Majlis Tari Menari

Pelajar-pelajar lalu lalang sahaja di hadapan 8 orang pelajar yang sedang berhenti sambil membaca sebuah poster di papan kenyataan bersebelahan bilik muzik. Mata Yaya, Ying, Bella dan Faye bersinar-sinar apabila mereka dapat tahu bahawa hari sabtu ini sekolah mereka akan mengadakan 'School Dance Fundraiser' Manakala Boboiboy, Fang, Gopal dan Harraz, perasaan mereka hanyalah normal seperti biasa. Mereka tidaklah begitu teruja dengan program yang akan dianjurkan oleh pihak sekolah kerana mereka tahu, mesti ramai pelajar perempuan yang akan mengajak mereka untuk pergi

"Tapi.. mesti ada banyak makanan yang bestkan" Gopal terbayangkan sebuah meja yang penuh dengan makanan kegemaran dia. Dari makanan manis-manisan sehingga ke makanan sihat seperti buah-buahan. Selepas itu dia bayangkan terdapat satu chocolate fountain yang amat besar sekali. Dia terbayangkan diri dia menjelir lidah di bawah chocolate-chocolate yang sedang mengalir keluar itu "Seronoknya..." bisik Gopal seorang diri sambil dia mengelap air liur dia yang sudah meleleh keluar

"Hmmm... tahu makan aje kau ni" kata Yaya

"Ala, aku pun terbayangkan ada makanan best best nanti" kata Faye sambil tersenyum manis

"Kalau macam tu!" Gopal terus melutut satu kaki di depan Faye "Wahai sahabat ku yang suka sangat makan seperti diri ku, sudikah kamu untuk pergi ke majlis menari itu nanti?" Faye tergelak malu. Boboiboy, Fang dan Harraz ternganga mulut mereka melihat kelakuan Gopal mengajak seorang gadis lawa. Yaya, Ying dan Bella rasa begitu manis sekali, hati mereka berbunga-bunga melihat Gopal melamar Faye untuk pergi ke majlis menari tersebut

Faye tersenyum sambil pegang tangan Gopal "Wahai putera Gopal, aku sudi untuk pergi ke majlis tersebut"

"YAHOOOOOO!" Gopal meloncat kegembiraan "HAH! AKU LEBIH HEBAT DARIPADA BOBOIBOY DAN FANG! HAHAHAHAHAAAAA!"

"Eleh, hebatlah sangat, dengan hantu badut pun kau nak takut"

"Wei Fang, hantu badut tu menyeramkan.. aku masih teringat lagi masa dia gigit aku tu. Memang sungguh menyeramkan sampai terbawak-bawak ke dalam mimpi aku" Seram sejuk badan Gopal apabila dia memikirkan tentang hantu badut "Tapi... aku lebih berani daripada sebab aku telah berjaya mengajak seorang gadis yang lawa iaitu Faye!"

"Hmmm... sebagai sepupu dia! Kau jangan nak melebih" Fang tunjuk penumbuk dekat Gopal

"Sudahlah tu Fang" Boboiboy tarik Fang untuk jauhkan diri Fang daripada Gopal "Gopal, kita orang berani apa tapi tak kan nak ajak perempuan pulak. Aku kalau boleh, nak ajak Ochobot"

"Kau ingat Ochobot tu perempuan ke" kata Gopal dengan nada bosan dia. Boboiboy tersengih sambil garu-garu pipi dia

"Tak payahlah nak ajak perempuan sebagai teman korang. Kita pergi ramai-ramai sebagai kawan ajelah. Kan elok begitu, tak payah nak gaduh-gaduh atau buat kepala pening aje"

"Ha ah, betul juga cakap Yaya. Aku setuju sahaja maaa!" kata Ying "Tapi kalau korang mau bawak aku, aku terima sahaja maa" Ying tergelak sambil melihat Boboiboy, Fang dan Harraz

"Kau pergi dengan budak nerd ni" Fang tolak Harraz ke depan Ying "Aku nak ajak Rizu! ataupun abang aku"

"Macam abang kau nak pergi aje" kata Boboiboy sambil mengangkat kening sebelah

"Kalau dia tak nak pergi, aku pergilah dengan Rizu" Fang terus pusingkan diri untuk pergi masuk ke dalam kelas dia. Gopal tersenyum sinis melihat dua orang kawan lelaki dia

"WEI FANG! AKU CABAR KAU AJAK SEORANG PELAJAR PEREMPUAN! KAU PUN SAMA JUGA BOBOIBOY!" Fang terkejut dengan cabaran tersebut. Lalu dia menoleh kebelakang "Heheheheee... kalau tidak, kau bukanlah seseorang yang hebat sangat. Betul tak Faye?"

"Errrr... betul tu! Sepupu aku kan hebat dalam segala-galanya. Hebat dalam memasak, hebat dalam menjaga kebersihan, hebat dalam mata pelajaran, hebat dalam bab berlawan, hebat mengamuk tak tentu pasal, hebat dalam bersaing dengan orang.. apa lagi yea" Faye cuba fikirkan benda lain

"Tak payah fikirkan sangat Faye. Si Pang tu memang hebat dalam segala-galanya tapi KALAU PASAL PEREMPUAN, MEMANG TAK HEBAT!" Bella sahaja kuatkan suara dia supaya Fang dengar dari jauh "JADI DIA BUKANLAH HEBAT SANGAT!" Faye, Yaya dan Ying tergelak sedikit. Boboiboy menepuk dahinya. Harraz tersengih sahaja dan Gopal pula, tersenyum sinis di situ

"APA KAU CAKAP!" Fang terus muncul di depan muka Bella "AKU HEBATLAH! AKU AKAN BUKTIKAN BAHAWA AKU LEBIH HEBAT DARIPADA SI GOPAL NI!"

