Mimpi Memori

Pertama kali Kaizo melihat adiknya yang comel itu pada umur 9 tahun. Dia terlalu gembira mendapat seorang adik lelaki, tetapi dia tidak kisah kalau adik dia perempuan, asalkan dia dapat menjadi seorang abang yang baik. Semasa ibunya sedang memasak di dapur atau mengemas rumah, Kaizo selalu bermain dengan adiknya yang masih lagi bayi. Dia selalu duduk di tepi katil buai Fang sambil bernyanyi, ceritakan kisah hari dia dan juga kadang-kadang dia akan membacakan sebuah buku cerita untuk adiknya. Ibu dia iaitu Keiko, rasa sejuk hati apabila melihat Kaizo begitu mesra dengan anaknya, Fang. Dia berharap, mereka berdua akan menjadi adik beradik yang sangat rapat sampai akhir hayat

"Adik nak dengar satu cerita?" kata Kaizo sambil bermain-main dengan tangan adiknya yang masih lagi bayi "Sebuah cerita tentang seorang putera raja galaxy yang ingin menakluki seluruh galaxy! Dia seorang yang kedekut sombong dan berlagak. Ramai yang tidak suka dengan keangkuhan dia dan pada suatu hari, ada seekor pari-pari datang dan menukar dia menjadi makhluk hodoh. Putera raja itu mengamuk tak tentu pasal sampai dia pergi musnahkan bandar-bandar yang berdekatan dengan istana dia"

"Kaizo, jangan cerita dekat adik yang bukan-bukan"

"Tak ibu, Kaizo ingin bercerita kisah yang menarik dekat adik! Mesti adik suka, betul tak adik?" Fang gelak kecil-kecilan tanda setuju. Kaizo suka mendengar gelak ketawa adiknya "Tengok ibu, adik setuju dengan abang" Keiko hanya tersenyum lembut sahaja

"Itu sebab adik sayangkan abang. Sambung balik dengan cerita kamu, ibu pun nak dengar juga" Keiko duduk di sebelah Kaizo sambil melihat anaknya masih bermain-main lagi dengan tangan Fang

"Baik ibu! Selepas sahaja dia mengamuk dekat bandar, dia terus masuk ke dalam istana dia dan dia musnahkan semua barang perhiasan di dalam istana itu. Semua pekerja putera raja itu, lari keluar dari istana tersebut kerana ketakutan. Setiap cermin yang ada di dalam istana itu, dia pergi musnahkan sehingga tiada langsung cermin yang ada di dalam istana itu. Dia malu dengan diri dia, dia malu dengan kehodohan dia. Setiap hari dia hanya duduk di atas kerusi sambil menunggu pari-pari itu datang balik untuk pulihkan dia kepada yang asal. Hidup dia menjadi sunyi, tiada siapa yang mahu melawat dia sehinggalah pari-pari itu datang semula. Pari-pari itu kata, kalau dia ingin menjadi diri dia balik, dia perlu pergi menolong orang dalam kesusahan" Fang duduk di depan abangnya dengan begitu tegap dan tekun mendengar cerita dari abangnya. Kaizo menyambung lagi ceritanya

"Jika putera raja berjaya menolong itu dan hati putera raja tidak lagi sombong ataupun berlagak, dia akan memulih putera raja kepada diri dia yang asal. Putera raja itu setuju. Lalu dia keluar dari istana itu dan melihat bandar-bandar yang dia sudah lama tidak pergi melawat. Hati dia berasa pilu kerana bandar-bandar yang dia pernah musnahkan, tidak lagi seperti dulu. Ramai yang sudah berpindah ke tempat lain, ada yang masih lagi setia duduk di situ tetapi keadaan mereka sangat miskin. Pakaian-pakaian yang mereka pakai, tidak semeriah dulu. Semuanya dalam keadaan daif. Apabila mereka nampak putera raja sedang berjalan-jalan di sekitar bandar itu, ramai yang lari masuk ke dalam rumah kerana mereka takut putera raja itu akan mengamuk lagi. Dia kesal dengan sikap dia dulu, kalau dia tidak sombong, kedekut atau berlagak, sudah tentu benda ini tidak terjadi"

"Lepas tu Kaizo, apa jadi?"

