Mr. Donut Lobak Merah

"Selamat pagi, Boboiboy!" Lily terus berkelip-kelip mata dengan senyuman lebar dia kepada Boboiboy yang sedang sediakan pancake chocolate khas untuk Rizu. Hidung dia terbau kesedapan pancake chocolate tersebut

"Selamat pagi, Lily" kata Boboiboy "Sorang sahaja ke? Mana Faye dan Bella?"

"Hmm.. hari ini dia orang takde pula. Jadi Lily seorang sahajalah dekat sini tapi takpe! Boboiboy akan temankan Lily pada hari ini kerana Lily telah sediakan sesuatu yang khas untuk Boboiboy!" Terus Lily meletakkan sebuah bekas makanan yang besar di atas meja kaunter "Ini dia! KEK PISANG UNTUK BOBOIBOY!"

"Untuk Pizu takde ke?"

"Hehehe.. untuk Rizu mestilah ada" Lily terus peluk kepala Rizu "Rizu kan adik kesayangan kakak Lily. Rizu jadi adik angkat kepada kakak Lily ajelah. Rizu tak payah jadi adik angkat kepada si landak tu" Dia belai kepala Rizu

"Tapi Pizu sayangkan abang Fang"

"Ala, si landak tu kan dah terlebih kasih sayang daripada abang dia si kapten itik tu" kata Lily yang masih lagi tak nak lepaskan kepala Rizu "Oh yea, mana si landak tu? Tak nampak pun dia hari ni"

"Hmm.. dia ada dekat kedai donut baru yang bukak semalam" jawab Boboiboy. Dia meletakkan pancake chocolate di dalam sebuah pinggan dan terus dia letak chocolate syrup di atas pancake itu

"Kedai donut baru?" Lily terus lepaskan kepala Rizu

"Ha ah kakak Lily. Abang Fang dari semalam lagi asyik ke kedai itu sahaja sebab kedai tu ada jual donut kegemaran dia" Boboiboy letakkan pancake chocolate di depan Rizu "Terima kasih abang Boboiboy!"

"Oh! Donut lobak merah dia tu" Lily angguk "Jadi aman lah Pulau Rintis sekarang ini sebab tiap-tiap hari si landak akan pergi ke kedai tu aje. Oh yea.. lupa pulak" Lily membuka bekas makanan dia dan terus dia mengambil sepotong kek pisang yang telah pun dipotong, dia berikan kepada Boboiboy untuk merasa kek tersebut "Boboiboy rasalah. Lily yang buat" Boboiboy tidak menolak. Lalu dia makan kek itu

"Sedap Lily buat" Mata Lily terus bersinar-sinar "Pandai yea Lily buat kek. Bolehlah Lily bagi semua orang rasa kek ni"

"Mestilah! Tapi selebihnya khas untuk Boboiboy"

"Untuk Pizu?"

"Untuk Rizu mestilah ada! Kakak Lily akan bahagikan kepada 3 bahagian. Satu untuk Boboiboy, satu untuk Rizu dan satu lagi untuk yang lain. Dia orang hanya dapat makan satu keping sahaja" kata Lily sambil buat kiraan dekat kek pisang itu

"Jadi kakak Bella dan kakak Faye dapat satu keping sahaja?" Terus muka Lily berubah

"Alamak, kena kira balik ni.." Lily mengira balik untuk kawan-kawan baik dia dapat sama rata. Tiba-tiba sahaja ada satu tangan mengambil sekeping kek pisang itu "Eh?" Lalu Lily mendongak untuk melihat siapa yang berdiri di belakang dia dan mengambil kek pisang dia "ABANG KAIZO?!" Kaizo makan kek pisang itu dan lalu dia kunyah secara perlahan "Macam mana? sedap tak?" Lily tersenyum lebar kepada Kaizo

"Hmmm... bolehlah" kata Kaizo dengan nada serius dia

"Bolehlah tu maksudnya ada yang kekurangan ke?" tanya Lily yang tidak puas hati dengan jawapan Kaizo tadi

"Maksud abang Paizo. Bolehlah tu maksudnya sedap tapi tidak memuaskan hati abang Paizo" jawap Rizu dengan mulut dia penuh dengan chocolate pancake "Tapi kakak Lily jangan ambik hati pulak. Abang Paizo tu memang selalu macam tu. Abang Fang masak pun, abang Kaizo tetap jawab bolehlah"

"Betul tu. Kau jangan sedih pulak, kau kena terima sahaja" kata Boboiboy. Lily seperti mahu menangis tetapi dia terpaksa menerima jawapan dari Kaizo tadi "Abang Kaizo buat apa dekat sini?"

"Aku datang ke sini sebab aku cari adik aku. Pagi-pagi lagi dia sudah tiada. Sarapan pagi bukannya dia nak buat. Rumah masih bersepah lagi, dia langsung tak kemaskan. Kau ada nampak si Pang tu?"

"Dia ada dekat kedai donut yang baru tu" Boboiboy terus tersengih kepada Kaizo "Abang Kaizo nak heret dia pulang ke?"

"Hmm.. mungkin" Kaizo terus berjalan menuju ke bandar Pulau Rintis. Rizu melihat Lily merasa setiap kepingan kek pisang itu

"Kenapa kakak Lily?"

"Akak kena rasa kek pisang ni, nak tahu kenapa abang Kaizo tak puas hati. Ataupun dia sebenarnya memang tak puas hati dengan Lily sahaja sampai kek ni pun dia tidak puas hati juga. KENAPA DIA TIDAK PUAS HATI DENGAN KEK LILY! ADAKAH LILY PENYEBABNYA" Lily terus baringkan kepala dia di atas meja kaunter itu dan mulakan drama dia "Lily sudah buat kek pisang dengan penuh kasih sayang tetapi si kapten itik tidak puas hati dengan kek itu. Mungkin Lily kena buat tanpa rasa kasih sayang sebab itik kan selalu buat muka tembok" Terus dia angkat kepala dia dengan semangat baru "AKU LILY! AKU TIDAK AKAN MENGALAH! AKU AKAN BUAT KEK PISANG SAMPAI SI KAPTEN ITIK TU SUKA DENGAN KEK PISANG LILY!"

