Rasuk
Teh hijau sudah tersedia di atas meja dapur. Di samping itu, ada sebungkus nasi lemak yang telah dibeli oleh Faye sendiri. Dia tidak buat sarapan pagi pada hari itu kerana dia perlu siapkan projek sekolahnya pada hari itu juga. Fang pula, dia sibuk bermain game di tablet. Kaizo perhatikan adiknya lama-lama yang kini sedang baring di atas kerusi sofa ruang tamu. Dahi dia sudah berkerut-kerut, mulut dia sudah tertutup rapat dan mata dia merah menyala sambil berikan renungan maut kepada adiknya
"PANG!"
"Abang nak apa?" Fang tidak alihkan perhatian dia. Mata dia masih lagi melihat game itu di tablet "Abang janganlah kacau adik. Adik nak kalahkan musuh adik ni dan adik nak pastikan, adik menang! HAHAHAAAA!"
"Menang aje kerja kau ni" bisik Kaizo "PANG!"
"ABANG NAK APA?" Fang masih lagi tidak alihkan pandangan dia dari game itu "Adik sikit lagi nak menang ni"
"Kau ni... BILA MASA KAU KAKI MAIN GAME PULAK NI? Nak kena adik aku ni" Kaizo menggenggamkan kedua belah tapak tangannya "Pang! Berapa lama kau nak menghadap video game tu?"
"Lagi adik tak menang, selagi tulah adik akan teruskan bermain!" Fang sedikit lagi untuk menentang pemain game itu tetapi akhirnya dia dikalahkan oleh game tersebut "TIDAKKKKKK!"
Kaizo terus merampas tablet itu dari tangan adiknya. Selepas itu dia tepuk kepala adiknya. Lalu dia melihat game apa yang adiknya main sehingga lupa hendak buatkan sarapan bagi untuk diri dia. Ianya sebuah game yang bertajuk Plants vs Zombies Heroes
"Apasal kau ni tiba-tiba minat main game? Hantu game sudah merasuk diri kau ke?" Fang bangun dari sofanya itu dan lalu dia membalas balik kepada abangnya
"Sebab semalam adik tengah bosan. Semua latihan adik sudah habis buat. Jadi adik pergilah main game tapi adik tak sangka pula game tu best.. hehehee... abang jangan marah yea" Fang tersengih di situ "Nanti adik buatkan makanan tengahari untuk abang"
"Bagus. Pergi buat sekarang!"
Fang terus lari masuk ke dalam dapur. Kaizo pergi menjenguk apa yang Idoli sedang lakukan di dalam bilik. Idoli masih lagi tidur di atas katil. Bilik itu bersepah dengan permainan Idoli. Dari lantai sehinggalah ke atas katil. Idoli tidur dengan permainan-permainan dia. Dahi Kaizo berkerut-kerut kerana dia baru sahaja hantar sebahagian permainan Idoli ke planet asal dia iaitu planet Mau tetapi bilik itu sudah kembali penuh dengan permainan baru dia. Kaizo tidak tahu dari mana Idoli dapat duit untuk membeli permainan-permainan itu
"Lynna ke yang belikan dia mainan atau adik aku yang bagi dia duit.. atau Rizu punya kerja? Kalau aku marah, nanti ada juga yang merajuk. Lebih-lebih lagi aku bertanggungjawab menjaga si Idoli ni. Aku tidak mahu dia pergi mengadu dekat ayah dia tu.. hmm..."
"Kalau abang nak tahu, si Faye yang suka belikan mainan dia banyak-banyak. Sebab tu makin lama makin beranak mainan dia tu" muncul Fang di sebelah abang dia. Tangan dia sedang pegang sebilah pisau tajam "Jadi abang nak marah si Faye ke? hehehee.."
"Kau ni, suka betul kalau tengok abang marah. Kalau abang mengamuk, kau terlebih suka macam si pelik tu. Macam-macam betul budak-budak sekarang ni"
"Hehehee.. kalau abang nak tahu, abang nampak comel sangat bila mengamuk"
"Comel?" Kaizo berikan renungan maut dia kepada adiknya "Kau ingat aku ni comel sangat ke kalau aku mengamuk! Korang ni, memang suka sangat naikkan darah aku. SUDAH! PERGI SAMBUNG BUAT KERJA MEMASAK KAU!"
"Baik abang ku!" Fang terus kembali ke dalam dapur "Abang ku sayang! Adik buatkan makanan yang tersedap untuk abang!"
"Bagus" Kaizo tutup pintu bilik Idoli sedikit. Lalu dia pergi masuk ke dalam dapur untuk menikmati teh hijaunya. Tablet tadi masih lagi ada bersama dia "Kau memang seorang adik yang baik tapi kadang-kadang suka sangat buat abang marah. Mainan Idoli tu semua, abang rasa.. abang nak dermakan sahaja dekat rumah anak-anak yatim ataupun dekat hospital ataupun dekat tadika"
"Oklah tu, buat kerja yang murni selain daripada misi-misi abang tu.. hehehee.. bolehlah jadi kapten yang mithali! Sudah ada watak-watak seorang kapten yang sangat baik dan mempunyai perasaan walaupun muka abang sentiasa serius sahaja! Abang juga boleh menjadi seorang bapa dan juga seorang suami kepada gadis yang bertuah itu! Adakah gadis itu adalah kak Lynna atau gadis alien dari planet lain yang abang belum bertemu dengan dia lagi" Fang tersenyum lebar di dalam dapur sambil memotong lobak merah "Heheheee... abang jangan marah yea. Adik bergurau sahaja"
"Yelah" Kaizo menghirup sedikit teh hijaunya "Kalau abang jahat, kau nak mengaku tak abang ni abang kau?"
"Mestilah adik mengaku dan adik akan berusaha untuk kembalikan abang ke jalan yang benar. Ibu dan ayah pun tak nak tengok abang ataupun adik jadi jahat. Dia orang nak kita jadi anak yang baik" Fang berhenti memotong lobak merah itu "Kalau dia orang ada sekarang ni, mesti dia orang sudah bangga dengan kita berdua tapi adik yakin, mereka sangat bangga dengan abang kerana berjaya menjadi seorang kapten"
"Kau pula?" tanya Kaizo
"Ibu dan ayah bangga dengan kepandaian adik" Fang senyum di situ. Dia sambung balik potong lobak merah itu "Dan mereka juga bangga dengan kita berdua kerana tidak putsukan hubungan kita sebagai adik beradik"
"Betul tu, Pang tapi abang nak minta maaf kerana tinggalkan seorang diri di planet ini" Kaizo melihat adiknya menoleh kebelakang sedikit "Kenapa Pang?"
"Abang, adik sudah lama maafkan abang tapi... abang tidak perlulah minta maaf dekat adik. Lagipun abang yang suruh adik jalankan misi dekat planet ini. Kalau abang tak hantar adik ke sini, adik tidak akan mengenali kawan-kawan adik dan abang pula, tidak akan mengenali kak Lynna. Bukan itu sahaja, banyak benda yang adik belajar dekat bumi ni. Semuanya membuka mata adik sendiri dan adik rasa sangat gembira. Adik sepatutnya ucapkan terima kasih dekat abang"
"Sama-sama, Pang" ucap Kaizo. Dia berikan senyuman ikhlasnya kepada adiknya "Nak abang tolong adik buat apa-apa?"
"Abang duduk sahaja dekat situ. Biar adik yang buatkan untuk abang" balas Fang "Hari tu abang dah masakan untuk adik. Hari ni adik buatkan untuk abang pula"
"Bukan ke kau tiap-tiap hari masakan untuk aku? Tapi apa-apa pun.. terima kasih"
Kaizo melihat tablet yang ada di atas meja. Lalu dia pergi mencuba bermain game yang adik dia main tadi. Kaizo seperti adiknya juga, dia tidak mengerti kekalahan. Dia hanya tahu, dia mahu menang sahaja. Jadi dia bermain di situ sementara adiknya sibuk memasak di dalam dapur tersebut
--------------------------------------------------------------------------------------------
Waktu rehat sudah pun tiba tetapi pada hari ini, Fang tidak pergi ke kantin sekolah. Dia terus ke perpustakaan untuk mengulangkaji mata pelajaran. Dia tahu dia banyak main sekarang ini sehingga dia terlupa untuk mengulangkaji dan akan pastikan dia tidak gagal di dalam mana-mana mata pelajaran. Dia telah membawa seberapa banyak buku yang dia boleh bawa ke perpustakaan. Setelah dia sampai di pintu perpustakaan yang sudah terbuka luas, dia tidak sedar pula kehadiran salah seorang kawan perempuan dia iaitu Bella. Fang terlalu sibuk untuk memilih tempat duduk yang tersorok dari pintu perpustakaan itu. Akhirnya dia memilih tempat duduk di bahagian belakang dan berdekatan dengan tingkap. Dia duduk di situ dan terus membuat latihan matematik. 10 minit kemudian, datang seorang kawan perempuan dia
"Boleh aku join kau?" Fang mengangkat kepalanya sedikit untuk melihat gadis itu. Lalu dia mengangguk kepalanya "Terima kasih"
"Apasal kau tak pergi berehat?"
"Sebab aku pun nak ulangkaji seperti kau juga"
"Hmm... kau tak ulangkaji dengan Ying?" tanya Fang lagi
"Aku sudah ajak Ying tapi dia cakap, dia lapar sebab tak makan lagi. Jadi aku terpaksalah ulangkaji seorang diri. Tak sangka pula kau ada dekat sini" Yaya dudukkan diri dia di sebelah Fang. Dia buka buku latihan sejarah dia "Oh yea, macam mana dengan hukuman abang kau hari tu? Aku dengar, abang kau bagi hukuman yang istimewa dekat kau"
"Hmm... memang hukuman yang aku tidak sangkakan. Ini sudah kali kedua dia menghukum aku dengan cara yang sangat istimewa"
"Apa hukuman yang pertama tu?" tanya Yaya sambil menulis jawapan latihan sejarah dia
"Tahun lepas semasa aku buat nakal dekat si pelik tu. Abang aku marah aku tapi dia tahu, kalau dia bagi aku hukuman latihan tempur atau apa-apa sahaja yang berat, mesti aku akan buat lagi. Jadi dia suruh aku buat baik dekat korang semua selama seminggu seperti menolong korang dan hari terakhir hukuman aku, dia buatkan sesuatu yang istimewa untuk aku"
"Abang kau buat begitu sebab dia sayangkan kau tapi kau pun takdelah nakal sangat tahun ni. Tahun lepas kau kenakalan kau memang buatkan aku marah"
"Heheee.. aku tahu aku buat korang semua marah tapi kaulah paling marah sekali. Takut aku tengok kemarahan kau macam singa garang" Fang tergelak sedikit. Lalu Yaya tergelak juga di situ "Mungkin aku sudah meningkat dewasa dan kenakalan aku semakin berkurangan tapi aku tetap mahukan nombor satu! hahahaa.."