"Lepas tu ibu, putera raja itu jumpa sebuah rumah usang yang tidak jauh daripada bandar itu. Rumah itu diduduki oleh dua adik beradik. Seorang adik dan seorang abang, macam Kaizo dan Fang" Fang ketawa sedikit, Kaizo senyum dan dia sambung lagi dengan cerita dia "Putera raja itu datang dekat untuk melihat keadaan rumah itu. Rumah itu tidak mempunyai pintu untuk menutup pintu rumah tersebut dan bumbung rumah itu, seperti hampir roboh. Dua beradik itu, menangis apabila dia nampak putera raja itu datang. Mereka berpelukan dan duduk di tepi dinding kayu rumah itu. Mereka kelihatan lapar kerana di dalam rumah itu, tidak mempunyai makanan. Lalu dia menghulur tangan dia yang hodoh itu dan memujuk mereka untuk pergi ke istana dia kerana dia mempunyai makanan yang makan tetapi mereka gelengkan kepala. Mereka takut kalau putera raja apa-apakan mereka. Putera raja tidak mengalah, dia cuba juga memujuk mereka sampai matahari terbenam. Akhirnya putera raja terpaksa balik ke istana dia tetapi dia tidak mahu dua beradik itu tidur di dalam kesejukan. Lalu dia balik ke istana dia dan mengambil dua selimut dan dua bantal untuk dua beradik itu. Dia letak di luar rumah dan lalu meninggal rumah usang itu. Keesokannya, putera raja itu kembali ke rumah usang itu. Dia dapati dua beradik itu telah mengguna bantal dan selimut tersebut. Putera raja itu juga ada membawa beberapa makanan untuk mereka makan. Dia hanya letakkan makanan itu di depan rumah usang tersebut. Putera raja itu terus beredar dan dia menoleh sedikit, dia nampak abang dan adik keluar dari rumah itu dan lalu mengambil makanan itu. Dia tersenyum dan hati dia rasa bahagia. Keesokannya, dia terkejut dengan kehadiran dua adik beradik itu depan pintu istana itu. Dia menjemput mereka masuk ke dalam istana dia tetapi dia rasa malu kerana istana dia begitu sepah dan banyak barang sudah dimusnahkan oleh dia sendiri. Ibu, abang nak air?"

"Hehehee.. boleh. Kita berehat sebentar ok" Keiko bangun dan usap kepala Kaizo sedikit. Dia terus ke dapur untuk mengambil segelas air untuk Kaizo

"Adik suka tak dengan cerita abang?" Fang hanya tergelak sahaja "Suka yea. Nanti abang sambung balik selepas sahaja abang minum ok" Kaizo meletakkan Fang di atas pangkuan dia yang sedang duduk bersila dan lalu dia mencium bau adiknya. Ibu mereka sudah kembali dari dapur dan lalu dia berikan segelas air kepada Kaizo "Terima kasih ibu!"

"Sama-sama anakku" Keiko kembali duduk di sebelah anaknya. Kaizo sudah pun menghabis minum air kosongnya

"Ok, kita sambung balik! Mana tadi... oh yea, lepas tu dua adik beradik itu menolong putera raja itu mengemas istana itu. Sedikit demi sedikit, hari demi hari, istana itu kembali menjadi ceria. Putera raja itu mengambil dua beradik itu dan tinggal bersama dia di dalam istana yang besar itu. Mereka sama-sama pergi menolong orang-orang di bandar dan rakyat putera raja itu tidak berasa takut dengan dia. Bandar itu, semakin lama semakin pulih dan putera raja rasa sangat gembira. Hati dia tidak lagi rasa sunyi dan dia tidak lagi sombong dan berlagak seperti dulu. Pari-pari itu datang semula dan dia tunaikan janji dia kepada putera raja itu tetapi putera raja itu menolak, dia ingin menjadi makhluk hodoh selama-lamanya kerana dia tidak mahu kembali menjadi putera raja yang dulu. Pari-pari itu tersenyum dan terus hilang dari situ. Akhirnya dia telah menjadi seorang raja yang sangat prihatin kepada rakyat jelata dia dan dua beradik itu, menjadi anak angkat kepada raja tersebut. Mereka tidak kisah dengan kehodohan ayah angkat mereka, asalkan mereka bahagia buat selamanya dan mereka sudah tentu hidup bahagia selama-lamanya" Kaizo menepuk tangan dan tiba-tiba adiknya ikut abangnya menepuk tangan

"Wah! Pandainya Fang" kata Keiko dengan terujanya

"Adik abang mestilah pandai" Kaizo mencium kepala adiknya "Abang sayangkan adik selama-lamanya"

-------------------------------

Kaizo terjaga dari tidurnya. Dia tidak rasa dia bermimpi tadi kerana itu adalah memori dia bersama ibu dan adiknya. Memori yang sangat indah buat diri dia. Pertama kali dia berceritakan kisah yang dia reka sendiri kepada adiknya dan ibunya. Pertama kali dan juga terakhir buat dia. Kaizo turun dari katil dan terus keluar dari biliknya. Dia berjalan ke arah bilik adiknya dan lalu dia membuka pintu bilik adiknya secara perlahan. Kaizo menghela nafas apabila nampak adiknya tertidur di atas meja belajar. Buku-buku latihan dia masih lagi terbuka dan ipod dia masih lagi bermainkan muzik. Kaizo menutup lagu itu dan terus dia mengangkat adiknya untuk diletakkan di atas katil. Dia letak anak patung landak di bawah tangan adiknya dan terus dia selimutkan adiknya

"Selamat malam, Pang" Kaizo dahi adiknya "Semoga kamu mimpi indah" Lalu dia keluar dari bilik itu dan dia terdengar suara tidur adiknya

