Raksasa Landak

"GOOD MORNING ABANG!"

Kaizo rasa hairan melihat adiknya gembira semacam di pagi hari. Dia melihat sarapannya sudah tersedia di meja dapur rumah mereka. Teh dan jus kegemaran dia sudah tersedia di atas meja. Bukan minuman sahaja yang ada, pancake dan waffle juga sudah disediakan oleh Fang sendiri. Kaizo duduk di kerusi meja makan sambil melihat adiknya tuang jus lobak merah di dalam gelas

"Pelik aku tengok kau hari ni?"

"Kenapa? Tak boleh ke kalau adik buat baik dekat abang"

"Boleh" balas Kaizo "Tapi kau buat ini semua untuk apa?"

"Untuk tanda terima kasih kerana tidak tinggalkan bumi tapi abang memang betul nak pergi ke? Abang tak rasa bersalah ke?" Fang duduk di sebelah abangnya "Yelah, kita berdua ke planet bumi adalah untuk mengambil jam-jam kuasa kawan-kawan adik tetapi sekarang ini, sudah menjadi lain. Adik tak ikut abang balik sebab tak nak terpisah dengan kawan-kawan adik"

"Sebenarnya abang memang rasa bersalah kerana tidak pergi menolong kommander Kokoci dan Laksamana Tarung tapi abang perlu selesaikan misi abang dekat bumi. Lepas tu, baru abang pergi"

"Abang akan bawa adik sekali ke? Adik akan ikut sahaja keputusan abang" Kaizo pegang tangan adiknya dan lalu dia menggenggam tangan itu secara lembut "Abang?"

"Mungkin yea atau mungkin tidak.. tapi adik tak kisah ke kalau adik ikut abang?" Fang gelengkan kepala "Baiklah tapi kau jangan nak sedih pula sebab rindukan mereka"

"Hehehee... kalau adik rindu, adik akan simpan dalam hati sahaja dan tak kan sedih! Tapi..." Fang seperti takut untuk bertanyakan soalan yang seterusnya

"Tapi apa?"

"Tapi... misi apa yang abang perlu selesaikan tu?" Nada Fang pada ketika agak perlahan kerana takut kalau abang dia marah kerana bertanyakan soalan tersebut "Abang ada diberikan misi ke? atau ini misi peribadi abang?"

"Hmmm... boleh dikatakan misi peribadi abang. Itu sahaja jawapan dari abang, jangan nak bertanya lebih-lebih"

"Ok"

Kaizo mengangkat segelas jus lobak merah dia. Lalu dia minum sedikit. Tidak sampai 1 minit, kepala Kaizo terus terbaring di atas meja makan. Dia tertidur di situ. Fang terkejut melihat abangnya sudah tertidur di situ

"ABANG! APA AKU SUDAH BUAT NI?" Fang goyang-goyangkan badan abangnya "Abang, bangun! Abang, bangun! Abang minum ubat tidur ke atau ubat beracun? Kalau ubat tidur, adik tak risau. Kalau ubat beracun, adik kena selamatkan abang"

"ERK! ABANG KAIZO MINUM UBAT BERACUN?" Mata Idoli membulat besar. Dia sedikit lagi hendak menangis di situ tetapi dia wajah dia terus berubah kerana dia perasan dengan air berwarna oren itu "Err.. abang Fang.."

"Kenapa Idoli? Abang tiada masa nak berborak dengan Idoli. Abang perlu selamatkan abang Kaizo" Fang cuba mengangkat abangnya

"Sebenarnya abang Kaizo terminum air tidur" Idoli tersenyum lebar sampai nampak gigi belakang dia

"AIR TIDUR? Macam mana boleh ada dekat dalam peti sejuk tu? Bukan ke jus lobak merah ni Rizu yang buat? Tak kan dia pula yang letak ubat tidur dalam jus ni?" Fang rasa seperti hendak memarahi Idoli tetapi dia tenang sahaja "Adakah ini adalah konspirasi Rizu dan Rizu sebenarnya adalah bukan diri Rizu"

"Bukanlah abang Fang.. ceritanya begini.. malam semalam Idoli haus. Idoli pergilah dapur nak minum. Idoli buka peti sejuk, jumpa air jus oren. Idoli ingatkan air oren tapi rupanya jus lobak merah. Idoli minum sampai habis. Lepas tu Idoli takut pula kena marah sebab habiskan air tu. Lepas tu Idoli teringat sesuatu. Abang Kaizo selalu simpan air oren dekat dalam bilik dia. Jadi Idoli pergilah ambik dan gantikan jus lobak merah tu dengan air oren... begitulah ceritanya" Fang mula hendak mengamuk tetapi dengan muka kecomelan Idoli, dia tidak jadi mengamuk

"Habis tu, macam mana Idoli tahu itu air tidur?"

"Sebab Idoli teringat balik abang Kaizo guna air tidur tu dekat kakak Lily. Baru Idoli sedar yang air tu bukan air oren tapi ubat tidur" kata Idoli sambil angguk kepalanya "Macam mana kita nak kejutkan abang Kaizo?"

"Hmm.. air tidur ni terlampau kuat sangat. Kalau kita kejutkan pun, abang Kaizo tak kan bangun.. jadi kenalah tunggu sehingga abang Kaizo bangun sendiri" Fang angkat gelas abangnya dan buang air tidur itu di dalam sinki "Nanti dia sudah bangun, jangan beritahu dia perkara yang sebenarnya"

"Tapi.. Idoli tak nak tipu abang Kaizo. Kalau Idoli beritahu apa yang Idoli lakukan, mesti abang Kaizo tak marah"

Lalu Fang berfikir. Kalau Idoli beritahu apa yang dia telah lakukan, mesti Idoli kena marah dan dia pula, tidak bersalah di dalam hal ini. Tapi selalunya abang dia berkelakuan baik dengan Idoli. Sepanjang Idoli berada di sini, tidak pernah Kaizo memarahi Idoli, fikir Fang. Lagipun, Fang tidak sampai hati melihat abangnya memarahi Idoli yang sangat suci murni. Dia hanyalah kanak-kanak yang tidak tahu apa dan ingin belajar tentang apa sahaja yang dia nampak. Jadi kalau diri dia kena marah pun, dia akan terima sahaja, fikir Fang lagi

"Abang Fang?" panggil Idoli

"Hmm... kenapa Idoli?"

