Misi

"Apa benda ni atuk?" Fang mengangkat sebuah botol besar sambil membelek-belek botol tersebut. Dia cuba untuk membuka penutup botol itu tetapi penutup itu ketat pula

"Fang, itu adalah budu" kata Tok Aba sambil sediakan Ice Blended Chocolate Special untuk Fang. Hari ini Fang sampai di kedai Tok Aba lebih awal daripada kawan-kawan dia yang lain. Boboiboy dan Ochobot pergi menghantar makanan yang telah dipesan oleh beberapa penduduk di Pulau Rintis

"Budu? Apa benda tu atuk? Nama macam nak dekat dengan Adudu aje. Ini mesti Adudu yang hantar! Saya akan pergi belasah dia" Fang bangun dan lalu hentak meja kaunter itu dengan tangannya

"Kamu ni Fang. Bukan Adudu yang hantar tapi kawan atuk yang hantar" kata Tok Aba sambil geleng kepala. Fang duduk balik sambil tersengih "Nah, air kamu sudah siap"

"Terima kasiha atuk" Fang mengambil airnya "Tapi Budu tu apa atuk?"

"Hah, Budu tu sejenis makanan. Kamu nak rasa ke?"

"Hehehee... takpelah atuk"

"Dey! Baik kau rasa, sedap! SUNGGUH MENYELERAKAN!" Muncul Gopal dengan sebuah beg plastik kecik. Dia baru sahaja balik dari pasar tani dengan beg makanan yang penuh di tangannya

"Woi! Dah aku kata tak nak, tak nak lah! Yang kau sibuk apasal" Fang melihat Gopal sedang makan sesuatu "Kau makan apa tu?"

"Kau nak? Ini adalah tempe goreng" Gopal berikan satu tempe goreng kepada Fang "Rasalah! Pastu kau cuba cicahkan dengan budu tu, mesti lagi sedap!"

"Pastu, kau rasa ni sekali" muncul pula Bella dengan sepapan petai "Kau rasalah" Bella tersenyum sinis melihat petai-petai yang di bawa dari pasar tani tadi. Gopal pun turut tersenyum sinis melihat petai tersebut. Fang rasa serabut pula dengan kehadiran mereka berdua, lebih-lebih lagi si Bella. Semenjak dia sudah berkawan baik dengan sepupu dia, Fang rasa tak aman duduk di rumah kerana Bella selalu datang rumah dia "Aku cabar kau makan petai ni"

"YANG KORANG NI SURUH AKU MAKAN ITU INI KENAPA?! KAU NAK AKU PENGSAN KE?" Terus aura-aura kegelapan Fang keluar

"Bukan nak bagi kau pengsan, kita orang nak kau rasa makanan yang kau belum makan lagi. Yelah, kau sudah berapa lama duduk dekat sini. Cubalah benda baru, asyik dengan sandwich kau, lobak merah kau, masakan masin abang kau dan donut lobak merah kau" kata Gopal

"Betul kata Gopal tu tapi kau tak nak rasa sudah" kata Bella "Kata aje diri tu berani tapi rupanya pengecut, betul tak Gopal?" Bella sahaja cuba nak naikkan kemarahan Fang. Dia tahu Fang tak suka apabila diri dia di panggil pengecut

"Oh! Kau ingat aku pengecut yea!" Fang merampas tempe dan petai itu. Dia makan tempe itu dan rasanya sedap "Sedap juga tempe ni" Gopal dan Bella tersenyum lebar. Aura-aura kegelapan Fang hilang kerana dia terlampau suka sangat makan tempe itu

"Sebelum kau rasa petai tu, kau kena cicah dengan budu ni sekali!" kata Gopal sambil tunjukkan botol budu itu. Tok Aba melihat Gopal dan Bella cuba untuk kenakan Fang

"Sudah, sudah.. Fang jangan nak makan petai tu. Nanti kau asyik keluar masuk tandas sahaja" kata Tok Aba. Terus aura-aura kegelapan Fang muncul balik. Dia merenung tajam ke arah Gopal dan Bella. Mereka berdua tersengih di situ

"Aku.. aku balik dulu!" Gopal terus lari dari situ kerana takut diri dia kena serang dengan harimau bayang nanti

"Aku pun! Jumpa lagi" Bella pun turut lari dari situ

"WOI! MARI SINI!" Fang cuba untuk mengejar mereka berdua tetapi baju dia telah dipegang oleh seseorang dari belakang "SIAPA PEGANG BAJU AKU NI!" Fang menoleh kebelakang dan nampak muka abang dia yang garang itu "Erkk?! Abang nak apa? Adik nak kejar dia orang berdua tu" Kaizo tidak bercakap apa, dia hanya heret adik dia "ABANGGG! KENAPA ABANG HERET ADIK!" Tok Aba sabar sahaja dengan perangai dua beradik itu

"Kau sudah lupa ke? Hari ini sepatutnya giliran kau untuk kemaskan rumah! SEMALAM FAYE DAN ABANG SUDAH BERSIHKAN RUMAH, HARI INI GILIRAN KAU PULA TAPI KAU KELUAR NAK PERGI BERMAIN PULA!" Fang lupa pula, hari ini memang giliran dia. Dia, Faye dan Kaizo telah membuat keputusan untuk mengadakan sistem giliran mengemas rumah. Faye dan Kaizo akan berkemas bersama kerana mereka tahu, mereka akan bersihkan rumah tidaklah sebersih Fang

"Adik lupalah" kata Fang dengan nada bosan dia

"Lupa yea" terus Kaizo berikan senyuman sinis dia kepada adiknya. Fang tahu apa maksud senyuman sinis itu, terus dia menelan ludah "Laithan tempur malam ini juga sebagai hukuman kau"

"Yelah abang" Fang malas nak berlawan dengan abang dia. Lagi dia lawan, dia itulah abang dia akan menghukum dia "Adik ikut perintah abang"

"Bagus!" Kaizo rasa seperti hendak senyum sedikit tetapi dia tetap dengan muka serius dia. Sampai sahaja di depan pagar pintu halaman rumah, mereka terkejut melihat Lahap pengsan di tengah-tengah halaman rumah mereka. Pintu rumah mereka telah dimusnah oleh sesuatu "Lahap?" Kaizo dan Fang cepat-cepat masuk ke dalam halaman rumahnya. Dia berlari ke arah Lahap

"Lahap! Kenapa dengan kau?" Kaizo mengangkat Lahap

"Kapten... tadi... saya.. cuba... untuk.. melindungi Faye dan Lily daripada kena tangkap tapi.. saya gagal"

"Siapa yang tangkap mereka?" tanya Kaizo

"Ada sekumpulan... ahli alien circus"

"Alien circus? ada ke alien circus dekat angkasa lepas tu?" tanya Fang sambil melihat abangnya tetapi Kaizo hanya senyap sahaja

