Makmal Rahsia
"Lalalalaaa! Aku suka kemas rumah! Sebab ianya adalah satu amanah! Abang aku pun tak marah-marah! Aku pun suka hati.. hahahahaaa!"
Bella menutup telinga dia sebab dari tadi lagi dia asyik dengar lagu rekaan dari Fang sahaja. Dia sekarang ini berada di dalam bilik Faye untuk siapkan kerja sekolah mereka bersama sebelum bertolak ke sekolah
"Wei Faye, si Fang tu memang OCD ke?" tanya Bella sambil melukis gambar Fang kena ketuk dengan tukul besi
"Kenapa?"
"Takdelah, tapi masa aku sampai.. aku nampak abang Kaizo tengah bersihkan rak almari yang penuh dengan habuk tu.. lepas tu, aku tengok.. si Fang tu pergi bersihkan balik. Dia tu memang gilakan kebersihan yea" Faye tergelak sedikit
"Memang pun. Kadang-kadang bilik aku pun dia nak bersihkan juga tapi aku tak bagi. Pergilah bersihkan bilik abang dia tu tapi Fang jawab, bilik abang dia tidak boleh di sentuh oleh sesiapa pun" Lalu Bella dekatkan diri dia kepada Faye
"Wei Faye, kau tak rasa ke dalam bilik abang dia menyimpan sejuta rahsia" kata Bella dengan nada yang agak perlahan
"Rahsia.. mesti rahsia yang penting-penting sampai adik dia sendiri tak boleh nak masuk bilik dia"
"Agaknya, apa abang sepupu kau tu simpan? Sebongkah emas? Harta karun? atau mungkin diary dia"
"Diary?" Faye terbayangkan sepupu dia mempunyai sebuah buku diary yang penuh dengan rahsia isi hati dan semua perkataannya amatlah berbunga-bunga sekali. Mungkin semuanya kisah tentang perjalanan Kaizo menjadi seorang kapten yang terhebat dan juga pengembaraan dia bersama Lahap dan Fang di angkasa lepas. Mungkin juga ada tentang kisah-kisah lain yang Kaizo tidak mahu sesiapa mengetahuinya. Mungkin juga tentang kisah cinta yang dia cuba sembunyikan "Hmm... misteri sungguh bilik abang Kaizo"
"Kau tak nak pergi siasat ke?" Bella mengangkat-gangkat bulu kening dia kepada Faye "Mesti kita akan jumpa benda-benda yang menarik dan misteri ataupun harta karun. Mungkin sebab itu abang sepupu kau kaya semacam.. hehehee.. sampai kedekut tak nak bagi Fang duit"
"Dia tak nak bagi Fang duit sebab dia tahu nanti adik dia akan membazir dengan membeli donut lobak merah" kata Faye dengan nada sindiran dia "tapi seronok juga kalau kita pergi explore bilik abang Kaizo tapi kena tunggu dia takde dekat rumahlah"
"dan jangan lupa sekali si Pang tu. Karang dia beritahu abang dia" Bella lukis lagi gambar Fang tetapi kali ini sebuah lukisan Fang kena kejar dengan harimau bayang "Tapi.. kalau kita bagi dia donut lobak merah suruh dia senyap, boleh juga"
"Hehehehe.. idea yang bagus" Faye tergelak sinis. Mereka tidak sedar bahawa Fang berada di belakang mereka. Dia dengar setiap perbualan mereka berdua. Lalu dia tersenyum sinis sambil undurkan diri dia untuk keluar daripada bilik Faye. Dia berada di dalam bilik Faye tadi sebab hendak mendengar gossip terbaru dari Bella dan Faye. Fang kadang-kadang akan mencuri dengar perbualan mereka tapi ada masanya, hati dia berapi-api dengan Bella sebab kutuk diri dia. Selepas dia berjaya keluar dari bilik Faye, Fang terus ke bilik abangnya
"Abang aku takde dekat rumah. Inilah masanya untuk aku menyelongkar barang-barang dia" Fang membuka pintu bilik abangnya. Dia terasa seram sejuk pula, selalunya tidak rasa begitu "Abang aku ni bela hantu ke apa"
"Abang kau memang bela hantu pun" tiba-tiba sahaja Fang terdengar bisikan dari Bella. Mata dia melirik ke arah Bella yang berdiri dekat dengan dia "Wei, apasal kau ada dekat sini?"
"Aku macam kau lah, nak menyelongkar rahsia abang-abang kau. Kenapa dia tak bagi sesiapa masuk ke dalam bilik dia? Adakah dia menyimpan rahsia ataupun sebenarnya ada pintu rahsia yang boleh membawa abang kau ke sesuatu tempat yang misteri"
"Kau banyak berangan yea" Bella tersengih kepada Fang "Hmm.. suka hati kau lah tapi kita perlu cepat sebelum dia balik"
"Cepatlah masuk, apasal kau masih tercengang lagi dekat situ" kata Bella. Lalu dia menolak Fang masuk ke dalam bilik Kaizo. Fang terjatuh di atas lantai bilik dan Bella melangkah masuk dengan hati dia yang sangat teruja. Faye yang berada di belakang mereka tadi, turut juga masuk ke dalam bilik tersebut. Fang berapi-api dengan Bella kerana menolak dia. Lalu dia bangun dari situ, dan mata dia terus ke meja abang dia. Pertama sekali dia buat adalah membuka laci-laci yang ada di meja itu. Ada yang berkunci, ada yang tidak berkunci
"Takde kunci ke dekat atas meja tu? ataupun dalam mana-mana laci" tanya Faye sambil membelek-belek buku novel seram Kaizo
"Takde jugak... tapi..."
