Power Sphera
Seorang remaja lelaki sedang asyik menyapu daun-daun kering yang berguguran di halaman rumahnya. Dia begitu rajin sekali untuk pastikan halaman itu kelihatan bersih dan tiada daun-daun kering atau ranting-ranting kayu kelihatan di situ. Remaja itu rasa tenang dengan suasana yang indah, matahari tidak begitu panas, awan-awan menghiasi langit biru dan angin yang mendayu. Dia terasa ingin terbang dan pergi ke tempat lain. Lalu dia terapung sedikit dan dia baringkan dirinya untuk melihat awan-awan di langit. Penyapu di tangannya terlepas dari pegangan dia. Lalu kedua belah tangannya di letakkan di belakang kepalanya sebagai bantal
"Kalaulah setiap hari begini, memang aku akan rasa bahagia sepanjang hari" kata remaja lelaki yang bernama Fang itu "Tiada gangguan daripada abang aku yang garang tu, tiada musuh untuk menyerang aku dan abang aku.. dan paling penting sekali, aku tidak perlu jalani latihan tempur yang tahap ganas tu"
"Amboi, sukanya kau" Fang kenal suara itu. Lalu dia dudukkan dirinya yang sedang terapung di udara itu
"Hmm... kau memang suka yea sibuk dalam kebahagian aku"
"Hehehee.. aku kan kawan baik kau, mestilah aku akan sentiasa menjadi penyibuk" Boboiboy terapung juga di situ dan duduk bersila di hadapan Fang "Aku ada bawakan donut lobak merah ni, makanan kegemaran kau"
"Aku pun ada bawakan juga" muncul pula Yaya di tepi Boboiboy dengan sebuah dulang yang penuh dengan donut lobak merah. Donut-donut itu telah disusun dengan rapinya, ianya seperti sebuah piramid. Mata Fang terus bersinar-sinar sambil melihat donut kegemaran dia
"Aiyooo... dia siap menangis lagi" muncul pula Ying kali ini
"Mestilah, aku rasa terharu melihat donut tu" balas Fang yang sudah tidak sabar untuk merasai donut lobak merah dia
"Hehehee... kalau aku ambik satu mesti kena marahkan?" datang pula suara Gopal dan lalu dia muncul di sebelah Ying "Sudahlah bau donut ini sangat mengasyikkan. Kau tak nak ke, Fang?"
"Siapa cakap aku tak nak, AKU NAKLAH!" Fang mengambil dulang donut itu dari tangan Yaya. Tekak dia sudah terasa kelazatan donut tersebut. Bau donut itu menusuk ke lubang hidung dia "Heheheee.. donut-donut ini semua akan menjadi milik aku!"
"Hehehee.. makanlah puas-puas Fang sebelum kau kena bangun" kata Boboiboy sambil tersenyum lebar
"Bangun?"
"Ha ah, baik kau makan cepat-cepat sebelum donut-donut tu hilang" kata Yaya "Mimpi ni macam-macam boleh berlaku, cuma kau sahaja tak dapat mengawal mimpi kau ni.. hehehee"
"Betul juga kata kau, Yaya. Jadi dengan rasminya.. aku akan makan donut kegemaran aku ni!" Jari jemari Fang sudah hampir untuk mengambil salah satu donut itu tetapi donut-donut itu secara tidak langsungnya, ianya terbang pergi. Fang tidak sempat untuk mengambil donut-donut itu "EH?! Apasal ni? Donut aku!"
"Hah, kan aku dah cakap.. donut itu akan hilang nanti" kata Yaya sambil tersenyum
"WEI WEI! TOLONGLAH AKU TANGKAP DONUT AKU!" Tangan Fang cuba hendak mencapai salah satu donut tersebut tetapi badan dia seakan-akan seperti batu. Ianya tidak mahu berganjat dari situ. Rakan-rakan dia pula hanya tersenyum sahaja seperti badut
"DONUT AKU!" Menjerit Fang sambil melihat satu per satu donut itu hilang dari pandangan dia. Makin lama makin sunyi, dan semuanya hilang. Tinggal dia seorang sahaja di dalam tempat gelap. Lalu dia menjerit sekuat hati
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
"DONUT LOBAK MERAH!" Fang terjaga dari komanya. Dia terduduk di situ dengan matanya membulat besar
"FANG!" Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Faye gembira melihat Fang sudah pun terjaga
"ABANG FANG!" Idoli pun turut gembira sekali
"Hehehee... boleh pula kau terjaga sebab donut lobak merah" Fang terdengar suara salah seorang kawan perempuan dia iaitu Yaya
"Maaf semua.. aku tak tahulah itu mimpi atau aku dalam alam koma" Fang mengusap mukanya. Dia melihat sekeliling dia dan dia baru sedar yang dia berada di dalam bilik pesakit hospital. Mata dia memandang ke arah kawan-kawan dia tetapi cuma seorang sahaja yang tiada di situ iaitu abang dia "Mana abang aku?" tanya dia
"Abang kau tengah tak puas hati dengan kejadian hari tu. Dia terus pergi siasat piramid yang kita orang masuk untuk selamatkan abang dan kakak kau tapi aku tak yakin abang kau akan menjumpai apa-apa"
"Kenapa kau kata begitu pula, Boboiboy?"
"Sebab masa hari tu, orang tu cakap.. dia berada di tempat persembunyian dia dan tidak mungkin di planet itu. Aku tak tahulah apa yang dia nak sebenarnya dan kenapa dia letak abang Kaizo, kak Lynna, Faye dan Harraz di situ. Mesti ada sesuatu yang dia cari tapi kenapa perlu serang kita orang? Macam-macam persoalan yang bermain dengan pemikiran aku, Fang"
"Hmm... mungkin dia nak alihkan perhatian kita? tapi kenapa tidak dia pergi sendiri dan kenapa perlu serang kita orang? Kita bukannya tahu nanti.. aduh, pening kepala aku fikirkannya" Fang pegang dahinya yang sudah terasa sakit itu. Kepala dia masih lagi dibalut dengan sehelai kain
"Kau kena berehat Fang" kata Yaya "Jangan fikirkan sangat"
"Yelah, aku tak fikirkan sangat tapi berapa lama aku dekat hospital?"
"3 hari" jawab Bella dengan nada bosan dia. Bella ada di situ sambil sandarkan dirinya di dinding "Dalam masa 2 hari tulah kita orang sudah dapat kertas exam kita.. hehehee"
"ERK?! Aku dapat nombor berapa?"
"Kau dapat nombor 2 dari belakang" Fang hampir nak pengsan dengan jawapan Gopal tadi tetapi kepala Gopal diketuk oleh Ying
"Haiyaa.. lu ni, dia baru sahaja bangun. Lu nak bagi dia pengsan balik kenapa? Itu selamat dia tak pengsan balik, kalau tidak boleh koma si Fang tu selama 10 tahun maaa"
"Entahnya kau ni Gopal. Tak baik tau buat begitu" marah pula Yaya "Soalan kau tadi tu, Fang. Kau dapat nombor 2 sebab aku dan Ying dapat nombor 1! Yeahhh!"
"TIDAKKKKKK! AKU TAK NAK NOMBOR 2, AKU NAK NOMBOR 1!" Fang terus baringkan dirinya sambil terkenang nasibnya dapat nombor 2
"Selamat aku dapat nombor 3" bisik Bella sambil tersengih
"Sudah sudahlah tu Fang, nombor 1 ke nombor 2 ke.. asalkan kau dah bangun dari koma kau tu" Boboiboy gelengkan kepala dia sambil melihat Fang masih lagi kesedihan kerana tidak dapat menerima kenyataan "Hmmm.. pasal nombor 2 pun kau nak sedih. Kalau kau risaukan tentang abang kau, bolehlah aku terima. Ini tidak.. apalah kau ni, Fang"
"Abang aku pergi seorang sahaja ke?"
