Perangkap
"Bayangkan kita berada di atas awan sambil menikmati masa bersama. Aku dan kau bersembang mesra sambil fikirkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan kita. Aku dari dunia lain, kau dari dunia lain. Kita berbeza tetapi perbezaan ini tidak dapat pisahkan kita berdua. Biarlah orang kata apa pun, aku tetap mahu bersama dengan kau. Hati aku terpikat dengan keayuan, ketegasan dan keberanian yang ada di dalam diri kau" Fang mengiringkan badannya untuk bersemuka dengan kekasih hatinya "Aku percaya yang kita akan bahagia buat selama-lamanya"
"PANGGGG!"
"Maaf yea. Nampaknya abang aku sudah memanggil diri ku ini" Fang membelai kekasih hati dia iaitu donut lobak merah yang ada di sebelah dia. Donut itu terbaring cantiknya di atas sepiring pinggan bercorak bunga "Abang aku tu risaukan dengan diri aku kerana jam kuasa aku sudah tiada" Lalu dia cium donut itu
"PANGGGG!"
"KEJAPLAH ABANG!" Fang bangun dari katilnya. Dia turun dari katil itu dan terus keluar dari biliknya. Dia tinggalkan donut lobak merahnya di atas katil untuk menjadi mangsa Shadow, Pikachu dan Lily si itik sebentar lagi. Mereka bertiga sudah lama perhatikan donut itu dari bawah meja belajar Fang. Apabila Fang sudah keluar keluar dari bilik, ketiga ekor haiwan itu terus menyerang donut lobak merah tersebut
"PANGGGG!" Panggil Kaizo lagi
"ABANG NAK APA?" Fang munculkan diri di tepi balkoni atas sambil melihat abangnya sudah bersiap-siap untuk pergi berperang "Abang nak berperang seorang diri ke?" Fang turun ke bawah untuk pergi peluk abangnya
"Yea, abang ingin dapatkan jam kuasa kau dan jam kuasa kawan kau. Sebelum aku bertolak pergi, kau perlu minum air ni" Kaizo angkat tangan kanan adiknya dan lalu dia letakkan sebuah botol kecil di tapak tangan adiknya "Kau tu bukannya pulih sepenuhnya. Si Emmy hanya dapat berikan air formula ini supaya kau tidak menjadi tidak betul. Ingat, setiap 1 jam kau kena minum air ini"
"Baik abang ku" Fang terus meneguk air itu supaya diri dia stabil, normal dan tidak menjadi gila sebelum ini "Adik akan ingat tapi abang tak perlukan pertolongan ke?"
"Abang perlukan pertolongan dari Lynna tapi disebabkan keadaan dia seperti kau, jadi abang halang dia pergi" Kaizo melihat sebuah tin popcorn yang ada di atas meja ruang tamu "Kalau dia ikut, abang takut keadaan dia akan menjadi bertambah teruk"
"Ok abang, adik akan pantaukan keadaan kak Lynna nanti tapi abang hati-hati tau. Adik tak nak abang jadi mangsa yang seterusnya" Fang peluk abangnya. Air matanya mengalir sedikit. Dia mengesat air matanya "Adik akan tunggu kepulangan abang"
"Terima kasih. Kau pergi bersiap-siap untuk ke sekolah. Abang perlu bertolak sekarang juga. Jaga diri kau elok-elok. Jangan merayap ke sana sini pula" Fang angguk sahaja "Faham tak apa yang aku katakan ni?"
"Faham abang ku yang terlajak macho" berkerut-kerut dahi Kaizo "Hehehee... abang pun jaga diri. Adik tak naklah kehilangan abang. Nanti adik sunyi"
"Tak, kau tak kan kehilangan abang. Tapi... kalau abang sudah tiada, kau jangan ikut abang. Teruskan kehidupan kau di sini atau di tempat lain. Abang yakin, kau tak kan kesunyian nanti kerana kau mempunyai ramai kawan dan kau masih lagi mempunyai keluarga. Kau dah lupa ke si Faye tu, itu kan sepupu kau"
"Adik tahu tapi adik tetap rasa sunyi kalau abang tiada" Kaizo belai kepala adiknya. Kaizo balas balik pelukan adiknya tadi. Dia seperti tidak mahu lepaskan adiknya "Abang, bila semuanya sudah selesai. Abang bolehlah selesaikan cabaran abang nanti" Berkerut-kerut dahi Kaizo lagi
"Itu yang kau fikirkan!" Kaizo terus lepaskan adiknya "AKU INGAT KAU NAK SURUH AKU BAWA KAU PERGI JALAN-JALAN KE, MAKAN DEKAT LUAR KE.. INI TIDAK, CABARAN ITU JUGA YANG KAU FIKIRKAN!" Fang tersengih di situ
"Ala.. mana adil kalau adik seorang sahaja yang menyahut cabaran abang tu tapi abang tak buat pun cabaran adik"
"Hmm.. yelah yelah. Abang akan buat cabaran kau tu nanti tapi cabaran kau tu.. GAGAL!" Berkecai hati Fang. Dia kecewa dan tidak percaya bahawa dia gagal di dalam cabaran itu
"TIDAKKKKKKKK!"
"Itu pun kau nak menjerit"
"Mestilah abang, adik mana pernah gagal dalam cabaran adik kecuali tahun lepas punya cerita.. hehehehe" Kaizo angkat kening sebelah sambil melihat adiknya dengan muka serius dia "Cabaran tahun lepas tu... adik tak gagalkan cuma adik jadi tak betul aje kan. Macam sekarang ni kan, adik kena minum air formula yang diberikan oleh Emmy setiap 1 jam. Tengok, adik ingat apa yang abang katakan tadi"
"Hmm yelah.. lepas ni kalau kau lupa, lepas tu entah siapa-siapalah kau pergi ingat orang tu adalah ibu kau. Sampai si pelik bagi nama tipu pun kau percaya juga. Nama kau jadi Landak bin Tak Betul pun, kau pergi percaya juga cakap si pelik tu. Ini abang naik risau tinggalkan kau dekat sini seorang diri"
"Err.. Faye kan ada. Kawan-kawan adik kan ada. Dia orang boleh tolong tengok-tengok kan adik" Mata Fang terus bersinar-sinar sambil tersenyum comel kepada abang dia yang masih lagi dengan seriusnya "Dia orangkan sayangkan adik yang kadang-kadang tak betul ni"
"Yea ke? Bukan ke mereka selalu nak larikan diri daripada kau bila kau tak betul" Fang tersengih pula kali ini "Abang pergi dulu daripada melayan kau ni. Kalau ada apa-apa berlaku, hubungi kak Lynna tapi jangan ganggu dia selalu"
Kaizo tinggalkan adiknya di ruang tamu. Fang hanya perhatikan sahaja. Dia seperti hendak berkatakan sesuatu tetapi mulut dia tertutup rapat seperti ada gam di bibirnya. Kaizo melihat adik dan selepas itu, dia membuka pintu rumah itu. Dia terkejut kerana ada seseorang sedang berdiri di depan pintu rumah dia. Orang itu adalah Yaya
"Pang! Kawan kau datang"
"Siapa?" Fang terus ke pintu rumah dia untuk melihat siapakah kawan dia yang datang itu. Dia seperti abang dia, terkejut dengan kedatangan Yaya dalam pakaian sekolahnya "Err.. kau buat apa dekat sini?"
