Misi Superheroes
Mata Fang melirik ke kanan dan selepas itu ke kiri. Dua pesaingan terhebat dia sedang menunggu untuk dia letakkan kad Uno yang seterusnya. Dia melihat kad-kad Unonya yang hanya tinggal 3 keping sahaja. Dia pasti, dia akan kalahkan pesaingan terhebat dia iaitu Bella dan Harraz. Kedua mereka memang sangat mahir kenakan orang. Kawan-kawan dia berdebar-debar untuk melihat siapakah yang akan kalah dalam permainan kad Uno. Mereka bertiga kini sedang duduk bersila di depan kedai Kokotiam Tok Aba
Boboiboy, Gopal, Yaya, Faye, Lily, Rizu dan Idoli sedang menunggu orang terakhir dalam permainan itu kerana yang kalah akan belanja mereka air Ice Blended Chocolate Special. Boboiboy, Gopal, Faye dan Lily berharap orang itu adalah Fang. Manakala Yaya, Ying, Rizu dan Idoli tidak kisah siapa yang akan kalah dalam permainan itu
"Wei Fang, cepatlah jalan" marah Bella yang sudah hilang kesabarannya
"Jap ler.." Fang terus keluarkan kad skip warna biru dan lalu dia letak di atas kad lain "Tadi kau yang suruh aku cepat jalankan.. sekarang kau kena tunggu dan bersabar yea" kata Fang dengan sindirannya
"Cheh, tak guna punya Fang" Hati Bella panas dengan tindakan Fang tadi
"Jadi giliran aku untuk berjalan" Harraz keluarkan kad Reverse warna biru "Jadi Bella jalan tapi.." Dia keluarkan kad Reverse lagi warna hijau "Fang jalan tapi..." Satu lagi dia keluarkan Reverse kad warna merah "UNO!"
"ERKK!" Terkejut Fang dan Bella
"Maknanya, aku jalan balik.. hehehe" Lalu Harraz keluarkan kad nombor 5 warna merah "Baru Bella boleh jalan"
"Terima kasih yea Harraz" kata Bella sambil tersenyum-senyum meletakkan uno kad Skip warna merah "Uno!" Dia kini tinggal satu kad sahaja lagi
"Cheh! Kau balas dendam yea" berapi-api hati Fang. Kad dia tinggal dua sahaja lagi tetapi dia tidak boleh jalan
"Maaf yea Bella" Harraz letak Draw 2 kad warna merah "UNO GAME!"
"WAH! Abang Harraz memang menakjubkan" Idoli bertepuk tangan di situ "Sekarang giliran abang Fang dan kakak Bella!"
"You can do it Bella! Kalahkan si landak!" Lily terjerit kecil di situ. Dia sudah teruja melihat Bella keluarkan kad terakhir dia
"YOU LOSE PRETTY BOY! UNO GAME!" Bella terus letakkan Draw 2 kad warna merah juga "YAHOOOO! SI LANDAK KALAH!"
"LANDAK KALAH! LANDAK KALAH! LANDAK KALAH!" Lily menjerit-jerit di sekeliling kedai Tok Aba. Dia berlari dengan terujanya "LANDAK KALAH! LANDAK KALAH!"
"Hehehee.. sabar yea Fang, inikan permainan sahaja" Boboiboy cuba memujuk Fang yang suka marah-marah orang "Kalau duit kau tak cukup, aku boleh tambahkan"
"Duit aku memang cukup tapi cukup untuk beli dua dozen donut lobak merah.. TIDAKKKKKKK!" Fang terbaring di situ sambil bayangkan duit dia melayang pergi "Oh donut lobak merah, sehingga kita dapat berjumpa lagi"
"Kasihan kau yea tapi.. AKU CUKUP TERUJA KERANA FANG NAK BELANJA KITA SEMUA!" Gopal sudah pun pergi duduk di kedai Tok Aba sambil memesan air dia "Tok Aba, bagi ice blended chocolate satu tapi Fang bayar"
"Saya pun!" Faye ada di situ juga dengan Gopal
Fang masih terdampar lagi di atas rumput hijau. Boboiboy usik-usik bahu Fang dengan ranting kayu tetapi Fang tidak bergerak. Mata Fang tidak berkelip-kelip dari tadi lagi. Yaya dan Ying tergelak melihat Fang sedang kesedihan kerana duit dia melayang untuk belanja mereka semua
"Biarkan ajelah dia dekat situ" kata Bella. Lalu dia bangunkan diri dia untuk pergi sertai Gopal dan Faye di kedai Tok Aba
"Maaf yea Fang, aku tak nak kalah sebab duit aku tak cukup untuk belanja korang semua" kata Harraz yang sedang tersengih itu "Kau jangan marah aku yea"
"Tak.. aku tak marah, aku cuma kecewa kerana tidak dapat merasai donut lobak merah pada hari ini"
"Kasihan abang Fang.. nanti Pizu belanja abang Fang yea" Rizu tarik tangan Fang untuk bangun dari situ "Jom abang Fang, kita makan ice cream chocolate"
"Hmm.. yelah" Fang terpaksa bangun. Dia mahu mengamuk di situ tetapi itu hanyalah permainan sahaja. Sudah menjadi adat menang kalah. Jadi dia redha sahaja dengan kekalahan dia "Rizu betul ke nak belanja abang donut lobak merah?"
"Ha ah tapi satu ajelah sebab Pizu pun tak cukup duit nak beli banyak-banyak"
"Satu pun satulah" Fang terus ke kedai Tok Aba bersama Rizu. Kawan-kawan dia semuanya sudah memesan air mereka kecuali Idoli. Dia hanya mahu pancake biasa sahaja dan atasnya ada ice cream vanilla
"Baiknya Idoli. Langsung tak makan chocolate" kata Yaya sambil mengusap kepala Idoli
"Sebab Idoli tak boleh makan chocolate. Kalau Idoli makan, nanti Idoli muntah"
"Oh begitu.. nanti kakak Ying bagi sup ikan, Idoli nak tak? Kakak yang buat" kata Ying dengan bangganya. Mata Idoli terus bersinar-sinar tanda dia mahu sup ikan itu "Hehehe.. budak kecik ni suka sangat makan ikan"
"Lepas tu Idoli nak burger salmon boleh?" Idoli bukan pandang Ying tetapi dia pandang ke arah Yaya "Idoli sukalah yang burger salmon kakak Yaya buat hari tu"
"Bila masa kau buat burger untuk dia, Yaya?" tanya Boboiboy sambil garu-garu kepala dia "Kau hantar burger dekat rumah Fang ke?"
"Takdelah, minggu lepas dekat rumah aku, Idoli dan Rizu main dengan adik aku. Lepas tu aku buatlah sesuatu yang special untuk mereka bertiga. Tak tahu pula Idoli suka dengan burger salmon tu"
"Idoli suka burger tu tapi biskut kak-" Gopal terus tutup mulut Idoli
"Dia cakap biskut Yaya tu si Fang selalu makan dekat rumah" Fang terus pijak kaki Gopal "ADOI!" Selepas itu Idoli gigit tangan Gopal "ADOI ADOI!"
"Hehehee... Idoli sudah mahir dalam mengigit orang!" Rizu meloncat-loncat bersama Idoli
"Dey! Yang kau suruh Rizu ajar Idoli gigit orang kenapa?" Gopal mengusap-usap kesan gigitan di tangannya "Tak rasa kasihan ke dengan aku ni? Selalu sangat kena gigit dengan Rizu, sekarang ni si Idoli pulak"
"Rizu pun dah ikut perangai kau. Cubalah ajar yang benda baik-baik dekat Rizu" marah Yaya kepada Fang dengan nada tegas dia "Macam mana nak jadi abang yang terbaik kepada Rizu. Yang aku nampak, abang kau menjadi abang yang terbaik kepada Rizu dan Idoli"
"Suka hati akulah kalau dia nak ikut perangai aku yang nakal ni. Kau sibuk apahal" Fang bersilang tangan "Sudahlah, aku balik dulu"
"Eh Fang, siapa nak bayarkan semua ni kalau kau balik" Fang pusingkan kepalanya ke tepi untuk melihat Boboiboy "Ke-kenapa?"
"Kau bayarkan dulu.. nanti aku bayar balik" Fang terus tersengih. Boboiboy berikan renungan tajam dekat Fang
"Haiyaa.. ingatkan dia nak marah-marah, rupanya lain" Ying menepuk dahinya sendiri
"Baik tak payah belanja orang kalau macam tu.. jomlah semua, kita bayar sendiri" Boboiboy malas hendak melayan Fang. Gopal rasa sedih pula kerana dia tiada duit untuk membayar air Ice Blended Chocolate tersebut. Kalau dia pinjam, mesti dia kena bayar balik nanti dan dia tidak mahu berhutang dengan Tok Aba lagi
"Yelah yelah.. aku belanjalah tapi korang kena belanja aku donut lobak merah" Terus Bella menepuk kepala Fang "Woi!"
"Amboi! Lepas kau belanja kita orang, kau suruh kita orang belanja kau pulak" marah Bella
"Kenalah adil, mana boleh aku belanja-"
"PANG!" Terkejut Fang. Lalu dia pusing kebelakang untuk melihat abangnya tetapi bukan abang dia yang ada di situ "Eh, kenapa Lahap?"
