Maklumat Penting

"YAHOOOOO! Akhirnya, sampai jugak rumah" Fang berasa seronok tetapi penat apabila dia sudah sampai ke bumi. Seminggu dia duduk di rumah atuk dan neneknya bersama abangnya, Faye dan juga Idoli. Mereka juga sempat pergi ke planet Mau untuk menziarahi keluarga Idoli. Abang Idoli pun mereka dapat jumpa dan Fang sangat kagum melihat abang Idoli iaitu Laksamana Tarung. Fang tiba-tiba terfikirkan tentang Lily kerana kalau Lily ada di situ, sudah tentu Lily akan panggil Pak Terung atau abang Terung ataupun Laksamana Terung

"PANG! ANGKAT BEG BAJU KAU NI! JANGAN MENGEGADE NAK SURUH ABANG YANG ANGKATKAN PULA!"

"Yea abang ku yang comel" bisik Fang sambil hati dia berapi-api dengan abang dia

"JANGAN LUPA ANGKAT BEG IDOLI SEKALI!"

"Baik abang ku yang tersangat macho" kata Fang sambil keluar dari rumah balik. Lalu dia angkat beg dia dan juga beg Idoli

"Hehehe... abang Fang nak Idoli tolong?"

"Takpelah Idoli. Abang Fang boleh angkat beg ni. Tak berat pun" Padahal beg baju Idoli lebih berat daripada beg dia sendiri. Fang rasa cemburu pula melihat Idoli sedang menjilat ice cream vanilla dengan penuh kyusuk sekali. Idoli pula asyik tersenyum kepada Fang. Di dalam hati Fang memang rasa ingin ketuk kepala Idoli dengan ice cream vanilla itu

"Kenapa abang Fang tengok Idoli macam nak makan orang?"

"Errr... sebab abang suka tengok muka comel, Idoli" Fang hanya tipu sahaja

"Hehehee.. Idoli memang comel pun!" Idoli terus berikan muka comel dia seperti anak kucing. Kaizo yang berada di belakang mereka, hanya perhatikan sahaja sambil mengangkat sebuah kotak besar dan berat

"Boleh tak kamu berdua jalan cepat sikit. Kotak ni berat, BUKANNYA RINGAN!" Terus Fang dan Idoli berlari masuk ke dalam rumah "Jerit sikit, terus lari. Bagus bagus" Kaizo tersenyum sinis di situ. Faye hanya angkat kening sebelah

"Apa yang abang Kaizo bawa tu?" tanya Faye

"Di dalam kotak ini ada pelbagai data yang abang perlukan. Computer yang abang dapat adalah computer yang sangat canggih tetapi masalahnya, computer ini perlu dipasangkan balik. Aku akan pasangkan computer ini dengan sendiri tetapi kalau aku gagal, aku akan suruh si Emmy pasangkan untuk aku" Faye tergelak kecil di situ "Computer ini membuat banyak data tentang angkasa lepas. Mungkin data-data ini dapat membantu aku untuk mengenal pasti siapakah musuh kita. Stylobot kau mana?"

"Ada, di dekat dalam beg kecil Faye" kata Faye sambil tepuk-tepuk beg sandang dia dengan begitu perlahan sekali. Stylobot telah kembalikan asal dia dalam berbentuk empat segi supaya muat di dalam beg Faye "Kalau abang Kaizo perlukan bantuan apa-apa, beritahu sahaja dekat Faye"

"Terima kasih tapi buat masa sekarang ini, tiada bantuan yang ingin perlukan" Di dalam hati Kaizo, orang pertama yang dia akan panggil adalah Lynna. Dia tidak mahu adik dia atau kawan-kawan adik terlibat dalam misi untuk mengenali musuh mereka. Dia ingin selesaikan misi dengan bantuan Lynna atau tanpa bantuan daripada sesiapa tetapi keadaan menjadi sukar, dia terpaksa memerlukan pertolongan daripada adik dia dan juga rakan-rakan adiknya

"Abang Kaizo tak nak beritahu kak Lynna yang abang Kaizo sudah balik?"

"Buat apa aku perlu beritahu dia"

"Saja" balas Faye. Dia terus masuk ke dalam rumah sambil berkata sesuatu "Tapi mesti dia nak tahu yang abang Kaizo sudah pulang"

"Nanti-nanti ajelah aku akan beritahu dia" bisik Kaizo sambil masuk ke dalam rumah. Dia tersenyum kecil melihat rumahnya "Selamat kembali, Kaizo" bisik Kaizo sekali lagi

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokannya, Fang terus ke kedai Tok Aba untuk berjumpa dengan kawan-kawan dia. Di tangan kiri dia terdapat sebuah beg kertas yang agak besar sedikit. Dia ada beli sedikit cendermata untuk kawan-kawannya. Dari jauh lagi, dia boleh nampak Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying sedang duduk di atas bangku kedai Tok Aba sambil menikmati makanan masing-masing. Sampai sahaja di kedai Tok Aba, kawan-kawan Fang tidak menyedari yang dia ada di belakang mereka. Tok Aba dan Ochobot sedang sibuk sediakan makanan, mereka pun tidak sedar dengan kedatangan Fang

"OH KAWAN-KAWAN KU! AKU SUDAH KEMBALI!" Mereka pandang satu sama lain dan lalu menoleh kebelakang

"FANG! KAU SUDAH PULANG!"

"Hehehee... rindu aku ke?" tanya Fang sambil tersenyum bangga

"Mestilah rindu, kau kan kawan baik kita orang. Lagipun masa kau takde, aku pun balik ke rumah ibu bapa aku. Tok Aba dan Ochobot pun ikut sekali. Kita orang raya dekat KL. Semalam baru aku sampai rumah Tok Aba" kata Boboiboy

"Aku, Gopal dan Ying beraya di sini sahaja. Rasa tak seronok pula takde kau, Boboiboy, Faye, Rizu, Bella dan Lily. Semuanya balik kampung"

"Jangan risaulah Yaya. Aku sudah kembali dengan membawa cenderemata untuk korang. Baik tak aku?"

"Woo.. banyak baik lu ni. Apa lu belikan untuk kita orang?" tanya Ying yang sudah tidak sabar. Fang membuka beg kertas dia dan lalu dia keluarkan sebuah kotak kecil. Dia berikan kotak itu kepada Ying "Apa dalam kotak ni?"

"Buka ajelah" kata Fang sambil melihat Ying membuka kotak itu. Terdapat sebuah cawan berwarna kuning di dalam kotak tersebut "Cawan yang ada tulis nama kau" kata Fang

"WAH! Banyak banyak terima kasih" Ying melihat nama dia pada cawan itu. Tulisan nama dia berwarna hitam dan corak-corak di cawan itu adalah polka dot berwarna biru

"Ini pula untuk Gopal" Fang berikan sebuah bekas kecil. Di bahagian atas bekas itu bolah nampak apa yang ada di dalam bekas itu. Ianya terdapat satu sudu, satu garpu dan satu pisau yang diperbuat daripada emas. Mata Gopal terus bersinar-sinar "Kau jangan nak pergi jual pula"

"Eh, mana ada.. aku akan menghargai hadiah daripada kau yang tiba-tiba jadi baik ni. Terima kasih yea Fang" Gopal membelek-belek bekas itu. Lalu dia sedar bahawa ada ukiran nama dia pada pemegang sudu, garpu dan pisau tersebut "Terharu aku" Dia terasa ingin menangis sedikit

"Aku pula, kau belikan apa?" tanya Boboiboy

"Kau pula.." Fang keluarkan sepasang stokin yang ada tertulis nama Boboiboy "Nah, stokin hitam untuk kau"

"Terima kasih Fang" Boboiboy terima ikhlas hadiah pemberian dari Fang itu. Dia melihat nama dia ditulis dengan benang berwarna oren

"Dan terakhir sekali untuk Yaya" Fang berikan sebuah beg sandang kecil yang ada tulis nama Yaya. Beg itu berwarna pink dan ada corak flora pada permukaan beg tersebut "Hadiah beg pink untuk kau"

"WAH! Terima kasih Fang. Aku akan jaga beg ini dengan elok" Yaya mengambil beg itu dan lalu dia pakai beg tersebut "Hehehee.. setiap seorang dapat hadiah yang berbeza"

"Aku bagi hadiah ni sebab aku nak tunjukkan bahawa aku tak pernah lupakan korang tapi.. aku harap korang suka dengan hadiah-hadiah itu"

"Jangan risaulah, Fang. Kita orang suka dengan hadiah ni" Boboiboy berikan senyuman ikhlas dia kepada Fang "Bolehlah aku pakai stokin ni nanti"

"Tapi.. aku macam tak boleh nak guna sudu emas ni. Cantik sangat" kata Gopal dengan nada sedih dia

"Ala, kau simpan ajelah elok-elok" Tiba-tiba sahaja Tok Aba bersuara "Selamat pulang, Fang. Untuk Tok Aba takde ke?"

