Nasi Lemak
Mata Rizu bersinar-sinar melihat Idoli buat pertama kalinya. Dia mengusik-usik telinga kucing Idoli dan lalu dia tergelak sedikit. Idoli suka dengar gelakan dari Rizu, lalu dia tergelak sekali. Mereka berdua bermain-main di ruang tamu rumah Fang dan Kaizo. Mereka bermain video game, melukis dan warnakan lukisan itu bersama dan paling manis sekali ialah, melihat Rizu mengajar Idoli membaca dan mengenali abjad ABC
"Hehehee.. alangkah indahnya kalau Rizu ada seorang adik, mesti tiap-tiap hari akan mengajar adiknya"
"Hmmm... tapi Idoli pun dah nampak macam adik dia. Suka pula mereka main bersama" Kaizo menghirup air teh hijaunya. Dia dan Lynna hanya berdiri di pintu muka dapur sambil melihat gelagat dua budak kecil itu bermain-main di ruang tamu "Ini baru pertama kali dia orang jumpa, sudah macam adik beradik pula tapi Idoli hanya dapat duduk di sini setahun sahaja. Tentu Rizu akan kesedihan nanti"
"Tentu mereka akan dapat berjumpa lagi dan tak mungkin Raja Rex akan pisahkan Idoli dengan idola kesayangan dia.. hehehee"
"Aku sebagai idola? Buat lawak aje.. "
"Janganlah kata begitu Kaizo. Dia macam adik kau juga, memandang tinggi terhadap kau dan dia juga ingin menjadi kuat seperti kau" balas Lynna "Kau kan Kapten yang terhandal di seluruh galaxy dan ramai musuh-musuh kau ingin kalahkan kau tetapi kau cukup tangkas mengalahkan mereka"
"Tapi ada juga masanya aku kecundang" jawab Kaizo dengan nada yang agak perlahan "Aku sekarang ni terlalu leka sangat dekat sini tetapi kau tidak perlu risau. Aku sudah kembalikan diri aku yang sebelum ini"
"Tapi perangai kau sahaja yang tidak berubah.. hehehe.. tetap serius dah garang seperti selalu" Lynna tergelak sedikit "Aku tengok rumah kau ni makin lama makin ramailah pula. Dulu kau dengan adik kau sahaja, sekarang dengan adanya Faye, kadang-kadang Rizu tidur dekat sini dan yang terbaru sekali, Idoli tapi bukan mereka sahaja. Pikachu, Shadow dan Lily si itik pun duduk di sini.. kau tak rasa rimas ke? Yelah, kau kan Kapten Kaizo yang perlukan ketenangan"
"Hmm... sebenarnya aku tidaklah rasa rimas. Aku rasa biasa sahaja" Kaizo tunduk sedikit kepalanya sambil melihat teh hijaunya "Mungkin aku sudah terbiasa dengan kawan-kawan adik aku yang kecoh itu tapi kalau aku tidak tahan sangat, aku akan pergi tenangkan diri dekat kapal angkasa"
"Hehehee.. macam-macam kau ni" Mata menawan Lynna melihat Kaizo yang sentiasa serius itu "Tapi berada di angkasa lepas pun, memang membuat diri kita semua tenang. Dapat melihat keindahan alam galaxy. Lebih-lebih lagi dapat melihat planet bumi yang indah permai ini"
"KAKAK LYNNA!" Terkejut Lynna dengan jeritan dari dua budak kecil iaitu Rizu dan Idoli. Kaizo terus masuk ke dalam dapur
"Kenapa?" Lynna tundukkan dirinya untuk melihat mereka berdua dengan lebih dekat "Rizu dan Idoli nak sesuatu ke?"
"Ha ah! Kami nak pergi ke taman permainan.. bolehkan?" Rizu berikan muka harapannya kepada Lynna "Bolehlah kakak Lynna, Pizu akan jadi Idoli dengan baik! Tak pun Pizu ajak kakak Emmy sekali! Bolehlah kita bertiga main-main dekat taman permainan"
"Hmm..." Lynna terus tersenyum di situ sambil mengusap-usap kepala mereka berdua "Kita tanya abang Kaizo dulu. Kalau dia bagi, kita pergi sama-sama. Kalau dia tak bagi, kita tukarkan abang Kaizo jadi anak kucing.. hehehee"
"Apa kau cakap Lynna?" Kaizo muncul di belakang Lynna dengan muka serius lagi "Kau nak tukarkan aku jadi seekor anak kucing? KEGILAAN APAKAH INI?"
"KEGILAAN ABANG PAIZO TUKAR JADI ANAK HARIMAU!" jerit Rizu dan Idoli dengan cerianya. Mereka berdua terus gelak ketawa di situ
Berkerut-kerut dahi Kaizo apabila Rizu sudah mula mengajar Idoli untuk memanggil dia 'Paizo'
"Hehehe.. nakal sungguh dia orang berdua ni" Lynna suka melihat dua budak kecil itu. Lalu dia tegakkan badannya "Kau bagi tak dia orang main dekat taman permainan?"
"Bolehlah abang Paizo" Rizu dan Idoli merayu kepada Kaizo dengan muka kesedihan yang sungguh comel "Kami janji kami tidak akan lari jauh daripada taman permainan. Kami akan main di situ sahaja"
"Baiklah, aku akan benarkan tapi.. Idoli tidak dibenarkan menukarkan Rizu atau sesiapa pun menjadi anak kucing, FAHAM?"
"FAHAM ABANG PAIZO!" Rizu dan Idoli terus melompat-lompat kegembira. Lalu Idoli memeluk kaki kiri Kaizo dan Rizu pula memeluk kaki kanan Kaizo "Jom kita pergi sekarang! Tapi sebelum tu, kita singgah rumah kakak Emmy dulu!"
"Macam mana abang nak berjalan jikalau kamu berdua peluk kaki abang?"
