Misai Palsu

"CANNON BALL!" Air percikan Emmy tadi terkena Rizu sedikit. Idoli sangat teruja melihat Emmy terjun ke dalam kolam renang tersebut. Kolam renang itu, pada asalnya adalah sebuah trampoline tetapi Emmy dengan kepintarannya. Ianya dapat mengubah menjadi sebuah kolam renang yang tidak begitu dalam. Idoli seronok sangat dapat bermain di dalam kolam renang tetapi dia terpaksa menggunakan pelampung. Rizu hanya rendamkan kaki sahaja sambil melihat Emmy dan Idoli main baling-baling air sesama sendiri

"Hehehee.. bestlah dapat main dekat kolam renang"

"Broccoli suka?"

"Mestilah Idoli suka, kakak Emmy!" Idoli ketawa sedikit di situ. Dia berenang-renang di tengah kolam renang itu "Idoli suka sangat duduk dekat sini sebab banyak benda seronok yang Idoli boleh buat tapi dekat planet Mau, tak banyak sangat hiburan berbanding dekat sini. Idoli sangat bertuah dapat duduk dekat bumi walaupun setahun sahaja"

"Hehehe.. kalau macam tu, broccoli kenalah kumpul kenangan banyak-banyak dekat sini!" Emmy berikan percikan sedikit dekat Idoli. Lalu dia melihat Rizu sedang kesedihan di tepi kolam renang "Penguin comel tak nak masuk ke?" Rizu hanya gelengkan kepalanya sahaja

"Rizu takut dengan air?" tanya Lynna. Dia duduk di sebelah Rizu sambil berikan segelas air kelapa

"Terima kasih kakak Lynna" jawab Rizu dengan nada yang perlahan "Sebenarnya Pizu fobia nak masuk kolam renang. Pizu dulu pernah sekali lemas dalam kolam renang. Ibu yang selamatkan Pizu pada masa tu. Lepas tu Pizu terus takut nak main dekat dalam kolam renang"

"Kasihan Rizu tapi kolam ini tidak begitu dalam. Kalau Rizu takut lagi, Rizu boleh pakai pelampung macam Idoli"

"Takpelah kakak Lynna. Pizu pun sudah ok duduk di sini sahaja" Rizu minum sedikit air kelapa itu "Mana abang Paizo?"

"Abang Kaizo kamu tengah menikmati teh hijau dia dekat sana" Lynna tunjuk ke arah sebuah gazebo yang ada di halaman rumah Emmy "Abang Kaizo baru sahaja balik dari latihan tempur dia. Sekarang ni dia perlukan ketenangan"

"Hehehee.. abang Paizo suka betul dengan ketenangan tapi abang Paizo suka sangat dengan keganasan, kekerasan, kekejaman, kesadisan dan macam-macam ke lagi.. hehehe tapi kakak Lynna selalu bersabar dengan sikap abang Paizo"

"Habis tu.. tak kan kak Lynna nak mengamuk dan marah-marah dia.. hehehee... kadang-kadang kita orang ada juga bergaduh tapi lepas tu, kita orang akan selesaikan pergaduhan itu sendiri"

"Baguslah tu kakak Lynna" Rizu tersenyum melihat wajah kelembutan Lynna "Agaknya, apa abang Fang tengah buat dekat sekolah sekarang ni?"

"Tak tahulah" Lynna terus memeluk di tepi Rizu "Tapi akak rasa seronok sangat dapat bersama dengan korang semua" Rizu dan Lynna tergelak di situ. Kaizo hanya perhatikan dari jauh. Dia menghirup teh hijaunya dan lalu berkata

"Ketenangan"

-----------------------------------------------------------------------------------------

"Rajin kau hari ni bawak bekalan makanan"

"Hehehe... ini sebab ada makanan lebihan malam semalam, Boboiboy" Fang membuka penutup bekas makanan itu. Gopal terliur melihat pesto pasta itu "Wei, kau jauhkan sikit air liur kau tu. Nanti masuk ke dalam makanan aku pulak"

"Maaf Fang.." Gopal tersengih "Tapi apasal tak habis makanan semalam? Abang kau tak makan ke?"

"Takdelah.. semalam aku dan abang aku makan dekat rumah kak Lynna"

"Wah! Ini mesti korang sudah jumpa ibu bapa kak Lynna sekali. Apa pendapat dia orang bila sudah jumpa korang berdua?" tanya Ying

"Errr... maksud aku dekat club house dia bukan dekat rumah dia.. hehehee.. maaf" Fang tersengih sedikit. Lalu dia makan sedikit pasta itu

"Oh begitu, jadi Idoli dan Faye pun ikut semalam?"

