Perpisahan
"Kak Lynna, boleh tak kalau adik nak tanya?"
"Bila masa kau bahasakan diri kau adik ni?" Kaizo rasa pelik dengan adiknya "Kau jangan nak tanya yang bukan-bukan pula"
"Mana adalah abang" Fang terus memandang Lynna yang berada di hadapan dia. Mereka kini berada di sebuah cafe untuk menikmati makanan tengahari pada musim cuti sekolah. Kaizo yang ingin membawa adiknya pergi berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis
"Fang nak tanya apa?"
"Hmmm... kak Lynna selalu nampak ceria, tak pernah nampak sedih. Kak Lynna tak pernah ada kisah sedih ke macam Bella, Faye ataupun Rizu? Si pelik tu tak payah tanya, entah ada ke tidak kisah sedih dia tapi macam takde aje. Dia tu macam terlebih makan chocolate" Lynna tergelak sedikit melihat Fang yang suka merungut tentang Lily
"Akak ada kisah sedih akak tapi..." Lynna senyap sekejap dan terus melihat Fang "Tapi Fang tak perlu tahu kisah itu" Lalu Lynna sambung makan burger salmon dia
"Ala.. tapi kalau kak Lynna tak nak cerita, takpelah. Adik tak nak memaksa"
"Bagus. Jangan nak paksa sangat" kata Kaizo dengan nada tegas dia "Tapi apasal kau nak tahu sangat kisah sedih kak Lynna? Kau nak menangis ke?"
"Adik tanya aje, itu pun tak boleh ke?" Fang bermasam muka dengan abangnya. Dia sambung balik makan chicken chop dan mata dia melirik ke tempat lain. Dia ternampak Zakwan sedang mengangkat beberapa kotak kosong. Fikiran dia hanya memikirkan, mungkin Zakwan menggunakan kotak itu untuk jualan kuih mak nya. Dia pernah pergi ke rumah Zakwan pada tahun lepas, dari situ dia sudah mengenali kehidupan sebenar Zakwan. Sekarang Zakwan banyak berubah semenjak dia kehilangan kawan baik dia iaitu Robin
"Kau tengok siapa?" tanya Kaizo
"Takde siapa" jawab Fang secara perlahan. Dia terus kembali memandang Lynna dan lalu dia terfikirkan sesuatu. Cermin isi hati yang Emmy bagi semalam. Mungkin dia dapat menggunakan cermin itu dekat kakak kesayangan dia, fikir Fang "Tapi mesti abang akan marah nanti" bisik Fang
"Apa yang kau cuba katakan?"
"Takde apa-apalah abang" jawab Fang
"Kau jangan nak sembunyikan apa-apa daripada aku" Fang hanya berikan sedikit senyuman kepada abangnya
"Jangan risau, adik takde sembunyikan apa-apa dari abang" Kaizo memandang adiknya dengan wajah yang serius "Kalau ada pun, mesti abang akan tahu jugakan"
"Betul tu tapi kalau kau ada masalah, bagitau abang. Jangan nak senyap sahaja"
"Betul cakap abang kamu. Jangan senyap sahaja, manalah tahu akak dan abang boleh bantu Fang" kata Lynna
"Terima kasih kak Lynna tapi adik tiada masalah apa-apa pun. Cuma itu ajelah, soalan adik tadi... kak Lynna ada kisah sedih ke sebelum ni" Lynna hanya senyum sedikit
"Akak memang ada kisah sedih dulu. Fang pun tahukan akak pernah kehilangan seseorang yang akak sayang tapi itu kisah lama. Akak pun kenalah move on daripada bersedihan sahaja"
"Siapa orang tu akak?" tanya Fang dengan penuh curiga
"Banyak soal pulak budak ni" Kaizo sekeh kepala adiknya "Kau ni, tak perlulah tahu sangat" pelanggan-pelanggan yang ada di situ, melihat gelagat Fang dan Kaizo di situ. Fang menjerit-jerit nama abangnya tetapi Kaizo buat-buat tidak dengar sahaja. Lynna tergelak di situ. Ada setengah pelanggan tersenyum melihat dua beradik alien itu dan ada yang gelengkan kepala sahaja. Akhirnya, Fang tergelak bersama abangnya. Mereka bertiga rasa sangat bahagia pada ketika itu, semuanya sungguh sempurna sekali tapi bukan untuk seseorang yang sedang berusaha kuat untuk menyelamatkan kediaman dia, rumah yang menjadi tempat pelindungan dia, adik dia dan ibu dia juga dan juga tempat untuk mereka bertiga mencari rezeki
--------------------------
Sebelum Lynna pulang ke Kuala Lumpur, dia singgah sekejap ke rumah Kaizo dan Fang kerana terlupa sesuatu. Fang yang berada di belakang Lynna, dia mengeluarkan sebuah cermin kecil pemberian Emmy kerana menang di dalam game pada hari itu. Secara senyap, dia menghala cermin itu kearah belakang Lynna dan lalu dia menekan satu butang
"PANG!" Terkejut Fang. Dia menyimpan cermin itu terus ke dalam poket seluarnya "Apa yang kau sedang lakukan?"