"Pang.. kapten.. kena.. tangkap"
"HAH?!" Fang terkejut lagi sekali dengan berita itu. Kawan-kawan dia yang lain pandang satu sama lain. Mereka semua fikir benda yang sama, macam mana abang Kaizo boleh kena tangkap? Bukan ke abang Kaizo adalah kapten yang terkuat di galaxy "Lahap, macam mana boleh jadi begitu?" tanya Fang
"Begini.. kommander TAPOPS telah meminta bantuan daripada abang kau untuk selamatkan salah satu sphera kuasa dari planet Metallum tetapi kapten dan juga Lynna di tangkap oleh alien durjana. Jadi aku meminta kamu semua untuk pergi menyelamatkan mereka berdua"
"Habis tu, macam mana kau boleh terlepas pulak?" tanya Boboiboy
"Hmm.. kapten suruh aku jaga kapal angkasa sementara dia dan Lynna jalankan misi. Tiba-tiba aku dapat signal emergency daripada kapten. Aku cuba menghubungi dia tetapi gagal. Kapten ada beritahu aku sendiri, kalau ada apa-apa berlaku terhadap dia dan Lynna, pergi minta bantuan daripada si Pang dan kawan-kawan dia" kata Lahap dengan hatinya hiba. Dia tidak tahu macam mana kapten dia boleh ditangkap tetapi dia yakin, Fang dapat pergi selamatkan Kapten Kaizo dan juga Lynna
"Kalau macam tu, kita jalan lengahkan masa. Mari kita pergi selamatkan mereka berdua" Tiba-tiba baju Boboiboy ditarik-tarik oleh seseorang. Dia menoleh kebelakang dan lalu tunduk sedikit
"Abang Boboiboy, Pizu nak ikut boleh?"
"Maaf Rizu.. Rizu kena tunggu di sini sahaja. Lagipun Rizu kena jaga Idoli"
"Rizu duduk sahaja dekat sini. Lagipun kakak Faye, kakak Bella, si kakak pelik, abang Harraz ada dekat sini. Dia orang tak ikut pergi dan dia orang akan jaga Rizu dan Idoli dengan baik.. Rizu jangan nakal-nakal ok" Fang terus peluk Rizu "Nanti abang Fang datang balik dengan abang Kaizo dan juga kak Lynna. Abang akan pastikan mereka selamat"
"Ok abang Fang" kata Rizu dengan nada sedih "Abang Fang hati-hati tau. Pizu tak nak kehilangan abang Fang dan juga abang Paizo"
"Idoli pun" Idoli peluk kaki Fang. Semua rasa sayu melihat mereka tetapi ini bukanlah kali terakhir mereka dapat berjumpa dan bersuka ria kerana mereka yakin, semuanya akan selamat
------------------------------------------------------------------------------------------
Fang melihat kapal angkasa abangnya sudah terbang jauh daripada bumi. Dia kini duduk di dalam bilik tidurnya di dalam kapal angkasa itu. Hati dia rasa tidak begitu tenteram setiap kali dia memikirkan tentang keselamatan abangnya dan juga kak Lynna. Adakah mereka selamat ataupun tidak? Pelbagai persoalan yang timbul di dalam pemikirannya
"Fang" Boboiboy memanggil kawan baiknya tetapi Fang endahkan sahaja "Fang, jangan senyap aje"
"Habis tu.. kau nak aku bising-bising, jerit-jerit, lompat-lompat macam si pelik tu" Boboiboy boleh dengar nada kemarahan dari Fang "Aku nak bersendirian... boleh tak kau duduk aje dekat luar"
"Ok.." Boboiboy letak sesuatu di atas meja Fang "Kalau kau perlukan apa-apa, kita orang ada dekat luar" Fang menoleh kebelakang dan melihat kawan baiknya keluar dari bilik itu. Mata dia terus memandang sesuatu yang ada di atas meja iaitu pedang kotak milik Rizu. Dia tahu itu pedang kotak Rizu kerana pedang itu ada manik-manik berwarna biru dan ungu
"Kenapa Rizu berikan kepada aku pedang kotak dia?" Fang bangun untuk pergi melihat pedang kotak itu. Dia angkat dan nampak sehelai kertas di tepi pedang kotak tersebut. Lalu dia membaca isi kandungan surat tersebut "Kepada abang Fang, Pizu tak nak abang keseorangan dan abaikan kawan-kawan dia. Pizu nak abang Fang tenang dan yakin abang Paizo dan kakak Lynna selamat. Apa-apa pun terjadi, abang Fang tidak boleh lakukan dalam misi ini dalam keseorangan. Abang Fang perlukan kawan-kawan abang Fang. Pizu akan tunggu abang Fang pulang dengan selamat bersama abang Paizo dan kakak Lynna" Dia terus memeluk surat itu di dadanya
"Fang?" Boboiboy memanggil dia lagi
"Masuklah Boboiboy. Aku suruh kau duduk dekat luar pun, kau tetap degil nak masuk juga dalam bilik aku" Boboiboy tersengih sahaja. Lalu dia masuk ke dalam bilik itu bersama Gopal, Yaya dan Ying
"Kau dah baca surat tu?"
"Sudah Boboiboy. Nampaknya Rizu sudah kenali diri aku. Dia tak nak diri aku bersendirian. Aku patut ucapkan terima kasih dekat dia kerana tidak mahu aku bersendirian dan aku mahu berjuang bersama kawan-kawan aku"
"Sebab Rizu sayangkan kau dan dia mestilah kenal perangai abang kesayangan dia macam mana" Yaya tergelak sedikit
"Mungkin tapi.." Fang angkat pedang kotak itu "Bukan ke tadi pedang kotak ni takde dengan korang. Macam mana korang bawa masuk pedang kotak ni tanpa aku melihatnya?"
"Hehehee... sebenarnya.." Ying tersengih dan lalu dia keluar dari bilik sebentar. Fang rasa pelik, kemana Ying pergi? "Tapi lu jangan mengamuk" kata Ying dari luar. Mata Fang tidak percaya apa yang dia nampak. Bella, Faye, Lily dan Harraz masuk ke dalam bilik
"KORANG?!" Terkejut Fang. Hampir nak pengsan pun ada "Woi! Macam mana korang ada dekat sini?"
"Isk isk isk.. jangan marah-marahlah Pang.. kita orang ada dekat sini sebab nak tolong koranglah" kata Bella sambil tersenyum sinis "Lagipun, misi ini perlukan bantuan yang ramai! dan kami sedia membantu superhero Pulau Rintis!"
"Macam mana korang nak selamatkan abang Kaizo dan kak Lynna, korang mana ada kuasa macam kita orang" tanya Gopal yang rasa kepelikan melihat Bella, Faye, Lily dan Harraz di situ
"Ha ah, korang mana ada kuasa. Tak kan kita orang nak kena jaga korang juga. Baik korang balik ke bumi sekarang juga" Fang bersilang tangan sambil melihat mereka berempat. Hati dia cukup marah dengan mereka "Korang pun nak kena tangkap juga ke?"
"Takdelah Fang, kita orang tadi jumpa Emmy tadi. Dia sudi menolong kita orang" Faye terus berikan penjelasan kepada Fang yang sudah hilang sabarnya. Lalu dia berkata lagi "Tadi dia buat sesuatu dengan alat pergi ke mana sahaja. Dia cakap, alat Faye tu boleh hantar kita orang ke sini. Sebelum dia pergi, Emmy ada berikan sesuatu kepada Harraz"
"Dia berikan apa?" tanya Yaya
"Dia berikan aku sebuah mesin dan kad yang boleh aku mengondam sesebuah computer atau apa-apa sahaja teknologi" Harraz tunjukkan alat yang berupa computer kecil itu. Ianya seperti mini Ipad tetapi lebih canggih daripada Ipad "Dia cakap aku mahir dalam computer dan dia percaya aku dapat gunakan benda ini dengan baik"
"Itu aje ke?" tanya Fang dengan nada marah dia
"Ada lagi" balas Faye "Mikrofon serba guna untuk Lily"
"HELLO!" Bergema bilik tidur Fang dengan suara Lily dekat mikrofon itu. Mereka terpaksa menutup telinga "Opsss... maaf semua, Lily tak sengaja" Lily terus tersengih kepada kawan-kawan dia. Fang merampas mikrofon itu dari tangan Lily
"Isk kau ni, menyemak aje"
"ERKK! LANDAK PANGGIL LILY NI SEMAK?!" Lily terbayangkan dia adalah batu yang sudah hancur dan angin tiupan bawa dia pergi "UWAAAA! LANDAK PANGGIL LILY SEMAK!"
