Pengawas
Fang dengan bangganya, dia menunjuk tag pengawas percubaan dia kepada Boboiboy dan Gopal. Dia tersenyum sinis kepada mereka berdua "Siapa kata aku tak boleh jadi pengawas? Aku boleh jadi pengawas yang terhebat dekat sekolah! Hahahaaaa!" Boboiboy dan Gopal yang baru sahaja duduk di bangku sekolah, sudah sampai Fang untuk menunjuk-nunjuk tag dia
"Eleh, baru pengawas percubaan.. bukan pengawas betul pun"
"Kau cemburu ke?" kata Fang kepada Gopal dengan nada sindiran dia "Cakap ajelah, kau tu cemburu"
"Buat apa aku nak cemburu. Baik aku jadi pelajar biasa, bebas sikit hidup aku daripada jadi pengawas, ketua kebersihan kelas, ahli club bola keranjang, ahli club muzik, ahli club me-" Fang terus menekup mulut Gopal
"Wei, tak payahlah cakap aku masuk club memasak pulak. Nanti jatuh imej cool aku"
"Itu pun kau nak malu. Tahun lepas tu kau menang dalam pertandingan buat pastry, tak rasa malu pulak kau" kata Boboiboy sambil lepaskan tangan Fang dari mulut Gopal "Wei Fang, berapa banyak club kau masuk? Sampai kau mintak balik jawatan ketua kebersihan kelas dekat Ying balik"
"Heheheehe... bukan banyak pun.. cuma..." Fang kira berapa banyak club dia masuk "Ada 3 aje kot aku masuk. Tak banyak kan?"
"Tak banyak pun tapi jawatan ketua kebersihan kelas tu? Apasal kau tamak sangat?" tanya Boboiboy sambil angkat kening sebelah
"Sebab akulah orang paling layak sekali memegang jawatan itu. Kau tengoklah, betapa bersihnya kelas tingkatan 1 Amal. Sentiasa bersih dan teratur dengan adanya aku. Tiada siapa dapat kalahkan kebersihan aku yang begitu bersih diantara yang terbersih di dunia ni. Hahahahahaaaaa!" Boboiboy dan Gopal merenung tajam ke arah Fang yang tak habis-habis nak berlagak
"Wei Fang, kau ni ada OCD yea" tanya Gopal
"Bila masa aku ada OCD" jawab Fang "Aku ni cuma rajin ajelah, aku tak suka kalau tengok kelas bersepah. Dekat rumah pun sama, abang aku tu kaki sepahkan rumah. Yang kena kemas, aku juga. Dia yang sepahkan, aku yang kena kemaskan. Apa punya abanglah. Lain kali, kemaslah sendiri. Kalau tak kemas, dia yang bising tapi aku dengan rela hati, aku akan kemaskan rumah aku yang bersepah itu!"
"Oh, kau kutuk abang yea" muncul Kaizo di belakang Fang tetapi Fang tidak sedar dengan kehadiran abangnya "Kau cakap abang tak reti nak kemas yea"
"Ha ah, abang aku memang tak reti nak kemas. Entah apa dia buat dekat rumah, sampai bersepah jadinya" Boboiboy dan Gopal suruh Fang berhenti bercakap dan tunjuk-tunjuk di belakang dia "Korang apasal? Macam nampak hantu aje"
"Bukan hantulah tapi abang kau"
"Abang aku? Abang aku dekat rumahlah, Boboiboy. Entah-entah dia dekat kapal angkasa tengah sepahkan dekat situ juga. Rumah dah habis dia sepahkan, dia pergi dekat kapal angkasa pula. Apalah abang aku tu.. cubalah rajin kemas-kemaskan rumah dan kapal angkasa dia tu" mengeluh Fang. Kaizo sudah berapi-api dengan adiknya. Boboiboy dan Gopal sudah larikan diri sebab mereka takut pula melihat aura-aura kegelapan Kaizo keluar dari tubuh badannya "WOI! APASAL KORANG LARI?"
