Roh Jahat
"HAH?" Fang terkejut mendapat berita buruk daripada abangnya "Kenapa abang tak beritahu adik awal-awal, kenapa baru sekarang?"
"Sebab kau tengah bersuka ria dengan kawan-kawan kau, tak kan abang nak musnahkan kegembiraan itu dengan berita buruk Lynna! Abang memang berat hati nak beritahu kau tapi nanti kau akan tahu juga" Kaizo menyuruh adiknya duduk di atas sofa dan terus Fang duduk di sebelah abangnya "Abang harap kau akan tabah seperti mana abang tabah melihat kau koma. Abang tunggu kau bangun. Bukan abang sahaja, Rizu dan kawan-kawan kau yang lain juga ingin kau bangun"
"Jangan risau abang. Adik yakin kak Lynna akan bangun sebab dia kan kuat! Dia dapat mengatasi kesemua cabaran yang dia akan terima" Kaizo peluk adiknya. Dia bangga dengan adiknya yang semakin hari semakin tabah, kuat dan berani
"Esok kita pergi menziarahi dia dekat hospital" kata Kaizo. Fang tersenyum di dalam pelukan abangnya "Kau pergi berehat, esok kita kena bergerak awal"
"Baik abang" Fang bangun dari sofa dan terus naik ke atas. Dia menaiki tangga itu dengan pelahan, dia menoleh kebelakang untuk melihat abangnya. Kaizo hanya duduk berfikir dengan muka serius dia "Apalah abang aku sedang fikirkan" kata Fang sambil naik ke atas dan terus masuk ke dalam biliknya
"ARGHHHHHHHHHH!" Fang terkejut dengan kemunculan Ratu Lily di dalam biliknya "APA KAU BUAT DEKAT SINI?!" Kaizo yang berada di bawah, berlari naik ke atas untuk melihat adiknya yang tiba-tiba sahaja menjerit tadi
"Maaf Fang, aku datang ke sini sebab kak Lynna"
"JADI KAU LAH YANG BUAT DIA YANG JADI KOMA!"
"Bukan aku lah!" marah Ratu Lily "Kau sudah maafkan aku tapi nak tuduh aku lagi. Aku rasuk kau lagi sekali, baru kau tahu"
"Kau nak rasuk adik aku?" muncul Kaizo di belakang adiknya
"Hehehehe... saya bergurau sahaja Kaizo" Ratu Lily tersengih kepada mereka berdua "Oh yea! Saya datang ke sini sebab nak beritahu yang sebenarnya kak Lynna memerlukan pertolongan dari kamu berdua. Roh dia terperangkap di alam hantu" Kaizo tersenyum sinis apabila terdengar perkataan hantu "Kemalangan hari itu bukanlah kemalangan biasa tapi kemalangan yang sudah dirancang"
"Tapi kena kawan-kawan kak Lynna tidak pergi menolong pula?" tanya Fang
"Sebab mereka tidak tahu tentang perkara ini. Aku yang dapat tahu dulu, aku yang nampak roh dia tetapi roh dia di kacau oleh roh yang lain. Lagipun aku tidak kenal kawan-kawan kak Lynna, sebab itu aku datang kepada korang dulu tapi aku datang kepada Boboiboy dulu sebelum kamu berdua"
"Cheh! Ambil peluang untuk bercakap dengan Boboiboy rupanya" Ratu Lily tersengih kepada Fang
"Kamu kena tolong kak Lynna, roh dia di kacau dan terperangkap, dia tidak dapat kembali ke badan dia yang asal. Kamu kena pergi selamatkan dia. Boboiboy sekarang ini dalam perjalanan ke sini, kawan-kawan kamu juga yang lain iaitu Gopal dan Ying. Boboiboy yang beritahu mereka berdua" Ratu Lily sambung lagi bercakap "Sepatutnya mereka semua akan pulang ke sini esok tetapi semuanya ingin balik ke sini malam ini juga"
"Hmmm.. kalau macam itu, kita semua akan berkumpul di kedai Tok Aba. Mesej kawan-kawan kau, Pang" Kaizo terus keluar dari bilik adiknya "Kau pergi tidur, esok kita ada misi baru untuk selamatkan kawan kita" Fang sudah pun menghantar mesej kepada kawan-kawan dia
"Fang, aku pergi dulu. Jumpa esok" Sebelum Ratu Lily hilangkan diri, Fang telah bercakap sesuatu kepada dia
"Terima kasih Ratu Lily kerana memberitahu tentang perkara ini" kata Fang "Kau memang sudah berubah menjadi baik, kau lain daripada diri kau yang sebelum ini. Kau bukan lagi ratu kejam"
"Terima kasih Fang" Ratu Lily tersenyum dan terharu sedikit "Aku sedang cuba sedaya upaya aku untuk menjadi baik dan aku akan tolong kau dan abang kau untuk menembus balik kesalahan aku. Aku akan sentiasa menolong kamu berdua, itulah janji diri aku kepada diri aku sendiri. Abang kau berikan aku peluang untuk membersihkan diri aku untuk menjadi baik. Dia dan Lynna berikan aku cahaya kebaikkan, ini adalah membalas budi mereka berdua"