"Hehehee.. abang Paizo jalan ajelah" kata Rizu sambil mengesel-gesel pipinya di kaki Kaizo
"Jalan ajelah Kaizo. Dia orang nak bermanja-manja dengan kau tu" Lynna memujuk Kaizo "Lagipun bukannya selalu pun"
"Yelah yelah" Terus Kaizo berjalan dengan kedua belah kakinya kena peluk itu "Jangan nak buat nakal!"
"Faham abang Paizo.. hehehee" kata Rizu
"Alahai, comelnya mereka bertiga" Lynna terus ikut Kaizo dari belakang. Dia sempat mengambil beg kecilnya yang ada di atas sofa, sebelum dia keluar dari rumah
----------------------------------------------------------------------------------------
"Hmmm... apasal aku tengok macam ada seseorang takde dekat sini?" Gopal melihat Yaya sedang makan nasi lemaknya, Ying sedang bincangkan sesuatu dengan Faye, Bella pula sedang menulis sesuatu di dalam buku nota dan Boboiboy baru hendak mengambil tempat duduk di atas bangku sekolah bersebelahan dengan Yaya
"Haih, tak kan kau tak dapat teka. Fang kan tiada dengan kita" balas Yaya
"Ha ahl ah, baru aku sedar dia takde... mana si panas baran tu pergi?" tanya Gopal sambil duduk di sebelah Boboiboy
"Dia ada dekat perpuskataan sekolah. Dia cakap tadi dia sudah lama tidak pergi ke perpuskataan untuk ulangkaji. Rajin pula si panas baran tu, selalunya dia akan duduk dekat sini, marah-marah kita orang kalau sesiapa makan donut kegemaran dia tu" Bella terus membebel di situ sambil menulis untuk chapter baru tentang Detektif Iris. Dia sudah lama tidak membuat cerita baru kerana terlampau sibuk dengan aktivity-aktivity sekolah "Lepas tu dia cakap, jangan bagi sesiapa ganggu diam terutama sekali si Boboiboy yang selalu risaukan dia"
"Aik, apasal aku pulak?"
"Dey Boboiboy, kau kan selalu pergi cari Fang bila nak bersendirian. Kau kan jenis yang suka risaukan tentang kawan-kawan dan kau jugalah kawan paling sejati dan paling setia sekali!"
"Betul kata Gopal tadi tu. Kau lah orang pertama akan risaukan tentang kami semua dan kau juga akan selamatkan kawan-kawan kau yang dalam kesusahan atau dalam ancaman bahaya. Kau kan setia kawan"
"Hehehee.. terima kasih Yaya" Boboiboy garu-garu kepala dia "Tapi itu memang sudah menjadi sifat aku... aku tak kan benarkan sesiapa membuat kawan aku sedih atau tercedera dan aku juga tidak akan tinggalkan mereka walaupun diri aku juga turut dalam bahaya"
"Baguslah tu, korang dapat kawan yang sangat setia. Kawan aku dulu tu semuanya tak berguna" Bella letak pennya di atas buku nota dia "Tapi semenjak aku berkawan dengan korang, buat apa aku cuba hendak kekalkan persahabatan dengan kawan lama aku. Dia orang sampai sekarang langsung takde bertanyakan khabar tapi aku sudah mulai lupakan mereka semua sebab koranglah sahabat sejati aku"
"Hehehe.. Faye pun sama!" kata Faye secara tidak langsung "Koranglah antara yang terbaik diantara yang terbaik! Sebab dengan sesiapa pun korang akan menerima sebagai kawan korang"
"Yelah tu Faye. Si Fang tu dulu, suka sangat nak cari pasal dengan Boboiboy. Sampailah kita orang tahu yang dia rupanya ada jam kuasa macam kita orang juga, barulah kita orang berkawan dengan si Fang tu. Kalau tidak, entah apa akan terjadi nanti"
"Tak payah nak ingatkan perkara lama, Gopal. Kita semua sudah menjadi kawan" Gopal tersengih, lalu dia makan bihun sup dia secara senyap "Macam mana dengan pencarian watak utama korang" tanya Boboiboy kepada Ying dan Faye
"Hmmm... kita orang kena replace maa sebab gagal cari watak utama" Ying terus baringkan kepalanya kerana terlalu sedih "Kami sudah berikan cadangan untuk si Fang memegang watak utama itu tapi kena reject pula. Dia orang cakap, dia orang mahukan yang fresh dan bukan overrated"
"Oh, jadi aku ni overrated lah yea!" muncul Fang di belakang Ying dan Faye
"Aik Fang, bukan kau tengah ulangkaji dekat perpuskataan ke?"
"Aku memang tengah ulangkaji tadi, Yaya tapi disebabkan perut aku sudah berbunyi-bunyi. Jadi aku datang ke kantin tapi tak sangka pula ada orang cakap aku ni overrated! Ada juga nak kena dengan aku ni"
"Sudah sudahlah tu Fang, tak payah nak fikirkan sangat tentang tu. Bukannya penting sangat pun, yang penting belajarkan"
"Betul tu Boboiboy! Belajar adalah lebih penting daripada benda-benda ni semua tapi popularity aku akan tetap kekal di sekolah ini.. Hahahaaa!" Boboiboy menepuk dahinya sendiri dan yang lain, hanya gelengkan kepala sahaja "Jaga buku aku sekejap, aku nak pergi beli kekasih hati ku iaitu donut lobak merah" Dia letak beberapa buah buku latihan di depan tengah-tengah meja sekolah dan dia terus ke kaunter kantin
"Hmm.. kejap lagi dia akan menjerit" ucap Gopal dengan senyuman sinis dia
"Kenapa pulak Gopal?"
"Nanti kau akan tahu" kata Gopal yang masih tersenyum lagi "5.. 4.. 3.. 2.. 1.."