"Buktikanlah" kata Gopal dengan nada sindiran dia

"Kalau begitu, Bella... aku nak ajak kau pergi ke majlis menari tu nanti" Muka Bella naik merah pula sebab malu tetapi dia telah ada rancangan lain

"Maaf Fang, aku nak pergi dengan abang aku nanti. Jadi kau ajak lah Yaya ataupun Ying" Fang rasa lega sedikit sebab tidak perlu pergi dengan Bella nanti sebab dia malas nak bergaduh dengan dia "Yaya dan Ying pun cantik juga kan. Kau dan Boboiboy bolehlah ajak dia orang berdua"

"Malas aku.. aku mengalah ajelah dengan cabaran mengarut kau tu" Fang terus beredar dari situ. Dia sebenarnya memang malas nak ajak mana-mana pelajar perempuan. Dia lebih selesa kalau dia pergi dengan Rizu ataupun abang dia sendiri. Dia tidak kisah kalau Boboiboy menang tapi bagi dia, itu bukanlah pesaingan yang membuatkan dia begitu semangat. Dia lebih suka bersaing dalam mata pelajaran, sukan, bertarung ataupun pertandingan seperti memasak macam tahun lepas. Kalau dalam hal-hal perempuan, dia memang tidak begitu teruja sangat

"Malas aku nak fikirkan sangat, aku kan masih kecik lagi.. buat apa aku fikirkan benda-benda tu semua. Baik aku fikirkan tentang belajar! Belajar adalah sesuatu yang menyeronokkan!"

"Betul tu!" muncul Yaya dan Ying di sebelah Fang

"Apasal korang ada dekat sini?"

"Takdelah, kita orang pun nak balik ke kelas. Nanti kejap lagi mesti waktu rehat akan tamat" kata Yaya "Fang, kau tak perlulah fikirkan sangat tentang majlis menari tu. Itu kan hanya untuk fundraiser sahaja. Bukan sesuatu benda yang serius"

"Ha ah, kau jangan nak ambik serius sangat maa.. kau pergi sahaja dengan Rizu ataupun dengan abang kau. Kau tak perlu nak tunjukkan kehebatan kau sangat"

"Terima kasih Ying, terima kasih Yaya" Fang rasa lega dengan kata-kata dari dua kawan perempuan dia "Nanti aku ajak abang aku ataupun Rizu.. tak pun, aku ajak kak Lynna sekali. Lagi ramai lagi bagus! Kalau kak Lynna pergi, mesti abang aku nak pergi juga... hehehehehe" Fang tergelak seorang diri. Yaya dan Ying hanya gelengkan kepala sambil tersenyum sahaja

"Wei, aku larikan diri dulu. Cikgu Aiman tengah cari aku sebab dia masih tak puas hati lagi dengan aku.. LARRIII!" Gopal larikan diri apabila dia ternampak cikgu Aiman sedang berjalan menuju kearah mereka

"Hahahaaa... siapa suruh kenakan kita orang. Kan dah kena dengan cikgu aiman.. seminggulah kau kena denda Gopal, padan muka" Fang tersenyum sinis sambil bersilang tangan

------------------------------------

Sepanjang sesi persekolahan, Fang asyik dikerumuni oleh pelajar-pelajar perempuan. Mereka semua berharap Fang akan membawa mereka ke majlis menari tersebut tetapi Fang seperti biasa, sombongkan diri dan abaikan sahaja mereka. Boboiboy hanya tersengih apabila satu per satu mengajak dia ke majlis menari, sehinggalah dia menjerit yang dia akan membawa Lily sahaja ke majlis tersebut. Ramai peminat Boboiboy berasa kecewa kerana kalah dengan si pelik Lily itu

"Sanggup juga kau yea nak ajak si pelik tu" tanya Fang sewaktu mereka pulang dari sekolah

"Kalau aku ajak budak perempuan yang aku tak kenal, mesti rasa jangkal. Lagipun Lily kan kawan kita juga"

"Hmmm... yelah tapi Yaya dan Ying pun kawan kita juga. Apasal kau tak bawa salah seorang daripada mereka aje?"

"Hehehehee..." Boboiboy tersengih sahaja "Aku ajak Lily sebab dia kan jauh daripada kita, bukannya dia dapat selalu join kita selalu. Betul tak?"