"Kau sudah pun menjadi baik Ratu Lily, aku pun sudah maafkan kau. Kau pulanglah ke alam kau, kita jumpa sahaja esok" Ratu Lily terus hilangkan diri dengan senyuman manis dia. Ratu Lily rasa aman dan bahagia dapat berborak dengan Fang walaupun sekejap sahaja. Dia menyesal dengan perbuatan dia tetapi semuanya sudah berlaku, dia tidak boleh putarkan masa. Kalau dia dapat putarkan masa pun, tak mungkin dia dapat kenali dengan manusia-manusia di bumi dan tak mungkin dia dapat bergaduh dengan musuh ketat dia iaitu Lily dan tak mungkin Fang dan Kaizo dapat berkawan dengan Boboiboy dan rakan-rakan mereka yang lain. Dia sudah lama redha dengan takdir ini tapi dia rasa sungguh bahagia apabila dapat mengenali erti persahabatan dan juga kasih sayang
--------------------------------
Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Rizu dan juga Lily sudah berada di kedai Tok Aba. Mereka hanya tunggu kedatangan Fang, Kaizo dan juga Ratu Lily "Mana dia orang ni?" tanya Gopal "Tak kan lambat bangun tidur pulak"
"Tak kanlah, tepat pukul 9 nanti muncul lah dia orang" kata Boboiboy yang tidak begitu risau sangat kerana dia tahu mereka akan sampai tepat pada masanya
"Tak sabar Lily nak masuk alam hantu! Aku sudah bawa alat untuk menangkap hantu!" Lily memang simpan alat itu. Alat yang dia telah memaksa Adudu untuk membinakan khas untuk diri dia sebab dia nak pergi tangkap si Ratu Lily tetapi malangnya, dia seperti tidak pernah nak guna sebab orang yang pertama guna adalah Kapten Kaizo. Jadi ini peluang dia untuk menjadi superhero ghostbuster! Dia juga membawa alat menukar baju, pemberian Faye
"Lily, kalau kau tak ikut kita orang sekali tak boleh ke?" tanya Boboiboy dengan nada bosan
"Tak boleh! Aku pun nak tengok hantu juga"
"Aku pun nak tapi aku takut" Gopal pula membawa video camera dia "Tapi aku nak buat movie macam cerita blair witch project tu, mesti aku akan menjadi lebih popular daripada Boboiboy dan Fang!"
"Hmmm.. entah-entah satu benda kau tak rakam sebab asyik menjerit sahaja dekat alam hantu tu" kata Yaya. Gopal tersengih sambil garu-garu kepala dia
"Pizu nak ikut boleh ke?"
"Rizu tak boleh ikut maaa... nanti hantu tu pergi takutkan Rizu. Kami tidak mahu Rizu nanti jatuh sakit" kata Ying sambil usap-usap kepala Rizu "Rizu duduk sahaja di sini dan tunggu kami pulang dengan selamat"
"Ok, Rizu duduk dekat sini" Rizu keluarkan sebungkus kerepek pisang yang ada di dalam beg penguin dia dan lalu dia berikan kepada Ying "Kalau kakak Ying lapar dekat sana nanti, kakak Ying makanlah tapi jangan lupa kongsi tau!"
"Dia ingin kita orang ni pergi berkhemah ke apa" bisik Gopal "Kalau macam tu, Tok Aba tolong bekalkan kami cekodok chocolate! Boleh makan dekat alam hantu nanti"
"Cheh, cakap orang. Dia pun sama juga" bisik Boboiboy. Dia melihat jam di kedai Tok Aba dan sudah pun pukul 9. Ratu Lily muncul pada tepat pada masanya. Pada masa yang sama, Fang dan Kaizo sudah pun sampai di kedai Tok Aba
"Ramainya yang nak pergi" kata Ratu Lily "Tapi... APASAL DIA PUN ADA SEKALI!" Menjerit Ratu Lily sambil tunjuk ke arah Lily yang sedang makan chocolate pancake. Lily tekejut dengan kehadiran Ratu Lily, dia hampir nak tercekik tetapi dia cepat-cepat minum air
"Aku ada dekat sini sebab nak tolong Boboiboy lah!" Terus dia angkat alat menangkap hantu dan halakannya ke arah Ratu Lily "AKU AKAN TANGKAP KAU! KERANA MENGGANGGU BOBOIBOY KU!"
"Bila masa aku nak ganggu dia! AKU DATANG KE SINI SEBAB NAK TOLONG DIA ORANG LAH!"
"Aku! Lily the most super duper awesome! Tidak akan termakan dengan tipuan kamu! Mengaku ajelah wahai Ratu Lily, kau datang ke sini untuk huru harakan keadaan!" Kaizo ketuk kepala Lily sebab buat bising dekat situ
"DIA ADA DEKAT SINI BUKAN SEBAB BOBOIBOY! DIA ADA DEKAT SINI SEBAB NAK TOLONG KITA! FAHAMMMM!" Sakit telinga Lily dengan jeritan membisa Kaizo tadi, hampir pekak dibuatnya
"Adeh" Boboiboy menepuk dahinya "Abang Kaizo, kita sudah tiada masa lagi. Kita kena pergi sekarang"
"Kalau begitu" Kaizo melihat adiknya dan kawan-kawan adiknya "Kamu semua sudah bersedia?"
