Memori Kawan dan Abang
"Aku rasa, aku memang tak layak sebagai adik dia" Itulah kata-kata Fang sebelum dia pergi menyembunyikan diri di tempat lain. Boboiboy rasa risau pula dengan kawan dia yang sudah terlampau lama sembunyikan diri. Dia menghubungi Faye jika Fang ada bersama atuk dan nenek dia, tapi Faye kata Fang tiada di situ. Dia juga ada pergi ke rumah Rizu jika Fang ada di situ tetapi kawan dia tiada di situ juga. Dia ada pergi bertanya kepada Lahap kalau Fang ada di kapal angkasa tetapi Lahap jawab, Fang tiada di situ dan akhirnya, dia menghubungi Lynna jika Fang ada bersamanya tetapi Fang tiada di situ juga. Dia telah beberapa kali cuba untuk menghubungi Fang tetapi gagal. Jam kuasa Fang tidak dapat dikesan atau dihubungi. Dia menjadi semakin risau. Dia juga tidak tahu apa kisah yang berlaku di antara Fang dan Kaizo. Lalu dia pergi ke rumah kawan baik dia untuk bertanya sendiri dengan abang kawan baik dia iaitu Kaizo. Setelah sampai di rumah Fang dan Kaizo, Boboiboy mengetuk pintu rumah itu untuk beberapa kali dan akhirnya Kaizo membuka pintu tersebut
"Kau cari Pang ke? Dia tiada di sini" kata Kaizo dengan suara garang dia "Budak tu memang menyusahkan aku sahaja"
"Err.. apa dia buat, abang Kaizo?" tanya Boboiboy. Kaizo menjemput Boboiboy masuk ke dalam rumah. Lalu Boboiboy masuk ke dalam rumah tersebut dan dapati rumah itu bersepah seperti ada puting beliung lalu di dalam rumah tersebut "Apa terjadi ni?"
"Kau nak tahu apa yang terjadi. Si Pang tu memang saja nak naikkan kemarahan aku. Dia ambik cincin kepunyaan ibu kami dan lepas tu dia pergi hilangkan" kata Kaizo sambil susun barang-barang di ruang tamu itu "Aku tahu dia ingin menyimpan barang-barang kepunyaan ibu kami tapi yang dia pergi hilangkan cincin itu kenapa? Cincin itu adalah pemberian ayah kepada ibu kami. Entah mana dia pergi hilangkan, aku sendiri pun tak tahu. Sudahlah dia ambik barang orang sesuka hati dia sahaja. Apa nak jadi dengan budak tu" membebel Kaizo lagi. Boboiboy hanya senyap sahaja "Nak kata nakal, dia memang sudah nakal pun. Nak katakan manja, dia memang suka sangat bermanja dengan aku. Nak kata rajin, memang terlebih rajin budak tu"
"Abang Kaizo janganlah marah sangat. Dia tak sengaja hilangkan cincin tu" kata Boboiboy yang masih lagi melihat Kaizo mengemas ruang tamu
"Sengaja ke tak sengaja ke, kenapa perlu ambik cincin tu? Dia sudah ada loket kepunyaan ibu kami, kenapa dia perlu nak cincin itu sekali? Cincin itu nenek yang berikan kepada aku, supaya aku dapat menjaga cincin kepunyaan ibu dengan baik. Dia amanahkan aku untuk menjaganya" Kaizo rebahkan diri dia di atas sofa sambil menghela nafas "Kalau kau jumpa dia, suruh dia pulang ke rumah kerana aku ingin bercakap dengan dia"
"Tapi masalahnya, saya sendiri tidak tahu dia pergi ke mana. Saya sudah tanya semua orang tapi sorang pun tak tahu"
"Hmm.. lari dari rumah lah tu" kata Kaizo "Dia mesti lari ke rumah atuk dan nenek aku, ataupun dia lari ke Kuala Lumpur untuk mengadu kepada kakak kesayangan dia tu"
"Maaf abang Kaizo. Saya sudah pun bertanya kepada Faye dan kak Lynna. Mereka sendiri jawab yang Fang tiada dengan mereka" Kaizo berasa pelik, kemana adik dia pergi? Jangan-jangan dekat kubur ibubapa mereka, fikir Kaizo
"Mungkin dia ada di situ" kata Kaizo seorang diri
"Dekat mana tu?" tanya Boboiboy. Kaizo tidak menjawab pertanyaan Boboiboy. Dia terus pergi menghubungi Lahap tetapi jam kuasa dia berbunyi. Kaizo rasa hairan, siapa yang menghubungi dia? Lalu dia menjawab panggilan itu. Hologram Yaya dan Ying terpacar di jam kuasa Kaizo
"Kenapa?"
"Kapten Kaizo, cepat datang ke sini! Ada sesuatu terjadi dekat Fang" kata Yaya
"Bagi lokasi kamu dengan segera" Yaya terus hantar lokasi dia kepada Kaizo "Terima kasih" Kaizo menutup hologram tersebut. Kaizo tidak berkata apa, dia terus pergi ke lokasi tersebut bersama dengan Boboiboy. Hati dia berasa berdebar-debar kerana suara Yaya tadi kelihatan sungguh cemas. Dia tidak fikirkan tentang benda lain, dia hanya fikirkan tentang adik dia sahaja. Adakah dia selamat? Ada musuh cuba menyerang adik dia atau sesuatu yang lebih buruk yang terjadi terhadap adiknya. Dia tidak mahu fikirkan benda yang bukan-bukan tetapi fikirkannya tetap bermain-main dengan Kaizo
"Abang Kaizo jangan risau sangat. Saya pasti Fang akan ok" Kaizo tidak berkata apa. Mereka teruskan sahaja pergi ke lokasi tersebut. Sampai sahaja di hujung pantai, tempat yang paling sunyi dan paling jarang orang nak datang ke situ. Kaizo ternampak adik dia sedang duduk di atas pasir pantai sambil memeluk lutut kakinya
"Pang?" Kaizo pergi ke arah adiknya "Pang, kenapa dengan kau?" Dia ternampak kesan darah di bahagian tepi kepala adiknya. Lalu dia mengusik darah itu dan terus membuatkan Fang terkejut
"Jangan sentuh Pang... Pang buat salah, Pang buat salah dekat abang.. jangan marah Pang" Fang melihat abangnya dengan wajah ketakutan dia. Dia undurkan diri dia untuk jauhkan dirinya daripada abang dia. Air mata Fang mengalir keluar kerana ketakutan
"Pang, kenapa dengan kau?" kata Kaizo yang sudah mulai rasa cemas
"Abang marah Pang.. Pang suka buat masalah dengan abang. Pang tak layak jadi adik kepada abang" Fang sudah tidak menjadi tentu arah. Dia seperti bukan diri dia yang sebenarnya. Kaizo cuba dekati adiknya lagi tetapi semakin dia dekat, semakin takut Fang rasa. Dia undur diri sedikit demi sedikit dan lalu dia bangun dan terus dia larikan diri dia
"PANGGGG!" Fang tidak berhenti atau menoleh kebelakang. Dia hanya berlari sekilat pantas untuk jauhkan diri dia daripada abang dia "Pang, kenapa dengan kau?" bisik Kaizo. Dia rasa menyesal kerana memarahi adik dia tadi dan sekarang, dia terpaksa tanggung kesalahan dia "Apa yang terjadi sebenarnya?" tanya Kaizo kepada Yaya dan Ying
"Tadi sebenarnya kami jalan-jalan ke sini. Lepas tu kami ternampak Fang sudah tidak sedarkan diri. Saya rasa darah itu sebab kepala dia terhantuk dengan sesuatu. Kami sendiri tidak tahu apa yang terjadi tapi lepas sahaja dia terjaga, dia terus jadi begitu. Senyap dan jadi ketakutan. Dia asyik panggil diri dia Pang" kata Ying
"Tak kan dia lupa ingatan lagi" kata Boboiboy
"Aku tidak pasti tapi aku kena cari adik aku. Dengan keadaan dia tidak begitu stabil, aku kena cari dia sebelum sesuatu yang lebih teruk terjadi" Kaizo mengikut jalan yang Fang lari tadi tetapi sesuatu telah menghalang Kaizo untuk bergerak dari situ. Dia sentuh sesuatu yang lutsinar di depannya dan terus dia terpelanting kebelakang
"KAPTEN KAIZO!" Menjerit Boboiboy, Yaya dan Ying
"Apa yang terjadi?" tanya Boboiboy. Yaya terbang ke atas tetapi nasib dia juga sama seperti Kaizo tadi. Mereka semua terperangkap di dalam sebuah kubah. Dinding lutsinar berubah warna kepada warna merah
Kaizo keluarkan pedang tenaga dia untuk musnahkan dinding tenaga itu tetapi gagal kerana ianya terlampau kuat sangat dan tidak mudah di musnahkan "SIAPA YANG BERANI PERANGKAP KAMI DI SINI?" Tanya Kaizo dengan suara garang dia
Muncul seorang perempuan berambut kerinting dengan baju dia penuh dengan perhiasan kerang laut. Dia tersenyum sinis kepada mereka berempat tapi paling mengejutkan apabila dia berjaya menangkap Fang. Dia sedang terapung-apung di tepi perempuan muda itu tetapi dalam keadaan tidak sedarkan diri
"PANG!"