"Abang kau pergi dengan kak Lynna. Dia cakap, kalau kau bangun.. kau jangan risau tentang dia sebab Emmy ada berikan cermin mata hitam dekat dia orang. Cermin mata itu akan menghalang mana-mana pancaran cahaya yang terkena kepada mereka. Sekarang mereka tengah siasat dekat planet tu. Mungkin ada sesuatu yang misteri tersembunyi di planet itu tapi itu andaian aku sahaja" kata Boboiboy
"Aku harap kita akan dapat mengetahui jawapannya nanti" kata Fang dengan nada yang agak perlahan "Dan aku berharap janganlah musuh kita serang sewaktu perayaan hari raya nanti. Kalau tidak, tak jadi seronok pula nanti"
"Tak mungkin perkara itu akan berlaku. Aku yakin abang Kaizo dapat selesaikannya dengan cepat" Boboiboy berikan senyuman ikhlas kepada Fang
"Ha ah, abang Kaizo dan kak Lynna handal sangat! Mungkin abang Kaizo minta pertolongan dari pasukan TAPOPS. Mungkin juga abang Idoli akan bantu abang Kaizo.. hehehe" kata Idoli yang sedang asyik bermain dengan puppet arnab di tangan Fang sahaja. Puppet itu telah diberikan oleh Rizu dan dibeli oleh ibu Rizu sendiri "Abang Idoli tu penyayang dan suka sangat bermanja dengan adik-adik dia terutama sekali IDOLI! Dia kuat macam abang Kaizo! Tapi Idoli suka tengok Kapten Kaizo beraksi sebab dia best!"
"Jadi.. abang Idoli tu tak bestlah yea" kata Gopal dengan selambernya. Lalu Idoli keluarkan kuku tajam dia dengan muka garang seperti kucing gila "ERK! Hehehee... abang Idoli tu hebat dan best... hehehee" Gopal terus tersengih
"Siapa abang Idoli tu?" tanya Yaya. Idoli kembali tenang dan lalu buat muka comel dia
"Dia seperti Idoli juga, spesis kucing tapi dia nampak seperti harimau. Dia adalah abang sulung Idoli dan ramai yang takut dengan dia tapi Idoli tak tahulah kenapa dia orang takut dengan abang. Hmm.. mungkin dia orang takut kalau abang bertukar menjadi harimau kot.. hehehee" Idoli garu-garu kepala dia dengan menggunakan puppet arnab dia
"Dia pun kapten juga ke, Idoli?" tanya Fang
"Bukan!" kata Idoli dengan gembiranya
"Oh... lupa pula, Rizu macam mana? Dia ok ke?"
"Abang Rizu ok sahaja abang Fang. Dia baru keluar semalam, hari ni dia kena duduk dekat rumah. Ibu dia tak benarkan abang Rizu melawat abang Fang sebab dia perlu berehat dulu tapi masa abang Fang koma, dia ada datang semasa dia ada dekat hospital. Lepas tu abang Kaizo dan kak Lynna minta maaf dekat ibu Rizu dan Rizu sekali. Dia orang cakap dia tak sengaja dan ada sesuatu yang mengawal diri dia orang. Ibu Rizu terima kemaafan dari abang Kaizo dan kak Lynna"
"Baguslah tu" jawab Fang dengan nada rasa bersalah "Lepas ni, apa-apa terjadi.. aku kena melindungi Rizu sebaik mungkin"
"Idoli?" tanya Idoli dengan senyuman lebar dia "Ayah Idoli mahu Idoli jadi kuat macam abang Idoli! Jadi Idoli kena berusaha dan selalu ikuti abang Kaizo.. hehehee.."
"Jadi Idoli ni memang nak sertai anggota TAPOPS lah?"
"Ha ah abang Fang" Idoli terus mencekak pinggang dengan penuh bangga "Idoli akan buktikan bahawa Idoli bukan sahaja comel, tetapi kuat dan berani macam Kapten Kaizo dan abang Idoli!"
"Hehehee.. macam-macam betul budak kecik ni" Yaya tersenyum bangga melihat Idoli "Tapi apa-apa pun, Idoli kena berusaha. Jangan malaskan diri tu. Kalau tidak, macam mana nak jadi kuat"
"Betul cakap kakak Yaya tu.. jangan malas-malas maa.. kena rajinkan diri tu" Idoli angguk kepalanya sambil tersenyum kepada Ying
"Boleh jadi kuat macam abang Gopal!"
"Abang Gopal kuat ke?" Idoli buat muka blur sambil mengusap-gusap dagunya "Idoli nampak abang Gopal ada perut besar aje.. hehehee"
"Cheh, dia kutuk aku si budak kecik ni" bisik Gopal dengan hati dia sudah membara dengan kata-kata Idoli tadi
"Hehehee.. sabar ajelah Gopal. Budak kecik kalau bercakap, semua dia orang cakap mesti akan menusuk ke jantung kita" Boboiboy tergelak sedikit bersama kawan-kawan dia. Fang turut gelak sekali tetapi pemikiran dia fikirkan tentang abang dia. Adakah abang dia selamat semasa pergi menyiasat di planet itu atau abang dia sedang berlawan dengan musuh-musuh dia. Fang hanya mampu berdoa sahaja sekarang ini dan dia berharap juga abang dia akan pulang ke bumi dalam keadaan selamat
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo dan Lynna sudah menjejak masuk ke dalam sebuah piramid yang terletak di sebuah planet yang bernama Pira. Planet Pira adalah planet yang mempunyai kehidupan haiwan pelik, makhluk hijau yang dinamakan Limus dan juga tumbuhan cendawan dalam pelbagai bentuk, size dan juga warna. Kebanyakkan cendawan di situ adalah racun. Ianya boleh menghasilkan gas beracun yang boleh membuat mangsa mereka lumpuh
"Kaizo, kau pasti ke ada sesuatu yang tersembunyi di dalam piramid ini"
"Aku pasti, Lynna" Kaizo terus masuk ke dalam pintu gerbang piramid itu. Lynna menyuluh laluan mereka dengan lampu suluhnya "Aku ada rasa sedikit hairan, kenapa alien durjana itu bawa kita ke sini? Kenapa perlu mengawal piramid ini? Mesti ada sesuatu"
"Kau rasa, apakah object yang dia cari tu" tanya Lynna sambil melihat sekitar laluan di dalam piramid itu. Terdapat beberapa ukiran bentuk di dinding piramid itu. Lynna tidak begitu faham dengan bahasa itu tetapi dia ada ternampak beberapa lukisan menunjukkan planet Pira mempunyai piramid yang lain "Piramid yang lain sudah dimusnahkan ke?"
"Itu aku tidak pasti tapi cuba kau tengok ni lagi.." Lynna melihat dinding yang ditunjukkan oleh Kaizo. Terdapat lima piramid dan di atas piramid itu seperti ada sebuah cahaya "Apa yang lukisan ini ingin mengatakan"
"Hmm... kuasa baru? Mungkin juga tetapi kita harus teruskan perjalanan kita" Kaizo teruskan berjalan sehingga dia terdengar seperti seseorang berjalan ke arah mereka
Lalu dia berhenti dan tangan dia sudah bersiap sedia untuk keluarkan pedang tenaga. Lynna suluh di depan mereka. Sedikit demi sedikit, mereka nampak hantu mumia sedang berjalan kearah mereka. Pergerakan hantu mumia itu amat perlahan. Kaki sebelah dia berjalan dengan biasa dan sebelah kaki dia mengheret kakinya
"Tak sangka pula dekat angkasa ada hantu mumia.. tapi hantu ni tak menakutkan sangat.. hehee" Lynna lalu di sebelah hantu mumia itu tanpa masalah. Kaizo dengan gembiranya, dia tikam hantu mumia itu. Hantu itu terus bertukar menjadi pasir
"Mari kita teruskan" kata Kaizo dengan nada serius dia "Mudah sangat nak hapuskan hantu tu"
"Agaknya, planet apa lagi yang menarik dekat angkasa ni yea.. hehehehe... aku rasa sangat curiga dan ingin tahu pula" kata Lynna sambil ikut Kaizo dari belakang
"Macam-macam tapi tak semua planet mempunyai kehidupan seperti planet kau dan planet asal aku"
"Maksud kau, planet yang mempunyai manusia atau manusia alien seperti kita?"