"Betul lah tu kot. Mesti Lily akan pengsan nanti bila kau ajak dia. Dia nak pengsan setahun pun takpe, tak perlulah aku dengar dia panggil aku landak landak landak landak landak-"

"LANDAKKKKKKK!" Terkejut Fang tiba-tiba sahaja ada orang panggil dia landak tetapi itu bukan suara Lily. Dia perlahan-perlahan menoleh kebelakang dan rasa lega kerana ada sekumpulan kanak-kanak kecil sedang bermain-main dengan anak patung landak. Salah seorang kanak-kanak perempuan sedang menunjuk anak patung landaknya kepada kawan-kawan dia. Anak patung landak itu mempunyai ribbon pink di lehernya

"Fuh, selamat bukan Lily"

"Kau takut dengan dia ke?" Boboiboy menolak-nolak bahu Fang dengan bahu dia sendiri

"Aku takut dengan kepelikan dia tu aje. Entah apa-apa yang pelik dia akan buat nanti"

"Eleh, dengan kenakalan kau dan kepelikan kau.. sentiasa buat abang kau pening kepala... hehehee" Fang melirik matanya ke arah Boboiboy "Aku bergurau aje Fang. Jangan marah yea... oklah Fang, aku jumpa lagi esok" Boboiboy melambai-lambai ke arah Fang. Mereka berpisah di situ kerana rumah mereka mengikut jalan yang berlainan. Fang melihat sahaja Boboiboy berjalan jauh pergi dari dia, lalu dia sambung balik berjalan. Dia belok ke kanan untuk masuk ke dalam lorong kawasan rumahnya. Dulu rumah dia adalah rumah terbiar, sekarang rumah itu bukan lagi rumah terbiar. Semenjak abang dia duduk di bumi, banyak betul perubahan yang terjadi dekat rumah terbiar itu. Rumah itu kembali menjadi ceria seperti dulu, sebelum ianya menjadi rumah terbiar. Fang selalu dengar rumah itu adalah rumah berhantu tetapi dia tidak begitu percayakan sangat tapi Gopal selalu panggil dia hantu. Sekarang Gopal sudah pun berhenti memanggil dia hantu. Fang berhenti di depan pintu pagar rumahnya dan lalu dia tolak pintu pagar tersebut. Dia berjalan masuk ke dalam kawasan rumahnya. Semuanya berubah kecuali halaman rumah dia, tiada satu pokok bunga yang ada. Hanya daun kering sahaja yang ada. Fang terus ke pintu rumah, lalu dia masuk ke dalam

"Abang Paizo sana lah sikit! Pizu nak serang orang jahat tu"

"Abang sudah ke tepi lah ni"

"Mana ada! Abang Paizo tipu!"

Fang mengangkat kening sebelah sambil melihat abang dia dan Rizu bermain video game di ruang tamu rumah. Meja ruang tamu penuh dengan cd video game milik Rizu. Ada juga beberapa chocolate yang ada di atas meja

"Abang Paizo! Kita sudah sampai di stage yang terakhir!" Rizu meloncat-loncat sehingga dia tersedar yang Fang ada di situ "ABANG FANGGG!" Rizu melempar remote control di atas kerusi sofa, lalu dia berlari ke arah Fang

"Rizu!" Rizu peluk abang Fang sepuas-puasnya "Rizu datang ke sini sebab nak main video game ke?"

"Takdelah, Pizu datang ke sini sebab nak suruh abang Paizo ajar Pizu soalan matematik. Lepas tu dah siap, kita orang main video game" Rizu tarik tangan Fang "Jom abang Fang, abang Fang pulak gantikan tempat Pizu. Pizu takut nanti Pizu kalah dengan boss besar. Abang Fang mainkan untuk Pizu ok"

"Rizu main ajelah dengan si Pang ni. Abang nak pergi mandi sekejap" Kaizo serahkan remote video game itu kepada Rizu "Jangan nak menjerit sangat"

"Baik abang Paizo!" Rizu ambil remote control "Jom main abang Fang!" Fang baru nak berehat, dia sudah di suruh main video game pula. Dia membuka beg sekolahnya dan lalu dia letak di tepi kerusi sofa. Rizu menekan satu button untuk sambung balik permainan video game mereka. Watak Rizu melibas-libas orang jahat dengan pedang dia, manakala watak Fang pula berikan tumbukan berapi bertubi-tubi. Mereka begitu seronok sekali bermain sehinggalah Fang teringatkan sesuatu

"Rizu, abang nak tanya ni"

"Tanya apa abang Fang?" Rizu tidak mengalih pandangannya. Dia terlalu asyik bermain video gamenya

"Rizu nak tak pergi ke majlis menari, dance fundraiser hari sabtu ni?" Lalu Rizu pusingkan kepala dia secara perlahan untuk melihat Fang. Dia tersenyum sepergi seekor anak kucing comel

"MESTILAH NAK!" Rizu melempar remote control itu dan terus dia memeluk leher Fang. Dia cium-cium pipi Fang "YEAHHH! ABANG FANG BAWAK PIZU KE MAJLIS MENARI NANTI! PIZU SANGAT HAPPY! SCHOOL DANCE SCHOOL DANCE SCHOOL DANCE!" Rizu melompat-lompat dari atas lantai sehinggalah ke atas sofa

"APASAL MENJERIT NI?" Muncul Kaizo di balkoni tingkat atas. Rambut dia basah, ada tuala kecil tersidai di bahu kirinya dan dia tidak memakai baju, hanya sepasang seluar sahaja. Rizu terus tutup matanya dengan tangan. Muka dia sorok di belakang Fang

"ABANG PAIZO TAK MALUUUU!" Fang tergelak di situ. Kaizo cepat-cepat mengambil bajunya di dalam bilik "ABANG PAIZO DAH PAKAI BAJU KE BELUM?"