"Heheheehe.. maaf Tok Aba" Fang tersengih sambil garu-garu kepala dia "Tapi lain kali kalau saya balik kampung, saya akan belikan sesuatu untuk Tok Aba"

"Jangan lupa untuk aku sekali" kata Ochobot "Nah, Ice Blended Chocolate khas untuk Fang"

"Fang, ceritalah apa kau buat dekat planet asal kau?" tanya Yaya secara tiba-tiba "Mesti banyak benda yang menarik kau buatkan?" Fang terus duduk di sebelah Boboiboy dan lalu dia bercerita

"Macam-macamlah juga. Hari pertama kita orang sampai, aku dan abang aku terus ke kubur ibu bapa aku. Semasa aku menziarahi kubur mereka, entah kenapa aku dapat merasai yang ibu bapa aku ada berdiri dekat dengan diri aku. Mungkin sebab aku terlampau rindu sangatkan mereka atau mungkin mereka sentiasa ada di hati aku"

"Mungkin kedua-duanya" kata Boboiboy "Tentu mereka berasa gembira kerana kau dan abang kau datang menziarahi perkuburan dia orang" Fang tersenyum sedikit sambil melihat Ice Blended Chocolate yang ada di tangan dia

"Yea, mesti mereka akan rasa gembira" bisik Fang "Hari kedua pula, Faye bawa aku pergi ke bandar. Kita orang berlumba basikal dan akhirnya, aku menang! Hahahaaaa!"

"Cheh, sempat lagi kau nak berlagak yea" bisik Gopal sambil telan seketul cekodok. Fang terus berikan senyuman bangga dia kepada kawan-kawan dia "Jadi, masa tu ke kau belikan hadiah-hadiah kita orang ni?"

"Takdelah, hadiah korang aku beli sehari sebelum aku pulang ke sini. Aku ingatkan nak beli jaket untuk korang semua tapi duit aku tak cukup pula. Jadi aku beli ajelah barang yang murah-murah"

"Takpe Fang. Mahal ke murah ke, janji kau ikhlas hadiahkan kepada kami semua" kata Boboiboy sambil tersenyum "Tapi.. kenapa kau tak belikan untuk kawan-kawan kita yang lain?"

"Faye ada belikan untuk Bella dan Lily" Fang menghirup air dia sebentar dan selepas itu dia berkata lagi "Kawan kita yang lain-lain tu, aku beli keychain ajelah tapi untuk Rizu, aku belikan crystal penguin.. hehehe.. mesti dia akan suka nanti"

"Hmm.. crystal tu mesti mahal kan?"

"Memang mahal pun Ying. Aku nampak crystal tu dulu, terus aku beli. Lepas tu barulah aku beli hadiah untuk korang.. hehehehee" Fang tersengih di situ kerana dia takut kalau kawan-kawan dia marah tetapi mereka hanya nampak gembira sahaja "Jadi, korang tak marahlah kan?"

"Buat apa kita orang nak marah. Kau terlebih sayangkan Rizu daripada kita orang"

"Mana adalah Yaya, aku tetap sayangkan korang sama rata" Fang berikan senyuman dia kepada kawan-kawan dia "Takde apa-apa yang menarik semasa ketiadaan aku?"

"Takde benda pun" balas Gopal, Yaya dan Ying secara serentak

"Kita orang tunggu kau pulang aje sebab benda-benda pelik akan berlaku jika kau ada dekat sini. Jadi kita orang duduk boring, buat apa-apa untuk hilangkan boring" kata Gopal "Kau pula, dekat sana... apa lagi kau buat?"

"Hmm.. masa aku duduk dekat sana, nenek aku banyak pula bercerita tentang kisah aku dan abang aku semasa kita orang kecil-kecil. Abang aku selalu melalak dekat rumah semata-mata kerana ingin ceriakan hati aku" Fang masih ingat lagi kisah itu yang di ceritakan oleh nenek dia

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ibu mana adik?"

"Adik ada dekat dalam bilik ibu. Mesti dia tengah sorok bawah katil tu" Kaizo terus keluar dari dapur untuk pergi mencari adik kesayangan dia iaitu Fang "PANGG! PANGGG! MARILAH MAIN DENGAN ABANG! KALAU TAK NAK, ABANG AKAN MELALAK SAMPAI ADIK KELUAR DARI BAWAH KATIL!" Dia masuk ke dalam bilik ibu bapanya, Fang tiada di situ. Kaizo terus membongkok sedikit di tepi katil ibu bapanya. Dia nampak badan adiknya di bawah katil itu

"PANGGG!" Kaizo memanggil adiknya yang sembunyi di bawah katil ibu bapa mereka. Lalu kenapa Kaizo menjenguk sedikit di bawah katil itu "Pang! Kenapa adik sorok dekat bawah katil?"

"Pang.. Pang.." Fang terus menangis di situ sambil memeluk sebuah teddy bear kecil "Pang pecahkan cermin mata ayah. Pang tak sengaja" Kaizo merangkak ke bawah katil itu dan lalu dia baring di sebelah adiknya

"Adik janganlah menangis. Mesti ayah akan faham dan tidak akan marah kepada adik nanti"

"Tapi.. Pang pakai cermin mata ayah tadi, lepas tu adik lari-lari dekat dalam bilik study ayah. Lepas tu Pang terlanggar pintu.. lepas tu.. lepas tu... cermin mata ayah patah, cermin dia pecah. Adik yang buat.. adik takde duit nak gantikan cermin mata ayah.. mesti ayah akan marah adik nanti" Fang menangis lebih kuat lagi. Kaizo peluk adiknya dan belai kepala adiknya supaya adiknya tenang "Adik tak nak ayah marahkan adik"

"Takdelah, ayah tak kan marah adik. Jom kita keluar dari katil ok. Nanti ibu cari adik pula. Kejap lagi atuk dan nenek akan sampai" Fang hanya gelengkan kepala "Janganlah macam tu adik. Abang akan sentiasa bersama adik dan akan buat adik gembira balik kalau ayah marahkan adik"

"Betul abang akan buat begitu dekat Pang?"

"Betul sebab abang sayangkan adik. Abang tidak akan tinggalkan adik bersedihan. Abang dan adik selamanya"

"Abang dan adik selamanya" Fang tersenyum sedikit di dalam dakapan abangnya "Abang janji dengan Pang yang abang tidak akan tinggalkan adik bersendirian"

"Abang janji tapi kalau abang mungkir janji, abang akan tebus balik kesalahan abang terhadap adik. Semenjak adik lahir lagi, abang telah janji dengan diri abang yang abang akan sentiasa menyayangi diri adik. Kasih sayang abang adalah sama rata seperti kasih sayang abang terhadap ibu bapa kita. Abang akan melindungi mereka dan juga adik kerana abang adalah Kapten Kaizo dan adik adalah Prebet Pang.. hehehe" Kaizo cium kepala adiknya "Jom adik, nanti ibu cari kita pula"

"Terima kasih abang" Fang mengesat air matanya dan lalu dia mendongak sedikit untuk melihat senyuman abang dia "Adik pun sayangkan abang. Adik pun sayang ibu dan ayah kerana abang dan mereka adalah batu permata yang tidak dapat digantikan dengan mana-mana harta yang ada di dunia ini"

"Pandai adik berkata-kata" Kaizo lepaskan pelukan dia. Lalu mereka berdua merangkak keluar dari katil itu "Jom adik, kita beritahu ibu dulu tentang cermin mata ayah"

"Kalau ibu marah adik nanti, macam mana?"