"Wei korang!" Bella memanggil mereka berdua secara tiba-tiba. Fang terpaksa lupakan dulu. Dia dan Faye pergi ke arah Bella yang ingin menunjukkan sesuatu "Fang, ini cincin yang kau hilangkan hari tu kan?"
"Ha ah, tapi macam mana abang aku boleh jumpa balik. Sudahlah tak beritahu. Aku masa kemas rumah pun berharap sangat dapat jumpa cincin ibu aku balik tapi dia pulak yang jumpa dulu" Fang menggenggamkan tangannya "Tapi kan, kadang-kadang aku rasa pelik tengok cincin ni" Fang mengambil keluar cincin itu dari kotak asalnya
"Kau rasa pelik?"
"Ha ah Bella" Fang membelek-belek cincin itu "Sebab abang aku sendiri tak pernah nak tunjuk cincin ni dekat aku. Masa personality Boboiboy bertukar, dia yang jumpa dan dia yang bawak turun ke bumi. Lepas tu abang aku simpan ke sini tapi aku tak tahu pula nenek aku yang berikan cincin tu dekat abang aku. Aku cuma dapat loket"
"Oklah tu, at least kau dan abang kau adalah juga harta pusaka dari ibu kau" jawab Bella sambil mengambil balik cincin itu dari tangan Fang
"Fang, kau cakap kau dapat loket kepunyaan ibu kau?"
"Ha ah, kenapa Faye? Ada sesuatu yang tak elok ke dengan loket tu?"
"Bukan tapi aku pernah dengar perbualan dari ibu dan ayah aku dan juga atuk dan nenek kita. Masa tu aku curi dengar perbualan mereka tentang makmal rahsia dekat rumah ibu bapa kau dulu" Fang melihat Faye dengan begitu lama sekali. Bella simpan balik cincin tadi dan dia juga memandang Faye dengan perasaan curiga
"Makmal rahsia? Apa kene mengena dengan loket ibu aku?"
"Bukan loket itu sahaja, tapi dengan cincin tu sekali. Sebenarnya ada satu lagi yang kau dan abang kau takde iaitu gelang kepunyaan ibu kau juga. Ketiga object itu adalah kunci sebenarnya untuk membuka pintu makmal rahsia itu" Faye terus membuka gelang kepunyaan dia "Dan gelang yang aku maksudkan itu, ada dengan aku. Nenek yang berikan kepada aku"
"Apasal dia bagi kau pulak?" kata Fang dengan nada marah dia
"Fang, nenek bagi aku sebelum aku dapat tinggal di sini. Dia sebenarnya dia berharap sangat korang berdua dapat pergi balik ke rumah korang yang dulu tu dan mungkin terjumpa makmal rahsia itu. Aku memang nak beritahu tapi mulut aku seperti dikunci. Maaf sebab aku simpan rahsia ini" Faye hulurkan gelang itu kepada Fang. Bella yang ambilkan gelang itu dan berikan kepada Fang. Faye nampak Fang sedang menahan kemarahan dia tapi dia tahu, salah dia juga tidak memberitahu rahsia itu
"Sudahlah tu Fang, Faye sudah minta maaf dekat kau kan? Daripada kau marah-marah begini, apa kata kau beritahu abang kau tentang perkara ini. Kita pun sudah bongkarkan salah satu rahsia" kata Bella dengan nada lembut dia
"Yelah.. aku maafkan tapi sebelum tu. Ada apa-apa rahsia lagi tak kau nak beritahu" Faye gelengkan kepala "Kalau takde, aku nak menghubungi abang aku"
"Aku rasa, aku patut balik dulu. Aku tak patut dengar korang berdua nanti" Fang mengangkat kening sebelah sambil melihat Bella "Apa! Kau ingat aku ni jahat ke? Aku pun ada perasaan juga. Kau dan abang kau mesti nak bersendirian kan? Don't worry, I will take Faye with me, ok pretty boy?"
