Mimpi Dia Lagi

"HAHAHAHAHAAA! Sikit lagi aku dapat kalahkan kau!"

"Cheh, berlagak betul kau ni" Ratu Lily tidak puas hati dengan kemenangan Lily yang sudah semakin hampir "Takpe, jaga kau lepas ni. Next round, aku akan pastikan aku akan menang dan Boboiboy akan menjadi milik aku!"

"Boleh ke menang?" Lily menjerli lidahnya kepada Ratu Lily "Kalau dah kalah, mengaku ajelah kalah"

Kapten Kaizo rasa pelik melihat Lily dan Ratu Lily sedang bersaing di hadapan kedai Tok Aba. Mereka berdua sedang duduk bersila dan bermain dengan sejenis permainan yang Kaizo tidak pernah nampak sebelum ini. Lalu dia datang dekat kepada dua orang itu "Apa yang kamu berdua sedang main?"

"Ini namanya congkak!" kata Lily sambil masukkan satu guli ke dalam satu lubang yang ada di atas permukaan kayu. Ia terdapat 14 lubang kecil di bahagikan kepada dua dan 2 lubang besar di tepi 14 lubang kecil itu "Lily sudah semakin hampir dengan kemenangan Lily! Hehehehehe!" Ratu Lily buat muka tak puas hati sebab guli dia sedikit sahaja dan guli Lily lebih banyak daripada dia

"Jaga kau nanti" bisik Ratu Lily

"Bukan ke kamu berdua selalu bergaduh sampai nak belasah sesama sendiri?" tanya Kaizo dengan kepelikan dia

"Kalau abang Kaizo nak tahu, Tok Aba tak bagi dia orang lawan-lawan dekat sini. Kalau dia orang nak lawan juga, Tok Aba suruh lawan main game macam hari itu. Jadi Yaya pergilah bagi dia orang lawan main congkak" muncul Boboiboy dengan air Ice Blended Chocolate dia

"Kalau tidak nanti pelanggan Tok Aba akan lari" muncul pula Yaya dengan bakul biskut dia "Kapten Kaizo datang seorang sahaja ke? Selalu Fang atau kak Lynna ada dengan Kapten Kaizo"

"Hmm.. Pang tidur dekat rumah. Membuta apa dia tengahari macam ni dan Lynna pula demam" kata Kaizo sambil tinggalkan duo Lily itu yang terlalu asyik sangat bermain congkak "Aku datang ke sini sebab cari Rizu. Aku nak pulangkan hadiah yang dia berikan semalam" Kaizo meletakkan sebuah beg kertas di atas kaunter meja kedai Tok Aba

"Hadiah? Kenapa Kapten Kaizo nak pulangkan hadiah dia?" tanya Ochobot yang sedang mengelap cawan. Lalu Kaizo keluarkan dua teddy bear yang berpakaian seperti pakaian pengantin. Seekor teddy seperti berpakaian pengantin lelaki dan seekor lagi berpakaian pengantin perempuan "Comelnya teddy bear ni"

"Comel memang comel tapi ini semua Pang punya pasal. Kasihan si Rizu membazirkan duit ibu dia pergi beli hadiah. Jadi aku terpaksa pulangkan hadiah ini"

"Apalah Fang ni, sebarkan berita palsu" Boboiboy mengangkat salah satu teddy bear itu. Entah kenapa tiba-tiba dia pula terbayangkan macam mana agaknya Kaizo dan Lynna berkahwin. Mungkin agak pelik melihat Kaizo tiba-tiba sahaja kahwin. Dia kan seorang yang tegas, garang, ganas, sadis dan kejam. Eh tak, abang Kaizo tak kejam, fikir Boboiboy "Kalau saya nampak dia, nanti saya akan berikan teddy bear ini kepada dia"

"Terima kasih" kata Kaizo

"Tapi betul ke Kapten Kaizo tak nak teddy bear ni? Kapten Kaizo boleh sahaja simpan, tak pun suruh si Fang yang simpankan" kata Yaya

"Kau nak dia berharap sangat ke?" Kaizo melihat Yaya dengan begitu mendalam sekali "Aku tahu dia tu, berharap sangat sampai sebarkan berita palsu. Itu pun nasib dia selamat aku tidak mengamuk tak tentu pasal. Apalah nak jadi dengan adik aku tu. Apasal lah dia berharap sangat, aku sendiri pun tak faham"

"Abang Kaizo tahu jugakan yang Fang tu sayangkan kak Lynna macam kakak sendiri. Masa dia lari dari rumah tahun lepas, dia tak sangka dia dapat jumpa kak Lynna" kata Boboiboy "Kak Lynna selalu nasihatkan dia. Lagipun sikap abang Kaizo dan kak Lynna lain. Abang Kaizo selalu gunakan suara garang dekat dia tapi dia tetap sayangkan abang Kaizo. Kak Lynna pula selalu berlembut dengan dia dan tidak pernah nak marahkan dia. Lagipun kak Lynna seorang sahaja yang sabar dengan sikap abang Kaizo yang terlampau garang tu dan abang Kaizo pun kadang-kadang dengar nasihat dari kak Lynna jugakan. Mungkin juga Fang rasa bahagia bila kak Lynna ada dengan abang Kaizo sampai dia berharapkan sesuatu yang akan terjadi"

"Oh begitu rupanya tapi malangnya, kami berdua hanyalah kawan sahaja. Biarkan lah dia dengan harapan dia yang tidak mungkin akan terjadi" kata Kaizo. Dia simpan balik teddy bear itu di dalam beg kertas "Kalau jumpa Rizu, pulangkan kepada dia dan katakan abang Kaizo minta maaf. Aku kena pulang dulu. Nak kejutkan si Pang tu"

"Ok abang Kaizo" kata Boboiboy. Kaizo beredar dari situ. Dia melihat sedikit Lily dan Ratu Lily masih lagi bermain congkak. Ratu Lily sudah mula rasa nak mengamuk kerana dia sudah hampiri kekalahan. Lily tersenyum sinis kepada Ratu Lily. Kaizo hanya gelengkan kepala sahaja dan teruskan perjalanan dia untuk pulang ke rumah

"INI TIDAK ADIL! AKU NAK MAIN BALIK SEMULA DARI AWAL!"