"Wei Fang, janganlah buat hal dalam kapal angkasa ni" Fang teruskan bermasam muka lagi dengan Boboiboy "Selamatlah abang kau takde. Kalau tidak, sudah lama dia humban kita orang dekat planet lain"
"Sudahlah Lily.. jangan ambik hati sangat dengan si Fang ni" Yaya cuba memujuk Lily "Fang ni kan selalu macam tu, tak pernah fikirkan tentang perasaan orang lain. Asyik kena ikut hati dia sahaja"
"Sebab aku lebih hebat daripada korang... HAHAHAAAA!" Fang ketawa bangga di situ "Sekarang, aku jadi kapten dan korang semua kena ikut arahan aku"
"Kaptenlah sangat.. padahal kau tu prebet aje" Fang berapi-api dengan sindiran Bella "Marah yea Pang... hehehehee... aku suka tengok kau marah-marah, nampak comel aje" Fang mahu sahaja mengamuk di situ tetapi dia menahan kemarahan dia, lalu bayang-bayang dia keluar dari tubuh badan
"Aku rasa.. Fang tengah menahan kemarahan dia. Kalau dia macam tu, maknanya..." Gopal melihat Boboiboy "Dia akan menjadi hantu bayang" Menggigil badan Gopal apabila dia teringatkan hantu-hantu pada tahun ini sahaja
"Hantu bayang tu menakutkan sangat ke?" tanya Harraz
"Manyak takut maa... bila si Fang jadi tak betul, nanti apa yang dia cakap, semuanya tak betul. Kadang-kadang tu dia akan menjadi hantu bayang macam sekarang ni" Ying tunjuk kepada Harraz yang Fang sudah pun bertukar menjadi hantu bayang. Hitam dan hanya ada dua pasang mata merah menyala di situ. Harraz menelan ludah kerana rasa takut sedikit
"Sudahlah, jom tinggalkan si Fang ni. Biar dia tenangkan diri dia" Boboiboy keluar dari bilik itu "Nanti kita orang bawakan makanan untuk kau ok, itu pun kalau kau lapar"
Kawan-kawan Boboiboy yang lain, turut keluar dari bilik itu dan tinggalkan Fang keseorangan di dalam bilik tidurnya. Mereka tidak berani untuk mengacau Fang lagi kerana takut gunung berapi meletup dan habis satu kapal angkasa dengan keamukan Fang. Mereka terus ke bilik kawalan untuk bertanya Lahap tentang perjalanan mereka ke sebuah planet
"Lahap, lama lagi ke kami akan sampai?" tanya Boboiboy
"Lama lagi tapi... APASAL RAMAI SANGAT DALAM BILIK KAWALAN NI?" Berkerut-kerut dahi lahap melihat kawan-kawan Fang penuh di ruangan bilik kawalan itu. Lily sedang duduk di atas kerusi Kaizo
"Hahahaa! Aku lah Kapten Lily! Lajukan kapal angkasa ni!" Lily pusing-pusingkan kerusi Kaizo
"Maaf Lahap, kita orang cuma nak tahu sahaja... jangan risau, nanti saya bawa mereka semua keluar" Boboiboy menyuruh kawan-kawan dia yang lain sehinggalah mereka berkejut dengan kehadiran Fang di dalam bilik kawalan itu
"Fang, kau dah ok ke?" tanya Yaya
"Hmmm... macam tak ok aje lagi ni?" kata Bella kerana Fang tersenyum lebar di situ seperti orang tiada masalah "Wei Fang, kau ok ke tak ok ni? Jangan cakap, kau sudah tak betul"
"Betul tu! Aku memang tak betul tapi aku ragu-ragu dengan korang"
"Ragu-ragu sebab apa Fang?" tanya Boboiboy
"Aku ragu-ragu sebab siapa jaga Rizu dan Idoli dekat bumi? Jangan cakap korang tinggalkan dia orang berdua dekat bumi tanpa pengawasan dari orang dewasa? Oh tidak.. siapa nak berikan mereka makan minum nanti? Boboiboy, siapa nak jaga dia orang dengan kita semuanya ada dekat sini? Yaya, jomlah kita patah balik dan bawa mereka berdua sekali. Ying, kau tak rasa sedih ke mereka ditinggalkan begitu sahaja dan kau Go-" Kepala dia kena kentuk dengan tangan besi Gopal
"Pengsan pun si Fang ni" Gopal tiup tangan besi dia seperti meniup pistol yang baru habis menembak. Dia pulihkan tangan dia kepada yang asal
"Dah tak betul si Fang. Jangan masa misi nak selamatkan abang dia dan kak Lynna, dia masih lagi tak betul sudah" Boboiboy angkat kedua belah tangan Fang dan Harraz angkat kedua belah kaki Fang. Mereka terpaksa heret Fang sampai ke bilik dia
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Lahap mendarat kapal angkasa kaptennya di tempat yang lapang yang ada di atas bukit dan jauh daripada istana yang diperbuat daripada besi. Dari langit lagi, mereka semua boleh lihat istana itu kelihatan indah sekali. Ianya terdapat sebuah taman yang sangat luas di bahagian belakang istana itu. Mereka tidak tahu samada penghuni istana itu nampak kapal angkasa mereka ataupun tidak kerana Lahap tidak menyembunyikan diri mereka
"Lahap, itu ke istana alien durjana?" tanya Boboiboy
"Bukan, istana itu adalah milik seorang permaisuri tetapi ianya telah ditawan oleh alien durjana. Mereka menjadikan istana itu sebagai kubu mereka. Jadi kau harus berhati-hati semasa memasuki kawasan istana itu kerana aku sendiri tidak pasti apa yang ada. Mungkin ada perangkap"
"Perangkap?" Gopal rasa takut pula jikalau ada perangkap yang boleh membuat diri dia tercedera "Ada perangkap beruang angkasa ke nanti?"
"Itu aku tidak pasti"
"Hantu angkasa?"
"Itu pun aku tidak pasti juga" balas Lahap dengan soalan-soalan merepek Gopal
"Kalau landak angkasa macam mana pula?" Lahap sabar sahaja dengan soalan Gopal. Mata dia merenung tajam ke arah Gopal "Hehehe... saya tanya aje"
"Kalau landak angkasa.. aku rasa tiap-tiap hari kau tengok landak angkasa tu, siap boleh bercakap lagi si landak angkasa tu" Apa yang Lahap maksudkan tadi itu adalah Fang "Kau ni, macam-macam soalan kau tanya tapi kalau kau nak tahu. Apa kata, kau menjadi orang pertama pergi masuk ke dalam istana tersebut" Gopal tersengih kepada Lahap
"Apasal aku rasa garang Lahap macam seseorang yea" Boboiboy garu-garu kepalanya sambil memikirkan sehinggalah dia dapat jawapannya "Hmmm... pengikut setia abang Kaizo katakan. Garang Lahap pun nak dekat-dekat sama dengan kapten dia"
"Baiklah, kamu semua boleh bergerak dan pasal Pang tu, biarkan dia aje. Aku akan jaga dia"
"Baik Lahap!" kata Boboiboy dan Gopal secara serentak sambil berikan tabik kepada Lahap. Mereka berdua terus ke sebuah elevator tetapi tidak semua dapat masuk. Jadi terpaksalah turun secara bergilir-gilir
Lily mesti nak turun bersama dengan Boboiboy dia. Gopal bersabar sahaja dengan Lily kerana dari tadi asyik tolak Gopal ke tepi dinding elevator
"Dey! Sanalah sikit!"
"Mana boleh, Gopal lah kena sana sikit sebab Gopal lagi besar dari Lily yang keding ini" Lalu dia berdrama di situ "Keding Lily lain daripada keding si landak tu tapi keding Lily tidaklah sedasyat dia. Janganlah marah Lily yang keding ini wahai Gopal yang besar dan boroi"
"Bila masa aku boroi!"
"Sudahlah tu, janganlah nak cari pasal pulak.. Kau ni Lily, jangan nak jadi macam si Fang tu"
"ERK!" Terkejut Lily dengan kata-kata Boboiboy tadi "Lily jadi landak? Bila masa Lily mengamuk tak tentu pasal? Lily... bukan.. landak.." Terus dia menjadi kaku di dalam elevator. Sampai sahaja di bawah, Gopal terpaksa menolak Lily yang sudah tidak bergerak-gerak itu
Mereka terpaksa menunggu kawan-kawan mereka yang lain untuk sampai ke bawah. Elevator di belakang mereka sudah pun tertutup rapi dan terus naik ke atas untuk mengambil tiga lagi orang iaitu Yaya, Ying dan Faye. Boboiboy melihat istana yang tidak terletak jauh dari situ tetapi mereka perlu turun dari bukit itu terlebih dahulu dan merentasi hutan untuk sampai ke istana tersebut
"Lily ni bila boleh bergerak? Tak kan kita nak tinggalkan dia dekat sini sahaja?"
"Entahlah Gopal. Nanti kejap lagi bergeraklah dia tu" Boboiboy usik-usik sedikit bahu Lily "Kepelikan Lily ni, semakin hari semakin pelik tapi kita orang semua, masih boleh tahan dengan kepelikan dia kecuali si Fang tu"
"Tahu takpe" Lalu Gopal mendapat satu idea nakal "Kalau aku ketuk kepala Lily ni macam aku ketuk si Fang, agaknya dia pengsan ke tak? Hehehee..."
"Wei! Kau jangan nak buat hal pulak"
"Ala Boboiboy, aku nak tengok aje apa reaksi dia"
"Sudahlah tu Gopal, kita dekat sini nak selamatkan abang Kaizo dan kak Lynna. Bukan untuk cari pasal" Boboiboy menoleh kebelakang. Kawan-kawan dia semuanya sudah pun berada di situ "Ok, semua sudah bersedia? Mari kita jalankan misi kita tapi hati-hati masa dekat hutan nanti. Aku tak tahu apa yang akan berlaku nanti"
"Agaknya ada beruang angkasa tak?" tanya Gopal lagi
"Tak habis-habis dengan beruang angkasa kau. Kalau ada, kau sendiri pergi uruskan beruang angkasa tu nanti" kata Bella tersenyum sinis
"Jangan nak fikirkan yang bukan-bukanlah, jom bergerak" Boboiboy melangkah kakinya untuk turun dari bukit itu tetapi Ying sudah menarik jaket orennya
"Haiyaa... kenapa lu nak guna situ"
"Habis tu, kau nak kita guna laluan mana Ying?"
"Kita guna jambatan itu sahaja maaaa" Ying tunjuk sebuah jambatan panjang dan tinggi. Ianya tidak jauh daripada mereka semua. Jambatan itu menghubungkan dari bukit itu, terus ke istana tersebut. Boboiboy menepuk dahinya "Hehehe... buat apa susah-susah nak masuk hutan, jambatan sudah ada. Kita ikut sahaja situ"
"Yaya, kau tengok keadaan jambatan tu, selamat ke tak untuk kita lalui" Yaya ikut sahaja arahan dari Boboiboy. Dia terus terbangkan diri untuk memeriksa jambatan itu. Jambatan itu memang berdiri dengan kukuhnya dan tiada kesan rosak. Jambatan itu memang tinggi. Di bawah jambatan itu terdapat sebuah gaung yang amat dalam. Ada hutan-hutan di tepi gaung tersebut. Tiada aliran sungai di situ, semuanya hutan sahaja
"Macam mana Yaya, ok tak?" tanya Ying
"Semuanya ok!" Yaya terus mendarat di tepi pintu masuk jambatan tersebut "Tapi sesiapa yang takut dengan tinggi tu.. hehehe.. harap maaflah yea"
"Sebenarnya, aku takut dengan tempat yang tinggi-tinggi tapi aku akan tabahkan hati aku" kata Harraz. Kaki dia sudah menjadi lemah apabila dia melihat gaung itu. Dia tidak mahu menyusahkan mereka, jadi dia terpaksa beranikan diri dan mengharungi jambatan itu
"Lily ni.. nak kena tolak aje ke?" tanya Gopal
"Takpe, biar aku dan Faye tolakkan dia" kata Bella
Mereka semua bergerak kearah jambatan itu. Bella dan Faye menolak Lily dari belakang. Boboiboy menjadi orang pertama menjejak langkahnya di tapak permukaan jambatan tersebut. Dia melihat ke bawah, memang agak dalam tapi dia berani. Dia tidak takut dengan ketinggian jambatan itu. Ying berjalan dengan biasanya, begitu juga dengan Bella dan Faye. Mereka terpaksa menolak Lily yang masih lagi kaku macam batu. Mereka semua pelik, macam mana Lily boleh bertahan dengan agak lama? Adakah Lily dapat bernafas dengan biasa atau sebenarnya Lily ini adalah alien seperti Kaizo, Fang dan Faye?
