Misteri
"HILANG?!"
"Ha ah, Rizu bawa aku pergi ke rumah tu balik semalam. Memang hilang segala-galanya, yang ada pun, rumah kecil sudah lama ditinggalkan. Macam rumah terbiar"
Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Zakwan terkejut dengan berita tersebut. Mereka sudah merasai seram sejuk pada tengahari itu di sekolah. Masing-masing melihat sesama sendiri dengan perasaan takut
"Tapi.. yang kek-kek dia hidangkan hari tu... dia hidangkan apa? Jangan cakap..." Boboiboy rasa nak muntah. Perut dia sudah merasa memulas dan dia sudah menjadi tidak sedap badan. Gopal menutup mulutnya, muka dia telah bertukar hijau dan lalu dia lari ke tandas kerana ingin muntah. Yaya dan Ying rasa tidak kena dengan perut mereka. Begitu juga Bella, Faye dan Zakwan
"Tak tahulah tapi.. tak kan dia nak hidangkan kita orang dengan makanan begitu pulak. Rizu semalam pun dah naik demam, hari ni terus tak datang sekolah sebab pasal budak perempuan tu. Nak tanya Ratu Lily ke? Dia kan pakar dalam hal-hal hantu ni" kata Fang "Tapi korang ok ke?"
"Aku rasa macam nak demam pulak bila kau bagitahu pasal rumah tu" Faye terduduk di atas bangku sebab diri dia sudah tidak begitu sihat
"Aku ok cuma.. nak rasa muntah tu adalah" kata Bella pula "Kau nak siasat ke rumah tu nanti? Mesti ada kisah disebaliknya"
"Aku tak pastilah nak siasat ke tak" Fang bermundar-mandir di depan kawan-kawannya sambil fikirkan, adakah dia perlu pergi menyiasat tentang rumah itu atau biarkan sahaja
"Lebih elok kita biarkan sahaja tapi ikut koranglah kalau nak siasat ke tak" kata Yaya "Tapi kalau nak siasat pun, kita kena beritahu Kapten Kaizo dan kak Lynna. Dia orang kan lebih arif dan lebih dewasa daripada kita semua"
"Tapi kita kan superhero" muncul Gopal semula yang baru sahaja habis muntah
"Kita superhero untuk selamatkan dan mempertahankan bumi, bukan superhero pergi siasat benda-benda misteri" kata Boboiboy "Aku ikut sahaja keputusan kau, Fang"
"Hmmm.. kalau aku nak pergi siasat, korang nak ikut sekali ke? Aku tak kisah kalau korang tak nak ikut" tanya Fang sambil melihat kawan-kawan dia. Faye sudah rasa macam nak pengsan, badan dia sudah menjadi panas. Ying pun seperti Faye juga, demam sudah melanda dirinya. Yaya dan Bella masih kuatkan diri supaya tidak demam. Zakwan hanya berdiri situ sambil fikirkan sesuatu dan Gopal pula, rasa seperti hendak muntah lagi sekali
"Aku ikut kau. Aku tak nak kau pergi siasat rumah tu keseorangan. Kalau yang lain tak nak ikut, biar aku dan kau sahaja pergi"
"Aku nak ikut tapi aku nak balik rumah" Bella menolong Faye membawa dia ke bilik guru. Ying pun ikut sekali bersama Yaya "Maaf semua, badan aku rasa tak sihat pula bila dengar berita tadi. Nanti tolong hubungi abang Kaizo, ambik aku dekat sekolah"
"Ok" kata Fang. Dia rasa kasihan dengan kawan-kawan perempuan dia dan juga sepupu dia "Aku rasa, baik dia orang semua tak payah ikut. Kita-kita sahaja pergi. Kau, aku, Gopal dan Zakwan"
"Aku akan bawa video kamera aku! Tapi kita nak siasat hari ini juga ke ataupun esok?" tanya Gopal
"Kita siasat hari sabtu lah. Tak nak pergi siasat masa hari persekolahan" kata Zakwan secara tiba-tiba. Dia dari tadi senyap sahaja
"Betul juga cakap kau. Jadi hari sabtu, kita jumpa dekat depan rumah tu. Kita berempat sahaja" Mereka semua setuju dengan kata-kata Boboiboy "Lagipun, kalau semua ikut sekali.. nanti apa-apa terjadi, siapa nak bagitau abang Kaizo dan kak Lynna. Susah kita nanti"
"Kalau abang aku tahu, mesti aku kena hukuman dari dia tu tapi aku nak tahu, siapa budak perempuan tu. Ini sudah menjadi kes misteri Pulau Rintis! Baiklah, pasukan Geng Misteri akan beraksi pada hari sabtu ini!" Fang tergelak besar di situ sehinggalah loceng sekolah berbunyi. Mereka berempat terus ke tangga sekolah untuk naik ke kelas. Masing-masing sudah tidak sabar untuk menunggu hari sabtu tapi dalam hati masing-masing, mereka perlukan Ratu Lily untuk misi mereka kali ini
---------------------------------------------------------------------------
Hari sabtu sudah pun tiba. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Zakwan sudah berada di depan rumah misteri. Ratu Lily, Lily dan juga Emmy ada di situ bersama mereka. Rizu tidak mahu pergi kerana dia rasa takut melihat rumah tersebut. Kaizo dan Lynna tidak tahu yang mereka pergi ke rumah itu walaupun mereka berdua sudah melarang mereka semua untuk pergi menyiasat rumah itu
"Sebelum kita pergi menyiasat, aku rasa budak-budak perempuan duduk sahaja di luar. Biar kami yang pergi masuk tapi Ratu Lily kena ikut kita orang" kata Fang sambil melihat rumah terbiar itu. Tingkap-tingkap di rumah itu, tertutup rapi dan tiada kesan retakan ataupun pecahan yang ada. Pintu rumah itu separuh terbuka. Taman yang mereka nampak indah pada hari itu, sudah menjadi rumput-rumput kering. Tiada bunga-bungaan yang tumbuh di situ, yang ada hanyalah tanah dan rumput kering sahaja
"Tapi kenapa Ratu Lily sahaja yang boleh ikut?" tanya Lily "Lily pun nak ikut masuk sekali"
"Wei, kau jangan degil boleh tak. Lagipun Ratu Lily kan yang lebih tua dekat sini"
"Ala landak, aku kan orang nombor dua lebih tua dekat sini. Jadi aku kenalah ikut sekali" Padahal Lily nak ikut sebab dia tidak mahu melihat Ratu Lily bersama-sama dengan Boboiboy dia "Dan paling muda sekali ialah si Ammy!"