"Donut lobak merah... aku cinta pada mu selama-lamanya" Kaizo menahan gelakan dia dan terus menutup pintu bilik itu

"Takde benda lain ke dia nak mimpi. Asyik dengan donut dia tu" Kaizo menggelengkan kepala. Dia tidak terasa untuk sambung tidur balik. Dia terus turun ke bawah dan masuk ke dalam dapur. Dia ingin membuat air teh hijau untuk diri dia tetapi dia perlu memasak air terlebih dahulu. Sementara dia menunggu air itu siap dimasak, Kaizo tertidur di dapur. Kepala dia terbaring beralaskan tangannya di atas meja makan dan lalu bermimpi memori dia lagi

----------------------------------------

"Adik takut"

"Janganlah takut. Nanti abang peganglah adik"

"Tapi nanti abang akan lepaskan adik dekat dalam kolam renang tu"

"Takdelah Pang. Abang sayangkan adik, abang tidak akan lepaskan adik"

"Janji tau"

"Janji" Kaizo menghulurkan kedua belah tangannya kepada adiknya yang sudah bersedia untuk bermandi-manda di dalam kolam renang tetapi hati dia pula tidak bersedia kerana dia takut. Kaizo sudah pun berada di dalam kolam renang, dia hanya menunggu di tepi untuk adiknya berenang sekali dengan dia "Abang janji abang tidak akan lepaskan adik"

"Ok" Fang duduk di tepi kolam renang itu dan lalu Kaizo mengambil adiknya

"Pang pegang abang kuat-kuat ok" Kaizo pusingkan belakangnya dan Fang memeluk leher abangnya. Kaizo berenang sambil mendukung adiknya dari belakang. Dia membawa adiknya sekeliling kolam renang itu. Suasana di kolam renang itu menjadi riang kerana adanya gelak ketawa dari seorang abang dan adik "Adik suka?" tanya Kaizo

"Suka tapi.. kan best kalau Pang pandai berenang macam abang"

"Mari abang ajar adik berenang" dia pegang kedua belah tangan adiknya dan lepaskan pelukan di lehernya. Lalu dia membawa Fang kedepan secara perlahan-lahan. Kaki Fang perlahan-lahan berenang-renang di dalam air kolam itu

"Heheehee.. bestnya! tapi abang jangan lepaskan tangan adik. Adik takut"

"Tak, abang tak kan biarkan adik tenggelam"

"Terima kasih abang"

Selama 1 jam Keiko melihat anak-anaknya berenang-renang di dalam kolam renang. Dia hanya duduk di tepi sambil membaca novel kegemaran dia. Dia tersenyum apabila melihat kemesraan dua anaknya itu. Kaizo begitu tekun mengajar adiknya berenang. Dia dari tadi tidak lepaskan tangan adiknya

"Ibuu!" Fang memanggil ibunya

"Yea Fang"

"Tengoklah adik berenang. Abang ajar adik!"

"Pandai adik" jawab Keiko sambil tersenyum. Fang teruskan berenang sambil di pegang oleh abangnya. Lama-kelamaan, Fang meminta abangnya melepaskan tangannya tetapi Kaizo tak nak. Dia tak nak tengok adik dia tenggelam. Dia terus menggenggam tangan adiknya seerat-eratnya. Fang tidak membantah, dia tahu abangnya cuma mahu melindungi diri dia

"Sayang abang"

"Sayang adik juga"

------------------------

Kaizo terjaga dari tidurnya lagi sekali. Dia melihat air sudah siap dimasak dan dia terkejut melihat adiknya ada di dalam dapur "Abang tidur dekat dapur ke malam tadi?"

"Tak, abang terjaga malam tadi. Terus abang tak rasa nak sambung tidur balik"

"Hmmm.. lepas tu abang tidur dekat dalam dapur" kata Fang sambil mengeluarkan susu di dalam peti sejuk "Abang mimpi buruk ke tadi?"

"Tak. Abang mimpi benda lain"

"Mimpi apa tu" tanya Fang dengan nada sindiran dia. Fang menuang susunya ke dalam mangkuk cereal dia

"Yang kau nak tahu kenapa? Makan sahajalah sarapan pagi kamu!"

"Adik bergurau aje, itu pun tak boleh" Fang terus bermasam muka sambil menyimpan balik susu di dalam peti sejuk "Nanti kejap lagi adik nak keluar"

"Kau nak pergi mana? Bukan ke kau ada sekolah nanti"

"Adik nak pergi ke rumah Boboiboy. Dari rumah dia, terus adik pergi ke sekolah"