"Yeahhh! Pizu yakin kakak Lily dapat buat dengan baik! Semoga berjaya kakak Lily" Rizu siap bertepuk tangan kepada Lily

"Semoga berjaya Lily tapi jangan menangis pula kalau abang Kaizo masih dengan jawapan dia yang sama"

"Jangan risau Boboiboy. Lily yakin dia akan suka. Boboiboy dan Rizu boleh makan semua kek pisang ni. Lily nak pergi buat kek pisang yang terbaru dan kurang kasih sayang!" Boboiboy menepuk dahinya

------------------------------------

Mata Fang bersinar-sinar apabila dia melihat pekerja-pekerja di kedai donut itu membuat donut kegemaran dia iaitu donut lobak merah. Setiap kali donut lobak merah sudah pun siap, dia akan terus membelinya dan dia akan makan di situ juga. Kedai itu terdapat beberapa tempat untuk duduk makan dan Fang seorang sahaja pelanggan yang ada di situ pada hari itu. Pekerja di situ tidak menghalau Fang keluar dari kedai tersebut kerana mereka suka melihat gelagat Fang setiap kali donut lobak merah siap. Bau-bau donut di dalam kedai itu, membuatkan Fang rasa nak duduk di situ lama-lama. Kalau boleh, dia nak tidur sekali di dalam kedai itu

"Adik tak nak pulang ke?" tanya salah seorang pekerja kedai itu

"Tak nak. Selagi kedai ini belum tutup. Saya akan sentiasa berada di sini" kata Fang sambil melihat seorang abang sedang membuat donut strawberry "Lagipun donut lobak merah dekat sini rasa sedap dan rasa dia seperti dekat kantin sekolah rendah saya dulu. Oh, betapa bahagianya saya sekarang ini"

"Suka pula kamu yea tapi bagilah orang lain beli donut lobak merah tu. Kamu boleh ajekan rasa donut lain yang ada dekat kedai ni"

"Abang kalau nak tahu. Dia ni hantu donut lobak merah. Donut lain dia akan tolak tepi" muncul Gopal dengan donut perisa chocolate "Dia mana reti nak rasa donut-donut lain. Yang dia tahu donut lobak merah, donut lobak merah, donut lobak merah.. itu aje dia tahu"

"Isk kau ni! Kau sahaja nak buat aku marahkan"

"Mana ada. Aku cakap aje tapi memang betul kan. Kau tahu donut lobak merah aje. Cubalah kau rasa donut yang lain dekat sini. Semuanya nampak sedap, bukan donut kau sahaja yang sedap. Donut chocolate ni pun sedap tau! Tak pun donut oreo tu ke, donut matcha tu ke, donut biasa tu ke, donut nutella ke.." Air liur Gopal terus meleleh sambil melihat donut-donut tersebut "ABANG! BAGI SAYA SEMUA DONUT YANG ADA DEKAT SINI! SAYA NAK MAKAN SEMUA!"

"Jangan nak ambik donut lobak merah aku pulak!"

"Yelah, aku tak ambik lah donut kesayangan kau tu" Gopal terus bermasam muka sambil melihat pekerja itu mengambil satu per satu donut pelbagai perisa. Semuanya khas untuk Gopal. Fang hanya tunggu sahaja donut lobak merah dia siap dibuat. Dia tidak sabar untuk makan donut kesayangan dia "Wei Fang, apa kata kau bukak kedai donut lobak merah. Lagu tema donut kesayangan kau sudah pun tercipta di dalam mimpi kau, kau bolehlah bukak kedai kecik ke besar ke, yang khas untuk donut lobak merah kau tu"

"Yelah tu Gopal. Karang aku yang makan semua donut lobak merah tu" Fang terbayangkan diri dia di banjiri dan dihujani dengan donut-donut kesayangan dia. Memang hidup bahagia tidak terhingga. Dia dan donut lobak merah, cinta yang tidak pernah putus "Bestnya" kata Fang sambil mengelamun di situ. Gopal rasa nak sepak sahaja kawan dia tetapi dia terpaksa hilangkan perasaan itu kerana donut dia sudah pun tersedia di dalam sebuah pinggan yang besar

"Hehehee.. abang suruh dia ni bayarkan donut saya yea" Gopal baru tersedar, bahawa duit dia memang tidak mencukupi untuk bayar kesemua donut yang dia ingin makan

"Takpe ke adik? Abang tahu dia ni panas baran dan suka mengamuk tak tentu pasal"

"Ala, takpe punya.. kalau dia mengamuk pun. Dia mengamuk dekat saya sahaja. Lagipun saya sudah terbiasa terkena amukan dia tu" kata Gopal sambil makan salah satu donut itu. Lalu dia mengambil tempat duduk menikmati kesemua donut-donut dia

"Errr.. adik" panggil abang pekerja itu kepada Fang "Adik kena bayar kesemua donut kawan adik tu"

"Nanti-nantilah saya bayar" kata Fang yang masih lagi terbayang diri dia tengah menikmati donut lobak merah

"WUUUU! Inilah kedai donut baru tu yea" muncul pula si Lily dengan beg plastik penuh dengan pisang. Terus Fang tersedar dari angan-angan dia

"Woi! Yang kau ada dekat sini kenapa? Nak kacau hidup aku ke?"