"HAHAHAHAHAHAAAA! KAU SUDAH KALAH PUN RATU LILY!" Kaizo boleh dengar jerita mereka berdua yang sedang bergaduh itu sehinggalah dia terdengar jeritan kemarahan dari Tok Aba sebab berlawan menggunakan teknik-teknik seni mempertahankan diri

-----------------------------

"Abang! tolong adik!" Fang dikejar oleh musuh-musuh dia sebelum ini termasuklah musuh dia sekarang ini iaitu Adudu. Mereka semua mengejar Fang dan dia pula tidak dapat mempertahankan dirinya kerana tiada kuasa "ABANGGGGGG!" Fang menjerit sekuat hati

"Jeritlah kau sekuat hati. Abang kau tak dapat nak selamatkan kau" Adudu tergelak besar sambil mengejar Fang "Cepat Probe! Tembak dia! Aku nak tengok dia musnah di depan mata ku"

"Aku tidak boleh menyerah kalah" Fang pusingkan dirinya untuk berhadapan dengan musuh-musuh dia yang begitu ramai itu "TUSUKAN JARI BAYANGGGG!" Tiada apa-apa yang terjadi walaupun jam kuasa dia ada di tangannya. Lalu Probe menembak Fang dan dia terpelanting begitu jauh sekali. Fang terjatuh di atas permukaan tanah yang penuh dengan timbunan batu besar. Kepala dia terkena batu besar dan menyebabkan kepala dia berdarah. Fang mengusik kepala dia dan lalu dia nampak darah di tangannya. Dia bangunkan dirinya untuk melihat di sekelilingnya. Fang terkejut apabila dia melihat rakan-rakan dia terbaring kaku di atas timbunan batu. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Rizu, Lily, Bella dan sepupu dia juga ada, Faye

"Apa.. apa... apa terjadi ni? Ini hanyalah mimpi sahaja... bukannya betul" bisik Fang yang cuba untuk tenangkan diri dia tetapi apabila dia dapatkan rasakan seperti mimpi ini adalah mimpi benar "Jangan fikirkan yang bukan-bukan... ini mimpi sahaja"

"Betul kata kau. Ini hanyalah mimpi sahaja tapi mimpi ini akan menjadi kenyataan.. hehehehehee" Fang menoleh kebelakang dan terkejut melihat kembar dia yang hanya wujud di dalam mimpi dia sahaja "Selamat kembali ke dunia mimpi kau dan aku sendiri"

"KAU! Bukan ke abang aku sudah pun musnahkan kau!" kata Fang sambil menggenggamkan tangannya

"Yea, abang kau hampir musnahkan aku tetapi... orang yang aku inginkan mati masih lagi hidup di dunia nyata" Putera Fang datang dekat kepada Fang "Aku tidak sangka pula rantai yang dia pakai dapat selamatkan diri dia tapi takpe... aku akan tetap memburu dan membunuh kak Lynna"

"Aku tak kan benarkan!" Putera Fang hanya tergelak sinis kepada Fang "Apasal kau tak puas hati dengan kak Lynna? Apa kesalahan dia?"

"Hmmm... bukan ke aku sudah pun beritahu kau tapi takpe. Mari aku ingatkan kau balik. Dia tidak sesuai dengan abang kita. Aku telah berikan sesuatu untuk mereka berdua tetapi dia pula yang pergi musnahkan. Aku masih lagi tidak puas hati dengan dia!"

"Isk! Itu pun kau tak puas hati.. mereka kan hanya kawan sahaja. Lagipun masa tu kau yang perangkapkan aku, kau yang berpura-pura menjadi aku tapi kak Lynna dan abang aku lebih tahu dan mengenali diri aku bagaimana. Aku sendiri tak pernah mempergunakan kawan-kawan aku sebagai orang gaji aku sendiri sebab aku menghargai persahabatan aku dan kawan-kawan aku!" Putera Fang tergelak sinis lagi

"Kawan ke ataupun tidak, aku akan tetap memburu dia. Apa kata kau bantu aku, ikut aku dan kita sama-sama melindungi abang kita daripada dia" Putera Fang menghulurkan tangan tetapi Fang undurkan diri dia

"Dia bukan abang kau! Aku tak kan bekerjasama dengan kau! Kau tu bukannya betul pun! Kau hanya wujud di dalam mimpi aku sahaja!"

"Yea, aku memang wujud di dalam mimpi kau sahaja tapi kali terakhir aku masuk ke dalam mimpi abang kau dan kak Lynna, semuanya nampak betulkan. Sehingga kau dan kawan baik kau dapat gunakan kuasa tapi jangan ingat kau dapat menang kali ini" Putera Fang memetik jarinya dan terus Kaizo muncul dengan tangan dan kaki dia kena gari

"Abang?"

"Adik... lari... dari...sini..." Kaizo kelihatan begitu lemah. Fang tak percaya itu adalah abang dia kerana abang dia kuat, bukannya lemah "Adik... lari.."

"Dengar tu Fang.. abang kau suruh kau lari sebab.." Putera Fang keluarkan sebilah pisau kecil "Baik kau lari dari sini daripada kau lihat bagaimana aku bunuh abang kita sendiri"

"KAU SANGGUP NAK BUNUH DIA! WALAUPUN DIA BUKAN ABANG KAU TAPI KAU SANGGUP NAK BUNUH ABANG SENDIRI! KAU NI MEMANG KEJAM!" Fang berlari ke arah Putera Fang, dia melompat dan lalu menerkam Putera Fang. Mereka berdua bergelut dan Fang cuba untuk merampas pisau itu dari tangan Putera Fang "Aku tak kan benarkan kau bunuh abang kita sendiri!"

"Dia juga bukan abang yang sesuai untuk kita!" kata Putera Fang yang cuba untuk lepaskan diri dia tetapi Fang lebih kuat daripada dia. Pisau itu terlepas dari tangan Putera Fang dan Fang cepat-cepat bangun. Dia ingin mengambil pisau itu sebelum Putera Fang itu dapat tetapi Putera Fang pegang kaki Fang dan lalu dia menarik kaki Fang sekuat hati. Fang terjatuh dan Putera Fang bangun dan dia cepat-cepat mengambil pisau itu. Kini pisau itu di dalam tangan Putera Fang "Kau lihat sendiri bagaimana diri kau membunuh abang kau sendiri"

"AKU BUKAN KAU!" Fang bangun. Dia tidak akan mengalah, dia akan selamatkan abang dia daripada putera gila itu. Putera Fang tarik kepala Kaizo ke belakang dan tangan dia lagi sebelah, naik ke atas dan cuba untuk menikam Kaizo. Fang berlari untuk selamatkan abang dia tetapi Putera Fang tergelak seperti orang gila dan begitu pantas sekali, tangan dia terus menghala ke jantung Kaizo

"ABANGGGGGGGG!"