"Takde apa abang" Fang buat biasa sahaja supaya abang dia tidak mensyaki sesuatu. Lynna mengambil beg sandang berwarna oren yang berada di atas sofa ruang tamu dan terus memakainya "Kak Lynna esok datang ke sini lagi ke?"
"Hmmm... tak tahu lagi. Kenapa?"
"Ini mesti nak tanya lagi pasal kisah sedih" jawab Kaizo yang sedang bersilang tangan itu. Muka dia serius sahaja sambil perhatikan adiknya. Fang masih lagi buat biasa, dia berjalan secara biasa ke tangga rumah
"Mana ada. Adik cuma tanya sahaja" Fang menaiki tangga itu secara perlahan. Dia menoleh sedikit. Kaizo dan Lynna sedang perhatikan dia yang berkelakuan pelik itu "Kalau kak Lynna datang esok, baguslah. Jumpa lagi yea kak Lynna"
"Jumpa lagi Fang" balas Lynna secara lembut. Dia pusing kebelakang dan berikan sedikit senyuman kepada Kaizo. Fang perhatikan mereka berdua sambil menaiki tangga lagi. Dia terdengar perbualan mereka berdua "Esok kalau aku ada masa, aku akan datang ke sini lagi. Terima kasih kerana belanja aku makan tadi"
"Ermm.. sama-sama. Tapi kalau terlampau sibuk sangat esok, jangan paksa diri kau untuk datang ke sini pulak"
"Takdelah. Aku tak kan paksa diri aku" Lynna berjalan menuju ke pintu rumah sambil ditemani oleh Kaizo "Aku jumpa kau lagi"
"Yea" Kaizo membuka pintu rumah dan melihat sahaja Lynna keluar dari rumah itu. Fang hanya perhatikan dari balkoni atas. Dia melihat abangnya berdiri di depan pintu begitu lama sehinggalah abangnya menutup pintu rumah secara perlahan
"Apa isi hati abang aku yea?" bisik Fang. Dia terus lari masuk ke bilik sebelum abang dia sedar yang dia perhatikan dia dan Lynna sebentar tadi. Fang menutup pintu biliknya dan lalu keluarkan cermin kecil itu. Dia melihat cermin itu. Imej wajah dia tertera di cermin itu. Dia seperti sedang menonton sebuah video milik Lynna. Selepas itu ianya bertukar menjadi imej Lynna tetapi di sekeliling Lynna hanyalah gelap sahaja. Dunia dia penuh dengan kegelapan. Lynna hanya duduk sambil menangis "Kenapa dengan isi hati kak Lynna?" Imej itu bertukar kepada imej lain. Dia melihat Lynna dan seorang lelaki yang sebaya dengan Lynna. Mereka berdua sedang berlawan pedang dengan musuh-musuh mereka di dalam sebuah hutan. Mereka berlawan bermati-matian, Fang boleh nampak kepenatan di wajah Lynna tetapi dia seperti tidak mahu mengalah. Setiap kali dia melihat lelaki itu, semangat dia kembali dan terus dia tersenyum. Fang dapat rasakan mereka berasa seronok dapat berlawan bersama sehinggalah satu saat itu, keadaan menjadi gelap
"Jangan tinggalkan Lynna!" Lelaki itu jatuh tanpa ditusuk pedang atau ditembak oleh sesiapa. Lelaki itu rebah di depan mata Lynna. Mata lelaki itu terbuka, ianya seperti kosong, seperti tiada nyawa di dalam badan lelaki itu "Jangan tinggalkan Lynna!" Lynna melempar pedangnya, lalu dia berlari dan terus sambut lelaki itu sebelum jatuh ke atas tanah. Dia memeluk kepala lelaki itu sambil menangis. Tiada satu patah perkataan yang keluar dari mulut Lynna, hanya tangisan sahaja. Lynna tidak berhenti-henti menangis. Bukan lelaki itu sahaja yang mati, di sekeliling Lynna muncul orang-orang yang Lynna sayang, termasuklah Fang dan Kaizo. Lynna menjerit ketakutan di dalam situ. Dia seperti terkena buatan orang
"Kak Lynna?" Fang tidak sedar pintu biliknya dibuka oleh abangnya
"Apa yang kau tengok tu Pang?" Kaizo berjalan ke arah adiknya dan nampak cermin itu "Apa tu?" Kaizo melihat Lynna menangis keseorangan di dalam cermin itu. Dia juga nampak dirinya mati di dalam cermin itu. Tiada darah ataupun kesan luka, hanyalah mata yang terbuka luas sambil melihat kosong "PANG! APA YANG KAU SEDANG LIHAT NI?" Fang terkejut dengan jeritan abangnya. Cermin itu terlepas dari tangan dia dan lalu ianya jatuh di atas lantai bilik dan pecah. Imej bergerak tadi sudah pun hilang
"Abang..." Fang pusing dan terus memeluk abangnya
"Kau melihat isi hati kak Lynna?"