"Kepelikan" bisik Bella sambil menolak Lily di atas jambatan itu
Di belakang Bella dan Faye pula ialah Harraz dan Gopal. Mereka berdua jalan agak perlahan sebab takut tetapi mereka berikan semangat kepada satu sama lain, mereka yakin yang mereka dapat menyeberangi jambatan itu dengan mudah dan cepat. Yaya sudah terbangkan diri. Dia mahu pastikan tiada apa menghalang mereka untuk ke istana besi itu
"Yaya, ada apa-apa benda pelik tak?" tanya Boboiboy dari jambatan itu
"Takde!" balas Yaya. Dia melihat suasana di sekeliling istana itu, semuanya sepi sahaja seperti tiada penghuni. Pengawal istana pun tiada. Adakah istana itu istana berhantu? Bagaimana abang Kaizo dan kak Lynna boleh ditangkap? fikir Yaya. Dia rasa tidak sedap hati melihat istana tersebut. Lalu dia pergi terbang di tepi kawan-kawan dia yang sedang berjalan di atas jambatan itu
"Wei Gopal, apasal kau makin kebelakang?" tanya Harraz
"Hehehe.. aku ni jenis pengecut tapi kenapa aku rasa jambatan ni makin lama makin tinggi?" Gopal terus melihat luar dan dia tunduk ke bawah. Kepala dia rasa pening pula, dia mula rasa loya "Adeh... menakutkan betul"
"Gopal, jangan pandang bawah. Kau tengok depan dan fikirkan sahaja tentang makanan" kata Faye dengan lembutnya. Dia terus menyeluk tangannya ke dalam poket skirtnya dan keluarkan sebungkus chocolate "Nah, aku bagi kau chocolate untuk tenangkan diri kau"
"Terima kasih Faye" Gopal rasa sangat bersyukur dengan hati Faye yang sangat baik. Dia buka kertas chocolate tersebut dan lalu makan. Harraz sudah kelihatan berani sedikit. Dia ikut sahaja di belakang Bella dan Faye sambil makan chocolate pemberian Faye tadi
Beberapa minit kemudian, akhirnya mereka sampai di penghujung jambatan tersebut. Pintu pagar itu terbuka sedikit tetapi Boboiboy tidak mahu masuk begitu sahaja. Dia perlu berhati-hati. Boboiboy menjenguk di dalam taman itu dan lalu melihat ke kiri dan ke kanan. Yaya perhatikan sahaja dari atas. Tiada apa yang lalu di situ ataupun para pengawal istana, semuanya sunyi sahaja. Air-air di tempat air pancut pun tiada. Ianya kelihatan kering tetapi taman itu kelihatan bersih dan semua tumbuhan di dalam taman itu, segar sahaja
"Pelik betul aku"
"Kenapa Boboiboy?" tanya Ying
"Taman ni nampak macam orang bela tapi sunyi aje.. macam tiada penghuni dekat sini"
"Ala, masuk ajelah.. apa susah" Semua terkejut dengan suara Fang. Mereka menoleh kebelakang dan terkejut dengan kehadiran Fang bersama mereka. Dia tersenyum lebar di belakang Gopal "Kenapa korang tengok aku macam tu? Ada sesuatu yang tak kena ke dengan muka aku?"
"Dey, bukan ke sepatutnya kau ada dekat kapal angkasa. Macam mana kau boleh ada dekat sini?"
"Senang aje tu Gopal" Fang betulkan suara dia sebentar "Ceritanya begini, semasa aku bangun tadi. Aku terus cari korang sebab aku masih lagi tak dapat jawapan dari pertanyaan aku tadi. Lepas tu aku nampak Lahap dekat bilik kawalan, dia tengah main game tetris dekat skrin tu. Aku cakaplah aku tak kan beritahu kapten dan terus aku berikan biskut Yaya kepada dia! Lahap makan biskut itu dengan bahagianya. Dia langsung tak sedar yang aku secara senyap-senyap turun dari kapal angkasa. Lepas tu aku ikutlah korang pergi ke istana besi tu. Sekarang, aku nak tahu.. siapa jaga Rizu dan Idoli dekat rumah?" Boboiboy menepuk dahinya sendiri
"Adeh.. sah kau ni memang tak betul. Dey, apa kata kau pergi berehat sebelum kau buat perkara yang tak betul nanti"
"Ala Gopal.. bagilah aku ikut" Fang berkelip-kelip matanya dekat Gopal "Bolehlah bolehlah bolehlah"
"Bagi ajelah dia ikut" jawab Bella dengan hati dia tergelak sedikit kerana perangai Fang sangat comel "Hehehee.. macam anak kucing pula aku tengok si Fang ni" bisik Bella kepada Faye
"Ini gara-gara sebab Gopal pergi ketuk kepala dia dengan tangan besi tadi" balas Harraz dan yang lain, hanya angguk tanda setuju kecuali Fang
"Yelah yelah.. kau boleh ikut" Gopal terpaksa mengalah
"Sebelum tu.. apa jawapan soalan aku tadi?" Boboiboy menepuk dahinya lagi sekali
"Jangan risaulah Fang, Emmy yang jagakan Rizu dan Idoli. Kalau kita orang balik lambat, dia orang akan bermalam di rumah Emmy" jawab Faye
"Ohhhhhh... kalau macam tu, jom kita mulakan mengembara kita! YAHOOOO!" Fang melompat-lompat di situ kerana terlampau suka. Yaya gelengkan kepala dia melihat Fang berubah perangai tapi hati dia, rasa suka pula melihat Fang begitu
"Boboiboy, kita sudah boleh masuk ke?" tanya Ying
"Rasanya, boleh kot" Boboiboy menolak pintu pagar itu menjadi luas dan lalu dia menjejak kakinya ke dalam taman istana tersebut. Mereka kini berada di bahagian belakang istana. Seorang demi seorang masuk ke dalam taman itu. Yaya terus mendarat di tepi Yaya. Fang pula, mata dia bersinar-sinar melihat keindahan taman itu
"WAH! CANTIKNYA!" Itu bukan dari suara tetapi dari Lily. Dia sudah kembali normal "WUUUUU! Cantiknya bunga oren ni"
"Aik, dah ok dah si Lily ni?"
"Hehehee... Lily mengambil masa yang agak lama untuk pulih, MY BBB-CHAN!" Lily terus memetik bunga oren itu untuk berikan kepada Boboiboy tetapi sesuatu benda yang tidak diingini berlaku. Seekor harimau keluar dari sebalik pokok-pokok taman itu
"Ha-ha-HARIMAU ANGKASA! LARI!" Gopal yang lari dulu daripada mereka
"WEI! TUNGGULAH KITA ORANG!" Jerit mereka semua. Yaya sudah terbang dan melihat rakan-rakan dia melarikan diri daripada harimau itu kecuali Fang
"Aik? Fang! Apasal kau tak lari?" jerit Yaya dari udara. Fang abaikan sahaja jeritan Yaya, dia hanya berjalan pergi ke arah harimau itu dengan mata dia bersinar-sinar. Makin lama makin dekat diri dia dengan harimau itu "FANGGGGGG!" Yaya menjerit apabila Harimau itu melompat untuk menerkam Fang tetapi perkara lain yang berlaku
"Hahahaaa! Janganlah jilat pipi aku.. hehehee.. gelilah..hehehee... manjanya harimau ni" Fang berguling-guling di atas rumput hijau itu sambil bermain dengan harimau tersebut. Fang tergelak dengan seronoknya
"Errrr... jinak rupanya harimau ni" Boboiboy menepuk dahinya untuk kali ke 3
"Adeh, aku rasa pengembaraan kita kali ini akan menjadi pengembaraan lawak bukan serius" kata Bella
"Tahu takpe" jawab Boboiboy, Gopal, Ying, Faye, Lily dan juga Harraz secara serentak. Yaya terus mendarat di tepi Fang
"Baguslah harimau ni jinak, takdelah kita orang perlu larikan diri daripada dia" Yaya tergelak melihat Fang berguling-guling dengan harimau tersebut. Lalu Lily mahu sertai sekali untuk berguling-guling dengan mereka "Lily.. Lily... kau pun nak jadi macam Fang juga ke?"
"Jadi.. macam... landak?" Lily menjadi kaku seperti anak patung semula
"Yaya, lain kali jangan sebut macam tu. Terus jadi batu si Lily tu"
"Maaf Ying, aku tak sengaja pulak"
"Adeh, macam mana nak pulihkan si Lily ni?" tanya Boboiboy
"Hah! Aku tahu.. kau tunjukkan kasih sayang kau kepada dia. Gerenti dia akan bangun punya" Boboiboy berikan renungan maut kepada Gopal "Apa? Aku bagi cadangan aje, itu pun tak boleh ke?"