"Apa yang abang Fang sedang fikirkan?"

"Abang cuma fikirkan, siapa akan jaga Idoli nanti semasa abang dan kakak Faye pergi sekolah nanti. Abang Kaizo tidur mesti lama. Esok mesti dia akan bangun" Idoli memeluk Fang seerat-eratnya "Aik, kenapa ni?"

"Abang Fang jagalah kita orang sementara abang Kaizo tengah tidur.. nanti Idoli sorang-sorang dekat rumah, tiada siapa nak jaga Idoli"

"Tapi... abang kena pergi sekolah" Idoli mendongak dan buat muka kesedihan dia. Mata dia sudah berkaca. Bila-bila masa sahaja dia akan menangis di situ "Adeh... nanti abang hubungi kak Lynna ok. Rizu pun mesti singgah sini punya dan si pelik tu juga"

"Tapi kalau kak Lynna tak dapat nak datang macam mana? Abang Rizu pun masih kecik lagi.. baru 10 tahun, kena jaga Idoli dan abang Kaizo. Kasihan abang Rizu nanti. Kakak Lily pula.. tak tahulah dia datang ke tak. Kadang-kadang kakak pelik tu ada hal, kadang-kadang main masuk aje dalam rumah ni.. tapi kalau abang Kaizo suruh datang, dia akan datang sebab abang Kaizo ada kerja nak kena buat dan kakak pelik tu akan jadi baby-sitter. Kakak pelik selalu jadi baby-sitter bila abang Kaizo keluar dengan kak Lynna" kata Idoli

"Hah! Kantoi! Berdating rupanya abang aku ni.. macam nak aje sekeh kepala abang aku ni" Fang tersenyum sinis sambil perhatikan abangnya tidur dengan begitu nyenyak sekali "Heheheee... tapi nanti ada mulut becok dekat sini" Mata dia melirik ke arah Idoli yang masih lagi memeluk diri dia

"Taklah, abang Kaizo mana ada pergi dating dengan kak Lynna. Abang Kaizo dan kak Lynna selalunya ke kapal angkasa sebab hal-hal galaxy" Idoli lepaskan badan Fang. Lalu dia bermasam muka "Abang Fang ni, tak baik tuduh abang Kaizo yang bukan-bukan. Tak baik tau!"

"Abang bergurau sahaja" Tangan Fang belai kepala Idoli "Nanti abang hantar Idoli ke kedai Tok Aba ok.. Idoli duduk sahaja dekat situ. Petang nanti abang ambik"

"Tapi.. siapa nak jaga abang Kaizo?"

"Adeh.. ala, kita biarkan aje abang Kaizo dekat sini"

"Tapi nanti alien kepala kotak cuba culik abang Kaizo ke, seksa abang Kaizo masa dia tengah tidur ke.. tak pun, paling menakutkan.. dia akan cuba hendak hapuskan abang Kaizo. Idoli tak nak tinggalkan abang Kaizo seorang diri" Idoli memeluk badan Fang lagi sekali. Dia menangis di dalam pelukan itu "Idoli nak abang Kaizo dalam keadaan selamat. Kalau Idoli seorang sahaja yang selamat dan abang Kaizo yang tak selamat.. nanti Idoli yang akan sedih. Abang Fang jagalah kami berdua"

"Tapi..."

"Kenapa tu Fang?" Faye masuk ke dalam dapur untuk melihat apa yang berlaku "Kenapa dengan abang Kaizo? Idoli menangis tu kenapa?"

"Hmm.. panjang ceritanya" Fang mengeluh sedikit "Kau boleh tak hubungi Lily ataupun hantar msg dekat dia, suruh dia datang ke sini dan baby-sit Idoli dan abang aku ni. Aku tak nak ponteng sekolah semata-mata nak jaga abang aku dan Idoli"

"Kenapa tak hubungi kak Lynna sahaja"

"Hehehee.. saja.. tapi takpe, nanti aku akan hubungi kak Lynna" balas Fang kepada Faye "Oh yea, jangan minum air jus oren tu.." Dia tunjuk jug yang ada air tidur itu kepada Faye "Air tu ialah air tidur"

"Erk? Kau yang buat abang kau tidur ke?"

"Bukan aku lerr... aku tidak bersalah di dalam perkara tapi.. Idoli pun tidak bersalah juga kerana dia tidak tahu" kata Fang sambil belai kepala Idoli. Padahal di dalam hati dia, mahu sahaja dia menengking Idoli tetapi dia tenang sahaja "Jadi, kita jangan salahkan sesiapa didalam perkara ini"

"Baiklah Fang"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tengahari itu, Fang rasa lega kerana dapat selesaikan masalah Idoli dan juga abang dia. Lynna telah pun datang ke rumah untuk menjaga Idoli. Kaizo pula, sebagai keselamatan, Fang menyuruh Lahap mengambil kapten kesayangan dia dan biarkan Kaizo tidur di kapal angkasa sahaja. Jadi, tiada siapa yang akan datang untuk menculik Kaizo. Fang tidak perlu rasa risau lagi dengan keselamatan abang dia pada ketika itu. Dia berjalan ke sekolah dengan perasaan gembira, bibir dia terukir sebuah senyuman yang sangat indah dan mata dia bersinar-sinar bagaikan bintang berkelipan. Orang yang lalu lalang di situ, tidak pernah melihat sikap Fang begitu. Mereka kenal dengan perangai Fang. Dia adalah seseorang yang suka bermasamkan muka, suka berdiam dan suka berlagak. Kalau senyum bersendirian itu, mereka rasa agak pelik. Mereka mula fikirkan bahawa Fang kena rasuk dengan sesuatu benda

"Hai landak"

"Hai pelik" jawab Fang tanpa melihat siapa yang memanggil dia

"Wah, landak nampak happy hari ni"

"Apasal, tak boleh ke?"