"AKU BUKAN PRETTY BOY LAH!" menjerit Fang
"Hehehee.. dah lama aku tak panggil kau pretty boy. Jom Faye, aku nak cerita dekat kau tentang kisah Fang menjadi seorang puteri dan nyanyi di atas pentas dewan sekolah" Bella menarik Faye keluar dari bilik Kaizo. Mereka tinggalkan Fang di situ bersendirian tapi sempat lagi Bella membuat Fang naik marah "GOOD LUCK PRETTY BOY!" Bella dan Faye tergelak sahaja sambil turun dari tangga dan terus ke bilik mereka
"Ada juga nak kena dengan aku nanti" Fang menarik nafas dan tenangkan diri dia. Selepas itu, dia pergi mengambil kotak cincin itu dan keluar dari bilik abangnya. Seterusnya, dia pergi mengambil loket ibunya dari bilik dia. Fang menyimpan loket itu dengan begitu baik sekali. Dia simpan di dalam laci berkunci dia. Fang membuka laci mejanya dan lalu dia keluarkan loket ibunya. Dia membuka loket tersebut untuk melihat gambar ibunya
"Ibu, apa yang ibu simpan dekat dalam makmal rahsia tu? Atau sebenarnya makmal itu milik ayah? Tapi apa-apa pun, mesti ada sesuatu yang istimewa di sebalik makmal itu. Adik tak sabar nak pergi buka makmal rahsia itu. Ibu tunggu adik sampai ok, ayah pun sama, tunggu adik dan abang sampai" Fang menutup loket itu dan dia genggam sekuat-kuatnya sambil memejam mata. Bayangan ibu bapanya, dapat dilihat di dalam kegelapan itu. Mereka berdua tersenyum melihat Fang
----------------------------------------------------------------------
Hampir 1 jam dia menunggu abang dia pulang, Fang bermundar mandir di sekitar ruang tamu. Kadang-kadang dia asyik ke tingkap untuk melihat di luar rumah. Kini tinggal dia seorang sahaja, Bella dan Faye sudah lama keluar dan mereka akan siapkan kerja rumah mereka di kedai Tok Aba sahaja
"Manalah abang aku ni..." merungut Fang. Dia melihat jam di dinding, sekejap lagi dia perlu ke sekolah ataupun dia ponteng sahaja hari ini. Fang melihat ketiga-tiga object milik ibunya yang ada di atas meja ruang tamu. Shadow, Pikachu dan Lily menjadi bodyguard sebab Fang yang suruh. Dia rasa pelik pula melihat Lily si itik memakai cermin mata hitam
"Kau mesti di ajar oleh si pelik tu kan"
"Quack quack quack"
"Hmm.. pandai pulak kau menjawab" kata Fang "Setiap hari, kau semakin pelik yea. Apalah si Lily dah buat dekat kau yea"
"Quack quack quack"
"Yelah Lily, suka hati kaulah tapi selamatlah kau bukan macam si Lily yang tergila-gilakan Boboiboy tu"
"Quack quack quack" Lalu Fang duduk di sebelah Lily si itik dan membelai kepala dia "Quack quack quack"
"Aku tahu Lily, pelik macam mana pun kau.. kau tak kan ikut perangai yang terlebih pelik dari Lily kawan aku tu"
"Quack quack quack"
"Meow meow meow" Pikachu pula membebel
"Korang ingat aku ni pelik ke? Cakap dengan haiwan tapi betul juga.. aku sekarang ni tengah bercakap dengan korang tapi korang ajelah yang ada sekarang ni. Jadi aku berborak ajelah dengan korang. Tak kan aku nak bercakap dengan tiang rumah tu pula" Shadow melompat ke atas sofa dan duduk di atas riba Fang "Aku sudah lama tak bermanja dengan korangkan"
"Meow meow meow"
"Maafkan aku Shadow, kehidupan aku semakin lama semakin sibuk"
"Quack quack quack!"
"APA KAU CAKAP! AKU BUKANNYA SIBUK DENGAN KENAKALAN AKU! Kau ni memang nak kena dengan aku" Tiba-tiba sahaja seseorang telah menepuk kepala Fang
"Kenapa dengan kau ni? Dengan itik pun kau nak cari pasal, kau dah buang tabiat ke?" Fang mendongak ke atas dan nampak muka garang abang dia "Yang kau suruh aku balik ke sini kenapa? Apa hal mustahak tu? dan kenapa barang kemas kepunyaan ibu ada dekat situ? KAU NAK JUAL KE?"
"Mana adalah abang, tak kan adik sanggup nak pergi jual harta pusaka ibu pula"
"Habis tu kenapa kau bawak keluar? Kau pergi selongkar bilik aku lagi ke?" Kaizo mengangkat kening melihat adiknya sudah tersengih di situ "Kau nak kena hukuman dari aku lagi ke?"
"Hehehe... janganlah abang. Adik selongkar pun sebab Faye dan Bella yang mulakan dulu! Lepas tu adik pergilah selongkar bilik abang dulu sebelum dia orang selongkar bilik abang, baik tak adik?"
"BAIK APA KEBENDANYA!" Shadow, Pikachu dan Lily terkejut dengan suara garang Kaizo. Ketiga-tiga ekor haiwan itu berlari lintang pukang sehingga Lily si itik terlanggar tiang rumah "Kau selongkar bilik aku sebab kau nak cari rahsia aku ke?"
"Ha ah! Tapi sebenarnya adik bawak keluar cincin, gelang dan loket tu sebab adik baru sahaja dapat tahu rumah kita dulu ada makmal rahsia. Faye yang beritahu adik, jadi adik beritahu abang!"