"Biar aku teka, kau nak bagi biskut kau dekat adik aku ni sebab dia minat dengan biskut kau" kata Kaizo dengan penuh yakin. Muka Fang terus berubah menjadi hijau kerana rasa hendak pergi muntah. Yaya tersengih di situ kerana dia tidak membawa bakul biskut dia
"Bukan abang Kaizo, saya cuma nak bertanya khabar dekat Fang ni sebab musuh kita buatkan dia jadi tak berapa nak betul sangat"
"Aku ok aje, Yaya. Pasal aku jadi tak betul pun, kau sanggup datang ke sini sebab nak bertanya khabar sahaja" Yaya tersengih malu di situ
"Prihatin betul kau ni. Si Boboiboy tu takde pula nak jenguk-jenguk adik aku ni. Dia kena kurung dekat penjara Lily ke?" Fang dan Yaya tergelak di situ sambil bayangkan Boboiboy dikurungkan di dalam sebuah bilik yang ada dibawah tanah rumah Lily sambil menjerit untuk meminta tolong "Aku pergi dulu. Korang berdua, jaga diri elok-elok"
"Abang Kaizo! Abang Kaizo!" Idoli berlari dari dapur hingga ke pintu rumah dengan sehelai kertas "Abang Kaizo! Idoli nak bagi sesuatu"
"Idoli nak bagi abang apa?" Idoli menghulurkan kertas itu kepada Kaizo. Sebuah lukisan yang dilukis oleh Idoli sendiri. Gambar seorang kapten yang kuat sedang beraksi di galaxy. Walaupun lukisan itu tidaklah sempurna tetapi bagi Kaizo, ianya cukup membuatkan diri dia tersenyum sedikit "Terima kasih Idoli. Abang akan tampal dekat kapal angkasa abang"
"Sama-sama! Idoli yakin abang Kaizo dapat kalahkan mereka!" Tiada kesedihan di wajah Idoli tetapi hati dia, ada rasa sedikit sedih. Dia tidak mahu tunjukkan kesedihan itu kerana dia tahu, dia akan dapat berjumpa dengan Kaizo lagi selepas ini "Semoga abang Kaizo berjaya!"
"Terima kasih. Mana si Faye tu? Sudah merayap ke budak tu"
"Sudah. Awal pagi lagi dia sudah pergi ke rumah Bella. Budak kecik ni nanti, adik hantar dia dekat Kedai Tok Aba. Tunggulah kalau Emmy atau si pelik tu nak jadi baby-sitter untuk anak kucing ni"
"Ok, kau jangan lewat pergi ke sekolah pula. Abang pergi dulu" Kaizo mendongak ke langit. Kapal angkasa dia sudah pun tiba. Fang, Yaya dan Idoli melihat Kaizo sudah diangkat naik untuk masuk ke dalam kapal angkasa itu. Idoli melambai-lambai kearah kapal angkasa yang sudah terbang pergi
"Abang Fang! Jom hantar Idoli pergi ke kedai Tok Aba! Idoli tak sabar nak makan waffle yang takde chocolate!"
"Ok ok.. abang pergi tukar baju jap" Fang melihat Yaya sekejap "Kau main dengan dia sekejap. Aku nak bersiap-siap"
"Jom Idoli, kita main dekat luar. Sementara kita tunggu abang kamu pergi bersiap-siap" Yaya ajak Idoli untuk bermain kejar-kejar di kawasan halaman rumah. Fang terus ke bilik dia untuk menukar pakaian rumah dia ke pakaian sekolah dia. Fang rasa jangkal pula apabila dia melihat tangan kanannya tanpa jam kuasanya
"Macam mana aku nak mempertahankan diri kalau diserang oleh musuh. Hmm... aku harap tiada apa-apa yang berlaku nanti" kata Fang sambil membuka bajunya. Dia melihat dirinya yang keding itu di cermin dinding "Keding tapi aku lebih hebat daripada Boboiboy.. hehehee"
Fang tidak sedar dengan ketiadaan donut lobak merah dia yang ada di atas katil tadi. Donut itu telah habis dimakan oleh tiga ekor haiwan peliharaannya
----------------------------------------------------------------------------------------------
"Lahap, kommander Kokoci ada hubungi kau?"