"Hmmm... boleh boleh" kata Lily sambil angguk kepala dia dengan lincahnya

"Eh kejap, bukan ke kau sepatutnya ada dekat sekolah dan lagi beberapa minit aje lagi baru kau boleh keluar dari sekolah"

"Betul tu wahai landak tapi hari ni Lily dapat keluar awal dan terus ke sini! LILY NAK JUMPA MY BBB-CHAN DEKAT SEKOLAH!" Lily berjoget-joget di situ sambil berjalan di sebelah Fang "Mesti Boboiboy akan gembira apabila mengetahui Lily ada di sekolah nanti"

"Hmm.. apa-apa ajelah kau ni. Kuat berangan betul" Fang mula rasa malas hendak melayan Lily

"Oh yea.. semalam masa landak takde, kita orang main lompat-lompat dekat atas awan tu tapi Lily pergi main guling-guling.. heheheee... memang seronok sangat! Balik rumah aje, terus tidur sebab terlampau penat sangat tetapi kepenatan itu tidak menghalang Lily untuk terjaga tengah malam untuk membuat teddy bear oren tapi malangnya teddy bear itu belum siap lagi wahai landak budak badak" Lily dengan nada kesedihannya, terus dia keluarkan teddy bear separuh jatih dari beg sandang dia yang bercorakkan bunga itu "Landak nak tolong Lily tak?"

"Tak nak" jawab Fang "Aku pergi dulu, kau pergilah menyondolkan diri dekat mana-mana.. janji jangan kacau kegembiraan aku pada hari ini!"

"Hmmm..." Lily mengusap dagunya "LILY NAK KACAU JUGA!"

Fang menggenggam kedua tangannya dan terus berjalan dengan lajunya. Lily ikut Fang dari belakang dengan senyuman lebar dia. Sambil dia berjalan di belakang Fang, sambil itulah dia peluk teddy bear oren itu di dadanya. Fang teruskan berjalan tanpa hiraukan Lily. Dia tidak menoleh kebelakang dan juga orang sekelilingnya yang lalu lalang di situ, sehinggalah dia berhenti kerana ternampak Gopal. Muka Gopal pada ketika itu, kelihatan pucat seperti dia ternampak seekor hantu

"Kau apasal?" Gopal terkejut apabila Fang sentuh bahu dia

"HA-HANTU LANDAK!"

"WOI! BILA MASA AKU JADI HANTU LANDAK!"

"Maaf Fang... aku sebenarnya baru balik dari menonton movie tadi. Aku pergi tengok movie hantu badut sebelum pergi ke sekolah" Gopal tersengih apabila dia nampak muka kemarahan Fang "Hehehee... janganlah marah aku"

"Kau pergi tengok seorang diri ke?" Gopal angguk kepalanya "Apasal tak ajak Faye sekali? Kau kan selalu tengok movie dengan dia"

"Hehehee.. saja.. tapi masa aku dekat panggung wayang tu, memang sikit sangat orang. Jadi aku rasa macam ada orang perhatikan aku. Kadang-kadang tu aku nampak bayang-bayang hantu badut masa aku tengah tengok movie"

"Wuuuu... dia nak main-main dengan kau kot" kata Lily "Gopal jangan risau, nanti Lily akan buatkan plushie HANTU BADUT KHAS UNTUK GOPAL!"

"Dey! Janganlah hantu badut.. buatlah teddy bear ke, arnab ke.. benda-benda yang comel ke.. hehehee.. tapi tak nak badut comel"

"Ohhh! Nanti Lily bukankan badut comel" Fang terus tepuk kepala Lily "Adeh... bukan badut comel tapi landak comel!"

"Landak pun landaklah.. janji comel" Gopal perasan Fang mula tersenyum bangga di situ "Kau apasal tiba-tiba senyum macam tu?"

"Sebab kau cakap landak comel.. hehehehee"

"MAKNANYA LANDAK MENGAKU DIRI TU COMEL LAH?" Mata Lily bersinar-sinar sambil melihat Fang. Dia simpan teddy bear orennya ke dalam beg sandang dan lalu keluarkan plushie landak berwarna ungu "Tengok ni, Lily ada buat landak comel ni.. bukan teddy bear comel sahaja yang Lily buat.. macam-macam animal Lily buat tapi khas untuk kawan-kawan Lily!"

"Baiknya si katak Pili ni" kata Fang dengan nada sindirannya

"Oh.. katak Pili pun ada" Fang menepuk dahinya sendiri. Lily berikan plushie landak itu tadi kepada Gopal. Selepas itu tangan dia mencari-cari sesuatu di dalam beg sandangny "Ini pun dia! KATAK PILI!"

Fang dan Gopal tidak sangka Lily ada membuat plushie seekor katak berwarna oren. Di atas badan katak itu ada tertulis nama Pily. Lily peluk plushie katak itu dengan penuh kasih sayang, bagaikan katak itu umpama anak dia sendiri

"Pelik betul aku dengan si pelik ni.. sekejap kerepek pisang, lepas tu misai palsu dia, sekarang ni plushie haiwan pulak.. lepas tu apa pulak?"

