Kuasa Kejahatan
"Huarghhhhh!"
"Menguap besar nampak"
"Hmm.. apa boleh buat, abang aku yang gila tu, suruh aku jalankan latihan tempur dengan dia dari malam semalam sampai pagi tadi. Gila ke tak gila abang aku tu" Fang menguap lagi sekali. Mata dia sudah menjadi seperti mata panda. Selepas sahaja dia habis sesi latihan tempur, dia terus siapkan kerja sekolahnya dan dapat tidur hanya 30 minit sahaja
"Sabar ajelah Fang" kata Yaya
"Abang lu memang suka sangat seksa lu maa... apasal tak bagitahu dia sahaja yang kau ada kerja sekolah nak siapkan"
"Aku dah bagitahu dia dah Ying tapi.. kau tahu-tahu ajelah abang aku tu. Mana nak dengar cakap aku. Dia tahu, asalkan dapat buli aku sepanjang masa" mengeluh Fang. Dia betul-betul rasa penat, sampai kaki dia sudah tidak larat lagi untuk berjalan. Makin lama makin kecil penglihatan dia dan mata dia semakin tutup, akhirnya Fang tertidur sambil berdiri. Yaya dan Ying tergelak sedikit. Mereka terpaksa menolak Fang untuk sampai ke sekolah. Yaya tolak sebelah, Ying tolak lagi sebelah. Kaki Fang berjalan secara sendiri dan mereka boleh dengar dengkuran Fang sedikit
"Kasihan si Fang" kata Yaya. Dia dan Ying menolak badan Fang untuk berjalan "Kalau tiap-tiap hari begini, aku rasa si Fang dah tak betul kalau macam tu"
"Hehehe.. tapi suka pula aku tengok bila si Fang tak betul. Tiada marah-marah dari dia"
"Hmmm... takde marah pun, karang dia pergikan keluarkan penguin gergasi dia tu" Yaya masih tidak boleh lupakan lagi peristimewa di karnival Pulau Rintis. Masa itu Fang terlampau stress sangat, sampai membuatkan diri dia tidak betul. Habis semua anak patung penguin dia mahu beli ataupun menang di dalam sesebuah game. Kawan-kawan dia juga yang menjadi mangsa keganasan Fang "Aku tak naklah kejadian hari itu berulang lagi"
"Aku pun sama, tapi aku yakin.. dia ni tak kan stress walaupun asyik kena buli aje.. hehehee"
"Hehehe.. betul kata kau tu Ying" Yaya tergelak sedikit "Kena buli macam mana pun, Fang tetap tak kan stress. Dia akan marah atau terima sahaja. Aku sendiri pun tak pernah nak buli adik aku tapi setiap manusia, berbeza perangai. Abang Kaizo tu garang, dia tunjuk kasih sayang dia dengan cara membuli Fang tapi masa dia orang betul-betul sweet, mesti keadaan akan menjadi sweet! Hehehee... aku pula, selalu layan adik aku secara baik. Tak pernah nak garang dekat dia"
"Agaknya, bagaimana kalau abang Kaizo sifat seperti kau atau kak Lynna.. mesti keadaan di Pulau Rintis akan menjadi hambar sebab tiada keamukan dari abang Kaizo atau tiada sesuatu yang seronok untuk di tonton seperti Fang kena kejar dengan abang dia"
"Hehee.. tapi tak baik pulak tengok aje Fang kena kejar. Dia kan kawan baik kita tapi... dia memang patut kena kejar pun sebab nakal lagi. Aku sudah ajar dia tahun lepas, masih lagi nak buat nakal" Yaya gelengkan kepala "Kau rasa, kenakalan abang Kaizo dua kali ganda lebih dasyat daripada Fang ke?"
"Entahlah tapi aku ada dengar juga, abang Kaizo masa kecik sangat nakal. Itu pun masa Fang tiada lagi, tapi Fang sudah ada.. terus abang Kaizo tak nakal maaa"
"Ha ah, aku pun ada dengar begitu juga" kata Yaya. Mereka sudah pun hampir dengan sekolah. Fang masih lagi tidur. Gopal muncul di hadapan mereka dengan senyuman sinis dia "Hah, nak cari pasal lagi lah tu. Hari tu kau dah kena dengan keamukan Fang kan"
"Ala Yaya, kau senyap-senyap ajelah" Gopal keluarkan sekuntum bunga mawar berwarna merah, terus dia selitkan di belakang telinga Fang "Hehehe.. kan comel tu. Teringat pula masa dia terkena tembakan emosi Y tu... comel aje, macam anak kucing" Ying keluarkan balik bunga mawar itu dari telinga Fang "Dey! Apasal kau ambik bunga tu"
"Haiyaa.. ini untuk keselamatan kau juga. Aku tak nak lah dia mengamuk lagi maaa"
"Yelah, yelah... susah betul korang ni" Gopal pusingkan badan dia sambil bermasam muka. Dia teruskan berjalan. Yaya dan Ying malas hendak melayan sikap Gopal yang degil semacam itu. Mereka terus tolak Fang sampai ke pintu pagar sekolah. Kali ini pula, Bella muncul di hadapan Fang
"WAH! Fang tidur sebab nak kena cium dengan puteri dia ke? Puteri donut lobak merah dia mana?" Bella tergelak di situ
"Hehehee... dia tidur sahaja tu, nanti-nanti dia bangunlah" kata Yaya. Tangan Bella sudah terangkat dan ianya sedang menuju ke hidung Fang. Bella mahu memicit hidung Fang tetapi rancangan dia gagal kerana Ying menepis tangan Bella
"Baru nak kenakan si Pang ni"
"Haiyaa... lu nak bergaduh dengan dia ni ke?" marah Ying
"Hehehee.. bukan hobi kita orang memang suka cari gaduh ke?"