"APA?! DONUT LOBAK MERAH SUDAH HABIS?" Boboiboy menoleh kebelakang untuk melihat Fang. Muka kawan baik dia berubah menjadi sedih
"Kau yang beli donut lobak merah yang terakhir ke?"
"Mana adalah Boboiboy. Aku nak beli tadi, memang dah habis pun" jawab Gopal dengan mulutnya penuh dengan bihun "Lagipun, kalau aku donut yang terakhir tu, mesti aku kena belasah si Fang tu" Gopal ternampak Fang sudah terduduk di sebelah Faye dengan muka kesedihan dia
"Janganlah sedih sangat Fang, makanan lain kan ada"
"Tapi Faye... donut lobak merah..." Hati dia tetap mahukan donut lobak merahnya. Kekecewaan terus melanda diri Fang. Kawan-kawan dia ternampak awan bayang mula timbul di atas kepalanya. Ada juga titisan hujan bayang "Nampaknya, hari ini kita dapat bertemu dan bermesra, wahai donut lobak merah ku"
"Hmmm... kemaruk dah si Fang ni" Lalu Yaya keluarkan sebungkus donut lobak merah "Nah Fang, kau ambik aku punya. Aku bagi kau" Semangat Fang terus meloncat naik. Awan bayang tadi sudah pun hilang dan mata dia bersinar-sinar melihat donut kesayangan dia
"Betul ke ni Yaya? Kalau betul, terima kasih Yaya!" Fang terus mengambil donut lobak merah dari tangan Yaya dan lalu dia mencium-cium bungkusan donut lobak merah itu
"Betul" kata Yaya sambil tersenyum "Kau kan tengah lapar, tak kan aku nak biarkan kau kelaparan. Nanti nak belajar pun tak senang sebab perut kosong. Lagipun tak elok kalau kita biarkan perut kita kosong"
"Terima kasih Yaya!" Fang dengan senang hati, dia terus membuka bungkusan donut lobak merah itu. Dia dapat membau aroma donut itu "Wei Yaya, esok aku bawakan nasi lemak untuk kau yea. Nasi lemak khas, aku yang buat" Terus Fang gigit donut tersebut
"Eh, takpelah Fang.. susah-susahkan kau aje"
"Dey, dah dia yang nak bagi kau.. terima ajelah"
"Ha ah, betul kata Gopal. Bukan senang nak tengok Fang buat sesuatu untuk kawan-kawan dia. Ini adalah sesuatu peluang yang teramat jarang sekali"
"Aku setuju dengan kata-kata kau, Boboiboy! Aku setuju! Kalau macam tu..." Terus Gopal mendapat satu idea "Tiap-tiap harilah aku kena buat baik dengan si Fang ni" bisik Gopal sambil tergelak sinis
"Kau jangan nak cari pasal pulak"
"Mana adalah Boboiboy. Aku bukannya cari pasal, aku cuma nak buat kebaikan sahaja"
"Baguslah macam tu" balas Yaya "Bila kita buat baik dengan seseorang, mesti orang itu akan balas baik dengan kita"
"Hmmm... lainlah kalau orang tu tak reti nak balas balik. Entah-entah orang itu akan balas jahat dekat kita" kata Bella dengan selambernya
"Tapi kita jangan buat jahat sesekali dengan orang itu walaupun orang itu buat jahat dengan kita. Nanti dua-dua berdendam pula" Semua setuju dengan kata-kata Ying. Fang sahaja yang tidak dengar dengan perbualan mereka tadi kerana terlalu sibuk sangat menikmati donut lobak merah dia "Tapi kalau kita semua berbuat baik dengan si Fang, mesti kita akan dapat sesuatu. Apa kata kita bawa donut lobak merah untuk dia esok, mesti dia akan balas balik dengan makanan yang lebih sedap"
"Isk, kau ni Ying. Ambik kesempatan pulak"
"Hehehee... maaf Yaya tapi macam Boboiboy cakap tadi, memang jarang sekali dia nak buat makanan yang sedap-sedap untuk kita semua"
"Hmm.. yelah tapi jangan bagi dia mengamuk sudah"
"Jangan risaulah Yaya" kata Boboiboy sambil melihat Fang sedang menjilat jarinya sendiri "Selagi ada donut lobak merah dia, selagi itulah dia tidak akan mengamuk"
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"KAKAK EMMY!" Rizu dan Idoli berlari untuk memeluk Emmy yang ada di halaman rumahnya "KAKAK EMMY TENGAH BUAT APA?"
"Kakak Emmy tengah nak try trampoline ni" Emmy terus tunjukkan sebuah trampoline yang besar dan muat untuk 8 orang melompat di atasnya "Hehehee... Trampoline ini juga boleh diubah menjadi sebuah kolam renang yang luas! Korang nak tak cuba?"
"NAK!"
"YEAHH! Eh.. kakak fantasy dan abang galaxy pun ada dekat sini" Emmy baru sedar dengan kehadiran dua orang itu "Oh, penguin dan.. ini siapa?"
"Nama saya Idoli! dan Kapten Kaizo adalah idola saya!" Mata Emmy bersinar-sinar melihat kecomelan Idoli. Dia tertarik dengan telinga kucing Idoli dan lalu dia menyentuh-yentuhnya "Hehehe.. gelilah"
"Idoli... broccoli!"
"Broccoli tu apa?" tanya Idoli kepada Emmy
"Broccoli tu sejenis sayur" kata Lynna "Idoli nak tak try sayur Broccoli?"
"Hmmm... sedap tak?"
"Sedap" Lynna terus berikan senyuman kepada Idoli "Nanti akak buat masakan yang ada sayur broccoli. Idoli kena cuba tau"
"Bolehlah Emmy datang ke rumah abang galaxy nanti! YEAHHH!" Emmy terus membuka pintu mesin trampoline itu "Kakak fantasy nak try tak?"