"Entahlah Fang... biarkanlah dia dengan kepelikan dia. Asalkan kawan kita ni bahagia bersama dengan kepelikannya" kata Gopal. Dia membelek-belek plushie landak itu dan terus dia berikan kepada Fang "Ambik ni, aku rasa dia buatkan untuk kau"

"Hmm.. baik aku bagi dekat Rizu" Fang mengambil plushie landak itu. Lalu dia tersenyum apabila melihat kecomelan plushie itu. Ada huruf F di pipi landak itu "Hehehee.. pelik memang sayangkan kawan-kawan dia"

"Kalau dia tak sayang, takde maknanya dia buat benda ni semua untuk kawan-kawan dia. Bersyukurlah kita ada kawan-kawan yang menyayangi kita yang tidak kira bangsa dan agama. Ada kawan alien pun dia tak kisah sangat, macam kau dan Faye. Kau panggil dia katak Pily pun, terus dia buatkan nama itu menjadi sesuatu benda yang negatif" Fang angkat kening sebelah sambil berikan renungan tajam ke arah Gopal "Kenapa? Aku ada tersilap cakap ke?"

"Takde.. cara kau cakap tadi macam bukan kau. Kalau Yaya, Ying atau si Boboiboy yang cakap, bolehlah aku percaya"

"Kau ingat aku tak boleh cakap ayat-ayat yang matang ke? Aku bukanlah hanya sebagai pak lawak sahaja.. aku boleh gunakan kreativity tersendiri! Hehehee..."

"Baguslah kalau macam tu. Jomlah, sebelum kita lewat.." Fang pandang ke kiri dan ke kanan dia. Lily tiada di situ "Si pelik sudah hilangkan diri. Aman sikit hidup aku tapi untuk berapa lama? Kalau selama-lamanya, adakah aku akan merindui suara si pelik itu yang nyaring ataupun tidak? Sudah tentu tidak, aku cuma rindukan abang aku sahaja. Berapa lama abang aku akan tidur dekat kapal angkasa dia tu"

Fang melirik matanya ke kanan, dan selepas itu ke kiri. Gopal pula hilang dan tinggal diri dia seorang di situ. Dia tidak begitu kisah sangat kerana dia lebih suka berjalan seorang diri sambil menikmati cuaca tengahari yang tidak begitu panas terik. Angin-angin yang bertiupan di situ, agak tenang dan mengasyikkan. Fang mengambil nafas untuk menghirup udara segar di Pulau Rintis. Lalu dia sambung berjalan untuk menuju ke destinasinya iaitu sekolah. Dia mendongak ke langit biru sambil fikirkan tentang abangnya

"Abang tidur lagi ke? Atau abang sudah bangun... kalau abang masih lagi tidur, harap abang mimpi yang indah-indah sahaja"

-------------------------------------------------------------------------------------------

"BBBBBBBB-CHAN!"

Boboiboy mencari dari arah mana jeritan itu berada. Dia melihat di pintu pagar sekolah dan ternampak Lily sedang berlari ke arah dia dengan sebuah teddy bear oren di dalam pelukannya. Boboiboy terburu-buru hendak mencari tempat persembunyian. Kaki dia sudah bergerak untuk larikan diri tetapi beg sekolah dia telah dipegang oleh seseorang. Boboiboy menoleh kebelakang. Dia tidak terkejut melihat sebuah senyuman sinis daripada seorang gadis yang agak licik dan gemar bersukan iaitu Bella

"Be-Bella.. lepaskanlah beg aku"

"Tak nak" balas Bella kepada Boboiboy

Semakin lama semakin dekat Lily dengan teddy bear orennya. Boboiboy terpaksa mengalah kerana pegangan Bella terhadap beg sekolahnya, agak kuat sekali. Dia mengeluh kecil di situ sambil melihat Lily menari-nari dengan gembiranya. Beberapa langkah lagi Lily akan sampai tetapi dia berhenti kerana ada suatu jeritan lain pula sedang memanggil Lily

"BUNGA HATI KU! KAU DATANG JUGA KE SINI!"

"ERK?!" Lily patah balik dan terus lari keluar dari kawasan sekolah

"Kenapa bunga hati ku lari? Adakah sebab bau busuk di badan ku ini kerana aku bersukan tadi? Tidak mengapa bunga hati ku, aku akan pulang ke rumah dan bersihkan badan ku" Momoki beredar dari situ bersama dengan peminat-peminat yang sedang berteriakan di situ. Setiap kali Momoki berikan senyuman menggoda dia, mereka akan membuat lagi bising daripada yang biasa

"Hmmm... selamatlah kau kali ni" kata Bella sambil lepaskan beg sekolah Boboiboy

"Adeh.. apasal tiba-tiba si Lily muncul?"

"Tak kan tak boleh.. dia kan peminat setia kau, peminat nombor 1 kau dan juga, kawan baik kau sendiri. Tak baik lari daripada kawan sendiri"

"Yelah Bella.." Boboiboy mengeluh sedikit "Tapi mana kawan-kawan kita yang lain? Tak kan kita berdua sahaja dekat sini?"

"Hmmm.. Faye pun belum sampai lagi. Yaya dan Ying pun sama juga.. si Gopal tu memang selalunya lambat, kadang-kadang tu cepat. Pelik betul aku dengan dia orang ni.. kalau si Harraz, mesti dia ada dekat perpuskataan sekolah"

"Kita tunggu ajelah.." Boboiboy duduk di bangku sekolah sambil menunggu ketibaan kawan mereka yang lain. Mata dia terpandang seseorang yang cuba mengintai kawasan sekolah "Hehee.. Lily datang balik"

Lily sudah kembali tetapi kali ini, dia lebih berhati-hati kerana tidak mahu Momoki terserempak dengan diri dia. Di belakang Lily pula adalah Gopal. Mereka berdua seperti takut hendak memasuki kawasan sekolah. Boboiboy tahu kenapa Lily rasa takut tetapi dia tidak faham apa yang Gopal takutkan?

