Kisah Lily si Itik
Lily si itik sudah mula rasa pening dengan badan dia menggigil seperti ada gempa bumi sedang berlaku. Mata dia seperti tidak mahu melihat mata tuan dia yang merah menyala itu. Kaizo dari tadi lagi berikan renungan yang amat tajam sekali keatas itik itu. Ianya seperti dapat membaca apa yang itik itu ingin lakukan nanti. Bukan Kaizo sahaja yang ada di situ, Fang, Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Idoli, Lynna, Bella, Faye, Lily, Harraz dan juga Rizu ada di situ juga. Semuanya berkumpul di rumah Fang dan Kaizo untuk menyoal siasat Lily si itik. Mata-mata mereka berikan tumpuan kepada itik itu. Shadow dan Pikachu sudah mula rasa kasihan dengan Lily si itik
"Baiklah itik, beritahu aku.. siapakah mastermind di dalam serangan-serangan sebelum ini?" tanya Kaizo dengan nada serius dia. Muka dia nampak garang dan Lily si itik rasa takut melihat wajah Kaizo yang sangat mengerikan
"Qu-qu-qu-"
"Apa qu qu qu?! CEPAT JAWAB SOALAN AKU!" Lalu Lily si itik terus pengsan di atas kerusi sofa dengan lidahnya terjulur keluar. Picu melompat ke atas sofa itu dan terus jilat bulu-bulu si itik
"KAIZO!"
"ABANG PAIZO!"
"ABANG KAIZO!"
"Heheheee.. kelakar pulak si itik ni pengsan" Fang ketawa sedikit
"Pengsan pulak si itik ni" Kaizo silangkan tangan dia dengan perasaan tidak begitu puas hati "Macam mana aku nak dapatkan jawapan yang aku mahukan! Aku salai juga si itik ni"
"Kaizo! Kau suka sangat gunakan kekerasan untuk dapatkan sesuatu. Cubalah buat cara yang baik untuk dapatkan jawapan yang kau mahukan dari Lily si itik"
"Betul tu. Yaya pun setuju dengan kata-kata kak Lynna tadi. Tak baik tau gunakan cara kekerasan atau menyeksakan mana-mana binatang, mereka pun ada hati dan perasaan seperti kita juga" Yaya belai kepala itik itu yang masih lagi pengsan "Kasihan kau yea, mesti Fang buli kau setiap hari"
"Dia yang buli aku setiap hari, adalah" bisik Fang. Diri dia sudah terbayangkan itik salai, itik goreng, burger itik, satay itik dan bermacam-macam makanan yang boleh menggunakan daging itik "Hehehee.. sedap pula kau makan si itik ni" Lily terus tepuk kepala Fang "WOI!"
"Dua-dua pun sama aje" balas Boboiboy "Abang Kaizo, apa yang kak Lynna katakan tadi memang betul. Kita layan dia dengan baik dan mesti Lily si itik akan berikan jawapan itu nanti"
"Yelah yelah.. aku malas nak bergaduh dengan korang semua. Jadi aku akan bersikap baik dengan si itik ni" Kaizo angkat kening sebelah. Terus dia cucuk-cucuk badan itik itu dengan menggunakan jari dia "Itik oh itik, bangun kau sebelum aku panggang kau"
"Kaizo!" Lynna sudah mencekak pinggang dengan nada marah dia "Cuba kejutkan dia elok-elok"
"Entah abang Kaizo ni, cuba jadi macam Lily!" Kaizo terkejut melihat Lily sudah berpakaian seperti seekor itik "Lily akan ajar Kaizo untuk melayan Lily si itik dengan cara yang baik, sopan santun, tiada suara garang, suara serius pun takde dan lebih penting sekali ialah senyum!"
"Woo! Aku sokong tu. Abang Kaizo kalau nak senyum, memang jarang sangat-sangat" kata Ying
"Abang aku nak senyum? Dalam mimpi ajelah" Fang mula bayangkan abang dia senyum seperti nak makan orang "Memang menakutkan"
"Kau ingat aku tak boleh senyum ke?" Fang gelengkan kepala sahaja dan secara tidak langsung, Kaizo terus ketuk kepala adiknya. Fang terus bermasam muka "Sebelum tu, mana kau dapat pakaian itik tu?"
"Oh.. costume itik ni Lily beli dekat kedai sebab nampak comel sangat!" Lily berpusing-pusing di situ sambil goyang-goyangkan ekor itik "Comel tak?"
"Tak" balas Kaizo "Faye, mana Stylobot kau?"
"Dia ada dekat kedai Tok Aba. Berdating dengan Ochobot lah tu.." Faye pula bersilang tangan kali ini dengan muka dia sedikit perasaan marah "Semenjak dia berkawan dengan Ochobot, asyik nak berkepit aje. Sabar ajelah"
"Oklah tu, takdelah Ochobot rasa diri dia seorang sahaja robot. Melainkan kalau si Ochobot berkawan dengan Probe" kata Gopal
"Hehehee.. Pizu suka tengok abang robot dan kakak robot tu berkawan. Tok Aba pun dapat robot baru untuk tolong dia dekat kedai! Betul tak Idoli?"
"Betul betul" Idoli angguk kepala dia sambil tersenyum lebar di situ. Dia letak beberapa bertih jagung di atas sofa itu dan terus Lily si itik bangun dari pengsannya "Yeah! Itik dah bangun!" Lily si itik mengusap-usap kepala berbulu dia dengan kepaknya
"Kaizo, ingat apa yang aku pesan tadi. Tanya dia elok-elok, layan dia dengan baik" Kaizo angguk kepalanya sedikit "Bagus, kalau kau perlukan bantuan. Kita semua ada di sini"
"Quack quack quack quack" kata itik itu sambil makan bertih jagung-jagungnya. Lily yang ada di sebelah itik itu terus angguk kepala tanda faham apa yang dikatakan oleh itik itu
"Apa yang dia katakan, Lily" tanya Harraz dengan perasaan kagum dia melihat keunikan itik itu "Kalaulah aku dapat bela itik ni, mesti semua orang tidak akan percaya"
"Jangan Harraz, itik ni suka buat benda pelik-pelik macam si pelik ni" Lily angguk kepalanya lagi "Tengok, si pelik pun mengaku" kata Fang dengan tangannya sudah bersedia untuk ketuk kepala Lily tetapi Bella pijak kaki Fang "Adoi!"
