Plushie!

"LILY!"

"RATU LILY!"

"QUACK QUACK QUACK!"

Lily, Ratu Lily dan Lily si itik berpelukan di situ. Lily si itik di himpit di dalam pelukan Lily dan Ratu Lily. Mereka berdua dan seekor itik, sangat gembira kerana persatuan Lily sedunia telah bergabung di bawah satu bumbung rumah. Lily menangis sedikit di situ kerana dapat berjumpa balik dengan kawan dia

"Oh Ratu Lily... Lily sangat gembira"

"Samalah kita!"

"Kita dapat bertemu semula. Jadi, dengan itu... puak-puak kaum Lily sekalian.. kita akan bersatu untuk membuat abang Kaizo pening kepala" Lily tersenyum melihat kedua Lily ada di situ

"QUACK QUACK!"

"Betul tu Lily si itik.. HIDUP LILY!" menjerit Lily dengan bangganya

"HIDUP LILY! HIDUP LILY! HIDUP LILY!"

"KEGILAAN MIMPI APAKAH ITU?" Kaizo terbangun dari mimpi pelik dia "Macam mana si pelik boleh masuk ke dalam mimpi aku.. menyusahkan aku sahaja" Dia terus keluar dari katilnya. Dia ingin buat sesuatu sebelum masuk tidur balik. Kaizo pergi ke meja bilik dia dan lalu dia mencari sehelai kertas dan juga marker pen

"Menangislah kau nanti.. tapi ini adalah untuk kebaikan aku" kata Kaizo dengan nada serius dia

------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi itu, Faye terbangun kerana dia terdengar suara tangisan seseorang di luar rumah. Dia rasa ada pontianak sedang menangis-nangis di luar rumah dia tetapi hari sudah terang-benderang

"Tak kan ada pontianak muncul siang hari pulak" Faye keluar dari katil dia untuk pergi siasat. Dia keluar dari bilik dan dapati, rumah dia sunyi sahaja. Fang dan Kaizo sudah lama keluar. Idoli pun ikut mereka sekali tetapi Faye tidak tahu kemana mereka pergi. Dia membuka pintu rumah dan tidak rasa terkejut melihat kawan baik dia Lily menangis-nangis di tangga bersama Lily si itik

"Kenapa kau menangis, Lily?" Faye pergi duduk di sebelah Lily "Apa abang Kaizo buat dekat kau? Tak pun si Fang pergi kenakan kau lagi"

"UWAAAAA! ABANG KAIZO KEJAM SANGAT!" Lily terus berikan sehelai kertas kepada Faye. Lalu Faye baca tulisan Kaizo

"Kepada puak-puak yang bernama Lily, kamu dilarang masuk ke dalam rumah ini. Kamu telah mengganggu ketenteraman aku, Kapten Kaizo, untuk berehat. Sila pulang ke rumah kamu, kalau tidak.. pedang tenaga sebagai hukuman kau... isk isk isk.. tak baik abang Kaizo ni, janganlah menangis Lily. Kasihan kau" Faye tepuk-tepuk bahu Lily secara perlahan

"Err.. tapi Lily cuma kasihan dengan itik ni sebab nama dia kan Lily. Kasihan itik Lily kena halau daripada rumah dia sendiri. Tapi kalau diri Lily.. Lily akan tetap masuk juga walaupun sudah dilarang oleh kapten hot! HAHAHAHAAA!" Lily ketawa bangga di situ "Lily tadi jumpa Lily si itik tengah berpusing-pusing dekat halaman rumah. Jadi Lily ikutlah dia berpusing juga, sampailah Lily nampak kertas tu.. isk isk isk.. apalah nasib puak-puak bernama Lily ni"

"Hehehe... jomlah masuk. Abaikan ajelah amaran merepek dari abang sepupu aku" Faye bangunkan diri dia bersama dengan Lily. Mereka berdua masuk ke dalam rumah. Faye baru perasan yang Lily sedang memakai sebuah beg sekolah "Oh yea, apasal beg sekolah kau macam penuh dengan barang aje. Apa kau bawak?"

"Nanti aku tunjuk dekat kau. Aku beli barang baik punya dekat bandar tadi.. kebahagian ku sentiasa menyebelahi diri ku" Lily menoleh kebelakang dan lalu dia mendongak sedikit. Dia melihat langit biru dan terbayangkan wajah Boboiboy yang sedang gelak ketawa "Comelnya BBB gelak dengan pipi tembam dia..."

"Hmm.. beranganlah tu" Faye pegang tangan Lily, lalu dia mengheret kawan baik dia masuk ke dalam rumah "Kau dah sarapan pagi ke belum? Bolehlah aku buatkan sarapan pagi untuk kita berdua"

"Quack quack quack"

"Yea, untuk kau sekali Lily si itik" Lily tergelak melihat Faye bercakap dengan itik

"Quack quack!"

"Sama-sama" balas Faye sambil tersenyum. Mereka berdua masuk ke dalam dapur. Lily duduk di atas kerusi sambil membuka beg sekolahnya. Dia letak beg itu di atas meja "Apa yang kau beli tadi?" tanya Faye yang sudah tidak sabar

"Hehehe... aku beli.." Lily membuka zip beg sekolahnya dan lalu dia keluarkan sebuah anak patung plushie berbentuk diri dia dan Boboiboy sedang berpegang tangan "PLUSHIE PALING BEST SEKALI DI DUNIA INI!" Terus dia memeluk plushie itu sambil goyang-goyangkan badan dia kerana terlampau bahagia sangat

"Amboi.. seronoklah tu tapi mana kau dapat plushie tu?"

