Planet Metallum

Suasana di Pulau Rintis, sangat indah sekali dengan bunyi-bunyian daripada haiwan-haiwan di sekitar pulau itu. Semuanya sedang sibuk mencari makanan, minuman atau hanya berjalan-jalan sahaja di situ. Shadow dan Pikachu sudah keluar bermain di kawasan halaman rumah Kaizo dan Fang. Manakala Lily si itik sedang bersihkan bulu-bulu dia di bawah meja dapur. Idoli ada di bawah meja juga. Dia telah bertukar menjadi kucing untuk membersihkan bulu-bulu dia

"Kenapa dengan budak ni.. aku suruh mandi, dia pergi jilat bulu dia" kata Kaizo dengan nada marah dia "Degil betul si anak kucing ni. Sama macam si Pang tu"

"Hehehee.. adik memang degil pun tapi degil macam mana pun, abang tetap sayangkan adik. Betul tak?" Fang ada di situ sambil duduk di atas kerusi, menikmati roti sandwich tuna dia untuk sarapan pagi dia

"Betul tu.. Lily sokong sahaja" Terus dia sambung balik jilat-jilat tangan dia seperti kucing. Dia ada duduk di atas kerusi sebelah Kaizo

"Macam mana si pelik ni ada dekat sini?" tanya Kaizo sambil angkat kening sebelah "Siapa bawa si kucing besar ni masuk ke dalam rumah kita?"

"Faye yang bawa dia masuk" jawab Faye

"Kenapa kau bawa dia masuk?"

"Ala abang Kaizo ni.. kalau Faye tak bawa dia masuk, nanti dia akan melalak dekat luar tu. Abang Kaizo juga yang akan bising-bising sebab dia bising dan tahap kebisingan Lily memanglah tahap peringkat antarabangsa! Tiada siapa yang boleh melawan tahap kebisingan Lily!"

"Betul tu! Lily sokong sahaja" kata Lily sambil tersenyum lebar

"Hmm.. kau ke sini untuk apa? Nak huru harakan keadaan?" Kaizo dengan begitu baiknya, dia ambil sekeping roti dan lalu dia sapu tuna di atas roti itu "Mentang-mentanglah hari minggu, bolehlah kau datang ke sini untuk bisingkan keadaan tapi hari biasa pun, kau sama sahaja. Tetap akan datang juga ke sini walaupun kawan-kawan kau yang lain semuanya sekolah petang dekat sini tapi... bolehlah kau tolong jagakan si Idoli dan Rizu semasa aku pergi jalankan latihan tempur" Dia lipat roti itu dan lalu potong kepada dua "Nah, ambik sandwich ni.. makan dan kunyah elok-elok"

"ERK!" Terkejut Lily "Ba-baiknya abang Kaizo ni"

"Kenapa? Kau ingat abang aku tu tak baik ke" Fang gigit sandwich tuna dia sambil melihat Lily mengambil sandwich tuna dari tangan Kaizo

"Hehehe.. takdelah, hari ni tiba-tiba abang Kaizo baik semacam. Buatkan sandwich untuk Lily... adakah ini adalah mimpi atau reality? atau sebenarnya Lily berada di dalam mimpi abang Kaizo? OH TIDAKKKKK!" Idoli terus sumbat sandwich tuna di dalam mulut Lily. Dia baru berubah menjadi manusia kucing "Sedap juga tuna ni, tiada kemasinannya. Betul ke abang Kaizo yang buat ni?"

"Bukan abang Kaizo yang buat tapi abang Fang yang buat. Abang Kaizo cuma duduk goyang kaki sahaja" Berkerut-kerut dahi Kaizo dengan jawapan daripada Idoli tadi "Kakak Lily suka? Nanti Idoli suruh abang Fang buat lagi"

"Hehehe.. takpelah, satu pun sudah cukup" Lily tersengih di situ "Oh yea, hari ni kita tiada rancangan terbaik ke?"

"Takde" balas Fang dengan suara serius dia "Kalau kau nak rancangan terbaik, suruh si Boboiboy buat rancangan terbaik"

"Hmmm... betul juga sebab rancangan si landak selalu tak terbaik. Mesti akhir-akhir nanti landak akan dikena hukuman latihan tempur dari abang dia sendiri" kata Lily sambil angguk-angguk kepala dia "Memang menyedihkan... hehehe.. apa boleh buat, landak ni memang landak malang. Selalu tak sehebat macam MY BBB-CHAN!" Hati Fang panas di situ

"Kalau kau fikirkan dia hebat sangat, pergilah rumah dia"

"Tak perlu landak, Lily sudah menjemput semua rakan-rakan untuk bersarapan pagi di situ" Kaizo tersembur teh hijaunya ke muka Lily "Adeh... muka Lily juga yang jadi mangsa"

"Err.. tuna sandwich ni macam tak cukup aje" balas Faye sambil garu-garu pipi dia "Lagipun tepung nak buat pancake sudah habis. Kalau nak suruh aku gorengkan fries, boleh aje"

"Tak perlu" Lily terus berdiri sambil bercekak pinggang "Lily sudah menyuruh mereka membawa makanan ke rumah ini.. HAHAHAHAAAAA! Lily sudah fikirkan ke depan untuk menguruskan dalam hal-hal makanan sarapan pagi" Lalu dia duduk dan kemudian, dia minum secawan air

"Wah! baguslah kakak Lily ni tapi abang Kaizo tetap idola ku! Kakak Lily jadi ispirasi Idoli lah untuk menjadi pelik" Mata Lily tersinar-sinar di situ. Dia pandang Idoli dengan penuh gembiranya. Bibir dia sudah terukir senyuman lebar sampai ke pipi dan tiba-tiba sahaja muka Kaizo muncul di depan mata Lily

"Errr... ke-kenapa?"

"Kenapa kau habiskan teh hijau aku?" Lily tengok cawan yang tadi dia minum

"Hehehee... maafkan Lily.. Lily tak sengaja" Dia tersengih di situ sambil garu-garu kepalanya, pipinya dan juga leher dia sebab dia sudah rasa berpeluh-peluh di situ tetapi Kaizo masih merenung tajam ke arah Lily dengan muka bengis dia "Ja-janganlah pandang Lily macam tu"

"Kau tahu tak.. itu adalah teh hijau terakhir aku" Makin lama makin dekat muka Kaizo. Lily sudah menelan ludah "Sekarang aku nak kau gantikan teh hijau aku.. kalau tidak, hukuman latihan tempur atau hukuman kau tidak boleh lagi datang ke sini lagi buat selama-lamanya. Pilih salah satu"

"Errr..." Lily terfikirkan kalau dia tidak dapat pergi balik ke Pulau Rintis. Dia terbayangkan Boboiboy di rampas oleh seseorang. Muka dia terus berubat menjadi pucat "ERK! TIDAKKKKKKK!"

"Kau ni kenapa?" tanya Kaizo dengan suara serius dia

"Hehehee.. ada pilihan nombor 3 tak?" Fang dan Faye hanya gelengkan kepala sahaja dengan pertanyaan Lily tadi

"Ada.. iaitu sumbat kau dekat mana-mana planet yang sesuai dengan personality pelik kau. Tentu alien-alien itu akan teruja dengan kepelikan kau dan mereka akan menjadi kau sebagai ratu kepelikan! Dan aku di sini akan rasa aman dengan ke-" Kaizo terus tersedar bahawa Lily tiada di situ "MANA BUDAK TU?" Fang dan Faye tunjuk di luar dapur. Kaizo menjenguk di luar dapur. Dahi dia berkerut-kerut apabila melihat Lily sedang melayan lagu-lagu Didi & Friends bersama dengan Idoli

"Sabar abang, sabar. Adik tahu abang tengah marah" Fang berikan teh hijau dia kepada abangnya "Abang minumlah adik punya"

"Terima kasih" kata Kaizo. Tangan dia sudah mencapai air teh hijaunya "Selamat adik aku tidak berperangai pelik macam si Lily tu tapi abang tetap geram dengan kenakalan kau yang tahap buat abang pening kepala"

"Ala abang Kaizo.. masa abang Kaizo kena seksa hari tu, si Fang buat perangai pelik-pelik dia" Kaizo terus palingkan muka ke arah adik dia. Lalu Faye berkata lagi "Itu pun sebab dia menahan kemarahan dia dan lepas tu si Gopal pergi ketuk kepala Fang sampai dia pengsan"

"Oh begitu.. adakah teruk sangat kepelikan dia?"