"Alien circus tu suka mengumpul orang yang pelik-pelik dan dia akan orang itu sebagai tahanan dia. Bukan itu sahaja, orang yang dia culik itu terpaksa bekerja sebagai ahli circus. Aku sendiri tidak tahu kenapa mereka ambil Faye sekali. Lily tu saya tahulah kenapa" kata Lahap. Dia sudah kembali bertenaga balik "Tapi awas, lebih lama mereka menjadi ahli circus, mereka akan menjadi pengikut setia terhadap ketua mereka dan mereka akan lupa segala-galanya tentang kehidupan mereka sebelum ini"

"Baguslah tu, bolehlah Lily pergi duduk jauh dekat angkasa lepas daripada menyemak dekat sini" kata Fang dengan perasaan gembira dia "Asyik nak ganggu aku dengan abang aku sahaja"

"Habis tu, kau nak Faye kena culik sekali dengan Lily? Bukan ke Lily itu kawan kau juga. KAU JUGA PERNAH BERITAHU DEKAT LILY, DIA TU UNIK DENGAN PERANGAI PELIK DIA! SANGGUP KAU NAK TENGOK KAWAN KAU SENDIRI KENA CULIK! SANGGUP KAU NAK TENGOK SEPUPU KAU DENGAN NASIB YANG SAMA JUGA?!"

"Hehehe.. adik bergurau aje abang" Fang tersengih besar kepada abang dia

"Bergurau atau tidak, kau akan dikenakan hukuman latihan tempur selama 2 minggu! FAHAM!"

"Faham abang" balas Fang dengan nada bosan dia

"Mari, kita perlu mencari mereka dengan segera" kata Kaizo

"Saya nak ikut sekali dengan misi ini boleh?" muncul Boboiboy dan Ochobot. Terkejut Kaizo dengan kehadiran mereka berdua "Faye dan Lily kawan saya juga"

"Hah! Abang suruh Boboiboy sahaja yang pergi ikut abang. Adik kena bersihkan rumah" Fang tersengih lagi kepada abang dia

"Jangan nak mengegada. Kau jangan cuba nak menggelakkan diri. Latihan tempur 3 minggu!"

"Cheh, tak guna punya abang" bisik Fang dengan muka masam dia

"Kau boleh ikut kami. Sudah! Jangan nak lengahkan masa lagi. Bawa kami semua ke kapal angkasa"

"Baik Kapten!" Lahap terus menekan satu butang dan lalu mereka semua di bawa masuk ke dalam kapal angkasa Kaizo. Entah kenapa tiba-tiba ada muncul lagi 3 orang iaitu Yaya, Ying dan Gopal. Kaizo berkerut-kerut dahi melihat kehadiran mereka bertiga. Sebenarnya Kaizo ingin pergi dengan tidak begitu ramai tapi dia terpaksa membawa kawan-kawan adiknya. Mungkin mereka semua dapat membantu dia pergi selamatkan Faye dan Lily

"Kamu semua, ikut arahan aku. Kalau tidak, latihan tempur aku akan bagi dan 4 minggu latihan tempur untuk si Pang" Kaizo beredar dari situ bersama dengan Lahap. Dia meninggalkan adiknya dengan kawan-kawan adiknya. Fang bermasam muka melihat kawan-kawan dia

"ISK! YANG KORANG BERTIGA IKUT SEKALI APASAL?" Marah Fang

"Faye dan Lily kan kawan kita orang juga. Jadi kita orang nak ikut misi ini sebab nak pergi selamatkan mereka lah" kata Yaya. Fang malas nak berkata apa kerana dia takut diri dia akan mengamuk tak tak tentu pasal. Terus dia meninggalkan kawan-kawan dia di situ tetapi mereka ikut Fang sampai ke bilik dia

"Tak sangka pula Lily dan Faye kena culik dengan orang jahat" kata Ying

"Ha ah, betul kata Ying. Selalunya, kita orang yang selalu kena culik" kata Yaya pula sambil masuk ke dalam bilik Fang

"Dey, orang yang selalu kena culik mestilah si panas baran tu" Fang mula berapi-api dengan Gopal "Kan Kapten Kaizo tu ramai sangat musuh, yang jadi mangsa mesti si Fang" Fang menahan kemarahan dia sambil membelek-belek buku latihan matematik dia yang ada di atas meja "Dia tu, kata aje diri dia hebat tapi asyik kena culik aje. Sampai diri dia asyik kena koma sahaja" Aura-aura Fang mulai keluar, Boboiboy dan Ochobot perasan dengan kemarahan Fang

"Wei wei, janganlah kau mengata pasal si Fang" kata Boboiboy

"Ala Boboiboy, aku tak mengata pun.. aku cakap sahaja" Terus Fang muncul di belakang Gopal dengan aura-aura kegelapan dia

"OH! KAU CAKAP AKU NI LEMAHLAH YEA!" Gopal menggigil dan terus menoleh kebelakang. Fang sudah bertukar menjadi hantu bayang

"HA-HA-HANTUUUUUUU!" Gopal berlari keluar dari bilik tetapi Fang terus mengejar Gopal "JANGAN KEJAR AKU! AKU BERGURAU AJE TADI! TOLONG AKU BOBOIBOY!" Boboiboy, Yaya, Ying dan Ochobot mendengar jeritan Gopal kena belasah dengan Fang. Mereka berempat terus ke tingkap bilik dan nampak Fang belasah Gopal sepuas hati di medan latihan tempur. Mereka hanya gelengkan kepala

"Menyedihkan" kata Ochobot

"Aik, bila masa kau tiru si Probe?" tanya Boboiboy

"Hehehehe..." Ochobot hanya tergelak malu. Lalu dia sambung balik tengok Fang belasah Gopal

---------------------------------

Lily terasa teruja bila apabila diri dia kena culik dengan alien. Dia mana pernah kena culik sebelum ini. Kalau ikut pengembaraan kawan-kawan dia, pernahlah. Dia dan Faye telah di suruh memakai sebuah pakaian berwarna pink dan mereka juga dipaksa memakai make-up. Lily memakai gincu berwarna oren di bibirnya. Kata dia, dia ingin menjadi oren seperti Boboiboy. Faye rasa agak risau dengan keadaan mereka sekarang ini kerana dia tahu siapa yang menculik mereka

"Lily, apasal kau gembira semacam?" kata Faye sambil melihat kawan baik dia

"Hehehe.. aku gembira sebab aku akan menjadi watak utama dalam kisah kita hari ini!" Lily mulakan kisah drama dia "Lily the awesome telah di culik oleh sepasukan alien dan dia telah dibawa lari ke planet lain. Lily akan cuba fikir bagaimana untuk melepaskan diri daripada penjahat-penjahat tersebut tetapi akhirnya mereka menyeksa Lily dengan begitu menakutkan. Lily tahu diri Lily bukan sehebat kak Lynna tetapi Lily tidak akan mudah mengalah. Lily yakin bahawa Boboiboy, kekasih hati ku akan pergi menyelamatkan Lily. Bukan si kapten itik atau si landak. Lily mahu Boboiboy juga! BOBOIBOY! COME AND RESCUE ME!" Faye tidak berkata apa, muka dia hanya muka bosan sahaja