------------------------------------------

"ABANGGGGGGGGG!" Fang terbangun dari tidurnya. Pernafasan dia tidak begitu stabil. Dia tercungap-cungap sambil memikirkan tentang mimpi tadi "Mimpi apa tadi tu" Fang pegang kepala dia tetapi ada sesuatu yang pelik dia rasa dekat kepalanya. Sesuatu yang melekit di kepalanya. Fang melihat tangannya dan dia terkejut "Darah?" Dia keluar dari katilnya dan cepat-cepat pergi ke arah cermin. Ada kesan darah di kepalanya "Mimpi tadi tu, betul atau tipu sahaja? Kalaulah betul, aku kena selamatkan abang aku daripada putera gila tu"

"PANGGGGG!" Pintu biliknya terhempas buka. Fang terkejut sedikit "Bangun pun kau! Ingatkan kau tidur lagi" Kaizo perasan dengan kesan darah di kepala adiknya "Kau kenapa? Apa yang kau buat sampai ada kesan darah tu?"

"Errr... adik terhantuk sahaja tadi" kata Fang. Dia tidak mahu abang dia tahu tentang mimpi tadi tapi memang betul pun, kepala dia terhantuk dengan batu dekat dalam mimpi

"Hmmm.." Kaizo masuk ke dalam bilik tersebut dan lalu dia memeriksa kesan luka itu "Betul ke kau terhantuk tadi? Kau buat apa sampai terhantuk begitu kuat sekali?"

"Hehehehee... adik mimpi seronok sangat sampai terhantuk dekat tepi katil" Fang tersengih

"Kau mimpi apa yang terlampau seronok sangat?" Kaizo dapat rasakan adiknya sedang sembunyikan sesuatu daripada dia tetapi dia perlu siasat dahulu "Kau mimpi pasal donut lobak merah ke?"

"Errr.. ha ah! Adik tengah mimpi pasal donut lobak merah" Kaizo pandang adiknya lama-lama "Ke-kenapa abang? Abang tak percaya ke?"

"Takde apa.. tapi kalau kau cuba sembunyikan sesuatu dari abang, nahas kau nanti! Baik kau beritahu perkara yang sebenarnya sebelum aku dapat tahu sendiri" Fang menelan ludah. Patut ke dia beritahu perkara yang sebenarnya? fikir Fang "Apa yang kau sedang fikirkan itu?" tanya abang dia

"Hehehehee.. takde apa abang. Adik pergi mandi dulu ok. Nak bersihkan kesan luka ni" Fang terus masuk ke dalam bilik air dengan begitu cepat. Kaizo hanya melihat adiknya dalam keadaan cuak dan cemas. Dia perlu cari jalan untuk adiknya beritahu perkara yang sebenarnya. Fang melihat dirinya balik di dalam cermin di bilik air. Dia memejam matanya dan imej mimpi tadi dia tidak dapat lupakan "Maafkan adik, abang" bisik Fang. Dia tahu dia tidak boleh sembunyikan perkara ini selama-lamanya daripada abang dia. Abang dia akan tahu juga nanti "Tapi.. macam mana aku nak hapuskan si putera gila tu" Fang membuka paip air di sinki dan lalu dia membasuh mukanya dan kesan luka di kepalanya

"PANGGG! LEPAS HABIS MANDI NANTI, ABANG NAK RAWAT KESAN LUKA KAU TU!"

"BAIK ABANG!" Fang menghela nafas. Lalu dia melihat cermin dan dia terkejut melihat imej Putera Fang sedang tersenyum sinis kepada dia. Fang menoleh kebelakang tapi dapati tiada siapa di belakangnya

"Kau tak kan dapat hapuskan aku tapi aku dapat hapuskan kau. Kau lihat sendiri bagaimana kepala kau boleh tercedera. Aku akan hapuskan kau dan abang kau kerana kamu berdua menjadi penghalang aku untuk membunuh kak Lynna! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAAA!" Terus Putera Fang hilang dari cermin itu dan telah di gantikan dengan muka Fang sendiri. Dia nampak mukanya sendiri menjadi pucat. Fang begitu geram sangat dan terus dia menumbuk cermin bilik air itu. Darah menitis ke dalam sinki putih itu. Beberapa serpihan kaca telah menusuk tangan Fang tetapi Fang abaikan sahaja rasa kesakitan di tangannya. Dia hanya rasa geram dan marah. Dia perlu lakukan sesuatu tapi apa? Macam mana dia nak hapuskan Putera Fang selama-lamanya? Tak kan dia nak harapkan dari kak Lynna sahaja, fikir Fang

"Tak, aku tak nak bahayakan nyawa kak Lynna dan abang aku juga tapi nyawa aku juga si gila tu nak" kata Fang "Mungkin ada cara lain untuk hapuskan dia"

"PANGGGGGG! KAU MANDI KE BERBORAK SESEORANG DIRI DEKAT DALAM BILIK AIR TU?"

"Isk abang aku ni.. nak mandi pun tak aman" bisik Fang "ADIK NAK MANDILAH NI! TUNGGU AJELAH ADIK SIAP MANDI!" Terus Fang sedar, tangan dia luka dan cermin di dalam bilik air dia sudah retak. Apa alasan dia nak beritahu abang dia nanti "Aduh, itulah aku.. bertindak tanpa berfikir" Fang terpaksa cari alasan. Dia cepat-cepat mandi supaya abang dia tidak menjerit lagi. Selepas sahaja dia siap mandi dan berpakaian segak seperti orang nak pergi bertemu janji sahaja, Fang terus ke ruang tamu. Kaizo sudah sediakan alatan untuk rawat kesan luka di kepala adiknya tetapi dia rasa pelik, apasal tangan adiknya turut luka sekali

"Kenapa dengan tangan kau?" tanya Kaizo sambil membelek-belek kesan luka itu

"Errr... adik nampak lipas dekat cermin tadi. Terus adik pergi tumbuk lipas tu" Fang tersengih tetapi Kaizo tidak percaya dengan kata-kata adiknya. Dia hanya senyap sahaja dan lalu dia meletakkan sejenis ubat di tangan adiknya. Selepas itu dia balut tangan adiknya

"Lain kali hati-hati. Jangan sampai nak luka sana sini" kata Kaizo dengan nada serius "Tapi.. itu bukan sebenarnya kau luka, betul tak cakap abang?" Fang hanya senyap sahaja, dia biarkan abangnya merawat kepala dia yang luka itu "Kenapa kau senyap? Kau nak sembunyikan sesuatu daripada abang ke?"

