Lagu Tema

"Hehehehe! Akhirnya aku telah diberikan kebenaran untuk menggunakan pistol mimpi!" Probe pergi bersiar-siar di sebuah taman yang terletaknya kedai Kokotiam Tok Aba. Dia sedang mencari mangsa yang pertama tapi dia rasa sangat teruja kerana mangsa pertama dia adalah Fang! Probe sembunyikan diri daripada dilihat oleh Fang. Dia memerhatikan Fang di dalam semak. Fang sedang duduk diam sambil melihat Tok Aba membuat kerjanya. Boboiboy, Gopal dan Ochobot tiada di situ, kerana mereka pergi ke bandar Pulau Rintis tanpa mengajak Fang

"Kasihan kamu Fang, duduk dekat sini sorang-sorang" Tok Aba meletakkan Ice Blended Chocolate Special di hadapan Fang yang sedang duduk termenung

"Takpelah atuk, dia orang tu memang nak cari nahas dengan saya" Fang terus menghirup air itu. Dia memang geram dengan kawan-kawan dia kerana tidak mengajak dia sekali pergi ke bandar "Tahulah apa saya akan buat dekat mereka nanti"

"Sudah sudahlah tu Fang. Mungkin dia orang ada sebabnya tersendiri kenapa dia orang tak ajak kamu"

"Hmmm.. yelah atuk" Fang sambung balik menghirup airnya. Mata dia terus beralih ke television yang sedang siarkan drama waktu tengahari. Hari ini hari yang begitu membosankan bagi Fang. Abang dia sudah berada di dalam kapal angkasa sebab latihan tempur dari awal pagi tadi. Rizu keluar pergi berjalan dengan ibunya. Yaya pula berada di rumah Ying sebab Ying mengajak dia datang ke rumah. Lily sudah balik ke rumah dia. Faye pun sudah pulang ke planet dia sebelum dia pindah ke sini dan Bella pula, dia malas nak ambil tahu tentang Bella. Dia sendiri pelik, macam mana Bella boleh berkawan rapat dengan Lily dan Faye. Lynna juga tidak dapat datang ke Pulau Rintis kerana dia terlalu sibuk dengan kerja-kerja kolej dia dan juga perkara lain. Jadi Fang hanya duduk di situ,

Probe mengambil peluang keemasan ini untuk menggunakan pistol mimpi terhadap Fang! Dia sendiri tidak sabar untuk melihat apa yang Fang akan bermimpikan. Mungkin donut lobak merah? "Dia tu kan hantu donut lobak merah" Probe tergelak sedikit. Dia terbang pelahan-lahan keluar dari tempat persembunyian dia. Pistol mimpi dia sudah pun bersiap sedia dan lalu Probe menembak pistol itu ke arah Fang

"FANGG! HATI-HATI!" Fang menoleh kebelakang kerana dia terdengar jeritan dari Boboiboy. Dia tidak sempat mengelakkan diri, terus dia tertidur di dalam sebuah buih tidur "FANGGGGG!" Boboiboy, Gopal dan Ochobot berlari ke arah Fang yang sedang nyenyak tidur itu

"HOOOREYYYY! AKU BERJAYA JUGA!" Probe menari-nari di situ. Boboiboy rasa begitu marah dengan Probe

"BAIK KAU KEJUTKAN DIA SEBELUM AKU MENGAJAR KAU!"

"Hehehe.. kau nak ajar aku matematik ke?" Probe berkata dengan nada sindiran dia. Boboiboy menjadi semakin marah tetapi Probe tidak menjadi takut pula kerana dia teruja melihat satu lagi buih keluar dari buih tempat Fang sedang tidur "WUUU! Tengok apa dia sedang mimpi kan tu"

Boboiboy, Gopal dan Ochobot melihat buih itu dan terpaparlah sebuah mimpi daripada Fang "Donut lobak merah! Tiada siapa nak marah! Ini dunia ku! Kebahagian ku!" Fang menyanyi-nyanyi di dalam taman donut lobak merahnya di dalam mimpi itu

"Tak habis-habis dengan mimpi donut lobak merah dia, siap ada tema lagu lagi" kata Gopal "Wei Probe, apa kata kita pergi tengok mimpi orang lain pula"

"Isk kau ni Gopal. Apasal nak tengok mimpi orang lain pula, tak baik tau"

"Ala Boboiboy, aku nak tengok aje. Lagipun kita takde benda nak buat hari ini" Gopal tergelak melihat mimpi Fang sedang menari-nari bersama dengan donut lobak merah "Kenapalah aku tak bawak camera aku, bolehlah aku simpan buat kenangan!"