"Takdelah Yaya" Fang telan pasta yang sudah dikunyah olehnya "Dia orang tak ikut sebab Idoli nak bermalam dekat rumah Rizu dan Faye pula, dia nak bermalam di rumah Bella. Si Lily tu pun ada sekali dekat rumah Bella. Jadi aku dan abang aku ajelah yang pergi tapi kak Lynna yang tukang ambik kita orang.. hehehee"

"Mesti bestkan korang dinner tiga orang sahaja"

"Hmm.. bolehlah" balas Fang kepada Boboiboy "Kalau boleh, aku sudah lama tinggalkan dia orang berdua sahaja dekat situ dan aku pula.. balik rumah dan tidur! Hahahaa... eh, bukan tidur tapi belajar!"

"Suka hati kaulah Fang" Boboiboy terus bangun dari bangun bangku kantin sekolah "Aku pergi beli makanan sekejap" Fang sambung balik makan makanannya tanpa pedulikkan tentang sesiapa

Yaya dan Ying sedang berbincang tentang kerja sekolah mereka. Gopal asyik perhatikan pesto pasta yang sedang dimakan oleh Fang. Dia ada makanan sendiri iaitu nasi lemak tetapi hatinya, teringin untuk merasai pasta tersebut. Apa boleh buat, Fang bukanlah sejenis manusia alien yang suka berkongsi

"Tapi dia memang tak suka berkongsi pun.. kalau kongsi ilmu... hmmm..." Lily melirik matanya ke arah Fang "Bolehlah juga tapi suka sangat marah-marah bila orang tak faham. Isk isk isk.. apalah landak ni" Fang mula berapi-api dengan kemunculan Lily. Terus hilang selera dia, lalu dia tolak bekas makanannya dan berikan kepada Gopal

"Kau cakap tentang apa tadi tu Lily?" tanya Yaya "Kau ni.. macam-macam perangai pelik yang kau ada"

"Hehehe... entahlah, Lily seperti dengar ada suara narrator dekat sini. Imaginasi Lily aje kot atau sebenarnya ini hanyalah mimpi Lily sahaja.. kalau mimpi Lily.." Mata Lily terus bersinar-sinar melihat Boboiboy sedang membayar kuih karipap yang dibeli olehnya "BBB-CHAN!" Lily melambai-lambai ke arah Boboiboy tetapi kekasih hatinya tidak begitu dengar jeritan Lily kerana kantin sekolah itu sungguh riuh rendah sekali

"Wei Lily... semenjak kau dibenarkan guna alat si Faye tu.. boleh dikatakan setiap hari kau ada dekat sini"

"Ala landak.. tak boleh ke Lily datang ke sini? Lily datang ke sini pun, selepas sahaja sesi persekolahan Lily tamat. Waktu pagi sekolah, waktu petang.. Lily datanglah ke sini" Lily terus buat muka kasihan sambil mulakan drama sedihnya "Janganlah halau Lily.. Lily hanyalah manusia biasa sahaja. Lily bukanlah alien seperti landak dan kapten hot. Lily sangat bertuah sangat dapat berkenalan dengan dua alien yang suka mengamuk tak tentu pasal tetapi paling istimewa sekali apabila dapat menjadi kawan baik kepada sepupu mereka iaitu Faye.. selamatlah Faye tidak seperti mereka berdua. Terima kasih Faye kerana menerima kepelikan kawan mu ini.. Lily sangat sangat menghargainya.." Lily terus lap hingus dia dekat tisu Fang

"Woi! Apasal kau ambik tisu aku!" Tetapi Lily hanya abaikan sahaja kemarahan Fang

"Lily sangat terharu apabila Boboiboy menjadi kawan Lily... dari dulu lagi Lily hanya dapat melihat... EH! APASAL SI MOPIKO ADA DEKAT DENGAN MY BBB-CHAN! JAGA KAU MOPIKO!" Lily terus bergegas untuk jauhkan diri Boboiboy daripada Mimiko "WEI MOPIKO! NANTI AKU SEMBUR JUGA UBAT NYAMUK MOPIKO DEKAT KAU!" Mimiko hanya membalas dengan lidahnya sahaja. Berapi-api hati Lily

"Adeh.. mula dah perebutan di antara Lily dan si Mimiko tu" Gopal menepuk dahinya sendiri

"Hmm... biarkan ajelah.. takdelah aku nak dengar drama sedih dia tu" Fang terus bangun dari tempat duduk dia "Aku masuk kelas dulu"

"Awalnya kau nak masuk kelas"