"Takde apa-apalah abang. Kan adik cakap tadi, adik terhantuk sahaja" kata Fang dengan perasaan marah

"Hmmm... abang tahu kau cuba untuk melindungi abang tapi kalau kau terluka lagi, baik kau beritahu aku perkara yang sebenarnya sebelum abang kehilangan kau buat selama-lamanya"

"Abang tak kan kehilangan adik" kata Fang dengan begitu perlahan sekali "Seperti adik tak kan kehilangan abang" Secara tidak langsung, Fang memeluk abangnya seerat-eratnya "Abang, adik ingin minta maaf kalau adik selalu buat silap dekat abang. Lebih-lebih lagi pada hari itu. Adik minta maaf sebab adik pergi sebarkan berita palsu. Maafkan adik, abang" Kaizo mula sudah tidak faham dengan perangai adiknya tetapi hati dia rasa lega sedikit apabila dia mendengar sendiri adiknya meminta maaf kepada diri dia

"Kesilapan hari itu, kau jangan nak ulangkan balik. Abang sudah maafkan kau tapi kau juga patut minta maaf kepada kak Lynna sekali" kata Kaizo "Betul ke kau tiada apa lagi nak beritahu abang?" Fang hanya gelengkan kepalanya sahaja. Dia tidak bercakap apa lagi, dia hanya peluk abangnya sahaja

-----------------------------------

"HAHAHAHAHAHAHAHAAA! KAU SUDAH KALAH, LILY!"

"Cheh! Mentang-mentanglah aku tak berapa nak pandai sangat nak main game ni, kau mengambil kesempatan untuk kalahkan aku! INI TIDAK ADIL!" Fang berasa pelik dengan kedua-dua Lily yang sedang bermain game catur pula. Boboiboy dan Yaya sudah naik bosan melihat mereka berdua yang tidak habis-habis lagi bermain game semenjak pagi tadi. Dari congkak ke game uno ke game monopoly dan sekarang ini pula game catur

"Apa kena dengan dia orang berdua tu?" tanya Fang sambil duduk di atas bangku kedai Tok Aba. Dia baru sahaja habis bermanja dengan abangnya di rumah. Selepas itu abangnya perlu ke kapal angkasa untuk memeriksa keadaan angkasa lepas dan juga latihan tempur dia

"Hmmm... apa lagi, berebut tentang aku lah. Lepas sorang kalah dengan satu game, tak puas hati. Terus main game lain pula. Macam tu lah dia orang sampai sekarang" kata Boboiboy yang sudah naik bosan. Lalu dia perasan dengan kesan balutan di kepala dan tangan Fang tetapi dia tidak tanya kenapa. Dia terus tanya soalan lain kepada Fang "Mana abang kau? Tadi abang kau datang sebab nak pulangkan teddy bear yang Rizu berikan semalam"

"Teddy bear pengantin tu?" tanya Fang

"Ha ah" Boboiboy keluarkan beg kertas yang dia simpan tadi di dalam kabinet kedai Tok Aba "Kau nak simpan ke?"

"Eh, bukan ke Kapten Kaizo suruh pulangkan. Kenapa kau nak suruh Fang simpan pulak teddy bear tu"

"Hehehehee... itu pun kalau Fang nak lah" tersengih Boboiboy kepada Yaya. Fang keluarkan salah satu teddy bear itu dan dia terkeluarkan teddy bear pengantin perempuan. Pemikiran dia terlintas wajah Lynna. Teddy bear itu terlepas dari tangan Fang dan lalu teddy bear itu jatuh di tepi bangku

"Fang? Kau ok ke?" tanya Boboiboy sambil melihat muka Fang berubah menjadi pucat. Yaya mengangkat teddy bear yang sudah jatuh itu

"Kau ok ke Fang? Kau nak air ke?" tanya Yaya pula. Fang tidak bercakap apa kepada mereka berdua

"Dey! Kau ni seperti nampak hantu. Kau mimpi hantu teddy bear ke tadi?" muncul pula Gopal dengan keropok lekor dia tetapi Fang tidak berkata apa lagi. Gopal usik-usik pipi Fang tetapi Fang masih lagi terduduk kaku di atas bangku itu "Apa kena dengan dia ni?"

"Wei Fang, apasal dengan lu ni? Ada masalah ke?" muncul pula Ying. Ochobot rasa risau pula, dia terus scan satu badan Fang

"Kau dapat apa-apa tak Ochobot?" tanya Boboiboy

"Apa yang aku dapat.. Fang terkejut kerana ada sesuatu yang terlintas di pemikiran dia. Tak kan dia nampak ibu dia pula dekat teddy bear tu"

"Tak mungkinlah Ochobot. Aku rasa ada sesuatu yang bahaya akan berlaku dekat seseorang tapi siapa yang Fang fikirkan tu. Abang dia?" Fang terus sedarkan diri dia. Mata dia berkebil-kebil sambil melihat kawan-kawan dia yang sedang melihat diri dia "Fang, kau kenapa? Kenapa tadi tu?" Fang mengambil teddy bear itu balik dari tangan Yaya

"Aku sebenarnya..." Fang berhenti bercakap seketika. Selepas itu dia sambung balik "Putera Fang tu datang balik" Semua terkejut "Dia datang balik ke dalam mimpi aku tapi kali ini dia nak bunuh aku, abang aku dan juga kak Lynna. Kesan luka dekat kepala aku ni, aku dapat dalam mimpi aku tadi"

"Macam mana dia boleh datang balik? Bukan ke abang kau sudah musnahkan dia dulu"

"Itu yang aku pelik, Boboiboy tapi kali ini aku tak kan bagi diri aku tidur sebab aku takut dia dapat bunuh aku dalam mimpi aku sendiri. Korang kena tolong aku. Tolong aku jangan bagi aku tidur" kata Fang sambil melihat tangannya yang kena balut itu

"Tapi kalau abang kau tidur.. dia akan masuk ke dalam mimpi abang kau juga kan?" tanya Yaya

"Menakutkan betul kembar gila kau tu. Tak kan dia tak puas hati lagi dengan kau" kata Gopal

"Dia memang tak puas hati pun. Dia tak puas hati lagi dengan kak Lynna tapi aku takut. Kalau aku abang aku tidur, nanti dia muncul pula dekat dalam mimpi abang aku dan aku takut kalau dia berjaya bunuh abang aku" Fang menggenggam tangannya "Aku sendiri tak beritahu abang aku tentang perkara ini sebab aku nak melindungi dia. Aku tak nak lah dia risaukan sangat"

"Tapi abang kau mesti nampak kau berperangai pelik hari ini. Sudah tentu dia risau dengan kau tapi kau tak boleh rahsiakan perkara ini daripada kau. Lambat lanun, dia akan tahu juga"

"Aku tahu, Boboiboy tapi aku tak nak lah si putera gila tu menghampiri abang aku. Dia nak aku dan abang aku mati sebab kita orang jadi penghalang buat dia untuk pergi ke kak Lynna, sebab itu dia perlukan hapuskan kita orang dulu tapi aku tak kan benarkan. Aku tak kan tidur dan aku tak kan benarkan abang aku tidur!" kata Fang dengan penuh semangat "Boboiboy! Bagi aku air kopi 10 cawan!"