"Yea" balas Kaizo. Dia ternampak sebuah tangga untuk turun ke bahagian bawah "Mari kita turun tapi hati-hati, jangan sampai terjatuh"
"Kau pun sama, Kaizo" Lynna turun dari situ. Dia ikut sahaja ke mana Kaizo pergi
Setakat ini, tiada lagi hantu mumia yang ada. Semuanya berjalan lancar kerana tiada serangan dari hantu ataupun musuh. Setelah sampai di bahagian bawah, Lynna dan Kaizo melihat balik tempat yang mereka terpaksa berlawan dengan kawan-kawan Fang. Tempat itu penuh dengan batu-batu besar. Di tengah itu ada dua batu leper, tempat mereka telah dibaringkan beberapa hari yang lalu. Lynna menutup lampu suluhnya kerana tempat itu sudah disinari oleh cahaya api di sekeliling dinding piramid itu. Kaizo pergi periksa di tempat kawasan tengah. Dia berdiri di antara dua batu leper itu. Lynna pula berjalan di tepi-tepi dinding piramid. Mungkin dia terjumpa ukiran atau lukisan di dinding itu
"Kau ada jumpa apa-apa?" tanya Kaizo sambil mendongak untuk melihat apa yang ada di atas mereka
"Takde" balas Lynna yang masih lagi mencari sesuatu "Kau pula?"
"Takde apa.. macam tempat ini tiada apa-apa tapi kenapa hati aku katakan ada sesuatu yang perlu aku cari" Kaizo tidak mahu berputus asa di situ. Dia teruskan mencari sehingga dia dapat jawapannya
"Jadi, kita teruskan pencarian kita. Aku akan periksa setiap dinding di tempat ini. Kau periksa lantai piramid ini" Lynna juga seperti Kaizo. Dia tidak mahu mengalah. Hati dia seperti mengatakan ada sesuatu yang dia perlu jumpai. Kaizo periksa di bahagian lantai piramid itu. Terdapat banyak debu-debu tanah di atas lantai tersebut. Sarang labah-labah melekat di beberapa sudut. Mata Kaizo berliar melihat lantai-lantai itu sehinggalah dia ternampak sesuatu. Lalu dia melutut dan tolak pasir-pasir itu ketepi. Sebuah pintu tertera di hadapan mata Kaizo
"LYNNA! AKU JUMPA PINTU!" kata Kaizo dengan nada sedikit ceria. Lalu dia bangun untuk membuka pintu tersebut. Dia pegang tombol pintu batu itu yang berbentuk bulat tetapi batu itu amat berat sekali
"Kau perlukan pertolongan?" tanya Lynna yang muncul di sebelah Kaizo
"Tak perlu" Kaizo menarik lagi tombol itu tetapi gagal. Dia tidak mahu mengalah dan lalu dia menarik lagi sehingga urat-urat di kedua belah tangannya boleh dilihat oleh Lynna
"Kaizo, kau kebelakang.. bagi aku hancurkan pintu tu" Kaizo tidak membantah. Dia terus kebelakang dan melihat Lynna letupkan pintu dengan menggunakan kuasanya. Pintu itu hancur berkecai. Mereka berdua melihat apa yang ada di bawah. Sebuah lagi tangga untuk turun ke bawah tetapi tangga itu tidaklah setinggi mana
"Kau rasa, ada apa dekat bawah tu?" tanya Kaizo sambil menyuluh di bahagian bawah
"Hmm.. aku tidak pasti tapi mari.. aku ingin melihat apa yang ada di situ" Kaizo turun dari situ
Dia pijak dari satu anak tangga ke satu anak tangga. Perasaan dia agak berdebar-debar kerana dia ingin melihat misteri yang tersimpan di dalam piramid itu atau di planet Pira itu. Lynna ikut Kaizo dari belakang sambil menyuluh di sekitar tangga itu. Setelah kaki Kaizo mencecah di lantai, lampu-lampu di situ terpasang dengan sendirinya. Di depan mata dia ternampak sebuah skrin besar. Dia dan Lynna kini berada di sebuah bilik kawalan
"Selamat datang ke markas planet Pira" muncul satu suara di dalam nada computer
"Tempat apa ni?" bisik Lynna yang sudah tutup lampu suluhnya. Dia dan Kaizo pergi melihat di sekitar bilik kawalan itu
"Aku tak tahu tapi adakah bilik ini yang musuh kita cari-carikan?" kata Kaizo dengan perasaan yang mencurigakan
Jari jemari Kaizo sentuh butang-butang yang ada di sebuah meja panjang. Dia tahu computer itu mempunyai teknologi yang luar biasa. Teknologi alien mempunyai teknologi yang amat tinggi sekali. Ianya tidak seperti teknologi di bumi dan Emmy sendiri perlu mengkaji teknologi alien yang serba canggih itu
"Selamat datang ke bilik kawalan rahsia planet Pira. Saya adalah robot penjaga bilik ini. Nama saya adalah Custor" Lynna rasa teruja melihat sebuah robot beroda datang ke arah Kaizo. Ianya mempunyai badan dan kepala berbentuk bulat. Kepala dia mempunyai mata dan mulut. Manakala tangan dia seperti tali yang mempunyai jari jemari. Lalu robot itu scan badan Kaizo dan Lynna "Kamu adalah Kapten Kaizo dan kamu pula... alien yang berasal dari planet bumi"
"ERK? Aku alien?" Lynna tunding kearah diri dia
"Yea, saya hanya dapat mengenali Kapten Kaizo kerana bilik ini mempunyai data-data tentang alien durjana dan juga alien baik. Kapten Kaizo adalah alien baik tetapi saya pasti kamu juga adalah alien baik seperti Kapten Kaizo juga"
"Hmm... jadi, bilik ini untuk apa sebenarnya?" tanya Kaizo dengan nada serius
"Bilik ini adalah bilik ciptaan khas untuk menyimpan kelima piramid yang tersembunyi di bawah tanah. Bilik ini sudah dicipta lama sebelum kamu menjadi kapten lagi tetapi kesemua data tentang alien-alien yang menyelamatkan power sphera, kami simpan semuanya di sini supaya kami dapat tahu siapa musuh dan siapa yang memperjuangkan untuk menyelamatkan power sphera"
"Kenapa kelima piramid itu perlu di sembunyikan?" tanya Lynna pula kali ini
"Ianya adalah pintu untuk ke dimensi lain. Piramid itu perlukan kelima kuasa yang terkuat dan setakat ini, saya dapat tahu kelima jam kuasa yang kini berada di planet bumi adalah kuncinya. Musuh kamu sedang cuba hendak merampas jam-jam kuasa itu. Jika jam-jam kuasa itu di letakkan pada hujung piramid itu, pintu itu akan terbuka dan kamu tidak mahu pintu dimensi itu dibuka kerana apa yang saya tahu, pelbagai makhluk jahat yang ada di dimensi itu. Sekiranya mereka dapat keluar, galaxy ini di dalam ancaman dan mereka akan cuba menakluki seluruh galaxy. Mungkin juga ada beberapa planet yang akan dimusnahkan oleh makhluk-makhluk itu. Saya yakin Kapten Kaizo dapat menghalang musuh dia daripada merampas jam-jam kuasa itu dari pemiliknya" kata Custor
"Jangan risau, pemilik jam kuasa itu adalah orang-orang yang hebat dan salah satunya adalah adik kepada Kapten Kaizo. Mereka mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan mereka tidak akan benarkan jam-jam kuasa mereka dirampas dengan begitu mudah" kata Lynna
"Kalau begitu, saya tidak perlu risau sangat. Saya percaya mereka adalah alien yang baik-baik seperti kamu" Lynna tersenyum kepada robot Custor itu "Siapa kamu sebenarnya?"