"Boleh tu memang boleh tapi janganlah bagi cadangan yang mengarut macam tu!" marah Boboiboy kepada Gopal
"Isk, jangan nak bergaduh. Kita kena teruskan perjalanan kita tapi siapa nak angkat Lily tu?" Yaya tunjuk ke arah Lily yang terdampar di atas rumput. Badan Lily tidak bergerak-gerak, mata dia tidak berkelip-kelip dan wajah reaksi dia adalah wajah terkejut sahaja. Bella usik-usik pipi Lily dengan ranting kayu tetapi tiada kesan
"Kau guna ajelah kuasa kau Yaya" kata Ying
"Ok" Yaya mengangkat Lily dengan menggunakan kuasa gravitynya. Lily terbaring di dalam sebuah sphera berwarna pink
"Semua sudah ok? Jom kita teruskan perjalanan kita ke istana itu" Boboiboy terus bergerak bersama Gopal, Ying, Bella, Faye dan Harraz. Yaya terbang sedikit sambil mengangkat Lily. Fang pula? Dia pergi menunggang harimau itu
"Pukul berapa datuk harimau? Pukul 2! Belum masa lagi untuk makan! Pukul berapa datuk harimau? Pukul 3, masa untuk makan! HAHAHAHAAA!" Fang tergelak-gelak di atas harimau itu tetapi harimau itu suka pula dengar gelakan Fang. Dia makin suka apabila Fang memeluk badannya dari belakang "Gebu sungguh harimau ni, kalau aku bawa balik pun ok juga. Mesti Shadow, Pikachu dan Lily si itik akan teruja mendapat kawan baru tapi kalau harimau nak makan si itik tu, aku mempersilakan"
"WHAT?!" Lily terus tersedar. Yaya terkejut dengan jeritan Lily. Lalu dia turunkan Lily secara perlahan-lahan "Jangan bagi anak itik Lily! UWAAAAAA!"
"Aduh.. macam mana nak jalankan misi kalau macam ni" mengeluh Gopal "Boboiboy, kau pergi buat sesuatu"
"Hmmm..." Boboiboy berpatah balik. Lalu dia pergi tegur Fang terlebih dahulu "Fang, aku rasa abang kau mesti tak bagi kau bawa balik harimau ni. Lagipun rumah harimau ini dekat sini bukan dekat planet bumi"
"Ala.. baru nak bawa balik my neko-chan" Boboiboy menepuk dahinya buat kali ke 4 "Dia dah siap bagi nama pulak" bisik Boboiboy
"Neko neko.. jom kita pergi ke istana tu dan kita sama-sama selamatkan abang aku dan kak Lynna!" Harimau itu terus berlari dengan pantasnya. Boboiboy dan yang lain-lain terpaksa pergi mengejar harimau tersebut
"WAIT FOR ME!" jerit Lily sambil berlari-lari anak
------------------------------------------------------------------------------------------
Sampai sahaja di sebuah pintu gerbang yang terletak di bahagian belakang istana, mereka semua tercengang di situ kerana pintu itu diperbuat daripada besi dan ianya sangat indah dengan ukiran-ukiran bentuk harimau. Pintu itu dikunci dengan rapinya dan mereka semua tidak berjaya membuka pintu tersebut. Boboiboy tumbuk guna kuasa Gempa dia pun, tiada hasilnya. Yaya cuba menggunakan kuasa dia, tiada hasilnya juga
"Neko neko.. macam mana kita nak masuk ke dalam istana ini?" tanya Fang kepada harimaunya
"Macam mana harimau bercakap yea?" tanya Lily. Tiba-tiba sahaja harimau itu mengaum begitu kuat sekali "Oh begitu tapi apa dia cakap?"
"Mengikut kata neko neko.. pintu ini ditutup rapi oleh sebuah computer yang ada di dalam istana ini. Istana ini penuh dengan teknologi canggih" kata Fang sambil angguk-angguk kepala dia
"Habis tu, macam mana kita nak masuk?" Ying menyentuk sedikit pintu gerbang itu "Tak kan kita kena ketuk pintu ini dan suruh mereka tolong bukakan?"
"Aku rasa aku tahu" kata Harraz secara tiba-tiba. Dia keluarkan sebuah tablet kecil dan lalu dia masukkan kad itu di sebuah mesin kecil yang ada di tepi dinding istana itu "Aku perlu menggodam mesin ini untuk membuka pintu tersebut"
"Kau boleh buat ke?" tanya Bella
"Boleh" jawab Harraz. Dia menekan beberapa butang di tablet itu. Mereka semua perhatikan Harraz yang masih lagi mencuba membuka pintu gerbang itu. Akhirnya, password pintu itu berjaya diketahui oleh Harraz. Lampu merah yang ada di mesin itu bertukar menjadi hijau. Pintu gerbang itu terbuka sedikit
"Wah! Dasyatnya kau. Kemahiran kau dalam bab-bab computer memang sangat menakjubkan"
"Hehehe... terima kasih Faye" Harraz rasa sedikit malu dengan pujian dari Faye tadi "Jom kita masuk" kata dia sambil keluarkan kad dari mesin kecil itu. Boboiboy menarik pintu itu supaya mereka semua boleh masuk bersama
"Neko neko.. kau nak masuk sekali ke?" Harimau itu mengaum dengan perasaan sedih "Kau tak boleh masuk sebab kau selalu kena halau keluar semasa alien durjana ni tawan istana besi ni?" Harimau itu mengangguk kepalanya "Neko neko, tunggu sini sampai aku datang balik ok. Tak sanggup aku nak tinggalkan kau keseorangan dekat sini" Dia memeluk kepala harimau itu
"Landak ni.. harimau tu kan tahu jaga diri dia. Janganlah sedih sangat"
"Tapi Lily... aku tak sanggup nak tinggalkan dia.." Fang menangis di situ bersama harimau itu. Boboiboy sabar sahaja dengan perangai Fang yang serba tak betul. Dia sudah mula merindui perangai Fang yang lama iaitu perangai panas baran yang suka marah-marah orang. Lalu dia pergi pisahkan Fang daripada harimau itu. Dia mengheret Fang jauh daripada harimau itu
"DON'T CRY FOR ME, MY NEKO NEKO! THE TRUTH IS I NEVER LEFT YOU, ALL THROUGH MY WILD DAYS! MY MAD EXISTENCE, I KEPT MY PROMISE, DON'T KEEP YOUR DISTANCE!"
"Sempat lagi si Fang ni nyanyi" bisik Bella sambil melihat Fang diheret oleh Boboiboy. Harimau tadi, mengaum-gaum di luar pintu sehinggalah Lily pergi menghempas tutup pintu tersebut dengan selambernya
"Besar juga istana ni" Ying mendongak sedikit untuk melihat siling istana itu. Memang teramat tinggi dan terdapat lukisan-lukisan indah di siling istana itu. Semuanya menunjukkan seorang wanita sedang bermanja-manja dengan seekor harimau "Agaknya, itu tuan kepada harimau tadi"
"Patutlah jinak semacam" kata Yaya. Mereka lalu di tepi-tepi pintu yang tertutup rapi. Hiasan di dalam istana itu, semuanya diperbuat daripada besi. Tingkap istana itu pula seperti sebuah tingkap yang besar, ianya sampai ke siling istana "Sekarang, kita perlu ke mana?" tanya Yaya sambil melihat koridor-koridor istana itu. Dia ternampak satu tangga untuk naik ke tingkat atas
"Hmm.. kalau kita berpecah macam mana?" tanya Bella
"Ok juga cadangan kau, Bella" Boboiboy lepaskan kolar baju Fang, lalu dia pusing kebelakang "Aku, Gopal, Lily dan Faye akan periksa di bahagian bawah. Yaya, Ying, Harraz dan Bella di bahagian atas"
"Aku?" tanya Fang sambil tuding jarinya ke arah diri dia sendiri
"Kau nak ikut kumpulan mana?" tanya Boboiboy "Aku tak kisah kumpulan mana kau nak ikut"
"Aku nak..." Mata dia melihat kawan-kawan dia "Aku nak join... kumpulan... B!"
"Dey, mana ada kumpulan B atau maksud kau kumpulan Boboiboy?"
"Taklah, maksud aku kumpulan Bella" kata Fang sambil tersengih kepada Gopal yang sedang berikan renungan tajam ke arah diri dia "Hehehee..." Fang terus berlari ke sebelah Faye
"Yaya, Ying.. kau jaga si Fang tu.. aku tak tahulah apa yang akan dia buat nanti tapi, tengok-tengok kan dia" bisik Boboiboy kepada Yaya dan Ying. Mereka angguk sahaja "Korang periksa bahagian atas. Kalau jumpa apa-apa, beritahu kita orang"
"AKU JUMPA NEKO NEKO!" Fang terus berlari dan melekat muka dia di tingkap istana itu. Fang letak tapak tangannya di tingkap itu dan harimau itu letak tangannya di sebalik tapak tangan Fang "Jangan risau Neko Neko.. kita akan berjumpa lagi" Boboiboy menepuk dahinya buat kali ke 5
"Kau jangan risau, pandai-pandailah aku jaga si budak Pang ni" Bella pergi heret Fang jauh daripada tingkap itu "Jom Fang, kita perlu cari abang kau dan bakal kakak ipar kau"
"Ok!" Fang terus tersenyum lebar "Wahai abang ku yang terlajak macho, tunggulah kemunculan adik mu ini! Adik akan selamatkan abang dan juga bakal isteri abang!"
"Wei Boboiboy, patut ke aku pergi ketuk balik kepala si Fang tu?"
"Janganlah Gopal, karang jadi benda lain pulak. Biarkan dia macam tu, nanti sudah habis misi. Baru kita betulkan balik kepala dia yang tak betul tu" Gopal angguk-angguk dengan ayat Boboiboy tadi. Jadi mereka terpisah di situ. Boboiboy terus berjalan ke depan bersama Gopal, Lily dan Faye. Manakala yang lain terus naik ke tingkat atas
---------------------------------------------------------------------------------------------
"ABANG! OH ABANG! DIMANA ABANG AKU BERADA?"
