Masalah Kaizo
Boboiboy rasa pelik melihat kawan baik yang senyum seorang diri seperti memenangi sejuta wang ringgit. Fang hanya duduk di atas bangku sekolah sambil membaca buku teks sejarah dengan senyuman dia yang semacam. Ramai yang takut hendak mendekati Fang sebab tak nak senyuman itu berubah menjadi keamukan Fang. Mereka lebih rela melihat Fang tersenyum daripada bermasam muka tapi dia lagi kacak kalau wajah dia sentiasa serius sahaja seperti abangnya iaitu Kaizo. Boboiboy berjalan ke arah Fang dengan perasaan ingin tahu
"Hai Fang, sudah lama kau sampai sekolah?"
"Aku sampai awal hari ni. Lagipun bosanlah dekat rumah. Abang aku takde, Faye sudah pergi ke rumah Bella, jadi tinggal aku seorang sahajalah"
"Abang kau pergi mana?" Boboiboy duduk di sebelah Fang
"Selepas sahaja kita orang balik dari percutian kita, abang aku terus ke kapal angkasa. Sampai sekarang dia tak balik-balik lagi. Lagipun dia ada beritahu aku sebelum tu, dia mungkin akan pergi agak lama. Entah-entah sekejap aje dia pergi"
"Jadi.. kau ok ke abang kau pergi?" tanya Boboiboy dengan nada risau dia "Bukannya apa, aku takut nanti kau juga yang sedih sebab abang kau tak beritahu apa yang dia buat, dia pergi mana, apa khabar dia. Kau juga yang risau. Bukan kau seorang sahaja yang risau, aku pun akan risau juga. Terutama sekali dekat kau" Lalu Fang berhenti tersenyum. Muka dia berubah menjadi serius
"Aku tahu.. tapi aku kenalah bertahan. Dia bukannya jenis akan beritahu tentang diri dia, yang dia cuma nak, apa aku buat dekat sini. Itu ajelah tapi kau tak perlu risau tentang aku" Fang tersenyum sedikit "Aku tak kan marah-marah korang, dan aku tak kan kelihatan ceria semacam!"
"Yelah tu, entah-entah dalam 2 3 kali lepas ni.. terus kau jadi macam dulu-dulu. Mulalah dengan perangai pelik kau, lepas tu hati asyik terlalu rindukan abang kau, sampai nak berdrama dekat kita orang" muncul Gopal dengan ice cream chocolate dia
"Wei wei, janganlah cakap macam tu" kata Boboiboy
"KAU INGAT AKU AKAN JADI MACAM DULU TU KE!" Hati Fang mula panas dengan kata-kata Gopal tadi. Lalu dia bangun dan serahkan buku teksnya kepada Boboiboy "Jaga kau Gopal! Rasakan keamukan aku.. BERUANG BAYANG!" Seekor beruang bayang terbentuk di hadapan mata Gopal "KEJAR SI PENAKUT HANTU TU!"
"JANGAN KEJAR AKUU!" Gopal terus selamatkan diri dia dari beruang bayang tersebut. Beruang itu tetap mahu mengejar Gopal "TOLONG AKU BOBOIBOY!"
"HAHAHAAAA! Mengata aku lagi.. Rasakanlah!" Fang terus gelak ketawa di situ tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain melihat dia dengan mukanya tidak senang melihatnya
"PANGGG!" Terus Fang berhenti gelak. Dia menoleh kebelakang dan muka dia berubah menjadi masam. Suara itu tadi bukanlah suara abang dia tetapi suara dari seorang gadis yang suka cari pasal dengan dia "HAHAHAAAA! Kau kena tipu dengan aku" Fang menggenggam tangannya dan dahinya berkerut-kerut
"Jagalah kau nanti, Bella" bisik Fang
"Macam-macam betul korang berdua ni"
"Hehehee.. kau marah ke, Yaya?" Bella tersengih kepada Yaya yang baru sahaja sampai di sekolah "Tapi itu memang sudah menjadi hobi kewajiban aku. Cari pasal dengan landak berungu-ungu ni!"
"Takdelah.. tak marah pun tapi jangan korang berdua bergaduh lagi sudah. Kita kan kawan, tak baik gaduh-gaduh" tegur Yaya tetapi suara dia tidaklah begitu tegas pada hari ini
"Yelah tu" muncul Gopal balik semula. Kali ini muka dia penuh dengan kesan-kesan cakaran dari beruang bayang Fang "Dengan aku ke, Boboiboy ke, Bella ke.. dia akan bergaduh juga tapi gaduh-gaduh pun, kita orang tetap kawan baik juga.. betul tak Fang?"