"SUDAH!" Balas Kaizo dari biliknya

"OK!" Lalu Rizu menurunkan tangannya dari muka. Dia melihat di balkoni atas, Kaizo muncul semula tetapi kali ini dengan baju tanpa lengan. Rizu tersenyum di bawah, lalu dia sambung balik bermain game dengan Fang "Abang Fang, tentang majlis tadi tu.. abang Fang tak nak ajak abang Paizo ke?"

"Entahlah.. kalau abang ajak dia pun, macam abang Kaizo nak pergi aje. Dia tu kan selalu dengan ketenangan aje memanjang"

"Hehehee... kalau kita ajak kak Lynna macam mana? Lepas tu suruh kak Lynna pujuk abang Paizo. MESTI SWEET KAN KAN KAN KAN!"

"Apa yang kau merepek ni?" muncul Kaizo di ruang tamu. Rambut dia masih lagi basah. Ini pertama kali Rizu nampak rambut Kaizo bukan dalam style gaya rambut itik

"Takde apalah abang" jawab Fang. Dia malas hendak mengajak abangnya, jadi dia diamkan diri sahaja sambil bermain video game. Rizu melihat abang kesayangan dia, selepas itu dia berpaling muka ke arah Kaizo. Rizu tersenyum di situ seorang diri

"Abang Paizo nak tahu tak. Sebenarnya abang Fang nak ajak abang Paizo ke majlis menari dekat sekolah abang Fang. Abang Paizo nak tak pergi? Kita pergi sebagai PIZU, PANG DAN PAIZO! Heehehee... mesti comelkan kan kan kan"

"Hmmm... Rizu pergi ajelah dengan si Pang tu"

"Ala, bolehlah abang Paizo" Rizu berkelip-kelip mata dekat Kaizo yang sudah duduk di atas kerusi sofa. Dia tersenyum comel seperti seekor kucing. Lalu Rizu datang dekat kepada Kaizo. Dia duduk di atas riba Kaizo "Abang Paizo kan nak jadi abang yang terbaik! Jadi abang Paizo kenalah pergi ke majlis tu. Abang Paizo duduk tepi pun takpe. Abang Paizo tengok aje kita orang menari macam orang gila.. heheheee" Fang ketawa sedikit melihat Rizu cuba memujuk Kaizo dengan cara kecomelannya "Bolehlah abang Paizo"

"Tengoklah dulu" Kaizo melihat sahaja Rizu duduk di atas ribanya. Rizu begitu tekun sekali bermain video game "Kalau abang hantar sahaja kamu berdua boleh ke?"

"Hantar aje? Baik tak payah pergi macam tu" jawab Fang "Abang duduk ajelah dekat rumah, buat senaman malam-malam. Tak pun pergi latihan tempur ke... tidur ke, tengok tv ke.. adik dan Rizu berseronok dekat sekolah nanti"

"Abang Paizo tak nak pergi pun takpe. Pizu ajak kak Lynna nanti. Mesti dia nak! Kak Lynna lagi best daripada abang Paizo" Rizu ketawa kecil. Kaizo rasa nak sekeh kepala Rizu tetapi dia sabar dan tenangkan dirinya. Kaizo tidak menjawab apa. Dia hanya berfikir, samada dia mahu pergi ataupun tidak. Kalau dia pergi, apa yang dia akan dapat. Kalau dia duduk sahaja di rumah, dia akan dapat ketenangan bersama teh hijau dia. Kaizo mula terbayangkan diri dia sedang menikmati teh hijau di sebuah taman bunga dan tiba-tiba sahaja ada penyibuk di dalam dunia angan-angan Kaizo iaitu adik dia dan juga Lily. Berkerut-kerut dahi Kaizo

"Abang apasal?" Fang perasan dengan abangnya yang sedang berkerut dahi

"Takde apa" Kaizo turunkan Rizu dari ribanya "Korang mainlah, abang nak pergi ke kapal angkasa tapi sebelum tu.." Kaizo memeriksa adiknya supaya tiada kuasa kejahatan yang ada di dalam badan adiknya. Dia ketuk sedikit kepala Fang, dia buka mulut Fang, periksa telinga Fang dan juga dia membuka luas mata Fang "Ok, clean and clear"

"Abang aku ni, buat lawak pulak" bisik Fang. Malam itu, Kaizo langsung tidak pulang ke rumah kerana dia masih lagi menyiasat siapa yang lepaskan Kaito dari penjara dan dari mana Kaito mendapat tongkat sakti itu. Tongkat sakti itu tidak di buang selepas sahaja Fang mematahkannya, tongkat itu diberikan kepada Lynna untuk siasat dan menurut kata Lynna, ada kuasa kejahatan telah merasuk Fang setelah dia patahkan tongkat itu. Kaizo dan Lynna berusaha keras untuk menyiasat dalam perkara itu dan misi ini di rahsiakan daripada Fang dan juga rakan-rakannya sekali. Dia tidak akan berhenti selagi dia tidak mendapat jawapan

"Ini semua demi adik aku" bisik Kaizo sambil menyemak semua file musuh yang dia pernah bertarung sebelum ini