"Maafkan adik.. kalau abang nak marah adik, marahlah"
"Hmmm... mari ikut abang" Kaizo memimpin adiknya ke katil. Mereka duduk di atas katil bersama "Sebenarnya apa yang kau lihat tadi adalah salah satu ketakutan besar kak Lynna. Dia takut kalau dia tidak mampu lagi melindungi semua orang yang dia sayangi seperti dia kehilangan seseorang dulu. Dia pernah beritahu abang sebelum ini tapi bukan itu sahaja, dia takut kalau keluarga dia tahu tentang rahsia dia"
"Kenapa perlu mereka takut pulak?"
"Hmm... dunia dia dan dunia kita lain. Dia takut kalau keluarga dia tidak menerima diri dia yang sebenarnya. Dia takut kalau diri dia dihalau keluar dari keluarga dia atau dia disuruh tinggalkan dunia yang penuh dengan kuasa, seperti dunia kita. Dia dari zaman sekolah lagi, menyimpan rahsia itu daripada keluarga dia. Kalau rahsia diketahui oleh keluarga dia, kemungkinan kawan-kawan dia akan menerima nasib yang sama ataupun dia akan menanggung akibatnya sendiri" Fang seperti tidak faham apa yang dikatakan oleh abangnya tadi
"Errr... adik tak fahamlah sebab keluarga kawan-kawan boleh sahaja menerima mereka yang sudah mempunyai kuasa"
"Kau tahukan kisah-kisah tentang magic seperti movie kegemaran Rizu iaitu harry potter atau cerita yang abang selalu menonton di television, cerita Merlin" Fang angguk "Begitulah mereka hidup tiap-tiap hari. Harry Potter hidup dengan keluarga ibu adik dia dan mereka langsung tidak menyukai Harry Potter yang mempunyai kuasa magik. Orang-orang biasa akan berasa takut dengan kepelikan Harry Potter. Mereka takut jikalau dia menggunakan kuasa dia terhadap mereka semua. Merlin pula, dia rahsiakan tentang kuasa magik dia daripada sahabat baik dia kerana dia takut, diri dia akan ditangkap dan kemungkinan, akan dibunuh. Di dalam cerita itu juga, ramai takut dengan kuasa magik kerana mereka takut kalau kuasa itu digunakan untuk kepentingan diri sendiri atau menyebabkan orang lain mati hanya kerana kuasa. Kawan-kawan kau mempunyai kuasa sebab jam kuasa bukan sebab diri mereka sudah mempunyai kuasa seperti kak Lynna. Dia dilahirkan mempunyai kuasa tetapi dia dapat tahu dia mempunyai kuasa semenjak dia sekolah menengah lagi. Sekarang baru kau faham? Tapi takdelah sampai keluarga kak Lynna sendiri nak bunuh dia"
"Oh, baru adik faham.. sedikit" Fang tersengih kepada abangnya "Tapi kisah dia tidaklah begitu sedih sangat"
"Tak tahulah, tapi orang dia kehilangan itu adalah orang yang dia sangat cintai tapi bukan lelaki yang bernama Nazir tu. Lelaki lain" Kaizo memeluk adiknya "Abang juga seperti dia, abang tidak mahu kehilangan adik atau sesiapa sahaja yang abang sayang"
"Samalah dengan adik" kata Fang dengan nada yang perlahan "Kalau adik kehilangan abang, nanti adik akan keseorangan. Masa abang tinggalkan adik dekat bumi, setiap hari adik fikirkan tentang abang. Adik takut kalau tiba-tiba abang pergi tanpa khabar berita, adik takut kalau abang pergi buat selama-lamanya tapi adik perlu tabah, jangan fikirkan yang bukan-bukan. Setiap hari adik menunggu mesej atau panggilan daripada abang. Setiap hari adik memandang ke langit kerana rindukan abang. Adik masa tu kesunyian, tiada kawan lagi tapi semenjak Boboiboy tahu tentang jam kuasa adik, merekalah menjadi peneman adik sehinggalah abang menghubungi adik. Pada masa yang sama, adik tahu adik terpaksa meninggalkan kawan-kawan dan menjadi pembelot kepada mereka. Hati adik hancur tapi adik tak naklah berpaling tadah kepada abang pula"