"Semoga berjaya, Fang"
"Semoga berjaya juga" Fang dan Yaya terkejut melihat Bella ada di hadapan mereka berdua. Kepala dia sudah terbaring di atas sebuah buku nota berwarna hijau "Aku rasa... aku macam nak stop aje"
"Stop? Kau nak berhenti tentang apa?" tanya Yaya dengan perasaan curiga dia
"Jangan cakap kau nak berhenti sekolah pulak" Fang tersenyum sinis sambil melihat Bella masih baringkan kepalanya. Yaya cucuk lengan Fang dengan pen hitam dia "Aku bergurau ajelah"
"Hmm.. aku bukannya nak berhenti sekolah tapi aku nak berhenti sebab benda lain"
"Kau nak berhenti main bola tampar? Tapi aku tengok kau selalu aje berlatih dekat sekolah"
"Bukan Yaya" Bella angkat kepala dia untuk melihat kedua rakannya yang ada di hadapan dia "Aku sebenarnya rasa nak berhenti menulis kisah detektif Iris ni. Aku macam takde idea. Bukan itu sahaja, aku takde masa nak cari sebuah idea sebab terlampau sibuk sangat tapi kadang-kadang tu, aku rasa nak give up"
"Kau nak putus asa sebab apa?" tanya Fang
"Sebab aku ada satu perasaan yang buatkan aku rasa penulisan aku di dalam dunia detektif ni, macam tidak sehebat mana. Walaupun ramai yang suka tapi entahlah, perasaan itu masih ada lagi di dalam hati aku. Ianya buatkan aku kadang-kadang rasa down"
"Kau janganlah fikir macam tu, Bella. Aku yakin kau boleh lakukannya dengan baik dan aku pasti, kau pun sama hebat seperti orang lain juga. Jadi kau jangan mengalah, Bella. Teruskan lagi dengan minat kau dalam bidang penulisan dan juga di dalam bidang sukan. Kau ada dua impian"
"Tapi impian utama aku adalah ingin menjadi pemain bola tampar tahap antarabangsa. Kalau impian itu tidak aku capai, aku akan cuba untuk menjadi penulis novel detektif" Bella tersenyum sedikit. Hati dia mula rasa tenang sedikit "Gopal ada tanya aku semalam, bila nak update kisah detektif Iris sebab sudah 2 bulan dia tunggu kisah terbaru"
"Gopal tu suka dengan cerita detektif. Aku pun suka tapi takdelah tergila-gila sangat macam Gopal dengan hantu dia.. hehehee.."
"Ha ah, betul kata Fang tapikan.. kalau kau nak idea dari kita orang pun ok juga ataupun jadikan kami sebagai sumber inspirasi untuk cerita kau"
"Ok juga tu, Yaya" Bella terus buka buku nota dia "Terima kawan-kawan kerana sudi mendengar luahan hati aku. Korang memang kawan yang terbaik"
Bella sudah mencapai pen hitamnya untuk menulis sesuatu di buku nota dia. Tiba-tiba sahaja bunyi kilat sambung menyambung. Dia dan Yaya menjerit di dalam perpuskataan itu. Fang bangun dari kerusinya dan selepas itu, lampu-lampu di dalam perpustakaan itu terpadam dengan sendirinya. Seluruh sekolah mereka sudah tiada elektrik. Semuanya menjadi gelap. Mereka boleh dengar hujan lebat berada di luar kawasan perpuskataan itu
"Eh, kenapa tiba-tiba hujan. Tadi takde pula awan mendung dekat langit"
"Tak tahulah Yaya tapi aku rasa seram sejuk pula duduk dekat sini" Bella mengumpul buku-buku nota dia dan pen hitamnya "Aku nak keluarlah dari sini"
"Syhh.." Fang suruh mereka berhenti bercakap seketika "Korang tak perasan ke, tiba-tiba library ni jadi sunyi"
Fang, Yaya dan Bella terdiam seketika. Di dalam kegelapan itu, mereka boleh lihat pelajar lain yang ada di dalam perpustakaan itu, sudah tiada. Hanya mereka bertiga sahaja yang ada di situ. Pengawas yang menjaga perpuskataan itu juga sudah tiada. Mereka menjadi pelik. Di mana pelajar-pelajar lain pergi? Tak kan mereka keluar dengan begitu pantas sekali. Fang dan Yaya menyalakan lampu di jam kuasa mereka untuk menerangi perpuskataan itu
"Ini sudah menjadi kes misteri" kata Fang
"Atau kes hantu misteri" balas Bella dengan nada sindiran dia "Jomlah keluar dari sini. Makin takut pulak aku. Sudahlah pelajar lain tiba-tiba hilang macam tu aje. Tak kan hantu yang pergi culik dia orang pulak"
"Hantu apa yang suka culik orang?" tanya Fang sambil berjalan ke arah pintu perpustakaan. Yaya dan Bella ada di belakang dia. Mereka berjalan secara berhati-hati. Setiap kali guruh berdentum di luar bilik itu, mereka terus berhenti seketika
"Kita berada di dalam movie cerita hantu ke ni? Atau si Emmy jadikan Pulau Rintis sebagai game lagi"
"Entahlah Yaya.. tapi apa-apa pun, kita kena cari kawan-kawan kita yang lain" Fang menyuluh laluan dia untuk ke pintu perpuskataan "Yaya, cuba kau hubungi Boboiboy. Tanya dia orang dekat mana"
"Ok" Yaya terus menghubungi Boboiboy. Mereka sudah pun tiba di pintu perpustakaan. Lalu hologram Boboiboy keluar tetapi tiba-tiba sahaja hologram itu tertutup dengan sendirinya "Eh... apasal ni?"
"Cuba kau hubungi dia lagi sekali" kata Bella
"Aku cuba hubungi Gopal atau Ying. Kau cuba hubungi Boboiboy lagi sekali" kata Fang. Dia cuba menghubungi dua kawannya itu tetapi hasilnya sama juga seperti Yaya tadi "Isk, tak boleh jadi ni. Kau dapat tak hubungi Boboiboy semula?"
"Tak.. macam ada sesuatu yang menghalang kita untuk hubungi mereka" Yaya tidak mahu berputus asa. Dia cuba lagi menghubungi Boboiboy tetapi kali ini, terus jam kuasanya tidak berfungsi. Dia cuba nyalakan lampu semula, terus ianya terpadam serta merta "Fang, jam kuasa aku macam rosak" Dia goyang-goyangkan jam kuasanya tetapi sama juga
"Hmmm... kalau aku hubungi abang aku, mesti jam kuasa akan terjadi seperti jam kuasa kau juga. Kita cari mereka tapi jangan berpecah. Aku takut nanti jadi apa-apa pula dekat diri kita nanti" Fang menghala sinaran lampu itu ke tombol pintu. Dia buka sedikit pintu itu dan mengintai keadaan di luar perpuskataan itu "Macam takde orang aje" bisik Fang
"Takde orang?" Bella cuba mengintai dari tingkap tetapi dia tidak nampak apa-apa dari tingkap itu
"Ha ah, macam kosong aje" Fang beranikan diri, dia keluar dari situ secara perlahan. Hujan masih lagi turun dengan lebatnya. Awan-awan hitam membuatkan suasana sekolah menjadi gelap sedikit, tambahan pula dengan tiadanya elektrik. Ianya sangat menakutkan pada ketika itu. Suasana itu juga membangkitkan perasaan takut di hati masing-masing. Sekolah mereka kelihatan sunyi sepi seperti sekolah itu tiada penghuninya
"Kita cari yang lain dekat kantin. Mesti dia orang ada dekat situ juga" kata Fang sambil melihat laluan koridor kiri dan kanan dia
"Kalau dia orang takde, nak cari dekat mana?" Bella keluarkan diri dia dari bilik perpuskataan itu bersama Yaya
"Mungkin dia orang cari kita dan sedang menuju dekat sini sebab Ying tahu aku berada di perpuskataan" jelas Yaya "Tapi kita tidak boleh duduk di sini dan tunggu mereka datang. Kita kena buat sesuatu"
"Kalau begitu, kita cari mereka sampai datang. Aku harap tiada apa-apa berlaku ke atas diri mereka"
"Aku pun harap begitu, Fang" kata Yaya
Mereka bertiga mengambil laluan sebelah kanan kerana laluan itu adalah laluan untuk pergi ke kantin sekolah. Mereka berharap mereka dapat jumpa kawan-kawan mereka yang lain semasa dalam perjalanan ke kantin sekolah. Fang masih lagi menyuluh laluan mereka yang gelap itu. Yaya dan Bella berharap tiada kejutan yang akan berlaku nanti tetapi mereka tidak menyedari bahawa ada sesuatu benda sedang mengekori mereka dari belakang. Ianya sedang tumpukan perhatian terhadap seseorang iaitu Fang. Dia mahu merasuk Fang dan menakutkan kedua gadis itu. Jadi benda itu hanya ikut sahaja kemana mereka pergi. Badan Fang sudah merasai seram sejuknya tetapi dia tidak tahu dengan kehadiran benda itu
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di rumah Kaizo dan Fang, dua budak comel sedang bermain-main dengan gel rambut milik Kaizo. Mereka mengubah gaya rambut mereka seperti gaya rambut Kaizo. Idoli dan Lily si anak kecil gelak ketawa di ruang tamu tanpa fikirkan masalah dunia. Gelak ketawa mereka membuatkan Kaizo keluar dari dapur dengan dua gelas susu yang ada di tangan dia. Dahi Kaizo terus berkerut-kerut apabila melihat Idoli dan Lily si anak kecil mempunyai gaya rambut yang sama seperti dia. Bak kata Lily si pelik, gaya rambut seekor itik. Lily si anak kecil ada di rumah itu kerana dia rasa bosan berada di dunia fantasy. Dia tiada kawan di situ. Maka dengan itu, Blueish dan Semiley menghantar anak mereka ke rumah Kaizo untuk bermain bersama Idoli. Rizu tidak dapat datang ke rumah Kaizo kerana dia ada hal penting di rumah. Emmy pula, sedang sibuk dengan ciptaan baru dia. Lily si pelik kena siapkan kerja rumah dia yang berlambak itu dan Lynna pula, dia ada urusan penting yang perlu di selesaikan
"Kenapalah Lynna tak datang hari ni. Tak pun si pelik tu ke. Rizu dan Emmy pun tiada juga. Kalau tidak, bolehlah dia orang tolong jagakan dua budak ni sementara aku pergi jalankan latihan tempur dekat kapal angkasa aku" bisik Kaizo sambil letakkan kedua gelas susu itu di atas meja ruang tamu. Dahi dia berkerut-kerut lagi apabila gel rambut dia habis digunakan oleh dua budak comel itu "Kenapa kamu berdua guna gel rambut ni sampai habis?"
