Picu

Begitu meriah sekali melihat suasana kedai Kokotiam Tok Aba. Meja dan kerusi sudah tersusun rapi di hadapan kedai itu. Meja-meja itu di susun supaya menjadi panjang. Makanan sudah terhidang di atas meja dan ramai kawan-kawan Fang sudah pun sampai di situ. Mereka berborak, bergelak ketawa sesama sendiri dan ada juga melayan perasaan diri sendiri. Budak-budak perempuan sedang sibuk menyusun pinggan, mangkuk dan cawan di atas meja panjang itu. Makanan yang dibawa oleh mereka adalah masakan mereka sendiri dan ada juga yang beli dari pasar Ramadhan. Hari ini adalah hari pertama mereka dapat berbuka puasa bersama. Fang dan Kaizo sudah pun tiba di situ dengan makanan yang mereka bawakan iaitu macaroni bakar. Mereka telah diberikan amaran, bawa makanan selain daripada sup lobak merah, bubur lobak merah ataupun donut lobak merah. Fang tersenyum melihat abang dia begitu segak sekali memakai jubah berwarna biru pekat dan dia pula hanya memakai baju melayu tanpa sampin

"Abang Paizo dah sampai!" Rizu melompat-lompat di hadapan Kaizo "Abang Paizo nampak handsome lah! Hehehee... Abang Paizo kena tengok kakak Lynna, kakak Emmy, kakak Lily dan kakak Bella" Dia terus mengheret tangan Kaizo untuk pergi ke kedai Tok Aba

"Kenapa dengan dia orang?" tanya Kaizo dengan nada serius dia

"Abang.. cubalah jangan nak berserius sahaja. Cuba jadi ceria macam adik. Abang patut bangga dengan adik bahawa adik tidak marah-marah ataupun mengamuk dalam masa sehari! Tengok.. adik masih ceria lagi" Fang tersenyum lebar kepada abangnya

"Eloklah tu.. takdelah abang nak mengamuk aje dengan hal kenakalan kau" Kaizo memberikan renungan yang tajam kepada adiknya sehingga membuatkan Fang tersengih di situ "Tapi kalau boleh, abang tak nak melihat kau terlampau nakal sangat, faham?"

"Faham abang ku.." Fang teruskan berjalan di sebelah abangnya. Mata dia terpandang empat orang gadis yang dia kenali tetapi hari ini mereka kelihatan ayu dan bertambah seri-seri di wajah mereka "Ko-korang.."

"Dia orang nampak ayu kan?" tanya Yaya yang muncul di sebelah Fang

"Ha ah, dia orang nampak lain daripada yang lain tapi sudah semestinya kak Lynna lebih cantik dan ayu. Berseri-seri kak Lynna" Lynna tergelak apabila dia terdengar pujian daripada Fang tadi. Fang memang terpegun melihat Lynna, Emmy, Bella dan Lily memakai tudung pada hari ini dengan pakaian baju kurung mereka. Dia seperti melihat empat orang bidadari turun dari langit

"Hehehee... sudahlah tu Fang, karang ada juga ketuk kepala kau nanti"

"Siapa nak ketuk kepala aku?"

"Abang kau lah" balas Yaya. Lalu dia beredar dari situ kerana ingin pergi menolong Ying

"Bila masa abang aku nak ketuk kepala aku" Fang bersilang tangan sambil memerhatikan Lynna, Emmy, Bella dan Lily lagi. Secara tidak langsung, kepala dia di ketuk oleh seseorang iaitu abang dia sendiri. Fang berikan renungan dia kepada abangnya "Abang memang saja nak ketuk kepala adik kan"

"Dah tu, kau asyik perhatikan mereka sahaja. Macam harimau sudah menjumpai mangsa dia.. cubalah pergi tolong kawan kau tu"

"Yelah yelah... cakap ajelah yang abang tak bagi adik tengok kak Lynna lama-lama" bisik Fang Kaizo terus ketuk kepala adiknya lagi sekali "Cheh, dia boleh dengr bisikan aku tadi"

Fang terus pergi ke meja makan untuk letakkan macaroni bakar dia. Fang melihat Idoli sedang bermain dengan adik Yaya iaitu ToToiToy. Mereka berdua sedang main kejar kejaran di sekitar kedai Tok Aba. Faye pula sedang menyusun makanan-makanan di atas meja. Yaya dan Ying sudah meletakkan beberapa jug air. Semuanya dalam air yang berbeza dan dia pasti, air tembikai itu mesti Lynna yang bawa. Emmy membawa mini pizza cendawan dia untuk di letakkan di atas meja makan

"Hai Fang" Mata Fang terus melirik ke tepi. Wajah seseorang yang dia sudah lama tidak nampak "Kau apa khabar?"

"Aku ok aje Zakwan.. tapi bila masa kau ada dekat sini?"

"Faye dan Harraz ambik aku petang tadi.. hehee.. mak aku benarkan aku bercuti dekat sini bersama korang tapi tak tahulah sampai bila.. harap kau benarkan aku bercuti di sini sempena cuti sekolah ni"

"Aku ok aje, Zakwan.. kau ingat aku akan halau kawan aku sendiri dari sini tapi kau tumpang rumah siapa nanti?"

"Rumah Harraz" balas Zakwan "Aku tumpang rumah dia. Rasa agak janggal tengok parents dia dan adik beradik dia.. dia orang macam tak kisah aje aku tumpang rumah dia orang. Takde pula tanya tentang diri aku atau soalan apa-apa tapi Harraz nampak gembira bila aku tumpang rumah dia"

"Semenjak korang berkenalan, korang makin rapat yea" muncul pula Boboiboy dengan jubah orennya

"Itu pun sebab dia rasa diri dia masih baru lagi dalam geng kita ni.. sebab tu dia datang dekat aku dan tanya aku tentang korang. Yelah, aku pun masih baru lagi dengan korang dan dia rasa malu sedikit dengan korang yang sudah lama kenal tapi aku nasihatkan yang korang sebenarnya ok walaupun perangai Fang ni suka mengamuk tak tentu pasal" Boboiboy tergelak di situ tetapi Fang sudah bermasam muka

"Relax lah Fang, dia bergurau aje tu" Boboiboy muncul di sebelah Fang

"Betul tu! Aku bergurau aje tapi memang betullah kan.. kau kan suka mengamuk tapi mengamuk macam mana pun, ramai yang nak berkawan dengan kau. Macam si Rizu tu, dia nak sangat berkawan dengan kau sebab dia kagum dengan kau bukan sebab perangai kau yang buruk. Dia sendiri pun ada cakap, dia tak pandang kenakalan atau kejahatan kau tapi dia pandang kebaikan yang ada di dalam diri kau"

"Hmm.. semenjak kau berhenti buli orang.. kau pandai yea berkata-kata" Zakwan terus tersengih kepada Fang sambil garu-garu kepala dia "Tapi oklah tu kau sudah insaf. Sekolah kau dekat sana macam mana? seronok?"

