Pahlawan Landak
"Di dalam negara yang tersohor ini, terdapat 5 buah kerajaan yang berlainan. Setiap kerajaan itu mempunyai raja atau permaisuri yang tersendiri tapi raja paling berkuasa sekali adalah kerajaan yang dibawah pemerintahan Raja Fang. Dia adalah raja yang terhebat dan juga pesaingan terhebat dengan raja Boboiboy. Mereka berdua sering bergaduh kerana perebutan kuasa. Ini adalah bukan kuasa untuk menakluki sesebuah kerajaan tetapi ini adalah kuasa yang luar biasa. Kuasa yang ramai orang mahukan. Sesiapa memiliki kuasa ini, mereka boleh menggunakan secara kebaikan ataupun kejahatan. Itu terpulang dengan hati mereka. Raja Fang ingin menggunakan kuasa itu untuk kebaikan. Dia ingin membela nasib rakyatnya yang selalu dihuru-harakan oleh orang-orang lanun dan perompak. Walaupun dia adalah raja terhebat tetapi masalah lanun dan perompak memang susah untuk dia atasi. Dia perlukan kuasa itu untuk musnahkan lanun-lanun dan perompak tersebut tetapi Raja Boboiboy adalah penghalang utama dia"
"Macam mana abang? Ok tak adik buat cerita ni?" tanya Fang kepada abangnya yang berada di dalam biliknya. Hari itu adalah hari terakhir cuti sekolah. Esok sekolah akan dibuka balik. Fang dan kawan-kawannya tiada rancangan untuk isi masa lapang mereka pada hari ini. Fang hanya duduk di rumah untuk menulis sebuah cerita. Dia bukanlah seorang penulis seperti Bella yang mempunyai bakat menjadi penulis dan dia juga bukanlah seseorang yang selalu dapat idea menarik kecuali idea kenakalan dia
"Kau buat cerita ini untuk apa?" tanya Kaizo sambil membaca balik cerita tadi itu
"Saja. Adik tengah bosan"
"Hmmm... bolehlah tapi kau tu bukannya penulis. Kau tu ada bakat dalam cari pasal dengan orang lain" Fang hanya tersengih sahaja kepada abangnya. Dia terus menutup laptopnya "Tapi cerita abang lebih hebat daripada cerita kau. Tak habis-habis nak jadi lebih hebat daripada kawan baik kau tu"
"Ala, adik bukannya boleh buat sesuatu cerita yang hebat macam cerita abang. Cerita dongeng yang abang buat tu, ada pengajarannya. Adik buat cerita langsung tak menjadi. Adik selalu terbayangkan diri adik hebat seperti abang!"
"Sudahlah tu Pang, kau cari ajelah bakat kau yang lain seperti bakat kenakalan kau ke tapi kalau kau nak buat cerita yang bagus. Aku nak kau buat yang terbaik dan lebih banyakkan membaca dalam pelbagai genre yang ada tapi jangan nak buat cerita merapu pula" Kaizo keluar dari bilik adiknya. Dia pandang sedikit adiknya yang sedang memikir dengan serius "Tak payah nak fikirkan sangat. Aku yakin kau dapat lakukannya dengan baik"
"Hmmm... baiklah abang" Fang membuka balik laptopnya dan terus dia mencari idea untuk cerita yang lebih hebat daripada cerita yang dia buat sebelum ini "Cerita apa yang aku nak buat yea.. tentang sains fiction? atau tentang pengembaraan yang terhebat" Kaizo yang masih lagi ada di situ, hanya gelengkan kepalanya sahaja. Lalu dia keluar dari bilik tersebut. Dia melihat ruang tamu dari balkoni dalam rumahnya. Lynna sedang mengajar Gopal dalam kerja sekolahnya. Ada juga kawan-kawan adiknya yang lain seperti Boboiboy, Rizu dan tidak ketinggalan juga, Lily
"Bilalah dia nak pulang ke dunia pelik dia tu" bisik Kaizo sambil perhatikan Lily dari atas. Dia menjenguk sedikit ke dalam bilik adiknya dan lalu dia menjerit "PANG! KAWAN KAU ADA DEKAT BAWAH!" Terus Fang tersedar dari mengelamun dia yang begitu serius itu
"Kawan adik? Bila masa adik jemput dia orang ke sini" Fang tutup balik laptopnya. Dia rasa curiga pula sebab dia tidak jemput mereka ke sini. Mungkin mereka ada sesuatu yang menarik untuk dibuat pada hari ini. Lalu dia keluar dari biliknya dan terus melihat di bawah. Boboiboy, Gopal, Rizu dan Lily sedang tekun mendengar Lynna mengajar mereka "Cheh, dia orang datang ke sini sebab nak suruh ajar kerja sekolah lah tu"
"Hmmm... mungkin juga" kata Kaizo. Selepas itu dia tinggalkan adiknya di koridor. Dia terus turun ke bawah untuk melihat apa yang Lynna mengajar mereka. Fang baru berjalan menuju ke tangga rumah
"Apasal korang ada dekat sini?" tanya Fang sambil menurun dari tangga
"Hehehee.. sebenarnya kita orang datang ke sini sebab nak minta tolong kau ajarkan kita orang tapi tak tahu pulak kak Lynna ada dekat sini. Jadi kita orang minta tolong dari kak Lynna ajelah" kata Boboiboy yang tersenyum melihat kawan baiknya yang sedang turun dari tangga "Maaflah kita orang datang tanpa beritahu kau"
"Takpe" Sampai sahaja dibawah, Fang terus duduk di sebelah Rizu. Kaizo sudah menghilangkan diri ke dapur. Dia sediakan beberapa air untuk kawan-kawan adiknya dan juga Lynna "Tapi.. bila kak Lynna sampai?"
"Akak baru sahaja sampai. Lepas tu Fang panggil abang, suruh dia naik ke atas. Lepas tu baru dia orang ni sampai. Dia orang nak minta tolong daripada Fang tapi akak pelawa diri akak untuk mengajar dia orang" kata Lynna secara lembut
"Terima kasih kak Lynna" kata Gopal secara tiba-tiba "Kak Lynna ajar memang terus saya faham. Kalau dia ni ajar" Gopal tunjuk ke arah Fang "Asyik nak marah saya sahaja. Kalau Kapten Kaizo ajar, memang menggigil terus saya" Lynna tergelak sedikit
"Kau pulak, datang ke sini sebab Boboiboy ke?" tanya Fang kepada Lily
"Hehehee..." Lily tersengih sambil garu-garu kepalanya "Lily datang ke sini sebab tak siap kerja sekolah juga. Kau kan pandai matematik. Jadi aku minta tolong kau ajarkan aku. Boboiboy sendiri pernah cerita yang kau selalu beli buku latihan matematik form 1 sampai ke form 5"
"Pandai pulak kau nak suruh aku ajarkan yea" Lily tersengih lagi. Fang malas hendak melihat Lily yang asyik tersengih itu. Lalu dia pandang kearah Rizu yang sedang warnakan lukisannya "Rizu buat apa tu?"
"Pizu tengah siapkan kerja sekolah seni. Cikgu suruh Pizu lukiskan rumah impian Pizu!" Rizu tunjuk lukisan tersebut. Lukisan rumah itu seakan-akan seperti rumah Fang dan Kaizo, cuma bahagian halaman rumah itu penuh dengan pelbagai jenis bunga. Ada juga lukisan gambar Rizu bersama dua orang lelaki iaitu Fang dan Kaizo "Rumah impian Pizu adalah rumah milik abang Fang dan abang Kaizo sebab Pizu suka sangat datang ke sini. Macam-macam gelagat Pizu boleh lihat dari abang Fang dan abang Paizo"
"Ini rumah impian ke rumah bahagia?" tanya Fang
"Hmm.. dua-dua kot!" Rizu tersenyum lebar dan lalu dia sambung warna lukisan dia. Fang melihat Lynna pula kali ini. Muka dia berubah menjadi anak kucing comel. Boboiboy, Gopal dan Lily perhatikan Fang yang sudah mula bermanja dengan Lynna
"Mula dah si landak ni" kata mereka bertiga. Gopal terus keluarkan kameranya dan lalu dia merakamkan saat-saat Fang bermanja dengan Lynna dan juga saat-saat Kaizo muncul di belakang adiknya dengan muka bengang dia. Boboiboy, Gopal dan Lily tergelak di situ
"Kau ni kenapa? Nak bermanja pula" tanya Kaizo sambil meletakkan sebuah dulang besar di atas meja ruang tamu. Fang buat-buat tidak dengar
"Biarkanlah dia Kaizo" Lynna belai kepala Fang "Ini mesti kes kau sudah lama tidak bermanja dengan dia kan? Asyik hukum dia atau marah dia sahaja. Tak pun sekeh kepala dia tahap kejam"
"Asyik nak bermanja aje si dia ni. Kalau aku asyik bermanja dengan dia, nanti lama-lama dia akan menjadi budak manja, budak lembik, budak lemah... macam-macam budak lagilah"
"Sebenarnya abang cemburukan" Kaizo terus mengetuk kepala adiknya dengan cushion sofa rumahnya "Mengaku ajelah abang" Kaizo baling cushion sofa kearah kepala adiknya tapi Fang hanya abaikan sahaja. Fang semakin lama semakin dekat dengan Lynna. Muka comel dia masih lagi terpapar di wajahnya. Lynna melihat muka kecomelan Fang, lalu dia belai lagi kepala Fang. Selepas itu dia terus sambung mengajar Boboiboy dan Gopal. Lily sudah mengelamun ke tempat lain. Tangan dia mula melukis gambar Boboiboy di dalam buku latihan kerja sekolahnya. Muka dia seperti muka orang sedang jatuh cinta. Kaizo mengangkat kening sebelah sambil perhatikan kelakuan pelik Lily. Di dalam hati dia, dia ingin sahaja tuang air di atas kepala Lily tetapi dia menahan dirinya buat begitu. Rizu masih lagi mewarnakan lukisan dia dengan penuh tekun
Lynna baru sahaja sedar yang Fang sudah berada di sebelahnya "Fang duduk dekat dengan akak kenapa? Ada sesuatu yang Fang mahukan ke?"