"Tak, ibu tak kan marah adik. Ibu kan jenis tak suka marah kita orang. Ibu mesti akan tegur perbuatan adik tadi" Kaizo menghulur tangannya kepada adik dia "Abang akan ada di sisi adik"

"Terima kasih abang" Fang peluk abang dia. Lalu Kaizo angkat adiknya dan letak d iatas katil. Fang melompat-lompat di atas katil itu

"Adik peluk abang dari belakang. Biar abang dukung adik dari belakang!" Fang peluk leher abangnya dan kedua belah kaki dia di angkat oleh Kaizo "Jom kita ke dapur! Adik pegang abang kuat-kuat tau!"

"Ok!" Fang tergelak gembira di situ apabila abang dia berlari keluar dari bilik dan terus ke ruang tamu "Abang nak bawa adik ke mana?"

"Abang nak bawa adik jalan-jalan dekat dalam rumahlah. Abang nak dengar gelakan dari adik abang sendiri. Abang tak suka tengok adik bersedihan"

Memang betul kata Kaizo. Dia akan cuba sedaya upaya dia untuk membuat adik dia gembira. Dia suka dengar gelakan adiknya yang kecil itu. Kegembiraan dia adalah kegembiraan dia juga. Kaizo berlari dan berpusing di ruang tamu itu. Dia lari keluar dari rumah dan terus ke bahagian taman rumah mereka. Kaizo dan Fang terus tersedar dengan kehadiran atuk dan neneknya di situ. Mereka sedang duduk di sebuah bangku taman sambil menikmati teh bunga yang telah disediakan oleh anak mereka sendiri iaitu ibu kepada Fang dan Kaizo

"Fang, Kaizo.. mari minum bersama atuk dan nenek kamu" panggil Keiko yang ada di situ juga

"Atuk! Nenek!" Fang telah diturunkan oleh Kaizo. Mereka berdua berlari ke arah atuk dan nenek mereka

"Wah, seronoknya cucu atuk bermain tadi" Kenji belai kedua kepala cucu dia "Atuk ada bawakan sekotak lobak merah. Nanti bolehlah ibu kamu buatkan donut lobak merah ataupun sup lobak merah"

"Wah! Terima kasih atuk!" kata mereka berdua secara serentak "YEAH YEAH! LOBAK MERAH! LOBAK MERAH! LOBAK MERAH!" Kaizo dan Fang meloncat-loncat di situ

"Adik beradik lobak merah betul mereka berdua ni" Kirana gelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat kedua cucunya "Tadi nenek dengar Fang sedih sebab apa?" Fang terus berhenti meloncat

"Pang.. Pang sebenarnya..." Fang malu dan takut hendak beritahu perkara yang sebenarnya. Lalu Kaizo pegang bahu adiknya sedikit. Fang rasa berani sedikit apabila dia melihat abangnya memberikan senyum kepada diri dia "Ibu.. adik nak minta maaf sebab adik patahkan dan pecahkan cermin mata ayah. Adik tak sengaja" Keiko nampak air mata anaknya mengalir keluar. Lalu dia bangun dan terus melutut di depan anaknya "Ibu?" Keiko terus peluk anaknya

"Fang, terima kasih kerana beritahu perkara yang sebenarnya tapi kamu sepatutnya pergi minta maaf dekat ayah kamu dan ibu yakin, ayah tidak akan memarahi kamu"

"Adik berharap begitu juga ibu" Fang membalas balik pelukan ibunya

"Fang.." Kepala Fang di belai oleh seseorang "Fang, ayah tak marah. Ayah suka kamu bersikap jujur kamu" Fang menoleh kebelakang dan lalu dia peluk ayahnya

"Betul ni ayah tak marahkan adik?"

"Tak" jawab ayahnya "Ayah boleh gantikan yang baru tapi kalau ayah kehilangan anak-anak ayah, itu tidak mungkin dapat digantikan"

----------------------------------------------------------------------------------------------

"Tapi.. aku kehilangan ibu bapa aku. Tiada apa yang dapat gantikan mereka" Fang terdiam sebentar di situ. Kawan-kawan dia melihat riak wajah Fang berubah menjadi sedih "Walaupun aku tidak berapa nak ingat kisah itu tapi kasih sayang mereka aku dapat rasai dari cerita nenek aku. Ibu bapa aku memang sayangkan kami, sehingga mereka sendiri tidak pernah memarahi aku dan abang aku"

"Kau sangat bertuah mempunyai ibu bapa yang baik" kata Yaya

"Terima kasih. Pertama kali aku dapat berjumpa dengan mereka adalah tahun lepas. Itu pun hanya sekejap sahaja. Senyuman mereka, suara mereka yang sangat lembut, masih lagi terpahat di dalam pemikiran aku. Alangkah indahnya kalau aku dapat berjumpa dengan mereka balik pada saat ini tapi kuasa kak Lynna dapat kembalikan mereka ke sini hanya sekali sahaja. Kalau aku nak jumpa dengan mereka pun, mungkin di dalam mimpi aku sendiri tapi mimpi aku tidak dapat aku nak kawal. Tapi.. kalau aku rindukan mereka, aku akan melihat balik video-video yang ibu bapa aku simpankan"

"Baguslah tu tapi kau kena ingat, kau kenalah bersyukur yang mereka dapat hadir di dalam mimpi kamu. Ada setengah orang, mereka tidak dapat berbual dengan ibu bapa mereka. Kau tu sangat bertuah" kata Tok Aba "Kau jangan nak sedih sangat sebab kau tidak keseorangan. Abang kau masih ada lagi"

"Betul tu Tok Aba. Dialah segala-galanya di dalam hati saya sekarang ini. Dialah abang, ibu dan ayah kepada Fang sekarang ini. Tanpa dia, mungkin hati saya akan sentiasa sunyi" Fang mengesat air matanya "Maaf kalau aku cerita kisah sedih pula dekat korang"

"Takpe.. sekali sekala Fang. Bukannya selalu dapat melihat kau kelihatan sedih. Asyik nak bermasam muka sahaja"

"Betul kata Boboiboy tadi maa... tapi itu menunjukkan kau ada perasaan lain selain daripada nak mengamuk sahaja" Ying tergelak kecil di situ "Kalau kau rasa sunyi, kami semua ada disini. Kami akan temankan kau"

"Ha ah, betul kata Ying. Kami kan kawan-kawan kau, Fang. Kita orang akan sentiasa ada di sisi kau walau dalam apa jua rintangan atau cabaran yang kau akan hadapi nanti"

"DAN PIZU TAK KAN TINGGALKAN ABANG FANG!" Badan Fang di peluk oleh Rizu dari belakang "Selamat kembali abang Fang! Pizu rindu sangat dengan abang Fang! Tapi kan... kenapa badan abang Fang nampak makin besar sedikit? ABANG FANG MAKAN BANYAK YEA! Hehehehee.." Berapi-api hati Fang tetapi dia tenangkan diri dia supaya tidak mengamuk dekat adik angkat kesayangan dia. Lalu dia pusingkan badan dia

"RIZU! ABANG PUN RINDUKAN RIZU!"