"Hehehee.. sebab kita orang nak jadi macam abang KAIZO!" kata Idoli sambil angkat pedang tenaga dia yang diperbuat daripada kotak
"Lily pun nak jadi macam abang KAIZO JUGA!"
"Rambut kita orang sama macam abang Kaizo! Jadi kami berdua adalah pengikut setia abang Kaizo! Heheheee... abang Kaizo suka tak?" Kaizo melihat Idoli sudah tersenyum lebar di situ. Dia tidak sampai hati untuk lukakan atau memarahi kedua anak-anak kecil itu "Abang Kaizo tak suka ke?"
"Tak, abang suka tapi kalau kamu berdua ingin menjadi seperti aku. Kamu kenalah tegas, garang, ganas dan tidak mudah mengalah! Lagi satu, jangan takut dengan apa sahaja yang kamu akan hadapi nanti. Diri kita kenalah beranikan diri dan bukannya jadi penakut. Jangan takut untuk mengambil sesuatu risiko. Kalau kita takut, selama-lamanya kita akan duduk di tepi sambil melihat orang lain berjaya"
"Errr.. ini sesi motivasi ke abang Kaizo?" tanya Lily si anak kecil sambil garu-garu kepala dia
"Bukan. Ini adalah sesi cara-cara untuk menjadi seperti diri abang. Aku adalah Kapten Kaizo, kapten yang terkenal di seluruh galaxy!" kata Kaizo dengan bangganya "Minum air susu kamu tapi jangan tumpahkan"
"BAIK ABANG KAIZO!" kata mereka berdua dengan gembiranya
Secara tidak langsung, kilat berdentum dengan kuatnya dan menyebabkan dua anak kecil itu menjerit sekuat hati. Lalu mereka berlari masuk ke dalam bilik dan sorok di bawah katil. Kaizo terkejut dengan bunyi kilat tadi tetapi dia tidaklah takut seperti budak itu tadi. Dia terpaksa pergi tenangkan kedua anak kecil itu. Kaizo masuk ke dalam bilik Idoli yang masih lagi bersepah itu. Idoli dan Lily si anak kecil masih lagi sorok di bawah katil
"Abang Kaizo, kami takut bunyi kilat. Hilangkanlah kilat-kilat itu" kata Idoli
"Hmmm... kamu tidak perlu takut kerana kilat itu bukanlah musuh kamu. Anggap sahaja kilat itu seperti memberikan kekuatan kepada kamu berdua untuk bangkit semula" Kaizo duduk di atas katil Idoli
"Betul juga kata abang Kaizo tu. Lagipun kita kan nak jadi seperti abang Kaizo. Jadi kita kenalah berani seperti dia juga!" Lily si anak kecil keluar dari bawah katil itu bersama Idoli "Abang Kaizo, abang Kaizo memang hebat! Lily pun nak sama-sama hebat macam ABANG KAIZO! Tiada siapa dapat tandingi kekuatan abang Kaizo kecuali kak Lynna sebab dua-dua sama hebat. Betul tak Idoli?"
"Betul betul! Kak Lynna selalu cakap dekat abang Kaizo yang mereka adalah satu pasukan. Jadi kita pun kenalah tubuhkan sebuah pasukan, iaitu pasukan ITIK!" Berkerut-kerut dahi Kaizo "Heheheee.. Lily suka tak jadi ahli pasukan itik?"
"SUKA SUKA! Kita adalah pasukan itik sebab rambut kita ekor itik! YEAHHHH!"
Di dalam jeritan Lily si anak kecil itu tadi, bunyi kilat dan guruh sambung-menyambung. Kedua anak kecil itu cepat-cepat memeluk Kaizo kerana takut dengan bunyi itu. Kaizo terpaksa buat sesuatu untuk hilangkan perasaan takut mereka berdua. Dia tidak akan nyanyikan lagu dari movie Sound of Music. Movie itu selalu dimainkan oleh Lynna ketika mereka menonton movie bersama. Fang dan Faye pun ada sekali bersama dengan mereka. Kadang-kadang pun Rizu ada juga. Jadi Kaizo terpaksalah menahankan telinga dengan lagu-lagu dari movie tersebut. Hanya Fang, Faye, Lynna dan Rizu sahaja yang suka dan akan turut nyanyi bersama. Dia ingat lagi satu babak dimana mereka bernyanyi-nyanyi di dalam bilik untuk hilangkan rasa ketakutan itu
"Abang Kaizo, kami takut kalau kilat tu datang lagi" kata Idoli di dalam dakapan Kaizo
"Abang Kaizo.. pergilah halau kilat-kilat tu. Lily takut! Masa Lily jadi itik, Lily selalu sorok bawah katil kakak Faye. Shadow dan Pikachu selalu temankan Lily. Dia oranglah jadi peneman Lily semasa Lily tengah ketakutan" Kaizo angkat Lily si anak kecil dan letak di sebelah kanan dia. Manakala Idoli pula, dia dudukkan si anak kecil itu di sebelah kiri dia
"Ok ok.. abang akan hilangkan rasa takut kamu berdua" Kaizo tarik nafas dan lalu dia berkata lagi "Baiklah, abang akan cerita sebuah kisah tentang seorang budak kecik yang sangat nakal"
"Budak tu abang Kaizo ke?" tanya Idoli
"Entah-entah budak tu abang Fang.. abang Kaizo pun cakap tadi budak tu nakal, mestilah abang Fang"
"Tapi Idoli ada dengar masa abang Kaizo kecik-kecik dulu, abang Kaizo ni nakal sangat. Mesti abang Fang mewarisi kenakalan dari abang Kaizo"
"Betul juga tu" kata Lily si anak kecil sambil angguk-angguk kepala dia. Dahi Kaizo berkerut-kerut kerana telatah comel mereka berdua "Abang Kaizo dulu nakal juga ke? Abang Kaizo selalu buat kenakalan apa? Mesti ibu abang Kaizo pening dengan kenakalan abang Kaizo.. hehehehee..."
"Hmm... itu kamu tak perlu tahu tapi cerita ini bukan kisah tentang abang tapi kisah tentang si Pang tu. Semasa dia kecil lagi, dia suka sangat buat nakal sana sini. Sampai aku sendiri pening dengan kenakalan dia tu. Suka panjat sana sini tapi itu abang yang ajar dia. Paling yang abang tidak lupakan adalah semasa dia pergi conteng bilik ibu bapa kami. Habis satu dinding penuh dengan warna. Dia conteng bilik itu dengan pencil warna dia, watercolor dia dan juga krayon. Dia cakap, dia nak buat bilik ibu dan ayah nampak lawa. Abang masa tu rasa nak marah si Pang tu tetapi abang hanya berikan dia satu pelukan sahaja"
"Jadi ibu dan ayah abang Kaizo tak marah abang Fang?"
"Tak Idoli. Mereka katakan bilik itu lawa dengan seni conteng dari si Pang"
"Lepas tu apa jadi abang Kaizo?" Lily si anak kecil begitu khusyuk sekali mendengar cerita dari Kaizo sehingga dia tidak perasan satu lagi bunyian kilat di luar rumah "Ibu bapa abang Kaizo biarkan dinding tu begitu aje ke?"
"Takdelah, dia orang pergi cat balik tapi mereka tidak cat balik lukisan yang Pang lukis. Lukisan itu adalah lukisan sebuah keluarga bahagia. Pang sangat gembira apabila melihat lukisan dia masih lagi ada di dalam bilik ibu bapa abang. Selepas itu, mereka belikan sebuah buku lukisan untuk Pang supaya dia tidak lagi conteng dinding rumah"
"Ibu bapa abang Kaizo baik sangat. Dia orang terlalu sayangkan abang Kaizo dan abang Fang.. hehee.. tapi ayah dan ibu Idoli pun sayangkan Idoli juga"
"Ibu bapa Lily pun sayangkan Lily juga. Dia orang bagi Lily bela haiwan-haiwan dekat sana tapi dalam banyak-banyak haiwan, haiwan kegemaran Lily sudah tentu SEEKOR ITIK! QUACK QUACK QUACK QUACK!"