"Hehehee.. sebenarnya adik nak tanya sesuatu"
"Tanya apa?"
"Hmm... kalau adik tanya mesti abang akan cakap adik ni bagi soalan yang bukan-bukan dan mintak yang bukan-bukan juga" kata Fang sambil melihat abangnya. Kaizo masih lagi perhatikan Lily sambil terbayangkan diri dia tuang air sejuk di atas kepala Lily. Dia tersenyum sinis di situ seorang diri "Tapi.. macam abang tak dengar aje"
"Tanya ajelah Fang. Kak Lynna setia menjawab soalan Fang"
"Dekat dunia kak Lynna, ada tak object-object yang ada kuasa magik? Macam dalam cerita harry potter" Rizu terus letakkan pencil warnanya kerana ingin mendengar jawapan dari Lynna. Boboiboy dan Gopal terus berhenti membuat kerja sekolah mereka. Lily terus tersedar dari mengelamun dia, begitu juga dengan Kaizo
"Ada tapi object-object tu tiada di dunia sini tapi di dunia alam fantasy akak atau lebih dikenali sebagai Unseen World. Dekat istana akak ada sebuah bilik khas untuk menyimpan kesemua object-object itu. Semuanya di bawah jagaan kawan akak sendiri iaitu Kiddi. Kenapa Fang tanya?" Lynna tidak berasa curiga dengan pertanyaan Fang tadi tapi Kaizo yang rasa curiga dengan pertanyaan adiknya
"Apa yang kau cuba lakukan?" tanya Kaizo dengan nada serius dia
"Heheheee... adik cuma nak tahu, kalau ada object yang ada kuasa magik untuk membantu adik dalam menulis"
"Wei, Bella kan ada. Dia boleh aje ajar kau menjadi penulis yang terbaikkan" kata Boboiboy
"Betul kata kawan Fang tadi. Kalau Fang nak menjadi penulis yang terbaik. Magik bukan salah satu caranya, tetapi melatih diri sendiri dengan berlatih menulis setiap hari. Semakin lama, semakin pandai Fang nanti" Lynna belai kepala Fang lagi "Kalau Fang gunakan magik, nanti Fang akan terima akibatnya. Menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi adalah salah dan kita akan tanggung sendiri akibatnya"
"Dengar tu! Jangan salah guna kuasa! Lepas ni jangan belasah aku dengan harimau bayang kau tu" Terus Fang merenung tajam kearah Gopal "Hehehee... tapi memang betul lah kan. Kau guna kuasa bayang kau untuk belasah aku. Kepentingan diri kau jugalahkan?"
"Wei, cakap orang. Kau tu apa kurangnya. Setiap object yang kau nampak, semuanya kau tukar jadi makanan. Batu pun kau tukar jadi makanan" jawab Fang balik
"Ala, korang berdua ni sama aje. Tak macam Boboiboy ku.. tak salah gunakan kuasa, betul tak Boboiboy ku?" Lily berkelip-kelip mata dekat Boboiboy
"Comel aje korang ni" Lynna ketawa sedikit "Tapi kalau nak tengok object-object magik tu, kak Lynna boleh bawa kamu semua ke sana"
"BETUL KE?" Masing-masing menjerit dengan perasaan terujanya kecuali Kaizo. Dia pandang kearah Lynna dengan wajah serius dia
"Betul, akak boleh tunjuk kamu semua"
"Tak perlu Lynna. Aku tak berapa yakin sangat dengan dia orang ni. Ada aje tangan gatal yang nak sentuh nanti, lebih-lebih lagi adik aku dan si pelik ni. Entah apa-apa yang mereka akan lakukan nanti" kata Kaizo. Fang buat muka masam kepada abangnya "Sudahlah tu Pang, kau jangan nak bermasam muka dengan aku. Baik kau berlatih sahaja daripada kau minta bantuan daripada kuasa magik. Kau dengar sahaja dari nasihat Lynna tu tadi"
"Kaizo, aku rasa aku ada sesuatu yang boleh berikan inspirasi kepada Fang"
"Apa yang kau ingin bagikan?" tanya Kaizo
"Mari ikut akak ke istana akak" Lynna terus bangun dari situ. Boboiboy, Fang, Gopal, Rizu dan Lily turut bangun sekali. Mereka semua tidak sabar untuk melihat object-object tersebut. Mereka sudah terbayangkan bagaimana dan apakah kegunaan object itu. Rizu hanya fikirkan sebatang kayu iaitu wand, yang dapat keluarkan beberapa kuasa magik. Dia adalah peminat Harry Potter walaupun dia sendiri tak pernah nak kumpul barangan Harry Potter. Lynna masuk ke dalam bilik Faye kerana dia memerlukkan sebuah cermin berdiri. Dia diikuti oleh Boboiboy, Fang, Gopal, Rizu dan Lily. Kaizo masih lagi berada di ruang tamu sambil bersilang tangan dengan muka marah dia. Faye tiada di rumah kerana dia dipaksa oleh Kaizo untuk pergi beli barangan dapur. Lynna menyeluk tangannya ke dalam beg sandang orennya untuk mengambil sesuatu.
"Kak Lynna cari apa?" tanya Fang sambil melihat Lynna mencari-cari sesuatu di dalam beg itu
"Hah! Jumpa pun" Lalu Lynna keluarkan serpihan kaca cermin dan lekatkan serpihan itu ke cermin berdiri di dalam bilik Faye. Imej Lynna di dalam cermin itu, terus hilang dan sebuah portal untuk ke dunia lain sudah pun dibuka oleh serpihan kaca itu "Kita dapat pergi ke dunia sana melalui cermin ini"
"Wuuu! Lily suka tengok benda-benda magik" Mata Lily terbulat besar kerana dia terlampau teruja sangat. Mata Rizu bersinar-sinar, dia bayangkan diri dia akan pergi ke istana sekolah Hogwarts. Boboiboy, Gopal dan Fang sudah terbiasa dengan dunia ajaib Lynna tapi mereka belum lagi pernah tengok object-object yang mempunyai kuasa magik. Kaizo masuk ke dalam bilik Faye untuk melihat apa yang mereka sedang lakukan
"Kaizo, kau nak ikut kami tak?" tanya Lynna
"Tak payah ajak abang pun. Dia tu nanti mesti marah-marah kita orang kalau buat hal dekat sana" jawab Fang dengan nada sindiran dia. Berkerut-kerut dahi Kaizo, lalu dia mengetuk kepala adiknya
"Aku rasa.. aku patut ikut kamu semua sebab aku perlu perhatikan adik aku ni. Aku tahu dengan kenakalan kau yang teramat luar biasa tu"
"Hmmm.. cakap orang, nakal abang pun lebih luar biasa daripada itu" bisik Fang. Lynna tergelak sahaja. Lalu dia menyuruh mereka masuk ke dalam cermin itu dulu. Lily tanpa teragak-agak, dia terus masuk ke dalam cermin itu sambil menarik tangan Boboiboy. Mereka berdua hilang dari situ. Seterusnya Gopal dan selepas itu Rizu yang tiada perasaan takut. Fang ikut Rizu dari belakang. Lynna menarik tangan Kaizo untuk masuk ke dalam dunia dia, di alam lain. Alam yang penuh dengan fantasynya dan magiknya. Selepas sahaja mereka sudah masuk ke dalam dunia Unseen World itu, barulah Faye sampai ke rumah dengan kepenatan dia
"Faye dah balik!" Faye melekat beberapa plastik barangan yang dia beli tadi di tepi pintu. Lalu dia melihat sekitar rumah itu, sunyi sahaja. Tiada pergaduhan atau jeritan atau bunyi pelik-pelik di dalam rumah itu. Dia cuma nampak meja ruang tamu penuh dengan buku-buku sekolah tapi orangnya tiada
"MANA SEMUA ORANG PERGI?!"