"YEAHHH! Pizu sampai semalam. Pizu suka sangat dapat balik kampung! Nak tahu tak, Pizu kejar anak-anak ayam dan anak-anak itik juga. Hehehee.. lepas tu Pizu gelak seorang diri sebab teringat dekat abang Paizo. Setiap kali Pizu nampak itik, Pizu mesti teringat dekat abang Paizo tapi malangnya, tiada landak dekat kampung Pizu tapi abang Fang tak perlu risau! Sebab abang Fang sentiasa ada di hati Pizu selama-lamanya!"

"Abang Fang pun rindukan Rizu"

"Seronoknya tengok korang berdua.. hehehee... aku juga yang rasa cemburu tapi takpe, Rizu pun boleh dikatakan adik kita semua" kata Boboiboy

"Tapi aku seorang sahaja adalah abang angkat kesayangan dia! HAHAHAHAA! Jom Rizu, abang ada hadiah nak bagi dekat Rizu" Lalu Fang ambil tangan Rizu dan terus berjalan untuk pulang ke rumah "Rizu ceritalah apa yang Rizu buat dekat kampung"

"Macam-macam! Pizu makan banyak sangat lemang sampai sakit perut Pizu.. hehehee.. lepas tu.." Fang terpaksa dengar celoteh Rizu sepanjang perjalanan mereka ke rumah Fang dan Kaizo

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo melihat alat-alat computer yang ada di atas meja ruang tamu rumah dia "Kaizo, dari mana kau dapat computer ni?" tanya Lynna yang ada di sebelah Kaizo

"Ayah Faye yang berikan kepada aku. Ayah dia ada bekerjasama dengan pasukan TAPOPS. Di dalam computer ini terdapat data-data untuk kita kumpul dan menyiasat siapakah musuh kita itu"

"Aku akan bantu kau, Kaizo"

"Terima kasih, Lynna. Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi aku untuk berikan pertolongan aku perlukan"

"Kalau kau perlukan pertolongan dari aku, aku akan bantu kau juga" Lynna tersenyum sedikit dengan nada suara Kaizo yang sentiasa serius itu "Aku perlu pasang balik computer ini"

"Abang Kaizo boleh buat ke?" Tiba-tiba Idoli mencelah di situ. Dia pergi duduk di atas sofa, di antara Kaizo dan Lynna "Abang Kaizo kalau tak boleh pasang, kita suruh aje kakak Emmy tolong pasangkan. Mesti kakak Emmy akan tolong abang Kaizo"

"Hmm.. itu tunggu kalau abang tidak berjaya pasang computer ini"

"Aku yakin kau boleh lakukan" kata Lynna sambil melihat Kaizo membelek-belek setiap alat-alat computer yang ada di atas meja. Lalu dia mengangkat sebuah kotak hitam dan sambungkan dengan menggunakan sejenis wayar berwarna hitam juga. Lynna dan Idoli hanya duduk diam sahaja sambil perhatikan Kaizo yang sedang berusaha untuk pasangkan computer itu

"Kenapa pak cik kau tak bagi laptop sahaja?"

"Sebab laptop tidak dapat menapung data-data yang begitu banyak. Jadi dia berikan computer sahaja" kata Kaizo yang sudah hampir siap pasang computer itu "Aku perlu data yang banyak, kumpul banyak informasi untuk mengetahui musuh kita"

"Abang Idoli cakap abang Kaizo ni obses dengan misi.. heheee.. dia ada cakap juga abang Kaizo tidak pernah fikirkan tentang benda lain selain daripada misi dia dan juga latihan tempur supaya abang Kaizo sentiasa kuat. Abang Idoli pun begitu juga tapi abang Idoli hanya serius dan garang sahaja semasa dia tengah kerja. Kalau bukan time kerja, dia baik. Kak Lynna kena datang planet Idoli dan jumpa dengan dia dan juga keluarga Idoli! Hehehehee... Idoli ada cerita tentang kak Lynna dekat keluarga Idoli sendiri. Tak tahulah kenapa dia orang rasa seronok sangat nak berjumpa dengan kak Lynna" Kaizo terus angkat kening sebelah sambil melihat Idoli "Nanti kak Lynna datang ok! Bolehlah kak Lynna berkenalan dengan keluarga Idoli"

"Ok, kalau kak Lynna ada masa, akak akan datang ke planet Idoli"

"Sebenarnya ayah Idoli sudah lama kenal kak Lynna sikit-sikit sebab abang Kaizo ada cerita tentang diri kak Lynna dekat ayah Idoli" Kaizo terus berkerut dahinya kerana perkara itu sepatutnya di rahsiakan daripada pengetahuan Lynna "Nampaknya diri kak Lynna sangat popular dekat angkasa lepas! YEAHHH!"

"Hmm... akak tak nak pun popular sangat dekat mana-mana. Akak bukannya macam si Fang tu.. hehehe.. minat sangat dengan popularity"

"Budak-budak.. entah apa yang dia nampak dengan popular tu" kata Kaizo yang baru sahaja selesai memasang computer itu "Sekarang kita boleh mulakan dengan misi kita untuk mencari maklumat tentang musuh kita itu. Dia tu sangat licik sekali"

"Hati-hati Kaizo. Aku cuma takut, bila kau sudah mengetahui identiti dia, nanti dia akan buat sesuatu dekat diri kau pula"

"Itu kau tidak perlu risau. Kalau terjadi apa-apa dekat diri aku. Aku yakin yang kau dapat lakukan sesuatu" Kaizo terus tekan butang ON di papan keyboard computer itu. Cahaya putih terus keluar dari skrin computer tersebut "Aku berharap, data-data ini semua dapat membantu kita untuk mengetahui musuh kita yang terbaru ini"

"Pak cik kau tak kenal logo itik dari tablet yang kau rampas dari Lily si itik tu?"

"Dia pun tidak kenal. Rasanya mereka ini adalah kumpulan baru ditubukan.. mungkin yea atau mungkin tidak" kata Kaizo sambil melihat data-data tentang musuh dia yang sebelum ini

"Oh yea, mana itik dan kucing kau?"

"Aku suruh si Emmy jagakan dia orang sementara aku balik ke planet asal aku. Esok-esok ajelah aku suruh si Pang ambik tiga ekor tu" Kaizo begitu serius dan tidak mahu tumpuan dia dialihkan kepada benda lain "Hmmm... hari itu aku sudah semakin hampir untuk mengenali musuh kita tapi ada sesuatu pula yang terjadi dekat aku"

"Kau tak rasa ke musuh kita itu seseorang yang pakar dalam bidang mencipta sesuatu? Apasal semua alien jahat, mesti pakar dalam bidang sains. Pelik betul aku"

"Entahlah, aku pun tidak boleh komen banyak" Kaizo masukkan sebuah disk ke dalam computer itu dan lalu dia membuka fail tentang logo itik. Dia mencari logo itik itu dengan menggunakan computer tersebut tetapi gagal menjumpai logo yang hampir sama dengan logo itik itu. Kaizo tidak begitu puas hati. Dia tidak akan berhenti selagi dia tidak dapat jawapannya

"Kalau kita minta bantuan dari Emmy macam mana?"

"Apa maksud kau?" Kaizo terus pandang Lynna dengan wajah serius dia "Boleh ke budak kecil genius itu membantu kita?"

"Rasanya boleh. Emmy ada buat kajian tentang pancaran cahaya yang mereka berikan kepada aku dan kau. Mungkin dari situ, kita dapat mencari dan mengenalpasti siapakah alien durjana yang mencipta alat begitu. Lagipun musuh kita kali ini adalah untuk merampas jam-jam kuasa adik kau dan kawan-kawan adik kau untuk membuka portal ke dimensi lain"

"Hmm.. tidak ramai yang tahu tentang lima piramid itu. Aku ada tanya pak cik aku, memang ramai tidak tahu mengenai piramid itu. Dia ada baca sedikit tentang piramid itu tetapi dia tidak tahu siapakah penciptanya dan kenapa orang itu mahu mencipta kelima piramid itu untuk membuka pintu ke dimensi lain" Kaizo alihkan pandang dia ke skrin computer tersebut. Mata dia asyik perhatikan logo itik sambil berfikir "Lynna.."