"Tak juga abang Kaizo.. pelik dia pelik macam Lily tapi part paling best sekali, semasa Fang bertemu dengan Neko Neko.. sungguh indah sekali.. hehehee" Faye tergelak sedikit. Dia kunyah sandwich tuna dia sedikit dan lalu dia telan

"Adik rindu pula dengan Neko Neko" Kepala Fang tertunduk sedikit "Abang, boleh tak adik pergi melawat Neko Neko"

"Betul ke adik nak pergi melawat harimau tu?"

"Betul abang" Fang peluk abangnya yang sudah kembali tenang kerana dapat minum air teh hijaunya "Pertama kali adik nampak dia, Neko Neko kelihatan kesunyian aje. Yelah, kawan-kawan harimau dia yang lain, semuanya sudah berubah menjadi batu. Adik pun peluk dia seperti adik ni adalah salah satu kawan baik dia. Adik tahu kenapa abang tak nak bawa Neko Neko ke sini sebab abang takut nanti orang akan salah faham pula dengan dia. Takut orang akan tangkap Neko Neko dan masukkan dia ke dalam zoo. Jadi adik terima sahaja dengan keputusan abang kerana abang lebih bijak dan lebih arif di dalam perkara begini"

"Amboi.. pandai betul kau pujuk abang kau nak pergi tengok Neko Neko" kata Faye dengan nada bosan dia

"Hehehee.. mestilah, kalau tidak.. abang aku yang terlajak macho ni tak nak aku berjumpa lagi dengan harimau tu" Fang peluk abang dia sepuas-puasnya. Dia gesel pipinya di badan abang dia

"Manja terlebih pulak adik aku ni" bisik Kaizo "Baiklah, abang akan benarkan kau pergi melawat harimau kau"

"TERIMA KASIH ABANG!" Fang terus cium pipi abangnya. Kaizo tersenyum kecil. Mata dia terpandang pintu rumah, Lily sudah membuka pintu itu dan lalu dia pelawa masuk kawan-kawan adiknya iaitu Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Harraz dan juga Rizu "Eh, dia orang sudah sampai" Fang nampak kawan-kawan dia membawa bekas makanan masing-masing kecuali Rizu

"Fang! Kami sudah sampai" jerit Boboiboy

"Dia orang ada dekat dapur, masuklah dan buat macam rumah sendiri" Berkerut-kerut dahi Kaizo apabila dia mendengar ayat-ayat dari Lily tadi "Bau macam sedap aje.. apa yang korang bawakan di rumah yang penuh dengan kekecohan dari landak dan abang kapten Kaizo!"

"Hehehe.. Lily ni lawaklah tapi lawak Lily sentiasa best" Muka Lily menjadi merah kerana malu dengan pujian dari Boboiboy "Err... aku masuk dapur dulu" Dia cepat-cepat masuk ke dalam dapur dan tinggalkan Lily sedang pegang pipi dia yang sudah terasa panas sedikit

"Jom Lily, kita makan sama-sama. Aku ada bawakan sandwich nutella with banana" Bella tolak Lily masuk ke dalam dapur

"Macam-macam betul si Lily ni.. bayangkan kalau Boboiboy terima Lily tu sebagai kekasih hati dia" Yaya tergelak kecil

"Haiyaa.. mesti dia akan gembira punya, Yaya tapi macam mana kalau dia orang bersama yea. Tak dapat nak aku bayangkan" Ying cuba bayangkan tetapi bayangan Boboiboy dan Lily bersama tidak timbul di dalam pemikiran dia. Semuanya hitam sahaja

"Ala, mesti akan menjadi pelik" jawab Gopal. Tangan kanan dia sedang pegang sebiji donut chocolate. Hari ini ibu dia telah buatkan donut chocolate untuk sarapan pagi dia "Tapi mesti seronok tengok dia orang berdua"

"Kecik-kecik lagi nak bercinta.. baik kita berkawan-kawan sahaja maaa... tiada siapa akan sakit hati punya" Ying masuk ke dalam dapur bersama Yaya, Gopal, Harraz dan Rizu

"Cinta?" Kaizo mengangkat kening sebelah "Siapa yang nak main cinta-cinta ni? Baru tingkatan 1, sudah reti nak bercinta pula"

"Bukan kita orang abang Kaizo, kami cuma berborak sahaja" Ying tersengih

"Bagus.. tapi apa yang kamu semua bawakan?"

"Abang Kaizo, saya ada bawakan mee goreng untuk kita semua. Banyak saya masak ni" Yaya buka penutup bekas makanan dia. Semua boleh bau mee goreng tersebut. Aroma dia sungguh menyelerakan "Boleh kita makan sama-sama"

"Wuuuu.. mee goreng. Lily suka mee goreng tetapi kerepek pisang tetap no 1 di hati ku!"

"Hehehe.. Lily, aku ada bawa bubur pisang" Harraz buka penutup bekas makanan dia pula "Mak aku buat lebih tadi, jadi aku mintaklah sikit nak bawak ke sini. Selamatlah dia bagi bawak, kalau tidak, aku kena beli ajelah makanan"

"Takpe Harraz, kalau tak bawak pun takpe. Sudah cukup sangat makanan kita semua, macam nak pergi berkelah aje" Fang membuka bekas penutup makanan Boboiboy "Apa yang kau bawa, Boboiboy?"

"Hehehehe... atuk bagi aku bawa cekodok chocolate"

"Ala, Idoli tak boleh nak makan cekodok tu" Muka Idoli berubah menjadi sedih "Tapi Idoli boleh makan makanan lain yang takde chocolate kan?"

"Boleh tapi kakak punya sandwich ada chocolate" Idoli melihat sandwich chocolate Bella, terus dia menggigil "Hehehehe... kasihan dia"

"Wei, aku ada cadangan terbaik punya! Apa kata kita berkelah dekat kapal angkasa abang aku?"

"Idea yang bagus! Aku setuju sahaja, Fang" kata Boboiboy dengan penuh harapan "Tapi abang Kaizo bagi ke kita orang berkelah dekat situ?"

"Abang?" Fang pandang ke arah abang dia yang sedang minum air teh hijaunya dengan tenang "Abang bagi ke kita orang gunakan tempat medan latihan tempur sebagai tempat berkelah kita orang?" Kaizo masih minum teh hijaunya dengan tenang

"Abang Paizo?"