"Tiada kapten tapi aku ada dapat signal dari suatu tempat ruang angkasa. Aku rasa itu adalah signal jam-jam kuasa Pang dan kawan dia si Boboiboy tu" Lahap terus tunjukkan signal tersebut di skrin computer. Signal itu berada dari luar sistem galaxy mereka. Ianya jauh dari situ tapi Kaizo yakin, mereka akan dapat sampai ke situ dengan secepat mungkin
"Kita ke sana secepat mungkin. Aku ingin menuntut bela kerana perbuatan mereka terhadap adik aku dan juga Lynna"
"Baik kapten" kata Lahap. Dia tekan satu butang dan terus maju ke depan dengan sekilat pantas
Kaizo hanya duduk di atas kerusinya sambil perhatikan skrin di hadapannya. Keadaan di luar angkasa memang sunyi. Hanya dipenuhi oleh bintang-bintang yang berkelipan di ruang angkasa. Batu-batu asteroid berterbangan di sana sini. Lahap pandai mengawal kapal angkasa kaptennya sudah tidak terlanggar dengan batu-batu asteroid. Kaizo mula fikirkan keadaan adiknya. Dia cuma risaukan kalau adik dia terlupa hendak minum air formula itu. Dia takut kalau adik dia buat kerja gila atau percaya cakap seseorang sebulat-bulatnya. Dia risau juga tentang Lynna kalau tiba-tiba Lynna bongkarkan rahsia identiti dia sendiri kepada orang ramai. Kaizo memicit dahinya kerana terlampau banyak sangat berfikir. Lahap menoleh kebelakang. Dia melihat riak muka kaptennya yang penuh dengan kerisauan
"Kapten, aku tidak mahu terlalu yakin sangat tapi aku pasti, jam-jam kuasa itu kita dapat rampas balik. Aku tahu kapten adalah seseorang yang tidak akan mudah mengalah"
"Terima kasih, Lahap" balas Kaizo
"Tentang Pang tu, kawan-kawan dia dan juga Faye, pasti mereka dapat jaga dia dengan baik. Begitu juga dengan Lynna. Mereka berdua pasti selamat dan tidak akan lakukan kerja gila"
"Entahlah Lahap. Semenjak aku tinggal di bumi, macam-macam perkara aku sudah mula risaukan. Kalau tidak, sebelum ini aku tidak pernah risau tentang Pang atau apa-apa perkara sekali pun. Agaknya aku sudah mula berubah semenjak itu"
"Aku juga perasan dengan perubahan itu, kapten" kata Lahap sambil memandu kapal angkasa itu "Sebelum ini, kapten terlalu pentingkan misi tapi sekarang ini, kapten lebih pentingkan adik kapten sendiri tapi pada masa yang sama, kapten tetap jalankan misi-misi kapten. Aku kagum dengan kapten, sebab itu aku sentiasa setia dengan kapten"
"Terima kasih Lahap. Diri aku sudah kembali kepada yang dulu, sebelum aku menjadi kapten. Kalau tidak, aku hanya pandang Pang sebagai prebet sahaja atau salah satu ahli kumpulan kita. Aku tidak fikirkan dia sebagai adik aku sebelum ini" Kaizo bersyukur kerana diri dia sudah sedar. Kalau dia terlambat sedar, entah apa yang akan berlaku nanti. Adakah dia akan melupai tentang adik dia dan teruskan sahaja diri dia sebagai kapten terhandal di galaxy
"Kita sudah semakin hampir, kapten"
"Bagus, aku tidak sabar untuk berdepan dengan ketua dalang rancangan dia ini" Kaizo tersenyum sinis. Dia sudah bersiap sedia untuk menewaskan musuh-musuh dia. Lebih-lebih lagi ketua musuh itu "Aku harap, dia tidak akan lari kali ini"
"KAPTEN! KITA DI SERANG!" Kaizo terkejut dengan jeritan Lahap tadi. Kapal angkasa mereka di tembak oleh kapal angkasa musuh-musuh mereka. Kerusi Kaizo bergetar-getar apabila terkena tembakan itu
"Lahap! balas serangan mereka!"
"Baik kapten" Lahap terus keluarkan beberapa peluru berpandu yang ada di kapal angkasa itu. Dia tembak ke arah sasaran musuh-musuh mereka. Hanya beberapa kapal angkasa musuh mereka yang berjaya diletupkan "Kapten, musuh kita terlalu ramai! Macam mana kapten?"
"Isk! Tak boleh jadi ni.. mereka seperti tahu kita sedang menuju ke stesen kapal angkasa utama mereka. Lahap, cepat panggil bantuan!"
"Tak perlu kapten, bantuan telah pun tiba" Kaizo melihat kapal angkasa TAPOPS sudah pun berada di situ. Mereka mengusir musuh-musuh mereka pergi dari situ. Skrin kapal angkasa Kaizo terus bertukar dengan imej bergerak Kokoci
"Kaizo! Jangan datang ke kapal angkasa utama mereka. Itu adalah perangkap"
"PERANGKAP?" Kaizo terkejut sehingga dia berdiri dari tempat duduknya
"Yea Kaizo, nampaknya mereka telah hantarkan signal kepada kapal angkasa kau. Signal itu hampir menyerupai jam-jam kuasa budak-budak bumi"
"Bagaimana kommander tahu?" Kokoci terus buka spek mata hitam dia dan lalu dia berkata
"Aku telah menghantar Laksamana Tarung dan pasukan dia untuk periksa kapal angkasa itu. Aku tahu kau akan pergi ke kapal angkasa itu tapi mereka hanya pasangkan perangkap untuk menangkap kau dan untuk alihkan perhatian kau. Selepas itu, mereka boleh serang adik kau dan kawan-kawan adik kau di bumi. Mereka mahukan lagi 3 jam kuasa dari kawan-kawan adik kau. Baik kau pergi balik ke bumi dan lindungi mereka. Biar kami jalankan kerja kami di sini. Sekiranya kami sudah dapat informasi tentang musuh kita itu, aku akan beritahu kau secepat mungkin"
"Terima kasih kommander"
"Sama-sama. Kau juga harus hati-hati di bumi. Aku takut musuh kita ada yang menyamar untuk mendekati adik kau dan kawan-kawan adik kau juga. Satu lagi, tentang Fang dan Lynna.. aku telah menghubungi Professor Falcon, dia akan bantu untuk pulihkan mereka berdua. Nanti dia akan hubungi kau"
"Terima kasih kommander kerana banyak bantu aku dalam misi ini"
"Jangan risau Kaizo, aku akan bantu kau kerana kau banyak bantu aku sebelum ini dan kau juga adalah kapten terkuat di seluruh galaxy" Kokoci pakaikan semula spek cermin mata hitam dia "Kau pulang ke bumi, biar aku selesaikan musuh-musuh kita ni. Aku dapat rasakan mereka memasang perangkap untuk dapatkan jam-jam kuasa yang lain. Hati-hati Kaizo" Imej bergerak Kokoci terus bertukar kepada permandangan luar kapal angkasa mereka. Kaizo dan Lahap melihat beberapa kapal angkasa musuh mereka musnah akibat di serang oleh ahli-ahli pasukan TAPOPS
"Lahap, mari kita pulang"
"Macam sekejap sangat aje misi kita ni" kata Lahap "Kapten tak nak singgah ke mana-mana ke?"
"Atau sebenarnya kau yang nak singgah di mana-mana planet" Lahap terus tersengih di situ sambil pandu kapal angkasa kapten dia "Sudah, jangan nak buang masa. Terus ke bumi. Aku ingin lihat keadaan adik aku sekarang ini"
"Baik kapten"
----------------------------------------------------------------------------------------------
Yaya mulai perasan dengan perubahan terhadap Fang. Semenjak tadi Fang asyik nyanyikan lagu kanak-kanak yang dia tahu. Semasa mereka hantar Idoli di kedai Tok Aba, Fang nampak biasa sahaja tetapi selepas itu, Fang mula menjadi tidak normal
"Fang kau ok ke?"