"Mula-mula rasa rindu dengan korang tapi lama-lama, aku sudah mula rasa seronok dekat sana tapi.. masih lagi rindu dengan korang dekat sini. Lupa pula" Zakwan mengangkat sebuah bekas makanan dan terus di letakkan bekas itu di atas meja "Mak aku suruh bagi kau.. donut kegemaran kau. Mak aku suka pula bila aku beritahu dia aku nak habiskan cuti persekolahan aku dekat sini. Terus dia buatkan donut ni dan berikan kepada kau" Fang sudah tersenyum lebar dan dia boleh bau aroma donut tersebut dari bekas makanan itu

"Sukalah kau dapat makanan kegemaran kau"

"Sudah tentu aku suka, Boboiboy! Oh donut kegemaran aku.. sudah lama aku tak makan kau.. aku sudah tidak sabar nak makan kau sampai perut aku rasa kenyang" Lalu kepala dia di ketuk oleh seseorang. Fang pandang ke tepi, abang dia ada di situ dengan muka seriusnya "ABANG! APASAL KETUK KEPALA ADIK!"

"Abang Fang! Mana boleh marah-marah.. nanti batal puasa tu" tegur Rizu

"Hehehe.. si Fang ni puasa ke?" tanya Ying

"Ha ah kakak Ying, Pizu yang paksa dia.. jadi dia pun terpaksa puasa sekali dengan Pizu.. abang Paizo pun Pizu kena paksa dia.. hehehe... Idoli pun nak puasa juga. Sahur dia bangun tapi lepas tu, awal pagi lagi dia sudah minta makanan. Comel aje Pizu tengok"

"Boleh pula Rizu paksa abang Kaizo yea.. kalau si Fang ni fahamlah tapi abang Kaizo.. hehehe"

"Itu sebab Pizu bagi serangan celoteh dekat abang Paizo sampailah dia terpaksa mengaku kalah dan ikut puasa sekali! Lagipun dia sebagai seorang abang, kenalah tunjuk contoh yang baik kepada adik dia iaitu abang Fang!" Jauh dari situ, Kaizo boleh dengar perbualan mereka. Dia angguk kecil sahaja sebagai tanda setuju. Lynna pun turut terdengar perbualan itu dan lalu dia tergelak kecil

"Abang Kaizo! SENYUM!" Kaizo pandang di depan kamera Faye dengan wajah seriusnya dan lalu Faye terpaksa menangkap gambar Kaizo yang serius itu tetapi Picu pula muncul di hadapan lensa kamera "PICU!"

"Maaf Faye.. Picu ni terlampau teruja sangat bila tengok orang ramai-ramai begini" Lynna mengambil Picu. Dia perli letak Picu di atas bahunya

"Tapi comel pula Picu ni.. abang Kaizo dan kak Lynna nak tengok?" Kaizo mahu menjawab tidak tetapi Faye sudah pun tunjuk gambar tadi. Picu dengan mata sebelah besar dan sebelah kecil terpapar di skrin kamera itu. Gambar Kaizo telah di halang oleh Picu sepenuhnya "Kita tangkap gambar lagi sekali boleh?" Faye berkelip-kelip mata dekat Kaizo

"Tak boleh" tetapi Faye sudah pun menangkap gambar Kaizo dan Lynna. Kali ini Picu muncul di tengah-tengah gambar "Picu ni suka bergambar yea tapi selamatlah nampak muka abang Kaizo dan kak Lynna"

"Wuuuuu! Sesi bergambar.. Lily nak bergambar dengan abang Kapten hot! dan kakak kapten hot!" Berkerut-kerut dahi Kaizo, sementara Lynna tersenyum melihat Lily yang masih lagi kelihatan ceria "Cepat Faye! Tangkap gambar dengan dia orang!"

"Ok ok.. 1.. 2... 3... SENYUM!" Lily tersenyum lebar, Lynna berikan senyuman manis dia dan Kaizo pula, seperti biasa, hanya serius sahaja. Tiada senyuman daripada wajah Kaizo dan Picu pula muncul di tengah-tengah dan menghalang muka Lily "PICU! Heheheee... adeh, Picu ni"

"Kenapa?" Faye tunjuk gambar itu kepada Lily. Gambar Picu dengan lidahnya terjulur keluar dan menghalang Lily sepenuhnya "Hehehee.. lawaklah Picu ni. Meh tangkap gambar dengan Lily pula" Lily terus angkat Picu untuk pergi menangkap gambar bersama di tempat lain dengan ekspresi wajah mereka yang pelik-pelik

"Kau tahukan aku sepatutnya nak bagi si Picu tu dekat adik aku tapi kenapa pula dia boleh berkepit dengan kau pula" tanya Kaizo sambil melihat jam di kedai Tok Aba. Beberapa minit lagi untuk mereka berbuka. Dia dan Lynna pergi berjalan ke kerusi mereka yang sudah pun tersedia

"Mungkin Picu lebih suka dekat aku daripada adik kau.. hehehehe.. tapi jangan salahkan Picu pula, kasihan dia nanti kena marah dengan kau pula" balas Lynna dengan nada yang lembut "Jomlah kita pergi duduk dan bersiap sedia untuk berbuka"

"Hmm.." Kaizo terus tinggalkan Lynna bersendirian di situ. Lynna hanya gelengkan kepala sahaja sambil mengangkat sebuah mangkuk besar yang penuh dengan buah-buahan yang sudah dipotong "Pang, kau duduk sebelah abang"

"Ok" Fang terus duduk di sebuah kerusi

Di sebelah kanan dia adalah Rizu dan sebelah kanan dia adalah abang dia. Sebelah abang dia pula ialah Lynna. Fang berasa teruja pula kerana ini pertama kali dia dapat berbuka dengan orang-orang yang tersayang. Tidak kisahlah orang itu pernah buli dia sebelum ini atau buat dia sakit hati, tetapi dia tetap anggap mereka sebagai kawan dan masih sayangkan mereka. Picu meloncat-loncat dari rumput terus ke riba Lynna dan terus meloncat ke atas meja. Dia sudah habis sesi bergambar bersama Lily dan Faye tadi. Fang melihat sekeliling dia. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily, Zakwan, Harraz, Rizu, Idoli, Totoitoy Tok Aba, Ochobot, Emmy, Lahap, Lynna dan juga abang dia, semuanya berkumpul di satu tempat. Semuanya sudah duduk di kerusi masing-masing sambil menunggu azan untuk berbuka. Sebelum ini, Fang tidak pernah cuba berpuasa dengan rakan-rakan islam dia iaitu Boboiboy dan Yaya tetapi pada tahun ini berbeza pula. Dia ingin telah di paksa oleh Rizu untuk mencuba sesuatu yang baru iaitu berpuasa