"SUDAHHHHH!" Jerit mereka semua, termasuklah Rizu sekali
"Tapi.. macam mana kita nak pergi ke alam hantu? Kena tunggu waktu malam ke?" tanya Gopal. Lalu dia ternampak senyuman sinis Ratu Lily yang amat menyeramkan sehingga membuat badan Gopal menggigil ketakutan
"Aku akan bawa kamu semua ke alam sana tapi semua ni nak ikut ke?" tanya Ratu Lily
"Pizu tak ikut sebab kakak Yaya dan kakak Ying tak bagi Pizu ikut" kata Rizu
"Lagipun Rizu kena tunggu Faye sampai!" kata Lily "Jangan risau Rizu, nanti akak bawa balik hantu untuk Rizu ok!"
"WOI!" Marah Fang kepada Lily "Kau nak takutkan dia kenapa! Kau sudah buang tabiat ke?" Lily tersengih "Sudah! Kau tak perlu ikut kita orang. Kau duduk sahaja dekat sini dan jaga Rizu!" Muka Lily berubah menjadi sedih dan lalu dia mulakan episode drama sedih dia. Lily duduk di depan Fang dan melihat Fang dengan muka kesedihan dia
Boboiboy dan Gopal menepuk dahi mereka, Yaya dan Ying sabar sahaja dengan perangai Lily, Rizu kunyah kerepek pisang sambil melihat Lily cuba memujuk Fang dan Kaizo rasa nak bagi hukuman latihan tempur dekat Lily sebab membazirkan masa mereka sahaja. Ratu Lily berpusing-pusing menari kerana dia tahun Lily akan dikena latihan tempur
"Oh kawan ku landak, janganlah menghalang diri ku untuk pergi menolong kamu selamatkan roh kak Lynna. Aku juga ingin menjadi superhero juga.. tetapi apakah dayanya, asyik jadi budak behind the scene aje. Bagilah aku ikut landak, bagilahhh! Aku janji aku tidak akan membawa pulang hantu" Lily terus peluk kaki Fang dan memujuk lagi sehingga Fang sudah rasa naik bosan "Bolehlah kawan ku landak! Boboiboy, cubalah kau pujuk si landak ni untuk diri aku, kekasih hati kau"
"Errr... Fang, bagi ajelah dia ikut" kata Boboiboy
"YELAH YELAHHHH!" Lily terus lepaskan kaki Fang "Sekarang macam mana kita nak pergi ke alam hantu tu?" Ratu Lily dengan suka citanya, dia terus menyuruh mereka semua buatkan satu bulatan dan pegang tangan masing-masing. Fang memegang erat tangan abangnya. Rizu duduk di atas bangku kedai Tok Aba sambil memeluk Ochobot "Semua sudah bersedia?" tanya Ratu Lily
"SUDAHHHHH!"
"Baiklah!" Ratu Lily dan mereka semua hilang dari pandangan mata Rizu, Tok Aba dan Ochobot
"Semoga berjaya" kata Rizu
Gopal membuka matanya kerana takut untuk berhadapan dengan hantu-hantu yang ada di alam roh atau hantu ini. Tangan dia masih lagi memegang tangan Boboiboy "Aku boleh bukak mata ke? Aku takut ada hantu nanti"
"Kau bukak ajelah, mana ada apa-apa pun" Gopal terdengar suara Fang dan lalu dia membuka matanya sedikit demi sedikit. Dia melihat sekeliling dia, semuanya gelap sahaja tetapi selamat Boboiboy keluarkan cahaya api dengan menggunakan kuasa apinya. Dunia itu memang penuh dengan kegelapan, tiada benda hidup pun ada. Ada juga roh roh yang lalu lalang di sekitar mereka. Ada yang menembus badan Gopal dan terus membuat badan Gopal rasa seram sejuk
"Cepat, ikut aku. Kita tidak boleh duduk di sini lama-lama" kata Ratu Lily. Mereka teruskan berjalan di dalam keadaan gelap itu "Tapi aku perlu ingatkan, benda yang buat kau takut di sini hanyalah imaginasi kau sahaja. Jadi, korang semua kena lawan"
"Hmm... itu sahaja?" tanya Kaizo dengan nada serius
"Itu sahaja tapi saya rasa, Kaizo dapat mengatasi ketakutan Kaizo sebab Kaizo adalah seorang yang berani dan kuat" Kaizo rasa terharu sedikit apabila dapat pujian daripada Ratu Lily. Dia tersenyum sedikit. Mereka teruskan perjalanan mereka. Ratu Lily menjadi ketua mereka kerana dia tahu serba sedikit jalan di alam roh itu. Tiada benda pelik berlaku lagi, semuanya sunyi sahaja. Gopal pegang bahu Boboiboy kerana takut kalau tiba-tiba sahaja hantu badut keluar
"Kita dekat mana sekarang ni? Tak kan gelap sahaja sepanjang perjalanan kita?" tanya Gopal
"Jangan risau, semuanya pasti akan selamat. Cuma kau tak boleh fikirkan benda yang bukan-bukan sahaja" kata Ratu Lily. Mereka sudah sampai di sebuah jambatan yang sudah reput. Yaya terbangkan dirinya untuk melihat keadaan di seberang
"Macam mana Yaya?" jerit Boboiboy
"Dekat sini gelap sahaja tapi aku tak jumpa apa-apa untuk buat korang semua menyeberang ke sini" balas Yaya
"Kalau macam tu, aku akan hantar sorang demi sorang.. BOBOIBOY TAUFAN!" Boboiboy menarik Gopal ke atas hoverboard nya "Pegang kuat-kuat" kata Taufan. Dia menghantar Gopal terlebih dahulu. Sementara yang lain terpaksa menunggu. Ratu Lily dan Lily tak sabar nak naik ke atas hoverboard Taufan, masing-masing sudah bersiap sedia untuk naik selepas sahaja Taufan di turunkan di seberang
"Lepas ni aku pula!" kata Lily dengan penuh semangat
"AKU DULU LAH!"