------------------------------------------------------------------------------------
"Selamat datang ke perpuskataan istana ini" kata seorang lelaki pemuda yang sebaya dengan Kaizo dan Lynna. Dia membawa para tetamu Lynna masuk ke dalam sebuah perpuskataan yang terbesar di alam itu. Mereka sendiri tidak pernah masuk ke dalam perpuskataan yang besar dan luas. Mata Fang bersinar-sinar melihat buku-buku yang ada di situ. Semuanya tersusun dengan rapi di dalam sebuah almari rak buku. Sekeliling mereka, dikelilingi dengan rak-rak buku yang begitu tinggi. Di setiap sudut perpuskataan itu terdapat sebuah meja panjang dan juga kerusi bersendirian. Ada juga beberapa meja bersendirian untuk mereka yang tidak mahu diganggu oleh orang lain. Boboiboy, Fang, Gopal, Rizu dan Lily berlari ke almari rak buku yang lain untuk melihat buku apa yang ada di situ. Ada bahasa yang mereka tidak fahami, ada bahasa yang mereka fahami. Ada juga buku tentang haiwan-haiwan berbisa yang terdapat di dalam dunia itu. Semuanya menarik untuk dibaca
"Wah! Seronoknya kalau aku dapat duduk dekat sini lama-lama" kata Fang sambil membelek-belek sebuah buku tentang tumbuhan "Kak Lynna, dekat sini ada macam-macam jenis buku ke?"
"Ha ah, buku ini semua adalah dari dunia ini dan juga dunia asal kita semua tapi ada juga buku yang bahaya untuk dibacai. Buku-buku seperti itu, kita orang simpan jauh daripada pengunjung perpuskataan. Buku-buku itu terdapat di dalam makmal Kiddi sendiri"
"Oh.. tapi mana object-object yang ada kuasa magik tu?"
"Mari ikut saya" kata Kiddi secara tiba-tiba. Boboiboy, Fang, Gopal, Lily kembalikan balik tempat asal buku yang mereka ambil tadi kecuali Rizu. Dia sedang seronok sangat membaca sebuah buku cerita tentang magik. Dia ikut mereka sambil membaca buku itu. Kaizo dan Lynna ikut Kiddi dari belakang. Kiddi membawa mereka tempat yang jauh ke dalam perpuskataan itu. Dia membelok ke tepi dan lalu celah-celah rak buku. Mata Fang asyik memandang buku-buku di situ. Ada juga buku novel dalam pelbagai genre. Tangan dia terasa gatal untuk mengambil satu buku tetapi Kiddi sudah pun mereka masuk ke dalam sebuah bilik khas. Mereka lalu pintu gerbang itu dan kini mereka berada di bahagian bilik lain
"Sinilah kesemua object magik yang kami simpan tapi tiada siapa boleh bawak ianya keluar dari istana ini" kata Kiddi sambil membawa mereka melihat-lihat object-object yang pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk pelik dan ada juga object-object yang mereka kenal seperti sebuah cermin mata. Lily menyentuh cermin mata itu
"Apa cermin mata ini boleh buat?" tanya Lily
"Pakailah" kata Lynna. Lily memakai cermin mata itu. Dia tergelak melihat Kaizo di dalam bentuk haiwan iaitu seekor itik "Apa yang Lily nampak?"
"Hehehee! Itik hot! ITIK HOT! ITIK HOT!" Berkerut-kerut dahi Kaizo. Lily pandang kearah Lynna dan muncul seekor angsa putih "WAH! Cantiklah angsa ni"
"Akak ni angsalah yea"
"Ha ah!" Lily melihat Boboiboy untuk melihat haiwan apa yang dia nampak melalui cermin mata itu "Wuuuu! Boboiboy ku adalah seekor helang yang besar dan terhebat! Tapi..." dia melihat Fang yang ada disebelah Boboiboy "HAHAHAAAAA! ARNAB MUKA MASAM!"
"Cheh, tak guna punya cermin mata" bisik Fang. Hati dia berapi-api dengan Lily yang masih lagi gelakan dia. Gopal pula sedang melihat pencil yang terdapat di atas sebuah tempat untuk mempamerkan pensil itu
"Apa pensil ni boleh buat?" tanya Gopal
"Pensil ni" Kiddi mengangkat pencil itu dan lalu dia menghayunkan pencil itu sekilat pantas. Lalu pencil itu berubah menjadi sebilah pedang yang tajam "Kak Lynna kamu selalu guna pensil ni dulu-dulu"
"Woahhh! dasyat betul pensil tu" Gopal tak berani nak pegang pedang itu. Dia hanya tersengih sahaja. Kiddi terus kembalikan pedang itu kepada pencil balik
"Buku ini untuk apa kak Lynna?" tanya Fang sambil melihat sebuah buku tebal dan sebatang pencil yang ada di sisi buku itu. Lalu dia membuka buku itu dan semuanya kosong. Tiada tulisan ataupun gambar yang ada di dalam buku tersebut
"Buku ini adalah salah satu object yang berbahaya" kata Lynna
"Berbahaya?" Kaizo muncul di sebelah adiknya "Apa yang bahaya sangat?"
"Hmmm..." Lynna menulis sesuatu di atas buku itu. Lalu sebuah mahkota bunga muncul di atas kepala Lily. Lynna tergelak sedikit melihat Lily terkejut dengan kemunculan mahkota bunga itu di atas kepalanya
"WUUUUUU! Lily adalah puteri bunga!" kata Lily sambil berpusing-pusing di dalam bilik itu "Tapi, dari mana bunga ni muncul?"
"Dari buku ni" Lynna tunjuk buku itu kepada Lily "Buku ini dapat mengawal seseorang dengan hanya menulis sahaja. Akak cakap buku ini berbahaya sebab kita boleh menyuruh seseorang pergi membunuh yang orang kita kehendaki atau kita bunuh orang itu dengan hanya menulis sahaja di dalam buku ini"
"Dasyat juga tapi.. tiada siapa yang pernah cuba mencuri object-object di sini?" tanya Kaizo
"Setakat ini, belum pernah. Kiddi yang telah menjaga semua object ini dengan baik"
"Kakak Lynna" Rizu tarik-tarik baju Lynna "Dekat sini ada wand tak?"
"Takdelah sayang tapi tongkat ajaib adalah.. hehehe..." Lynna belai kepala Rizu "Tapi kalau Rizu nak bawak balik buku tu, akak benarkan. Akak nampak Rizu dari tadi asyik baca buku tu dengan penuh kyusus"
"Ala tapi takpelah sebab kakak Lynna bagi Pizu pinjam buku ni" Rizu peluk buku itu dengan bahagianya
"Fang, mari ikut akak" Lynna pergi ke bahagian dalam sedikit dan berhenti di depan sebuah balang besar yang penuh dengan bola-bola kecil dalam pelbagai warna "Ini adalah gula-gula mimpi tapi mimpi kamu akan bertukar menjadi sebuah mimpi dongeng. Object ini tidaklah begitu bahaya sangat tapi akak yakin mimpi Fang nanti dapat berikan sedikit inspirasi untuk cerita yang kamu ingin buatkan" Lynna membuka balang itu dan mengambil gula-gula berwarna putih "Gula-gula warna putih ini memberikan kamu mimpi tentang pengembaraan. Kalau warna merah ini pula, kamu dapat bermimpi tentang diri kamu sebagai orang jahat di dalam mimpi itu nanti tapi semuanya di dalam bentuk cerita dongeng" Lynna mengambil tangan Fang dan lalu dia letakkan gula-gula putih itu di atas tapak tangan Fang "Makan gula-gula ini sebelum kamu masuk tidur"
"Baik kak Lynna! Terima kasih!" Fang menggenggam gula-gula itu
"Lily nak satu boleh?" Lily berkelip-kelipkan matanya kepada Lynna "Lily nak yang warna pink"
"Boleh tapi gula-gula pink ni tentang mimpi percintaan. Takpe ke?"