"Sabar yea abang Fang, tinggal beberapa minit aje lagi.. hehehe"

"Abang tengah bersabar ni Rizu sebab nanti ganjaran abang adalah donut lobak merah tu!" Mata Fang asyik perhatikan donut yang telah di susun dengan begitu cantik sekali di atas pinggan

"Hehehee.. abang Fang ni kelakarlah tapi Pizu tetap sayangkan abang Fang! Tapi abang Fang jangan lupa cuba makanan yang lain seperti lepat pisang dari kakak Lily, kek kukus pandan dari kakak Bella, bubur kacang merah dari kakak Lynna, cekodok chocolate dari Tok Aba, mee rebus dari kakak Yaya dan paling Pizu suka sekali ialah sup dumpling dari kakak Ying!"

"Banyak betul makanan, boleh ke kita habis nanti?" Fang melihat makanan yang begitu banyak sekali di atas meja itu. Semuanya membawa makanan untuk berkongsi bersama. Ada yang buat sendiri dan ada yang beli dekat pasar juadah sahaja

"Jangan risaulah Fang, kalau tak habis.. kita bahagi-bahagikanlah makanan ni semua supaya kita boleh bawa balik dan makan di rumah nanti" kata Boboiboy yang ada duduk di hadapan Fang. Di sebelah kanan Boboiboy adalah Lily dan di sebelah kiri pula ialah Gopal

Keadaan langit di situ sudah menjadi gelap tetapi taman itu di sinari oleh lampu-lampu yang ada di sekitar taman. Boboiboy keluarkan kuasa api dia untuk menyalakan lilin pelita yang sudah tersedia di atas meja. Angin pada malam itu sangat sejuk dan tiupan angin yang tenang. Mereka juga di temani oleh bintang-bintang yang berkelipan di langit. Sewaktu mereka menikmati suasana yang tenang itu, azan pun sudah berkumandang di sekitar Pulau Rintis. Boboiboy membaca doa makan dan selepas itu, mereka berbuka puasa bersama. Mereka terus mengambil makanan yang mereka mahukan. Pinggan Gopal sudah tentu penuh dengan makanan, begitu juga dengan Faye. Kedua mereka memang semesti kuat makan. Picu sudah pun habiskan buah-buahan yang ada di dalam mangkuk tadi, dia kini tertidur di dalam mangkuk tersebut. Idoli yang ada di hadapan mangkuk itu, dia tergelak melihat Picu tidur dengan comelnya. Faye sempat lagi mengambil gambar

"Macam mana puasa pertama kau?" Fang terdengar pertanyaan Lynna kepada abangnya "Seronok tak?"

"Hmm.. rasa biasa tapi rasa seronok dapat makan beramai-ramai dengan adik aku, kawan-kawan dia dan juga kau sekali"

"Jangan lupa Lahap" balas Lynna dengan suara mesra dia

"Yea, dengan Lahap sekali" Kaizo terus sambung makan macaroni bakar adik dia yang buat "Kau nampak lain daripada yang lain malam ni"

"Ehem... abang cuba nak mengurat kak Lynna ke" Kaizo tanpa belas kasihan, dia terus ketuk kepala adiknya "Adik nak bergurau pun tak boleh"

"Tak boleh, kau makan ajelah makan kau tu.. jangan nak sibuk dalam hal abang" Fang terus kunyah donut lobak dengan mukanya yang masam

"Abang Fang janganlah bermasam muka.. nanti Pizu rasa tak best pula"

"Maaf Rizu" Fang tenangkan diri dia dan lalu dia berikan senyuman ikhlas kepada Rizu "Nak tahu tak.. abang lihat kawan-kawan abang dekat sini, semuanya ada dalam pelbagai watak dan setiap seorang mempunyai personality yang tersendiri. Semuanya unik"

"Pizu pun unik juga"

"Yea, Rizu pun unik juga dan keunikan Rizu adalah celoteh Rizu yang terlampau panjang sangat sampai buat orang tertidur"

"Abang Fang!" Rizu bermasam muka dengan abang kesayangan dia

"Abang bergurau aje.. keunikan Rizu adalah Rizu seorang budak yang tidak mudah kalah! Dari seseorang yang penakut kepada seorang yang lebih berani"

"Tapi.. Pizu masih ada lagi benda yang Pizu takut seperti Pizu takut tempat yang tinggi, Pizu masih takut lagi nak berenang dekat kolam renang walaupun kakak Lily sudah ajar Pizu berenang"

"Kakak Lily tidak akan putus asa untuk mengajar Rizu! KAKAK LILY JUGA AKAN PASTIKAN RIZU MENJADI LEBIH BERANI APABILA TERJUN KE DALAM KOLAM RENANG! ITULAH SEMANGAT KAKAK LILY YANG SENTIASA ADA DIHATI IN-" Muka dia terkena mash potato dari Idoli. Lily terdengar gelakan Idoli dan pada masa yang sama, dia juga terdengar suara marah Tok Aba sebab main baling makanan. Lily terus sambung balik makan mee rebus seblum dia dimarahi oleh Tok Aba atau lebih teruk sekali, dari Kapten Kaizo yang sudah merenung tajam kearah diri dia

"Hehehehe.. senyap pun si pelik tu" bisik Fang

"Pang, esok kau nak puasa lagi ke?"

"Sudah tentulah sebab adik rasa seronok pula.. tapi abang pun puasa sekali ke? Si Faye tu apasal tak ikut puasa sekali? Dia nak jadi macam Gopal ke? Abang kalau boleh, tegaskan dekat dia tu! Jangan bagi muka!"

"Yelah yelah.. nanti abang paksa dia sekali" Kaizo melihat Faye sudah mengeluarkan kamera dia dan monopod dia "Apa lagi si budak ni nak buat?"