"EMMY LAH!" Emmy lompat dan ketuk kepala Lily dengan alatan radar hantu dia. Benjol kepala Lily "Kak Milly tak reti sebut nama orang yea"
"RETI LAH! E.M.M.Y Ammy! F.A.N.G Landak!" Semua berikan renungan maut dekat Lily "Hehehee.. tapi Ammy pun tak reti sebut nama orang. Dia panggil Lily, Milly"
"Itu sebab Emmy lupa nama korang. Macam abang landak, Emmy panggil dia abang Fely"
"Kalau nama lelaki takpelah juga, ni nama perempuan dia pergi panggil aku" berapi-api hati Fang dengan Emmy "Nama aku Fang lah! Bukan Fely!"
"Sudahlah, tak kan pasal nama pun kita nak bergaduh. Sekarang, siapa nak ikut masuk? Tapi aku setuju dengan Fang tadi, biar kami lelaki sahaja yang masuk" kata Boboiboy sambil tunjuk ke arah Fang, Gopal dan Zakwan "Ratu Lily pun kena ikut juga sebab dia kan hantu"
"Kau ingat kita orang perempuan ni pengecut ke" marah Ying kepada Boboiboy
"Takdelah, aku takut korang demam aje nanti. Lagipun aku, Fang dan Gopal pernah masuk dalam game hantu sebelum ni"
"Yelah Boboiboy, aku ikut sahaja kata kau. Kalau semua ikut pun, nanti apa-apa terjadi, siapa nak bagitahu Kapten Kaizo dan kak Lynna"
"Ha ah, betul juga cakap Yaya. Jadi aku tak perlu ikut masuk" kata Faye "Siapa lagi nak temankan aku?" Semua tak angkat tangan dan mereka hanya tersengih sahaja kepada Faye "Cheh, aku sorang sahaja yang tak nak masuk. Ikut koranglah, aku tunggu dekat sini sampai korang habis siasat"
"Maaf Faye tapi aku sebenarnya memang betul-betul rasa curiga dengan hantu perempuan tu" Bella tersengih kepada Faye yang sedang bermasam muka "Janganlah merajuk dengan aku"
"Hmm... yelah. Kau dan Lily masuklah" Faye merajuk sedikit dengan dua kawan baik dia "Tapi korang semua hati-hati tau. Aku tengok rumah tu pun, rasa macam nak demam balik"
"Jomlah, daripada kita duduk sini lama-lama. Nanti orang lain ingat kita tengah nak buat rancangan jahat pulak" Fang orang yang pertama pergi ke pintu rumah itu yang separuh terbuka itu, yang lain ikut di belakang. Gopal merakamkan setiap detik yang mereka sedang lalui. Boboiboy, Fang dan Zakwan sudah membawa lampu suluh dan beberapa alatan seperti tali, walkie talkie, botol air dan juga beberapa biskut kalau ada sesiapa yang rasa lapar. Botol air itu adalah cadangan merapu Fang sebab mengikut kata dia, manalah tahu mereka terjumpa pintu rahsia dan membawa mereka ke bawah tanah tapi dia orang rasa pintu rahsia tak kan ada. Tetapi akhirnya, mereka pun bawa juga sebab takut tiba-tiba sahaja mereka terjumpa pintu rahsia. Fang menolak pintu rumah itu secara pelahan dan tiba-tiba sahaja, sebuah angin kencang membawa Fang masuk ke dalam rumah yang gelap gelita itu
"FANGGG!" mereka semua menjerit. Mereka larikan diri tetapi hanya beberapa sahaja yang sempat menyelamatkan diri. Boboiboy, Bella, Emmy, Lily dan Gopal disedut masuk ke dalam rumah itu. Angin kencang itu hilang dan terus pintu rumah itu tertutup rapi. Yaya, Ying, Faye, Zakwan dan Ratu Lily berpatah balik dan berlari ke arah pintu rumah tersebut. Mereka cuba untuk membuka pintu itu tetapi tidak berjaya
"Ketepi semua. Biar aku cuba pecahkan pintu ini" kata Yaya. Mereka berlari ketepi dan melihat Yaya menumbuk pintu rumah tersebut tetapi tiada kesan pecahan yang terjadi "Ada sesuatu yang menghalang kita untuk masuk ke dalam rumah ni"
"Agaknya, dia orang dengar tak kalau kita menjerit?" tanya Zakwan. Dia mengusik-usik pintu rumah itu dan rapatkan telinga dia untuk mendengar jeritan dari kawan-kawan dia yang terperangkap di dalam. Ratu Lily cuba untuk menembus masuk ke dalam rumah itu tetapi gagal. Ada sesuatu yang menghalang dia masuk ke dalam
"Tak tahu... BOBOIBOY! FANG!" Faye menjerit sekuat hati tetapi malangnya, kawan mereka yang berada di dalam rumah itu, tidak didengari dengan jeritan mereka berlima "FANGGG!"
"BELLA! LILY!"
"EMMY! GOPAL!"
"Macam dia orang tak dengar aje" kata Yaya "Nampaknya, kita perlu beritahu Kapten Kaizo dan kak Lynna"
"Mesti kena marah lepas ni" Faye tidak sanggup mendengar suara marah abang sepupunya tetapi dia terpaksa kerana sepupu dia lagi satu terperangkap di dalam rumah misteri itu
--------------------------------------------------------------------------------------------
"Korang ok tak?" tanya Boboiboy yang sudah memasang lampu suluh dia. Dia menyuluh kearah kawan-kawan dia yang sudah jatuh terdampar di dalam rumah tersebut "Siapa yang ada dekat sini selain daripada Fang"
"Lily ada dekat sini" Lily bangun dari tempat dia terjatuh tadi. Baju dia penuh dengan debu-debu habuk dan lalu dia kibas-kibas bajunya "Tak silap aku, Bella pun ditarik masuk juga"
"Ha ah, aku pun ada dekat sini juga" Lily dan Boboiboy terdengar suara Bella. Boboiboy menyuluh kearah Bella yang sudah dipenuhi dengan habuk "Adeh, nampaknya aku kena basuh rambut lepas ni" Boboiboy tergelak sedikit
"Wei, apa yang terjadi tadi?" muncul Fang dengan lampu suluhnya. Di sebelah dia ada Emmy yang sedang melihat radar di alat dia
"Mana aku tahu tapi rumah ni memang gelap betul" Gopal muncul dengan lampu suluhnya juga "Tapi.. macam mana kita nak keluar dari rumah ni sebab aku tak nampak pun kawan-kawan kita yang lain masuk ke dalam rumah ni"
"Ha ah lah" Boboiboy pergi mencari pintu rumah itu. Dia dan Fang menyuluh seluruh rumah tersebut tetapi mereka tidak jumpa pintu rumah itu ataupun jalan keluar. Mereka hanya nampak perabut-perabut yang penuh dengan habuk. Gopal masih lagi dengan rakaman dia. Lampu suluh dia sudah diberikan kepada Bella. Emmy melihat radar di alat dia dan ada sesuatu yang berada dengan mereka. Titik merah itu menunjukkan kedatangan hantu dan mereka semua adalah titik putih di alat Emmy. Lily melihat radar itu
"Merah tu apa?" tanya Lily
"Merah tu menunjukkan ada hantu dengan kita orang tapi..." Emmy melihat seorang demi seorang di situ. Boboiboy, Fang dan Bella menyuluh di sekeliling mereka tetapi tiada hantu di situ. Gopal sudah menggigil ketakutan, dia duduk dekat dengan Boboiboy sebab takut hantu muncul secara tiba-tiba
"Kalau tiada jalan keluar, macam mana kita nak keluar dari sini?" tanya Fang "Ini semua salah aku, nak pergi siasat rumah ni. Abang aku sudah larang kita semua ke sini tapi kita orang juga yang degil"
"Kalau kau kena marah pun, kita sama-sama terima sahaja" kata Boboiboy
"Tapi kalau kena hukuman, Lily akan lari daripada hukuman itu"
"Yelah tu, abang aku akan cari kau sampai dapat. Dia tu pakar dalam mencari orang. Aku tukar jadi arnab pun, dia dapat mengesan aku"
"Itu mesti dia dapat hidu bau adik dia yang serba landak tu" Lily jawab secara selamber "Hehehehee... tapi aku ada bau kerepek pisang ke? Aku pakai perfume banyak mana pun, tak kan ada bau kerepek pisang juga?"
