Kisah Rizu

Suasana di Pulau Rintis, sangat gelap kerana hujan lebat dari pagi tadi sampai ke tengahari. Rizu yang berada di rumah Kaizo, sedang menyiapkan kerja sekolahnya dengan bantuan daripada Lynna. Soalan-soalan yang dia tidak tahu atau tidak faham, dia akan bertanya kepada Lynna. Mereka duduk di ruang tamu sambil menikmati suasana yang tenang dan juga bunyi-bunyi hujan lebat di luar. Kaizo meletakkan dua cawan besar khas untuk Lynna dan Rizu. Dia telah membuatkan hot chocolate kepada mereka berdua. Rizu dengan gembiranya, lalu dia mengambil cawannya dan terus minum sedikit

"Terima kasih ayah!" Kaizo dan Lynna terkejut melihat Rizu memanggil Kaizo 'ayah'

"Rizu?" Kaizo melihat Rizu dengan perasaan pelik. Rizu cepat-cepat letak balik cawan dia dan terus dia tutup muka dia dengan cara memeluk Lynna

"Rizu kenapa?" tanya Lynna

"Pizu malu sebab Pizu terpanggil abang Paizo ayah" Lynna boleh dengar suara sedih Rizu. Lalu dia mengangkat Rizu untuk melihat wajahnya "Maafkan Pizu. Pizu tak sengaja"

"Takpe Rizu" Lynna belai rambut Rizu "Akak rasa, abang Kaizo pasti faham"

"Kenapa Rizu panggil abang, ayah?" Rizu rasa malu sangat sampai dia tidak mahu melihat wajah Kaizo. Dia hanya tunduk sahaja "Abang tak marah, cuma abang rasa hairan. Itu sahaja"

"Sebenarnya.. Pizu tak pernah rasa bagaimana ada seorang ayah. Pizu kehilangan ayah sewaktu Pizu kecil lagi. Ibu kata, masa tu Pizu umur 2 tahun" Rizu mengesat air matanya "Kadang-kadang, bila kakak Lynna dan abang Paizo ada dengan Pizu.. Pizu rasa macam abang Paizo ayah Pizu dan kakak Lynna macam ibu Pizu, seperti Pizu ada ibubapa kedua pula. Kalau abang Fang dan abang Paizo yang ada, Pizu rasa dia orang macam abang Pizu sendiri" Kaizo dan Lynna pandang sesama sendiri, selepas itu Kaizo duduk di atas lantai bersebelah dengan Lynna. Rizu pula duduk di atas riba Lynna

"Jadi, selama ini.. Rizu rasa begitu?"

"Ha ah kakak Lynna. Maaf kalau Pizu buat kakak Lynna dan abang Paizo rasa tak selesa. Pizu akan buangkan perasaan itu"

"Rizu tidak perlu buang perasaan itu. Abang faham, abang pun kehilangan ibubapa abang sewaktu abang kecik dulu"

"Tapi abang Paizo ada memori dengan mereka.. Pizu tiada memori dengan ayah. Kadang-kadang Pizu rasa cemburu melihat orang lain ada ayah, Pizu takde. Ibu pula sentiasa sibuk tapi dia tidak pernah lupakan Pizu. Sebelum Pizu dapat berkenalan dengan abang Fang, Pizu rasa sangat sunyi. Kawan baik Pizu pun kadang-kadang temankan Pizu bila Pizu rasa kesunyian. Bila Pizu ada masalah dekat sekolah, Roy sahajalah yang tempat untuk Pizu luahkan. Kadang-kadang setiap malam, Pizu akan menangi seorang diri sebab Pizu tiada tempat mengadu. Sekarang, Pizu ada abang Paizo, kakak Lynna dan abang Fang. Pizu tak rasa sunyi lagi tapi cuma.. Pizu ingin merasai bagaimana ada seorang ayah. Sebab itu kadang-kadang Pizu rasa sangat bahagia bila abang Paizo dan kakak Lynna ada dengan Pizu. Ibu Pizu sendiri pun tak tahu tentang ini sebab Pizu takut ibu nanti marah" Rizu mengelap air matanya yang tidak henti-henti mengalir keluar

"Rizu.. abang dan kakak tak kisah bagaimana perasaan Rizu tentang kami berdua tapi akak rasa kasihan pula dengan Rizu. Akak tahu ibu Rizu sibuk bekerja tapi dia tetap sayangkan Rizu cuma dia tidak dapat meluang masa bersama Rizu" Lynna peluk Rizu "Sebenarnya Rizu terima banyak sangat kasih sayang dari akak, abang Kaizo, abang Fang dan kawan-kawan abang Fang semua. Rizu pun tak rasa sunyi sangatkan cuma isi hati Rizu masih lagi ada kekosongan sebab Rizu ingin mempunyai seorang ayah. Kaizo tak kisahkan kalau kadang-kadang jadi ayah kepada Rizu?" Lynna melihat Kaizo dengan senyuman dia

"Hmmm... ayah angkat? Abang tak kisah pun tapi jangan panggil abang ni ayah sudah sebab aku belum bersedia menjadi seorang ayah"

"Tapi... Pizu nampak, bila abang Paizo dan kakak Lynna jaga Pizu. Pizu nampak korang seperti menjadi ibubapa yang baik sebab masa Pizu sedih tentang kucing kena langgar hari tu. Kakak Lynna macam seorang ibu dan abang Paizo macam seorang ayah" Muka Lynna dan Kaizo menjadi merah padan "Tapi itu semua hanya perasaan Pizu sahaja"