"Biasalah tu Kaizo, nak mengambil gambar kenangan kita semua bersama. Faye tu tak tahulah berapa lama dia dapat duduk di sini, jadi dia mesti nak kumpul semua kenangan dia di sini. Kau pun tak nak mengabadikan kenangan kau di sini?" Lynna mengambil sekeping kek lapis oreo dan lalu dia makan sambil menunggu jawapan dari Kaizo

"Hmm... mungkin yea mungkin tidak tapi adik aku.." Kaizo palingkan muka dia ke arah adiknya yang sibuk mendengar cerita Rizu "Adik aku tak mungkin akan tinggalkan kawan-kawan dia dekat sini. Kalau dia nak ikut aku lepas ni, aku benarkan.. aku tak nak memaksa dia, aku ikut sahaja kemahuan dia"

"Adik dan abang selamanya" Fang dengar perbualan abang dia dengan Lynna tadi. Dia sahaja hendak menyampuk sekali. Kaizo tidak memarahi adiknya kerana sibuk di dalam perbualan dia dan Lynna, dia hanya tersenyum sedikit kepada adiknya "Abang senyum nampak berseri-seri wajah abang" Terus riak wajah Kaizo berubah menjadi serius "Tapi.. hanya sekejap ajelah" bisik Fang

"Hehehe.. abang Paizo ni lawaklah"

"Ok semua! PANDANG SINI!" Faye sudah bersiap sedia dengan kamera dan monopod dia. Gopal pun sudah keluarkan kamera dia sekali "SENYUM!" Semua tersenyum kecuali Kaizo tetapi ada juga yang menganggu gambar tersebut "PICU!" Gambar tadi penuh dengan mata Picu sebelah besar, sebelah kecil. Terpaksalah Faye mengambil lagi sekali dan kali ini Picu berada di atas tudung Lynna dengan lidahnya terjulur keluar. Semua gelak ketawa melihat gambar Picu yang begitu comel itu

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Bosannya, takde benda best ke nak buat hari ni?" Fang terdampar di depan kedai Tok Aba bersama dua rakan dia iaitu Boboiboy dan Gopal

"Aku takde idea yang menariklah tapi.. kalau kita pergi mengembara pun best juga"

"Dey, kau tu tengah puasa.. tak kan nak pergi mengembara pula"

"Hehehee... tapi memang betul cakap kau, Gopal. Karang tak pasal-pasal, aku pula yang lapar nak makan sebab berjalan ke sana ke sini, berlawan dengan orang jahat lagi, kena berlari lagi dan macam-macamlah"

"Hmm... kalau kita pergi ke dunia kak Lynna macam mana? Kita duduk lepak dekat sana.. belajar serba sedikit tentang dunia itu" Fang sudah terbayangkan perpuskataan di istana Lynna yang sangat luas itu. Buku-buku di situ sedang menunggu untuk orang-orang membacanya yang ingin menimba ilmu dan salah satu orangnya sudah tentu Fang. Kepala dia sudah dahagakan tentang ilmu yang dia belum pernah pelajari sebelum ini

"Kau nak ke pergi sana, Fang?"

"Ha ah Boboiboy, kalau korang tak ikut.. biar aku seorang sahaja yang pergi"

"Mestilah nak! Kita ajak kawan-kawan kita yang lain" Boboiboy terus terduduk bangun dari situ. Dia sudah kelihatan bersemangat sedikit "Aku akan menghubungi mereka sekarang juga!"

"Tak payah nak hubungi dia orang" Boboiboy menoleh kebelakang, sementara Gopal dan Fang sudah pun terduduk di situ sambil melihat dua budak lelaki berjalan ke arah mereka

"Kenapa pula, Zakwan?"

"Tadi aku dan Harraz terserempak dengan Yaya dan Ying. Dia orang cakap, dia orang pergi ke rumah Bella untuk buat kuih raya. Bukan dia orang sahaja, Faye, Lily dan Idoli pun berkumpul dekat rumah Bella. Jadi, kita tak perlulah ajak dia orang. Tak kan kita nak ganggu dia orang pulak"

"Betul juga tu" Boboiboy terus bangun dari situ "Kalau begitu, kita hubungi kak Lynna ajelah... awal betul budak-budak perempuan ni nak buat kuih raya"

"Mestilah Boboiboy, kena buat awal. Lepas tu masuk dalam perut.. hehehee... lepas tu buat lagi.." Gopal terbayangkan kuih-kuih yang sudah siap di bakar di dalam oven, dia seperti boleh bau harum kuih-kuih tersebut. Air liur dia mula meleleh keluar "Aku rasa, macam nak pergi join mereka sahaja"

"Kau nak join sebab nak buat kuih raya atau nak jadi sebagai tukang rasa dia orang"

"Ataupun tukang jadi penyibuk dekat situ" Fang tambah lagi dengan ayat Boboiboy tadi

"Kalau kau nak pergi kacau dia orang, tiada siapa nak halang kau, Gopal dan kita orang pula bolehlah ikut Fang pergi ke dunia kak Lynna. First time aku dapat pergi ke sana, memang sesuatu pengalaman yang aku tidak dapat lupakan. Rasa seronok dan aku ingin pergi ke sana lagi sekali!"

"Aku pun sama, Zakwan. Aku selama ini tidak pernah tahu dunia seperti itu wujud dekat dunia ni. Selalunya aku dapat bayangkan setiap kali aku membaca buku-buku fantasy tapi hari itu, aku sudah merasai dunia fantasy yang sebenarnya. Kita sahaja ke yang pergi? Kau tak ajak Rizu sekali ke, Fang? Abang kau ke?"

"Abang aku sibuk dekat kapal angkasa. Masih lagi tengah siasat siapakah alien jahat yang telah mempergunakan itik aku dan Rizu pula, dia ikut ibu dia pergi ke KL"

"Kak Lynna?" tanya Boboiboy "Aku nak hubungi dia sekarang"

"Kak Lynna ada dekat KL. Kau hubungilah dia.. lepas tu kita mulakan menerokai perpuskataan dekat istana kak Lynna... aku sudah tidak sabar ni"

"Ok ok... Gopal, kau ikut kita orang kan? Eh.. mana si Gopal?" Boboiboy melihat belakang, kanan dan kiri dia. Gopal tiada bersama mereka "Hmm.. ini mesti pergi rumah Bella. Jadi kita berempat ajelah"

"Biarkanlah dia.. asalkan dia gembira. Kalau dia ikut pun, mesti dia akan rasa bosan sebab kitakan dekat perpuskataan sahaja" kata Harraz

"Betul juga tu... nanti dia rasa bosan pula. Biarlah dia pergi menyibuk dekat dapur budak-budak perempuan.. hehehe" Boboiboy terus menghubungi Lynna dan akhirnya, mereka telah mendapat kebenaran dari Lynna untuk pergi ke istana dia

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Korang berempat aje ke nak dunia sana?" tanya Lynna sambil melihat empat orang budak sedang tersengih kepada diri dia

"Ha ah, kita orang berempat sahaja sebab budak-budak perempuan dan juga Gopal, sibuk nak buat kuih raya dengan dia orang" jawab Fang sambil bersilang tangan. Lynna tersenyum sahaja dan pelawa mereka berempat untuk masuk ke dalam bilik tidur utama clubhouse dia. Mereka masuk ke dalam bilik itu dan terus berhenti di hadapan cermin berdiri

"Korang ni mesti tengah bosankan sebab takde benda nak buat dalam bulan puasa ni"

"Betul tu kak Lynna.. ingat nak bermain bola sepak tapi Tok Aba kata, kurangkan aktivity bersukan" kata Boboiboy

"Jadi kamu nak ke dunia sana sebab nak ulangkajilah yea?" Terus mereka tersengih lagi "Atau korang saja nak habiskan masa dekat perpuskataan dekat situ atau nak menerokai istana akak yang penuh misteri itu?"