"Hmmm.. tak payah nak fikirkan sangat Lily. Kapten Kaizo tu kan alien pelik macam adik dia juga" kata Bella. Dia berjalan ke sebuah pintu yang ada di bawah tangga rumah. Dia memusing tombol pintu itu dan terus terbuka "Korang, pintu ni..." Boboiboy dan Fang terus menyuluh ke arah Bella
"Bilik apa tu Bella?" tanya Gopal. Dia merakam Bella dan pintu itu
"Bukan bilik tapi ada tangga untuk turun ke bawah" Bella menyuluh di bawah tangga itu tetapi tiada apa yang dia nampak. Hanya lantai sahaja, hati dia berdebar-debar kerana takut jikalau ada hantu muncul secara tiba-tiba. Emmy datang dekat dan melihat radar dia "Kenapa Emmy?"
"Hmm.. macam hantu ni ada di bawah kita. Korang nak turun ke?" tanya Emmy. Bella sudah beranikan diri untuk turun dari situ "Emmy nak turun dengan kak Nutella"
"Nutella?" Berkerut-kerut dahi Bella "Tapi selamatlah aku ni peminat nutella" bisik Bella
"Wei Bella, kau tengok ada apa dekat bawah" jerit Fang dari atas. Dia melihat Bella dan Emmy turun secara perlahan. Emmy pegang baju Bella dari belakang sambil melihat radar di alatnya "WOI BELLA! KAU DENGAR TAK?"
"AKU DENGAR LAH!" kata Bella yang sudah berkerut-kerut dahi. Hati dia penuh dengan debaran tetapi dia tetap beranikan diri untuk melihat apa yang ada di bawah itu. Setelah dia sampai di bawah, dia nampak sebuah buku yang ada di tengah-tengah bilik kosong. Buku itu berada di atas sebuah meja yang berhabuk. Dia pergi ke arah buku itu dan lalu dia menghembus debu-debu yang ada di atas buku tersebut. Bella tidak dapat membaca tulisan itu kerana ianya di dalam bahasa lain
"Emmy tak fahamlah. Apa dia tulis?"
"Akak pun tak faham" Bella membuka buku itu. Boboiboy, Fang, Gopal dan Lily sudah turun ke bawah untuk melihat sendiri apa yang ada di situ. Bella menoleh kebelakang dan tunjuk sebuah buku kepada mereka semua "Korang faham tak apa yang tulis dekat buku ni?"
"Buku?" Boboiboy melihat buku itu "Err.. bahasa apa ni?"
"Bahasa latin" jawab Fang "Tapi aku sebenarnya bukan mahir pun dalam bahasa latin. Buku ni macam buku lama aje tapi apa buku ni buat dekat bilik ni?" Fang membelek-belek mukasurat di buku itu. Semuanya di dalam bahasa latin dan semuanya di tulis dengan tangan. Tulisan tangan itu amat cantik sekali tetapi malangnya, tiada satu perkataan atau ayat yang mereka faham "Sekarang, apa yang kita perlu lakukan? Cari jalan keluar? Wei Gopal, cuba kau tukarkan rumah ni jadi biskut ke jelly ke chocolate ke, bolehlah kita keluar"
"Ha ah lah, apasal aku tak fikirkan macam tu" Gopal terus melangkah naik tetapi pintu di atas, tiba-tiba sahaja pintu itu tertutup dengan sendirinya "Hantu ke yang buat tu?"
"Mana aku tahu" Boboiboy terus lari ke atas. Dia memusing-musing tombol pintu itu tetapi pintu tersebut telah dikunci "BOBOIBOY GEMPA!" Boboiboy bertukar menjadi Gempa. Dia menggunakan sarung tanah dia yang besar itu untuk menumbuk pintu tersebut. Dia tumbuk pintu itu tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia jatuh tergolek di tangga. Gempa terus bertukar menjadi Boboiboy biasa. Kepala dia ada sedikit kelukaan akibat terjatuh tadi
"Nampaknya, kita sudah terperangkap di sini" Fang melihat kawan-kawan dia yang sudah ketakutan "Kalau Gopal guna kuasa dia pun, aku tak pasti ianya akan berkesan" Mereka semua pandang satu sama lain dan lalu menjerit
"TOLONGGGGGGGGGG!" Mereka menjerit sekuat hati tetapi tiada siapa yang boleh dengar jeritan mereka
--------------------------------------------------------------------------------------
"APA! KAMU SEMUA PERGI KE RUMAH TU JUGA! BUKAN KE AKU SUDAH BERIKAN AMARAN KEPADA KAMU SEMUA, JANGAN PERGI KE RUMAH ITU BALIK! SEKARANG APA SUDAH JADI! ADIK AKU SENDIRI YANG MENJADI MANGSA TERPERANGKAP DI DALAM RUMAH ITU! KAMU SEMUA MEMANG NAK KENA HUKUMAN DARI AKU!" Bergegar satu rumah dengan jeritan kemarahan Kaizo. Yaya, Ying, Faye, Zakwan dan Ratu Lily terdiam sambil tundukkan kepala mereka. Mereka tidak berani untuk melihat muka bengis Kaizo yang sedang marah itu
"Kaizo, jangan marah sangat. Benda sudah terjadi. Sekarang kita perlu mencari jalan untuk bebaskan mereka" kata Lynna secara lembut
"Macam mana aku tak marah. AKU SUDAH MELARANG MEREKA PUN, TAPI TETAP JUGAK NAK PERGI! KORANG SEMUA NI MEMANG DEGIL MACAM ADIK AKU TU!"
