Quidditch

Awal pagi, Fang sudah melihat seekor makhluk berwarna hijau sedang duduk diam di atas meja ruang tamu dengan mukanya penuh dengan solekan. Muka Picu telah dipakaikan dengan gincu, blusher, eye shadow, bulu mata palsu dan antena dia telah diikatkan dengan ribbon berwarna pink. Picu tidak mengamuk ataupun rasa rimas dengan solekan tersebut. Mata dia sebelah besar, sebelah kecil dan kali ini, antena dia bergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan. Dia seperti suka dengan solekan tersebut

"Siapa pula pergi jahanamkan alien peliharaan kak Lynna ni?" Fang ternampak sekeping kertas yang ada di hadapan Picu. Soalan dia tadi sudah terjawap di situ. Lalu dia mengangkat kertas tersebut "Landak yang buat" berkerut-kerut dahi Fang. Dia kenal tulisan itu tetapi dia perlukan kepastian sebelum dia tuduh orang tersebut. Lalu dia buka kertas yang seterusnya

"Ini bukan tulisan Lily.. cheh! Sempat lagi tak nak mengaku salah" Fang buka kertas yang terakhir dan lalu dia baca "Kalau bukan Lily, siapa punya kerja?" Dahi dia berkerut-kerut lagi "Ini mesti geng si Trio Huru Hara.. kasihan kau yea, Picu. Jadi mangsa budak tiga orang tu. Takpe takpe.. nanti aku balas dendam dekat dia orang balik, demi Picu kak Lynna! Mereka telah mempergunakan Picu untuk kepentingan mereka tersendiri! Aku akan tuntut bela, kak Lynna janganlah rasa sedih ok.. Adik akan ajar dia orang secukup-cukupnya! Picu ini bukanlah bahan mainan, tetapi dia adalah makhluk alien yang mempunyai perasaan seperti kita juga"

"Apa yang kau sedang bersandiwara tu Pang?" Fang paling mukanya ke arah tangga rumah. Abang dia iaitu Kaizo, sudah bersiap-siap untuk keluar pergi ke bandar dengan Lynna hari ini. Mereka ingin ke pasaraya untuk masak petang nanti "Apasal dengan Picu tu?"

"Budak-budak Trio Huru Hara punya kerja.. abang bagilah dia orang latihan tempur sebab seksa Picu" Fang tersenyum nakal kepada abangnya

"Hmmm... betul ke mereka yang buat? Kau jangan nak main tuduh sahaja.. entah-entah kau sendiri yang punya kerja" Dari tersenyum nakal Fang, terus berubah menjadi masam. Kaizo abaikan sahaja adiknya yang sudah berapi-api itu. Lalu dia masuk ke dalam dapur dan terkejut melihat seekor anak kucing sedang berguling-guling di dalam timbunan tepung di bawah meja makan. Bulu dia penuh dengan kesan-kesan tepung

"IDOLI!" Fang lari masuk ke dalam dapur untuk melihat apa yang Idoli sudah lakukan sehingga membuat abang dia menjerit "KENAPA KAU MAIN DENGAN TEPUNG-TEPUNG ITU?" Idoli keluar dari meja itu dan terus berubah menjadi manusia kucing yang penuh dengan kesan tepung. Muka dia penuh dengan tepung "Apa alasan kau?"

"Hehehee... kakak Lily yang bagi Idoli main dengan tepung. Dia cakap, tepung tu dia terlebih beli. Jadi dia berikan kepada Idoli" balas Idoli dengan wajah ceria dia "Abang Kaizo nak berguling sekali dengan Idoli?" Kaizo hanya gelengkan kepalanya sahaja

"Berani betul si Idoli ni.. tak takut langsung dengan kemarahan abang aku" Fang mengusap-gusap dagunya sambil berbisik "Tapi bagus juga si anak kucing tak takut.. abang aku mesti bangga dengan peminat si kecil dia ni"

"Idoli, kemana si pelik tu pergi?" tanya Kaizo dengan nada serius dia

"Kakak Lily keluar dengan kakak Faye dan kakak Bella.. dia orang cakap, dia orang nak buat biskut raya dekat rumah kakak Ying pula tapi masa dia orang sampai, dia orang pergi main-main dengan Picu. Kak Lynna balik rumah sekejap, sebab terlupa sesuatu tapi kak Lynna belum sampai lagi dari tadi" Idoli kibas-kibas rambut dia yang penuh dengan tepung "Abang Kaizo marah Idoli ke sebab sepahkan dapur?"

"Hmm... disebabkan Idoli tidak begitu takut dengan abang. Jadi abang tidak marah dengan Idoli. Abang cuma marah dekat si pelik tu aje sebab bagi kau main dengan tepung tapi.. lain kali jangan nak bazirkan tepung itu dan jangan nak sepahkan dapur. Tepung tu boleh buat makanan ikan kau" Idoli terus buat muka comel kerana terdengar perkataan ikan "Pang, kau kemaskan dapur ni"

"Aik, adik pulak yang kena.. apasal tak suruh Idoli aje yang kemaskan"

"Menjawab pula kau ni" Kaizo jentik hidung adiknya "Kau kan suka berkemas dan kebersihan adalah penting di dalam diri kau"

"Betul juga tu! Baiklah, adik akan kemaskan dapur ni sampai bersih!" Kaizo tersenyum sinis kerana berjaya memaksa adik dia kemaskan dapur "Abang pergilah keluar.. adik nak kemas dapur ni. Jangan lupa bawa Idoli sekali" Fang sudah pergi untuk mengambil penyapu yang ada di tepi almari dapur

"Jom Idoli, kita bersihkan badan kau. Lepas tu, abang bawa kau pergi berjalan-jalan dekat bandar dengan kak Lynna" kata Kaizo sambil keluar dari dapur tersebut bersama Idoli

"YEAHHHH! JALAN-JALAN! IDOLI NAK MAINAN BOLEH?" Mata Idoli terus bersinar-sinar sambil melihat Kaizo dengan harapan, Kaizo benarkan dia beli sebuah mainan untuk bermain bersama Rizu nanti "Bolehkan abang Kaizo?"

"Bagi ajelah Kaizo. Dia kan kanak-kanak yang suka bermain tanpa perlu fikirkan masalah dunia" Muncul Lynna di belakang Kaizo "Kalau kau tak bagi, biar aku sahaja yang belikan untuk dia"

"Suka hati kaulah" balas Kaizo "Lagipun, mainan dia bertimbun dekat dalam bilik tetamu tu. Sudah jadi macam bilik mainan.. ni nak tambahkan lagi mainan baru"

"Ala, nanti dia pulang ke planet dia, mesti Idoli akan bawa balik kesemua mainan dia.. betul tak Idoli?" Lynna mengusap kepala Idoli

"Betul betul!" Idoli angguk kepala dia dan lalu dia peluk Lynna "Sayang kakak Lynna! Jom kak Lynna, kita pergi kedai mainan!"

"Jom!"

"Habislah rumah aku penuh dengan mainan nanti" mengeluh Kaizo sambil melihat Lynna angkat Picu dan letak dia atas kepala dia "Selamatlah rumah aku ni tak jadi Zoo.. kalau tidak, boleh naik stress aku" Kaizo tarik nafas dan terus tenangkan diri dia. Kening sebelah dia terangkat seketika apabila dia terdengar ketukan di pintu rumahnya

"Idoli datang!" Idoli terus berlari ke pintu rumah dan lalu dia membukanya. Belum sempat Idoli nak katakan hai, Kaizo sudah menjerit sekuat hati

"PANG! KEKASIH HATI KAU DATANG!"