"Heheheee... jangan fikir yang bukan-bukan sudah"

"Mana ada kakak Lynna.. Pizu bukan macam abang Fang" Lynna cium-cium kepala Rizu

"Tapi Rizu pun sudah ikut kenakalan abang kesayangan kamu tu. Rizu jangan ikut sangat perangai nakal abang Fang tu"

"Betul kata Lynna tu.. jangan ikut sangat perangai nakal dia tapi kalau nak buli dia, abang bagi"

"Kaizo! Jangan ajar dia yang bukan-bukan pulak" Kaizo buat-buat tak tahu sahaja dengan Lynna

"Abang buli si Pang tu sebab abang sayangkan dia sangat tapi abang dia buli pun sebab dia terlampau nakal sangat. Dulu-dulu, masa abang jaga Pang seorang diri, dia tidak pernah nakal seperti ini. Lepas sahaja abang hantar dia ke sini sebab misi, terus dia menjadi seorang yang nakal"

"Hmmm... itu mesti sebab Fang sudah lama tidak dapat bermain dengan seorang kawan dan segala kenakalan dia keluar. Yelah, kau sibuk dengan misi dan Fang keseorangan, tiada kawan" kata Lynna kepada Kaizo

"Mungkin juga" Kaizo teringat balik kisah lama dia, semasa dia sibuk dengan misi-misi dia dan dia terlupa Fang itu adalah adik dia. Dulu dia anggap Fang itu adalah sebagai Prebet Pang sahaja tapi bila adik dia dalam masalah, baru dia teringat balik "Hmmm.. salah aku juga dulu"

"Takpelah Kaizo. Kisah lama, kau tak perlu salahkan diri kau atau ingatkan kembali. Kini kau sudah mempunyai kehidupan baru di bumi tapi kau juga tidak pernah lupakan tentang misi-misi kau. Kehidupan bertambah lebih menarik dan lebih ceria" Lynna dan Kaizo tidak perasan bahawa Rizu tertidur di dalam pangkuan Lynna. Mereka hanya berborak berdua sahaja

"Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku"

"Sama-sama.. hmmm.. Rizu sudah tertidur pula" Lynna dukung Rizu dan lalu bangun bersama dengan Kaizo. Dia baringkan Rizu di atas sofa dan cium kepala Rizu "Tidur elok-elok Rizu"

"Kau nak hantar dia pulang ke nanti?"

"Ha ah tapi masih lagi hujan lebat dekat luar. Takpelah, petang sikit aku akan hantar dia" kata Lynna sambil mengemas buku-buku latihan Rizu yang ada di atas meja ruang tamu

"Aku temankan kau nanti. Lepas tu kita boleh pergi ambil Pang dari sekolah petang nanti"

"Ok"

-------------------------------------

"Hujan oh hujan, bila lah kau nak berhenti? Aku nak main bola keranjang nanti" Mengeluh Fang seorang diri sambil melihat hujan turun begitu lebat di luar tingkap kelasnya "Hujan hujan ni, buat aku rasa sedih pulak"

"Samalah kita" kata Bella yang sedang duduk di atas meja sebelah Fang "Kejap lagi loceng waktu balik nak bunyi dah"

"Hmmm... kau nak sedih sebab apa?"

"Sebab teringat balik tentang kisah lama aku. Kisah kejadian dekat sekolah lama aku dulu" Fang menoleh sedikit dan melihat Bella. Muka dia muram sahaja sambil melihat luar tingkap "Aku pernah juga cuba menghubungi kawan-kawan aku dekat sekolah lama aku tapi sorang pun tak nak tegur aku dah. Aku cuba berbaik dengan dia orang pun, tiada siapa yang sudi tapi takpelah, at least sekarang ni aku ada kawan baru"

"Baguslah tu Bella" jawab Fang dengan nada bosan dia "Tapi, apa yang terjadi dekat sekolah lama kau dulu tu?"

"Aku tak nak cerita balik kisah tu. Kalau boleh, aku nak lupakan" Bella mengesat air matanya kerana pemikiran dia tidak dapat lupakan kejadian itu. Dia memang cuba untuk melupakan kisah lama dia tapi ia tetap kekal berada di dalam kepalanya "Kau tahu tak kenapa aku masih lagi bersikap dingin, sombong dan berlagak seperti kau? Sebab aku tidak mahu kembali kepada diri aku yang dulu. Diri aku yang dulu sebenarnya lemah tapi bila sudah pindah ke sini, aku ingin mulakan dengan kehidupan yang baru. Aku tak nak perkara yang sama berulang balik di sini, sebab itu aku berubah" Bella tergelak bersendirian "Sudahlah, aku nak pergi kemas beg sekolah aku" Bella turun dari meja itu. Fang perhatikan Bella pergi ke mejanya

"Suka hati kaulah Bella, itu yang kau nak.. janji jangan kau menyesal sudah" kata Fang bersendirian

"Mesra betul kau dengan Bella tadi" muncul Yaya dengan buku-buku latihan "Korang berborak apa tadi?"

"Takde apa pun" jawab Fang sambilnya melirik ke arah Yaya

"Tapi baguslah korang berdua tak bergaduh hari ini" Yaya simpan buku-buku latihan dia di dalam beg sekolah "Kau selalu bergaduh dengan dia sebab kau suka dia ke?"

"Woi! Mana ada, lagi menyampah adalah tapi dia juga kawan aku paling aku menyampah! Heheheee.. aku mana ada suka bergaduh dengan dia tapi aku suka cari pasal dengan dia! Hahahahahaaa!"