"Maafkan abang pada masa itu" bisik Kaizo yang masih lagi memeluk adiknya. Fang boleh merasa titisan air mata abangnya yang terjatuh di atas kepalanya
"Adik sudah lama maafkan tapi sekarang, semuanya sudah berubah" Fang membalas balik pelukan abang. Mereka berada di dalam keadaan berpelukan selama 1 minit sehinggalah jam kuasa Fang berbunyi. Dia mengesat air matanya dan terus melepaskan pelukan abangnya. Fang mengambil panggilan itu dan terus hologram Boboiboy muncul
"Kenapa Boboiboy?" tanya Fang
"Kecemasan! CEPAT DATANG KE RUMAH ZAKWAN!"
"Kenapa?" tanya Fang
"Kau datang sahaja ke sini dengan segera!" Lalu hologram itu hilang dari jam kuasa Fang
"Jom kita pergi. Abang nak tengok apa kecemasannya"
----------------------------------
"Ibu, kita nak tinggal dekat mana lepas ni?" tanya adik Zakwan kepada ibunya. Rumah mereka dikunci dan kesemua barang mereka telah dilempar keluar oleh tuan rumah itu. Rumah mereka duduk sebelum ini adalah rumah sewa. Hanya hasil jualan kuih-muih ibu Zakwan sahaja yang dapat membayar duit sewa mereka. Sepatutnya, ibu Zakwan boleh bayar duit sewa rumah itu tetapi pada hari ini, mereka dihalau keluar. Zakwan dan adiknya melihat ibu mereka sedang mengutip barang-barang yang telah dilempar sebentar tadi. Ibunya tabah, langsung tiada air mata yang keluar
"Sarah, jom tolong ibu" kata Zakwan kepada adiknya yang sedang menangis teresak-esak
"Biar kami bantu sekali" Zakwan menoleh kebelakang dan terkejut melihat kawan-kawannya ada di situ. Boboiboy memegang bahu Zakwan dan berikan senyuman sedikit "Kami tak kan biarkan keluarga kau bersendirian"
"Terima kasih kawan-kawan" kata Zakwan sambil melihat kawan-kawannya. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily dan juga Rizu. Semuanya ada di situ kecuali Emmy sebab dia terlampau sibuk sangat mencipta sesuatu di makmal
"Apa yang berlaku sebenarnya?" tanya Bella
"Hmmm... kau tahukan jualan kuih mak aku makin lama makin berkurangan tapi duit untuk membayar sewa rumah bulan ini memang mencukupi" kata Zakwan sambil mengutip beberapa helaian baju yang berterabur di atas jalan. Bella menolong Zakwan mengutip baju-baju itu. Gopal menolong ibu Zakwan mengangkat peralatan membuat kuih. Ying, Faye dan Lily menyusun peralatan membuat kuih di tepi jalan. Setengah peralatan daripada itu, sudah tidak boleh digunakan lagi kerana sudah rosak akibat dilempar tadi. Rizu mengutip buku-buku milik Zakwan dan Sarah. Dia susun di dalam sebuah kotak
"Jadi, dia orang tiba-tiba halau kau dari rumah?" tanya Boboiboy pula. Zakwan angguk dengan perasaan sedih dia "Memang tak guna betul orang tu"
"Sekarang, kau nak duduk di mana buat sementara?" tanya Yaya secara tiba-tiba