"Ha ah! Betul tu! Jadi Yaya tak perlulah risau" Fang berikan peace kepada Yaya tetapi kaki dia asyik pijak kaki Gopal sebab Gopal pijak kaki dia sebentar tadi. Mereka main pijak-pijak kaki di situ sambil tersengih. Boboiboy perasan dengan perbuatan kawan baik dia tetapi dia abaikan sahaja sebab malas nak melayan karenah mereka berdua "Wei, mana Faye dan Ying?" tanya Fang
"Ying sudah sampai awal tadi. Dia dan Faye sampai dulu sebab nak uruskan tentang hal drama pementasan dia orang" balas Yaya
"Ha ah, aku dengar dari Faye.. dia orang tengah mencari watak utama. Tadi dia orang cuba ambil Harraz sebagai watak utama tapi dia lari pulak sebab takut. Lepas tu si Momoki cuba goda dia orang untuk dapatkan watak utama tu tapi dia orang reject sebab tak sesuai sangat" Bella terus pandang Fang dengan senyuman sinisnya "Tapi... watak utama tu macam sesuai aje dengan kau. Lagipun watak tu memerlukan suara yang sesuai untuk bernyanyi dan berjoget di atas pentas"
"Erkk.. aku?" Fang tidak dapat bayangkan diri dia menari di atas pentas. Terus dia menggigil sedikit "Menyeramkan betul"
"Kalau kau tak nak, bagi aku aje. Aku kan pandai nyanyi dan pandai joget juga. Siapa nak tengok aku joget?" Gopal sudah pun memakai cermin mata hitamnya dan pinggang dia sudah bersedia untuk tarian jogetnya tetapi rakan-rakan dia sudah lari jauh sebab malas nak tengok "Cheh, tak guna punya kawan"
"Hehehe.. kasihan kau" Gopal menoleh kebelakang, terus dia tersenyum dengan kemunculan Faye bersama dengan Ying "Apa kata kau tunjukkan bakat nyanyi sambil berjoget kau"
"Yolah.. kami kamu lihat bakat kamu"
"Baiklah Ying, aku akan buktikan kepada semuanya yang aku boleh memegang watak utama dalam pementasan drama" Gopal terus menarik nafas dan terus membuka mulutnya untuk nyanyi sebuah lagu hindustan
KRINGGGGGG!
Loceng sekolah sudah pun berbunyi. Gopal seperti mahu berikan sumpah seranah dekat loceng sekolah kerana ianya telah memotong mood dia untuk nyanyi lagu hindustan sambil berjoget ceria
"Hehee.. maaf ya Gopal, nanti kita orang dengar nyanyian hindustan kau pada waktu rehat" Ying tersengih kepada Gopal. Dia rasa kasihan dengan Gopal kerana kecewa dengan loceng sekolah "Jangan nak sedih-sedih maa... kau masih ada peluang lagi"
"Ha ah, nanti time rehat kau cepat-cepat nyanyikan untuk kita orang tapi kalau tak dapat watak utama tu, jangan marah ok" Faye berikan senyuman kasihan kepada Gopal
"Hmm... yelah tapi aku pastikan watak utama itu adalah milik aku sorang sahaja! Hehehe.. aku tak nak kalah dengan Fang dan juga Boboiboy" Ying dan Faye gelengkan kepala sahaja sambil melihat Gopal berjalan ke arah tangga sekolah dengan penuh semangat. Keyakinan diri dia telah meloncat naik sehingga dia sedikit pun tiada perasaan takut dengan bakat dari Fang dan Boboiboy. Dia harus yakin bahawa dia juga boleh memegang watak utama
---------------------------------------------------------------------------------
"Selamat datang ke Planet Mau, Kapten Kaizo"
"Terima kasih. Dimana Raja kamu?" tanya Kaizo kepada dayang istana itu. Dayang itu tidak berkata apa, dia cuma membawa Kaizo pergi ke bilik takhta. Bilik itu begitu luas sekali. Terdapat sebuah kerusi besar yang ada di tengah-tengah bilik itu dan kiri kanannya ada dua kerusi kecil. Raja Rex adalah raja di planet Mau, planet yang di penuhi dengan penduduk yang berupakan kucing, alien berupa kucing yang boleh bercakap dan berjalan seperti manusia
"Kapten Kaizo" Raja Rex bangun dari tempat duduknya dan kedua belah tangannya sudah terangkat naik, kerana dia ingin memeluk Kaizo tetapi Kaizo bukanlah orang yang suka dipeluk oleh orang. Raja Rex adalah raja yang menolong dia dulu ketika dia dan adiknya di dalam kesusahan. Mereka tinggal di Planet Mau buat seketika sebelum mereka bertolak ke planet lain. Di sinilah Kaizo belajar segala-galanya tentang teknik-teknik berlawan pedang. Kaizo sendiri sudah anggap Raja Rex sebagai ayahnya sendiri pada suatu ketika dahulu dan dia tidak pernah lupakan jasa Raja Rex terhadap diri dia "Selamat kembali ke sini, Kaizo. Saya amat berbangga sekali dengan kedatangan kamu. Sudah lama kita tidak bertemu" Dia terus memeluk Kaizo dengan sekilat pantas "Bagaimana perjalanan kamu ke sini?"