"FANG!"
"Oh, itu nama dia" kata perempuan itu "Sebelum itu, baik aku memperkenalkan diri aku kepada kamu semua. Aku adalah seorang sihir yang dapat berikan sumpahan kepada adik kau yang bernama Fang ni"
"Sumpahan? KAU NAK BERIKAN SUMPAHAN APA DEKAT ADIK AKU?"
"Sumpahan permainan untuk kamu lepaskan diri kamu. Dia akan menjadi pemainnya dan dia hanya dapat lepaskan kamu satu per satu tapi bukan kamu berempat sahaja akan menjadi mangsa dalam permainan ini" Perempuan itu terus menghayunkan tangannya dan terus muncul Gopal, Lily, Rizu dan Bella di dalam perangkap itu. Mereka terkejut kerana diri mereka berada di tempat lain. Mulut Gopal ternganga besar kerana tiba-tiba sahaja diri dia ada dekat situ. Dia baru sahaja nak makan burger, sudah burger dia hilang dari dia. Rizu pula ternampak abang kesayangan dia tidak sedarkan diri
"ABANG FANGGGGG!" Rizu berlari dan terkena dinding tenaga dia dan dia juga seperti Kaizo tadi, dia terpelanting dan Kaizo sempat sambut dia sebelum dia terjatuh di atas pasir. Lily dan Bella rasa sangat teruja kerana menjadi mangsa orang jahat. Boboiboy menepuk dahi dia apabila Lily dan Bella melompat-lompat kegembiraan
"Suka pulak dia orang ni" bisik Gopal kepada Boboiboy
"BAIK KAU LEPASKAN ADIK AKU!"
"Aku boleh lepaskan dia tapi boleh ke dia ingat kamu semua dengan ingatan dia yang tidak begitu stabil" Perempuan muda tergelak sinis "MARI KITA MULAKAN PERMA-" Sebuah bebola api lalu lintas di depan mata perempuan itu "SIAPA YANG BERANI SERANG AKU?" Perempuan itu melihat ke langit dan nampak Lynna sedang terapung-apung di udara dengan muka marah dia "KAU!"
"Kau ingat kau dapat mempergunakan mereka dengan permainan kau!"
"Woahhhh! Dasyatnya kak Lynna" Lily bertepuk tangan kerana sangat teruja melihat kemarahan Lynna
"Kau ni betul-betul pengacau!" Lalu perempuan itu memetik jarinya dan terus dia hilang bersama dengan orang-orang tebusan dia iaitu Kaizo, Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Rizu, Lily dan Bella "Carilah mereka kalau dapat.. hahahahahaaa!" kata suara perempuan itu. Fang terjatuh di atas pasir pantai dan Lynna cepat-cepat mendarat di sebelah Fang
"Fang.. bangun.. Fang..." Lynna gerak-gerakan tubuh badan Fang tetapi Fang tidak berganjat "Fang.. bangun.. ni kak Lynna, akak perlukan Fang untuk mencari kawan-kawan Fang dan juga abang Fang.. bangun Fang" Lynna cuba kejutkan tetapi Fang masih lagi tidak bangun. Dia ternampak kesan darah di bahagian tepi kepala Fang "Nampaknya aku perlu berikan rawatan kepada Fang"
--------------------------------
Fang membuka mata dia secara perlahan-lahan. Dia ternampak seseorang sedang melihat dan memanggil diri dia "Fang.. Fang.. Fang ok ke?" Fang tidak begitu nampak siapakah orang yang memanggil nama dia. Penglihatan dia masih samar-samar "Fang.. kamu ok ke?" Fang berkelip-kelipkan mata dia dan akhirnya dia nampak muka seseorang yang sedang tersenyum kepada diri dia
"Jangan dekat dengan Pang" Fang cuba larikan diri dia daripada Lynna "Pang... Pang tak kenal siapa awak"
"Fang? Kenapa dengan Fang?" Lynna cuba untuk mengusik Fang tetapi Fang nampak begitu takut sekali "Fang, ini kak Lynna. Fang ingat tak?" Fang menggelengkan kepala dia dengan perasaan takut
"Siapa kak Lynna?"
"Fang, mari dekat akak" Tetapi Fang gelengkan kepala dia kerana takut sangat. Dia duduk di tepi sofa rumah dia sambil memeluk kaki dia. Lynna datang dekat tetapi perasaan Fang menjadi lebih takut "Fang, akak cuma ingin pulihkan memori Fang sahaja"
"Jangan sentuh Pang.. Pang tak nak.. Pang takut"
"Sedikit sahaja Fang. Kalau Fang takut, macam mana Fang nak selamatkan kawan-kawan Fang dan juga abang Fang"
"Abang? Mana abang? Adik buat salah dengan abang.. Pang takut abang marah Pang" Fang hayunkan badan dia ke depan ke belakang ke depan ke belakang sambil memeluk kaki dia lagi. Mata dia berliar-liar pandang ke sana sini "Pang tak nak kena marah dengan abang.. adik sayangkan abang tapi abang marahkan adik"
"Kenapa abang marahkan adik?" Lynna mahu sahaja membelai kepala Fang tetapi melihatkan keadaan Fang tidak menentu, dia simpan tangan dia kepada diri dia "Apa Fang buat dekat abang?"
"Pang takut.. Pang takut.." Fang menangis di situ "Pang takut... Pang takut abang akan marah Pang lagi"
"Hmmm... Fang tak nak akak betulkan memory Fang?"
"Pang takut" Lynna rasa kasihan melihat keadaan Fang tapi dia mesti cuba. Dia tidak mahu melihat Fang dalam keadaan tidak menentu seperti orang tiada arah. Dia akan bantu Fang, dia akan pulihkan ingatan Fang walaupun dia terpaksa pujuk Fang. Lynna cuba dekati Fang lagi sekali tetapi perasaan Fang menjadi debar-debar kerana takut "Jangan dekat dengan Pang.. jangan dekat dengan Pang... JANGAN DEKAT DENGAN PANG!"