"Entahlah. Ibu aku tak cakap apa-apa pun lagi. Aku tahu hati dia tengah sedih walaupun dia cuba tabahkan diri untuk anak-anak dia. Paling kasihan, adik aku. Dia tergaman melihat apa yang berlaku sebentar tadi" Zakwan melihat adiknya Sarah melipat beberapa helaian pakaian dan masukkan ke dalam sebuah beg yang tidak begitu besar. Dia juga ada mengutip teddy bear kegemaran dia yang sudah terjatuh di dalam longkang. Hati dia remuk melihat teddy bearnya yang sudah kotor itu. Faye memujuk Sarah dan akan basuhkan teddy bear itu khas untuk Sarah
"Kalau macam tu, kau tinggallah dekat rumah atok aku. Sementara ibu kau cari rumah lain"
"Terima kasih Boboiboy tapi aku rasa, sewa di sini semuanya mahal. Ibu aku tak mampu nak membayarnya. Rumah ini sahaja yang dia mampu" Zakwan masukkan beberapa barangan milik dia kedalam kotak kecil "Kalau tiada rumah sewa yang ibu aku mampu bayar di sini, kemungkinan kami akan balik kampung dan terus sahaja tinggal di sana"
"Tinggal di sana? Apa yang terjadi ni?" Fang baru sahaja sampai bersama abangnya
"Siapa yang baling barang kamu?" tanya Kaizo sambil melihat beberapa barang yang masih lagi belum dikutip oleh mereka semua
"Abang Kaizo, dia orang dihalau keluar dari rumah tadi" Kaizo terkejut "Dia orang tiada tempat tinggal di sini"
"Kau ok ke Zakwan?" tanya Fang
"Aku ok" jawab Zakwan yang tidak mahu melihat wajah Fang. Dia tiba-tiba rasa malu dengan Fang sebab dulu dia buli Fang, sekarang dia malu kerana kehidupan keluarga dia "Terima kasih kerana bertanya"
"Ada aku boleh bantu apa-apa?" tanya Fang lagi. Zakwan hanya angguk sahaja, dia berikan beberapa alatan untuk menyusun ke dalam kotak "Kalau kau perlukan tempat tinggal, kita orang semua boleh bantu"
"Takpe.. kau tidak perlu bantu aku begitu sekali" Zakwan terus pergi ke tempat lain. Dia tidak mahu bercakap dengan Fang lagi. Boboiboy, Yaya dan Bella faham perasaan Zakwan pada ketika itu
"Biarkan aje dia dulu. Yang penting sekarang ini, kau bantu dia" kata Boboiboy kepada Fang
"Tapi aku tak tahulah kalau dia mahu bantuan daripada aku sebab dia dulu buli aku, sekarang aku tolong dia dalam kesusahan dia sekarang ini. Aku tahu dia rasa malu dengan aku sekarang ini"
"Berikanlah dia masa" kata Kaizo secara tiba-tiba "Dia baru berbaik-baik dengan kau. Dia perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kau dan kawan-kawan kau juga. Kau tolonglah dia buat sementara ini"
"Tapi abang Kaizo, dia orang nak tinggal di mana sekarang ni?" tanya Boboiboy
"Itu kamu semua tidak perlu fikirkan" Ibu Zakwan muncul di situ dengan adik Zakwan iaitu Sarah "Mak cik telah membuat keputusan untuk pulang ke rumah ibubapa mak cik. Mungkin rezeki mak cik di sini sampai di sini sahaja. Kami akan bertolak ke sana, petang ini juga. Tentang tiket keretapi, itu kamu semua jangan risau. Duit mak cik cukup untuk beli tiket nanti. Mak cik rindu untuk pulang ke kampung halaman mak cik yang jauh dari sini. Sudah tiba masanya mak cik pulang ke sana bersama anak-anak mak cik"
"Mak cik tak nak bertolak esok sahaja ke?"