"DONUT LOBAK MERAH!" Dari dapur terus ke pintu rumah, Fang berlari pecut untuk melihat kekasih hatinya iaitu donut lobak merah tetapi bukan donut yang muncul, Yaya yang muncul di pintu rumah dia "ABANG! BILA MASA KAWAN ADIK KEKASIH HATI ADIK! ABANG NI SAJA NAK BAGI ADIK MARAHKAN!" Fang menghentak-hentak kakinya untuk kembali ke dapur

"Eh Fang, mana boleh marah-marah dalam bulan Ramadhan. Kau sepatutnya bersabar bukan marah, nanti batal puasa kau"

"SUKA HATI AKU LAH!" Fang terus masuk ke dalam dapur dan sambung kemaskan dapur untuk tenangkan pemikiran dia

"Maaf yea Yaya.. dia orang tu memang macam tu, suka sangat cari pasal.. Yaya datang sini sebab apa?" tanya Lynna dengan matanya melirik ke sebuah bakul yang di jinjing oleh Yaya

"Hehehee... tapi Fang tu sepatutnya sabar dengan gurauan abang Kaizo tapi... takpelah.. Yaya datang sebab nak bagi kuih yang Yaya buat untuk kawan-kawan Yaya. Untuk kak Lynna pun ada sekali" Yaya keluarkan dua bekas plastik makanan dan di dalam bekas itu ada kuih seri muka. Lalu dia berikan kepada Lynna "Nanti kak Lynna makanlah bila buka puasa"

"Terima kasih Yaya. Nanti akak berikan kepada Fang dan abang Kaizo kuih ni ok"

"Sama-sama!" Yaya terus terbangkan diri dia untuk pergi ke rumah kawan dia yang seterusnya

"Apa yang dia berikan tu?" tanya Kaizo

"Dia bagi kuih. Jomlah kita pergi.. tapi sebelum tu, aku simpan kuih ni dekat dapur kejap" Kaizo melihat Lynna menuju ke dapur dan selepas itu dia melihat Idoli sudah menjadi seekor anak kucing. Dia sedang menjilat bulu-bulu dia yang ada kesan tepung itu

"Ada-ada aje si anak kucing ni" bisik Kaizo

-----------------------------------------------------------------------------------------------

"Hai Fang, lambat kau sampai hari ni" Boboiboy tersenyum melihat kawan dia sudah tiba di kedai Tok Aba

"Hai... aku lambat sebab sibuk kemas dapur. Si Idoli buat sepah dekat dapur, habis satu lantai penuh dengan tepung. Si pelik tu punya kerjalah, dia bagi Idoli main dengan tepung pulak" Fang terus duduk di bangku kedai Tok Aba dengan perasaan geram dia terhadap Lily "Aku rasa macam nak aje sekeh kepala si pelik tu"

"Sabar ajelah Fang" kata Boboiboy yang ada di sebelah dia

"Sekarang Fang dah ada dekat sini.. apa rancangan kita?" tanya Zakwan

"Hmm.. kita pergi main bola nak tak?"

"Tak nak lah Gopal. Kita buat sesuatu benda yang tidak memenatkan" Boboiboy rasa bosan pula kalau sepanjang hari asyik duduk dekat kedai Tok Aba sambil tengok TV sahaja "Hmm.. kita main game nak tak?"

"Game apa?" Harraz terfikir pula tentang game pengembaraan mereka sehari sebelum puasa "Game macam hari tu ke?"

"Game hantu pun best juga" Gopal terus bersemangat kalau di ajak main game, lebih-lebih lagi game Papa Zola atau game hantu "Main video game dekat rumah aku pun ok juga. Appa aku gerenti tak kan marah-marah kita orang punya"

"Game aje kau tahu.. cubalah buat perkara yang berfaedah daripada main game" Gopal terus tersengih kepada Fang

"Tapi.. kau pun ikut jugakan main game.. hehehe"

"Itu lain Boboiboy. Game tu bukan macam video game biasa. Game yang telah diberikan oleh Emmy sebelum ini adalah game yang kita sendiri boleh beraksi. Baru syok daripada duduk atas kerusi, hasilkan lemak-lemak dekat badan kita ni macam si Gopal tu, baik aku pergi main game Emmy punya. Bolehlah kita bersenam dan berfikir pada masa yang sama! Aku tiba-tiba rasa semangat pula nak main game dari makmal si Emmy tu. Apa kata kita hari ni main game dekat makmal Emmy.. mungkin kita dapat bermain game hantu lagi sekali"

"Aku ikut sahaja! Janji game" Gopal tidak berapa kisah sangat, asalkan game, dia akan ikut sertai

"Wei wei, tak naklah main game yang memenatkan diri kita. Mainlah game biasa biasa sahaja macam game uno ke, main catur ke, pergi tolong orang ke, pergi kelas mengaji ke, tolong budak-budak perempuan buat biskut raya ke, bersihkan masjid ke.." tetapi kawan-kawan Boboiboy tidak dengar kerana mereka sedang sibuk berbincang tentang sesuatu "Aduh.. membazir air liur aku aje.. wei! korang dengar tak aku cakap tadi?"

"Tak" jawab Gopal "Tapi aku setuju dengan cadangan kau"

"Aik, tak dengar tapi setuju.. macam mana tu?" Boboiboy garu-garu kepala dia kerana rasa pelik dengan ayat Gopal

"Macam ni Boboiboy. Aku tak naklah sakitkan hati kau, jadi aku pura-pura dengar dan pura-pura setuju sahaja.. hehehee" Boboiboy terus merenung tajam ke arah Gopal yang sudah tersengih tu "Jangan marah aku, Boboiboy. Aku kan kawan terbaik kau. Lepas ni kita pergi tolong sesiapa ok"

"Hmm.. suka hati kau lah, Gopal tapi aku tak marah pun dekat kau" Boboiboy turun dari bangku kerusi dia "Aku nak pergi kelas mengaji, korang nak ikut tak?"

"Aku nak ikut!" kata Harraz "Aku sudah lama tak mengaji, asyik sibuk dengan hal sekolah aje. Sekarang ni, time cuti.. adalah masa untuk aku mengaji. Esok ajelah kita main game"

"Aku pun nak ikut sekali" kata Zakwan pula

"Hmm.. korang pergilah, aku pergi tolong budak-budak perempuan buat biskut raya.. bestnya!" Gopal sudah terbayangkan pelbagai biskut raya yang telah dibuat oleh kawan-kawan perempuan dia "Bolehlah aku jadi tukang rasa"

"Makan aje tahu.. kau ni macam si Faye tu, asyik makan aje"

"Hehehe.. biarkanlah mereka, Fang. Kau nak ikut aku pergi ke masjid? Bolehlah kau dengar kita orang mengaji nanti"

"Aku takde benda nak buat, aku ikut ajelah korang.. jadi kita main esok sahajalah" Fang mengalah dan setuju sahaja dengan rancangan Boboiboy. Malam itu juga dia pergi melihat rakan-rakan islam dia pergi solat terawih. Tenang hati dia melihat keindahan dan ketenangan yang ada di masjid itu. Ayu pula dia melihat Yaya dan Bella pada malam itu, mereka berdua memakai telekung untuk pergi ke masjid. Boboiboy, Zakwan, Harraz dan Rizu ada di situ juga. Dia hanya duduk di kerusi luar masjid untuk melihat mereka solat terawih berjemaah

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokannya, Emmy sudah menghubungi mereka pada malam semalam untuk berkumpul di padang sekolah menengah Pulau Rintis. Fang bersama dengan dua orang budak kecil iaitu Rizu dan Idoli, sedang menunggu kedatangan kawan-kawan mereka yang lain. Mereka duduk bersila di tepi padang sekolah. Fang sendiri tidak tahu apa rancangan dari Emmy sebenarnya

"Itu kakak Emmy dengan robot dia" Rizu bangun dan terus melambai-lambai ke arah Emmy "KAKAK EMMY!"

"MY LITTLE PENGUIN!" Emmy melambai balik ke arah Rizu

"Hehehee.. kenapa kakak Emmy panggil abang Rizu penguin?"

"Sebab muka dia ada seiras-iras penguin atau dia secomel penguin atau abang Fang memang tak tahu kenapa dia di panggil penguin" Fang mengusap-gusap dagunya kerana fikirkan macam mana Rizu boleh dapat gelaran penguin. Adakah Rizu sebenarnya dari keturunan penguin seperti dia dari keturunan landak "Erk! Apasal aku terfikir aku dari keturunan landak pulak ni.. Ini mesti si Lily sudah bubuh racun dekat otak aku sampai aku sendiri terfikir yang aku dari keturunan landak" Berapi-api hati Fang sambil memikirkan Lily dengan jeritan nyaring dia

"Hehehe.. abang Fang ni kelakarlah" Idoli melihat sebuah robot bentuk manusia sedang menarik sesuatu dari belakang. Terdapat sebuah trolli yang ditarik oleh robot itu menggunakan tali besi. Dia atas trolli itu ada sebuah kotak besi besar. Rasa ingin tahu apa yang ada di dalam kotak tersebut, timbul di dalam hati Fang

"Emmy bawa apa tu?"