"DIA ORANG LARI SEBAB KAU TU TAK RETI NAK JAGA MULUT!" Fang terkejut dengan suara garang abangnya. Dia tersengih sambil menoleh kebelakang "BARU KAU SEDAR YEA!"
"Heheheee... maaf abang, adik tak kutuk pun tadi. Adik cakap sahaja"
"Oh, tak kutuk yea. Takpe, bagi abang akan bagi kamu hukuman nanti. Latihan tempur selama 1 bulan"
"Latihan tempur?" datang cikgu Aiman. Cikgu sejarah kelas Fang "Kamu ni abang kepada anak murid saya yea"
"Yea, saya Kaizo" Kaizo menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan cikgu Aiman tersebut "Kamu pula siapa?"
"Saya adalah cikgu sejarah adik kamu. Dia ni pandai tapi nakal. Sudah beberapa kali saya berikan denda kepada dia"
"Bagus.. kalau boleh berikan sebanyak denda kepada adik saya" kata Kaizo yang tersenyum sinis kepada adiknya "Pang, kau jangan nak nakal sangat dalam kelas. Kalau abang tahu kau buat nakal, hukuman akan menunggu kau di rumah nanti"
"Garang juga yea abang kamu. Jadi, inilah Kaizo yang terkenal dengan kegarangan kamu di Pulau Rintis yea. Saya ada juga dengar pelbagai cerita yang menarik tentang kamu dari cikgu-cikgu lain" Fang sudah menelan ludah kerana dia tidak mahu cikgu Aiman dan abangnya menjadi kawan baik pula. Cukuplah dengan abangnya yang garang, dia tidak mahu ada dua orang garang yang hadir dalam hidup dia. Pemikiran Fang menjadi celaru apabila melihat abangnya berborak dengan cikgu sejarahnya
"TIDAKKKKKKKKK!" Fang berlari ke tempat lain sebab tak sanggup kalau mereka berdua menjadi kawan baik
"Apa kena dengan adik aku tu?"
"Hmmm.. stress sebab belajar kot. Saya terpaksa pergi dulu, ada banyak kerja perlu dibuat. Jumpa lagi" kata cikgu Aiman. Kaizo dapat rasakan dia dan cikgu Aiman akan menjadi kawan baik. Kaizo terpaksa pergi mencari adiknya balik kerana adiknya tidak mengambil bekalan makanan dari dia lagi. Dia mencari adiknya sehingga terserempak dengan Yaya dan Ying, dua kawan perempuan adiknya
"Kamu berdua ada nampak adik aku tak?" tanya Kaizo
"Maaf kapten Kaizo, kami baru sahaja sampai ke sekolah" kata Yaya sehingga dia ternampak sebuah bekas makanan untuk Fang "Kapten Kaizo nak saya berikan bekalan itu kepada Fang nanti?"
"Yolah, tak perlulah Kapten susah-susahkan diri sahaja cari dia" kata Ying pula
"Hmmm... boleh sahaja. Berikan kepada dia, aku sudah buatkan makanan untuk dia pada waktu rehat nanti" Yaya mengambil bekas makanan itu dari tangan Kaizo "Aku pulang dulu dan jangan lupa berikan kepada adik aku"
"Kami tak kan lupa!" kata Yaya dan Ying serentak. Setelah Kaizo sudah berjalan jauh dari mereka, Yaya dan Ying mengambil kesempatan untuk bau makanan tersebut
"Agaknya, apa yang Kapten Kaizo buatkan untuk Fang?" tanya Yaya
"Mesti masakkan masin punya... Kapten Kaizo terkenal dengan empat perkara iaitu huru-hara, kejar adik dia, suara garang dia yang boleh dengar satu Pulau Rintis dan juga masakan masin dia" Ying dan Yaya tergelak di situ
"Betul kata kau Ying" mereka terus berjalan ke kelas mereka. Fang tiada di dalam kelas tersebut, mereka cuma nampak Bella dan Faye sedang membaca sepucuk surat dari kawan baik mereka iaitu Lily
"Hai korang!" kata Yaya "Surat apa korang baca tu?"