"Hmm... tak habis-habis nak gaduh" Yaya gelengkan kepala "Kan bagus kalau satu hari tak bergaduh, aman sekolah ni" Bella tersengih, dia berundur ke tepi sedikit demi sedikit dan terus lari dari situ "Macam-macam betul" kata Yaya sambil sambung menolak Fang masuk ke dalam kawasan sekolah. Dia dan Ying tolak Fang sampai ke bangku sekolah. Mereka dudukkan Fang di atas bangku itu
"Tak nak baringkan dia ke?" tanya Ying "Sakit pulak leher dia nanti"
"Ok" Yaya dan Ying baringkan Fang di atas bangku. Fang mengiring ke tepi sambil menghisap ibu jari dia. Mereka tergelak sedikit "Hehehee... comel pulak dia buat begitu"
"Ha ah, macam bayi besar" kata Ying
"Kenapa dengan Fang tu? Sudah buang tabiat ke?" Boboiboy pula muncul sambil garu-garu kepala dia "Dekat sekolah pun, masih nak tidur lagi"
"Hmm.. dia mengantuk sangat sebab abang dia tu lah" kata Yaya kepada Boboiboy
"Latihan tempur?" Yaya dan Ying angguk "Patutlah, habis tu.. tak kan nak biarkan dia begini sahaja. Kalau cikgu nampak, mesti kena denda punya"
"Takpelah Boboiboy, bagi dia tidur sekejap maaa.. bila loceng sudah berbunyi, kita kejutkan lah dia"
"Hehehee.. yelah Ying tapi bagus juga dia tidur sekarang daripada dia pergi tidur dekat dalam kelas. Sudahlah kelas pertama korang ialah sejarah. Cikgu Aiman yang ajar, karang dia bagi hukuman dekat si Fang" Boboiboy rasa nak tepuk kepala Fang supaya dia bangun tapi tidak elok pula ganggu orang sedang tidur, lebih-lebih lagi Fang. Takut nanti dia akan huru harakan keadaan sekolah lagi
"Hukuman?" Kaizo tiba-tiba sahaja muncul dengan senyuman sinis dia "Apasal dengan adik aku ni? Tidur macam kalahkan seorang bayi"
"Dia penat sangat abang Kaizo" jawab Yaya
"Hmmm.. mesti korang nak salahkan aku sebab bagi latihan tempur dari malam semalam sampai pagi tadi" Yaya dan Ying tersengih sahaja "Tapi korang sendiri tak berani nak marah aku kan sebab takut dengan suara garang aku" Boboiboy, Yaya dan Ying angguk tanda betul
"Tapi.. seorang sahaja yang berani marahkan abang Kaizo" jawab Boboiboy dengan penuh keyakinan
"Siapa?" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil memandang Boboiboy
"Siapa lagi kalau bu-" Gopal tutup mulut kawan baik dia
"Dey, kalau kau cakap nama dia, mesti abang Kaizo akan mengamuk" Gopal tersengih kepada Kaizo "Lagipun kita orang tak nak lah abang Kaizo mengamuk tak tentu pasal. Cukup-cukuplah satu hari dah kena huru hara dengan Fang hari tu. Hari ini kita bagi aman sikit dekat sekolah"
"Hmm... suka hati kau lah tapi aku tahu nama siapa yang kau ingin sebutkan itu" Boboiboy terus lepaskan mulut dia dari tangan Gopal "Tapi.. aku sebagai abang yang terbaik pada hari ini. Aku akan bawa pulang si Pang supaya dia boleh berehat di rumah. Dia tidak perlu bersekolah hari ini"
"Elok juga abang Kaizo buat macam tu. Takdelah dia nak mengeluh atau asyik marah aje nanti" kata Boboiboy sambil melihat Kaizo mengangkat Fang "Abang Kaizo memang seorang abang yang baik, tak pernah tak baik"
"Betul tu, aku pulang dulu. Nanti kalau ada kerja sekolah untuk si Pang, bawakkan esok sahaja"
"Baik abang Kaizo!" jawab Yaya dan Ying serentak. Mereka melihat Kaizo membawa Fang pergi dari situ. Ramai peminat Kaizo dan Fang menjerit-jerit melihat Kaizo yang begitu manis sekali, mengangkat adiknya untuk pulang ke rumah. Ada juga yang terbayangkan diri dia di angkat seperti bridal style. Masing-masing sudah jatuh hati dengan Kaizo yang penuh bergaya itu. Boboiboy dan Gopal rasa ragu-ragu pula, apa yang mereka nampak dekat Kaizo dan Fang, apa keistimewaan dia orang?
"Tak faham betul aku dengan peminat abang Kaizo dan Fang"
"Hehehee... kau cemburu ke Boboiboy?" tanya Yaya
"Mana adalah Yaya, aku tak cemburu pun. Cuma tak tidak berapa nak faham"
"Hehehe... kau tak perlu faham maaa... kalau kita beritahu sebab apa pun, mesti korang tak faham punya" Ying tergelak sedikit. Boboiboy dan Gopal pandang sesama sendiri sebab tidak faham
"Hmm.. kalau aku buat gaya cool dan sombong, mesti korang akan gelakkan aku kan. Aku mana reti tapi si Fang tu, sombong macam mana pun, ada juga peminat dia" Gopal cuba tiru muka serius Kaizo tetapi dia kena gelak dengan seseorang
"Hehehehe tapi aku minat dekat abang dia tu" Gopal menoleh ketepi dan terkejut melihat Harraz sambil pegang sebuah buku "Abang dia tu baik dan dia ada ciri-ciri idaman abang aku tersendiri"
"Wah, jadi abang Kaizo tu idola kau lah yea" Harraz angguk kepada Boboiboy "Sebab tu aku sentiasa cemburu dengan Fang. Abang aku yang sebenarnya, tak pernah layan aku macam abang Kaizo layan adik dia tu"
"Lu pun nak kena buli dengan abang Kaizo tu ke?"
"Entahlah Ying tapi aku mana pernah kena buli dengan sesiapa. Abang dan kakak aku buat tak tahu sahaja dekat aku, dia orang mana pernah nak buli aku. Kalau aku kena buli dengan abang Kaizo, aku terima ajelah tapi buli dia tidaklah seteruk mana kan?"
"Hehehee.. kalau kau nak tahu, tanyalah Fang sendiri" kata Boboiboy kepada Harraz. Semenjak Harraz berkawan dengan mereka, muka dia bertambah ceria dan dia rasa seronok dapat berkawan dengan geng-geng Boboiboy tapi dia belum pernah lagi merasai pengembaraan mereka yang penuh kepelikan itu. Satu hari nanti dia akan dapat merasai kesemua itu tapi bukan hari ini ataupun esok
---------------------------------------
"DONUT LOBAK MERAH!" Fang terjaga dari tidurnya. Dia melihat dirinya berada di dalam bilik dia sendiri. Baju dia masih berpakaian sekolah, lalu dia menjadi panik "ALAMAK! MACAM MANA AKU BOLEH TERTIDUR SAMPAI LEWAT NAK PERGI SEKOLAH NI!" Fang tergesa-gesa mengambil beg sekolahnya. Dia melihat jam di dinding biliknya, terus dia terkejut "PUKUL 3?! INI ABANGLAH PUNYA PASAL!"
