Manja
"Pang! Abang nak memperkenalkan kamu dengan kawan baik abang iaitu cikgu Aiman. Mulai sekarang, dia akan ke sini tiap-tiap hari untuk mengajar kau sejarah"
"ERKK! Bila masa abang berkawan dengan cikgu sejarah adik?"
"Bila masa?" Kaizo pandang muka adiknya lama-lama "Apabila abang dapat tahu kegemaran dia menghukum orang juga. Jadi abang dan kawan abang akan sentiasa fikirkan sesuatu yang menarik untuk menghukum kau dan juga rakan-rakan kau" Fang menelan ludah. Diri dia sudah rasa tidak bermaya lagi, kepala dia sudah mulai pening dan lutut dia terasa lemah pula
"A-abang.. janganlah.. hukum adik berat-berat"
"Kenapa? Kau tu memang patut di hukum kerana KAU TU NAKAL DAN DEGIL SANGAT! SAMPAI NAIK STRESS ABANG! MULAI ESOK, AKU AKAN HUKUM KAU DENGAN HUKUMAN PALING SADIS iaitu makan biskut petai yang telah dibuat oleh Lily" Kaizo tersenyum sinis kepada adiknya dan lalu dia tergelak-gelak di situ seperti ada sesuatu yang telah merasuk Kaizo. Kaki Fang sudah bersedia untuk larikan diri daripada abangnya tetapi kakinya telah digarikan dengan besi bola yang amat berat sekali
"LEPASKAN ADIKKKKK!" Tetapi Kaizo masih lagi tergelak seperti orang gila
"MAKAN BISKUT PETAI! RASAKAN BISKUT PETAI! RASAKANNNN!"
"TIDAAAAAKKKKKKKKK!"
---------------------------
"TIDAKKKK!" Fang terjaga dari mimpi buruknya "Aduh, mimpi buruk lagi. Semenjak abang berkawan dengan cikgu Aiman, asyik dapat mimpi buruk aje" Fang mengusap-usap muka dia yang sudah berpeluh itu. Dia pandang ke arah jam dinding di dalam bilik dia, baru pukul 2 pagi. Dia tidak terasa untuk tidur balik, lalu dia keluar dari katil. Fang dari bilik dia lagi, dia boleh dengar suara bising di ruang tamu rumahnya. Dia membuka sedikit pintu biliknya dan lalu merangkak keluar. Dia ingin melihat apa yang terjadi di ruang tamu dan siapa yang buat bising itu. Dia ternampak abangnya sedang menonton television seorang diri dengan semangkuk popcorn ada di tangannya
"Apa kes abang aku ni, tak pernah pula aku tengok abang aku perangai macam tu" bisik Fang. Lalu dia tersenyum seorang diri, dia mendapat satu idea nakal. Dia merangkak masuk ke bilik dia balik dan terus bangun. Dia berpura-pura keluar dari biliknya dengan mata dia yang pura-pura masih mengantuk lagi. Kaizo terus menutup television apabila dia sedar dengan adiknya yang sudah terjaga dari tidur
"Apa abang buat pagi-pagi ni?" Fang berlakon seperti orang sedang mengantuk
"Takde apa, sibuk aje kau ni. Pergi masuk tidur"
"Tak nak" Fang terus turun ke bawah dan duduk disebelah abang dia "Adik nak tengok movie dengan abang boleh? Adik tahu abang tengok movie sorang-sorang sambil makan popcorn" Kaizo makan popcorn dia sambil merenung tajam ke arah adiknya
"Bukan ke esok kau sekolah?"