"Surat dari Lily" jawab Faye "Nak dengar tak?" Yaya dan Ying dengan perasaan terujanya, dia terus pergi ke meja Bella. Mereka berempat berkumpul di situ untuk membaca surat itu bersama
"Kepada kawan-kawan baik ku iaitu Bella dan Faye. Korang apa khabar dekat sana? Lily dekat sini bosanlah sebab tiada benda yang menarik berlaku dekat sini. Asyik sama sahaja, macam setiap hari asyik menonton episode yang sama aje. Korang seronoklah, dapat tengok landak mengamuk tak tentu pasal, dapat dengar abang Kaizo marah-marah dekat sana. Rindu pula dengan suara garang abang Kaizo. Kalau Lily ada, mesti kena halau dengan abang Kaizo sebab Lily kan suka kacau abang Kaizo dan juga landak. Oh yea, landak apa khabar? masih lagi landak ke atau sudah bertukar menjadi arnab bermasam muka? Heheheee... Boboiboy ku pula apa khabar? Ratu Lily takde kacau dia kan? Kalau ada, bagitahu Lily dengan segera! Lily akan ajar dia secukup-cukupnya! Gopal pula macam mana? Masih gemuk lagi atau sudah kurus? Yaya dan Ying pula ok? masih lagi bersaing nak dapat nombor satu? Kalau boleh, kalahkan si landak panas baran tu. Rizu si comel penguin macam mana? masih lagi comel? Rindu nak dengar celoteh panjang dia. Kak Lynna macam mana? bila abang Kaizo nak melamar kak Lynna? hahahahaaa... kidding! Kalau abang Kaizo tahu, dia mesti akan menjerit PEDANG TENAGA! Bagilah benda lain, asyik pedang tenaga aje. Bosan Lily.. kalau bagi bunga, mesti Lily akan menjadi angau kerana bunga itu mesti dari Boboiboy ku yang super tembam tu. Korang ada pengembaraan baru dekat sana? mesti bestkan.. yelah, pergi kalahkan musuh-musuh abang Kaizo. Tak pun pergi dapatkan balik si landak sebab dia suka sangat kena culik dengan musuh-musuh abang dia. Bilalah dia nak koma balik-"
"Isk Lily ni.. macam tu pulak" marah Yaya
"Jangan marah Yaya, Lily bergurau aje" Mereka tergelak membaca surat dari Lily itu, lalu mereka sambung balik "Nanti, kalau ada masa.. Lily akan datang sana balik tapi hujung minggu ajelah. Lily akan bawak kerepek pisang yang banyak-banyak nanti. Nanti biskut-biskut yang Lily hantar tu, jangan lupa bagi dekat Boboiboy ku! Itu adalah biskut pisang, ciptaan Lily sendiri! OKlah, sampai di sini sahaja. Sehingga kita berjumpa lagi"
"Wah! Lily hantar biskut" Yaya pula rasa teruja. Faye meletakkan sebuah kotak putih yang besar di atas meja Bella. Mereka membuka sellotape yang ada di kotak tersebut. Selepas sahaja dapat membuka kotak itu, mereka tergelak sedikit kerana semua biskut-biskut itu, berbentuk Boboiboy
"Heheheee... kegilaan Lily kepada Boboiboy sudah melanda, sampailah ke biskut" Bella mengambil satu biskut tersebut dan lalu makan kepala biskut Boboiboy "Hmm.. sedap juga biskut ni"
"Biskut apa tu?" muncul Boboiboy dan Gopal "Eh, apasal biskut ni bentuk macam aku?" tanya Boboiboy. Lalu dia mengambil satu untuk merasa biskut tersebut
"Oh, ini Lily yang hantar. Biskut ni untuk kau sebenarnya" jawab Faye "Macam mana rasanya?"