"Hmm... boleh pulak macam tu" Yaya gelengkan kepala. Loceng sekolah sudah pun berbunyi, pelajar-pelajar lain sudah mengangkat beg masing-masing untuk pulang ke rumah. Fang baru hendak mengemas beg sekolah dia "Aku pulang dulu. Jumpa lagi esok, Fang"

"Jumpa lagi" balas Fang sambil masukkan beberapa buku latihan di dalam begnya. Selepas itu dia memakai beg sekolahnya dan ternampak Bella masih lagi duduk. Fang lalu sebelah dia dan melihat Bella sedang fikirkan sesuatu sampai tidak dengar bunyi loceng sekolah "Wei, kau tak nak balik ke?"

"Balik?" Bella melihat keadaan di sekeliling dia "Aduh.. macam mana aku boleh tak dengar bunyi loceng tadi" Bella cepat-cepat memakai beg sekolahnya

"Hmm.. banyak sangat fikirlah tu. Jumpa lagi" Fang beredar dari kelas dia dan terus pergi ke pintu pagar sekolah. Hujan lebat sudah pun berhenti tetapi Fang dapat rasakan, ia tidak akan berhenti di situ sahaja. Mesti malam nanti akan hujan balik, fikir Fang. Sampai sahaja di pintu pagar sekolah, Fang ternampak abangnya bersama dengan Lynna

"Eh, kak Lynna pun ada" Dia berlari ke arah mereka dengan hati gembira "Kak Lynna buat apa dekat sini?"

"Akak tadi ada sesuatu nak berbincang dengan abang kamu. Lepas tu Rizu muncul, dia nak abang Kaizo tolong dia dengan kerja sekolah dia tapi akak pula yang pergi tolong" Lynna tergelak sedikit "Jom kita balik" Mereka bertiga terus berjalan untuk pulang ke rumah. Fang berjalan di tengah-tengah antara abang dia dan Lynna

"Malam ni kak Lynna makan malam dekat rumah kita orang ok, lepas tu kak Lynna boleh balik tapi lagi best kalau kak Lynna pindah sahaja dekat Pulau Rintis" Kaizo ketuk kepalanya "Abang ni! Janganlah ketuk adik. Adik cuma bagi cadangan sahaja" Tapi Kaizo hanya membalas dengan mengangkat kening sebelah

"Hehehee.. cadangan Fang memang bagus tapi akak tak boleh nak pindah ke sini. Fang pun tahu kan akak ada kehidupan akak dekat KL"

"Fang tahu" Fang berikan senyuman dia kepada Lynna

"Pang.. Pang tahu tak pasal Rizu?" tanya Kaizo secara tiba-tiba

"Mestilah adik tahu pasal Rizu. Dia kan budak kecil comel penguin yang ada bakat dalam menggigit orang"

"Bukan pasal itu! Abang nak tahu, pernah ke bagitahu dekat adik yang dia panggil abang ayah?" Fang terkejut dan pandang muka abang dia yang serius itu "Kenapa? Kau tak tahu ke?"

"Tak, adik tak tahu.. apa yang terjadi tadi?" tanya Fang

"Hmmm... abang risaukan tentang Rizu. Dia cakap, abang dan kak Lynna seperti ibubapa kedua dia"

"ERKK! Tak kan sampai macam tu sekali tapi kasihan pulak adik rasa"

"Akak pun rasa kasihan dengan dia tapi akak sudah pun berbincang dengan abang kamu untuk selesaikan kes Rizu. Ingat tak lagi akak kembalikan roh ibubapa Fang dekat sini untuk satu hari sahaja?" Fang angguk "Akak fikirkan untuk buat begitu kepada Rizu, supaya dia dapat mengenali ayah dia yang sebenarnya"

"Bagusnya kak Lynna nak buat begitu. Mesti Rizu suka"

"Susah tentu dia akan suka kerana itu adalah idea abang" kata Kaizo dengan nada serius dia, Fang boleh nampak abangnya terasa sedikit bangga. Dia mahu gelakkan abangnya tetapi dia tahan dirinya buat begitu "Abang rasa dia masih lagi kurang kasih sayang. Lebih-lebih lagi dari ibu dia sendiri yang sentiasa sibuk"

"Hati dia ada yang masih kekosongan tapi akak harap Rizu tidak terlalu marah dekat ibu dia. Akak tahu Rizu bukan jenis suka marahkan orang atau buat kerja-kerja tak senonoh untuk menarik perhatian ibu dia. Akak pasti Rizu tahu ibu dia masih sayangkan dia tetapi pada masa yang sama, dia seperti kehilangan kedua-dua ibubapanya. Yelah, Rizu selalu datang ke rumah korang. Tempat dia menagih kasih sayang dari korang berdua"

"Kak Lynna seperti memahami Rizu pulak" kata Fang "Memang sesuai kalau kak Lynna jadi ibu kepada Rizu.. hehehee" Kaizo ketuk lagi kepala adiknya "Dan abang memang tak sesuai langsung jadi seorang ayah"

"APA KAU CAKAP! KAU KATA ABANG TAK BOLEH JADI AYAH YANG BAIK?!" Fang terus larikan diri "MARI SINI KAU! AKU AKAN AJAR KAU BAGAIMANA AKU MENJADI AYAH YANG GARANG!"