"Sudahlah tu Kaizo. Aku pasti dia orang sudah pun menyesal dengan tindakan dia orang" Lynna cuba tenangkan Kaizo yang sedang bermundar mandir di ruang tamu "Kita harus pergi selamatkan dia orang. Lepas tu, kalau kau nak bagi hukuman berat, bagilah. Yang penting sekarang ni, selamatkan mereka sebelum terjadi apa-apa"
"Maaf Lynna.. aku terlampau marah sangat dengan dia orang ni" Kaizo memicit-micit kepalanya kerana terlampau stress sangat "Tapi terima kasih kerana ada di sini. Kalau tidak, sudah lama aku mengamuk dekat dia orang ni"
"Sama-sama" Lynna tersenyum kepada Kaizo "Aku pun tak nak kau mengamuk tak tentu pasal. Aku tahu kau tengah stress sekarang ni tapi jangan risau, aku sentiasa ada di sisi kau untuk tenangkan diri kau" Kaizo tersenyum sedikit
"EHEM!" Terkejut Kaizo dan Lynna dari jeritan Faye tadi. Lalu mereka tersedar dari dunia mereka tersendiri "Abang Kaizo dan kak Lynna, apa yang kita perlu buat sekarang?"
"Kita ke rumah itu balik tapi biar aku dan Lynna sahaja yang uruskan. Kamu semua, jangan buat apa-apa" kata Kaizo dengan nada serius dia
"Baik Kapten Kaizo tapi... kalau apa-apa yang berlaku, kita orang boleh tolong" kata Yaya, yang lain angguk sahaja
"Baiklah tapi cuma bila aku perlukan pertolongan sahaja" kata Kaizo sambil melihat kawan-kawan adiknya "Selepas sahaja aku sudah selamatkan mereka. Kamu semua jangan cuba nak lari dari aku. Semua akan dikena hukuman latihan tempur, termasuk Emmy dan Ratu Lily sekali walaupun diri kau adalah hantu" Ratu Lily tersengih di situ tapi diri dia rasa nak menangis sebab terkena hukuman latihan tempur
"Dah mati pun, masih lagi kena latihan tempur. Apalah nasib ku" mengeluh Ratu Lily
"Yang kau pergi ikut sekali kenapa. Kau tu paling tua sekali, sepatutnya halang dan berikan nasihat tapi ikut juga dengan perangai kedegilan mereka semua ni" Api kemarahan Kaizo mula naik balik. Dia menggenggam tangannya sambil melihat mereka semua
"Maafkan Ratu Lily.. sebab saya pun rasa teruja bila dia orang ajak saya" kata Ratu Lily dengan suara yang sedih "Maafkan saya... Ratu Lily akan cuba menjadi kakak hantu yang terbaik kepada mereka"
"Takpe Ratu Lily, akak faham. Kamu semua teruja dengan pengembaraan ini tapi bukan setiap pengembaraan yang kamu akan lalui adalah sesuatu yang menyeronokkan. Jangan nak salahkan diri kamu semua" Lynna rasa kasihan mereka yang terlalu sedih itu "Kamu duduk di sini sahaja ok"
"Mari Lynna.. sebelum aku mengamuk, baik aku pergi uruskan kawan-kawan adik aku yang lain. Kita sudah membuang masa dengan melayan kesedihan dia orang ni. Ingat, jangan cuba nak sorokkan diri. Aku akan mencari kamu semua sampai dapat, FAHAM!"
"Faham cikgu Kaizo" kata mereka serentak. Yaya, Ying, Faye, Zakwan dan Ratu Lily tergelak sedikit
"CIKGU?! KAMU INGAT AKU NI CIKGU KE APA!" Berkerut-kerut dahi Kaizo "STRESS AKU MACAM NI!" Lynna terus pegang tangan Kaizo untuk membawa dia jauh dari sini sebelum dia mengamuk tak tentu pasal. Dia hilangkan diri bersama dengan Kaizo dan terus muncul di depan rumah hantu itu
"Jangan nak mengamuk, sekarang kita pergi keluarkan adik kau dan kawan-kawan dia sekali" marah Lynna kepada Kaizo tetapi Kaizo hanya hiraukan sahaja kemarahan dari Lynna. Dia terus berjalan menuju ke rumah itu untuk melihat rumah itu secara teliti "Kaizo?" Lynna ikut di belakang Kaizo
"Hmm... kau periksa di bahagian sana, aku periksa bahagian taman rumah ni" Lynna angguk dan terus ke bahagian tepi rumah. Kaizo pula, pergi ke taman rumah itu. Tiada pintu yang ada di tepi rumah itu. Semuanya hanyalah tingkap sahaja. Begitu juga dengan Lynna. Kaizo terus ke bahagian belakang rumah. Dia terjumpa satu pintu yang terdapat di tanah "Lynna!" panggil Kaizo sambil mencuba membuka pintu yang tertutup rapi itu. Kaizo memegang pemegang pintu itu dan tarik kuat-kuat tetapi pintu itu tidak berganjat
"Kaizo, kau ada jumpa apa-apa ke?"
"Aku jumpa pintu ni" kata Kaizo "TOLAKAN TENAGA!" Tetapi tiada apa yang berlaku "Kuasa aku hilang ke?"
"Bukan hilang tapi ada sesuatu yang melindungi rumah ini daripada di hancur oleh kuasa-kuasa kita semua" Lynna datang dekat dengan pintu itu. Dia melihat dan mengusik pintu itu "Hmmm..."
"Kenapa? Kau ada rasa apa-apa ke?"