"Sedikit sahaja Fang. Akak janji ia tidak menyakitkan Fang.. sedikit sahaja ok" Tangan Lynna semakin lama semakin dekat dengan kepala Fang "Fang sabar ok" Fang gelengkan kepala dan lalu dia menolak Lynna dan dia terjatuh dari sofa itu. Lynna terpaksa bersabar tetapi dia tidak akan mengalah
"JANGAN DEKAT DENGAN PANG!" Fang menangis di atas sofa itu "Adik nak abang.. adik nak abang.. adik nak abang" Fang menangis teresak-esak. Lynna duduk di atas sofa itu tetapi jauh sedikit dari Fang
"Fang dengar cakap akak ok" Fang melihat Lynna sedikit dengan mata dia yang penuh dengan air mata "Kalau Fang nak abang, memory Fang kena dipulihkan dulu. Kalau tidak, macam mana Fang nak selamatkan abang"
"Pang nak abang"
"Yea, akak tahu tapi Fang kenalah dengar cakap akak. Akak akan bantu Fang" Lynna tidak tahu samada dia perlu sentuh Fang ataupun tidak. Dia takut kalau Fang bertindak ganas lagi selepas ini "Fang, mari dekat akak" Fang gelengkan kepala. Lynna sudah tidak tahu apa yang dia perlu lakukan. Dia tidak dapat mengawal air mata dia yang mengalir keluar
"Pang nak abang tapi Pang takut abang akan marah Pang"
"Tak, abang tak kan marah Fang. Akak tahu abang akan faham sebab abang sentiasa sayangkan Fang"
"Be-betul ke?"
"Betul" Lynna berikan senyuman kepada Fang "Dia selalu cakap dekat akak yang dia sayangkan Fang. Dia tak nak kehilangan Fang tapi kadang-kadang dia menyesal kerana suka sangat seksa Fang"
"Abang memang suka seksa dan buli Pang tapi Pang tak pernah rasa benci dengan abang" Fang makin lama makin tenang. Lynna memujuk dia lagi supaya Fang rasa selesa dengan dia "Abang sayangkan Pang.. Pang pun sayangkan abang"
"Betul tu Fang" Lynna usik sedikit tangan Fang tetapi kali ini, dia tidak mengelak atau menolak Lynna. Dia sudah kembali tenang "Jadi Fang kena bantu abang kali ini. Abang Fang dalam bahaya, sama juga dengan kawan-kawan Fang"
"Abang dalam bahaya?"
"Yea Fang" Lynna sentuh kepala Fang "Akak akan bantu Fang untuk dapatkan dia balik" Fang melihat Lynna dengan penuh kepercayaan dia. Lynna senyum dan lalu dia pejamkan mata dia. Lalu satu pancaran cahaya menyala di tangan Lynna. Sedikit demi sedikit ingatan Fang kembali pulih. Mata Fang berkebil-kebil melihat cahaya di sekeliling dia dan Lynna. Cahaya itu makin lama makin berkurangan dan ingatan Fang semakin pulih. Lynna tersenyum sedikit dan dia membuka matanya. Dia nampak Fang sedang senyum kepada diri dia "Apa yang Fang ingat?"
"Fang ingat Fang ada buat salah dekat abang" kata Fang dengan suara sedih dia "Fang hilangkan cincin kepunyaan ibu. Sepatutnya Fang beritahu abang tapi Fang tak buat" Tangan Lynna terus memeluk Fang
"Selamat kembali Fang" kata Lynna dengan nada yang perlahan "Akak tahu abang tengah marahkan Fang tapi akak tak rasa abang akan marah Fang selama-lamanya tapi lain kali Fang jangan ambik barang abang tanpa pengetahuan dia"
"Kak Lynna, macam mana kita nak selamat abang dan yang lain-lain?" Lynna lepaskan pelukan dia. Fang boleh nampak mata kemerahan Lynna kerana dia juga turut menangis tadi. Lynna mengelap air mata dia yang masih lagi mengalir "Kak Lynna ok ke?"
"Akak ok. Jangan risau tentang akak. Sekarang kita fikirkan macam mana nak selamatkan mereka"
"Kau tidak perlu fikirkan lagi" Lynna dan Fang melihat sekeliling mereka menjadi gelap gelita "Berani kau pulihkan ingatan dia tapi takpe, aku tukar percaturan permainan kita" Lynna dan Fang mencari dari mana suara itu datang tetapi semuanya hanyalah kegelapan sahaja
"APA YANG KAU NAK HAH?" Marah Lynna kepada suara perempuan itu
"MANA ABANG AKU?"
"Abang kau? Abang kau selamat cuma..." Sekeliling Fang dan Lynna berubah dan kini mereka berada di dalam sebuah penjara. Lynna cuba gunakan kuasa dia untuk meletupkan besi penjara itu tetapi tidak berjaya "Cubalah sebanyak kali pun tapi kau tak kan dapat keluar dari situ"
"Kau ingat aku akan mengalah" kata Lynna dengan nada marah. Fang boleh lihat wajah kemarahan Lynna yang belum dia pernah lihat lagi. Lalu dia keluarkan kuasa api dia untuk hancurkan penjara besi itu. Dia lontarkan kuasa apinya tetapi penjara itu menyerap kuasa api Lynna "Tiada kesan" bisik Lynna
"Kan aku sudah cakap tadi. Kuasa kau tak kan berkesan" kata suara perempuan itu lagi
"Kak Lynna ketepi, biar Fang pula cuba kali ini. SERANGAN BAYANG!" Tetapi penjara besi itu menyerap kuasa bayang Fang "Tiada kesan juga!"
"Hahahahaaa.. itulah, degil lagi. Aku sudah cakap tiada apa yang dapat melepaskan korang keluarkan daripada penjara itu" Perempuan itu munculkan diri "Oh yea, maaf sebab aku belum memperkenalkan diri aku. Aku adalah Lady Silene, kuasa aku dapat mengumpul kesemua memory termasuklah memory abang kau dan kawan-kawan kau juga" Tangan dia seperti melontarkan sesuatu ke atas dan terus muncul 8 bola yang bercahaya putih di atas dia. Bola-bola itu terapung di atas dia
"Jadi kau mengambil memory mereka semua?" tanya Lynna
"Tepat sekali. Untuk keluarkan diri kau dari penjara itu, kamu perlu main permainan ini sahaja. Begitu mudah sahajakan" Lady Silene ketawa di situ. Lalu dia memetik jari dia dan muncul lapan orang yang Fang kenali. Kaizo, Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Rizu, Lily dan Bella. Semuanya muncul di belakang Lady Silene. Mereka telah di masukkan ke dalam sebuah kotak lutsinar. Mereka seperti tidak mengenali satu sama lain
"ABANGGG! ABANGGGG!" Tetapi Kaizo tidak dengar jeritan adiknya "ABANGGG! INI ADIK!"
"Maaf Fang, abang kau nampaknya sudah tidak mengenali diri kau.. HAHAHAHAHAHAHAAA!"
"AKU TAK KAN MAAFKAN KAU! LEPASKAN AKU DARI SINI!" Fang seperti mahu mengamuk di dalam penjara itu tetapi Lynna pegang kedua bahu Fang supaya dia tidak bertindak ganas
"Bertenang Fang" kata Lynna "Kita tak kan dapat keluar dari sini kalau Fang mengamuk"
"Habis tu, kak Lynna nak kita duduk diam sahaja.. ITU YANG KAK LYNNA MAHUKAN!" Fang menolak pegangan Lynna di bahu dia "Fang akan ajar perempuan tak guna tu! Jaga dia!"