"Pang" Fang melihat abangnya pergi ke depan dan duduk di sebelahnya
"Kenapa abang?" Fang tanya kepada abangnya yang kelihatan serba salah
"Sebenarnya abang sudah lama tahu" Mata Fang membulat besar. Hati dia cukup sedih dan kecewa apa yang abang dia katakan tadi "Cuma abang rahsiakan daripada kau sahaja" Kaizo cuba untuk pegang tangan adiknya tetapi Fang tarik tangan dia jauh daripada abangnya
"Jadi, selama ini abang simpan untuk diri abang ajelah. Abang tahu, Faye tahu, atuk dan nenek pun tahu. ADIK SEORANG SAHAJA YANG TAK TAHU! Mesti abang sudah pergi ke makmal rahsia tu kan!" Lalu Fang bangun "Kenapa abang suka sangat berahsia dengan adik? Bukan itu sahaja, tinggalkan adik, suruh adik jadi macam askar abang.. adik kan adik abang bukannya askar atau prebet Pang!"
"PANG! Boleh tak kau duduk, abang nak beritahu kau"
"Beritahu apa! Sudahlah abang, adik pergi ke sekolah dulu. Malas nak layan abang" Kaizo tidak pergi menghalang adiknya pergi. Dia melihat Fang keluar dari rumah tersebut dan menghempas pintu rumah dengan begitu kuat sekali. Pikachu melompat ke atas riba Kaizo
"Meow meow meow meow"
"Aku tahu Pikachu, aku perlu pergi mencari dia. Aku tidak yakin dia akan pergi ke sekolah. Aku tahu dia akan lepaskan kemarahan dia dekat tepi pantai. Itu ajelah tempat yang boleh membuatkan diri dia jauh daripada kawan-kawan dia" Kaizo membelai kepala Pikachu sambil melihat ketiga-tiga barang kemas milik ibu dia "Aku juga perlu beritahu dia kenapa aku rahsiakan"
"Meow meow meow meow"
"Kalau dia tak nak terima, aku tak tahu nak buat macam mana dah"
"Quack quack quack"
"Pujuk dia dengan donut lobak merah?"
"Meow meow"
"Hmm.. itu pun kalau berjaya" kata Kaizo "Terima kasih Lily dan Pikachu kerana temankan aku seketika. Aku kena pergi dulu" Kaizo angkat Pikachu dan letakkan dia di bawah. Tangan dia terus ke cincin, loket dan juga gelang. Dia simpan ketiga-tiga barang itu di dalam poket jaketnya dan tangan dia tidak keluar dari poket itu kerana dia tidak mahu barang kepunyaan ibunya hilang atau tercicir di mana-mana. Selepas itu, Kaizo keluar dari rumahnya untuk pergi mencari adik dia
"Maafkan abang, Pang" bisik Kaizo sambil menutup pintu rumah
---------------------------------------------------------
Fang baring di atas pasir pantai sambil melihat awan-awan di langit. Dia langsung tidak pedulik jika rambut dia masuk pasir atau baju sekolah dia kotor. Hati dia masih lagi marah dengan abang dia. Fang cuba untuk memikirkan kenapa abang dia rahsiakan perkara itu? Apa yang dia fikirkan, semuanya tidak masuk akal. Lalu dia fikirkan, apa yang ibu dan ayah dia simpan di dalam makmal rahsia itu. Adakah benda penting atau ada harta tinggalan mereka untuk anak-anak mereka. Mungkin juga ada alatan yang canggih sampai ayah dia terpaksa sembunyi di dalam makmal rahsia itu ataupun mereka sebenarnya ada adik lain
"Tak mungkinlah. Kalau ada pun, mesti abang aku ingat tapi.. nak harapkan abang aku tu, mesti dia tak kan beritahu"
"Abang Fang ada adik lain?!" Muncul muka Rizu di hadapan mata Fang
"Ma-mana ada! Abang cuma teka aje" Rizu terus ke tepi dan baring di sebelah Fang "Rizu buat apa dekat sini?"
"Pizu nampak abang Fang tadi tapi abang Fang tak pergi ke sekolah, jadi Pizu ikutlah abang Fang tapi kenapa abang Fang ponteng sekolah?" Mata Rizu melihat bentuk-bentuk awan di langit. Dia rasa awak itu berbentuk seperti pizza atau sebenarnya dia tengah kelaparan sekarang ini
"Hmm... abang rasa tak nak pergi sekolah pulak"
"Ohhh... jadi abang Fang pontenglah yea. Abang Paizo tahu tak? Kalau dia tahu, mesti abang Paizo akan bagi hukuman dekat abang Fang tapi Pizu tak naklah abang Fang kena hukuman sebab Pizu sayangkan abang Fang"
"Abang pun sayangkan Rizu" Fang menoleh ketepi untuk melihat Rizu "Rizu takpe ke temankan abang dekat sini?"