----------------------------------------------

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Ramai yang tidak sabar untuk memakai pakaian yang lawa-lawa tapi bukan seksi. Ada yang akan pergi dengan pasangan mereka, ada yang pergi dengan keluarga mereka dan ada juga pergi beramai-ramai sebagai kawan sahaja. Gopal telah bersiap sedia dengan video kamera dia. Sudah lama dia tidak menggunakannya. Kali terakhir dia guna adalah sewaktu dia termasuk ke dalam rumah misteri. Semenjak peristimewa yang dia tidak boleh lupakan itu, dia langsung tidak menggunakan video kamera tersebut. Yaya telah pun siap memakai shawl tudung berwarna pink. Ada sepit bunga mawar di tepi tudungnya. Hari ini dia memakai gaun labuh berwarna pink dan putih. Dia akan pergi bersama adiknya yang comel iaitu ToToiToy. Ying pula akan pergi bersama Harraz. Dia rasa malu pula bila Harraz mengajak dia pergi bersama. Jadi Ying mengenakan pakaian gaun labuh sampai ke bawah lutut. Dia juga memakai cekak kuning pada malam itu dan tidak mengikat rambutnya seperti biasa yang dia lakukan sebelum ini. Bella pula dengan abang dia iaitu Aidan. Bella hanya berpakaian biasa sahaja, dia malas untuk berpakaian lawa malam ni. Faye sedang menunggu kedatangan Gopal. Dia memakai gaun labuh berwarna ungu dan ada sedikit corak bunga di bahagian skirtnya

"ABANG PAIZO! ABANG FANG! PIZU DAH SAMPAI!" Faye terus membuka pintu rumahnya "KAKAK FAYE!"

"RIZU!" Faye mengusap kepala Rizu "Comelnya Rizu hari ni" Rizu tersenyum lebar di dalam costume Pikachu dia, siap ada hoodie lagi

"MESTILAH COMEL! IBU YANG BELIKAN COSTUME PIKACHU NI!" Rizu pusingkan dirinya untuk menunjuk baju costume yang serba kuning itu "Hari ini Pizu jadi Pikachu!" Rizu masuk ke dalam rumah "Mana abang Fang?"

"Dia tengah bersiap" jawab Faye "Rizu tunggu dekat ruang tamu, akak nak ambik beg sekejap"

"Ok!" Rizu terus duduk di kerusi ruang tamu. Dia perhatikan sahaja pintu bilik Fang. Dia menunggu pintu itu dibuka. Selama 5 minit dia tunggu. Faye pun sudah pergi bersama Gopal. Fang masih belum keluar lagi dari bilik dan akhirnya pintu bilik di buka. Dia keluar dari bilik dengan pakaian dia yang serba ungu itu

"ABANG FANG!" Fang terus pandang ke bawah. Dia tersenyum melihat Rizu memakai costume Pikachu

"Comelnya Rizu" Fang turun dari tingkat atas. Dia terus ke ruang tamu "Rizu sudah bersedia?"

"SUDAH!"

"Jom kita pergi!" Fang memimpin tangan Rizu. Mereka bergerak ke pintu rumah sehinggalah mereka terdengar seseorang sedang mengetuk pintu rumah "Siapa pula yang datang ni?" Fang membuka pintu rumah tersebut "Kak Lynna?"

"Hai Fang! Hai Rizu"

"Lawanya kakak Lynna hari ni" kata Rizu sambil memandang Lynna dari atas sehingga ke bawah. Hari ini Lynna nampak begitu berlainan sekali. Rambut dia diikat begitu kemas, pakaian gaun dia berwarna biru sampai di bawah lutut, dada Lynna di tutup dengan mengenakan sebuah jaket lace berwarna putih dan Lynna hanya memakai kasut sneakers sahaja

"Heheehe... ingat kak Lynna tak nak datang, rupanya kak Lynna datang juga tapi abang tak nak pergi, takpe ke?" kata Fang sambil tersenyum melihat kecantikan Lynna pada malam itu

"Siapa cakap aku tak nak pergi" Rizu dan Fang menoleh kebelakang. Kaizo sudah bersiap sedia untuk pergi ke School Dance Fundraiser itu. Dia telah memakai pakaian tuxedo berwarna biru pekat. Fang tergelak sedikit melihat abangnya berpakaian seperti mahu pergi ke majlis kerabat di raja. Padahal majlis biasa-biasa sahaja

"Abang pergi sebab kak Lynna pun pergi juga ke?" tanya Fang dengan nada sindiran dia. Kaizo ketuk kepala adiknya

"Bukan, abang pergi sebab nak tengok kau. Abang tak nak kau buat nakal dekat sana nanti"

"Yelah abang" Fang terima sahajalah alasan dari abang dia "Jomlah kita pergi! Mesti kawan-kawan adik semua tengah tunggu" Fang pegang tangan Rizu. Lalu mereka keluar dari rumah tersebut sambil bernyanyi-nyanyi dan berjoget-joget sedikit. Kaizo dan Lynna ikut sahaja dari belakang. Sepanjang perjalanan mereka, Fang dan Rizu nyanyi bermacam-macam lagu sampai pening kepala Kaizo mendengarnya.