"Mana adalah landak. Aku datang ke sini sebab nak tengok kedai baru ni. Tak sangka pula kedai ni ada jual donut lobak merah" Lily terus melihat donut-donut yang ada di situ. Semuanya nampak enak belagak. Lily rasa lapar pula melihat donut-donut itu dan lalu perut dia berbunyi "Hehehee... lapar pulak aku. Abang! Bagi donut perisa oren tu! tapi tukang bayar si landak ni sebab saya sudah kehabisan duit" Fang mula berapi-api

"Apasal aku pulak kena bayar" marah Fang

"Sebab duit aku sudah habis beli pisang ni banyak-banyak. Tolong bayarkan yea" berkelip-kelip mata Lily kepada Fang

"Jadi adik kena bayar donut kawan adik tadi dan donut dia sekali" kata abang pekerja itu sambil tersengih kepada Fang "Kalau adik nak mengamuk, adik jangan mengamuk dalam kedai ni pulak. Baru aje buka, dah adik pergi hancurkan"

"Hmmm... budak dua orang tu memang suka sangat naikkan kemarahan saya. Siaplah dia orang nanti lepas ni" Fang terus keluarkan beg dompet dia untuk membayar donut-donut kawan dia

"Sebelum kau ajar mereka. Kau patut diajar dulu" muncul Kaizo dengan muka garang dia

"Erkk! Abang buat apa dekat sini?" Fang tersengih sambil berikan duit dia kepada pekerja kedai donut itu. Lalu tangan dia di pegang oleh abangnya "Ke-kenapa abang?"

"KAU NI! SARAPAN PAGI TAK BUAT! RUMAH BERSEPAH! LANGSUNG TAK KEMASKAN! APA NAK JADI DENGAN KAU NI! ASYIK DENGAN DONUT LOBAK MERAH SAHAJA!" Kaizo terus mengheret adiknya keluar dari kedai tersebut. Gopal dan Lily hanya melihat sahaja Fang diheret oleh Kaizo

"Kasihan kau landak. Memang nasib kau lah dapat abang yang garang" kata Lily dengan mulut dia penuh dengan donut

"Tak payah kasihan pun. Memang patut dia dapat abang macam tu. Kalau tidak, siapa nak marah dia kalau dia buat hal" kata Gopal. Lily hanya angguk sahaja. Mereka berdua terus diam sambil menikmati donut di situ

------------------------------------------

"Abang akan melarang kau pergi balik ke kedai donut tersebut. Kalau abang tak larang, sudah tentu kau akan ke sana tiap-tiap hari"

"Ala abang.. tak kan tak boleh langsung?" tanya Fang sambil merayu-rayu kepada abang dia "Bolehlah abang. Adik datang sekali sahaja" Kaizo abaikan sahaja rayuan adiknya. Dia terus menyuruh adiknya kemaskan rumah yang sudah bersepah itu

"SEKALI APANYA! SEMALAM SAMPAI KE MALAM KAU DUDUK DEKAT KEDAI TU! ABANG DEKAT RUMAH TUNGGU KAU PULANG! LEPAS NI, KAU DILARANG MAKAN DONUT LOBAK MERAH!" Kaizo terus naik ke atas untuk masuk ke dalam bilik dia. Dia menhempas tutup pintu biliknya. Fang berasa sedih tambah marah kerana abangnya melarang dia pergi ke kedai donut itu dan juga melarang dia makan donut lobak merah. Dia rasa tidak adil, dia perlu lakukan sesuatu supaya abang dia benarkan dia pergi ke kedai donut itu

"Nampaknya, aku perlu buat baik dekat abang aku" kata Fang sambil menyapu ruang tamu rumahnya "Tak pun suruh kak Lynna pujuk abang" Fang terus tersenyum sinis di ruang tamu itu "Mesti kak Lynna akan berjaya pujuk abang"

"Abang Fang! Biar Pizu sahaja pujuk abang Paizo" muncul pula Rizu dengan sebuah kotak. Di dalam kotak tersebut ada anak-anak kucing Pikachu. Salah seekor anak Pikachu, Rizu telah bagi kepada kawan baik dia iaitu Roy. Sekarang tinggal 3 ekor sahaja "Abang Fang nak tahu nama dia orang?" Fang angguk

"Hmm.. apa nama dia orang?" Terus Rizu tersengih kepada Fang

"Yang putih tu nama dia Pizu, yang oren tu nama dia Paizo dan yang hitam tu nama dia Pang. PIZU, PAIZO DAN PANG!" Fang rasa nak sekeh kepala Rizu

"Takde nama lain ke Rizu nak bagi?"

"Ada!" Rizu tersengih "Donut. Lobak. Merah!" Fang merenung tajam ke arah Rizu "Hehehe... abang Fang jangan marah. Pizu bergurau sahaja"

"Tak kan, abang tak marah tapi abang sedih sebab abang Kaizo tak bagi abang makan donut lobak merah dah" Fang terduduk di atas sofa sambil mengenang nasib dia yang tidak begitu baik "Sudahlah abang Kaizo tak bagi abang pergi balik kedai donut tu"

"Abang Fang jangan risau. Biar Pizu pujuk abang Kaizo" Rizu berikan kotak itu kepada Fang dan terus dia pergi naik ke atas. Fang dari bawah, dia melihat Rizu mengetuk pintu bilik Kaizo "ABANG PAIZO! INI PIZU!" Terus pintu itu dibuka

"Rizu nak apa?"

"Pizu nak pujuk abang Paizo. Abang Paizo bagilah abang Fang makan donut lobak merah. Itukan makanan kegemaran abang Fang, macam abang Paizo suka makan sup lobak merah. Kasihan abang Fang tak dapat nak makan donut lobak merah sebab abang Paizo tak bagi dia makan dah. Abang Paizo tak rasa kasihan ke dengan abang Fang? Abang Fang tu sanggup makan masakan abang Paizo yang masin sangat. Dia sanggup makan semua sekali, hanya untuk gembirakan hati abang Paizo. Abang Fang sayangkan abang Paizo sangat-sangat. Abang Paizo janganlah marah abang Fang, ok. Nanti Pizu suruh buatkan sup lobak merah untuk abang Paizo. Pizu tolong abang Fang buatkan! Mesti sedapkan nanti. Bolehlah kita makan sama-sama nanti. Lepas tu kita tengok movie cerita hantu tapi Pizu tak suka hantu, Pizu takut dengan hantu. Tapi takpe, demi abang Paizo, Pizu akan tengok juga! Pizu nak jadi berani dan kuat macam abang Paizo dan abang Fang! Pizu pun nak jadi pahlawan terkuat macam abang Paizo! tapi abang Paizo tak pernah nak bagi Pizu latihan tempur. Pizu pun nak juga tapi selalu tak dapat. Abang Paizo takut nanti Pizu cedera ke? atau abang Paizo takut nanti Pizu akan menangis? tapi Pizu tak kan menangis! Pizu akan menahan air mata Pizu dari keluar sebab Pizu berani!" Kaizo yang sudah bosan dengar celoteh Rizu, lalu dia terus melihat adiknya yang ada ruang tamu dengan muka harapan dia agar dapat makan donut lobak merah balik. Fang tersengih comel seperti anak kucing "Abang Paizo bolehkan, abang Fang makan donut lobak merah? Abang Paizo baikkan"