"Saya Lynna, sahabat baik kepada Kapten Kaizo"
"Jadi kamu pengganti kawan baik Kapten Kaizo yang sudah lama tiada itu, apa nama dia... Professor Devon" Kaizo terus paling mukanya ke tempat lain. Hati dia masih lagi perit dan kecewa dengan sikap kawan baik dia yang dulu. Dia juga terpaksa bunuh kawan baik dia sendiri yang sudah tidak dapat untuk diselamatkan "Saya tidak sangka Kapten Kaizo mempunyai seorang kawan dari planet bumi dan paling buat saya terkejut adalah kawan dia adalah seorang gadis"
"Saya juga tidak sangka saya dapat seorang sahabat dari planet lain" kata Lynna dengan sopannya "Tapi apa-apa pun, saya terima dia sebagai sahabat saya. Saya tidak kisah dengan identiti dia. Oh yea, kamu seorang sahaja ke robot dekat sini?"
"Saya hanyalah penjaga di sini. Kawan-kawan saya ada tetapi mereka semua pergi ke menjelajahi dari satu tempat ke satu tempat untuk mengumpul maklumat apa yang terjadi di angkasa lepas. Setiap data yang mereka kumpul, mereka akan terus hantar ke sini melalui computer. Mereka tidak bergerak secara berkumpulan, mereka akan berpecah. Di sini juga kami dapat mengesan kesemua power sphera yang ada di angkasa lepas" Robot Custor pergi ke butang meja dan lalu dia menekan beberapa butang di situ "Mari saya tunjukkan"
"Hmm.. apa yang kau ingin tunjukkan?" tanya Kaizo sambil melihat robot itu menekan beberapa butang dengan laju sekali. Lalu imej bergerak planet bumi terpapar di skrin computer
"Mari saya tunjukkan power sphera yang ada di bumi" kata robot Custor. Skrin itu tunjuk ada dua power sphera yang ada di planet bumi sekarang ini "Nampaknya, masih lagi kekal dua power sphera di planet itu"
"Dua?" Kaizo dan Lynna terkejut dengan berita itu. Lalu mereka pandang satu sama lain
"Tapi.. apa power sphera satu lagi?" tanya Lynna
"Itu aku tidak tahu tapi kita kena cari power sphera itu dengan segera. Custor, kalau kami tinggalkan planet ini, adakah musuh dapat masuk ke dalam bilik dan baca kesemua data kami?"
"Itu kamu tidak perlu risau, Kapten Kaizo. Mereka tidak akan dapat membuka data-data ini semua kerana hanya saya seorang sahaja yang dapat mengendali computer ini dan saya juga dapat jaga diri saya sendiri dengan menggunakan kuasa halimunan"
"Kalau begitu, kita perlu bergerak sekarang" kata Kaizo
"Maaf yea sebab saya pergi musnahkan pintu batu itu tadi" Lynna tersengih kepada robot Custor
"Jangan risau, walaupun pintu itu sudah dimusnahkan, kami ada pintu lain sebagai pengganti" Custor melambai-lambai ke arah Kaizo dan Lynna yang sudah lari naik ke atas. Custor terus tekan butang dan sebuah pintu besi pula mengganti pintu batu yang sudah dimusnahkan oleh Lynna tadi
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Bosannya! Balik aje rumah, mesti sunyi aje" kata Faye sambil tersandar di kerusi sofa
"Hehehee.. jangan risaulah, kita orang kan ada untuk temankan kau sementara abang Kaizo dan Fang tiada di rumah" kata Yaya sambil meletak beg sekolahnya di atas kerusi. Dia, Ying, Idoli dan Bella sudah pulang dari hospital dan terus ke rumah Fang dan Kaizo. Mereka akan pergi ke sekolah bersama nanti kecuali Idoli, dia akan dihantar ke rumah Tok Aba. Petang nanti Lily akan mengambil dia dan bawa dia pulang ke rumah
"Terima kasih Yaya, Ying dan Bella.. terima kasih sebab sudi temankan aku dekat rumah. Nanti lepas balik dari sekolah, aku kena pergi ke hospital balik. Si Fang tu entah bila boleh keluar" Faye pejamkan mata dia untuk seketika "Nanti korang nak berbuka puasa dekat rumah aku tak?"
"Boleh juga.. kita berbuka di sini. Boleh kita masak sama-sama maaa" kata Ying dengan nada cerianya
"Hehehee... aku pergi bersiap-siap kejap" Faye celikkan mata dia dan terus bangun dari sofa "Malasnya nak pergi sekolah. Rasa macam nak tidur aje"
"Penyakit malas sudah berluasa di badan kau, Faye" Bella tergelak sedikit sambil melihat kawan baik dia masuk ke dalam bilik. Selepas itu, dia terus baca sebuah magazine tentang fashion yang ada di atas meja ruang tamu
"Kau rasa, bila abang Kaizo dan kak Lynna akan balik?"
"Entahlah Yaya.. dia orang tu mesti ada banyak benda kena siasat maa.. aku harap mereka berdua akan selamat-" Ying terus terdiam kerana terdengar jeritan dari bilik Faye "Aik, apasal tu?"
"Entah" Yaya terus berlari ke bilik Faye. Ying dan Bella turut berlari ke bilik Faye juga untuk melihat apa yang berlaku. Apabila mereka sampai di muka pintu bilik Faye, mata mereka terkebil-kebil melihat sebuah robot bulat berwarna putih sedang terapung di tengah-tengah bilik. Faye tergaman melihat robot bulat itu. Di atas kepala robot itu mempunyai ribbon besi berwarna pink
"Si-siapa ni?" tanya Yaya
"Aku.. aku.. AKU TAK TAHU!" Faye tidak tahu samada dia perlu takut atau gembira kerana ada robot di dalam bilik dia
"Jangan takut Faye. Ini aku, alat menukar pakaian kau.. aku sebenarnya adalah power sphera yang menyamar menjadi alat kegemaran kau supaya musuh tidak tahu tentang diri aku yang sebenarnya"
"Power sphera?" Mata Faye terkebil-kebil melihat robot bulat itu "Aku ada power sphera? AKU ADA POWER SPHERA!" Terus dia memeluk robot bulat itu. Hati Faye terus berbunga-bunga apabila dia dapat tahu alat kegemaran dia adalah power sphera
"Jadi, selama ni Faye memilik power sphera. Aiyaaa... ini adalah kejutan paling mengejutkan maa" Ying tergelak melihat gelagat Faye memeluk power sphera itu dengan penuh kasih sayang "Tapi kenapa tidak beritahu Faye yang sebenarnya pada awal-awal dulu?"
"Sebab saya malu dan takut sebenarnya... hehehee" kata power sphera itu "Faye selalu menjaga saya dengan baik dan selalu gunakan untuk kebaikan dan juga kenakalan dia" Yaya, Ying dan Bella ketawa kecil di situ. Terus mereka dapat renungan maut dari Faye "Hehehee.. Faye ni kelakar"
"Saya memang kelakar pun" kata Faye dengan bangganya "Tapi ada juga seriusnya.. tapi paling penting sekali, SAYALAH FAYE THE FASHIONISTA! Heheheee.. oh yea, apa nama power sphera ni?"