"Wei Fang! Jangan nak buat bising boleh tak?" marah Bella "Dari tadi, kau asyik nak menjerit aje"
"Aku cuma nak pastikan abang aku dengar suara adiknya yang sungguh merdu ini" Fang membuka penutup kotak kecil yang ada di atas meja "Abang ada dekat dalam tu ke?"
"Haiyaa.. makin lama makin tak betul si Fang ni"
"Apa boleh buat, disebabkan dia menahan kemarahan dia dan kepala dia kena ketuk dengan besi.. terus kepala dia menjadi tak betul" Yaya buka sedikit pintu bilik itu tetapi tiada Kaizo dan Lynna. Ianya hanyalah sebuah bilik tidur sahaja. Lalu dia tutup balik "Mari kita periksa semua bilik dekat sini"
"Agaknya, berapa lama Fang jadi macam tu?"
"Entahlah Harraz" balas Bella sambil memeriksa sebuah bilik. Terdapat sebuah piano besar di tengah-tengah bilik itu "Mahal bebenar piano tu"
"Kenapa?" tanya Yaya. Lalu Bella tunjuk piano keemasan kepada kawan-kawan dia. Mata Fang bersinar-sinar, dia ingin masuk ke dalam bilik itu untuk pergi bermain dengan piano tersebut tetapi baju dia pegang dan diheret keluar oleh Yaya, Ying, Bella dan Harraz
"Alaaaaaaa..."
"Takde ala ala.. kita dekat sini nak cari abang kau, bukan untuk pergi main piano" tegur Bella dengan nada marah dia "Aku rindu dengan perangai buruk kau! Bukan perangai macam kawan baik kita yang seorang lagi tu iaitu Lily. Hanya Lily seorang sahaja dapat menjadi pelik, bukan kau"
"Yelah yelah... aku akan cuba yang terbaik untuk menjadi seperti diri aku tapi aku lupa.. macam mana nak jadi diri aku yang lama tu" Fang garu-garu kepala dia "Macam mana yea, Yaya?"
"Errr... kita cari abang kau dan kak Lynna dulu. Lepas tu baru kita orang ajar kau macam mana ok"
"Ok!" Fang terus membuka pintu seterusnya. Dia tersenyum lebar melihat bilik itu kerana bilik itu mempunyai banyak buku "WAH! BESTNYA BILIK NI!" Fang berlari masuk ke dalam bilik itu. Yaya, Ying, Bella dan Harraz terpaksa pergi dapatkan Fang untuk heret dia keluar dari bilik perpuskataan itu. Fang sudah melompat-lompat di dalam perpuskataan itu. Tangan dia asyik menyentuh buku-buku di situ
"Wei Fang, kita mana boleh duduk dekat sini. Kita kena cari abang kau dan kakak Lynna"
"Jap lah Ying" kata Fang sambil keluarkan sebuah buku tebal "Aku nak tengok buku ni.. 1 minit aje ok" Lalu dia buka buku itu dan dia terkejut kerana di dalam buku itu terdapat satu butang kecil "Butang apakah ni?"
"Butang?" Yaya pandang ke arah Fang. Dia melihat jari Fang sudah hampir hendak menekan butang itu "FANG! JANGAN MAIN TEKAN AJE!" Tetapi Fang sudah pun tekan butang itu. Lantai di bawah kaki Fang terbuka dan lalu dia jatuh ke dalam
"FANGGGG!" Yaya, Ying, Bella dan Harraz pergi ke arah lubang itu
"FANG! KAU OK TAK?" jerit Ying
"FANG!" Yaya menjerit dengan rasa risaunya
"AKU OK! KORANG TURUNLAH! ADA SESUATU YANG MENARIK AKU NAK TUNJUK NI!"
"Sesuatu yang menarik?" Bella rasa ragu-ragu dengan jawapan Fang "Apa kata, salah seorang daripada kita turun dan pergi periksa"
"Biar aku pergi" kata Yaya "Lagipun aku boleh terbang naik" Dia terus terbang masuk ke dalam lubang itu. Ying, Bella dan Harraz tunggu sahaja di situ "KORANG PATUT TURUN DAN TENGOK NI!"
"Apa yang dia orang jumpa?"
"Tak tahulah Harraz tapi kita kena turun" Ying terus melompat masuk. Selepas itu Bella terjun masuk ke dalam lubang itu dah akhir sekali, adalah Harraz. Mereka jatuh di atas sebuah gelongsor dan lalu ianya membawa mereka bertiga ke sebuah bilik rahsia yang terletak di bawah istana itu. Sampai sahaja di bawah, mereka tidak percaya apa yang mereka lihat iaitu beberapa patung batu yang tersimpan rapi di situ
"Seramnya" kata Ying. Jari dia menyentuh sedikit patung batu seorang gadis. Wajah gadis itu kelihatan sedang ketakutan, seperti ada sesuatu datang ke arah dia "Kenapa patung ni nampak macam real?"
"Kau rasa, semua patung ni adalah orang betul ke?" tanya Bella sambil melihat sebuah patung harimau. Di bawah patung itu ada beberapa anak harimau. Ibu harimau itu sedang melindungi anak-anaknya. Bella rasa kasihan pula melihat patung itu
"Wei, jom kita keluar dari situ. Aku rasa takut pulak" Harraz tidak berani menyentuh patung-patung itu kerana takut tiba-tiba patung itu akan bergerak "Mana Fang dan Yaya?" tanya dia
"Kita orang ada dekat sini!" Yaya melambai-lambai kearah mereka bertiga. Dia sedang berdiri di belakang Fang yang sedang terduduk di depan sebuah patung. Ying, Bella dan Harraz berlari ke arah mereka "Korang..." Yaya tunjuk apa yang berada di depan mereka iaitu sebuah patung batu yang mereka sangat kenali. Fang terduduk di situ dengan air matanya menitis di atas lantai
"Kak Lynna... macam mana boleh jadi begini? Siapa punya angkara ni?" Fang sentuh tangan Lynna "Adik dapat rasa kehangatan tangan kak Lynna tapi.. macam mana kita orang nak pulihkan kak Lynna dan yang lain-lain" Suara Fang sayu sahaja. Nada keceriaan dia terus hilang
"Yaya, kita kena beritahu Boboiboy tentang perkara ni" bisik Ying
"Ok" Yaya pergi jauh sedikit untuk menghubungi Boboiboy. Ying, Bella dan Harraz cuba memujuk Fang tetapi Fang tidak berganjat dari situ kerana dia tidak mahu tinggalkan kakak kesayangan dia di situ. Yaya melihat kesedihan Fang, hati dia turut terasa dengan kesedihan itu
"Yaya! Kenapa? Kau jumpa sesuatu ke?" Hologram Boboiboy muncul di jam kuasa Yaya "Kenapa kau kelihatan sedih?"
"Maaf.. kita orang jumpa kak Lynna dekat sini tapi dia telah bertukar menjadi patung batu"
"PATUNG BATU?! Aduh... macam mana boleh jadi begitu" Boboiboy mula rasa risau "Oh yea, kita orang pun ada jumpa patung batu dekat bilik tadi. Rupanya seperti permaisuri istana ni tapi kita orang cuma ingat itu hanyalah patung biasa saja tapi disebabkan kau jumpa kak Lynna.. aku rasa ada sesuatu yang menukarkan mereka menjadi patung batu. Abang Kaizo takde dekat situ?"
"Takde. Cuma kak Lynna dan patung yang lain-lain sahaja kita orang jumpa. Aku rasa semua patung ini adalah penghuni istana ini"
"Ok. Hati-hati dekat situ. Kalau ada apa-apa lagi, hubungi aku dengan segera" Hologram itu terus tutup di jam kuasa Yaya. Dia terus kembali kepada kawan-kawan dia balik. Yaya melihat Fang sudah memeluk patung batu Lynna "Kita kena keluar dari sini" kata Yaya
"Ada ke pintu dekat bilik rahsia ni?"