"Apa kes dengan kawan baik kau tu? Macam nampak hantu aje si Gopal tu"

"Entahlah dia.. aku pun tak faham" Boboiboy bangunkan diri dia dan lalu dia memanggil nama kawan baiknya "GOPAL! SINI SINI!"

Gopal dan Lily masuk ke kawasan sekolah secara senyap. Mereka ikut belakang pelajar-pelajar lain untuk masuk ke dalam kawasan sekolah. Dari satu pelajar lain, ke satu pelajar lain. Pelajar-pelajar yang berada di kawasan itu, rasa hairan melihat sikap Gopal dan Lily. Mereka berdua seperti sedang melakukan kerja mengintip. Gopal dan Lily berlari ke arah sebuah pokok yang berdekatan dengan Boboiboy

"Wei Boboiboy, cuba kau tengok.. cikgu Aiman ada tak?"

Boboiboy dengan baiknya. Dia melihat di sekeliling kawasan sekolah itu dan tidak nampak cikgu sejarah mereka. Lily duduk mencangkung di bawah pokok sambil perhatikan kawasan sekolah. Dia tidak mahu Momoki muncul secara tiba-tiba dan mengejar dirinya lagi

"Cikgu Aiman takde.. kau tak siap kerja sekolah ke?" Gopal terus tersengih kepada Boboiboy

"Hehehee... aku tak faham dengan soalan yang dia berikan tu, jadi aku fikir dan fikir lagi. Lepas tu aku pergilah makan. Mungkin dapat idea ke sewaktu aku makan"

"Jadi, kau dapat tak idea untuk tulis karangan soalan sejarah tu?" tanya Boboiboy lagi

"Tak sebab aku pergi tengok TV sambil makan.. hehehee..." Bella tepuk kepala Gopal "Dey, kepala aku bukan kepala Fang lah"

"Fang ke tak Fang ke, mesti kena tepuk juga.." kata Bella dengan garangnya "Tahu makan aje kau ni.. selamat aku bukan Yaya. Kalau tidak, aku akan membebel dekat kau"

"Habis tu, kau nak buat apa dekat aku?" Gopal menelan ludah sambil melihat Bella berdiri megah dengan senyuman sinisnya

"Aku cuma nak katakan... good luck dengan cikgu Aiman.. heheheee"

"Ala Bella... kata-kata semangat kau tu, takdenya nak hilangkan rasa ketakutan di hati ku. Aku tak naklah kena denda dengan cikgu Aiman lagi!" Gopal peluk kawan baiknya sambil menangis di situ "Boboiboy, selamatkanlah kawan baik kau ni. Tak pun, kau pun ikut aku juga kena denda"

"Boleh pulak kau suruh aku buat begitu"

"Dah kata, kau kawan baik aku" Gopal tersengih kepada Boboiboy "Kawan kenalah tolong kawan tetapi di dalam kes begini, kawan pun kenalah sama-sama menanggung akibatnya"

"Betul tu! Aku sokong sahaja" Faye muncul dengan penuh semangat. Gaya dia seperti ada sesuatu yang dia ingin memperkatakan "Aku dan Gopal akan terima akibatnya"

"Eh, kau pun tak siap kerja sekolah?" tanya Boboiboy

"Aku siap separuh sahaja sebab.. aku tertidur malam semalam.. uwaaaaa! Mata aku lelap semasa aku tengah tulis ayat karangan yang panjang lebar ni. Lepas tu otak aku sudah penat memikirkan ayat-ayat yang terbaik untuk membuat kerja sekolah sejarah ini supaya aku dapat markah penuh tetapi.. akhirnya kecundang juga"

Boboiboy tepuk dahinya sendiri kerana tidak sangka Faye sama seperti Gopal. Bella hanya tergelak sedikit melihat gelagat Faye yang sedang bersedihan itu

"Samalah kita, Faye" Gopal lepaskan Boboiboy dan lalu berkata "Faye, kita akan sama-sama mengharungi hukuman yang akan diberikan oleh cikgu Aiman! Kaulah sahabat sejati ku!"

"Aik, aku bukan sahabat sejati kau ke?"

"Kau pun sahabat sejati aku juga, Boboiboy" kata Gopal sambil tersengih "Tapi.. kau jangan cemburu pulak sebab Faye lebih sejati daripada kau.. hehehe.. kau tetap kawan terbaik aku nombor 1!"

"Hehehe.. aku tak cemburu pun, Gopal. Lepas ni.. seperti apa yang dikatakan oleh Bella tadi, good luck dengan hukuman dari cikgu Aiman" Boboiboy tepuk-tepuk pelahan di belakang badan Gopal "Lepas ni, jangan ingat makan sahaja. Buat kerja sekolah dulu, lepas tu baru makan sambil tengok tv"

"Hmm.. yelah" balas Gopal

"Ba-baguslah tu.." kata seseorang dari atas pokok

Boboiboy, Gopal, Bella dan Faye mendongak sedikit untuk melihat suara siapakah yang bercakap itu tadi. Mereka tergelak apabila melihat Lily sedang duduk di atas dahan pokok sambil menjahit badan teddy bear oren itu. Ada sebuah topi berwarna perang dan di tengah topi itu ada sebuah logo seperti logo Boboiboy Gempa. Lily mengemaskan jahitannya supaya teddy bear itu kelihatan elok

"Wah, rajinnya Lily jahit teddy bear tu" kata Boboiboy

"Mestilah! Lily ada buat macam-macam anak patung untuk kawan-kawan Lily.. tapi ada yang belum siap lagi" Teddy bear itu sudah siap dijahit. Lily mengangkat tinggi teddy bear itu untuk melihat hasil kerjanya "Comel tak? Lily buatkan untuk Boboiboy dan sudah semestinya, Boboiboy Gempa adalah kegemaran Lily!"

"Hehehee... untuk Bella, Lily buatkan apa?"