Rizu garu-garu kepala dia dan rasa pelik melihat Kaizo yang begitu tenang sekali. Lalu Kaizo meletak cawan tehnya dengan begitu sopan. Semua sudah tidak sabar untuk mendengar jawapan daripada Kaizo. Hati mereka sudah berdebar-debar kecuali Lily, hati dia masih berada di taman bunga, menari dan berpusing-pusing bersama Boboiboy

"Jawapan aku adalah.. KAMU SEMUA INGAT TEMPAT LATIHAN TEMPUR TU TAMAN BUNGA KE? SESUKA HATI KAMU SAHAJA NAK JADIKAN TEMPAT BERKELAH PULA! CARILAH TEMPAT LAIN!" Semua lari lintang pukang sebab takut dengan suara garang yang 10 kali ganda lebih dasyat daripada sebelum ini

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Aku pelik betul dengan abang kau, kejap tak boleh.. lepas tu boleh pulak" Boboiboy bahagi-bahagikan pinggan kepada kawan-kawan dia. Selepas sahaja mereka kena marah dengan Kaizo tadi, mereka telah dipanggil balik oleh Kaizo sendiri. Selepas itu, dia bawa mereka semua naik ke kapal angkasanya tetapi kali ini, Emmy dan Lynna sertai perkelahan mereka di medan latihan tempur. Mereka kini berkumpul di medan latihan tempur untuk menjalankan sesi perkelahan mereka. Emmy telah membawa pizza cendewan dia untuk semua orang dan Lynna membawa air juice tembikai. Kaizo tiada di situ, dia berada di bilik kawalan untuk lepaskan tekanan dia kepada Lahap

"Bukan kau seorang sahaja, Boboiboy. Aku pun rasa pelik dengan abang aku tu"

"Itu sebab landak mempunyai DNA alien pelik! Alien kan pelik-pelik semuanya" kata Lily sambil angguk-angguk kepalanya

"Jadi, kau sebenarnya.. alien pelik jugalah yea" Fang tersenyum sinis sambil melihat Lily. Tangan dia sudah letak mee goreng di dalam pinggan dia tapi Rizu asyik ambil mee dari pinggan Fang dan di masukkan ke dalam pinggan dia sendiri

"Lily bukan alien pelik! LILY ADALAH MA-" Idoli sumbat cekodok chocolate di dalam mulut Lily "Sedapnya cekodok ni..." Dia kunyah perlahan-lahan cekodok itu. Idoli tergelak di situ

"Bagus Idoli.. kalau keluar ayat-ayat pelik dia lagi, Idoli sumbat aje mulut dia dengan makanan"

"Hehehe! Ok abang Fang" Idoli peluk Fang selama 30 saat

"Hmm.. mengajar Idoli benda yang bukan-bukan pulak" tegur Yaya "Mungkin kak Lynna yang pujuk abang Kaizo" Semua pandang ke arah Lynna

"Wuuuu... kapten terhebat boleh cair dengan pujuk rayu dari seorang gadis.. hehehee... hahahaaa!"

"Mana ada Lily, akak tak cakap apa-apa pun dekat dia. Tiba-tiba aje dia hubungi akak dan suruh akak bawa air ke sini. Dia yang beritahu akak tentang kamu semua nak berkelah dekat sini. Akak dengar ajelah bebelan dia.. hehee tapi akak tak pujuk pun dia. Mesti ada benda lain buatkan dia berubah hati" Lynna tuang air juice tembikai di setiap cawan plastik

"Hmm... mungkin dia rasa bersalah dengan kita orang" Fang mengusap-usap dagunya sambil fikirkan sesuatu "Atau semuanya adalah perangkap untuk bawa kami ke sini dan lepas tu bolehlah dia ajar kita orang dengan latihan tempur dia"

"Wei Fang, tak payah nak fikirkan sangat. Kau bersyukur ajelah abang kau bagi kita orang berkelah dengan angkasa lepas ni" kata Gopal sambil kunyah sandwich chocolate dia "Daripada fikirkan perkara tu, baik aku makan sahaja"

"Hehehee... betul tu Gopal! Kita enjoy sahaja.. jangan lupa cuba makanan Faye buat tadi" Faye berikan sepinggan bebola keju "Faye buat awal pagi tadi. Ingatkan nak bagi abang Kaizo makan masa breakfast tadi tapi Fang sudah buatkan tuna pula. Ini pun permintaan dari Idoli. Boleh dikatakan tiap-tiap hari ada aje menu ikan dekat atas meja kita orang"

"Err.. korang.. kenapa kapal angkasa ni bergerak?" tanya Harraz sambil melihat planet bumi semakin jauh dengan mereka

"Eh?! Abang aku nak bawa lari kita orang ke mana?" Fang terus berdiri dan tinggalkan mereka di situ. Dia berlari ke tangga untuk naik ke atas. Selepas itu dia lari ke bilik kawalan untuk pergi bertanya dengan abang dia. Sampai sahaja di depan pintu bilik kawalan, pintu itu terbuka dengan sendirinya. Fang ternampak abangnya sudah berdiri di tengah-tengah pintu itu

"Kenapa kau ada dekat sini?" tanya Kaizo

"Adik nak tanya.. abang nak bawa kita orang ke mana?"

"Abang nak bawa kau dan kawan-kawan kau pergi jumpa Neko Neko lah. Tak boleh ke?" Fang terus tersenyum lebar dengan mata dia bersinar-sinar melihat abangnya "Jangan nak peluk aku"

"Abang dah terlambat" Fang terus peluk abangnya. Kaizo hanya mampu tersenyum sahaja. Tangan dia bergerak di kepala adiknya dan lalu dia mengusap adiknya sedikit demi sedikit "Terima kasih abang"

"Sama-sama adik. Abang tak nak adik murung sahaja atau marah-marah sahaja. Abang nak adik sentiasa ceria walaupun perangai suka sangat panas baran"

"Hehehe.. itukan sifat adik, seseorang yang suka marah-marah orang, tak reti sabar, berlagak, sombong, nakal tapi adik rajin, suka dengan kebersihan, suka belajar dan suka buat abang dan ibu bapa kita bangga dengan adik"

"Kau selalu buat mereka bangga. Jangan hampakan mereka walaupun mereka sudah pun tiada kerana mereka masih lagi ada dihati kita. Mereka hidup dihati kita dan mereka tidak akan hilang selagi kita sentiasa mengingati ibu bapa kita" kata Kaizo dengan tenangnya "Mari kita pergi menjamu selera dengan kawan-kawan kau. Perut abang sudah lapar"

"Bukan abang baru makan ke tadi?"

"Tapi abang masih lapar lagi"

"Abang ni macam Gopal" Fang ketawa kecil di situ tetapi muka Kaizo masih lagi serius "Jomlah abang tapi kalau abang tak terlampau serius sangat tak boleh ke? Lily selalu cakap muka abang macam muka tembok"

"Tembok?" Kaizo angkat kening sebelah "Takpe, nanti abang bagi dia hukuman iaitu cuci tempat medan latihan tempur tu. Sudah berapa lama kau tak pergi bersihkan"

"Hehehe... adik sibuk sangat dekat bumi" Fang tersengih sambil berjalan dengan abang dia "Tapi adik setuju dengan hukuman tu! Adik sokong abang 100%!"

"Bagus" Fang boleh nampak abangnya tersenyum sedikit

-------------------------------------------------------------------------------------------

Planet Metallum adalah planet yang dipenuhi dengan hutan dan air-air sungai. Planetnya kecil, ianya lebih kecil daripada size planet bumi. Hanya sebuah istana besi sahaja yang ada di situ. Keistimewaan planet itu adalah haiwan-haiwannya. Permaisuri dan para pekerja dia adalah penjaga haiwan-haiwan tersebut. Harimau adalah haiwan kegemaran permaisuri di planet itu, jadi tidak hairanlah harimau-harimau di planet itu kelihatan jinak. Kapal angkasa Kaizo sudah mendarat di tempat yang lapang. Keduduk kapal angkasa itu sangat dekat dengan pintu pagar masuk ke dalam perkarangan istana besi itu. Permaisuri Reina berada di tengah perkarangan istana itu untuk menyambut kedatang mereka semua. Neko Neko ada di sebelah Permaisuri Reina. Dia sudah tidak sabar untuk bertemu kembali dengan Fang

Kaizo, Lynna dan Fang adalah kumpulan pertama yang turun dari kapal angkasa itu. Mereka semua berpakaian sopan dan kemas. Lynna memegang sebuah bakul besar dan di dalam bakul itu terdapat lebihan makanan berkelah mereka tadi. Mata Fang sudah bersinar-sinar melihat Neko Neko. Diri dia sudah tidak sabar hendak memeluk harimau kesayangan dia yang diri dia cukup merinduinya

"Hehe.. Fang nampak macam tak sabar aje"

"Mestilah kak Lynna.. Neko Neko my only cat!" Kaizo terus tepuk kepala adiknya "ABANGGG!"