"Kata dekat dia, TAK BOLEH!" Kaizo terus tutup pintu bilik dia. Rizu gagal memujuk Kaizo. Terus dia turun dengan perasaan sedih dia

"Pizu sudah cuba tapi tak berjaya. Maaf abang Fang" Rizu terus peluk Fang lama-lama

"Takpelah. Abang terpaksa berbuat baik dekat abang Kaizo" Rizu lepaskan pelukan Fang dan terus dia senyum kepada Fang "Rizu baliklah dulu. Abang nak kemaskan rumah ni"

"Ok abang Fang. Nanti Pizu datang balik" Rizu angkat kotak besari itu dan terus dia keluar dari rumah tersebut. Fang sambung balik kemas rumah dan hati dia berapi-api kepada abang dia. Rancangan seterusnya, dia akan hubungi kak Lynna, kata dihati Fang

"Hehehehee... mesti kak Lynna akan marah abang nanti" bisik Fang. Dia terus kemaskan rumah sambil bernyanyi-nyanyi lagu. Kaizo yang ada di dalam pelik, dia terus membuka pintu itu sedikit untuk mengintai adiknya. Dia rasa pelik dengan sikap adiknya dan lalu dia terfikirkan sesuatu. Dia senyap sahaja dan tidak berkata apa. Dia tersenyum sinis sambil menutup pintu itu

"Oh, kau ingat kau buat baik. Kau akan dapat apa yang kau mahukan. Tengoklah nanti" kata Kaizo dengan nada sinis dia. Selama 1 jam itulah, Kaizo asyik mendengar nyanyi Fang. Macam-macam lagu dia boleh dengar, dari lagu sedih terus ke lagu marah dan ada juga lagu pelik-pelik. Lagu jepun pun ada juga. Kaizo membuka pintu bilik dia dan terus dia boleh bau sedap datang dari dapur. Dia kenal aroma sedap itu. Itu adalah bau sup lobak merah, sup kegemaran dia. Kaizo terus keluar dari bilik dan turun ke bawah, menuju ke dapur. Fang masih lagi bernyanyi sambil masukkan beberapa lobak merah ke dalam sup. Dia menoleh kebelakang dan nampak abang dia

"Abang! Adik ada buat sup lobak merah khas untuk abang! Oh yea, adik ada jemput kak Lynna juga" Dalam hati Fang meloncat-loncat kegembiraan kerana dia berharap sangat rancangan dia menjadi. Buat baik dan juga dipujuk oleh kak Lynna nanti, fikir Fang. Dia tidak tersenyum sangat, dia buat biasa sahaja agar abang dia tidak tahu dengan rancangan dia tetapi Kaizo kenal adik dia

"Hmmm... apasal kau jemput kak Lynna sekali?" tanya Kaizo sambil angkat kening sebelah

"Hehehehe... saja" Fang tersengih kepada abang dia "Nanti adik buatkan juice lobak merah sekali tapi lobak merah dah habis pulak. Adik pergi ke kedai sekejap ok. Abang tolong tengokkan sup tu ok. Jangan bagi hangus pulak. Nanti rosak sup lobak merah abang" Fang menjejak kakinya keluar dari dapur

"PANGGGG!" Fang menoleh kebelakang sedikit

"Yea abang" Fang tersengih lagi

"Jangan lupa belikan roti sekali. Abang nak makan roti cicah dengan sup lobak merah"

"Ba-baik abang" Fang rasa lega sedikit. Ingatkan abang dia nak marah dia lah tadi tetapi rupanya bukan "Adik pergi dulu" Baru selangkah sahaja, sudah abang dia panggil dia lagi sekali

"PANGGGG!"

"Yea abang" Fang tersengih lagi sekali

"Belikan makanan kucing sekali"

"Baik abang" Fang baru nak angkat kaki

"PANGGGGGGGG!"

"ABANG NAK APA LAGIIII!"

"Takde apa, abang cuma nak tengok kau marah sahaja" Fang berapi-api dengan abang dia. Kaizo hiraukan sahaja dengan adik dia yang dalam kemarahan itu. Dia cuma pergi rasa sup lobak merah itu "Kenapa kurang garam?" Fang mula cemas. Dia tidak mahu abang dia letak garam begitu banyak ke dalam sup itu. Kaizo keluarkan sebotol garam di dalam kabinet dapur. Terus Fang berlari untuk selamatkan sup lobak merah daripada di musnahkan oleh abang dia sendiri

"Abang!" Fang menepis tangan abang dia dan terus botol garam itu jatuh ke atas lantai dan lalu pecah "ABANG! JANGANLAH ROSAKKAN SUP LOBAK MERAH ADIK!"