"Tapi adik sekolah petang. Jadi maknanya, adik boleh tidur lambat!" Kaizo terus menjentik kepala adiknya "Abang ni, bagilah adik meluangkan masa bersama abang. Abang selalu sangat pergi ke kapal angkasa dengan kak Lynna atau pergi jalan-jalan dengan kak Lynna. Hari itu abang pergi shopping dekat dia kan kan kan.. bawa Rizu sekali kan kan kan" Berkerut-kerut dahi Kaizo "Abang, bolehlah kan" Fang memeluk tangan abangnya
"Manja betul kau ni, dari dulu sampai sekarang tapi kenakalan kau dan kedegilan kau, memang aku sendiri tidak dapat menghapuskan"
"Hehehee.. tapi abang dulu pun nakal juga kan"
"Itu sebab abang seorang sahaja. Selepas adik ada, abang tidak menjadi nakal kerana abang sayangkan adik. Abang sentiasa melindungi adik dan menjaga adik. Abang tidak pernah biarkan adik keseorangan sewaktu kau kecik lagi" Kaizo membelai rambut Fang "Abang memang bersyukur sangat dapat seorang adik yang bijak tapi nakal, rajin tapi panas baran dan juga tak comel. Dulu aje nampak comel, sekarang langsung tak comel" Fang buat muka kucing dia "Masih lagi tak comel" kata Kaizo dengan nada serius dia "Walaupun muka kau tak secomel dulu tapi abang tetap sayangkan adik lagi"
"Tapi.. abang suka sangat buli adik"
"Itu sebab abang sayangkan kau"
"Sayang apa kebendanya. Sayang buli adik adalah" Fang bermasam muka
"Jangan nak bermasam muka sangat" Kaizo terus pasang balik movie yang dia tonton tadi
"Jadi abang benarkan adik tengok movie dengan abang?"
"Tengoklah tapi kalau kau sudah tertidur, abang malas nak angkat kau" Fang tersenyum lebar kepada abang dia
"Takpe, adik tak kisah. Asalkan adik dapat luangkan masa dengan abang" Kaizo tersenyum sahaja melihat adiknya "Abang, nanti kita jalan-jalan dekat bandar hujung minggu nanti"
"Boleh adik, apa sahaja untuk adik ku sayang" Fang pejamkan matanya sambil memeluk tangan abang dia. Abang dia masih lagi membelai kepala dia, Fang dapat rasakan kasih sayang dari abangnya "Nanti abang pesan lagi biskut kegemaran adik" Dia terdengar dengkuran adiknya "Dah tidur rupanya budak manja ni" Kaizo biarkan sahaja adiknya tidur di situ. Dia sambung balik menonton movie sambil makan popcorn
"Sayang abang" bisik Fang di dalam tidurnya. Dia tidak lagi mimpi buruk tetapi mimpi indah. Dia mimpikan dia dan abang dia pergi mengembara dari satu planet ke satu planet, apa yang paling buat rasa suka sekali, Lynna pun turut ada di dalam pengembara mereka "Sayang kak Lynna juga"
"Adik aku ni mimpi apa?" Kaizo mengangkat kening sebelah "Mimpilah, apa yang kau nak mimpi, Pang. Esok aku akan pesan biskut petai dari kawan kau si pelik tu. Mesti kau akan suka nanti" Kaizo tersenyum sinis sambil fikirkan adik dia pengsan
---------------------------------
Semenjak dua hari, Fang rasa sangat gembira. Tiada apa yang boleh buatkan dia mengamuk tak tentu pasal kerana selama dua hari itu, dia asyik bermanja dengan abangnya. Abang dia pula tidak kisah pun sebab dia pun rindu meluangkan masa bersama Fang. Dalam dua hari itulah, Faye rasa aman sahaja di rumah. Tiada pergaduhan atau jeritan seperti selalu. Dia buat kerja sekolah pun rasa tenang sahaja. Faye ada juga nampak Fang asyik berkepit dengan abangnya tapi pada masa yang sama, Lynna dan Rizu tidak dapat ke rumah. Mungkin mereka tidak dibenarkan datang, fikir Faye
"Takpelah, nanti lepas ni.. dia orang datanglah tu" kata Faye
Boboiboy dan Gopal pula rasa pelik dengan kawan baik mereka. Gopal usik Fang, sedikit pun dia tidak mengamuk. Mengikut kata Gopal, samada Fang dilamun cinta atau itu bukan kawan baik mereka. Boboiboy pula rasa ada sesuatu yang terjadi sebab Fang gembira semacam dan tidak menjadi tak betul seperti biasa
"Baguslah kalau dia tak buat perkara pelik-pelik. Kan bagus tengok dia tak marah-marah macam selalu"
"Betul juga kata kau Yaya tapi apa yang buatkan dia perangai macam tu? Rasa macam bukan Fang aje" kata Boboiboy sambil melihat Fang sedang berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah "Kau rasa dia terkena pin emosi ke?"