"Abang Fely kena tunggu yang lain sampai, baru Emmy beritahu apa yang ada di dalam kotak ini"

"Ala, kakak Emmy.. Idoli nak tahu.. bolehlah bolehlah bolehlah" Idoli terus bertukar menjadi seekor anak kucing. Dia geselkan badan berbulu dia di kaki Emmy "Meow meow meow meow"

"Pandai pula dia pujuk" Emmy angkat anak kucing itu dan lalu dia belai kepala anak kucing tersebut "AAAACHUMMMM! Adeh... Emmy ada alahan dengan haiwan berbulu ni"

"Kasihan kakak Emmy" Rizu ambil anak kucing tersebut dari tangan Emmy "Idoli dengan abang Pizu aje, ok"

"Wuuuu... comelnya anak berbulus ni.. hello Idoli! Idoli nak tak jadi haiwan peliharaan kakak Lily? atau jadi anak kucing angkat kepada kakak Lily! Nanti setiap hari kakak Lily bagi makanan banyak-banyak supaya Idoli jadi gemuk dan gebu.. BESTNYA!" Lily ambil Idoli dari tangan Rizu dan lalu dia peluk anak kucing itu seperti memeluk teddy bear

"Alolooo.. comelnya bila Idoli jadi kucing" Yaya mengusap kepala Idoli

"Kalau kita ikat ribbon dekat leher dia mesti comel"

"Ha ah Ying.. lagi bertambah comel si Idoli ni" kata Faye sambil menangkap gambar Idoli bersama Lily

"Heheheee... Idoli kalau boleh, jangan membesar terlalu cepat yea. Abadikanlah zaman kanak-kanak kamu wahai Idoli yang serba comel dan jangan nak ikut telunjuk perangai si potato boy ni.. kentang goreng ni memang banyak sangat minyak, asyik nak mendidih aje kerja dia.. hehehee" Fang genggam tangannya kerana terlampau geram sangat dengan Bella

"Sabar Fang, bawak bertenang.. jangan nak mengamuk" Fang menoleh ketepi, muka yang dia kenali ada di sebelah dia. Muka kawan baik dia yang sentiasa tenang dan ceria iaitu Boboiboy "Kau dah lama sampai ke?"

"Dah lama dah.." balas Fang. Gopal, Zakwan dan Harraz ada di situ juga tetapi dia rasa hairan, kenapa Mimiko dan Momoki ada di sini juga? "Emmy panggil dia orang berdua sekali ke?"

"Siapa, Fang?" tanya Boboiboy

"Alien kembar tu lerr"

"Ohhh... agaknya Emmy kot yang agak dia orang. Lagipun Mimiko dan Momoki takde buat jahat dah dekat sini" Boboiboy melihat Momoki berbual-bual dengan kawan-kawan perempuan dia kecuali Lily kerana Lily sudah sorok di sebalik pokok. Manakala Mimiko pula sedang berborak dengan Gopal. Dia sudah mengajak Gopal untuk pergi ke bazaar Ramadhan di bandar Pulau Rintis bersama tetapi keputusan Gopal, tidak tahu samada dia mahu pergi ataupun tidak

"Semua sudah ada dekat sini! EMMY AKAN MEMPERKENALKAN SUKAN KITA PADA HARI INI ADALAH QUIDDITCH! Sukan dari dunia Harry Potter!"

"WAHHH! PIZU SUKA HARRY POTTER!" Rizu meloncat-loncat kegembiraan di situ "Pizu nak main sekali boleh?"

"Boleh tapi Rizu tak takut tinggi ke nanti?" tanya Fang yang sudah bangun dari tempat duduk dia tadi "Nanti Rizu menggigil dekat atas penyapu, macam mana?"

"Takpe! Pizu akan beranikan diri demi novel dan movie tercinta! PIZU ADALAH PIZU YANG BERANI DAN KUAT! Macam abang Fang" Rizu terus peluk Fang sepuas hati "Pizu nak jadi kuat macam abang Fang"

"Macam kakak Bella tak nak ke?"

"Tak nak sebab kakak Bella suka sangat buat abang Fang marah"

"HAHAHAAA! Tengok, adik angkat aku sendiri tak nak jadi macam kau" kata Fang dengan begitu bangganya

"Oh takpe, kau tengoklah nanti.. aku akan kalahkan kau!" Bella terus paling mukanya ke arah lain "Hehehehehe... aku akan tunjukkan kehebatan aku di dalam bidang sukan"

"Aiyooo.. nak cari pasal dengan si Fang lagi ke?"

"Ha ah Ying, aku memang sentiasa tidak puas hati dengan si panas baran tu.. HAHAHAA! Tapi aku memang suka bersaing dengan dia.. HAHAHAA!" Bella gelak di situ sambil mencekak pinggang sampai orang lain pun tengok Bella semacam "HAHAHAAAAAA!"

"Macam-macam betul korang ni, asyik nak bergaduh aje"

"Ala Yaya, dulu masa darjah 6 sebelum Bella pindah ke sini.. lu pun selalu bergaduh dengan Fang apa.. sekarang ni sudah jarang nampak korang bergaduh, apa cerita?" Yaya terus diamkan diri kerana tidak tahu hendak menjawab apa "Hehehee.. tapi jangan ambik hati sangat, aku bergurau sahaja maa"

"Takdelah, mana ada ambik hati pun. Aku jarang bergaduh dengan dia sebab takde apa nak di gaduhkan. Aku hormat dia dan dia hormat aku" Yaya tersenyum di situ sambil memerhatikan Emmy membuka kotak besi dia

Mereka semua datang dekat dan mengeliling kotak besi tersebut untuk melihat apakah yang ada di dalam kotak itu. Terdapat beberapa gelung besi kecil di dalam kotak itu. Di bawahnya 14 batang penyapu dan di bawah penyapu-penyapu itu ada sebuah kotak kecil. Emmy mengambil 3 gelung besi dan lalu dia melemparkan ke hujung padang sekolah. Gelung-gelung besi itu terus terapung di udara di dalam satu barisan dan ianya menjadi besar sedikit. Dia mengambil 3 lagi gelung besi dan buat benda yang sama seperti tadi tetapi kali ini di sebelah hujung padang lagi satu. Kanan dan kiri padang itu terdapat 3 gelung besi terapung di udara. Mereka sangat kagum dengan kehebatan Emmy dan ianya seperti sebuah pertunjukkan ahli silap mata. Orang yang lalu lalang di luar kawasan sekolah pun, rasa terpegun seketika. Mereka ingin melihat apa yang berlaku nanti. Ada yang sudah memasuki kawasan sekolah. Mereka hanya duduk bersila di tepi-tepi padang dan menunggu apa yang akan berlaku sebentar nanti

"Baiklah, Emmy akan bahagikan kita semua kepada 2 pasukan. Dalam pasukan itu terdapat 7 orang!"

"Tapi Emmy, macam mana kita nak bahagi-bahagikan kita semua? Nanti ada juga yang berlaku tidak adil"

"Betul tu abang Baik" Apa yang di maksudkan oleh Emmy tadi ialah abang Boboiboy "Jadi Emmy telah sediakan beberapa kertas yang sudah dilipat, ada dua warna di dalam kertas itu. Biru dan merah. Jadi korang kenalah ambil satu sahaja kertas tapi jangan buka dulu" Satu per satu kertas itu sudah di ambil mereka kecuali Idoli. Dia masih lagi di dalam pelukan Lily. Kertas terakhir adalah untuk Emmy sendiri

"Sudah boleh buka ke?" tanya Fang

"Sudah!" Emmy melihat reaksi mereka terlebih dahulu sebelum dia membuka kertas dia

"Lily pasukan merah! My BBB-CHAN pasukan mana?" Lalu Boboiboy tunjuk kertas dia dan terus Lily menangis di situ "UWAAAA! Tak sama pasukan dengan my BBB-CHAN"

"Jangan risau bunga hati ku, Momoki akan menjaga bunga Lily kerana kita adalah pasukan yang sama"

"ERK!" Lily terus larikan diri bersama Idoli di dalam dakapan dia. Entah ke mana dia lari, semua tidak tahu

"Adeh, apasal lah aku sama pasukan dengan si pelik dan si kasanova tu" Fang menepuk dahinya sendiri "Siapa lagi pasukan merah?" Hanya Yaya, Harraz, Momoki dan Faye yang angkat tangan "Emmy pasukan apa?"