"Boleh juga. Mesti seronok"
"Tapi bukan ke kita mahu ke taman permainan. Kenapa perlu main di sini sahaja?" tanya Kaizo dengan nada serius dia. Lynna tergelak sahaja sambil mengangkat Idoli untuk letakkan di atas trampoline itu "Kenapa kau gelak?"
"Kaizo, Kaizo... kalau dia orang sudah nak main dekat sini, kita ikut sahaja kehendak mereka. Kau janganlah nak marah-marah pula. Macam mana nak jadi seorang ayah dan juga seorang kapten pada masa hadapan kau nanti"
"Erk!" Kaizo terus senyap. Dia terus duduk di atas sebuah kerusi yang ada di halaman itu. Dia duduk di bawah teduhan payung besar. Di depannya terdapat sebuah meja kecil tetapi tiada makanan. Emmy terus menggunakan remote android dia untuk membawa beberapa gelas air dan beberapa jenis makanan untuk Kaizo
"Hehehee.. abang galaxy tu sentiasa tak nak join dengan keseronokan kita" kata Emmy kepada Rizu
"Abang Paizo memang macam tu tapi kadang-kadang abang Paizo layan juga video game dengan Pizu. Abang Paizo selalu dapat markah yang tertinggi. Big boss yang dia lawan pun, selalu menang. Abang Paizo memang handal" Rizu cuba hendak ke atas trampoline itu tetapi di sebabkan terlalu tinggi dan dia terlalu rendah, Lynna terpaksa mengangkat dia naik
"Emmy tak buat tangga yea?"
"Hehehee.. Emmy lupa nak letak" Emmy terus tersengih di situ "Tapi... kakak fantasy tunggu sekejap ok. Emmy nak pergi ambik sesuatu" Emmy terus masuk ke dalam rumahnya. Lalu sebuah android keluar dari pintu rumah itu dengan sebuah dulang. Di atas dulang itu ada beberapa gelas air oren dan juga sepiring yang ada chocolate chip cookies
"Kakak Lynna, jomlah main!" panggil Rizu yang sudah melompat-lompat di atas trampoline itu "Bestlah main benda ni"
"Ok, ok.. akak naik dekat atas ni" Dengan mudahnya, Lynna naik ke atas trampoline itu. Rizu terus pegang sebelah tangan Lynna dan Idoli pegang lagi sebelah "Hehehe.. jom kita lompat sama-sama... 1... 2.. 3.." Terus mereka bertiga melompat keriangan. Kaizo hanya duduk bersilang kaki dan perhatikan kegembiraan mereka sahaja
"Kenapa abang galaxy tak nak join sekali?" tanya Emmy yang baru muncul balik di halaman rumah. Ada sebuah tangga kecil yang diangkat oleh Emmy. Tangga itu tidak begitu berat kerana ianya diperbuat daripada plastik
"Abang bukanlah seseorang yang suka sangat bermain dan berseronok" jawab Kaizo
"Oh.. jadi abang memang suka berlawanlah ni.. kejap lagi Emmy bawa abang galaxy main sesuatu yang sesuai dengan abang galaxy" Emmy terus pergi ke mesin trampoline itu dan lalu dia letak sebuah tangga kecil di tepi mesin itu. Dia naik ke atas anak tangga itu dan terus masuk ke dalam trampoline
"Jom kakak Emmy, kita lompat-lompat sampai ke langit" kata Idoli
"Baik Broccoli" Idoli tidak begitu kisah sangat diri dia di panggil Broccoli oleh Emmy. Dia terima sahaja "Tengok kakak Emmy lompat!" Emmy melompat sambil mengangkat kedua belah kakinya. Rizu cuba ingin meniru tetapi dia tidak berjaya
"Ala.. Pizu nak buat macam kakak Emmy buat"
"Hehehe... kasihan dia. Jom lompat dengan akak lagi" Lynna pegang kedua belah tangan Rizu. Mereka melompat setinggi mana yang boleh. Idoli melompat-lompat di sebelah mereka. Dia juga dapat boleh melompat dan memusingkan badan dia di atas udara, ianya seperti melihat seorang pemain peluncur ais sedang terbang di udara
"Wah! Broccoli hebat!"
"Sebab Idoli selalu main lompat-lompat dekat planet asal Idoli" Idoli tersenyum gembira di situ. Dia tidak kelihatan penat dan masih lagi bertenaga. Rizu pula lain ceritanya, dia sudah penat dan jantungnya berdegup dengan begitu kuat. Lalu dia berhenti melompat
"Rizu ok ke?" tanya Lynna sambil melihat Rizu sudah terduduk di atas trampoline
"Pizu... ok... Pizu... penat..." Percakapan Rizu tersekat-sekat kerana pernafasan dia yang tidak begitu kuat
"Jom kita pergi duduk dekat dengan abang Kaizo" Lynna terpaksa mendukung Rizu dan lalu turun ke bawah "Kamu berdua, mainlah dulu. Akak nak hantar Rizu ke sana sekejap"
"Abang Rizu ok ke?" tanya Idoli yang sudah berhenti melompat. Dia terus turun dari trampoline itu bersama Emmy. Mereka berdua ikut Lynna dari belakang "Kenapa dengan abang Rizu?"
"Dia sakit sebenarnya tapi jangan risau, kejap lagi penguin oklah tu" kata Emmy. Mereka melihat Lynna sedang berikan segelas air kosong kepada Rizu "Penguin comel ok?" tanya Emmy. Rizu hanya mengangguk sahaja sambil rambutnya dibelai oleh Lynna
"Rizu jangan main balik ok. Rizu duduk sana dekat sini dengan abang dan kakak" Rizu angguk tanpa berkata apa. Emmy rasa kasihan dengan Rizu. Dia memandang wajah Rizu dan lalu dia tersenyum
"Jom kita main dekat dalam" Emmy mengambil satu keping biskut chocolate chip dan lalu dia berikan kepada Rizu. Air yang sudah habis di minum oleh Rizu, Emmy mengambil gelas itu dan terus letak di dalam dulang tadi "Kita main yang abang galaxy akan suka!"