"Abang tak rosakkan pun, abang cuma nak bubuh garam sahaja"

"Yelah tu, abang kalau letak garam. Abang mesti letak satu botol punya. Macam manalah abang boleh tahan dengan rasa masin. Kalau adik, sudah lama adik pengsan" Fang terpaksa kemaskan dapur. Habis lantai penuh dengan garam

"Abang buat muka tiada perasaan sahaja. Kemaskan dapur ni dan jangan lupa pergi beli lobak merah" Kaizo tidak menolong adiknya kerana dia tahu, dia yang buat. Jadi adik dia yang kena kemaskan. Kaizo hanya pergi buat teh hijau untuk tenangkan diri dia. Fang membebel seorang diri sambil mengemas dapur itu. Selepas selesai sapu kesemua garam tersebut. Dia menutup api dapur gas dan terus keluar dari rumah. Dia tenangkan diri dia, buat baik dan teruskan dengan rancangan dia. Dia pasti abang dia akan benarkan dia pergi balik ke kedai donut dan dapat makan donut kegemaran dia

-------------------------------

"Aduh, beratnya plastik ni" Fang mengeluh kerana dia terpaksa buat kerja seorang diri tapi dalam hati dia, dia rasa marah kepada abang dia sebab tak nak tolong dia "Abang aku tu, dia ingat diri dia tu raja ke apa. Asyik aku sahaja kena buat kerja. Ingat aku ni orang gaji ke apa tapi aku buat ni demi donut lobak merah. Oh cinta hati ku, tunggulah aku. Aku akan sampai tidak lama lagi" Fang berhenti dekat depan kedai donut dan terus melihat donut lobak merah dia di tingkap kedai itu. Dia tidak sedar Bella, Lily dan Faye sedang makan di dalam kedai itu "Jangan risau cinta hati ku, aku akan dapatkan kau juga"

"Cinta?" muncul Ying sambil melihat dekat tingkap kedai itu "Wei, dengan siapa kau bercinta hah?"

"Dengan donut lobak merah lah"

"Yelah tu... entah-entah dengan salah seorang daripada dua orang tu. Siapa? Bella atau Lily?" Fang rasa nak marah sahaja si Ying

"Malas aku nak melayan kau" terus Fang sambung berjalan. Dia tinggalkan Ying di situ seorang diri "AKU AKAN DATANG DONUT KU!"

"Hmm.. tak habis-habis dengan donut lobak merah dia tu" muncul pula Yaya di sebelah Ying "Tapi kenapa dia tak pergi beli sahaja donut dia tu?"

"Entahlah Yaya. Aku pun tak tahu maa.. yang aku tahu dia cintakan donut lobak merah dia tu"

"Biarkan lah dia. Jom kita makan donut dengan dia orang" Yaya membuka pintu kedai tersebut dan terus masuk ke dalam bersama Ying. Sementara Fang pula, sudah rasa penat mengangkat beg plastik yang berat itu. Dia telah memborong kesemua lobak berat di dalam pasaraya tersebut tapi dia terlupa nak minta kotak

"Aku kena kuatkan diri. Ini untuk donut ku yang tercinta" Fang dengan tabah hatinya, dia kuatkan dirinya untuk mengangkat 4 beg plastik yang penuh dengan lobak merah. Dia tidak akan berputus asa, asalkan dia dapat donut lobak merah

"Kau ok ke Fang?" muncul pula Boboiboy di sebelah Fang

"Aku ok aje. Kau nak apa, Boboiboy?"

"Takdelah, aku tanya aje tapi kau macam perlukan pertolongan sahaja. Nak aku tolong tak?" Boboiboy rasa kasihan pula melihat kawan baik dia mengangkat 4 beg plastik seorang diri

"Tak usahlah Boboiboy. Aku boleh buat sendiri"

"Betul ni?" tanya Boboiboy lagi

"Isk! Sibuk sahaja kau ni" Fang mempercepatkan langkah dia untuk jauhkan diri dia daripada Boboiboy

"Fang, tunggu!" Boboiboy mengejar Fang tetapi Fang tetap tidak perlahankan diri dia "Fang, kau nampak penat tu. Apa kata kau pergi berehat sekejab dekat kedai Tok Aba. Bukannya jauh dari sini pun"

"Isk, kalau aku tak berhenti. Mesti kau akan sibuk juga dengan urusan aku"

"Dah tu, kau nampak penat. Tak kan aku nak biarkan kawan aku pengsan dekat tengah jalan. Meh lah aku tolong kau" Boboiboy mengambil dua beg plastik di tangan Fang "Macam mana? ringankan"

"Hmmm.. yelah. Aku pergilah rehat dekat kedai Tok Aba sekejab tapi kau kena belanja aku" Boboiboy tersenyum kepada kawan baik dia

"Aku tak kisah pun, asalkan kau rehatkan diri. Baru kau sambung balik rumah. Lobak banyak-banyak ni, kau nak buat apa?" tanya Boboiboy sambil berjalan bersama dengan Fang

"Apa lagi. Aku nak buat juice lobak merah untuk abang aku lah. Aku kenalah buat baik dekat abang aku"

"Buat baik? Ini mesti ada sesuatu kau nak kan" Fang angguk lemah "Hmmm.. semoga berjaya Fang. Aku cuma takut abang kau hanya buli kau sahaja, sampai dia tak bagi langsung. Nanti kau juga yang merana"

"Dia mesti bagi punya. Demi donut lobak merah ku yang tercinta. Aku sanggup buat apa sahaja untuk abang aku! Aku jadi baik untuk satu hari pun takpe tapi aku berharap sangat kak Lynna berjaya memujuk abang aku yang suka sangat nak buat muka serius"

"Haih, sampai kak Lynna pun kau nak panggil juga" Fang tersengih kepada Boboiboy "Macam-macam betul kau ni Fang. Jangan abang kau tahu apa niat kau yang sebenarnya sudah"

"Kalau dia tahu, dia mesti nak hukum aku dengan latihan tempur dia tu. Tak habis-habis dengan latihan tempur dia tapi kalau tentang donut lobak merah, aku akan buat! Aku akan buktikan aku budak baik bukan jahat! Aku akan dengar setiap arahan yang abang aku akan bagi sehinggalah dia benarkan aku makan donut lobak merah" kata Fang dengan penuh semangat. Hati dia berkobar-kobar untuk berjuang demi donut lobak merah "Aku tak kan mengalah! Kau tengok sahaja, Boboiboy. Rancangan aku pasti akan berjaya!"