"Tapi apa yang katakan oleh kak Lynna tadi memang betul. Kau mengamuk pun, tiada gunanya kerana permainan ini perlukan ikatan persahabatan antara kau dan kawan-kawan kau. Oh yea, dan juga dengan abang kau. Aku nak tengok, adakah benar kau dapat pulihkan ingatan mereka?" Perempuan itu tergelak sinis
"MACAM MANA AKU NAK PULIHKAN INGATAN MEREKA KALAU KAU SUDAH MENGAMBIL MEMORY MEREKA SEMUA!"
"Fang" Lynna panggil Fang secara lembut "Fang boleh pulihkan ingatan mereka. Ini hanyalah permainan dia sahaja, Fang kena yakin dengan diri Fang. Percaya kepada diri Fang yang Fang boleh buat. Fang jangan benarkan kemarahan Fang mengawal diri Fang"
"Tapi kak Lynna.."
"Tiada tapi tapi Fang.. ikatan persahabatan dan adik beradik Fang adalah lebih kuat daripada perempuan itu. Ingatankan mereka dan jangan mudah putus asa" Lynna berikan senyuman ikhlas kepada Fang. Dia yakin dengan diri Fang. Dia yakin Fang dapat lepaskan mereka semua dari sini
"Hmmm.. kau ni menyibuk sahaja. Permainan ini perlukan seorang sahaja pemain" Lady Silene memetik jarinya dan lalu Lynna rebah ke atas lantai penjara itu
"KAK LYNNA!" Fang melutut di depan Lynna "Kak Lynna bangun, Fang perlukan kak Lynna"
"Dia tak kan bangun selagi permainan ini belum mula dan belum tamat. Jangan risau, dia hanya tidur sahaja dan mimpi akan menjadi peneman dia" Fang menggenggam tangannya "Kau marah? Bagus bagus. Aku ada syarat lagi untuk kau. Kalau kau berjaya pulihkan ingatan mereka semua, dia akan bangun dari mimpi indah dia tapi kalau berjaya dapat pulihkan segelintir daripada mereka, kau akan kehilangan mereka yang tidak berjaya dan juga kak Lynna kau. Menarik tak permainan aku?"
"KAU NI MEMANG TAK GUNA!"
"Hmm... nampaknya kau masih marah lagi tapi takpe. Kita akan mulakan permainan ini!" Lady Silene membuka pintu penjara lutsinar milik Rizu "Kita mulakan paling kecil sekali"
"Siapa awak?" tanya Rizu kepada Lady Silene
"Saya cuma kawan adik sahaja tapi adik kenal tak siapa dalam penjara tu?" Rizu melihat Fang dan terus dia gelengkan kepala
"Rizu! Ini abang.. abang Fang! Cuba Rizu ingatkan abang" Fang mahu sahaja hulurkan tangan dia keluar dari penjara itu tetapi ada sesuatu yang menghalang dia buat begitu "Rizu tak ingat ke? Ini abang Fang. Abang kesayangan Rizu"
"Abang Fang? Siapa abang Fang?" tanya Rizu lagi
"Rizu peminat setia abang. Rizu selalu berada di sisi abang, Rizu selalu datang ke rumah abang. Rizu ingat tak?" Lady Silene hanya tersenyum sinis sahaja. Lalu dia pergi duduk di kerusi dia yang bermanik-manik itu menyaksikan Fang cuba ingatkan ingatan Rizu. Bola memori Rizu masih lagi bercahaya "Rizu ingat tak Rizu selalu bahasakan diri Rizu sebagai Pizu"
"Pizu?" Rizu datang dekat kearah penjara Fang
"Ha ah, Rizu panggil diri Rizu, Pizu sebab Rizu terdengar abang Kaizo panggil abang Fang, Pang. Terus Rizu suruh panggil Rizu, Pizu tapi abang tetap panggil Rizu, Rizu sebab Rizu adalah Rizu. Tapi yang paling best sekali, Rizu sekarang ni panggil abang Kaizo, Paizo"
"Abang Paizo?"
"Ha ah, abang Paizo. Comelkan nama tu?" Rizu terus angguk. Dia rasa comel pula nama Paizo itu. Bola cahaya memori Rizu mula bergerak-gerak, cahaya bola itu seperti mahu malap. Fang kena berusaha kuat lagi untuk pulihkan ingatan Rizu "Ingat tak Rizu pernah sebut, nama kita orang semua bermula dengan huruf P. Pizu, Pang dan Paizo. Nama tu semua buatkan kita seperti adik beradik"
"Pizu, Pang dan Paizo. PIZU! PANG! DAN PAIZO!" Mata Rizu membulat besar "Pizu ingat Pizu ingat! Tapi abang Fang seorang sahaja Pizu tak panggil Pang sebab nama Pang tu diberi khas oleh abang Paizo. Kalau Pizu panggil abang Pang, nanti nama tu tak istimewa buat abang Fang nanti" Cahaya bola memori Rizu terus hilang dan lalu bola itu jatuh ke atas sebuat karpet berwarna biru. Lady Silene berasa sungguh geram tapi dia tenangkan diri kerana itu baru seorang sahaja. Belum lagi yang lain
"Rizu ingat.. ingatan Rizu sudah kembali" kata Fang
"Mestilah Pizu ingat! Buat apa Pizu nak lupakan pulak" kata Rizu dengan senyuman comel dia. Lalu salah satu batang besi penjara Fang mulai hilang tetapi Fang masih lagi tidak boleh keluar dari situ. Rizu pun turut hilang
"Rizu? RIZUUUUU!"
"Jangan risau, dia selamat. Dia sudah pun berada di Pulau Rintis" kata Lady Silene dengan nada bosan dia "Senang sangat tadi tapi apa kata kau cuba yang seterusnya" Dia menghayunkan dan terus pintu penjara Bella terbuka
Bella keluar dari penjara itu dengan perasaan pelik dia. Fang dan Bella bukanlah kawan baik tapi kenapa Lady Silene tangkap dia sebagai salah seorang kawan dia? fikir Fang "Apasal kau dekat dalam penjara?" tanya Bella kepada Fang
"Wei Bella.. apa yang kau ingat sekarang?"
"Errr.. entahlah tapi siapa kau hah? Nama aku betul ke Bella? Kau dekat dalam penjara tu apasal? Kau buat masalah yea" kata Bella
"Senyaplah kau" bisik Fang "Wei Bella, cuba kau ingat aku ni. Pesaing kau dekat kelas 6 Jaya"
"Hmmm.. pesaing kau? Hahahaa... kalau kau adalah pesaing aku, nampaknya aku sudah pun menang sebab kau dalam penjara dan aku dekat luar penjara. Betul tak?" Bella tergelak tak henti-henti
"Geram betul aku dengan minah ni" Fang sabar sahajalah "Aku tahu tentang diri kau, Bella. Kau tu suka sangat cari masalah dengan aku tapi kau takdelah sejahat mana. Kau sebenarnya baik"
"Aku baik? Betul ke diri aku ni baik?" Fang menggenggam tangan dia. Apa yang dia perlu lakukan untuk pulihkan ingatan Bella? fikir Fang. Tiba-tiba sahaja sekeliling dia dan Bella berubah. Bola memory Bella jatuh di atas kedua tapak tangan Fang. Mereka kini berada di dalam memori Bella tapi bagaimana semua ini boleh berlaku? Fang melihat Lynna yang masih lagi dibuai mimpi
"Mungkin kak Lynna membantu aku?" bisik Fang "Tapi.. bagaimana?"
"Wei, yang kau pandang-pandang dia apasal?" kata Bella dengan nada tak puas hati "Dia tu siapa? Kekasih hati kau ke?"
"Isk, bukanlah! Itu kawan abang aku sahaja. Dia selalu datang ke Pulau Rintis untuk menolong aku dan abang aku. Dia kakak kesayangan aku tapi aku tak faham, dia ke bawa aku masuk ke dalam memory kau?"