"Hehehee... padan muka kau" Bella menjelir lidahnya kepada Fang
"Korang ni berborak ke atau nak dengar perterjemahan itik ni" Fang, Bella dan Harraz terus tersengih kepada Kaizo "Hmm.. Lily si pelik, apa yang itik ini katakan tadi?"
"Begini Kapten itik hot.." Lily bermundar-mandir di ruang tamu dengan costume itiknya sambil terjemahkan ayat Lily si itik itu tadi. Dia goyang-goyangkan ekor itik yang ada pada costume itu. Boboiboy nampak Lily begitu comel sekali di dalam costume itik "apa yang dikatakan oleh Lily si itik, dia ingin abang Kaizo berikan apa yang dia mahu iaitu berkelakuan baik terhadap dia, jangan buli dia, jangan sebut pasal nak panggang dia, salai dia, goreng dia atau apa-apa sahaja yang buat diri dia jadi sedap untuk dimakan dan paling penting sekali, abang Kaizo kena ikut cakap dia, baru dia berikan maklumat tentang musuh abang Kaizo tu"
"Itu sahaja, Lily?"
"Itu sahaja MY BBB-CHAN!" Lily angkat sehelai costume itik yang lain di hadapan mata Boboiboy "BBB-CHAN nak jadi itik tak? Kita sama-sama jadi itik! KITA JADI PASANGAN ITIK!"
"Errrr... nanti-nantilah Lily" Boboiboy tersengih di situ sambil garu-garu kepala dia "Kitakan nak dapatkan maklumat tentang musuh kita tu sekarang ni. Bila dah selesai, baru aku pakai"
"Jangan risau Lily, aku akan pastikan bakal kekasih hati kau ni akan pakai.. hehehee" Fang tersenyum sinis di situ. Dia tidak sabar hendak menangkap gambar Boboiboy di dalam costume itik nanti "Habislah kau, Boboiboy.. hehehee" Yaya hanya mampu gelengkan kepala sahaja
"SUDAH! Sekarang aku nak tahu, apa yang dia mahukan" Lily berikan tabik kepada Kaizo untuk jalankan tugas yang diberikan oleh Kaizo tadi
"Quack quack quack quack quack quack?"
"Quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack" balas Lily si itik
"Apa yang dia katakan tadi?"
"Begini abang Kaizo. Dia cakap abang Kaizo perlu memakai costume badut.." Berkerut-kerut dahi Kaizo. Manakala Fang dan kawan-kawan dia tergelak di situ kerana tidak dapat bayangkan kalau Kaizo berpakaian seperti badut. Lynna terpaksa menahan gelakan dia sambil peluk Picu "Dia cakap, abang Kaizo perlu buat budak-budak kecil happy dan terhibur dengan persembahan abang Kaizo nanti"
"Kenapa aku perlu jadi badut? TAKDE BENDA LAIN KE YANG KAU NAK" Tangan Kaizo sudah gatal untuk keluarkan pedang tenaga dia. Lynna cepat-cepat pegang tangan Kaizo
"Jangan Kaizo! Kalau kau mahukan jawapan dari itik itu, kau perlu lakukan apa yang dia nak"
"Bagaimana kalau dia hanya permainkan kita sahaja?" Lynna lepaskan tangan Kaizo dan lalu dia gelengkan kepala dia sedikit "Kau pasti, Lynna?"
"Aku pasti. Percaya cakap aku" Mata mereka berdua bertentangan seketika. Kaizo tenangkan diri dia sekejap
"Baiklah, aku akan laksanakan apa sahaja yang itik ini inginkan" Tetapi di dalam hati Kaizo, dia sudah pun berikan sumpah seranah terhadap itik itu. Lily sudah tidak sabar untuk melihat Kaizo berpakaian seperti badut. Bukan setakat Lily sahaja, mereka semua tidak sabar untuk melihat Kaizo sebagai badut sarkas
"Quack quack quack quack quack quack quack"
"Apa yang dia mahukan lagi?" tanya Kaizo lagi
"Dia cakap.. landak pun kena jadi badut juga" Lily terus ketawa di situ sehingga dia peluk tiang rumah sebab tidak tahan sahaja dengan permintaan itik itu tadi. Suasana rumah itu dipenuhi dengan gelak ketawa dari kawan-kawan Fang. Rizu tidak tahu dia mahu gelak ataupun tidak. Kalau dia gelak, dia akan rasa bersalah dan takut Fang akan memarahi dia. Lynna dan Kaizo menahan gelakan mereka
"APA?! APASAL AKU PULAK YANG KENA!" Fang sudah angkat kedua tangan dia untuk goyang-goyangkan leher itik itu "Jaga kau nanti wahai si itik pelik!"
"Fang! Kau ni.. tak kan nak berdendam dengan itik pula" marah Yaya
"Ala, Fang ni dengan sesiapa pun dia nak berdendam. Haiwan ke, manusia, alien ke, robot ke, hantu ke.. semuanya dia nak berdendam. Betul tak pretty boy?" Fang berikan renungan maut kepada Bella "Hehee.. jadi maksud aku tu, betullah kan? Hehehee"
"Aiyoo.. kau ikut ajelah apa si itik ni nak. Nanti macam mana kita nak tahu siapakah alien mastermind tu" kata Ying
"Betul kata Ying tu, ikut ajelah. Bukannya susah pun" Boboiboy pula berkata "Apa lagi permintaan Lily si itik yang dia inginkan?"
"Quack quack quack quack quack" Mata Lily terus bersinar-sinar sambil turun dari tiang rumah itu "Quack quack"
"Hehehee.. dia cakap kak Lynna pun kena pakai costume badut juga. Lepas tu pergi ke tadika or rumah anak-anak yatim, dan hibur hati mereka dengan sebuah keluarga badut! YEAH! DAN LILY AKAN MENJADI HOST ITIK!"
"Quack quack quack" Terus Lily pengsan di situ. Lily si itik hanya gelengkan kepala sahaja
"Apa yang si itik ni katakan sampai buat si pelik pengsan?" tanya Kaizo sambil mengusap dagunya "Siapa dekat sini selain daripada si pelik boleh memperterjemahkan ayat-ayat itik tu tadi?"