"Pelik betul kau ni Lily tapi kau tetap kawan baik aku" Faye terus tersenyum sedikit

"Betul! Walaupun aku ni pelik tapi AKU LEBIH POPULAR DARIPADA SI LANDAK TU! MUAHAHAHAHAHAHAHHAAHHAHAHAHAHAA!" Lily bangun dari kerusi dan terus berkata lagi "WEI LANDAK! KAU INGAT KAU SEORANG SAHAJA WATAK UTAMA DAN POPULAR! AKU LILY! AKU BOLEH MEMINTAS KEPOPULARITY KAU! LAMA-LAMA NANTI AKU AKAN MENJADI WATAK UTAMA DI DALAM SEMUA KISAH!" Faye menepuk dahinya. Lily mencengkak pinggang dengan penuh bangganya

"Lily, kau hanya watak sampingan sahaja"

"OH TIDAKKKK! UWAAAAAA!" Terus Lily menangis di bahu Faye. Pintu bilik mereka di buka luas, Lily mengangkat kepalanya untuk melihat siapa yang datang. Dua alien pelik masuk ke dalam bilik mereka dan lalu ia bercakap dengan Faye di dalam bahasa alien. Lily tidak begitu faham tetapi dia membuat muka serius dan berpura-pura faham. Nada Faye bertukar menjadi marah dan dia menghalau alien-alien itu keluar dari bilik mereka tetapi mereka tidak berganjat. Salah satu daripada alien itu, pegang tangan Faye dan lalu dia keluarkan sejenis cecair dari tangannya. Tangan Faye melekat di tangan alien itu. Dia menarik Faye keluar dari bilik itu

"Faye! Kenapa? Apa yang dia orang nak dengan kau?" Lily menjadi cemas secara tiba-tiba

"Jangan risau tentang aku. Kau duduk sahaja di situ-" Mulut Faye di tutup dengan sejenis cecair melekit. Faye di bawa keluar. Lily hendak mengejar mereka untuk pergi selamatkan Faye tetapi pintu bilik itu sudah di tutup dan juga di kunci

"FAYE! FAYEEE!" Lily mengetuk-getuk pintu itu sambil memusing-musing tombol pintu tersebut tetapi pintu itu tidak berjaya di buka. Lily menangis dan rasa takut. Dia takut jikalau mereka buat sesuatu yang buruk terhadap Faye. Perasaan gembira dia terus menjadi perasaan takut. Lily tidak boleh membuat apa, lalu dia terduduk di depan pintu tersebut. Dia menangis seorang diri di dalam bilik itu sambil memikirkan nasib dia dan Faye

--------------------------------

"ADOIIIII!"

"Itu pun kau nak menjerit" Lahap merawat kesan-kesan luka di bahagian muka, badan, tangan dan juga kaki Gopal, akibat kena belasah dengan Fang sebentar tadi "Itulah kau, nak sangat cari pasal dengan si Pang tu. Kau juga tahu dia tu panas baran, suka mengamuk tak tentu pasal"

"Entahnya si Gopal ni. Tak habis-habis nak cari pasal dengan si Fang tu" marah Boboiboy sambil melihat Lahap membalut kesan luka di tangan Gopal "Cubalah kau jangan buat dia marah, mesti kau tak kena belasah dengan dia"

"Kalau dia cari pasal dengan orang lain, boleh pulak. Kalau aku, tak boleh pulak. Merajuklah aku dengan kau, Boboiboy" Gopal terus pandang ke tempat lain. Boboiboy menepuk dahinya

"Bila masa aku bagi dia cari pasal dengan orang lain" kata Boboiboy "Aku sendiri pernah marah dia kalau dia cuba nak kenakan orang lain tapi sekarang ni, si Fang dah jarang cari pasal dengan orang lain"

"Hmmm.. yelah.. kau kan kawan terbaik dia. Aku ni kawan biasa-biasa aje bagi kau" Gopal masih lagi merajuk dengan Boboiboy

"Mana ada! Kau tetap kawan terbaik aku" Gopal senyap sahaja, muka dia masam. Boboiboy usik-usik pipi Gopal supaya dia tersenyum sedikit dan ternyata, Boboiboy berjaya membuat Gopal ketawa

"Yelah yelah, kau memang kawan terbaik aku! Bukan si Fang tu"

"Pasal kawan baik pun boleh merajuk ke.. tengok macam aku ni, kawan baik aku hanya ada seorang sahaja. Iaitu Kapten aku sahaja" kata Lahap. Dia sudah pun selesai merawat Gopal "Jangan nak cari pasal lagi selepas ini"

"Yelah Lahap" kata Gopal "Itu pun kalau dia tak cari pasal dengan aku lah" bisik Gopal. Lahap dengar bisikan Gopal tadi, terus dia merenung maut ke arah Gopal "Hehehehe... saya bergurau aje"

"Apa-apa jelah" Lahap malas nak layan karenah Gopal. Dia terus keluar dari bilik Fang dan meninggal mereka berdua. Fang, Yaya, Ying dan Ochobit tiada di situ, mereka kini berada di dalam bilik kawalan untuk membantu Kaizo mencari lokasi kapal angkasa milik alien circus. Mereka sudah berada jauh dari bumi dan mencari kapal angkasa circus itu agak sukar kerana mereka telah pun berlari jauh tetapi Kaizo tidak pernah gagal mencari mana-mana kapal angkasa disekitar angkasa lepas

Fang hanya bersandar di tepi dinding kapal angkasa sambil melihat abangnya membuat kerja. Ochobot juga ada di sisi Kaizo untuk membantu dia. Yaya dan Ying melihat muka masam Fang. Mereka sendiri tidak tahu apa yang Fang sedang fikirkan

"Fang, kau dari tadi diam sahaja. Kau risau tentang dia orang ke?" kata Yaya

"Haiyaaa.. bukan lu seorang sahaja risaukan dia orang sahaja maaa.. kita orang pun risaukan mereka juga"

"Hmm.. aku risaukan tentang sepupu aku aje" akhirnya Fang berkata dengan nada serius dia

"Lily tu kau tak risaukan?" tanya Yaya "Dia kan kawan kita orang juga"

"Itu aku suruh si Boboiboy risaukan si kerepek pisang tu. Buang masa aku sahaja nak risaukan tentang dia"

"Kau ni Fang! Tak baik tau cakap macam tu. Dia kan sudah menjadi sebahagian kawan kita"

"Suka hati aku lah!" Fang malas nak bergaduh, dia terus beredar dari bilik kawalan itu. Dia bertembung dengan Lahap semasa dia keluar dari bilik kawalan. Lahap rasa pelik melihat Fang yang kelihatan marah itu. Bukan Lahap sahaja rasa pelik, Yaya dan Ying pun rasa begitu juga

"Apasal dengan si Pang tu?" tanya Lahap

"Entahlah Lahap. Dia tu asyik nak marah sahaja tapi dia marah mesti ada sebabnya" kata Yaya. Dia dan Ying pergi ke sebelah Ochobot untuk mengetahui perkembangan mereka "Macam mana Ochobot, dapat kesan Lily dan Faye?"