"APASAL KAU MENJERIT-JERIT NI?" Kaizo muncul di pintu bilik adiknya
"Abanglah ni! Ajak adik pergi latihan tempur dari malam semalam sampai pagi tadi. Sekarang adik tak dapat nak pergi ke sekolah" Fang melempar beg sekolahnya dengan penuh perasaan geram sekali. Dia berpaling muka ke tempat lain. Dia terlalu marah sangat sampai dia sendiri tidak mahu melihat muka abangnya
"Abang tahu ini salah abang"
"Eh?" Fang menoleh sedikit, abang dia sudah melutut di belakang Fang "Abang?"
"Adik mesti lupa ni.. adik memang pergi ke sekolah tadi tapi adik tertidur. Jadi abang bawa kamu pulang supaya adik dapat berehat dengan secukupnya. Maafkan abang sebab pergi latihan tempur yang agak lama sangat. Adik pergi rehat, biar abang uruskan rumah ni. Kalau kau lapar, abang sudah buatkan bubur kegemaran kau"
"Bubur lobak merah?" Kaizo angguk. Lalu Fang memeluk abangnya "Terima kasih abang"
"Sama-sama. Kau pergi berehat" Kaizo bangun dan dia belai sedikit rambut Fang. Lalu dia keluar dari bilik itu. Kemarahan Fang terhadap abangnya sudah mula reda sedikit demi sedikit. Dia tersenyum sendiri di dalam bilik itu
"Tapi betul ke itu abang aku tadi.. macam tak percaya aje" bisik Fang "Tapi sebelum ini dia pernah pujuk aku masa aku terlampau marah sangat dekat dia" Fang terus teringat balik kejadian dua tahun lepas, semasa dia darjah 5 lagi. Masa itu abang dia pergi untuk jalankan misi, dia langsung tidak memberi khabar kepada Fang. Masa itu juga Fang rasa amat marah dan geram terhadap abangnya tapi pada masa yang sama, dia sangat rindukan abangnya "Abang aku tu.. sekejap baik, sekejap suka buli aku tapi dia memang abang terbaik in the whole world! HAHAHAAAAA!" Fang terfikirkan sesuatu untuk abang dia. Tiba-tiba sahaja sekotak teh hijau muncul di tangannya. Dia terkejut dan terus campak kotak teh hijau
"Apasal tiba-tiba keluar teh hijau" Fang melihat tangannya, ianya seperti ada aura-aura berwarna hitam. Ini bukan aura hitam yang dia selalu buatkan dia marah, tetapi ini adalah aura kuasa magic yang luar biasa "Aku penat lagi kot sampai terbayang benda yang bukan-bukan. Mungkin aku perlu tidur lagi" Fang ingat itu hanyalah imaginasi dia tetapi sebenarnya ianya adalah benar. Ada sesuatu yang telah merasuk ke dalam badan dia. Semasa Fang patahkan tongkat sakti milik Kaito pada hari itu, kuasa-kuasa magic yang ada di dalam tongkat itu, ianya tidak hilang tetapi ia masuk ke dalam badan Fang. Kuasa itu boleh mengubahkan seseorang dari kebaikan terus menjadi kejahatan. Hati Fang sudah mula dijajahi dengan kegelapan. Hanya menunggu masa sahaja Fang dikawal oleh kuasa jahat
----------------------------------------
Pada malam itu, Fang terbangun secara sendirinya. Dia tidak memikirkan tentang kejadian pada siang hari kerana perut dia sudah berbunyi-bunyi. Dia hanya fikirkan tentang makanan sahaja. Tekak dia terasa ingin makan donut lobak merah, bubur lobak merah, juice lobak merah, lobak merah goreng dan pelbagai makanan yang ada lobak merah. Tiba-tiba sahaja asap-asap hitam keluar di tengah biliknya dan terus muncul sebuah meja dan kerusi. Asap-asap hitam tadi hilang dari situ Di atas meja itu terdapat pelbagai makanan yang Fang inginkan
"Apa yang terjadi ni?" Fang mulai rasa takut. Dia takut hendak keluar dari katilnya. Dia takut kalau ada musuh baru yang cuba untuk mengoda dia atau membawa dia ke arah kejahatan "Ini bukan imaginasi atau mimpi aku aje kan?" Fang cubit tangannya tetapi dia tetap rasa sakit. Dia cuba pejamkan matanya dan buka balik, meja dan kerusi itu tetap ada di situ. Dia bersandar di tepi dinding sambil melihat meja makan itu. Pemikiran dia menjadi kucar-kucir
"Adakah ini kuasa terbaru aku?" bisik Fang "Apa yang aku fikirkan, semuanya muncul secara sendiri" Selepas itu, dia berdiam diri sahaja. Dia takut kalau tiba-tiba abang dia masuk ke dalam bilik dan nampak makanan itu semua. Apa alasan dia hendak berikan nanti atau semua ini hanyalah permainan abang dia sahaja. Dia tahu abang dia nakal juga tetapi nakal abang dia lebih dasyat daripada diri dia
"Tak mungkin ini kerja abang aku sebab dia baru sahaja minta maaf dekat aku. Tak kan dia kenakan aku balik" Tiba-tiba jantung Fang terasa hendak cabut kerana tombol pintu biliknya di putarkan secara perlahan. Fang menjadi cuak, dia tidak tahu hendak buat apa. Lalu dia keluar dari katil dan dengan segera dia berlari ke arah pintu untuk menghalang sesiapa masuk ke dalam pintu tetapi abang dia sudah membuka luas pintu itu
"Pang!" Fang menjadi takut, dia melihat makanan tadi itu. Semuanya hilang, tiada satu apa pun yang tinggal "Pang! Kau tak nak turun makan ke" Kaizo melihat muka adiknya yang pucat itu "Apasal dengan kau? Nampak hantu ke?"