"Perjalanan saya ke sini semuanya berjalan dengan lancar"
"Bagus.. bagus.. mari kita ke menjamu selera dulu sebelum kamu ceritakan masalah kamu kepada saya"
"Tapi.. saya ke sini untuk misi saya sahaja"
"Jangan begitu Kaizo" Raja Rex menyentuh bahu Kaizo "Saya tahu perjalanan ke sini bukanlah sekejap tetapi mengambil masa yang lama dan sudah tentu kamu lapar. Mari kita makan bersama dan saya tidak akan terima tolakan kamu" Kaizo mengalah sahaja. Dia di bawa ke sebuah taman untuk menikmati makanan planet Mau itu. Terdapa beberapa anak kucing sedang bermain berkejaran di situ. Semuanya kelihatan comel
"AYAH AYAH!" anak-anak kucing itu terus memeluk ayahnya iaitu Raja Rex "Ayah! Hari ini kami dapat menangkap seekor kupu-kupu!" kata mereka secara serentak
"Pandainya" Raja Rex membelai kepala anak-anaknya "Mari ayah memperkenalkan kawan ayah iaitu Kaizo, Kapten Kaizo"
"WAH! KAPTEN KAIZO! Kamu adalah idola saya!" kata salah seorang anak kucing lelaki bernama Idoli. Dia terus meloncat-loncat di depan Kaizo "Saya selalu dengar tentang pengembaraan Kapten Kaizo! Nama saya Idoli dan saya mahu menjadi seperti Kapten Kaizo!"
"Hmm... terima kasih" Idoli menarik tangan Kaizo untuk berjalan ke sebuah meja yang sudah tersedia di taman itu. Terdapat pelbagai jenis makanan yang sudah di sediakan oleh para chef-chef istana itu tetapi semuanya menu makanan diperbuat daripada ikan
"Kapten Kaizo duduk di sini" Idoli menarik keluar sebuah kerusi ada corak-corak kepala kucing "Dan saya akan duduk di sebelah Kapten Kaizo!"
"Maaf dengan anak saya" kata Raja Rex "Ini ni memang sentiasa ceria tapi dia bertambah ceria apabila idola dia ada di sini. Duduklah Kaizo" Kaizo terus duduk di atas kerusi. Anak-anak Raja Rex sudah pun duduk, termasuklah Idoli sekali. Mereka begitu pantas sekali mengambil makanan masing-masing tetapi Idoli terus penuhkan pinggan Kaizo dan bubuhkan sup ikan ke dalam mangkuk Kaizo
"Ini adalah roti berbentuk ikan, dalam dia ada isi ikan juga" kata Idoli "Ini pula makanan kegemaran Idoli" Dia tunjuk bebola ikan kepada Kaizo "Kita orang selalu suruh chef istana ni masak tiap-tiap hari"
"Keceriaan kamu teringatkan tentang adik saya pada waktu dia kecil lagi" kata Kaizo sambil tersenyum sedikit. Tangan dia sudah mencapai filet ikan dan lalu dia mencubitnya sedikit
"Apa khabar adik kamu? Apa nama dia, Prebet Pang?" Raja Rex melihat Kaizo makan sedikit filet ikan itu
"Nama dia Fang tetapi saya memanggil dia Pang" Kaizo sebenarnya ingin bincangkan tentang masalah dia tetapi dia tiada masa untuk duduk di sini lama. Pada masa yang sama, dia tidak mahu berkelakuan tidak sopan terhadap Raja Rex, lebih-lebih lagi di depan anak-anaknya "Maafkan saya Raja Rex. Saya ke sini sebenarnya untuk berbincangkan sesuatu"
"Perkara serius?"
"Boleh dikatakan begitu" balas Kaizo dengan nada serius dia "Sebenarnya saya dalam keliru. Semenjak kebelakangan ni, saya sudah agak jarang jalankan misi saya, berlatih latihan tempur dan selalu menghabiskan waktu saya di bumi. Saya sendiri tidak tahu kenapa dengan perubahan begini"
"Hmmm... sebelum tu, bagaimana perasaan Kaizo duduk di bumi?"