"My only cat konon.. habis tu, Shadow tu nak campak dekat mana?" Fang terus tersengih "Kau sudah tidak sayangkan Shadow ke?"

"Eh kejap.. abang sudah mengenali nama sebenar Shadow" Fang peluk tangan abangnya "Abang tak panggil dia Pang lagi.. Shadow tetap kucing adik dan Neko Neko tetap kucing harimau adik"

"Jadi abang tersilaplah ni.. Pang tu nanti kau nak letak mana? Kau juga yang jaga si Pang tu dari kecik lagi" Fang terus lepaskan abang dia. Muka dia berubah menjadi masam "Tak payah nak bermasam muka, nanti aku bawa kau balik, tak payah nak jumpa harimau kau tu"

"Yelah" Fang terus tersenyum paksa. Dalam hati dia, cukup panas dengan abangnya "Kak Lynna, jom kita masuk"

"Tunggu dulu Fang, kawan-kawan Fang belum lagi turun" Fang terpaksalah tunggu kawan-kawan dia semua turun. Dari satu kumpulan ke satu kumpulan, semuanya turun ke tanah lapang itu dengan menggunakan elevator. Kumpulan terakhir sekali adalah Idoli, Emmy dan Lahap

"Semua sudah ada di sini?" tanya Kaizo dengan nada tegasnya

"Sudah abang Kaizo!" kata mereka semua. Lahap dan Lynna pun terikut panggil abang Kaizo. Mereka berdua tergelak kecil di situ

"Bagus, mari kita masuk tapi jangan nak buat perangai terutama sekali.." Kaizo paling mukanya ke arah Lily "Kau" kata Kaizo kepada Lily yang sudah tersengih bersendirian di situ

"Sudahlah tu Kaizo, mari kita masuk" Kaizo tidak berkata apa kepada Lynna, dia terus masuk ke dalam perkarangan istana. Semuanya sangat teruja dengan keindahan perkarangan itu. Penuh dengan bunga dalam pelbagai warna tapi paling tertarik sekali ialah sebuah air pancut yang berbentuk bunga. Ianya diperbuat daripada besi dan ia juga berwarna warni

"Selamat datang ke planet saya, Kapten Kaizo dan Puteri Lynna"

"Terima kasih" ucap Kaizo dengan nada serius dia "Saya di sini kerana si Pang ni. Dia rindu sangat dengan harimau Neko Neko dia"

"Takpe, harimau ini pun terlalu rindukan dengan adik kapten. Saya memahami perasaan setiap haiwan di sini" Permaisuri Reina mula mengusap kepala Neko Neko "Pergilah lepaskan rindu kamu kepada Fang"

"NEKO NEKO!"

"ROARRRRRR!" Neko Neko melompat dan memeluk Fang. Mereka berdua berguling-guling di situ. Faye sudah menangkap gambar mereka sebagai kenangan terindah dia. Begitu juga dengan Gopal

"Hehehee... suka marah-marah tapi hati lembut macam kapas"

"Oklah tu Bella, ada setengah orang muka cantik tapi tiada belas kasihan terhadap haiwan. Syukur kita semua bukan begitu" kata Yaya. Dia tersenyum melihat Fang dan harimau itu berpelukan

"Hihi.. kami pun mau pegang harimau tu"

"Peganglah dia, kalau korang nak.. dia tak kisah pun" kata Fang. Tangan dia asyik garu-garu leher harimau itu. Neko Neko rasa bahagia apabila ada orang garukan leher dia "Suka yea.. meh aku garukan lagi.. hehehee"

Tanpa membuang masa, Boboiboy pergi mengusap-usap badan harimau itu. Yaya dan Ying sentuh bulu harimau itu. Faye masih lagi dengan kameranya. Gopal rasa takut hendak pegang harimau itu. Harraz beranikan diri dia untuk sentuh kepala harimau itu. Lily peluk belakang badan harimau itu

"Gebunya harimau ni.. bulu dia macam bulu karpet dekat rumah Lily"

"Wei, jangan nak peluk dia sangat" marah Fang tetapi Lily hanya menjelirkan lidahnya kepada Fang. Makin berapi-api hati Fang

"Wah! Pizu takut nak pegang dia tapi Pizu suka tengok harimau ni.. manja sangat!" Rizu bermain-main dengan ekor harimau itu bersama Idoli yang sudah berubah menjadi seekor anak kucing. Emmy takut nak pegang harimau itu, dia berdiri sahaja di tepi Lynna dan melihat kawan-kawan dia yang lain pergi bermain dengan harimau tersebut

"Seronoknya mereka bermain dengan harimau tu" kata Lynna

"Tapi mereka akan menjadi seronok jika mereka ikut saya ke taman haiwan atau maksud lain, ke sebuah Zoo yang ada di planet ini"

"PIZU SUKA PERGI ZOO! Tapi malangnya dekat Pulau Rintis, tiada zoo" Permaisuri Reina berikan senyuman kepada Rizu "Sini ada penguin tak?"

"Mestilah ada, mari semua.. ikut saya ke zoo tersebut" Permaisuri Reina mengajak mereka ke bahagian tepi istana. Fang hanya menunggang harimau dia sambil berpelukan. Idoli sudah kembali menjadi manusia kucing "Kami akan ke sebuah Zoo. Di situ, kamu semua boleh bermesra dengan haiwan-haiwan yang hidup di planet ini tapi jangan risau, semua haiwan di sini sangat jinak"

"Kalau Pizu nak bawa balik penguin boleh?" tanya Rizu

"Wuuu... tak pun Rizu duduk dengan penguin-penguin. Lagipun Rizu kan tengah pakai costume penguin sekarang ni dan Idoli pakai costume kucing.. Lily telah mendapat satu idea yang terbaik! Faye, tukarkan baju kita semua menjadi costume haiwan!" Faye sudah tersenyum lebar. Dia terus keluarkan mesin alat menukar pakaian dari beg kecilnya "Lily nak costume.."

"Kau jadi anak itik ajelah" jawab Gopal secara tiba-tiba. Faye terus tukarkan baju Lily jadi anak itik berwarna kuning

"ERKK! Bukan abang Kaizo ke kena jadi anak itik takpun jadi itik garang tapi comel juga jadi anak itik ni" Lily goyang-goyangkan ekor di yang ada di costume itu "Hehehee"

"Si Pang mesti comel kalau jadi arnab tapi lebih elok kalau dia jadi landak" Bella tergelak di situ. Fang abaikan kata-kata Bella tadi. Dia masih lagi bahagia memeluk harimaunya

"Landak menjadi landak.. BEST TU!"