"Yea Kaizo"

"Istana kau dekat sana, ada tak buku tentang kelima piramid itu?"

"Itu aku tidak pasti tapi aku akan tanya Kiddi nanti. Tapi... ada ke buku begitu dekat perpuskataan istana aku?"

"Mestilah ada!" Tiba-tiba Idoli menjawab "Heheee.. maaf sebab Idoli main jawab sahaja" Dia terus peluk tangan Lynna dan lalu dia geselkan pipi dia di lengan Lynna

"Manja betul Idoli ni" Lynna tergelak sedikit "Kaizo, nanti aku akan tanya Kiddi. Kalau ada buku itu, aku akan bawa kau ke sana"

"Terima kasih" bisik Kaizo sambil melihat-lihat biodata setiap musuh yang dia pernah jumpai. Semua musuh yang dia pernah kalahkan, kesemuanya telah dipenjarakan di sebuah planet khas. Ada setengah musuh dia dapat lepaskan diri daripada planet itu. Hampir kesemua musuh Kaizo, berdendam dengan diri dia "Aku perlu selesaikan misi ini tetapi masalahnya, misi aku kali ini amat rumit sekali. Alien itu dapat larikan diri sebelum aku dapat mengetahui identiti dia yang sebenarnya. Memang betul-betul misteri"

"Kalau abang Kaizo perlukan lebih pertolongan, Idoli boleh minta tolong dari abang Idoli"

"Hmm.. kalau abang perlukan, abang akan beritahu Idoli sendiri tapi buat masa sekarang ini, biar abang dan kak Lynna sahaja yang selesaikan dulu" Idoli lihat muka Kaizo dan selepas itu dia lihat muka Lynna. Lalu dia ketawa kecil "Kenapa?"

"Takde apa" jawab Idoli "Abang Kaizo tak bagi hadiah dekat kak Lynna?"

"Hadiah? Kau beli apa untuk aku, Kaizo?"

"Bukan aku beli tapi nenek aku suruh berikan novel-novel milik ibu aku kepada kau. Nanti aku berikan kepada kau" Kaizo membuka sebuah file yang mempunyai video-video tentang temubual dengan alien jahat yang sudah di penjarakan "Kalau kau tak nak novel tu, kau letak ajelah dekat perpuskataan istana kau"

"Eh, mestilah aku nak. Nenek kau berikan kepada aku dengan ikhlaskan dan novel-novel itu milik ibu kau. Jadi aku kenalah jaga novel-novel itu dengan baik" Lynna belai rambut Idoli sambil melihat Kaizo yang sedang menonton sebuah video "Ganas betul muka alien tu. Rambut panjang macam pontianak"

"Itu adalah musuh yang aku pernah tangkap suatu ketika dahulu. Dia hampir bunuh adik aku si Pang tu tapi aku sempat kalahkan dia sebelum dia serang adik aku. Masa itu, aku masih lagi baru menjadi seorang kapten dan adik aku pula, masih kecil lagi. Pada masa itu, aku belum lagi melupai Fang tetapi selepas itu, sedikit demi sedikit aku dapat kalahkan kesemua musuh aku, aku sudah mula jauhkan diri aku dari si Pang. Diri aku pada masa itu, terlampau sibuk dengan misi dan terlalu taksub sangat untuk menjadi kapten yang terhebat di seluruh galaxy. Masa aku hantar dia ke bumi, aku hanya nampak dia sebagai Prebet Pang sahaja. Kasih sayang aku seperti hilang ketika itu tapi aku mula sedar apabila Pang kena culik oleh Ratu Lily. Kalau bukan kerana Ratu Lily, entah berapa lama aku tidak akan menjenguk Pang di sini"

"Ratu Lily juga yang sedarkan kau balik. Kau pernah tak ucapkan terima kasih kepada dia?" Kaizo hanya gelengkan kepala sahaja "Takpelah, at least dia sudah menjadi baik dan dia sudah lakukannya dengan baik"

"Betul" balas Kaizo. Mata dia tidak alihkan dari permandangan dengan seorang lagi temubual salah satu musuh Kaizo. Mata dia bukan melihat wajah banduan itu tetapi dia melihat seuntas rantai milik banduan itu. Bentuk rantai itu hampir sama dengan logo itik milik musuh mereka "Lynna, cuba kau lihat rantai dia" Kaizo berhentikan video itu untuk melihat imej rantai tersebut

"Logo dia hampir sama. Kau rasa.. adakah orang ini adalah salah satu ahli kumpulan itu? Kita mesti siasat siapakah orang ini"

"Dia pernah cuba hendak letupkan kapal angkasa TAPOPS. Aku sendiri yang tangkap dia dan penjarakan dia dekat planet penjara itu. Aku akan pergi ke sana untuk soal siasat tapi aku akan pergi seorang diri. Kau tolong tengok-tengokkan keadaan di sini" kata Kaizo

"Idoli nak ikut boleh?"

"Maaf, abang tidak benarkan Idoli ikut. Penjara dekat planet itu amat berbahaya sekali dan abang tidak mahu Idoli tercedera kerana mereka" Kaizo pejamkan mata dia seketika dan lalu dia membuka matanya balik. Dia palingkan mukanya ke arah Lynna "Jangan beritahu Pang ke mana aku pergi. Aku tidak mahu dia ikut sekali dengan kawan-kawan dia tu. Aku tidak mahu mereka terlibat sekali"

"Ok tapi kalau kau dalam bahaya, aku terpaksa beritahu adik kau" Kaizo angguk kepalanya "Jadi rancangan kita sekarang ni, kau pergi ke planet penjara itu dan aku akan bertanya kepada Kiddi kalau ada buku tentang lima piramid itu"

"Yea, lepas tu.. jumpa di sini balik nanti. Aku berharap, kau dan aku dapat kumpul semua maklumat tentang musuh kita kali ini"

"Abang Kaizo dan kakak Lynna, hati-hati tau dan Idoli tak kan beritahu abang Fang rancangan korang berdua" Lynna terus peluk Idoli "Hehee.. tapi Idoli nak mainan nanti"

"Asyik mainan aje.. hehehe.. nanti akak belikan ok. Idoli pergi main dengan Picu, dia ada dekat dalam beg akak.. tengah tidur kot si Picu tu" Idoli terus pergi ke tepi sofa. Dari atas lagi dia boleh nampak Picu sedang gigit-gigit kertas dengan matanya sebelah besar, sebelah kecil. Dia angkat Picu itu dan terus masuk ke dalam dapur "Bukan ke separuh mainan Idoli kau sudah hantar ke planet dia?"

"Sudah tapi masa balik ke sini semalam, dia pergi beli mainan lagi dekat planet aku. Atuk dan nenek aku melayan dia macam layan cucu sendiri" Lynna boleh dengar nada ketidakpuashatian dari suara Kaizo "Dalam seminggu aje, entah berapa banyak mainan dia ada tapi selamat si Rizu ada ajar dia main benda lain" Selepas sahaja Kaizo sebut nama Rizu, terus dia muncul di muka pintu bersama Fang

"ABANG PAIZO! PIZU RINDUKAN ABANG PAIZO!" Kaizo terus bangunkan diri sebelum diri dia dipeluk oleh Rizu dengan tahap ganas. Diri dia memang dipeluk oleh Rizu yang tersenyum gembira itu

"ABANG RIZU! ABANG RIZU!" Rizu terus menoleh ke tepi untuk melihat Idoli memanggil nama dia "ABANG RIZU! JOM MAIN DENGAN IDOLI! KITA MAIN DENGAN PICU SAMA-SAMA!"