"Yelah Fang. Aku ucapkan semoga berjaya. Kalau berjaya, kau kena belanja aku satu donut lobak merah"

"Baiklah!"

"Tapi ada satu syarat" Boboiboy terus tersenyum sinis "Kau tidak boleh mengeluh, marah, mengamuk tak tentu pasal dan juga kau tidak boleh bertukar menjadi hantu bayang sehinggalah kau dapat apa yang kau nak!"

"Baiklah Boboiboy. Aku akan terima cabaran kau tapi mana adil aku sahaja yang kenakan" Fang pun turut tersenyum sinis juga kepada Boboiboy "Kau pun kena cabaran juga"

"Aku? Cabaran apa kau nak bagi dekat aku?"

"Hehehe.. setiap kali Lily nak bermesra, nak cubit pipi kau, ajak kau keluar atau bermanja dengan kau. Kau jangan lari daripada dia. Kau kena turuti semua kata-kata Lily"

"Errr.. ok, aku akan terima cabaran kau juga tapi sampai bila?" tanya Boboiboy

"Sampai aku dapat donut kesayangan aku lah" Boboiboy takut pula melihat senyuman sinis Fang. Mereka sudah pun sampai di kedai Tok Aba "Jadi, kita mulakan cabaran kita pada hari ini!" Fang akan buktikan dia akan dapat apa yang dia nak kerana dia adalah Fang. Dia bukan seseorang yang mudah mengalah. Lalu dia tergelak seorang diri sambil dilihat oleh kawan baik dia. Boboiboy hanya mampu gelengkan kepala sahaja

------------------------------------

Setelah Fang sampai di rumah. Dia dapati rumah dia sunyi sahaja. Dia masuk ke dalam dapur dan melihat sup lobak merah dia sudah pun habis dimakan. Periuk tadi telah pun berada di dalam sinki "Eh, abang aku makan tanpa aku ke?" Fang simpan terus kesemua lobak merah di dalam peti sejuk. Selepas itu dia pergi mencari abang dia "Abang?" Dia membuka pintu bilik abangnya

"Apa kau nak?" Kaizo berada di atas katil sambil membaca buku novel hantunya "Mana juice lobak merah abang?"

"Err.. kejap lagi adik buat" Fang melihat sekitar bilik abangnya "Abang, kak Lynna tak datang ke?"

"Tak. Abang suruh dia tak payah datang ke sini. Yang kau nak menyusahkan dia datang ke sini kenapa? Takde kerja lain ke kau nak buat"

"Isk.. ab-" terus dia teringat dengan cabaran Boboiboy tadi. Dia kena tenang dan bersabar dengan abang dia "Hehehehe... adik bukan nak menyusahkan kak Lynna. Adik cuma nak bagi dia rasa sup lobak merah adik buatkan. Lagipun adik nak kita makan sama-sama. Abang sambunglah balik baca buku, adik pergi buatkan juice lobak merah" Lalu dia menutup pintu bilik abang dia "Cheh, tak guna punya abang" bisik Fang

"APA KAU CAKAP PANGGGG!" Menjerit abang dia di dalam bilik

"TAKDE APA!" Fang rasa lega abang dia tidak dengar apa yang dia katakan tadi. Dia terus kembali ke dapur untuk buatkan juice lobak merah "Bertahanlah wahai diri ku. Aku akan dapat apa yang aku nak! Kena buli pun takpe, janji aku akan dapat donut lobak merah! HAHAHAHAAA!" Fang terus keluarkan kesemua lobak merah dan terus memotong lobak merah itu seperti memotong daging. Dia tergelak seorang diri di dalam dapur, sehingga dia tidak sedar dengan kehadiran abang dia di dalam dapur tersebut. Kaizo melihat kepelikan adiknya yang tergelak seperti orang gila itu. Dia rasa nak ketuk kepala adiknya tetapi dia biarkan sahaja. Dia rasa adiknya sudah tidak betul sebab tidak dapat donut kesayangannya iaitu donut lobak merah. Inilah peluangnya untuk melihat sejauh mana adik dia akan buat untuk dapatkan sebiji donut lobak merah. Kaizo tersenyum sinis di belakang adiknya. Apalah yang akan terjadi nanti. Dia tidak sabar untuk melihatnya

"Hehehehehee..." Fang tergelak seorang diri

----------------------------------------

Keesokannya, Kaizo terkejut dengan adiknya menghantar sebuah dulang perak dengan makanan sarapan pagi dan lalu adiknya meletakkan dulang itu di depan dia "Pang? Kau buat apa ni?"

"Adik buat bubur lobak merah khas untuk abang. Juice lobak merah khas untuk abang juga, potongan lobak merah khas untuk abang dan ada juga susu khas untuk abang" Kaizo melihat sarapan pagi yang telah disediakan khas untuk diri dia. Dia mengangkat kening sebelah dan terus melihat adiknya senyum seperti orang gila "Makanlah abang, nanti adik sediakan air mandi abang pula"

"Sah adik aku sudah tak betul" bisik Kaizo "Pang, kau tak perlu buat begitu. Abang boleh buat sendiri tapi kau boleh basuhkan baju abang dekat bakul tu" Kaizo tunjuk ke arah sebuah bakul yang penuh dengan pakaian kotor "Jangan lupa sekali beli makanan kucing. Kau lupa beli semalam"

"Baik abang ku sayang" Tiba-tiba sahaja Fang cium pipi abang dia. Kaizo lap pipi dia dan terus dia menjamu selera "Abang makan elok-elok ok, adik nak pergi basuh baju abang. Kalau abang nak apa-apa, panggil sahaja adik"

"Hmmm.. yelah" kata abang dia yang sedang suapkan diri dia bubur lobak merah. Kaizo perhatikan sahaja adik dia sedang mengutip semua baju yang ada di atas lantai bilik. Fang sempat lagi mengemas bilik tidur abangnya sebelum dia keluar dari bilik tersebut. Selepas itu, Kaizo naik rimas dengan adiknya. Dia asyik tanya soalan yang sama sahaja

"Abang nak apa? Abang nak apa?" setiap lima minit, Fang akan masuk ke dalam bilik abangnya dan akan bertanya soalan yang sama "Abang nak apa?"