"Heheee.. mungkin juga. Mesti abang dia buli dia lagi ni atau tak tahan nak bertengkar dengan si panas baran tu"
"Bukanlah" muncul Faye dengan chocolate dia "Fang gembira macam tu sebab dekat rumah, dia asyik bermanja dengan abang dia sahaja. Entah kenapa dia nak berkepit dengan abang dia" Faye masukkan sebijik chocolate ke dalam mulut dia. Gopal terliur melihat chocolate itu
"Oh begitu.. tapi jangan abang dia buat sesuatu sudah, tak pun si Fang tu. Ada aje idea nakal dia tu"
"Entahlah Boboiboy, aku tidak boleh nak agak sangat" Faye baru perasan yang Gopal asyik pandang chocolate yang dia sedang pegang "Kau nak ke chocolate ni? Dalam chocolate ni ada oreo, mesti kau akan suka"
"Mestilah nak.. aku kan suka chocolate macam kau" Faye berikan sedikit kepada Gopal
"Apa kata korang pergi berdating aje, sesuai apa" muncul Fang suara ceria dia. Faye dan Gopal pandang ke arah Fang "Janganlah pandang aku begitu, aku hanya bagi cadangan sahaja. Oh yea, hari ini aku terlebih rajin. Aku buatkan bento untuk korang semua!" Lalu Fang keluarkan sebuah bekas makanan yang besar dari beg kertas dia. Dia membuka bekas makanan itu
"Wah! banyak cantik kau buat.. suka pula aku tengok kau buat muka kami semua"
"Terima kasih Ying. Korang boleh makan masa rehat nanti" kata Fang sambil melihat hasil kerja dia pagi tadi. Dia telah membuat beberapa kepalan nasi dan jadikan ia sebagai kepala kawan-kawan dia. Semuanya ada di situ, Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Faye, Bella dan juga Zakwan. Untuk diri dia pun ada juga
"Hmmm.. aku rasa risau pulak" bisik Boboiboy. Fang sibuk keluarkan makanan dia yang seterusnya, dia telah membuat sandwich buah untuk mereka semua. Mereka rasa yang mereka macam nak pergi berkelah di sekolah pula
"Kenapa?" tanya Yaya
"Sebab kalau dia gembira macam ni, mesti ada sesuatu yang buruk akan terjadi dekat Fang"
"Jangan fikir macam tu Boboiboy. Aku tak rasa begitu"
"Yelah Yaya" Boboiboy terus senyap sahaja selepas itu. Dia perhatikan sahaja Fang keluarkan sebuah lagi bekas makanan, kali ini dia telah buat biskut berbentuk muka mereka semua "Kawan aku sudah tak betul rupanya. Ingat ni nak pergi berkelah ke apa"
"Cuba korang rasa.. ada pelbagai perisa. Biskut Boboiboy perisa oren, biskut Gopal perisa chocolate, biskut Yaya perisa strawberry, biskut Ying perisa vanilla, biskut Faye perisa pandan, biskut Bella perisa red velvet, biskut Zakwan perisa anggur, biskut Lily perisa pisang dan aku punya sudah tentu perisa LOBAK MERAH!"
"Dasyatnya kau Fang.. tapi betul ke kau buat ni semua? Mana kau dapat masa untuk buat biskut, bento dan sandwich buat tu?" tanya Yaya
"Aku buat dari malam tadi sampai tengahari tadi" kata Fang sambil menutup bekas biskut dia "Jadi aku tak tidur langsung dari malam semalam"
"ERKK! Tak kan sampai begitu sekali.. aduh, kau ni Fang. Kau tak rasa mengantuk ke?" tanya Boboiboy. Fang hanya gelengkan kepala "Abang kau tak marah ke?"