"Hati-hati masa kau tengah jalan" Kaizo bangun dari tempat duduknya "Abang nak mandi" Sebelum dia keluar, dia memandang ke arah adiknya yang sedang makan itu. Entah kenapa dia tidak rasa sedap hati pada pagi itu. Adakah sesuatu akan terjadi dekat diri adiknya atau dekat diri dia "Mungkin perasaan aku sahaja" bisik Kaizo. Dia sebagai seorang abang, dia mesti bertanggungjawab terhadap adiknya. Dia dari dulu sehingga sekarang, dia tidak henti-henti menyayangi dan melindungi adiknya. Walaupun ada seketika dia terlupa tentang adiknya kerana terlampau sibuk dengan misi-misi penting dia. Sampai dia terlupa untuk meluangkan masa bersama dengan adiknya. Baru dia sedar selepas sahaja adik dia diculik oleh Ratu Lily pada dua tahun lepas. Selepas itu, dia tinggal di sini untuk meluangkan masa bersama. Dia tidak mahu sia-siakan masa yang dia ada dan dia tidak mahu dirinya dihanyuti dengan misi dia sahaja

"Abang?" Fang memanggil abangnya "Kenapa abang berdiri dekat situ?" Kaizo tersedar dan terus pergi ke biliknya, tanpa berkata apa "Pelik betul dengan abang aku" Hologram Fang terpacar semasa dia hendak menyuap dirinya makan

"Fang!"

"Kau nak apa Boboiboy? Apasal suara kau ceria semacam? Jangan cakap virus kerepek pisang sudah berjangkit dekat kau" kata Fang dengan nada bosan dia

"Mana adalah. Kau sudah siapkan ke untuk kejutan abang kau?"

"Belum" kata Fang "Aku semalam tengah sibuk siapkan kerja sekolah. Nanti aku bawa barang-barang tu dekat rumah kau"

"Ok! Tapi jangan abang kau tahu sudah apa yang kau nak lakukan"

"Jangan risaulah. Dia mesti pergi ke kapal angkasa dia lepas ni, latihan tempur dia entah versi apa pulak lepas ni" Boboiboy tergelak sedikit "Kita berdua aje ke nanti?"

"Takdelah, aku ajak Gopal, Yaya dan Ying sekali. Kau nak bawak sepupu kau ke?"

"Malas aku. Dia tengah tidur lagi tu, entah pukul berapa dia nak bangun. Oklah, aku jumpa kau nanti" terus hologram itu hilang. Dia sebenarnya ada kejutan khas untuk abang dia. Kejutan untuk membuatkan abang dia menangis tapi dia tidak pasti kalau dia berjaya ke tak. Dia tahu abang dia suka sangat dengan muka tiada perasaan, asyik nak serius berpanjangan tapi dia pelik, cuma Rizu dan Lynna sahaja, abang dia senyum atau buat muka pelik-pelik "Dengan aku takde pulak" bisik Fang "Takpe, lepas ni... aku akan buat dia menangis tak tentu pasal seperti aku mengamuk tak tentu pasal! HAHAHAHAAHAAAA!"

"Kau apasal tergelak-gelak seorang diri dekat dapur?" Kaizo muncul kembali di dalam dapur

"Errr.. adik terfikirkan tentang kawan adik buat lawak semalam"

"Hmmm..." Kaizo pandang adiknya lama-lama untuk melihat adiknya beritahu perkara yang sebenar ataupun tidak. Fang tersengih sahaja "Kau jangan cuba untuk menipu aku. Kalau aku tahu kau nak buat perkara nakal nanti, aku akan menghukum kau"

"Jangan risau, adik tak buat nakal" Fang tersengih lagi. Dalam hati dia tidak sabar untuk siapkan kejutan abang dia "Abang nak pergi ke kapal angkasa ke?"

"Kejap lagi"

"Ok!" Fang makan cereal dengan begitu cepat. Selepas sahaja dia selesai makan, dia mengemas dapur dan terus ke bilik dia untuk mengambil barang-barang untuk di bawa ke rumah Boboiboy. Kaizo yang ada di ruang tamu, melihat adiknya keluar dari bilik dengan sebuah kotak besar penuh dengan barang-barang

"Hmmm... adik aku ada projek seni ke?" bisik abangnya yang sedang duduk di ruang tamu sambil menikmati teh hijaunya. Pikachu dan Shadow tidur di sebelah Kaizo

"Adik pergi dulu"

"Hati-hati" jawab Kaizo yang masih lagi memerhatikan adiknya mengangkat kotak besar. Fang sudah pun berpakaian sekolah dan beg sekolahnya sudah di pakai "Kau nak buat apa dengan barang-barang tu?"

"Errr... untuk kelas seni" kata Fang sambil tersengih. Kaizo tidak bertanya lagi dan terus Fang keluar dari rumah itu dengan berkelakuan normal. Dia tidak mahu abangnya syak apa-apa, kalau tidak, rancangan dia sudah tentu tidak menjadi. Hati dia berharap kejutan ini akan menjadi dan akan buat abang dia menangis terharu. Fang terus melangkah keluar dari pintu pagar dengan perasaan gembira dia. Rancangan ini memerlukan pertolongan dari semua kawan-kawan dia dan dia percayakan mereka untuk melaksanakan rancangan ini

"Pasti abang akan suka nanti" bisik Fang sambil melihat langit biru pada pagi itu

--------------------------------

"Hmm.. macam banyak lagi aje kena buat ni" kata Boboiboy sambil mewarnakan sebuah kertas cardboard yang telah pun siap di gunting "Kau pasti ke kita akan dapat siapkan hari ini?"