"Nama aku landak lah" kata Fang yang tersenyum seorang diri
"Err.. nama betul kau Fang bukan landak. Lily saja nak kenakan kau Fang"
"Tapi tapi tapi.. nama aku landak! Ibu aku cakap nama sebenarnya aku Landak bin Tak Betul" kata Fang dengan penuh bangga "Aku adalah landak dari planet landak! HAHAHAA!"
"Kau dah minum air formula yang abang kau bagikan ke?" Yaya mulai risau dengan perubahan Fang yang sudah tidak betul itu. Tiba-tiba sahaja mata Fang bersinar-sinar melihat Yaya "Err.. ke-kenapa kau tengok aku begitu?"
"Sebab.. SEBAB.. kau kawan baik aku dan yang paling baik sekali diantara kawan-kawan kita. Jadi, kalau aku minta donut lobak merah, mesti kau bagi. Betul tak?"
"Boleh aje aku bagi tapi sebelum tu, kau kena minum air formula tu" Yaya berharap sangat Fang akan minum air formula itu. Botol kecil itu telah dikeluarkan dari poket seluar sekolah Fang oleh Fang sendiri "Hah, kau minum dulu, baru aku bagi donut lobak merah"
"TAK NAK!" Fang terus larikan diri sambil melemparkan botol kecil itu ke dalam longkang
"FANG! TUNGGU!" Yaya sedikit kecewa dengan sikap Fang yang tidak betul itu "Susah betul nak suruh dia minum.. kuasa apungan gravity!" Botol kecil tadi terus naik. Ianya basah kerana termasuk di dalam air longkang tetapi air itu tidak masuk ke dalam air formula tersebut "Aku kena minta bantuan daripada kawan-kawan kita" Dia terus terbangkan diri bersama botol kecil itu. Yaya mencari Fang di setiap kawasan perumahan itu tetapi dia gagal menjumpainya
"Yaya! Lu cari siapa?" Yaya pandang ke bawah. Kawan baik perempuan dia ada di situ, dalam perjalanan ke sekolah. Ying mendongakkan kepala dia untuk bercakap dengan Yaya
"Aku tengah cari Fang, ada nampak dia tak?"
"Aku tak nampak dia. Kenapa lu cari dia?" Ying terus tersenyum seperti ada sesuatu yang dia tahu
"Sebab dia belum minum air formula lagi. Kau tahukan apa akan terjadi nanti"
"ERK! KITA KENA CARI DIA CEPAT!" Ying terus pecutkan diri dia untuk mencari Fang "NANTI HUBUNGI AKU KALAU KAU JUMPA DIA"
"Ok!" Yaya teruskan pencarian dia "Mana kau pergi ni Fang" Dia terbangkan diri dia ke arah pantai pula. Fang selalu berada di pantai kalau pemikiran dia bercelaru atau dia ada apa-apa masalah. Jadi Yaya terus ke situ pula. Setelah tiba di pantai, dia melihat keadaan pantai itu. Tiada Fang tetapi hanya ada beberapa pengunjung sahaja yang bergembira dengan teman mereka atau sanak bersaudara mereka
"KAKAK YAYA!" Yaya terus melihat ke bawah "KAKAK YAYA CARI SIAPA?" Lalu Yaya turun ke bawah untuk tanya kepada Rizu
"Akak cari Fang. Kenapa Rizu tak pergi sekolah hari ni?"
"Pizu ada check up dekat hospital tadi. Jadi Pizu terpaksa ponteng sekolah tapi takpe, doktor ada bagi surat sakit untuk cikgu kelas Pizu. Kakak Yaya cari abang Fang yea, Pizu tak nampak pula abang Fang dekat mana. Kenapa?"
"Takde apa Rizu. Akak pergi dulu tapi Rizu jangan risau apa-apa ok" Yaya terus kembali terbangkan diri dia. Sebenarnya Rizu tidak tahu tentang kejadian hari itu. Mereka tidak mahu Rizu tahu kerana tidak mahu dia bimbang tentang abang kesayangan dia. Idoli tahu apa yang terjadi tetapi dia janji akan rahsiakan perkara itu daripada Rizu "Maafkan akak, Rizu tapi ini untuk kebaikan Rizu juga" kata Yaya. Mereka tidak mahu Rizu terlampau risau sangat sehingga menyebabkan penyakit dia menyerang jantungnya
"FANG! OH FANG!" Yaya menjerit nama Fang sambil melihat keadaan di bawah. Fang masih lagi tidak dijumpai olehnya "Mana budak ni pergi" Dia rasa ingin mengalah tetapi disebabkan Fang tidak begitu pulih sangat, dia tidak mahu duduk diam sahaja. Dia tetap akan mencari Fang sampai dapat. Dari pantai, dia terus ke bandar
"HAH! Mesti si Fang ada dekat kedai donut kegemaran dia tu" Dengan penuh harapannya, Yaya terus ke kedai donut. Tekaan dia memang betul. Fang ada di tepi tingkap sambil penyekkan muka dia dekat tingkap "FANG!" Dia terus mendarat di sebelah Fang
"Donut lobak merah!" Air liur Fang meleleh keluar di tepi bibir dia "Aku nak donut lobak merah tapi orang tu kata, duit aku tak cukup. Tolong belikan boleh? Nanti landak bayarkan balik. Tak tahulah kalau ibu nak berikan duit ke tak.. hmm.. landak sedih" Fang terduduk di situ dengan mukanya bersedihan
"Eh takpe, kau tak perlu bayar balik. Biar aku sahaja yang belanja kau. Fang jangan sedih ok"
"Landaklah.. nama aku landak bukan Fang"
"Lily punya kerjalah ni" bisik Yaya dengan perasaan geram dia tetapi dia tak naklah ada perasaan dendam terhadap Lily kerana mereka adalah kawan "Ok ok.. Fa-landak, Yaya belikan satu donut lobak merah dan landak kena janji dengan aku, yang kau akan minum air formula ini"
"Ok" Fang angguk kepalanya "TAPI SEBELUM ITU!" Lalu dia berdiri di situ dan lari ke tempat lain sambil tunjuk sesuatu di langit "AKU NAMPAK KAPAL ANGKASA ABANG AKU! ABANG! ABANG! ABANG!" Yaya terus mendongak ke langit. Terkejut dia melihat kapal angkasa Kaizo sudah kembali ke bumi
"Eh, apasal sekejap sangat abang Kaizo pergi? Ada apa-apa yang terjadi ke?" Yaya terpaksa terbangkan diri dia lagi sekali untuk dapatkan Fang balik semula. Dia terbang ke taman rekreasi Pulau Rintis. Di situlah Fang berlari tadi "FANG! FANG!"