"Lu ni sudah gila ke apa... nak minum air kopi sampai 10 cawan. Nanti menggigil sebab tak tidur, baru kau tahu" marah Ying

"Suka hati aku lah tapi ini untuk kebaikkan aku, abang aku dan kak Lynna juga"

"Fang, kita cari jalan lain. Kita minta bantuan dari orang lain kalau kau tak nak abang kau tahu" Fang terus fikirkan seseorang tapi kak Lynna sekarang ini, tengah tidak sihat, fikir Fang "Fang?" panggil Boboiboy

"Aku boleh sahaja panggil kak Lynna tapi dia tengah tak sihat dan tak kan aku nak bahayakan diri dia pulak. Entahlah, aku sendiri pun tak tahu nak minta tolong daripada siapa"

"Takpelah Fang. Kita orang boleh bantu kau tapi kalau kau tak nak tidur tu, aku takut nanti kau jadi gila pula" Gopal, Yaya dan Ying angguk kepala tanda setuju dengan kata-kata Boboiboy tadi "Kalau kau jadi tak betul, terus bertukar jadi hantu bayang. Lepas tu entah apa-apa lagi yang kau akan buat. Jangan kau nak keluarkan penguin bayang kau yang besar macam gergasi tu"

"Heehehehehee... maaf kawan-kawan" Fang tersengih "Tapi kalau aku jadi tak betul, kau ketuk kepala aku sampai aku pengsan.. eh tak boleh! nanti aku tertidur macam mana"

"Senang aje" muncul Ratu Lily di sebelah Fang dengan senyuman nakal dia "Aku bawa keluar roh kau dari badan kau. Lepas tu kau pergi lah rasuk badan abang kau! Kau jangan bagi dia tidur selama-lamanya! MUAHAHAHAHAHAHAHAHHAAAA!"

"HAH! KAU NAK JADI JAHAT BALIK LAH TU!"

"Ala Fang, sekali sekala aje aku jadi jahat. Bukannya selalu pun tapi kalau kau nak rasuk si Lily tu untuk aku.. aku terima!"

"Ehem! Kau nak main ke tak game ni? Kalau tidak, aku akan kalahkan kau!" Lily muncul di sebelah Ratu Lily dengan sebuah set permainan game baru. Dia tidak puas hati sebab dia kalah dengan game catur tadi. Kali ini dia bawa Scrabble pula, game bina perkataan "Aku akan kalahkan kau dengan perkataan kebenaran ku!"

"Tak puas hatilah tu. Jagalah kau wahai Lily"

"AKU LILY THE AWESOME TAK KAN MENGAKU KALAH DENGAN KAU!"

"Cepat mulakan permainan kita! Aku tak sabar nak kalahkan kau" Ratu Lily dan Lily terus kembali duduk bersila di depan kedai Tok Aba. Nampaknya, permainan mereka kali ini semakin sengit. Fang abaikan sahaja mereka berdua. Fang tak tahu nak buat apa, tapi yang pasti, dia tidak akan tertidur. Dia tidak akan benarkan Putera Fang dapat apa yang dia mahukan selama ini

--------------------------------

"ABANGGGGGGGG!" Terkejut Kaizo dengan jeritan adiknya yang ceria semacam itu. Sedikit lagi teh hijau nak tumpah di atas bajunya. Dia pandang ke arah pintu rumah untuk melihat adiknya yang baru sahaja pulang dari kedai Tok Aba. Boboiboy pun ada di situ juga. Fang melompat-lompat kegembiraan dan terus pergi ke arah abangnya "Abang, jom kita pergi latihan tempur"

"Aku baru sahaja pulang dari kapal angkasa, kau sudah minta latihan tempur pula? Kau demam ke apa ni?" Kaizo merasa dahi adiknya. Tak panas ataupun sejuk, biasa sahaja suhu badan adiknya "Kau sudah kenapa? Selalunya kau akan mengelakkan diri, hari ini kau nak pulak dengan latihan tempur"

"Adik nak bermanja-manja dengan abang, tak boleh ke?" Fang buat muka anak kucing comel kepada abangnya. Boboiboy seperti mahu beritahu perkara yang sebenarnya tapi dia takut nanti Fang akan mengamuk pula

"Bermanja-manja dengan latihan tempur? Kau ni semenjak bangun dari tidur sehingga sekarang, kenapa perangai kau pelik sangat? KAU TELAH MELAKUKAN SESUATU YANG ABANG TAK SUKA KE HAH?! APA YANG KAU TELAH LAKUKAN? APA YANG KAU CUBA SEMBUNYIKAN DARI ABANG?" Fang dan Boboiboy terpaksa menutup telinga mereka kerana suara Kaizo teramatlah kuat sekali "KAU JADI BUDAK NAKAL BALIK KE? KAU PERGI CARI NAHAS DENGAN ORANG LAIN KE?"

"MANA ADA! Adik mana ada cari nahas dengan orang lain! Kalau tak nak bagi adik latihan tempur, sudahlah abang! Biar adik sendiri yang pergi berlatih seorang diri" Fang terus pergi ke pintu rumah untuk keluar balik dengan kemarahan dia. Boboiboy tersengih kepada Kaizo dan terus ikut Fang

"Kenapa dengan kau ni Pang" bisik Kaizo sambil meletak cawan teh hijaunya di atas meja ruang tamu. Dia biarkan adik dia reda dari marah dahulu, malam nanti dia akan pujuk balik adiknya dan tanya kenapa "Aku berharap kau akan beritahu aku kenapa" Kaizo sambung balik baca novel hantu campur misteri itu. Lama kelamaan, dia tertidur di atas sofa ruang tamu

--------------------------------------

"Pang?" Kaizo berada di dalam sebuah planet. Semuanya bangunan di sekeliling dia habis hancur dan musnah. Debu-debu tanah berterbangan dan lalu masuk ke dalam mata Kaizo. Dia menggosok matanya yang sudah di masuki habuk itu. Kaizo membuka matanya secara perlahan-lahan dan dia teruskan perjalanan dia untuk melihat sekitar bandar itu. Tiada kehidupan yang hidup di bandar itu. Bunyi binatang ataupun manusia pun tiada kedengaran. Kaizo berasa sungguh pelik tapi yang pasti, ini adalah mimpi sahaja. Dia berjalan sehingga terjumpa seseorang yang mirip seperti adiknya

"PANG?" Kaizo berlari ke arah budak itu "PANGGG!" Budak itu menoleh kebelakang dan terus budak itu memberikan senyuman sinis kepada Kaizo. Dia berhenti berlari dan terkejut kerana di tangan sebelah budak itu terdapat sebilah pisau berlumuran darah "Pang?"