"Takpe! Asalkan BBB ku sebagai prince charming Lily nanti" Lynna hanya gelengkan kepala sambil tersenyum. Dia menyeluk balik tangannya di dalam balang itu dan mengambil gula-gula berwarna pink. Lalu dia berikan kepada Lily "Terima kasih kak Lynna! Sayang kak Lynna!" Lily peluk Lynna sepuas-puasnya
"Ada sesiapa nak gula-gula ni lagi?" tanya Lynna. Semua hanya gelengkan kepala kecuali Kaizo kerana dia sudah berada di tempat lain. Dia sedang melihat sebuah bola berkaca. Dia ternampak sebuah imej tentang seorang bayi kecil yang sedang ketawa riang. Dia rasa curiga dengan bola itu dan siapa bayi kecil itu tersebut. Diri dia ataupun adik dia? fikir Kaizo
"Bola ini sebenarnya boleh melihat masa depan kita semua" Kaizo terkejut dengan kemunculan Kiddi
"Jadi, siapa bayi kecil itu? Itu bukan dari masa silam aku ke?"
"Bukan, hanya masa depan sahaja yang kita boleh lihat dan bayi kecil itu tadi.. aku tak pasti siapa" Kiddi hanya tersenyum melihat Kaizo yang begitu curiga sekali. Dia tidak berkata apa lagi, lalu dia tinggalkan Kaizo bersendirian dengan bola kaca itu. Sebenarnya Kiddi tahu apakan terjadi nanti tapi dia hanya senyap dan biarkan ianya berlaku sendiri tanpa memberitahu kepada sesiapa
-----------------
Pada malam itu, Fang menelan gula-gula putih itu. Mata dia memang sudah rasa berat. Dia terus baringkan dirinya di atas katil dan lalu dia pejamkan mata. Tidak sampai 1 saat pun, dia sudah dibuai mimpi yang penuh dengan pengembaraan baru dia bakal hadapi nanti
--------------------------------------------------------------------------
Fang membuka matanya. Dia tersenyum sedikit apabila nampak seekor kupu-kupu ungu sedang berterbangan di depan matanya "Wahai sang landak, selamat datang ke dunia mimpi dongeng kamu" Berkerut-kerut dahi Fang
"Woi! Aku bukan landaklah"
"Tapi awak adalah pahlawan landak" kata kupu-kupu itu "Awak boleh menusuk musuh awak dengan menggunakan sebilah tombak berbisa yang boleh menyebabkan kematian"
"Erkk! Dasyat juga aku ni" Fang terus terduduk bangun dan melihat kelilingnya "Tapi aku dekat mana ni?" Dia mendongak ke atas untuk melihat langit biru. Dari jauh lagi Fang boleh melihat sebuah istana yang ada di atas awan. Dia pandang ke bawah, kanan dan kirinya dipenuhi dengan pokok-pokok rendang. Setiap pokok-pokok tersebut, semuanya di dalam pelbagai bentuk daun dan ada daun berjuntai-juntai di pokok itu. Beberapa burung yang hinggap di atas dahan pokok sedang berkicauan dengan riangnya. Beberapa ekor arnab sedang melompat-lompat di sebalik pokok-pokok itu. Dia ternampak sebuah jalan berbatu bata sedang menuju ke tempat lain. Tiada papan tanda menyatakan kearah mana jalan batu bata itu pergi. Fang bangun dari tempat dia terbaring tadi dan lalu dia menuju ke jalan yang berbatu bata itu
"Jalan ni ke mana?" tanya Fang kepada kupu-kupu itu
"Jalan ini adalah jalan untuk ke sebuah perkampungan. Sang pahlawan landak hendak pergi melihat perkampungan itu?"
"Hmm... boleh juga" Fang melangkah naik ke atas jalan batu bata itu "Dalam dunia mimpi ni, aku tiada kuasa kan?"
"Maaf sang pahlawan landak, kamu tiada kuasa cuma tombak berbisa kamu sahaja yang menjadi senjata mempertahankan diri kamu" Fang baru terasa di belakangnya ada sebatang kayu yang panjang menyelit di belakang bajunya
"Aku mesti seorang pahlawan terhebat dekat sini.. hehehee"
"Tapi ada juga pahlawan lain, sang landak"
"Hmm.. yelah tapi kau siapa sebenarnya?" Fang berjalan mengikut jalan berbatu batu itu. Kupu-kupu itu terbang ke depan mata Fang dan lalu dia berikan satu senyuman yang sangat manis. Sebuah sinaran cahaya keluar dari kupu-kupu itu. Mata Fang menjadi silau tetapi dia ingin melihat apa terjadi dengan kupu-kupu itu
"Saya adalah guardian kamu" Kupu-kupu itu berubah menjadi seorang manusia yang mempunyai sayap lutsinar dibelakangnya
"Eh! Yaya?" terkejut Fang melihat kawan baiknya ada di depan mata dia "Macam mana kau boleh masuk dalam mimpi aku ni?"
"Hehehee... semua manusia atau makhluk di dalam alam mimpi ini, semuanya yang orang-orang kamu kenal. Cuma personality mereka lain daripada dunia nyata kamu" Lalu Yaya berjalan di sebelah Fang "Saya adalah guardian kamu. Seseorang yang akan melindungi kau apabila kau dalam bahaya nanti"
"Jadi, Boboiboy mesti ada dekat dalam dunia ni.. mesti dia lagi hebat daripada aku.. cheh! Tak guna punya mimpi" Yaya tergelak sambil mereka berjalan bersama "Entah-entah, si Lily tu mesti ada dekat dalam mimpi ni. Agaknya, dia jadi apa yea" Lalu Fang bayangkan Lily menjadi seekor anak itik yang suka buat bising "Hehehehee"
"Tak tahulah, saya hanya guardian kamu sahaja tapi dalam dunia mimpi ini. Kamu ada satu misi iaitu pergi menyelamatkan sang puteri dan sang putera dari ahli sihir yang sangat jahat"
"Puteri dan putera? Hmm.. itu mesti kak Lynna dan abang aku kan"
"Maaf sang landak, saya tidak boleh beritahu kamu siapakah puteri dan putera itu" Yaya tersenyum sahaja. Fang mula berapi-api sebab dia terpaksa mengetahui sendiri. Sepanjang perjalanan mereka, Fang hanya diam sahaja. Mata dia asyik pandang persekitaran dia, kadang-kadang mata dia terpandang sayap milik Yaya. Kesemua penampilan Yaya di dalam alam mimpi itu, memang jauh berubah dari Yaya yang asal, cuma mereka masih lagi memakai tudung
"Kita sudah sampai" kata Yaya secara tiba-tiba
"Sampai? Dekat mana?" Fang melihat di depannya dan dia tidak nampak apa-apa. Tiada sebuah perkampungan. Hanya sebuah padang rumput yang terbentang luas. Fang melihat ke kiri ke kanan. Tiba-tiba sahaja muncul dua orang pemuda yang dia kenal iaitu Boboiboy dan Ying tapi penampilan mereka seperti seorang pahlawan ninja. Boboiboy dan Ying tidak memakai topi yang mereka selalu pakai. Ying mengikat toncang rambutnya dan rambut putih Boboiboy sudah kelihatan "Eh, korang"
"Kami sudah lama menunggu kedatang kamu, tuan landak" kata Ying
"Selamat datang ke perkampungan tersembunyi" Boboiboy berikan senyuman kepada Fang. Lalu muncullah sebuah perkampungan di belakang Boboiboy dan Ying. Mereka berdua menjemput Fang dan Yaya masuk ke dalam perkampungan itu
"Korang ni siapa?" tanya Fang yang rasa sangat pelik
"Saya adalah pahlawan helang iaitu Boboiboy dan ini pula adalah pahlawan kura-kura, Ying! Kami adalah pengikut setia kamu" Fang terus tersenyum sedikit. Selama ini dia hanya menjadi orang ikutan Boboiboy sahaja tetapi di dalam mimpi dia, dia adalah ketua dan Boboiboy adalah pengikut setia dia "Sebelum kita teruskan perjalanan kita, apa kata kamu berehat dulu"
"Tapi..." Fang belum habis bercakap, dia telah dipelawa untuk menjamu selera di situ. Sebuah meja dan beberapa kerusi telah disediakan di perkarangan perkampungan itu. Mereka diraikan dengan irama alunan muzik yang sungguh rancak. Ada beberapa remaja gadis sedang mempersembahkan tarian mereka kepada Fang dan Yaya. Mereka dipelawa duduk di situ dan menjamu hidangan yang telah disediakan oleh para penduduk di situ
"Apasal dia orang suka sangat dengan kedatangan aku? Aku memang hebat sangat ke dekat sini?" tanya Fang kepada Yaya
"Yea sang landak. Kamu adalah seorang pahlawan yang sangat terkenal. Ramai yang cemburu dengan kehebatan sang landak dan ada juga yang memuja-muja diri pahlawan sang landak"
"Seronok pulak mimpi aku ni" kata Fang. Sebuah seketul ayam besar telah dihidangkan di hadapan Fang. Bukan itu sahaja, ada beberapa makanan yang lain ada juga seperti pudding chocolate, buah-buahan, sup kentang, itik salai dan juga beberapa keping roti untuk dicicahkan bersama sup. Fang dengan gembiranya, dia makan makanan yang telah disediakan. Dia menjemput Boboiboy dan Ying untuk menyertai dia dan Yaya tetapi mereka menolak. Yaya makan begitu sopan sekali. Dia hanya makan sup kentang bersama dengan buah-buahan. Sedang Fang asyik makan roti bersama dengan itik salai, beberapa orang pemuda datang dengan seorang gadis yang membuat Fang rasa nak hempuk kepala dia dekat pinggan. Kedua belah tangan gadis itu telah dipegang oleh dua lelaki pemuda itu
"EH! LANDAK LAH!" Fang menghempuk-hempuk kepala dia dengan pinggan kosong
"Apasal kau ada dekat dalam mimpi aku ni!"