"ABANG! ABANG! ABANG!" Fang melompat-lompat di tepi pokok bunga sambil melihat kapal angkasa abangnya. Yaya semakin takut pula kalau Fang buat benda pelik-pelik untuk memanggil abangnya "ABANG DAH SAMPAI! LANDAK SANGAT SUKA!"
"ERK!" Yaya terus mendarat di tepi Fang
"Yaya! Abang aku dah sampai!"
"Err.. Fang, baik kau minum air ni cepat" Yaya hulurkan air formula itu kepada Fang tetapi lagi sekali, Fang terus larikan diri "FANGGG!"
"LANDAK TAK NAK MINUM!"
"Aduh, kena kejar dia lagi tapi selamatlah aku boleh terbang. Takdelah aku penat sangat.. hehehee" Yaya kembali terbang balik ke langit. Dia melihat Fang sedang mengejar kapal angkasa abangnya. Tiba-tiba dia berhenti "Kenapa abang Kaizo tak turun dari kapal angkasa dia?.. JANGAN JANGAN ITU ADALAH KAPAL ANGKASA MUSUH!" Yaya terus pecutkan diri dia "FANG! LANDAK! JANGAN KEJAR KAPAL ANGKASA TU!"
"ABANG! ABANG DAH BALIK!" Fang masih lagi mengejar kapal angkasa itu dengan gembiranya "ABANG! TENGOKLAH ADIK ABANG YANG COMEL NI! ADIK COMEL MACAM LANDAK! SEBAB ITU NAMA ADIK IALAH LANDAK! IBU YANG BERIKAN NAMA TU DEKAT ADIK!"
"FANG! ITU BUKAN KAPAL ANGKASA ABANG KAU!" Yaya mulai nampak kapal angkasa Kaizo berubah sedikit demi sedikit. Lalu ianya menjadi sebuah kapal angkasa yang Yaya tidak pernah nampak sebelum ini. Satu pancaran cahaya menyuluh di atas tubuh badan Fang. Ianya mahu mengambil Fang dari "FANG! HATI-HATI"
"ABANG ABANG!" Fang masih lagi melompat-lompat kegembiraan. Seluruh kawasan taman itu menjadi huru hara apabila orang-orang di situ menjadi cemas akibat kapal angkasa itu. Semuanya lari ketakutan tetapi ada juga yang sempat berselfie dengan kapal angkasa tersebut. Badan Fang mula diangkat naik "Heheheee! Abang nak bawa adik pergi berjalan-jalan!"
"FANG!" Yaya dengan begitu pantasnya. Dia terbang dan menolak Fang keluar dari saluran cahaya itu. Dia juga sempat keluar dari cahaya itu. Mereka berdua terjatuh di tepi sebuah batu gazebo yang ada di dalam taman bersebut
"Kenapa Yaya tolak aku? Itu kan kapal angkasa abang aku"
"Bukanlah Fang! Itu kapal angkasa musuh"
"Nama aku landak bukan Fang!" Yaya seperti mahu hempuk kepala Fang dengan batu tetapi dia sabarkan diri dia "Musuh? Bukan abang aku ke?"
"Bukan.. musuh kita datang balik ke sini untuk dapatkan jam kuasa aku, Ying dan Gopal. Kau pula kena minum air formula ni supaya kau dapat bantu aku" Yaya hulurkan botol kecil kepada Fang "Kau jangan lari lagi ok. Minum air ni sebab abang kau yang suruh. Dia nak kau pulih tapi kau belum pulih sepenuhnya"
"O-ok" Tangan Fang tergetar-getar untuk ambil botol air formula itu. Tiba-tiba dia mendongak ke langit kerana dia nampak askar-askar robot itik samurai keluar dari kapal angkasa itu dan turun ke bumi "ITIK! ITIK!"
"Hah?!" Yaya menoleh kebelakang dan lalu dia pusingkan badan dia untuk melindungi Fang "Jangan dekat, kalau tidak.. aku akan hapuskan korang" Robot itik samurai itu abaikan amaran dari Yaya tadi. Mereka keluarkan pedang mereka jenis katana. Yaya menelan ludah kerana pedang itu tajam luar biasa "Landak, kau lari dari sini"
"Tak nak.. landak tak nak kawan landak seorang diri dekat sini. Landak akan minum air itu" Fang mencapai botol air itu dari tangan Yaya dan terus dia minum sekali teguk. Pemikiran dia kembali menjadi seperti biasa "Yaya, kau hubungi Ying dan Gopal cepat!"
"Ok" Yaya terus menghubungi Ying dan Gopal menggunakan jam kuasa dia. Agak lama untuk mereka menjawab panggilan Yaya "Mana dia orang ni"
"YAYA! HATI-HATI!" Sebuah robot itik samurai sudah melompat dan mengangkat pedang katana dia untuk menyerang Yaya. Fang menolak Yaya ketepi supaya tidak terkena pedang tersebut. Pedang tajam itu hampir terkena Fang tetapi dia telah diselamatkan oleh seseorang iaitu Momoki
"Momoki?" Mata Fang terkebil-kebil melihat Momoki menghalang serangan itu dengan pedang dia sendiri. Pedang Momoki dan pedang robot itik itu bersilang
"Cepat lari dari sini. Panggil Kapten Kaizo secepat mungkin dan juga kawan-kawan kau" kata Momoki dengan nada serius dia. Fang tidak berganjat dari situ. Dia mahu menolong Momoki tetapi dia tidak mempunyai kuasa sekarang ini. Mungkin dengan kuasa penembus dia dapat membantu Momoki
"Yaya, kenapa?" Hologram Ying terus timbul di jam kuasa Yaya "Kau sudah jumpa Fang ke?"
"Sudah Ying tapi kami di serang oleh musuh! Panggil Gopal tapi jangan bawa Boboiboy. Dia takde jam kuasa. Kita orang dekat taman Pulau Rintis, dekat dengan bandar"
"Ok!" Yaya terus tutup Hologram Ying
"Yaya, bawa lari Fang dari sini" kata Momoki sambil menolak musuh itik samurai mereka. Dia melibas-libas dengan pedang dia "CEPAT!"