"MERAH! EMMY SAMA PASUKAN DENGAN ABANG FELY FELY!"

"Alaaaaaaaaa... Pizu tak sama pasukan dengan abang Fang" Rizu tunjuk kertas dia kepada Fang. Dia di dalam pasukan biru bersama Boboiboy, Ying, Gopal, Bella, Zakwan dan juga Mimiko "Tapi Pizu tak nak kalah dengan pasukan abang Fang.. hehehehe tapi Pizu tahu, yang kakak Bella akan bermain dengan ganas di dalam permainan ini!"

"Betul tu Rizu! Kakak Bella akan ajar si landak tu sepuas-puasnya! HAHAHAHAAA!"

"Eleh, boleh ke kalahkan pasukan aku?" Fang mengangkat kening sebelah sambil tersenyum sinis

"Boleh aje sebab pasukan aku ada Zakwan" kata Bella dengan berlagaknya "Oh yea, jangan lupa Boboiboy dan Gopal. Dia orangkan ahli pasukan bola sepak yang handal.. hehehehe"

"Eleh, kita tengoklah nanti siapa akan menang" Fang dan Bella bertentangan mata. Kawan-kawan mereka hanya mampu gelengkan kepala sahaja

"Memang kuat betul persaingan dia orang. Lagi kuat daripada kau dan Fang dulu" kata Yaya kepada Boboiboy

"Kau pun apa kurangnya, suka bersaing dengan Ying. Masing-masing tak nak mengalah dan tetap nak dapatkan nombor satu.. hehehehe... kalau kau dengan Fang bersaing, apalah akan terjadi nanti" Boboiboy hanya dapat bayangkan Fang akan berlagak kerana dapat kalahkan saingan dia dan Yaya pula, akan beredar dan sedikit merajuk dengan Fang "Itu ajelah kot yang aku dapat bayangkan"

"Apa yang Boboiboy bayangkan tu?" Lily sudah pun kembali di situ "Adakah Boboiboy bayangkan yang Lily ada di dalam bayangan Boboiboy itu.." Dia terus bayangkan diri dia dan Boboiboy menari di istana awan "Bestnya"

"Err... rasanya kita perlu mulakan permainan kita sekarang" Emmy mengeluarkan satu per satu penyapu di dalam kotak besi itu. Penyapu itu akan di tunggang oleh mereka dan mereka akan terbang di udara untuk bermain dengan permainan sukan tersebut. Selepas itu Emmy keluarkan sebuah kotak kayu dan lalu dia membukanya. Terdapat 4 bola di dalam kotak itu. Satu bola dalam size bola sepak, dua bola sizenya kecil daripada bola tadi dan satu lagi bola yang sizenya seperti kacang walnut

"WUUUUUU! BOLA BOLA!"

"Wei pelik, kau tak pernah tengok bola ke?"

"Pernah! Bola api Blaze, bola angin Taufan, bola tanah Gempa, bola akar Thorn, bola pedang Halilintar, bola cahaya Solar.. apa lagi yea.. bola bola bola bola bola" Fang terus ketuk kepala Lily dengan penyapu "HAH! BEBOLA AIR ICE! YEAHHH! Terima kasih landak sebab ketuk kepala Lily"

"Cheh, ingatkan nak menangis tadi.. rupanya bukan" bisik Fang

"Ok ok... Emmy sekarang explain apa kegunaan bola-bola ini. Bola pertama adalah bola Quaffle.. tiga Chaser akan jaringkan gol ke dalam gelung tersebut.. tak kisahlah mana-mana pun. Satu goal dapat 10 markah" Emmy tunjuk bola bersize bola sepak itu. Seterusnya dia angkat sebuah bola sizenya lebih kecil dari bola tadi "Ini adalah Bludger. Dua orang Beater akan melindungi rakan-rakan pasukannya daripada bola ini. Jadi mereka boleh menghantar bola bludger ini untuk menghalang pasukan lain dengan menggunakan kayu ini" Emmy tunjuk 4 batang pemukul kayu. Bola tadi, dia simpan balik ke dalam kotak tersebut

"Wuuu.. boleh main ketuk-ketuk kepala orang.. hehehehee... sesuai untuk landak ni" Lily bayangkan dia sedang ketuk anak patung landak. Fang menahan kemarahan dia sambil menggenggamkan tangannya

"Bola terakhir sekali adalah bola yang di panggil bola snitch" Emmy angkat sebuah bola dalam bentuk kecil, lebih kecil dari bola tadi. Warnanya keemas-emasan. Lalu sepasang sayap keluar dari bola tersebut "Pemain Seeker akan mencari bola ni, siapa yang dapat tangkap bola ini.. pasukan mereka akan menang! Tapi Seeker ini perlulah mempunyai mata yang tajam sebab bola ni akan terbang laju.. hehehhee... dan ahli pasukan yang terakhir adalah Goalkeeper. Seperti biasa, dia akan menjaga tiang goal. Kiranya dia macam penjaga goal bola sepak.. ok, itu sahaja tentang permainan Quidditch dan posisi mereka.. sekarang kita cuma pilih siapa di posisi mana"

Mereka faham dengan penerangan Emmy tadi kerana semuanya pernah menonton atau membaca novel Harry Potter. Jadi Emmy tidak perlu menerangkannya lagi sekali. Mereka berpecah mengikut kumpulan masing-masing untuk bincangkan posisi mereka. Fang bersama ahli-ahli pasukan dia iaitu Yaya, Emmy, Momoki, Lily, Faye dan Harraz berdiri jauh sedikit daripada pasukan biru, untuk bincangkan posisi masing-masing. Semua pandang Fang kerana mereka anggap Fang adalah ketua kapten pasukan mereka. Dia menjadi lebih suka menjadi seorang kapten

"Baiklah, Emmy.. kau paling kecil dan aku yakin, kau dapat mengejar bola Snitch tu dengan pantas sekali"

"Baik abang Fely!" Emmy berikan tabik kepada Fang

"Errmm.. aku tak yakin yang Harraz yang boleh jadi Chaser, jadi kau dan Lily jadi Beater"

"Wuuuu.. Lily boleh main ketuk-ketuk dan pukul-pukul orang" Lily terus teruja dengan posisi dia "Lily lebih rela ketuk orang daripada tangkap orang ataupun bola! Karang tak pasal-pasal tertangkap MY BBB-CHAN!"

"Wei, kau jangan nak pepandai ketuk orang ok.. kau pergi pukul bola Bludger dan halang pasukan Biru! Jangan nak lembut sangat depan Boboiboy"

"Baik kapten landak" kata Lily tetapi hati dia tetap nak berlembut dengan Boboiboy "Harraz, kita akan menjadi Beater yang terhandal ok!"

"Err.. ok" balas Harraz sambil tersengih

"Faye dan Yaya.. korang jadi Chaser dan Momoki... kau jadi Goalkeeper. Semua setuju dengan posisi masing-masing?"

"Setuju kapten landak!" jawab mereka semua sambil tergelak kecil. Berapi-apai hati Fang apabila dia di panggil kapten landak. Sedang mereka melihat Fang yang cuba menahan diri dia daripada mengamuk atau marah-marah, di pasukan Biru pula, Boboiboy telah dilantik sebagai ketua kapten pasukan biru

"Apa posisi kita orang, Boboiboy?" tanya Ying

"Ok, Gopal jadi goalkeeper sebab kau memang handal dalam posisi tu" Gopal terus bangga dengan diri dia. Boboiboy sambung balik "Aku, Bella dan Zakwan akan jadi Chaser. Lagipun pasukan merah tiada siapa yang handal dalam sukan, kecuali si Fang tu. Rizu jadi Seeker. Ying dan Mimiko jadi Beater. Ok?"

"OK!" kata mereka semua

"Semua sudah siap berbincang?" Emmy muncul di situ

"Sudah Emmy" balas Boboiboy

"Ok, sekarang kita mulakan permainan kita tapi jangan lupa penyapu korang yea.. heheehe.. eh kejap, siapa nak jadi pengadil yea" Emmy melihat kanan kiri dia tetapi setiap kawan-kawan dia sudah ada posisi masing-masing. Kalau boleh, dia nak Papa Zola jadi pengadil tetapi Papa Zola tiada di situ pula. Yang ada pun Prode dengan Adudu di tepi padang untuk menyaksikan pertandingan Quidditch tersebut

"ABANG ROBOT!" Emmy memanggil Probe sambil melambai-lambai tangannya kepada Probe

"EMMY! MY BEST FRIEND!" Adudu terus ketuk kepala Probe dengan tin cawan dia "ADEH ADEH ADEH! JANGAN ENCIK BOSS! ENCIK BOSS TETAP BEST FRIEND SAYA JUGA!"