"Meow meow meow meow.. jom main haiwan-haiwan. Lily jadi itik, Idoli jadi kucing dan abang Kaizo jadi abang beruang. Tak pun jadi singa ke.. hehehee"
Idoli tukarkan diri dia menjadi seekor anak kucing. Lily pula, dia tanggalkan rantai kepunyaan Lynna, terus dia berubah menjadi seekor itik. Kucing dan itik itu bermain-main di dalam bilik. Kaizo hanya melihat sahaja gelagat dua ekor haiwan itu. Lama kelamaan, Shadow dan Pikachu turut sertai main bersama mereka berdua. Kaizo keluar dari bilik itu untuk pergi rehatkan diri di kerusi sofa. Hujan masih lagi turun dengan lebatnya di luar dan dia tidak tahu apa yang berlaku di sekolah adiknya
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keadaan di sekolah masih lagi sunyi. Tiada pelajar lain atau guru-guru yang lalu lalang di situ. Fang, Yaya dan Bella masih lagi berjalan di dalam kegelapan itu dengan cahaya kecil dari jam kuasa Fang. Cahaya lampu itu hanya cukup untuk menyuluh laluan mereka. Setiap kali mereka terdengar sesuatu, mereka berhenti dan Fang akan mencari-cari dari arah mana bunyi itu. Mereka rasa mungkin bunyi itu adalah bunyi angin sahaja
"Boboiboy! Ying! Gopal! Faye!" Bella panggil nama kawan-kawan dia tetapi mereka tidak kelihatan atau menyahut panggilan dia "Mana dia orang ni"
"Entahlah.. kita sudah sampai kantin sekolah, takde pun terserempak dengan dia orang" Yaya melihat kiri dan kanan dia yang gelap itu. Kawasan kantin itu kosong, sunyi sepi sahaja. Yaya terbayangkan kalau ada hantu keluar mengejut di sebalik kaunter kantin sekolah "Isk aku ni, fikir pasal hantu pulak"
"Hmm... kau banyak sangat tengok hantulah tu" kata Fang. Dia menyuluh di seluruh kantin sekolah itu tetapi tiada apa yang ada di situ. Meja dan kerusi kantin tersusun rapat. Tiada makanan atau minuman yang berada di atas meja "Makin pelik aku.. sepatutnya mesti ada sisa makanan atau pinggan-pinggan kosong tapi satu apa pun takde. Macam kita berada di tempat lain"
"Macam sekolah ni jadi sekolah terbiar pula" balas Bella
"Sekolah berhantu.. hehehehe.. ok juga kalau kita buka karnival sekolah tapi tema dia adalah tema hantu"
"Kau ni Fang, nak takutkan budak-budak ke? Kalau dia orang macam abang kau, bolehlah buat tema hantu tu" Fang boleh dengar nada kemarahan dari Yaya. Dia abaikan sahaja tetapi muka dia sudah berubah menjadi masam "Aku kalau boleh, nak buat karnival bertemakan zoo. Budak-budakkan suka dengan haiwan"
"Aku sokong kau, Yaya! Bolehlah si landak ni jadi arnab untuk karnval zoo tu nanti.. hehehee.. lagipun Fang nampak comel sangat bila pakai costume arnab, betul tak Yaya?"
"Err.. be-betul tu, Bella" Muka Yaya merah sedikit tetapi kawan-kawan dia tidak perasan dengan kemerahan wajahnya kerana pada ketika itu, sangat gelap
"Suka hati koranglah. Aku ni mana-mana pergi, mesti kena jadi arnab, tak pun jadi landak" kata Fang dengan begitu geramnya "Aku bukannya comel pun jadi arnab"
"Yelah tu, Fang. Setiap kali kau jadi arnab muka masam, mesti comel! Rasa macam nak cubit pipi arnab tu. Sudahlah gebu pulak tu... hehehe" kata Bella dengan nada sinis dia
"Sudahlah korang" Fang malas hendak melayan dua kawan perempuan dia yang sedang gelak ketawa sakan di dalam kantin gelap itu
Fang keluar dari kawasan kantin sekolah itu. Badan dia mulai rasa sejuk. Lampu di jam kuasanya mula terkelip-kelip seketika. Tiba-tiba Fang rasa seperti ada sesuatu sedang merasuk diri dia. Fang cuba melawan tetapi benda itu terlampau kuat. Kaki dia mula bergerak tetapi bukan dibawah kawalan Fang. Diri Fang sudah dikawal dengan benda asing. Lampu jam kuasa Fang sudah berhenti berkelip-kelip dan ianya kembali menyala seperi biasa. Fang tergelak sedikit di situ
"Fang, kau ok ke?" tanya Yaya
"Aku ok aje" Yaya dan Bella rasa takut dengan nada suara Fang "Mari.. mereka sedang menunggu kita"
"Mereka? Eh.. kau tahu ke dekat mana kawan-kawan kita? Yang tadi kau gelak seorang diri kenapa?" Bella rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Fang
"Kenapa? Tak boleh ke aku gelak seorang diri? Salah ke?" Fang pusingkan diri dia untuk berdepan dengan dua gadis itu. Yaya dan Bella rasa pelik melihat Fang tersenyum seorang diri seperti badut gila "Jomlah, kawan-kawan kita tengah tunggu tu"
"Tunggu dekat mana?" tanya Yaya
"Adalah. Korang hanya perlu ikut aku sahaja" Yaya dan Bella pandang satu sama lain. Mereka tidak tahu samada mereka perlu ikut Fang atau ikat kawan lelaki mereka di tiang "Kenapa? Tak percayakan aku ke?"
"Bukan begitu, Fang.. sebenarnya-" Yaya terhenti sekejap kerana dia terkejut dengan satu jeritan yang berada di dalam kawasan sekolah itu "Eh, itu macam jeritan dari Ying.. kita kena pergi cari dia"
"Ada sesuatu yang menyerang mereka ke?" Bella tarik tangan Yaya untuk jauhkan diri mereka daripada Fang. Dia dapat tidak mahu mengambil risiko untuk ikut Fang kerana di dalam keadaan begini, macam-macam boleh berlaku dalam sekelip mata "Jom kita cari lain-lain. Aku risau pula dengan keselamatan mereka"
"Tapi... Fang hilang pula" Yaya pandang kiri dan kanan dia. Mereka sudah berdiri di dalam kawasan gelap itu "Jam kuasa aku macam tak berfungsi dah. Tak kan kita nak redah dalam gelap begini?"
"Kita terpaksa, Yaya. Kita bantu satu sama lain, ok. Jom kita pergi"
Bella dan Yaya keluar dari kawasan kantin itu secara berhati-hati. Mereka tidak mahu terlanggar apa-apa yang berada di depan mereka nanti. Bella meraba-raba apa yang ada di hadapan dia. Semuanya hanyalah udara sahaja. Jadi mereka berjalan di koridor sekolah itu sambil perhatikan sekeliling mereka yang gelap gelita itu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di tempat yang jauh dari Yaya dan Bella, seorang budak lelaki tersenyum bersendirian di dalam kegelapan itu. Fang sudah dirasuk oleh sesuatu benda. Ianya hanya mahu bermain-main dengan mereka semua. Permainan yang dia mahu mereka bermain adalah main sorok-sorok. Mereka hanya perlu sorokkan diri dan dia perlu mencari mereka di dalam gelap gelita itu. Mata liar dia memandang bilik-bilik kelas yang gelap itu tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian dia. Seorang gadis berbangsa cina sedang sorokkan diri di bawah meja kelas. Mangsa pertama dia sudah pun tiba. Fang masuk ke dalam kelas itu
"Kau kenapa? Ada sesuatu yang kejar kau ke?"
"Fang! Kau selamat.. tapi mana Yaya? Bukan ke dia ada dekat perpuskataan dengan kau juga ke?" tanya Ying sambil keluar dari bawah meja itu
"Aku tak tahu dia dekat mana tapi masa kau jerit, aku terus cari kau. Manalah tahu ada hantu cuba menyerang kau ke"
"Aku tadi jerit sebab Boboiboy cuba menyerang aku maa... aku rasa dia kena rasuk dengan hantu"
"Ohh.. patutlah kau jerit tadi. Mari ikut aku"
"Pergi mana?" tanya Yang. Dia rasa hairan dengan sikap Fang kerana tiada nada kerisauan dan hanya tersenyum sahaja "Wei, lu nak bawa aku pergi mana?"
"Pergi bawa kau jumpa kawan-kawan kitalah. Kenapa? Kau takut ke?"
"Bukan takut maa tapi.. aku lihat kau ni, bukan macam Fang aje" Tiba-tiba badan Fang mula rebah di atas lantai kelas. Ying menjadi cemas di situ "Eh, apasal dengan lu ni?"
"Yi-Ying... aku... aku.." Fang cuba mengawal badan dia balik tetapi benda yang merasuk dia cuba melawan balik "Lari... lari..."
"Hah? Lari?"
"La-" Benda itu dapat mengawal Fang semula. Mata dia berkelip-kelip sambil melihat siling kelas yang gelap itu
"Eh, kau sudah ok ke?" Ying melutut di tepi Fang. Dia melihat wajah Fang yang tiada reaksi itu. Ying menjadi semakin risau "Wei, jangan takutkan aku maaa... kau ni ok ke tak?"
"Aku ok aje" balas Fang tetapi kali ini, nada dia berubah menjadi suara orang lain "Kau sepatutnya ikut aku" Ying mula bangunkan diri dan berundur sedikit demi sedikit "Jangan lari, aku tak kan apa-apakan kau" Fang bangunkan diri dia. Senyuman dia sangat menakutkan. Ianya seperti senyuman orang gila yang suka membunuh orang
"Wei, siapa yang rasuk kau ni?" Kaki Ying sudah melangkah keluar dari kelas itu. Dia menoleh kebelakang untuk pastikan tiada apa yang berada di belakang dia "Aku kena buat sesuatu ni"
"Tak perlu.. kau hanya perlu ikut aku sahaja" Fang sudah semakin dekat dengan diri Ying. Kedua belah tangan dia sudah terangkat. Dia seperti mahu mencekik leher Ying "Kalau kau tak nak ikut, kau akan terima padahnya!"
"TUNDUK YING!" Ying terus tundukkan diri dia. Bella memukul kepala Fang dengan penyapu itu. Fang terjatuh dan terlanggar meja kelas itu "CEPAT! KITA LARI DARI SINI!" Bella sudah pegang tangan Ying. Mereka larikan diri dari situ. Yaya ada di depan mereka. Yaya, Ying dan Bella berlari di dalam hujan itu. Kilat berdentum dengan kuatnya tetapi mereka tidak berhenti berlari
"Kenapa dengan si rambut cacak tu?" tanya Ying sambil berlari bersama kawan-kawan perempuan dia
"Dia kena rasuk dengan hantu" jawab Yaya "Selamat kita orang terserempak dengan kau tadi. Kalau tidak.. aku tak tahu apa akan terjadi dengan diri kau" Lalu dia dan kawan-kawan dia berhenti di tepi bangunan sekolah. Dia mengambil nafas sekejap. Ketiga-tiga mereka sudah basah kuyup akibat berlari di dalam hujan tadi
"Jadi maknanya, Boboiboy dan Fang pun kena rasuk juga"
"Boboiboy pun kena rasuk juga?" terkejut Bella "Gopal dan Faye macam mana?"