"Ada orang jual dekat bandar tadi.. eh kejap.. dia bukan orang tapi dia adalah robot yang berwarna ungu"

"Probe yang jual?" Lily angguk-angguk kepalanya "Takde kerja betul robot ungu tu.. kau nak makan apa?"

"Ada lobak merah tak?"

"Errr.. takde.. stok lobak merah sudah habis" Faye rasa pelik dengan kawan baik. Lalu dia pandang Lily lama-lama "Kau nak buat apa dengan lobak merah tu?"

"Hehehee.. saje, nak makan.. oh tidak! Lily sudah terjangkit dengan virus lobak merah. Sampai dekat rumah pun, Lily pergi kunyah lobak merah sorang-sorang sambil buat kerja sekolah" Dia terus baringkan kepalanya di atas meja sambil terkenang nasib dia dengan lobak merah "Janganlah diri ku terkena sumpahan lobak merah dan bertukar menjadi seekor arnab"

"Jangan risaulah Lily. Kau pakai ajelah pakaian oren banyak-banyak, nanti kau akan terkena sumpahan Boboiboy!" Terangkat kepala Lily secara tiba-tiba. Lalu dia bangun dan pegang kedua belah tangan kawan dia sambil melihat Faye dengan matanya yang bersinar-sinar seperti bintang berkelipan di angkasa "Ke-kenapa Lily?"

"Idea kau begitu bernas sekali. Mulai sekarang ni, aku akan sentiasa memakai baju oren dan minum jus oren! AKU AKAN KEMBALI KEPADA MU MY BBB-CHAN!"

"Dan aku akan membantu kawan baik ku!"

Faye dan Lily melompat-lompat di dalam dapur. Lily si itik cuba hendak melompat tetapi tidak berjaya, jadi itik itu hanya geselkan kepalanya di kaki kerusi

"Jom Faye, kita pergi shopping dekat bandar! Kita ajak Bella sekali! YAHOOOOO! Bolehlah Lily bawa Faye ke tempat menjual plushie ni.. tapi tak tahulah kalau Probe still ada lagi ke tak... hmmm"

"Takpelah Lily kalau dia takde.. janji kita dapat shopping KERANA SHOPPING ADALAH KESUKAAN AKU!"

------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy, Fang dan Gopal ada di dalam kesibukan bandar Pulau Rintis. Hari Ahad begini, selalunya dipenuhi dengan orang ramai terutama sekali budak perempuan. Semuanya ingin pergi membeli belah sebab mereka rasa baju mereka di dalam almari, tidak mencukupi. Budak-budak lelaki selalunya berada di dalam pusat hiburan atau di kedai-kedai mainan yang menjual kereta kawalan jauh ataupun di kedai sukan. Lain pula dengan kisah tiga kawan baik ini

Boboiboy, Fang dan Gopal tidak pergi ke kedai mana-mana kerana mereka hanya menikmati makanan sarapan pagi di sebuah cafe, sementara menunggu kedatangan Yaya dan Ying

"Lama betul dia orang nak sampai" Boboiboy melihat jam kuasanya "Entah-entah, dia orang singgah mana-mana kedai dulu kot"

"Biarkan ajelah Boboiboy, asalkan aku dapat makan puas-puas. Lepas dah habis makan, bolehlah aku order lagi makanan" Gopal terus telan roti bakar dia "Sedap betul roti bakar ada keju ni.. sungguh mengasyikkan!"

"Itu ajelah kau tahu, makan aje" Fang hanya makan salad yang penuh dengan lobak merah "Macam mana nak kurus, kalau badan kau asyik membesar aje"

"Dey! Badan aku walaupun besar tapi diri aku tetap sihat ok.. cuma perut aku lebih besar daripada perut biasa. Kau tu aje keding semacam, lepas tu order salad. Macam budak perempuan betul.. hehehee"

"APA KAU CAKAP!" Aura-aura kegelapan Fang mula keluar

"Eh.. sabar-sabar, jangan nak cari gaduh dekat sini. Nanti kita kena halau dari cafe ini pula" Boboiboy cuba memujuk mereka berdua, lebih-lebih lagi Fang yang suka sangat nak marah-marah orang "Kau Gopal.. janganlah buat Fang marah-marah.. nanti jadi tak best pulak kalau kau buat dia marah"

"Betul tu Boboiboy! Mulut si Gopal ni, memang nak kena cili dengan aku" Fang sudah tenang sedikit dan aura-aura dia tadi, sudah pun lesap

"Kau apasal? Nak menyebelahi dia aje.. aku ni sebagai kawan baik kau paling setia dan sentiasa ada di sisi kau, takde pulak kau nak mempertahankan aku daripada si Fang ni" kata Gopal dengan ketidakpuasan hatinya "Dia ni suka sangat cari pasal dengan kau tapi dia juga yang aku nak mempertahankan"

"Ingat aku suka sangat ke tengok Fang marah-marah" Boboiboy paling mukanya ke arah Fang "Kau pun sama Fang, cubalah kawal sikit panas baran kau tu. Asyik nak marah aje. Selamatlah aku ni jenis sabar"

"Yelah, aku sabar ajelah dengan si Gopal ni"

"Dan aku akan makan dan tidak akan ganggu si Fang ni" Gopal sambung balik makan roti bakar dia. Mata dia terpandang sesuatu jauh dari cafe itu "Itu bukan si Probe ke? Apa dia buat dekat sini?"