"Main video gamelah tu" bisik Kaizo sambil mengangkat kening sebelah. Emmy tersenyum sahaja. Dia menarik tangan Rizu dan terus mereka berdua lari masuk ke dalam rumah. Idoli ikut juga lari ke dalam rumah
"Jom Kaizo" Lynna bangun dulu, sambil itu dia mengangkat dulang tadi untuk di bawa masuk "Kau tak join ke? Kalau tak nak, takpe. Biar aku sahaja tengok-tengok kan mereka" Kaizo tidak berkata apa, dia terus bangun dan mereka berdua masuk ke dalam rumah bersama. Sampai sahaja di dalam rumah Emmy, sebuah android mengambil dulang itu dari tangan Lynna
"Emmy ada dekat dalam makmal, silalah masuk" kata android itu kepada mereka berdua. Kaizo dan Lynna memandang satu sama lain dengan perasaan pelik. Lalu mereka terus ke pintu untuk masuk ke dalam sebuah makmal yang penuh dengan ciptaan dari Emmy sendiri. Mereka sudah beberapa kali masuk ke dalam makmal itu tetapi setiap kali mereka datang, ada sahaja benda baru yang di cipta oleh Emmy
Rizu, Emmy dan Idoli duduk di dalam sebuah mesin yang di depannya ada sebuah skrin yang begitu besar. Mesin itu seperti sebuah kereta yang besar dan ianya muat untuk lima orang. Dua di depan dan tiga di depan. Rizu sudah melambai-lambai ke arah Kaizo dan Lynna
"ABANG PAIZO! KAKAK LYNNA! SINI SINI!" Rizu menunjuk dua kerusi kosong yang ada di depannya. Mereka berdua berjalan ke arah mesin itu dan lalu masuk ke dalam. Mereka mengambil tempat di kerusi masing-masing
"Selamat datang ke mesin simulator!" kata Emmy "Simulator ini boleh kita bermain game dan game itu adalah game tembak-tembak! tapi kali ini kita gunakan kuasa elemental. Emmy dapat inspirasi dari jam kuasa abang oren. Hehehe.. tapi hanya ada 5 kuasa sahaja iaitu tanah, angin, petir, air dan api"
"Kalau Pizu nak pilih kuasa boleh?"
"Boleh aje penguin comel! Pizu nak kuasa apa?"
"Hmmm... nak kuasa api!" kata Rizu. Lalu Emmy menekan sesuatu untuk berikan kuasa api kepada watak game Rizu "Broccoli?"
"Idoli suka angin"
"Ok..." Emmy terus tekan sesuatu untuk Idoli "Kakak fantasy dan abang galaxy nak kuasa apa?"
"Akak apa-apa kuasa sahaja ok"
"Abang pun sama juga" kata Kaizo dengan nada seriusnya
"Baiklah, kamu macam tu... kakak fantasy dapat kuasa air, abang galaxy dapat kuasa petir dan Emmy pula ialah kuasa tanah! Yeah! MARI KITA MULA BERMAIN VIDEO GAME!" Dengan itu, mereka berlima bermain game dengan seronoknya tetapi diantara mereka semua, markah Kaizo paling tinggi sekali dan kedua tertinggi adalah Rizu. Selepas itu, Emmy jadikan simulator itu sebagai rollercoaster. Kenderaan mesin itu bergerak-gerak dan mereka seperti berada di dalam rollercoaster yang betul tetapi kasihan Rizu, dia hanya dapat melihat sahaja. Walaupun bukanlah rollercoaster betul tetapi dia sebenarnya takut, jadi dia duduk di tepi sahaja
"Bestnya simulator ni.. apa lagi simulator ni boleh buat?" tanya Lynna
"Boleh tengok movie dalam 3D! atau pun movie biasa sahaja... nak buat simulator rumah hantu pun boleh" Terus Kaizo mengangkat kening sebelah "Abang galaxy sukalah tu kalau dengar tentang hantu" Kaizo tidak berkata apa, muka dia hanya serius sahaja. Emmy terus tukarkan simulator itu kepada simulator rumah hantu. Rizu naik sekali tetapi ada masanya juga dia akan memeluk Emmy kerana takut. Mesin kenderaan itu akan bergoyang-goyang, bergerak ke kiri dan ke kanan untuk memberikan kesan kepada mereka berlima
-----------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, awal pagi lagi Fang sudah berada di dalam dapur rumahnya untuk membuat nasi lemak khas untuk Yaya. Dia bertukus lumus hendak siapkan sambal ikan bilis yang tersedap dan paling penting sekali, kepedasannya. Faye dari bilik lagi boleh bau sambal ikan bilis itu. Kadang-kadang dia ada juga terdengar Fang merungut kerana sambal tidak begitu menjadi. Sudah 3 kali Fang cuba hendak sempurnakan sambal ikan bilis itu dan akhirnya menjadi juga. Dia tersenyum lebar melihat sambal ikan bilisnya
"Hehehee... bagi aku rasa dulu" Fang mengambil sudu dan lalu dia merasa sambal tersebut "Hmmm.. sedap dan pedas dia tidak terlampau pedas. Bagus Fang bagus.. aku sangat bangga diri aku yang serba boleh ini" kata Fang dengan bangganya
"Banggalah tu tapi bila kau nak buatkan sarapan pagi untuk abang?"
"Hehehee.. abang makan roti ajelah. Lepas tu abang pergilah makan dekat luar, bawak Rizu dan Idoli sekali. Bolehlah dia orang berseronok lagi seperti semalam" Fang terus tersengih kepada abangnya
"Hmm.. suka hati kau lah tapi nasi lemak ini untuk siapa?" Kaizo melihat adiknya masukkan sambal di dalam sebuah bekas makanan
"Untuk kawan adik. Dia semalam telah menyelamatkan adik yang sedang kelaparan, jadi adik dengan jasa yang begitu baik sekali. Adik balaslah balik dengan nasi lemak ni. Jarang tau tak adik buat sesuatu untuk kawan adik"
"Kawan kau? Si Boboiboy tu ke?"