"Mesti ada punya Bella. Kalau tidak, macam mana dia orang boleh bawa masuk semua patung ni" Harraz pergi melihat sekeliling bilik itu. Dia terjumpa dua pintu, satu pintu pagar dan satu lagi adalah pintu besi "Aku dapat rasakan pintu pagar itu akan bawa kita orang pergi ke taman tadi dan pintu besi itu akan bawa kita keluar dari sini dan terus ke sesuatu tempat yang dekat dalam istana ini"
"Kalau begitu, kita pilih pintu besi tu" kata Yaya
"Wei Fang, jom kita keluar dari sini" Bella tarik tangan Fang yang masih lagi memeluk patung Lynna "Jomlah Fang, kita pergi cari ubat atau apa-apa alat ke yang dapat pulihkan kak Lynna. Tak kan kau nak duduk dekat sini sorang-sorang" Tetapi Fang hanya gelengkan kepala dengan muka sedihnya
"Aiyooo... susahlah kalau macam ni" Ying sudah pening dengan sikap Fang yang serba tak betul itu
"Fang.. kita pergi cari abang kau pula lepas ni. Dia mesti ada dekat dalam istana ni. Lagipun kak Lynna akan selamat dekat sini dan tiada siapa akan apa-apakan dia. Nanti lepas kita dah jumpa abang kau, kita datang ke sini balik, ok?" Fang melihat Yaya. Mulut dia muncung, mata dia sedih dan hidung dia sudah berair sedikit. Dia mengesat air hidungnya "Jom kita pergi ok"
"Ok..." Fang bangun sambil melihat patung Lynna "Nanti adik datang balik" Dia berjalan begitu perlahan sekali. Yaya temankan dia berjalan ke arah pintu besi itu. Kawan-kawan mereka yang lain sudah pun berada di pintu itu tetapi pintu dikunci rapi
"Harraz, kau kena godam pintu ni macam tadi" kata Ying
"Aku tahu Ying" Harraz keluarkan tablet dia dan lalu dia menekan-nekan butang untuk membolehkan dia mengetahui password pintu tersebut. Lampu merah itu terus bertukar menjadi lampu hijau. Pintu besi itu terbuka sedikit. Bella terus membuka pintu itu dengan luas. Dia menjenguk di luar bilik rahsia itu "Apa yang kau nampak?" tanya Harraz sambil simpan tablet itu tadi
"Hmm... kosong, tiada apa-apa tapi ada satu laluan aje" Bella keluar dari bilik rahsia itu dan terus belok ke kanan. Tangan dia memanggil kawan-kawan dia untuk keluar dari bilik itu "Jom, aku rasa tiada apa yang akan menghalang kita"
"Kau pasti ke?" kata Ying yang sangat ragu-ragu dengan istana itu
"Mestilah aku pasti" jawab Bella sambil berjalan ke depan. Memang tiada perangkap apa-apa di situ, semuanya selamat tapi masih lagi misteri tentang patung-patung tadi. Akhirnya mereka sampai di penghujung. Sebuah tangga untuk naik ke atas ada depan mereka
"Agaknya, ke mana tangga itu akan bawa kita nanti?" tanya Yaya
"Ke sesuatu tempat yang kita tidak boleh jangka" balas Harraz "Biar aku naik dulu, manalah tahu ada pintu kunci lagi ke" Harraz sudah mula berani sedikit. Lalu mereka benarkan dia naik dulu. Hati dia berdebar-debar apabila dia mula menaiki tangga itu. Sampai sahaja di sebuah pintu besi, dia memusing tombol pintu itu dan lalu ianya terbuka "Korang boleh naik, pintu ni tak berkunci"
"Ok!" kata kawan-kawan dia. Mereka terus naik ke atas sementara Harraz menolak keluar pintu itu dan lalu melangkah keluar. Dia kini berada di dalam sebuah dapur. Semuanya dalam keadaan bersih, seperti ianya tidak terusik dalam sebulan atapun setahun
"Makin lama, makin seram pula... semuanya bersih sahaja tapi siapa yang tukang bersihkan istana ni kalau orang-orang tadi sudah jadi patung. Takde habuk, takde sarang labah-labah, takde kesan-kesan kotoran dan juga tiada kesan kerosakan" kata Yaya "Orang tu mesti sembunyi dekat dalam istana ni. Aku rasa abang Kaizo mesti disorokkan dekat mana-mana tempat berahsia"
"Mungkin juga tapi kita kena periksa satu istana yang besar ni. Tempat-tempat rahsia pun kita tak tahu dekat mana"
"Betul kata Ying tu. Nampaknya makin rumitlah misi kita ni" Bella cuba buka paip air itu. Air mengalir keluar seperti biasa dan air itu sangat jernih, tiada kesan kotor
"DAPUR NI! SUNGGUH BERSIH SEKALI!" Mata Fang terus bersinar-sinar "Aku suka dengan istana ni, sangat bersih dan kemas.. abang ku, bolehkah kita pindah ke sini sahaja. Adik nak tinggal bersama dengan Neko Neko dan juga kak Lynna. Kita akan menjadi lebih bahagia di sini" Fang terus memeluk sebuah periuk yang bersih. Tiada kesan minyak atau bau pelik-pelik pada periuk itu
"Hmmm.. OCD dia tetap ada" bisik Bella. Lalu dia heret tangan Fang untuk keluar dari dapur "Jom kita pergi ke tempat lain. Banyak lagi tempat kita nak pergi periksa" Fang ikut sahaja Bella sambil memeluk periuk itu
"Ala.. aku baru nak tidur dekat dapur bersih tu"
"Sudahlah tu Fang, kau tidur ajelah dekat dapur rumah kau" pujuk Yaya
"Macam mana aku nak tidur dekat dapur rumah aku. Abang aku selalu kacau. Dia mesti jerit PANG! BUATKAN TEH HIJAU UNTUK ABANG! Tak pun si itik tu akan quack quack quack quack dekat telinga aku. Shadow dan Pikachu baik sikit, dia orang tak kan ganggu aku tidur. Lagipun dapur aku tu ada bau makanan kucing" kata Fang dengan nada sedih dia "Alangkah indahnya kalau aku dapat dapur seperti tadi tapi aku redha sahaja. Aku tetap bersyukur dengan dapur yang aku dapat sekarang"
"Kalau Boboiboy ada sekarang ni, tentu dia akan buat begini" Harraz tepuk dahinya sendiri "Sekarang kita nak ke mana Bella?"
"Hmm... jom kita ke depan sana" Bella tunjuk ke sebuah balkoni besar yang ada di dalam istana itu. Mereka berlari ke situ dan lalu melihat di bahagian bawah. Ada sebuah pintu gerbang utama di bahagian bawah dan di tengah-tengah ruangan itu, terdapat sebuah air pancut. Airnya tetap jernih seperti biasa
"Cantik betul istana ni tapi malangnya, sampai sekarang kita tak nampak alien durjana tu" Yaya melihat sekeliling istana itu
"Entah-entah si alien tu sudah bawa lari abang Kaizo ke angkasa. Mungkin sebab itu kita orang tidak jumpa dia" kata Ying pula
"Mungkin" Yaya pusing kebelakang dan dia dapati seseorang tiada dengan mereka "Eh, mana Fang?" Semua pandang sekeliling mereka
"Mana pula dia pergi" marah Ying "Aku lebih rela kalau Fang menjadi panas baran daripada dia jadi tak betul. Tak kan dia kena culik dengan alien durjana pulak"
"Err.. korang.." Harraz panggil kawan perempuannya "Dia ada dekat bawah tu" Yaya, Ying dan Bella melihat ke tingkat bawah, lalu mereka ternampak Fang sedang melompat-lompat di dalam kolam air pancut tersebut
"Sabar ajelah dengan si Pang ni.. sesuka hati dia aje pergi turun bawah" Bella sudah hilang sabarnya. Lalu dia turun ke bawah untuk mengheret Fang keluar dari kolam air pancut tersebut "Wei Fang! Janganlah nak bermain sangat. Cubalah serius"
"Sabar Bella, kepala dia tak berapa nak betul sangat.. sebab itu dia bersikap macam tu" kata Yaya dengan nada lembut dia. Fang berlari di sekeliling kolam itu. Kaki dia tertekan sesuatu yang ada di lantai kolam air pancut tersebut. Tiba-tiba air itu berhenti memancut dan kolam itu terus menjadi kering. Sebuah lubang rahsia terbuka di tepi kolam air pancut itu
"AKU JUMPA BILIK RAHSIA LAGI!" Jerit Fang dengan seronoknya
"Tapi ada bagus juga dia bersikap begitu sebab dia yang jumpa bilik rahisa, bukan kita" tergelak Harraz. Bella bermasam muka sambil bersilang tangan "Janganlah begitu Bella, kita ke sini untuk selamatkan abang Kaizo dan kak Lynna. Tak seronoklah kalau kau bermasam muka"
"Selamatlah kau ni baik, Harraz" jawab Bella "Jomlah kita pergi siasat apa yang ada dekat bawah tu" Dia menjadi orang pertama turun ke bawah. Mereka semua berhati-hati kerana mereka tidak pasti apa yang akan seterusnya. Walaupun istana ini tiada penghuninya, tetapi mereka tidaklah berjalan dengan penuh keyakinan. Kalau terjadi apa-apa, mereka akan salahkan diri mereka sendiri
Sampai sahaja di bawah, mereka ternampak sebuah tingkap kaca berada di tepi-tepi dinding. Tingkap itu adalah tingkap sebuah bilik rahsia. Mereka boleh lihat dinding putih dan cahaya putih menyinari bilik rahsia itu. Mereka terus ke tingkap tersebut dan alangkah terkejutnya mereka. Kaizo berada di dalam sebuah bilik yang berada di bawah. Tingkap itu terletak di atas bilik rahsia itu. Tangan dan kaki Kaizo diikat pada sebuah papan besi khas. Dia berdiri di situ dengan tangan dan kakinya tidak boleh bergerak sangat. Baju dia sudah ditanggalkan dan ada kesan-kesan luka, ianya seperti ada orang melibas di badannya. Di tepi Kaizo ada seorang alien berbentuk besi tetapi dia bukanlah robot dan di sebelah dia terdapat sebuah sphera kuasa berbentuk batu bulat. Mereka boleh dengar perbualan diantara alien itu dengan Kaizo
"Beritahu aku, mana stesen kapal angkasa TAPOPS?" kata alien itu
"Aku tak kan beritahu kau" kata Kaizo
"Bagi kau beritahu aku, sebelum aku seksa diri kau lagi"
"Seksalah tapi aku tak kan bocorkan rahsia TAPOPS" kata Kaizo dengan nada sinisnya
Alien itu begitu geram sekali dengan jawapan Kaizo, dia terus melibas badan Kaizo dengan tali. Mereka tidak sanggup mendengar jeritan kesakitan Kaizo. Mereka boleh merasai kesakitan Kaizo, ianya seperti diri mereka sendiri dilibas oleh tali itu. Yaya, Ying, Bella dan Harraz tidak mahu melihat alien itu seksa Kaizo tetapi Fang masih lagi melihat abangnya diseksa dengan penuh sadis. Fang menggengam tangannya dan air mata dia sudah mengalir keluar. Setiap jeritan Kaizo, Fang menahan dirinya untuk bertindak ganas tetapi dia tidak dapat tahan lagi. Dia tidak boleh berdiri di situ sahaja dan melihat abangnya diseksa
"BERANI KAU! SERANGAN BAYANG!" Kuasa bayang-bayang Fang memecah kesemua tingkap bilik itu dan lalu dia terjun dari tingkap tersebut. Alien itu terkejut dengan kehadiran Fang. Kaizo tersenyum sedikit melihat adiknya sudah sampai. Di bibir dia ada sedikit kesan darah. Fang sudah kembali pulih. Perangai dia yang sebenarnya sudah pun kembali
"Siapa kau?" tanya alien tersebut
"AKU ADALAH ADIK KEPADA KAPTEN KAIZO! BERANI KAU SEKSA KAPTEN AKU BEGITU! RASAKANLAH SERANGAN DARI AKU! HARIMAU BAYANG! SERANG!" Alien itu melompat setinggi-tingginya. Dia tersenyum sinis kepada Fang
"SERANG DIA ROCKBOT!" Sphera kuasa yang bernama RockBot, keluarkan beberapa tembakan berbatu. Fang dapat elakkan diri daripada terkena batu tersebut
"Pang.. jangan.. terkena dengan batu... nanti.. kau.. akan... jadi.. batu" kata Kaizo dengan nada yang agak perlahan. Badan dia masih lagi terasa sakit. Sebiji batu datang ke arah Kaizo tetapi Fang sempat melindungi abangnya
"PELINDUNG BAYANG!"