"Amat menyeronokkan, terutama sekali dengan kenakalan Pang yang selalu dibuat-buat olehnya. Mungkin saya perlu jauhkan diri saya daripada bumi dan cari mulakan misi-misi saya balik"
"Adik kamu nanti?" tanya Raja Rex sambil menyuap dirinya dengan roti
"Takpe.. dia akan faham nanti. Saya perlu mencari diri saya sendiri sebelum saya pulang ke bumi"
"Jadi kamu dapat ramai kawan di bumi?" tanya Raja Rex dengan nada serius dia
"Saya cuma dapat seorang kawan sahaja sebab saya agak sukar untuk mempercayai orang-orang lain. Saya dulu selalu mengumpul data tentang kawan-kawan Pang di bumi kerana saya perlu tahu tentang mereka. Saya tidak mahu adik saya melalui perkara yang sama seperti saya" Kaizo teringat tentang kawan baik dia iaitu Devon. Dia sendiri terpaksa hapuskan kawan baik sendiri. Memang begitu perit sekali hati dia tetapi dia terpaksa. Dia sudah cuba banyak kali untuk memujuk kawan baiknya tetapi Devon masih tetap dengan kegilaannya "Tapi sekarang semuanya sudah berubah, saya mula percayakan mereka sedikit demi sedikit. Pang pun makin hari makin ceria dengan kawan-kawan dia"
"Baguslah begitu Kaizo tapi kamu, tak kan seorang sahaja kawan kamu di bumi. Saya faham kamu memang susah hendak mempercayai orang tapi jangan terlalu sisihkan diri tu" Raja Rex melihat Kaizo dengan begitu serius sekali. Kaizo menghirup sedikit sup ikan itu tetapi rasanya agak kurang sedap tetapi dia teruskan sahaja makan daripada menolaknya ke tepi. Idoli asyik letakkan makanan di atas pinggan Kaizo dan Kaizo bersabar dengan budak kecil itu
"Maaf.. saya memang bukan jenis yang suka bersosial tapi saya akan layan kawan-kawan adik saya tu" Kaizo mengambil roti ikan dan lalu dia cicah dengan sup ikan
"Hmm... mungkin Kaizo terlampau seronok sangat duduk di bumi sampai terabai dengan misi-misi kamu dan juga hobi kamu yang suka dengan latihan tempur tapi mungkin juga ada sebab lain. Cuba Kaizo ceritakan tentang kawan kamu tu" Lalu Kaizo ceritakan tentang Lynna kepada Raja Rex. Idoli hanya mendengar sahaja kisah persahabatan Kaizo dan Lynna. Dia sangat teruja dengan kisah-kisah pengembaraan mereka berdua, sehingga dia sendiri hendak ikut Kaizo pergi mengembara juga
Raja Rex mendengar kisah Kaizo dengan muka serius dia dan mungkin dia sudah dapat tahu kenapa dengan Kaizo sebenarnya
------------------------------------------------------------------------------------------
"Bertuahnya korang berdua ni yea.. tak payah masuk kelas lepas ni" cemburu Gopal dengan Ying dan Faye kerana mereka tidak perlu masuk ke kelas selepas sahaja tamat waktu rehat. Dia kini berada di dalam dewan sekolah untuk pencarian watak utama dalam drama pementasan untuk club drama
"Hehehe... terpaksa maa sebab kita orang masih belum lagi jumpa watak utama untuk pementasan drama kami" kata Ying sampi mencatat sesuatu di dalam buku nota dia
"Dey, nyanyian dan tarian aku tadi ok apa. Ambik ajelah aku"
"Masalahnya Gopal, ramai pula yang keluar masa kau nyanyi tadi. Kau takde tarikan dari penonton... maaf yea Gopal"
"Takpelah Faye. Siapalah aku, tiada tarikan dari pelajar lain. Aku tahu, aku bukanlah Fang ataupun Boboiboy" Menangis Gopal "Lepas ni giliran siapa?"
"Hmmm..." Faye melihat senarai nama yang ingin uji bakat itu "FANGGG! GILIRAN KAU PULAK!"
"WOI! SIAPA LETAK NAMA AKU?"
"Hehehe.." Bella tersenyum sinis di dalam dewan sekolah itu. Dia tergelak sedikit melihat Fang mengamuk tak tentu pasal di tepi bawah pentas "Aku yang sebenarnya letak nama kau" bisik Bella sambil bersilang tangan. Fang nampak Bella sedang tersenyum sinis, terus Bella menukar kepada senyuman biasa sahaja. Bella melambai-lambai ke arah Fang tetapi wajah Fang berubah menjadi masam
"Kau memang suka betul kenakan si Fang yea" kata Yaya yang ada di sebelah Bella
"Hehehe.. itu sudah menjadi kebiasaan aku"
"Jangan dia tahu kau yang kenakan dia sudah" kata pula Boboiboy. Mata dia melihat Fang naik ke atas pentas secara menghentak-hentak kakinya. Boboiboy seperti boleh nampak sebuah awan hitam berada di atas kepala Fang. Mungkin imaginasi dia sahaja. Fang terus pergi ke arah sebuah piano dan lalu dia menolak piano itu ke tengah pentas. Pelajar-pelajar perempuan terus menjerit kerana teruja dengan kekuatan Fang. Mata mereka bersinar-sinar melihat Fang dan sudah tentu mereka tidak sabar untuk mendengar nyanyian Fang
"Terima kasih kepada yang letak nama aku tu! Jadi lagu ini bukan khas untuk kau.. sekian terima kasih" Bella tidak begitu kisah sangat, asalkan dia dapat kenakan Fang dan paling utama sekali, dapat mendengar nyanyian Fang. Dewan sekolah bertukar menjadi sunyi selepas sahaja Fang memetik piano itu dan lalu dia nyanyi
https://youtu.be/BZsXcc_tC-o
You and I,
We're like fireworks and symphonies exploding in the sky.