"Aku rasa bosan pulak duduk dekat sini, Yaya.. lebih-lebih kena jadi penonton drama cinta tidak terbalas" Fang paling mukanya ke arah Boboiboy yang terpaksa menjadi tarik tali di antara Lily dan Mimiko "Kasihan kau yea, Boboiboy.. tak pernah nak merasai bebas daripada peminat setia kau.. hehehee"

"Lu pun ada peminat apa cuma.. peminat kau takdelah suka main gaduh-gaduh macam dia orang sahaja maa"

"Betul tu Ying! Peminat aku semuanya baik-baik.. contohnya ialah Rizu! Peminat aku paling setia sekali. Aku bangga dapat peminat seperti dia dan aku bangga dia adalah adik angkat aku! Adik kesayangan aku! HAHAHAAA!" Fang tergelak bangga di situ sambil mencekak pinggang "Tapi korang jangan cemburu pula yea.. hehehe"

"Bila masa kita orang mahu cemburu maa... itu sudah kira kau sangat bertuah dapat peminat macam dia tapi nasib tidak begitu baik untuk kawan baik kita sorang lagi tu" kata Yaya sambil melihat Boboiboy larikan diri daripada Lily dan Mimiko. Mereka berdua tetap mengejar Boboiboy sehingga dapat "Haiyaa.. rasa kasihan pulak dengan kawan baik kita tu. Kalau dulu dengan si Ratu Lily.. sekarang dengan si Mimiko pulak.. macam-macam betul"

"Hehehe.. cuba korang bayangkan kalau Fang dapat peminat seperti peminat Boboiboy?"

"Seram sejuk aku rasa, Yaya" Menggigil Gopal "Tapi rasa macam best aje kena kejar dengan peminat" Gopal bayangkan diri dia berlari-lari di sebuah padang yang luas. Dia bayangkan diri dia sedang nyanyi sebuah lagu hindustan. Dia dan peminat dia yang agak ramai, akan berjoget di situ bersama

"Hehehee... sudah berangan nampaknya si Gopal ni" ketawa Ying "Apa kata kita tinggalkan dia bersendirian di sini"

"Isk, tak baiklah buat begitu"

"Ala Yaya, bukannya selalu pun.. jom kita masuk kelas. Aku mahu latihkan otak aku dengan latihan matematik!" Fang beredar dari situ. Yaya dan Ying memandang satu sama lain dan terus ikut di belakang Fang. Gopal di tinggalkan keseorangan di situ. Dia masih lagi berangan sehinggalah dia tidak sedar yang dia sudah berdiri di atas meja kantin sekolah sambil nyanyi lagu hindustan. Ramai yang ketawakan dengan gelagat lawak Gopal

Jauh dari situ, Boboiboy telah menyorokkan diri di dalam tandas budak-budak lelaki. Kalau dia sorok dekat stor sukan, mesti Lily dan Mimiko akan dapat tangkap dia balik dan mesti perebutan akan berlaku lagi. Boboiboy membuka paip air sinki dan lalu dia membasuh mukanya

"Kau ok ke?" Boboiboy menoleh ke kiri dan hati dia senang melihat Harraz ada di sebelahnya

"Aku ok tapi kau takde nampak si Lily dan Mimiko dekat luarkan?"

"Takde pulak.. tapi aku ada dengar Gopal tengah berjoget dekat kantin sekolah" Boboiboy tergelak sedikit "Kau sorok daripada dia orang berdua ke?"

"Ha ah, kalau Lily seorang sahaja takpe... tapi ini ada sekali si Mimiko tu.. seram sejuk aku"

"Hehehee.. kasihan kau tapi aku adalah peminat Kapten Kaizo" Harraz membuka paip sinki dia dan lalu dia membasuh tangannya "Aku takdelah macam Lily atau Mimiko.. aku minat biasa-biasa sahaja tapi yang aku pasti, aku memang cemburu kerana Fang dapat seorang abang yang sangat prihatin. Abang dan kakak aku, dia orang macam tak pedulikkan aku sangat. Jadi dia orang biarkan aku dengan hal aku sendiri. Ibu bapa aku pun sama juga.. hmmm... asyik lebih kepada abang dan kakak aku sahaja"

"Sabar ajelah Harraz" Boboiboy menutup paip air sinki dia "Tapi kalau kes cemburu tu.. hehee.. aku pun kadang-kadang cemburu tengok Fang dengan abang dia"

"Hehehe... garang macam mana pun abang Kaizo tu, ramai nak abang yang macam tu"

"BETUL TU!" Boboiboy dan Harraz terkejut dengan jeritan Lily. Mereka berdua menjenguk ke arah pintu tandas tersebut "Hai korang!" Lily melambai-lambai di luar tandas. Mereka tergelak melihat Lily memakai misai palsu

"Lily, apasal kau ada misai palsu tu?" tanya Boboiboy sambil keluar dari tandas

"Misai ni?" Lily tunjuk misai palsunya sambil tersengih "Ingatkan Lily nak masuk tadi tapi... ada pula cikgu garang dekat situ asyik perhatikan Lily aje.. seram sejuk Lily. Rasa macam cikgu itu telah di rasuk oleh abang Kaizo!"