"Dua-dua kot kak Lynna" jawab Boboiboy

"Istana kak Lynna banyak pintu rahsia yang pernah saya jumpai sebelum ini. Semuanya sangat misteri" kata Harraz "Tapi apa yang membuat saya ingin ke sana lagi kerana mendengar cerita tentang perpuskataan istana kak Lynna. Hari tu tak sempat nak pergi melihat perpuskataan itu sebab dia orang nak buat macam-macam aktivity dekat situ. Kita dapat duduk dekat sana pun dalam dua hari sahaja"

"Perpuskataan akak memang seronok tapi ada juga buku-buku yang bahaya. Kamu semua boleh duduk dekat sana berapa lama yang kamu nak tapi kena pulang ke sini sebelum berbuka puasa. Ok?"

"Ok kak Lynna" jawab mereka secara serentak

"Baiklah.. silakanlah masuk ke dalam cermin ini" Lynna berikan keempat-empat budak lelaki itu masuk dulu. Selepas seorang demi seorang sudah pun masuk ke dalam dunia itu, tinggal Lynna seorang sahaja yang masih belum memasuki lagi. Picu melompat-lompat di kaki Lynna "Picu pun nak ikut?" Lynna bongkokkan diri dia dan lalu dia tadah tangannya supaya Picu dapat melompat ke atas tangan Lynna

"Kita pergi ke sana sama-sama ok" Picu seperti biasa, jidahnya mesti terkeluar dengan matanya pejam kelip pejam kelip seperti matanya masuk sesuatu. Setelah Lynna masuk ke dalam dunia itu bersama Picu, dia melihat keempat-empat budak lelaki tadi sudah pun berada di balkoni bilik dia. Mereka ingin menghirup udara segar di situ

"Korang sudah bersedia untuk pergi perpuskataan istana ini?" Boboiboy, Fang, Zakwan dan Harraz pusing kebelakang. Mereka angguk tanda sudah bersedia "Mari ikut akak" Mereka berlari ke arah Lynna yang sudah tidak sabar itu

"Picu pun ada dengan akak?"

"Ha ah Fang.. dia pun nak ikut sekali tapi akak tak dapat nak jaga dia lepas ni. Boleh tak Fang tolong jagakan Picu buat sementara?"

"Boleh" Lynna terus letak Picu di atas kepala Fang "Hehehe... Picu ni suka duduk atas kepala orang. Takpekan akak letak dekat kepala Fang?"

"Takpe, adik tak kisah pun"

"OK.. jom.. perpuskataan itu tak jauh pun dari bilik akak" Lynna belok ke kanan. Dia tidak menggunakan tangga utama istana tetapi dia pergi ke tangga yang bertingkat-tingkat

Setelah sampai di tangga tersebut, mereka turun ke bawah. Boboiboy, Fang, Zakwan dan Harraz melihat tingkap-tingakp istana yang berbentuk bulat. Di dalam cermin itu ada pelbagai gambar tetapi semua gambar tentang keindahan alam. Semua tingkap itu berwarna warni. Sesudah sahaja sampai di tingkat bawah, Lynna terus berjalan lagi dan lalu di beberapa pekarangan bilik. Pintu bilik-bilik tersebut terbuka luas, mereka boleh lihat apa yang ada di dalam bilik itu. Terdapat sebuah bilik untuk belajar dan ada juga bilik untuk tetamu. Bilik untuk beristirehat juga ada di situ. Selepas itu, mereka sudah pun berada di hujung istana. Mereka berhenti di sebuah pintu gerbang untuk masuk ke dalam perpuskataan yang terbesar di dunia fantasy itu

"Selamat datang ke perpuskataan istana ini. Harap kamu semua berseronok di sini dan dapat belajar serba sikit tentang dunia ini. Jangan buat hal dekat sini ok"

"Baik kak Lynna!"

"Kalau inginkan bantuan, panggil sahaja kawan akak iaitu Kiddi. Dia dapat membantu kamu semua. Akak terpaksa tinggalkan kamu di sini. Nanti akak datang balik untuk membawa kamu pulang" Lynna terus beredar dari situ. Keempat-empat budak lelaki itu terus tersenyum lebar tapi yang paling teruja sekali adalah Fang dan Harraz

"Apa lagi.. jom kita masuk" Fang terus berlari masuk ke dalam perpuskataan sejurus sahaja Boboiboy mengajak mereka masuk ke dalam "Hehehee.. apalah kawan kita sorang lagi tu"

"Dia punya minat terhadap buku tahap peringkat antarabangsa"

"Hehehe... minat dia sama dengan minat aku, Zakwan tapi aku takdelah seperti dia"

"Kau lain Harraz, dia lain.. dia jenis tak reti nak sabar dan kau pula, jenis malu-malu tapi masih tahu nak bersopan dan bersabar" kata Zakwan sambil masuk ke dalam perpuskataan itu bersama dua rakan dia. Mata dia membulat besar melihat keluasan perpuskataan itu. Begitu banyak sekali buku-buku tersusun rapi di dalam rak buku itu. Fang sudah hilang di sebalik lautan rak-rak buku itu

"Korang! Sini sini!" Fang muncul balik sambil melambai-lambai ke arah kawan-kawan dia. Picu masih lagi duduk di atas kepala Fang tetapi kali ini dengan bibir dia bergoyang-goyang kerana dia ternampak sesuatu tadi

"Kenapa Fang?" tanya Boboiboy yang sudah ada di sebelah kawan baik dia

"Cuba kau buka buku ni" kata Fang dengan nada sinis dia

"Kau nak buat nakal lagi ke?" tanya Zakwan yang sudah kenal dengan kenakalan Fang itu "Mesti kau nak tunjuk sesuatu yang akan meloncat keluar dari buku itu kan" Zakwan melihat buku yang tiada tajuknya. Buku itu seperti buku biasa sahaja dan ketebalan buku itu amat tebal seperti buku kamus