"Itu aku tak tahu maaa... Masa Boboiboy cuba serang aku, kita orang sudah larikan diri dan terus terpisah dari situ. Aku cuba hubungi Gopal tapi jam kuasa aku buat hal pula. Sekarang macam mana?"
"Hmmm... tak kan kita nak lari keluar dari sekolah ni pula. Gopal dan Faye mesti dalam bahaya juga. Kita kena cari mereka"
"Betul tu Yaya tapi aku rasa, salah satu daripada kita kena pergi panggil abang Kaizo"
"Tapi Bella.. tak kan nak jalan seorang diri dekat luar tu. Kita pun tak tahu macam mana keadaan di luar sekolah" Ying mendongak ke atas. Masih lagi hujan lebat dan langit masih lagi gelap dengan awan-awan hitam "Lagipun hujan masih lebat lagi"
"Susah juga kalau macam ni" Bella cuba fikirkan rancangan yang terbaik untuk selamatkan mereka semua "Aku takut kalah Gopal dan Faye kena rasuk dengan hantu atau lebih teruk lagi, hilang macam pelajar-pelajar lain"
"Cikgu-cikgu pun hilang juga" Yaya mengintai sedikit di sebalik bangunan itu. Laluan koridor itu kosong sahaja. Lalu dia pergi di bahagian belakang sekolah. Kosong juga di situ "Hmm... sunyi aje sekolah kita tapi kita tidak boleh duduk di sini sahaja. Mari kita bergerak sebelum Fang atau Boboiboy jumpa kita"
"Jom" Bella bergerak dulu. Dia pandang ke kiri dan ke kanan dia. Semuanya dalam keadaan selamat. Yaya dan Ying ikut di belakang dia secara berhati-hati "Ok, kita periksa tingkat atas. Mesti Gopal dan Faye ada sorok dekat mana-mana kelas"
"Ok" kata Yaya dan Ying secara serentak
Mereka bergerak secara cepat untuk menuju ke tangga sekolah. Tangga itu terletak di hujung bangunan sekolah mereka. Hati mereka berdebar-debar semasa melalui koridor sekolah itu. Mereka tidak mahu bertemu dengan Boboiboy ataupun Fang, atau paling teruk sekali, bertemu dengan hantu. Sampai sahaja di tangga sekolah, mereka terkejut dengan kemunculan seseorang dari tangga itu. Yaya, Ying dan Bella menjerit sedikit tetapi budak lelaki itu hampir pengsan kerana terkejut dengan kemunculan mereka secara mengejutkan
"HARRAZ!" Yaya, Ying dan Bella tidak sangka Harraz tidak menjadi mangsa kehilangan seperti pelajar lain "KAU SELAMAT!"
"Aku ingatkan aku seorang sahaja dekat sekolah ni. Rupanya korang pun ada juga tapi mana yang lain?" tanya Harraz sambil menarik nafas
"Kita orang tengah cari Gopal dan Faye tapi Boboiboy dan Fang sudah kena rasuk dengan hantu. Kita kena hati-hati dengan dia orang berdua tu" balas Yaya
"Kenapa? Korangkan boleh lawan dia orang dengan jam kuasa korang"
"Isk kau ni Harraz, nak lawan dengan kawan sendiri dengan kuasa dia orang pulak. Lagipun jam-jam kuasa dia orang sekarang ni tidak berfungsi. Aku tak tahu sebab apa"
"Hehehee... jangan marah Bella" Harraz tersengih di situ. Dia takut melihat wajah kemarahan kawan perempuan dia. Lalu dia berkata lagi "Hmm.. selalunya, kalau benda-benda pelik berlaku.. mesti sebab dunia kak Lynna ataupun Emmy tengah cipta sesuatu sampai dia tidak sedar apa yang telah berlaku. Aku ada dengar cerita tentang Boboiboy, Fang, Gopal dan Rizu termasuk ke dunia game secara tidak sengaja"
"Betul juga cakap Harraz tu.. tapi aku tak naklah tuduh mereka pula..." Tiba-tiba Yaya terdiam sekejap "Wei korang, cepat naik ke atas. Aku rasa aku nampak Boboiboy dekat tepi sana"
Mereka berempat berlari ke tingkat satu. Selepas itu mereka tunduk dan mengintai sedikit di tepi koridor sekolah. Mereka boleh lihat Boboiboy sedang berlegar-legar di depan sebuah kelas. Dia seperti mencari sesuatu dan tiba-tiba sahaja kepala dia terangkat untuk pandang ke arah mereka. Yaya, Ying, Bella dan Harraz cepat-cepat tunduk dari situ. Mereka duduk senyap di situ. Yaya menunjuk isyarat untuk naik ke tingkat atas. Ketiga mereka setuju sahaja dan terus berjalan sambil tundukkan diri supaya tidak di nampak oleh Boboiboy. Setelah sampai di tingkat dua, Bella mengintai lagi. Boboiboy sudah tiada di tempat tadi. Dia tidak pasti ke mana Boboiboy pergi tetapi hati dia mengatakan Boboiboy mungkin nampak mereka dan sedang menjejaki mereka berempat. Lalu dia merangkak ke tepi tangga sekolah. Dia boleh nampak sebuah topi oren sedang menuju ke tingkat atas
"Boboiboy menuju ke sini" bisik Bella
Mereka berempat cepat-cepat pergi ke kelas paling hujung sekali tetapi mereka berhenti kerana ada seseorang telah menghalang laluan mereka. Orang itu adalah Fang. Mereka undur kebelakang sedikit demi sedikit. Yaya menoleh kebelakang, ada orang lain pula di belakang mereka iaitu Boboiboy
"Wei, kita kena kepung dengan dia oranglah" bisik Yaya
"Macam mana ni?" tanya Ying dengan nada ketakutan dia "Tak kan kita nak tumbuk dia orang pulak"
"Kalau kau tak nak, aku boleh aje kerjakan dia orang berdua ni.. hehehee" Bella sudah mula berangan untuk hempuk kepala Fang dengan kerusi ataupun meja sekolah "Itu pun kalau korang berikan kebenaran dekat aku untuk pengsankan dia orang berdua ni"
"Isk, tak kan kau sanggup nak buat begitu dekat kawan kita"
"Habis tu, kau nak kita kena tangkap dengan dia orang berdua ke? Kau ada rancangan lain ke, Yaya?" Bella melihat depan. Fang sudah semakin dekat. Dia menoleh kebelakang, Boboiboy juga sudah semakin dekat "Kalau takde, biar aku halang dia orang. Korang lari dulu"
"Tak kau nak halang dia orang berdua dengan seorang diri, mana boleh macam tu"
"Ha ah, betul kata Yaya tu. Kita orang tak kan biarkan kau bersendirian"
"Kalau macam tu, kita lari masuk ke dalam kelas. Biarkan dia orang kejar kita. Lepas tu kita pisahkan kepada 2 kumpulan" Harraz sudah mula berfikir untuk menggelakkan diri daripada di tangkap oleh mereka "Dia orang mesti akan terpisah juga nanti"
"Lepas kita dah terpisah, kau nak suruh kita orang buat apa pulak?" tanya Yaya
"Ikut sahaja aku" Harraz pandang ke kiri dan ke kanan dia. Boboiboy dan Fang sudah semakin dekat "Ok! Masuk ke dalam kelas, cepat! Yaya, Ying masuk pintu belakang. Aku dan Bella ikut pintu depan"
Mereka terima arahan dari Harraz, terus mereka masuk ke dalam kelas itu. Fang mengejar Yaya dan Ying. Manakala Boboiboy pula mengejar Harraz dan Bella. Selepas sahaja mereka semua masuk ke dalam kelas tersebut, Harraz mengarah Yaya dan Ying keluar pintu depan. Dia dan Bella keluar pintu belakang. Tiba-tiba Harraz berhenti di muka pintu kelas. Dia tarik kerusi keluar dari meja kelas itu dan terus baling ke arah Boboiboy. Selamat kerusi itu hanyalah kerusi plastik sahaja. Boboiboy dapat menggelakkan diri daripada terkena kerusi itu tetapi diri dia tetap terjatuh di atas lantai untuk elakkan diri. Secara pantasnya, Yaya dan Ying berlari ke arah mereka berdua. Bella mengambil bakut sampah di dalam kelas itu dan terus dia pergi letakkan kepala Fang di dalam bakul sampah tersebut
"Maaf Fang, tapi kami terpaksa sebab diri kau kena rasuk" kata Yaya. Dia dan Ying tolak Fang untuk jatuhkan dia di situ "Cepat! Sementara mereka tengah jatuh, mari kita selamatkan diri kita"
Yaya, Ying, Bella dan Harraz terus ke tangga sekolah semula. Mereka tidak pergi ke tingkat atas tetapi terus turun dari situ dan berlari jauh daripada bangunan itu. Mereka terpaksa meredah hujan yang lembat itu. Bunyi-bunyi guruh di langit membuatkan mereka berlari dengan pantasnya. Yaya menyuruh mereka berteduh di tepi bilik sukan. Sampai sahaja di situ, masing-masing sudah basah kuyup. Mereka menggigil kerana kesejukan. Bunyi kilat berserta dengan pancaran cahaya kilat, membuatkan mereka ketakutan sedikit. Bella sudah terduduk sandar di tepi dinding bilik sukan. Dia memeluk dirinya supaya kurangkan kesejukan di badannya. Harraz perhatikan persekitaran mereka untuk pastikan Boboiboy ataupun Fang ada di situ
"Sekarang macam mana? Nak lari ke rumah abang Kaizo dan dapatkan dia ke?"