"Mestilah.. sudah 3 hari kita buat. Aku nak jayakan rancangan kita dan jalankan rancangan kita lepas sahaja kita habis sekolah petang nanti" kata Fang dengan semangat tinggi dia "Kenapa? banyak lagi ke kena buat?"

"Kita perlukan pertolongan dari kawan kita yang lain. Yelah, sorang lagi tu tengah sibuk siapkan kerja sekolah" kata Yaya sambil tunjuk kearah Gopal yang sedang duduk di atas kerusi bilik Boboiboy sambil menyiapkan kerja sekolah dia "Semalam orang suruh siapkan, langsung kau tak nak buat. Apa nak jadi dengan kau ni Gopal"

"Biarkan lah dia. Kita siapkan kerja-kerja ini semua" kata Fang. Dia mengunting beberapa kertas cardboard untuk membuat sebuat bangunan yang tidak begitu besar tapi cantik

"Harap-harap rancangan kau berjaya, Fang"

"Mestilah! Rancangan aku sentiasa berjaya tapi terima kasih semua kerana sudi menolong aku untuk berikan kejutan kepada abang aku"

"Sama-sama!" kata Boboiboy, Yaya dan Ying

"tapi... sempat ke kita nak siapkan semuanya hari ini? Kita perlukan pertolongan lagi" kata Ying yang sibuk menjahit "Apa yang Yaya katakan tadi, kita perlukan pertolongan yang ramai"

"Hmmm.. yelah. Aku panggil Faye, Bella dan juga Zakwan"

"Hah! bagus pun kau!" kata Boboiboy kepada Fang "Tapi apasal kau panggil Zakwan sekali? Bukan ke kau masih belum maafkan dia lagi"

"Aku memang belum maafkan dia lagi tapi aku perlukan pertolongan seramai mana yang , terpaksalah aku panggil dia sekali. Lagipun, kalau dia betul-betul nak aku maafkan dia, dia kena tolong aku" Fang terus hantar mesej kepada Faye. Dia menyuruh Faye memanggil Bella dan Zakwan untuk datang ke rumah Boboiboy dengan segera

"Baguslah tu kalau macam tu, takdelah kau nak simpan kemarahan kau lagi. Ratu Lily pun kau sudah maafkan dia" kata Yaya sambil tersenyum

"Ada orang panggil nama aku ke?" muncul Ratu Lily di tengah-tengah bilik Boboiboy "BOBOIBOY KUUUUU!" Mata dia bersinar-sinar melihat Boboiboy "Apa Boboiboy tengah buat tu?"

"Errr.. tengah warnakan cardboard ni" jawab Boboiboy sambil tersengih. Fang perhatikan sahaja Ratu Lily yang asyik melihat Boboiboy sedang membuat kerja. Dia tahu kawan dia sedang kelihatan tidak selesa kerana asyik diperhatikan oleh Ratu Lily

"Wei, apa kata kau tolong aku" kata Fang

"Tolong?" Ratu Lily rasa pelik "Tolong apa?" Terus Yaya serahkan sebakul jahitan dan juga sehelai kain yang belum di jahit lagi "Eh? Ini untuk apa?" Dia mengangkat kain itu lalu dia membelek-beleknya

"Hah! Kau tolong kita orang jahitkan kain ini" kata Yaya

"Yolah! Kau kena tolong juga, takdelah kau tengok sahaja"

"Betul kata Ying!"

"Tapi Yaya... aku tak reti menjahit" Ratu Lily tersengih kepada Boboiboy, Fang, Yaya dan Ying yang sedang merenung tajam ke arah diri dia "Janganlah marah, masa aku jadi ratu dulu... semua benda orang buatkan untuk diri aku"

"Haiyaaa... aku dan Yaya ajar kau jahit. Tak susah sangat maaa"

"Maafkan yea semua" Ratu Lily rasa malu pula dengan diri dia tetapi mereka abaikan sahaja dan terus membuat kerja masing-masing. Ying bersungguh-sungguh mengajar Ratu Lily dan Ratu Lily begitu cekap dan pantas apa yang di ajar oleh Ying tadi. Beberapa minit kemudian, Faye, Bella dan Zakwan telah pun sampai di rumah Boboiboy. Pagi itu, mereka begitu kecoh dan sibuk siapkan semua barang-barang untuk membuat satu kejutan khas untuk abang Fang iaitu Kaizo. Fang rasa senang hati melihat kawan-kawan dia membantu dia dan hati dia mula maafkan Zakwan sedikit demi sedikit

---------------------------------

"Abang.. adik lapar" Fang menangis-nangis di tepi lorong gelap. Dia tidak tahu apa yang terjadi, kerana dia bukan lagi berada di dalam rumah dia dan ibubapa dia juga tiada di situ. Hanya abang dia sahaja yang ada di sisi dia "Jomlah kita balik rumah. Adik nak makan"