Setelah sampai di sana, mata Rizu bersinar-sinar melihat perhiasan di dalam dewan sekolah. Terdapat pelbagai jenis belon yang ada, semuanya dalam bermacam-macam warna. Sebuah booth untuk bertangkap gambar pun ada, terdapat sebuah mesin photo booth. Ramai orang beratur panjang di photo booth tersebut. Meja makan penuh dengan hidangan yang lazat. Paling menakjub sekali ialah chocolate fountain yang telah dibayangkan oleh Gopal semenjak hari Isnin lagi. Gopal dan Faye telah menguasai meja makan dari mereka sampai lagi sehingga sekarang. Bella berborak bersama Yaya, Ying dan Harraz. Manakala Boboiboy pula, sedang berduet dengan Lily di atas pentas. Boboiboy tidak memakai topi orennya kerana topi itu ada di atas kepala Lily. Mereka nyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Can't Stop the Feeling. Lily melompat-lompat di atas pentas sebab terlampau gembira. Orang ingat Lily terlebih gula, padahal itu memang perangai dia yang super hyper itu

https://youtu.be/ru0K8uYEZWw

[Verse 1:]
I got this feeling inside my bones
It goes electric, wavey when I turn it on
All through my city, all through my home
We're flying up, no ceiling, when we're in our zone

[Pre-chorus 1:]
I got that sunshine in my pocket
Got that good soul in my feet
I feel that hot blood in my body when it drops, ooh
I can't take my eyes up off it, moving so phenomenally
Room on lock the way we rock it, so don't stop

[Chorus:]
And under the lights when everything goes
Nowhere to hide when I'm getting you close
When we move, well, you already know
So just imagine, just imagine, just imagine
Nothing I can see but you when you dance, dance, dance
Feeling good, good, creeping up on you
So just dance, dance, dance, come on
All those things I shouldn't do
But you dance, dance, dance
And ain't nobody leaving soon, so keep dancing

[Post-chorus 1:]
I can't stop the feeling
So just dance, dance, dance
I can't stop the feeling
So just dance, dance, dance, come on

[Verse 2:]
Ooh, it's something magical
It's in the air, it's in my blood, it's rushing on
Don't need no reason, don't need control
I fly so high, no ceiling, when I'm in my zone

[Pre-chorus 2:]
'Cause I got that sunshine in my pocket
Got that good soul in my feet
I feel that hot blood in my body when it drops, ooh
I can't take my eyes up off it, moving so phenomenally
Room on lock the way we rock it, so don't stop

[Chorus:]
And under the lights when everything goes
Nowhere to hide when I'm getting you close
When we move, well, you already know
So just imagine, just imagine, just imagine
Nothing I can see but you when you dance, dance, dance
Feeling good, good, creeping up on you
So just dance, dance, dance, come on
All those things I shouldn't do
But you dance, dance, dance
And ain't nobody leaving soon, so keep dancing

[Post-chorus 2:]
I can't stop the feeling
So just dance, dance, dance
I can't stop the feeling
So just dance, dance, dance
I can't stop the feeling
So just dance, dance, dance
I can't stop the feeling
So keep dancing, come on

[Bridge:]
I can't stop the, I can't stop the
I can't stop the, I can't stop the
I can't stop the feeling

[Chorus:]
Nothing I can see but you when you dance, dance, dance
(I can't stop the feeling)
Feeling good, good, creeping up on you
So just dance, dance, dance, come on
(I can't stop the feeling)
All those things I shouldn't do
But you dance, dance, dance
(I can't stop the feeling)
And ain't nobody leaving soon, so keep dancing

[Post-chorus 3:]
Everybody sing
(I can't stop the feeling)
Got this feeling in my body
(I can't stop the feeling)
Got this feeling in my body
(I can't stop the feeling)
Wanna see you move your body
(I can't stop the feeling)
Got this feeling in my body
Break it down
Got this feeling in my body
Can't stop the feeling
Got this feeling in my body, come on

"Yeah! Terima kasih semua!" kata Boboiboy yang telah menerima tepukan gemuruh dari para pelajar sekolah dan orang lain juga. Mereka tidak datang keseorangan, ada yang datang dengan keluarga mereka dan juga sahabat handal mereka "Terima kasih kerana sudi datang ke School Dance Fundraiser kami! Ini adalah pertama kalinya sekolah kami menganjurkan anjuran ini. Saya berharap kamu semua akan enjoy pada malam ini! SELAMAT BERGEMBIRA!" Lalu lagu seterusnya di mainkan oleh seorang DJ. Boboiboy dan Lily turun dari pentas

"Wah! Bestnya korang nyanyi tadi" kata Ying kepada Boboiboy dan Lily "Apasal tak suruh Fang sahaja yang nyanyi?"

"Hmmm... aku dah suruh dia tapi dia cakap MALAS!" jawab Boboiboy dengan nada bosan dia. Tangan dia ditarik oleh Lily untuk menari dengan lagu kegemaran dia "Jom Boboiboy, Lily suka lagu rancak ni!" Lily menari di tengah-tengah dewan itu. Yaya dan Ying turut sertai Lily sekali. Boboiboy terpaksa menari bersama mereka. Fang menari bersama Rizu. Mereka berjoget-joget sehingga tidak sedar mereka sedang di perhatikan oleh rakan-rakan mereka. Lynna tergelak sahaja melihat gelagat Fang dan Rizu berjoget di tengah dewan. Kaizo hanya duduk di tepi dewan sambil menikmati roti garlic bread. Kaki dia bergoyang-goyang sedikit mengikut rentak lagu. Mata dia asyik perhatikan sahaja Fang menari bersama Rizu. Lalu Lynna menyertai mereka berdua. Dia menari sedikit di situ. Rizu melompat-lompat sambil pegang kedua belah tangan Fang

"Rizu rasa seronok?"