"Bu-bukan abang. Adik cuma..." Fang perlu fikirkan sesuatu dengan segera "Adik cuma mimpi buruk sahaja tadi. Mimpi hantu badut kejar adik"
"Hmmm... dengan hantu badut pun kau nak takut" kata Kaizo dengan nada serius dia "Sudah, pergi turun makan. Aku tahu kau tengah kelaparan tu"
"Baik abang" Hati Fang rasa lega sedikit. Dia pandang balik di tengah biliknya, makanan tadi itu memang sudah hilang. Lalu dia keluar dari bilik dia bersama Kaizo. Fang tidak tahu apa yang sudah terjadi dengan diri dia. Sepanjang makan malam pada hari itu, dia menjadi senyap sahaja. Kaizo dan Faye rasa pelik dengan kelakuan Fang kerana selalunya, Fang paling kecoh sekali
"Pang, kau ok ke?" tanya Kaizo secara lembut
"Adik ok aje abang" jawab Fang. Tiada nada kemarahan dari suara Fang. Kaizo dan Faye menjadi risau. Kaizo perlu perhatikan adiknya, dia takut jikalau ada apa-apa yang terjadi terhadap adik dia
"Fang, tadi Boboiboy ada benda nak bagi kau"
"Benda?"
Faye terus keluarkan sesuatu dari poket seluarnya "Nah, dia cakap hari tu dia nampak dekat kedai. Bila dia nampak keychain comel ni, dia terus teringat dekat kau" Keychain itu berbentuk arnab berwarna putih "Dia cakap, masa kau jadi arnab.. kau nampak comel tapi suka sangat bermasam muka.. heheheee"
"Cheh, tak guna punya kawan tapi terima kasih" Fang mengambil keychain itu. Hati dia terasa gembira sedikit dan dia sangat menghargai setiap pemberian hadiah daripada kawan-kawan dia dan juga abang dia. Setiap hadiah yang dia terima, dia akan simpan dengan baik "Nanti aku lekatkan dekat beg sekolah aku"
"Pang"
"Yea abang" Fang pandang abangnya yang sedang kerisauan itu
"Kalau ada apa-apa masalah, bagitahu abang"
"Abang jangan risau, adik akan beritahu kalau adik ada masalah" Tetapi cuma kejadian tadi sahaja dia tidak mahu beritahu. Dia ingin rahsiakan buat seketika. Mungkin esok keadaan dia akan kembali menjadi biasa. Lalu Fang makan bubur lobak merah itu secara senyap. Dia asyik perhatikan keychain arnab comel itu. Apa yang akan terjadi kalau Boboiboy menjadi seekor arnab. Mesti comel, fikir Fang. Tanpa pengetahuan dia, Boboiboy memang betul bertukar menjadi arnab pada ketika itu. Boboiboy tidak sedari dengan perubahan terhadap badan dia kerana dia sedang tidur nyenyak. Apa sahaja yang dihajati oleh Fang, semuanya akan termakbul. Kegelapan di hati Fang sudah mula hendak menutup semua kebaikan tentang diri Fang cuma Fang sahaja belum sedar lagi. Dia masih lagi dapat mengawal dirinya sehinggalah keesokan harinya
----------------------------------------
Awal-awal pagi lagi Kaizo sudah membawa Fang ke kapal angkasa. Dia ingin menjalankan latihan tempur selama 2 jam sahaja tetapi Fang masih lagi dalam keadaan mamai. Dia tidak mahu menjalan sesi latihan tempur, dia membantah di situ. Kaizo rasa pelik dengan kelakuan adiknya. Mungkin adiknya masih penat lagi, lalu Kaizo menghubungi Lynna untuk menghadiri sesi latihan tempur bersama dia. Fang hanya duduk di tepi dinding kapal angkasa sambil melihat abangnya dan Lynna berlatih bersungguh-sungguh. Di dalam pemikiran Fang, dia hanya terbayangkan abang dia terseliuh akibat banyak sangat latihan tempur dan kejadian itu betul-betul terjadi
"Kaizo!" Lynna berlari ke arah Kaizo yang dalam kesakitan itu. Kaizo pegang kakinya dan menahan kesakitan di kakinya "Aku rasa, kita perlu pulang ke bumi. Kaki kau perlukan rawatan"
"Tapi.."
"Jangan tapi-tapi.. ikut sahaja nasihat aku" kata Lynna sambil memimpin Kaizo untuk pergi ke tangga kapal angkasa. Fang mula rasa takut, dia tidak bercakap apa ketika mereka turun ke bumi. Dia menjadi senyap sahaja. Apa yang Lynna suruh dia buatkan, dia ikut sahaja arahan dari Lynna. Fang tidak mahu fikirkan apa-apa lagi. Dia tidak mahu sesiapa tercedera lagi. Fang melihat Lynna membalut kaki abangnya. Kaizo duduk di atas kerusi sofa sambil perhatikan kakinya di balut dengan ketat. Fang mula rasa bersalah terhadap abang dia
"Abang.. abang ok ke?"
"Kau tak nampak ke kaki aku tengah sakit ni"
"Nampak.. tapi..." Fang mula senyapkan diri
"Fang kenapa?" tanya Lynna dengan nada lembut dia "Fang risaukan abang yea" Fang hanya mengangguk sahaja. Dia merapatkan mulutnya, dia tidak mahu apa yang sudah terjadi dengan diri dia "Abang kamu tak apa-apa, cuma terseliuh sahaja" Lynna belai rambut Fang sambil memberikan senyuman manis
"Adik masuk bilik dulu" Fang terus menaiki tangga sambil diperhatikan oleh Lynna dan Kaizo. Mereka berpandang satu sama lain dan mereka fikirkan benda yang sama iaitu mereka dapat rasakan Fang sembunyikan sesuatu. Fang sudah pun masuk ke dalam bilik dia dan dia terus baringkan dirinya di atas katil. Pemikiran dia menjadi keliru, adakah kuasa itu untuk kebaikan atau untuk kejahatan
"Tak mungkin untuk kejahatan tapi kaki abang aku sakit disebabkan oleh aku sendiri" bisik Fang. Dia terus menutup mukanya dengan bantal dan tidak mahu fikirkan apa-apa. Fang tidak sedar dengan kehadiran kawan baik dia. Boboiboy sudah dijemput masuk ke dalam rumah tetapi diri dia masih lagi seekor arnab putih
"Bagaimana kau boleh berubah menjadi seekor arnab?"