"Mana Lily tahu. Lily cuma ingat, Lily makan gula-gula pink sebelum Lily tidur. Lepas tu Lily kena tangkap pula dengan dua pemuda ni" kata Lily. Tiba-tiba mata dia beralih ke tempat lain, iaitu dibelakang Fang. Mata dia bersinar-sinar melihat Boboiboy berpakaian seperti seorang ninja. Boboiboy tidak memakai topi orennya tetapi sehelai kain oren telah diikat di kepalanya. Maka, nampaklah rambut putih Boboiboy itu "Boboiboy!"
"Tuan pahlawan, apa kita perlu buat dengan gadis ini?" tanya salah seorang pemuda itu
"Boleh kalau aku humban dia ke dalam laut?" bisik Fang kepada Yaya
"Tak boleh wahai sang landak. Perbuatan itu sangat kejam. Saya rasa baik awak lepaskan sahaja gadis itu. Saya tidak nampak kejahatan di dalam dirinya, saya cuma nampak aura-aura yang berwarna warni. Dia adalah seseorang yang sangat seronok untuk didampingi"
"Hmmm... yelah tu. Buat pasal dengan aku adalah" bisik Fang. Dia menghela nafas dan lalu berkata "Lepaskan gadis itu dan dia boleh menyertai aku dan Yaya untuk berjamu selera"
"WAH! LANDAK BAIK HATILAH!" Kedua belah tangan Lily dilepaskan dan sebuah kerusi telah disediakan untuk Lily. Dia terus duduk disebelah Fang tetapi mata dia masih lagi memandang kebelakang "Boboiboy tak nak makan sekali ke?"
"Tak perlu sang gadis cantik. Kamu makanlah dulu" kata Boboiboy dengan lemah lembut sekali. Hati Lily berdengup-dengup begitu kuat sekali kerana Boboiboy kelihatan begitu kacak di dalam pakaian ninja dia
"Kalau macam tu, Lily simpankan makanan sedikit untuk Boboiboy" Lily memotong ayam itu, sebahagian ayam itu, dia letak di dalam pinggan kosong. Dia mengambil beberapa keping roti tetapi dia tidak mengambil itik salai sebab dia rasa kasihan pula jikalau dia makan kapten itik iaitu Kapten Kaizo "Ayam ini untuk Boboiboy yea"
"Terima kasih" Boboiboy terus berikan senyuman manis dia kepada Lily "Adeh, Lily rasa nak pengsan pula dengan senyuman Boboiboy"
"Pengsan ajelah. Bolehlah kau tak perlu ikut aku nanti"
"Ikut pergi mana landak?"
"Tak pergi mana" jawab Fang sambil menelan itik salai dia "Wei, kau masuk ke dalam mimpi aku ni sebab nak cari cinta kau ke?"
"Tak perlu cari pun, dia ada dekat belakang kau" Lily melambai sedikit kearah Boboiboy dan Boboiboy membalas balik lambaian dia "Adeh, kan best kalau dia adalah Boboiboy ku yang betul bukan mimpi sahaja"
"Suka hati kaulah"
"Korang berdua memang kenal satu sama lain yea" tanya Yaya
"Yea" jawab mereka berdua dengan nada serius. Yaya tergelak sedikit melihat gelagat mereka berdua, lebih-lebih lagi Lily yang sedang mencuba memikat Boboiboy. Selepas sahaja mereka habis berjamu selera. Fang terpaksa meneruskan perjalanan dia bersama Boboiboy, Yaya, Ying dan jug Lily. Sebelum mereka tinggalkan perkampungan itu, mereka telah diberikan beberapa makanan lagi dan juga beberapa botol air supaya mereka tidak kehausan. Kampung itu memang suka berikan makanan kepada para tetamu yang datang mengunjung perkampungan mereka. Mereka keluar dari perkampungan itu mengikut jalan lain, iaitu melalui jalan belakang perkampungan tersebut. Fang mengetuai pasukannya, dia terus keluar dari perkampungan itu. Dia menoleh sedikit dan dapati perkampungan itu sudah pun hilang dari pandangannya.
"Kemana aku perlu pergi sekarang ni?" tanya Fang kepada Yaya. Boboiboy dan Ying memasuki sebuah kawasan yang berpagar. Mereka diikuti oleh Fang, Yaya dan Lily.
"Istana yang kamu pergi pergi adalah istana langit" Yaya tunjuk kearah sebuah istana yang berada tidak jauh dari situ. Istana itu berada di atas awan "Istana itu adalah istana milik sang puteri dan sang putera. Mereka adalah adik beradik tapi seorang ahli sihir jahat telah menguasai istana mereka. Kamu perlu kalahkan ahli sihir itu"
"Tapi macam mana kita perlu naik ke atas istana tu?"
"Kamu tidak perlu risau tentang itu. Ada sepasang suami isteri yang sudi menolong kamu hendak pergi ke istana langit itu" Lalu Ying tunjukkan jalan dia untuk pergi berjumpa dengan pasangan suami isteri itu. Jalan yang mereka lalui adalah sebuah jalan taman bunga. Pelbagai jenis bunga yang hidup di situ. Semuanya amat indah sekali, tiada satu pun yang nampak layu. Sepanjang perjalanan mereka, Fang bau haruman bunga-bunga tersebut. Dia juga ternampak sebuah tasik yang berada di tepi mereka. Seekor ibu itik sedang berenang renang bersama dengan anak-anak itik. Ada dua ekor rusa sedang minum air tasik tersebut dan paling buat Fang tersenyum adalah seekor arnab melambai-lambai kearah dirinya. Lily asyik melihat Boboiboy sahaja. Makin lama makin kacak pula Boboiboy, fikir Lily
"Apa nama kamu?" tanya Boboiboy kepada Lily
"Nama saya Lily. Saya sebenarnya peminat Boboiboy dari dulu lagi tapi semenjak dapat berkawan dengan Boboiboy, hati Lily terus jatuh hati kepada Boboiboy. Walaupun ini hanyalah mimpi si landak dan Lily, sudikah Boboiboy menjadi teman mimpi Lily?"
"Hmmm.. sudi tapi kamu tak kisah ke kalau pengembaraan kami dipenuhi dengan musuh-musuh yang sangat digeruni?"