"Tak sebab aku sudah siapkan sup lobak merah dia. Lagipun aku buat ni semua sebab aku rasa sangat bahagia. Tak sangka aku dapat bermanja dengan abang aku selama dua hari. Jadi aku lebih semangat dan aku pun sudah kurang marah-marahkan"
"Hmm.. betul juga tu tapi..." Boboiboy pegang kedua bahu Fang "PULANGKAN KAWAN AKU YANG DULU! AKU NAK FANG YANG SUKA MENGAMUK TAK TENTU PASAL"
"Dey, kau pun sudah kena virus tak betul ke? Biarkan ajelah si Fang nak gembira ke, bahagia ke, teruja ke.. asalkan dia tidak lagi panas baran seperti diri dia yang dulu. Aku suka dengan diri dia yang sekarang ini!" Gopal tarik Fang jauh dari Boboiboy "Fang, lepas ni aku akan sokong kau untuk bermanja-manja dengan abang kau lagi. Takdelah aku asyik kena kejar dengan harimau bayang kau aje"
"Betul tu! Aku akan menjadi Fang yang baru!" Dia dan Gopal terus ke tangga sekolah sambil bernyanyi-nyanyi. Bella muncul sebelah Boboiboy, dia garu-garu kepala dia sebab rasa pelik dengan perangai Fang
"Errr.. apasal dengan si Fang tu?" tanya Bella
"Kes tak betul melanda tapi ini sebab dua hari bermanja dengan abang dia" jawab Boboiboy
"Ohhh.. tapi baguslah tu! Takdelah aku nak bergaduh dengan dia. Heheeheee... aman hidup aku tanpa bergaduh dengan si Pang tak guna tu! HAHAHAHAHAAAAA-" Mulut dia kena sumbat dengan biskut perisa red velvet. Dia terus kunyah biskut itu "SEDAPNYA!"
"Hah! Sedapkan biskut aku buat. Aku lebih hebat! Lebih pandai! Lebih bergaya! dan juga lebih kacak!" Fang melihat Bella angguk-angguk sambil makan biskut itu. Dia begitu teruja melihat Bella suka dengan biskut yang dia buat
"Betul tu Fang! Aku setuju dan aku setuju juga dengan sikap kau yang baru ini. Tak perlulah aku nak bergaduh dengan kau lagi" kata Bella "Nanti buatlah lagi biskut tu untuk aku yea"
"Boleh boleh" Fang berikan lagi biskut kepada Bella "Makan puas-puas yea" Mereka semua teruja dengan sikap Fang yang tiba-tiba berubah kecuali Boboiboy. Dia rasa, dia perlu betulkan Fang balik tapi dia tiada idea macam mana nak kembalikan Fang yang asal
"Tak kan aku nak suruh abang dia buli dia sampai tak bagi dia bermanja langsung" bisik Boboiboy "Hmmm... aku kena cari jalan yang lain" Buat sementara ini, Boboiboy hanya melihat Fang berkelakuan baik dengan kawan-kawan. Mungkin sehari tiada amukan dari Fang akan menjadikan Pulau Rintis lebih tenang. Esok-esok mungkin Fang akan mengamuk balik, itu yang difikirkan oleh Boboiboy. Loceng sekolah sudah pun berbunyi, Boboiboy melihat kawan-kawan dia berjalan menuju ke tangga sekolah, untuk naik ke kelas mereka yang berada di tingkat tiga. Dia ikut sahaja dari belakang sambil perhatikan Fang yang sedang berborak rancak dengan kawan-kawan dia yang lain
---------------------------
Waktu rehat sudah pun tiba, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Pulau Rintis berpusu-pusu menuju ke kantin sekolah tetapi lain pula dengan tujuh sahabat ini. Mereka terus ke tepi padang sekolah dan duduk di bawah sepohon pokok yang lebat dengan daun-daun hijau. Mereka semua berehat di situ kecuali Boboiboy. Dia seorang sahaja yang pergi berehat di kantin. Kawan-kawan dia yang lain pun tidak memujuk atau memaksa dia berehat sekali dengan mereka. Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Zakwan bergelak ketawa di bawah pokok sambil menikmati makanan yang telah disediakan oleh Fang sendiri. Boboiboy menghela nafas sambil bermain-main dengan bihun sup dia. Selera makan dia sudah hilang kerana asyik fikirkan tentang Fang
"Kenapa abang Boboiboy nampak sedih?"