"Sedap.. pandai betul dia buat biskut tapi apasal biskut ni perlu dalam bentuk diri aku" Faye dan Bella hanya tersengih sahaja kepada Boboiboy "Eh kejap" Boboiboy mengeluarkan satu biskut yang dalam bentuk lain. Lalu dia gelak apabila melihat biskut "Sempat lagi si Lily ni"
"Heehehee... biskut bentuk Fang pun ada" Ying tergelak melihat biskut itu berupa kawan baik mereka iaitu Fang "Apa kata kau simpan biskut tu untuk Fang. Biar dia sahaja yang makan"
"Tak perlu Ying, biar aku makan biskut ni" Gopal merampas biskut itu berbentuk Fang itu. Mulut dia sudah terbuka luas, biskut itu hampir nak masuk ke dalam mulutnya tetapi Yaya merampas biskut itu dari tangan Gopal "Dey! Apasal kau ambik biskut tu"
"Kau ni, tak baik tau. Entah-entah Lily buat biskut khas untuk Fang. Baik aku simpan biskut ni dalam bekas makanan dia" Yaya dengan begitu rajinnya, dia membuka penutup bekas makanan itu dan mereka semua nampak makanan yang begitu menyelerakan "Eh, betul ke Kapten Kaizo buat semua ni?" Mereka terkejut kerana makanan itu di buat menjadi bentuk kepala Fang "Kapten Kaizo sanggup buat bento untuk Fang?" Mata masing-masing sudah berkebil-kebil melihat makanan itu kecuali Faye
"Macam tak percaya aje" kata Boboiboy "Aku rasa ragu-ragu pula"
"Hmmm.. bukan abang sepupu aku yang buat tapi abang sepupu aku suruh kak Lynna yang buatkan. Abang sepupu aku nak buat benda-benda macam tu, dia mana ada kesabaran. Yang ada pun, suara garang dia bagai nak pecah satu rumah" kata Faye. Yaya simpan biskut itu di dalam bekas makanan dan terus tutup
"Eh, kak Lynna datang ke pagi tadi?" tanya Boboiboy lagi
"Ha ah, abang Kaizo suruh datang hari ini sebab suruh buat makanan tu. Abang Kaizo tu ingat kak Lynna tu orang gaji ke apa, selamatlah kak Lynna tu jenis penyabar. Bukan macam abang Kaizo, tahu nak marah aje. Pening kepala aku duduk dekat rumah tu, kalau kak Lynna ada. Aman aje rasanya"
"Hehehee... kasihan kau Faye" Bella usap-usap kepala Faye "Sebab tu lah kau selalu tidur rumah aku yea"
"Ha ah, sebab itu lah... kalau tidak, memang dengan aku sekali meletup"
"Sabar ajelah Faye, dua beradik alien tu suka bergaduh tapi bila mesra, memang terlebih mesra. Aku pulak jadi cemburu melihat keakraban dia orang. Agaknya, kalau abang Kaizo tak merajuk dan ikut Fang balik ke sini, macam mana kehidupan Fang sekarang" mereka semua terfikir apa yang Boboiboy yang katakan tadi
"Tak mungkin kita orang akan jumpa musuh-musuh Kapten Kaizo yang begitu ramai tu" kata Yaya
"Yolah dan tak mungkin juga kita orang dapat pergi mengembara dengan Kapten Kaizo" kata Ying pula
"Dan mesti tak kan kedengara suara-suara garang Kapten Kaizo yang selalu menghiasi udara Pulau Rintis ni"
"Betul Yaya, apatah lagi dengan suara jeritan dari Kapten Kaizo dan Fang" kata Ying "Hidup kita makin ceria pula dengan adanya mereka berdua"
"Ha ah, aku rasa bersyukur sangat bila abang Kaizo duduk sini. Rasa seperti kita semua mempunyai abang yang garang" Boboiboy tergelak sedikit. Dia ternampak pula Zakwan ada bersama mereka "Aik, dari mana kau muncul?"
"Lerr.. aku sudah lama ada dekat, baru kau nak perasan" Boboiboy tersengih kepada Zakwan, manakala yang lain pandang Zakwan lain macam "Apasal korang pandang aku macam tu? Ada sesuatu tak kena ke?"