"BEST FRIEND APA KEBENDANYA! KAU TU ROBOT SETIA AKU! BOLEH PULA KAU PERGI BERKAWAN DENGAN MUSUH KEPADA MUSUH AKU! AMBIK NI AMBIK NI AMBIK NI AMBIK NI!" Adudu masih tidak berpuas hati, dia teruskan dengan ketukan dia terhadap robot kesayangan dia yang suka buat hal tetapi mempunyai hati yang baik dan sentiasa setia dengan encik bossnya

"Err... cari orang lainlah macam ni" Emmy mencari orang yang sesuatu untuk mencari pengadil. Semua manusia yang ada di situ, semuanya dia tidak begitu kenal "Ala, tak kan nak suruh si Idoli pula jadi pengadil"

"Takpe, biar aku sahaja yang jadi pengadil" Muncul Kaizo bersama Lynna dan makhluk hijau mereka iaitu Picu. Mulut Picu penuh dengan sebiji strawberry yang dia sedang kunyah di atas kepala Lynna. Mata dia asyik pejam kelip pejam kelip sahaja "Aku akan berikan keadilan terhadap perlawanan itu. Kepada sesiapa yang main taktik kotor, aku akan hukum orang itu" Emmy terus tersenyum lebar kerana dia setuju sangat dengan pengadil yang garang seperti singa

"YEAH! ABANG BERUANG JADI PENGADIL! JOM SEMUA! KITA BOLEH MULAKAN PERMAINAN KITA! AMBIK PENYAPU KORANG!"

Satu demi satu, penyapu itu telah diambil oleh setiap ahli pasukan merah dan biru. Penyapu itu adalah rekaan khas dari Emmy sendiri. Penyapu yang dapat terbangkan mereka ke udara. Begitu juga dengan bola bludger dan bola snitch, supaya bola-bola itu dapat terbang di udara. Pakaian mereka sudah ditukarkan oleh Faye sendiri dengan menggunakan alat dia. Ahli pasukan merah berwarna merah dan pasukan biru, berwarna biru. Kaizo mengangkat kening sebelah kerana dia tahu, diri dia terpaksa menunggang penyapu tersebut untuk terbang ke udara. Lynna hanya tergelak kecil melihat Kaizo yang tidak begitu setuju dengan cara permainan mereka menggunakan penyapu untuk terbang. Di dalam pemikiran dia, kenapa tidak gunakan jet bagpack atau gunakan sayap bermesin ke atau apa-apa sahaja selain daripada penyapu itu. Berkerut-kerut dahi Kaizo

"Idoli duduk diam-diam dekat belakang penyapu kakak Lily ok" Lily letak seekor anak kucing di bahagian belakang penyapu tetapi Idoli melompat keluar dari penyapu itu dan terus berubah menjadi manusia kucing balik "Erkk.. kenapa?"

"Idoli nak duduk dekat sini dengan kakak Lynna dan Picu.. kakak Lily pergilah main"

"Ok!" Lily terus menunggang penyapu dia. Idoli pergi duduk bersila di sebelah Lynna. Dia rasa pelik kenapa Probe ada di sebelah Lynna tetapi dia abaikan sahaja

Kaizo sudah pun terbang dengan penyapu dia. Bola quaffle ada di tangan beliau dan dia sudah bersiap sedia untuk baling bola tersebut. Kedua kumpulan juga sudah bersiap sedia. Boboiboy dan Fang bertentang mata dengan senyuman sinis mereka kerana sudah tidak sabar untuk kalahkan persaingan mereka. Kaizo melihat pasukan merah di sebelah kiri dan pasukan biru di sebelah kanan dia. Dua-dua pasukan sudah memasang muka yang serius seperti dia, kecuali seorang sahaja yang buat muka ceria iaitu Lily

"Baiklah, jangan nak gunakan kuasa kamu dan main dengan elok" Lalu Kaizo melambung bola quaffle itu ke atas.

Boboiboy dan Fang memecut untuk mendapatkan bola itu. Bola bludger telah di lepaskan oleh Lynna. Begitu juga dengan bola snitch yang sudah terbang pergi. Bola bludger mencari mangsa-mangsanya tetapi dengan adanya dua pasangan Beater pada setiap pasukan, mereka dapat menghalang bola itu. Berbalik kepada bola quaffle tadi, Fang berjaya mengambil bola itu dan sekarang ianya ada di tangannya

"FAYE! BELLA! PERGI KE DEPAN!" Fang pecut ke hadapan untuk terus pergi ke tiang goal atau goal terapung sebab tiada tiang. Yaya memecut untuk memintas Fang supaya dia dapat menyambut balingan bola dari Fang nanti. Faye jaga di belakang kerana Bella sedang mengejar sepupu dia dari belakang tetapi Bella begitu pantas sekali mengawal penyapu dia

"FANG! HATI-HATI!" Fang menoleh kebelakang apabila dia terdengar jeritan dari Faye tadi

"Cheh! Dia tengah kejar aku!" Fang tidak sedar bahawa Zakwan ada di sebelah kanan dia dan Boboiboy di sebelah kiri dia. Mereka cuba mengepung Fang "YAYA! SAMBUT!" Fang melemparkan bolanya ke arah Yaya tetapi sebuah bola bludger meluru di hadapan Yaya dengan begitu pantasnya. Yaya tidak dapat sambut bola tersebut. Bola itu telah di sambut oleh Bella yang sudah memecut ke hadapan dengan pantasnya

"BELLA! CEPAT BERIKAN GOAL PERTAMA UNTUK PASUKAN KITA!"

"OK!" balas Bella kepada Boboiboy. Dia menggelakan dirinya daripada Yaya yang ingin mencuba merampas bolanya dari pelukan sebelah tangannya

"Aku tidak akan benarkan dia jaringkan goal!" Fang dengan begitu gigihnya, dia ingin menghalang jaringan goal pertama dari pasukan biru. Dia terus memecut untuk mengejar Bella. Mimiko pukul sebuah bola bludger untuk menghalang Fang daripada mengejar Bella

"BELLA! BELLA! BELLA! BELLA!" Para penonton sudah berdiri kerana mereka ingin melihat Bella memberikan goal pertama. Mereka berteriakan di tepi-tepi padang. Aksi permainan Quidditch mereka penuh dengan debaran dan sangat memukau

Bola bludger tadi terlanggar kayu batang penyapu Fang di bahagian belakang. Penyapu dia terhenti sedikit sebelum dia dapat terus mengejar Bella. Harraz tidak sempat untuk memukul bola bludger yang melanggar Fang tadi. Faye dan Yaya tidak mahu mengalah juga. Mereka berdua pergi menolong Fang. Mereka bertiga mengejar Bella yang sudah hampir dengan tiga gelung besar dan Momoki sudah bersiap sedia untuk menghalang jaringan goal dari Bella. Tanpa di sedari oleh para chaser pasukan merah, Boboiboy ada di belakang mereka. Bella tahu Boboiboy ada di situ, lalu dia pusing dan terus baling ke arah Boboiboy. Bola itu berjaya di sambut oleh Boboiboy dan secara pantasnya, bola itu di lempar lagi dan kali ini ke arah Zakwan yang berada di sebelah kanan. Fang, Yaya, dan Faye tidak dapat menyambut bola laju itu kerana semuanya bergerak begitu pantas. Lily dan Harraz terpinga-pinga di situ kerana bola bludger asyik di kawal oleh Ying dan Mimiko. Mereka berdua begitu pantas sekali untuk menghalang pasukan Merah. Zakwan menyambut bola tadi dan lalu dia melempar bola itu untuk terus masuk ke dalam gelung terapung itu. Momoki memecut penyapunya untuk menghalang bola itu masuk ke dalam gelung tersebut tetapi bola itu begitu pantas sekali dan pasukan biru berjaya mendapatkan goal pertama mereka

"GOALLL!"