"Maksud Lily cikgu yang tengah pegang rotan tu ke?" Harraz pandang ke arah seorang cikgu lelaki yang sudah naik tangga sekolah

"Ha ah!"

"Oh.. itu cikgu sejarah, nama dia cikgu Aiman. Dia memang garang macam abang Kaizo. Kau sorang sahaja ke? Mana si Mimiko?" tanya Boboiboy sambil perhatikan sekeliling dia "Takut pulak kalau dia tiba-tiba sahaja muncul"

"BBB-CHAN jangan risau. Tadi si Mopiko kena marah dengan cikgu matematik sebab semua jalan kerja dia, semuanya salah! Hahahahaaa! Tengok Lily ni, pandai dan bergaya!" Lily tersenyum bangga di situ. Misai palsu dia masih belum di tanggalkan lagi "Tapi kalau Boboiboy nak elakkan diri daripada dia, Boboiboy pakai misai Lily ni"

"Pakai misai palsu?" Lily terus tanggalkan misai palsu di bawah hidung dia dan terus lekat di muka Boboiboy "Errr... macam mana?" Boboiboy tersengih

"Nampak pelik pulak" jawab Harraz yang tergelak sedikit

"Ermm..." Lily cuba hendak mencari jawapan yang betul "Nampak macam... nampak macam bukan my BBB-CHAN! Tapi takpe! Lily ada cadangan lain! Kita gunakan kepintaran Ammy!"

"Ada lagi rupanya kau dekat sini" muncul Fang di sebelah Boboiboy. Dia melihat wajah Boboiboy sambil mengangkat kening sebelah "Kau apasal tiba-tiba tumbuh misai? Nak jadi macho ke?"

"Mana adalah Fang.. ni misai palsu aje. Lily yang lekat tadi" Boboiboy tanggal misai itu dan terus dia pergi lekat dekat muka Fang "Hehehee... kau nampak pelik.." Hati Fang mula panas melihat ketiga-tiga kawan dia ketawakan dia

"Sudahlah, aku nak masuk kelas dulu" Terus dia beredar tanpa tanggalkan misai tersebut. Akibat terlampau geram sangat, dia terlupa tentang misai palsu itu. Para pelajar di sekolah itu, tergelak melihat Fang yang serba pelik itu. Ada juga yang katakan Fang nampak macho bergaya "Pelik.. pelik..." Fang garu-garu kepalanya sambil fikirkan, apa yang pelik sangat tentang diri dia. Terus dia abaikan gelakkan itu tanpa membangkitkan kemarahan dia

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat muka adiknya. Dahi dia berkerut-kerut kerana tiba-tiba sahaja adik dia tumbuh misai. Fang masih tidak sedar lagi dengan misai itu. Dari sekolah sehinggalah ke rumah, dia masih lagi memakai misai palsu itu. Faye tidak berkata apa, dia hanya diam sahaja

"Kenapa abang lihat adik semacam?"

"Kau ada pertandingan tumbuh misai dekat sekolah ke?" tanya Kaizo dengan nada serius dia. Barulah Fang tersedar dengan misai palsunya

"ALAMAK! Patutlah adik asyik kena gelak aje dekat sekolah ni.. INI SEMUA SALAH SI BOBOIBOY! DIA YANG PERGI LEKAT MISAI PALSU DEKAT MUKA ADIK!" Berapi-api Fang sehingga aura-aura bayang dia keluar dari tubuh badan dia "Jagalah kau wahai Boboiboy"

"Kau ni... nak salahkan dia pula. Salahkan diri kau tu sendiri. Macam mana boleh kau lupa tentang misai palsu tu"

"Hehehee.. adik marah sangat tadi sampai lupa pasal misai palsu ni" Fang terus tanggalkan misai itu dan lalu dia berikan kepada abang dia "Adik pergi mandi dulu yea" Dari ruang tamu, terus dia lari ke biliknya. Kaizo melihat misai palsu itu

"Abang Kaizo nak buat apa dengan misai tu?" tanya Idoli yang ada di sofa ruang tamu. Dia asyik perhatikan Kaizo dari tadi lagi "Abang Kaizo pakailah misai tu"