"APASAL KAU PULAK!" marah Lily "Kau kan hantu, boleh terbang. Jangan nak cari kesempatan pulak!"
"Kamu berdua ni, TAK BOLEH KE KALAU TAK BERGADUH!" Suara garang Kaizo menyebabkan beberapa roh jahat terkejut dan mereka kelihatan marah. Roh baik pula sudah lari dan hilangkan diri kerana tidak mahu diganggu oleh roh jahat. Mereka nampak ada yang sedang terbang dan menganggu Taufan untuk kembali ke Kaizo, Fang, Ying dan Lily
"Kita kena tolong Boboiboy!" jerit Yaya tetapi dia tidak dapat nak terbang kerana ada roh-roh jahat menganggu dia dan Gopal
"Macam mana ni abang? Suara abang yang buat roh-roh ni semua kacau kita" kata Fang. Kaizo cuba fikirkan sesuatu untuk selamatkan mereka semua. Tiba-tiba sahaja adiknya gelak macam orang gila
"Hehehehe... hehehehehee"
"Pang?" Kaizo menyentuh bahu adiknya tetapi Fang menolak tangan abangnya
"Pang? Hehehe.. aku bukan Pang" Fang mencekik abangnya "AKU BUKAN ADIK KAU LAGIII!"
"PANGG! LEPASKAN ABANG!" Kaizo pegang tangan adiknya untuk melepaskan leher dia. Kaizo membuka sedikit demi sedikit jari adiknya "Kau siapa? Kenapa kau rasuk adik aku!"
Ying, Ratu Lily dan Lily menjadi cemas. Apa yang mereka patut lakukan "Wei pontianak, kau tak boleh ke tolak roh jahat keluar dari badan Fang?" tanya Ying
"Boleh kot tapi aku akan cuba" kata Ratu Lily. Mereka nampak Fang menolak abangnya ke tepi penghujung jalan, dia mahu Kaizo terjatuh tetapi Kaizo mempertahankan dirinya. Mereka bergelut di tepi bukit itu "Maafkan aku Fang!" Ratu Lily terus terbang dan masuk ke dalam badan Fang. Dia menolak roh jahat itu keluar dari badan Fang dan serta merta Fang lepaskan leher abangnya. Fang menarik abangnya ke tengah supaya tidak terjatuh ke dalam curam itu
"Pang, kau ok ke?" Kaizo melihat wajah adiknya. Ratu Lily terus keluar dari badan Fang "Kau rasuk adik aku?"
"Itu sebab saya nak keluarkan roh jahat yang rasuk Fang"
"Terima kasih Ratu Lily" Kaizo pegang adiknya yang sudah kelihatan lemah. Taufan masih lagi bergelut dengan roh-roh jahat. Ratu Lily terpaksa terbangkan dirinya untuk selamatkan Taufan. Dia menghalau roh-roh jahat itu tetapi roh-roh jahat yang lain datang pula untuk menyerang Ratu Lily dan Taufan
"Kita kena buat sesuatu! LILY GUNAKAN ALAT KAU!" Tetapi Lily tidak dengar jeritan Yaya kerana ada sesuatu membuat dia rasa takut
"Kenapa dengan dia?" tanya Kaizo sambil melihat Lily berkelakuan pelik. Lily menutup kedua telinganya dan menangis di situ
"JANGAN KETAWAKAN AKU! JANGAN GANGGU AKU! JANGAN GANGGU AKU!" Lily meroyan di situ. Dia ternampak dirinya berada di dalam penjara kecil dan orang ramai melihat dirinya dan lalu ketawakan dia "JANGAN KETAWAKAN AKU! PERGI DARI SINI! AKU BUKANNYA HAIWAN UNTUK DILIHAT DAN DIPERKETAWAKAN!" Lily menangis di situ "Jangan ketawakan aku"
"Lily" Ying datang ke arah Lily dan lalu melutut di sebelah dia "Lily, ini Ying. Kau kena kuat, itu semuanya imaginasi kau sahaja"
"Jangan ganggu aku" kata Lily dengan tangisan dia. Kaizo hanya melihat sahaja Ying cuba memujuk Lily
"Lily, tabahkan diri kau" kata Ying tetapi Lily tidak dengar, dia hanya gelengkan kepala sahaja. Kaizo terpaksa memujuk Lily. Dia pimpin adiknya yang masih lagi dalam keadaan lemah. Kaizo dan Fang melutut di depan Lily
"Lily, kau kena kuatkan diri kau. Kau ingat tak latihan tempur yang aku selalu berikan kepada diri kau?"