"Pang?" kata budak lelaki itu "Itu bukan adik kau, ini hanyalah mimpi sahaja tapi aku tahu aku juga bukan adik kau yang sebenarnya tapi.." Budak itu bangun dan terus Kaizo terkejut melihat adiknya terbunuh "Aku Putera Fang. Putera yang kau cuba hapuskan tapi kau gagal. Aku bukan mudah untuk dihapuskan, selagi adik kau mimpi tentang aku, selagi itulah aku akan tetap wujud di dalam mimpi dia, kau ataupun kak Lynna" Putera Fang datang dekat kepada Kaizo

"Kenapa kau kembali lagi? Apa yang kau inginkan!"

"Aku cuma nak satu sahaja tapi disebabkan adik kau begitu degil sekali. Aku terpaksa bunuh dia dan kau juga kerana korang menjadi penghalang aku untuk dapatkan apa yang aku mahukan"

"Lynna" Kaizo tahu apa yang Putera Fang mahukan tetapi dia tidak akan berikan peluang langsung kepada Putera Fang "PEDANG TENAGA!" Putera Fang melompat ke atas. Kaizo mendongak ke atas untuk melihat Putera Fang yang sudah ketawa besar itu

"Kau tak kan dapat hapuskan aku!" Putera Fang mengeluarkan pedang dia dan lalu dia berlawan dengan Kaizo di dalam mimpi itu

"AKU TAK KAN BENARKAN KAU BUNUH ADIK AKU SENDIRI DAN JUGA LYNNA! AKU AKAN HAPUSKAN KAU! TOLAKAN TENAGA!" Kaizo menggunakan kuasanya untuk menolak Putera Fang itu. Putera Fang terpelanting tidak begitu jauh, dia terjatuh di tepi sebuah bangunan yang sudah pun roboh. Lalu dia bangun balik untuk sambung berlawan dengan Kaizo

"Kau ingat begitu mudah sekali untuk hapuskan aku" Putera Fang menghayunkan pedangnya. Kaizo mempertahankan dirinya dengan menggunakan pedang tenaganya. Dia menolak Putera Fang dengan pedang tenaganya. Putera Fang terjatuh lagi sekali "Kau memang sangat kuat, dari dulu sampai sekarang memang aku tidak dapat nak hapuskan kau tapi aku tak kan berhenti menyerang kau!" Mereka terus bersambung berlawan di dalam mimpi itu. Putera Fang sudah kelihatan tetapi dia tidak mahu mengalah. Kaizo masih lagi bertenaga. Dia dapat menggelakkan diri daripada semua jenis serangan dari Putera Fang, sehinggalah bahu dia sendiri terseret di sebuah batu besar. Dia dapat rasakan kesakitan itu tetapi dia abaikan sahaja. Dia hanya perlu tumpukan perhatian untuk hapuskan Putera Fang itu

"Kau sudah kelihatan penat tapi masih mampu lagi untuk menghapuskan aku" kata Kaizo sambil menghalakan pedang tenaganya ke arah muka Putera Fang "Aku sangat kagum tapi hati kau bukan sesuatu yang aku patut kagumi"

"Hehehehehee... nampaknya aku sudah pun kalah tapi aku tak kan kalah semudah itu" Putera Fang menendang kaki Kaizo dan terus mengacukan pedang tenaga dia kearah bahu Kaizo. Pedang itu tertikam sedikit di bahu kanan Kaizo

"ARGHHHHHHHH!"

----------------------------------

Kaizo terbangun dari tidurnya dan nampak darah mengalir keluar dari bahu kanannya. Dia terkejut dan lalu dia tahu kenapa adiknya berkelakuan pelik. Putera Fang sudah pun kembali untuk huru-harakan mimpi mereka. Dia pegang kesan luka di bahunya dan pernafasan dia semakin naik turun "Aku tidak boleh berduduk diam. Aku tak kan benarkan dia mengambil nyawa adik aku dan juga Lynna" Kaizo bangun dari sofa itu sambil pegang bahunya. Darah mengambil keluar dan lalu ia menitis di atas lantai. Kaizo terus berjalan ke pintu rumah. Dia perlu pergi berjumpa dengan adiknya. Dia membuka pintu dan terkejut melihat Rizu ada di depan pintu

"ABANG PAIZO!" Rizu memeluk Kaizo "Abang Paizo macam tahu sahaja Pizu nak datang" Rizu terus tersedar bahawa ada darah di baju Kaizo "Abang Paizo ok ke? Kenapa ada darah? Ada orang serang abang Paizo ke? ADA MUSUH BARU SERANG ABANG PAIZO KE? MANA ABANG FANG? ABANG FANG KENA CULIK KE? DIA SUDAH BAWA LARI ABANG FANG KE? ABANG PAIZO NAK PERGI SELAMATKAN ABANG FANG KE? PIZU NAK IKUT BOLEH? PIZU JANJI TAK KAN GANGGU ABANG PAIZO! TAPI DIA BAWA LARI ABANG FANG KE MANA? Abang Paizo, jangan bagi dia cederakan abang Fang. Pizu sayangkan abang Fang sangat-sangat!"

"Rizu.. Pang ada dekat kapal angkasa. Abang perlu ke sana dengan segera. Kalau Pizu nak ikut, abang benarkan" Lalu Kaizo menghubungi Lahap dan terus Lahap mengambil mereka berdua di bumi. Setelah sahaja sampai di kapal angkasa, Rizu menolong Kaizo untuk pergi ke medan latihan tempur. Kaizo melihat adiknya berlatih seorang diri. Manakala Boboiboy pula duduk di tepi sambil melihat kawan baik dia berlatih bersungguh-sungguh

"Eh, abang Kaizo.." Dia juga seperti Rizu tadi, terkejut melihat bahu Kaizo yang cedera itu "Abang Kaizo tak apa-apa ke?" Fang terdengar jeritan sedikit dari kawan dia. Fang terus berhenti untuk melihat apa yang terjadi. Dia berlari ke arah abangnya yang sudah tersandar di tepi dinding kapal angkasa

"Abang! Kenapa dengan bahu abang? Siapa yang buat?"

"Pang, siapa yang lukakan kepala adik dan tangan adik tu? Beritahu abang cepat" Fang hanya diam sahaja "BERITAHU ABANG!"