"Tak kisah pun" kata Lily yang sudah mula untuk mencubit pipi tembam Boboiboy "Oh Boboiboy ku, pipi kau sentiasa tembam macam pau"
"Heehehe... terima kasih" kata Boboiboy sambil tersengih. Dia memetik sekuntum bunga mawar pink yang ada di situ dan lalu dia menyelitkan bunga itu di telinga Lily. Muka Lily menjadi merah padan kerana rasa sangat malu
"Lily rasa.. Lily rasa... SANGAT BAHAGIA! LILY TAK NAK BANGUN DARI MIMPI INDAH NI WALAUPUN TERPAKSA BERKONGSI MIMPI DENGAN SI LANDAK!" Dua ekor rusa tadi berlari kerana terkejut dengan jeritan Lily yang begitu kuat
"Woi! Jangan menjerit boleh tak" marah Fang
"Hehehee... maaf" Lily mengusik-usik bunga mawar itu. Dia tersenyum lebar sambil bernyanyi sedikit-sedikit kerana terlampau bahagia sangat "Jauh ke kita nak pergi jumpa pasangan suami isteri tu?" tanya Lily
"Jauhlah juga" kata Boboiboy "Kita perlu melalui hutan gelap untuk sampai sampai ke rumah pasangan itu tapi di dalam hutan tersebut, kita semua perlu berhati-hati kerana ianya terdapat banyak makhluk jahat. Cik gadis Lily jangan risau, saya akan melindungi kamu sepenuh nyawaku" Lily rasa nak pengsan di situ. Dia tampar sedikit pipi dia untuk sedarkan diri dia yang separuh pengsan itu
"Sukalah tu tapi malangnya, Boboiboy betul kau takdelah seromantik ni.. HAHAHAAA!" ketawa Fang sekuat hati "Lagipun dia anggap kau sebagai kawan aje" Lily menjelir lidahnya kepada Fang
"Ala landak, kau tu apa kurangnya. Bercinta dengan donut lobak merah.. HAHAHAAAAAAA!" Fang ketuk kepala Lily dengan ranting kayu yang baru sahaja dia kutip. Selepas itu dia letak ranting kayu itu diatas kepala Lily "LANDAKK!" Lily mengibas-gibas kepalanya
"Korang berdua ni memang suka bergaduh yea"
"MANA ADA!" jerit Fang dan Lily kepada Boboiboy. Mereka sudah pun keluar dari taman bunga itu dan teruskan berjalan. Semakin lama, semakin sunyi laluan mereka. Lily peluk lengan Boboiboy kerana rasa takut.
"Nampaknya kita sudah pun sampai ke hutan gelap" kata Yaya sambil melihat sebuah hutan tebal di depannya. Hutan itu penuh dengan pokok-pokok tebal dan tinggi. Mereka boleh dengar bunyi-bunyi pelik datang dari hutan tersebut. Mata-mata merah keluar dari sebalik hutan itu. Boboiboy, Ying dan Lily masuk ke dalam hutan gelap itu, mereka diikuti oleh Fang dan Yaya. Fang menoleh kebelakang dan dia terkejut, baru sahaja dia sudah masuk ke dalam hutan gelap itu. Tiba-tiba sahaja jalan di belakang mereka digantikan dengan hutan tebal. Daun-daun berguguran di sekeliling mereka, bunyi-bunyian seperti hantu membuat Lily rasa seram sejuk dan semakin lama mereka berjalan jauh, semakin tebal kabus di situ
"Macam mana kita nak nampak jalan ni?" tanya Fang
"Jangan risau" Yaya menghempus sebuah angin kencang dan kabus-kabus di depan mereka terus hilang. Mereka dapat berjalan secara biasa tetapi lebih berhati-hati. Boboiboy dan Ying sudah bersiap dengan senjata mereka. Boboiboy memegang erat sebatang kayu panjang atau dipanggil Bo dalam bahasa jepun. Lily sorok di belakang Boboiboy sambil memegang-megang bahu Boboboiboy. Ying sudah bersiap sedia dengan alat memanah dia. Dia perhatikan setiap dahan pokok tetapi semuanya hanya ada burung gagak hitam dengan mata merah. Tiba-tiba mereka terdengar seseorang sedang menuju kearah mereka. Mereka terdengar ranting kayu telah dipijak patah. Ying mengangkat alat memanah dia dan terus melihat sekeliling mereka. Fang sudah memegang tombak yang ada di belakang badan dia
"Syhhh..." Boboiboy suruh mereka berjalan dengan begitu perlahan. Fang menyuruh Yaya berjalan dulu ke depan, biar dia jaga di belakang mereka. Dia perlu berjaga-jaga, setiap bunyian yang ada, dia perlu peka. Boboiboy terus sembunyikan diri di belakang sebuah pokok yang tebal. Dia suruh mereka sembunyi sekali kerana dia ternampak bayang-bayang yang berada jauh daripada mereka. Dua bayang, satu kecil dan satu besar sedang bergerak dengan perlahan kearah mereka. Fang melihat bayang-bayang itu dan dia terkejut kerana dua bayangan itu adalah Rizu dan Gopal. Rizu tidak berbaju, hanya berseluar pendek dan dia berjalan seperti seekor gorilla. Gopal pula berjalan seperti biasa, dia juga seperti Rizu, tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Terdapat seutas rantai tengkorak yang ada di leher Gopal. Sebelah tangannya sedang memegang sebuat alatan seperti terompet kayu
"Hati-hati. Mereka berdua tu sangat berbahaya" bisik Boboiboy "Kalau dia bunyikan terompet dia, kita akan menghadapi masalah besar"
"Masalah besar?" tanya Fang
"Nanti makhluk-makhluk dalam hutan ini akan keluar dan kita akan menjadi mangsa" kata Ying dengan nada perlahan "Sekarang kita perlu elakkan diri daripada mereka. Yang kecil itu, nama dia Pizuzilla dan yang besar itu adalah Gopalizza" Fang dan tergelak sedikit
"Mereka sebenarnya manusia seperti kita tetapi disebabkan kemiskinan mereka dan tiada siapa yang mahu menolong mereka. Jadi mereka lari ke sini dan hidup di dalam hutan liar ini. Hati mereka sudah berubah menjadi gelap. Mereka tidak lagi percaya kepada manusia dan setiap kali manusia masuk ke dalam hutan ini, mereka akan mengajar mereka kerana tidak menolong mereka berdua pada suatu ketika dahulu" kata Yaya yang tidak berasa takut "Tapi saya yakin bahawa sang pahlawan landak akan dapat mengatasi mereka berdua"
"Dasyat juga sejarah dia orang berdua" kata Lily "Tapi kasihan Rizu-chan. Jadi manusia liar dalam hutan liar yang berliar-liar ni"
"Hmmm... mari kita ikut laluan lain sebelum mereka nampak kita semua" kata Boboiboy. Dia mengarah mereka berpatah balik tetapi secara senyap-senyap. Mereka lalu di tempat yang bersemak dan penuh dengan daun-daun. Kali ini Ying pula menjaga dibahagian belakang. Mereka sekejap berjalan, sekejap berhenti kerana Boboiboy takut makhluk lain pula akan nampak mereka. Perjalanan mereka makin lama, semakin perlahan. Matahari pun tidak lagi kelihatan. Mereka tidak mahu memasang api kerana takut ianya akan mendatang bahaya kepada mereka semua. Fang menjumpa sebuah lubang besar di bawah pokok. Di dalam lubang itu, memang muat untuk 3 orang sahaja. Boboiboy dan Fang hanya duduk di luar sebagai pengawal. Yaya, Ying dan Lily duduk di dalam untuk berehat. Boboiboy dan Fang akan bergilir-gilir untuk berehat. Malam itu, keadaan hutan itu semakin bertambah gelap dan makhluk-makhluk hutan gelap itu mulai gelap dan bergerak lebih pantas seperti biasa. Makhluk itu suka dalam keadaan gelap. Mata Boboiboy berliar-liar perhatian sekitar kawasan pokok itu. Dia langsung tidak berasa penat. Malam masih lagi panjang, Boboiboy hanya duduk diam di depan pintu lubang itu. Telinga dia terdengar ada sesuatu sedang berjalan kearah mereka. Lalu dia bangun dan bersiap sedia untuk menghadapi apa yang akan terjadi seterusnya
Fang terjaga dari tidurnya. Dia nampak Boboiboy sedang berdiri sambil perhatikan persekitarannya. Mereka terkejut dengan sebuah bunyi daripada terompet "Alamak! Nampaknya Gopalizza telah jumpai kita! Kita kena tinggalkan tempat ni"
"Biar aku pergi kejutkan mereka, kau tunggu di situ" kata Fang kepada Boboiboy. Dia terus masuk ke dalam lubang itu untuk mengejut Yaya, Ying dan Lily "Woi! Bangun! Kita dalam bahaya!"
"Bahaya?" Lily yang bangun dulu sambil mengosok-gosok matanya
"Bahaya?! Siapa mahu serang kita?" Fang tidak sempat untuk menjawab soalan Ying tadi, dia sudah pun keluar dari lubang pokok itu. Yaya bangun dari tidurnya juga. Mereka bertiga keluar dari situ tetapi mereka sudah dikepung oleh makhluk-makhluk hitam. Semuanya sedang memandang liar kearah mereka. Pizuzilla ada di situ dengan gigi taringnya. Tangan dia sudah mula untuk mencakar orang "Kita perlu kalahkan mereka semua" kata Ying yang sudah bersiap sedia untuk memanah mereka.