"Tak tahulah abang Kaizo. Tok Aba terkejut tengok cucu dia jadi arnab" kata Boboiboy yang di dalam dakapan Ochobot "Masa kita orang cari Emmy dekat sekolah sebab nak suruh dia tukarkan saya balik, terus tak jadi apa-apa. Emmy tak rasa alatan dia rosak"
"Hmmm... pelik betul. Tak kan Adudu tukarkan Boboiboy jadi arnab pulak" kata Lynna. Ochobot letakkan Boboiboy di atas meja ruang tamu
"Tapi Adudu takde pulak datang ke rumah kita orang malam tadi" kata Ochobot sambil belai kepala Boboiboy "Kalau dia yang buat pun, mesti Fang, Gopal, Yaya dan Ying akan terkena juga"
"Betul juga tu" Kaizo mengusap-usap dagunya sambil fikirkan sesuatu
"Abang Kaizo tak rasa pelik ke. Malam tadi Faye berikan keychain arnab dekat Fang, sekarang ni Boboiboy terus tukar jadi arnab" muncul Faye di ruang tamu "Tak kan Fang pulak yang buat begini" Mereka semua pandang ke arah pintu bilik Fang. Kaizo dan Lynna pandang satu sama lain, mereka menjadi cemas. Secara tidak langsung, mereka berdua berlari ke atas. Kaizo tidak pedulikkan tentang kesakitan di kakinya, dia perlu pergi melihat adiknya. Lynna membuka pintu bilik Fang. Bilik itu gelap sahaja, tiada cahaya dari luar masuk ke dalam bilik tersebut
"Fang" panggil Lynna. Dia masuk ke dalam bilik bersama Kaizo. Mereka berdua berjalan secara perlahan. Fang tidak bergerak-gerak, hanya aura-aura hitam sahaja yang ada di tubuh badan Fang "Fang? Kenapa ni?" Lynna mahu sentuh tangan Fang tetapi Fang begitu pantas sekali, dia pegang tangan Lynna. Mata Fang melihat Lynna dengan begitu menakutkan. Tangan Lynna terasa sakit akibat pegangan Fang yang sangat kuat itu
"Pang! Kau kenapa?"
"Baik abang diam sahaja, sebelum adik sendiri bunuh kak Lynna" Kaizo dan Lynna terkejut "Abang terkejut dengan perubahan dekat diri adik? Kalau abang nak tahu, adik mempunyai kuasa baru. Kalau abang tak percaya, cuba tengok ni. Adik nak tengok kak Lynna kesakitan di jantungnya" Jantung Lynna terasa ada tikaman yang bertubi-tubi. Fang melepaskan tangan Lynna
"Fang... hentikan..." Lynna pegang dadanya. Dia sudah tidak tahan dengan kesakitan itu "Fang..."
"Adik! apa kau lakukan ini? HENTIKAN KERJA GILA KAU" Kaizo terus selamatkan Lynna daripada terjatuh di atas lantai "PANGGG! BAIK KAU PULIHKAN DIA BALIK" Tetapi Fang tergelak sinis sahaja "KAU SUDAH GILA KE?"
"Tak, adik tak gila... tapi ABANG YANG GILA! HAHAHAHAHAAAAAA... SEKARANG ABANG RASAKAN BAGAIMANA DIRI ABANG MENJADI ORANG GILA!" Fang bangun dan terus berdiri di atas katil sambil ketawa seperti orang gila. Diri Kaizo sudah menjadi tidak betul, dia tergelak-gelak seorang diri di dalam bilik itu. Lynna terlepas dari tangan Kaizo. Dia terjatuh di atas lantai. Jantung dia semakin lemah, Lynna cuba untuk kuatkan dirinya tetapi akhirnya, dia tidak sedarkan diri
"HAHAHAHAAHAAAAA! Macam mana abang? Best tak kuasa baru adik?"
"Heheheehee... kuasa adik ku memang super awesome.. HAHAHAAAA!"
Boboiboy, Ochobot dan Faye muncul di pintu bilik Fang. Muka mereka berubah menjadi ketakutan. Kaizo sudah menjadi gila, Lynna tidak sedarkan diri dan Fang tergelak besar di dalam bilik itu
"FANGG! APA YANG SUDAH TERJADI NI?" Jerit Boboiboy
"KAU JADI ARNAB? Bagus bagus.. tak perlulah aku lawan dengan kau nanti sebab kau mana ada kuasa! HAHAHAHAAAA!" Fang tergelak lagi. Kaizo melihat Boboiboy yang serba comel itu. Boboiboy berada di dalam dakapan Ochobot. Kaizo membelai kepala Boboiboy. Dia terus membawa lari Boboiboy dari situ. Ochobot telah ditolak oleh Kaizo sendiri dan menyebabkan dia dan Faye terjatuh. Kaizo terjun dari balkoni rumah. Dia mendarat di ruang tamu dengan penuh gaya. Lalu dia lari keluar dari rumah tersebut
"ABANG KAIZO!" jerit Faye dari tingkat atas "Macam mana ni Ochobot, Boboiboy dah dibawa lari oleh abang Kaizo"
"Itu korang tak perlu risau" Faye dan Ochobot menoleh kebelakang. Fang datang ke arah mereka dengan senyuman sinis dia. Tiba-tiba ada suatu kuasa menolak Ochobot dan Faye keluar dari rumah itu. Mereka di campak keluar dan pintu rumah itu di kunci. Tiada siapa yang boleh masuk ke dalam rumah tersebut
"FANGGGG!" Faye mengetuk-getuk pintu rumah itu tetapi Fang tidak menjawab panggilan Faye "Macam mana ni Ochobot. Fang dah jadi jahat, abang Kaizo jadi orang gila, Boboiboy dibawak lari oleh dia dan kak Lynna, janganlah dia mati pulak"
"Kita kena beritahu Gopal, Yaya dan Ying. Lepas tu kita perlu cari abang Kaizo dan juga Boboiboy. Kita tidak boleh biarkan Fang menjadi jahat begitu lama" Ochobot terbang ke pintu rumah. Dia pegang pintu dan tiba-tiba sahaja dia terpelanting. Faye sempat sambut dia sebelum Ochobot jatuh ke atas tanah "Adeh, ada sesuatu yang menghalang untuk kita masuk"
"Kita tidak boleh membuang masa lagi, Ochobot. Mari cepat kita beritahu mereka" Faye memeluk Ochobot dan terus dia pergi mencari 3 superhero Pulau Rintis. Boboiboy sudah dibawa lari entah ke mana. Jadi harapan mereka terletak di tangan Gopal, Yaya dan Ying.