"APA YANG BESTNYA?! KAMU CUBALAH DUDUK DEDIAM. MEMBISING SAHAJA YANG KAU TAHU" Lily terus berdiri tegak kerana takut dengan suara garang Kaizo "Tahu pun nak duduk diam"

"Mereka kan budak-budak lagi.. wajarlah mereka berkelakuan begitu"

"Maaf permaisuri, mereka ni semua suka sakitkan kepala saya" kata Kaizo. Lynna hanya gelengkan kepala sahaja. Permaisuri itu membawa mereka ke sebuah terowong yang dikeliling oleh pokok-pokok bunga. Bau terowong itu sangat harum dan ada beberapa bunga berguguran di atas lantai planet bumi itu

"Romantiknya terowong ni" kata Yaya

"Yaloh.. memang romantik sangat. Sesuai untuk orang pergi berdating macam abang Kaizo dan kak Lynna" Ying tergelak kecil di situ. Permaisuri itu terdengar perbualan Yaya dan Ying tadi, lalu dia menoleh kebelakang

"Jadi kamu berdua memang berdatinglah yea" tanya Permaisuri Reina

"Eh, mana ada.. kami cuma kawan baik sahaja" jawab Lynna dengan sopannya. Permaisuri Reina hanya tersenyum sahaja

Mereka berjalan sehingga penghujung terowong itu. Apabila mereka keluar dari terowong itu, mata masing-masing sudah terbuka luas. Pelbagai jenis haiwan yang ada di situ. Semuanya hidup dalam keadaan harmoni. Haiwan-haiwan itu tidak di kurung di dalam kandang tetapi mereka sudah mempunyai tempat tinggal seperti di dalam gua, di atas pokok, bawah tanah dan macam-macam lagi

"Siapa yang selalu jaga haiwan-haiwan ni?" tanya Yaya

"Saya dan pekerja saya yang menjaga mereka. Setiap kali kami datang, mereka akan rasa teruja" balas Permaisuri Reina. Dia membawa mereka masuk ke dalam taman zoo itu. Dari kiri, mereka boleh nampak sebuah air terjun dan kanan mereka pula, sebuah padang yang sangat luas. Ada beberapa ekor penguin sedang terjun masuk ke dalam sungai. Cuaca di situ agak sejuk sedikit dan ianya bolehkan penguin hidup di planet itu tanpa masalah. Rizu rasa sangat seronok melihat penguin-penguin itu. Tidak jauh daripada itu, ada seekor ibu beruang sedang berikan makanan ikan kepada anak-anaknya. Belakang mereka adalah permandangan istana besi dan di depan mereka, dari jauh lagi mereka boleh nampak sebuah pergunungan yang diselaputi oleh sajli-salji

"Wei Gopal, beruang angkasa kau" kata Boboiboy

"Yelah! Boleh aku tangkap gambar dengan dia orang nanti"

"Cuba tengok haiwan tu!" Mereka pandang ke kanan untuk melihat apa yang Bella cuba tunjukkan. Beberapa ekor landak sedang terbangan di sekitar padang itu. Landak-landak itu mempunyai sepasang sayap dan paling menarik sekali, landak itu semuanya berwarna ungu "Keturunan kaulah, Fang" Bella tergelak di situ

"Cheh, tak guna punya kawan" bisik Fang

"Tapi unik sangatlah landak-landak tu" kata Yaya

"Wuuuuu.. cuba tengok itik tu" Lily tunjuk ke sebuah tasik yang tidak jauh daripada mereka. Itik-itik itu ada dalam pelbagai warna. Semuanya seperti telah diwarnakan dengan sebuah shampoo tetapi warna bulu-bulu mereka adalah warna asli "Abang Kaizo, Lily telah jumpa keturunan itik hot!"

"Ada juga nak kena dengan pedang tenaga aku ni" bisik Kaizo sambil menggenggam tangannya. Tiba-tiba tangan dia di tarik-tarik oleh seseorang. Dia menoleh ke tepi "Kenapa Rizu?"

"Pizu nak pergi main dengan penguin tu boleh?"

"Pergilah tapi jangan terjun dalam air sungai tu pulak" Rizu terus berlari ke arah penguin-penguin sedang beratur untuk masuk ke dalam sungai "JANGAN LARI! Nanti kau juga yang jatuh dalam sungai tu"

"Biar aku pergi tengok kan dia" kata Lynna. Bakul besar itu diberikan kepada Kaizo. Terus dia pergi ke arah Rizu bersama Idoli "Nanti kau bentangkanlah tikar supaya kita semua boleh berkelah"

"Nanti saya panggil para pekerja saya untuk sediakan makanan untuk kamu semua" Permaisuri Reina tinggalkan mereka "Mainlah dengan haiwan ini semua. Jangan risau, semuanya jinak-jinak"

"Kalau macam tu.. QUACK QUACK QUACK QUACK" Lily berlari ke arah sekumpulan anak itik berwarna warni. Anak-anak itik itu teruja melihat manusia berpakaian seperti itik. Mereka berjalan ke arah Lily seperti Lily itu adalah ibu mereka "Quack quack quack quack"

"Comelnya Lily dengan anak-anak itik tu" Boboiboy tergelak melihat Lily sudah duduk di atas rumput dan sekeliling dia dipenuhi dengan anak-anak itik. Semuanya mahu bermanja dengan Lily. Lalu seekor anak itik sedang mengesel-gesel kepalanya di kaki Boboiboy "Kenapa kamu tak pergi join sana? Malu yea.. jom kita pergi bermain"

"Dey! Janganlah tinggalkan aku sorang"

"Gopal pergilah main dengan beruang angkasa tu. Mesti beruang tu seronok tengok kau nanti" kata Faye sambil mengambil gambar Gopal

"Betul juga! Aku memang nak sangat berjumpa dengan beruang angkasa" Gopal berjalan bersama dengan Faye untuk pergi bermain dengan beruang

Yaya, Ying dan Harraz sedang melihat seekor burung yang duduk di dalam sarangnya. Burung itu sangat besar dan warna dia adalah merah. Paruh dia amat tajam sekali tetapi burung itu bukan sejenis burung yang suka menyerang manusia. Burung itu nampak mereka bertiga dan lalu dia terbang ke bawah. Ada juga beberapa burung itu yang lain terbang ke arah mereka. Semuanya suka melihat kehadiran mereka bertiga. Ada yang berikan sekuntum bunga berwarna kuning kepada Yaya

"Hehehe.. manyak pandai ini punya burung"

"Tahu takpe Ying.. tengok, dia berikan kepada kau sebiji apple" Yaya melihat seekor burung merah melompat-lompat untuk berikan apple merah kepada Ying "Tadahkanlah tangan kau, Ying"

"Ok Yaya" Ying tadah kedua belah tangannya. Burung itu terus letak apple itu di atas tapak tangan Ying

"Seronoknya kalau aku ada burung macam ni" kata Harraz "Semuanya sangat indah sekali dekat planet ni. Korang rasa, mana lagi indah.. dunia abang Kaizo atau dunia kak Lynna?"

"Hmmm.. susah nak jawab tu, Harraz. Sebab kedua-duanya terdapat keistimewaannya tersendiri" balas Yaya "Dunia kak Lynna penuh dengan magic dan dunia abang Kaizo, penuh dengan teknologi yang tidak lagi wujud di planet bumi"

"Betul tu.. aku kalau boleh, mahu terokai kedua-dua dunia itu bersama.. hehee"

"Samalah kita, Ying. Banyak benda yang aku mahu lihat" Mata Harraz terus pergi melihat Rizu sedang memeluk seekor penguin. Lynna sedang melayan Idoli dan seekor anak penguin. Mereka berdua seronok berikan makanan kepada anak penguin itu. Emmy hanya duduk di tepi sungai sambil redamkan kaki. Dia melayan seekor penguin di situ. Dia tidak boleh duduk dekat dengan haiwan lain kerana alahan dia dan Lahap pula, dia sedang sibuk bermain dengan landak terbang. Kaizo melihat leftenan dia berubah perangai seperti budak kecil

Jauh dari situ, Bella sedang menunggang seekor kuda putih yang mempunyai sepasang sayap. Kuda itu amat besar, lebih besar daripada kuda biasa. Ianya suka dengan sentuhan dari seorang gadis. Kalau di dunia Lynna, kuda itu di panggil sebagai pegasus. Kuda itu berlari dan terus terbang ke langit

"WEEEE! BESTNYA!" Bella tidak rasa begitu takut. Dia memang seseorang yang agak berani "Korang! Jomlah join sekali!" jerit Bella kepada kawan-kawannya. Ada beberapa lagi pegasus di situ. Semuanya sedang sibuk makan rumput-rumput atau daun-daun hijau