Gopalizza muncul dengan laungan meraung dia yang begitu menakutkan. Laungan itu membuat makhluk-makhluk hitam bergerak begitu laju untuk menyerang mereka semua. Boboiboy memusing-musingkan batang kayunya, dia sudah bersiap sedia untuk berlawan. Ying memanah satu per satu ke arah makhluk hitam itu tetapi semakin ramai lagi yang muncul. Fang terpaksa berlawan sekali dengan menggunakan tombak berbisa dia. Dia mencucuk makhluk-makhluk halus itu dan lalu asap hitam keluar dari makhluk itu. Terus makhluk itu mati dan hilang sekelip mata
"Makin ramai yang datang. Aku tidak dapat untuk musnahkan mereka semua" kata Boboiboy
"Jangan mengalah!" kata Fang. Boboiboy melibas dan menolak makhluk itu dengan kayunya. Dia cucuk makhluk itu untuk dimatikan. Pizuzilla datang sambil berlari ala-gorilla, dia datang untuk menyerang Boboiboy. Dia datang menggelakkan diri daripada hantaran anak panah Ying. Pizuzilla meloncat dan tangannya sudah naik ke atas untuk mencakar Boboiboy
"BOBOIBOY!" Jerit Lily yang berada di bawah perlindungan Yaya. Mereka terpaksa masuk balik ke dalam lubang untuk melindungi diri. Boboiboy pandang ke arah belakang dan mempertahankan dirinya. Pizuzilla tergigit kayu batang Boboiboy. Tiba-tiba sahaja satu cahaya yang sangat terang datang dari jauh. Cahaya itu menyebabkan beberapa makhluk hitam berlari dari situ, termasuklah Pizuzilla dan Gopalizza. Mereka berlari ketakutan. Cahaya itu semakin lama semakin dekat dengan mereka. Fang melihat siapa yang selamatkan mereka semua. Lelaki muda itu sedang memegang sebuah tongkat sakti dan pakaian dia seperti jubah berwarna putih
"Zakwan?"
"Saya adalah seeorang ahli sihir yang baik. Saya tahu kamu semua dalam perjalanan ke rumah pasangan suami isteri itu. Mari ikut saya, saya akan tunjukkan jalan keluar" kata Zakwan. Boboiboy, Yaya dan Ying kenal lelaki itu kerana mereka selalu dengar cerita lagenda tentang lelaki muda yang bernama Zakwan "Perjalanan kamu sudah semakin hampir untuk ke istana langit tetapi cuma makhluk hitam itu sahaja menjadi penghalang kamu" Dia membawa mereka ke jalan yang lebih mudah dan pintas untuk keluar dari hutan gelap itu. Dia juga mengeluarkan sedikit cahaya dari tongkat saktinya supaya perjalanan mereka tidaklah terlalu gelap. Sampai sahaja di penghujung hutan, mereka semua rasa lega kerana dapat keluar dari hutan gelap itu. Di hadapan mereka, terdapat sebuah rumah kayu kecil. Asap-asap hitam keluar dari cerombong rumah itu. Lalu pintu rumah itu terbuka
"Abang?" Fang terkejut melihat abangnya ada di dalam dunia mimpi dongeng dia "ABANGGG!" Fang berlari ke arah Kaizo dan lalu dia memeluk abangnya. Dia dapat bau lobak merah dari abangnya
"Kamu ni kenapa? Sudah tak betul ke?" Fang terus lepaskan pelukan dia "Aku bukan abang kau"
"Hmmm... tapi dalam dunia sebenar, abang adalah adik saya" kata Fang "Tapi semua ini hanyalah mimpi sahaja"
"Tahu pun" kata Kaizo dengan nada serius "Silakan masuk ke dalam rumah aku" Fang terus masuk ke dalam rumah tersebut bersama rakan-rakannya. Dia nampak sebuah meja sudah tersedia dengan sup lobak merah. Ada beberapa keping roti juga sudah tersedia. Dia pusing kebelakang dan melihat Kaizo sedang berborak sekejap dengan Zakwan. Selepas itu Kaizo menutup pintu dan Zakwan tidak menyertai mereka. Fang tidak tahu kemana Zakwan pergi
"Selamat datang" Fang kenal suara lembut itu. Terus dia tersenyum melihat Lynna muncul dari dapur dengan sebuah periuk besar "Jemput duduk semua. Saya ada sediakan makanan khas untuk kamu semua. Ada sup lobak merah, ada roti dan juga nasi. Makanlah sampai kenyang. Lepas tu kamu semua boleh berehat"
"Kak Lynna yang buat semua ni?" tanya Fang
"Akak dan abang yang buat semua ini. Kami sentiasa masak bersama-sama" Lynna letakkan periuk nasi itu di atas meja. Kaizo berdiri di sebelah Lynna. Mereka berdua pandang satu sama lain sambil tersenyum mesra. Fang rasa bahagia pula melihat mereka berdua mesra begitu. Lily ketuk kepala Fang dengan cawan besi
"Woi!"
"Sudah sudah lah tu landak. Impian kau tak kan menjadi kenyataan" kata Lily sambil bubuh nasi ke dalam pinggan dia "Kalau jadi kenyataan pun, mesti kau yang buat sesuatu kan kan kan"
"Mana adalah. Kalau terjadi pun, mesti sebab hati mereka sudah berubah" Lily tidak dengar kerana Boboiboy yang begitu baik hati, dia suap sekeping roti kedalam mulut Lily "Hmmm... bahagialah kau" bisik Fang. Hati Lily sudah berbunga-bunga melihat Boboiboy yang duduk disebelah dia. Tangan mereka berpegangan dan pipi Lily menjadi kemerah-merahan seperti tomato. Fang naik muak melihat mereka berdua. Lalu dia makan sambil membuat muka masam. Selepas sahaja mereka sudah berasa kenyang, mereka semua tidur di dalam bilik berasingan. Kaizo dan Lynna hanya duduk di luar rumah sambil melihat bintang-bintang berkelipan sambil berpegang tangan
-----------------------------------------------------------------------------
"Sang landak bangun!" Fang terkejut dengan suara Yaya. Mata dia terbuka luas. Yaya sudah berada di hadapan katilnya bersama Boboiboy dan Ying "Kita perlu bergerak sekarang" kata Yaya
"Sekarang?"