"Donut lobak merah, tiada siapa nak marah, ini dunia ku, kebahagian ku!" Ochobot pula nyanyi-nyanyi dengan mimpi Fang. Dia suka dengan lagu tema donut lobak merah itu. Probe siap tulis lirik panjang untuk dinyanyikan dekat Edisi Malam Minggu nanti. Boboiboy rasa nak ketuk sorang-sorang

"Ochobot, boleh pulak kau nyanyi sekali" kata Boboiboy

"Maaf Boboiboy. Lagu dia ni seronok pula aku dengar. Jadi aku ikutlah sekali nyanyi" Ochobot terus terbang ke dalam kedai Tok Aba

"Probe, baik kau bangunkan balik si Fang ni. Tak baik tengok mimpi orang" kata Tok Aba dengan suara marah dia "Cubalah jadi robot yang baik, ini tidak. Pergi menghendap mimpi orang"

"Maaf tok, saya baru sahaja nak mencuba pistol mimpi ni. Jangan risau tok, saya akan bangunkan dia!" Probe menekan butang pistol itu dan terus dua buih itu hilang, lalu Fang jatuh ke atas rumput hijau

"ADOI!" Fang mengosok-gosok kepalanya "Apa terjadi tadi?" dia melihat kawan-kawan dia tetapi dia rasa pelik dengan Gopal "Apasal kau tengok aku semacam? Ada apa-apa ke dekat muka aku?"

"Hehehehe... Wei Fang, sedap tak donut dalam mimpi kau tadi?" Gopal tergelak sedikit. Muka Fang menjadi merah padan kerana malu dengan mimpi dia tadi "Apasal kau senyap? Malu ke.." Boboiboy tidak mahu masuk campur. Dia hanya duduk diam sahaja di atas bangku kedai Tok Aba

"WOI! Macam mana kau tahu aku mimpi donut lobak merah?"

"DENGAN MENGGUNAKAN PISTOL MIMPI!" Probe mengangkat pistol mimpi itu setinggi-tingginya "Dengan pistol mimpi ini, kita dapat melihat mimpi-mimpi orang lain, contohnya mimpi si landak tadi! Dia telah mimpikan dia berada di taman donut lobak merah. Siap ada tema lagu sekali!" Aura-aura bayang Fang sudah mulai keluar "Tema lagu itu memang menarik! dan ia bol-"

"HARIMUA BAYANG! KEJARI DIA!" Probe terus terbang lari dan secara tak sengaja, dia melambung pistol mimpi itu dan Fang dapat menangkap pistol tersebut. Dia biarkan harimua bayangnya mengejar Probe sampai ke markas kotak. Fang membelek-belek pistol itu "Ini macam pistol yang dia dapat masa episode terakhir Edisi Malam Minggu"

"Fang, baik kau musnahkan pistol tu" kata Boboiboy

"Buat apa aku nak musnahkan. BAIK AKU GUNAKAN PISTOL INI UNTUK KEPENTINGAN AKU SENDIRI! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAA" Gopal terus menyorokkan diri di dalam kedai Tok Aba. Dia siap pegang baju Tok Aba kerana takut kalau Fang cuba untuk membalas dendam terhadap dia

"Aduh" Boboiboy menepuk dahinya "Mana boleh macam tu Fang. Kau kan tak nak nakal dah"

"Siapa cakap aku tak nak nakal dah! AKU FANG! IMEJ NAKAL AKU TAK KAN HILANG!" Fang ketawa besar di situ. Dia tidak sedar dengan kemunculan abangnya di belakang dia. Boboiboy hanya senyap sahaja