"Hmm... nampak macam dia jual sesuatu aje" kata Boboiboy. Fang terus menoleh kebelakang untuk melihat apa yang Probe sedang lakukan. Di tangan besi Probe ada tergantung beberapa anak patung tetapi mereka tidak pasti anak patung apakah itu "Dia berhutang dengan si Adudu lagi ke?"

"Entahlah.. pelik bebenar aku" Boboiboy garu-garu kepala dia "Eh, Probe datang ke sinilah" Dari jauh lagi, mereka boleh lihat muka Probe berseri-seri sambil pegang anak-anak patung yang dia jual. Makin lama makin dekat dan akhirnya, mereka dapat melihat anak-anak patung itu dengan jelas. Anak-anak patung itu bukanlah anak patung biasa tetapi sebenarnya adalah plushie superhero Pulau Rintis. Probe berhenti di meja makan mereka

"Hah! Pelanggan superhero Pulau Rintis kita yang seterusnya"

"Kau nak apa Probe?" tanya Boboiboy sambil membelek-belek plushie diri dia sendiri

"Saya di sini sebab nak jual plushie ni semua. Memang sangat menguntungkan! Korang nak beli satu ke?"

"Plushie Gopal ada?" Boboiboy dan Fang melirik mata mereka ke arah Gopal "Apa? Aku nak beli satu, tak boleh ke?"

"Boleh tapi..." Boboiboy melihat Probe dengan penuh kesangsian "Kau tak rasa pelik ke tiba-tiba si Probe ni jual plushie dalam bentuk kita orang"

"Hmm.. betul juga cakap Boboiboy tu. Apa rancangan kau sebenarnya?" Aura bayang dia sudah keluar dari kedua belah tangan Fang "Baik kau mengaku. Kalau tidak, aku akan hancurkan semua plushie ini"

"Eh jangan jangan.. semua plushie-plushie ni Emmy yang buat. Saya yang suruh dia buat sebab saya pun nak berniaga juga, lagipun encik boss saya telah halau saya keluar dari markas kotak kerana muka saya ini telah menganggu dia untuk fikirkan bagaimana untuk hapuskan Boboiboy"

"Oh begitu.. jadi kau gunakan Emmy untuk menjual plushie-plushie ni" Probe rasa takut pula dengan suara kemarahan Fang "Tapi.. apasal Gopal punya plushie lagi laku daripada aku punya?"

"Itu bermaksud, aku lebih popular daripada kau" kata Gopal dengan perasaan bangganya. Berapi-api hati Fang "Wei Probe, ramai tak budak-budak perempuan berebutkan plushie aku?"

"Errr... sebenarnya plushie Gopal telah dibeli oleh seseorang. Dia beli semua dan tinggalkan satu ini sahaja"

"Si-siapa yang beli plushie aku yang banyak-banyak tu?" Terkejut Gopal tetapi dihatinya, berbunga-bunga kerana ada juga orang yang sudi membeli plushie diri dia "Mesti gadis cantik yang minat aku kan, tak pun budak kecik comel macam si Rizu ke... bestnya!"

"Hehehee.. sukalah kau tapi Probe kenal ke siapa budak tu?" tanya Boboiboy

"Kenal kenal.. hah! Itu pun budak perempuan tu" Probe tunjuk ke arah belakang mereka. Gopal sudah tidak sabar siapakah gadis itu, dia terus menoleh kebelakang. Dia mencari-cari gadis tersebut tetapi kebanyakkan gadis-gadis di bandar itu, hanya hiraukan mereka bertiga sahaja. Tiada seorang pun yang datang untuk meminta tanda tangan atau bergambar dengan superhero Pulau Rintis. Mereka semua sibuk dengan beli belah bersama kawan-kawan kecuali seorang gadis yang sedang datang ke arah mereka dengan muka keriangan dia

"Errr... gadis tu bukan Mimiko kan?" tanya Gopal

"Hehehee... kau tengok aje lah" jawab Probe

"GOPAL! MIMIKO DATANG BAWA MAKANAN UNTUK GOPAL!" Mata Gopal terkebil-kebil dan mulut dia sudah ternganga luas. Boboiboy, Fang dan Probe ketawa besar di situ "GOPAL! RASALAH MASAKAN MIMIKO!"

"Kau.. kau... kau masak apa untuk aku?" Gopal takut melihat apa yang ada di dalam bekas makanan itu

"MAC AND CHEESE!" Mimiko terus buka bekas makanan dia. Mac and cheese itu ada kesan-kesan hangus sedikit tetapi muka Mimiko tidak kelihatan sedih. Dia hanya tersenyum sahaja melihat Gopal "Mimi yang buat! dan ini pertama kali Mimi masak sendiri. Selalunya abang Mimi yang jadi tukang masak dekat rumah" Gopal terus tersengih

"Errr.. apasal kau buat untuk Gopal? Bukan ke kau tu tergila-gilakan Boboiboy ni" Fang rasa pelik dengan perangai Mimiko

"Sebenarnya... Mimi terus tersedar yang Boboiboy tidak menyukai diri Mimi. Pada hari majlis hari jadi kau, Gopal telah menunjuk kebaikan diri dia kepada aku. Hanya sebijik fruit tart, hati ku beralih arah. Maka dengan itu, Mimi ingin membalas jasa baik Gopal dengan masakan pertama Mimi"

"Hehehee... habislah kau Gopal" bisik Fang kepada Gopal. Dia tersenyum sinis di situ sambil berpura-pura minat dengan plushie rupa bentuk diri dia