Kembali kepada Fang, dia masih lagi berada di dalam biliknya. Dia tersenyum melihat Lynna terbaring di atas lantai bilik, lalu Fang berkata "Jangan risau kak Lynna, kesakitan di jantung kak Lynna tidak akan dirasai lagi" Jantung Lynna berdegup seperti biasa, tiada lagi rasa kesakitan "Tapi kak Lynna kena tidur buat sementara" Terus Lynna tidur di situ "Maaf kak Lynna, adik buat begini untuk kebaikan adik. Kalau adik bangunkan kak Lynna, mesti kak Lynna akan cuba untuk selamatkan diri adik tapi adik tidak perlu diselamatkan. Adik suka dengan kuasa baru ni. Adik dapat mengawal sesiapa sahaja. Apa yang adik nak, semuanya akan termakbul. Jadi kak Lynna tidur sahaja di sini, adik pergi cari abang. Lepas tu kita bertiga pergi jauh dari sini. Kita akan hidup bahagia di planet lain. Kak Lynna tunggu tau, nanti adik akan kembali dengan abang" Fang keluar dari biliknya sambil tersenyum sinis. Dia terlalu bahawa rancangan dia akan berjaya. Tiada siapa yang boleh menghalang dia. Boboiboy pun tidak boleh menghalang dia kerana Boboiboy sudah bertukar menjadi seekor arnab. Dia tidak boleh menggunakan kuasa elemental dia
"Abang pun sudah tak betul, semuanya sudah memberikan aku kelebihan untuk menakluk seluruh galaxy!" Fang turun dari tangga. Dia melihat sekeliling rumahnya "Rumah ini akan aku tinggalkan. Terima kasih kerana menjaga aku selama ini wahai rumah terbiar. Abang, adik akan pergi mencari abang, dan bawa abang pergi dari sini bersama kak Lynna. Kita sama-sama akan menakluki seluruh galaxy.. HAHAHAHAHAAAAAAA!"
------------------------------------------
"Haiyaaa... macam mana dia boleh bertukar menjadi jahat?"
"Aku tak tahu Ying" jawab Ochobot. Kini dia dan Faye sudah pun berada di kedai Kokotiam Tok Aba. Mereka berdua menyuruh Gopal, Yaya dan Ying datang ke kedai tersebut untuk memberitahu apa yang telah terjadi tadi dan juga berbincang untuk selamatkan Fang
"Hmmmm... susah kalau macam ni. Macam mana kita nak kalahkan si Fang tu"
"Yaya takde rancangan ke?" tanya Ochobot
"Takde, maaf Ochobot" Yaya terus membuat muka sedih
"Kalau kita buat dia pengsan macam mana?" kata Gopal secara tiba-tiba "Itu satu-satunya untuk buat dia tidak serang kita"
"Tapi nanti dia akan bangun balik" balas Faye
"Hmmm... betul juga tu. Kita kena pisahkan dia dari kuasa yang dia miliki tu. Aku tak rasa kuasa itu datang dari jam kuasa bayang dia" Ochobot menjadi pening sedikit sebab fikirkan tentang Fang "Boboiboy pun takde untuk tolong kita semua"
"Kalau macam tu, kita kena perpecah. Salah seorang daripada kita pergi cari abang Kaizo dan Boboiboy. Yang lain pergi hentikan Fang"
"Dey Ying, kau gila ke nak pergi hentikan si Fang tu. Entah apa nanti dia akan buat dekat kita orang. Tak nak aku pergi halang dia daripada menyerang sesiapa. Baik aku pergi cari abang Kaizo dan Boboiboy"
"Korang bincang tentang Fang ke?" muncul Bella di situ
"Ha ah Bella, kenapa?" Lalu Bella berikan senyuman sinis kepada mereka. Ochobot rasa ragu-ragu pula tapi dia akan terima sahaja apa rancangan dari Bella "Kau ada rancangan terbaik ke?"
"Ada tapi kita perlukan Emmy. Mungkin dia sesuatu yang boleh membantu kita. Begini rancangan aku" Gopal, Yaya, Ying, Ochobot dan Faye datang dekat kepada Bella. Semuanya ingin mendengar rancangan tersebut. Setelah mereka dengar rancangan dari Bella, mereka tersenyum sinis dan terus setuju. Maka mereka semua berpecah. Ochobot dan Faye pergi mencari Kaizo dan Boboiboy. Ying dan Yaya akan menghalang Fang untuk memberikan kepada lain sedikit masa. Manakala Bella dan Gopal pula, dia perlu membawa Emmy keluar daripada sekolah untuk membantu mereka
Ochobot dan Faye sudah bergerak ke bandar Pulau Rintis untuk mencari Kaizo dan Boboiboy. Dari satu kedai ke satu kedai, mereka keluar masuk, sehinggalah mereka ternampak Kaizo sedang bermain-main di dalam sebuah kedai mainan
"Abang Kaizo!" jerit Faye dan Ochobot sambil masuk ke dalam kedai mainan itu. Dia melihat Kaizo sedang memeluk anak patung landak seperti memeluk seorang bayi. Kaizo duduk bersila sambil hayunkan badan dia. Tangan Kaizo menepuk-nepuk anak patung landak itu secara perlahan "Abang Kaizo, jom ikut Faye"
"Tak nak!" Terkejut Faye dengan jeritan Kaizo tadi "Abang Paizo nak tidurkan Pang! Pang kena tidur. Kalau Pang tak tidur, nanti Pang akan buat nakal. Betul tak arnab?" Boboiboy ada di sebelah Kaizo
"Err... heheee.. betul tu. Abang Paizo tidurkan Pang ok, arnab nak pergi cakap dengan budak perempuan ini sekejap"
"Ok arnab!" Kaizo tersenyum seorang diri sambil nyanyikan sebuah lagu untuk anak patung landak itu "Pang budak baik, Pang tidur ok. Kalau tidak, nanti abang gigit kepala Pang" Faye menjadi risau melihat keadaan Kaizo yang sudah serba tidak betul itu. Boboiboy melompat-lompat ke arah Faye
"Boboiboy, apa Kapten Kaizo buat tadi?" tanya Ochobot
"Tadi dia cuba nak jual aku tapi selamatlah orang tukang beli tu takut sebab aku bersuara... hehehe.. lepas tu abang Kaizo nak jadikan aku sebagai kawan baik dia pulak. Aku berboraklah seperti biasa dengan abang Kaizo tapi dia marah aku kalau panggil dia abang Kaizo, kena panggil dia abang Paizo. Dia ada dekat kedai mainan ni pun sebab dia nampak mainan landak tu, dia ingat landak tu Fang"