"Sebab abang risaukan tentang abang Fang" Boboiboy pandang ketepi dan terkejut melihat Rizu ada disebelahnya "Eh, kenapa Rizu ada dekat sini?"
"Sebab Pizu bosan" Muka Rizu terus berubah menjadi sedih "Tadi Pizu pergi rumah abang Paizo, dia takde pula dekat rumah. Pizu hubungi kakak Lynna, dia sibuk pulak. Kakak Emmy pun sibuk juga. Jadi Pizu datanglah ke sini, manalah tahu dapat berborak dengan abang Fang ke tapi semenjak akhir-akhir ni, abang Fang macam tak layan Pizu dah. Abang Fang marah dengan Pizu ke sebab kejadian tempoh hari tu? Pizu tahu, Pizu buat salah tapi abang Fang janganlah jauhkan diri daripada Pizu"
"Hmmm... mesti ada benda lain buatkan diri dia jauh daripada Rizu. Tak mungkinlah dia nak tinggalkan Rizu keseorangan dan marahkan Rizu tentang kejadian hari itu"
"Pizu tahu tapi... Pizu tetap rasa bersalah dengan abang Paizo dan kakak Lynna. Pizu buat benda yang pentingkan diri sendiri tapi dia orang baik, selalu jaga Rizu" Boboiboy belai kepala Rizu "Tapi Pizu pula buat begitu tapi kakak Lynna baik, dia tetap nak bagikan kejutan dekat Pizu"
"Sudahlah Rizu, jangan fikirkan sangat tentang hari itu. Jom abang bawa Rizu jumpa abang Fang"
"Kalau dia marah Pizu macam mana?"
"Tak mungkinlah" Boboiboy bangun dari bangku kantin sekolah dan terus menghulurkan tangannya kepada Rizu "Kalau dia marah pun, abang Boboiboy kan ada" Rizu ambil tangan Boboiboy dan terus dia bangun dari bangku itu
"Terima kasih abang Boboiboy" Rizu rasa sedikit gembira tapi ada rasa ketakutan untuk berdepan dengan Fang. Dia takut kalau abang kesayangan dia akan mengamuk dekat diri dia nanti. Hati Rizu berdebar-debar apabila Boboiboy membawa dia ke padang sekolah. Dari jauh lagi dia boleh nampak Fang sedang berborak mesra dengan kawan-kawannya
"Rizu jangan takut. Abang Boboiboy sentiasa ada di sisi Rizu" kata Boboiboy sambil berikan senyuman kepada Rizu. Mereka lalu di tepi padang dan terus ke tempat Fang dengan berehat bersama dengan Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Zakwan. Sampai sahaja di situ, Rizu sorokkan diri di belakang Boboiboy kerana takut. Fang terkejut melihat Rizu ada di situ
"Rizu?"
"Fang, Rizu nak cakap dengan kau" kata Boboiboy sambil menolak Rizu ke depan. Fang bangun dari tempat duduk dia dan terus ke Rizu. Keadaan di situ menjadi sunyi sekejap, mereka melihat Fang pegang tangan Rizu dan terus dia membawa Rizu ke tempat lain. Jauh daripada kawan-kawan dia. Mereka melihat mereka berdua sudah pun berjalan jauh, Boboiboy takut juga kalau Fang mengamuk atau marah kepada Rizu. Dia perhatikan sahaja sambil duduk di sebelah Gopal. Fang membawa Rizu ke bangku sekolah dan lalu dia menyuruh Rizu duduk. Rizu hanya senyap sahaja, mata dia langsung tidak memandang Fang
"Rizu nak cakap apa dengan abang?"