"Bukanlah.. Yaya yang pakai tudung pink tu" Terus Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat adiknya "Ke-kenapa abang? Dia kan kawan adik, jadi adik kenalah balas jasa baik dia"
"Yer ke?" tanya Kaizo dengan nada serius dia "Kalau lebih daripada kawan, aku akan menghukum kau. FAHAM?"
"Faham abang ku sayang"
"Bagus" Kaizo terus duduk dan cubit sedikit nasi yang sudah tersedia di atas meja "Sekolah bukannya untuk mencari cinta tapi untuk belajar. Ini untuk masa depan kau juga"
"Adik tahu lerr... adik bukannya kaki bercinta. Kalau bercinta pun, adik bercinta dengan donut lobak merah dan juga buku latihan matematik!" Fang terus masukkan nasi ke dalam bekas makanan yang lain pula. Tiba-tiba telinga mereka terdengar satu ketukan di pintu rumah mereka berdua
"IDOLI PERGI BUKAKAN PINTU!" menjerit Idoli. Dia dengan pantasnya, terus membuka pintu rumah "KAKAK LYNNA DATANG! KAKAK LYNNA DATANG!" Kaizo dan Fang terus keluar dari dapur. Idoli melompat-lompat di depan Lynna
"Kak Lynna bawa apa tu?" tanya Fang yang baru sedar Lynna sedang membawa satu beg kertas
"Akak semalam ada cakap dekat Idoli tentang sayur broccoli. Jadi akak ada masakan sesuatu untuk Idoli, nanti kita makan bersama ok" Lynna terus memimpin tangan Idoli untuk masuk ke dalam dapur bersama. Kaizo dan Fang masuk balik ke dalam dapur "Macam ada bau sesuatu yang menarik. Apa yang korang masak tadi?"
"Bukan aku yang masak, tapi si Pang yang masak untuk kawan istimewa dia"
"ABANGGGG! DIA HANYALAH KAWAN SAHAJA! K.A.W.A.N! KAWAN!" Fang terus duduk di atas kerusi dengan muka masamnya, tangan dia bersilang dan terus mood dia hilang "Abang yang cakap dekat adik tadikan. Jangan nak bercinta pula masa sekolah tapi abang juga yang pergi buli adik" Kaizo terus tepuk kepala adiknya "ABANGG!"
"Aku cakap kawan istimewa maksudnya kawan-kawan kau semua tu adalah istimewa sebab mereka sanggup kejar kapal angkasa di angkasa lepas, semata-mata untuk dapatkan kau semula"
"Lain kali cakaplah setia kawan bukan kawan istimewa, kan adik sudah salah maksudnya. Apalah abang ni" Fang terus keluar dapur untuk bersiap-siap. Lynna hanya gelengkan kepala sahaja. Lalu dia keluarkan bekas makanan dan letak di atas meja. Ada 3 bekas makanan yang berbeza di situ "JANGAN NAK MAKAN MAKANAN ADIK!" Jerit Fang dari luar dapur
"Kasihan Fang, asyik nak marah-marah sahaja"
"Biarkan ajelah dia. Kau tak perlu nak kasihan sangat si Pang tu" balas Kaizo kepada Lynna
"Kenapa tak perlu kasihankan?" tanya Idoli "Dia suka buat jahat ke?"
"Bukan, dia tu suka buat nakal sahaja tapi kau jangan nak terikut sangat perangai nakal dia"
"Baik abang Kaizo! Idoli akan ikut perangai abang Kaizo yang serius dan garang itu! Grrrr...!" Idoli terus bersilang tangan seperti Kaizo dan wajah ceria dia berubah menjadi wajah serius. Lynna tergelak melihat gelagat Idoli yang sangat comel itu "Aku adalah Kapten Idoli! Kapten paling garang di seluruh galaxy!"
"Kapten Idoli yea" Lynna mencekak pinggang sambil melihat Idoli yang masih lagi serius "Idoli sudah berlatih dengan abang Kaizo"
"Sudah! Idoli sudah menjalani latihan tempur tahap biasa-biasa sahaja. Abang Kaizo kata, belum tahap ganas lagi sebab Idoli masih kecil lagi" kata Idoli sambil angguk-angguk kepala
"Hehehee.. kalau macam tu, akak Faye sokong Idoli!" muncul Faye dengan baju sekolahnya. Hari ini Faye berpakaian baju kurung dengan rambut dia terikat dua "Abang Kaizo, Faye pergi sekolah dulu"
"Awalnya kau pergi" tanya Kaizo
"Faye kena singgah bandar dulu dengan Bella. Nak beli sesuatu untuk hiasan kelas Faye"
"Jangan nak ponteng sekolah"
"Yea abang Kaizo" Faye terus keluarkan botol airnya dari peti sejuk "Faye bukannya jenis suka ponteng sekolah. Faye suka pergi ke sekolah!"
"Bila Idoli boleh pergi sekolah?"
"Hmmm... tahun depan tapi Idoli sudah kena balik ke planet asal Idoli. Kalau ayah Idoli bagi Idoli duduk dekat sini lagi 2 atau setahun lagi, mungkin Idoli dapat masuk sekolah" kata Lynna sambil mengusap-usap kepala Idoli
"Ok kak Lynna, itu kalau ayah bagi Idoli duduk dekat sini lagi" Idoli tersenyum lebar "Eh, kak Faye sudah pergi sekolah?" Dia pandang ke kiri dan ke kanan di dalam dapur
"Dia sudah pergi pun" kata Kaizo "Bila kita boleh rasa masakan broccoli kau ni Lynna?"
"Kejap lagi.. tapi... kalau nak sekarang pun boleh" Lynna baru hendak mengambil bekas makanan dia, tangan Fang sudah mencapai bekas makanan itu "Eh.."