"Ini sudah semakin teruk" Faye lalu tarik tangan Kaizo "Abang Paizo, jom kita bawak Pang jalan-jalan dekat luar"
"Tak nak, dekat luar banyak sangat orang jahat. Nanti semuanya nak culik Pang.. betul tak Pang? Eh, Pang dah tidur lah! PANG DAH TIDUR!" Kaizo timang tinggi-tinggi anak patung landak itu. Faye menepuk dahinya "Pang! Abang tak tak tinggalkan Pang! Abang sayangkan Pang!" Kaizo memeluk anak patung landak itu di dadanya
"Macam mana ni. Di ajak keluar, dia tak nak pulak" Kepala Faye sudah menjadi pening melihat kelakuan abang sepupunya "Karang tak pasal-pasal, ada juga pergi masukkan abang Kaizo dalam hospital sakit jiwa"
"Hehehee... tak kan lah sampai begitu sekali. Hah! Aku ada idea!" Boboiboy melompat-lompat kembali ke Kaizo. Dia dekatkan dirinya di tangan Kaizo, lalu dia membuka mulutnya dengan begitu luas dan terus dia gigit tangan Kaizo
"ADOI!" Anak patung landak itu terlepas dari tangan Kaizo. Boboiboy cepat-cepat mengigit anak patung itu dan terus melompat lari keluar dari kedai mainan tersebut "PANGGGG!" Kaizo takut untuk melangkah keluar dari kedai itu
"Abang Paizo kenalah keluar dari kedai mainan ni kalau nak selamatkan Pang" Faye nampak wajah ketakutan Kaizo buat pertama kalinya. Selalunya Kaizo akan menjadi serius atau muka tiada perasaan. Faye dan Ochobot memimpin tangan Kaizo untuk keluar dari kedai itu. Sebelum keluar, Faye sempat lagi bayar anak patung landak yang telah di bawa lari oleh Boboiboy "Kita cari Pang sama-sama ok" kata Faye secara lembut
"Pang tak kena makan dengana arnab tu kan?" Nada suara Kaizo berubah menjadi sedih
"Tak, Pang selamat. Mari Faye tolong abang Paizo. Faye akan jaga abang Paizo" Faye pegang dan bawa Kaizo untuk mengejar arnab yang tidak jauh daripada situ. Sekarang Faye hanya perlu bawa Kaizo ke tempat yang lebih selamat dan dia berharap Yaya dan Ying dapat hentikan Fang tetapi hati dia tidak begitu yakin. Dia tahu Fang dapat mengalahkan Yaya dan Ying "Jangan risau, rancangan Bella pasti berjaya" bisik Faye
------------------------------------------
Fang berhenti di tengah-tengah jalan kerana Yaya dan Ying menghalang dia untuk pergi ke bandar Pulau Rintis. Dia tersenyum sinis sambil melihat dua kawan perempuannya. Hati dia seperti menjerit-jerit bahawa Yaya dan Ying adalah musuh dia bukan kawan dia. Fang sudah bersiap sedia untuk berlawan dengan mereka berdua. Yaya dan Ying terpaksa kuatkan semangat, kerana mereka belum pernah lagi berlawan dengan Fang. Mereka tahu, Fang cukup handal dalam bab berlawan
"Hmm.. korang ingat korang boleh kalahkan aku?" kata Fang dengan nada berlagak dia
"Kalau kita orang tak dapat kalahkan kau tapi aku yakin, mungkin orang lain dapat kalahkan kau" kata Yaya dengan begitu yakin sekali "Tapi kita orang tidak mahu cederakan kau sebab kau tu kawan baik kita"
"Yolah, cubalah lawan kejahatan kau tu. Kami mahu Fang yang dulu, Fang yang berlagak dan sombong tapi sebenarnya baik"
"Sudahlah Ying. Aku sombong ke berlagak ke... aku tetap mahukan apa yang aku ingin. Aku ingin menjadi lebih hebat daripada Boboiboy dan rasanya, korang sudah tahukan, Boboiboy telah menjadi arnab. Sekarang giliran korang pula, lepas tu si Gopal penakut tu. HAHAHAHAAAA!"
"Kita sudah tiada pilihan lain Yaya. Mari kita serang dia sebelum dia serang kita"
"Tapi... dia kan kawan baik kita"
"Tak boleh tapi tapi Yaya... nanti nyawa semua orang dalam bahaya" Yaya terpaksa berlawan juga walaupun hati dia terlalu berat untuk berlawan dengan kawan sendiri "Aku akan gunakan..." Tiba-tiba sahaja suara Ying hilang
"YINGG!" Yaya menjadi cemas. Ying pegang leher dia kerana suara dia hilang "Isk, kau memang nak kena" Yaya bertentang mata dengan Fang. Dia sudah menggenggamkan tangannya. Dia akan serang Fang walaupun terpaksa
"Aku tahu, Ying akan gunakan kuasa dia untuk perlahankan gerakan aku. Jadi aku hilangkan suara dia dan kau pula, AKU AKAN BEKUKAN KAU!" Yaya terkejut kerana kaki dia terasa sejuk seperti ada ais di kakinya. Sedikit demi sedikit badan dia mula hendak menjadi ais
"HENTIKAN KEGILAAN KAU FANG!" Jerit Yaya. Kaki dia tidak boleh bergerak
"Aku tak hentikan kegilaan aku!" Fang terus sambung berjalan. Dia biarkan Yaya menjadi beku seperti ais dan Ying dengan kehilangan suaranya. Dia tergelak sinis di situ sambil tinggalkan mereka berdua. Ying sempat pegang lengan Fang "KAU NAK APA?" Fang lepaskan pegang Ying itu. Ying tunjuk-tunjuk ke arah Yaya. Dia merayu kepada Fang supaya pulihkan Yaya, supaya Yaya boleh bergerak semula tetapi Fang tidak pedulikkan langsung. Ying tidak mahu mengalah, dia pegang lagi lengan Fang
"ISK! Kau ni memang menyusahkan betul. Baik kau lepaskan tangan aku, sebelum aku ajar kau" Ying tidak kisah, dia tidak akan lepaskan tangan Fang "Kau jangan nak buat aku mengamuk tapi dengan kuasa baru ini, kau akan lihat bagaimana aku mengamuk dengan begitu dasyat sekali. HAHAHAHAAAAA!" Aura-aura kegelapan Fang mulai keluar. Ying menjadi takut, dia lepaskan tangan Fang sedikit demi sedikit. Dia tidak boleh berlawan dengan Fang seorang sahaja. Dia menangis sedikit sambil melihat Yaya sudah menjadi beku seperti ais. Ying seperti hendak katakan sesuatu tetapi angin sahaja yang keluar dari mulutnya. Air mata dia menitis di atas jalan raya