"Yea, kita sudah tiada masa. Kaizo dan Lynna akan tunjukkan jalan untuk pergi istana langit" Fang terpaksa keluar dari katilnya. Dia rasa dia tidur begitu sekejap sahaja, tak kan hari sudah siang? fikir Fang. Dia terus memakai kasutnya yang ada di tepi katil yang dia tidur tadi. Fang ikut mereka bertiga keluar dari bilik itu. Lily ada di meja makan sedang menikmati sarapan pagi dengan senang hati. Bunga mawar semalam, masih lagi ada di tepi telinganya. Dia awal pagi lagi sudah bangun
"Lily, kita perlu bergerak sekarang" kata Yaya yang tergesa-gesa itu
"Sekejap" Lily terus menghirup sup cendawan itu sampai habis. Selepas itu, dia mengelap mulutnya dengan sehelai kain. Dia keluar dari rumah tersebut kerana rakan-rakan dia sudah pun berada di luar rumah. Lynna sedang menghasilkan 3 buah awan untuk mereka menaiki
"Kamu akan datang pergi ke istana langit dengan menaiki awan ini tapi akak cuma dapat hasilkan tiga sahaja" kata Lynna. Ketiga-tiga awan untuk terapung sedikit dan ianya muat untuk dua orang. Boboiboy naik salah satu awan tersebut dan lalu dia menghulurkan tangannya kearah Lily
"Sweetnya!" Lily tersipu malu. Dia pegang tangan Boboiboy dan terus dia naik ke atas awan itu "Mimpi ini sangat indah buat Lily" Air mata Lily keluar sedikit kerana dia rasa sangat bahagia dan terharu. Boboiboy mengesat air mata Lily "Adakah ini cinta pandang pertama Lily? MALU MALU MALU MALU!" Jerit Lily yang sudah terduduk di atas awan itu bersama Boboiboy. Kaizo hanya memandang Lily dengan wajah serius dia
"Kau jangan nak berseronok sangat kerana ada satu lagi cabaran untuk kamu semua. Iaitu ahli sihir yang sedang menunggu kamu semua di istana langit itu" kata Kaizo "Semoga kamu semua berjaya mengalahkan ahli sihir itu"
"Baik!" kata Lily dengan nada serius dia. Fang sudah menaiki awan dia. Yaya dan Ying naik di atas awan lain. Awan-awan itu bergerak ke atas dan lalu terbang menuju ke langit
"SEMOGA BERJAYA!" jerit Lynna sambil melambai-lambai ke arah mereka. Fang baru sedar bahawa Lynna di dalam dunia mimpi dia sedang mengandung. Dia dan Kaizo masih lagi pandang ke arah langit untuk melihat mereka terbang dengan selamat. Awan-awan itu bergerak secara kelajuan normal, mereka dapat merasa angin sejuk di langit itu. Matahari yang panas terik itu tidak dirasai oleh mereka semua. Lily siap nyanyi lagu A Whole New World di situ. Boboiboy hanya tersenyum sahaja sambil mendengar nyanyian Lily. Fang dapat merasai sedikit awan yang lalu disebelah dia, ianya seperti kapas
"Jauh lagi ke kita?" tanya Fang kepada Yaya yang ada di depannya
"Tak, kita sudah semakin dekat dengan istana itu" kata Yaya. Sayap dia mula mengibas-gibas begitu laju sekali. Dia terbangkan dirinya untuk melihat keadaan di hadapan mereka. Ada beberapa awan sedang menghalang mereka tetapi Yaya menghembus awan itu untuk memberikan laluan kepada rakan-rakannya. Istana langit itu muncul di hadapan mereka. Istana itu sangat besar dan indah. Terdapat sebuah air terjun di tepi istana itu tetapi keindahan itu dihiasi dengan batu-batu patung manusia yang asalnya adalah manusia biasa. Mereka telah ditukar menjadi batu oleh ahli sihir jahat. Fang nampak wajah ketakutan di batu-batu patung itu. Ada yang cuba hendak larikan diri dan ada juga yang sedang dalam keadaan menjerit. Suasana di situ sangat sunyi, hanya tiupan angin yang sejuk sahaja menjadi peneman mereka semua. Awan-awan itu turun di depan perkarangan pintu masuk ke dalam istana tersebut. Terdapat banyak lagi batu patung di situ. Semuanya sedang dalam keadaan berlari untuk selamatkan diri. Awan itu mendarat dengan selamat. Satu per satu daripada mereka, turun dari awan itu
"Heheheee" Fang kenal dengan gelakan itu. Gelakan yang dia pernah dengar pada suatu ketika dahulu "Heheee.. selamat datang ke istana langit" suara itu timbul disitu. Mereka pandang dipersekitaran mereka. Fang sudah agak, siapa pemilik suara itu
"Itu suara Ratu Lily" bisik Fang
"Ratu Lily?" Lily terdengar bisikan Fang tadi "Dia cuba hendak mengambil BBB ku ke?" Terus Lily memegang erat lengan Boboiboy "Lily tak kan benarkan dia merampas Boboiboy ku!"
"Siapa cakap aku inginkan Boboiboy kau. Aku hanya mahukan pahlawan landak untuk menjadi koleksi batu patung aku" Ratu Lily muncul di depan pintu istana. Rambut dia mengerbang seperti rambut pontianak. Kuku dia tajam dan mata dia merah. Fang teringat lagi saat Ratu Lily sebelum dia menjadi baik. Pada ketika itu, Ratu Lily seksa diri dia tahap sadis yang tiada belas kasihan. Diri dia yang sudah lemah, dia masih lagi diseksa dengan teruk
"Hati-hati semua, jangan bagi dia menukar kamu menjadi batu" kata Yaya dengan nada tegasnya "Sang landak, hanya kau sahaja yang dapat kalahkan Ratu Lily itu. Gunakan tombak berbisa kamu dan tikam kearah jantung dia"
"Baiklah tapi aku perlu dekatkan diri aku dengan dia"
"Itu kamu jangan risau" kata Yaya sambil mengeluarkan tali emas dari beg sandang dia "Tali ini dapat mengikat dia dan dia tidak akan mempunyai kuasa selagi dia diikat oleh tali emas ini" Yaya berikan tali emas itu kepada Fang
"Aku rasa, kau patut pegang tali itu" kata Fang
"Hmm.. baiklah tapi hati-hati" Terus Ratu Lily menyerang mereka berdua dengan sebuah bola elektrik. Yaya terbangkan dirinya dan Fang melompat kebelakang. Boboiboy berlari sambil memegang senjata kayunya. Dia menggunakan kayunya untuk melompatkan dirinya. Lalu dia keluarkan kakinya untuk menendang Ratu Lily itu
"Kau ingat kau dapat kalahkan aku!" Ratu Lily terus hembuskan sesuatu kearah Boboiboy. Lily terkejut melihat Boboiboy bertukar menjadi batu
"BBB-CHAN!" Lily berlari ke arah Boboiboy yang sudah menjadi batu tetapi kali ini pula, Lily menjadi mangsa Ratu Lily. Dia menukar Lily menjadi batu
"HAHAHAAHAAAAA! SIAPA LAGI NAK JADI BATU?" Ratu Lily tergelak sinis di situ tetapi dia tidak sedar dengan satu anak panah datang ke arah dia. Anak panah itu terus menusuk ke dalam bahu Ratu Lily. Dia pegang anak panah itu dan lalu menarik keluar. Dia menjerit kesakitan. Yaya terbang ke bawah untuk mengikat Ratu Lily sementara dia menjerit. Ratu Lily sedar dengan kehadiran Yaya, dia keluarkan hembusan dia tetapi Yaya menghembus balik ke arah Ratu Lily. Dia tahu Ratu Lily tidak akan bertukar menjadi batu. Di dalam hembusan kabus Yaya tadi, dia secara pantas, dia baling tali keemasan itu kearah Ying. Mereka berdua mengikat Ratu Lily dengan begitu pantas sehingga dia tidak berdapat menggunakan kuasanya. Fang muncul di belakang Ratu Lily dan lalu dia menusuk dari belakang dan terus ke jantung Ratu Lily
"Aku... tak... kan..." terus Ratu Lily mati di situ. Boboiboy dan Lily kembali menjadi manusia balik, begitu juga orang-orang di situ. Puteri dan putera di situ dapat keluarkan diri daripada penjara minda Ratu Lily. Fang tidak sangka puteri dan putera istana itu adalah Bella dan Aidan
"Pahlawan landak, terima kasih kerana selamatkan kami dan juga istana ini" kata Bella dengan nada lembut dia "Sebagai ganjaran keberanian kamu, saya akan menghadiahkan kamu sebilah pedang yang diperbuat daripada emas. Gunakan pedang ini dengan elok" Aidan, abang kepada Bella, berikan pedang emas itu kepada Fang. Pedang itu agak berat tetapi Fang dapat imbangkan pedang itu dengan diri dia
Lily menangis kerana dia tahu, mimpi dia dan Fang akan berakhir tidak lama lagi "Jangan menangis wahai gadis cantik. Nanti aku akan datang balik ke dalam mimpi kau" Lily mengambil bunga mawar di telinganya dan berikan kepada Boboiboy "Tidak perlu, kamu jaga bunga ini sebagai kenangan kita di sini" Boboiboy mengangkat tangan Lily dan lalu dia cium tangan itu. Selepas itu, Fang dan Lily hilang dari dunia mimpi itu bagaikan angin
--------------------------------------------------------------------------------------
Fang bangun dari tidurnya sambil tersenyum. Dia masih ingat lagi pengembaraan dia di dalam mimpi tersebut. Tanpa membuang masa, dia terus membuka laptopnya dan tulis cerita pengembaraan dia sebentar tadi di dalam laptopnya. Kaizo membuka pintu bilik adiknya dan lalu dia tersenyum sedikit. Dia melihat adiknya bersungguh-sungguh menaip di dalam laptop itu. Secara senyap, Kaizo tutup pintu itu balik. Fang tidak sabar untuk memberikan kawan-kawan dia membaca kisah pengembaraan dia
"Mesti Bella akan suka dengan cerita aku" kata Fang. Pada hari itu juga, Bella siarkan cerita Fang di laman website dia yang penuh dengan cerita detektif. Fang mendapat komen yang banyak dari pembaca setia Bella. Semuanya ingin Fang menulis lagi kisah pengembaraan itu tapi Fang seperti tidak mahu menulis lagi. Mungkin pada masa hadapan dia akan mula menulis tetapi bukan sekarang
Sekarang dia hanya mahu berseronok dengan rakan-rakannya di dalam pengembaraan yang akan datang. Apa jadi dengan Lily? Lily duduk di dalam bilik dia sambil melukis sebuah potrait Boboiboy di dalam mimpi dia dan Fang. Boboiboy itu memakai pakaian ninja dan bunga yang diberikan oleh Boboiboy, ianya ada di dalam sebuah pasu bunga dan di atas meja belajar Lily
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top