"Takde apa.. aku cuma rasa pelik.. kenapa ianya melindungi rumah ini daripada di musnahkan? Mesti ada sesuatu yang ianya cuba untuk dilindungi"
"Kau rasa, rumah ini cuba melindungi sesuatu.. seperti ada kuasa yang tersimpan di dalam rumah ini?" tanya Kaizo sambil melutut di hadapan pintu itu. Kaki Kaizo terasa sesuatu sedang bergoyang-goyang di bawahnya. Tanah di bawahnya terbuka dan Kaizo terjatuh di dalam sebuah lubang. Lynna pegang tangan Kaizo secara pantas tetapi dia dan Kaizo terjatuh bersama di dalam lubang tersebut. Selepas itu, tanah itu tutup secara tiba-tiba. Semuanya kembali sunyi seperti tiada apa yang berlaku di situ
--------------------------------------------------------------------------------------
Keadaan di dalam bilik itu menjadi panas, Boboiboy, Fang dan Bella masih sedang berusaha mencari jalan keluar tetapi mereka tidak jumpa satu apa pun. Lily cuba tenangkan Emmy yang sudah dalam ketakutan. Gopal tidak tahu hendak buat apa, dia hanya terduduk di atas lantai sambil melihat-lihat sekeliling dia
"Emmy nak air ke?" tanya Boboiboy. Emmy hanya gelengkan kepala. Dia melihat radar dia dan rasa pelik, ada dua titik putih sedang menuju ke arah mereka. Dia masih lagi dengan titik merah itu kerana hantu itu belum lagi munculkan dirinya. Hantu itu masih lagi berada dengan mereka semua. Emmy dapat rasakan seram sejuk di badannya. Dia melihat balik dua titik putih itu, makin lama makin laju mereka menghampiri mereka
"Eh.. siapa yang datang ke arah kita?" Emmy melihat ke atas dan nampak dinding siling itu terbuka. Mereka terdengar suara seorang gadis sedang menjerit. Boboiboy, Fang dan Bella menyuluh lubang itu. Kaizo dan Lynna terjatuh dari lubang itu bersama. Mereka terjatuh di atas sebuah meja yang ada di dalam bilik kecik itu
"Abang? kak Lynna?" Fang terkejut dengan kehadiran mereka yang tidak diundang
"Kita dekat mana ni?" Lynna mengosok-gosok kepala dia yang dalam kesakitan akibat terkena meja itu. Selamat meja itu tidak roboh
"Kak Lynna berada di dalam bilik kecil yang ada di bawah rumah ni tapi..." Fang menyuluh balik lubang di atas tetapi lubang itu sudah pun di tutup "Nampaknya, kita terperangkap di dalam bilik ini lagi"
"Terperangkap?" terkejut Kaizo. Mereka sudah bersedia untuk mendengar kemarahan dari Kaizo "AKU SUDAH MELARANG KAMU PERGI MENYIASAT RUMAH INI! SEKARANG TENGOK! KITA SEMUA TERPERANGKAP DI SINI!"
"Kaizo, sudah sudahlah tu... kita kena cari jalan keluar cepat. Kalau kau nak marah pun, tengking sahaja mereka selepas kita dapat keluar dari sini" Lynna pegang tangan Kaizo untuk tenangkan diri Kaizo
"Maaf Lynna tapi hati aku memang betul-betul berapi dengan mereka semua"
"Aku tahu.. tapi macam mana kita nak keluar kalau kita memang sudah terperangkap di dalam bilik kecil ini" Kaizo merampas sebuah lampu suluh dari tangan adiknya. Dia menyuluh di seluruh bilik itu, semuanya kosong sahaja. Tiada butang ataupun pintu yang ada, dia cuma nampak sebuah tangga naik ke atas "Tangga ni pergi ke mana?"
"Tangga tu naik ke atas tapi pintu tu sudah terkunci" jawab Fang
"Kami hanya jumpa buku ni sahaja" kata Bella sambil berikan kepada Lynna "Akak pandai tak baca bahasa latin?" Lynna mengambil buku tersebut. Tangan dia menyentuh buku itu dan terus dia dapat melihat masa silam tentang buku itu. Budak perempuan yang mereka nampak hari itu, dia telah mengikuti ibubapanya pergi mencari harta karun yang terdapat di dalam dunia ini. Kebanyakkan harta karun yang mereka jumpai adalah harta karun yang amat berharga sekali. Ramai musuh-musuh mereka cuba membunuh mereka kerana ingin dapatkan harta karun itu tetapi mereka berjaya melarikan diri dan sembunyikan semua harta karun dibawah rumah itu. Budak perempuan itu dan ibubapa mereka sudah lama meninggal dunia dan rumah ini telah dijagai oleh roh-roh mereka supaya tiada siapa yang dapat harta karun itu. Lynna terus tersedar dari kuasanya itu
"Kak Lynna nampak sesuatu ke?" tanya Boboiboy
"Kak Lynna nampak masa silam budak perempuan itu" Lynna membuka buku itu dan dia faham bahasa latin. Fang dan Boboiboy menyuluh buku itu supaya Lynna dapat membacanya dengan sempurna. Kaizo masih lagi mencari jalan keluar, sementara Gopal, Lily dan Emmy berdiri dekat dengan Lynna untuk melihat buku itu. Lalu Lynna membaca sedikit ayat-ayat yang tertulis di dalam buku tersebut "Buku ini adalah sebuah diary milik budak perempuan itu. Nama dia ada di sini"
"Apa nama dia kak Lynna?"
"Melissa Hope" Lynna membaca lagi tulisan dari budak yang bernama Melissa itu "Buku ini adalah kisah tentang kehidupan dia bersama ibubapa dia semasa mereka dalam pengembaraan harta karun. Harta-harta dari zaman dulu lagi"
"Wuuuu... kalau kita jumpa harta tu, mesti kita akan menjadi kaya-raya dan akan terkenal di seluruh dunia ni"
"Betul tu Lily!" kata Gopal yang menjadi teruja apabila mendengar perkataan harta karun "Apa yang dia tulis lagi dalam diary tu, kak Lynna?"
"Hmmm... menurut dia lagi, dia dan ibubapa dia telah pergi mengembara di seluruh dunia untuk mencari harta karun. Pelbagai cabaran dan rintangan yang mereka lalui. Contohnya semasa mereka berada di piramid yang terletak Egypt" Lynna membuka mukasurat seterusnya. Mereka ternampak sekeping foto hitam putih budak perempuan itu bersama ibubapanya. Budak perempuan yang bernama Melissa itu berdiri di depan ibubapanya dengan seekor kucing yang Rizu jumpa pada hari itu. Penampilan budak perempuan itu memang seakan-akan yang mereka nampak pada hari itu. Dari rambut kerinting dia sehinggalah muka dia yang seperti anak patung itu
"Menyeramkan bila teringat pada kejadian hari tu. Ingatkan dia budak baru pindah, rupanya bukan" kata Lily sambil mengambil foto itu "Mata dia bulat macam mata Ammy lah"
"Mana ada!" marah Emmy "Kak Milly ni jahatlah"
"Kak Lily tak jahatlah. Akak cuma pelik bin baik sahaja!" Lily tergelak di situ seorang diri. Gopal terus ketuk kepala Lily dengan botol air dia "Adeh, kena ketuk jugak tapi selamat tak benjol kepala ni"
"Kak Lynna, ada apa-apa tak yang tulis macam mana nak keluar dari rumah ni?" tanya Fang. Lynna membaca setiap ayat yang tertulis di dalam diary itu tetapi semuanya tentang pengembaraan Melissa Hope sahaja. Tiada yang mengatakan bagaimana untuk keluar dari rumah itu tetapi harta karun itu telah disorokkan di bawah rumah itu. Diary itu tidak sebutkan bagaimana untuk pergi ke bilik harta karun tersebut. Ianya berhenti apabila ayat terakhirnya ialah lari. Dia juga nampak sebuah poket kertas yang ada di mukasurat belakang. Dia merasakan ada sesuatu yang ada di dalamnya. Lalu dia teringat balik perkataan Lari tadi.