"Cis, berani kau!" Alien itu tidak begitu puas hati
"Wei, sanggup kau serang kawan-kawan kita orang" muncul Ying bersama Yaya di dalam bilik rahsia itu "KUASA SLOW MO!" Alien itu bergerak dengan begitu perlahannya
"TUMBUKAN PADU!" Yaya menumbuk alien itu dan terus tercampak ke arah dinding bilik itu. Pelindung bayang Fang sudah hilang tetapi abang dia masih lagi diikat "Fang, buka ikatan abang kau. Kita orang akan halang alien itu"
"SERANG MEREKA LAGI, ROCKBOT!" Beberapa ketul batu keluar dari mulut RockBot untuk menyerang Yaya dan Ying. Fang masih lagi cuba membuka ikatan tangan dan kaki abangnya. Tiba-tiba datang satu batu kearah Fang
"LARIAN LAJU!" Ying tolak Fang ke tempat yang selamat. Batu itu sedikit lagi hendak terkena Kaizo tetapi ianya sudah dimusnahkan oleh seseorang
"BOBOIBOY!" Yaya dan Ying gembira melihat kehadiran Boboiboy bersama Gopal, Lily dan Faye
"Jadi kaulah yang tangkap abang Kaizo! Aku tak kan maafkan kau! BOBOIBOY HALILINTAR!" Boboiboy Halilitar melompat untuk menyerang alien yang berupakan robot "TETAKAN HALILINTAR!" Alien besi itu keluarkan perisai besi di tangannya untuk melindungi dirinya daripada serangan Boboiboy Halilintar
"Yaya, cepat buka ikatan abang aku" jerit Fang kepada Yaya "Aku kena tolong Boboiboy! SERANGAN BAYANG!"
"TUKARKAN MEREKA JADI BATU, ROCKBOT!" Rockbot menurut perintah tuannya. Dia serang mereka dengan batu-batunya
"Rock? Bot? Batu dalam kapal? atau rock and roll?" Lily keluarkan mikrofonnya dan lalu dia nyanyi di situ dengan senang lenangnya
I saw him dancing there by the record machine
I knew he must have been about seventeen
The beat was going strong
Playing my favorite song
And I could tell it wouldn't be long till he was with me, yeah me
And I could tell it wouldn't be long till he was with me, yeah me
Singing, I love rock and roll
So put another dime in the jukebox, baby
I love rock and roll
So come and take your time and dance with me
Ow!
Bergegar bilik rahsia itu. Semua terpaksa menutup telinga masing-masing kerana jeritan nyanyian Lily begitu kuat sekali. Boboiboy Halilintar berubah menjadi Boboiboy biasa kerana tidak tahan dengan suara jeritan Lily yang begitu nyaring sekali. Kaizo yang paling terseksa sekali kerana tangan dia masih lagi diikat. Tanpa disedari oleh Lily, alien besi itu menyuruh RockBot menyerang Lily
"LILY! HATI-HATI!" Boboiboy menjerit apabila seketuk batu terbang begitu laju kearah Lily
"Huh?" Lily berhenti menyanyi "TIDAKKKKK!"
"TANAH PELINDUNG!" Boboiboy melindungi Lily daripada batu itu. Mata Lily bersinar-sinar apabila orang yang dia suka selama ini, melindungi diri dia. Hati dia terus berbunga-bunga dan senyuman dia tersangatlah lebar sampai ke pipi dia yang merah itu. Dia rasa malu sedikit tetapi pada masa yang sama, dia rasa sangat gembira "Kau ok tak, Lily?"
"LILY SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT OK!" Dia melempar mikrofon itu kerana ingin memeluk Boboiboy tetapi dia terpeluk angin sahaja kerana Boboiboy mengambil selangkah ke tepi. Lalu dia jatuh di atas lantai. Mikrofon tadi terkena kepala alien besi itu. Benjol besar timbul di atas kepala alien tersebut dan dia rasa pening pula kerana kepala besi dia tidaklah begitu kuat sangat. Kepala dia terkena hentakan besi mikrofon tadi, bergegarlah otak dia. Lalu dia pengsan di situ
Semua pandang Lily dengan mata terkebil-kebil dan mulut ternganga luas kecuali Kaizo. Dia sedang menahan kesakitan di badannya
"Begitu mudah sekali Lily kalahkan alien tu" kata Gopal
"Tahu takpe" balas Faye
"Kawan baik ku sangat hebat" menangis Bella sedikit "Aku sangat kagum dengan kepelikan dia. Tahniah kawan baik ku, LILY!"
"Hehehee... mana ada hebat sangat" Lily tergelak sedikit sambil tersengih di situ. Lalu dia berdrama di situ "Tapi terima kasih semua, Lily berjaya kalahkan dia tanpa menggunakan kuasa. Lily bukanlah superhero yang terhebat seperti Boboiboy ku tetapi kami semua harus sedar bahawa, manusia biasa pun boleh menjadi hero. Kita dapat tandingi masalah ini dengan menggunakan kepelikan bukan cara kekejaman atau keganasan. Itulah dia, superhero Lily yang tiada kuasa.."
"APA YANG KAU TENGAH MEREPEK TU? CEPAT LEPASKAN IKATAN AKU NI!"
"Aduh, abang Kaizo ni.. badan dah sakit-sakit, masih lagi boleh nak garang-garang" Boboiboy menepuk dahinya untuk kali ke 6
------------------------------------------------------------------------------------
Alien besi sudah dihumban ke dalam penjara. Sphera kuasa RockBot sudah di simpan bersama dengan jam-jam kuasa yang pernah dimiliki oleh Robin dan Devon. RockBot berehat di dalam sebuah mesin khas kerana terlampau banyak sangat guna kuasa untuk memulihkan orang-orang yang telah dijadikan batu, termasuklah Lynna. Permaisuri planet itu telah pun mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka semua. Kini para superheros dan kawan-kawan mereka sudah berada di dalam kapal angkasa Kaizo untuk pulang ke planet bumi. Lynna sedang berehat di dalam bilik Fang bersama dengan kawan-kawan perempuan Fang. Boboiboy, Gopal dan Harraz temankan Lahap di bilik kawalan
"Abang, cubalah duduk diam. Adik nak bubuh ubat dekat kesan luka ni"
"Macam manalah abang nak duduk diam kalau kau buat kasar sangat. Panggil aje si Lahap, biar dia yang buatkan. Kau tu buat ganas sangat" Fang bermasam muka dan lalu dia menekan kesan-kesan luka di badan abangnya "KAU NI SUDAH KENAPA? NAK KENA HUKUMAN LATIHAN TEMPUR KE?"
"Mana ada.. adik cuma geram aje dengan abang"
"Geram apa kebendanya" Kaizo merampas segumpal kapas dari tangan Fang "Biar aku sahaja yang buat. Kau ni memang tak boleh nak diharapkan langsung"
"Yelah, adik ni memang tak boleh diharapkan. Balik nanti, tak nak buat sup lobak merah untuk abang" Fang berpaling mukanya ke tempat lain tetapi mata dia melirik sedikit untuk melihat abangnya bubuh ubat di badan dia sendiri "Abang, bagilah adik buatkan. Abang rehat ajelah"
"Tak perlu" balas Kaizo dengan nada serius "Sebelum aku halau kau dari bilik abang. Aku nak tanya sesuatu"
"Abang nak tanya apa?"
"KENAPA ADA HARIMAU DEKAT PINTU BILIK ABANG TU? KAU TAK PUAS HATI KE DENGAN ITIK DAN KUCING DEKAT RUMAH TU?" Fang tersengih dan lalu dia berundur kebelakang untuk jauhkan diri dia daripada abangnya "SUDAH! KAU JANGAN MENGEGADE NAK BELA HARIMAU TU! SURUH LAHAP HANTAR PULANG HARIMAU TU"
"Yelah yelah.." Fang peluk dan garu-garu leher harimau itu "Maaf Neko Neko.. aku tak dapat nak bela kau tapi.. kalau aku ada masa, aku melawat kau dekat sana" Mereka berpelukan di situ. Kaizo rasa kasihan pula hendak pisahkan adiknya dengan harimau itu tapi dia terpaksa kerana takut karang ada juga yang menjerit dekat Pulau Rintis nanti
"Tapi abang.. sebelum abang nak bawa pulang harimau ni, adik ada soalan untuk abang. Kalau abang tak boleh nak jawab, abang akan benarkan adik bela harimau comel ni" Harimau itu jilat-jilat pipi Fang sambil peluk dia. Fang tergelak di dalam dakapan harimau itu
"Soalan apa?" tanya Kaizo sambil angkat kening sebelah
"Soalannya.. berapa banyak kali Boboiboy menepuk dahinya pada hari ini sahaja?"
"PANGGGGGGGGGGGGGG!" Mengamuk Kaizo di dalam bilik itu. Fang dan harimau itu terus sorok di tempat yang abang dia tak kan jumpa iaitu dalam bilik penjara
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top