"PIZU BOLEH!" Rizu terus duduk di sebelah Lily si itik dan belai kepala itik itu "Dia cakap, kakak Pili kena berpakaian badut juga tapi itik badut.. hehehee... mesti best jadi itik badut. Pandailah itik ni" Dia peluk itik itu dengan penuh kasih sayang
"Bagus itik bagus. Baiklah, yang tiada kena mengena dengan badut, sila cari kanak-kanak dan kumpulkan mereka di kedai Tok Aba. Aku akan berikan persembahan yang amat mengagumkan nanti"
"Boleh ke abang buat dia orang teruja?" tanya Fang sambil tergelak sinis
"Ala Fang, abang kamu tu mesti boleh buat punya.. kita bagi dia makan durian, mesti dia akan menjadi ceria!" Kaizo terus bermasam muka dengan Lynna "Jangan marah aku, Kaizo. Aku bergurau aje tadi tu. Cubalah kau senyum sedikit" Lynna terus naikkan bibir Kaizo untuk menjadikan senyuman dengan menggunakan jarinya di kedua belah tangan dia, tetapi Kaizo tetap dengan wajah masam dia
"Biarkan ajelah abang tu" Fang terus heret tangan Lynna "Jom kak Lynna, kita pergi tunaikan permintaan si itik ni"
Kaizo melihat diri dia di cermin dan cuba senyum sedikit tetapi apa yang dia nampak, hanya senyuman seperti orang gila. Jadi, dia ubahkan balik senyuman tadi kepada yang asal iaitu diri dia yang sentiasa serius
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fang, Kaizo, Lynna dan Rizu sampai awal di kedai Tok Aba. Manakala kawan-kawan Fang yang lain sudah pergi memanggil kanak-kanak tadika dan juga kanak-kanak di rumah anak yatim piatu. Kaizo tidak bersedia untuk melihat diri dia berpakaian badut. Dia adalah Kapten Kaizo bukan kapten badut tapi dia terpaksa lakukan demi galaxy. Ini semua untuk menyelamatkan galaxy, dunia ini dan juga melindungi orang-orang yang dia sayang. Fang hanya duduk diam sahaja, dia malas hendak bersuara dan di dalam kepala dia, hanya fikirkan bagaimana nak hiburkan hati budak-budak sebentar nanti
"STYLOBOT!"
"Hai Pizu! Pizu nak apa?" Stylobot suka melihat Rizu datang ke kedai Tok Aba. Tangan dia sudah bersiap sedia dengan pencil dan buku nota kecil untuk mengambil pesanan "Pizu nak pesan apa-apa tak?"
"Teh hijau satu" Kaizo pula yang menjawab
"Err.. kejap yea" Stylobot terbang ke sebelah Ochobot yang sedang sediakan waffle "Ochobot, teh hijau ada ke?"
"Ada ada. Tok Aba sudah sediakan khas untuk Kapten Kaizo. Tok Aba simpan serbuk teh hijau tu dalam kabinet"
"Ok! Terima kasih Ochobot" balas Stylobot. Dia pergi mencari botol serbuk teh hijau itu
"Baik pulak Tok Aba sediakan teh hijau untuk abang Paizo. Ini mesti Tok Aba sayangkan abang Paizo!" kata Rizu sambil melihat Ochobot sudah habis sediakan waffle untuk pelanggan yang ada di situ. Kaizo tersenyum bangga kerana dia disayangi oleh Tok Aba "Abang robot, Pizu nak hantar waffle ni dekat pelanggan boleh?"
"Boleh boleh.. hantar dekat meja yang ada banyak sangat shopping beg tu. Kakak tu yang order" Rizu angkat pinggan waffle itu secara perlahan. Dia tidak mahu waffle itu terjatuh atau diri dia yang terjatuh nanti
"Korang datang sini sebab apa? Mana Boboiboy dan yang lain-lain?"
"Dia orang pergi ajak kanak-kanak untuk datang ke, Ochobot" kata Lynna. Stylobot berikan satu cawan teh hijau kepada Lynna dan satu lagi kepada Kaizo "Terima kasih Stylobot. Rajin yea kamu berdua uruskan kedai Tok Aba tapi mana Tok Aba?"
"Tok Aba ambik barang sekejap dekat rumah" jawab Ochobot "Boboiboy bawak kanak-kanak pergi sini untuk apa? Jangan cakap dia dan kawan-kawan dia nak belanja dia orang makan pula. Mesti sejuk hati Tok Aba nanti"
"Bukanlah abang robot. Abang Paizo, kakak Lynna dan abang Fang kena jadi badut. Dia orang kena hiburkan budak-budak yang ada di dekat Pulau Rintis ni dan Pizu pula nak jadi badut penguin!"