"Takpe.. lagipun dekat rumah bosan, takde siapa pun" kata Rizu. Lepas sahaja awan bentuk pizza, dia nampak awan berbentuk burger pula. Perut dia sudah berbunyi tetapi Fang tidak dengar sebab dia asyik fikirkan tentang abang dia sahaja "Abang Fang, kalau abang Fang betul-betul ada adik, abang Fang akan lupakan Pizu ke?"
"Abang tak kan lupakan Rizu sebab abang sudah anggap Rizu macam adik abang sendiri"
"Terima kasih abang Fang!"
"Lepas tu Rizu akan menjadi seorang abang! Heheheehe..."
"Kalau umur dia sebaya dengan Pizu macam mana? Boleh jadi kembar.. hehehee"
"Kembar apa kebendanya!" Terus Fang dan Rizu terduduk. Mereka menoleh kebelakang dan melihat Kaizo sedang berdiri dengan tangannya bersilang "Rizu, abang nak cakap dengan adik abang. Rizu pergi balik tapi jangan nak merayap ke mana-mana. Kalau rumah Emmy atau kedai Tok Aba, takpe"
"Baik abang Paizo" Rizu terus bangun dari situ "Jumpa lagi abang Fang"
"Jumpa lagi" Fang terus bermasam muka dan dia melihat sahaja Rizu beredar dari situ. Kaizo duduk di sebelah adiknya "Abang nak apa?" tanya Fang yang sudah pandang ke depan sambil melihat air lautan bergelora
"Abang nak cakap dengan kau lah, tak boleh ke?"
"Tak boleh" jawab Fang "Abang nak tahu tak, hati adik cukup sedih sebab abang simpan rahsia tadi tu dari adik. Kenapa abang buat begitu dekat adik? Abang hanya pentingkan diri sendiri aje"
"Pang, abang nak minta maaf sebab rahsiakan dan abang buat begitu kerana abang takut" Fang terus melihat wajah abang dia yang cukup kesal itu
"Takut sebab apa? Takut kalau ada benda-benda jahat yang ada dekat makmal rahsia tu dan boleh membuatkan adik jadi jahat?"
"Bukan" jawab Kaizo "Abang cuma takut kalau semua kenangan kita bersama ibu bapa kita tersimpan di situ. Abang yang selalu ingat apa yang berlaku, setiap kali abang teringatkan balik, abang akan menjadi lemah. Adik tidak tahu, setiap kali abang terkenangkan mereka, abang akan menangis sedikit dan abang akan kenangkan balik pengorbanan abang untuk menjaga adik"
"Tapi abang tak perlulah takut, adikkan ada. Kita sama-sama pergi tengok makmal rahsia tu" Fang sudah mulai tenang sedikit. Kemarahan dia kepada abang dia sudah mula reda "Kita menghadapi bersama, ok abang?"
"Baiklah adik ku" Fang terus peluk abang dia dari tepi "Tapi kau perlu pergi ke sekolah dulu"
"Ala, kita pergilah sekarang.. makmal rahsia itu adalah lebih penting daripada sekolah!" Kaizo sabar sahaja dengan adik dia "Boleh ok abang. Adik tak sabar sangat apa yang mereka simpankan untuk kita. Mungkin sebongkah emas! Kita akan menjadi lebih kaya!"
"Hmmm... suka hati kaulah" Kaizo tersenyum sedikit. Dia terus menghubungi Lahap untuk mengambil mereka berdua dan bertolak ke planet asal mereka. Kaizo sendiri tidak mahu melihat rumah lama dia balik kerana terlampau banyak sangat kenangan terutama sekali detik-detik terakhir dia nampak ibu dan ayah dia tapi dia risau kalau adik dia akan menjadi trauma balik. Tahun lepas Fang dan diri dia telah masuk ke masa silam semasa ibu bapa mereka diserang oleh Ratu Lily. Fang ketika itu sempat melihat ibu dan ayahnya sebelum mereka pergi buat selama-lamanya tapi Kaizo tidak boleh lupakan ketika ibu mereka menghembuskan nafas terakhirnya di depan mata Fang. Walaupun apa yang terjadi, dia akan berada di sisi adiknya
------------------------------------------------------
Kaizo dan Fang berdiri di sebuah kawasan perumahan yang sudah lama dibiarkan. Tiada perubahan yang dibuat di kawasan itu, cuma bandar yang tidak jauh daripada situ sahaja yang berubah. Setengah orang mengatakan, ianya adalah seperti tempat detik bersejarah untuk mengingatkan mereka tentang kekejaman Ratu Lily ketika itu. Mereka berjalan di kawasan yang sunyi itu. Tiada penghuni, tiada haiwan yang bekeliaran dan juga tiada kenderaan yang lalu lalang di situ. Sepanjang perjalanan mereka, terdapat pelbagai jenis bunga telah diletakkan di setiap rumah yang hampir musnah itu. Fang teringat balik ketika itu, ketika orang ramai berlari untuk selamatkan diri daripada askar-askar Ratu Lily. Pergerakan dia semakin perlahan apabila mereka sudah menghampiri rumah lama mereka. Kaizo tahu adiknya menjadi takut, takut untuk mengingati saat-saat terakhir ibu mereka. Lalu Kaizo pegang tangan adiknya
"Jangan risau, abang ada dekat sini" kata Kaizo. Dia melihat adiknya seolah-olah Fang seperti budak 7 tahun, padahal Fang sudah pun remaja. Mungkin perasaan seorang abang yang ingin sentiasa melindungi adik dia
Mereka belok ke kanan dan berjalan terus ke depan. Mereka berhenti di sebuah rumah yang hampir musnah. Kaizo dan Fang masih ingat lagi keadaan rumah mereka ketika itu, ketika mereka berada di masa silam, cuma sekarang ini telah ditumbuhi oleh semak-semak dan pokok-pokok kecil menjalar di dinding rumah lama mereka. Kaizo masuk ke dalam tetapi adiknya tidak bergerak
"Pang?"