With you, I'm alive
Like all the missing pieces of my heart, they finally collide.
So stop time right here in the moonlight,
'Cause I don't ever wanna close my eyes.
Without you, I feel broke.
Like I'm half of a whole.
Without you, I've got no hand to hold.
Without you, I feel torn.
Like a sail in a storm.
Without you, I'm just a sad song.
I'm just a sad song.
With you I fall.
It's like I'm leaving all my past in silhouettes upon the wall.
With you I'm a beautiful mess.
It's like we're standing hand in hand with all our fears upon the edge.
So stop time right here in the moonlight,
'Cause I don't ever wanna close my eyes.
Without you, I feel broke.
Like I'm half of a whole.
Without you, I've got no hand to hold.
Without you, I feel torn.
Like a sail in a storm.
Without you, I'm just a sad song.
You're the perfect melody,
The only harmony
I wanna hear.
You're my favorite part of me,
With you standing next to me,
I've got nothing to fear.
Without you, I feel broke.
Like I'm half of a whole.
Without you, I've got no hand to hold.
Without you, I feel torn.
Like a sail in a storm.
Without you, I'm just a sad song.
Without you, I feel broke
Like I'm half of a whole
Without you, I've got no hand to hold
Without you, I feel torn
Like a sail in a storm
Without you, I'm just a sad song
I'm just a sad song
Selepas sahaja Fang tamat bernyanyi, ramai pelajar perempuan menjerit-jerit di dalam dewan tersebut. Semuanya ingin Fang nyanyikan lagu seterusnya tetapi Fang sudah pun turun dari pentas. Ying dan Faye pandang sesama sendiri sambil mengangkat kening sebelah masing-masing
"Ini mesti kes si Fang rindukan abang dia" bisik Boboiboy kepada kawan-kawan dia. Gopal, Yaya dan Bella angguk sahaja tanda setuju "Tadi kata ok, sekarang jadi K.O.. apalah si Fang ni"
"Haiyaaa.. apa kes dia nyanyi lagu sedih pulak" Ying menepuk dahinya dengan buku nota dia
"Entahlah, aku pun tak tahu dengan sepupu aku tu. Memang tak boleh jadi watak utama tapi... nyanyian dia bagus cuma tak reti menari, macam mana?" Faye terus menulis sesuatu di dalam buku nota dia "Hmm.. susahnya kalau macam ni, siapa seterusnya?"
"Aik.. siapa pula pergi tulis nama Bella?"
"Bella?" Faye menoleh kebelakang dan dia tersengih kepada kawan baik dia "BELLA! GILIRAN KAU PULA!"
"WHAT?! SIAPA KENAKAN AKU?" Terkejut Bella sehingga membuat dia berdiri di situ. Dia terdengar gelakan seseorang yang membuat diri dia ingin belasah pelajar itu "FANGGGGG!"
"HAHAHAA! Kau ingat aku tak tahu kau akan kenakan aku.. jadi aku balas dendam balik tapi bagus juga kalau kau jadi watak utama. Lagipun aku kan pernah berpakaian seperti seorang puteri. Apa kata kali ini kau pula jadi seorang putera. Macam mana, ok tak idea aku?"
"Ok, aku terima sahaja" Bella terus pergi ke depan dan naik di atas pentas. Dia tersenyum sinis sambil melihat Fang tapi dia tahu, dia bukanlah penari yang terhandal di sekolah atau di mana-mana tempat pun. Jadi dia terpaksa lakukannya dengan baik. Dia menarik nafas dan lalu hembuskannya
Who run the world!
FANG!
Berkerut-kerut dahi Bella apabila Fang asyik menjerit namanya. Fang tergelak sinis di bawah pentas. Bella teruskan bernyanyi. Dia cuba abaikan Fang yang cuba menganggu nyanyian dia
Who run the world!
FANG!
Who run the world!
FANG!