Fang abaikan sahaja dengan keseronokan Bella kerana Neko Neko membawa Fang ke tempat yang dia selalu berehat iaitu di dalam sebuah gua. Gua itu tidak jauh dari kawasan itu. Ada beberapa harimau lain yang ada di situ, semuanya jinak seperti Neko Neko. Setelah sampai di gua tersebut, Fang turun dari belakang Neko Neko

"Ini rumah kau, Neko Neko?" Harimau itu mengaum kepada Fang "Hehehee.. gua ni luas tapi baguslah Neko Neko ada tempat untuk berehat" Neko Neko terus menolak badan Fang untuk masuk lagi ke dalam gua itu. gua itu disinari oleh crystal-crystal yang ada di tepi-tepi dinding gua tersebut. Ianya seperti berada di dunia fantasy Lynna

"Kau nak bawa aku ke mana?" Neko Neko mengaum lagi. Fang ikut sahaja kemahuan Neko Neko, dia teruskan berjalan. Harimau yang lain turut mengikut mereka pergi ke kawasan dalaman gua tersebut. Mata Fang terpandang sebuah kolam yang ada di dalam gua itu. Airnya sangat jernih dan dia boleh nampak batu-batu permata sedang berkelipan di dalam dasar air tersebut

"Macam bintang dekat angkasa" bisik Fang. Dia melutut di tepi kolam air itu untuk merasai suhu air tersebut dengan tangannya. Air itu sejuk tetapi Fang tidak mahu pergi mengambil batu permata tersebut. Dia tahu permata-permata itu adalah kepunyaan planet itu sendiri atau suku kaum Neko Neko "Terima kasih Neko Neko kerana bawa aku ke sini. Memang indah"

Neko Neko mengaum dan terus tolak Fang masuk ke dalam kolam tersebut

"Neko Neko! Kenapa kau tolak aku?" Neko Neko terus baringkan dirinya di tepi kolam tersebut dan lalu dia mengaum-gaum kepada Fang "Kau nak bergurau dengan aku yea.. hehehee" Dia menyelam ke dasar kolam air itu dan lalu mengambil satu permata. Dia pergi balik ke permukaan air kolam itu. Neko Neko mengaum. Fang tahu Neko Neko tidak marah kepada dia kerana mengambil batu permata itu

"Takpe ke kalau aku ambil?" Neko Neko gelengkan kepala sahaja "Terima kasih Neko Neko"

------------------------------------------------------------------------------------------

"Ada sesiapa nampak Pang tak?" tanya Kaizo yang baru selesai membentang sebuah tikar. Makanan sudah tersedia di atas tikar itu tetapi bukan Kaizo yang buat, para pekerja Permaisuri Reina

"Neko Neko tadi bawa abang Fang masuk ke dalam gua" kata Rizu. Tangan sebelah dia sedang pegang tangan penguin. Emmy ada bersama dia orang "Hehehe.. Pizu nak bela penguin ni boleh? Dia suka sangat manja dengan Pizu"

"Hmm.. maaf, abang tak benarkan tapi abang akan bawa Rizu ke sini bila ada masa. Abang nak pergi cari si Pang kejap" Kaizo pusing kebelakang tetapi dia tidak perlu pergi mencari adiknya. Fang sudah pun keluar dari gua tadi tetapi dia kelihatan basah kuyup dan tangan dia ada sebuah batu permata

"Wuuu... landak terjun dekat mana tu?" tanya Lily dengan matanya bersinar-sinar melihat batu permata itu. Dia masih lagi dikuti oleh anak-anak itik tadi. Semuanya tak nak tinggalkan Lily

"Mana kau dapat batu permata itu?"

"Adik dapat dalam kolam dekat dalam gua tadi. Neko Neko bagi adik ambik satu" Fang terus simpan batu permata itu di dalam poket seluarnya "Jom Neko Neko, kita pergi makan dengan Rizu dan penguin dia"

"Lily pun nak makan sekali"

"Quack quack quack quack!" Anak-anak itik mengibas-gibas kepak mereka

"Sabar wahai anak-anak itik, bapa mu akan berikan makanan jagung kepada kamu semua" Lily terus pandang ke arah Kaizo sambil tersenyum lebar "Abang Kaizo, ada tak makanan untuk anak-anak abang Kaizo?"

"ANAK AKU?!" Anak-anak itik itu lari lintang pukang kerana terkejut dengan jeritan garang dari Kaizo "BILA MASA AKU ADA ANAK ITIK NI?"

"Hehehe.. Lily bergurau aje, janganlah ambik serius sangat abang Kaizo"

"Betul kata kakak Lily tu. Abang Paizo kena duduk relax and enjoy the moments seperti Pizu sedang suap penguin ni makan ikan goreng" Mulut penguin itu sudah ternganga besar dan Rizu terus masukkan seketul ikan ke dalam mulut penguin itu. Emmy tergelak melihat gelagat mereka berdua

"Wuuu.. penguin dan penguin" Lily duduk di sebelah Rizu untuk melayan penguin itu juga

"Abang Kaizo.. marilah tengok haiwan-haiwan dekat sini. Semuanya baik-baik sahaja. Tadi ada seekor burung berikan saya apple dan juga buah oren" kata Ying. Dia baru balik melihat burung tadi bersama Yaya dan Harraz. Kedua mereka penuh dengan buah-buahan yang telah diberikan oleh burung merah tadi

"Aku ada jumpa seekor kucing comel" muncul Boboiboy dengan seekor kucing berwarna oren "Kucing ni dari tadi lagi suka sangat bermanja dengan aku, dia siap berjoget lagi. Abang Kaizo tak nak ke berseronok dengan kita orang? Lagipun abang Kaizo yang bawa kita orang ke sini. Jadi abang Kaizo pun kenalah berseronok juga. Janganlah nak serius sahaja, abang Kaizo"

"Abang aku mana reti nak berseronok. Dia tahu latihan tempur dan buli adik dia aje" Berkerut-kerut dahi Kaizo "Abang kalau nak relax pun, tunggu ada air teh hijaunya. Barulah dia ada rasa ketenangan dia"

"Kutuk aku yea" Kaizo pandang mata adiknya lama-lama "Jadi kau nak tengok aku berseronok dengan kamu semua?" Fang angguk kepalanya sambil tersengih "Baiklah, kau akan tengok aku berseronok di sini"

"Apa abang nak buat?"

"Abang nak pergi tunggang kuda terbang tu" Kaizo terus ke tempat pegasus sedang berehat "Kau sendiri cakap nak tengok abang berseronok dekat sini. Jadi abang akan buktikan kepada semua orang yang abang bukan sekadar muka tembok sahaja"

"Hehee... berkobar-kobar betul Kaizo ni" muncul Lynna di sebelah Fang "Tapi baguslah kalau dia nak buktikan kepada semua orang yang dia bukan sekadar serius dan garang sahaja"

"Akak tak nak pergi naik kuda terbang tu?" tanya Fang

"Takpelah Fang, akak tengok ajelah abang kamu terbang"

"Tapi Idoli nak terbang juga. Kakak Bella dari tadi tak turun-turun lagi. Mesti dia tengah berseronok lagi tu"

"Hehehehe... kalau Idoli nak terbang, Idoli kena naik dengan akak. Idoli tak boleh terbang seorang diri" kata Lynna "Kejap lagi kita tunggang kuda tu bersama ok"

"Bagusnya kamu" Permaisuri Reina muncul di sebelah Lynna "Pandai kamu melayan budak-budak ni"

"Terima kasih Permaisuri. Lagipun saya memang suka melayan budak-budak" kata Lynna dengan sopannya "Haiwan dekat sini, semuanya amat menakjubkan. Semuanya ada keistimewaan tersendiri"

"Betul tu, seperti harimau di sini.. mereka adalah penjaga batu-batu permata yang Fang yang ambil tadi. Nampaknya Neko Neko percayakan kamu sampai dia berikan batu permata itu" Fang terdengar percakapan Permaisuri itu tadi. Lalu dia keluarkan batu permata dari poket seluarnya "Fang nak tahu apa batu permata itu boleh buat?"