"Hmm... ada-ada aje dari korang berdua ni" Lynna teruskan berjalan sambil melihat Fang melompat dari satu bumbung ke satu bumbung rumah yang lain. Kaizo berada di belakang adiknya, sambil mengejar Fang dengan pedang tenaga dia

-------------------------------------

Keesokan harinya, Rizu di panggil untuk datang ke rumah Kaizo selepas sahaja habis sesi persekolahan. Rizu datang dengan sebuah botol air formula yang telah dibuatkan oleh Emmy pada malam semalam. Rizu ada rancangan lain untuk Kaizo dan Lynna dan dia tidak tahu tentang rancangan mereka berdua. Lynna ingin berikan kejutan kepada Rizu tetapi mereka tidak tahu pula dengan kejutan Rizu akan berikan kepada mereka. Rizu berhenti di depan pintu pagar rumah Kaizo dan Fang. Dia melihat botol air yang dia telah mengambil tadi sebelum dia ke sini

"Ibu, maafkan Pizu.. Pizu buat ini bukan sebab Pizu tak sayangkan ibu. Pizu sentiasa sayangkan ibu tapi ibu ada dengan Rizu, kadang-kadang sahaja. Maafkan Pizu" Rizu pegang dada yang dia yang sudah terasa sakit sedikit "Pizu budak baik, Pizu tak nak ibu marahkan Pizu. Pizu tak nak abang Kaizo dan kakak Lynna marahkan Pizu tapi Pizu buat begini untuk mengisi kekosongan yang masih lagi ada dekat hati Pizu" Air mata dia mengalir keluar dan lalu dia menitis-nitis di atas jalan raya. Dia cepat-cepat mengesat air matanya. Dia tidak mahu Kaizo dan Lynna melihat dirinya menangis. Rizu menolak pintu pagar itu dan lalu masuk. Hati dia begitu berdebar-debar sekali, kaki dia melangkah ke depan pintu rumah dengan perlahan. Dia menjadi takut kalau apa yang dia akan buat, ibu dia akan marahkan dia, termasuklah Kaizo dan Lynna sekali. Dia takut Fang juga akan memarahi dia nanti juga

"Tapi mesti dia orang akan fahamkan.. Kakak Lynna mesti memahami Pizu" bisik Rizu. Tanpa rasa ragu-ragu lagi, dia membuka penutup botol air itu dan minum sedikit. Air selebihnya, dia akan berikan kepada Kaizo dan Lynna minum. Dia terus ke pintu rumah dan ketuk pintu tersebut

"Abang Paizoooo! Pizu dah sampai!" Rizu cuba berkelakuan normal. Akhirnya pintu itu terbuka dan Lynna yang muncul "KAKAK LYNNA!" Rizu terus memeluk Lynna

"Rizu apa khabar hari ini?"

"Pizu ok aje kakak Lynna" Rizu lepaskan pelukan dia dan terus dia pegang tangan Lynna "Kakak Lynna panggil Pizu ke sini sebab apa?" Mereka berdua masuk ke dalam dan menuju ke ruang tamu bersama

"Akak dan abang Kaizo ada sesuatu untuk Rizu" kata Lynna dengan senyuman lembut dia. Hati Rizu tersentuh sedikit kerana mereka ada kejutan untuk Rizu tapi dia perlu bertindak pantas. Dia perlukan mereka minum air yang dia telah bawa. Hati dia asyik berkata jangan lakukan tetapi ada separuh lagi, teruskan juga. Dia menjadi belah bahagi tapi dia buat ini bukan niat jahat. Dia teruskan sahaja dengan rancangan dia

"Sebelum tu, Pizu nak kakak Lynna dan abang Paizo rasakan air yang Pizu bawakan"

"Air apa, Rizu?" tanya Kaizo yang muncul dari dapur

"Err.. air yang Pizu buat. Pizu nak abang Paizo dan kakak Lynna rasa" Rizu membawa Lynna terus ke dapur. Kaizo terpaksa kembali ke dapur "Kakak Lynna dan abang Paizo duduk. Biar Pizu tuangkan air ni" Mereka duduk tanpa bertanya kepada Rizu. Kaizo dan Lynna melihat kelakuan Rizu yang pelik. Rizu mengambil dua cawan kosong dan secara berhati-hati, dia tuang ke dalam dua cawan itu

"Rizu" panggil Lynna

"Kejap kakak Lynna.." Setelah selesai, Rizu mengangkat dua cawan itu dan terus dia berikan kepada Kaizo dan Lynna "Minumlah, Pizu buatkan khas untuk kakak Lynna dan abang Paizo" Kaizo mencium bau dulu air minum tersebut. Rizu takut Kaizo dapat meneka yang air itu adalah sebenarnya air formula

"Rizu, betul ke kau yang buat air ini?" tanya Kaizo sambil melihat warna air yang kehitaman itu. Rizu angguk tanpa berkata-kata

"Betul ni Rizu?"