Bella menggenggam tangannya dan terus dia menjerit "WEI FANG! KALAU KAU NAK KENAKAN AKU SANGAT, TAK PAYAHLAH GANGGU AKU!" Fang hanya tersenyum lebar sambil menahan gelakan dia. Ramai yang sudah larikan diri sebab tidak mahu melihat pergaduhan di antara Fang dan Bella
"JANGANLAH GADUH-GADUH!" Yaya pula menjerit kali ini. Semua terkejut melihat Yaya yang sudah berdiri di tempat duduknya "KORANG BERDUA NI, ASYIK NAK BERGADUH AJE. LEPAS TU SUKA CARI PASAL! INGAT KITA ORANG SUKA KE! Korang berduakan sudah menjadi kawan tapi suka cari pasal. Kalau korang berterusan begini, lama-lama terus naik menyampah dengan diri masing-masing. Yang jadi mangsa keadaan kita orang juga. Kan elok kalau korang berdua berbaik dan bekerjasama daripada asyik cari pasal sahaja. Tiada siapa nak marah-marah kan"
"Erk! Maaf Yaya" Bella tundukkan kepala dia "Kita orang memang macam ni, suka cari pasal tapi aku lepas ni, tak kan cari pasal dengan si Pang tu"
"Kau Fang?" Yaya terus pandang Fang yang sedang bersilang tangan dengan muka masam dia
"Hmmm.. yelah, aku tak kan cari pasal dengan dia tu"
"Kan bagus kalau macam tu tapi kalau korang buat lagi lepas ni, aku tak nak tegur korang berdua"
"Baik Yaya" kata Fang dan Bella secara serentak. Ying dan Faye berikan thumb up kepada Yaya kerana berjaya leraikan pergaduhan mereka berdua. Fang terus keluar dari dewan dengan muka masam dia dan Bella pula, dia teruskan sahaja dengan nyanyian dia tadi. Habis sahaja nyanyian Bella, loceng sekolah sudah berbunyi. Waktu rehat sudah pun tamat. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Bella terpaksa meninggalkan dewan sekolah. Bukan mereka sahaja, para pelajar yang lain juga terpaksa balik ke kelas masing-masing. Hanya tinggal pelajar lelaki yang nama dia ada di kertas uji bakat. Mereka tidak perlu balik ke kelas dan mereka hanya perlu menunggu giliran sahaja. Ying dan Faye rasa aman sedikit tanpa adalah pergaduhan ataupun gangguan dari mana-mana pelajar. Semuanya berjalan dengan lancar
----------------------------------------------------------------------------
Fang menjadi orang terakhir memasuki kelas 1 Amal. Dia melihat Bella dan terus dia rasa bersalah. Lalu dia pergi ke meja Bella, bukan untuk bergaduh tetapi untuk meminta maaf
"Bella, maaf sebab aku ganggu kau tadi"
"Takpe.. aku maafkan tapi aku pun patut minta maaf dekat kau sekali sebab letak nama kau dekat kertas uji bakat tu"
"Heheeee..." Fang garu-garu kepala dia sambil tersengih "Takpe, lagipun aku memang suka nyanyi pun" Bella tersenyum sedikit
"Nyanyian kau memang bagus" jawab Bella
"Bagus memang bagus tapi apasal kau nyanyi lagu sedih tadi?" Muncul Yaya di sebelah Fang
"Sibuk aje nak tahu kenapa aku nyanyi lagu tu"
"Hmm... itu pun tak boleh nak di tanya? Tapi takpelah, itu hak kau kalau kau tak nak beritahu. Aku tak nak lah memaksa sangat tapi.. baguslah korang sudah minta maaf dekat diri masing-masing. Kan elok kalau begini setiap hari, hati kawan-kawan pun jadi lebih suka"
"Terima kasih Yaya sebab tegur kita orang tadi" kata Bella yang rasa sedikit malu itu
"Sama-sama! Itulah gunakan kawan, tegur dan berikan nasihat. Lagipun aku tak suka tengok kawan-kawan aku bergaduh. Kau pun Fang, janganlah asyik nak serang si Gopal kalau mulut dia tak reti nak duduk diam. Aku tahu kau ni sifat panas baran tapi cubalah kawal" Fang melihat Yaya dan terus dia tersengih "Kenapa?"