"Batu ni ada kuasa?"

"Yea Fang.. tapi kuasa dia adalah kuasa yang boleh tunaikan permintaan kamu. Ianya seperti wishing stone dan hanya 3 permintaan saya batu itu akan tunaikan" Fang sudah tersenyum lebar. Pemikiran dia sudah terfikirkan sesuatu

"Abang Fely nak minta apa dengan batu tu?" tanya Emmy

"Hehehee... permintaan aku yang pertama adalah untuk melihat abang ku iaitu Kapten Kaizo untuk berseronok di sini dan duduk relax tanpa perlu buat muka serius" Batu permata itu terus menyala dan lalu Fang terdengar jeritan abangnya yang sudah tunggang kuda terbang itu

"SERONOKNYAAAAAAAAAA! AKU SEPERTI TERBANG DI LANGIT! BAGUS KUDA, BAGUS! MAJU KE DEPAN! KITA AKAN PERGI KE GUNUNG BERSALJI ITU!" Fang menepuk dahinya apabila dia tidak percaya dengan keseronokan abangnya. Ianya seperti nampak pelik

"Permintaan aku yang kedua.. kembalikan perangai abang aku kepada yang asal" kata Fang sambil pejamkan mata

"PANG!" Fang terus tersenyum dan lalu mendongak ke atas untuk melihat abangnya "PANG! JOM NAIK KUDA TERBANG DENGAN ABANG!"

"Err... baiklah pulak abang aku ni" bisik Fang

"Itu sebab Fang minta perangai abang kamu kepada yang asal. Sebelum dia berubah menjadi abang yang garang" balas Lynna kepada Fang

"Tapi.. macam mana nak pulihkan abang?"

"Senang sahaja Fang, batu itu akan batalkan kesemua permintaan Fang dengan hanya menghancurkan batu permata tersebut tetapi ianya tidak akan hancur sekiranya ada permintaan lagi yang belum ditunaikan. Sekarang Fang ada satu permintaan yang tinggal" Permaisuri Reina mengusap kepala Fang. Batu permata itu sudah di simpan balik ke dalam poket seluar Fang "Apa kata Fang pergi berseronok dengan abang kamu sebelum buat permintaan yang terakhir itu. Bukannya senang nak tengok abang kamu tu berseronok. Hehehe.. jadi, inilah peluangnya"

"Jom Fang" Lynna mengajak Fang pergi menunggang kuda terbang itu. Lynna akan tunggang bersama Idoli dan Fang akan menunggang seorang diri. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Faye, Lily, Harraz, Emmy dan Lahap, sibuk melayan haiwan mereka masing-masing. Lahap sudah mengejar sekumpulan arnab

"Abang! Tunggu adik!" Fang dengan gembiranya, dia pergi menunggang kuda pegasus itu. Lynna sudah meletakkan Idoli di atas kuda pegasus yang lain

"Cepat sikit Pang! Abang nak terbang bersama adik" Fang rasa pelik melihat abang dia tersenyum manis di atas kuda pegasus itu. Kuda Fang sudah mengibas-gibas sayapnya dan terus terbang ke langit "YEAH! PANG SUDAH TERBANG!"

"Abang! Kita nak pergi ke mana?"

"Ke gunung salji itu!" Kaizo tunjuk ke arah gunung itu "Kawan kamu si Bella ada dekat sana. Dia cakap dekat situ banyak haiwan lain yang hidup dekat gunung itu"

"Kalau macam tu, jom kita pergi!" Fang terus ke depan. Mereka berdua terbang bersama sambil menunggang kuda pegasus itu

"Tunggu kita orang!" Suara Idoli timbul di situ. Dia menungang kuda pegasus bersama Lynna "Idoli pun nak ikut sekali"

"KAMI PUN NAK IKUT!" Fang terus menoleh ke belakang. Dia terkejut melihat kawan-kawan dia terbang dengan menggunakan sepasang sayap yang begitu indah rupanya

"ERK?! Mana korang dapat sayap-sayap tu?" tanya Fang

"Tadi ada sekumpulan rama-rama datang dekat kita orang, lepas tu dia pergi melekat di belakang badan" balas Boboiboy. Lalu dia sambung balik "Tiba-tiba sayap dia orang menjadi besar dan terbangkan kita orang semua. Jadi kita orang pun nak juga ikut kau dan abang kau pergi mengembara"

"Hmm.. yelah" bisik Fang. Dia melihat kawan-kawan dia satu per satu tetapi Rizu tiada bersama mereka "Err.. mana Rizu?"

"Rizu tak nak ikut, dia cakap dia takut nak terbang tinggi" kata Yaya

"Aik, pelik pulak aku.. masa dia jadi Peter Pan hari tu, elok pulak dia terbang" Fang garu-garu kepala dia

"Itu sebab dia menjadi watak Peter Pan, dan watak itu adalah seorang yang berani. Rizu telah dipengaruhi dengan keberanian watak Peter Pan pada ketika itu. Sekarang dia adalah diri dia sendiri. Jadi perasaan takut itu ada di dalam hati dia" jawab Lynna secara lembut

"Takpelah Pang, abang tengok.. Lahap ada dengan Rizu. Biar Lahap temankan dia" Kaizo melihat ke bawah. Dia ternampak Rizu sedang berguling-guling bersama dengan Neko Neko "Baiklah, mari kita bertolak ke gunung itu!" Kaizo tersenyum gembira. Dia bukan seperti diri dia tetapi dia seperti pada suatu masa dulu, sebelum dia berubah menjadi Kaizo yang terkenal dengan kesadisannya

"Pelik betul aku tengok abang kau macam tu.. bila kau nak ubahkan dia balik?" tanya Boboiboy

"Selepas sahaja habis permintaan aku yang terakhir" balas Fang. Tangan dia mengusap kepala kuda itu "Tapi aku tak tahulah apa permintaan terakhir aku. Takpelah, biarlah aku fikirkan kemudian. Sekarang ni, aku nak berseronok dengan abang aku"

"Quack quack"

"Eh?" Boboiboy pusing kebelakang dan lalu dia tergelak kerana Lily mempunyai seekor anak itik di atas kepalanya "Kenapa kau bawa anak itik tu?"

"Sebab dia tak nak tinggalkan Lily"

"Manja betul anak itik tu dengan kau" kata Yaya

"Agaknya dia ingat aku ni ibu dia kot.. hahahaaa! Lily jadi ibu itik! Tapi... tak nak tak nak tak nak! Sebab bapak itik ada dekat situ.. Lily jadi kakak itik ajelah"

"Haiyaaa... macam-macam lu ni. Abang Kaizo tu di panggil bapa itik pula" Ying tergelak sedikit. Tiba-tiba Faye terbang laju ke depan. Dia ingin mengambil gambar mereka semua sedang terbang di langit. Semuanya tersenyum di situ termasuklah Kaizo sekali

"Wuuuu... abang Kaizo senyumlah" Lily bertepuk tangan dengan bangganya "Lily rasa terharu melihat abang Kaizo join senyum sekali"

"Hehehee.. kali ini ajelah Lily. Lepas ni takde dah abang Kaizo akan tersenyum lagi" kata Faye. Dia terus pergi ke sebelah Kaizo dan lalu dia tunjuk gambar tadi kepada abang sepupu dia "Lawa tak picture ni?"