"Memory aku?" Bella melihat sekeliling dia. Dia ternampak diri dia sedang duduk di atas tembok tepi pantai sambil berborak dengan seorang budak lelaki yang sama seperti budak lelaki yang sedang berdiri di depan dia "Itu kau dan aku ke?" tanya Bella
"Yea.. itu semasa aku dapat tahu rahsia kau dan kau bawa aku ke sini untuk cerita segala-galanya. Itu pertama kali aku nampak diri kau sendiri" kata Fang sambil melihat memory itu "Kau tak ingat ke?" Bella gelengkan kepala "Takpelah, kalau kau tak ingat" Memori itu terus bertukar. Kali ini sewaktu Bella kena gigit dengan Rizu. Fang tergelak sedikit apabila Bella menjerit kesakitan
"Siapa budak kecik tu?"
"Itu Rizu. Dia suka sangat gigit orang"
"Comel pulak aku tengok budak kecik tu tapi.. apasal dia gigit tangan aku?" tanya Bella lagi. Fang terpaksa bersabar kerana untuk memulihkan ingatan seseorang, ia memerlukan kesabaran yang sangat tinggi
"Dia gigit tangan kau sebab kau baling bola dekat muka aku" Bella ketawa kecil "Apasal kau gelak?"
"Mesti lawak kan muka kau terkena bola tapi apasal aku baling bola dekat muka kau? Kau ada buat salah ke atau aku buat salah dekat kau?"
"Hmmm... sebab aku ganggu satu sekolah dengan gelakan aku yang tak senonoh tu" kata Fang dengan nada bosan dia "dan aku gelak macam orang gila sebab aku berjaya membawa pasukan bola keranjang juara di peringkat negeri!" Bella angguk-angguk tanda faham "Jadi kau faham lah yea?"
"Faham sikit-sikit" Bella tersengih. Terus memori itu bertukar. Kali ini saat Bella menangis di tepi katil hospital. Bella masa itu masih kecil lagi. Ketika itu dia fikir, dia kehilangan abang dia selama-lamanya "Kenapa diri aku menangis?" bisik Bella. Dia seperti mahu menyentuh dirinya yang sedang kesedihan itu
"Abang.. Bella tak nak kehilangan abang" Bella yang kecik menangis teresak-esak di tepi abangnya "Abang bangunlah"
"Abang?" Bella terlalu asyik melihat seorang adik menangis di sisi abangnya. Fang melihat cahaya bola memory Bella. Cahaya bola itu bergerak-gerak, ia seperti memori Bella sudah pun kembali "Abang.. abang.. abang Aidan?"
"Abang.. abang janji nak bawa Bella jalan-jalan tapi abang janganlah pergi dulu. Abang tunaikan janji abang dulu.. adik perlukan abang, adik tak nak keseorangan. Adik nak abang" Bella yang kecil tidak henti-henti untuk bangunkan abang dia
"Aku ingat lagi.. ketika itu, abang aku koma selama seminggu. Aku setiap hari menangis dan menunggu dia bangun" Bella menangis di situ. Fang melihat balik bola memory Bella dan cahaya itu sudah pun malap. Fang terus tersenyum kerana dia berjaya pulihkan ingatan Bella. Memory itu hilang dan Bella pun turut hilang sekali. Dia sudah kembali di dalam penjara tadi dan satu lagi batang besi penjara itu hilang tapi dia masih lagi belum boleh keluar kerana ada dinding tenaga menghalang dia untuk lepaskan diri. Bola memori itu terlepas dari tangan dia dan lalu pecah. Dia terdengar satu tepukan yang tidak jauh daripada dia
"Syabas.. syabas.. kau berjaya pulihkan ingatan pesaing kau tapi aku tidak puas hati kerana kau telah di bantu oleh dia" kata Lady Silene sambil melihat ke arah Lynna "Tapi takpe, aku tak kisah. Sekarang giliran peminat setia kepada kawan baik kau pulak" Dia menghayunkan tangannya dan lalu pintu penjara Lily terbuka
"WEEEE! AKU BEBAS!" Lily melompat-lompat keluar "Apasal kau dalam penjara?"
"Perlu ke aku kena pulihkan ingatan dia?" bisik Fang. Dia menghela nafas dan terus sekeliling dia, Lily dan juga Lynna bertukar. Kali ini dia di dalam memory Lily. Bola cahaya memory Lily sudah pun berada di tangan Fang
"Errr.. kita berada dekat mana ni?" tanya Lily. Lalu dia terkejut kerana nampak sesuatu "AKU ADA KEMBARLAH!" Fang menepuk dahinya
"Kau hilang ingatan ke, ada ingatan ke, perangai sama sahaja" Fang melihat memory itu. Memory pertama kali dia berkenalan dengan Lily "Kau ingat tak lagi yang kau selalu bagi Rizu kerepek pisang"
"Rizu? Siapa tu? Kekasih hati aku ke?"
"Bukan lerr.. Rizu tu budak kecik ni hah!" marah Fang sambil tunjuk ke arah Rizu yang sedang dibawa lari oleh Lily
"OHHHHHHHHH! Comel pulak si Rizu ni. Macam penguin" Lily angguk-angguk sambil melihat diri dia lari "Tapi.. apasal aku tengah lari? Ada hantu kejar aku ke?"
"Tak.. kau lari sebab abang aku nak belasah kau dengan pedang tenaga dia" kata Fang dengan nada bosan dia
"Ohhh... mesti kacak kan abang kau sampai aku sendiri lari daripada dia" kata Lily sambil angguk-angguk lagi. Lalu memori itu berubah kepada memory Lily yang lain. Memory ketika dia dinner date bersama Boboiboy di kapal angkasa Kaizo "Wah, romantiknya tempat tu"
"Itu pertama kali kau dapat ber dating dengan Boboiboy. Kau tu gilakan Boboiboy sebab pipi tembam dia"
"Ha ah, betul cakap kau.. Pipi dia gebu aje, rasa nak cubit-cubit pipi dia tu" Tangan dia mulai gatal nak cubit pipi tembam Boboiboy "Tapi aku dengan dia couple ke sekarang ni?" Fang nak sahaja cakap ya tapi tak baiklah pula tipu orang. Baik pulak diri aku ni, kata dihati Fang
"Takdelah, korang hanya kawan biasa sahaja"
"Tapi apasal ada dinner date pulak? Kalau dinner date tu, maknanya aku dan dia mesti couple lah kan kan kan kan.. mesti bahagia aku dan dia sekarang ni. Bahagia selama-lamanya. Tiada siapa dapat menghalang kebahagian aku dan dia. Oh kekasih hati ku, sudikah kau dating dengan aku lagi dekat angkasa lepas lagi" Lily berdrama di dalam memory dia
"Aku rasa, tak payah pulihkan ingatan dia pun takpe" bisik Fang. Terus dia melihat Lily "Taklah, korang hanya kawan sahaja dan Boboiboy anggap kau sebagai kawan dia sahaja. Jadi, kau jangan nak berdrama sangat dekat sini"
"Ala.. bolehlah landak, aku nak drama sekejap sahaja. 2 minit ke 4 minit ke 6 minit ke" Lily berkelip-kelip mata dekat Fang "Bolehlah kan kan kan kan kan. Kau mesti kawan terbaik aku kan, betul tak?"