"Kau ni.. rosakkan rancangan aku untuk menakutkan si Boboiboy" Zakwan buat-buat tidak dengar. Dia berpura-pura melihat buku di rak almari itu

"Kasihan kau yea.. meh aku bukakan untuk buat kau gembira sedikit" Harraz mengambil buku tebal itu. Boboiboy dan Zakwan ingat melihat makhluk apa yang akan meloncat keluar dari buku itu nanti atau perkara itu tidak akan berlaku. Harraz membuka buku itu sedikit demi sedikit kerana dia rasa takut pula sehinggalah buku itu sudah terbuka luas. Sebuah imej bergerak seperti hologram, keluar dari buku tersebut

Tiada sesuatu yang menakutkan tetapi ada naga kecil sedang berterbangan di sekitar atas buku tersebut. Naga itu keluarkan semburan apinya dari mulut dia. Selepas itu, naga itu lenyap dari situ. Muncul pula sebuah makhluk yang mereka tidak pernah nampak sebelum ini. Makhluk itu mempunyai badan, ekor dan sepasang kaki di belakang seperti singa tetapi kepala, sayap dan sepasang kaki di hadapan seperti helang. Harraz membaca nama makhluk itu adalah Griffin

"Haiwan mitos di dunia mythology. Haiwan ini sangat unik tetapi sangat berbahaya kerana kuku dia yang sangat tajam tu" Harraz melihat Griffin berterbangan di situ "Menarik betul buku ni tetapi mesti ada buku yang lebih menarik yang kita dapat jumpai di dalam perpuskataan ini"

"Sebab tulah aku nak sangat datang ke sini sebab terdapat pelbagai bahan bacaan yang aku haru baca!" kata Fang yang sudah bersemangat tinggi untuk mencari buku-buku yang dia ingin baca

"Kalau macam tu, kita berpecah dan lepas tu kita jumpa balik dekat meja depan tu" Boboiboy tunjuk sebuah meja panjang utama perpuskataan itu yang sudah tersedia di tengah-tengah perpuskataan tersebut "Kita ambik berapa banyak buku yang kita nak dan berkongsi maklumat bersama"

"Ok!" Fang sudah pun pergi mencari buku yang dia ingin baca. Harraz membawa buku tadi ke meja utama. Dia terlampau teruja ingin belajar tentang haiwan-haiwan mitos. Boboiboy tidak pergi jauh ke dalam kerana takut sesat, dia hanya berada di dekat meja utama itu sahaja. Dia membelek-belek buku di sekitar itu. Zakwan pula sudah pergi ke bahagian tentang perang, senjata dan sejarah dunia dia dan dunia fantasy

"Aku jumpa buku tentang angkasa! Ini mesti seronok di baca.. bolehlah aku baca tentang hasil uji kaji dia orang tentang angkasa" Fang meletak buku itu di atas buku yang dia sudah bawa keluar. Fang secara berhati-hati, dia mengangkat buku yang tersusun supaya ianya tidak jatuh di atas lantai perpuskataan. Dia terus letak buku itu di meja utama

Harraz tidak sedar dengan kehadiran Fang kerana terlampau asyik sangat membaca. Dia dapat belajar sedikit sebanyak tentang haiwan-haiwan mitos ini tetapi di dalam pemikirannya, adakah haiwan ini wujud di dunia fantasy Lynna? Boboiboy yang tidak jauh dari situ, dia sudah tidak nampak kepala Harraz dan Fang kerana mereka di lindungi oleh timbunan buku-buku Fang. Dia telah menjumpai bahagian buku tentang permainan. Semuanya menarik dan dia tidak tahu buku mana satu yang dia harus baca tapi yang lebih menyeronokkan, kita boleh masuk ke dalam buku itu dan merasai permainan tersebut. Akhir dia mengambil buku tentang catur, di mana buah-buah catur itu boleh bergerak dengan sendirinya

"Fang.. jom main catur"

"Kau main ajelah dengan budak yang suka main catur" Fang tuding jarinya ke arah Harraz. Dia tidak alihkan perhatian dia dari buku kerana sedang sibuk menumpukkan perhatian tentang sejarah istana Lynna

"Yelah.." Boboiboy melihat ada sesuatu yang hilang dari diri Fang. Lalu dia perhatikan kawan baik dia lama-lama "Alamak... Fang! Picu hilang!"

"Apa?!" Fang meraba-raba kepalanya. Picu sudah pun tiada di atas kepalanya "Mana dia pergi? Kita kena cari sebelum kak Lynna datang balik ke sini.. Picu ni, bukannya nak beritahu aku ke mana dia nak pergi"

"Habis tu, kau nak kita habiskan masa kita dengan mencari Picu dekat perpuskataan ini. Sudahlah tempat ni luas, dia boleh berada di mana sahaja" Zakwan baru sahaja tiba di meja utama itu

"Takpelah, korang buatlah hal korang.. biar aku sahaja yang pergi cari si Picu tu" Fang letak buku yang dia baca tadi dan terus bangun dari kerusinya "Kalau korang nampak dia, tangkap si Picu tu yea"

"Ok!" balas mereka. Boboiboy sudah membuka buku catur dia dan Harraz sudah bersiap sedia untuk berlawan dengan Boboiboy. Buku tersebut keluarkan sebuah papan catur dan buah-buah catur itu sudah siap disusun di tempatnya. Mereka hanya perlu dari mana ke mana sahaja untuk gerakkan buah catur itu. Zakwan hanya duduk di tepi sambil membaca tentang peperangan yang pernah terjadi di dunia fantasy. Muka dia begitu serius sekali membaca buku itu

Fang mencari Picu di bawah meja, bahagian tepi rak buku, di celah-celah dinding, di dalam rak buku dan juga celah-celah buku tetapi dia gagal menjumpai Picu. Semakin dalam dia memasuki perpuskataan itu. Dia sudah tersesat jauh sehingga dia terjumpa sebuah pintu gerbang yang tertutup rapi dengan pintu pagar

"Jangan dia masuk dalam situ sudah.. tapi buku apa yang ada dekat situ?" Fang terasa ingin masuk ke dalam bahagian ruang perpuskataan itu. Dia berdiri di luar pintu pagar itu untuk melihat apa yang ada di dalam itu. Ianya seperti perpuskataan di luar tetapi perpuskataan itu lebih gelap dari biasa. Dia seperti nampak aura-aura hitam keluar dari buku-buku tersebut. Dia rasa seram sejuk berada di situ. Tangan dia sudah pegang pintu pagar tersebut dan lalu dia cuba membuka pintu pagar itu. Malangnya, pintu itu di kunci rapi dan dia tidak dapat masuk ke dalam "Habislah kalau kak Lynna marah aku.. tapi paling terus sekali, mesti abang aku akan mengamuk sebab hilangkan Picu"

"Jangan mengalah" Fang terdengar suara seseorang. Dia melihat ke kanan dan ke kiri, tiada siapa yang ada di situ selain daripada diri dia

"Siapa kau? Baik kau munculkan diri sebelum aku serang kau" Fang sudah keluarkan aura kuasa dia di tangan kanan dia. Mata dia perhatikan sekeliling dirinya

"Macam mana kau nak serang kalau kau sendiri tidak nampak diri aku"

"Ha ah, betul juga cakap kau tapi.. kau siapa?" Fang hilangkan kuasa di tangannya "Kau orang jahat atau orang baik?"

