kalau bukan dia yang suka sangat nak cari pasal dengan aku" kata Kaizo dengan perasaan marah

"Sudahlah tu Kaizo. Sebelum kau tuduh dia, baik kau siasat betul-betul dulu. Aku tak percaya si Lily yang sebarkan tapi kalau difikirkan, orang yang paling suka kalau kita kahwin, mesti adik kau sendiri"

"Si Pang tu?" Lynna angguk "Dia tu memang terlampau berharap sangat tapi.. betul juga kata kau. Nampaknya kita ada 3 orang suspek iaitu Cili, si badan besar dan adik aku si Pang" Lynna merenung tajam ke arah Kaizo sebab tak reti nak sebut nama orang dengan betul "Kenapa? Ada aku tersilap kata ke?"

"Hehehehe.. abang Paizo panggil kakak Lily, abang Gopal dan abang Fang.. Cili, badan besar dan Pang"

"Lawak sangat ke?" tanya Kaizo dengan muka serius dia

"Hehehe.. abang Paizo pandai buat lawak! Pizu suka!" Rizu yang tergelak di situ. Lynna dan Kaizo hanya angkat kening sebelah sahaja

"Sudah! Kita teruskan perjalanan kita sebelum di gan-" Belum habis Kaizo nak bercakap, Lily dan Bella muncul di hadapan dia. Mereka senyum sahaja ke arah Kaizo "APA SENYUM-SENYUM?! NAK KENA LATIHAN TEMPUR KE HAH?!"

"Mana ada abang Kaizo" kata Lily yang masih lagi tersenyum

"Bukan ke kau sepatutnya ada dekat kedai Tok Aba sekarang ini?"

"Itu tadilah abang Kaizo! Sekarang kita orang nak pergi ke bandar sebab Faye panggil. Dia kata, dia dan Gopal jumpa tempat makan yang menarik" kata Lily "Oh yea, lupa pula. TAHNIAH ITIK DAN ANGSA PUTIH! TAHNIAH SEBAB NAK KAHWIN DAH!"

"Apa yang Bella lihat sekarang ini, Bella dapat bayangkan kehidupan kamu berdua macam mana nanti dan Rizu pula sebagai anak kamu berdua" Lynna cepat-cepat turunkan Rizu dan Lily ketawa besar di situ

"Hehehe... Bella, aku sebenarnya tak dapat nak bayangkan si itik jadi seorang ayah. Dia kan ganas, macam mana boleh jadi seorang ayah.. heheheheee" Kaizo tunduk dan melihat wajah Lily lama-lama. Mata dia terus tenung ke arah mata Lily "Ke-ke-kenapa abang Kaizo melihat Lily begitu?"

"Kau ingat aku ni tak boleh jadi seorang ayah yang baik ke? KAU INGAT AKU NI SENTIASA GANAS KE!" Kaizo menjerit sampai gegar satu taman bunga itu. Lily terus menggigil kerana takut dengan suara garang Kaizo

"Hehehehehe... " Lily tersengih kepada Kaizo "Tapi.. abang Kaizo mana boleh jadi seorang ayah yang ganas. Yelah, nanti bila abang Kaizo dapat baby, abang Kaizo kenalah berubah perangai. Betul tak kak Lynna?"

"Errrr... tapi abang Kaizo belum nak kahwin lagi" jawab Lynna

"Ala, nanti-nanti lepas korang dah kahwin.. dah dapat baby, abang Kaizo berubahlah jadi kapten baik, bukan lagi kapten sadis ataupun kapten ganas" kata Lily dengan penuh semangat

"Jadi kau ke yang pergi buat cerita yang aku dan Lynna nak kahwin?" Kaizo renung lama-lama dekat mata Lily sampai dia mengaku

"Ma-mana ada.. bukan Lily yang buat cerita tu. Lily dengar cerita tu dari si landak"

"Si Pang yang buat cerita?" Lily angguk "Apa yang dia beritahu kau?"

"Pagi tadi, semasa Lily dalam perjalanan ke rumah Rizu untuk berikan dia kerepek pisang. Lily nampak si landak dan Boboiboy kekasih hati ku sedang berjalan menuju ke bandar Pulau Rintis! Lepas tu Lily kejarlah Boboiboy sampai ke taman permainan. Entah kenapa si landak tu ikut sekali main kejar-kejar. Lepas tu, Lily pelik tengok si landak tu happy semacam. Lalu Lily tanyalah kenapa dia gembira semacam hari ini? Landak jawab, dia gembira sebab abang Kaizo dan kak Lynna akan berkahwin. Jadi Lily pun turutlah gembira sekali. Lily happy sangat, meloncat sorang-sorang dekat taman permainan tu sampai tak sedar yang si landak dan Boboiboy kekasih hati ku tinggalkan Lily keseorangan di taman permainan. Lily jadi sedih tapi terus Lily jadi happy balik bila teringatkan balik tentang abang Kaizo dan kak Lynna nak kahwin. Lalu Lily pergi hantar kerepek pisang dekat rumah Rizu sekejap, lepas tu baru pergi ke kedai Tok Aba. Dekat situ Lily beritahu Bella dan Bella pula bagitahu abang dia! The End!" Lily tepuk tangan seorang diri