"Tapi.. Momoki macam mana?" Yaya terus nampak senyuman menggoda Momoki yang sedang berlawan dengan penuh gaya. Tiba-tiba hati dia terpaut dengan senyuman itu "Ok, aku akan jauhkan Fang dari sini. Nanti aku datang balik"
"Cheh, dengan senyuman aje, si Yaya boleh terima arahan dari si kasanova ni" Badan Fang terperangkap di dalam kuasa pink Yaya "Wei, aku boleh lari sendirilah!"
"Tak perlu, biar aku bawa kau ke tempat yang selamat!" kata Yaya
Fang rasa pelik pula melihat Yaya senyum semacam sambil terbang membawa diri mereka jauh dari taman itu. Lalu dia melihat kebelakang. Momoki berlawan bersendirian. Kekuatan dan ketangkasan Momoki seperti abang dia. Fang memang tidak dapat nafikan tentang perkara itu. Hati dia sejuk sedikit melihat seseorang ataupun alien yang berusaha untuk menjadi baik. Ianya seperti kisah Ratu Lily tetapi dia berharap, tiada apa yang berlaku terhadap Momoki nanti. Makin lama makin jauh dia dan Yaya dari taman itu. Dari jauh itu juga dia boleh lihat Ying dan Gopal sudah datang untuk membantu Momoki
"Yaya, maaf sebab aku tak dapat nak tolong mereka" kata Fang di dalam bola kuasa Yaya
"Takpe, bukan salah kau tapi salah musuh kita. Dia orang bertindak lebih licik dan lebih pantas daripada kita. Aku tak tahulah kalau abang kau tentang serangan kali ini"
"Mesti dia akan tahu. Mesti punya"
"Kau nak bawa aku ke mana ni?" Fang melihat diri mereka sudah terbang di kawasan perumahan "Kedai Tok Aba ke?"
"Bukan, aku nak bawa kau ke makmal Emmy. Situ lebih selamat. Aku tahu Emmy belum balik dari sekolah lagi tapi Emmy berikan kita kebenaran untuk masuk ke dalam makmal dia kalau ada kecemasan. Mungkin kita boleh hubungi abang kau menggunakan computer Emmy" Lalu Yaya mendarat di hadapan rumah Emmy bersama Fang. Mereka tidak terkejut melihat Boboiboy ada di situ juga "Eh, kau pun ada dekat sini?"
"Ha ah, aku baru sahaja sampai. Ying suruh aku ke sini. Apa yang berlaku tadi?"
"Serangan musuh si itik samurai tu. Dia orang datang lagi. Aku harap jam kuasa Ying dan Gopal tak kena rampas oleh dia orang" Fang menjadi risau di situ. Diri dia sudah dilepaskan oleh Yaya. Bola kuasa Yaya sudah pun hilang "Jom kita ke makmal Emmy dan hubungi abang aku"
"Apasal tak guna jam kuasa Yaya aje?" tanya Boboiboy kepada mereka berdua. Fang dan Yaya terus tersengih di situ "Hmm.. cakap ajelah korang malas nak guna jam kuasa dan nak guna computer besar aje"
"Takdelah, kalau tak dapat hubungi jam kuasa abang Kaizo, kita boleh terus hubungi ke kapal angkasa dia" jawab Yaya. Mereka bertiga masuk ke dalam halaman rumah Emmy dan terus ke pintu rumah "Sudahlah, kita tidak banyak masa" Yaya mengetuk pintu rumah itu dan secara tidak langsung, sebuah adroid berbentuk manusia membuka pintu itu. Dia pelawa mereka masuk ke dalam
"Mahu gunakan makmal cik Emmy?" tanya adroid tersebut
"Ha ah, kita orang nak hubungi abang Kaizo" balas Boboiboy
"Kalau begitu, biar saya bantu kamu semua untuk menghubungi kapal angkasa dia. Mari ke makmal Emmy" Adroid itu terus ke pintu rahsia untuk ke makmal Emmy "Apa yang berlaku di luar sana?"
"Serangan musuh" jawab Fang "Kami diserang lagi sekali"
"Robot datang menyerang lagi? Baiklah, saya akan hubungi Kapten Kaizo dengan segera" Adroid itu tidak membuang masa lagi. Dia terus ke computer Emmy. Jari jemari dia sangat pantas menekan butang-butang di papan kekunci. Skrin computer terus munculkan wajah Lahap yang berada di dalam kapal angkasa
"Eh, Pang.. kenapa hubungi aku?"
"Lahap, kenapa tu? Pang ke yang menghubungi kita?" Mereka terdengar suara Kaizo dari latarbelakang skrin computer itu. Lalu Kaizo muncul di dalam skrin itu "Kenapa? Ada kecemasan ke?"
"Abang! Abang pulang cepat.. mereka serang lagi" Kaizo pejamkan mata dia seketika sambil menggenggamkan tangan dia. Fang boleh lihat abang dia sedang mengawal kemarahannya "Abang dekat mana? Abang sudah sampai kapal angkasa mereka ke?"
"Tak, abang terpaksa berpatah balik kerana mereka telah pasang perangkap untuk tangkap abang. Kau tunggu di situ, abang akan sampai sebentar lagi. Jangan keluar dari makmal Emmy, kau pun sama, Boboiboy" Skrin itu terus menjadi hitam
"Isk, sakit hati aku" Fang pula menggenggamkan kedua belah tangannya "Kalau aku dapat tahu siapa mastermind dalam semua hal ini, memang aku seksa dia secukup-cukupnya!" Dia seperti ingin mengamuk di dalam makmal itu "Kalau abang aku tak tahu tentang perangkap tu, sudah tentu abang aku akan menjadi mangsa seksaan dia orang. Sudahlah aku belum baik pulih lagi"
"Sabar Fang, kita orang pun geram dengan musuh kita kali ini. Lambat lanun, kita akan tahu juga siapakah mereka nanti" Boboiboy pegang bahu Fang "Kita akan bersatu untuk musnah mereka dan paling penting sekali, menghalang mereka untuk membuka pintu dimensi ke dunia lain" Fang angguk kepala dia sambil melihat kawan baik dia. Yaya tersenyum melihat persahabatan diantara mereka berdua
"Aku rasa, si Bella, Faye dan Lily mesti nak bantu kita. Tengoklah sebelum ini, mereka pasti ada untuk berikan bantuan kepada kita" kata Yaya "Kita dalam kesusahan pun, bantuan akan tetap datang dalam apa jua bentuk pun" Mereka bertiga terus berikan senyuman sesama sendiri
"YAYA! FANG! BOBOIBOY!" Suara Ying timbul di dalam makmal itu "Kami perlukan bantuan!"