"Mimiko, aku bagi fruit tart hari tu dekat kau sebab aku tak naklah kau kesedihan melihat Boboiboy suka sangat larikan diri dari kau aje. Itu aje aku buat, janganlah ambik serius sangat" Gopal sebenarnya mahu elakkan diri daripada merasa masakan Mimiko tetapi mac and cheese itu masih lagi di depan mata Gopal. Mimiko tersenyum lebar dan mata dia seakan-akan sedang bersinar-sinar pada ketika itu

"Rasalah Gopal" pujuk Mimiko

"Baik kau rasa Gopal. Dia sudah penat-penat buatkan untuk kau tapi kau tak nak rasa pulak. Lagipun ini adalah peluang kau untuk rasa masakan pertama dia! Peluang yang terbaik untuk kau" Boboiboy cuba memujuk Gopal. Dia tidak mahu hati Mimiko tersinggung kerana Gopal tidak mahu merasai mac and cheese itu

"Baiklah, dengan hati aku yang tabah dan sedikit takut. Aku akan cuba makan mac and cheese ini"

"WAH! Betul ni?" Gopal angguk-angguk kepada Mimiko. Fang sudah berikan garpu kepada Gopal dan bibir dia masih lagi tersenyum sinis. Lalu Gopal mengambil garpu itu sambil melihat mac and cheese itu "Makanlah yea Gopal, Mimi nak tengok reaksi Gopal"

"Hehehee... ini sangat mendebarkan" Probe pula yang rasa teruja

Hati Gopal berdebar-debar semasa dia masukkan satu garpu mac and cheese ke dalam mulut dia. Boboiboy dan Fang tersengih sedikit tetapi hati mereka sudah melompat-lompat kegembiraan. Mereka tidak sabar untuk melihat apa yang akan terjadi seterusnya. Mata Mimiko sudah pun bersinar-sinar apabila garpu itu sudah pun berada di dalam mulut Gopal

"Macam mana?" tanya Mimiko dengan nada ceria dia. Gopal telan mac and cheese dan dia tidak percaya apa yang dia merasai sekarang ini

"Mimiko..." Suara Gopal bertukar menjadi serius. Boboiboy dan Fang pandang sesama sendiri. Mereka tergelak kecil di situ kerana amat jarang sekali Gopal hendak menjadi serius. Lalu Gopal sambung berkata-kata lagi "Masakan kamu... memang sungguh menyedihkan tetapi kamu jangan berputus asa kerana ini baru percubaan pertama kamu. Saya yakin, dengan kesungguhan kamu, masakan ini akan menjadi lebih mantap"

"Apakah reaksi Mimiko?" Probe melihat wajah Mimiko "Adakah hati dia akan kecewa atau sebaliknya?" Semua berdebar dan menunggu reaksi Mimiko dengan jawapan Gopal tadi

"Betul ke apa yang kau katakan tadi Gopal?" Muka Mimiko sedih sahaja. Gopal hanya angguk kepala dengan muka serius dia "Baiklah, kalau begitu.." Terus wajah Mimiko berubah menjadi ceria dan penuh semangat "Dengan kejujuran dari Gopal, aku akan berusaha lagi! Dan aku pasti, suatu hari nanti aku akan berjaya! Gopal tunggu tau dengan mac and cheese Mimi yang paling hebat dan tersedap sekali! Terima kasih Gopal dengan jawapan kau yang sangat jujur!"

"Hmm.. ingatkan dia nak menangis tak tentu pasal, rupanya bukan" Fang sambung balik makan salad dia "Takde drama betul"

"Yang kau nak drama sangat apahal?"

"Suka hati akulah, Boboiboy" Fang kunyah lobak merah dia sampai dia tersedak-sedak. Tangan dia terkapai-kapai untuk mengambil segelas air. Boboiboy menolak gelas airnya kepada Fang

"Hehehee... itulah dia, tak nak kunyah dengan betul. Selamat tak tercekik" Probe ketawa kecil "Lupa pula.. wahai Boboiboy, adakah kamu nak tengok barang baik punya"

"Barang baik? Barang apa tu?" Probe keluarkan sesuatu dari badan robot dia. Boboiboy terkejut, Fang tersembur airnya dan Gopal pula sambung makan makanan dia. Mimiko sudah beredar dari situ kerana dia ingin mencuba buat balik mac and cheese. Probe telah keluarkan plushie Boboiboy sedang berpegang tangan dengan Lily "Inilah dia, barang paling terbaik sekali! Lily telah memborong plushie ni dengan begitu banyak sekali dan ini adalah plushie terakhir. Saya boleh bagi percuma dekat Boboiboy"

"Hehehee.. terima kasih aje Probe" Boboiboy tersengih. Dia terima sahaja plushie itu "Tapi selamatlah Mimiko sudah berhenti rebutkan aku dengan si Lily tu"

"Baguslah tu" kata Fang "Takdelah aku dengar pergaduhan dia orang lagi. Bingit telinga aku mendengarnya tapi tak bestlah pulak kalau takde drama terhebat yang boleh membuat aku tersenyum sinis.. heheheee"

"Kau ni sudah terpengaruh drama dekat TV ke?" muncul Yaya di situ bersama Ying. Mereka berdua baru sampai dengan beg-beg membeli belah tadi "Maaf semua, kita orang singgah kedai baju kejap. Hehee... ada sale tadi, jadi aku belilah beberapa helaian tudung baru"

"Tapi semuanya kau beli warna pink... hehehe"

"Tapi Ying, kau beli baju semuanya warna biru dan kuning... hehee.. warna yang kami minat, apa boleh buat" Yaya tergelak kecil di situ bersama Ying "Eh, Probe jual ke plushie-plushie ni?"