"JOM!" Rizu berlari masuk ke dalam bilik Idoli

"Bising betul budak-budak ni tapi comel aje"

"Betul tu kak Lynna! Kalau kak Lynna ada anak nanti, mesti akan riuh rendah rumah ni"

"Rumah ini?" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat adiknya iaitu Fang

"Yelah, nantikan abang akan melamar kak Lynna. Lepas tu kahwin, lepas tu dah ada anak, lepas tu berpuak-puaklah rumah ni anak-anak abang yang serba comel macam itik tu" Kepala Fang terus diketuk oleh Kaizo. Kali ini Fang bernasib baik kerana tidak diketuk dengan computer atau mana-mana periuk besi

"Jangan nak merepek. Tak habis-habis nak suruh abang kahwin. Kau ajelah pergi kahwin dengan donut lobak merah kau tu" Fang tersenyum di situ. Lynna hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Lalu Kaizo kembali duduk di atas sofa itu

"Abang dah jumpa ke musuh kita yang sangat misteri tu?"

"Hmm.. belum lagi. Kau pergilah masak apa yang kau nak masak tapi jangan nak bubuh benda yang bukan-bukan pula"

"Baik abang ku yang serba comel" Berkerut-kerut dahi Kaizo. Fang berjalan masuk ke dalam dapur sambil bersiul gembira "Kak Lynna makan dekat sini tak nanti?"

"Makan kot" jawab Lynna sambil tersenyum kecil. Selepas sahaja Fang masuk ke dalam dapur, Lynna dan Kaizo sambung berbincang dengan rancangan mereka. Fang tidak begitu dengar perbincangan mereka kerana Kaizo dan Lynna menggunakan nada suara yang amat perlahan sekali

"Malam ini juga aku akan pergi ke dunia sana. Kalau aku jumpa apa-apa maklumat tentang piramid itu, aku akan beritahu kau secepat mungkin" kata Lynna dengan nada yang serius

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, awal pagi lagi Kaizo sudah berangkat pergi ke planet penjara itu atau lebihi dikenali sebagai planet Vincula. Sebelum dia pergi, Kaizo menatap wajah adiknya yang sedang nyenyak tidur dengan air liur meleleh keluar di tepi bibir

"Abang akan pergi hanya sekejap sahaja. Kau jangan buat nakal" Lalu dia keluar dari bilik adiknya.

Dia berharap misi dia berjalan dengan lancar. Dia masih lagi menunggu berita dari Lynna dari malam semalam. Mungkin Lynna sudah menjumpai buku tentang piramid itu dan perlu mengumpul maklumat sebelum beritahu dia

"Mungkin aku akan terima berita dari Lynna selepas sahaja aku kembali ke bumi. Semoga berjaya Lynna" bisik Kaizo sambil tutup pintu bilik adiknya

"DONUT LOBAK MERAH!" Kaizo masuk balik ke dalam bilik. Rupanya adik dia hanyalah mengigau tentang donut kegemarannya "Oh donut ku.. aku sangat mencintai mu! Semoga kau kekal abadi di dalam perut ku ini.. hehehee" Berkerut-kerut dahi Kaizo

"Budak ni.. takde benda lain ke kau nak bercinta" Kaizo kembali tutup pintu bilik adiknya. Lalu dia menghubungi Lahap untuk ambil dia di bumi. Hologram Lahap muncul di jam kuasa Kaizo "Lahap, turun ke bumi dan ambil aku"

"Baik kapten tapi sebelum tu.. boleh tak bawakan biskut cik adik manis untuk saya?" Berkerut-kerut dahi Kaizo

"Sempat lagi kau ni. Baiklah, aku bawakan biskut itu tetapi kau akan dikenakan hukuman nanti" Lahap terus tersengih dan angguk kepalanya "Bagus, ambik aku sekarang juga. Aku perlu pergi ke sana untuk siasat satu banduan di situ"

"Baik kapten!" Hologram Lahap terus hilang di jam kuasa Kaizo

"Lahap ni pun nak jadi macam adik aku juga ke? Sabar ajelah" Dia terus turun ke bawah dan lalu keluar daripada rumah dia. Kapal angkasa dia sudah pun tiba di bumi. Lalu dia di bawa masuk ke dalam kapal angkasa tersebut. Baru dia teringat sesuatu, dia terlupa nak bawa biskut untuk Lahap

"Lahap!"

"Yea kapten!" muncul Lahap dengan muka serius dia

"Maaf, aku lupa nak bawa biskut kau" Lahap terpaksa menahan muka dia yang serius daripada buat muka sedih "Sudah, jangan lengahkan masa aku. Kita terus ke planet Vincula"

"Kapten sudah mengenalpasti siapakah musuh kita itu?"

"Belum tapi salah satu banduan dari situ memakai seutas rantai berbentuk logo itik itu. Kalau dia tidak mahu ceritakan apakah logo itu, aku akan gunakan cara kekerasan"

"Bagus kapten" Lahap pergi masuk balik ke dalam bilik kawalan dan lalu dia duduk di atas kerusi untuk memandu kapal angkasa kaptennya "Kapten, Pang tahu ke kapten nak pergi ke planet penjara itu?"

"Tidak. Aku tidak mahu risaukan dia. Biarkanlah dia berseronok di bumi bersama rakan-rakan dia tapi kalau ada apa-apa terjadi terhadap diri aku. Kau perlu panggil Lynna terlebih dahulu. Kalau aku dan dia juga dalam ancaman bahaya, baru kau panggil Pang dan rakan-rakan dia. Sementara ini, biarkanlah dia dibuai mimpi indah dia si donut lobak merah itu. Kalau misi aku gagal, aku nak kau berikan jam kuasa aku kepada dia"

"Kapten cakap seperti ini adalah misi terakhir kapten pula. Kapten yang aku kenali, tidak pernah gagal dalam mana-mana misi dia tapi kenapa kali ini kapten berkata begitu?" Lahap pusingkan kerusi dia untuk berdepan dengan kapten kesayangan dia

"Kerana misi kali ini amat rumit sekali. Misi ini bukan seperti misi yang sebelum ini. Jadi, kita perlu bersiap sedia dengan apa jua yang berlaku. Aku perlu melindungi semua planet-planet yang ada di galaxy ini"

"Kapten, apa-apa yang berlaku. Kapten perlukan bantuan, jangan bertindak bersendirian"

"Aku tahu Lahap" kata Kaizo dengan nada serius "Sebab itu aku perlukan Lynna. Dia akan bantu aku di dalam misi ini tapi aku belum terima berita apa-apa dari dia"

"Kapten rasa dia kena culik ke?"

"Tak" balas Kaizo yang sudah duduk di atas kerusi kapten dia "Aku tidak rasa dia kena culik. Aku rasa dia perlukan masa untuk mengumpul maklumat sahaja"

"Patutlah kapten tak nampak begitu risau sangat" bisik Lahap yang sudah kembali memandu kapal angkasa itu "Kapten, saya lajukan kapal angkasa ini supaya perjalanan kita ke sana tidak begitu lambat"

"Bagus. Aku tidak mahu lengahkan masa lagi" Kaizo melihat kapal angkasa dia sudah terbang dengan sekilat pantas. Sambil dia melihat di skrin yang ada di hadapannya, pemikiran dia sudah melayang jauh. Dia sebenarnya risaukan tentang Lynna kerana tiada khabar berita ataupun apa-apa perkembangan tentang rancangan mereka berdua. Dia mahu sahaja menghubungi Lynna sekarang juga tetapi dia harus bersabar. Dia perlu tumpukan dengan misi dia

"Lynna, aku yakin kau dapat maklumat yang kita perlukan" bisik Kaizo. Lahap menoleh sedikit, dia boleh nampak wajah kerisauan kapten dia

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

"ABANG FANG! ABANG FANG! ABANG FANG!"

"Adeh, pagi-pagi lagi budak ni sudah hyper terlebih" Mata Fang masih pejam lagi tetapi badan dia sudah digoyang-goyang oleh dua orang budak kecil "Bagilah abang tidur. Pergilah kacau Faye"

"Tapi kakak Faye sudah keluar" Fang buka matanya sedikit. Lalu dia ternampak wajah Rizu yang berada di tepi katil "Abang Fang, jomlah kita jalan-jalan dekat bandar hari ni"

"Idoli ada pinjam Picu dari kakak Lynna" Idoli terus letak Picu di depan mata Fang "Hehehee... kakak Lynna bagi kita orang jaga dia untuk satu hari!"