"Maaf adik.. kita tidak boleh pulang ke rumah" kata Kaizo kepada adiknya. Dia juga terasa ingin menangis juga bersama-sama adiknya tetapi dia perlu kuat dan tabah kerana tinggal dia seorang sahaja untuk menjaga adiknya

"Mana ibu dan ayah?" tanya Fang tetapi Kaizo tidak menjawab. Dia hanya duduk bersandar di tepi dinding. Dari semalam lagi, mereka duduk di situ dan adiknya tidak henti-henti menangis. Kaizo lalu memeluk adiknya supaya dia tenang "Abang?"

"Pang, abangkan sentiasa ada dengan adik sekarang ini"

"Tapi.. ibu dan ayah mana? Mesti dia orang mencari kita orangkan" Kaizo terus mengeluarkan air matanya. Nasib mereka berdua memang amat malang sekali. Dia tidak sanggup memberitahu perkara yang sebenarnya kepada adiknya. Dia tidak mahu melihat hati adiknya berkecai atau menangis sepanjang hari. Fang masih kecil lagi, mesti dia tidak akan faham, fikir Kaizo. Jadi dia senyap sahaja, dia menangis di dalam hatinya. Dia menangis sambil memeluk adiknya. Dia menangis mengenang nasib mereka

"Adik lapar.. jomlah balik"

"Adik tunggu dekat sini. Biar abang pergi carikan makanan untuk adik" Kaizo lepaskan pelukannya. Dia lalu mengambil sebuah kotak besar yang ada di situ dan terus dia terbalikan supaya Fang boleh duduk di dalam kotak tersebut "Adik tunggu sini. Jangan pergi ke mana-mana"

"Tapi... adik nak ikut. Jangan tinggalkan adik" Kaizo endahkan sahaja tangisan adiknya. Dia mengesat air matanya "ABANG! JANGAN TINGGALKAN ADIK!" Kaizo tidak sanggup tinggalkan adiknya keseorangan tetapi dia terpaksa. Kaki dia makin berat untuk melangkah ke depan tetapi dia paksa juga diri dia. Makin lama, makin tidak kedengaran tangisan adiknya kerana dia sudah melangkah jauh

"Maafkan abang, adik" bisik Kaizo. Dari situ, dia pergi mencari makanan. Dia tidak mahu mengorek tong sampah. Dia tidak mahu mengambil sisa makanan yang tidak habis di makan dan berikan kepada adiknya. Dia tidak mahu adiknya dapat penyakit. Lalu dia terfikir, hanya satu cara sahaja iaitu mencuri beberapa makanan yang ada di kedai. Dia tahu itu adalah perbuatan yang salah. Ibu dan ayah dia sudah melarang dia mencuri tetapi apa yang dia perlu lakukan? Merayu dan meminta makanan dekat pekerja kedai itu? Dia takut dia akan dihalau keluar pula. Dia tiada duit untuk membeli makanan. Takpelah, dia buat ini kerana adik dia, fikir Kaizo. Tanpa rasa bersalah, dia masuk ke dalam sebuah kedai roti yang penuh dengan pelanggan. Secara senyap, dia mengambil beberapa jenis roti yang ada. Dia masukkan ke dalam bajunya dan terus dia keluar dari situ. Dia lari dan tidak memandang belakang. Dia terus pergi balik ke lorong tadi

"Adik..." Kaizo nampak adiknya sedang terbaring di dalam kotak sambil menangis

"Abang! Abang kembali!" Fang memeluk adiknya "Adik ingat abang tinggalkan adik"

"Tak, abang tak kan buat begitu dengan adik" Kaizo keluarkan beberapa roti yang dia telah berjaya ambil tadi. Lalu dia berikan kepada adiknya. Fang tidak banyak bertanya, dia terus mengambil roti itu dan makan begitu lahapnya. Kaizo hanya perhatikan sahaja adiknya makan. Dia juga lapar tetapi dia mahu adiknya makan, tidak dalam kelaparan. Dia terpaksa alas perut sahaja. Esok dia akan berpindah ke tempat lain pula dan dia akan membawa adiknya sekali. Dia tidak boleh duduk di sini lama. Dia akan menjaga adiknya dan melindungi dia dari segala ancamana dengan jam kuasa yang telah diberikan oleh ayahnya. Apa yang akan terjadi selepas ini, dia akan tabah menghadapinya. Dia tidak akan biarkan hidup mereka sia-sia sahaja

"Abang makanlah" Fang memberikan roti terakhirnya kepada Kaizo

"Terima kasih adik" Tetapi Kaizo menyimpan roti itu untuk adiknya. Kaizo memeluk kepala adiknya "Mulai sekarang ini, hanya abang dan adik sahaja. Kita berdua sahaja, abang akan jaga adik dengan baik" Lalu dia mendukung adiknya. Dia pergi keluar dari lorong sunyi itu dengan penuh harapan baru. Dia memandang langit yang biru itu dengan hati yang cekal dan tabah