"Hmmm..." Terus Kaizo lekat misai palsu itu di bawah hidungnya. Lalu dia melihat dirinya di cermin yang tergantung di dinding ruang tamu. Idoli tergelak melihat Kaizo mempunyai misai. Kaizo sedikit lagi hendak tergelak tetapi dia tenangkan dirinya dan tetap dengan muka serius "Rasa seperti bukan aku sendiri" Kaizo tanggal misai itu

"Hehehe.. tapi abang Kaizo nampak macho. Idoli suka!" Kaizo tidak berkata apa, dia berikan misai itu kepada Idoli "Hehehee... mesti nampak kelakar kalau Idoli yang pakai" Lalu dia memakai misai palsu itu "HEHE.. SAYA ADALAH KAPTEN IDOLI! KAPTEN YANG AKAN MENJAGA SELURUH GALAXY DARIPADA ANCAMAN ALIEN-ALIEN DURJANA! Hehehee..." Idoli mengambil pedang kotaknya yang ada di atas meja dan lalu melibas-libas angin di situ

"Seronoknya Idoli main sorang-sorang dekat situ" Idoli terus mendongak untuk melihat Fang. Dia tersengih di situ dengan misai palsunya "Comel pulak Idoli pakai misai tu"

"Hehehe.. terima kasih abang Fang tapi ini misai siapa?"

"Tak tahulah misai siapa. Kalau Idoli nak simpan, simpanlah"

"YEAHHHH!" Idoli melompat-lompat sambil mengangkat pedang kotaknya "Esok bolehlah Idoli pakaikan dekat abang Rizu! YEAH YEAH YEAH!" Idoli terus lari masuk ke dalam dapur. Fang boleh dengar suara kuat Idoli dari dapur "ABANG KAIZO! ESOK KITA PERGI MAIN DEKAT RUMAH KAKAK EMMY LAGI OK! IDOLI NAK MAIN DENGAN DIA ORANG LAGI!"

"Asyik nak main aje si anak kucing ni" Fang tersenyum sedikit "Kalaulah aku boleh putarkan masa dan kembali kepada masa kecik-kecik dulu, bolehlah aku menjadi seperti Idoli. Bersuka ria bersama kawan-kawan tanpa fikirkan masalah tapi masa aku kecik dulu, hanya aku, abang aku dan Lahap sahaja. Aku mana ada orang lain.." Hati Fang rasa sedih sedikit tetapi sekarang dia sangat bersyukur kerana mempunyai ramai kawan "Bersuka rialah kau Idoli, nanti bila sudah besar.. macam-macam benda kau kena fikirkan tapi aku harap, kau janganlah nak cepat sangat membesar kerana banyak benda yang kau tidak akan dapat merasai nanti"

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokann harinya, Fang sudah agak yang Lily akan datang balik ke Pulau Rintis dengan pakaian sekolahnya. Dia sedang menunggu kedatangan Boboiboy dan kawan-kawan dia yang lain juga. Mata Lily sudah terpandang ke arah Fang

"LANDAK!" Fang berpura-pura tidak nampak Lily. Dia teruskan berjalan "LANDAKKK!" Lily kejar Fang dari belakang "LANDAK! LILY ADA DONUT LOBAK MERAH!" Fang berhenti di situ dan lalu Lily terlanggar belakang badan Fang "Adeh.. sakit hidung Lily" Fang pusing kebelakang untuk melihat Lily

"Wei, kau ke sini lagi kenapa?" Lily terus tersengih sambil keluarkan sebungkus donut lobak merah dari beg kertasnya "DONUT LOBAK MERAH!"

"Hehehee.. senang betul tak nak buat landak marah" Lily ketawa sedikit melihat Fang memeluk donut lobak merah itu seperti memeluk patung teddy bear "Landak tadi tanya kenapa Lily ada dekat sinikan?" Fang angguk-angguk sedikit "Lily ada dekat sini kerana Lily ingin selasaikan masalah si Mopiko tu!"

"Kau bawak ubat nyamuk mopiko ke?" muncul Bella di sebelah Lily "Bolehlah aku spray dekat muka si Mopiko tu tiap-tiap hari.. hehehehehe"

"Err.. bukanlah Bella" Tangan Lily sudah menyeluk masuk ke dalam beg kertasnya "Semalam aku suruh Ammy ciptakan sesuatu tapi dia cakap.. alat itu ada dekat abang Kaizo. Jadi tiada harapan untuk Lily menolong my BBB-CHAN. Lepas tu Lily terus mendapat satu idea.. misai palsu!" Lily terus keluarkan misai palsu dari beg itu dan terus mengangkat ke atas dengan penuh bangga