"Aiyooo... manyak comel plushie-plushie ni semua. Aku macam mahu beli satu sahaja tapi aku belikan plushie diri aku untuk Yaya"

"Eh, aku pun baru nak belikan satu untuk kau! Hehehe... kita ni betul-betul BFF!" Yaya terus memeluk Ying

"Kita memang betul-betul BFF! YEAHHHHH!" Ying membalas balik pelukan Yaya. Mereka berdua meloncat-loncat di situ sambil berpelukan. Probe rasa macam hendak menangis tetapi dia sedar, diri dia adalah robot dan tiada air mata yang keluar dari matanya. Boboiboy, Fang dan Gopal hanya melihat sahaja aksi mereka berdua sambil makan makanan mereka

"Sungguh indah sekali persahabatan korang. Lagi indah daripada tiga ekor ni" Aura-aura mula keluar dari tubuh badan Boboiboy, Fang dan Gopal. Mata mereka terus merenung tajam ke arah Probe "Errr.. heheehe.. jangan marah, saya pun nak bergurau aje"

"Indahlah sangat persahabatan dia orang tapi bila time exam aje... fuh, macam nak pergi berperang" kata Gopal

"Hehehe.. biarlah mereka berdua dengan cara mereka tersendiri. Lagipun Yaya dan Ying amat bertuah sekali kerana plushie kamu berdua saya jual dalam bentuk persahabatan" Probe tunjukkan plushie Yaya dan Ying sedang memegang sebuah bantal berbentuk hati dan di dalam bantal itu ada tertulis 'Best Friend Forever' "Comel tak? Nak beli tak?"

"NAK NAK NAK!" Yaya dan Ying berteriakan di situ sambil melompat-lompat

"Hmm... budak-budak perempuan, kalau jumpa barang comel.. terus menjerit tak tentu pasal"

"Tahu takpe Fang tapi memang comel aku tengok plushie tu.. heheheee... ianya melambangkan tentang persahabatan mereka berdua. Aku pun suka tengok" Boboiboy melihat melihat Probe berikan plushie persahabatan itu kepada Yaya dan Ying. Masing-masing dapat satu plushie. Boboiboy tersenyum kecil melihat gelagat kawan perempuannya

"Plushie apa lagi kau jual, Probe?" tanya Boboiboy

"Dey, kau nak beli juga ke? Kalau kau beli, aku nak beli plushie Gopal yang terakhir tu!"

"Boleh boleh! Plushie Trio Huru Hara pun ada.. meh meh, beli semua pun takpe.. plushie Kapten Kaizo pun ada, Cikgu Papa Zola pun ada, plushie encik boss saya pun ada juga.. pilih pilih" Probe keluarkan kesemua anak patung plushie dari badan robot dia "Murah aje ni.. nak beli banyak, dapat free plushie Probe ataupun Ochobot!" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying pilih plushie mana yang mereka ingin beli. Fang hanya duduk bermasam muka sahaja

"Takde kerja betul.. baik aku balik rumah" Fang beredar dari situ. Kawan-kawan dia sibuk memilih plushie sampai mereka tidak sedar tentang Fang "Hmm... patut ke aku beli satu? Tak perlulah kot.. dekat bilik aku pun dah penuh dengan anak patung landak"

"Jadi Lily bagi anak patung badak pulak! Hahahahaaaa.." Fang tercari-cari dimanakah suara itu berada. Lalu dia ternampak Lily sedang berjalan-jalan dengan Faye dan Bella. Mereka tidak nampak Fang ada di dalam kesibukan bandar itu tetapi suara Lily paling kuat sekali. Dari jauh lagi Fang boleh dengar

"Bella! Jom jom kita masuk kedai tu dulu!" Fang perhatikan sahaja Faye membawa Lily dan Bella masuk ke dalam sebuah kedai pakaian. Fang tersenyum kecil melihat ketiga-tiga anak gadis yang mempunyai minat yang sama iaitu shopping. Fang mengatur langkahnya untuk pulang ke rumah sahaja

------------------------------------------------------------------------------------------

"Abang Paizo, betul ke abang Fang akan suka dengan plushie ni?" tanya Rizu sambil memeluk sebuah anak patung plushie berupakan Kaizo yang sama besar dengan Rizu "Kalau dia tak suka, bagi Pizu ajelah"

"Tapi Idoli nak yang besar tu" Idoli hanya dapat plushie Kaizo yang kecil sahaja. Mereka tadi telah dijemput untuk datang ke rumah Emmy kerana dia ingin menunjuk kepada mereka tentang ciptaan terbaru dia iaitu mesin membuat plushie atau teddy bear. Emmy telah namakan mesin itu Teddy Plus. Idoli dan Rizu begitu suka sekali dengan mesin itu Teddy Plus

"Tapi abang Paizo kata yang besar ni untuk abang Fang"

"Ok" Idoli memeluk plushie dia yang bersize kecil itu "Kalau kita pergi ke rumah kakak Emmy lagi, Idoli nak kakak Emmy buat yang besar punya untuk Idoli"

"Hmm.. tapi Idoli jangan nak pergi seorang diri. Rizu pun sama.. jangan bercakap atau terima apa-apa sahaja dari orang yang kita tidak kenali. Abang tidak mahu kau di culik lagi"