"Kau nak jadi nakal balik?" Fang terdiam dan menoleh kebelakang. Muka abang dia berubah menjadi singa garang. Fang terus tersengih kepada abangnya "Kenapa kau tersengih sahaja. Cepatlah jadi nakal balik, biar aku boleh menghukum kau nanti"

"Tak, adik bergurau sahaja" Fang masih tersengih lagi

"BERGURAU KAU KATA! MARI SINI KAU!" Fang terus larikan diri bersama dengan pistol mimpi itu. Kaizo mengejar adiknya dengan pedang tenaga "MANA KAU LARI! SUDAH BERAPA BANYAK KALI AKU KATA! JANGAN NAK CARI PASAL DENGAN ORANG LAIN!"

"Maafkan adik!"

Boboiboy tergelak melihat Fang dikejar oleh abangnya "Hehehe.. terbaik" Dia terdengar lagi Ochobot asyik nyanyi lagu tema donut lobak merah itu. Lagu itu menarik sangat ke sampai Ochobot tidak berhenti menyanyi lagu itu? fikir Boboiboy. Dia biarkan sahaja Ochobot nyanyi lagu itu, asalkan dia bahagia

-------------------------------------

Keesokannya, Fang sudah tidak larat nak keluar dari katil kerana abang dia berikan dia latihan tempur selepas sahaja dia sudah puas di kejar oleh abangnya. Dia cuma terbaring sahaja sambil melihat siling rumah. Pistol mimpi itu masih ada dengan dia. Fang pandang ke atas meja belajar dia dan lalu fikirkan, apa dia perlu buat dengan pistol mimpi itu? Musnahkan? bagi abang dia simpan? cari pasal dengan orang lain? tapi pistol itu tidaklah bahaya sangat, fikir Fang

"Pang!" muncul abangnya di pintu bilik tidurnya "Kau sudah bangun?"

"Sudah abang" kata Fang dengan nada bosan dia "Abang nak apa? Adik tak larat hari ini"

"Hmm.. tak larat yea" Kaizo masuk ke dalam bilik "Aku baru suruh kau kemaskan rumah tapi takpe, hari ini kau boleh berehat tapi esok, kemaskan rumah"

"Apasal abang tak kemaskan sahaja"

"Kalau aku kemas pun, nanti kau juga yang merungut sebab abang kemas tak begitu bersih macam kau! Habuk sana, habuk ini, kenapa tak sapu lantai.. nanti alasan kau panjang, membebel sorang-sorang. Malas abang nak dengar" Kaizo ternampak pistol mimpi yang ada di atas meja adiknya "Kau nak buat apa dengan pistol tu? nak cari pasal lagi dengan kawan-kawan kau?"

"Err.. hehehe" Fang tersengih sahaja. Lalu Kaizo mengambil pistol mimpi itu "Bagilah adik simpan pistol tu"

"Tak payah! NANTI KAU AKAN SALAH GUNA PISTOL INI! BIAR AKU SAHAJA YANG SIMPAN!"

"Ala, bukannya bahaya sangat pun pistol tu"

"Kau nak kena hukuman dengan abang ke?"

"Tak nak" Fang terus bermasam muka

"Bagus!" Kaizo terus keluar dari bilik adiknya dengan pistol mimpi itu. Dia membelek-belek pistol mimpi itu "Pistol mimpi? Baik aku sembunyikan tempat yang adik aku tak kan jumpa" Kaizo terus turun dari tingkat sambil membelek-belek pistol mimpi itu. Dia tidak melihat tangga yang dia sedang turun itu

"Kaizo?" Kaizo terkejut dengan panggilan namanya dan lalu dia tersungkur jatuh bersama dengan pistol mimpi itu. Pistol itu terkena lantai dan lalu mengeluar satu cahaya dan terus terkena cermin dan cahaya itu terpelanting ke tempat lain dan terus terpelanting dari satu tempat ke satu tempat. Ia termasuk ke dalam bilik Fang di tingkat atas "Kaizo, kau ok ke?" Kaizo bangun tetapi sendi kaki dia sakit

"Lynna? kau buat apa dekat sini?"