"Lily tak nak orang lain ketawakan Lily. Dia orang selalu ketawakan Lily tapi Lily tak suka. Lily pun ada hati dan perasaan juga" kata Lily. Dia semakin lama semakin nampak wajah Kaizo yang ada di hadapan dia "Lily kuat, Lily tabah"
"Biarkanlah orang ketawakan Lily tapi Lily ada keistimewaan tersendiri. Bagi aku, kau amat unik" kata Fang dengan nada lemah "Aku tahu kau dapat kalahkan roh-roh jahat yang cuba melemahkan semangat kau" Lily menangis dengan kata-kata Fang tadi. Lalu dia bangun dan angkat alat menangkap hantu itu "Lily, kau boleh mengatasinya" kata Fang lagi
"YEA! AKU LILY THE AWESOME! AKU TAK KAN BENARKAN KAU KACAU KAWAN-KAWAN AKU!" Pertama kali mereka nampak muka Lily begitu marah sekali. Dia menekan suis itu dan lalu roh-roh jahat itu diserap masuk ke dalam alat menangkap hantu itu. Selepas itu, Lily terus rebah ke atas tanah kerana diri dia sudah lemah. Taufan dan Ratu Lily akhirnya terlepas dari gangguan roh-roh jahat itu. Mereka terus pergi ke arah Lily
"Lily! kau ok ke?" tanya Ratu Lily
"Aku ok cuma badan aku lemah sahaja" Lily tersenyum kepada Ratu Lily "Walaupun kau adalah musuh ketat aku tapi kau juga tetap kawan aku. Terima kasih kawan" Ratu Lily rasa terharu, dia seperti mahu menangis di situ tetapi Kaizo menyuruh mereka bergerak dengan cepat. Taufan terpaksa menghantar Fang dan Lily terlebih dahulu kerana kedua-dua mereka dalam keadaan lemah. Sampai sahaja di seberang, Yaya dan Gopal menjaga mereka seketika. Fang sandarkan diri di tepi sebuah batu besar dan Lily pula baringkan dirinya. Dia sudah tidak larat lagi untuk bangun. Akhirnya, Taufan berjaya menyeberangkan kesemuanya. Dia terus berubah menjadi Boboiboy normal
"Sekarang macam mana abang Kaizo? Lily dan Fang tidak boleh bergerak dengan cepat" tanya Boboiboy
"Mereka perlu berehat supaya tenaga mereka kembali" kata Yaya. Dia keluarkan dua botol air dan lalu berikan kepada Fang dan Lily "Aku ada bawa bekalan minuman. Minumlah dan rehat dulu" Fang dan Lily mengambil botol air itu dan terus minum
"Jauh lagi ke perjalanan kita?" tanya Kaizo
"Hmmm... rasanya jauh lagi tapi kalau tak nak bawa mereka berdua, salah seorang daripada kita kena jaga mereka" kata Ratu Lily "tapi itu cadangan dari saya sahaja" Dia takut Kaizo akan marah dia kerana tinggalkan adiknya di situ dan dia pula pergi mencari roh Lynna
"Jangan risau! Saya boleh bantu kamu semua" datang seorang gadis misteri. Pakaian dia serba hitam, memakai topeng putih dan baju dia mempunyai hoodie. Dia keluarkan sesuatu dari beg Hello Kitty dia yang berserba pink itu. Gadis misteri itu keluarkan dua chocolate dan berikan kepada Fang dan Lily
"Apa chocolate itu boleh buat?" tanya Boboiboy
"Dia dapat kembalikan tenaga mereka berdua" kata gadis misteri itu. Gadis itu pendek dan umur dia muda daripada mereka semua. Terus Gopal datang dekat kepada gadis itu
"Untuk saya ada tak?"