"PANGGGGG!"

"Abang nak apa?" Fang tersenyum kepada abangnya

"Kau kenapa? Sudah hilang akal ke? Tak kan sebab tak dapat donut lobak merah, terus kau jadi gila"

"Tak tak.. adik buat ni sebab nak donut lobak merah" kata Fang dengan wajah ceria dia, nada ceria dia, mata dia yang bersinar-sinar dan senyuman dia yang masih belum pudar lagi dari tadi

"Bukan benda yang sama ke?" bisik Kaizo. Dia menghela nafas "Sudahlah Pang, kau pergi sambung buat kerja dan jangan nak lari pergi cari donut lobak merah pulak"

"Baik abang ku!" Fang terus keluar dari bilik abangnya. Dia terdengar ada seseorang sedang mengetuk pintu rumahnya. Fang terus melompat-lompat dari tangga rumah terus ke pintu rumah dia "Siapa tu?" Kaizo dari balkoni atas, terus perhatikan adik dia membuka pintu rumah

"LANDAKKKKKK!" Mata Fang terkebil-kebil melihat Lily sedang peluk tangan Boboiboy yang tersengih itu "Terima kasih landak sebab bagi cabaran dekat BBB-CHAN KU! Semalam kita orang keluar jalan-jalan dekat bandar. BBB-chan belanja Lily makan ice cream! Lepas tu kita orang main game dekat pusat hiburan, best sangat! Tapi Lily sedih Lily menang dalam semua permainan. BBB-chan tak menang satu apa pun. Lepas tu pagi tadi, Lily ada bagi kerepek pisang untuk BBB-Chan. Lepas tu Lily suapkan BBB-chan makan chocolate pancake. Bahagia Lily rasa"

"Wah, bagus.. bagus.. lepas ni korang pergilah bercinta dekat tepi pantai yea" kata Fang dengan jawapan dia yang tak betul "Lepas tu jangan lupa beli donut lobak merah, makan sama-sama, kongsi sama-sama, bercinta dengan donut lobak merah sama-sama.."

"Fang? Kau betul ke tak betul ni?" risau pula Boboiboy

"Ala, landak mesti betulkan. Kalau dia tak betul, sudah tentu dia bertukar menjadi hantu bayang"

"Tapi Lily... ini tak betul memang betul-betul tak betul" Boboiboy melihat kawan baik dia yang ceria semacam itu "Fang, bagi aku pujuk abang kau. Takut pula aku tengok kau macam ni"

"Tak perlulah Boboiboy. Aku akan berusaha sendiri untuk dapatkan apa yang aku nak! Hahahahahahaaa! Aku tidak memerlukan bantuan daripada sesiapa pun! HAHAHAHAHAHAHAHAAAA!" Terus mulut dia kena sumbat dengan kek pisang Lily

"Macam mana landak? sedap tak Lily buat" Lily perhatikan Fang kunyah kek pisang itu secara perlahan-lahan dan terus dia telan

"Kurang kasih sayang" Muka Lily berubah

"Kurang kasih sayang? Uwaaaaaa!" Lily menangis di bahu Boboiboy "Macam mana nak buat bagi si itik suka dengan kek pisang ni. Semalam terlebih kasih sayang, dia cakap bolehlah. Hari ni kurang kasih sayang, terus tak sedap. BBB-CHAN! HELP MEE!"

"Lily sebenarnya nak buat kek pisang ni untuk Boboiboy ke atau untuk abang Kaizo?" Boboiboy garu-garu kepala dia sebab tidak faham dengan motif sebenarnya Lily "Maaf sebab aku sendiri tak faham dengan motif kau sebenarnya"

"Takpe Boboiboy. Lily sebenarnya nak buat kek pisang ni khas untuk semua orang! Biar semua orang cakap kek pisang ini adalah yang terbaik diantara yang terbaik di planet ini!" Terus Fang pegang tangan Lily dan Boboiboy dan mengheret mereka masuk ke dalam dapur "Apa kau nak buat landak?"

"Ajar kau bagaimana nak buat kek pisang yang tersedap diantara yang tersedap dekat planet bumi ni! Tapi.. DONUT LOBAK MERAH KU YANG PALING SEDAP! HAHAHAAHAHAAA!" Fang terus mengambil pisang, tepung, telur, susu dan bahan-bahan yang lain untuk membuat kek pisang "Lupa pulak.. takde donut lobak merah"

"Bila masa kek pisang ada donut lobak merah?" tanya Boboiboy

"Senyap! Ini adalah resepi terbaru aku. KEK PISANG BERPERISA DONUT LOBAK MERAH!" Lily siap tepuk tangan dan sangat teruja dengan resepi baru dari si landak "Terima kasih, terima kasih"

"Bagus landak ni, boleh terfikir nak buat kek pisang perisa donut lobak merah"

"Bagus apa kebendanya. Ini sudah kegilaan donut lobak merah" bisik Boboiboy dengan nada bosan dia. Mereka berdua melihat Fang mencampur kesemua bahan-bahan yang dia

"Lepas tu kita letak kasih sayang di dalam acuan kek pisang ini. Abang sayangkan aku, aku sayangkan donut lobak merah dan abang, Lily cintakan Boboiboy, Rizu cintakan anak-anak kucing dia dan anak patung penguin dia, Gopal cintakan sepupu aku si Faye tapi sebenarnya itu hanyalah rekaan aku sahaja, si minah Bella penyibuk boleh blah. Kak Lynna tak nak bercinta dengan abang, abang pun sama juga tapi aku juga yang pasrah sebab mereka hanyalah kawan sahaja. Yaya dan Ying dua gadis cantik.." Boboiboy dengar sahajalah Fang merapu sambil mengacau-gacau kek pisang itu

"Aduh, kawan aku ni.." Boboiboy keluar dari dapur itu secara senyap dan terus memanggil Kaizo "Abang Kaizo" Boboiboy membuka pintu bilik Kaizo