"Baik abang Paizo" jawab Idoli dan Rizu serentak

"Abang Kaizo tak buat plushie untuk diri abang ke?" tanya Idoli. Kaizo hanya mengangkat kening sebelah sambil gelengkan kepala "Hehehehe... rugi abang Kaizo tak buat tapi takpe.. Idoli ada suruh Emmy buatkan keychain plushie untuk abang Kaizo!" Idoli keluarkan sebuah keychain yang ada plushie kecil Kaizo. Mata plushie itu berbentuk hati dan warnanya adalah warna pink. Plushie Kaizo itu siap memakai helmet lagi

"Terima kasih Idoli" kata Kaizo. Hati dia rasa sangat terharu. Lalu dia mengambil keychain itu dari Idoli. Dia terus pakaikan keychain itu di seluar birunya

"Wah! Comellah abang Paizo pakaikan dekat seluar. Kalau begitu, Pizu pun nak macam tu juga tapi Pizu nak keychain plushie abang Fang! Tak pun plushie penguin ke... atau plushie abang Kaizo dan abang Fang ke.. plushie Idoli ke.. tak pun plushie kak Lynna.. banyak sangat plushie Pizu suka! Tapi yang mana satu Pizu nak yea" Pemikiran Rizu sudah melayang jauh sehingga dia tidak sedar yang dia tersilap langkah dan lalu terlanggar tiang lampu. Selamat dia memeluk plushie besar, jadi kepala dia tidak terkena tiang lampu tersebut

"Abang Rizu ok?"

"Abang ok aje tapi abang Pizu terlampau banyak sangat fikir.. hehehee"

"Bagi abang bawakan anak patung tu. Nanti kau terlanggar lagi" Rizu menghulurkan plushie besar itu kepada Kaizo "Lain kali bila jalan, mata fokus ke depan. Takdelah terlanggar tiang lampu ataupun terjatuh ke dalam longkang. Dengar tu?"

"Dengar abang Paizo. Pizu banyak sangat fikir.. hehehe" Rizu garu-garu kepala dia "Pizu tak tahu nak keychain plushie yang mana.. rasanya Pizu nak kakak Emmy buat semua keychain plushie yang Pizu nak"

"Best tu abang Rizu!"

"Tapi membazir sahaja kalau ada terlampau banyak. Rizu nak buat apa banyak-banyak begitu? Bukan ke Rizu sudah ada teddy bear dan plushie yang lain dekat rumah" tegur Kaizo dengan nada tegas dia. Kepala Rizu tertunduk sedikit, muka dia menjadi sedih "Abang tak marah, abang cuma tegur sahaja. Kalau Rizu nak, Rizu pilih satu sahaja. Siapa yang Rizu paling sayang sekali, mesti si Pang tu kan"

"Ha ah, Pizu sayangkan abang Fang" Rizu tersenyum sedikit "Terima kasih abang Paizo kerana tegur Pizu. Kalau tidak, Pizu akan membazirkan sahaja.. tapi plushie semua ni free! heheehe... susah nak dapat plushie macam ni! Kalau Pizu kumpul pun ok juga.. mesti kawan-kawan sekolah Pizu akan cemburu dengan keychain yang Pizu kumpul tapi Pizu boleh mintak kakak Emmy tolong buatkan lagi untuk kawan-kawan Pizu. Mesti dia orang teruja!"

"Boleh tu boleh Rizu tapi kalau boleh, jangan beritahu orang. Kasihan dekat Emmy tu nanti, setiap hari kena siapkan plushie banyak-banyak. Biar kita-kita sahaja yang tahu" Kaizo memeluk plushie diri dia "Apa kata kita buat kejutan untuk si Pang. Mesti budak tu akan menangis tak tentu pasal"

"Hehehee.. abang Paizo ni kelakarlah. Mesti abang Fang suka dengan plushie tu dan setiap malam dia akan peluk.. heheehe.. yelah, asyik peluk anak patung landak dia aje"

"Abang Fang dah besar pun masih peluk anak patung landak juga?" tanya Idoli sambil terbayangkan Fang sedang tidur dan di dalam pelukan dia ada anak patung landak. Ibu jari sebelah, Fang pergi hisap. Idoli tergelak seorang diri

"Yea.. dia masih lagi peluk. Agaknya dia takut kalau anak patung landak tu lari daripada diri dia" Rizu dan Idoli tergelak di situ "Lepas kita dah simpan anak patung semua ni, kita pergi ke kedai Tok Aba. Abang belanja kamu makan"

"YEAHHH! ABANG PAIZO BAIK! ABANG PAIZO BAIK!" menjerit-jerit Rizu dan Idoli di situ. Mereka suka kalau Kaizo belanja mereka makan kerana Kaizo benarkan mereka memesan makanan yang mahal ataupun murah tapi dengan satu syarat, makanan itu kena habiskan dan jangan membazir. Mereka sentiasa ingat pesanan Kaizo dan sentiasa memesan satu makanan sahaja

----------------------------------------------------------------------------------

Ochobot rasa hairan melihat Boboiboy membeli begitu banyak sekali anak patung plushie dan paling menghairankan, semuanya dalam bentuk kawan-kawan dia dan juga diri dia. Plushie Ochobot pun ada suka. Dia dapat rasakan plushie itu adalah hadiah untuk dia daripada Boboiboy. Tok Aba pula, hanya gelengkan kepala melihat cucu dia dan juga kawan-kawan cucu dia membeli plushie yang terlampau banyak. Fang ada di kedai Tok Aba. Dia sedang melayan dua kanak-kanak iaitu seorang abang dan seorang adik perempuan