"Kalau macam tu, biar aku tolong! TUKARAN PAKAIAN BADUT!" Sebuah cahaya putih terus menyinari sekeliling tubuh badan Kaizo, Lynna, Fang dan Rizu. Pakaian mereka terus berubah menjadi pakaian badut. Di setiap hidung mereka terdapat sebuah bola berwarna merah. Pakaian mereka seperti badut dari sebuah kerajaan diraja kecuali Rizu. Dia memakai costume penguin. Lynna memakai skirt kembang labuh, Kaizo ada pingat-pingat di pakaian badutnya tetapi pingat itu dalam wajah badut dan Fang pula, dia seperi abang dia. Di rambut mereka terdapat sebuah mahkota yang diperbuat daripada plastik
"Hehehe... abang jadi raja badut dan kak Lynna adalah permaisuri badut" Fang ketawa sedikit di situ tetapi dia rasa menyesal kerana dia tidak membawa kamera
"Dan kau pula jadi putera badut. Elok sangatlah tu, keluarga badut" Kaizo tidak begitu gembira dengan pakaian dia. Muka dia penuh dengan make up putih "Stylobot, hilangkan make up ni"
"Errr.. ok" Stylobot terpaksa padamkan make up yang ada di muka Kaizo, Lynna dan Fang menggunakan kuasa dia. Muka mereka bertiga kembali menjadi kepada yang asal. Bola merah di hidung mereka tidak hilang, masih lagi kekal lagi di situ "Ok, dah nampak comel"
"Comel?" Kaizo tidak begitu gemar kalau diri dia dipanggil comel
"Kau comel apa. Comel berpakaian lain selain daripada pakaian biasa kau" kata Lynna "Kau dan adik kau memang suka betul pakai baju tanpa lengan"
"Kerana ianya memudahkan kami untuk berlatih di dalam latihan tempur nanti dan juga memudahkan kami untuk bergerak dengan selesa" kata Fang dengan senyuman bangga dia "Abang dulu selalu berlatih adik untuk menjadi ahli pasukan yang terbaik! Sekarang ni, adik sudah pun mahir dalam bab-bab berlawan dan menggunakan jam kuasa"
"Bagus tu. Tak perlulah akak ajar kamu lagi lepas ni"
"Salah, kau kena ajar dia juga supaya dia tidak lupa dengan apa yang dia belajar selama ini. Aku mahu dia berlatih setiap hari supaya dia menjadi hebat, cergas, tangkas, kuat dan dapat mempertahankan diri dia sendiri" Kaizo minum teh hijau dia sedikit
"Tapi abang, adik sudah pun menjadi hebat, cergas, tangkas, kuat dan dapat mempertahankan diri adik"
"Betul tu tapi abang tengok, kau selalu sangat jadi tak betul. Macam mana nak jadi macam aku, kalau diri tu selalu sangat tak betul. Semenjak kau duduk dekat sini, kepala kau sudah mula jadi tak betul. Kalau aku bawa kau pulang, mesti aku dapat betulkan balik otak kau tu" Kaizo terus sekeh kepala dia "Apa nak jadi dengan kau ni. Kalau musuh serang kau time kau jadi tak betul, macam mana? Kawan-kawan kau juga yang kena selamatkan kau atau abang yang kena selamatkan kau nanti"
"Abang! Janganlah buat adik macam ni... abang... abang... hahahaaa!" Kaizo tetap sekeh kepala adiknya tanpa berhenti kerana dia terlampau sayangkan sangat adik dia. Lynna tersenyum sedikit melihat kemesraan mereka berdua "Heheheee.. abang! abang... hehee... kalau adik tak betul pun, abang tetap sayangkan adik.. heheee"
"Betul tu, Pang!" Kaizo berhenti dan terus dia peluk kepala adiknya
"Bestnya kalau Pizu ada abang macam tu tapi PIZU ADA DUA ABANG ALIEN! Heheheee... Abang angkat yang super awesome!" Rizu pergi sertai sekali untuk peluk Fang "Pizu sayang abang Paizo dan abang Fang"
"Hmm.. bahagianya" bisik Lynna. Lalu dia ternampak kepala Picu terkeluar sedikit di poket baju dia. Lynna tergelak sedikit kerana ada bola merah besar di tengah-tengah muka Picu "Hehehee.. alahai, comel betul Picu ni. Dia pun nak jadi badut juga" Dia angkat Picu keluar dari poket dan terus letak di atas kepalanya
"Ada pertunjukkan apa pulak ni?" muncul suara Tok Aba. Kaizo, Fang, Lynna dan Rizu terkejut seketika dengan kehadiran Tok Aba tetapi selepas itu, mereka tersenyum kecil kecuali Kaizo "Kamu semua ni ada rancangan terbaik ke?"
"Bukan atuk, ini adalah rancangan dari Lily si itik tu. Dia yang suruh kami berpakaian begini. Ini pun sebab kami mahukan maklumat penting dari si itik tu" kata Kaizo dengan nada serius dia "Terpaksa kami tunaikan permintaan dia yang merapu ni"
"Quack quack quack" Kaizo melirik matanya ke bawah. Di tepi kaki dia, seekor itik sedang mencekak pinggang. Lily si itik baru munculkan diri bersama Shadow dan Pikachu "Quack quak quack!"
"Apa si itik ni cuba katakan?"
"Begini abang Paizo. Lily si itik marah abang Paizo sebab cakap permintaan dia merapu. Jadi dia tak nak berikan maklumat tu nanti" Muka Kaizo terus berubah menjadi bengang "Ada lagi dia cakap, kalau abang Paizo nak juga maklumat tu, abang Paizo tak boleh cakap permintaan dia adalah merapu!"
"Baiklah, aku tak kan kata begitu lagi"
"Tapi memang betul pun permintaan dia bukan merapu sebab permintaan dia adalah untuk hiburkan hati kanak-kanak" kata Lynna "Tapi tak semua kanak-kanak suka dengan badut. Yang dewasa pun, masih lagi takut dengan badut.. hehehehe"
"Contohnya hantu badut" Fang terbayangkan hantu badut muncul ketika mereka buat pertunjukkan. Mesti ramai yang larikan diri dan sudah tentu Gopal orang pertama sekali akan lari dari situ "Hehehee.. suka tengok hantu tapi diri sendiri tu yang takut"
"Dey, kau mengumpat pasal aku yea" Gopal jentik dahi Fang. Selepas itu Rizu gigit tangan Gopal "ADOI! AMMA! APPA! TANGAN ANAK MU KENA GIGIT DENGAN IKAN PIRAHNA!"
"Bagus Rizu, bagus.. abang bangga dengan Rizu" Fang tersenyum bangga sambil mengusap kepala Rizu "Abang ingat Rizu sudah buang tabiat gigit orang tu, rupanya belum.. hehehee..itulah kau, Gopal. Jentik aku lagi, terimalah padahnya.. HAHAHAAA!" Kaizo pula jentik dahi adiknya kerana gelak seperti orang gila. Kali ini Rizu tidak berani hendak gigit tangan Kaizo
"Ketawakan aku lagi, kan dah kena dengan abang kau" Fang merenung tajam ke arah Gopal, selepas itu dia palingkan mukanya ke arah abang dia sendiri. Gopal tersenyum sahaja di situ dan terus pergi ke tempat lain dengan siulan dia
"Sudah sudah, budak-budak semuanya sudah ada dekat sini. Termasuklah peminat abang Kaizo, kawan-kawan haiwan kepada Lily si itik, Shadow dan Pikachu" Boboiboy tunjuk para penonton yang sudah terduduk di atas rumput hijau. Ada yang membawa tikar atau kerusi masing-masing. Tempat duduk di hadapan kedai itu sudah pun dipenuhi juga. Semuanya tidak sabar untuk melihat Kaizo membuat persembahan
"Berkumpul semua!" Lynna panggil mereka berkumpul di tepi kedai terlebih dahulu. Mereka berdiri di dalam sebuah bentuk bulatan. Tok Aba rasa teruja dengan kesungguhan mereka walaupun tidak berlatih lagi "Ok, Lily jadi itik badut host. Fang akan mulakan dulu. Lepas tu baru akak dan abang Kaizo buat persembahan. Kita akan mengadakan pertunjukkan magic"
"Wuuuu! Kak Lynna nak buat landak hilang ke?" Mata Lily terus bersinar-sinar
"Hehehe.. itu pun kalau akak berjaya. Ok, semua sudah bersiap sedia?"