"Ok! Kita jangan lengahkan masa lagi.. mari kita bermain salji! Siapa sampai dulu, dia menang!" Kaizo memecut kuda terbangnya ke depan. Fang tergelak dan lalu dia memecut kudanya

Mereka bergelak ketawa di langit sambil menikmati permandangan hutan di planet itu. Sekali sekala mereka nampak haiwan yang besar bergerak di dalam hutan itu, ada juga monyet melompat-lompat dari satu pokok ke satu pokok dan juga burung-burung yang kadang-kadang terbang bersama mereka. Mereka sudah semakin hampir dengan gunung itu. Mereka nampak sebuah air terjun yang sangat tinggi dan di tepi-tepi air terjun itu dipenuhi dengan salji yang tebal

"Lambatnya korang sampai. Aku nak balik dah ke sana dah, baru korang nak muncul" Bella sudah pun habis terbang di sekitar gunung salji itu tetapi dia tidak turun kerana dia tidak memakai pakaian tebal "Korang nak main dengan snow ke?"

"Yelah! Bila lagi nak merasa bermain dengan snow" kata Yaya "Tapi kita orang takde pakaian yang sesuai"

"Jangan risau.. dengan alat khas dari aku. Kita akan dapat bersuka ria nanti!" Faye keluarkan alat menukar pakaian. Dia menekan satu butang dan lalu berkata "TUKARAN PAKAIAN!" Semuanya sudah berpakaian baju tebal. Anak itik di atas kepala Lily, kini sudah berada di dalam poket baju khas Lily. Dia duduk di dalam situ sahaja dengan mukanya terkeluar sedikit

"Bestnya! Tak sabar aku nak main dengan snow" Gopal sudah tertunggu-tunggu untuk mendarat di atas salji

"Oh yea Gopal, tadi aku jumpa beruang angkasa kau lagi.. warna putih, gebu dan comel" kata Bella

"Bella, dekat mana kita semua boleh mendarat dengan selamat?" tanya Lynna kepada Bella. Idoli sudah memeluk leher Lynna, mata dia bersinar-sinar melihat salji itu

"Ikut sahaja, biar Bella tunjuk. Jom kuda, kita pergi ke tempat tadi" Kuda pegasus itu seperti memahami apa yang Bella katakan tadi. Terus dia berpatah balik untuk pergi ke sebuah tempat yang ada tasik sudah dibeku. Tasik itu ada di atas pergunungan salji itu. Mereka ikut Bella dan akhir satu per satu daripada mereka, turun mendarat di atas salji itu. Idoli dan Emmy sudah berguling-guling di atas salji. Boboiboy main baling-baling salji bersama Gopal dan Harraz. Yaya, Ying, Lily, Bella sibuk bergambar bersama dengan Faye. Kaizo dan Lynna tersenyum melihat keseronokan mereka. Fang pegang tangan abangnya

"Abang, jom kita ke sana. Adik nampak sekumpulan beruang dekat situ"

"Jom" kata Kaizo "Lynna, jagakan mereka. Aku mahu berjalan-jalan dengan adik aku" Lynna angguk sahaja sebelum dia ditarik oleh budak-budak perempuan untuk bergambar

Kaizo dan Fang berjalan di dalam salji tebal itu. Mereka menuju di sebuah gua yang terdapat beberapa beruang putih sedang bermain-main dan juga beristirehat di dalam gua tersebut. Beruang-beruang itu tidak takut lari atau menyerang mereka berdua. Mereka hanya duduk diam seperti biasa. Seekor anak kecil beruang berlari-lari ke arah Fang. Dia memeluk kaki Fang kerana suka dengan kehadiran manusia di situ

"Comelnya beruang ni" Fang mengusap kepala beruang itu

"Adik suka?"

"Suka"

"Abang pun suka melihat kau ceria tapi maaf abang tidak boleh bawa balik Neko Neko ke planet bumi. Dia lebih suka duduk di sini bersama kawan-kawan haiwan dia yang lain dan juga dengan keluarga dia. Seperti adik dan abang, kita berdua tidak akan terpisah. Tiada siapa akan ambil adik daripada abang kerana hanya abang sahaja akan menjaga kau"

"Terima kasih abang. Adik tak kisah kalau tidak dapat bela Neko Neko. Adik cuma bersyukur kerana abang bawa adik ke sini tapi kawan-kawan kita pula yang ikut sekali" kata Fang sambil tersenyum "Adik rasa.. adik tahu apa permintaan adik tapi.." Fang keluarkan batu permata tadi dari poket seluarnya

"Tapi kenapa adik?"

"Tak tahulah batu permata ni akan dapat tunaikan permintaan adik"

"Adik cuba sahaja. Manalah tahu permintaan adik tu menjadi. Jangan risau, kalau tak menjadi pun.. abang ada dekat sini" Fang menarik nafas lega dan lalu dia menyuruh abangnya melutut di sebelah dia "Kenapa adik?"

"Abang pejamkan mata bersama adik" Fang menggenggam batu itu dengan kedua belah tangannya. Kaizo buka mata sedikit dan lalu dia pegang genggaman adiknya. Selepas itu dia pejamkan matanya semula "Permintaan adik yang terakhir untuk melihat ibu bapa kita berada di sini walaupun sekejap sahaja" Kaizo membuka matanya. Tiada apa yang muncul di sekitar mereka. Hanya angin sejuk sahaja yang bertiupan di situ. Anak beruang tadi mengesel-gesel kepalanya di badan Fang. Hati Fang kecewa, permintaan dia tidak dapat dimakbulkan. Lalu Kaizo memeluk adiknya

"Adik berharap sangat mereka akan muncul" Kaizo boleh dengar tangisan adiknya "Tapi adik terima sahaja.. kerana adik ada abang dan mereka tetap ada dihati abang dan adik"

"Adik jangan menangis. Mungkin permintaan adik itu terlalu besar sehingga batu itu tidak dapat menakbulkannya"

"Mungkin juga abang" Fang pejamkan mata dia sambil merasai pelukan kasih sayang daripada abang dia

Jauh dari situ, Lynna ternampak sesuatu berdiri di tepi Fang dan Kaizo iaitu ibu bapa mereka berdua. Hanya Lynna seorang sahaja nampak mereka berdua. Ibu bapa Fang dan Kaizo tersenyum melihat anak mereka di dalam berpelukan. Lynna tersenyum kecil di situ. Lalu kedua roh itu hilang dari pandangan Lynna

"Kak Lynna! Jom buat snowman!" Idoli menarik Lynna untuk pergi membina sebuah snowman "Kasihan abang Rizu tak dapat nak join sekali tapi takpelah, lain kali kita datang ke sini lagi dengan abang Rizu"

--------------------------------------------------------------------------------------------

Sewaktu mereka pulang ke bumi, masing-masing sudah penat bermain di planet Metallum. Mereka kini dalam perjalanan pulang ke bumi. Lahap, Kaizo dan Lynna berada di dalam bilik kawalan untuk temankan Lahap memandu kapal angkasa itu. Budak perempuan tidur di dalam bilik Fang dan budak lelaki tidur di dalam bilik Kaizo. Rizu dan Idoli tidur di atas katil Kaizo. Batu permata tadi, Fang sudah hancurkan untuk batalkan permintaan dia. Kaizo sudah kembali menjadi seorang kapten yang garang dan sadis. Cuma Fang sahaja masih belum tidur lagi. Dia kini terbaring di atas tilam yang sudah terbentang di atas lantai bilik abangnya sambil melihat gambar-gambar tadi di kamera Faye. Tiba-tiba ada satu gambar tertarik dihatinya iaitu gambar dia dan abang dia di pergunungan salji itu dan paling menarik sekali, ibu bapa dia ada di dalam gambar itu. Gambar itu sangat istimewa kerana, keempat-empat mereka tersenyum seperti sebuah keluarga bahagia

"Abang mesti terkejut melihat gambar ni.. hehehee.. munkin permintaan aku tadi menjadi cuma aku tak dapat melihat mereka sahaja" bisik Fang "Balik nanti aku akan suruh Faye printkan gambar ni. Aku nak gantung dekat dinding nanti. Terima kasih ibu dan ayah kerana muncul di dalam gambar kami berdua"

"Sama-sama anakku"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top