"Kau nak apa?" tanya Kaizo yang sedang bersiap-siap untuk pergi ke kapal angkasa

"Abang Kaizo bagilah Fang makan donut lobak merah. Dia tengah tak betul tu"

"Biarkan dia" jawab Kaizo

"Habis tu, abang Kaizo nak bagi dia berapa lama jadi macam tu?" Kaizo menghela nafas dan terus jawap soalan Boboiboy

"Aku hanya mahu buli dia sahaja tapi disebabkan dia jadi macam ni, eloklah tu dia jadi macam tu daripada dia asyik duduk berlepak dekat kedai donut tu sahaja. Kau jangan bagi dia donut lobak merah selagi aku tidak membenarkan, FAHAM!" Boboiboy terpaksa mengalah. Kalau Kaizo sudah tak bagi, dia tidak boleh melawan kata-kata Kaizo. Kalau tidak, latihan tempur entah berapa lama dia akan dapat

"Faham abang Kaizo" Boboiboy keluar dari bilik tersebut. Dia turun dan terus masuk balik ke dalam dapur. Dia terkejut melihat Lily pengsan di atas lantai dapur "Lily? Kenapa ni? Mana Fang?" Mata Lily terus terbuka luas selepas sahaja dia dengar suara Boboiboy

"BOBOIBOY! Lily baru sedar. Tadi si landak serang Lily dengan periuk. Sebelum tu dia asyik nyanyi lagu tema donut lobak merah aje. Sekarang ni Lily tak tahu dia pergi mana tapi kek pisang tadi itu ada dekat dalam oven. Dia pergi letak lobak merah dalam kek pisang tu" Boboiboy menepuk dahinya

"Aduh.. kita kena pergi cari dia sebelum si Fang jadi gila"

"Tapi dia memang dah gila pun" kata Lily. Dia terus bangun dari tempat dia pengsan tadi "Kalau kita pergi, nanti siap nak tengokkan kek pisang ni.. hmmm.. hah!" Lily terus letak Pikachu dan Shadow di depan oven "Nanti kalau dah siap, tolong keluarkan yea"

"Lily, kucing tu mana reti nak keluarkan kek pisang tu dari oven" Lily tersengih sambil garu kepala

"Kalau macam tu, Lily tunggu dekat sini. Boboiboy pergi cari si landak tu" Boboiboy setuju sahaja dengan kata-kata Lily. Dia terus pergi ke pintu rumah dan lalu buka. Dia terkejut melihat Fang ada di situ bersama dengan tiga kawan baik dia yang lain. Fang dengan hati gembiranya, dia makan donut lobak merah dengan muka comel seperti anak kucing

"Eh, mana korang jumpa dia?" tanya Boboiboy

"Kita orang jumpa dia dekat depan kedai donut tadi. Tiba-tiba pula dia berkelakuan seperti kucing. Jadi kita orang bagilah dia donut lobak merah" kata Yaya

"Ha ah, sudah lah dia bermeow meow dekat depan kedai donut tu" kata Ying

"Kawan kita sudah tak betul. Hari tu jadi arnab, sekarang ni tak kan dia nak jadi kucing pulak" kata Gopal pula

"Kawan kita memang dah tak betul. Abang dia tak bagi dia makan donut lobak merah, itu pun sebab dia asyik duduk dekat kedai tu aje sampai dia lupa nak balik rumah. Mana abang dia tak marah" Fang angguk kepala dia tanda setuju dengan kata-kata Boboiboy "Faham pula apa aku cakap tadi"

"Macam mana dia boleh dapat donut lobak merah ni?" muncul Kaizo di belakang Boboiboy

"Maaf kapten Kaizo. Sebenarnya kami bertiga yang bagi dia donut lobak merah" Fang angguk kepala sambil tunjuk dekat Yaya

"Hmmm... kamu semua boleh balik. Aku nak cakap dengan adik aku ni" Kaizo mengheret adiknya masuk ke dalam rumah. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying pulang ke rumah dan tidak tahu apa yang akan terjadi dengan Fang nanti. Kaizo suruh adiknya duduk di atas kerusi sofa "Pang, kau ni memang suka menyusahkan orang lain" Fang angguk sambil makan donut lobak merah dia "Pang, abang akan benarkan kau makan donut lobak merah semula tapi dengan satu syarat"

"Apa syarat dia abang?"

"Kau perlu buat donut lobak merah sendiri" Fang tidak kisah, asalkan dia dapat apa yang dia mahu "Dan kau perlu berkongsi dengan kawan-kawan kau. Jangan nak jadi tamak pula dan jangan lupa si Lily dekat dapur tu. Mata dia asyik pandang oven sahaja dan kek pisang yang kau buatkan tu, nanti abang nak rasa"

"Terima kasih abang sebab benarkan adik makan donut lobak merah balik. Sayang abang! SAYANG ABANG! SAYANG ABANGGGGG!" Fang meloncat-loncat sambil peluk abang dia

"Wuuuu... nak kata terharu, takdelah terharu sangat" kata Lily sambil mencari Boboiboy di dalam rumah itu "Mana Boboiboy? Tak kan dia tinggalkan Lily dekat sini pulak?! BOBOIBOYYYYYYY!" Lily terus berlari keluar dari rumah untuk mencari Boboiboy. Fang abaikan kerana dia asyik peluk abang dia sahaja sampai tidak mahu lepaskan

"Kau ni, dah dapat donut lobak merah. Terus nak bermanja dengan abang yea"

"Mestilah. Abang kan abang adik.. kenalah bermanja" Dia peluk abang dia sampai Kaizo sendiri tidak boleh pergi ke kapal angkasa. Jadi dia terpaksa bermanja-manja dengan adiknya pada hari itu. Mereka merasa kek pisang berperisa lobak merah itu dan jawapan dari Kaizo tetap sama

"Bolehlah" Fang terima sahajalah, janji dia gembira pada hari itu

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top