"Hmmm... aku kawan terbaik kau?" Lily angguk angguk "Bila masa aku kawan terbaik kau. Kau ada cari masalah dengan aku dan abang aku adalah. Macam mana abang aku tak puas hati dengan kau. Tiap-tiap hari kau panggil dia itik, kapten itik, itik hot dan aku pulak.. landak, landak, landak, landak"
"Tapi kau memang landak pun. Cuba tengok rambut kau, tajam macam duri landak" Lily tergelak seorang diri. Fang mula berapi-api dengan Lily "Janganlah marah landak, aku bergurau aje. Tak comel kalau landak marah. Cubalah senyum macam saya" Lily tersenyum lebar dekat Fang "Senyumlah senyumlah" Fang terpaksa berikan senyuman kepada Lily "Kan comel tu landak senyum"
"Yelah.. tapi" Fang melihat bola memori Lily, masih lagi bercahaya "Macam mana lah aku nak pulihkan ingatan kau ni" Lily tersengih kepada Fang "Kau nak apa, Lily?" Belum sempat Lily berkata, memory itu bertukar kepada saat Lily kena kacau dengan roh jahat
"Kenapa aku menangis?" tanya Lily
"Sebab roh jahat tu kacau kau. Dia kacau pemikiran kau. Kawan-kawan kau dan aku sekali dan juga musuh ketat kau, terpaksa selamatkan diri kau dari roh jahat" kata Fang
"Oh.. aku rasa aku macam ingat-ingat lupa tapi kau ada cakap dekat aku, yang aku ni unik" Fang melihat cahaya bola memori itu sudah pun malap "LILY THE AWESOME MEMANG UNIK DAN-" Terus Lily hilang. Sekitar Fang bertukar dan kembali di dalam penjara dia. Satu lagi batang besi hilang. Fang tersenyum dan letakkan bola memory itu di atas lantai penjara
"HAH! Kau ingat aku akan mengalah! AKU AKAN PULIHKAN INGATAN MEREKA SEMUA! HAHAHAHAHAHAHAAAA!" Fang tergelak kuat di situ. Dia terlalu yakin dia dapat pulihkan mereka semua dan dapat selamatkan Lynna sekali "Lepas aku terlepas dari penjara ni, nahas kau nanti!" Lady Silene tidak berkata apa, dia terus membuka dua pintu penjara seterusnya. Fang kena pulihkan ingatan kawan baik perempuan dia iaitu Yaya dan Ying. Terus sekeliling dia bertukar dan kali ini masuk ke dalam memory Ying. Kali ini dia memengang dua bola cahaya memori Yaya dan Ying
"Wei Fang, apasal kau suka sangat cari pasal dengan orang lain" tanya Ying dengan nada marah dia. Fang tidak ingat pula dengan memory itu. Terus dia melihat kedua kawan dia iaitu Yaya dan Ying
"Kita dekat mana ni? Kau siapa?" tanya Yaya sambil melihat kawan baik dia iaitu Ying
"Aduh, apasal lah dia bagi dua sekali gus. Pening kepala aku nanti" Fang menepuk dahinya "Yaya, ni Ying kawan baik kau. Yang suka bersaing untuk dapatkan nombor satu dekat kelas"
"Kawan baik aku?" tanya Yaya
"Jadi kita orang ni kawan baiklah?" tanya Ying pula "Lu siapa pulak? Kawan kita orang juga ka?"
"Yelah, aku pun kawan baik korang. Aku ada dekat sini sebab nak pulihkan ingatan korang" Yaya dan Ying buat muka kepelikan "Apasal? Tak percaya ke?" Memori itu berubah ke memory Yaya pula
"Birthday Fang kan tak lama lagi. Kita kumpul duit kita semua dan belikan sebuah novel detektif untuk dia" kata Boboiboy kepada kawan-kawan dia iaitu Gopal, Yaya dan Ying "Dekat dalam beg kertas ni pun sudah terbukti yang dia suka baca novel tapi dia tu suka sangat sorokkan minat dia"
"Kecuali minat dia terhadap donut lobak merah" bisik Gopal
"Aku tahu novel mana yang sesuai untuk dia" Yaya terus mengambil sebuah novel Sherlock Holmes yang bertajuk A Study in Scarlet "Tentu dia akan suka"
"Ha ah, novel yang sesuai untuk dia.. terbaiklah kau Yaya" Boboiboy mengumpul duit mereka semua untuk beli novel itu
"Ini memori bila?" tanya Yaya kepada Fang "Aku tak ingat"
"Yolah.. aku pun tak ingat" kata Ying
"Masa tu korang sibuk sangat nak tahu apa yang ada dekat dalam beg kertas aku tapi aku tertinggal dekat kedai Tok Aba sebab atuk aku datang dan ajak aku pergi berjalan-jalan. Pada hari itu juga korang buat kejutan untuk aku. Kejutan hari jadi aku dan hadiah yang korang berikan kepada aku, aku simpan dengan baik" kata Fang sambil melihat dua bola memory itu. Masih bercahaya lagi, dia perlu ingatkan mereka berdua "Tapi korang berdua tetap yang terbaik sebab terima aku sebagai kawan korang walaupun aku ni jenis panas baran"
"Apasal kau jenis panas baran?" tanya Yaya
"Hmmm.. entahlah tapi abang aku cakap, masa aku kecik-kecik.. aku ni suka sangat bermanja dengan dia tapi bila dah besar, terus jadi panas baran"
"Haiyaa... ini mesti ada apa-apa terjadi dekat kay sampai buat kau jadi panas baran tapi macam mana kita orang boleh tahan dengan panas baran kau? Mesti lu tidak pernah marah-marah dekat kita orang sebab kita orang ni perempuan" Fang gelengkan kepala
"Aku.. perempuan ke lelaki ke.. semua aku pergi marah" Fang berikan senyuman kepada Yaya dan Ying "Apa-apa pun, terima kasih sebab tahan dengan panas baran aku. Terima kasih kerana sanggup pergi dapatkan aku semula semasa abang aku bawa aku pergi. Terima kasih kerana terima aku semula selepas itu walaupun korang sudah puas belasah aku" Fang nak menangis tetapi dia terkejut kerana dua cahaya bola memory itu sudah pun malap
"Terima kasih kerana pulihkan ingatan kami" kata Yaya dan Ying serentak. Lalu mereka hilang dari situ. Fang rasa lega kerana kawan-kawan dia sudah pun pulih tapi tinggal lagi 3 iaitu Boboiboy, Gopal dan abang dia
"Sama-sama" bisik Fang. Dia sudah pun kembali ke dalam penjara itu dan kali ini, dua batang besi sudah pun hilang. Dia boleh sahaja keluar dari situ tetapi ada dinding tenaga masih menghalang dia keluar dari situ. Entah kenapa, tangan dia menjadi lemah. Dua bola memory itu terjatuh dari tangan dia dan terus terhempas di atas lantai penjara. Fang rebahkan diri dia di atas lantai. Dia sudah tidak larat lagi
"HAHAHAHAAAAA! Kau ingat kau dapat pulihkan mereka dengan senang. Lynna telah menggunakan kuasa dia tapi apa yang dia tak tahu, kuasa dia tu telah melemahkan diri kau. Kau masuk ke dalam memory mereka dengan menggunakan kuasa dia. Kuasa dia bukannya boleh digunakan sesuka hati sahaja tapi ada hadnya. Kau tak perasan ke, setiap kali Lynna menggunakan kuasa dia, dia memerlukan tenaga yang banyak. Kalau badan dia lemah dan masih lagi menggunakan kuasa dia, dia akan pengsan" Fang bangunkan diri dia walaupun dia sudah pun lemah
"Aku tak kan mengalah" kata Fang dengan nada yang perlahan "Keluarkan kawan aku yang seterusnya"
"Degil dan kuat juga kau ni. Baiklah" Lady Silene membuka pintu seterusnya. Gopal keluar dari bilik penjaranya
"Kau ada makanan tak?" tanya Gopal kepada Lady Silene "Aku laparlah" Fang menahan gelakan ketawa dia
"Errr.. saya tiada makanan dekat sini" jawab Lady Silene
"Habis tu, kalau takde makanan. Macam mana kau boleh hidup tanpa makanan? Malas lah aku nak tahu, baik aku pergi tanya budak tengah kebuluran tu" Kata Gopal sambil berjalan menuju Fang yang sudah lemah itu. Bola memory Gopal ada di tangan dia tapi masalahnya, mereka tidak dapat masuk ke dalam memori Gopal. Fang terlampau lemah. Agaknya tadi dia terfikir untuk masuk ke dalam memory mereka tapi kali ini, dia tidak berfikir dengan betul. Kepala dia rasa amat berat sekali, rasa pengsan pun ada
"Gopal" panggil Fang
"Aku Gopal ke?" Fang angguk lemah "Apasal dengan kau? Si perempuan tu tak bagi kau makan ke?"