"Hehehee.. kalau aku kawal, mesti aku jadi tak betul dan sudah tentu aku akan bertukar menjadi hantu bayang"
"Hantu bayang pun hantu bayanglah.. macam-macam betul kau ni" kata Bella sambil gelengkan kepala "Bila kawal atau menahan kemarahan kau, jadi tak betul"
"Betul tu Bella! Bila panggil dia OCD, dia tak nak mengaku pula tapi aku tengok si Fang ni memang OCD pun. Kau tengoklah macam mana dia bersihkan kelas, tiada satu kotoran ataupun habuk yang ada. Semuanya bersih, meja pun tersusun rapi"
"Eleh, kau pun sama juga.. OCD nak menguasai semua club dekat sekolah tapi apasal kali ini kau bukan mengetuai drama pementasan sekolah nanti?" Yaya tersengih sahaja kepada Fang
"Sebab aku nak tunjukkan yang aku bukan OCD"
"Cheh, kata orang tak nak mengaku.. kau pun sama juga" Fang bersilang tangan dengan mukanya yang masam. Yaya dan Bella tergelak melihat Fang bermasam muka, lalu Fang ikut tergelak juga. Mereka berharap, persahabatan mereka akan berkekalan sampai bila-bila
------------------------------------------------------------------------
Pintu rumah di buka dengan perlahan, lalu masuk seorang gadis yang baru sahaja balik dari sekolah. Dia sampai lambat kerana ada urusan dengan ahli-ahli drama club di sekolah tadi. Faye membuka kasut sekolahnya dan lalu dia meletak di atas rak kasut yang sudah tersedia di tepi pintu rumah. Mata dia terpandang sepupu dia sedang asyik makan biskut sambil menonton sebuah rancangan yang sungguh menyentuh hati di kaca television. Apa yang lebih mengejutkan, terdapat pelbagai-bagai jenis biskut yang ada di atas meja ruang tamu
"Haih Fang, kau kenapa? Nak jadi macam Gopal ke?"
"Mana ada.. aku cuma lapar sahaja" balas Fang yang tidak alih permandangan dia dari television itu "Kau baru sampai rumah"
"Ha ah, aku ada hal tadi dekat sekolah" Faye duduk di atas kerusi sofa sambil melihat sepupu dia "Kau ni, makan sambil tengok cerita sedih.. ini mesti sebab kau rindukan abang kau kan. Baru 4 hari, kau dah rindu. Dulu masa abang kau tinggalkan kau untuk misi, takde pula kau rindu bagai nak rak macam ni"
"Macam mana kau tahu aku tak rindukan abang aku masa aku jalankan misi?" Lalu Fang memandang Faye dengan perasaan ragu-ragu
"Hehehehe... Gopal yang cerita dekat aku tapi apasal baru sekarang kau nak rindu?"
"Hmm.. mungkin aku sudah terbiasa dengan adanya dekat sini, tinggal dengan aku, bergaduh dengan aku, gelak ketawa dengan aku tapi kali ini, aku terpaksalah tahan berapa lama dia akan pergi. Lagipun aku takdelah keseorangan kali ini sebab kau ada dekat rumah tapi takdelah seronok sangat pun nanti" Faye terus memberikan renungan dia kepada Fang "Heheheee... kau nak biskut?" Fang hulurkan biskut chipsmore dekat Faye sambil tersengih
"Takpelah, kau makan ajelah biskut tu tapi jangan badan kau membesar sudah"
"Jangan risaulah, badan aku tetap keding! Hahahaaaaa!" Faye terus bangun dari sofa itu
"Suka hati kaulah Fang, asalkan kau bahagia dengan biskut-biskut kau tu" Faye terus masuk ke dalam biliknya untuk mandi dan berehat. Fang sambung balik menonton television sehinggalah dia tertidur di atas sofa. Tidak lama kemudian, Kaizo pun pulang dari Planet Mau. Dia melihat adiknya tertidur dengan television masih lagi terbuka. Lalu Kaizo menutup television tersebut. Dia gelengkan kepala sambil mengambil sekeping biskut dari tangan adiknya, lalu dia simpan biskut itu di bekasnya. Mukanya hanya serius sahaja melihat biskut-biskut yang ada di atas meja
"Apasal dengan kau ni, Pang? Makan macam orang tak makan sebulan"
"Abang?" Fang membuka matanya secara perlahan "Bila abang sampai?"
"Abang baru sahaja sampai. Kau ni kenapa? Sampai bersepah biskut dekat sini" Fang terus tersenyum dan lalu dia bangunkan dirinya untuk memeluk abangnya "Hmm.. rindukan akulah tu"
"Mesti tapi adik ingatkan abang pergi lama. Yelah, abang sendiri cakap dengan adik hari tu, abang seperti tidak macam dulu lagi. Macam mana pengembaraan abang? Abang dah jumpa apa yang abang carikan? Jadi lepas ni abang sudah boleh kembali dengan misi-misi abang yang adik sendiri pun malas nak jalankan? Mesti lepas ni abang akan ajak adik pergi latihan tempur kan"
"Ada-ada aje kau ni" Kaizo duduk di atas sofa bersama Fang "Abang sudah cari apa yang abang mahukan. Jawapannya pun abang sudah tahu tapi kau tidak perlu tahu tentang itu. Ini adalah urusan abang tapi lepas ni, abang tidak akan leka lagi dengan keseronokan di sini. Abang akan terus menjadi seorang kapten buat selama-lamanya!"