"Kita akan mulakan dengan hidup baru" bisik Kaizo kepada adiknya

------------------------------------

Kaizo terjaga dari mimpi memori dia. Dia mengusap-usap mukanya dan rasa pelik dengan diri dia hari ini "Kenapa aku asyik mimpi kisah silam aku sahaja?" Kaizo malas hendak berfikir panjang. Dia melihat jam, sekarang sudah pukul 8 malam dan adiknya masih belum pulang lagi dari sekolah. Dia menjadi risau

"Mana pula si Pang ni" Kaizo cuba menghubungi adiknya menggunakan jam kuasa tetapi gagal. Dia cuba menghubungi kawan-kawan adiknya yang lain tetapi gagal juga. Lalu dia terfikir benda-benda yang buruk terjadi dekat adiknya dan juga kawan-kawan adiknya "Tak mungkin, mereka semuanya hebat-hebat" Kaizo bangun dari sofa ruang tamu dan dia mengambil keputusan untuk mencari mereka semua. Kaizo berjalan ke pintu rumah dan terdengar jeritan dari Rizu

"ABANG PAIZOOOOOOOOOO!"

Kaizo membuka pintu rumahnya. Rizu muncul di depan pintu rumah dengan senyuman lebar dia "Kenapa Rizu?"

"Abang Paizo kena ikut Pizu" Rizu mengambil tangan Kaizo dan terus dia menarik Kaizo keluar dari rumah tersebut

"Rizu nak bawa abang ke mana?"

"KE TEMPAT RAHSIA!" Jerit Rizu dengan gembiranya "Nanti abang Paizo mesti rasa terharu"

"Kenapa?"

"Heeheee... Pizu tak boleh bagitau abang Paizo" Rizu membawa Kaizo keluar dari pintu pagar dan terus mengikut jalan ke kedai Tok Aba "Abang Paizo sayangkan abang Fang tak?"

"Abang sentiasa sayangkan adik abang. Abang tidak pernah sekali pun berhenti sayangkan dia. Kenapa Rizu tanya begitu?"

"Saja" Rizu berikan senyuman manis dia kepada Kaizo "Abang Fang pun sayangkan abang Paizo tapi abang Paizo jangan risau, abang Fang tak balik rumah lagi sebab dia ada dekat kedai Tok Aba"

"Apasal dia dekat situ? Hari sudah malam, dia tak reti nak balik rumah ke?"

"Janganlah marah abang Paizo"

"Maaf Rizu, budak nakal dan degil seperti itu. Memamg patut kena marah" kata Kaizo dengan perasaan marah dia. Sepanjang perjalanan mereka ke kedai Tok Aba, Kaizo hanya senyap sahaja tetapi Rizu asyik bernyanyi sahaja. Dia tahu tentang kejutan untuk Kaizo dari Fang. Dia hanya sebahagian daripada rancangan dari abang kesayangan dia. Sampai sahaja di kedai Tok Aba, Kaizo terkejut kerana terdapat beberapa lampu bola putih tergantung di pokok-pokok. Terdapat sebuah istana cardboard, pokok-pokok cardboard dan juga bandar-bandar cardboard yang tidak jauh dari kedai Tok Aba. Tempat itu menjadi seperti sebuah mini pentas. Dia nampak adiknya berada di dalam gazebo sedang siap-siapkan dirinya

"Abang Paizo duduk sini" Rizu menyuruh Kaizo duduk di atas sebuah kerusi yang sudah tersedia di hadapan kedai Tok Aba "Pizu duduk sebelah abang Paizo"

"Apa semua ini?" tanya Kaizo

"Hah, nanti kamu akan tahu juga" muncul Tok Aba di sebelah Kaizo. Lalu lampu-lampu bola tadi di malapkan dan terus muncul Yaya di tengah-tengah hadapan mereka bertiga

"Pada suatu hari, terdapat sebuah kerajaan yang sangat kaya raya tetapi putera rajanya amat sombong, kedekut dan berlagak kepada rakyat jelatanya" Lalu Yaya terus berjalan ke tepi. Lampu-lampu bola itu terus menyinari balik. Fang sudah berada di tengah pentas dengan lakonan sombongnya kepada beberapa kawannya yang berlakon sebagai rakyat jelata. Gopal, Ying, Bella dan Zakwan berpakaian serba mewah tetapi mereka berlakon tidak suka kepada putera raja mereka iaitu Fang. Mengikut kata Gopal, watak putera raja itu memang sesuai sangat dengan Fang sebab dia pun kedekut, sombong dan berlagak macam putera raja itu

"Ini... seperti... kisah yang aku ceritakan kepada Fang waktu dia bayi lagi" bisik Kaizo

"Abang Paizo nak popcorn?" Rizu menghulurkan semangkuk popcorn kepada Kaizo tetapi Kaizo menolak