"Kenapa tu?" Boboiboy terus bergegas ke arah Ying yang sedang menolong seseorang iaitu Momoki "Kenapa ni? Apa yang terjadi? Musuh kita sudah lari ke?"
"Bukan Boboiboy, dia orang dah naik ke angkasa lepas sebab dia orang sudah berjaya rampas jam kuasa kita orang" kata Gopal dengan nada sedih "Momoki kena belasah teruk tadi"
Boboiboy, Fang dan Yaya terkejut dengan pendarahan yang berlaku di badan Momoki. Bahu dia tercedera, muka dia penuh dengan kesan luka, bibir dia ada kesan darah, kaki dia tidak bawah bergerak dengan sempurna kerana dia terkena tikaman pedang katana tadi dan dia sendiri hampir hendak pengsan di situ. Dia perlukan rawatan dengan segera. Adroid itu pergi membantu Gopal dan Ying untuk mengangkat Momoki ke sebuah katil rawatan. Ying dan Gopal juga perlukan rawatan. Kaki dan tangan mereka penuh dengan kesan luka. Cermin mata Ying sedikit retak
"Mimiko tahu tak tentang abang dia?" tanya Boboiboy
"Dia tahu maaa, dia ada dekat situ tadi untuk tolong kita orang. Lepas sahaja kita orang sampai, dalam beberapa minit begitu baru dia sampai tapi lepas tu Mimiko terpaksa bawa lari Rizu. Kebetulan Rizu ada lalu dekat situ, jadi kita orang suruh Mimiko bawa Rizu ke tempat yang selamat"
"Rizu tak terkena apa-apa kan?" Fang mula rasa cemas. Dia tidak mahu ada kesan luka dekat badan Rizu. Dia tidak mahu Rizu masuk hospital lagi akibat serangan musuh
"Dia ok, jangan risau" balas Ying "Tapi jam kuasa kita orang pula yang sudah kena rampas. Sekarang tinggal Yaya punya seorang sahaja" Ying terasa sakit di bahu kanannya. Dia melihat bahunya, ada kesan darah di bajunya
"Tinggal aku seorang sahaja?" Ying angguk kepalanya kepada Yaya "Aku kena berhati-hati lepas ini"
"Aku rasa, mereka telah alihkan perhatian abang Kaizo untuk dapatkan jam-jam kuasa kita tapi hanya Yaya seorang sahaja mereka tidak dapat. Pandai betul dia orang" kata Boboiboy
"Dah kata orang jahat, mestilah pandai. Kita pun kenalah lagi pandai daripada dia orang tapi dia orang pulak terlebih pandai" mengeluh Gopal. Dia melihat adroid tadi merawat Mimiko yang sudah tidak sedarkan diri di atas katil "Sampai bila dia orang akan berhenti menyerang kita?"
"Sampai dia orang dapat jam kuasa yang terakhir" kata Fang. Yaya sudah pegang jam kuasa dia. Perasaan dia sudah mulai rasa takut. Hanya tinggal dia seorang sahaja yang mempunyai jam kuasa "Kita orang akan melindungi kau, Yaya. Kita orangkan kawan baik kau. Sebagai kawan baik kau, aku tak kan benarkan sesiapa cederakan kau atau sesiapa pun"
"Tapi kalau keadaan bertambah buruk, aku terpaksa serahkan jam kuasa ini kepada mereka" Suara Yaya berubah menjadi sedih. Air mukanya tidak begitu gembira. Ianya seperti seseorang telah mengambil kegembiraan itu dari diri Yaya
"Habis tu, tak kan kau nak biarkan mereka menang. Mesti ada cara lain" marah Boboiboy "Aku tak kan biarkan mereka menang. Kita harus mempertahankan jam kuasa Yaya dan pada masa yang sama, kita rampas balik jam-jam kuasa kita semua"
"Kalau dia orang sudah berjaya pun, kita mesti ada cara untuk menghalang mereka untuk membuka pintu dimensi itu. Abang Kaizo dan kak Lynna mesti ada rancangan punya. Mereka selalu ada rancangan yang tersendiri" kata Ying
"Kalau dia orang ada rancangan pun, aku tetap akan melindungi jam kuasa Yaya. Itu adalah jam kuasa yang terakhir dan bagaimana kalau abang Kaizo dan kak Lynna tidak dapat tutup atau menghalang musuh kita tu nanti. Galaxy ini, dunia ini, akan ditakluki oleh mereka. Aku tak naklah perkara itu berlaku"
Semua terdiam di dalam makmal itu. Mereka tidak berkata apa selepas sahaja Boboiboy habis luahkan perasaan marah dia. Keadaan di situ menjadi tegang dan pemikiran mereka sudah bercelaru. Mereka tidak mahu bergaduh, jadi mereka hanya berdiamkan diri sahaja sambil fikirkan apa yang akan terjadi nanti. Yaya terduduk di atas kerusi sambil melihat jam kuasa dia. Jam kuasa yang terakhir
------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu, Fang sudah kembali pulih sepenuhnya. Professor Falcon sudah berikan air penawarnya kepada Kaizo semasa dia dalam perjalanan pulang ke bumi. Air itu juga sudah diberikan kepada Lynna
"Kaizo, apa kita perlu buat sekarang ini? Tak kan kau nak pergi cari dia orang lagi sekali. Tadi pun musuh kau telah gunakan taktik alihkan perhatian kau supaya kau tumpukan kepada mereka dengan menghantar signal ke kapal angkasa kau. Sekarang dua jam kuasa sudah dirampas oleh mereka. Kau tiada rancangan terbaik untuk dapatkan balik jam-jam kuasa itu?"