"Hmmmm... Kapten Kaizo berjaya mengesan kapal angkasa yang culik mereka berdua tetapi kapal angkasa itu kini berada jauh daripada kita. Nampaknya kita terpaksa percepatkan kelajuan kapal angkasa ini untuk mengejar mereka"

"Betul tu Ochobot" kata Kaizo "Kamu berdua tidak perlu rasa pelik dengan sikap si Pang tu. Aku sudah terbiasa sangat dengan sifat panas baran dia"

"Tapi Kapten Kaizo, dia marah mesti ada sebabnya" kata Ying

"Itu kamu tidak perlu risau. Yang penting sekarang ini, kita perlu cepat selamatkan Lily dan Faye" Kaizo kembali ke tempat duduknya "Kamu boleh kembali ke bilik Pang dan tentang dia, biar aku sendiri akan uruskan dia" Yaya dan Ying tidak membantah. Mereka melihat wajah Kaizo yang sentiasa serius dan terus beredar dari bilik kawalan itu. Semasa mereka keluar dari bilik kawalan, mereka terkejut melihat Boboiboy dan Gopal berada di hadapan pintu bilik kawalan. Muka mereka kelihatan sedih

"Aik, apasal dengan kamu berdua?" tanya Ying

"Si Fang tu lah" kata Gopal sambil bersilang tangan. Muka dia seperti muka seseorang tidak puas hati "Dia pergi halaunya aku dan Boboiboy keluar dari bilik dia. Entah apa masalah dia hari ini. Pagi tadi elok aje aku tengok dia"

"Ada sesuatu tak kenalah dengan budak tu" Boboiboy sudah tidak faham dengan sikap Fang. Risau sangat ke dia sampai marah-marah dekat kawan dia sendiri? fikir Boboiboy. Mereka semua pergi ke medan latihan tempur untuk duduk dan lepak sambil menunggu kapal angkasa Kaizo sampai di kapal angkasa lagi satu

"Tapi yang peliknya kan.. dia cakap dia risaukan tentang Faye sahaja. Yang si Lily tu, dia suruh Boboiboy yang risaukan" kata Yaya. Mereka turun dari tangga untuk menuju ke medan latihan tempur. Gopal mulai fikir dengan kata-kata Yaya tadi. Mereka berempat duduk bersila di tepi medan latihan tempur

"Apasal suruh aku pula risaukan si Lily"

"Dey, Lily kan peminat kau. Mestilah kau kena risaukan tentang peminat kekasih hati kau tu.. tapi..." Gopal berhenti bercakap sekejap dan lalu dia bersambung balik "Entah-entah sebenarnya si Fang tu ada minat dekat peminat kau. INI SUDAH MENJADI KES CINTA TIGA SEGI!" Boboiboy ketuk kepala Gopal "Dey, aku bergurau aje!"

"Bergurau apa kebendanya. Fang mana ada hati dekat si Lily tu" kata Boboiboy "Aku tak rasa itu penyebabnya, ini mesti ada sebab lain"

"Fang tu bukannya nak bagitahu masalah dia dekat kita orang. Asyik nak duduk seorang diri dalam bilik dia tu"

"Biarkan ajelah dia Yaya" kata Ying "Nanti lama-lama kita akan tahu juga maaa" Mereka semua setuju dengan kata-kata Ying. Fang yang berada di tingkap biliknya, melihat kawan-kawan dia sedang rancak berborak. Dia sebenarnya ada rancangan lain pada hari ini. Dia telah berjanji dengan Rizu untuk membawa dia pergi berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis selepas sahaja dia pergi berjumpa dengan kawan-kawan dia di kedai Tok Aba

"Rizu, maafkan abang kerana tidak menepati janji" Hati Fang rasa sedih sambil terbayangkan Rizu mengetuk pintu rumahnya tetapi tiada orang yang menjawab ketukan pintu itu "Rizu mesti menangis seorang diri dekat depan pintu" kata Fang lagi. Dia menghela nafas dan sambung melihat rakan-rakan dia. Fang tidak tahu yang mereka berempat sedang berbincang tentang diri dia. Fang kembali ke katilnya dan terus membaca sebuah novel yang telah di hadiah oleh Rizu sendiri, iaitu novel tentang lima sahabat menjadi detektif

-------------------------

Lily duduk di sudut tepi dinding sambil memeluk lututnya. Dia sudah pun berhenti menangis tetapi perasaan ketakutan dia masih lagi wujud di hatinya "Faye, apa dia orang buat dengan kau?" tanya Lily seorang diri. Lily sudah berupaya mencari jalan keluar dari bilik ini tetapi dia gagal. Di dalam bilik itu hanya ada sebuah rak pakaian dan meja solek. Tiada katil ataupun tilam untuk diri dia baring. Air dan makanan pun juga tiada. Bilik itu sangat kecil, ianya seperti sebuah bilik penjara yang tiada tingkap. Lily kadang-kadang rasa nak mengamuk di dalam bilik itu tetapi dia tenangkan diri dia. Pintu bilik itu di buka dan Faye di tolak masuk ke dalam. Lily terkejut dan terus dia bangunkan diri. Dia berlari ke arah Faye yang sudah tidak bermaya itu. Pintu bilik itu di tutup dan di kunci semula

"FAYEEE!" Faye terbaring dengan matanya yang sedang terpejam "Faye! kau ok ke?"

"Aku... ok.." kata Faye yang sudah kelihatan lemah "Mereka tahu.. aku ni... sepupu abang Kaizo" Faye cuba bangunkan dirinya tetapi badan dia sangat lemah. Lily menolong Faye dan terus dia dudukkan Faye di tepi dinding "Terima kasih Sahabat ku"

"Sama-sama tapi.. apa dia orang nak apa dari Kaizo?" Lily duduk di sebelah Faye dengan muka risau dia

"Dia cakap, kalau dia nak aku selamat. Abang Kaizo perlu sertai pasukan circus dia orang selama-lamanya dan dia akan lepaskan aku tapi bukan kau"

"Aik.. apasal dia orang tak nak lepaskan aku pula" tanya Lily dengan perasaan pelik dia "Aku bukannya ada kuasa macam Kaizo si itik tu" Faye tergelak sedikit apabila mendengar Lily memanggil abang saudara dia, itik "Suka pula kau dengar aku panggil dia itik"

"Hehehehe... tapi dia memang itik pun. Itik macam kartun donald duck tu. Dia pun suka marah-marah orang. Kadang-kadang aku terbayang abang sepupu aku tu marah macam donald duck, quack quack quack quack" Mereka berdua ketawa sambil bayangkan Kaizo marah seperti donald duck

"Kak Lynna mesti daisy duck! tapi... donald duck tu kan panas baran macam si Fang tu" kata Lily "Senang cerita, dua-dua macam donald duck" Mereka berdua tergelak lagi. Lily berhenti gelak dan terus melihat kawan dia yang sudah tidak kelihatan lemah seperti tadi "Tadi dia orang buat apa dekat kau?"