"Tak Fang. Mak cik tiada tempat tinggal di sini. Nak duduk hotel pun, takut duit tak cukup sahaja nanti tapi mak cik tahu kamu semua kawan anak mak cik yang baik. Mak cik juga tahu yang kamu semua ingin keluarga mak cik duduk di rumah kamu buat sementara tapi mak cik terpaksa menolak. Terima kasih semua" Ibu Zakwan menangis sedikit
"Ibu jangan menangis" kata Sarah "Ibu masih ada lagi Sarah dan abang. Cuma kita sudah kehilangan tempat tinggal. Sarah akan gembira di mana sahaja kita akan tinggal" pujuk Sarah kepada ibunya dan lalu dia memeluk ibunya "Ibu jangan sedih tau. Nanti dekat rumah atuk dan nenek, kita sambung balik buat kuih. Kuih ibu selalu sedap. Sarah suka makan kuih ibu"
"Terima kasih Sarah" Ibunya cium kepala Sarah "Nanti ibu buat kuih banyak-banyak"
Fang rasa terharu melihat kasih sayang dari seorang anak kepada ibunya. Dia mulai rindu ibunya, lalu dia menangis sedikit. Kaizo pegang bahu Fang agar dia tidak terlampau sedih sangat
"Mak cik, barang semua ni mak cik nak bawak sekali ke?" tanya Ying
"Mungkin tak. Mak cik hanya bawak pakaian kami sahaja dan barang-barang itu" Ibu Zakwan melihat barang-barang yang sudah lama digunakan untuk membuat kuih "Mak cik akan tinggal di sini sahaja" kata dia dengan hati yang berat. Boboiboy memandang kearah Fang, dia tahu apa yang Fang sedang fikirkan. Mereka akan simpan peralatan itu semua dengan baik. Mungkin satu hari nanti, mereka dapat pulangkan kepada Zakwan dan juga ibu Zakwan. Fang melihat Zakwan yang sudah selesai mengutip dan menyusun kesemua barang tadi. Dia hanya berdiri di depan rumahnya sambil berundur sedikit demi sedikit. Dia menoleh kebelakang dan dia berikan sedikit senyuman kepada kawan-kawannya
--------------------------
Petang itu, Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily dan Rizu mengucapkan selamat tinggal kepada Zakwan di stesen keretapi Pulau Rintis. Beg pakaian Zakwan sudah dipegang dengan erat oleh Zakwan sendiri. Bibir dia tertutup rapi, perasaan dia tidak mahu terpisah dengan mereka. Dia tidak mahu ucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan dia. Lynna ada di situ juga bersama Kaizo, itupun kerana Kaizo suruh Lynna datang balik ke Pulau Rintis. Mereka berdua berdiri jauh daripada Fang dan kawan-kawannya. Mereka semua tidak tahu ingin berkata apa sehinggalah Zakwan membuka mulutnya
"Sebelum kita terpisah. Aku nak ucapkan terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku, lebih-lebih lagi kau" Zakwan pandang terus kearah Fang "Aku tahu aku banyak buat salah dekat diri kau tapi aku nak minta maaf dengan semua kesalahan aku. Aku juga ingin mengucapkan terima kasih sebab benarkan aku join geng korang semua walaupun hanya dalam masa singkat sahaja. Aku rasa seronok sangat berkawan dengan kau dan baru aku faham kenapa Lily selalu datang ke sini kerana berkawan dengan korang memang sesuatu pengalaman yang aku tak dapat nak lupakan. Dari satu pengembaraan ke satu pengembaraan, semuanya amat menarik sekali dan aku juga tidak sangka dapat berkenalan dengan hantu juga iaitu Ratu Lily. Aku rasa berat hati nak tinggalkan korang semua sebab korang memang adalah sahabat terbaik yang aku pernah dapat. Pasal kawan lama aku si Robin tu, baru aku sedar. Dia hanya berpura-pura berkawan dengan aku, supaya dia dapat dekatkan diri dia dengan Fang. Selepas sahaja dia sudah takde, aku mulai sedar. Aku mana pernah dapat kawan terbaik seperti korang. Terima kasih kerana mengajar aku erti persahabatan yang sebenarnya" Zakwan mula menangis sedikit "Tapi apa-apa pun, korang jangan putuskan persahabatan korang. Kekalkanlah persahabatan ini selama-lamanya dan abadikannya. Kalau Fang nak balik ke planet dia pun, jangan lupa kami semua di sini" Zakwan meletak beg pakaiannnya dan lalu dia mengangkat sebuah bakul kecil dan lalu berikan kepada Fang
"Bakul apa ni?" tanya Fang sambil mengambil bakul itu