"Pizu sebenarnya takut"
"Takut? sebab apa?"
"Takut kalau abang Fang marahkan Pizu sebab Pizu buat sesuatu dekat abang Paizo dan kakak Lynna hari tu. Pizu takut abang Fang tak nak berkawan dengan Pizu dah. Pizu takut kalau abang Paizo tak bagi datang ke rumah dah, takut nanti Pizu buat balik" kata Rizu sambil hayunkan badan dia ke depan kebelakang kerana terlalu takut sangat, kalau diri dia dimarahi oleh Fang "Maafkan Pizu" sebutir air mata jernih mengalir keluar dari mata Rizu. Fang duduk di sebelah Rizu dan lalu dia memeluk Rizu
"Mana ada abang marah cuma semenjak akhir-akhir ni, abang rasa sangat gembira sebab abang dapat bermanja-manja dengan abang Kaizo. Dia pun macam tak kisah sahaja tapi Rizu janji dengan abang yang Rizu tak kan buat benda macam tu balik" Fang mengesat air mata Rizu dan terus dia cuit hidung Rizu. Rizu tergelak di situ dan Fang juga tergelak sekali
"Pizu janji, Pizu tak kan buat lagi tapi abang Fang kalau marahkan Pizu, bagitau Pizu. Jangan tinggalkan Pizu keseorangan lagi. Pizu tak nak kesunyian seperti dulu"
"Tak, abang tak kan buat begitu. Abang sayangkan Rizu, seperti juga abang Kaizo dan kak Lynna. Mereka sayangkan Rizu"
"Pizu pun sayangkan dia orang tapikan... Pizu sukalah dia orang jaga Pizu.. heheheee.. buatkan Pizu lagi bertambah manja!"
"Dengan abang Fang tak suka ke? Abang kan jaga Rizu dengan elok"
"Tapi abang suka mengamuk tak tentu pasal, lepas tu kakak Lynna kata, Pizu sudah terpengaruh dengan kenakalan abang Fang. Dia cakap Pizu tak boleh ikut perangai abang Fang yang nakal tu tapi abang Paizo cakap, dia suka kalau Pizu buli abang Fang sebab dia cakap, kalau buli tu tanda sayang. Itu abang Paizo yang cakap"
"Cheh, tak guna punya abang" bisik Fang. Hati dia panas dengan abang dia tapi menahan dirinya sebab dia tahu, balik nanti dia dapat bermanja dengan abang dia lagi "Hehehee.. tapi Rizu jangan buli abang ok sebab buli tu bukan benda yang elok"
"Ok tapi abang Paizo tu buli abang Fang boleh pulak?"
"Itu sebab abang Kaizo memang jenis suka buli adik dia sendiri. Jomlah Rizu, kita pergi makan sama-sama ok. Abang ada sediakan makanan yang banyak! Ada macam-macam biskut abang buat, sandwich kegemaran kak Lynna pun ada"
"SANDWICH BUAHHH!" Rizu menjerit di situ sambil berlari ke arah Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Zakwan yang sedang sibuk menjamu selera. Fang ikut sekali berlari dengan Rizu
----------------------------
Kaizo melihat dua bekas makanan yang telah dihantar oleh Lily. Dia tersenyum melihat bekas-bekas itu yang ada di atas meja dapur rumahnya. Dia dengan baik hatinya, telah memesan beberapa biskut yang banyak dari Lily. Sebenarnya Lily telah membuat pelbagai jenis perisa termasuklah perisa petai tapi kenalah pandai-pandai pilih, yang mana satu biskut petai. Kaizo membuka satu bekas makanan dan dia terkejut kerana bentuk biskut itu ada bentuk muka dia dan satu lagi bentuk itik
"Dia ingat, aku ni biskut ke apa tapi selamat aku bukan jenis penggemar biskut" terus dia tutup bekas makanan tersebut. Dia buka lagi satu dan dia tergelak sedikit kerana bentuk biskut tersebut ialah bentuk landak. Dia terus tutup bekas makanan itu. Dia terdengar satu ketukan di pintu rumah dia, lalu dia keluar dari dapur untuk melihat siapa yang ketuk pintu rumah dia. Lalu dia buka dan terkejut melihat Fang bersama dengan cikgu Aiman
"Kenapa cikgu kau ada dekat sini?" Fang tersengih "Kau buat hal lagi ke?"