"Err.. boleh ke misai palsu ni menolong Boboiboy?" tanya Faye yang baru sahaja sampai "Kalau setakat misai palsu sahaja.. mesti si Mimiko dapat kenal pasti Boboiboy"

"Unless kalau dia betul-betul bendul.. sampai tak kenal langsung Boboiboy.. hehehee.. sudahlah semalam dia kena marah dengan cikgu matematik. Tak sangka pulak si Mimiko ni selemah lemahnya" Bella tergelak sinis di situ

"Tapi kalau kita ajar dia matematik, mesti dia akan jadi pandai nanti"

"Faye ni... janganlah rosakkan imaginasi aku" Bella terus bermasam muka "Tapi aku takkan halang kau, kalau kau nak ajar dia"

"Hehehee.. maaf Bella tapi janganlah merajuk dengan aku. Nanti kita pergi shopping hujung minggu ni, nak tak?" Faye berkelip-kelip matanya kepada Bella "Dah lama kita tak pergi shopping dekat negara lain kan kan kan"

"Hmm.. yelah.. kalau shopping dekat London pun, best juga" Bella mula berangan dia berada di kota London dengan muka sombongnya "Bestnya dapat shopping dekat situ"

"Memang best pun Bella" Lily turut berangan juga di situ. Fang hanya memandang dua gadis itu dengan wajah bosan dia. Sambil itu, mulut dia sedang kunyah donut lobak merah "Lepas tu, kita pergi ke negara Jepun pula..." Lily terbayangkan diri dia memakai kimono pink

"Wei.. jangan nak berangan lagi boleh tak?" marah Fang dengan nada tidak puas hati "Kau pergi mintak misai palsu tu dari Idoli ke?"

"Bukanlah.. ni Lily punya.. Lily ada simpan banyak misai palsu"

"Pelik bebenar kau ni, sampai misai palsu pun kau pergi kumpul" kata Fang sambil gelengkan kepala "Jadi, kau nak Boboiboy pakai misai palsu tu sepanjang persekolahan nanti ke?"

"Errr... sebenarnya Lily telah meminta bantuan daripada Ammy. Wahai anak-anak murid ku, saksikanlah apa yang misai palsu ini boleh buat" Lily tunjuk misai palsu itu kepada kawan-kawan dia seperti ingin mengadakan pertunjukkan magic. Lalu dia letakkan di bawah hidungnya. Terus bertukar menjadi seekor anak itik "TADAAAA! Tapi apasal Lily jadi anak itik pulak!"

"Aloloo.. comelnya anak itik ni" Mata Lily terus bersinar-sinar kerana Boboiboy duduk mencangkung di depannya. Jari telunjuk Boboiboy, mengusap-usap kepala anak itik itu "Hehehe.. tapi nampak pelik pula anak itik ni ada misai"

"Comel dan pelik kan kan kan..." Lily rasa nak pengsan di situ "Oh my BBB-CHAN, tolong tanggalkan misai palsu ni" Boboiboy tanggalkan misai itu. Lily terus kembali menjadi diri dia balik. Dia terus memeluk tubuh badannya sendiri kerana gembira dapat menjadi manusia balik

"Korang tak rasa pelik ke.. tahun ni banyak sangat hantu dan haiwan" Boboiboy membelek-belek misai itu sambil berkata-kata "Yelah, asyik jadi haiwan aje.. lebih-lebih lagi si Fang. Jadi seekor arnab sombong tapi memang padan dengan personality dia pun.. hehehe"

"Aku setuju aje, Boboiboy!" kali ini, Gopal muncul bersama Yaya dan Ying "Tapi... janganlah tukarkan aku jadi gajah. Takpun si Fang jadi gajah, lepas tu dia mengamuk tak tentu pasal. Mengerikan"

"Hehee.. ada ada aje kau ni Gopal. Tak kanlah Fang nak jadi gajah pulak.. memang tak sesuai untuk dia" Yaya tergelak sedikit "Tapi apa yang Boboiboy katakan tadi tu, dia memang sesuai jadi arnab"

"Betul tu Yaya.. dia hanya sesuai jadi arnab sahaja ataupun jadi landak terus"

"Amboi! Sesuka hati korang aje nak kutuk aku depan-depan yea" Aura-aura bayang sudah terkeluar. Bella tersenyum sinis sambil merampas misai palsu di tangan Boboiboy. Lalu dia lekatkan misai palsu itu di muka Fang "WOI!" Diri Fang berubah menjadi seekor arnab. Muka dia masam dan dia seperti ingin meletup pada bila-bila masa sahaja

"Hehehee.. tapi misai palsu ini sebenarnya untuk Boboiboy. Kegunaannya adalah untuk melindungi Boboiboy daripada si Mopiko tu" kata Lily sambil angguk kepalanya "Lily sudah pun fikir puas-puas dan inilah hasilnya dari idea Lily dan kepintaran Ammy! My BBB-CHAN, gunalah misai palsu ini dengan sebaik-baiknya. Sekian sahaja laporan daripada saya, Lily terpaksa undurkan diri dulu kerana LILY NAK PERGI BAGI MY PENGUIN-CHAN SWIMMING LESSON!"