"Dalam bakul ini adalah kuih terakhir ibu aku buat sebelum kami dihalau tadi. Kuih ini sahaja yang selamat. Ada juga donut lobak merah kau. Ibu aku sebenarnya buat kuih ini untuk korang semua dan donut lobak merah ini adalah khas untuk kau. Dia tahu aku sudah pun berkawan dengan korang dan dia ingin membalas jasa korang kerana sudi menerima persahabatan aku. Ibu aku pernah nasihat dekat aku tapi aku abaikan nasihat dia. Dia cakap, biar orang buat jahat dekat kita tapi jangan sesekali kita buat jahat dekat orang tu. Aku selalu buat jahat dekat korang tahun lepas. Aku memang takut nak minta kemaafan dari korang tapi aku yakin, korang semuanya baik-baik dan akan menerima kemaafan dari aku. Cuma Fang sahaja yang belum maafkan aku"
"Sebenarnya aku sudah lama maafkan kau. Maaf aku terlampau lewat sangat nak maafkan kau tapi kau jangan lupakan kami dekat sini tau dan kami takkan lupakan kau" kata Fang. Dia tidak mahu menangis di situ, dia tabahkan hatinya
"Nanti ada masa, datanglah ke sini Zakwan" kata Boboiboy yang sudah mengesat air matanya
"Nanti kami akan merindui kau" kata Ying pula. Air mata dia mulai keluar
"Kalau boleh, hubungilah kami selalu dan ceritakanlah kepada kami tentang perkembangan kau di sana nanti" kata Yaya yang berikan sedikit senyuman kepada Zakwan
"Kau jangan risau tentang si Pang ni. Aku akan pastikan tiada siapa akan buli dia lagi. Hanya aku sahaja yang boleh buli dia... HAHAHAAA!" Zakwan ketawa sedikit dengan kata-kata Bella
"WOI!"
"Aku bergurau ajelah Fang" kata Bella sambil mengesat air matanya. Dalam gelakan dia tadi, air mata dia masih tidak henti-henti mengalir
"Walaupun kita baru sahaja berkawan tapi..." Faye datang dekat kearah Zakwan dan lalu dia memeluk Zakwan dalam masa 2 saat. Muka Zakwan naik merah dan Faye tergelak sedikit. Kawan-kawan mereka terkejut dengan perbuatan Faye tadi. Fang rasa nak tergelak tetapi mulut dia sudah kena sumbat dengan donut lobak merah oleh Boboiboy sendiri. Mata Gopal terkebil-kebil menyaksikan kejadian tadi, mulut dia ternganga luas. Yaya dan Ying rasa nak marah Faye sebab buat begitu dekat depan khayalak orang ramai. Rizu pula sedang menikmati kerepek pisang dan dia tidak sedar dengan kejadian tadi. Ibu dan adik Zakwan tidak sedar dengan kejadian itu juga, kerana mereka sibuk sedang menunggu keretapi sampai
"Maaf maaf sebab aku buat begitu tapi jangan sangka pula. Aku hanya anggap kau sebagai kawan sahaja tapi aku buat begitu sebab aku sudah terbiasa dekat planet asal aku sendiri. Maafkan Faye. Aku janji tidak akan buat begitu lagi" Zakwan tidak berkata apa, dia cuma tergaman sahaja "Zakwan?"
"Aku rasa aku perlu pergi dulu" Zakwan terus sedarkan diri dia
"Eh nanti. Lily belum cakap apa-apa lagi" Lily terus berikan sekotak besar yang penuh dengan bungkusan kerepek pisang "Jangan lupakan Lily yea. Sambil makan kerepek pisang ni, ingat-ingatkan lah Lily si pelik ni. Kalau boleh, hantarlah kuih muih yang best dekat Lily. Terima kasih sebab dapat kenal Zakwan walaupun sekejap sahaja. Nanti kembalilah dekat sini sebab Lily yakin, dia orang semua pasti akan rindukan Zakwan dan mesti lagi menarik pengembaraan dia orang kalau Zakwan ada. Betul kata Zakwan tadi, pengalaman bersama dengan dia orang memang tidak boleh lupakan. Sebab itu Lily datang ke sini bila ada masa. Bukan sahaja Lily ada sahabat baik di sini juga, Lily datang sebab ketagih dengan keseronokan mereka semua. Lily jadi cemburu apabila dapat tahu dia orang ada pengembaraan baru. Rasa macam nak join aje tapi apa boleh buat. Lily hanya dapat dengar cerita sahaja dari Bella dan Faye tapi Zakwan cukup bertuah dapat meluangkan masa dengan dia orang walaupun singkat sahaja. Susah nak jadi kawan dia orang ni. Ramai yang dekat luar sana yang cemburu dengan persahabatan dan pengembaraan dia orang. Kawan Lily pun cemburu dengan Lily juga tapi selamat dia orang bukannya jenis berdendam"
"Panjang betul kau membebel" kata Zakwan. Lily hanya berikan peace sahaja. Keretapi sudah pun tiba
"ABANG! KERETAPI SUDAH SAMPAI!" Jerit Sarah kepada abangnya. Sarah berlari ke arah abangnya untuk menolong mengangkat beg pakaian abangnya "Meh adik tolong. Abang angkat kotak tu"
"Terima kasih" kata Zakwan. Dia pandang wajah kawan-kawan dia seorang demi seorang "Aku harap, ini bukan kali terakhir kita dapat berjumpa. Jangan lupakan aku nanti dan aku akan kembali ke sini pada suatu hari nanti. Terima kasih kawan-kawan ku"
"Sama-sama!" kata mereka semua. Zakwan masuk ke dalam keretapi yang pintunya sudah dibuka "JANGAN LUPAKAN KAMI DISINI!"