"Maafkan adik, adik takut nak masuk. Adik takut melihat tempat terakhir ibu sebelum dia pergi selama-lamanya"
"Pang, abang ada dekat sini. Kita masuk bersama, kalau adik masih takut lagi, kita berhenti dan pulang sahaja" Fang gelengkan kepalanya
"Tak, adik kena beranikan diri" Lalu Fang bergerak ke depan tetapi langkah dia begitu perlahan sekali. Dia masuk ke dalam rumah yang penuh dengan semak. Fang melihat balik tempat ibunya mati di depan mata dia sendiri. Dia berhenti di situ, lalu air matanya mengalir keluar. Dia seolah-olah boleh bau haruman manis ibunya, bayangan di otaknya mainkan sebuah memori yang membuatkan dia trauma. Dia sentuh batu yang ibunya terbaring di situ. Kaizo pegang bahu adiknya
"Pang, kau ok ke?"
"Adik ok.. cuma adik teringat balik. Ibu dan ayah sudah tiada tapi kadang-kadang, adik bayangkan mereka masih hidup lagi"
"Mereka masih hidup lagi, Pang. Mereka hidup dihati adik dan juga abang. Selagi kita ingatkan mereka, selagi itulah mereka hidup di dalam diri kita" Fang tersenyum sedikit "Mari kita cari makmal rahsia itu"
Bilik pertama sekali mereka masuk adalah bilik ibu bapa mereka sendiri. Perabut di dalam bilik itu masih lagi tersusun dalam keadaan asal cuma ianya sudah kelihatan usang. Cermin di meja sudah pun retak sedikit, tilam katil habis di musnah dan pintu almari sudah terbuka luas. Baju-baju ibu bapanya tiada lagi di dalam almari tersebut. Buku-buku yang ada di rak buku, semuanya sudah koyak
"Adik rasa, makmal rahsia tu takde dekat bilik dia orang"
"Mungkin juga. Kita ke bilik pejabat ayah"
"Abang pasti makmal rahsia tu ada dekat bilik ayah?"
"Itu cuma tekaan abang sahaja" Kaizo dan Fang terus ke bilik pejabat ayah mereka. Sampai sahaja di situ, meja milik ayah mereka sudah pun musnah dan hancur. Karpet merah yang terdapat di terdampar di atas lantai, mempunyai banyak debu-debu tanah. Kaizo mengangkat karpet itu sedikit dan dia tersenyum sedikit kerana ada sebuah pintu rahsia di situ. Lalu dia mengangkat karpet itu. Debu-debu yang ada di situ membuatkan Fang terbatuk-batuk. Mereka berdua membuka pintu rahsia itu bersama. Terdapat sebuah tangga untuk menuju ke bilik bawah tanah
"Pang, kau tunggu di sini. Bagi abang tengok dulu" Fang tidak membantah, dia biarkan abang dia pergi siasat dulu apa yang ada di bawah. Dia hanya tunggu sahaja arahan dari abang dia. Semasa dia menunggu, jari jemari dia mengusik-usik beberapa buku yang ada di rak buku. Semuanya masih tersusun rapi. Lalu dia membawa keluar salah satu buku dan membelek-belek apa yang terkandung di dalam buku tersebut sehinggalah dia terjumpa sepucuk surat yang tertulis nama abang dia. Fang mengambil surat itu
"PANGGG! KAU BOLEH TURUN!"
"BAIK ABANG!" Fang cepat-cepat lipat surat itu dan simpan di dalam poket seluarnya. Dia turun ke bawah dalam keadaan biasa supaya abang dia tidak syak apa-apa. Sampai sahaja di bawah, dia ternampak sebuah pintu besi. Di tepi pintu itu terdapat ruang kosong untuk meletakkan tiga object iaitu cincin, loket dan juga gelang. Kaizo keluarkan barang kemas ibu mereka dan lalu letakkannya di ruangan kosong itu. Secara tidak langsung, pintu itu mengeluarkan lingkaran cahaya lampu berwarna biru dan lalu ianya terbuka tersendiri. Kaizo dan Fang masuk ke dalam bilik makmal itu. Apa yang mereka nampak, terdapat sebuah computer besar dan beberapa ciptaan ayah mereka
"Makmal ni kepunyaan ayah ke?" tanya Fang
"Tak tahulah tapi ada kenangan kita bersama dengan mereka di sini" Kaizo mengangkat sebuah teddy bear milik dia semasa dia masih kecil lagi, sebelum Fang di lahirkan ke dunia
"Teddy bear abang?"