"Hmm.. kau berani ke Bella? Sudahlah hujan, dengan kilat sekali.. keadaan dekat luar tu pun, kita tidak pasti juga"
"Aku tak kisah tapi itulah... tak kan aku nak berlari dalam hujan lebat begini, dengan kilat sekali.. karang aku kena panah petir, naya aje nanti" Bella bangunkan diri dia "Harraz, cuba periksa pintu bilik sukan. Kunci ke tak"
Harraz pergi ke bahagian depan. Dia berjalan menuju ke pintu bilik sukan. Yaya, Ying dan Bella perhatikan Harraz dari tepi. Hati Harraz agak berdebar-debar semasa dia pegang tombol pintu itu. Dia terbayangkan ada sesuatu benda sedang menunggu dia di sebalik pintu itu. Dia putarkan tombol itu dan terus buka pintu tersebut secara perlahan. Agak gelap bilik sukan itu, dia mengintai sedikit dan tiada apa di dalamnya kecuali alat-alat sukan
"Ok, jom masuk" Harraz membuka pintu itu dengan luasnya. Tiba-tiba tangan dia di tarik masuk oleh seseorang
"HARRAZ!"
Yaya, Ying dan Bella pergi ke pintu bilik sukan untuk selamatkan Harraz tetapi rupanya dia selamat kerana orang yang tarik dia masuk tadi adalah Gopal. Mereka gembira apabila dapat melihat kawan mereka selamat cuma Faye sahaja yang tiada di situ
"Aku ingatkan si Harraz kena tangkap dengan Fang atau Boboiboy tadi. Rupanya bukan tapi mana Faye?" tanya Bella sambil menutup pintu bilik itu "Kau seorang sahaja ke dekat sini?"
"Ha ah, aku seorang sahaja. Tadi lepas Ying kena serang, kita orang semua terpisah. Aku terus sorok dekat sini tapi aku tak tahu Faye pergi mana. Lama juga aku ada dekat sini sampailah aku dengar suara korang dekat luar. Aku takut kalau korang kena rasuk dengan hantu macam si Boboiboy tu, sebab tu aku tak buka pintu tadi. Masa Harraz buka pintu ni, aku sorok dekat belakang pintu. Aku tarik dia masuk sebab nak ketuk kepala dia tapi selamat korang tak kena rasuk"
"Hmm... bukan Boboiboy seorang sahaja yang kena rasuk maa.. tapi Fang pun kena juga maaa... " Ying mengintai sedikit di luar tingkap bilik itu "Hujan tak berhenti-henti lagi. Faye seorang sahaja kita belum jumpa. Dia mesti ada dekat-dekat sini juga"
"Tapi Ying.. aku risau kalau Faye kena tangkap dengan Boboiboy dan Fang pula. Manalah tahu dia orang berdua nak bawa Faye pergi jumpa kawan dia orang yang entah kita tak tahu siapa" Yaya semakin risau dengan keselamatan Faye. Lebih-lebih lagi mereka tidak tahu dimana Faye berada sekarang ini "Tapi kita tidak boleh duduk di sini sahaja. Lambat lanun, Boboiboy dan Fang mesti dapat jumpa kita nanti. Kita kena bergerak"
"Nak pergi ke mana? Lari dari sekolah?"
"Tak tahulah Harraz.. kalau kita lari keluar dalam keadaan hujan lebat macam ni, Faye macam mana pula nanti? Tak kan kita nak biarkan sahaja dia. Sudahlah dua ekor budak tu kena rasuk dengan hantu mana tah.. kalau rasuk dengan si Ratu Lily takpelah juga. Bolehlah kita pujuk Ratu Lily tu.. heheehe.. tapi aku rasa Ratu Lily tak kan rasuk Boboiboy sebab dia kan ada hati dekat Boboiboy. Adeh, rasa rindu pula nak tengok duo Lily tu bergaduh sakan" Bella bermundar-mandir di dalam bilik itu "Kita perlukan satu rancangan"
"Hmm... rancangan apa? Kalau aku, idea aku sorok dekat dalam bilik sukan ni ajelah" Gopal tersengih di situ sambil garu-garu kepala dia "Tapi kalau rancangan pergi serang Boboiboy dan Fang, itu aku tak tahulah kalau berjaya ke tak"
"Serang dia orang?" bisik Harraz sambil fikirkan sesuatu "Hmm.. kita alihkan perhatian mereka"
"Eh, ok juga idea Harraz tu" kata Yaya "Kita serang Boboiboy dan Fang, sementara tu.. dua daripada kita pergi cari Faye. Lepas tu, kita lari keluar dari sekolah tapi korang ok ke dengan keadaan hujan dan kilat dekat luar tu?"
"Tak kan kau nak suruh kita cari payung pula" Gopal bersilang tangan di situ "Tapi dekat bilik guru selalunya ada payung.. hehehee.."
"Apa-apa ajelah Gopal, asalkan kita dapat cari Faye. Ok, sekarang ni... biar aku, Harraz dan Gopal pergi alihkan perhatian budak dua orang tu. Yaya dan Ying cari Faye. Kalau apa-apa terjadi dekat kita orang, Yaya dan Ying lari dulu dari sekolah. Bawa Faye sekali" Mereka semua angguk kepala sebagai tanda setuju dengan rancangan Bella "Semoga berjaya semua dan hati-hati"
"Kau pun hati-hati juga maa... Boboiboy dan Fang tu boleh dikatakan hebat juga kalau dalam bab berlawan"
"Terima kasih, Ying. Kita orang pergi dulu, korang keluar kemudian" Bella mengambil beberapa bola di dalam bakul trolley "Kita perlukan bola ini untuk serang budak dua orang itu"
Gopal dan Harraz tidak berkata apa, mereka hanya ikut arahan dari Bella sahaja. Beberapa bola sudah di ambil oleh mereka berdua. Bella melihat dua kawan lelakinya. Mereka berdua sudah bersiap sedia walaupun Harraz nampak sedikit ketakutan. Bella membuka pintu bilik itu dan dia terkejut melihat Faye di dalam genggaman Boboiboy dan Fang. Mulut Faye diikat dengan sehelai kain, manakala tangan kanan dia dipegang erat oleh Fang sendiri. Bola-bola yang di pegang oleh Bella tadi, terlepas dari tangan dia. Bola-bola itu bergolek ke arah sana sini
"Kenapa Bella?" tanya Yaya
"Faye kena tangkap dengan dia orang" Harraz jawab soalan Yaya tadi "Bella, kau ok ke?"
"Aku ok.. tapi kita sudah terlambat" Bella melangkah keluar dari bilik sukan itu. Wajah dia berubah menjadi marah "Wei hantu! Baik kau keluar dari badan kawan-kawan aku!"
"Bagaimana? nak tak keluar dari badan ni?" tanya Boboiboy kepada Fang
"Hmm... rasa tak nak keluar pulak sebab badan budak ni memang sangat hebat. Aku tak pernah rasa kuat seperti ini.. heheee" Fang tergelak di situ tetapi gelakan dia seperti gelakan orang lain "Kalau kau nak kami keluar dari badan budak-budak ni, apa kata kita main game"
"Main game apa?" tanya Gopal "Kalau main game bola sepak bolehlah sebab si Fang tu bukannya reti sangat. Sepak bola pun tak reti" kata Gopal dengan bangganya "Bolehlah aku sebagai golkeeper yang terhandal"
"Main bola sepak buat apa.. baik kita main game lain" jawab Boboiboy dengan nada sinis dia "Apa kata kita main game yang perlukan berfikir. Kita main game seperti game Battleship. Salah satu daripada kita orang lawan dengan salah satu daripada kamu"
"Kalau kita menang, kau lepaskan kawan-kawan aku dan jangan cuba nak merasuk mereka lagi! Oh yea, jangan lupa sekali dengan pelajar-pelajar dan guru-guru kami yang korang sorokkan itu" kata Yaya dengan tegasnya "Kalau tidak, nahas korang nanti"
"Garang betul budak ni" Fang ketawa sedikit "Tapi untuk pengetahuan korang, pelajar-pelajar lain dan guru-guru korang, bukan kami yang hilangkan mereka.. hehehee.. kami hanya mengambil kesempatan untuk bermain-main di dalam dunia ini. Bukannya selalu kami dapat merasuk manusia-manusia di bumi ini"
"Jadi.. kamu ni siapa?" Ying ke depan sedikit "Korang berdua ni memang hantu ke?"
"Yea.. kami adalah hantu.. bukanlah hantu yang menakutkan tapi hantu yang suka mengacau orang. Sewaktu Ratu Lily ada dulu, dia selalu menghalau kami kerana kami cuba merasuk mana-mana manusia yang ada di sini. Dialah yang menjaga keselamatan pelajar-pelajar di sekolah ini" Boboiboy mula berjalan ke depan "Tapi sekarang dia sudah pun tiada. Jadi kami bebas untuk merasuk sesiapa sahaja tapi kalau kamu semua tidak dapat kalahkan kami, kawan-kawan kamu akan menjadi milik kita orang selama-lamanya. Roh dia akan keluar dari badan ini dan kami akan menjadi pemilik yang seterusnya.. hahahaaa!" Gelakan Boboiboy itu membuatkan bunyi-bunyi kilat berdentum di langit gelap
"Macam mana? Nak lawan ataupun tidak? Tak kalah ke?" Fang bersilang tangan sambil tersenyum bangga di situ "Kalau kami menang, jangan harap korang dapat kembalikan kawan korang.. hehehehee"
"Baiklah, kita akan lawan" balas Bella
"Bagus... tapi kawan kamu, kita orang akan pegang dia. Kalau kita orang menang, kawan kita yang lain pula akan rasuk kawan kau.. hehehee" kata Boboiboy di dalam suara lain. Suara dia berubah kepada orang lain. Ianya seperti suara seorang lelaki dewasa "Oh yea, kita akan berlawan di dalam dewan. Jumpa di sana nanti. Kami akan tunggu"
Boboiboy dan Fang terus beredar dari situ dengan Faye. Bella melihat Faye menoleh sedikit. Dia boleh nampak riak wajah Faye yang di dalam ketakutan itu. Yaya pegang bahu Bella dan lalu sesuatu
"Kita akan pastikan mereka akan kembali kepada kita. Jangan mengalah Bella"
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Gopal, Yaya, Ying, Bella dan juga Harraz, sudah pun berada di pintu utama dewan sekolah. Mereka melihat sebuah permainan gergasi terpapar di hadapan mereka. Papan permainan itu seperti Battleship. Ada sebuah penghadang besar di tengah-tengah papan permainan itu. Di bawahnya, ada beberapa nombor tersusun di setiap kotak-kotak kecil. Di setiap kotak tersebut mempunyai nombor 1 sehingga nombor 25. Permainan itu tidaklah sebesar dewan tetapi mereka boleh melihat pihak lawan mereka yang berada di hujung dewan, berdekatan dengan pentas. Faye telah diikat di kerusi dan telah diletakkan di tengah-tengah pentas
"Selamat datang wahai manusia-manusia sekalian"
"Dey, korang pun manusialah kecuali si Fang tu, dia tu alien"
"Tapi yang rasuk mereka adalah hantu" jawab Boboiboy sambil tersenyum sinis. Senyuman itu bukan lagi senyuman dari Boboiboy tetapi ianya senyuman dari orang lain "Jadi korang sudah bersedia untuk berlawan dengan kami?"