"Hyper betul dia tu" Faye tergelak sambil melihat kawan baik dia terus berlari keluar dari kawasan sekolah "Jomlah masuk kelas, kejap lagi loceng sekolah nak berbunyi"

"Wei Boboiboy, kau lupa sesuatu ke?" Fang bersilang tangan sambil melihat Boboiboy "Kau tak nak ke misai palsu kau ni?"

"Hehehe.. mestilah nak" Fang terus cabut misai palsunya. Badan dia kembali pulih menjadi manusia alien. Misai itu di berikan kepada Boboiboy "Masa Ratu Lily ada, takde pulak dia beriya-iya nak melindungi aku tapi si Mimiko ada, sanggup pulak dia fikirkan keselamatan aku dari si Mimiko tu"

"Hmmm... Ratu Lily tu lain. Dia orangkan kawan tapi musuh.. frenemies katakan tapi Mimiko ni boleh dikatakan musuh dia dan kita orang juga" balas Faye "Nampaknya orang yang kita tengah sebut-sebutkan sudah tiba"

"BOBOIBOY! MY BABY OREN!" Boboiboy terus pakai misai palsu itu. Lalu dia berubah menjadi seekor kucing oren. Mimiko sampai di situ, dia hanya nampak seekor kucing oren yang ada misai di bawah hidungnya "Eh, bukan Boboiboy ada dekat sini ke?" Dia mencari-cari di mana Boboiboy pergi

"Maaf Mimiko.. Boboiboy tiada di sini" Faye hanya berikan senyuman ikhlas dia kepada Mimiko "Mungkin dia sudah lari kot"

"Lupakan ajelah dia, Mimiko... kau cari ajelah orang lain" Fang terus beredar dari situ. Boboiboy ikut Fang dari belakang sambil ber meow meow "Jom kucing, kita pergi masuk kelas"

"Alaaa..." Mimiko berjalan begitu perlahan sekali kerana Boboiboy tiada di situ. Faye rasa kasihan pula melihat Mimiko. Dia ingin sahaja memujuk Mimiko tetapi Bella sudah mengheret dia pergi. Faye nampak kesedihan di air muka Mimiko kerana dia tiada kawan di sekolah itu. Tiada seorang pun yang sudi ingin berkawan dengan Mimiko. Hati Mimiko rasa sedikit terguris kerana semuanya tidak pedulikkan dia

"Bella.. kau naiklah dulu"

"Kau nak pergi ke mana Faye?"

"Aku nak pujuk Mimiko sekejap.. aku rasa kasihan pula dengan dia. Kau tak nampak ke muka kesedihan dia" Bella terus melihat Mimiko yang cuba tabahkan diri tetapi hati dia sebenarnya sedang menangis "Semenjak dia sekolah dekat sini, dia mana ada kawan. Kembar dia pula sekolah pagi. Mereka terpisah buat sementara dan kita pula... abaikan sahaja dia"

"Jadi.. kau nak berkawan dengan dia ke?"

"Kau marah ke kalau aku cuba berkawan dengan dia?" tanya Faye

"Aku tahu kau jenis friendly.. macam tahun lepas juga, semasa kau ada datang ke sini dan cuba hendak berkawan dengan aku. Kalau kau nak berkawan dengan dia, pergilah.. aku tak menjadi penghalang" Bella berikan senyuman dia kepada Faye "Tapi jangan kau bocorkan tentang misai palsu tu sudah"

"Takdelah tapi apa-apa pun.. terima kasih" Faye peluk Bella buat seketika. Selepas itu dia pergi ke arah Mimiko yang cuba menahan air matanya. Yaya dan Ying terdengar perbualan mereka tadi. Mereka sebenarnya tidak kisah kalau hendak berkawan dengan Mimiko tapi janganlah buat jahat seperti dulu lagi. Bella tersenyum melihat Faye memujuk Mimiko. Yaya dan Ying pun ada di sebelah Mimiko. Sedikit demi sedikit, Bella boleh nampak senyuman Mimiko yang sebenarnya

"Takpelah.. aku akan jadi kawan kau bila tiba masanya nanti" bisik Bella

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Baiklah my cute penguin, mula-mula pegang kedua belah tangan kakak Lily" Lily menghulurkan kedua-dua tangannya kepada Rizu "Dan kakak Lily janji tidak akan lepaskan tangan Rizu"