"Ya, ibu yang belikan untuk abang sebab abang menangis di dekat kedai. Ibu pujuk abang sehinggalah ibu terpaksa belikan teddy bear ini untuk abang. Teddy bear ini adalah teddy bear pertama abang" Kaizo peluk teddy bear itu di dadanya. Lalu dia ternampak sebuah bekas muzik yang dia selalu mainkan untuk Fang. Dia buka kotak muzik itu dan lalu sebuah lagu yang sangat romantik dimainkan dari kotak yang berwarna hitam itu
https://youtu.be/3SvAQfWcbQw
"Itu milik siapa abang?"
"Kotak ni adalah milik ibu tapi abang selalu main dengan kotak muzik ni sampailah hancur. Lepas tu ayah sendiri yang membaiki kotak tersebut. Kotak muzik ini sebenarnya hadiah dari ayah untuk ibu tapi semenjak kau ada, ianya telah menjadi milik kau. Abang selalu mainkan ketika kau menangis" Kaizo melihat adiknya begitu tenang sekali mendengar lagu itu "Kau suka?"
"Suka" jawab Fang "Melody lagu tu membuatkan adik lebih dekat dengan ibu dan ayah"
"Nanti kita bawa balik kotak muzik ini" Kaizo membelai sedikit kepala adiknya. Fang teruskan sahaja dengar melody itu berulang-ulang kali. Kaizo pula pergi melihat computer besar yang ada di dalam bilik itu. Lalu dia menekan sebuah butang dan computer terbuka. Kaizo melihat ada beberapa file yang ada di dalam computer tersebut. Semua file tersebut ada tarikh. Dia membuka file pada tarikh lahir adiknya. Sebuah video keluar
"Ayah! Cepatlah! Kaizo nak tengok adik!" Kamera itu menunjuk sedang berjalan dengan pantasnya untuk ke bilik ibu dia
"Sabar Kaizo, adik kamu tak pergi ke mana pun"
"Tapi Kaizo tak boleh nak sabar! Kaizo gembira dapat adik!" Kaizo boleh dengar gelakan ayahnya. Lalu mereka berhenti di depan pintu bilik. Kaizo berlari masuk ke dalam bilik wad ibunya. Keiko tersenyum melihat anaknya yang terlampau gembira
"Kaizo Kaizo" Keiko memanggil nama anaknya sambil mendukung seorang bayi comel "Kaizo nak lihat adik kamu?"
"Adik baru? Mana ibu! Kaizo nak tengok dia" Keiko tunjuk Fang kepada Kaizo. Senyuman lebar terukir di wajah Kaizo "Kaizo nak tahu apa nama dia?" Kaizo angguk sahaja yang sudah tidak sabar untuk mendengar nama adiknya
"Kaizo, ibu memperkenalkan Fang"
Kaizo terus hentikan video tersebut. Dia mengesat air matanya. Dia ingat lagi saat-saat dia mendapat seorang adik dan diri dia sudah tidak sabar untuk bersuka ria dengan adiknya yang kecil itu
"Adik ingat lagi memori tu sebab kak Lynna yang tunjukkan memori itu kepada adik" muncul Fang di sebelah abangnya
"Dia yang tunjuk kepada kau?"