"Apasal kau tinggalkan kita orang tadi Fang?" tanya Boboiboy

"Korang sibuk sangat pilih plushie banyak-banyak tu.. jadi aku datanglah ke sini sorang-sorang"

"Hehehe.. maaf Fang" Boboiboy tersengih. Mata dia asyik perhatikan dua adik beradik itu sedang berseronok makan ice cream chocolate. Mereka makan seperti tidak pernah makan ice cream sebelum ini. Dia rasa hairan dengan kelakuan mereka berdua tetapi dia endahkan sahaja. Tanpa disedari oleh Boboiboy, mata adik perempuan itu asyik perhatikan plushie yang banyak-banyak itu. Fang, Yaya dan Ying perasan dengan kelakuan budak itu

"Adik ni nak tak plushie akak?" tanya Yaya sambil keluarkan plushie diri dia

"Nak!" Budak perempuan itu terus menjadi gembira. Tangan dia menerima plushie itu dari Yaya. Dia memeluk plushie Yaya seperti memeluk seorang bayi baru lahir "Terima kasih kakak.. ini pertama kali saya dapat anak patung yang sangat comel"

"Sebelum ni kamu tidak pernah dapat anak patung kaa?" tanya Ying

"Pernah tapi... ibu bapa kita orang tidaklah sekaya mana. Mereka hanya mampu untuk beli barangan dapur, barang sekolah dan duit belanja untuk saya dan abang saya" Suara budak perempuan itu bertukar menjadi sedih "Tapi kami bersyukur kerana masih lagi dapat duduk di dalam rumah. Masih lagi ada tempat berteduh"

"Betul tu adik. Abang pun bersyukur. Kami dapat makan ice cream ni pun sebab abang ni yang belanja kami makan. Adik saya terliur tengok ice cream tapi dia faham, kami tidaklah semewah mana. Kami main sahaja mainan yang kami ada, semuanya masih elok lagi"

"Baik pulak si Fang ni" Gopal garu-garu kepala dia

"Baguslah tu.. takdelah Fang nak kedekut sangat. Kawan kita nampak aje macam sombong tapi sebenarnya hati dia baik" Fang rasa malu pula dipuji begitu. Dia terus kawal muka dia supaya tidak nampak malu dan hanya nampak serius sahaja. Boboiboy tergelak sedikit, lalu dia keluarkan satu anak patung plushie iaitu plushie diri dia sedang berpegang tangan dengan plushie Lily "Abang bagi ni dekat korang berdua"

"Wah! Adik dapat plushie lagilah abang" Mata dia sudah berkaca kerana terharu sangat "Terima kasih abang Boboiboy.. saya tidak tahu macam mana nak balas jasa budi baik abang Boboiboy, kakak Yaya dan juga abang Fang"

"Adik jaga aje plushie ni dengan baik.. hehehee.." balas Ying. Mereka semua tumpang rasa kegembiraan budak perempuan itu. Boboiboy mengambil gunting kedai Tok Aba dan lalu dia potongkan benang yang ada di celah tangan antara plushie Boboiboy dan plushie Lily

"Kau nak buat apa tu Boboiboy?" tanya Yaya

"Satu untuk adik dan satu untuk abang. Korang mainlah nanti sama-sama" Budak perempuan itu menangis sedikit. Dia mengusap-usap air matanya "Abang bagi ni ikhlas dari hati abang"

"Te-terima kasih.. tak pernah saya rasa gembira begini" Budak perempuan itu terus menerima plushie Lily dan plushie Boboiboy, dia berikan kepada abang dia "Selama ini, kami tidak pernah merungut"

"Ha ah, kami sentiasa bersyukur apa yang kami ada. Susah senang, biarlah kami bersama. Kami juga tahu ibu bapa kami bersusah payah menyara kehidupan kami dan kami akan membalas jasa mereka berdua dengan belajar bersungguh-sungguh, supaya kami dapat melihat senyuman di wajah ibu dan ayah"

"Se-sedihnya aku" Gopal pula menangis "Tak pernah aku balas jasa ibu bapa aku. Yelah, aku asyik gagal aje.. tapi dia orang tetap sayangkan aku.. Amma! Appa! Maafkan anak mu ini yang sangat lemah dalam mata pelajaran, lebih-lebih lagi matematik"

"Itulah kau, asyik main video game aje kerja kau" Gopal tersengih selepas sahaja dia dimarah oleh Fang. Adik beradik tadi tergelak melihat gelagat Gopal. Fang terus palingkan mukanya ke arah adik beradik itu. Nada suara dia kembali menjadi biasa "Adik-adik jangan hampakan dan hancurkan hati ibu bapa adik. Buatlah mereka bangga"

"Dengar cakap abang Fang tu.. dia tu anak yatim, tiada ibu bapa tapi dia ada seorang abang. Walaupun ibu bapa mereka sudah tiada, mereka tetap mahu buatkan ibu bapa mereka rasa bangga" kata Tok Aba "Nah, ambik cekodok chocolate ni. Atuk bagi.. nanti bagi ibu bapa kamu rasa sekali"

"Terima kasih Tok Aba!" kata adik beradik itu. Lalu mereka beredar dari situ dengan hati gembira