"Jadi betul ke abang Kaizo dan kak Lynna akan berkahwin?" tanya Bella

"TAK BETUL!" Rizu pula yang jawabkan untuk Kaizo dan Lynna "Abang Paizo dan Kakak Lynna bagitahu Pizu, itu hanya berita palsu sahaja. Jadi jangan percaya sangat"

"Betul tu Rizu" Lynna usap-usap kepala Rizu "Terima kasih yea Lily kerana beritahu kami siapa yang sebarkan berita itu"

"Sama-sama! Tapi abang Kaizo nak bagi hukuman latihan tempur dekat si landak tu?" Lily tersenyum lebar sambil bertanyakan soalan itu

"Itu sudah semestinya dia akan dikenakan hukuman" kata Kaizo. Dia terus beredar situ dengan perasaan marah dia terhadap adiknya "Jaga kau nanti, Pang!"

"Ini sudah menjadi drama adik beradik yang best!" Lily tidak jadi untuk pergi berjumpa dengan Faye di bandar tetapi dia berpatah balik untuk ikut Kaizo ke kedai Tok Aba

"Suka pula kamu yea"

"Hehehehee... mestilah suka! Tak sabar nak tengok si landak kena marah dengan abang dia" kata Lily kepada Lynna. Bella sabar sahaja dengan kawan baik dia tapi dia sendiri tak sabar untuk menyaksikan pesaingan dia kena marah dengan abang sendiri. Lalu dia ketawa secara senyap-senyap. Lynna, Rizu, Bella dan Lily ikut di belakang Kaizo. Lynna risau pula kalau Kaizo bagi hukuman yang lebih teruk daripada latihan tempur

"Kaizo" panggil Lynna "Kau jangan terlampau marah sangat dengan adik kau"

"Habis tu, kau nak suruh aku bersuka ria ke?" jawab Kaizo dengan nada marah dia "Dia tu memang patut dikenakan hukuman. Sesuka hati dia sahaja nak buat cerita aku dan kau kahwin. Jaga dia nanti"

"Kalau aku halang kau pun, mesti kau akan berikan dia hukuman juga kan?"

"Betul tu" kata Kaizo

"Kalau macam tu, aku nasihatkan kau. Jangan berikan dia hukuman yang berat-berat. Hukuman latihan tempur takpe tapi jangan bagi hukuman yang lebih teruk daripada itu. Kau tak nak aku marah kau lagi kan?" Kaizo senyap sahaja. Dia sebenarnya masih lagi terkejut dengan kegarangan Lynna tapi Lynna hanya menggunakan kegarangan dia apabila dia betul-betul marah sahaja

"Baiklah, aku akan bagi hukuman latihan tempur selama setahun sahaja. Tiada hukuman lain selain daripada itu, puas?"

"Puas!" Lynna terus senyum kepada Kaizo

----------------------------

"Atuk! Chocolate pancake bagi 6 keping!"

"Haih Fang, kamu ni nak jadi macam Gopal ke?" tanya Tok Aba "Aku tahulah kamu gembira sangat tentang abang kamu tu tapi janganlah terlebih makan"

"Ala atuk, sekali sekala sahaja.. bukannya selalu pun"

"Hmmm.. yelah Fang tapi betul ke dengan perkahwinan abang kamu dan Lynna tu? Atuk tak nak lah percaya sangat selagi atuk tak dengar dari mulut mereka sendiri"

"Ha ah, betul kata Tok Aba. Entah-entah kau yang salah dengar" kata Boboiboy sambil makan cekodok chocolate dia

"Wei, aku cakap betul.. betul lah! Aku yang dengar sendiri apa yang mereka katakan dekat dapur. Kak Lynna terima dengan sepenuh hati dia dan dia tak sabar nak beritahu keluarga dia tentang berita yang mengembirakan itu!"