"Bukan.. Gopal... aku.. nak.. kau ingat.. kan balik.. ingatan.. kau" Fang terduduk di atas lantai penjara itu "Gopal.. ingatkan.. balik.." Fang terus pengsan di sebelah Lynna yang masih lagi dibuai mimpi
-------------------------------
"Fang.. bangun Fang" Mata Fang terbuka luas dan lalu dia nampak seseorang
"KAK LYNNA!" Fang peluk Lynna "Kak Lynna sudah bangun"
"Tak, akak belum bangun lagi tapi Fang ada lagi 3 orang untuk diselamatkan" Dia lepaskan pelukan Fang dan lalu dia melihat wajah Fang "Maafkan akak sebab akak menggunakan kuasa untuk masukkan kuasa akak ke dalam badan kamu. Itu sahaja cara untuk Fang ingatkan mereka semua tapi nampaknya Fang sudah pun lemah. Maafkan akak"
"Kak Lynna jangan risau. Nanti bila Fang sudah kembali bertenaga, Fang akan selamatkan lagi 3. Lebih-lebih lagi abang. Fang perlu pulihkan ingatan abang. Fang tak nak kehilangan abang"
"Tak, Fang tak kan kehilangan dia. Percayalah cakap akak" Lynna berikan senyuman manis kepada Fang
"Tapi.. bila masa akak masukkan kuasa akak dekat Fang?"
"Semasa akak pulihkan ingatan Fang. Sebelum akak sampai ke Pulau Rintis, akak dapat firasat yang mengatakan Fang memerlukan pertolongan dari akak. Pertolongan pulihkan ingatan kawan-kawan Fang dan juga abang Fang. Dalam firasat itu, akak nampak Fang menangis kerana gagal selamatkan abang. Jadi akak datang ke Pulau Rintis secepat mungkin tapi kuasa akan akan kembali ke diri akak semula selepas sahaja Fang berjaya selamatkan Boboiboy, Gopal dan juga abang Fang" Lynna pegang kedua belah tangan Fang dan lalu mereka bangun bersama "Fang kena kuatkan diri. Akak nak Fang bangun dan habiskan misi, Fang"
"Baik kak Lynna!"
"Semoga berjaya Fang"
------------------------------
Mata Fang terbuka. Badan dia tidak terasa lemah lagi. Dia nampak Gopal sedang melihat diri dia dari luar penjara "Dey, kau ok ke? Tiba-tiba sahaja kau pengsan"
"Aku oklah, Gopal" Fang mencari-cari bola memori Gopal dan akhirnya dia nampak bola itu berada di tepi Lynna. Dia mengambil bola memory itu dan terus dia berada di dalam memori Gopal
"Aku dekat mana ni?" Fang berharap sangat hantu badut muncul "Tempat apa ni?"
"Kau dalam memory kau sendiri lerr" Gopal terus melihat diri dia tengah menahan daripada makanan yang sedap. Pada ketika itu, Ochobot telah mencabar dia dan Fang. Gopal tidak boleh makan makanan kegemaran dia dan Fang pula tidak boleh marah-marah orang
"Burger yang kau makan tu nampak sedaplah" Meleleh air liur Gopal dan pada masa yang sama, Gopal di memory Gopal juga turut meleleh air liur. Fang menahan gelakan dia "Sedapnya burger yang kau makan tu. Tengoklah keju dia meleleh keluar. Apasal aku tak dapat makan burger pada masa tu" Gopal rasa nak menangis pula. Tiba-tiba sahaja perut dia berbunyi "Hehehehehee..."
"Isk kau ni, sudah hilang ingatan pun, sempat lagi kau nak berlapar"
"Errr.. aku hilang ingatan ke?" Fang rasa nak cekik kawan baik dia "Adeh, tak tahan aku nak tengok burger kau tengah makan tu" Terus memory bertukar menjadi lain. Memory hantu badut "HA-HANTU BADUTTTTTTTT!"
"Muncul pun si hantu ni" bisik Fang dengan senyuman sinis dia "Baik kau ingatkan balik siapa diri kau Gopal! Kalau tidak, aku akan suruh hantu badut ni gigit kau!"
"Ja-janganlah.. aku takut dengan hantu"
"Eleh, dulu kau juga yang panggil aku hantu kan" Gopal menggigil melihat diri dia di ganggu oleh hantu-hantu badut "Cakap aje peminat hantu tapi rupanya takut. Patutlah abang aku suka sangat takutkan kau" Bola memory Gopal masih lagi bercahaya "Isk, cubalah kau ingatkan balik diri kau tu. Yang suka makan, suka main game, suka cari pasal dengan aku, suka kena kejar dengan harimau bayang, suka hantu tapi penakut dan juga SUKA DEKAT SEPUPU AKU!"
"Dey! Bila masa aku suka dekat sepupu kau si Faye tu" Fang berjaya ingatkan Gopal balik. Cahaya bola memory Gopal sudah pun malap "Faye tu kawan baik aku, tahu tak! Tapi dia kawan baik nombor dua sebab Boboiboy kawan terbaik aku nombor satu!"
"Aku ni nombor berapa?"
"Kau ni nombor-" terus Gopal hilang dan Fang kembali ke dalam penjara dia
"Cheh, tak sempat pulak aku nak tahu aku nombor berapa" Fang melihat batang besi itu dan salah satunya sudah pun hilang. Kini tinggal dua orang sahaja, Boboiboy dan abang dia. Tanpa disebut lagi, Lady Silene membuka pintu penjara Boboiboy tetapi kali ini, permainan mereka bertukar. Lady Silene mengubah tempat kedudukan mereka. Memori Boboiboy telah dikembalikan tetapi dia kini di dalam penjara bersama dengan Lynna. Memori Fang pula di ambil oleh Lady Silene
"Eh, apa yang terjadi ni?" Boboiboy cuba untuk keluar dari penjara itu tetapi dinding tenaga itu menghalang dia. Lalu dia ternampak Fang di luar penjara dia "FANGGGG!" tetapi Fang seperti sudah tiada ingatan
"Hahahaa... sekarang tiba giliran kau pula" Lady Silene membuka pintu satu lagi iaitu pintu penjara Kaizo tetapi ingatan dia sudah pun dipulihkan "Saksikan bagaimana abang pulihkan ingatan adiknya tapi jika-" terus dia pandang Boboiboy "kau ganggu mereka berdua, memory kawan baik kau akan akan hancurkan" Dia cuba untuk lepaskan bola bercahaya itu
"JANGAN!" Jerit Boboiboy. Lady Silene tersenyum sinis
"Panggg!" Kaizo sudah pun keluar dari penjara dia "PANGGGG!" Dia berlari ke arah adik dia
"Kau.. kau siapa?" terkejut Kaizo "Kenapa kau nak dekati diri aku?" Kaizo melihat Fang sedang undurkan diri dia. Fang berjalan secara perlahan-lahan untuk jauhkan diri dia daripada Kaizo
"KAU!" Kaizo pandang ke arah Lady Silene dengan kemarahan dia "KAU BAGI BALIK MEMORI ADIK AKU! PE-" Lady Silene mahu lepaskan bola memory Fang
"Kau cuba serang aku, memory adik kau juga akan aku lenyapkan" Lady Silene ketawa sinis "Malangnya kawan baik kau juga tidak dapat membantu kau kali ini. Walaupun memory kamu sudah dipulihkan oleh aku sendiri, tak bermakna dia akan bangun dari mimpi dia. Aku sudah katakan tadi, kalau dia nak bangunkan dia. Dia mesti berjaya pulihkan ingatan kamu semua tapi sayangnya, aku sendiri yang buat. Nampaknya dia tidak berjaya dalam permainan ini"
"Kau kata ini adalah satu permainan?! INI BUKAN PERMAINAN! KAU MEMANG JAHANAM!"