"Mana ada abang, adik baru sahaja balik dari sekolah. Cikgu Aiman ni nak hantar adik balik rumah" Padahal dalam hati Fang berapi-api dengan cikgu dia kerana telah memberi ceramah yang panjang lebar di dalam kereta tadi. Sampai naik bosan dan sakit telinga dia mendengar ceramah itu
"Oh begitu, terima kasih kerana hantar budak nakal ni balik" Fang bermasam muka dengan abangnya
"Saya pulang dulu"
"Kamu tak makan malam dulu dekat sini?" Aiman menoleh kebelakang, begitu juga dengan Fang. Kaizo melihat di belakang Aiman dan rasa senang hati melihat dengan kehadiran Lynna "Bolehlah Kaizo dan saya dapat mengenali cikgu sejarah Fang"
"Tak perlulah kak Lynna. Cikgu Aiman mesti ada banyak kerja kan kan kan... yelah, nak tanda buku-buku latihan anak-anak murid dia, nak fikirkan esok nak ajar apa, fikirkan benda apa yang terbaik.. macam-macam kena buat. Jumpa lagi esok yea cikgu" Fang tersengih sambil lambai-lambai ke arah cikgunya tetapi..
"Boleh juga, boleh saya berkenalan dengan abang kamu. Lagipun saya cikgu baru di sekolah, baru pindah ke sini. Belum kenal sesiapa lagi dekat Pulau Rintis. Cikgu berkawan dengan abang kamu boleh kan?" Cikgu Aiman terus tersenyum sinis kepada Fang "Kalau kamu tak bagi, esok juga cikgu akan denda kamu dekat kelas sejarah nanti" Fang menelan ludah sambil melihat cikgunya masuk ke dalam rumah. Lynna ikut dari belakang. Fang pula, dia nak lari daripada rumah dia sebab tak sanggup nak tengok abang dia berkawan dengan cikgu sejarah dia sendiri
"Kegilaan apakah abang aku nak berkawan dengan cikgu sejarah aku... HIDUP INI TIDAK ADILLLLLL!" Menjerit Fang seorang diri di luar rumah. Dia terduduk di depan tangga rumah sambil korek-korek tanah "Kenapalah nasib ku begitu malang, aku baru nak bermanja dengan abang aku malam nanti"
"PANGGGG!" Fang terus berlari masuk ke dalam rumah. Kaizo sudah berdiri di depan dapur sambil bersilang tangan
"Oh abang ku sayang, abang nak apa?" Fang berkelip-kelip mata dekat abangnya, dengan muka comel dia seperti anak kucing "Abang, malam nanti kita tengok movie sama-sama lagi yea"
"Tak malu betul kau ni, depan cikgu sendiri pun nak bermanja" Fang tersengih besar dekat abangnya "Sudah! Kau pergi siapkan makanan malam"
"Tapi... adik baru sahaja sampai rumah" kata Fang dengan nada marah
"Takpe, kak Lynna bantu kamu ok" muncul Lynna yang baru sahaja keluar dari dapur. Di kedua belah tangannya, terdapat sebuah dulang dan di atasnya ada 3 cawan dan satu teko berisikan teh hijau
"Terima kasih kak Lynna. Kak Lynna lagi bagus daripada abang" Fang terus masuk ke dalam dapur sambil di perhatikan oleh Kaizo. Muka dia begitu serius sekali
"APA KAU CAKAP PANGG! MALAM NI TIADA MOVIE UNTUK KAU! JANGAN HARAP KAU DAPAT BERMANJA DENGAN AKU LAGI LEPAS NI!"