"Lari?" Lynna sebut ayat itu "Ini mesti ada sesuatu yang terjadi dan menyebabkan dia dan ibubapa dia terpaksa lari. Mungkin juga menyebabkan kematian dia"
"Dia mati dekat sini ke kak Lynna?" tanya Fang lagi
"Tak, akak nampak tadi dia mati semasa mereka dikejar oleh seseorang tapi akak tidak pasti oleh siapa" Lynna menutup buku diary itu dan lalu memeluk buku itu di dadanya "Akak rasa, akak nak simpan diary ini. Sebagai rukukan" Lynna menoleh ke arah Kaizo "Kau sudah jumpa jalan keluar?"
"Aku rasa aku terjumpa sesuatu" Kaizo menyuluh sebuah butang yang tidak begitu kelihatan kerana terlampau banyak sangat habuk. Butang itu terletak di atas lantai di tepi dinding. Kaizo menekan butang itu dan terus terbuka sebuah lubang segi empat di bawah meja tersebut. Boboiboy dan Fang terus menyuluh apa yang ada di dalam lubang tersebut. Terdapat satu lagi tangga untuk turun ke bawah
"Ini ke pintu rahsia untuk ke bilik harta karun tu?" tanya Gopal
"Akak tak pasti tapi biar akak dan abang Kaizo turun dulu. Kamu semua tunggu di sini" kata Lynna. Kaizo pegang tangan Lynna dan mereka turun dari situ secara berhati-hati kerana tangga itu diperbuat daripada kayu. Tangga itu juga agak curam. Kaizo di depan sambil memegang tangan Lynna dan sebelah tangan Lynna, memegang sebuah buku diary. Gopal yang berada di atas, merakamkan saat Kaizo dan Lynna turun dari situ. Hati mereka berdebar-debar kerana takut tangga kayu itu boleh runtuh secara tiba-tiba. Kaizo menyuluh tangga itu, ada yang sudah rapuh, ada yang masih elok lagi. Mereka terpaksa melangkah dari tangga yang sudah rapuh itu. Kaizo tidak lepaskan tangan Lynna sehinggalah mereka selamat berada di bawah
"Kita dekat mana ni?" tanya Lynna. Kaizo menyuluh gua bawah tanah itu. Terdapat sebuah pintu masuk di hadapan mereka. Kaizo suruh Lynna tunggu di situ dan dia pergi memeriksa keadaan di situ. Kaizo melangkah ke depan secara perlahan-lahan. Dia masuk ke dalam sebuah lagi gua tetapi di hadapan dia terdapat sebuah jambatan yang sudah roboh. Kaizo berpatah balik "Macam mana?" tanya Lynna
"Jambatan dekat depan tu sudah roboh. Aku rasa kau boleh terbang ke sana tapi aku tidak mahu kau pergi ke sana keseorangan" kata Kaizo
"Jangan risau, aku terbangkan kita berdua ke sana" Jawab Lynna secara tersenyum. Mereka terdengar sesuatu dari atas. Kaizo berkerut-kerut dahinya apabila melihat adiknya cuba untuk turun ke bawah. Dia dan Gopal turun dari tangga curam itu secara berhati-hati
"Degil betul dia orang ni" bisik Kaizo
"Tapi kita sudah tiada jalan lagi, terpaksalah kita semua berjalan ke depan. Tak kan kita nak suruh mereka duduk di situ sahaja dan tunggu. Aku tak pasti pintu dekat atas itu akan terbuka dengan sendirinya"
"Aku tahu tapi aku tidak mahu kita kehilangan mereka atau terjadi apa-apa dekat mereka. Ianya akan menjadi tanggungjawab kita berdua" kata Kaizo dengan nada marah dia
"Takpe, kita akan jaga mereka dengan baik. Lagipun adik kau, Boboiboy dan Gopal ada kuasa. Aku boleh sahaja jaga Emmy dan Bella"
"Baiklah, mereka berdua di bawah jagaan kau" Kaizo melihat adiknya sudah pun sampai di bawah. Fang tersengih kepada abangnya. Gopal merakam gua bawah tanah itu. Dia rasa takut pula kalau hantu muncul di dalam rakaman dia. Seterusnya Boboiboy dan Lily turun dari situ. Lily rasa sangat bahagia apabila dapat pegang tangan Boboiboy. Dia hanya tersenyum lebar tetapi dia ternampak muka marah Kaizo, terus dia tumpukan perhatian kepada tangga tersebut. Lily terus berfikir, kalau dia jatuh pun, dia jatuh bersama dengan Boboiboy
"Oh bahagianya diri ku ini!" bisik Lily yang tidak melihat tangga di depannya adalah tangga yang sudah rapuh. Dia terpijak dan terjatuh sambil memegang tangan Boboiboy. Dia tertarik sekali Boboiboy, lalu mereka jatuh dari tempat yang tinggi itu
"BOBOIBOY! LILY!" menjerit Fang dan Gopal yang sudah menjadi panik. Bella dan Emmy melihat kejadian itu tetapi Boboiboy sempat bertukar menjadi Taufan. Dia menarik Lily untuk naik ke atas hoverboardnya. Mereka terus turun dari situ dan mendarat di tepi Kaizo dan Lynna
"Siapa suruh kau berangan dekat atas tu!" marah Kaizo
"Ma-maaf.. Lily tak sengaja tapi tangan Boboiboy begitu lembut sekali" Lily berkelip-kelip mata dekat Boboiboy
"Lily, ini bukan tiba masanya untuk bermanja dengan Boboiboy. Tengok apa sudah terjadi dekat tangga tu" Lynna tunjuk tangga yang sudah roboh separuh "Sekarang Bella dan Emmy tidak boleh turun"
"Takpe kak Lynna.. Fang kan ada.. TANGGA BAYANG!" Fang mengeluarkan tangga bayangkan untuk memudahkan Bella dan Emmy turun tanpa rasa risau
"Dey, apasal kau tak gunakan kuasa dari tadi lagi? Takdelah Lily dan Boboiboy jatuh" kata Gopal. Fang tersengih sambil garu-garu kepalanya. Kaizo ketuk kepala adiknya dengan lampu suluh yang dia sedang pegang. Bella dan Emmy sudah pun sampai di bawah. Fang terus hilangkan tangga bayangnya. Emmy melihat radarnya dan titik merah itu masih lagi ada dengan mereka. Dia melihat ke sekitar mereka tapi tiada hantu yang muncul di situ. Dia menjadi semakin pelik
"Tak kan hantu budak tu ikut kita orang" bisik Emmy
"Kenapa Emmy?" tanya Bella
"Takde apa kak Nutella" Kaizo mengangkat kening sebelah dia apabila terdengar Emmy panggil Bella, Nutella "Sekarang kita ke mana?" tanya Bella kepada Kaizo dan Lynna
"Jambatan yang ada di sana" Kaizo menyuluh ke pintu masuk "Sudah roboh, jadi kita terpaksa terbang untuk menyeberang ke sana"
"Abang jangan risaulah. Adik kan ada" Fang masuk ke dalam pintu masuk itu "Hmmm.. JAMBATAN BAYANG!" Wujudlah sebuah jambatan yang diperbuat daripada bayang "Sekarang kita boleh lalu!"