"DATANG LAH DEKAT! AKU AKAN HANCURKAN MEMORY ADIK KAU!" Lady Silene mengangkat tinggi-tinggi bola memori dan lalu dia baling bola memori untuk hancurkan kesemua memory Fang
"JANGANNNNNN!" Boboiboy menjerit melihat bola memory sedikit lagi hendak pecah berderai di atas lantai tetapi Kaizo sungguh pantas sekali. Dia menangkap bola memory adiknya "ABANG KAIZO! HATI-HATI!" Kaizo menoleh kebelakang dan Lady Silene cuba untuk membunuh dia dengan sebilah pedang. Mata Kaizo membulat besar apabila melihat adik sendiri melindungi dia daripada terkena pedang itu. Fang peluk abang dia dan badan bahagian bahu belakang Fang terkena pedang itu
"ARGHHHHH!" Fang menjerit kesakitan
"PANGGGGGGG!" Kaizo terkejut melihat Fang rebah di atas badan dia "PANGGGGG!"
"FANGGGGGGGGG!" Boboiboy menjerit-jerit seperti orang gila di dalam penjara itu. Dia terduduk di situ sambil melihat Kaizo memeluk adiknya yang masih lagi bernafas itu tetapi pernafasan amat perlahan sekali. Dia menangis sambil melihat Kaizo menjerit-jerit nama adiknya. Bola memori Fang tergolek jatuh dari tangan Kaizo
"HAHAHAHAHAHAHAAAA! AKHIRNYA AKU MENANG!"
"WEI PEREMPUAN GILA!" Lady Silene berhenti bergelak dan melihat di hadapannya "Lu ingat lu sudah menang ka" Ying datang bersama dengan Yaya, Gopal, Lily, Bella dan juga Rizu
"Macam mana kamu semua boleh tahu tempat ini?"
"Senang sahaja" muncul Ochobot "Boboiboy telah mengaktifkan koordinasi tempat kedudukan dia dan dengan begitu mudah sekali aku dapat membuka portal koordinasi dia. Koordinasi dia telah menghantar kami ke sini dan sekarang, terimalah serangan daripada mereka semua!"
"BERANI KAU CEDERAKAN KAWAN KAMI! RASAKAN NI! SERANGAN SERIBU TENDANGAN LAJU!"
"TUMBUKAN PADUUUU!"
"TEMBAKAN MAKANAN!"
"GIGITAN BERBISA PIZU!"
"SUPER FLYING KICK LILY!"
"SUPER DUPER BALINGAN BOLA BERACUN BELLA!"
Semua menyerang Lady Silene sehingga dia dibelasah sepuas-puasnya oleh rakan-rakan Fang. Akhirnya dia mengaku kalah "Jangan serang aku lagi" kata Lady Silene
"Baru kau takut dengan serangan kami!" kata Yaya, Ying, Lily dan Bella serentak
"Aku janji aku tak kan buat kacau lagi tapi saya cuma nak main game sahaja dengan si rambut cacak tu" Lalu Kaizo bangun sambil mengangkat adiknya "Maafkan saya" Kaizo pandang Lady Silene dengan wajah kemarahan dia
"Kau ingat permainan kau tu lawak sangat ke? DISEBABKAN OLEH KAU LAH ADIK AKU HAMPIR MATI! JAGA KAU!" Kaizo meletakkan Fang dan lalu dia keluarkan pedang tenaga dia "TETAKAN TENAGA!"
"JANGAN-" Pedang tenaga Kaizo hapuskan Lady Silene. Penjara Boboiboy terus hilang dan Lynna bangun dari tidurnya. Kaizo menyimpan balik pedang dia dan lalu dia mengambil bola memory adiknya. Dia tidak berkata apa lagi. Ochobot membuka portal teleportasi dia untuk membawa mereka semua pulang
------------------------------------
"Pang, kau ok ke?" Kaizo melihat adiknya yang sedang dirawat oleh Lahap. Memory adiknya belum dipulihkan lagi "Pang, kau kena bangun selepas ini" kata Kaizo lagi "Pang, abang nak ucapkan terima kasih selamatkan abang tadi" Mereka kini berada di kapal angkasa Kaizo. Fang ditempatkan di bilik dia sendiri
"Abang Kaizo, macam mana nak pulihkan memori dia?" tanya Boboiboy
"Jangan risaulah, akak boleh bantu" Lynna pegang bola memori Fang "Tapi.. macam mana keadaan dia, Kaizo?"
"Lahap?"
"Keadaan dia stabil tapi dia cuma perlukan berehat sahaja. Kapten jangan risaukan tentang dia sangat, dia masih hidup lagi dan bahu dia, aku sudah pun rawat dan balut" kata Lahap. Kaizo belai rambut adiknya
"Terima kasih Lahap" kata Kaizo "Boleh tak kamu tinggalkan aku bersendirian sebentar" Lahap, Lynna, Boboiboy, Yaya, Ying, Gopal, Bella, Lily dan Rizu keluar dari bilik tersebut. Setelah mereka keluar, Kaizo berkata lagi "Pang, abang nak minta maaf kerana marahkan kau tadi tapi kau yang buat salah. Kau hilangkan cincin ibu tapi aku tidak patut marah kau dengan begitu teruk tapi kenapa kau ambil cincin itu tanpa minta izin daripada abang dulu? Kenapa kau ambil cincin itu secara senyap-senyap. Abang maafkan kau tapi lepas ni, jangan buat lagi"
"Adik tak kan buat lagi" Fang membuka mata dia
"Eh, macam mana memori kau sudah pulih?"
"Sebab kasih sayang abang terhadap adik tidak pernah hilang" Fang genggam tangan abang dia "Tapi adik sendiri pun tidak tahu bagaimana. Ini semunya sesuatu yang misteri tapi maafkan adik sebab hilangkan. Adik akan cari sampai dapat kerana adik yakin, cincin ibu mesti ada dekat dalam rumah kita. Adik sendiri tidak pernah bawa cincin itu keluar dari rumah"
"Abang sudah maafkan kau. Nanti kita akan cari cincin ibu sama-sama" kata Kaizo. Lalu dia cium dahi adiknya. Lynna dan Lahap berdiri di pintu bilik itu dan lalu mereka tersenyum melihat kemesraan mereka. Bola memori Fang sudah pun tiada cahaya. Sebenarnya Lynna yang buatkan memori itu kembali kepada tuannya dan kuasa dia pun telah kembali ke dalam badan dia
"Abang, nanti adik nak makan bubur lobak merah boleh?"
"Boleh. Apa sahaja untuk adik ku yang tersayang"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top