"Kalau abang berhenti jadi kapten, mesti kita lagi seronok!" Fang terus makan biskut chocolate chipnya "Lagipun adik tak kisah kalau abang nak berhenti jadi kapten atau teruskan sahaja, asalkan abang bahagia"
"Abang bahagia kalau adik ada dengan abang. Esok abang akan ajar kau untuk mengendali kapal angkasa abang, kau suka?"
"MESTILAH SUKA!" Fang memeluk leher abangnya "Abang... siapa yang abang bawak balik tu?" Mata dia terkebil-kebil melihat seorang alien berwajahkan kucing tetapi kucing itu tiada misai. Fang terus lepaskan lehernya
"Dia tadi nak sangat ikut abang. Lepas tu ayah dia bagilah ikut abang, jadi abang bawalah dia ke sini"
"HAI! Nama saya Idoli! Dan kapten Kaizo adalah idola saya!" Idoli mengambil tangan Fang dan lalu dia menghayun-hayunkan tangannya seperti berjabat tangan "Umur saya 6 tahun! Saya sudah lama meminati dengan kekuatan dan ketangkasan kapten Kaizo! Mulai sekarang, saya akan panggil abang Kaizo! Ayah kata, Idoli boleh duduk di sini setahun sahaja dan abang Kaizo perlu mengajar Idoli cara-cara berlawan pedang!"
"Err... abang.. abang nak dia tinggal dengan kita sekali?"
"Terpaksalah tapi bolehlah dia ni berkawan dengan Rizu nanti" Kaizo melihat Idoli melihat biskut-biskut itu dan lalu dia mengambil bau "Tapi kau perlu ingat, dia ni hanya makan ikan sahaja"
"Ikan?"
"Yelah, dia ni kan kucing alien berbentuk manusia. Dia boleh tidur dekat bilik kau"
"Idoli nak tidur dekat bilik abang Kaizo, tak nak dengan dia" Idoli terus berikan muka comelnya kepada Kaizo "Bolehlah abang Kaizo"
"Hmm.. yelah yelah tapi kau jangan nak buat nakal dekat rumah ni"
"BAIK ABANG KU YANG IDOLI SANJUNGI!" Idoli terus memeluk Kaizo sepuas-puasnya. Fang pula yang rasa cemburu dengan Idoli. Dia mula berapi-api dengan Idoli sambil makan biskut dia tahap ganas. Apalah akan terjadi seterusnya, adakah Idoli akan berkepit dengan Kaizo sahaja dan terus membuat Fang rasa cemburu tak tentu pasal atau Fang akan cuba benda lain untuk jauhkan diri Idoli daripada abangnya.. heheheee
Apakah masalah Kaizo yang sudah diselesaikan oleh Raja Rex? Kaizo tidak mahu memberitahu kepada sesiapa pun, hanya dia dan Raja Rex sahaja yang tahu sebab apa. Idoli pun tidak dengar sahaja masalah Kaizo sebab terlampau sibuk sangat tengok muka idola dia
---------------------------------------------------------------------------------
Bonus Scene
Lily - Boboiboy Daun nak tak jumpa seorang kapten yang terkenal dengan keganasan dia?
Boboiboy Daun - Nak nak! Siapa kapten tu? Kapten Papa Zola ke?
Lily - Errr.. bukan tapi dia adalah kapten hot, kapten itik, kapten yang terlajak ganas dan nama dia adalah KAPTEN KAIZO! Jom ikut Lily ke rumah abang Kaizo!
Sampai sahaja di rumah Kaizo dan Fang. Terus Kaizo muncul di depan pintu
Lily - Inilah dia Kapten Itik yang paling hot!
Boboiboy Daun - Oh! Inilah kapten itik yang hot tu
Lily terkejut melihat Boboiboy Daun duduk mencangkung di depan seekor itik yang sedang memakai cermin mata hitam. Boboiboy Daun siap berjabat kepak itik itu
Boboiboy Daun - Apa khabar kapten Kaizo? saya Boboiboy Daun
Berkerut-kerut dahi Kaizo
Boboiboy Daun - Ini pula siapa? *Boboiboy Daun tuding jarinya ke arah Kaizo*
Kaizo - Aku adalah Kaizo
Boboiboy Daun - WAH! Nama awak pun Kaizo juga, sama nama dengan kapten itik ni. Kaizo dan Kapten Kaizo
Dahi Kaizo berkerut-kerut lagi. Dia sudah mula hendak mengamuk tetapi Lily sempat membawa lari Boboiboy Daun ke tempat lain sebelum mereka di belasah oleh Kaizo.. heheheeee. Memang nasib malanglah sesiapa yang menjadi mangsa keamukan Kapten Kaizo pada hari itu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top