"SUDAH!" kata Fang dan kawan-kawan dia
Kaizo hanya dengar sahaja arahan dari Lynna tadi. Lily mengambil mikrofon di tangan Ying. Mereka tadi sempat mengambil mikrofon dan radio di rumah Ying. Emmy pun ada di situ juga kerana mereka menjemput dia dan membawa sebuah mesin untuk membuat belon dalam pelbagai bentuk. Kini Lily sudah pun berada di depan kedai Tok Aba untuk menjadi pengacara pertunjukkan ahli silap mata ini
"HAI SEMUA!" kata Lily melambai-lambai ke arah para penonton. Senyuman mesra dia membuatkan ramai rasa senang hati "Nama saya Lily! Hari ini saya jadi badut itik. Kami disini ingin mengadakan sebuah pertunjukkan magic! Siapa suka magic? Angkat tangan cepat!" Ramai yang angkat tangan, termasuklah para haiwan yang ada di situ "Wah! Ramainya! Baiklah, pertunjukkan magic yang pertama adalah dari SANG LANDAK KITA! Dia adalah Putera Landak tapi landak badut berasal dari keluarga badut! DIPERSILAKAN LANDAK ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI FANG!" Lily pergi ke tepi untuk memberi laluan kepada Fang
"Hai semua! Nama saya Fang bukan landak. Si pelik tu aje yang suka sangat nak panggil saya landak" Fang mengeluh kecil di situ. Dia tenangkan hatinya dan teruskan berkata lagi "Disini saya ingin pertunjukkan bayang! Hahahaaa.. siapa nak tengok kuasa bayang?" Dia terlupa yang jam kuasa dia sudah dirampas oleh musuh-musuhnya. Ramai yang sudah mengangkat tangan dan tidak sabar untuk melihat persembahan bayang itu nanti
"Wei Fang, kau mana ada jam kuasa" Boboiboy bisik kepada Fang
"Alamak" Fang perlu fikirkan sesuatu untuk selesaikan masalah ini "Hah! Takpe takpe.. aku tahu.." Dia kenyitkan matanya kepada Stylobot dan robot itu memahami apa yang dia perlu buat sebentar nanti. Fang betulkan suaranya dan berikan senyuman mesra dia kepada para penonton "Baiklah, saksikanlah.. NAGA BAYANG!"
Secara pantasnya, Stylobot menukar pakaian Boboiboy kepada costume naga yang berwarna hitam. Ekor costume itu panjang menjelar. Dia tidak terkejut tetapi dia akan cuba untuk hiburkan para penonton terutama sekali kanak-kanak yang ada di situ. Yaya menolong Fang untuk jayakan pertunjukkan untuk dengan menggunakan kuasanya
"Kuasa apungan gravity!" Boboiboy terapung dari situ sambil menari-nari di dalam costume naga dia. Lily terasa ingin terbang sekali bersama Boboiboy
"Macam mana? Hebat tak kuasa bayang saya?" Fang tersenyum bangga di situ walaupun ianya bukanlah kuasa bayang dia yang sebenarnya. Kanak-kanak di situ cukup terhibur dengan pertunjukkan tadi. Mereka tidak kisah kalau ianya bukanlah kuasa bayang betul. Peminat Kaizo hanya bertepuk tangan sahaja "Baiklah, seterusnya.. saya buat satu lagi bentuk bayang iaitu ITIK BAYANG!"
Stylobot mengubah warna cotume Lily kepada hitam. Lily sudah mengibas-gibas tangannya untuk terbang di sebelah Boboiboy. Hati dia sudah teruja apabila Yaya sudah apungkan diri Lily. Kini Lily dan Boboiboy berada di udara di dalam costume hitam mereka
"Saksikan bayang-bayang ini menari di udara" Fang angguk kepalanya kepada Yaya dan terus Yaya bermain-main dengan kuasa gravity dia
Boboiboy dan Lily terbang di udara dan mengelilingi kedai Tok Aba dengan pertunjukkan tarian mereka yang pelik itu. Para penonton ketawa melihat tarian menari mereka yang lawak itu. Lily si itik berpuas hati apa yang dia lihat sekarang ini. Gelak ketawa dari kanak-kanak riang, membuatkan Lily si itik akan berikan maklumat penting itu kepada tuannya nanti tetapi dia harus tunggu kerana dia ingin melihat persembahan dari tuannya sebentar lagi
"Terima kasih, terima kasih" kata Fang sambil memberikan tundukan kepada para penonton yang memberikan tepukan gemuruh kepada dia. Yaya turunkan Boboiboy dan Lily dari udara. Mereka berdua mendarat dengan selamat "Saya tahu kamu semua tidak sabar untuk menonton pertunjukkan magic yang sebenarnya! SILA BERIKAN TEPUKAN GEMURUH UNTUK RAJA DAN PERMAISURI BADUT IAITU KAPTEN KAIZO DAN KAK LYNNA!"
Kaizo dan Lynna sudah pun berdiri di hadapan penonton. Kaizo melirik matanya ke arah Lynna yang sudah tersenyum mesra kepada para kanak-kanak yang sudah tidak sabar itu. Kaizo cuba hendak berikan senyuman mesra dia kepada mereka tetapi senyuman dia nampakkan seluruh gigi dia yang putih itu. Ramai kanak-kanak rasa tidak begitu selesa dengan senyuman Kaizo sebentar tadi. Lynna gelengkan kepalanya kepada Kaizo. Senyuman Kaizo terus bertukar menjadi serius. Bibir dia tertutup rapi seperti biasa
"Hai semua! Saya adalah Lynna atau kamu semua boleh panggil saya permaisuri badut!" Senyuman mesra dan nada suara Lynna membuatkan para penonton rasa selesa "Dan ini pula adalah Kaizo atau raja badut! Kamu semua sudah terhibur dengan kuasa bayang dari putera badut tadi?" Ada yang jawab tak, ada yang jawab yea "Kalau tadi adalah naga bayang, kali ini permaisuri badut akan keluarkan NAGA BERAPI!"