"Aku datang sebab tengok korang berdua lah tapi pistol apa yang kau pegang tu? Aku nampak cahaya itu masuk ke dalam bilik adik kau" Kaizo terkejut dan terus dia berlari naik ke atas balik. Walaupun sendi kaki dia sakit, dia menahan sahaja kesakitan. Lynna mengikut belakang Kaizo dan mereka berdua masuk ke dalam bilik Fang

"PANG!" Nampaknya Fang terkena tembakan mimpi tadi. Dia tertidur lagi dalam buih tidur itu dan buih di sebelah dia menunjukkan mimpi dia "Apa yang kau mimpi tu?"

"DONUT LOBAK MERAH! TIADA SIAPA NAK MARAH! INI DUNIA KU! KEBAHAGIAN KU!" Fang menari-nari bersama dengan donut lobak merah sambil bernyanyi-nyanyi di taman donut lobak merah. Lynna tergelak sedikit melihat mimpi itu "Oh donut lobak merah ku, kau akan menjadi donut kegemaran aku selama-lamanya!"

"Mimpi merapu apakah ini!"

"Mimpi kemaruk donut lobak merah" Lynna cuba hendak bergurau dengan Kaizo tetapi dia tahu, Kaizo akan sentiasa serius "Nampaknya adik kau sudah merindui donut kegemaran dia"

"Jadi kau nak aku suruh buat donut kegemaran dia tu untuk dia?" kata Kaizo dengan nada serius dia "Dia boleh buat sendirikan ataupun pergi beli sahaja dekat kedai"

"Mana aku tahu" Lynna menonton sahaja mimpi Fang itu "Mungkin dia rindukan donut lobak merah yang ibu kau selalu buatkan untuk dia"

"Tapi.. dia mana ingat sangat tentang perkara itu. Masa itu dia masih kecil lagi" Kaizo melihat mimpi adiknya. Fang begitu gembira merasai donut kegemaran dia. Muka dia orang sedang dalam kebahagian "Dia selalu meminta ibu membuatkan donut kegemaran dia tetapi ibu tidak pernah menolak permintaan dia kerana dia sayangkan Pang. Aku dan adik aku dulu, selalu makan donut lobak merah bersama. Masa itu masa paling bahagia sekali kerana aku dapat berkumpul di dapur bersama dengan ibubapa aku" Kaizo mengalirkan air matanya apabila dia teringatkan saat bahagia itu. Tiba-tiba sahaja muncul seorang wanita di sebelah Fang dan wanita itu adalah ibu kepada Fang dan Kaizo

"Ibu kau begitu menawan" kata Lynna "Nampaknya tekaan aku memang betul" Lynna tersenyum melihat Fang bahagia dengan ibunya. Mereka makan donut lobak merah itu bersama dan Fang semakin lama semakin bertukar menjadi kanak-kanak 3 tahun. Ayah Fang dan Kaizo mula muncul di sebelah Fang

"Aku tidak rela pula hendak kejutkan dia"

"Kau nak dia teruskan bermimpi ke?"

"Takpelah, hanya untuk sementara sahaja. Nanti aku akan bangun dia balik" Kaizo tidak alihkan perhatian dia kerana dia terlalu asyik memerhatikan adiknya bergembira bersama ibubapa mereka sambil makan donut lobak merah. Lynna tinggalkan bilik itu, dia tidak mahu menganggu Kaizo. Lynna berdiri di tepi balkoni dan ternampak Probe sedang mengambil pistol mimpi itu

"PROBE?"