"Putera Fang.. dia suruh musuh-musuh adik serang adik" Fang pegang tangan abangnya yang masih lagi pegang bahu yang cedera itu. Dia menggenggam tangan abangnya bersama "Maafkan adik sebab adik tak beritahu abang sebab adik tidak mahu abang risaukan. Adik mahu selesaikan masalah adik tanpa pengetahuan abang" Boboiboy sudah lari naik ke atas untuk memanggil Lahap kerana kapten dia cedera

"Musuh kau adalah musuh abang juga. Lepas ni, kau jangan cuba nak sembunyikan apa-apa daripada abang. Nanti apa-apa yang terjadi dekat kau, abang yang susah juga nanti. Kalau boleh, abang nak kita menghadapinya bersama" Fang peluk abangnya. Rizu rasa terharu pula, dia siap menangis di situ

"Tapi.. bagaimana kita nak hapuskan dia?"

Kaizo menghela nafas "Abang tak tahu adik tapi kita perlu cari jalan untuk hapuskan dia selama-lamanya. Abang tidak mahu dia kembali lagi ke dalam mimpi adik ataupun mimpi abang. Lebih-lebih lagi dia tidak berputus-putus untuk memburu Lynna"

"Abang, kita patut beritahu kak Lynna sekarang. Mana tahu kak Lynna sedang tidur dan dia tengah menyerang kak Lynna sekarang ini" kata Fang yang masih lagi memeluk abangnya

"Yea, kita patut beritahu dia" bisik Kaizo. Boboiboy sudah pun kembali ke medan latihan tempur bersama dengan Lahap

"Kaptenn! Macam mana kapten boleh tercedera ni" Lahap cepat-cepat merawat kaptennya "Apa yang sudah terjadi Kapten?"

"Lahap, selepas sahaja kau sudah habis merawat bahu aku. Aku nak kau pergi menghubungi Lynna dengan segera" kata Kaizo dengan nada serius dia

"Lynna? Bukan ke dia tengah tidak sihat sekarang ini"

"Aik, macam mana kau tahu kak Lynna tengah tak sihat" tanya Fang kepada Lahap "Kau pergi menghendap dia yea"

"Mana adalah. Abang kau yang beritahu aku sendiri" Lahap cuci luka di bahu kaptennya "Tapi kenapa aku perlu menghubung dia? Dia kan tengah tak sihat, tak kan kapten nak suruh dia berlawan pulak"

"Ikut sahaja arahan dari aku!"

"Baik kapten" kata Lahap. Dia tidak bertanya lagi selepas itu. Boboiboy, Fang dan Rizu melihat sahaja Lahap merawat bahu Kaizo dengan begitu tekun dan kemas sekali. Selepas sahaja Lahap sudah selesai membalut bahu kaptennya, dia cepat-cepat pergi menghubungi Lynna. Dia suruh Lynna tunggu di depan rumah Kaizo dan Fang. Lahap terpaksa hantar mereka balik ke bumi. Lynna sudah pun berada di halaman rumah Fang dan Kaizo. Dia dengan sekotak tisu di sebelah tangannya, badan dia di baluti dengan sweater berwarna biru dan hidung dia berwarna merah kerana selesema

"Kak Lynna memang tak begitu sihat" kata Fang

"Yelah... akak baru nak berehat, sudah korang panggil akak datang ke sini pula" kata Lynna yang sudah tidak larat nak berdiri lama "Korang nak- ACHUMMMMMMM!"

"Tapi kita perlu masuk ke dalam dulu" kata Kaizo. Dia rasa bersalah pula memanggil Lynna untuk datang ke sini tapi ini adalah hal penting, dia tidak boleh berdiam diri sahaja. Kaizo membuka pintu rumahnya "Maafkan aku Lynna tapi aku perlukan bantuan daripada kau"

"Bantuan apa?" kata Lynna yang sudah kelihatan tiada mood

"Kak Lynna.. Putera Fang sudah kembali. Dia serang Fang dan abang tadi tapi sasaran dia sudah tentu kak Lynna" kata Fang sambil memimpin Lynna duduk di atas sofa "Kak Lynna tolonglah kami. Fang takut dia akan serang lagi dan lebih teruk, dia akan serang kak Lynna dalam keadaan tak sihat. Abang sudah hapuskan dia dulu tapi tak tahu macam mana dia boleh ada balik"

"Itu sebab dia hanya wujud di dalam mimpi Fang dan kita semua. Sebelum ini dia hanya wujud dalam mimpi sahaja tapi sekarang dia sudah tahu untuk masuk ke dalam mimpi orang lain. Untuk hapuskan dia, senang sa- ACHUMMMMMMMMM!" Lynna terus mengelap hidungnya "Maaf yea. Akak tidak begitu sihat sahaja" Fang merasa dahi Lynna

"Kak Lynna demam teruk" Lynna hanya mengangguk sahaja

"Tapi disebabkan korang perlukan pertolongan dari akak... akak akan lakukan demi kamu semua!" Lynna tersenyum sedikit dan lalu "ACHUMMMMMMMM!... maaf yea semua"

"Kakak Lynna kalau tak larat, kakak Lynna rehat lah dulu" muncul Rizu dengan segelas air kosong untuk Lynna "Kasihan kak Lynna. Pizu pergi ambikkan selimut untuk kakak Lynna ok!" Rizu terus lari masuk ke dalam bilik Faye untuk ambilkan selimut. Lynna pula sudah terbaring di atas sofa sebab tidak larat. Fang biarkan Lynna rehat dahulu. Dia terus mengheret abangnya masuk ke dalam dapur bersama dengan Boboiboy

"Kau nak apa?" tanya Kaizo

"Abang.. tak kan kita nak paksa kak Lynna pulak. Kasihan dia tengah tak sihat tu"

"Jadi, kau nak tangguhkan sampai esok sahaja atau tunggu sampai Lynna sihat? Itu yang kau mahukan? Kalau si Putera gila tu datang ke dalam mimpi Lynna macam mana? Kalau dia datang ke dalam mimpi kau pula macam mana nanti? Kau nak tengok diri kau tercedera seperti mana dia cederakan abang. ITU YANG KAU MAHUKAN!"

"Kaizo.. sudah sudahlah tu. Janganlah nak marah adik kau tu" Lynna muncul di dalam dapur bersama Rizu "Kalau kau nak aku bantu kau dengan segera, aku boleh bantu"

"Tapi kak Lynna tengah sakit"

"Jangan risau Boboiboy. Kak Lynna cuma demam dan selesema sahaja" Lynna mengusap-usap kepala Boboiboy. Dia pandang ke arah Fang

"Kakak Lynna nak buat apa dengan abang Fang?" Lynna hanya berikan senyuman lemah kepada Rizu. Dia menyuruh Fang duduk di kerusi dan lalu dia menyentuh dahi Fang dengan ibu jari telunjuknya "Kakak Lynna nak buat apa?" Rizu rasa takut pula. Sedikit demi sedikit Lynna menggunakan kuasanya. Dia pejamkan matanya dan Fang rasa takut dengan apa yang Lynna ingin lakukan terhadap diri dia. Kaizo hanya berdiri dan melihat sahaja dengan muka dia yang serius. Mereka semua terkejut dengan kemunculan Putera Fang di dalam dapur tersebut. Dia menjadi seseorang yang wujud di dalam dunia nyata. Lynna berhenti menggunakan kuasanya kerana ia sudah pun selesai tetapi dia pengsan kerana sudah tidak larat lagi. Kaizo cepat-cepat sambut Lynna sebelum dia jatuh di atas lantai dapur

"HAHAHAHAHAHAHAAAA! Nampaknya aku sudah menjadi kenyataan di dunia ini!" Putera Fang ketawa besar di situ tetapi Fang tersenyum sinis kepada kembar dia "Kenapa kau senyum begitu kepada aku?"