"Err..." Lily garu-garu kepala dia sambil melihat Bella "Maaf Bella, Lily belum buat lagi"

"Takpe.. Lily mesti nak buatkan yang terbaik untuk kita semua! Bella akan menghargai pemberian Lily nanti"

"UWAAAA! TERIMA KASIH KAWAN BAIK KU!" Lily peluk teddy bear oren itu

Tiba-tiba, mereka terkejut dengan sebuah letupan besar yang telah berlaku. Letupan itu tidak berada jauh daripada sekolah mereka. Burung-burung yang ada di sekitar kawasan letupan tadi itu, sudah terbang ke langit. Pelajar-pelajar sekolah dan orang ramai yang berada di luar kawasan sekolah, mulai rasa cuak dengan letupan sebentar tadi. Lily hampir jatuh daripada pokok itu kerana terkejut tetapi dia sempat lagi memeluk pokok itu. Teddy bear dia terlepas dari tangannya dan Boboiboy sempat selamatkan teddy bear oren itu. Mata Lily terus bersinar-sinar melihat superhero kesayangan dia

"Bunyi apa yang meletup tadi tu" tanya Gopal

"Tak tahulah Gopal.. tapi kita kena pergi apa yang terjadi sebenarnya" Boboiboy sudah bersiap sedia untuk pergi "Bella, Faye, Lily.. korang tunggu dekat sini. Apa-apa hal, kita orang akan hubungi korang"

"Ok!" kata Faye dan Bella secara serentak

"BOBOIBOY! GOPAL!" Ying datang secara tiba dengan menggunakan kuasanya yang boleh dia berlari laju "CEPAT! CEPAT! ADA RAKSASA LANDAK SEDANG MENYERANG KITA ORANG!"

"RAKSASA LANDAK?!" Terkejut mereka. Ying angguk kepalanya

"Si Fang jadi tak betul lagi ke?" tanya Gopal "Tadi aku tengok dia, ok aje.. takde pulak si Fang naik stress"

"Haiyaaa... bukanlah! Ini sebab si alien kepala kotak tu! Cepat! Yaya dan Fang sedang berlawan dengan raksasa landak tu"

Boboiboy, Gopal dan Ying tidak mahu membuang masa lagi. Ying membawa dua kawan baik lelaki dia ke tempat kejadian. Bella dan Faye pandang satu sama lain kerana mereka juga ingin pergi menolong tetapi mereka terpaksa tunggu sahaja. Lily masih lagi berada di atas pokok. Mata dia sudah kembali bersinar-sinar kerana dia tidak sangka Boboiboy pergi berjuang sambil membawa teddy bear oren tadi

"Good luck MY BBB-CHAN!"

------------------------------------------------------------------------------------------

Di sebuah tempat jalan yang orang selalu gunakan untuk pergi ke bandar, Fang dan Yaya kini sedang berlawan dengan seekor raksasa landak. Raksasa landak itu mempunyai sebuah badan di dalam bentuk kain yang sudah dipenuhi dengan kapas. Manakala duri-duri di belakangnya adalah jarum-jarum tajam. Landak itu menyerang mereka berdua dengan penuh ganas sekali. Setiap kali dia pusing kebelakang, dia akan menyerang mereka dengan hantaran duri-duri tajam di belakang badannya. Fang terpaksa melindungi diri mereka dengan kuasa bayangnya

"PELINDUNG BAYANG!"

Sebuah dinding pelindung berwarna hitam mengelilingi diri Fang dan Yaya. Fang mempertahankan dinding pelindung dia. Yaya tidak berdiam diri sahaja, dia terbang keluar dari pelindung bayang itu dengan menggunakan kuasanya. Dia terus menyerang raksasa landak itu

"TUMBUKAN PADU!" Tetapi landak itu menyerang balas dengan menghantar duri-duri tajam dia ke arah Yaya "ALAMAK!"

"TANAH PELINDUNG!"

"BOBOIBOY!" Yaya gembira dengan kehadiran kawan-kawanya "Cepat lawan si landak tu!"

"Isk, tak habis-habis lagi si Adudu tu" Boboiboy berubah menjadi Boboiboy Gempa "GOLEM TANAH!"

"Hati-hati Boboiboy" Fang sudah hilangkan pelindung bayang dia. Golem tanah Boboiboy cuba menghalang raksasa tanah itu menyerang mereka semua dengan duri-duri tajam dia

"Tapi apasal raksasa landak tu ada huruf F dekat pipi dia?" tanya Gopal "Bukan ke plushie yang Lily bagi, serupa macam raksasa landak ni?"

"MEMANG SERUPA PUN TAPI SI ADUDU TU PERGI SERANG AKU DAN DIA PERGI GUNAKAN PLUSHIE AKU JADI RAKSASA! CEPAT LAWAN LANDAK NI! SERANGAN BAYANG!"

Golem tanah berikan tumbukan dia di bahagian badan raksasa landak itu. Serangan bayang Fang pula, membuatkan raksasa landak itu terundur sedikit. Badan dan kaki dia tidak seimbahangan akibat serangan tadi, membuatkan dia terjatuh di atas jalan raya. Golem tanah sudah dihilangkan oleh Boboiboy Gempa sendiri

"Macam mana kita nak kembalikan raksasa tu jadi plushie balik?" tanya Boboiboy Gempa

"Kena cari si Adudu tu.. dia pergi sorokkan diri pulak. Tak guna punya alien kepala kotak" Fang menggenggamkan tangan kanannya

Landak raksasa itu mula bergerak dan berdiri semula. Ianya sudah bersiap sedia untuk menyerang balas terhadap mereka semua. Ying menggunakan kuasa manipulasi masanya untuk memperlahankan pergerakan landak raksasa itu. Landak itu tidak dapat bergerak dengan laju. Pergerakan dia telah menjadi perlahan dan inilah masanya untuk memberikan serangan mereka terhadap landak raksasa itu

"TANAH MENCENGKAM!" Raksasa itu telah dikepung oleh dinding tanah. Hanya kepala dia sahaja yang masih bergerak-gerak perlahan. Ianya cuba hendak lepaskan diri

"TUKARAN MAKANAN!"