"Takde apalah.. hmm... tak lama lagi, kau pun masuk dalam geng kita orang ni" kata Gopal sambil makan biskut pisang
"Oh.. tapi korang bagi ke kalau aku masuk sekali? Aku tahu aku pernah buat salah dekat korang kecuali Faye sebab dia tu selalu sangat baik dengan aku masa darjah 6 dulu. Nak dikatakan cerita, Faye dulu selalu tegur aku dan dia sebenarnya suruh pergi minta maaf dekat Fang" Faye tersengih. Semua pandang ke arah Faye "Heheheee... dia yang selalu cerita dekat aku tentang kisah si sepupu dia dekat aku"
"Wah! Bagusnya Faye" kata Yaya. Muka Faye naik merah kerana malu dengan pujian yang dia dapat dari rakan-rakan dia "Dengan hati Faye yang baik, dia telah berjaya membuat Zakwan insaf. Tahniah Faye. Kau memang seseorang yang baik dan peramah"
"Baguslah Faye tak ikut perangai sepupu dia tu. Tahu marah aje, lepas tu nak mengamuk tak tentu pasal" balas Bella sambil makan biskut pisang itu "Tapi.. mana dia? Kita semua ada dekat sini kecuali si panas baran tu"
"Lupa pula nak bagitahu.. kawan korang sorang lagi tu tengah mengamuk tak tentu pasal sebab ada orang langgar peraturan sekolah dan pelajar tu buat tak tahu sahaja dan teruslah tercetusnya kemarahan Fang" jawab Zakwan
"Aduh... panas baran betul si Fang ni. Aku pergi tenangkan si Fang tu" mengeluh Boboiboy sambil keluar dari kelas tingakatan 1 Amal
---------------------------------
Waktu rehat adalah waktu yang selalu ditunggu-tunggukan oleh semua pelajar Sekolah Menengah Pulau Rintis. Kebanyakkan pelajar-pelajar sudah mulai lapar dan ada setengah daripada mereka mengambil peluang waktu rehat untuk pergi mengulangkaji. Fang berasa sungguh teruja apabila dia mendapat bekalan makanan dari abang dia tapi dia rasa hairan melihat biskut berbentuk diri dia
"Aik, abang aku buat biskut sekali ke?"
"Bukanlah Fang, biskut tu Lily yang buat khas untuk kau" jawab Boboiboy yang ada di sebelah Fang
"Oh.. baik pulak dia" Fang mengangkat biskut itu dan lalu membelek-beleknya. Selepas itu dia ternampak makanan abang dia buat, terkejut Fang. Dia menatap bento abang dia, padahal Lynna yang buatkan, dia tidak sanggup pula untuk makan sebab bento itu terlampau cantik sangat
"Haih Fang, kau tak nak makan ke?" tanya Faye. Dia duduk di hadapan Fang dengan bihun sup dia dan beberapa kuih yang telah dibeli oleh Faye tadi. Lain melihat Faye kerana Faye jenis kuat macam Gopal tapi mereka sudah tidak hairan dengan mereka berdua
"Nak makan tapi rasa sayang pulak"
"Kalau kau tak nak, biar aku makankan untuk kau" Tangan Gopal baru hendak mengambil bekas makanan itu, terus Fang menepis tangan Gopal "Ala, kau bukannya makan pun"
"Kau ingat makanan ni untuk kau ke" kata Fang dengan nada kemarahan dia. Sudahlah jawatan pengawas percubaan dia di tarik balik sebab dia pergi mengamuk sebelum sekolah bermula "Kalau kau makan, nahas kau nanti. Kau nak tengok aku mengamuk tak tentu pasal ke?" Gopal gelengkan kepala "Tahu pun.. sebagai pembukaan untuk makan bento buatan abang aku ini. Aku akan mulakan dengan makan biskut si pelik buat"
"Kau akan suka punya dengan biskut yang dia buat" kata Boboiboy dengan penuh keyakinan. Faye pula, seperti dia terlupa sesuatu. Lalu dia fikirkan, perkara apa yang dia lupa nak bagitahu itu
"Kenapa Faye?" tanya Bella yang tidak membeli apa-apa di kantin sekolah. Dia hanya makan nasi goreng yang di bawa dari rumah
"Entahlah. Aku macam terlupa sesuatu" Faye makan bihun dia sambil fikirkan apa yang dia terlupa itu. Dia perhatikan Fang makan biskut itu dan tiba-tiba sahaja, Fang jatuh pengsan. Muka dia termasuk ke dalam bekas makanan itu. Habis hancur bento itu "FANGGGG!" Faye rasa cemas melihat sepupu dia pengsan secara tiba-tiba
"FANGGGGGG!"