"Selamat datang ke dunia aku! Kini giliran aku pula untuk membalas dendam!" Fang mengeluarkan kuasa bayang dia untuk menghapuskan Putera Fang itu "Kau seksa aku dulu, sekarang rasakan seksaan dari aku!"

"Pang! Nanti dulu" Kaizo melihat Putera Fang itu dengan penuh kemarahan dia. Kedua belah tangannya masih lagi mengangkat Lynna "Biar aku sahaja selesaikan si putera gila ini. Dia yang telah menganggu kau, menganggu aku dan juga menganggu Lynna dulu. Sekarang dia kembali untuk menganggu kita lagi"

"Apa yang kau ingin lakukan terhadap aku? Hapuskan aku? Nampaknya begitu mudah sekali kau ingin hapuskan aku" Putera Fang tergelak kecil di situ "Apa lagi, cepatlah hapuskan aku"

"Abang Kaizo nak buat apa dekat dia?" tanya Boboiboy. Kaizo tersenyum sinis sambil melihat Putera Fang

"Apa yang kau ingin lakukan?" Putera Fang berundur kebelakang. Apa yang terjadi seterusnya, semuanya menjadi pantas. Kaizo memberi peluang kepada Putera Fang untuk melarikan diri, sementara dia pergi letakkan Lynna di atas katil Faye terlebih dahulu. Selepas itu dia terus mengejar Putera Fang seperti mana dia mengejar adiknya ketika dia mengamuk tak tentu pasal

"WALAUPUN KAU BUKAN ADIK AKU! TAPI AKU AKAN MENGAJAR KAU SEPERTI AKU MENGAJAR ADIK AKU SENDIRI! MANA KAU MAHU LARI! MARI SINI!" Dari jauh lagi, Boboiboy, Fang dan Rizu boleh dengar jeritan dari Kaizo "DEKAT DUNIA NI KAU LARI, DEKAT DALAM DUNIA MIMPI BERANI PULA KAU! KAU TAKUT AKU AKAN BUNUH KAU KE HAH!" Putera Fang sudah tidak tahu untuk lari ke arah mana lagi dan akhirnya, dia di belasah oleh Kaizo sepuas-puasnya. Kaizo sempat lagi belasah Putera Fang di depan kedai Tok Aba. Hari pun sudah malam tetapi Lily dan Ratu Lily masih lagi bermain game di hadapan kedai Tok Aba. Kali ini mereka bermain batu seremban pula

"YESSSSSSSS! Aku berjaya menangkap kesemua batu tersebut! HAHAHAHAHA!"

"Senyaplah kau" kata Ratu Lily kepada Lily. Dia tidak puas hati lagi sebab dia tidak reti main batu seremban

--------------------------------

Keesoakan paginya, Lynna bangun dari pengsan dia semalam. Demam dia sudah berkurangan tetapi selesama dia masih ada lagi "SELAMAT PAGI KAKAK LYNNA!" Terkejut Lynna dengan jeritan Rizu yang secara mengejut itu

"Aduh Rizu ni.. suka buat orang terkejut" Lynna membelai kepala Rizu "Rizu tidur dekat sini ke malam tadi?"

"Ha ah, itu pun sebab Pizu nak jaga kakak Lynna. Oh yea, kakak Lynna simpanlah teddy bear ni" Rizu berikan dua teddy bear berpakaian pengantin kepada Lynna "Abang Paizo tak nak simpan, dia nak pulangkan kepada Pizu tapi Pizu rasa sedih pula. Kalau abang Paizo tak nak, kakak Lynna simpanlah teddy bear ni. Maaf yea kakak Lynna sebab Pizu sudah terbeli hadiah ini"

"Takpe.. akak maafkan" Lynna mengambil kedua teddy bear itu "Lagipun akak suka teddy bear. Teddy bear yang Pizu belikan ni comel sangat! ACHUMMMMMMM!"

"Kau sudah bangun" Kaizo muncul di muka pintu bilik Faye

"Selamat pagi, Kaizo" kata Lynna sambil mengelap hidungnya

"Hmmm.. pagi" jawab Kaizo

"Oh yea, apa jadi dengan Putera Fang tu?" tanya Lynna. Dia ingin tahu apa terjadi dengan kembar Fang yang jahat itu

"Aku telah pun menghapuskan dia. Daripada aku humban dia di dalam penjara orang sakit jiwa, baik aku hapuskan sahaja. Lagipun aku tak nak sesiapa mempergunakan dia untuk mengganggu kehidupan aku dan adik aku"

"Jadi dia sudah pergi buat selama-lamanya?"

"Yea, tiada lagi gangguan daripada Putera gila itu" kata Kaizo dengan nada serius dia "Kau berehat lah dulu, biar aku sediakan sarapan pagi untuk kau"

"Abang Paizo jangan buat masin-masin tau, kalau tidak nanti kakak Lynna bertambah sakit" Berkerut-kerut dahi Kaizo. Jadi untuk menggelakkan diri dia daripada buat sarapan pagi yang masin, dia pergi kejutkan Fang yang masih lagi tidur nyenyak. Dari bilik Faye, Lynna boleh dengar pergaduhan jeritan di antara adik dan abang. Lynna dan Rizu tergelak sahaja di dalam bilik itu sambil bermain dengan dua teddy bear yang comel itu

"ABANG SENDIRI LAH YANG BUATKAN! SURUH ADIK PULA!"

"KAU NAK DIA SAKIT PERUT KE?"

"MANA ADA!"

"CEPAT PERGI SIAPKAN SARAPAN PAGI! KALAU TIDAK, AKU AKAN HUKUM KAU DENGAN LATIHAN TEMPUR SELAMA 2 BULAN!"

"MANA ADIL!"

"ADIL KE TAK ADIL KE! CEPAT SEDIAKAN! PEDANG TENAGA!"

"ABANGGGGGGGGGG!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top