"Aku orang baiklah" Fang mencari dari mana suara itu datang "Kau patut pandang ke bawah, pandang ke rak buku"

"Rak buku?"

"Ha ah, dekat depan kau" Fang melihat ke bawah dan dia terkejut melihat seorang budak remaja lelaki kerdil berdiri di atas buku. Size budak lelaki itu seperti size ibu jari Fang

"Erk! Kau siapa?"

"Aku adalah watak yang keluar dari sebuah buku yang bertajuk.. aku lupa pula nama buku tu" Fang merenung tajam ke arah budak itu "Hehehee.. maaf tapi kau seperti mencari sesuatu, apa dia?"

"Aku mencari makhluk warna hijau yang suka melompat-lompat, suka keluarkan lidahnya.. ada nampak tak?" kata Fang yang sudah hilang sabar

"Maaf.. takde tapi kalau kau nak tahu apa di dalam bahagian sahaja.. aku boleh ceritakan. Aku pernah masuk ke dalam bilik itu. Buku-buku yang aku nampak, semuanya tentang kegelapan dan ada setengah buku amat merbahaya untuk di baca kerana diri kita boleh jatuh dengan kegelapan itu. Kalau kau nak masuk, aku boleh tolong kau" Budak lelaki itu terus tersenyum kepada Fang

"Erm.. takpelah, aku sudah berapa kali jadi budak jahat. Nanti jadi budak jahat balik, abang aku juga yang kena selesaikan nanti. Aku pergi dulu" Fang terus beredar dari situ tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk pulang ke meja utama. Dia tidak mahu bertanya dengan budak lelaki kerdil itu, terus dia mencari jalan pulang sendiri. Tanpa disedari olehnya, budak lelaki ikut sahaja dari belakang sambil bersiul-siulan sehinggalah Fang tersedar dengan budak itu

"Wei, yang kau ikut aku apasal?"

"Saja"

"Baik kau belah sebelum aku pijak kau"

"Yelah yelah.. kalau kau nak tahu, Picu kau tu.. tadi melompat-lompat keluar dari perpuskataan ini. Semoga berjaya untuk cari jalan pulang" Budak lelaki itu terus tinggalkan Fang dan lalu dia melesapkan diri

"Cheh, tak guna budak tadi tu.. bukan nak tolong aku. Nampaknya aku sendiri kena cari jalan ke meja utama" Fang pergi ke arah tingkap perpuskataan. Mungkin dia berjalan di sebelah tingkap-tingakp itu, mungkin dia akan jumpa meja utama itu ataupun dia boleh sahaja menjerit nama kawan-kawan dia tetapi di dalam perpuskataan, mana boleh buat bising

"Macam mana ni.. Picu sudah lompat keluar dari sini dan aku pula, sesat entah di mana tapi kalau aku di takdirkan hidup di dalam perpuskataan ini, aku akan menjadi seseorang yang gembira kerana di keliling dengan buku-buku.. hehehe.. tapi mesti kak Lynna akan jumpa aku punya" Fang mengeluh di situ sambil berjalan lagi. Dia sudah hilang arah, dia tidak tahu ke mana kaki dia membawa dia pergi di dalam perpuskataan itu. Lama kelamaan, dia terdengar suara-suara yang dia kenali. Suara seperti Boboiboy sedang bergelak ketawa dengan Zakwan dan Harraz

Fang mempercepatkan pergerakan dia. Sambil itu, dia mengikut dari mana suara itu datang. Dia belok ke kanan, ke kiri, ke kanan balik dan terus ke depan. Akhirnya dia nampak sebuah topi oren jauh dari situ. Dia tersenyum kerana akhirnya dia telah menjumpai kawan-kawan dia. Fang terus ke depan sambil melihat tepi-tepinya kerana dia tidak mahu terlepas melihat buku-buku di dalam rak itu

"Akhirnya, jumpa pun korang"

"Selamat kembali, Fang" kata Zakwan yang tidak mengalih pandangan dia "Macam mana? Ada jumpa Picu?"

"Takde tapi ada orang beritahu aku yang Picu sudah keluar dari sini"

"Aik, siapa yang beritahu kau?" Boboiboy baru selesai arahkan buah catur dia iaitu Kuda untuk menyerang buah catur Harraz iaitu Benteng. Sudah beberapa kali Boboiboy kalah dengan Harraz tetapi dia masih mahu main lagi kerana tidak mahu mengalah "Atau suara bayangan kau sahaja"

"Mana adalah.. nantilah aku cerita tapi aku kena cepat cari si Picu tu. Nanti aku kembali balik" Fang bergegas keluar dari perpuskataan itu "Ok, cuba fikirkan diri aku adalah Picu" Dia keluarkan lidahnya dan buat mata sebelah mata besar dan sebelah mata kecil. Pengawal istana yang ada di situ, tergelak sedikit melihat Fang membuat muka pelik tetapi Fang abaikan sahaja

"Apa yang Picu suka?" Fang fikir sambil berjalan di sekitar depan pintu gerbang perpuskataan itu "Dia suka photo bombing dalam semua gambar, suka keluarkan lidah dia, muka dia macam muka blur aje dan suka makan buah.. hmmm.."

"Adik, kalau adik cari haiwan peliharaan adik tu.. mungkin dia berada di kebun buah" kata pengawal istana itu

"Boleh jadi juga, dia tu kuat makan buah.. tapi dekat mana kebun buah itu?"