"Hmmm... dia orang seksa aku dekat kerusi elektrik tapi aku tetap jawab tak nak. Mereka nak gunakan satu alat kawalan untuk mengawal minda kita. Dengan alat itu, mereka dapat mengawal abang Kaizo dan menyuruh dia membuat apa sahaja yang mereka mahukan. Mereka nak abang Kaizo menjadi badut dan dipergelakkan oleh alien-alien lain tapi untuk melepaskan diri kau, aku juga perlu serahkan Fang sekali" Faye kembali menjadi sedih. Lily tidak mahu melihat kawan baik dia kelihatan sedih, lalu dia pegang tangan Faye

"Kau tak perlu risau. Si itik tu kan kuat. Kuat bagi orang hukuman latihan tempur" Faye tersenyum sedikit "Lagipun, aku yakin.. Kaizo dapat selamatkan kita berdua dan tak mungkin kau akan serahkan abang sepupu kau kepada mereka tapi.. kalau kau nak serahkan juga, aku tak kisah kerana aku akhirnya bebas daripada si itik tu yang masih lagi tidak puas hati dengan aku! Kalau boleh, kau serahkan si landak tu sekali" Faye tahu Lily hanya bergurau sahaja, lalu dia ketawa sedikit. Hati Lily rasa lega melihat kawan dia kembali gelak

"Kau memang tahu macam mana nak ceriakan seseorang tapi rugi betul kalau Boboiboy tak jatuh hati dekat kau" Faye ketawa sedikit

"Itu kau tak perlu risau. AKU LILY! AKU AKAN DAPAT PIKAT HATI BOBOIBOY! DAN AKU JUGA DAPAT KALAHKAN SI RATU PONTIANAK YANG TAK SEDAR DIRI TU! Kalau diri tu sudah mati, buat ajelah macam orang mati"

"Ala, biarkan ajelah si Ratu Lily tu. Dia pun nak juga ada perasaan daripada asyik nak bunuh orang sahaja. Dia pun sendiri pernah tolong kau jugakan" Lily tersengih kepada kawan baik dia "Tapi oklah tu, dia suka bergaduh dengan kau daripada dia nak bunuh kau. Bergaduh macam mana pun korang, korang tetap berbaik dengan diri masing-masing daripada berdendam"

"Hehehe... tapi kadang-kadang aku pun nak juga dia jadi manusia biasa macam kita orang. Mesti lagi bertambah meriah kalau dia join group Trio huru-hara kita orang tapi nanti tak jadi Trio dah, nanti jadi quartet huru-hara" kata Lily sambil senyum melihat Faye "Nanti mesti orang takkan percaya dengan kita orang"

"Kenapa pula?"

"Ialah.. empat sekawan berlainan spesis. Seorang alien, dua manusia dan satu lagi ialah hantu. Tak ke rasa pelik tu? Tapi bagi aku, ianya lebih menarik! Ia menunjukkan, kita semua boleh berkawan tanpa kira apa spesis kita pun tapi mesti dia orang rasa pelik, macam mana kita orang boleh berkawan dengan ratu pontianak" Lily terbayangkan Ratu Lily pergi takutkan jahat yang ingin mencuba mengacau mereka bertiga. Dia juga bayangkan Ratu Lily adalah bodyguard kepada mereka bertiga "Hehehehee..." Faye gelengkan kepalanya sambil melihat Lily sedang terbayang-bayangkan sesuatu

"Macam-macam kau lah Lily"

Mereka berdua duduk bersandar di tepi dinding dan menunggu sahaja sesiapa yang datang menyelamatkan mereka berdua. Sambil itu, dia sendiri hendak menangis kerana persahabatan dia di bumi lebih indah dan bermakna sekali daripada persahabatan dia di planet asal. Semuanya hanyalah persahabatan palsu sahaja

"Terima kasih Lily kerana sudi menjadi sahabat baik aku" bisik Faye

"Hmm.. apa kau cakap?" Lily tersedar dari angan-angan dia

"Takde apalah" Faye terus memberikan senyuman ikhlas kepada Lily. Pintu bilik mereka di buka lagi. Kali ini dia menyuruh kedua-dua mereka keluar dari bilik tersebut dan ikut dua alien pergi ke sebuah pentas yang ada di tengah. Pentas itu berbentuk bulat dan sekeliling dia, penuh dengan kerusi untuk para penonton duduk. Di situ, mereka di suruh berdiri di tengah-tengah pentas. Faye dan Lily berjalan ke tengah-tengah pentas dan terus sebuah lampu menyinari mereka berdua

"Selamat datang ke arena circus aku" sebuah suara seorang lelaki bergema di pentas circus itu "Aku adalah Ring Master kepada anak-anak buah aku"

"Kau nak apa dengan kita orang? Kalau kau mahukan abang sepupu aku, jangan harap aku akan serahkan diri dia. AKU SANGGUP MELINDUNGI DIA DARIPADA KAU BUAT DIA SEPERTI ANAK PATUNG KAU SAHAJA!" Faye melihat sekeliling dia

"Hmm.. masih lagi dengan kedegilan kau" kata suara itu "Tapi takpe, kau akan duduk di sini selama-lamanya. Kalau dia datang ke sini pun, aku akan pastikan dia akan menjadi seorang badut di circus aku" Faye pusing kebelakang kerana dia dapat pastikan suara itu datang dari belakang dia dan Lily. Seorang lelaki muda yang sangat kacak, berjalan menuju ke arah mereka. Lily tidak begitu takut dengan lelaki itu, dia hanya tersenyum sahaja. Lelaki itu pun turut senyum kepada Lily

"Wei Lily, apasal kau senyum dekat dia pula?" bisik Faye

"Kau tengok dan lihat" Lily berkelip-kelip mata dekat lelaki yang di gelar sebagai Ring Master "Hai! Nama saya Lily!" Lelaki kacak itu berhenti di hadapan Lily. Dia lebih tinggi daripada Lily dan Faye

"Baik betul kamu ni" kata lelaki itu. Dia mengambil tangan Lily dan lalu cium. Muka Lily menjadi merah padan dan Faye rasa nak cekik lelaki itu "Nama saya adalah Kaito, sayalah ketua di circus yang serba mewah dan pelik ini"