Landak raksasa itu bertukar menjadi pelbagai makanan. Duri-duri di belakang badannya berubah menjadi biskut batang pocky. Mata dia menjadi gula-gula berwarna merah putih. Badan dia pula menjadi roti. Gopal rasa bangga dengan dirinya

"Hahahaa.. kan dah kena dengan aku" Tiba-tiba landak itu bergerak secara lajunya. Kuasa Ying tadi sudah pun tamat kerana ianya dapat bertahan dalam beberapa minit sahaja "ALAMAK!" Gopal terkejut apabila landak itu musnahkan dinding tanah itu dengan kuku tajamnya

"Kuku dia dah jadi makanan, boleh lagi dia musnahkan dinding tanah tu" kata Boboiboy Gempa

"Dasyat sungguh"

"Tak boleh jadi ni... BOBOIBOY HALILINTAR!"

"KUASA APUNGAN GRAVITY!" Landak raksasa itu terapung di udara. Yaya mengawal bebola apungan dia supaya landak itu tidak jatuh ke bawah "Cepat! Serang dia!"

"Ok.. PEDANG HALILINTAR! GERAKAN KILAT!" Boboiboy Halilintar bergerak begitu pantas sekali. Dia meloncat ke udara berikan serangan dia terhadap landak itu. Dia sudah bersiap sedia untuk menyerang raksasa landak itu "TETAKAN HALILINTAR!"

Raksasa landak itu terkena pedang tersebut. Badannya terkena renjatan elektrik dan lalu terjatuh ke atas jalan setelah Yaya hilangkan kuasanya. Boboiboy Halilintar mendarat di atas jalan dengan penuh bergaya sekali. Diri dia sudah bertukar menjadi Boboiboy biasa. Raksasa itu bergerak semula

"Kuat betul raksasa tu.. terkena pedang kau pun, masih lagi boleh bergerak" kata Gopal

"Haiyaa.. kita kena cari si Adudu tu. Kalau tidak, raksasa itu akan mula mengganas balik"

"Kalau begitu.. Ying, kau pergi cari Adudu. Bawa Yaya sekali. Biar aku, Fang dan Gopal uruskan si landak ni"

"Baik Boboiboy" kata dua orang gadis itu

"Eh.. nanti-nanti!" Probe terbang laju ke arah mereka. Adudu telah di pegang ketat oleh tangan besi Probe. Dia cuba hendak lari dari situ tetapi tidak berjaya

"Apa lu buat dekat sini? Nak kenakan kita orang ke?" tanya Ying

Raksasa landak itu telah di apungkan oleh Yaya lagi sekali supaya ianya tidak dapat menyerang mereka lagi buat sementara. Mereka berlima berkumpul untuk mendengar penjelasan dari Probe

"Lepaskanlah aku!... yang kau pergi bawa aku dekat dia orang ni kenapa? KAU NI MEMANG ROBOT YANG SUKA ROSAKAN RANCANGAN AKU!"

"Maaf encik bos.. sebenarnya encik bos ni telah dipergunakan oleh seseorang yang kami tidak kenali" kata Probe

"Apa aku kisah! Dia nak gunakan aku pun untuk hapuskan mereka, aku lagi suka! KAU NI SUDAH KENAPA?" Adudu cuba hendak menembak robot ungunya dengan pistol yang telah dicipta oleh Adudu sendiri. Pistol itu jugalah yang telah menjadi landak plushie itu menjadi landak raksasa "BAIK KAU LEPASKAN AKU, SEBELUM AKU TEMBAK MATA KAU TU"

"Jangan encik bos! Saya cuma nak selamatkan encik bos sahaja" Probe pusingkan Adudu dan lalu dia berikan tamparan berkali-kali ke atas encik bosnya "Ambik ni ambk ni! Cepat sedarkan diri tu encik bos! SEDAR CEPAT WAHAI ENCIK BOS KU! Ambik lagi penampar saya ni" Merah kedua-dua belah pipi Adudu

"Erk?! Dasyatnya si Probe.. sanggup tampar encik bos dia sendiri"

"Tahu takpe Yaya" kata Boboiboy "Wei wei.. janganlah tampar dia lagi. Kita hantar aje si Adudu ni dekat Emmy. Mesti Emmy dapatkan betulkan si Adudu ni"

"TAK PERLU!" Probe terus berhenti menampar encik bosnya kerana terkejut dengan jeritan dari encik bos kesayangannya "Adeh... apa yang terjadi? Apahal kau tampar aku?"

"ENCIK BOS SUDAH SEDARKAN DIRI!" Probe peluk encik bosnya sehingga Adudu tidak dapat bernafas dengan sempurna "Encik bos.. saya sangat merindui encik bos!"

"U-uda-ra... uda-ra..."

"Err... maaf encik bos" Probe letakkan encik bosnya di atas jalan raya. Selepas itu dia tepuk-tepuk kepala Adudu secara lembut "Hehehee.. encik bos marah ke?"

"MESTILAH MARAH! Yang kau peluk aku kuat sangat kenapa? Lepas tu tadi, kau tampar aku kenapa? Kau sudah masuk air ke apa?" Adudu terus ketuk kepala besi robot ungunya dengan pistol itu "AMBIK NI! AMBIK NI! AMBIK NI!"

"JANGAN ENCIK BOS! JANGAN!"

"Eh sudah sudah.. jangan nak ketuk Probe sangat. Kasihan dia" Adudu terus berhenti mengentuk kepala Probe. Lalu dia pandang ke arah Boboiboy "Heheee.. oh yea, macam mana Adudu boleh kena pukau tadi? Adudu tak ingat apa-apa sebelum Adudu kena pukau?"