"SERONOK SANGAT! Terima kasih abang Fang sebab sudi ajak Pizu ke sini"

"Hehehee.. tapi yang tak seronoknya, abang kamu tu" Lynna tunjuk ke arah Kaizo sedang bermuka serius itu. Ada beberapa gadis yang datang ke arah Kaizo, mereka semua mahu menari bersama Kaizo tetapi dia hanya abaikan sahaja mereka. Minta bergambar bersama pun, dia menolak sahaja. Gopal merakamkan detik-detik kekecewa beberapa gadis yang telah ditolak pelawaan mereka oleh Kaizo sendiri

"Abang tu memang, dia tu anti-sosial!"

"Kalau kak Lynna ajak menari, mesti dia nak" kata Rizu

"Akak tak naklah paksa abang Kaizo. Biarkan ajelah dia. Kita berseronok di sini ok" kata Lynna sambil menari ikut rentak lagu yang rancak itu

"Hmmm... dah dressing lawa-lawa tapi tak menari. Apa punya abanglah" bisik Fang. Tiba-tiba sahaja datang Lily menari bersama mereka. Topi oren masih lagi ada di atas kepala Lily

"PIKACHUUU!" Lily heret Rizu ke tempat lain "Pikachu menari dengan kak Lily ok! Sebab Pikachu nampak comel hari ni!"

"Wei Lily, mana kau nak bawak lari Rizu"

"Ala landak, bagilah Lily menari dengan Pikachu sekejap. Kejap lagi Lily bagilah balik Pikachu dekat landak balik. Landak ajaklah abang Kaizo tu menari. Kasihan dia, semua budak perempuan nak menari dengan dia tapi semuanya dia tak layan. Entah-entah dalam hati dia nak menari dengan landak ke"

"Ha ah, Pizu sokong aje! Abang Fang pergilah ajak abang Paizo" Rizu halau Fang pergi dari situ. Fang terpaksa mengalah, dia terus ke arah abang dia yang sedang duduk diam itu. Kaizo mengangkat kening sebelah apabila adiknya berhenti di hadapan dia

"Kau nak balik dah ke?"

"Bukanlah abang. Adik nak ajak abang menari. Jomlah abang" Fang menari kedua belah tangan abang dia "Abang asyik ulang alik pergi ke kapal angkasa aje. Inilah masanya untuk relax dan bersuka ria dengan adik. Sekali ini aje, boleh ok abang"

"Hmmm.. yelah" Lalu Kaizo menari seperti tarian robot. Fang ketawa sedikit, terus Kaizo kembali ke tempat duduk dia. Fang tidak mahu mengalah, dia tarik tangan abang dia lagi. Kaizo terpaksa menari lagi sehinggalah budak-budak perempuan mendekati diri dia. Mereka semua ingin menari dengan Kaizo. Gopal tidak mahu melepaskan saat-saat Kaizo menari bersama beberapa gadis, dia terus merakamkan tarian Kaizo yang agak kekok itu. Boboiboy, Yaya, Ying, Bella dan Harraz tergelak melihat Kaizo menari. Faye kembali di tengah dewan bersama beberapa kek di dalam pinggan. Dia berikan kepada kawan-kawan dia untuk menikmati kek chocolate itu

"Tak sangka pula abang Kaizo boleh menari macam robot"

"Heheheee... Lily sangat bangga dengan pencapaian kapten itik. Ini memang sesuatu yang menakjubkan tapi... mana pasangan dia?"

"Siapa Lily" tanya Boboiboy

"Kak Lynna lah, siapa lagi"

"Ha ah, aku pun tak nampak kak Lynna. Tadi dia ada, lepas tu dia hilang pulak" Bella terus melihat di sekitar dewan sekolah itu. Mereka langsung tidak nampak Lynna berada di mana-mana. Yaya dan Ying pergi periksa di luar dewan sekolah. Lynna tiada di situ

"Jangan-jangan kak Lynna merajuk dengan abang Kaizo, terus dia lari balik rumah kot" muncul Gopal dengan video kamera dia "Dan lepas tu abang Kaizo pergi pujuk kak Lynna. Dari situlah permulaan kisah cinta mereka" Fang terus ketuk kepala Gopal "Dey! Apasal kau ketuk kepala aku?"