"Apasal tiba-tiba Fang pengsan?" tanya Boboiboy
"Hmmm.. kejap, aku rasa.. aku tahu sebab apa Fang pengsan" Faye tersengih apabila dia teringat apa yang Lily tulis dekat dalam surat tadi "Heheheee... sebenarnya Lily ada bagitahu, biskut tu sepatutnya perisa lobak merah tapi lobak merah dah habis, dia gantikan dengan petai. Jadi biskut petai. Aku boleh lupa pula perkara penting tu, maaf yea Fang" Faye tersengih lagi sambil garu-garu kepalanya
"Aduh" Boboiboy menepuk dahinya "Yang Lily pergi letak perisa petai kenapa? Pelik betul aku dengan si Lily tu. Kasihan kau Fang, asyik terkena dengan kepelikan Lily aje"
"Apa boleh buat. Lily suka sangat kacau dia tapi apasal lah dia tak kacau kau aje" Kali ini Boboiboy pula tersengih kepada Faye "Hehehe... jangan hati dia terpaut dekat Fang sudah, boleh jadi huru hara nanti" Faye dan Bella tergelak berdua di situ sambil fikirkan Fang dan Lily huru-harakan Pulau Rintis, sampai Kaizo pun boleh pening kepala dengan mereka berdua. Gopal terlalu tumpukan perhatian dengan makanan dia. Yaya dan Ying tiba di kantin dan rasa pelik melihat kepala Fang terbaring di dalam bekas makanan
"Apasal dengan si rambut cacak? Sedih sangat sebab jawatan pengawas percubaan dia kena tarik ke?"
"Bukanlah Ying.. dia pengsan sahaja" jawab Boboiboy
"Apasal adik aku pengsan?" muncul Kaizo di kantin sekolah "KEGILAAN APAKAH YANG MENYEBABKAN ADIK AKU PENGSAN?" terkejut pelajar-pelajar yang ada di kantin sekolah. Semuanya pandang ke arah Kaizo tapi dia hanya hiraukan sahaja
"Errr... sebenarnya... Fang termakan biskut yang Lily hantar"
"Lepas tu?" tanya Kaizo kepada Boboiboy
"Lepas tu... kita orang dapat tahu bahawa biskut tu adalah biskut perisa petai" Boboiboy takut pula kalau tiba-tiba sahaja Kaizo mengamuk dekat situ. Bukan Boboiboy sahaja, Gopal, Yaya, Ying, Faye, Bella dan juga Zakwan, takut kalau Kaizo mengamuk "Abang Kaizo marah ke?" tanya Boboiboy dengan perasaan takut dia
"Aku? Marah? Hmm... boleh dikatakan begitu tapi biarkan dia pengsan daripada dia nak marah aku sahaja. Kalau dia masih lagi pengsan sampai waktu rehat tamat, aku akan bawa dia balik"
"Heheheee... ingatkan abang Kaizo nak mengamuklah tadi sebab Lily pergi bagi dia biskut petai"
"Biskut petai tu sedap ke? Tak pernah pulak aku dengar biskut petai" semua gelengkan kepala kepada Kaizo "Jadi memang tiada biskut petai?"