"10 MARKAH UNTUK PASUKAN BIRU!" kata Idoli dengan mikrofon dia. Lynna rasa pelik pula, dari mana mikrofon itu datang tetapi dia tidak bertanya kerana para penonton dan para pasukan biru bersorak di situ kerana berjaya menjaringkan goal mereka

"Nampaknya pasukan merah tidak begitu puas hati, abang Fang berjaya menangkap bola yang di baling oleh abang Momoki tadi-" Mikrofon itu telah di rampas oleh Probe "ALA!"

"Bagilah abang robot bercakap pula.. abang robot sudah lama tak jadi host ni.. hehehee.."

"Ok" kata Idoli dengan gembiranya

"Baiklah, nampaknya landak begitu marah sekali dengan jaringan goal tadi. Dia terus memecut ke goal terapung dia yang telah di jaga oleh goalkeeper pasukan biru iaitu Gopal untuk merampas bola tersebut. Agaknya, kenapa Gopal jadi goalkeeper bukan Chaser atau Beater? Mungkin kapten Boboiboy tahu penyapu itu tidak dapat menapung keberatan badan Gopal.. hehehee"

"Cheh, sempat lagi dia kutuk aku!" bisik Gopal yang sedang marah terhadap Probe

Fang melihat kiri dan kanan dia. Bella dan Zakwan mengejar dia. Fang mencari ahli pasukan dia iaitu Faye dan Yaya. Mereka berdua berada di belakang untuk menghalang Boboiboy yang cuba mengejar Fang. Lily tidak tahu samada dia perlu pukul bola bludger yang sedang datang ke arah dia untuk menghalang Boboiboy atau dia patut abaikan sahaja tetapi jawapan dia sudah dijawap kerana Harraz sendiri yang perlu uruskan. Bola bludger itu tidak terkena Boboiboy tetapi hampir terkena kepala Bella. Selamat dia tunduk dan bola itu terus terbang ke tempat lain. Emmy dan Rizu masih lagi mencari bola snitch yang kecil itu. Rizu berpusing-pusing dengan penyapunya di udara. Emmy sedang sibuk mencari bola kecil itu, kemana ianya terbang, dia tidak tahu tetapi dia tidak mahu mengalah

"Lily buat pertama kalinya berjaya menghalang Zakwan untuk mengambil bola itu dari si landak panas baran. Landak menghantar bola itu kebelakang dan Yaya menyambut bola itu dengan cukup bergaya sekali. Yaya terus maju ke depan, adakah dia akan berjaya menjaringkan goal pertama buat pasukan merah ataupun tidak? Nampaknya Bella muncul di hadapan Yaya untuk merampas bola itu. Tetapi Yaya sudah baling bolanya ke arah Faye dan Faye berjaya menyambut bola tersebut" Para penonton begitu gemuruh sekali melihat perlawanan Quidditch ini. Probe terlampau teruja sehingga dia terlepas pandang apa yang berlaku terhadap Emmy dan Rizu

"Abang robot.. tengok kakak Emmy dan abang Rizu" Idoli tunjuk ke arah Emmy dan Rizu yang sedang memandu penyapu mereka bersebelahan sesama sendiri

"Eh.. ada sesuatu yang menarik. Nampaknya Seeker Emmy dan Rizu sudah menjumpai bola snitch itu. Adakah salah satu daripada mereka dapat menangkap bola tersebut atau sebaliknya. Emmy lebih pantas daripada Rizu tetapi Rizu tidak akan mengalah... EH EH.. FAYE SEDANG CUBA MENJARINGKAN GOAL UNTUK PASUKAN MERAH. ADAKAH DIA AKAN BERJAYA!" Para penonton terus melihat Faye. Ada yang masih lagi menyaksikan Emmy dan Rizu kerana mereka tidak mahu melihat aksi mereka berdua. Manalah tahu salah satu daripada mereka, dapat tangkap bola snitch itu

"Faye kekalkan kedudukan dia. Si landak ungu berjaya menghalang Zakwan yang cuba ingin merampas bola itu dari tangan Faye... FAYE BALING BOLA ITU TETAPI GOPAL DAPAT SELAMATKAN BOLA ITU!"

"TIDAKKKKKK!" Jerit Fang di situ

"Landak semakin geram kerana balingan Faye tadi tidak berjaya. Gopal memang handal dalam menjadi goalkeeper.. hehehee.. baiklah, Gopal melempar bola itu terus ke pasukannya tetapi Fang seperti biasa, dia berjaya menyambut bola itu sebelum Boboiboy dapat tangkap.. landak sudah memecut dengan penyapu dia. WAH! LANDAK NAMPAK SANGAT MARAH! DIA PERGI TOLAK ZAKWAN YANG CUBA MERAMPAS BOLA ITU! DAN AKHIRNYA LANDAK SUDAH BERADA DI GOAL GELUNG TERAPUNG! ADAKAH LANDAK AKAN BERJAYA? MARI KITA SAKSIKAN..."

Fang terus melempar bolanya ke arah gelung itu. Gopal tidak dapat menghalang kelajuan bola tersebut dan akhirnya bola itu merentas masuk ke dalam gelung goal di sebelah kiri

"GOAL UNTUK PASUKAN MERAH!" Para penonton menjerit-jerit dengan jaringan goal Fang tadi. Makin lama makin ramai menyaksikan perlawanan itu, ada yang dapat duduk di luar kawasan sekolah sahaja kerana tepi-tepi padang sudah penuh dengan orang "Gopal baling bola tadi dan Fang lagi sekali dapat menyambut bola itu dengan begitu ganas sekali. Boboiboy rasa geram pula dengan kapten pasukan merah itu.. apa nak jadi dengan landak ni.. isk isk isk.. Bella dan Zakwan bertindak cepat untuk menghalang kapten pasukan merah yang sudah merah kemerahan sebab terlampau marah sangat.. sabar landak sabar.. inikan bulan puasa, kenalah banyak bersabar"

Fang baling bola quafflenya ke arah Yaya dan Yaya terus baling balik ke arah Fang sambil terbang menuju ke arah goal terapung itu. Faye ada di belakang mereka. Lily dan Harraz hanya memerhatikan Yaya dan Fang bertindak untuk memberikan jaringan goal kedua untuk pasukan merah

"WAH! Landak dan Yaya berkerjasama. Lily dan Harraz jadi tukang tengok sahaja.. Boboiboy tidak mahu mengalah.. dia macam nak gunakan kuasa 7 dia sahaja tapi kena ingat, sekali guna kuasa, pedang tenaga Kapten Kaizo akan jadi makanan dia.. heheheee... Si panas baran baling ke arah Faye, Zakwan cuba untuk menangkap bola itu tetapi Harraz memberikan pukulan hebat dekat bola bludger untuk menghalang Zakwan. Faye berjaya menyambut bola itu... DAN AKHIRNYA... GOALLLL! GOPAL GAGAL MENGHALANG GOAL KEDUA DARIPADA FAYE!" Sorakan dari pasukan merah terus membuatkan Emmy bersemangat untuk mencari bola snitch

Para penyokong pasukan merah meloncat-loncat di tepi padang dan juga di kawasan luar sekolah. Mereka menjerit-jerit name Faye dengan gembiranya tetapi perlawanan itu masih belum berakhir lagi

"Bella berjaya menangkap bola dari balingan Gopal tadi. Dia berpusing untuk pergi ke goal terapung pasukan biru... tetapi si landak sempat lagi marah-marah dekat si pelik kerana tak tolong dia tadi.. adeh, apa nak jadi si panas baran ni.. tapi akhirnya, kepala dia kena ketuk dengan abang kesayangan dia"

"KAD KUNING UNTUK KAU!"

"ABANG! INI BUKANNYA BOLA SEPAK!"

"GOALLLLL!" Fang terkejut. Dia pusing dan melihat Bella sedang meraihkan kejayaan dia menjaringkan goal kedua buat pasukan biru

"Begitu mudah sekali goal tersebut. Sampai godaan dari si Momoki tidak dapat menggoyahkan Bella... senyuman Momoki tadi amat menggodakan, sampai saya sendiri pun terpukau dengan senyuman beliau" Probe makin lama makin tinggi dia terbang seban nak saksikan perlawanan itu dengan lebih dekat "Momoki melemparkan bolanya ke arah Faye.. Ying dan Mimiko bertindak untuk menghantar bola bludger ke arah Faye tetapi Faye sempat melempar bola quaffle ke arah Yaya.. mereka kini bertindak untuk baling bola quaffle ke arah Fang yang sudah tunggu di hadapan goal terapung"

"Wei.. yang kau makin dekat dengan aku kenapa?" Probe tersengih kerana dia ada di sebelah Fang. Lalu dia terbang jauh sedikit

"Maaf yea.. mari kita pergi interview dengan Seeker dari pasukan merah" Probe terus terbang di sebelah Emmy yang sibuk mencari bola snitch "Macam mana dengan pencarian kamu?"