"Aku tak tahulah, Lynna. Pemikiran aku sekarang ini tengah serabut" Kaizo bermundar-mandir di ruang tamu dengan wajahnya yang begitu serius. Kepala dia terasa sakit sedikit kerana terlampau banyak sangat berfikir "Kalaulah aku tidak termakan dengan signal dia orang tadi, sudah tentu aku boleh selamatkan dua jam kuasa itu tapi ini tidak. Aku fikirkan jam kuasa adik aku dan kawan dia sahaja"
"Jangan salahkan diri kau, Kaizo. Ini bukan salah kau. Kau hanya mahu jam-jam kuasa itu kembali kepada pemiliknya sahaja. Kalau jam kuasa terakhir berjaya di rampas pun, aku pasti kau dan aku dapat menghalang mereka. Kita tidak pernah gagal dalam misi kita dan kau pun tidak pernah gagal dalam misi kau sebelum-sebelum ini. Kalau mereka menang pun, tak semestinya kita tidak boleh kalahkan mereka. Aku dan kau adalah satu pasukan dan aku seperti kau juga. Gagal tak bererti kita akan gagal, kita akan bangkit balik. Kita akan menentang mereka supaya kita dapat melindungi galaxy ini, dunia ini dan semua orang yang kita sayangi" Lynna berikan sedikit senyuman kepada Kaizo tetapi Kaizo abaikan sahaja senyuman itu
"Betul kata kak Lynna tu, abang. Selama ini, abang tidak pernah nak mengaku kalah. Abang akan tetap menentang mereka dan abang akan berlagak dengan menunjukkan kekuatan abang kepada mereka! Kuasa abang tersangatlah handal" Kaizo ketuk kepala adiknya "Abang!"
"Tapi memang betul kata kau, aku mana boleh mengalah. Kalau aku mengalah, bererti aku benarkan mereka lakukan kejahatan. Terima kasih Pang dan juga kau, Lynna" Kaizo terus kembali bersemangat. Dia tersenyum sinis di situ sambil mengambil sebiji popcorn dari bekas tin popcorn itu "Tapi Pang tak boleh ikut"
"ALAAAAAA!"
"Kau mana ada kuasa. Macam mana kau nak tolong abang"
"Ala abang Kaizo, Faye kan ada Stylobot. Lepas tu kitakan ada Emmy. Mesti si Emmy dapat berikan kuasa sementara kepada Fang dan Stylobot ni mesti akan berikan pakaian yang canggih manggih dekat diri Faye!" Mata dia terus bersinar-sinar sambil bayangkan pakaian dia penuh dengan batu permata yang dapat menghasilkan laser solar "Mesti pakaian aku paling best punya!" Berkerut-kerut dahi Kaizo
"Dan Idoli akan tukar semua orang jahat jadi anak-anak kucing!" Idoli peluk kaki Kaizo dan terus geselkan pipi dia di kaki Kaizo "Hehehee... lepas tu, kita berikan kepada keluarga yang sukakan kucing!"
"Comelnya Idoli ni. Geram betul akak ni kamu ni" Lynna ketawa sedikit melihat gelagat Idoli "Kalaulah Idoli ni anak akak, sudah lama akak bawa dia lari dan pergi melancong! Beli baju lawa-lawa untuk Idoli" Fang dan Faye berpura-pura batuk di situ. Kaizo hanya perhatikan mereka sambil angkat kening sebelah
"Abang Kaizo, Faye lupa nak minta kebenaran"
"Minta kebenaran untuk apa?"
"Heheheehe... Faye ajak Yaya, Ying, Bella dan Lily untuk tidur di sini kerana kami mahu melindungi Yaya! Kalau dia seorang sahaja, siapa mahu melindungi dia nanti? Jadi kami super duper bff, akan bekerjasama untuk melindungi Yaya dan menentang kejahatan!" Faye tersengih di situ sambil kelip-kelipkan matanya kepada Kaizo "Bolehkan abang Kaizo"
"Aku benarkan tapi ingat, NO SLUMBER PARTY! Jaga kelakuan kawan baik kau, lebih-lebih lagi si pelik tu" Kaizo terus ke dapur dengan kaki dia masih dipeluk oleh Idoli "Malam ni, korang nak order makanan apa, orderlah. Lynna belanja dia orang"
"WHAT? Bila masa aku cakap aku nak belanja dia orang" Lynna terpandang Fang dan Faye yang sudah tersenyum lebar di situ "Hmm.. yelah, akak akan belanja kamu semua. Kawan Fang tak datang sinikan?"
"Tak, hanya kawan Faye sahaja" Faye menari sedikit di situ kerana kawan-kawan dia boleh bermalam di sini nanti. Tiba-tiba pintu rumah terbuka luas. Fang, Faye dan Lynna ingin melihat siapa yang membuka pintu itu
"PILI PILI SUDAH TIBA! MASA UNTUK PARTY!" Segala jenis belon, cupcake, permainan board game dan paling penting sekali adalah patung plushie Boboiboy telah dibawa oleh Lily
"Habislah Lily kena kejar dengan abang aku lepas ni" bisik Fang yang sudah harapkan Lily kena seksa dengan abang dia "Heheheee... jagalah kau si katak pili"
"PANGG!"
"Yea abang!" Fang berikan tabik kepada abangnya yang ada di dalam dapur "Pang! Aku nak kau berikan air ini kepada si pelik tu. Ini adalah air ketenangan" Fang sudah ambil segelas air berwarna oren dari tangan abangnya
"Air oren?"
"Bukan" kata Kaizo "Kau berikan sahaja. Jangan banyak soalan"
"Ok" Fang terasa ingin tahu, air apa yang abang dia berikan kepada Lily. Dia keluar dari dapur dan terus hulurkan air itu kepada Lily "Abang aku yang serba baik hati tu, bagi kau air"
"Wuuuuu! Air oren! Baik sungguh kapten itik hot ni. Terima kasih abang Kaizo!" Lily rasa sangat terharu dengan kebaikan Kaizo tadi. Lalu dia minum air tersebut. Faye rasa tidak begitu sedap hati kerana abang sepupu dia bukan suka sangat kalau Lily datang ke rumah dia "Air ini sangat sedap" kata Lily yang sudah habis minum air tersebut. Tidak sampai 1 saat, Lily sudah tertidur di situ
"ABANG KAIZOOOOOO!" Menjerit Faye di situ tetapi Kaizo hanya tersenyum sinis di dapur. Fang ketawa di situ sehingga dia teringatkan sesuatu. Dia perlu pergi menghubungi Rizu kerana dia sudah berjanji untuk hubungi adik kesayangan dia pada malam itu
"Ketenangan" kata Kaizo sambil menikmati teh hijaunya di dapur rumah. Idoli pula, masih lagi peluk kaki Kaizo sebab terlampau sayang sangat dekat idola dia
-------------------------------------------------------------------------------------
Meh author belanja satu video kartun Molang xD enjoy!
https://youtu.be/HdKB6NsFvWQ
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top