"Nama saya adalah Stylobot" Mata Faye terus bersinar-sinar melihat power sphera dia yang selama ini dia tidak pernah tahu "Selama saya dijaga oleh Faye, saya rasa sangat bahagia. Bila rumah ini sunyi, saya akan pasang lagu dan menari bersama Shadow, Pikachu dan Lily si itik"
"Patutlah aku selalu nampak si itik tu asyik masuk bilik Faye aje" kata Yaya
"Tapi.. aku rasa pelik.. boleh ke Stylobot ni gunakan untuk kejahatan?" tanya Bella
"Boleh sebab apa-apa sahaja pakaian yang cipta dari kuasa saya, ianya boleh jadikan pakaian itu seperti untuk pergi berperang. Contohnya semasa Faye gunakan untuk menukar baju kawan-kawan dia menjadi pakaian berteknologi tinggi, untuk menghapuskan askar itik robot. Pakaian berteknologi tinggi yang boleh digunakan sebagai senjata. Bukan sahaja pakaian yang boleh saya tukarkan. Kasut, gaya rambut, cermin mata, barang perhiasan diri dan bermacam-macam saya boleh gayakan diri kamu semua" Mereka angguk kepala sebagai tanda faham apa yang diterangkan oleh Stylobot itu
"Selain daripada 3 ekor haiwan tu, siapa lagi yang tahu tentang kamu?" tanya Yaya
"Tiada siapa, Yaya. Ochobot pun tidak tahu tentang ini" balas Stylobot "Tapi nampaknya rahsia saya sudah pun bocor. Tadi saya sedang asyik dengar lagu sehingga tidak perasan yang Faye sudah pulang ke rumah tapi... kalau Kapten Kaizo tahu tentang ini, tak tahulah kalau dia akan simpan dan hantar ke stesen TAPOPS atau benarkan Faye menjaga saya"
"Takpe.. FAYE AKAN YAKIN ABANG KAIZO YANG FAYE DAPAT MENJAGA STYLOBOT DENGAN BAIK!"
"Betul tu! kita orang pun boleh tolong Faye sama-sama.. rasa sedih pula kalau pisahkan Faye dengan Stylobot ni sebab Faye memang terlalu sayangkan dengan alat fashionista dia tu.. hehee"
"Ha ah, betul tu Ying tapi.. alat yang pergi ke mana sahaja tu, power sphera juga ke?"
"Bukan Yaya, itu adalah alat biasa sahaja. Kalau itu adalah power sphera juga, sudah tentu Lily akan menjerit tak tentu pasal" jawab Stylobot dengan penuh keyakinan "Sekarang, saya tidak perlu rasa malu lagi sebab kamu semua baik-baik. Sebelum ini saya malu kerana saya takut hendak berkawan tapi pada masa yang sama, saya juga takut kalau Kapten Kaizo akan menghantar saya ke stesen TAPOPS kerana disitulah tempat power sphera akan berkumpul dan dijaga dengan baik"
"Jangan risau, kami semua akan jaga Stylobot dengan baik" Faye peluk power sphera dia "Rasa seperti sudah kenal satu sama lain dengan lebih lama. Aku pun tidak mahu terpisah dengan Stylobot"
"Ochobot mesti happy sebab ada kawan power sphera seperti dia" kata Bella. Dia seperti hendak menangis di situ kerana rasa sangat terharu melihat kawan baik dia menjumpai sesuatu yang sangat bermakna dalam kehidupan dia
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaizo dan Lynna baru tiba di bumi pada waktu petang. Lagi beberapa jam sahaja untuk masa berbuka tetapi Kaizo tidak fikirkan tentang itu, dia asyik fikirkan tentang satu lagi power sphera yang ada di planet bumi
"Kaizo, kau nak cari power sphera tu dekat mana? Planet ni luas dan besar, aku tak rasa power sphera itu akan berada di Pulau Rintis seperti Ochobot"
"Aku tahu Lynna, tapi dengan kuasa kau yang boleh teleport diri kau ke mana-mana sahaja, aku yakin kau dapat bantu aku. Kita mesti cari power sphera itu sebelum jatuh ke tangan yang salah" balas Kaizo dengan nada yang agak serius. Pada masa yang sama, Lynna boleh dengar kemarahan Kaizo sedikit
"Jadi, apa rancangan kau?" Lynna ikut sahaja ke arah mana Kaizo ingin pergi. Mereka tidak terus pulang ke rumah tetapi sebaliknya, Kaizo sudah seperti hilang arah. Dia tidak tahu dari mana dia harus mulakan pencarian dia
"Bagi aku fikirkan seketika" Kaizo berhenti di tepi taman permainan dan lalu dia pergi duduk di bangku yang ada di dalam taman itu. Lynna hanya perhatikan sahaja wajah Kaizo yang begitu serius berfikir itu
"Kaizo.. aku akan bantu kau tapi kau kena tenangkan pemikiran kau dulu"
"Kau tak nampak ke aku tengah berfikir dengan tenang" Lynna takut pula dengan renungan maut dari Kaizo. Sudahlah mata Kaizo merah menyala seperti hantu, menggigil badan Lynna "Maaf kalau aku ada marah dekat kau sebab selama aku tinggal di planet ini, aku langsung tidak sedar dengan kehadiran power sphera satu lagi" Lalu Lynna duduk di sebelah Kaizo
"Kau tidak perlu minta maaf Kaizo. Lagipun bukan salah kau, mungkin power sphera itu tidak mahu dijumpai oleh mana-mana alien. Kalau kau jumpa pun, kau kenalah pujuk dia secara lembut"
"Hmm.. kalau tentang pujuk tu, aku serahkan sahaja kepada kau"
"BETUL TU!" Terkejut Kaizo dan Lynna dengan suara nyaring dari seseorang di belakang mereka "HAH! BERDATING DI TAMAN BUNGA YEA!" Kaizo terus merenung ke mata Lily "Hehehee.. Lily bergurau aje. Jangan pandang Lily macam tu, abang Kaizo" Lily terus tersengih
"Abang Paizo dan kakak Lynna dah balik! Kasihan Idoli tunggu korang sampai. Pizu terpaksa main dengan dia dekat rumah abang Kaizo. Kakak Lily pun main dengan dia sekali"
"Rumah aku?" Rizu angguk kepalanya kepada Kaizo. Lalu dia paling mukanya ke arah Lily lagi sekali "Adakah rumah aku bersepah?"
"Errr.. LILY PERGI KEMASKAN RUMAH ABANG KAIZO DULU!" Lily lari lintang pukang kerana rumah Fang dan Kaizo dalam keadaan bersepah. Dia tidak mahu kena hukuman latihan tempur
"Ada-ada aje si Lily ni.. hehehee.. Idoli rindukan abang Kaizo yea" Lynna belai kepala Idoli yang comel itu
"Mestilah kak Lynna, abang Kaizo adalah idola Idoli" balas Idoli dengan nada comelnya "Idoli sentiasa menunggu kepulangan abang Kaizo tapi pada masa yang sama, Idoli luangkan masa bersama abang Rizu dan kakak Lily tadi. Kita orang main lukis-lukis, lepas tu warnakan dengan watercolour. Abang Kaizo jangan risau, dinding rumah abang Kaizo masih lagi selamat. Lukisan-lukisan abang Fang masih ada lagi di dinding rumah"
"Bagus" kata Kaizo. Lalu dia bangun dari bangku taman "Lynna, aku rasa kita perlukan bantuan daripada si Emmy tu. Hanya ciptaan teknologi dia sahaja yang dapat mengesan power sphera di planet ini. Mari kita ke rumah dia sekarang juga. Aku tidak mahu lengahkan masa" Tiba-tiba baju dia di tarik oleh seseorang. Kaizo menoleh kebelakang dan melihat Lynna dengan wajah agak marah sedikit "Kenapa?"