"Be-betul kakak Lynna" jawab Rizu yang mula rasa serba salah. Tangan dia ingin mengambil kembali cawan itu tetapi dia hanya berdiri di situ tanpa membuat apa. Dia melihat Kaizo dan Lynna minum air tersebut. Hati dia rasa lega tetapi pada masa yang sama, dia berulang-ulangkali mengucapkan minta maaf kepada kedua orang yang dia sayang, orang yang selalu menjaga dia "Maafkan Pizu" bisik Rizu. Air matanya menitis ke atas lantai dapur, dia mulai menangis di situ

"Rizu? Kenapa Rizu menangis?" tanya Lynna yang baru sahaja selesai minum air dia

"Maafkan Pizu, Pizu sebenarnya tiada niat nak buat kakak Lynna dan abang Paizo begini"

"Kakak Lynna? Inikan ibu Rizu, mama Lynna" Rizu terkejut, air formula itu berkesan. Dia cepat-cepat perlu memeluk Lynna "Kenapa Rizu menangis? Kenapa Rizu panggil mama, kakak? Rizu tak sayangkan mama yea" Rizu gelengkan kepala

"Bukan, Pizu tak sengaja tapi Pizu nak minta maaf dekat mama Lynna dan Papa Kaizo"

"Kenapa dengan anak kita ni, Lynna?" tanya Kaizo

"Entahlah" Lynna mendongakkan kepala Rizu yang masih lagi memeluk dia "Rizu ada masalah ke dekat sekolah?"

"Tak, Pizu cuma lapar sahaja sebab ibu tak buatkan makanan untuk Pizu sebab itu Pizu menangis" Rizu sebenarnya memang lapar pun "Mama masakkanlah untuk Pizu"

"Hmm... kita makan dekat luar ajelah, lepas tu kita jalan-jalan. Shopping sama-sama"

"Betul?" Mata Rizu bersinar-sinar melihat Lynna. Wajah dia tiada lagi wajah sedih, hanya senyuman sahaja yang terukir di wajah Rizu

"Betul tapi bukan dekat bandar. Kita ke KL"

"TERIMA KASIH MAMA! Sayang mama" Hati Rizu rasa sangat bahagia "Papa pun ikut sekali kan?"

"Yea, papa ikut sekali tapi Rizu jangan nakal-nakal nanti" Kaizo belai kepala Rizu "Jom kita pergi, papa pun sudah lapar" Rizu dan Lynna tergelak melihat Kaizo

"Kita naik keretapi ke?" tanya Rizu

"Tak, mama gunakan kuasa mama! Yeahhh!" Lynna bangun dan pegang tangan Rizu. Sebelah lagi tangan Rizu, Kaizo yang pegang. Rizu melihat Lynna, selepas itu dia melihat Kaizo. Kedua-dua mereka tersenyum melihat Rizu. Walaupun mereka bukan ibubapa Rizu yang sebenarnya tapi hati Rizu rasa cukup bahagia. Hati dia yang kosong itu, mula di isikan dengan kasih sayang yang dia dapat dari Kaizo dan Lynna. Dia tahu ini adalah perbuatan salah tapi dia terpaksa "Jangan lepaskan tangan mama yea"

"Baik mama!" kata Rizu dengan gembiranya

"1... 2... 3!" Mereka bertiga terus hilang dari dapur itu

--------------------------------------------

"Akhirnya! Waktu rehat sudah tiba!" Gopal sudah pun tiba di kantin sekolah. Dia terus pergi beratur untuk membeli makanan, di belakangnya terdapat seorang gadis yang bernama Faye

"Lapar betul aku dekat kelas tadi. Lepas tu cikgu ajar rasa macam nak tertidur aje"

"Ha ah, betul kata kau Faye. Selamat perut aku tak berbunyi-bunyi dekat kelas tadi" kata Gopal sambil melihat makanan apa yang ada pada hari ini. Boboiboy, Yaya dan Ying hanya gelengkan kepala sahaja

"Makan aje kerja dia orang tu" kata Yaya "Eh, mana si Fang?"

"Dia pergi cari Bella maaa... hari ini Bella macam takde mood nak belajar aje. Muka dia pula macam muka orang sedih. Aku pun tak tahu apa yang dia sedang fikirkan"

"Baiklah pula si Fang nak pergi cari Bella. Bukan ke dia tu selalu malas nak ambik tahu" kata Boboiboy sambil membuka bekas makanan dia

"Hmmm... biarkan ajelah Boboiboy. Aku cuma berharap dia orang jangan bergaduh lagi sudah" kata Yaya sambil memandang luar kantin. Jauh dari kantin, Fang mencari Bella di sekitar kawasan sekolah dan akhirnya, dia ternampak Bella sedang makan bersendirian di dalam dewan sekolah. Dia duduk di atas pentas dewan sekolah sambil melihat beberapa pelajar pagi sedang berlatih bermain badminton. Fang masuk ke dalam dewan sekolah dan terus naik ke atas pentas

"Kau ke sini kenapa?" tanya Bella sambil mengigit sandwich nutella dia. Fang duduk di sebelah Bella

"Kau hari ni macam bukan diri kau aje. Kau fikirkan tentang kawan-kawan kau dekat sekolah lama kau ke?" Bella tidak menjawab, dia hanya berikan sekeping roti sandwich kepada Fang "Terima kasih"

"Hmm.. aku masih fikirkan dia orang. Semalam aku cuba balik menghubungi dia orang tapi macam biasa, sorang pun tak nak jawab panggilan aku. Ada sorang tu, sanggup block phone number aku"

"Lupakan ajelah dia orang. Kau pun ada kawan dekat sini kan.. sepupu aku tu, si pelik tu dan aku sekali. Walaupun aku memang menyampah dengan kau tapi aku tetap anggap kau sebagai kawan aku" Bella tersenyum sedikit

"Thank you tapi aku cuma nak tanya khabar sahaja kepada mereka"

"Yang kau nak fikirkan pasal dia orang sangat kenapa? Dia orang sudah sisihkan kau, kau patut mengambil peluang ini untuk membina hidup baru di Pulau Rintis!"