"Ok.." Rizu masih ragu-ragu lagi tetapi dengan nasihat daripada Lynna semalam, dia harus buang perasaan takut terhadap air. Dia menarik nafas dan lalu mencecah kedua kakinya ke dalam air. Kedua-dua tangannya sudah pegang tangan Lily "Kakak Lily janji tau.. jangan lepaskan Pizu"

"Kakak janji! Kakak Lily akan ajar Rizu berenang sampai Rizu tidak lagi takut dengan air!" kata Lily dengan penuh semangat

"You can do it, penguin!" Emmy dan Idoli berikan semangat kepada Rizu. Mereka juga ada di dalam kolam renang. Kawan baik Rizu iaitu Roy, ada di situ juga. Rizu yang ajak dia datang untuk bermain-main di dalam kolam renang "We believe in you!" Rizu tersenyum melihat mereka. Jadi dia tidak mahu hampakan kawan-kawan dia, kakak-kakak dan abang-abang dia sekali

"Hehehe... seronok melihat dia orang bagi semangat dekat Rizu" Lynna ada di situ tetapi dia hanya duduk bersila di tepi kolam renang

"Semangat kawan" kata Kaizo. Dia juga ada di tepi Lynna, duduk bersila juga "Aku masa kecik-kecik.. selalu ajar si Pang berenang. Lama kelamaan, baru dia reti berenang"

"Abang yang baik" Lynna tersenyum sedikit

"Kau ingat aku ni abang yang sentiasa kejam ke?"

"Takdelah.. aku cakap sahaja, Kaizo. Kau masa kecil, selalu buat sesuatu untuk membuatkan dia tersenyum. Kau memang sangat sayang dekat dia" Lynna berikan senyuman manis dia kepada Kaizo. Tangan dia mula bermain-main dengan air kolam renang

"Aku memang sayangkan dia tu.. ibubapa aku tak dapat melihat dia membesar tapi aku akan jaga dia supaya dia membesar dengan sempurna. Pertama kali dia dapat berjumpa dengan ibu dan ayah kami, masa aku dan dia termasuk pada masa silam kami. Pada saat-saat akhir ibu ada, akhirnya ibu dapat juga melihat aku dan dia meningkat dewasa dan dalam keadaan sihat. Ibu aku tersenyum pada saat saat akhir itu. Dia pergi dengan tenangnya tapi adik aku pula yang jadi trauma"

"Hehehee.. aku ingat lagi kejadian itu. Pertama kali aku bergaduh dengan kau sebab adik kau sendiri" Lynna terus percikan air kearah Kaizo. Dia tergelak melihat Kaizo cuba mengelakkan diri daripada percikan itu

"KITA SERANG ABANG KAIZO!" Idoli terus menembak Kaizo dengan pistol airnya. Habis basah baju Kaizo "Hehehee... abang Kaizo tidak boleh elakkan diri daripada Idoli!"

"KENAPA SEMUA SERANG AKU DENGAN AIR NI!"

"SEBAB ABANG KAIZO ASYIK NAK SERIUS AJE! JOMLAH BERSUKA RIA DENGAN KITA ORANG" Kaizo bermasam muka, terus dia bangun dari situ. Lynna secara senyap-senyap, dia bangun dan menolak Kaizo masuk ke dalam kolam renang. Air percikan yang begitu besar, terkena semua orang yang berada di dalam kolam renang tersebut. Lily, Rizu, Emmy, Idoli dan Roy tergelak melihat rambut Kaizo sudah habis basah. Hilang segala gel rambutnya

"LYNNAAAAAA!"

"Hehehee... maaf Kaizo.. aku hanya nak hiburkan hati mereka sahaja" Lynna tergelak di situ

"Quack quack quack"

"Eh, mana pula Lily si itik ni datang?" Lynna rasa hairan melihat seekor sedang berenang-renang di hadapan Kaizo. Lalu dia nampak Lily sedang tersengih besar di situ "Lily yang bawak Lily si itik ke sini lah ni"

"Hehehee.. dia cakap dia pun nak swimming juga" kata Lily yang masih lagi tersengih. Lynna tersenyum sambil gelengkan kepala. Kaizo sudah pun naik ke atas dan lalu dia menolak Lynna masuk ke dalam kolam renang dan dia pula, terus beredar dari situ

"KAIZOOOOOO!" Kaizo abaikan sahaja jeritan Lynna. Dia hanya pergi duduk di gazebo sambil menikmati teh hijaunya tanpa rasa bersalah

"Ketenangan"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top