"Kau ni Kaizo. Pergilah melawat adik kau dulu dekat hospital, lepas tu baru boleh terus jalankan misi kita iaitu mencari power sphera" kata Lynna sambil mencekak pinggang
"Bukan ke dia masih koma lagi?"
"Bukanlah abang Paizo, Idoli beritahu Pizu yang abang Fang sudah bangun pagi tadi. Jadi abang Paizo bolehlah pergi melawat dia dekat hospital" kata Rizu dengan senyuman lebar dia "Kita buka puasa dekat hospital, nak tak? Kita beli makanan dekat bazaar dan lepas tu kita makan sama-sama dengan abang Fang!"
"IDOLI SUKA DENGAN IDEA ABANG RIZU. Idoli nanti nak beli makanan kegemaran abang Fang.. donut lobak merah tu, mesti dia suka! Lepas tu kita belikan dia air lobak merah, pau kacang merah untuk kak Lynna, sup lobak merah untuk abang Kaizo dan Idoli pula nak burger ikan salmon!" Idoli sudah pun tarik tangan Kaizo untuk pergi ke pasar Ramadhan yang terletak di bandar Pulau Rintis
"Kita melawat adik, buka puasa, lepas tu terus ke rumah Emmy ok. Adik kau mesti tengah tunggu dengan kedatangan kau"
"Yelah yelah tapi kita lepas tu, jangan nak melengahkan masa kita lagi, FAHAM!" Lynna hanya gelengkan kepala sahaja dengan sikap Kaizo yang terlampau fikirkan tentang misi sehingga dia terlupa tentang adik dia sendiri
"Faham, Kapten Kaizo yang terlampau garang" Kaizo terus beredar dari situ. Lynna pegang tangan Rizu dan Idoli, lalu mereka pergi ke bandar Pulau Rintis
Jauh dari situ, sebuah robot yang berwarna ungu terdengar perbualan mereka tadi. Robot itu adalah Probe, robot kepunyaan Adudu. Dia terlampau gembira mendengar berita itu dan tidak sabar untuk memberitahu kepada encik bosnya
"Mesti encik bos suka dengan berita yang sangat menarik ni.. hehehee!" Lalu Probe pergi dari situ dengan tangan besinya menjinjing beberapa plastik makanan untuk berbuka puasa nanti. Entah kenapa Probe nak berpuasa juga. Lagipun dirinya hanyalah robot sahaja. Encik bos dia iaitu Adudu pun cuba hendak berpuasa juga kerana dia ingin tahu apa menikmatnya berpuasa
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang menoleh badannya ke kiri. Selepas itu ke kanan pula. Dia terlalu bosan duduk di hospital kerana tiada apa yang dia mahu lakukan. Buku pun tiada untuk dia baca. Sepanjang hari dia asyik melihat di luar tingkap atau tidur sahaja. Otak dia sudah rasa penat, dia mahu keluar dari katil hospitalnya tetapi kaki dia terasa sakit. Sepanjang hari itu juga dia fikirkan tentang abang dia dan juga kawan-kawan dia sedang berseronok di sekolah. Lalu dia melihat jam kuasanya. Sesi persekolahan sudah tamat. Dia fikirkan kawan-kawan dia tidak akan melawat dia pada waktu petang begini. Mungkin Faye dan Idoli yang akan datang ke sini. Mungkin Rizu ada bersama sekali tetapi dia berharap sangat agar Lily tidak datang melawat dia. Fang hanya perlukan ketenangan di hospital. Pintu bilik dia terbuka dan seorang budak kecil berlari masuk untuk menyambut abang kesayangan dia
"ABANG FANG!"
"RIZU!" Fang gembira melihat kehadiran Rizu di situ. Lalu mereka berpelukan di situ "Rizu seorang sahaja ke?" Fang lepaskan pelukan dia
"Mana ada. Abang Paizo, kak Lynna dan Idoli pun ada sekali. Itu pun dia orang" Kaizo, Lynna dan Idoli masuk ke dalam bilik Fang dengan tangan mereka penuh dengan plastik bungkusan makanan
"ABANG DAH BALIK!" Fang rasa gembira dapat melihat wajah abangnya yang sentiasa serius itu "Abang, macam mana dengan misi abang tu?"
"Bolehlah tapi-"
"LILY SUDAH SAMPAI!" Muncul Lily di belakang Kaizo dengan bungkusan kerepek pisang dia
"KENAPA KAU ADA DEKAT SINI?" Lily sudah berpeluh-peluh kerana Kaizo berikan renungan maut dia lagi kepada Lily "Kalau kau mahu berada di sini, jangan nak cari pasal. Ingat aku tak tahu apa yang kau sudah lakukan terhadap Lahap pada hari itu? Tapi nasib kau kali ini begitu selamat. Lagi sekali kau buat pasal, ucapkan selamat tinggal kepada hari raya nanti kerana aku akan berikan kau hukuman latihan tempur. FAHAM!"
"Fa-fa-faham abang Kaizo" Lily terus duduk di sudut bilik itu
"Oh yea, kakak Lily. Mana Idoli punya rantai loceng? Kakak Lily langsung tak nak pulangkan kepada Idoli"
"Hehehe... bagilah kakak Lily guna sekejap. Kakak Lily sungguh teruja melihat keluarga Lily bertukar menjadi kucing. SEMUANYA JADI KUCING! I LOVE IT!" Terus Lily dapat lagi renungan maut dari Kaizo. Fang tergelak kecil di atas katilnya. Lynna hanya gelengkan kepalanya sahaja dan Rizu pula, sedia keluarkan makanan yang dia beli tadi "Hehehee.. nah, ambik loceng ni. Terima kasih kerana bagi kakak Lily pinjam" Lily tersengih sambil berikan rantai loceng itu kepada Idoli
"Idoli, bagi abang tengok loceng itu" Lalu Idoli berikan kepada Kaizo
"Abang Kaizo nak buat apa dengan loceng tu?" tanya Idoli
"Abang ingin pastikan adakah ini power sphera ataupun bukan" Kaizo membelek-belek rantai loceng itu "Hmmm..."