"Macam aku boleh kena pukau?" Adudu mengusap dagunya "Yang aku ingat.. semasa aku sedang menikmati nasi goreng masakan aku sendiri. Tiba-tiba sahaja markas kotak aku menjadi gelap.. dan lepas tu aku tak ingat apa yang terjadi"

"Tapi saya ingat.. lepas lampu sudah dipasang balik, encik bos pergi cipta sesuatu yang membolehkan benda-benda tak hidup menjadi hidup. Contohnya, si raksasa makanan tu" Probe tunjuk ke arah raksasa landak itu "Dia tu asalnya adalah anak patung kepada Fang"

"Siapa pula yang mempergunakan aku ni? Adeh.. memang nak kena orang tu. Kalau nak buat jahat pun, janganlah melibatkan diri aku yang jahat ni sekali. Ni yang buat aku mengamuk!" Adudu silangkan tangannya sambil fikirkan siapakah yang telah mempergunakan dia

"Probe, kau tak nampak sesiapa ke?"

"Takde pulak, Boboiboy tapi aku ada nampak bayang.. tapi bukan kuasa bayang dari si Fang ni.. eh, mana Fang?"

Mereka tidak sedar bahawa Fang sudah menghubungi Lahap untuk pastikan keadaan abang dia selamat. Dia sudah beredar dari situ dan menunggu Lahap mengambil diri dia untuk pergi ke kapal angakasa abangnya

"Eh.. hilang pulak si Fang ni tapi.. Adudu, boleh tak betulkan balik raksasa landak ni" Boboiboy melihat landak itu mengamuk di udara kerana tidak dapat menyerang mereka "Tapi sebelum tu, Gopal tolong tukarkan badan dia semula"

"TUKARAN SEMULA!"

Kuasa Gopal mengubahkan badan raksasa landak itu menjadi kain semula. Ianya sudah kembali menjadi badan asalnya. Adudu menembak pistolnya ke arah landak itu dan terus ianya mengecil dan kembali menjadi anak patung landak. Anak patung itu terjatuh dan sempat di tangkap oleh Boboiboy sendiri

"Comel landak ni" Boboiboy keluarkan teddy bear oren dari topinya. Kedua-dua anak patung itu selamat dan tiada cacat celanya "Nanti aku akan kembalkan landak ni kepada tuannya"

------------------------------------------------------------------------------------------

Di ruang angkasa, terdapat sebuah kapal angkasa yang sedang berlegar-legar di sekitar planet bumi. Fang sudah pun berada di dalam kapal angkasa milik abangnya. Dia mahu melihat keadaan abang dia dan tiada apa yang cuba hendak menyerang kapal angkasa itu dan juga abangnya. Fang agak terkejut melihat Lynna dan Idoli ada di dalam kapal angkasa itu

"Kak Lynna buat apa dekat sini?" tanya Fang di luar bilik abangnya

"Tadi kami kena serang dekat rumah. Lepus yang serang kami"

"Lepus? DIA MASIH HIDUP LAGI!" Fang tidak sangka musuh mereka masih hidup lagi. Alihkan perhatian adalah strategy yang selalu dilaksanakan oleh Lepus. Kenapa dia tidak sedar dengan strategy itu? Mungkin dia percaya bahawa Lepus sudah mati tetapi semuanya sudah berubah "Kak Lynna..."

"Kenapa Fang?"

"Kak Lynna sudah lama tahu ke yang Lepus masih hidup lagi?"

"Yea.. abang kamu dan akak sudah lama tahu. Cuma kami tidak beritahu Fang dan kawan-kawan kamu sahaja kerana kami mahu menjaga keselamatan kamu semua tapi nampaknya, kami sudah tersilap. Abang kamu selamat, akak sempat ke kapal angkasa sebelum dia sampai di sini. Akak dan Lahap yang berusaha melindungi kapal angkasa ni daripada dia"

"Terima kasih kak Lynna kerana melindungi abang dan juga kapal angkasa dia" Fang berikan senyuman dia kepada Lynna

"Sama-sama Fang. Lagipun abang kamu tu adalah sahabat baik akak.. akak kenalah lindungi dia seperti dia melindungi akak sebelum ini" Lynna balas balik senyumannya kepada Fang. Lalu dia mengusap rambut Fang yang seperti landak itu "Lepus sudah larikan diri.. tapi kita tidak boleh bersenang lenang di bumi. Kita harus berjaga-jaga. Dia akan lakukan apa sahaja untuk musnahkan kita semua"

"Baik akak.. adik akan lebih berhati-hati selepas ini"

"ABANG FANG!" Muncul Idoli di hadapan Fang. Muka dia sangat garang. Dia seperti hendak memarahi Fang tentang sesuatu "ABANG FANG! BETUL TAK APA YANG IDOLI CAKAP DEKAT ABANG FANG PAGI TADI? KITA TAK BOLEH TINGGALKAN ABANG KAIZO SEORANG DIRI DEKAT RUMAH, NANTI ADA YANG CUBA MENYERANG DIA! IDOLI JUGA YANG BETUL TAPI ABANG FANG YANG TAK PERCAYA! ABANG FANG LAIN KALI DENGAR CAKAP IDOLI! KALAU TIDAK, IDOLI AKAN CAKAR MUKA ABANG FANG YANG HANDSOME TU!.."

"Err..."

Fang tidak sempat untuk berkata sesuatu, Idoli sambung dengan bebelan dia. Fang terpaksa tahan telinga dia dengan bebelan Idoli yang panjang lebar itu. Lynna tergelak sedikit melihat seorang budak kecil membebel kepada orang yang lebih tua daripada dia. Lynna mengintai sedikit di dalam bilik Kaizo. Nampaknya, Kaizo masih lagi dalam keadaan tidur. Bila dia akan bangun, mereka terpaksa tunggu sahaja

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top