"Err... agar sukar untuk mencari bola ni tapi..." Emmy melihat tin besi datang meluru ke arah Probe dan lalu terkena kepala besinya

"ADOI!"

"ORANG TENGAH NAK BERLAWAN! KAU TU SIBUK NAK INTERVIEW KENAPA? PERGILAH CERITA APA YANG BERLAKU TU!"

"Maaf encik boss! Baiklah.." Probe terbang jauh sedikit "Bola quaffle ada di dalam genggaman Yaya.. dia baling bola itu ke arah Fang dan Fang baling ke arah Faye.. Bella cuba hendak merampas bola itu tetapi Faye telah pun baling bola itu ke arah Yaya balik... OH TIDAK! ZAKWAN BERJAYA MENANGKAP BOLA ITU... Dia sedang memecut ke arah goal terapung. Dia berjaya memintas Fang.. Lily menghantar bola bludger yang sedang mengganas itu ke arah Zakwan tetapi Boboiboy korbankan diri dia demi pasukan biru dia. Inilah dia kapten yang boleh dikatakan kapten, bukan macam kapten panas baran tu.. tahu nak menang aje" Lalu Fang mengambil sebatang kayu pemukul dari tangan Harraz dan dia terus pukul bola bludger untuk kenakan Probe

"ADOI! Sakitlah... habis kepala tuan hamba ni... adeh... baiklah, bola itu sudah berada di dalam posisi Bella... saya tak sempat nak tengok apa yang berlaku tadi sebab si panas baran cederakan kepala besi ku.. NAMPAKNYA BELLA TELAH MENJARINGKAN GOAL KETIGA! GOAL GOAL GOAL UNTUK PASUKAN BIRU! bak pepatah Lily.. WUUUUUUU... LANDAK MENGAMUK" Memang benar, Fang sedang mengamuk di atas penyapunya "Momoki baling bola itu dan Fang berjaya menangkap bola itu sebelum jatuh ke atas tangan Boboiboy. Dia sudah memecut ke arah goal terapung. Gopal sudah bersiap sedia... Faye dan Yaya berada di kanan kiri Fang.. mereka ingin membantu Fang untuk menambahkan goal tetapi Fang seperti abaikan pasukan dia... Mimiko memberikan hantaran bola bludger tetapi Fang sempat tunduk... Fang begitu marah sekali, lalu dia baling bola itu.. ADAKAH GOPAL DAPAT MENANGKAP BOLA ITU ATAU BOLA ITU AKAN MENGIKAT SERI 30 SAMA DENGAN PASUKAN BIRU NANTI? OH TIDAK..."

"HAHAHAA! Ingat aku ni lemah sangat" Gopal berjaya menangkap bola itu

"Nampaknya Fang gagal berikan markah untuk pasukan dia tetapi ianya tidak berhenti di situ kerana FANG BERTINDAK LAGI! DIA BERJAYA MENANGKAP BOLA ITU DARI BALINGAN GOPAL TADI. YING CUBA MENGHALANG FANG DENGAN HANTARAN BOLA BLUDGER TETAPI GAGAL. EH.. MIMIKO BERJAYA MENGHALANG FANG DAN BOLA QUAFFLE ITU TERLEPAS DARI TANGAN FANG! BELLA MENYAMBUT BOLA ITU DAN TERUS KE GOAL TERAPUNG PASUKAN DIA... MOMOKI PERLU MENGHALANG BELLA, KALAU TIDAK.. 40 MARKAH UNTUK PASUKAN BIRU! Faye dan Yaya sudah memintas Bella. Zakwan dan Boboiboy berada di kanan kiri Bella untuk membantu dia. Si landak sedang mengejar Bella dari belakang. Bella melemparkan bolanya dari jarak jauh untuk masuk ke dalam gelung goal dia. MOMOKI CUBA MENGHALANG TETAPI MIMIKO TELAH MENGHANTAR BOLA BLUDGER KE ARAH KEMBAR DIA.. dan.. dan.. GOAL! 40 MARKAH UNTUK PASUKAN BIRU!"

Picu melompat-lompat di atas kepala Lynna kerana terlampau teruja sangat dengan perlawanan itu. Ramai penyokong pasukan biru menjerit-jerit nama Bella kerana kehebatan Bella amat mengagumkan

"Alamak.. tuan Momoki sudah mengamuk kerana tindakan keganasan dari adik kembar dia.. RAMBUT DIA BERUBAH MENJADI PUTIH KERANA TERLAMPAU MARAH SANGAT! OH TIDAKKK! Zakwan menyerang goal terapung lagi.. dia telah melemparkan bolanya ke arah goal itu TETAPI MOMOKI BERJAYA MENENDANG BOLA ITU DAN DAN DAN..." Bola quaffle itu terus masuk ke dalam goal pasukan merah "GOALLL UNTUK PASUKAN MERAH! 30 MARKAH UNTUK PASUKAN MERAH! Dasyat juga tendangan Momoki tadi, sampai boleh tendang masuk goal.. isk isk isk.. pengajarannya di sini, jangan buat Momoki marah" Probe berpusing-pusing kerana goal dari Momoki yang amat memukau tadi. Ramai yang tergaman seketika, selepas itu mereka menjerit sekuat hati

Suasana di padang sekolah itu amat gemuruh sekali. Sorakan dari para penyokong pasukan merah amat dasyat sekali. Masing-masing ingin melihat pasukan mereka menang tetapi perlawanan ini amat mendebar-debarkan, sehingga para pembaca menggigit kuku masing-masing. Idoli tidak tahu pasukan mana yang dia patut sokong kerana kedua-dua pasukan itu sama hebat. Lynna memberikan sokongan dia kepada kedua-dua pasukan

"Si panas baran cuba hendak berikan goal lagi kepada pasukan dia. Bola quaffle berada di bawah pelukan dia. Jangan ada bau ketiak dia sudah.. hehehee... Fang melemparkan bola itu ke arah Yaya dan Yaya melempar ke ara Faye tetapi bola itu berjaya di rampas oleh Boboiboy. Lily seperti mahu menyerang Boboiboy tetapi muka dia begitu takut-takut sekali kerana hati dia amat tertarik dengan gaya Boboiboy di atas penyapu terbang itu. Nampaknya kapten pasukan rumah merah terpaksa mengetuk kepala Lily... hehehehe... kasihan kamu yea, Lily" Probe tergelak sedikit

"Adeh.. sakitnya kepala ni" Lily terus sambung terbang untuk mencari mangsa seterusnya

"Boboiboy telah dikejar oleh Faye dan Yaya. Bella ada di depan Boboiboy.. Boboiboy menghantar bola itu ke arah Bella TETAPI FANG MUNCUL UNTUK MENANGKAP BOLA ITU! DIA BERJAYA DAN TERUS PUSING UNTUK KE GOAL TERAPUNG DIA! BELLA BEGITU GERAM SEKALI.. DIA MENGEJAR FANG BERSAMA DENGAN BOBOIBOY! EH EH EH EH... FANG BALING BOLA ITU DARI JARAK JAUH DAN FAYE MEMECUT DAN MEMINTAS FANG UNTUK TENDANG BOLA ITU MASUK KE DALAM GOAL! GOPAL GAGAL MENYELAMATKAN BOLA ITU! 40 MARKAH UNTUK PASUKAN MERAH!"