"Memang tiada Kapten Kaizo. Saya sendiri pun tak pernah nak buat biskut petai tapi nanti saya nak cubalah. Saya akan buat yang lebih sedap! Mesti Fang tak kan pengsan" Semua duduk berjauhan daripada Yaya sebab takut dengan biskut Yaya yang tidak begitu sedap itu. Mereka dapat rasakan Fang akan menjadi mangsa pertama biskut petai Yaya sebab mereka tahu, Kaizo akan buli adik dia "Kalau sedap, saya akan buat banyak-banyak. Bagi semua orang rasa" Gopal rasa nak muntah. Lalu dia lari dari situ untuk pergi ke tandas sekolah
"Abang Kaizo datang ke sekolah sebab apa?" tanya Boboiboy
"Aku datang sebab nak berbincang dengan cikgu sejarah kamu, cikgu Aiman tu. Saya nak bagi beberapa cara untuk menghukum adik aku, kalau dia buat nakal. Jadi aku pergi dulu" Semua tersengih sambil menahan ketawa. Memang nasib malang betul Fang, kata dihati mereka. Nampaknya Fang masih lagi pengsan, dia langsung tidak bangun dari situ. Boboiboy mengusik-usik lengan Fang, dia masih lagi tidak bergerak
"Dasyat betul biskut petai Lily. Sampai sekarang Fang tak bangun-bangun lagi"
"Hehehe.. biarkan dia pengsan lama-lama. Takdelah aku bergaduh dengan si Pang ni" Bella tersenyum sinis sambil fikirkan sesuatu yang nakal. Dia fikirkan ingin menconteng muka Fang dengan pen dakwat hitam dia. Bella tergelak seorang diri sambil melihat Fang yang masih lagi pengsan. Faye dapat rasakan sesuatu yang nakal datang dari kawan baik dia. Mata dia melirik ke arah Bella
"Kau fikir sesuatu yang nakal ke?" tanya Faye tapi Bella sibuk sangat bayangkan muka Fang kena conteng, sehingga tidak dengar pertanyaan Faye tadi "Kawan aku memang sah nak cari gaduh dengan sepupu aku"
"Hmm.. biarkan ajelah dia, Faye. Kalau bukan hari ini, esok adalah tu pergaduhan dia orang" Boboiboy sudah naik bosan dengan pergaduhan dia orang. Akhirnya loceng sudah berbunyi, barulah Fang sedar dari pengsan dia "Aik, boleh pulak kau dengar loceng sekolah berbunyi"
"Errr... lama ke aku pengsan?" semua angguk kepala ke arah Fang "Heheheee... tapi biskut Lily ni. JAGA KAU LILYYYYY! AKU AKAN KENAKAN KAU BALIK!" Boboiboy menepuk dahinya lagi sekali
-----------------------------------------------------
Masa untuk balik sudah tiba, Fang dengan separuh hati yang tidak begitu gembira kerana jawatan pengawas percubaan dia diambil balik tapi kalau dia nak jawatan itu balik, dia perlu berkelakuan baik dan tidak mengamuk tak tentu pasal dekat sekolah. Fang tidak tahu samada dia dapat mengawal panas baran dia ataupun tidak "Rasanya, aku memang tak sesuai kot jadi pengawas" bisik Fang sambil berjalan di dalam lautan pelajar-pelajar lain yang terpusu-pusu untuk turun ke bawah. Semuanya tidak sabar untuk pulang ke rumah
"Sabar ajelah Fang, memang bukan rezeki kau untuk menjadi seorang pengawas" muncul Boboiboy di sebelah Fang
"Hmmm... takpelah, asalkan aku masih kekal lagi menjadi ketua kebersihan kelas.. hehehehee"
"Tapi kau pun kenalah usahakan diri kau, kalau kau nak balik jadi pengawas percubaan" kata Yaya di belakang Fang "Kau mesti boleh punya. Kami semua yakin dengan diri kau"
"Terima kasih Yaya tapi tengoklah dulu. Kalau aku boleh kawal diri aku daripada mengamuk, mungkin aku dapat menjadi pengawas percubaan balik"