"ALAMAK!" Probe panik dan lalu tertembak pistol itu menghala Lynna. Fang terbangun dari tidurnya dan Lynna pula tertidur di dalam mimpi buih "ALAMAKKKK! MAAF LYNNA! SAYA TAK SENGAJA!" Kaizo dan Fang terdengar jeritan Probe dan terus mereka keluar dari bilik. Mereka ternampak sebuah lagi buih keluar dari buih Lynna "Kapten Kaizo, maafkan saya. Saya tak sengaja, saya terkejut sahaja" Kaizo tidak bercakap apa kerana mimpi Lynna adalah mimpi buruk

"Maafkan aku.. maafkan aku" Lynna menangis di dalam mimpi itu "Maafkan aku..." Fang tidak mahu melihat mimpi itu lagi dan terus merampas pistol mimpi itu dan tekan penembaknya. Lynna bangun dari tidurnya

"Apa yang terjadi tadi?" Lynna pegang kepala dia

"Maaf Lynna, saya tak sengaja" kata Probe

"AKU NAK KAU KELUAR DARI RUMAH AKU SEKARANG!" Kaizo menjerit kepada Probe dengan suara garang dia dan terus Probe terbang lari keluar dari rumah mereka bersama dengan pistol mimpi tadi

"Kak Lynna mimpi buruk tadi" kata Fang

"Mimpi buruk?" Fang membawa Lynna turun dan terus ke ruang tamu. Kaizo pula pergi ke dapur untuk mengambil air kosong untuk Lynna

"Ha ah, akak ada memory buruk ke? atau ada apa-apa yang terjadi sebelum ini?"

"Hmmm.. kalau ada pun, akak tak nak cerita boleh?" Fang terus bermasam muka tetapi dia faham kenapa Lynna tidak mahu bercerita. Dia tahu Lynna mempunyai banyak sangat rahsia "Maafkan akak tapi akak tidak boleh cerita lagi rahsia akak. Harap Fang faham tapi.. tadi akak dan abang kamu nampak mimpi Fang"

"Fang mimpi apa?"

"Fang mimpikan ibubapa Fang. Rindukan mereka lagi?" Fang terasa malu sedikit. Baru sahaja Lynna hadiahkan sesuatu yang istimewa kepada dia dan terus dia masih rindui mereka lagi "Kak Lynna, salah ke Fang asyik rindukan mereka?"

"Tak salah, itu hak Fang sendiri untuk merindui mereka ataupun tidak tapi akak tahu, Fang akan sentiasa merindui mereka" Kaizo kembali dari dapur dan berikan air kosong kepada Lynna "Terima kasih Kaizo" Dia minum sedikit "Mari kita buat donut lobak merah. Lepas tu kita boleh berkongsi dengan kawan-kawan Fang"

Pada hari itu, Fang dan Lynna membuat donut lobak merah sebanyak mana yang mereka mampu. Kaizo tidak pergi menolong membuat donut lobak merah, dia terus ke kapal angkasa untuk latihan tempur bersama dengan Lahap. Dia dengan kakinya yang sakit, masih lagi boleh menjalani latihan tempur

-----------------------------------

Esok pagi, Fang sampai di kedai Tok Aba dengan 3 kotak yang dipenuh dengan donut lobak merah. Ada satu lagi kotak dekat rumah, dia simpan untuk diri dia "Awalnya kau sampai Fang" kata Boboiboy yang sedang mengelap meja kaunter kedai "Kotak ni untuk apa?"

"Aku dan kak Lynna semalam buat donut lobak merah, dia suruh aku kongsi dengan korang. Kalau tidak, sudah lama aku habiskan sorang-sorang tapi disebabkan abang aku tahu, dia akan menghukum aku kalau aku tidak berkongsi dengan korang. Tak guna punya abang" Fang meletak kotak-kotak tersebut di atas meja kaunter. Muka dia masam sahaja sambil melihat kotak itu

"Hehehehe.. baguslah tu. Kau tu, kalau pasal donut lobak merah aje, mesti tak nak kongsi"

"Buat apa aku nak kongsi donut kegemaran aku dengan korang. Biar aku sahaja makan sorang-sorang" Fang membuka kotak itu dan lalu keluarkan satu donut lobak merah "Lagipun kau bukannya suka sangat makan donut ni kan"

"Hmmm.. aku pun suka tapi bukannya macam kau" Boboiboy terus mengelap meja kaunter lagi "Tapi.. kau tak nak ke nyanyi lagu tema donut lobak merah?" Muka Fang menjadi merah kerana malu. Dia buat-buat tidak dengar sambil menikmati donut kegemaran dia "Buat-buat tak dengar lah tu"