"Tiba-tiba sahaja, datang seekor pari-pari" Yaya teruskan bercerita dan Ratu Lily muncul sebagai pari-pari. Dia memakai sayap palsu dan terbang di sana sini seperti pari-pari. Sepatutnya watak pari-pari itu diberikan kepada Yaya tetapi disebabkan Ratu Lily muncul pagi tadi, watak itu diberikan kepada dia "Pari-pari itu menukar putera raja itu kepada makhluk yang hodoh" kata Yaya sambil melihat Fang telah memakai pakaian dan topeng hodoh untuk menjadi makhluk hodoh. Rizu tergelak sedikit melihat abang kesayangan dia berubah menjadi hodoh dan lebih menakutkan

"Kenapa kau menukar aku menjadi makhluk hodoh?" tanya Fang dengan marahnya

"Sebab hati kau penuh dengan kesombongan kau dan keangguhan kau. Sebagai balasannya, biar semua orang tahu rupa kau hodoh seperti hati kau juga" balas Ratu Lily yang sedang berterbangan di sekeliling Fang

"Selepas itu, putera raja itu menyerang bandar-bandar yang berdekatan dengan istananya. Dia musnahkan segala-galanya kerana dia mengamuk" Yaya melihat Fang musnahkan bandar cardboard dengan ganasnya sampai Rizu pun rasa takut. Dia peluk Kaizo dan menutup mukanya

"Ini hanya cerita sahaja, Rizu" kata Kaizo. Dia rasa sangat terharu melihat mereka berlakon dengan kisah yang dia reka dulu. Dia melihat Boboiboy dan Ochobot sebagai dua adik beradik tinggal di rumah usang. Dia juga melihat Fang meninggalkan selimut dan bantal untuk mereka berdua dan juga beberapa makanan. Air mata dia mengalir keluar tetapi bagaimana adiknya boleh ingat cerita itu? fikir Kaizo. Sepanjang persembahan itu, Kaizo hanya diam sahaja dan Fang boleh nampak sedikit senyuman dari abangnya. Hati Kaizo benar-benar tersentuh dengan kejutan itu dari adiknya. Babak terakhir sudah pun berakhir. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Ratu Lily dan Zakwan berkumpul di tengah taman itu sambil melihat Kaizo, Rizu dan Tok Aba memberikan tepukan gemuruh kepada mereka. Selepas itu, Fang berlari ke arah abangnya

"Macam mana persembahan tadi, ok tak? Tetapi Kaizo membalas dengan satu pelukan kepada adiknya "Abang?"

"Adik, macam mana adik tahu kisah dongeng rekaan abang?" tanya Kaizo sambil membelai. Fang lepaskan pelukannya dan dia tersenyum melihat abangnya

"Sebenarnya, adik tak tahu macam mana adik ingat tapi cerita itu sentiasa berada di pemikiran adik. Bila adik teringat balik, adik seperti dengar suara abang ceritakan kisah dongeng itu kepada adik. Jadi, tekaan adik memang betul. Abang yang ceritakan kepada adik"

"Tapi yang peliknya, abang mimpi memori abang sedang ceritakan kisah dongeng rekaan abang kepada adik masa adik masih bayi lagi" mereka berdua tergelak bersama "Abang dan adik selamanya"

"Selamanya"

"Pizu pun jadi adik kepada abang Paizo dan abang Fang selamanyaaaaaa!" muncul Rizu ditengah-tengah antara Fang dan Kaizo. Mereka bertiga tergelak lagi sekali "Alangkah indahnya kalau Pizu adik sebenar abang Paizo dan abang Fang tapi Pizu tetap bersyukur! Sebab Pizu jumpa abang yang terbaik untuk diri Pizu!" Mereka terdengar Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Ratu Lily dan Zakwan sedang nyanyikan sesuatu untuk mereka bertiga. Zakwan bermain guitar sambil bernyanyi bersama

The children outside all are laughing under perfect skies
The shapes and patterns in this season make me feel alive
I wanna shout it from the roof top and tell the world

That, I was blind but now I see what's right in front of me!
It's a beautiful world I see, everything looks differently
It's a beautiful world I see, these moments are changing me?When I look at the sky I see the reason why I know,
When I look out from the window,
The moon and stars shine all their lights down from the heavens
I choir of angels strike a chord and lift their voices
And then we sing out,
I've been lost but now I've found what's right in front of me

Fang hanya ucapkan terima kasih dihatinya kepada kawan-kawan dia kerana membantu dia untuk jayakan kejutan ini. Nampaknya abangnya betul-betul terharu sehingga membuatkan dia tersenyum sedikit. Itu sahaja yang dia mahu, melihat abang dia senyum. Pada masa yang sama, Lily menangis di dalam bilik dia sebab tak dapat nak sertai rancangan landak..errr.. maksud author, Fang. Entah siapa yang bagitahu dia, semua tak tahu

"UWAAAAAAAAAA! NAK PINDAH KE PULAU RINTIS!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top