"Hmm... nanti korang bagi dia makan buah banyak-banyak yea. Abang nak sambung tidur" Fang terus pusingkan badan dia dan tutup kepala dia dengan bantal

"Alaaaaa... abang Fang ni tak bestlah. Jomlah kita pergi jalan-jalan"

"Ajaklah abang Kaizo. Abang nak tidur puas-puas hari ni" kata Fang sambil mengibas-gibas tangannya ke arah dua budak kecil itu

"Abang Kaizo takde. Dia sudah keluar. Hanya abang Fang aje yang ada dekat rumah" kata Idoli. Fang terus bangun dari tidurnya "Kenapa abang Fang?"

"Betul ke abang Kaizo takde dekat rumah?"

"Betul. Abang Paizo takde tinggalkan nota atau apa-apa pun kemana dia pergi" kata Rizu tetapi mereka tidak tahu bahawa Idoli sebenarnya tahu kemana Kaizo pergi. Idoli hanya duduk diam dan senyum di situ sambil melihat Picu menjilat tangan Fang "Abang Fang, jom kita tengok movie sama-sama"

"Hmm.. movie apa yang best?"

"MOVIE PICU!" Idoli angkat Picu tinggi-tinggi. Lidah Picu terjulur keluar "Kita buat movie Picu nak tak?"

"WAH! Kita buat costume Picu dengan menggunakan kotak!" Rizu terus berlari keluar dari bilik Fang bersama Idoli. Mereka berdua menjerit-jerit di luar bilik kerana terlampau gembira dengan idea itu

"Aduh, tadi ajak nak tengok movie.. sekarang jadi benda lain pulak" Fang terus baringkan diri dia. Lalu dia sambung balik tidur. Fang sudah lelapkan mata dia dan diri dia sudah hampir dibuai mimpi tetapi dia di ganggu lagi

"ABANG FANG! Janganlah tidur balik" Fang terpaksa bangun "Abang Fang kena bantu Pizu"

"Bantu apa?" Fang mengosok-gosok matanya

"Bantu kita orang buat costume Picu! Cepatlah abang Fang.. janganlah malas-malas. Abang Fang kan rajin.. hehehee" Rizu tarik tangan Fang untuk keluar dari katil itu "Kita buat costume Picu sama-sama ok. Sekolah tak lama lagi nak bermula dah, Pizu tak dapat nak luangkan masa dengan abang Fang selalu"

"Ok ok.. bagi abang mandi sekejap" Fang mencecah kakinya di atas lantai bilik dia. Tiba-tiba Lynna muncul di muka pintu dengan muka dia pucat seperti orang tidak cukup tidur "Eh, kak Lynna kenapa?"

"Abang kamu sudah pergi ke?"

"Sudah kot tapi adik tak tahu abang pergi ke mana. Kenapa kak Lynna?" Fang tidak pernah nampak wajah Lynna yang nampak cemas. Di tangan Lynna terdapat sebuah buku tebal. Fang tidak pasti buku apakah itu

"Fang duduk sahaja di sini. Akak perlu pergi cari Faye. Hanya alat dia yang dapat bawa akak kepada abang kamu" Lynna terus keluar dari situ

"KAK LYNNA!" Lynna tidak menjawab panggilan Fang tadi "Kenapa dengan kak Lynna? Ada apa-apa berlaku ke?"

"Tak tahu" balas Rizu "Mungkin ini tentang musuh abang Kaizo hari tu kot. Pizu harap abang Paizo dan kak Lynna tidak akan berperang sesama sendiri. Pizu tidak mahu kejadian itu berulang lagi sekali"

"Tak, abang tak rasa perkara itu akan berlaku" Fang terus peluk Rizu. Di dalam hati Fang, dia risau kemana abang dia pergi sekarang ini

--------------------------------------------------------------------------------------------

Kaizo tidak percaya apa yang dia lihat sekarang ini. Penjara di planet itu kelihatan musnah sedikit. Pengawal-pengawal polis di situ, ramai yang tercedera tetapi ramai yang sudah mati akibat diserang oleh musuh mereka. Debu-debu berterbangan di sekitar bangunan penjara itu. Api-api kecil di merata tempat. Ada setengah banduan telah berjaya melepaskan diri tetapi setengah daripada itu berjaya ditangkap

"Apa terjadi ni?"

"Ada seseorang telah musnahkan setengah bangunan ini. Aku tidak pasti siapakah orang itu kerana CCTV di dalam bangunan ini telah dikawal oleh mereka" Kokoci ada di situ. Dia membuka spek mata hitamnya untuk melihat keadaan penjara itu sendiri

"Nampaknya orang itu berjaya gagalkan rancangan aku" Kaizo menggenggam kedua belah tangannya "Aku pasti, orang yang aku inginkan sudah larikan diri dari planet ini"

"Aku tahu siapa yang kau kehendaki itu. Dialah adalah alien yang bernama Semiley. Alien yang suka bersenyum tetapi sentiasa mempunyai idea jahat. Orang itu sudah larikan diri dengan sebuah kapal angkasa yang mempunyai logo itik itu"

"Semiley?"

"Yea Kaizo, dia adalah pengintip di kapal angkasa TAPOPS. Dialah orang yang cuba hendak mencuri kesemua power sphera dan juga cuba hendak meletupkan kapal angkasa TAPOPS tetapi akhirnya kau juga yang tangkap dia"

"Itu aku tahu, kommander tapi.. kenapa aku pernah dengar nama itu. Sebelum ini, semasa aku tangkap dia, aku tidak pernah tahu nama penjahat itu" Kaizo cuba ingatkan balik dimana dia pernah dengar nama itu

"Jangan fikirkan sangat, Kaizo. Sekarang ini kita perlu cari banduan yang lain, terutama sekali si Semiley tu. Semasa dia di dalam planet penjara ini, dia asyik tersenyum sahaja, seperti orang ada rancangan jahat" Kokoci memakai balik spek cermin mata hitam dia "Mari kita pergi ke bilik penjara dia. Mungkin kau dapat beberapa petunjuk tentang logo itik itu"

"Tentang banduan lain, kommander mahu saya bantu?" tanya Kaizo sambil berjalan di sebelah Kokoci

"Tak perlu, ahli pasukan TAPOPS yang lain sudah menjejaki mereka. Kau perlu jalankan misi kau sahaja. Aku tidak mahu alihkan tumpuan kau" Kaizo angguk kepala dia. Seorang pengawal polis membawa mereka ke bilik penjara Semiley

Bilik penjara itu jauh daripada bilik penjara yang lain. Kaizo lalu di hadapan penjara-penjara yang lain. Setengah banduan menjerit dan menumbuk-menumbuk pintu penjara kerana ingin keluar dari situ. Muka banduan di situ amat mengerunkan. Ada yang mempunyai parut di bahagian muka, kaki ataupun tangan. Paling menakutkan apabila ada yang duduk seorang diri di atas katil sambil tersenyum sinis seperti hantu. Akhir mereka sampai di bilik penjara Semiley. Tingkap dinding bilik itu sudah dimusnahkan. Beberapa helaian kertas berselerak di atas lantai penjara itu. Katil Semiley hampir musnah dan paling mengejutkan Kaizo adalah sekeping gambar adik dia dan rakan-rakan adik dia yang lain. Dia angkat gambar itu dari lantai dan lalu dia pusingkannya kebelakang. Tiada tulisan apa-apa, hanya kosong sahaja

"Pang..."

"Kenapa Kaizo? Adakah adik kau dalam bahaya?"