"Yang kau tiba-tiba bersemangat ni apasal?" tanya Bella dengan nada bosan dia

"Saja nak bagi kau semangat. Kau ingat aku nak bagi kau marah ke? Orang macam aku pun ada perasaan juga, bukan setakat berlagak, sombong dan panas baran sahaja"

"Yelah Fang tapi tak perlulah kau terlebih perihatin sangat dekat aku" balas Bella. Mata dia masih lagi melihat pelajar-pelajar sesi pagi berlatih badminton. Dia dari tadi tidak mengalih pandangannya. Dia malas hendak melihat muka pesaingan dia atau muka orang yang dia suka "Tapi kau tak perlu risau sangat, esok-esok aku ok lah balik"

"Hmmm.. yelah"

"Boleh aku join sekali?" datang seorang pelajar lelaki yang mereka kenal dengan suara itu. Tanpa melihat pun, mereka sudah kenal

"Boleh" jawab Fang dan Bella

"Apasal korang berdua duduk berehat dekat sini?" tanya Zakwan "Maaf kalau aku tiba-tiba sahaja ganggu korang"

"Takdelah, kau tak ganggu pun. Kau ke sini kenapa?" tanya Bella

"Saja, lagipun tak seronok pula aku pergi berehat kawan-kawan aku. Jadi aku pergilah ke sini dan nampak korang"

"Welcome to our world. Dari musuh ke kawan" jawab Bella sambil berikan sandwich nutella dia yang terakhir kepada Zakwan

"Terima kasih"

Mereka bertiga duduk di atas pentas itu tanpa berkata lagi. Fang rasa kelakar pula. Dulu masa sekolah rendah, mereka berdua adalah musuh kepada dia tapi sekarang ini sudah berubah pula. Lalu dia tersenyum tanpa berkata apa-apa. Bella turut tersenyum sekali apabila dia melihat Fang senyum bersendirian dan lalu diikuti oleh Zakwan. Apa yang terjadi seterusnya, mereka bertiga tergelak di situ. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Faye perhatikan gelakan mereka bertiga dari luar dewan

"Apalah yang kelakar sangat tu yea" tanya Boboiboy

"Mesti teringat balik kisah dia orang dulu masa darjah enam" jawab Ying "Marilah kita biarkan mereka bertiga tu"

"Jomlah.. lagipun, tiada apa yang perlu kita risaukan" Boboiboy tinggalkan kawasan dewan itu bersama rakan-rakan dia yang lain

------------------------------------

Jauh dari Pulau Rintis, Rizu terlampau bahagia sangat apabila melihat Kaizo dan Lynna memilih baju untuk diri dia. Kebanyakkannya, Lynna yang memilih baju-baju tersebut. Kadang-kadang Kaizo pilih baju yang tahap ganas untuk Rizu. Kadang-kadang dia orang berdua gaduh sebab pilih baju yang tidak sesuai untuk Rizu. Selepas itu mereka berbaik semula. Rizu melihat sahaja gelagat mereka berdua, lalu dia ketawa sedikit

"Rizu cuba try baju ni?" kata Lynna sambil memegang sehelai baju berwarna hijau

"Baik mama! Tapi Pizu nak try baju ni sekali boleh?" Rizu mengambil baju yang sudah lama dia perhatikan semenjak tadi lagi. Baju itu ada tertulis My Parents are awesome

"Boleh sayang" Lynna mengambil baju tersebut dan berikan kepada Rizu "Rizu pergi cuba dulu. Nanti papa yang bayarkan ok"

"YEAHHH!" Rizu melompat-lompat pergi ke tempat salinan baju. Kaizo dan Lynna ikut dari belakang. Rizu masuk ke dalam sebuah salinan pakaian dan terus menutup pintu tersebut. Dia langsung tidak fikirkan apa yang dia telah buat terhadap Kaizo dan Lynna. Sepanjang masa dia ada di KLCC, dia asyik fikirkan Kaizo dan Lynna adalah kedua ibubapa dia yang betul. Dia sudah lupakan tentang ibu kandung dia yang sebenarnya kerana Rizu telah hayut berada di lautan bahagia dia

"Kaizo, takpe ke kita belikan dia macam-macam?" Rizu terdengar suara Lynna di luar bilik salinan baju. Dia membuka bajunya untuk mencuba baju yang diberikan oleh Lynna tadi

"Takpe, asalkan dia gembira. Aku tidak mahu dia menangis lagi seperti kita nampak dia menangis di dapur tadi"

"Kau memang seorang ayah yang terbaik tapi janganlah beli macam-macam untuk dia, aku cuma takut karang dia menjadi terlebih manja. Apa yang dia nak, semuanya dia akan dapat begitu mudah sahaja. Aku nak melihat dia berusaha untuk dapatkan sesuatu" kata Lynna dengan nada tegas dia

"Hmmm.. kau apa kurangnya, seorang ibu yang baik kepada Rizu. Kau akan mengajar dia dalam banyak perkara sebab itu aku sayangkan kau" Rizu terus membuka bilik salinan itu. Baru dia sedar bahawa Kaizo dan Lynna hanyalah sahabat baik sahaja, bukan dua orang sedang bercinta "Rizu? Kenapa Rizu melihat kami begitu?"