"Ha ah abang" kata Fang sambil menutup video tadi. Lalu dia pergi membuka file lain. Video yang Fang buka kali ini adalah sewaktu mereka pergi berkelah sekeluarga. Fang tersenyum melihat abangnya mengajar dia bermain dengan alat kawalan jauh kapal terbang. Ibu mereka pula sedang sediakan makanan di atas tikar. Ayah mereka tiada di situ kerana dia sedang merakamkan kemesraan Fang dan Kaizo
"Kapal terbang tu, abang yang pujuk ayah supaya belikan untuk kita orang. Abang juga berjanji dengan ayah yang abang tidak akan berebut dengan adik. Jadi ayah belikan kapal terbang itu untuk kita"
"Kapal terbang ni ke abang?" Fang tunjuk ke arah alat permainan kawalan jauh kapal terbang. Kaizo terkejut kerana kapal terbang itu masih elok lagi kerana dia pernah pergi patahkan sayap dan kipas kapal terbang itu
"Agaknya, ayah pergi baiki balik kapal terbang tu" Kaizo rasa terharu. Hati dia cukup gembira melihat kapal terbang itu. Kapal terbang yang mempunyai dua warna iaitu warna biru dan kuning "Abang tidak sangka pula ibu dan ayah simpan kapal terbang itu dalam makmal rahsia ini"
"Agaknya, ibu dan ayah simpan semua ini sebagai kenangan tapi macam mana abang tahu tentang makmal rahsia ini? Nenek yang beritahu ke?" tanya Fang sambil mencari video lain
"Bukan, dia hanya berikan cincin itu sahaja tapi dekat bawah kotak cincin itu ada sehelai surat daripada ibu. Dari situ abang tahu tentang makmal rahsia ini. Jadi abang hanya senyap sahaja selama ini" Kaizo melihat adiknya membuka video yang seterusnya. Video dia dan Fang sedang menari keseronokan sambil mengikut rentak lagu tersebut
"Hehehe.. comel lah abang menari" Kaizo tergelak sedikit. Dia seperti tidak mahu meninggalkan makmal rahsia itu kerana semua memori dia dan adik dia semasa kecil, ada di situ. Ayah mereka telah merakamkan setiap detik mereka bersama. Fang tutup video mereka menari dan dia mencari video kali terakhir ayah mereka rakam. Lalu dia membuka video itu
Wajah ibu mereka tertera di dalam video itu dan ayah dia pula masuk ke dalam video tersebut. Mereka duduk di atas sofa dan lalu berkata sesuatu
"Fang, Kaizo.. kamu berdua berjaya menemui makmal rahsia yang ayah kamu bina semenjak Kaizo lahir lagi. Bilik ini adalah tempat menyimpan kenangan-kenangan kamu berdua. Bila ayah dan ibu sudah tiada, ibu berharap bilik ini akan dapat mengubati kerinduan kamu kepada kami berdua" kata ibu mereka
"Ayah juga ada baiki beberapa barang yang korang suka rosakkan dan ayah simpan di dalam makmal rahsia ini tapi korang jangan rosakkan balik"
"Dengar kata-kata ayah kamu. Ibu juga berharap kamu berdua tidak memutuskan hubungan kamu sebagai adik beradik. Kaizo jaga adik kamu dengan baik. Ibu tahu kamu sentiasa sayangkan adik kamu. Fang pun, jangan nakal-nakal dan sentiasa menjadi budak yang baik. Ibu dan ayah sayangkan kamu berdua kerana kamu berdua adalah batu permata yang sangat indah di hati kami"
"Adik pun sayangkan ibu dan ayah" bisik Fang sambil melihat senyuman ibunya. Dia mengesat air matanya yang sudah mengalir keluar "Jangan risau ibu, adik sentiasa menjadi budak yang baik"
Tiba-tiba sahaja video itu tertutup secara sendirinya "Adik mahu pulang?" tanya Kaizo
"Adik nak duduk dekat sini boleh? Adik nak tengok semua video yang ada dekat sini"
"Kita tengok sahaja di rumah tapi abang perlu transfer kesemua file ke dalam kapal angkasa abang. Adik pergi ambik barang yang ada dekat sini" Fang terus peluk abangnya "Kenapa Pang?"
"Adik rasa diri adik lebih dekat dengan ibu dan ayah. Kalau adik rindukan mereka lagi, adik boleh melihat video-video tu semua"
"Yea Pang, kita akan melihat video itu bersama" Kaizo membelai kepala adiknya. Selepas itu, Kaizo memanggil Lahap untuk menolong mereka berdua. Semua barang yang ada di situ, semuanya sudah di bawa masuk ke dalam kapal angkasa. Tiada satu pun yang tertinggal. Video-video pun sudah di ambil oleh Kaizo dan Lahap akan masukkan di dalam dvd nanti dan juga laptop Fang sebab Fang yang minta. Cincin, loket dan gelang ibu mereka, Kaizo tidak lupa untuk mengambilnya. Mereka pulang ke bumi dengan perasaan gembira. Sepanjang perjalanan mereka ke bumi, Fang asyik mainkan melody lagu di kotak muzik sehingga membuatkan dia tertidur di dalam kapal angkasa. Kaizo lalu di depan bilik adiknya dan lalu dia masuk untuk tutup kotak muzik itu. Kaizo selimutkan adiknya dan terus dia keluar dari bilik
-------------------------------------------------------
Pada malam itu, semasa semua orang sedang tidur. Fang berada di atas katil sambil menonton video di laptopnya. Dia tersenyum sendiri di dalam bilik itu melihat ibu dan ayahnya sedang gelak ketawa. Ketika itu abang dia sedang merakamkan ibu dan ayah mereka menyambut hari jadi Fang yang pertama. Hadiah pertama yang Fang dapat adalah sebuah basikal kecil yang tiada tempat mengayuh. Fang rasa seakan-akan ibu dan ayah dia ada berada di sisi dia dan menonton video itu bersama
"Seronoknya masa tu" bisik Fang melihat diri dia sedang gelak ketawa
"Memang seronok Fang, ibu dan ayah suka dengar gelakan kamu yang sangat comel itu. Ibu rindu dengan gelakan kamu itu dan ibu berharap Fang akan sentiasa tersenyum"
Fang terus tersenyum dengan sendirinya, dia seperti dengar kata-kata ibunya tadi. Lalu dia memeluk teddy bear pertama abangnya dan teruskan lagi menonton video yang seterusnya
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top