"Seronok betul dia orang berdua tu. Sebenarnya dia orang tu sudah lama menjenguk-jenguk kedai atuk, cuma mereka takde duit nak beli, sampailah Fang panggil dia orang tadi. Jadi dapatlah dia orang merasai ice cream chocolate dekat kedai atuk ni tapi.. atuk nak tanya ni" Muka Tok Aba bertukar menjadi garang

"Errr.. tanya apa atuk?" Boboiboy duduk di atas bangku kedai tersebut

"Kamu semua ni beli anak patung banyak-banyak ni untuk apa? Sudahlah kawan kamu si Lily tu pergi hantar anak patung berbentukkan cucu atuk, banyak-banyak dekat rumah. Bermacam-macam size ada. Penuh katil kau" Boboiboy terkejut dan lalu dia rasa bersalah

"Maaf atuk.. kami beli, langsung tak terfikir tadi"

"Hmm... lain kali jangan ikutkan nafsu kamu sahaja. Nanti akan menjadi satu pembaziran. Atuk tak marah kalau kamu nak beli tapi beli satu sahaja. Bukan banyak-banyak begini" Tok Aba gelengkan kepala "Atuk bagi cadangan, kamu dermakan ajelah yang lain-lain tu"

"Bagus juga cadangan atuk tu" kata Yaya. Kalau tentang kerja-kerja amal, Yaya pasti suka dan dialah orang pertama akan melaksanakannya "Aku ada idea, apa kata kita bahagi-bahagikan kesemua plushie ni"

"Bahagikan untuk apa Yaya?" tanya Boboiboy

"Kita bahagikan kepada tiga. Pertama kita sedekah dekat Hospital Pulau Rintis untuk kanak-kanak yang sakit, yang duduk lama di dalam hospital. Sudah tentu dia orang nak bermain dengan permainan yang ada dekat hospital. Kedua, kita hantar dekat tadika yang ada dekat sini dan yang terakhir sekali, kita dermakan dekat rumah anak-anak yatim"

"Hah, bagus cadangan tu Yaya" kata Tok Aba sambil tersenyum kepada Yaya "Atuk setuju dengan cadangan kau"

"Terima kasih atuk tapi sebelum kita bahagikan, korang ambik yang mana satu korang nak simpan tapi satu sahaja" Yaya terus mencapai plushie diri dia sendiri. Kawan-kawan dia turut buat sama macam Yaya kecuali Fang. Dia mengangkat plushie Ratu Lily

"Kenapa lu ambik plushie Ratu Lily?" tanya Ying

"Sebab aku tak naklah lupakan sahabat kita yang sudah lama pergi. Lagipun, tanpa kita.. tak mungkin dia akan menjadi Ratu yang baik. Jadi aku nak simpan anak patung ini sebagai kenangan kita bersama dia" Fang sentuh sedikit ukiran senyuman plushie Ratu Lily "Dia bersama kita hanya sekejap sahaja tapi... kalau dia dengar kata-kata aku sekarang, aku berharap kau bahagia di sana. Apa yang kau inginkan selama ini, sudah tercapai sebelum kau pergi buat selama-lamanya. Terima kasih kerana sudi membenarkan kami mengenali Ratu Lily yang sebenarnya. Ratu Lily yang baik, periang, sentiasa tersenyum dan juga, dia tidak pernah rasa mengalah. Contohnya semasa perebutan Boboiboy dengan Lily" Fang tergelak sedikit "Tapi aku sudah lama maafkan dia dan aku juga ingin ucapkan terima kasih kerana selamatkan nyawa kak Lynna. Kau sanggup gadaikan roh kau sendiri untuk keselamatan orang lain. Pergorbanan kau, aku tidak akan lupakan"

"Pang" Fang terus menoleh kebelakang. Dia tersenyum melihat abangnya ada di situ bersama Rizu dan Idoli

"Eh.. abang dengar ke apa yang adik katakan tadi?"

"Yea adik" Kaizo memeluk adiknya. Fang membalas balik pelukan abangnya "Kau jagalah plushie tu dengan baik, agar kita semua tidak akan melupai diri dia dan juga pergorbanan dia" Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying tersenyum di sini. Mereka menangis sedikit. Tok Aba dan Ochobot rasa terharu dengan kata-kata Fang tadi

"Hehee.. kami semua tak kan lupakan dia. Aku rasa, orang yang tidak pernah lupakan Ratu Lily adalah Lily sendiri" kata Boboiboy sambil melihat adik beradik alien sedang berpelukan itu "Sayangnya plushie Ratu Lily hanya ada satu sahaja tadi. Probe pun cakap, plushie itu dia suruh Emmy buat satu sahaja. Bagi aku, Ratu Lily adalah batu pertama yang unik dan susah untuk di cari kerana Ratu Lily hanya ada satu sahaja di dunia ataupun di galaxy. Tiada siapa dapat gantikan tempat Ratu Lily dihati kami semua"

Tiba-tiba Fang rasa terpandang sesuatu yang ada di belakang abangnya. Hanya dia sahaja yang nampak. Dia ternampak roh Ratu Lily dalam keadaan samar-samar. Roh itu melambai-lambai ke arah Fang dengan senyuman manisnya. Fang seperti dengar suara Ratu Lily, ianya seperti angin sedang lalu di telinga dia

"Terima kasih Fang" kata Ratu Lily "Selamat tinggal kawan ku"

Roh itu terus hilang dan Fang tidak rasa roh itu akan kembali ke dunia tetapi dia rasa tenang dapat jumpa roh Ratu Lily buat kali terakhir dalam keadaan tersenyum. Dia pasti bahagia di sana, bisik dihati Fang

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top