Lynna menghayunkan tangannya di udara. Sebuah bola api berwarna ungu terapung di atas mereka. Api itu berubah bentuk kepada seekor naga yang amat besar sekali. Lynna begitu bijak mengawal naga dia. Naga api itu berpusing-pusing dan pergerakannya menjalar seperti ular
"NAGA TENAGA!" Kaizo pula keluarkan seekor naga berwarna biru
Ramai yang teruja melihat dua naga berlegar-legar di udara. Fang tidak pernah nampak abang dia gunakan kuasa untuk keluar seekor naga. Dia berikan tepukan dan rasa sangat bangga dengan kesungguhan abang dia. Kaizo dan Lynna mengawal naga mereka di udara. Naga-naga itu menari-nari di langit biru dengan mengikut rentak musik yang telah dimainkan di radio. Kaizo dan Lynna bersilangkan naga mereka dengan pergerakan yang lembut tetapi pantas. Selepas itu naga-naga itu berpusing seperti roda. Lynna keluarkan percikan api dari naganya. Percikan-percikan api itu terus berubah bentuk menjadi beberapa ekor kupu-kupu berapi. Para penonton berikan tepukan gemuruh. Kupu-kupu itu berterbangan di sekeliling para penonton. Dari seekor kupu-kupu, ianya berubah menjadi pari-pari berapi pula kali ini. Pari-pari itu membuat pertunjukkan ballet di situ. Ramai terpegun dengan kelembutan tarian ballet itu. Pertunjukkan itu menjadi sebuah pertunjukkan yang mereka tidak boleh lupai kerana ianya terlalu fantasy dan magic. Mereka sendiri boleh merasai diri mereka berada di dunia fantasy. Lynna dan Kaizo mengubah naga mereka kepada bentuk manusia iaitu seorang puteri dan seorang putera. Puteri dan putera itu menari tarian waltz. Pari-pari berapi tadi terbang dan mengelilingi puteri dan putera itu di dalam sebuah bentuk bulatan. Ianya sangat indah walaupun di siang hari. Peminat-peminat Kaizo mula terbayangkan puteri dan putera itu adalah diri mereka dan juga Kaizo. Orang yang lalu lalang di taman itu, semuanya berhenti untuk melihat pertunjukkan dari Kaizo dan Lynna
"Macam pertunjukkan bunga api" kata Fang
"Tahu takpe.. jadi bolehlah kita adakan bunga api dengan bantuan kak Lynna"
"Boleh jugak tu Gopal. Jimat duit kita orang nanti" Seluar Boboiboy ditarik-tarik oleh seseorang. Dia melihat ke bawah. Dia ingatkan Idoli yang tarik seluar dia tetapi rupanya Lily si itik yang menarik-narik seluarnya "Kenapa Lily?"
"Quack quack quack" Boboiboy tidak begitu faham maksud itik itu "Quack quack quack quack"
"Maksud dia, maklumat yang diperlukan oleh abang aku. Dia akan berikan dan dia ucapkan terima kasih kerana tunaikan permintaan dia" ujar Fang dengan nada serius "Nampaknya kita sudah semakin hampir untuk mengetahui siapakah mastermind ini"
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Suasana kedai Tok Aba sudah kembali tenang. Kanak-kanak, para peminat Kaizo dan juga kawan-kawan haiwan kepada Lily s itik, Shadow dan Pikachu sudah pun bersurai dari situ. Sebelum mereka beredar, Emmy berikan sebuah belon kepada para pengunjung pertunjukkan tadi. Semuanya gembira dan ingin melihat pertunjukkan itu lagi pada masa akan datang. Para penonton tadi sempat juga bermesra dengan ahli keluarga badut dan Picu menjadi tarikan kanak-kanak dan juga para remaja kerana kecomelan dia. Selepas itu, Kaizo ,Fang, Lynna, Faye dan kawan-kawan mereka terus berkumpul di gazebo untuk mendapatkan maklumat penting dari Lily si itik. Kepala itik itu tertunduk malu dan ada perasaan takut juga didalam hatinya. Dia takut kalau orang itu akan tangkap dan jadikan dia itik panggang atau dia takut rahsia sebenarnya akan terbongkar nanti
"Jangan takut Lily, kami ada disini. Kami akan melindungi kamu dari orang itu nanti" Lily si itk melihat Lynna. Dia terkejut kerana Lynna tahu apa yang dia rasakan pada ketika itu "Siapakah orang itu, Lily?" Suara lembut Lynna membuatkan Lily si itik mula membuka ceritanya
"Quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack" Semua melihat satu sama lain kecuali Lily dan Rizu. Kepala mereka angguk dan cuba fahamkan apa yang di ceritakan oleh itik itu "Quack quack quack quack quack"
"Apa maksud dia?" tanya Kaizo
"Maksud dia. Orang itu adalah seorang alien yang suka bergerak secara bersendirian. Dia mempunyai askar robot yang begitu banyak. Robot-robot itu adalah hasil ciptaan dia sendiri" kata Lily. Lalu dia bercerita lagi. Semua mata-mata di situ kini pandang ke arah Lily dan begitu tekun sekali untuk mendengar maklumat dari itik itu tadi "Dia dulu adalah seorang ahli pencipta disebuah planet tetapi disebabkan rancangan jahat dia, alien-alien di planet itu telah mengusir dia keluar dari planet itu. Jadi alien itu telah menjalankan rancangan dia secara senyap dan pada masa yang sama, dia mengumpul maklumat tentang Semiley dan Blueish"
"Quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack"