Kaizo menjadi orang pertama yang merasmikan jambatan bayang itu. Dia ikuti oleh Lynna dari belakang. Kaizo memimpin tangan Lynna supaya mereka dapat jalan secara berhati-hati. Gopal merakam detik itu sambil tersenyum bersama dengan Fang
"Hehehee..." Fang tergelak sedikit. Boboiboy rasa pelik dengan kelakuan Fang yang senyum tak tentu pasal
"Kau apasal?" tanya Boboiboy
"Kau tak nampak ke? abang aku dengan kak Lynna tu.. sudah menjadi sweet couple pulak"
"Sudah sudahlah tu Fang, dia orang tu sahabat baik sahaja" Tetapi Fang buat-buat tidak tahu sahaja. Dia terus naik ke atas jambatan bayang itu untuk menyeberang ke sebelah. Dari belakang lagi Fang melihat Kaizo memimpin Lynna berjalan ke depan. Dia ingat lagi apa yang Rizu bisikan kepada dia pada hari itu
"Sebenarnya.. ada sesuatu yang terjadi dekat abang Paizo dan kak Lynna masa dia orang ada dekat sini. Pizu nampak dia orang asyik tersenyum sahaja sambil menikmati kek dia orang tapi abang Fang tak kan percaya apa yang terjadi seterusnya. Abang Paizo suap kak Lynna dengan kek strawberry. Dia orang gelak ketawa dengan penuh mesra"
Itulah yang dikatakan oleh Rizu. Fang dapat rasakan sinar harapan dia akan menjadi kenyataan tapi adakah itu bergurau mesra sebagai sahabat atau sebaliknya? fikir Fang "Dia orang ni, nampak macam bersama tapi tak bersama. Tak faham aku"
"Apa yang kau katakan Fang?" Fang menoleh kebelakang dan nampak Bella yang ada di belakang dia
"Takde apalah. Sibuk aje kau ni"
"Ala, aku tanya aje.. itu pun tak boleh" Fang bermasam muka dengan Bella "Tapi kalau hal tentang abang kau dan kak Lynna, kau mesti nak menyibukkan"
"Senyaplah kau tapi itu memang hal aku sendiri juga"
"Eh sudah sudah.. jangan nak bergaduhlah korang berdua" kata Boboiboy yang ada di belakang Bella. Fang dan Bella terus senyap, muka mereka hanya masam sahaja. Lily ada di belakang Boboiboy sambil pegang kedua belah bahu Boboiboy. Emmy ada di belakang Lily dan Gopal adalah orang paling belakang sekali dan orang yang terakhir. Emmy melihat radarnya, titik merah itu berada di belakang Gopal tetapi dia senyap sahaja. Dia tidak mahu Gopal menjadi panik. Mereka semua lalu jambatan itu dengan selamat dan akhirnya, semua sudah pun sampai di seberang. Fang hilangkan jambatan bayangnya. Kaizo dan Lynna melihat apa yang ada di hadapan mereka. Terdapat sebuah pintu bulat besar bersalut emas. Mata Gopal bersinar-sinar melihat pintu keemasan itu
"Kalau jual ni, boleh jadi kaya aku" bisik Gopal sambil merakamkan pintu emas itu. Kaizo dan Lynna pergi melihat pintu bulat itu secara teliti. Terdapat ruangan kosong berbentuk bulat di tengah pintu itu
"Macam kita perlu letak sesuatu di ruangan ini" kata Lynna sambil menyentuh ruangan kosong itu "Hmmmm..." Lynna membuka diary itu. Dia teringat lagi ada sebuah loket kecil berbentuk bulat yang ada di dalam diary itu. Loket itu di simpan di dalam sebuah poket yang ada di mukasurat terakhir diary itu. Lynna mengeluarkan loket itu dan lalu dia masukkan ke dalam ruangan bulat kosong itu. Ianya memang muat dan terus mereka terdengar seperti pintu bulat itu dibuka. Kaizo dan Lynna mengundur sedikit dan pintu itu terbuka sedikit. Kaizo membuka pintu itu dan dia terkejut apa yang ada disebalik pintu itu
"OMG! SELAMA INI, ADA HARTA KARUN DI BAWAH PULAU RINTIS!" kata Bella. Mata dia terbuka luas, sama juga seperti kawan-kawan dia yang lain. Kaizo masuk ke dalam bilik harta karun itu. Semua harta karun dari zaman dahulu, ada di situ. Kaizo nampak beberapa cawan emas, loket emas, buku-buku lama dan juga beberapa pakaian yang wujud pada zaman dahulu. Lynna membuka sebuah buku besar yang terdapat di dalam bilik itu. Dia tersenyum kerana setiap harta karun yang ada di situ, semuanya sudah tertulis di dalam buku itu
"AKU KAYA!" jerit Gopal
"Aku rasa kita tak patut keluarkan harta karun ini semua dari sini" kata Kaizo
"Kenapa pula abang?" tanya Fang sambil mengangkat sebuah gelang emas
"Ini adalah harta karun milik budak perempuan dan ibubapanya. Aku rasa kita patut melindunginya" Kaizo menyentuh sebuah pedang yang masih lagi tajam. Dia mengangkat pedang itu dan lalu dia memusing-musing pedang itu dengan begitu kemas sekali. Lily sangat teruja melihat Kaizo bermain dengan pedang tersebut, dia siap bertepuk tangan sekali. Bella sudah pun pakai sebuah mahkota emas di atas kepalanya dan lalu melihat dirinya di cermin yang ada di situ. Emmy sibuk dengan alat mesin radar dia. Boboiboy tidak menyentuh apa-apa di dalam bilik itu, dia hanya melihat sahaja
"Nampaknya, kamu semua berjaya mencari harta karun kepunyaan saya dan ibubapa saya" Boboiboy, Fang, Gopal, Kaizo, Lynna, Lily dan Emmy menoleh kebelakang dan nampak budak perempuan yang bernama Melissa itu "Saya sebenarnya tidak sangka pula kamu akan menyiasat rumah ini tapi saya sangat senang hati apabila mendengar tuan Kaizo ingin melindungi harta kami. Terima kasih tuan Kaizo" Melissa memberikan tundukan terhormat kepada Kaizo
"Kami akan jaga harta ini dengan baik" kata Lynna "Tapi kenapa kamu tiba-tiba sahaja muncul pada hari itu?"