"Pizu.. Pizu..." Rizu melihat Kaizo, selepas itu terus ke Lynna "Pizu minta maaf.. Pizu tiada niat nak buat mama Lynna dan Papa Kaizo begini.. MAAFKAN PIZU!" Rizu lari dari situ tanpa menukar pakaian dia terlebih dahulu. Orang-orang yang lalu lalang di situ terkejut dengan jeritan Rizu. Mereka melihat Kaizo dan Lynna berdiri tercengang di situ

"RIZU?!" Kaizo dan Lynna terkejut. Mereka terpaksa meminta maaf kepada orang yang ada di sekeliling mereka. Lynna mengambil Rizu dan dia pasti, Rizu tidak berlari jauh dari situ. Mereka mencari di sekitar kedai Parkson dan akhirnya jumpa Rizu sedang menangis-nangis sambil di pujuk oleh seorang pekerja wanita

"Terima kasih, kami boleh ambil dia dari sini" kata Kaizo. Rizu menangis lagi di atas kerusi besar. Habis basah baju yang belum dibayar lagi

"Maafkan Pizu"

"Kenapa Rizu? Kenapa Rizu perlu minta maaf dekat kami? Rizu terdengar perbualan kami ke tadi?" Rizu angguk kepada Lynna. Kaizo menghela nafas dan terus memujuk Rizu

"Jadi Rizu minta maaf sebab papa selalu belikan macam-macam untuk Rizu? Kalau tentang itu, Rizu tidak perlu minta maaf. Salah papa juga kerana terlampau manja dengan Rizu. Mari kita bayar baju tu, selepas itu kita pergi makan. Rizu nak makan apa?" Kaizo mengambil tangan Rizu dan lalu memimpin dia terus ke kaunter pembayaran. Lynna ikut sahaja dari belakang tanpa berkata apa. Mereka tidak tahu di dalam hati Rizu, dia terasa perit dan menyesal dengan perbuatan dia tapi dia tidak tahu cara untuk pulihkan Kaizo dan Lynna. Hati dia bertukar menjadi sedih, kebahagian yang dia rasa sebentar tadi, sudah pun hilang. Hanya kesedihan sahaja yang melanda diri dia

"Rizu nak makan apa?" tanya Lynna

"Apa-apa sahaja yang mama Lynna dan Papa Kaizo nak" jawab Rizu dengan nada sedih dia. Lynna mengelap air mata Rizu yang masih lagi mengalir keluar

"Jangan sedih sangat, Rizu. Nanti mama pula yang susah hati"

"Tak, Pizu tak kan sedih lagi" Rizu terpaksa senyum kepada Lynna "Terima kasih kerana tidak memarahi Pizu"

"Buat apa mama nak marahkan Rizu. Rizu budak baik dan mama sayangkan Rizu" Kaizo sudah pun siap bayar baju tersebut. Mereka terus pergi ke sebuah restaurant yang tidak jauh dari situ. Rizu hanya diam sahaja. Dia berjalan secara perlahan, sementara Kaizo dan Lynna berjalan di depan. Mereka menoleh kebelakang dan mula rasa risau dengan sikap Rizu

"Rizu, kalau ada masalah, bagitau kita orang"

"Baik mama Lynna" kata Rizu. Sampai sahaja di sebuah restaurant Thai, Rizu masih lagi dalam keadaan senyap. Rasa bersalah dia makin lama makin membesar. Diri dia seperti mahu menangis lagi tetapi dia terpaksa menahan air matanya keluar. Sepanjang dia berada di dalam restaurant tersebut, dia hanya melihat Kaizo dan Lynna berborak berdua. Kadang-kadang dia menjawab jika sekiranya dia di tanya tapi semua jawapan dia hanya pendek sahaja

"Mama Lynna, Rizu nak ayam terakhir tu boleh?" Rizu pandang ke arah Lynna. Entah kenapa mata Lynna terkebil-kebil dan terus tersedar "Mama?"

"Mama? Rizu.. apa yang terjadi dekat akak? Kita berada di mana ni?" Kesan air formula itu sudah pun hilang. Kaizo dan Lynna pandang satu sama lain dengan perasaan hairan. Rizu mulai takut. Dia bergerak keluar dari meja itu, terus dia lari keluar dari restaurant itu. Lynna baru hendak mengejar Rizu tetapi tangan dia di pegang oleh Kaizo

"Biar aku yang pergi mengejar dia, kau duduk sahaja di sini" Kaizo terus keluar dari situ tanpa berkata apa lagi. Lynna ternampak shopping beg yang begitu banyak, dia melihat apa yang mereka beli tadi. Semuanya barangan budak-budak, dari pakaian hinggalah permainan. Dia rasa kasihan dengan Rizu, nak kata kurang kasih sayang. Tak juga kerana setiap hari ramai yang sayangkan Rizu. Lynna terfikir, mesti Rizu rindukan ibu dia yang selalu sangat sibuk dan dia juga ingin kasih sayang dari seorang ayah tapi Rizu sudah kehilangan ayahnya semenjak kecil lagi. Lynna memanggil pelayan di situ untuk meminta resit, dia ingin pergi mencari mereka berdua

Kaizo sempat mengejar Rizu. Dia ternampak Rizu masuk ke dalam sebuah kedai permainan Toys R Us, lalu Kaizo masuk ke dalam kedai tersebut. Dia mencari Rizu di beberapa tempat mainan yang ada, akhirnya dia ternampak Rizu sedang bermain dengan anak patung dinasour yang mengeluarkan bunyi. Dia duduk bersila sambil bermain seorang diri

"Rizu" panggil Kaizo. Rizu terkejut dengan kehadiran Kaizo tetapi dia tidak melarikan diri, dia hanya teruskan bermain. Kaizo duduk bersila di sebelah dia "Rizu, kenapa Rizu buat begitu dengan abang dan kak Lynna?"