"Heheheee... kami semua akan menolong kau tapi aku tidak pasti si Gopal dapat menolong kau maaa... dia kan suka cari pasal dengan kau, Bella pun sama juga"
"Dua orang tu ajelah jadi masalah aku" Fang menghela nafas. Akhirnya mereka sudah pun sampai di tingkat bawah sekali. Fang melangkah keluar dari tangga itu dan terus menuju ke pintu pagar sekolah bersama kawan-kawannya. Dia ternampak abangnya ada di situ sambil berborak dengan cikgu sejarah dia "Nasib aku memang malang"
"Haiyaa.. jangan fikir macam tu lah. Mungkin dia orang berbincang tentang benda lain"
"Macam mana kalau dia orang tiba-tiba jadi kawan baik... mesti cikgu Aiman akan laporkan setiap benda aku buat dekat sekolah" Fang ketuk-ketuk kepala dia dengan buku sekolah dia "Janganlah jadi kawan baik. Abang ku, kawan ajelah dengan kak Lynna sorang sahaja"
"Kau ni Fang, macam tak bagi abang kau berkawan pulak" marah Boboiboy
"Boleh tu boleh tapi... entahlah.. terpaksalah aku terima sahaja" Fang buat muka sedih sambil berjalan perlahan ke arah abang dia. Kaizo melihat adiknya yang sedang bersedihan itu
"Kau sedih sebab pengawas percubaan kau ke?" tanya Kaizo. Fang angguk tapi ada benda lain yang buatkan dia rasa sedih "Sudahlah tu Pang, terima ajelah yang kau memang tak boleh jadi pengawas"
"ADIK BOLEHLAH! ADIK AKAN BUKTIKAN YANG ADIK BOLEH JADI PENGAWAS YANG BERGUNA!" kata Fang sambil bercekak pinggang. Kaizo hanya angkat kening sebelah "MULAI ESOK, ADIK TIDAK AKAN MENJADI PANAS BARAN SELAMA SEMINGGU!"
"Seminggu aje?"
"Heheheee.. abang pun tak nak adik jadi tak betul kan" Fang tersengih
"Tapi rasanya, tak sampai seminggu pun, kau boleh jadi tak betul"
"BETUL TU! ADIK AKAN MENJADI TAK BETUL TAPI DEMI JAWATAN PENGAWAS, ADIK AKAN CUBA SEDAYA UPAYA! ADIK TIDAK AKAN MENGAKU KALAH! AKU ADALAH FANG! AKU AKAN MENJADI PENGAWAS NOMBOR SATU DEKAT SEKOLAH.. HAHAHAHAHAHAAAAAAAA!" Kaizo ketuk kepala adiknya tetapi Fang abaikan sahaja ketukan abangnya "HAHAHAHAHAHAHAAAAA!"
"Sah adik awak tak betul" kata cikgu Aiman
"Dia memang sentiasa tak betul pun" Kaizo pegang tangan adiknya yang masih lagi ketawa macam orang gila dekat kawasan sekolah. Lalu dia mengheret Fang pergi "Saya pergi dulu sebelum budak ni bertindak ganas seperti keluarkan penguin gergasi" Cikgu Aiman hanya gelengkan kepala melihat kelakuan Fang yang sudah tak betul tu
"HAHAHAHAAAAAAAAA!" Fang masih lagi ketawa di situ. Kaizo biarkan sahaja adik dia ketawa macam orang tak betul
"Aku rasa takut pula kalau Fang betul-betul jadi pengawas" Gopal, Yaya dan Ying angguk kepala "Tak dapat aku bayangkan macam mana nanti"
"Samalah kita" kata Gopal, Yaya dan Ying serentak. Mereka berempat melihat sahaja Kaizo mengheret adiknya pergi
"HAHAHAHAHAHAHAHAAAAAAAAA! JAWATAN PENGAWAS AKAN MENJADI MILIK AKUU!" Dari jauh lagi, mereka boleh dengar Fang ketawa dan menjerit-jerit keseorangan
"Aku tak pasti, ini tahap tak betul sebab stress pengawas percubaan dia kena tarik balik atau sebab biskut petai tadi?"
"Dua-dua kot, Boboiboy" balas Gopal. Apa boleh buat, mereka terima ajelah kalau Fang tak betul dalam seminggu ni. Jangan Fang keluarkan benda yang bukan-bukan sudah, itu yang diharapkan oleh kawan-kawan dia
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top