"Hmmm.. takde kot tapi ini untuk mereka yang kehilangan tenaga sahaja!" marah gadis itu kepada Gopal "Oh yea, nama saya Emmy! Saya ada di sini pun sebab saya suka dengan paranormal. Saya juga suka mencipta sesuatu alat atau mesin yang canggih! Seperti saya dapat pergi ke dunia roh ini!" kata Emmy
"Kamu ke sini untuk apa?" tanya Kaizo kepada Emmy
"Saya telah mendapat satu bacaan, terdapat satu roh luar biasa terperangkap di sini dan telah di ganggu oleh roh-roh jahat" Emmy keluarkan alat mengesan roh baik itu "Roh itu tidak jauh daripada sini tapi kamu semua perlu berhati-hati"
"Itu mungkin roh kak Lynna, kita kena pergi dengan segera" kata Yaya
"Pang, kau boleh berjalan dengan sendiri?" tanya Kaizo kepada adiknya. Fang lalu berdiri kerana tenaga dia sudah kembali, begitu juga dengan Lily "Baiklah, kau bawa kami ke roh itu dengan segera"
"BAIK!" kata Emmy sambil memberi tanda hormat kepada Kaizo. Dia bawa mereka semua ke dalam sebuah gua dan di situ, terdapat banyak lagi roh-roh jahat berkeliaran. Emmy dan Ratu Lily melihat keadaan gua itu sebelum mereka membenarkan yang lain masuk ke dalam gua itu
"Kita kena hati-hati" kata Ratu Lily kepada Emmy "Roh jahat dekat sini lebih banyak daripada dekat sana tadi. Aku takut nanti alat Lily gunakan tadi tak dapat nak serap kesemua roh jahat ini"
"Jadi, kita kena cari jalan lain tapi lagi jauh" kata Emmy
"Kita terpaksa gunakan jalan lain" kata Ratu Lily kepada rakan-rakan dia "Sini terlampau banyak sangat roh jahat"
"Cepat tunjukkan jalan lain" kata Kaizo. Emmy menggunakan alat dia untuk mencari jalan lain itu tetapi mereka semua berhenti berjalan kerana Gopal tidak berganjat dari situ. Boboiboy pegang bahu kawan dia
"Gopal?" panggil Boboiboy tetapi mata Gopal hanya nampak benda lain. Dia nampak diri dia di kelilingi oleh hantu badut. Mereka semua kelihatan lain daripada mimpi Fang hari itu. Semuanya lebih menakutkan dan ada juga hantu badut tidak mempunyai kepala tetapi badan dia masih lagi bergerak. Ada yang tiada kaki, tetapi merangkak begitu cepat sekali. Kuku dan taring mereka tajam dan penuh dengan kesan darah berwarna hitam. Mata mereka merah menyala seperti darah
"JANGAN DEKAT DENGAN AKUUU!" Gopal lari ke tempat lain. Boboiboy, Fang, Yaya, Ying dan Lily pandang sesama sendiri. Mereka terus mengejar Gopal "JANGAN KEJAR AKU! AKU TAK NAK KENA GIGIT LAGIII!"
"GOPALL! INI KAWAN KAU!" Jerit Boboiboy kepada Gopal
"TAK NAKKK! AKU TAK NAK HANTU BADUT!" Gopal terjatuh dan terus menutup mukanya kerana hantu badut itu semakin dekat dengan diri dia. Ratu Lily, Emmy dan Kaizo pergi ke arah mereka yang sedang berdiri di hadapan Gopal. Mereka cuba untuk memujuk Gopal
"Gopal, ini kami. Kawan kau maaa.. kami bukan hantu badut!" kata Ying
"Gopal, kuatkan semangat kau" kata Boboiboy. Dia pegang tangan Gopal dan turunkan tangannya supaya Gopal dapat melihat diri dia "Gopal, ini aku. Kawan baik kau. Kami semua ada dekat sini. Kami akan bantu kau menentang hantu badut"
"Aku tak nak hantu badut datang dekat dengan aku. Aku takut.. aku takut... dia orang cuba nak gigit tangan aku" Gopal menggigil ketakutan "Tapi kawan aku Boboiboy selalu berikan aku semangat. Aku kena berani macam dia"
"Betul tu Gopal!" kata Yaya "Diri kau bukannya lemah, kau juga kuat sebenarnya seperti kami semua"
"Kalau kau dapat lawan hantu badut kau, nanti kau akan dapat chocolate" kata Lily "Jadi kau kena kuatkan semangat" Emmy sudah siap-siap keluarkan chocolate dari beg dia dan terus dia letak di tangan Gopal "Makanlah chocolate itu" kata Lily. Secara pelahan, Gopal gigit chocolate itu. Sedikit demi sedikit, hantu badut hilang dari pandangan dia dan muncul wajah-wajah kawan dia yang sedang tersenyum melihat dia menikmati chocolate itu
"Terima kasih semua. Aku takut aku kena gigit dengan hantu badut" kata Gopal. Tenaga dia masih ada lagi kerana chocolate itu. Dia terus bangun dan mereka terus sambung perjalanan mereka. Selama 1 jam mereka menggunakan jalan yang jauh untuk pergi ke roh Lynna. Mereka terpaksa berhenti untuk berehat tetapi tidak boleh lama takut ada roh jahat yang cuba merasuk salah satu daripada mereka
"Jauh lagi ke perjalanan kita?" tanya Kaizo
"Hmmm... mengikut kata alat ini, perjalanan kita sudah hampir dekat tapi kita semua perlu berhati-hati supaya tiada benda yang menganggu kita nanti" kata Emmy. Dia keluarkan chocolate dan berikan kepada setiap seorang. Kaizo menolak, dia hanya berdiri dan melihat sekeliling dia. Semuanya terlampau sunyi, tiada bunyi pelik-pelik yang ada. Kaizo rasa seram sejuk pula. Dia pusing kebelakang dan nampak roh jahat sedang terbang ke arah dia. Kaizo mengelakkan dirinya tetapi roh itu berjaya merasuk adiknya lagi sekali. Chocolate yang ada di tangan Fang terlepas jatuh dan mereka semua nampak senyuman sinis dia
"Fang?" panggil Boboiboy
"Hati-hati semua, ada roh jahat sedang merasuk dia" kata Kaizo. Ratu Lily cuba untuk membantu Fang lagi sekali tetapi ada roh jahat yang lain datang dan menghalang Ratu Lily untuk pergi selamatkan Fang "Pang! Kau dengar tak suara abang?" Kaizo pegang bahu adiknya tetapi adiknya seperti tadi juga, ketawa sorang-sorang seperti orang gila
"HEHEHEHEHEHEE... heheheheheeee!"