"Adik pergi sekolah dulu" Fang tidak melihat bekas makanan siapa yang dia ambil. Dia terus simpan di dalam beg kertas dan satu lagi bekas dia masukkan ke dalam beg itu "Bye kak Lynna, bye abang ku yang ganas, bye Idoli"
"Awalnya kau nak pergi"
"Adik ada hal dekat sekolah" jawab Fang kepada abangnya
"Fang.." Belum sempat Lynna hendak mengambil balik bekas makanan dia, Fang sudah pun keluar dari dapur dengan pergerakan yang agak pantas. Pintu rumah sudah di hempas tutup "Kenapa dia nak cepat sangat tu?"
"Tak dapatlah Idoli nak merasa masakan broccoli tu" kata Kaizo
"Kenapa pula?" tanya Idoli sambil menjilat-jilat jarinya. Terkejut Lynna melihat Idoli merasai sambal ikan bilis itu dengan menggunakan jari "Sedaplah ikan ni tapi kenapa kecik sangat?" Lalu Lynna keluarkan satu sudu dari laci kabinet dapur. Dia terus berikan kepada Idoli
"Hehehee... suka pula kamu dengan sambal ikan bilis ni tapi Idoli tak rasa pedas ke?" Idoli hanya gelengkan kepala. dia mencari-cari lagi ikan bilis di dalam kuah sambal itu dengan menggunakan sudu yang sudah diberikan oleh Lynna tadi"Makan elok-elok Idoli"
"Ok!" Idoli terus makan sambal ikan bilis tanpa rasa pedas. Lynna colet sedikit jari manisnya ke dalam sambal itu dan lalu dia rasa. Ada terasa sedikit pedas. Mungkin lidah masing-masing lain rasanya. Nasi yang berlebihan di dalam periuk, Lynna terus ambilkan untuk Idoli dan Kaizo
"Kau sahajalah makan, aku nak pergi ke kapal angkasa"
"Ala, Idoli pun nak ikut!"
"Makanlah dulu Kaizo, adik kau yang buat sambal ni. Rugilah kalau kau tidak rasa" Kaizo terus tarik kerusinya keluar dari meja dan terus duduk "Hehehe.. makan dulu ok. Nah, aku dah letak nasi dalam pinggang ni" Kaizo tidak membantah, dia terus merasai nasi lemak adiknya. Memang rasanya sedap tetapi Kaizo seperti biasa
"Bolehlah" Lynna ketawa kecil dengan jawapan dari Kaizo
------------------------------------------------------------------------------------------
"Awalnya kau sampai?" Fang terus menoleh kebelakang. Yaya dan Ying ada di pintu kelas 1 Amal "Kau tengah mengemas kelas ke?"
"Ha ah, budak-budak sekolah pagi buat kelas ni bersepah dan aku sebagai ketua kebersihan kelas, aku pastikan kelas ini sentiasa bersih dan kemas! Tiada meja yang tidak teratur atau sampah berada di merata-rata tempat atau papan putih tidak dibersihkan" kata Fang dengan bangganya
"Hmmm.. tapi yang selalu buat kerja, mesti kau. Bagilah pelajar kelas kita yang buatkan. Buat penat aje Ying sediakan jadual waktu bersihkan kelas" tegur Yaya
"Ala, kalau dia orang yang buat, mesti tak bersih. Jadi dia orang patut bersyukur yang aku ni jenis pentingkan kebersihan, rajin bersihkan kelas dan paling penting sekali, dia orang tidak perlu buat apa. Biar aku sahaja yang uruskan" Fang terus menyapu kelasnya dengan begitu tekun dan serius sekali
"Haiyaa.. banyak susah punya olang" Ying gelengkan kepalanya "Tapi kita tidak boleh nak denda dia maaa sebab dia tidak melakukan kesalahan apa-apa"
"Tak perlulah nak denda dia. Itu sudah menjadi sifat Fang yang terlebih rajin dan terlalu pentingkan kebersihan. Itukan sifat yang murni, jadi kita biarkan sahaja"
"Heheheee... betul juga cakap kau maaa" Ying terus masuk ke dalam kelas dan letakkan bag dia di tempat yang dia selalu duduk "Lupa pulak.. aku ada bawa makanan untuk kau hari ni"
"Makanan?" Terus Fang berhenti menyapu "Kau bawa makanan untuk aku apasal? Buang tabiat ke"
"Isk kau ni Fang, dah dia bawakan untuk kau. Kau terima ajelah, tak baik kau cakap dia buang tabiat"
"Takdelah Yaya, aku tanya aje tapi pelik pulak tiba-tiba si Ying bawa makanan untuk aku" Fang sambung balik menyapu kelas "Oh yea, aku ada bawa nasi lemak untuk kau Yaya. Aku yang buat! Nanti kau rasa"
"Terima kasih Fang" Yaya tersenyum sambil masuk ke dalam kelas. Dia berjalan ke arah mejanya "Ying, apa yang kau bawakan untuk Fang?"
"Sebenarnya.. bukan aku sahaja yang bawa tapi kawan-kawan kita yang lain pun ada bawa makanan untuk Fang" kata Ying. Lalu dia membuka beg sekolahnya dan keluarkan satu bekas makanan yang agak kecil "Ini sahaja yang aku sempat buat tadi" Ying terus membuka penutup bekas makanan tersebut. Fang mengangkat sedikit kepalanya dan nampak beberapa keping sandwich di dalam bekas makanan itu
"Sandwich?" Fang mengangkat kening sebelah
"Ha ah, sandwich lobak merah"
"Terima kasih, nanti aku cuba sandwich lobak merah tu" kata Fang yang terus alihkan pandangan dia "Tapi apa kes korang bawakan makanan untuk aku?.." Lalu dia terfikir. Adakah ini sebab semalam? Semasa Yaya berikan donut lobak merah kepada dia dan dia balas balik dengan nasi lemak yang dia buatkan itu "Hmmm... ini mesti sebab semalamkan?"