"Wuuu... nama awak betul-betul dekat dengan nama Kaizo tapi kenapa awak nak Kaizo pula?" tanya Lily "Tapi kalau Kaito nak gantikan tempat Kaizo, boleh juga. Takdelah ada orang nak bagi saya hukuman setiap hari"

"Amboi! Kau sanggup nak serahkan abang sepupu aku dekat orang jahat ni" marah Faye kepada Lily

"Jangan risaulah Faye. Aku akan pastikan dia tidak akan dapat kapten itik" bisik Lily. Dia terus pandang ke arah Kaito "Kaito-kun~ Bawalah saya jalan-jalan di sekitar kapal angkasa awak"

"Boleh tapi awak perlu dengar lagu ini dari saya dulu. Sebuah lagu khas untuk Lily yang cantik seperti bunga lily" Lily rasa sangat teruja. Lalu dia bertepuk tangan kerana tidak sabar untuk dengar nyanyi dari Kaito. Sebuah microphone muncul di tangan Kaito dan lalu nyanyi di hadapan Lily. Faye rasa tidak sedap hati pula. Kaito mengambil tangan Lily dan membawa dia menari di sekeliling pentas itu. Alunan lagu itu membuatkan Lily rasa bebas dan tidak berfikir tentang apa-apa

Como e' bella ce' la luna brille e' strette
Strette como e' tutta bella a passeggiare
Sotto il cielo di Roma

Down each avenue or via, street or strata
You can see 'em disappearing two by two
On an evening in Roma
Do they take 'em for espresso
Yeah, I guess so
On each lover's arm a girl I wish I knew
On an evening in Roma

Though there's grining and mandolining in sunny Italy
The beginning has just begun when the sun goes down
So please meet me in the plaza near your casa
I am only one and that's one too few
On an evening in Roma

Don't know what the country's coming to
But in Rome do as the Romans do
Will you on an evening in Roma

Como e' bella ce' la luna brille e' strette
Strette como e' tutta bella a passeggiare
Sotto il cielo di Roma
Don't know what the country's coming to
But in Rome do as the Romans do
Will you on an evening in Roma
Sott'er celo de Roma
On an evening in Roma

Lily terpukau dengan nyanyian Kaito tadi. Suara yang memukaukan Lily, dia tidak lagi fikirkan tentang diri dia, larikan diri dia atau rancangan pelik dia untuk lari dari situ. Faye pegang bahu Lily "Lily.. Lily" tetapi Lily tidak berganjat atau menyahut panggilan Faye tadi

"Hahahahaaa... kawan kau hanya akan dengar arahan dari aku sahaja" kata Kaito dengan senyuman sinis dia "Kau ingat, kawan kau yang serba pelik ini akan berjaya memikat aku dan dapat lepaskan diri. Dia silap" Faye menggenggamkan tangan dia kerana dia begitu marah sekali dengan Kaito

"Berani kau buat begitu dengan kawan baik aku! Jaga kau!" Kaito menepuk tangannya dan dua alien pelik datang. Mereka pegang kedua belah tangan Faye "Lepaskan aku!"

"Aku akan lepaskan kau" Kaito ketawa besar di situ "Tetapi kawan baik kau akan duduk di sini selama-lamanya. Kau akan pulang ke bumi dan aku tidak akan ganggu lagi abang sepupu kau tapi kalau kau ingin kawan baik kau, serahkan Kapten Kaizo kepada aku. Jadi, apa pilihan kau?"

"DUA-DUA BUKAN PILIHAN AKU!" Faye bergelut dengan dua alien pelik itu. Dia hendak lepaskan dirinya tetapi alien itu lebih kuat daripada dia

"Bawa dia ke bilik penjara" Kaito pegang tangan Lily "Mari Lily, aku akan tunjukkan segala benda yang ada di dalam kapal angkasa aku. Tentu kau akan suka"

"Mestilah saya akan suka, Kaito-kun" Lily tersenyum palsu. Kaito berjaya mengawal Lily. Faye telah diheret pergi, dia menjerit-jerit nama Lily tetapi Lily sedikit pun tidak menoleh kebelakang. Lily hanya pandang sahaja wajah kacak Kaito dengan senyuman palsu dia

"LILYYYYYYYYYY!" Faye kenal suara itu, dia menoleh ketepi dan nampak Boboiboy muncul bersama dengan kawan-kawan dia "BAIK KAU LEPASKAN LILY!" Kaito terkejut dengan kehadiran Boboiboy, Fang, Yaya, Ying, Gopal dan Kaizo di situ. Dia lepaskan tangan Lily

"MACAM MANA KAMU BOLEH BERADA DI SINI!" marah Kaito

"Dey! Kapal angkasa kau tak bergerak-gerak. Senang sangat si Lahap nak dapatkan lokasi kapal angkasa kau berada di mana" kata Gopal dengan begitu semangat sekali "Baik kau lepaskan dia orang, sebelum aku musnahkan korang semua" Kaito tergelak sinis, dia petik jari dia dan lalu dua alien pelik muncul. Mereka panjangkan tangan dia seperti getah dan lalu pegang kedua belah tangan Gopal "APA KAU BUAT NI!"

"BOBOIBOY HALILINTAR! TETAKAN HALILINTAR!" Halilintar memotong kesemua tangan alien itu dan lalu putus tetapi tangan mereka kembali pulih. Kali tangan-tangan alien itu menuju ke arah Halilintar

"BOBOIBOY HATI-HATI!"

"PENGIKAT BAYANG!" Fang mengikat kedua tangan yang hampir hendak memegang Halilintar "CEPAT! HAPUSKAN MEREKA!" Halilintar terus melompat untuk menikam kedua alien tersebut. Kaizo pun turut serta Halilintar untuk hapuskan alien-alien pelik itu. Fang bergelut dengan tangan alien itu. Mereka cuba untuk lepaskan tangan mereka tetapi Fang tahankan pengikat bayangnya "ARGHHHHHHH!" Bahu Fang terkena tikaman pisau. Lalu pengikat bayang Fang hilang tetapi Halilintar dan Kaizo begitu pantas sekali. Mereka terus menikam di jantung alien-alien pelik itu. Fang sudah pun jatuh di atas lantai dengan pisau yang masih lagi melekat di bahu belakang dia. Seorang alien yang pakar dalam baling pisau, telah menikam di belakang Fang. Dia memang seorang yang mahir, setiap balingan dia memang tepat terkena mangsa atau object-object yang dia sasarkan

"PANGGG!" Kaizo berlari ke arah adiknya. Dia mengelakkan dirinya daripada terkena balingan-balingan pisau kecil dengan menggunakan pedang tenaga. Alien itu tidak mahu mengalah, balingan dia begitu cepat sekali seperti sekilat pantas

"Kita kena tolong Kapten Kaizo" kata Yaya. Dia terbang ke atas dan Ying pula berlari laju mengelilingi alien itu. Alien tersebut tidak rasa pening, dia dapat mengesan Ying berada di mana dengan larian lajunya. Lalu dia keluarkan sebilah pisau kecil dan baling tepat ke arah Ying "YING! HATI-HATI!"