"Macam mana ni?" tanya Gopal yang sudah mulai takut melihat Fang ketawa sorang-sorang. Lily cuba untuk menangkap roh-roh jahat yang sedang menghalang Ratu Lily tetapi diri dia juga di rasuk oleh roh jahat. Alat yang di pegang oleh Lily tadi, jatuh ke atas lantai tanah dan musnah. Roh-roh yang ada di dalam itu alat itu, semuanya terlepas keluar. Mereka semua menjadi semakin cemas. Mereka takut diri mereka akan di rasuk
"LARI DARI SINIIII!" Jerit Boboiboy. Kaizo terpaksa mengheret adiknya yang masih lagi ketawa sorang-sorang. Lily juga menjadi seperti Fang, dia ketawa seperti pontianak. Lily berlari dengan mereka dengan gelakan dia yang tidak terhenti-henti. Ratu Lily terpaksa hilangkan diri buat seketika kerana terlampau banyak sangat gangguan daripada roh jahat. Emmy membawa mereka ke tempat yang selamat tetapi Fang dan Lily masih lagi ketawa macam orang gila
"Takut aku tengok mereka berdua" kata Yaya "Kau tak boleh bagi chocolate untuk pulihkan mereka berdua?" tanya Yaya kepada Emmy
"Maaf, chocolate ini hanya untuk kembalikan tenaga sahaja"
"Haiyaa... macam mana ni. Ratu Lily sudah hilangkan diri, macam mana kita nak keluarkan roh jahat dari badan mereka?" Ying menoleh ketepi dan pandang Boboiboy "Kau tiada idea lain ke?" tetapi kali ini Boboiboy pula nampak benda lain "Boboiboy?" panggil Ying
"Boboiboy! sahabat baik ku! bangun!" tetapi Boboiboy tidak dengar suara Gopal. Dia nampak diri dia dikelilingi dengan kemusnahan planet bumi dia. Dia nampak alien-alien sedang memusnahkan kesemua benda yang ada di planet bumi. Dia terkejut melihat kehancuran Ochobot
"Ochobot.. OCHOBOT!" Boboiboy terduduk sambil mengalirkan air matanya "MAAFKAN AKU! Aku tidak menjaga bumi ini dengan baik! dan aku juga tidak menjaga kau dengan baik! AKU BIARKAN KAU MUSNAH DENGAN TERUK!"
"Boboiboy! Bangun! Kau superhero paling hebat! Kau dapat mempertahankan bumi dengan kawan-kawan kau" kata Yaya "Kau kena lawan, aku tahu kau kuat, bukannya lemah"
Boboiboy cuba untuk bangunkan diri dia. Dia ingatkan diri dia, ini semuanya hanyalah sesuatu benda yang untuk menakutkan diri dia sahaja "Semua ini tidak benar, Ochobot masih hidup! Bumi ini masih lagi aman dan jauh dari ancaman alien jahat!" Boboiboy gelengkan kepalanya dan terus nampak kawan-kawan dia yang berada di depannya "Maaf kawan-kawan, benda itu mengacau pemikiran aku"
"Takpe, kau juga dapat mengatasinya maaaa" kata Ying "Tapi kawan kita lagi dua itu.. macam mana?" Fang dan Lily masih lagi ketawa seperti orang gila "Risau pula aku"
"Tapi dia orang tidak buat benda jahat. Jadi kita sambung perjalanan kita" kata Boboiboy. Kaizo terpaksa mengheret adiknya sudah tidak betul itu dan Lily pula diheret oleh Yaya dan Ying. Mereka berdua akan menjaga Lily
"Nampaknya kita sudah sampai" Emmy tunjuk roh berbentuk manusia. Kaizo, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying terkejut melihat Lynna sedang menangis di situ "Itu ke roh yang kamu semua cari?"