"Macam mana Kaizo, adakah loceng itu power sphera ataupun bukan?" tanya Lynna yang sedang berdiri di sebelah Kaizo
"Itu bukan power sphera" balas Idoli secara tiba-tiba "Itu adalah kuasa teknologi dari planet Mau. Ayah Idoli yang berikan kepada Idoli sebagai hadiah hari jadi Idoli" Kaizo rasa sedikit kecewa tetapi dia tidak akan mengalah. Lalu dia berikan balik rantai loceng itu kepada Idoli
"Sudahlah tu Kaizo. Kita berbuka dulu. Berborak dengan adik kau tengah tengok makanan dekat depan mata dia tu.. hehehe" kata Lynna sambil menolong Idoli memakai rantai loceng itu di leher Idoli. Kaizo tidak berkata. Dia terus duduk di atas kerusi yang ada di tepi katil Fang
"Abang, abang nak cari power sphera dekat sini kenapa? Bukan Ochobot itu power sphera yang kita sudah jumpai" Fang bertanya kepada abangnya
"Abang terima berita bahawa terdapat satu lagi power sphera yang ada di planet ini tetapi abang tidak pasti dimana power sphera itu berada. Abang perlu mencari power sphera itu sebelum ianya jatuh di atas tangan yang salah. Adik tahukan abang perlu hantar power sphera itu ke stesen TAPOPS. Mereka akan menjaga power sphera itu dengan baik" Fang angguk sambil tersenyum kepada abang dia. Pada saat itu, azan sudah berkumandan. Sudah tibanya untuk berbuka puasa. Lalu mereka berbuka puasa di hospital dan pada masa yang sama, pintu bilik wad terbuka luas
"Eh, korang buat apa dekat sini?" Fang terkejut melihat kawan-kawan dia datang untuk melawat dia lagi sekali. Bilik dia penuh dengan orang-orang yang dia sayangi tetapi nasib dia begitu baik kerana abang dia awal-awal lagi mahukan bilik bersendirian yang lebih luas
"Kita orang nak melawat kau lah. Sambil tu, bolehlah kita orang berbuka dengan kau sekali tapi aku pasti, kau mana boleh puasa sekarang ni. Kalau tidak, kawan-kawan perempuan kita nak berbuka dekat rumah kau. Jadi aku bagilah cadangan untuk berbuka di sini" kata Boboiboy yang sedang kunyah pisang goreng dia
"Tapi tak sangka pula abang kau ada sekali dekat sini" Gopal pula masuk ke dalam bilik wad itu. Seterusnya Yaya dan Ying masuk ke dalam sambil tunjuk sebuah kotak besar yang penuh dengan donut lobak merah. Orang yang terakhir masuk adalah Faye dan Bella bersama power sphera Faye
"Wei Boboiboy, apasal kau pergi warnakan si Ochobot warna putih? Lepas tu kau jadikan dia macam perempuan pula" Fang tidak tahu lagi tentang Stylobot dan dia sangkakan power sphera itu adalah Ochobot. Kaizo menoleh kepalanya untuk melihat power sphera itu dan mata dia membulat besar kerana terkejut. Dia tidak perlu mencari lagi kerana power sphera ada di depan mata dia sendiri
"Itu bukan Ochobot, itu adalah power sphera lain. Dari mana kamu semua menjumpai dia?" tanya Kaizo yang sudah berdiri dari kerusinya. Pandangan dia kepada power sphera itu amat serius sekali
"Abang Kaizo, alat yang menukar pakaian Faye tu. Rupanya dia adalah power sphera selama ini. Dia sembunyikan identiti dia yang sebenarnya dan menyamar menjadi kotak alat Faye tapi... abang Kaizo nak hantar dia ke stesen TAPOPS ke?" Mereka boleh dengar nada kesedihan dari Faye "Abang Kaizo janganlah pisahkan dia dari Faye"
"Betul tu! Janganlah pisahkan persahabatan kami semua.. uwaaaaaa!" Lily terus peluk Stylobot seperti memeluk bantal busuk "Lily tak pernah lupakan kawan-kawan Lily dekat Pulau Rintis. Kalau boleh, nak pindah ke sini aje.. uwaaa!"
"Wei Boboiboy, kekasih hati kau tu dramatik sangat"
"Bila masa Lily tu kekasih hati aku. Dia tu kawan ajelah" marah Boboiboy kepada Gopal
"SUDAH!" Lily terus terdiam dengan jeritan Kaizo tadi "FAYE! Kalau kau mahu jaga power sphera kau, kau perlu mahir dalam bab-bab berlawan dengan menggunakan kuasa power sphera tersebut. Dengan itu, aku akan benarkan kau simpan power sphera itu. Kalau kau gagal, aku akan hantar dia ke stesen TAPOPS"
"Betul ni abang Kaizo?" Mata Faye sudah bersinar-sinar melihat Kaizo
"Yea, aku serius dalam hal begini. Aku tidak mahu musuh kita dapat mana-mana power sphera yang ada di angkasa lepas ataupun di sini. Jaga dia dengan baik dan kamu semua, jaga jam-jam kuasa kamu dengan baik juga. Aku sudah mendapat maklumat kenapa dia pergi ke planet Pira itu dan dia juga perlukan kuasa terkuat untuk membuka pintu ke dimensi lain. Jadi, kamu semua jangan terlalu leka sangat. Berhati-hati dan jangan mudah percayakan kepada sesiapa yang kamu tidak kenali"
"Baik Kapten Kaizo!" kata mereka semua kecuali Lynna
"Yeah! Aku dan Stylobot tidak akan terpisah!" Faye dan Stylobot berpegang tangan satu sama lain dan lalu berpusing di dalam bilik itu. Mereka tergelak melihat kegembiran dua sahabat itu kecuali Kaizo. Muka dia sentiasa serius sahaja
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, Faye dalam perjalanan ke hospital pada pagi itu. Dia membawa Stylobot bersama dia. Beg sandang dia tersandar di tepi badannya
"Bila sepupu kamu boleh keluar dari hospital"
"Hmm.. mengikut kata doktor, esok Fang sudah boleh keluar" balas Faye sambil berjalan bersama Stylobot yang sedang terbang disebelahnya "Aku pergi ke hospital ni pun sebab nak hantar beberapa buku dekat dia. Mesti dia bosan dekat sana, jadi dia dapat habiskan masa dengan membaca"
"Baik betul Faye"
"Hehehee... aku memang baik pun tapi aku tak tahulah kenapa abang Kaizo tak pergi hantar buku-buku ni dekat adik dia sendiri. Pagi-pagi lagi dia sudah berada di kapal angkasa bersama dengan Idoli. Entah apa dia buat dekat sana"
"Mungkin dia ingin melaporkan tentang power sphera kedua yang ada di planet ini" kata Stylobot
"Mungkin juga" Faye berikan senyuman dia kepada Stylobot "Tapi aku perlu belajar untuk mempertahankan diri aku dan kau dengan menggunakan kuasa kau. Jadi abang Kaizo tidak perlu mengambil kau dan hantar ke stesen TAPOPS"
"Jangan risau, aku yakin kau pasti boleh. Kau kan selalu gunakan kuasa aku.. hehehee.. dan semua gaya yang kau pamerkan, semuanya sangat bergaya" Faye terasa malu sedikit kerana dapat pujian daripada Stylobot
"Terima kasih Stylobot. Aku pun kadang-kadang nak juga ingin menjadi seperti sepupu aku. Kedua-dua sepupu aku kuat dalam bab-bab berlawan. Mereka sangat handal. Aku tidak rasa cemburu dengan mereka, tapi aku rasa bangga dengan mereka berdua. Tengoklah latarbelakang mereka. Kedua ibu bapa sepupu mereka sudah lama tiada dan mereka melalui kehidupan yang amat sukar sekali tapi sekarang.. kehidupan mereka berubah menjadi senang. Kebahagian mereka berdua tidak pernah pudar, sebab itu aku bangga dengan mereka berdua. Lebih-lebih lagi abang Kaizo yang selalu tabah melalui semua dugaan" Faye pandang ke arah langit biru "Aku anak tunggal tapi aku mahu ibu bapa aku bangga dengan aku! Hehehee.. mungkin pencapaian aku kali ini akan membuatkan mereka bangga dengan aku"
"Dia orang selalu kecewa dengan diri kau ke?"
"Takdelah Stylobot. Dia orang selalu marahkan aku sebab suka sangat merayap ke sana sini. Aku suka dengan pengembaraan dan paling aku minati adalah MAKANAN!"
"Kau selalu mencuba makanan yang pelik-pelik. Aku selalu melihat kau makan makanan asing seperti di planet ini"
"Itulah sifat aku. Seseorang yang peramah, suka mengembara, suka makan, suka bergaya dan aku telah menjumpai minat aku yang seterusnya iaitu photography" Faye rasa bebas hidup di planet bumi. Kadang-kadang ada juga ibu bapa dia menghubungi dia untuk bertanya khabar. Mereka gembira apabila mendengar kisah-kisah menarik dari anaknya dan mereka tidak akan memaksa Faye pulang ke planet asalnya. Mereka ingin Faye gembira dan selamat
"ITU DIA ENCIK BOS!" Faye pusing kebelakang kerana dia terkejut dengan suara Probe tadi
"Itulah power sphera yang terbaru dekat sini. HAHAAAAA! DENGAN MUDAHNYA AKU AKAN MERAMPAS POWER SPHERA ITU!" Adudu muncul dengan alat canggih dia iaitu pistol melekit. Ianya akan mengeluar sejenis cecair yang dapat melekatkan kaki musuhnya di mana-mana permukaan "Serahkan power sphera itu kepada aku sebelum aku tembak kau!"