"Kami sudah bersedia. Jagalah korang nanti, kita orang akan kalahkan kau" Bella tidak akan biarkan rakan-rakan dia dirasuk oleh hantu. Dia akan selamatkan mereka "Siapa diantara korang berdua akan bermain dengan kita orang nanti?"
"Mestilah aku" Boboiboy ke depan sedikit "Dari kumpulan kau pula, siapa?"
"Err.. kejap yea" Bella terus pusing kebelakang untuk berbincang dengan rakan-rakan dia sebentar. Boboiboy dan Fang hanya perhatikan mereka sahaja
"Wei, siapa nak yang main sekarang ni? Aku tak reti maaa.." kata Ying dengan nada suara yang agak perlahan
"Kita suruh Harraz" Yaya palingkan mukanya ke arah Harraz "Kau mesti handal dalam bab-bab permainan ni"
"Errr.. tapi aku handal dalam permainan catur sahaja.. kalau permainan yang tu, perlukan seseorang yang bijak untuk meneka nombor yang tepat" Harraz tersengih di situ. Dia takut kalau dia gagal sahaja nanti. Dia juga takut kalau kawan-kawan dia akan salahkan diri dia kerana gagal untuk dapatkan kawan-kawan dia balik. Dia tidak mahu hampakan mereka semua kerana dia sayangkan kawan-kawan dia
"Ehem.. jadi permainan ni memang sesuai untuk kau lah kan" Bella tersenyum lebar di situ sambil memandang ke arah Harraz "Kau kan bijak... hehehee.."
"Haiyaa.. jangan nak paksa dia sangat. Kita cabut nama sahajalah"
"Ha ah, betul juga cakap Ying tu" Lalu Yaya keluarkan sebuah buku nota kecil dan pen hitam dia dari poket baju kurung dia "Ok, aku akan tulis nama korang dekat setiap kertas. Lepas tu akan lipat kertas ini sehingga menjadi kecil"
Setiap helaian kertas itu mempunyai nama mereka. Yaya lipat setiap kertas itu supaya menjadi kecil dan tidak nampak nama mereka. Selepas itu, dia kutip lipatan-lipatan kertas itu dan lalu dia teraburkannya di atas lantai. Dia melihat kertas-kertas itu seketika dan lalu mengangkat sebuah lipatan kertas yang ada di tepi kaki dia sendiri. Dia buka lipatan itu dengan hatinya yang sudah berdebar-debar. Dia terkejut melihat nama siapakah yang tertulis di dalam kertas itu
"Nampaknya... aku yang kena" Yaya tunjuk kertas itu kepada kawan-kawan dia. Nama dia yang tertera di dalam kertas itu "Aku akan pastikan kita akan menang"
"Semoga berjaya, Yaya" Ying berikan kata-kata semangat kepada kawan baik dia "Lu jangan fikirkan sangat tentang kami. Fokuskan tentang permainan itu sahaja"
"Ok"
Yaya berjalan ke depan. Debaran di hatinya membuatkan Yaya rasa gelisah. Dia takut kalau Boboiboy ataupun hantu itu dapat kalahkan dia dengan sekelip mata sahaja. Dia sudah pun berada di depan papan permainan tersebut. Lalu dia terdengar suara Fang untuk berikan arahan
"Baiklah, kunci emas ini akan menjadi pengganti kapal di dalam permainan yang sebenarnya. Kamu berdua letak dimana sahaja di atas nombor yang kamu pilih dan pihak lawan akan meneka dimanakah kunci emas kamu berada dimana.. hehee.. mudah sahajakan peraturan dia" Fang tidak nampak dimanakah kunci emas Yaya berada di nombor mana kerana dia berdiri di belakang Boboiboy "Baiklah, sila angkat dan letak nombor yang kamu suka"
Yaya menoleh kebelakang untuk melihat kawan-kawan dia. Semuanya menyuruh Yaya memilih nombor yang berlainan. Ada yang suruh Yaya letak kunci emas itu di bahagian tepi dan ada juga yang suruh Yaya letak kunci itu di bahagian tengah. Yaya menjadi pening sedikit kerana dia tidak tahu mana satu dia hendak pilih. Boboiboy pula, dia sudah letak kunci emas dia di nombor 14. Yaya menarik nafas dan terus letak kunci emas dia di nombor 22. Permainan ini telah menjadi satu bebanan untuk dia. Hati dia mengatakan, dia tidak mahu gagal dan kecewakan hati kawan-kawan dia
"Yaya, yakinkan diri kau yang kau boleh lakukan" kata Harraz dari belakang "Kau jangan fikirkan sangat. Ikut kata hati kau" Lalu Yaya menoleh kebelakang dan angguk kepalanya kepada Harraz
"You can do it, Yaya" bisik Bella
"Ok, aku sudah bersedia" kata Yaya dengan nada tegas dia
"Bagus, aku jalan dulu.. baru kau" Boboiboy memandang tajam ke arah Yaya. Senyuman dia sangat menakutkan sehingga membuatkan Yaya rasa seram sejuk "Nombor pertama aku adalah nombor 13"
"Salah" balas Yaya. Lalu nombor di petak 14 itu terus ada tanda X
"Hmmm..." Mereka tidak sedar bahawa setiap kali mereka salah, akan terjadi sesuatu seperti sekarang. Seekor hantu pocong keluar dari belakang Boboiboy. Ianya meloncat-loncat untuk menuju ke arah Yaya dan lain-lain "Heheheee... takut?" Boboiboy melihat Gopal sudah ketakutan. Ying terus peluk bahu Bella sambil sorok mukanya di belakang bahu kawan dia
"Aku tak takut.." kata Yaya dengan beraninya "Baiklah, giliran aku pula" Dia perhatikan papan permainan di depan dia. Nombor-nombor di petak itu membuat Yaya berfikir. Dia cuba fikirkan dimanakah kunci emas milik hantu yang telah merasuk Boboiboy
"Cepat.. sebelum hantu yang seterusnya keluar" kata Fang dengan sindiran dia
"Nombor 21" Sasaran Yaya amat jauh sekali dari sasaran yang sebenarnya
"Tekaan kau salah tapi kau akan tanggung akibatnya.. HAHAHAAA!" Boboiboy ketawa seperti orang gila di situ. Yaya rasa seperti kaki dia tidak bergerak, seperti ada gam di tapak kakinya. Yaya melihat kakinya dan selepas itu, dia pandang ke arah Boboiboy "Kenapa? Tak boleh gerak?"
"Wei! Apa lu sudah buat dekat kawan kita?" Ying tidak sanggup Yaya terseksa di situ "Takpe.. Yaya boleh kalahkan kamu berdua nanti!"
"Jangan risau, Ying. Aku akan pastikan kemenangan menjadi milik kita" Yaya tidak kisah dengan apa jua yang dia bakal hadapi, asalkan dia dapat kalahkan hantu-hantu itu "Sekarang giliran kau untuk meneka"
"Hehehee... nombor seterusnya adalah 15" Boboiboy tidak kisah kalau tekaan dia salah kerana dia tahu ada hantu lain akan bakal muncul sebentar lagi
"Salah" balas Yaya dengan tegasnya
Kali ini dua hantu budak perempuan kembar muncul. Kedua-kedua mereka berjalan sambil mengheretkan kaki sebelah. Salah satu kembar itu mempunyai mata sebelah berwarna merah. Mata itu mengeluarkan darah dan lalu ianya mengalir di pipi budak perempuan itu. Titisan-titisan darah itu jatuh di atas lantai. Pocong tadi sudah berhenti melompat. Ianya hanya berdiri kaku di belakang Boboiboy
"Dey, apasal hantu-hantu ni tak serang kita orang?" kata Gopal yang cuba beranikan diri
"Mereka hanya akan serang kamu sekiranya kawan kamu kalah di dalam permainan ini" jawab Fang "Selagi dia meneka nombor yang salah, makin bertambah hantu yang akan muncul nanti. Apakah hantu yang bakal muncul nanti selepas ini?... hehehe.. menarikkan permainan ini"
"Yaya, teruskan permainan ini.." Harraz tidak mahu kawan dia rasa risau dengan mereka
"Ok.. baiklah, seterusnya.." Yaya berfikir lagi. Dia dapat rasakan nombor itu berada jauh daripada nombor yang dia teka sebentar tadi "Aku pilih nombor 11"
"Jawapan yang..." Boboiboy tersenyum sinis di situ dan lalu dia bercakap lagi "Salah.. hehehee..."
Fang melihat tumit kedua belah kaki Yaya bertukar menjadi batu. Yaya agak terkejut dengan kejadian itu tetapi dia tenangkan hati dan pemikiran dia. Di dalam situasi begini, dia tidak boleh terlalu cemas. Kalau tidak, pemikiran dia akan bercelaru. Dia menarik nafas dan tunggu pergerakan hantu itu yang seterusnya
"Baiklah... nombor yang aku mahukan adalah nombor 9"
"Maaf, tekaan kau adalah salah" Yaya begitu yakin sangat, dia terus bersilang tangan
Tiba-tiba 3 hantu toyol hijau muncul di belakang Boboiboy. Ketiga-tiga hantu itu sudah berkumpul dengan hantu yang lain. Mata mereka semua pandang ke arah Yaya dan kawan-kawan dia. Mereka tidak berkelipkan mata. Gopal menggigil melihat salah seorang kembar itu sudah keluarkan kuku tajam. Ianya tidak sabar untuk menyerang mereka semua. Harraz cuba fikirkan nombor yang hantu itu letak kunci emas itu. Dia dapat rasakan bahawa kunci itu berada di bahagian bawah
"Tekaan aku pula adalah nombor 17"
"Salah" jawab Boboiboy dengan ringkasnya. Kaki Yaya menjadi batu sehingga ke paras lutut "Macam mana? Seronok tak dapat kaki batu? heheheee..."