"Tak, aku tak kan lupakan korang" Zakwan tidak dapat melambai mereka kerana tangan dia sedang mengangkat kotak. Dia hanya berikan senyuman kepada mereka sahaja. Ibu dan adik Zakwan sudah pun masuk ke dalam keretapi. Mereka bertiga berdiri di pintu keretapi sebelum pintu itu ditutup. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily dan Rizu melambai-lambai mereka buat kali terakhir sehinggalah pintu keretapi itu tertutup dengan rapi
"Selamat tinggal semua!" jerit Zakwan di dalam keretapi itu yang sudah mulai gerak. Mereka berlari sambil melambai-lambai. Tangisan dan gelak ketawa boleh didengari oleh Kaizo dan Lynna. Mereka hanya tersenyum sesama sendiri
"Kena buli macam mana pun adik kau pada tahun lepas, dia masih lagi menerima Zakwan sebagai kawan dia. Aku kagum dengan mereka semua kerana tiada sikap dendam yang timbul dihati mereka" kata Lynna
"Baguslah mereka bukan begitu. Aku berharap, mereka akan kekalkan kebaikan yang ada pada diri mereka sampai bila-bila"
"Aku harap begitu juga, Kaizo"
--------------------------
Keesokannya, Fang datang ke rumah Emmy untuk berikan cermin yang dia pecahkan semalam "Emmy, maafkan abang tapi abang tak sengaja" Fang berikan beberapa kepingan kaca pecah kepada Emmy
"Takpe, Emmy maafkan abang Fely. Emmy boleh baiki balik cermin ni" Dia mengambil cermin itu dan lalu membelek-beleknya
"Kalau macam tu, Emmy simpan sahajalah cermin tu selepas sahaja Emmy sudah baiki cermin tu"
"Takpe ke?" tanya Emmy
"Takpe. Abang pergi dulu. Kawan-kawan abang tengah tunggu dekat kedai Tok Aba" Fang melambai-lambai kearah Emmy dan terus dia keluar dari kawasan rumah Emmy
"Hmmm..." Emmy membelek balik cermin itu. Dia menutup pintu rumahnya dan terus ke makmal dia. Dari situ, dia terus ke sebuah mesin ciptaan dia sendiri. Di situ, dia cuba menyambung balik cermin yang sudah pecah itu. Dia baiki cermin itu sedikit demi sedikit. Selepas itu dia letak di tepi computer dia yang terlampau canggih itu. Dia scan cermin itu dan lalu imej Lynna keluar dari skrin computer itu
"Puteri Fantasy?" Emmy tekan butang Play dan terus imej itu bergerak. Dia terkejut kerana dia dapat tahu rahsia terbesar isi hati Lynna. Mata dia terbulat besar kerana apa yang dia lihat sekarang ini, adalah sesuatu yang boleh membuat Fang menjerit sekuat hati tapi dia perlu rahsiakan. Dia tahu, rahsia ini adalah rahsia hati Lynna sendiri dan mungkin juga Kaizo? Tidak baik kalau dia bocorkan rahsia ini. Dia akan jaga dengan elok rahsia ini "Jangan risau puteri angksa, Emmy akan simpan rahsia puteri angksa dengan baik. Emmy tak kan bocorkan rahsia ini" Emmy senyum sendiri sambil menekan butang DELETE untuk padam memori dari cermin isi hati itu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top