"Hmmmm... kau dengar itu sahaja tapi tak dengar cerita yang sepenuhnya" kata Yaya "Entah-entah dia orang cakap pasal benda lain. Kalau salah nanti, kau juga yang merana. Lagipun tak baik tau kau beritahu orang lain tentang berita palsu" Terus mood Fang bertukar menjadi mood tak baik. Dia sudah hilang selera nak makan

"Korang ni rosakkan mood aku" Fang bermasam muka dengan kawan-kawan dia

"Sudahlah tu Fang, baik kau pergi tanya abang kau dulu. Kalau betul, syukur atuk dengar abang kau nak kahwin. Kalau tak benar, baik kau pergi minta maaf dekat abang kau, Lynna dan juga orang-orang yang kau sudah beritahu"

"Betul kata Tok Aba" Kaizo muncul di belakang adiknya "Siapa lagi yang kau sudah beritahu tentang abang dan Lynna akan berkahwin?" Fang menoleh kebelakang dan lalu dia tersengih

"Adik cuma beritahu Lily, Boboiboy, Yaya, Ying dan Mama Zilla" kata Fang. Dia takut pula melihat senyuman sinis abang dia "Tapi tadi dekat bandar, adik ada nyanyi tentang abang dan kak Lynna akan berkahwin. Tak tahu pula dia orang boleh dengar nyanyian adik tu"

"Sudah kau nyanyi kuat sangat sampai bosan aku mendengarnya" bisik Boboiboy

"Kenapa abang? Abang nak perkara itu di rahsiakan ke? Tapi adik tadi dengar dekat rumah, masa abang dan kak Lynna dalam dapur. Adik dengar perbualan korang"

"Apa yang kau dengar?" tanya Kaizo

"Adik dengar abang cakap betul ke dengan keputusan kak Lynna? Lepas tu kak Lynna jawab dia akan terima dengan sepenuh hati. Lepas tu abang cakap tentu keluarga kak Lynna akan gembira. Lepas tu kak Lynna cakap dia tak sabar nak beritahu keluarga dia. Itu sahajalah adik dengar" Fang tersengih lagi kepada abang dia

"Oh, kau dengar tapi tak nak tanya kita orang pula yea"

"Dah tu, kalau adik tanya.. mesti kena halau keluar tapi apa-apa pun.. TAHNIAH ABANG! Tak sangka selama ini abang dan kak Lynna rahsiakan hubungan korang" Fang peluk abang dia sepuas hati. Rizu, Bella dan Lily hanya ketawa sahaja kerana mereka sudah tahu tentang perkara yang sebenarnya tapi mereka tidak tahu lagi apa yang Kaizo dan Lynna berbualkan di rumah tadi

Fang lepaskan pelukan dia dan terus melihat abangnya dengan wajah comel seperti kucing "Oh kau ingat aku dan Lynna akan kahwin yea"

"Yelah! Habis tu, kenapa kak Lynna terima-" Terus Lynna muncul dengan seekor anak kucing comel dan tunjukkan di depan mata Fang "Anak kucing?"

"Fang Fang.. Akak sebenarnya ingin mengambil anak kucing ini sebagai haiwan peliharaan akak. Sebab itu akak terima anak kucing ni dengan sepenuh hati akak" Fang tidak berkata apa, dia tersengih kepada semua orang. Boboiboy, Yaya dan Ying tunjuk muka marah kepada Fang "Itulah, lain kali tanya.. jangan main sebarkan sahaja" kata Lynna

"Hehehe.. maaf yea semua tapi pasal Gopal dan Faye tu? betul ke dia orang berdating?"

"TAK BETUL!" Muncul Gopal dan Faye

"Dey! Bila masa aku nak berdating dengan sepupu kau. Kita ni kawan sahaja"

"Hehehee.. yea ke.. jadi aku.. aku lari dulu!" Terus Fang larikan diri

"JAGA KAU FANGGGGG!" Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Faye, Bella dan Lily terus kejar Fang "SIAPA TAK SURUH SIASAT DULU! NAHAS KAU!"

"Hehehee.. terbaik" kata Ochobot "Eh, Kapten Kaizo tak nak pergi kejar adik Kapten Kaizo ke?"

"Buat apa nak kejar dia.. kawan-kawan dia sudah kejar dia. Biarlah dia kena hukuman kena belasah dengan kawan dia sendiri. Selamatlah kau Pang, hukuman kau lebih ringan daripada hukuman latihan tempur" kata Kaizo sambil makan chocolate pancake adik dia yang baru sahaja siap. Separuh daripada chocolate pancake itu, dia berikan kepada Rizu dan Lynna

"Jadi kau tak nak hukum dia dengan latihan tempur?"

"Tak" jawab Kaizo

"Bagus lah tu. Harap dia belajar dengan kesilapan dia hari ini" Lalu Lynna menikmati chocolate pancake itu bersama Kaizo dan Rizu. Malam itu juga, Kaizo terpaksa merawat adiknya yang penuh dengan kesan luka, benjol di kepala, lebam di sana sini akibat kena belasah dengan kawan-kawan adiknya

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top