"Yes! Kita sudah seri dengan mereka" kata Fang kepada Yaya

"Tapi dia orang mesti akan lawan balik"

"Takpe Yaya, selagi Emmy sudah dapat tangkap bola snitch tu, kita akan menang.. jadi kita jangan mengalah"

"Ok!" Yaya terus terbang ke tempat lain

"Bella tidak begitu puas hati nampaknya kerana markah dia sudah sama dengan markah pasukan merah. Gopal baling bola itu ke arah Boboiboy. Di sambut baik oleh kawan baik dia sendiri. Fang ada di situ, dia sudah bersiap sedia untuk merampas bola tersebut tetapi Ying dan Mimiko juga sudah bersiap sedia untuk menyerang pihak lawan mereka. Boboiboy bergerak begitu perlahan sekali... adakah ini taktik terbaru dari dia? Atau penyapu itu kehabisan minyak? heheehee... Bella telah memintas Boboiboy dan bola itu melempar ke arah Bella. Faye sedang menunggu di depan goal terapung pasukan biru. Bella bergerak begitu laju sekali. Zakwan ada di sebelahnya dan Fang mengejar mereka bersama dengan Yaya. Harraz menghantar bola bludger untuk perlahankan Bella tetapi gagal. Bella telah pun memandu penyapunya dengan begitu laju sekali dan dia sudah menghampiri goal terapungnya. Rambut Momoki masih lagi berwarna putih, dia masih tengah marah tu.. hehehe... BELLA MEMBUAT BALINGANNYA TETAPI BOLA ITU TERUS DI HENTAM OLEH MOMOKI! DIA BERJAYA MENAMPAR BOLA ITU BEGITU GANAS SEKALI DAN DAN DAN... GOAL LAGI SEKALI DARIPADA MOMOKI! Fuh... nampaknya Momoki ni memang amat berbahaya sekali.. dia telah berikan 50 markah untuk pasukannya"

"Isk, tak boleh jadi ni.. macam mana nak melepasi goal kita dari Momoki?"

"Takpe Boboiboy.. aku akan cuba menggoda dia sehingga rambut putih dia tu pulih kepada rambut asal dia" Bella tersenyum sinis

"Jangan kau yang termasuk dalam perangkap dia sudah" Zakwan tidak begitu yakin sangat dengan rancangan Bella. Tiba-tiba mereka terdengar jeritan nama Emmy dan Rizu

"EMMY! EMMY! EMMY!"

"RIZU! RIZU! RIZU! RIZU!"

"Apa terjadi ni?" Boboiboy melihat Emmy dan Rizu sedang mengejar sesuatu yang kecil. Mata tajam Boboiboy melihat bola kecil itu iaitu bola snitch

"Kita alihkan perlawanan kita ke arah Emmy dan Rizu" Probe melihat kedua mereka sedang panjangkan tangan masing-masing untuk menangkat bola snitch itu "NAMPAKNYA EMMY MEMINTAS RIZU.. EH, RIZU TELAH MEMINTAS EMMY PULA... OH TIDAK, EMMY PULA MEMINTAS RIZU.. MEREKA BERDUA SEDANG BERLUMBA UNTUK DAPATKAN BOLA ITU TETAPI SIAPAKAH YANG AKAN BERJAYA NANTI? ADAKAH EMMY ATAUPUN RIZU?"

"Cepat Emmy.. tamatkan perlawanan ini" bisik Fang yang sudah berhenti untuk melihat Emmy sedang bersaing dengan Rizu

"GO RIZU GO! GO RIZU GO!" Bella terus berikan semangat kepada Rizu

"CEPAT RIZU!" Ying tidak sabar untuk melihat pasukan dia menang tetapi dia takut juga kalau Emmy berjaya menangkap bola itu "RIZU! CEPAT CEPAT!"

"EMMY! JANGAN MENGALAH!" Jerit pula Yaya untuk berikan semangat kepada Emmy

"SUNGGUH MENDEBARKAN! EMMY KE DEPAN.. RIZU KE DEPAN PULA... EMMY, RIZU, EMMY, RIZU... EH, kenapa Rizu perlahankan penyapu dia? Adakah dia sudah mengalah atau dia ada taktik lain? Nampaknya Emmy seorang sahaja mengejar bola snitch itu. TANGAN EMMY SUDAH MENGHAMPIRI BOLA ITU. SUDAH SEMAKIN DEKAT... EH?" Probe teruja melihat Rizu muncul dari arah bawah dan terus memecut penyapu dia. Rizu terus meluncur di depan Emmy dan bola snitch itu hilang di hadapan Emmy "MANA BOLA TU PERGI?"

"ADA DEKAT TANGAN PIZU! PIZU BERJAYA!" Rizu mengangkat bola snitch itu setinggi-tingginya. Ahli pasukan biru bersorakan kerana pasukan mereka menang

"OH TIDAK! PASUKAN BIRU MENANG DI DALAM PERTANDINGAN QUIDDITCH! DAN BERAKHIRLAH PERLAWANAN YANG AMAT SENGIT INI!" Probe berpusing-pusing di situ kerana gembira dengan kejayaan dari pasukan biru

"HOORAYYYY! TAHNIAH RIZU! RIZU SANGAT HANDAL" Bella, Ying dan Mimiko terus terbang ke arah Rizu. Mereka ingin pergi memeluk Rizu kerana berjaya menangkap bola snitch itu

"YEAHH! PENGUIN BERJAYA!"

"WOI! Kau sebenarnya pasukan sana atau pasukan kita?"

"Ala landak.. Lily cuma gembira aje melihat Rizu berjaya memberikan kemenangan terhadap pasukan dia. Lagipun Rizu kan sebelum ini mana pernah sertai mana-mana sukan dan ini sukan pertama yang dia sertai. Rizu pun tak nampak penat, dia nampak gembira" kemarahan terus reda sedikit apabila dia melihat Rizu menangis di dalam pelukan pasukan biru. Rizu menangis kerana gembira bukan sedih

"Nampaknya, aku harus ucapkan tahniah kepada dia"

"Begitulah menjadi seorang abang yang baik" Fang terus berikan senyumannya kepada Yaya

--------------------------------------------------------------------------------------------

Esoknya, pasukan merah terpaksa diberikan hukuman iaitu memasak untuk pasukan biru dan untuk pasukan mereka juga. Makanan yang telah disediakan oleh pasukan merah adalah untuk berbuka puasa bersama nanti. Emmy, Harraz dan Momoki susun meja dan kerusi di halaman rumah Kaizo dan Fang, manakala Fang, Yaya, Faye dan Lily memasak di dapur. Fang buatkan sesuatu yang istimewa untuk adik kesayangan dia iaitu Rizu. Dia cadangkan buat semua makanan kegemaran Rizu. Dia siap menghiasi halaman rumah dia dengan barang-barang dalam bentuk penguin. Dia mahu tunjukkan kasih sayang dia dan juga rasa bangga terhadap adik angkat dia yang beraksi begitu berani sekali semalam

"Pang, abang bangga dengan kau kerana kali ini, kau tidak mengamuk atau marah-marah atau bad mood sebab kalah di dalam satu pertandingan. Teruskan dengan perangai pelik dan baik kau"

"Terima kasih abang" Fang peluk abangnya di dalam dapur "Nanti adik buatkan sup lobak merah khas untuk abang"

"Terima kasih, Pang" bisik Kaizo

"Abang"

"Kenapa Pang?"

"Adik sayangkan abang selama-lamanya. Terima kasih kerana selalu menasihati adik, jaga adik, marah adik dan betulkan kesalahan adik"

"Landak cakap macam tu sebab landak nak tinggalkan abang landak dekat sini sorang-sorang ke? UWAAAA! LANDAK! JANGANLAH PERGI MERAYAP KE TEMPAT LAIN! NANTI SIAPA NAK BUAT LANDAK MARAH-MARAH LEPAS NI" Lily menangis di apron Yaya. Dia hembus hingusan dia di apron Yaya sekali

"Adeh.. si pelik ni, aku nak ucapkan aku sayang dekat abang aku, terus dia ingat benda lain tapi apa-apa pun, terima kasih korang kerana sudi menjadi kawan aku walaupun aku ni panas baran, berlagak dan suka mengamuk tak tentu pasal"

"Mestilah.. kau kan sepupu aku dan juga kawan baik aku" Faye tolak bahu Fang secara lembut "Hehehe.. kau dan aku, sepupu selama-lamanya"

"Landak dan miss kerepek pisang kawan baik selama-lamanya!"

"Aku dan Fang, kawan baik selama-lamanya" kata Yaya

"Aku dan kawan-kawan baik aku selama-lamanya. Terima kasih kerana hadir di dalam hidup aku" kata Fang kepada kawan-kawan perempuannya

Mereka semua bergelak ketawa di dalam dapur kecuali Kaizo. Dia tersenyum sedikit dan lalu dia tinggalkan mereka berempat yang sudah sambung memasak. Kaizo juga berharap persahabatan dia dan Lynna akan kekal selama-lamanya

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top