"Mungkin. Kenapa dia mempunyai gambar ini? Dari mana dia dapat?" Kaizo simpan gambar itu di dalam poket jaketnya "Aku perlu pulang ke bumi sekarang juga. Aku perlu lindungi mereka semua"

"KAIZO!" Tiba-tiba sahaja bangunan penjara itu menjadi riuh rendah kerana kehadiran seorang gadis yang sedang berlari ke arah Kaizo

"Lynna?" Kaizo pusing kebelakang. Dia rasa lega melihat Lynna tidak diculik atau terjadi apa-apa dekat kawan baik dia tetapi muka Lynna memang pucat dan cemas "Macam mana kau boleh berada di sini?"

"Aku pinjam alat Faye" Lynna mengambil nafas sedikit "Alat dia telah diubahsuai oleh Emmy sendiri. Jadi dengan alat dia, ianya dapat menghantar kita ke mana sahaja dan sejauh mana yang kita ingin pergi. Aku pinjam alat Faye untuk terus ke sini"

"Jadi maknanya, kau sudah jumpa sesuatu" Lynna angguk kepalanya kepada Kaizo. Lalu dia membuka sebuah buku yang ada di tangan Lynna "Apa yang kau jumpa?"

"Eh kejap, ini siapa?" tanya Kokoci sambil tunding jarinya ke arah Lynna "Jangan cakap yang kau sudah berkahwin" Kaizo terus berikan renungan maut kepada Kokoci "Hehehe.. kalau bukan, dia adalah kawan kau?"

"Yea, dia adalah sahabat baik aku" jawab Kaizo "Apa yang kau telah jumpai, Lynna?" Kaizo terus abaikan Kokoci

"Nampaknya, dunia kau dan dunia aku pernah bertembung sebelum ini. Pada zaman dahulu, terdapat dua orang sahabat yang berasal dari dua dunia yang berbeza seperti aku dan kau. Mereka telah membina lima piramid ini di planet Pira untuk membuka sebuah dimensi ke dunia lain iaitu dunia yang kita pernah masuk pada tahun lepas. Dunia di mana kuasa magic tidak wujud dan aku sendiri tidak boleh gunakan kuasa aku. Niat mereka adalah untuk mengkaji dunia itu dan spesis-spesisi yang hidup di dunia itu tetapi salah satu daripada mereka ingin menakluki seluruh galaxy ini dengan membebaskan makhluk-makhluk buas yang ada di dunia itu. Dia telah mencipta satu alat seperti mahkota untuk mengawal makhluk-makhluk itu supaya mengikut perintah dia sahaja tetapi sahabat baik dia tidak mahu, dia menolak dan cuba memujuk kawan baik dia sendiri supaya lupakan niat itu tetapi dia gagal. Persahabatan mereka putus di situ. Mereka dikenali sebagai Semiley dan Blueish"

"Itu adalah nama banduan yang Kaizo kehendaki. Lama betul dia tu hidup" kata Kokoci

"Jadi siapa yang alien dan siapa yang dari dunia kau?"

"Semiley adalah alien dan dari dunia aku itu adalah Blueish. Semiley itulah yang ingin menakluk galaxy ini tetapi dia gagal buat begitu kerana Blueish menggunakan kuasa dia untuk merampas mahkota itu dan jauhkan diri Semiley dari planet Pira itu. Kelima piramid itu telah di sembunyikan oleh Blueish sendiri, dia juga yang menubuhkan sebuah pasukan untuk menjaga dan melindungi piramid itu daripada jatuh ke atas tangan Semiley atau alien jahat yang lain" Lynna tunjuk lima buah piramid di dalam bentuk lukisan yang ada di dalam buku itu

"Apa yang berlaku terhadap mahkota itu?" tanya Kaizo

"Mahkota itu ada di dalam simpanan kami" Kokoci menjawab soalan Kaizo tadi secara tidak langsung "Aku rasa dia menjadi pengintip di dalam kapal angkasa TAPOPS adalah untuk merampas balik mahkota itu tetapi dia gagal. Dia cuba letupkan kapal angkasa kami dan pada masa yang sama, dia cuba larikan mahkota itu tapi nasib kami begitu baik sekali kerana Kaizo berjaya menangkap dia"

"Baru aku teringat, nama itu ayah aku sendiri pernah ceritakan kepada aku. Musuh lama sudah kembali tapi aku tak tahu macam mana dia boleh hidup sampai sekarang? Ilmu apa yang dia gunakan?" Lynna tergelak sedikit "Kenapa kau gelak?" tanya Kaizo dengan nada serius dia

"Kau pun nak jadi muda seperti dia juga ke?" Kaizo tidak menjawab pertanyaan Lynna tadi "Hehehe.. maaf Kaizo, aku hanya bergurau sahaja"

"Hmm.. itu sahaja ke maklumat yang kau dapat?"

"Itu sahaja Kaizo dan logo itik itu adalah logo persahabat di antara Semiley dan Blueish" Lynna tunjuk logo itu kepada Kaizo yang tertera pada buku tersebut "Bagaimana mereka bertemu, itu aku tidak tahu. Aku juga tidak tahu kalau Blueish masih hidup lagi ataupun tidak. Banyak lagi persoalan yang masih kita belum ketahui. Nampaknya kita sudah mengetahui siapakah musuh kita tapi siapakah dalang yang sebenarnya, kita masih tidak tahu lagi"

"Itu kau tidak perlu risau. Sekarang kita perlu balik ke bumi. Aku takut kalau Semiley dan sekutu dia akan cuba menculik Pang dan rakan-rakan dia. Mari kita pulang" Kaizo terus berjalan untuk keluar dari bangunan penjara yang masih lagi dalam riuh rendah. Kaizo rasa agak menjengkelkan apabila setengah banduan itu berikan siulan kepada Lynna. Tangan dia sudah berlegar-legar di tempat pemegang pedang tenaga dia. Dahi dia sudah berkerut-kerut tetapi dia tetap sabarkan diri dia daripada mengamuk tidak tentu pasal

"Kau tidak rasa takut dengan mereka?" tanya Kokoci yang berjalan di sebelah Lynna

"Tak sebab aku pernah jumpa bermacam-macam orang ataupun makhluk yang wujud di dunia ini atau di dunia aku sendiri" Kokoci pandang Lynna lama-lama sambil angkat spek mata hitam dia "Kenapa?"

"Hmm... Kaizo sangat bertuah dapat seorang kawan yang mempunyai keberanian yang tinggi. Aku berharap, persahabatan kamu berdua akan kekal selama-lamanya, Janganlah persahabatan korang berdua jadi seperti Kaizo dan kawan lama dia iaitu Devon ataupun seperti Semiley dan Blueish" Lynna hanya berikan senyuman ikhlas dia kepada Kokoci "Jagalah dia dengan baik"

"Errr.. aku akan jaga dia dengan baik, Kommander Kokoci" kata Lynna sambil terus menuju ke depan untuk berjalan di sebelah Kaizo

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Tuan, terima kasih kerana selamatkan aku dari penjara itu"

"Sama-sama. Tapi kerja kita masih belum lagi selesai. Mahkota yang kau perlukan itu, masih lagi di dalam kapal angkasa TAPOPS"

"Bagaimana kita hendak merampas mahkota itu?"

"Itu kau tidak perlu risau, Semiley. Aku sudah mempunyai rancangan tersendiri. Kau hanya duduk dan berehat sahaja sambil lihat rancangan aku. Selepas itu, kita akan bermaharajalela di galaxy ini"

"Tentang kelima kuasa itu? dan bagaimana kita hendak mencari kelima piramid itu nanti?"

"Itu pun kau tidak perlu risau. Semuanya di dalam rancangan aku. Pergilah berehat, Semiley. Buatlah apa yang kau nak buat tapi kerja-kerja ini, biar aku selesaikan sendiri. Apabila aku berjaya merampas mahkota itu dan kelima kuasa itu, kerjakan kau bermula. HAHAHAHAAA!" Semiley tergelak bersama dengan pemuda itu. Mereka sangat berpuas hati dengan rancangan ini dan sangat yakin, yang mereka tidak akan gagal

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top