"Yaya, abaikan sahaja si hantu tu. Tumpukan perhatian kau"
"Ok Bella" jawab Yaya sambil melihat kawan-kawan tersenyum lemah di belakang dia
"Hmmm... kau jangan terlalu yakin sangat. Sekarang giliran aku pula.. tekaan aku adalah nombor 8" Yaya tersenyum kecil apabila tekaan hantu itu adalah salah "Hmm.. maknanya tekaan aku salah tapi tak mengapa"
Kali ini muncul 4 hantu badut. Solekan di muka badut-badut itu amat menggerunkan sehingga membuatkan Gopal, Ying, Bella dan Harraz berundur sedikit. Mulut-mulut badut itu terbuka sedikit. Darah-darah hitam mengalir keluar dari mulut mereka. Gopal seperti mahu pengsan di situ. Dia terus menyorokkan diri di belakang Harraz sebagai pelindungan
"Nombor yang aku mahukan adalah nombor 12" Tekaan Yaya adalah salah. Kedua kaki Yaya dia menjadi batu keseluruhannya
Nombor itu semakin hampir dengan nombor yang ada kunci emas itu. Boboiboy tergelak kuat di situ. Hantu-hantu di belakang dia juga turut berikan gelakan yang menakutkan. Mereka cuba untuk menakutkan pihak lawan mereka. Lutut Gopal sudah semakin lemah kerana dewan itu dipenuhi dengan bunyi-bunyi suara hantu
"Aku pula untuk teka dimanakah kunci itu... hehehee.. nombor 25"
"Salah" Kali ini, 5 kepala hantu tanpa badan muncul. Hantu-hantu kepala itu tersenyum sehingga nampak taring mereka
"Yaya, kau ok ke?" tanya Ying yang penuh dengan kerisauan dia
"Aku ok.. jangan risau"
Yaya tidak menoleh kebelakang kerana dia tidak mahu rakan-rakan dia nampak mata dia sudah berkaca. Dia seperti hendak berputus asa tetapi dia kata kepada diri dia, yang dia boleh kalahkan hantu-hantu tersebut. Mata dia terpandang Faye yang ada di atas pentas. Faye cuba katakan sesuatu. Dia ingin memberitahu nombor yang sebenarnya tetapi Fang sudah nampak tindakan Faye sebentar tadi. Terus Faye berdiam diri
"Giliran aku pula..." Yaya diam seketika. Mata dia asyik pandang nombor-nombor di atas papan permainan itu "Nombor 3"
"HAHAHAHAAA! TEKAAN YANG SALAH!"
"Mengaku kalah ajelah wahai si gadis comel" kata Fang yang tersenyum bangga itu "Kau akan kalah dengan kami nanti"
"Tak! Aku tak kan mengaku kalah!" Yaya menggenggam tangannya. Tiba-tiba pinggang dia pula bertukar menjadi batu "Aku tak kan kalah dengan hantu.. aku tak nak kecewakan hati kawan-kawan aku dan aku akan selamatkan kawan-kawan aku daripada korang!"
"Begitu semangat sekali.. hehehee" Boboiboy tersenyum sinis lagi "Kau pilih nombor 3, aku pun pilih nombor 3 juga"
"Salah"
6 hantu bayang muncul. Hanya mata-mata merah sahaja yang ada pada hantu bayang itu. Hantu-hantu itu tidaklah begitu menakutkan tetapi mereka tidak tahu apa yang hantu bayang itu boleh lakukan nanti
"Dey, kawan si Fang ada dekat situlah"
"Wei, hantu bayang bukan kawan si rambut cacaklah" Ying tepuk kepala Gopal "Apalah lu ni.."
"DIAM!" Terus Gopal dan Ying terdiam kerana jeritan Boboiboy tadi "Giliran kau pula untuk teka"
Tiba-tiba mata Yaya melirik ke arah Fang kerana ada sesuatu yang terjadi dengan kawan lelaki dia. Fang yang sebenar cuba mengawal diri dia balik. Dia cuba untuk memberitahu nombor yang sebenarnya kepada Yaya tetapi dia harus lakukan secara senyap. Mulut dia mula mengatakan sesuatu. Yaya seperti tahu apa yang Fang cuba sampaikan. Selepas itu, hantu itu dapat mengawal diri Fang balik
"Aku rasa... kali ini aku nak nombor 14" Kali ini Yaya pula tersenyum sinis. Senyuman Boboiboy terus berubah. Dia begitu marah sekali kerana tekaan Yaya tadi adalah betul "Kenapa? Ada aku buat silap ke?"
"Kau... kau memang tak guna! AKU AKAN-"
Hantu itu tidak sempat untuk habiskan ayat dia, ianya sudah keluar dari badan Boboiboy. Begitu juga dengan Fang. Kedua-dua mereka sudah bebas daripada rasukan hantu. Secara tidak langsung, Boboiboy dan Fang rebah di atas lantai dewan. Mereka pengsan di situ. Hantu-hantu yang berkumpul di belakang Boboiboy tadi, sudah pun hilang. Kaki Yaya tidak lagi menjadi batu. Dia sudah kembali kepada yang asal. Permainan itu juga turut hilang bersama. Hujan di luar sudah pun berhenti. Cahaya matahari sudah kelihatan di sebalik awan-awan hitam. Bella terus naik ke pentas dewan untuk buka ikatan Bella
"BOBOIBOY! FANG!" Mereka berlari ke arah dua kawan lelaki mereka
"Dia orang ok ke?" tanya Harraz
"Jangan risau, dia orang pengsan sahaja" Yaya gembira kerana dia berjaya mengalahkan hantu tadi tapi ini adalah kerana dia dapat bantuan daripada Fang. Kalau bukan dari Fang, dia tidak tahu apa yang akan terjadi nanti "Terima kasih, Fang" bisik Yaya di situ
"Korang semua ok ke?"
Datang satu suara yang mereka kenali. Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Harraz menoleh ke arah pintu dewan utama. Mereka terkejut melihat Emmy ada di situ
"Eh, kenapa Emmy ada dekat sini?" tanya Yaya
"Sebenarnya... tadi masa Emmy tengah cipta sesuatu, tiba-tiba ada petir sambar rumah Emmy. Lepas tu, computer dan ciptaan Emmy yang lain jadi tak betul. Semuanya menjadi kelam-kabut. Emmy langsung tak sedar dengan mesin game berfungsi dengan sendirinya. Lepas Emmy dah betulkan semuanya, baru Emmy perasan tentang mesin game tu. Korang semua terperangkap di alam game tapi pada masa yang sama, hantu-hantu pun turut keluar juga untuk bermain dengan korang"
"Jadi, apa yang terjadi sebab Emmy punya mesinlah!" marah Gopal
"Ha ah, maaf semua.." Emmy tersengih di situ "Lagipun bukan salah Emmy. Petir tu tiba-tiba menyambar rumah Emmy"
"Takpe, kami maafkan" Ying rasa lega kerana semuanya sudah kembali kepada yang asal. Dia boleh lihat pelajar-pelajar lain sudah lalu lalang di luar dewan sekolah mereka "Hehehee... tapi rasa bestlah pula dengan pengembaraan kita tadi"
"Rasa best apanya.. sudahlah hantu tadi adalah hantu yang sebenarnya. Takut betul aku" mengeluh Gopal
Kawan-kawan dia berikan gelakan kecil kepada Gopal. Selepas itu, Gopal ikut bergelak ketawa bersama. Mereka tidak akan lupakan pengalaman mereka pada hari itu. Satu lagi pengalaman yang akan kekal di dalam ingatan mereka buat selama-lamanya
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo menghirup teh hijaunya dengan perasaan tenang. Dia dapat rehatkan diri dia daripada menjaga dua budak kecil iaitu Idoli dan Lily si anak kecil. Dia sudah mendapat seorang penggantinya iaitu Lily sendiri. Dia yang mengumpan Lily untuk datang ke sini dan jaga budak dua orang itu. Umpan dia kepada Lily adalah dia berikan sebotol air kepada Lily. Air itu dapat tukarkan Boboiboy kepada seekor kucing gebu. Lily dengan gembiranya, dia terus datang ke Pulau Rintis dan bersedia untuk menjadi pengasuh kepada dua budak comel itu
"LILY!"
"YEA ABANG KAIZO!" Muncul Lily di kerusi sofa. Dia siap berikan tabik kepada Kaizo
"Pergi periksa apa budak dua orang tu buat dalam bilik"
"Baik abang Kaizo!" Lily terus masuk ke dalam bilik. Idoli dan Lily si anak kecil sedang bermain-main dengan lego. Mereka sedang menghasilkan sebuah bandar yang seakan-akan seperti bandar Pulau Rintis "Hehehee.. main elok-elok yea, Lily buatkan korang biskut tapi bukan biskut chocolate!"
"LILY!"
"YEA ABANG KAIZO!"
"Apa budak dua orang tu sedang lakukan"
"Anak-anak abang Kaizo sedang main dengan lego"
"Anak aku?" Kaizo pandang ke arah Lily dengan muka bengis dia "Kau ingat aku ni sudah kahwin ke?"
"Errr... tapi rambut dia orang macam abang Kaizo.. heheheee! Sesuai sangat jadi anak-anak abang Kaizo! Hehehee" Lily tergelak-gelak di situ. Sambil dia gelak, sambil itu dia masuk ke dalam dapur untuk sambung buat biskut
"Ada juga nak kena dengan aku ni.. sabar Kaizo, sabar... minum teh hijau kau dan ketenangan akan datang nanti" kata Kaizo kepada diri dia "Tapi kalau aku ada anak, agaknya aku boleh menjadi seorang ayah yang baik? Hmmm..."
Kaizo terus bayangkan diri dia menjadi seorang ayah tetapi dia tidak pula bayangkan siapa yang akan menjadi isteri dan juga seorang ibu kepada anak-anak dia nanti. Lalu dia buangkan bayangan dia tadi. Dia minum sedikit air hijaunya dengan wajahnya yang sangat tenang
"Ketenangan"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top