"Bila masa kak Lynna merajuk" muncul Fang bersama Rizu "Kak Lynna ada dekat situ" Fang tunjuk di mana Lynna berada. Skirt biru Lynna terkena air manisan dari seorang budak perempuan. Fang nampak budak perempuan itu sengaja tumpahkan air juice apple di skirt Lynna. Kini Lynna berada di tepi meja makan sambil mengelap skirt dia yang terkena juice apple tadi

"Kasihan kak Lynna, baju dah lawa tapi terkena juice apple pula" kata Yaya

"Hmm... ada yang cemburu dengan kak Lynna. Cemburu sebab kak Lynna datang dengan abang aku. Itu pun nak cemburu, tak faham betul aku" Fang bersilang tangan sambil bermasam muka "Mana pulak abang aku" Fang mencari-cari abang dia

"Errr.. aku rasa aku tahu abang kau dekat mana" Fang melihat di mana Boboiboy tunjukkan kepada dia. Kaizo rupanya berada di tengah-tengah lantai menari, dia telah di keliling dengan beberapa orang pelajar. Semuanya teruja dengan tarian Kaizo seperti tarian robot campur badut. Tiba-tiba sahaja Lily ikut tarian Kaizo. Makin lama makin dekat Lily dengan Kaizo. Mereka menari di situ sampailah Kaizo tersedar bahawa ramai orang sedang melihat diri dia menari tadi

"APA PANDANG-PANDANG!" marah Kaizo di situ. Terus semua pelajar di situ sambung balik menari. Kaizo keluar dari dewan tersebut sebab rasa malu dengan kelakuan dia tadi. Fang mengejar abangnya

"ABANG!" Kaizo terus berhenti. Dia pusing kebelakang dengan muka marah dia

"Kau lah punya pasal ajak abang datang ke sini" Fang bermasam muka dengan abangnya

"Bukan ke abang yang tak nak datang.. abang cakap hari tu, abang fikirkan dulu. Sampai hari ini abang tak beritahu. Tengok-tengok abang nak pergi jugak"

"AKU PERGI SEBAB AKU NAK JAGA KAU! KAU TU SUKA SANGAT BUAT BENDA-BENDA NAKAL!" Tiba-tiba Kaizo terdengar suara Lynna sedang bernyanyi di dalam dewan sekolah. Dia terus kembali ke dewan untuk melihat Lynna menyanyi. Fang ikut abangnya sekali. Mereka berdua berhenti di tengah-tengah pintu dewan

https://youtu.be/la0-5QFLr14

You with the sad eyes
Don't be discouraged, oh I realize
It's hard to take courage
In a world full of people
You can lose sight of it all
The darkness inside you
Can make you feel so small

Show me a smile then
Don't be unhappy
Can't remember when
I last saw you laughing
This world makes you crazy
And you've taken all you can bear
Just, call me up
'Cause I will always be there

And I see your true colors
Shining through
I see your true colors
And that's why I love you

So don't be afraid to let them show
Your true colors
True colors are beautiful
I see your true colors
Shining through (true colors)
I see your true colors
And that's why I love you
So don't be afraid to let them show
Your true colors
True colors are beautiful
Like a rainbow
Ooh ooh ooh like a rainbow

Ooh can't remember when
I last saw you laughing
Ooh oh oh
This world makes you crazy
Taking all you can bear
Just, call me up
'Cause I'll be always be there

And I see your true colors
Shining through
I see your true colors
And that's why I love you
So don't be afraid (don't be afraid)
To let them show
Your true colors
True colors are beautiful
Like a rainbow
Ooh ooh oh like a rainbow

"Pang, abang balik dulu. Kau jangan nak balik lewat"

"Eh.. abang tak nak hukum adik ke?" Kaizo tidak menjawab. Dia hanya patah balik untuk pulang ke rumah. Tangan dia menyeluk masuk ke dalam poket seluar tuxedo dia. Entah apalah yang dia sedang fikirkan. Fang melihat sahaja abang dia berjalan makin lama makin jauh dan hilang dari pandangan dia. Fang kembali ke dewan dan terus mencari kawan-kawan dia

"Abang kau dah balik ke Fang?" muncul Boboiboy di sebelah Fang dengan segelas air

"Ha ah.. biarkan ajelah dia. Jom kita berseronok tanpa risaukan tentang abang aku yang tak betul tu"

"Heheheee..." Boboiboy terus larikan diri keran Kaizo muncul di belakang Fang

"Apasal kau lari?" Fang terasa ada seseorang di belakang dia. Lalu dia menoleh kebelakang sedikit demi sedkit. Fang tersengih sahaja apabila dia ternampak abang dia "A-a-abang.. bukan abang dah balik ke?"

"ABANG DATANG KE SINI BALIK SEBAB ABANG TERLUPA SESUATU!"

"Errr.. abang terlupa apa?" Fang masih lagi tersengih. Kaki dia sudah melangkah jauh sedikit daripada abangnya

"ABANG LUPA YANG SEPATUTNYA KAU TU KENA HUKUMAN SEBAB AJAK ABANG KE SINI! MARI SINI KAU!" Fang terus larikan diri. Dia lari keluar dari dewan sekolah sambil dikejar oleh abangnya

"ABANG YANG NAK DATANG KE SINI! ADIK TAK PAKSA PUN!"

"AKU TAK PEDULIK! JANJI AKU DAPAT MENGHUKUM KAU!"

Kasihan Fang, satu malam dia tidak boleh tidur sebab badan dia terasa sakit-sakit sebab di belasah oleh abang dia sendiri tapi bila di fikirkan semula, Rizu yang pujuk Kaizo untuk datang ke majlis menari itu. Fang pula yang kena

"PIKACHU!" Sebab Rizu terlampau comel sangat sampai Kaizo tak sanggup nak menghukum dia

---------------------------------

Milk-She2 this one for you my dear :D

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top