"Kau tak kan dapat power sphera ini!" Muka Faye terus berubah menjadi serius. Stylobot sudah sorokkan diri di belakang Faye "Aku akan bertanggungjawab untuk melindungi dia!"
"Tapi kau tu bukannya superhero Pulau Rintis. Jadi mudah sangat aku nak kalahkan kau!" Adudu ketawa besar di situ
"Yea ke" Faye tersenyum sinis kepada Adudu dan Probe "Aku pun boleh jadi hebat seperti Yaya, Ying dan Bella"
"Bella? Dia tu bukannya ada kuasa pun! Kalau Yaya dan Ying aku percayalah!"
"Tapi encik bos, Bella tu ada kuasa ke takde kuasa ke, dia tetap ganas seperti alien landak tu. Encik bos tak boleh pandang rendah terhadap orang-orang seperti Bella. Mereka mampu menjadi superhero seperti Boboiboy juga" Lalu Adudu ketuk kepala Probe dengan batu "ADOI! KENAPA KETUK KEPALA SAYA ENCIK BOS?"
"Suka hati akulah! SUDAH! BERSIAP SEDIA UNTUK MERAMPAS POWER SPHERA TU! RASAKAN TEMBAKAN MELEKIT DARI AKU! HAHAHAHAA!" Adudu terus tembak pistol melekitnya ke arah Faye
"STYLOBOT! TUKARKAN KASUT YANG BOLEH MELOMPAT!" Stylobot tukarkan kasut Faye di dalam bentuk boot. Faye memeluk power sphera dan terus melompat ke langit. Lalu dia mendarat di atas tembok pagar. Sasaran tembakan Adudu tidak sempat dielak oleh Faye "HAHAAA! Ingat aku senang sangat nak dikalahkan. Kau sudah silap Adudu"
"Isk! Ini buat aku bertambah geram! TEMBAK DIA LAGI!" Adudu berikan tembakan bertubi-tubi. Probe hanya melihat sahaja encik bos dia buat kerja seorang diri "WEI PROBE! KAU TEMBAKLAH DIA SEKALI!"
"BAIK ENCIK BOS!"
Faye berlari di atas tembok pagar rumah orang. Dia melompat apabila tembakan Adudu hampir terkena dia. Selepas itu dia melompat dan berpusing, lalu mendarat di atas jalan raya. Dia tahu dia akan terkena tembakan dari Adudu ataupun Probe nanti. Adudu tidak mahu mengalah, dia terus berikan tembakan cecair melekat dia
"TEMBAKAN ICE!" Cecair itu terus membeku di situ
"Alamak encik bos! Boboiboy sudah sampai!"
"Itu pun kau nak takut. Tembak dia sekali!" Adudu begitu geram dengan kehadiran Boboiboy Ice di situ. Sasaran dia seperti Faye juga, tidak kena tepat pada sasarannya kerana Boboiboy dapat menggelakkan dirinya
"Hahahaaa! Kau tu reti tembak ke tak?"
"AKU RETILAH!" Berapi-api kepala kotak Adudu. Boboiboy, Faye dan Probe melihat kepala Adudu sudah menjadi merah sedikit akibat terlalu marah sangat "Kau ingat aku ni tak reti tembak orang ke?"
"Hehehe.. mari aku hancurkan pistol kau tu"
"Nanti dulu Boboiboy!" Semua menoleh ke arah Faye "Bagi aku sendiri kalahkan si kepala kotak ni. Aku nak buktikan kepada abang Kaizo yang aku boleh jaga Stylobot dan boleh berlawan seperti abang Kaizo dan Fang juga. STYLOBOT! SARUNG TANGAN BERAPI!"
"OK!" Stylobot berikan sepasang sarung tangan yang boleh keluarkan api. Faye rasa sangat teruja tetapi wajah dia tetap serius. Lalu dia pandang ke arah Adudu dan Probe "Hehehee.. rasakan serangan daripada aku!" Dia keluarkan api pada permukaan sarung tangan itu. Dia tersenyum sinis sambil melihat api itu menari-nari
"Encik bos, baik kita lari dulu"
"Kalau kau tak tolong aku, biar aku sendiri yang buat. Kau ni memang tak guna betul!"
"Eh, saya berguna apa.. tengok ni! MODE, MEGA PROBE!" Probe bertukar menjadi sebuah robot besar "TEMBAKAN LASER PEMUSNAH!" Faye lompat sambil memeluk Stylobot di sebelah tangan. Dia melompat di udara dan lemparkan satu bola api kearah Probe. Bola api itu terkena kepala Probe "PANAS! PANAS! PANAS!"
"Wahh! terbaiklah Faye ni.. kalau abang Kaizo ada ni, mesti dia bangga" kata Boboiboy yang sudah kembali kepada yang asal. Sambil itu, dia melihat Faye melompat ke sana ke sini untuk menyerang Probe dan Adudu
"Yea, dia memang hebat. Aku bangga dengan apa yang dia lakukan sekarang ini"
"Aik, bila masa abang Kaizo muncul?" Boboiboy garu-garu kepala dia sambil melihat wajah Kaizo yang serius itu
"Aku baru sahaja sampai dan ternampak pertarungan antara Faye dan dua ekor badut tu" Kaizo perhatikan Faye tumpaskan Probe yang sudah kembali kepada yang asal. Lalu Probe lari dari situ. Selepas itu Faye melompat dan berikan tendangan ke arah tangan Adudu. Pistol Adudu di sambut oleh Faye sendiri dan lalu dia bakar pistol itu dengan kuasa apinya
"Macam mana? Masih nak katakan aku ni lemah?" tanya Faye sambil tersenyum sinis
"Err..." Terus Adudu lari dari situ "TUNGGU AKU PROBE!"
"Hehehee.. baru dia takut. Terima kasih Stylobot kerana berikan aku kasut dan sarung tangan yang bergaya ni" Kasut dan sarung tangan tadi terus hilang. Kasut boot Faye bertukar menjadi kasut asal dia
"Sama-sama, Faye" Lalu Stylobot peluk Faye seerat-eratnya
"Faye, abang bangga dengan kau dan kau boleh jaga Stylobot ini. Jaga dia dengan baik" Lalu Kaizo beredar dari situ dengan wajahnya yang masih lagi serius. Boboiboy, Faye dan Stylobot gembira di situ sehingga mereka berjoget-joget di tengah jalan raya
"Nampaknya Ochobot ada kawan baru" kata Faye
"Ha ah, sukalah Ochobot nanti.. hehehee.. apa-apa pun, syabas kerana dapat kalahkan Adudu dan Probe dengan keupayaan kau"
"Terima kasih Boboiboy! Jom kita pergi melawat Fang. Dia mesti tengah tunggu lama tu" Faye berikan senyuman dia kepada Boboiboy dan Stylobot. Mereka bertiga beredar dari situ
Faye tidak sabar hendak bercerita tentang kisah tadi kepada sepupu dia dan juga ibu bapa dia. Didalam hati Faye, dia dapat rasakan Fang dan ibu bapa dia akan bangga dengan pencapaian dia pada hari ini. Walaupun dia bukan seorang yang ganas seperti Bella, atau buat perkara yang diluar jangkaan seperti Lily, tetapi dia masih lagi boleh berjuang seperti kawan-kawan baik dia. Faye berharap akan ada lagi pengembaraan dia bersama Stylobot di masa akan datang
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top