"Yea, itu kawan kami" kata Kaizo. Dia cuba datang dekat tetapi datang roh jahat dan terus roh itu bertukar menjadi manusia zombie
"ZOMBIIIEEEEEE!" Menjerit Gopal. Dia menyorok di belakang Boboiboy kerana takut. Zombie-zombie itu tidak datang ke arah mereka tetapi mereka pergi menganggu roh Lynna
"Kau memang tak guna, kau biarkan kami mati" kata salah satu zombie itu
"Kau hanya pentingkan diri sendiri sahaja" kata seorang lagi
"Maafkan aku.. maafkan aku..." Kaizo teringat tentang mimpi Lynna. Mimpi Lynna meminta maaf tetapi adakah ini mimpi dia atau firasat yang dia dapat pada hari itu? "Maafkan aku, aku bukan tidak sengaja. Aku cuba untuk selamatkan kamu semua, tapi aku gagal.. maafkan aku" Suara Lynna sungguh sayu sekali
"Kami tidak akan maafkan kau" tiba-tiba sahaja Fang berhenti ketawa. Suara dia bertukar menjadi suara orang lain "Kau biarkan kami mati begitu sahaja. Kau dan kawan-kawan kau, sama sahaja!"
"TAK! AKU BUKAN BEGITU! AKU TIDAK BIARKAN KAMU SEMUA MATI! AKU CUBA HENDAK SELAMATKAN KAMU TAPI AKU GAGAL.. AKU GAGAL! MAAFKAN AKU!" Lynna menjerit ketakutan. Fang cuba datang dekat ke arah Lynna tetapi tangan dia di pegang oleh Kaizo
"Kau rahsiakan tentang diri kau sebenarnya dan kau gunakan pelbagai alasan kepada keluarga kau. Kau tipu diri kau kepada mereka, kau tipu diri sendiri" Lily pula berhenti ketawa "Kalau orang macam kau tidak wujud di bumi, tentu kami semua masih hidup lagi. Berapa ramai lagi kau biarkan mati, berapa ramai lagi kau perlu selamatkan dan berapa lama lagi kami menunggu kemusnahan diri kau sendiri"
"Tak.. aku tidak pernah abaikan sesiapa. Aku tidak pernah bagi sesiapa mati tapi aku bukannya dapat selamatkan semua orang. Semuanya aku akan lindungi tetapi aku gagal" Lynna menangis lagi. Muncul Ratu Lily di depan zombie-zombie itu. Dia menghalang mereka mengacau Lynna lagi
"Walaupun aku tiada kuasa tapi aku dapat keluarkan kawan-kawan aku dari sini!" Ratu Lily terpaksa menggunakan kesemua tenaga dia untuk kembalikan kawan-kawan dia ke bumi. Dia juga dapat keluarkan roh-roh jahat yang ada di dalam badan Fang dan Lily. Dia dapat mengambil roh Lynna sekali dan mereka semua sudah kembali selamat di bumi. Rizu terkejut dengan kemunculan mereka semua di depan kedai Tok Aba
"YEAHHHH! KORANG SELAMAT!" Tetapi wajah Rizu terus berubah melihat Fang dan Lily pengsan di situ. Mereka sudah kehabisan tenaga "ABANG FANGGGG!" Rizu dan Ochobot berlari untuk melihat keadaan mereka berdua
"Jangan risau, mereka hanya pengsan sahaja. Mereka perlukan berehat" kata Kaizo "Tapi mana Ratu Lily dan gadis bernama Emmy itu?"
"Siapa Emmy?" tanya Ochobot
"Dia yang tolong kita orang tadi tapi aku pelik, macam mana dia boleh berada di alam roh?" Boboiboy rasa Emmy itu cukup misteri tapi mungkin satu hari nanti, dia akan dapat mengenali Emmy dengan lebih dekat. Yang penting sekarang ini, mereka perlu bawa Lily dan Fang pulang ke rumah untuk berehat. Ratu Lily muncul di situ dengan berita gembiranya
"Kak Lynna sudah bangun dan dia sendiri tidak ingat apa yang berlaku" kata Ratu Lily "Tapi aku meminta kamu semua jangan tanya dia tentang kejadian tadi kerana orang-orang yang dia patut lindungi, mati kerana di bunuh oleh musuh dia. Tidak semuanya mati, hanya segelintir sahaja. Kak Lynna masih lagi salahkan diri dia tetapi dia sudah cuba sedaya upaya dia. Tanggungjawab dia dan rakan-rakan dia amat berat dan rumit sekali. Harap kamu faham dengan situasi dia"
"Jangan risau Ratu Lily, kami tidak akan tanya dia dan kami faham dengan situasi dia yang begitu rumit. Lagipun kak Lynna terlampau banyak sangat rahsia" kata Boboiboy. Mereka semua senyap seketika
"Jadi, berapa banyak hantu korang nampak?" tanya Rizu secara tiba-tiba. Mereka semua ketawa kecil dengan pertanyaan comel Rizu tadi "Kenapa? Ada benda yang kelakar ke?" Rizu menjadi hairan kepada mereka semua tetapi mereka tidak mahu cerita kepada Rizu kejadian tadi. Kaizo terpaksa balik ke rumah sambil mendukung adiknya yang masih lagi pengsan. Lily pula, dia di baringkan di atas hoverboard Taufan dan hantar ke rumah Yaya kerana mereka sendiri tidak tahu di mana rumah dia dimana sebenarnya. Gopal pula, tidak dapat tidur dengan lena kerana takut hantu badut akan datang ke dalam mimpi dia lagi
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top