"Dia cakap Semiley dan Blueish berkenalan di bumi. Blueish tertarik dengan Semiley sebab dia alien.. you know, macam abang Kaizo dan kak Lynna" Kaizo dan Lynna terdengar sedikit gelakkan dari Fang "Blueish ada bawa Semiley ke dunia fantasy dia. Bukan dunia itu sahaja, ke dunia juga seperti Natural World, dunia yang tiada magik"
"Dunia yang penuh dengan makhluk-makhluk ganas dan menggerunkan. Ianya sukar untuk menjinak-jinakkan makhluk itu. Kalau kak Lynna terperangkap di situ, akak sendiri tidak dapat gunakan kuasa kerana semuanya di situ memang tiada kuasa tetapi hanya seorang sahaja yang kuasa iaitu penjaga dunia itu... tapi penjaga dunia itu bukanlah baik orangnya" Lynna rapatkan Rizu kepada diri dia kerana dia tahu Rizu teringat balik kejadian itu pada tahun lalu. Dia belai rambut Rizu sedikit sambil berkata lagi "Mungkin dari makhluk-makhluk itu, Semiley tertarik untuk mengkajinya dan mungkin penjaga dunia itu menghasut Semiley untuk membawa keluar makhluk-makhluk itu dari galaxy"
"Quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack"
"Dia cakap Semiley memang tertarik dengan makhluk-makhluk itu. Pada mulanya, dia tiada niat jahat. Jadi dia membawa Blueish ke satu planet iaitu planet Pira supaya mereka dapat mengkaji makhluk itu bersama dan juga jauh daripada orang ramai. Dari situlah mereka bina lima piramid itu. Blueish telah menggunakan kuasa dia untuk membina piramid itu secara cepat. Kelima-lima piramid itu dapat menghasilkan semua dimensi ke dunia lain tapi mereka perluakn kuasa untuk membukanya. Kuasa yang terkuat dan Blueish ingin berikan kuasa-kuasa yang ada di dunia dia untuk membuka dimensi itu. Pada masa yang sama, Semiley mencipta sebuah mahkota dan pada mahkota itu terdapat sebutir batu berlian. Sebenarnya, batu berlian itu adalah power sphera. Rupanya kecil dan berbentuk crystal. Ianya dapat mengawal segala jenis haiwan, alien ataupun manusia. Ianya juga boleh berikan arahan kepada mangsa mereka untuk lakukan kebaikan atau kejahatan. Mereka tahu itu adalah power sphera dan idea kejahatan sudah mula menular di kepala otaknya Semiley. Apabila Blueish dapat tahu, dia terus menghalang rancangan jahat Semiley" Lily belai kepala Lily si itik agar itik itu dapat bercerita dengan tenang
"Quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack"
"Apa lagi dia katakan, Lily" tanya Boboiboy. Lily betulkan suara dia dan terus membuat nada serius ala-Kaizo
"Blueish merampas mahkota itu dari tangan Semiley. Dia terpaksa berlawan dengan sahabat dia sendiri. Dia gunakan kuasa dia untuk menghantar Semiley ke tempat yang jauh dari planet Pira. Selepas itu, Blueish membina sebuah makmal computer di bawah tanah. Dia juga membina sebuah mesin yang dapat sembunyikan kelima-lima piramid itu. Blueish begitu bijak sekali kerana dia tubuhkan satu pasukan untuk melindungi piramid itu. Makmal computer itu juga dapat menyimpan beribu-ribu maklumat tentang alien-alien yang ada di galaxy. Seluruh pasukan dia telah merantau ke sana sini untuk pastikan tiada siapa dapat tahu tentang piramid itu. Makmal computer itu juga akan berfungsi kepada sesiapa yang tiada niat untuk menggunakan piramid itu. Robot Custor itu dicipta untuk pastikan sesiapa yang masuk makmal itu adalah baik ataupun jahat. Hanya robot Custor sahaja yang dapat menggunakan computer makmal itu. Kalau robot Custor itu dimusnahkan, memang tiada siapa dapat membuka computer itu"
"Apa yang terjadi dengan Blueish? Tak kan dia hilang begitu sahaja" tanya Boboiboy lagi
"Quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack" Mata Lily membulat besar kerana terkejut dengan informasi yang dia dapat dari Lily si itik "Quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack"
"WHAT?!" terkejut Lily. Tangan Lily terus peluk itik itu dengan titisan air mata mengalir keluar dari mata itik itu
"Apa yang berlaku? Apa yang dia ceritakan tadi itu?"
"Abang Paizo, biar Pizu pula bercerita!" Kali ini Rizu pula buat suara serius ala-Kaizo "Selepas sahaja Blueish selesaikan masalah di Planet Pira. Blueish pulang ke dunia asal dia iaitu dunia fantasy. Pada masa itu, dia sudah tidak larat dan bayi di dalam kandung dia akan keluar tidak lama lagi. Maka Blueish beranak di dunia fantasy. Blueish dan Semiley sebenarnya bercinta dan kahwin di planet lain. Keluarga Blueish tidak begitu setuju dengan perkahwinan dia dengan Semiley. Jadi baby itu.. telah diberikan sumpahan itik.. dan dan dan... baby itu sebenarnya adalah Lily si itik. Baby itik telah dipisahkan dari ibunya dan diusir keluar dari dunia fantasy. Baby itik itu tidak membesar kerana tiada kasihan sayang dari sesiapa pun. Nak pergi cari ibu dia pun, dia tidak tahu macam mana caranya hendak ke dunia fantasy. Bertahun-tahun lama juga hidup dia sebagai anak itik sehinggalah dia terdengar tentang kak Lynna dan rakan-rakan dia"
"Jadi, itik ni sebenarnya anak kepada Blueish dan Semiley?" Lily si itik angguk kepalanya kepada Kaizo "Bagaimana kau boleh membesar pulak?"
"Quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack" Kasihan mereka kerana kepala mereka penuh dengan bunyi itik sahaja kecuali Lily dan Rizu kerana mereka begitu faham apa yang itik itu cuba sampaikan
"Menurut kata itik ni. Dia membesar kerana dia dapat kasih sayang dari abang Paizo, abang Fang, kakak Faye, Idoli, Shadow, Pikachu dan juga kakak Lynna kerana menjaga dia dengan baik. Oh yea, tidak lupa juga, kakak Lily. Boleh dikatakan semualah jaga dia dengan baik. Badan dia mula membesar dengan sempurna kerana kasih sayang yang dia terima" Rizu sambung balik bercerita "Semasa pencarian dia, Lily si itik bertembung dengan kakak Lily dan dari situ kakak Lily kutip dia dan bawa dia ke Pulau Rintis. Lily si itik tidak tahu apa yang akan terjadi nanti kerana dia takut. Dia takut kalau dia tidak dapat berjumpa dengan kakak Lynna, dia akan menjadi itik selama-lamanya dan mungkin tidak dapat bertemu kembali dengan ibu dia. Permintaan dia tadi adalah untuk hiburkan hati budak-budak terutama sekali anak-anak yatim yang sudah kehilangan ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali. Dia tidak mahu mereka bersedihan seperti dia dulu"
"Sungguh tragis sekali kisah Lily si itik ni" Gopal cuba menahan dirinya daripada menangis "Aku tak sangka si itik ni ada kisah sedih" Terus dia menangis di bahu Boboiboy
Rizu mengesat air matanya kerana kisah Lily si itik terlalu sedih. Bukan dia sahaja yang merasai kesedihan itu, ramai yang turut bersedihan di dalam gazebo itu. Fang sudah peluk abangnya kerana dia teringat tentang ibu bapa mereka. Lalu Lily pula sambungkan cerita itik itu tadi
"Berbalik kepada kisah sang itik ni tadi. Lepas tu Lily bagi anak itik itu kepada Rizu. Lily suruh berikan anak itik itu kepada abang Kaizo tetapi Lily si itik tidak sangka, jodoh dia untuk bertemu dengan kak Lynna akhirnya termakbul juga. Tapi.. dia tak tahu macam mana nak beritahu kak Lynna sebab pada masa itu, dia belum lagi ditangkap oleh musuh kita. Jadi dia hidup sebagai anak itik sehinggalah dia diculik oleh seseorang. Orang itu telah masukkan chip ke dalam otak dia. Dari situ juga dia dapat tahu tentang kisah sejarah ibu bapa dia dan dia gembira juga kerana dapat tahu siapakah ayah dia tetapi dia juga tidak gembira kerana kejahatan yang ayah dia cuba lakukan"
"Jadi, Lily si itik takut kalau orang jahat itu tahu rahsia dia yang sebenarnya dan sudah tentu orang itu akan gunakan itik ni dan ayah dia si Semiley tu. Mungkin orang itu akan mempermainkan emosi mereka berdua terutama sekali Lily si itik" kata Yaya
"Kak Lynna dekat dunia sana memang tak tersebar langsung ke cerita tentang Blueish?"
"Tak Ying. Mungkin mereka ingin tutup cerita itu kerana malu ataupun sebab lain tapi kita sudah tahu perkara yang sebenarnya. Ayah si itik masih lagi hidup tapi ibu si itik ni, akak tidak tahu apa nasib dia. Rasanya akak perlu kembali ke dunia sana untuk mengetahui nasib Blueish" Lynna cium kepala Lily si itik. Selepas itu dia belai sedikit kepala itik itu "Jangan risau, kami akan kembalikan kamu kepada ibu kamu. Sekarang ini, siapakah mastermind dalam semua ini?"
"Quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack quack"
"Kata itik ni, nama orang itu adalah Lepus" Lily pandang ke arah Kaizo "Abang Kaizo pernah dengar nama tu?"
"Tak pernah" balas Kaizo "Tapi kita sudah mengetahui nama musuh kita. Sudah tiba masanya untuk aku laporkan kepada TAPOPS. Terima kasih Lily si itik, aku akan balas dengan budi baik dari Lynna sendiri. Dia akan tunaikan permintaan terakhir kau iaitu bertemu semula dengan ibu kau"
Lily si itik terharu sehingga dia menangis lagi. Dia akan kembali kepada ibu dia. Sudah terlalu lama dia menjadi itik sehingga dia sudah lupa bagaimana wajah ibu dia. Setiap hari dia berdoa dia dapat kembali di sisi ibunya dan akhirnya, doa dia akan termakbul tidak lama lagi. Lynna angkat itik itu dan berikan pelukan seperti Lily si itik tidak pernah rasai sebelum ini. Pelukan kasih sayang dari Lynna sendiri
"Jadi, sebelum dia jadi anak itik, apa jantina dia?" tanya Gopal
"Quack"
"WHAT?!" Terus kepala Lily kena ketuk dengan Fang "Adeh.. Lily terkejut kerana jantina dia adalah jantan bukan betina. UWAAAA! MANA ADA NAMA LILY UNTUK BUDAK LELAKI! ABANG KAIZO PUNYA PASAL LAH NI!" Kaizo hanya tersenyum sinis sahaja. Beberapa kawan-kawan Lily tergelak di situ
"Jantan rupanya, ini mesti handsome orangnya" Gopal mengusap dagunya "Tapi.. apa terjadi dengan mahkota si Semiley tu?"
"Mahkota itu selamat berada di dalam kapal angkasa TAPOPS"
"Salah" Kommander Kokoci sudah tiba di planet bumi. Mereka pusingkan badan untuk bersemuka dengan Kokoci yang sedang serius itu "Mahkota itu telah dirampas oleh musuh kita"
"Bagaimana benda itu boleh berlaku, kommander?"
"Begini Kaizo. Sewaktu pasukan TAPOPS berikan bantuan kepada kau, ketika itulah mereka masuk ke dalam kapal angkasa TAPOPS untuk mengambil mahkota itu. Mereka bukan salah mengalih perhatian kau tetapi mereka juga berjaya mengalih perhatian kita juga! Kita tak kan biarkan mereka membuka dimensi itu. Lindungi jam kuasa yang terakhir itu dan dapatkan semula keempat-empat jam kuasa yang lain. Aku akan hantar bantuan untuk kau, Kaizo"
"Tak perlu, aku akan pasukan tersendiri" Kaizo tunjuk pasukan dia iaitu pasukan yang suka menghuru-harakan keadaan tetapi dia percaya dengan keupayaan mereka "Mereka adalah kawan-kawan adik aku sendiri"
"Bukan ke abang Paizo dan kak Lynna adalah satu pasukan. Kenapa perlu ada dia orang juga"
"Yea Rizu, abang dan kak Lynna adalah satu pasukan tetapi abang perlukan ahli pasukan baru dalam misi ini" Kaizo melihat kawan-kawan adiknya satu per satu. Dia sudah bawa kali melihat mereka berjuang bersama. Samada ada kuasa atau tanpa kuasa, perjuangan mereka tidak pernah berhenti disitu. Semangat yang ada di dalam diri mereka, membuatkan Kaizo percayakan mereka
"Kalau begitu, aku akan hantarkan maklumat dimanakah musuh kita berada. Aku juga sudah dapat maklumat tentang dia" Kokoci hantarkan koordinat lokasi dimana Lepus berada sekarang ke jam kuasa Kaizo dengan menggunakan tablet dia sendiri "Pergi ke lokasi tersebut tetapi kau perlu berhati-hati dengan dia. Apa-apa pun boleh terjadi nanti"
"Bersiap sedia semua, kita akan bergerak seawal mungkin" Kaizo beredar dari situ dengan wajah seriusnya. Sinar harapan sudah menyinari diri Kaizo dan dia yakin, mereka akan tewaskan musuh mereka dan kembali ke bumi dengan selamat
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top