"Pizu tiada niat nak buat begitu tapi abang Paizo jangan marah Pizu. Pizu tak nak kehilangan abang Paizo, Pizu takut kalau abang Kaizo tak benarkan Pizu datang ke rumah abang Paizo lagi. Nanti mesti abang Paizo tak bagi Pizu berjumpa dengan abang Fang dah" Kaizo menekan satu butang yang terletak di tepi mainan dinasour itu untuk mengeluarkan bunyi "Abang Paizo marah Pizu ke?"

"Tak, abang tak marah tapi Rizu tak baik buat begitu. Abang faham, Rizu cuma nak kasih sayang sahaja tapi selama ini, masih tidak cukup lagi ke kasih sayang yang Rizu terima dari kami semua?"

"Cukup tapi..."

"Tapi Rizu nak lebih dari itu kan" Lynna muncul dengan shopping beg yang begitu banyak. Lynna duduk di sebelah Rizu sambil belai rambut Rizu "Rizu cemburu melihat orang lain ada ibubapa dan adik beradik yang begitu ramai?"

"Rizu, apa yang Rizu buat ni seperti pentingkan diri sendiri tapi akak tak marah. Akak faham kenapa Rizu buat begitu, lagipun Rizu pun kata tadi. Rizu tiada niat jahat nak buat kami begitu tapi Rizu perlu ingat, ada orang lain juga yang nasib dia seperti Rizu tapi kita tak tahu keadaan dia macam mana. Mungkin lebih teruk, mungkin lebih baik. Cuba Rizu tengok abang Fang dan abang Kaizo, dia orang juga kehilangan ibubapa tapi Rizu bernasib baik kerana masih ada lagi seorang ibu. Kalau ibu Rizu tahu apa yang Rizu buat dekat kami, mesti ibu Rizu akan kecewa" Lynna nampak air mata Rizu mengalir keluar lagi, dia mengesat air mata Rizu "Rizu kalau ada masalah, bagitahu sahaja kepada kami"

"Kalau abang Paizo dan kakak Lynna nak tahu, sebenarnya Pizu dekat sekolah selalu kena ejek. Dia orang panggil Pizu anak terbiar, anak menagihkan kasih sayang tapi Pizu cuba untuk abaikan kata-kata itu tapi akhirnya Pizu tewas. Kakak Emmy tahu tapi dia pun kena ejek juga. Roy ada juga pujuk Pizu tapi Pizu tak sekuat mana. Semenjak abang Fang tak sama sekolah dengan Pizu, dia orang selalu kacau Pizu. Sebelum ini dia orang tak berani sebab abang Fang ada. Dia orang takut dengan abang Fang sebab abang Fang terkenal dengan panas baran yang suka mengamuk tak tentu pasal"

"Siapa mereka tu? Biar abang bagi amaran dekat dia orang" tanya Kaizo dengan nada tegas dia "Mulai esok, abang akan datang ke sekolah Rizu untuk pastikan Rizu tidak di buli lagi"

"Betul ke abang Paizo?"

"Betul" kata Kaizo "Rizu jangan risau, abang dan kakak Lynna sentiasa ada untuk temankan Rizu"

"Terima kasih abang Paizo! Tapi barang-barang tu semua..." Rizu rasa bersalah dengan mereka berdua

"Takpe, Rizu ambiklah sebagai hadiah dari kami berdua" kata Lynna "Jom balik sebab akak dan abang sebenarnya ada kejutan istimewa untuk Rizu. Mesti Rizu akan suka nanti"

"Apa kejutannya?" tanya Rizu yang sudah tidak sabar lagi

"Mana boleh bagitahu. Bila sudah sampai rumah, baru Rizu akan tahu" kata Lynna sambil bangun dari tempat duduknya. Kaizo bangun dan lalu mendukung Rizu "Rizu lepas ni jangan buat lagi tau"

"Baik kakak Lynna" Rizu peluk leher Kaizo dan dia tersenyum seorang diri "Terima kasih kerana tidak memarahi Pizu"

----------------------------------------

Sampai sahaja di rumah, Lynna menyuruh Rizu membuka pintu rumah dan terus Rizu membuka pintu tersebut. Dia terkejut melihat ayahnya muncul di depan pintu "Ayah?"

"Rizu, akak panggil ayah kamu datang ke sini untuk hari ini sahaja tapi Rizu kena ingat, ayah Rizu sudah lama tiada. Akak buat ni sebab akak sayangkan Rizu. Jadi Rizu gunalah masa yang ada untuk mengenali ayah Rizu lebih dekat" kata Lynna

"Terima kasih kak Lynna" Rizu terus pandang ke arah ayahnya yang masih lagi berdiri di depan pintu

"Rizu.. anak ayah. Apa khabar Rizu?"

"AYAH!" Rizu memeluk ayahnya. Kaizo dan Lynna tinggalkan mereka berdua di situ supaya Rizu dapat mengenali ayahnya dengan lebih dekat. Dari dapur mereka mengintai sedikit dan terus tersenyum melihat Rizu menangis kerana terharu dengan kejutan dari Kaizo dan Lynna

"Aku harap, Rizu tidak lagi membuat kerja gila dekat kita berdua"

"Aku pun sama Kaizo"

Apa yang mereka tidak tahu, mereka boleh menjadi ibubapa yang baik pada masa hadapan nanti tapi itu semuanya terpulang kepada mereka berdua. Apakah mereka kekal sahabat selamanya atau hubungan mereka akan berubah? Semuanya terletak dihati Kaizo dan Lynna

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top