"TUKARAN ROTI BERKRIM CHOCOLATE!" Pisau itu terus bertukar menjadi roti dan ia terkena lengan Ying "Fuh, selamat aku dapat tukarkan-" Boboiboy telah bertukar menjadi Boboiboy biasa dan menolak Gopal jatuh ketepi kerana alien itu baling beberapa buah pisau ke arah Gopal. Salah satu pisau terkena tangan Boboiboy dan ia menyebabkan tangan Boboiboy luka sedikit

"Adoi, sakitnya" Boboiboy pegang tangannya "Kita kena kalahkan dia!" Boboiboy melihat Lily sudah di bawa lari oleh Kaito. Faye sudah di bawa lari ke tempat lain oleh dua alien pelik yang lain

"Kau pergi selamatkan Lily" Kaizo muncul di depan Boboiboy. Dia kini berhadapan dengan alien pisau itu "Yaya dan Ying pergi selamatkan Faye. Biar aku sendiri urus alien itu" Dia begitu marah sekali dengan alien pisau itu "Berani dia buat begitu terhadap adik aku!" Alien pisau itu tidak berkata apa, dia hanya tersenyum sinis. Dia baling lagi beberapa bilah pisau ke arah Kaizo. Boboiboy dan Gopal sudah pergi mencari Lily. Manakala Yaya dan Ying sudah pergi untuk menyelamatkan Faye

"DINDING TENAGA!" Kaizo melindungi dirinya dia daripada terkena pisau-pisau itu "Kau ingat kau dapat kalahkan aku! TOLAKAN TENAGA!" Alien pisau itu terpelanting dan kini giliran Kaizo untuk menyerang alien itu. Dia melompat keluar dari dinding kubah dinding tenaga dia "PEDANG TENAGA!" Kaizo menghayunkan pedangnya dan ianya terkena tepat di bahagian dada alien pisau itu. Alien itu lalu jatuh di atas tempat duduk penonton. Kaizo mendarat di atas lantai pentas. Dia terus berlari ke arah adiknya yang sudah tidak sedarkan diri. Dia cuba untuk keluarkan pisau itu dari bahu belakang adiknya tetapi dia perlu kembali ke kapal angkasa dulu. Dia menghubungi Lahap menggunakan jam kuasanya "Lahap! Suruh Ochobot buka teleportasi dia dengan segera!"

"Baik kapten!" Lahap mengikut arahan dari kaptennya. Ochobot membuka sebuah portal dan lalu portal itu muncul di hadapan Kaizo

"Kapten Kaizo, kenapa dengan Fang?" Ochobot terkejut melihat keadaan Fang. Kaizo mengangkat Fang dan terus masuk ke dalam portal itu. Dia serahkan adiknya kepada Lahap

"Rawat dia dengan segera" kata Kaizo. Dia terus pandang ke arah Ochobot "Pastikan teleportasi ini buka sehingga aku datang balik dan pastikan juga tiada siapa yang cuba untuk masuk ke dalam kapal angkasa aku, FAHAM!"

"Faham kapten!" kata Ochobot dan Lahap. Kaizo terus keluar balik dari portal itu dan terus pergi mencari Faye terlebih dahulu

-------------------------------

"Lily duduk di sini ok" kata Kaito sambil dudukkan Lily di sebuah kerusi. Mereka kini di dalam sebuah pesawat kecil. Kaito ingin melarikan diri bersama dengan Lily. Dia menekan satu butang untuk menutup pintu pesawat kecil itu tetapi Gopal telah menukar pintu tersebut menjadi jelly. Boboiboy Gempa menumbuk pintu jelly itu

"KAMU BERDUA!" Kaito tidak kelihatan marah tetapi dia hanya tersenyum sinis. Lalu dia keluarkan sebuah microphone kecil "Kamu berdua boleh juga turut menyertai pasukan circus aku yang aku ingin bina. Ahli pasukan baru! Ahli pasukan superhero!"

"Kau ingat kau dapat mempergunakan kita orang, JANGAN HARAP! BOBOIBOY HALILINTAR!" Dari Boboiboy Gempa terus bertukar menjadi Boboiboy Halilintar "TETAKAN HALILINTAR"

"Dengarkanlah suara dari aku Boboiboy" Kaito terus bercakap di microphone dia. Halilintar terus berhenti menyerang Kaito

"TUTUP TELINGA KAMU BERDUA!" Kaizo muncul bersama dengan Yaya, Ying dan Faye. Mereka telah berjaya selamatkan Faye "Microphone itu dapat mengawal kamu semua, seperti dia mengawal alien-alien di dalam kapal angkasa dia dan juga Lily!"

"Bijak, bijak.. tapi.." Kaito mula ingin nyanyi balik

"PELAHANKAN MASA!" Ying pelahankan gerakan Kaito

"Boboiboy! Masa untuk menyerang dia" kata Yaya

"BAIK! TETAKAN HALILINTAR!" Halilintar terus menyerang Kaito. Dia menghayunkan pedang halilintarnya dan terus terkena tepat di tangan Kaito yang sedang memegang microphone. Microphone tersebut jatuh di atas lantai pesawat kecil itu. Ying kembalikan masa kepada biasa. Halilintar pijak microphone itu dan hancurkannya di depan mata Kaito

"KAU! KAU HANCURKAN MICROPHONE AKU!" Kaito cuba hendak menyerang Halilintar tetapi Halilintar telah mengacukan pedangnya ke arah muka Kaito

"Jangan cuba hendak menculik kawan-kawan aku lagi" kata Halilintar dengan nada marah dia. Akhirnya mereka berjaya menyelamatkan Lily. Halilintar kembali kepada Boboiboy biasa. Kaizo mengari tangan Kaito dan membawa dia ke kapal angkasanya. Dia ingin membawa Kaito ke sebuah bangunan penjara yang ramai dengan musuh dia. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Faye berlari ke arah Lily

"Lily, kau tak apa-apa ke?" tanya Boboiboy tetapi Lily tidak berkata apa. Dia hanya duduk di situ seperti anak patung "Lily?"

"Macam mana kita nak pulihkan dia" tanya Yaya

"Apa kata kita bawa dia masuk ke dalam kapal angkasa dulu" kata Ying. Dia menarik tangan Lily tetapi Lily tidak mahu tangan dia pegang oleh sesiapa pun kecuali Kaito

"HAHAHAHAHAAA! KAWAN KAMU TIDAK AKAN DAPAT KEMBALI SEPERTI DULU! DIA HANYA MENDENGAR ARAHAN DARI AKU SAHAJA!" Kaito ketawa besar sambil dia di pegang oleh Kaizo

"Lily, jom kita balik ke bumi" pujuk Faye kepada Lily

"Tak nak" kata Lily secara tiba-tiba. Mereka terkejut dengan suara marah Lily sebentar tadi

"Lily, ini Boboiboy" Boboiboy pula cuba untuk memujuk Lily "Jom kita balik. Tak kan kau nak duduk dekat sini pula"

"AKU KATA AKU TAK NAK, TAK NAK LAH!"