"Kerana saya rasa bosan pulak.. jadi saya akan wujudkan diri saya untuk pergi bermain-main tapi selepas ini saya boleh hidup aman tanpa perlu risaukan tentang harta ini kerana saya tahu bahawa, harta ini akan di jaga dengan baik oleh kamu semua. Terima kasih semua"
"Macam mana kami mahu keluar dari sini?" tanya Kaizo. Melissa hanya tersenyum sahaja dan tunjuk sebuah lagi tangga yang wujud di dalam bilik harta karun itu. Tangga itu lebih tinggi daripada tangga yang sudah rapuh tadi
"Tangga itu akan membawa kamu keluar dari sini"
"Terima kasih" jawab Lynna. Lalu Melissa hilang dari situ dan roh dia pergi secara aman "Semoga kamu tenang di sana" kata Lynna. Emmy melihat radarnya, titik merah itu sudah hilang. Dia tersenyum. Kaizo menyuruh mereka naik ke atas terlebih dahulu. Dia ternampak Gopal mengambil sesuatu dan masukkan ke dalam poket seluarnya
"JANGAN CUBA NAK AMBIL SESUATU DARI SINI!" Terus Gopal kembalikan balik duit syiling emas tersebut. Fang, Bella dan Lily sudah simpan barang yang mereka sentuh tadi "Cepat! Jangan nak jadi orang yang terakhir pulak" Mereka naik dari situ secara bergilir-gilir kerana tangga itu adalah tangga kayu tapi yang peliknya, tiada yang rapuh. Masih lagi kukuh tangga itu. Selepas sahaja semua sudah keluar dari bilik harta karun itu. Kaizo menjadi orang yang terakhir, dia menoleh sedikit dan terus tersenyum. Kaizo menaik tangga yang tinggi dan terus dia keluar dari situ. Mereka keluar di dalam rumah terbiar itu. Kaizo nampak pintu rumah itu sudah dibuka luas. Boboiboy, Fang, Gopal, Bella, Lily dan Emmy sudah pun berada di luar kerana mereka ingin menghirup udara yang segar. Lynna masih lagi berada di dalam rumah itu untuk menunggu Kaizo
"BOBOIBOY! FANG! GOPAL! BELLA! LILY! EMMY! KORANG SEMUA SELAMAT!"
Mereka ternampak kawan-kawan mereka yang sudah lama menunggu mereka keluar dari rumah itu. Faye terus memeluk dua kawan baiknya. Zakwan dan Ratu Lily tersenyum melihat tiga sahabat itu. Yaya dan Ying rasa lega melihat semua kawan-kawan dia keluar dengan selamat dari rumah itu "Mana Kapten Kaizo dan kak Lynna?" tanya Yaya
"Dia orang ada dekat dalam rumah tu, kejap lagi keluarlah tu" jawab Fang
"Macam mana tadi? Apa yang korang jumpa?" tanya Ying pula "Kau ada rakamkan kesemuanya kan?"
"Ha ah.. meh aku tunjuk dekat korang semua. Korang akan terkejut apa yang kita orang jumpa tadi" Gopal terus menekan butang rewind. Selepas habis sahaja dia rewind sampai rakaman awal dia, terus Gopal menekan butang play tapi tiada apa yang berlaku. Semuanya kosong sahaja
"Aik, kau tak rakam ke tadi?" tanya Ying
"Aku rakam tadi tapi.." Gopal menekan butang foward dan semuanya kosong. Dari mereka tertarik masuk ke dalam rumah itu sehinggalah mereka dapat keluar dari rumah itu "Eh, apa yang terjadi dekat video kamera aku ni?"
"Aku nampak kau rakam tadi, lampu merah kau tadi menyala tapi apasal kosong sahaja" kata Boboiboy yang sudah berasa pelik. Mereka semua berlari masuk ke dalam rumah itu. Boboiboy, Fang, Gopal, Bella, Lily dan Emmy terkejut kerana pintu yang ada di bawah tangga rumah itu sudah pun hilang. Tangga yang mereka untuk keluar tadi pun sudah tertutup dan juga hilang
"Apa yang korang sedang carikan?" tanya Kaizo yang masih lagi berada di dalam rumah tersebut bersama Lynna
"Pintu.. tadi ada pintu dekat bawah tangga ni tapi sudah hilang pula. Abang tak nampak ke?"
"Hmm.. takde pulak" jawab Kaizo. Fang melihat Boboiboy, Gopal, Bella, Lily dan Emmy dengan perasaan pelik mereka dan lalu mereka lari keluar dari rumah itu secara tiba-tiba
"TIDAKKKKKKKK!" menjerit mereka kerana misteri rumah itu menjadi misteri. Buku diary yang ada di tangan Lynna, semua perkataan yang ada di dalam buku tersebut, semuanya hilang, termasuk sekali foto Melissa bersama ibubapanya tapi Lynna tidak berasa begitu takut ataupun pelik sebab dunia dia penuh dengan kepelikan. Yaya, Ying, Faye, Zakwan dan Ratu Lily tidak tahu hendak bercakap apa tapi bagi mereka, ini memang betul-betul misteri. Apa yang jadi tanda tanya, adakah harta karun itu memang wujud? Adakah hantu Melissa itu benar-benar wujud atau ini semuanya hanyalah mainan mata mereka sahaja. Tiada siapa berani lagi untuk datang dekat dengan rumah misteri itu. Hanya Kaizo dan Lynna sahaja yang berani. Setiap kali mereka lalu di situ, mereka tergelak mesra sambil memikirkan pengembaraan mereka dan seterusnya, ianya menjadi misteri
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top