"Saya boleh tunjukkan jalan" Pengawal istana itu menyuruh Fang mengikut dia. Mereka terus pergi ke pekarangan utama istana

Pengawal istana itu belok ke kiri. Mereka berjalan ke arah sebuah pintu gerbang yang berdaun-daun itu. Tembok pagar itu dipenuhi dengan daun-daun juga. Lalu pengawal itu menyuruh Fang masuk ke dalam dan dia pula, akan menjaga pintu gerbang itu. Fang tidak teragak-agak untuk masuk ke dalam pintu gerbang itu. Di depan itu ada sebuah tembok daun lagi, dia hanya perlu belok ke kanan atau pun ke kiri, jadi dia memilih ke kanan. Dia belok ke kanan dan belok ke kiri, terus dia sampai ke sebuah kebun yang penuh dengan sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Fang melihat pokok-pokok cherry berbaris dalam satu garisan, pokok-pokok buah pear di sebelahnya, sayur-sayur kobis ada di hujung kebun itu. Dia bersiar-siar sekejap di dalam kebun itu sehinggalah dia ternampak Picu sedang asyik memakan buah strawberry. Picu sebenarnya sudah lama nampak kebun itu dari tingkap istana lagi. Dia begitu gembira sekali nampak buah-buahan segar megar di kebun itu, lalu dia terus pergi ke kebun bersendirian tanpa memberitahu Fang

"Picu! Dekat sini rupanya kau.. buat orang risau aje" Picu makan strawberry terakhir dia sebelum melompat ke atas tangan Fang "Kuat makan betul kau ni.. hehehee.. selamatlah kau tak habiskan semua buah-buahan dekat sini. Jom Picu, kita balik" Fang letak Picu di atas kepalanya. Mata Picu pejam kelip pejam kelip sebab berpuas hati dalam merasai kesemua buah di dalam kebun tersebut

"Picu.. lain kali beritahu aku kalau kau lapar, ok?" Picu tidak menjawab. Fang sendiri tidak pernah dengar bunyi ataupun suara dari Picu "Hmm.. kau ni memang jenis alien yang suka berdiam diri yea tapi muka macam takde perasaan langsung" Dia tergelak sedikit di situ. Fang terus berjalan ke pintu keluar tetapi ada seseorang yang dia kenali berdiri di hadapan dinding tembok daun

"Abang?" Fang berlari ke arah abangnya "Apa abang buat dekat sini?"

"Abang cari kaulah.. sampai ke sini pula kau merayap. Aku ingat kau sudah kena culik dengan musuh abang tapi selamat kak Lynna beritahu aku yang kau ada di sini bersama dengan kawan-kawan kau. Sudah, mari kita pulang. Hari pun nak dekat petang dah. Kau tu belum nak masak apa-apa lagi untuk berbuka" kata Kaizo dengan nada serius dia

"Tak payah masaklah abang, kita pergi ke bazaar Ramadhan nak tak? Jomlah abang.. situ macam-macam jenis makanan ada tapi adik tak bolehlah nak cerita, takut orang tukang baca ni jadi terliur pula. Tak pasal-pasal, ada juga yang pergi buka awal.. jadi abang ikut ajelah adik"

"Yelah.. yelah tapi esok kau kena masak sup lobak merah untuk abang" Fang angguk sahaja sambil tersenyum kepada abangnya "Mari kita pulang"

"Nak ajak kak Lynna sekali tak?"

"Suka hati kaulah nak ajak dia ke tak" balas abangnya

"Ok! Adik akan ajak kak Lynna. Lepas tu bolehlah buka sama-sama dekat rumah. Nak ajak Rizu sekali tapi Rizu mesti berbuka dengan ibu dia. Idoli tu reti nak berpuasa, macam si Faye juga.. takpelah, kita bertiga ajelah buka puasa sama-sama. Mesti seronokkan.." Kaizo dengar sahajalah celoteh adiknya seperti yang sudah terkena virus celoteh dari Rizu. Mereka terus terlupa tentang Boboiboy, Zakwan dan Harraz yang masih lagi berada di dalam perpuskataan. Mereka hanya pulang ke dunia asal mereka sahaja. Setelah sampai di Pulau Rintis, barulah Lynna tegur, mana Boboiboy, Zakwan dan Harraz?

"Alamak, adik lupa tentang dia orang! MAAFKAN AKU, KAWAN-KAWAN!"

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di perpuskataan istana Lynna,

Boboiboy, Zakwan dan Harraz telah di tegur oleh pengawal istana itu. Mereka terlalu leka sangat di situ sehingga tidak melihat jam sudah pukul berapa. Tinggal satu jam sahaja untuk berbuka

"Apa? FANG SUDAH BALIK AWAL? LANGSUNG TAK BERITAHU KITA ORANG?"

"Yea tapi.. saya akan bawa kamu ke bilik puteri Lynna, untuk pulang ke dunia sana" kata pengawal istana itu sambil tersengih

"Takpe.. habis buka puasa nanti, aku akan kenakan si Fang tu" kata Boboiboy yang sudah berapi-api tetapi dia tenangkan diri dia dulu

"Aku akan buli dia sepuas-puasnya nanti.. hehehe tapi kali ini buli ada makna" kata pula Zakwan. Lalu mereka pandang ke arah Harraz

"Err.. aku takde benda nak kenakan dia tapi kalau aku kalahkan dia dalam permainan catur boleh lah" Harraz tersengih sambil angkat buku catur itu. Dia tidak tahu kalau buku itu boleh bawa ke dunia mereka ataupun tidak. Jadi dia terpaksa simpan balik buku tersebut. Dia fikir, guna catur biasa sahaja untuk berlawan dengan Fang

"Hmm.. boleh juga tu, kalau dia kalah.. esok juga kita paksa dia tolong kita orang buat bubur lambuk dekat masjid.. heheee" Aura-aura kenakalan Boboiboy sudah mula keluar "Mari kita balik dan kita kenakan si alien tu.. HAHAHAA!"

"Ok, kawan kita sudah tak berapa nak betul" bisik Zakwan kepada Harraz

"Hmm.. ini gara-gara sebab Fang lupakan kita orang dekat sini" balas Harraz

Maka, malam itu, selepas sahaja mereka habis berbuka puasa, habis selesai solat terawih, barulah mereka pergi kejar si Fang sebab lupakan tentang mereka bertiga. Selamatlah Boboiboy tidak gunakan kuasa 7 dia untuk pergi belasah Fang. Keesokannya, dia terpaksa tolong buat bubur lambuk bersama Boboiboy, Gopal, Zakwan dan Harraz. Kalau tidak, rancangan Fang pada hari ini adalah untuk pergi bersiar-siar bersama Rizu di bandar tetapi dia terpaksalah batalkan rancangan itu untuk menjalani hukuman dia

"Itulah, lupa lagi tentang kita orang.. sekarang terimalah hukuman dari kita orang"

"Diamlah kau, Boboiboy" balas Fang dengan hati dia yang sudah berapi-api tapi dia tak tahu, dia yang buat silap. Jadi dia rela dikenakan hukuman itu

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top