"Tapi Lily.. ini bukan diri kau yang sebenarnya. Kita orang semua nak Lily yang dulu bukan Lily yang telah dipukau oleh Kaito tadi" Boboiboy cuba lagi sekali

"Kaito? Mana dia? Korang sorokkan dia dekat mana" Lily mengamuk di dalam pesawat kecil itu. Yaya dan Ying terpaksa pegang kedua belah tangan Lily "Mana dia? MANA DIA?! LEPASKAN AKU! LEPASKAN AKU! MANA KAITO? MANA RING MASTER AKU! AKU DENGAR ARAHAN DARI DIA SAHAJA!" Tiba-tiba sahaja kepala Lily di ketuk dengan begitu kuat sekali. Terus Lily pengsan di situ

"Wei Gopal! Yang kau pergi ketuk kepala dia apasal?"

"Maaf Boboiboy tapi Kapten Kaizo yang suruh. Dia cakap tukarkan tangan aku jadi besi untuk pengsankan si Lily ni kalau dia tak nak ikut kita orang" Gopal terus tersengih kepada Boboiboy, Yaya, Ying dan Faye yang sedang merenung tajam ke arah diri dia

"Cheh, tak guna punya abang sepupu aku" bisik Faye

"Dey! Kalau aku tak ikut arahan dia, nanti aku akan dikenakan hukuman selama 2 minggu"

"Yelah Gopal" kata Boboiboy "Sudahlah, kita kena angkat Lily masuk ke dalam kapal angkasa abang Kaizo" Boboiboy dan Gopal mengangkat Lily dan mereka terus kembali ke kapal angkasa Kaizo. Ochobot menutup pintu portal itu

-------------------------------

Lily telah di baringkan di atas katil Fang. Mereka semua menunggu Lily untuk sedarkan diri tetapi mereka takut kalau Lily akan mengamuk kerana tiada Kaito di dalam bilik itu. Manakala Fang pula, dia dalam keadaan selamat. Dia tidak kehilangan darah dan bahu dia telah di balut kemas oleh Lahap. Kaizo sedang memerhatikan adiknya yang kini di dalam bilik dia dia. Dia tidak akan maafkan sesiapa yang cuba untuk mencederakan adiknya

"Abang tidak mahu kehilangan kau" Kaizo membelai kepala Fang yang sedang nyenyak tidur itu. Dia menggenggam tangan adiknya, dia tidak mahu meninggalkan adiknya keseorangan di dalam bilik itu

Kembali ke bilik Fang...

"Macam mana kita nak pulihkan dia?" tanya Faye "Aku sendiri tiada alat atau ubat untuk pulihkan ingatan Lily"

"Ala Faye, senang sahaja. Kalau dia bangun, kita cakaplah Ratu Lily telah berjaya memikat hati Boboiboy" Terus Lily terjaga dari pengsan dia

"APA! RATU LILY TELAH MERAMPAS BOBOIBOY DARI AKU?! TIDAKKKKKKKKKK!" Gopal dan Boboiboy menepuk dahi mereka "HOW DARE YOU RATU PONTIANAK!"

"Lerrr.. punyalah senang nak pulihkan si pelik ni" kata Gopal

"Hehehehe.. terbaik" kata Boboiboy. Dia gembira Lily sudah pulih "Lily, kau ok tak?"

"BOBOIBOY!" Mata Lily bersinar-sinar melihat Boboiboy "Boboiboy! Kau ada dekat sini! Betul ke Ratu Lily telah berjaya memikat hati kau?"

"Errr... mana ada. Gopal reka sahaja cerita tadi" balas Boboiboy. Lily tersenyum lebar, dia ingin pergi memeluk Boboiboy tetapi Boboiboy sudah pun larikan diri. Lily terus mengejar Boboiboy. Mereka berkejaran di dalam kapal angkasa itu. Kaizo rasa begitu menjengkelkan dengan kebisingan Lily, terus dia menjerit kepada Lily dan lalu dia berikan latihan tempur kepada Lily selama 2 minggu

-----------------------------

Sampai sahaja di bumi, Fang telah pun terjaga dari tidurnya. Dia dan Kaizo adalah orang pertama yang turun ke bumi. Mereka nampak Rizu dan Lynna sedang duduk di atas tangga pintu rumah mereka berdua. Fang nampak muka sedih Rizu dan Lynna pula cuba ceriakan hati Rizu

"Rizu!" Fang cuba hendak berlari tetapi diri dia terasa lemah. Rizu mengangkat kepalanya dan terkejut dengan balutan di bahu Fang

"ABANG FANGGG!" Rizu bangun dan terus berlari ke arah Fang. Dia memeluk badan Fang "Abang Fang pergi mana? Kenapa dengan bahu abang Fang?"

"Apa kata kita masuk ke dalam dan abang akan cerita segalanya kepada Rizu" Rizu terus pegang tangan Fang "Maaf Rizu sebab abang tidak tunaikan janji abang" Rizu gelengkan kepalannya

"Jangan risaulah abang Fang. Pizu tahu abang Fang ada misi penting dengan abang Paizo kan" kata Rizu dengan senyuman dia. Kesedihan dia terus bertukar menjadi kegembiraan. Lynna bangun dari tempat duduknya dan berdiri di sebelah Kaizo

"Kak Lynna buat apa dekat sini?" tanya Fang

"Akak nak pulangkan novel yang akak pinjam dari abang kamu. Seronok betul novel hantu, patutlah abang kamu suka sangat baca novel hantu sebab hantukan ganas macam abang kamu" Kaizo berkerut-kerut dahinya. Dalam hati dia, terasa ingin menghukum Lynna dengan latihan tempur tapi mereka sudah hampir setiap hari menjalani latihan tempur. Terus dia fikirkan hukuman apa yang sesuai untuk Lynna. Dia berfikir sehingga tidak sedar bahawa Fang, Rizu dan Lynna telah pun masuk ke dalam rumah. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Ochobot dan Faye telah sampai di bumi. Mereka memerhatikan Kaizo yang berfikir dengan begitu serius sekali

"Apa kes si Kapten Kaizo tu" tanya Gopal

"Entahlah.. jomlah balik, sebelum dia berikan hukuman dekat kita orang" kata Boboiboy. Secara senyap, mereka keluar dari pintu pagar halaman rumah itu dan tinggalkan Kaizo berseorangan di hadapan pintu rumah yang masih lagi memikir dengan serius. Fang malas nak panggil abang dia masuk ke dalam rumah, dia terus ceritakan apa yang terjadi sebentar tadi kepada Rizu dan Lynna

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top