"Menangis pula kau. Sekarang, kau pergilah sertai kawan baik kau tu.. kau jadila-"
"KUASA SLOW MOOOO!" Fang terkejut, siapa yang gunakan kuasa Ying? Pergerakan dia terus menjadi perlahan tetapi mata dia masih lagi boleh melihat. Dia ternampak tiga orang manusia sedang bergerak ke arah dia. Ying tersenyum kerana bantuan telah pun tiba. Gopal, Bella dan Emmy muncul di hadapan mata Fang
"Hehehee.." Bella tunjuk jam kuasa Ying yang ada di tangannya "Aku tahu kau akan hilangkan suara Ying, jadi aku guna jam kuasa ini untuk memperlahankan gerakan kau"
"Rancangan Bella juga yang bernas" kata Gopal "Dia telah menggunakan kebijaksaan dia untuk kalahkan kau yang sama bijak macam Bella. Sekarang giliran aku pulak. TUKARAN TANGAN BESI!" Separuh tangan Gopal bertukar menjadi besi "Adeh, berat pulak besi ni" Tetapi dengan daya usaha murni dari Gopal, dia mengetuk kepala Fang dengan begitu kuat sekali. Fang pengsan di situ dan Bella kembalikan masa bergerak seperti biasa. Fang rebah di atas jalan raya. Emmy cepat-cepat membuka sebuah mesin balang untuk menyedut kesemua kuasa kejahatan yang ada di dalam badan Fang. Gopal, Ying dan Bella melutut di tepi Fang dan melihat asap-asap hitam di tarik keluar dari tubub badan Fang. Emmy sebenarnya tahu serba sikit tentang kuasa magic dan dia tahu macam mana hendak keluarkan sesuatu kuasa dari badan seseorang tetapi dia tidak akan gunakan mesin ataupun alat itu ke atas diri Lynna
"Dasyatnya, macam mana Fang boleh kena rasuk dengan asap jahat ni?" tanya Gopal
"Entahlah. Mesti ada sesuatu yang mengekori dia" jawab Ying yang sudah mula ada suara "Eh, aku sudah boleh bercakap" Ying bangun untuk melihat kawan baik dia. Bella kembalikan balik jam kuasa itu kepada Ying
"Terima kasih Bella kerana menjaga jam kuasa ini dengan baik" kata Ying sambil berikan senyuman dia kepada Bella. Yaya sudah tidak beku lagi. Dia boleh bergerak seperti biasa "Nampaknya, kuasa-kuasa itu sudah di keluarkan dari badan Fang dan semuanya kembali seperti biasa" kata Ying lagi yang terlampau gembira itu
"PANGGG!" Kaizo muncul bersama Boboiboy, Ochobot dan Faye. Boboiboy sudah kembali menjadi manusia tetapi mulut dia masih gigit lagi anak patung landak. Dia mengambil anak patung itu dari mulutnya dan lalu dia tersengih bersendirian "PANGG!" Kaizo terduduk di tepi Fang sambil mengangkat kepalanya. Badan Fang menjadi lemah akibat terlampau banyak sangat gunakan kuasa kejahatan itu
"Abang Kaizo bawaklah Fang pulang. Bagi dia rehat" kata Boboiboy. Kaizo angguk sahaja, lalu dia mengangkat Fang untuk di bawa pulang. Boboiboy sempat lagi letak anak patung di badan Fang
"Esok sahajalah dia akan ke sekolah. Kamu semua pulang ke rumah. Kamu tidak perlu risaukan tentang si Pang ni"
"Baik abang Kaizo!" kata mereka serentak
"Terima kasih kerana selamatkan adik aku"
"Sama-sama! tapi ini semua rancangan dari Bella dan hero of the day adalah BELLA DAN GOPAL!" kata Ying dengan begitu semangat sekali. Boboiboy, Gopal, Yaya, Bella, Faye, Emmy dan Ochobot tergelak melihat Ying yang terlampau gembira sangat. Ying gembira kerana suara dia sudah kembali, jadi bolehlah dia bercakap dengan lebih laju lagi. Kaizo baru teringat tentang Lynna. Dia terus berlari sambil mengangkat adiknya yang masih lagi tidak sedarkan diri. Lynna sudah pun bangun dan dia tersenyum seorang diri di dalam bilik Fang. Kuasa kejahatan itu telah di serahkan kepada Lynna. Emmy menyuruh Lynna menjaga dengan baik dengan kuasa itu. Lynna akan menyimpan kuasa kejahatan itu di dunia fantasy dia, di dalam istana dia dan di bawah jagaan Kiddi
"Lynna, kau tahu tak macam mana adik aku dapat kuasa jahat tu" tanya Kaizo sambil membelai rambut adiknya "Aku risau jikalau ada mana-mana kuasa jahat lagi cuba untuk merasuk dia. Sebelum ini, dia pernah menjadi jahat tapi itu disebabkan oleh Adudu sendiri. Sekarang kuasa jahat pula yang merasuk dia"
"Hmmm.. aku tidak pasti Kaizo tapi apa-apa pun, kau perlu berhati-hati dan perhatikan setiap gerak geri Fang. Aku tidak mahu benda ini berulang lagi sekali" Lynna melihat balang yang ada asap-asap hitam itu "Aku akan simpan balang ini di tempat yang selamat dan jauh daripada kita semua. Kau tidak perlu risau, aku akan tolong kau untuk siasat, siapa yang telah merasuk adik kau"
"Nampaknya ada musuh baru cuba untuk huru harakan keadaan"
"Dan aku akan bantu kau untuk musnahkan musuh baru itu" Lynna pegang tangan Kaizo sedikit. Lalu dia lepaskan "Aku balik dulu" Dia tinggalkan Kaizo bersendiri bersama Fang di dalam bilik
"Pang, kau jangan risau. Abang ada dekat sini. Abang akan jaga kau dengan baik dan tiada siapa boleh ubahkan kau menjadi jahat. Itu adalah janji abang kepada adik" Kaizo cium dahi Fang. Dia belai rambut Fang sedikit "Abang sayangkan kau"
Terima kasih abang, kata dihati Fang
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top