"Tak tak.. maksud adik, abanglah yang terbaik diantara yang terbaik di dunia dan di galaxy ini! Sayang abang" Fang sempat lagi peluk abangnya dan terus masuk ke dalam dapur. Aiman hanya gelengkan kepala sahaja melihat gelagat dua beradik itu. Lynna tergelak sedikit dan terus hidangkan secawan teh hijau untuk Aiman. Kaizo terus ke ruang tamu untuk berborak atau berbincang hukuman mana yang lebih berkesan untuk murid-murid yang nakal. Lynna sabar sahaja dengan dua lelaki garang yang suka sangat nak menghukum orang
Fang yang ada di dalam dapur, dia melihat dua bekas makanan yang ada di atas meja. Lalu dia membukanya, mata dia telah nampak sinar harapan yang tertera di hadapannya. Dia tahu, biskut itu adalah biskut petai yang buatkan dia pengsan hari itu "Heheheeee... bagus juga si pelik hantar biskut landak ni. Boleh aku buat cikgu aku pengsan tapi mesti abang aku akan menghukum aku nanti. Tak pun cikgu aku denda aku dengan lebih teruk. Mana tahu abang aku ajar cikgu aku latihan tempur" Fang tak boleh bayangkan kalau cikgu sejarah dia menghukum satu kelas dengan latihan tempur "Menakutkan betul"
"Apa yang menakutkan?" muncul Lynna di dalam dapur
"Takde apa.. apa kata kak Lynna bagi biskut landak ni dekat mereka"
"Boleh juga tapi siapa yang buat" tanya Lynna sambil melihat biskut landak itu "Abang kamu ke? Rajin betul dia buat biskut tapi tak masin ke biskut ni?" Lynna baru hendak mengambil satu tetapi tangan dia ditepis oleh Fang
"Kak Lynna suruhlah cikgu rasmikan dulu biskut ni"
"Hmmm.. yelah" Lynna mengangkat bekas makanan itu dan dia membawa keluar dari dapur. Fang mengintai dari dapur. Dia melihat Lynna sedang berikan biskut kepada cikgunya. Fang tersenyum sinis apabila cikgu dia makan biskut itu, dia tunggu sahaja untuk cikgu dia pengsan tapi tak pengsan. Dia juga nampak Lynna turut makan biskut itu tetapi tidak pengsan juga
"Aik? Apasal tak pengsan?" Fang terus keluar dari dapur tersebut. Dia pergi ke ruang tamu untuk merasa biskut itu. Mungkin Lily sudah tukar perisa biskut itu, fikir Fang
"Pang, bukan ke abang suruh kau masak tadi"
"Kejap.. adik nak rasa biskut ni" Fang mengambil satu biskut landak tersebut dan terus dia rasa "Memang sah, biskut petai" Terus dia pengsan dekat situ
"Fangg!" terkejut Lynna melihat Fang pengsan di ruang tamu "Apasal dia pengsan pulak ni?"
"Hmmm... entah. Biarkan ajelah dia pengsan, bolehlah kita keluar makan tanpa ada budak ni kacau"
Jadi, dengan rasminya. Fang ditinggalkan di rumah, baring di atas sofa dan tidak sedar bahawa abang dia telah pun keluar bersama Aiman dan Lynna. Kaizo dan Lynna menaiki kereta Aiman dan terus ke bandar untuk menikmati makan malam yang sedap-sedap. Fang baru sedar balik apabila dia abang dia sedang menonton movie pada pagi, barulah dia dapat bermanja dengan abangnya tapi dia tidak berani sentuh biskut landak itu dan biskut bentuk itik dan Kaizo itu. Fang membawa biskut-biskut itu ke sekolah sahaja, tapi yang peliknya, kawan-kawan dia tidak termakan biskut petai. Fang rasa pelik, lalu dia merasa satu dan terus pengsan di sekolah. Dengan itu, Fang telah berkobar-kobar untuk membalas dendam balik dekat Lily sebab biskut petai itu
"SIAP KAU LILYYYYYY!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top