"Donut lobak merah, tiada siapa nak marah, ini dunia ku, kebahagian ku" muncul Gopal sambil berbisik nyanyi di telinga Fang. Lalu dia ulang balik nyanyi lagu itu sampai aura-aura bayang Fang keluar dari tubuh badannya. Dia menahan kemarahan dia. Gopal tidak takut, dia nyanyi lagu tersebut "Donut lobak merah, tiada siapa nak marah, ini dunia ku, kebahagian ku"

"Apasal dengan si Fang?" muncul Yaya bersama dengan Ying

"Gopal cari masalah dengan dia" kata Boboiboy dengan nada malas dia "Kejap lagi, memamg kena kejar dengan harimau bayanglah tu"

"Haiyaaa... Gopal ni suka sangat cari pasal dengan si landak" kata Ying sambil melihat Fang menahan lagi kemarahan dia. Fang semakin lama, semakin menjadi hantu bayang. Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying menjadi takut pula melihat Fang. Donut yang dipegang oleh Fang tadi, tiba-tiba sahaja jatuh di atas rumput. Dia tersenyum sinis dan terus pandang ke arah Gopal

"Hehehehe..." Fang tergelak kecil

"Apa kau nak buat dekat aku Fang? Aku gurau aje tadi" Tetapi Fang tidak pedulik dengan kemaafan dari Gopal. Dia ketawa kecil lagi seperti dia sudah berubah menjadi tak betul "Aku rasa, Fang dah jadi tak betul"

"Itulah kau, siapa suruh kenakan dia. Kan dia sudah jadi tak betul" kata Boboiboy. Gopal berundur kebelakang dan bersiap sedia untuk larikan diri. Yaya dan Ying sudah jauhkan diri daripada mereka berdua. Fang ketawa kecil lagi dan terus berjalan ke arah Gopal

"Maafkan aku Fang, aku janji aku tak kan nyanyi lagu tema donut lobak merah tu lagi"

"HARIMAU BAYANG! POLAR BEAR BAYANG! KOALA BAYANG! PENGUIN BAYANG! LANDAK BAYANG! KUCING BAYANG! GAJAH BAYANG! HELANG BAYANGG!" Fang melompat ke atas helang bayang "SERANG DIA!" Semua pergi mengejar Gopal dari kedai Tok Aba sehinggalah ke bandar Pulau Rintis. Boboiboy, Yaya dan Ying hanya gelengkan sahaja kepala

"Gopal.. Gopal.. memang tak serik-serik nak cari nahas dengan Fang" Yaya duduk di atas bangku kedai Tok Aba sambil membuka kotak itu untuk melihat di dalamnya

"Entah bila si Gopal tu mahu insaf" kata Ying kepada Yaya

"Biarkanlah dia orang berdua. Aku bagi nasihat pun, tetap sama juga. Dua-dua suka cari pasal" Boboiboy terus buatkan hot chocolate special untuk dua kawan perempuannya "Makanlah donut lobak merah tu, Fang yang buatkan"

"Aik, baiknya dia. Mimpi ke apa si landak tu?" Ying mengambil satu donut lobak merah di dalam kotak itu

"Bukan mimpi tapi kena paksa dengan kak Lynna. Dia orang yang buat sama-sama donut tu"

"Oh begitu. Kalau macam tu, aku makan satu!" Yaya pun mengambil satu "Terima kasih Fang!" Yaya dan Ying menikmati donut itu bersama dan datanglah Ochobot bersama dengan Tok Aba. Boboiboy terdengar Ochobot nyanyi lagu tema donut lobak merah

"Jangan Fang tahu Ochobot nyanyi lagu tu sudah" bisik Boboiboy sambil menghela nafas. Pada malam itu, Fang pergi menyerang markas kotak Adudu kerana mahu musnahkan pistol mimpi itu. Bukan itu sahaja, dia belasah Adudu dan Probe sepuas-puasnya dan Kaizo tidak pergi menghalang adiknya kerana dia ingin berehat di kapal angkasa sambil minum teh hijau

"Ketenangan"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top