"Hehehee... pandai pula kau meneka" Ying tersengih
"Tapi kau jangan nak marah pulak"
"Takdelah Yaya, aku tak marah tapi dia orang telah mengambil kesempatan untuk menyuruh aku buatkan makanan untuk mereka. Takpe.. takpe.. aku akan buatkan juga sebab aku mahu kawan-kawan kita dapat merasai masakan aku yang tidak seperti abang aku tu. Dia tahu bubuh garam satu balang" Fang terus tersenyum sinis di situ "Tapi nasi lemak tu, kau seorang sahaja yang boleh makan"
"Aik, kau tak nak kongsi ke?" tanya Yaya
"Tak" balas Fang "Sebagai hukuman, dia orang kena tunggu sahaja esok" kata Fang dengan nada puas hati dia. Yaya gelengkan kepala dan dia sebenarnya tidak sabar hendak merasai nasi lemak itu
--------------------------------------------------------------------------------------
Waktu rehat adalah waktu yang ditunggu-tunggukan oleh Fang. Dua bekas makanan telah diletakkan di atas meja kantin sekolah. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Faye. Mata mereka sudah membulat besar kerana tidak sabar untuk melihat nasi lemak yang dibuat oleh Fang sendiri
"Baiklah, masanya sudah tiba" Fang terus membuka penutup bekas yang pertama. Mereka nampak nasi-nasi putih yang ada di dalam bekas itu. Ada sebiji telur dan beberapa potongan timun yang ada di dalam bekas nasi itu juga. Seterusnya, tangan Fang sudah memegang penutup bekas yang kedua. Dia membuka penutup itu dengan penuh debaran. Bukan dia sahaja, kawan-kawan dia tidak sabar untuk melihat sambal ikan bilis
"Wei Fang, cubalah kau buka cepat sikit"
"Cubalah sabar Gopal, dia tengah nak bukakan tu" kata Boboiboy
"Tahu takpe Boboiboy tapi disebabkan salah seorang kawan kita sudah tidak sabar" Lalu dia membuka penutup itu dengan sepantas kilat "Saksikanlah, sambal ikan bilik. Aku yang buat"
"Errr.. Fang.. kenapa sambal kau warna hijau?" tanya Yaya "Kau buat sambal hijau ke?"
"ERKK!" Mata Fang terkebil-kebil melihat kuah kehijauan di dalam bekas makanannya. Lalu dia teringat sesuatu "ALAMAK! AKU TERAMBIK BEKAS MAKANAN KAK LYNNA PUNYA! TIDAKKKKK!" Fang terus hantuk-hantuk kepalanya di atas meja kantin sekolah "Maaf Yaya, tak dapat kau nak rasa nasi lemak yang aku buat tu"
"Takpe Fang" Yaya melihat Fang yang sudah tidak begitu bersemangat "Kasihan kau tapi esok kan ada lagi. Kau bolehlah buat kita semua nasi lemak"
"Yelah Yaya, esok ajelah kau dapat rasa nasi lemak aku buat tu" Fang angkat kepalanya dan terus dia rasa kuah hijau itu "Hmmm.. rasa macam sup. Ada sedikit rasa broccoli. Sedap jugak kak Lynna buat"
"Jadi.. kita semua boleh rasa juga ke?" tanya Gopal
"Rasalah kalau korang nak tapi apa korang bawakan untuk aku?"
"Soalan yang bagus!" Ying terus sebuah kotak besar dari Boboiboy dan Gopal "Donut lobak merah dari mereka berdua" kata Ying sambil tunjuk kearah Boboiboy dan Gopal
"Oh yea, Lily ada bagi kau kerepek lobak merah" Boboiboy hulurkan dua bungkus kerepek lobak merah "dan dia cakap, tiada perisa lain di dalam kerepek itu kecuali lobak merah. Tiada petai. Jadi kau tidak perlu risau"
"Baik pulak dia tu" Fang mengambil dua bungkusan itu. Dia tidak sabar untuk merasai kerepek itu nanti "dan terima kasih sebab bawakan donut lobak merah itu aku"
"Hehehe.. sama-sama" balas Boboiboy sambil garu kepalanya
"Aku dan Faye pula ada bawakan kek lobak merah tapi beli ajelah. Aku tak sempat nak buatkan kek untuk kau. Semoga kau enjoy dengan kek ni" kata Bella sambil menolak sekotak kecil kepada Faye
"Terima kasih" Fang tersenyum sedikit kepada kawan-kawan dia "Disebabkan korang memang sengaja buat baik dengan aku hari ni, dengan itu, aku akan bawakan makanan untuk esok, khas untuk kawan-kawan aku yang terlampau istimewa"
"Betul ke ni Fang?" Mata Gopal sudah bersinar-sinar
"Betul lerrr" jawab Fang dengan nada bosan dia "Jom makan sebelum waktu rehat tamat" Makanan pertama yang Fang ingin makan adalah donut lobak merah dia dan sudah tentu dia tidak mahu berkongsi donut kesayangan dia kepada sesiapa pun. Makanan lain, dia rela dikongsikan. Sup brocolli yang dibuat oleh Lynna, Yaya yang menjadi tukang habis sebab yang lain tengah sibuk makan sandwich lobak merah
Esok dia akan buatkan makanan paling istimewa untuk kawan-kawan dia, bisik Fang dihatinya. Bila di fikirkan semula, dia memang agak jarang buat sesuatu untuk kawan-kawan baik dia. Selalunya mereka yang akan buatkan untuk dia, untuk ceriakan hati dia kalau sesuatu terjadi dekat diri dia. Fang tersenyum melihat kawan-kawan dia makan bersama, gelak ketawa bersama dan yang paling penting, persahabatan mereka akan kekal bersama
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top