Kisah Lama Fang dan Kaizo

"Pagi yang indah! Angin yang tenang, hati ku rasa senang! Aku di sini untuk bersiar-siar, seorang diri. Encik bos ku terlalu sibuk nak fikirkan bagaimana nak kalahkan Boboiboy.. hehehee.. hebat juga aku berpantun" Probe terbang di bandar Pulau Rintis sambil melihat kedai-kedai yang menarik di bandar itu. Dia ada juga beli beberapa potongan kek untuk encik bos kesayangan dia "Kalau tak beli, nanti encik bos ku takde nak buat baik dengan aku tapi... kalau aku buat benda baik pun, dia balas dengan ketuk kepala besi aku ni.. adeh, menyedihkan betul"

Probe tidak kisah kalau dia kena belasah dengan encik bos dia kerana hati dia.. eh kejap, robot ada hati juga ke?

"Mestilah ada, aku kan robot luar biasa! Robot yang mempunyai emosi.. heheheee.. aku sentiasa setia dengan encik bos aku. Walaupun aku sudah berkali-kali kena belasah dengan dia. Encik bos ku, encik Adudu adalah encik bos paling aku sayangi! Oh encik bos ku, aku akan sentiasa berada di belakang mu dan sentiasa menyokong kejahatan mu!" Air mata palsu Probe mengalir keluar sambil melihat langit biru. Dia terbang tidak pandang di hadapan dia. Lalu dia terlanggar tiang lampu "Adeh, itulah aku.. terharu sangat, sampai langgar tiang lampu. Padan muka aku sendiri... eh... itu Kapten Kaizo dan Fang. Apa dia orang buat dekat kedai haiwan tu?"

Probe terbang ke tingkap kaca kedai haiwan itu selepas sahaja Kaizo dan Fang masuk ke dalam kedai tersebut. Dia mengintai apa adik beradik alien itu sedang lakukan di dalam kedai itu. Kaizo sedang melihat haiwan-haiwan di dalam sangkar-sangkar mereka. Ada seekor kucing sedang memanggil-manggil Kaizo. Lalu Kaizo berhenti dan mengusik-gusik kaca sangkar tersebut. Fang pula, mata dia sudah bersinar-sinar melihat seekor anak landak di dalam sangkar kaca. Dia memanggil abangnya tetapi Kaizo buat-buat tidak dengar

"Hehehee.. kasihan si Fang tu. Apalah Kapten Kaizo ni, suka sangat buli si Fang tu" Probe tergelak kecil di situ "Tapi kena buli macam mana pun, tetap mesra"

"Betul tu robot badut" Terkejut Probe dengan hadirkan satu suara yang dia jarang dengar. Dia pusing ke kiri dia dan nampak Lahap ada di situ

"Eh! Encik Lahap buat apa dekat sini?"

"Tengah jalan-jalan sebab bosan sangat duduk dekat kapal angkasa kapten aku tu. Jadi aku turunlah ke sini untuk melihat apa yang kapten aku sedang lakukan"

"Oh begitu.. tapi tuan hamba yang bernama Lahap, mesti ada kisah-kisah menarik tentang Kapten Kaizo dan Fang sebelum mereka tinggal di sini"

"Adalah juga kisah-kisah menarik. Apasal kau tanya? Nak ambil kesempatan untuk menjatuhkan kapten aku ke?" Terus Probe menggigil di situ kerana takut dengan suara garang Lahap

"Bu-bukan begitu encik Lahap. Saya cuma nak tahu aje kisah mereka yang comel-comel belaka tu.. hehehee"

"Kisah comel? Hmmmm... ada satu kisah comel ni" Lahap berjalan ke sebuah cafe yang berdekatan. Probe terbang di sebelah Lahap. Lalu Lahap duduk di cafe itu untuk mulakan kisah Fang dan Kaizo semasa mereka belum lagi datang ke bumi "Kisah ni memang comel sangat.. aku sendiri tak dapat nak lupakan"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada suatu hari, di dalam angkasa lepas. Terdapat sebuah kapal angkasa sedang bergerak dengan perlahannya. Kaizo dan Lahap baru sahaja habis dengan latihan tempur mereka. Pada ketika itu, Kaizo belum lagi dapat-dapat misi terpenting dia. Jadi pada waktu lapang, dia akan berlatih dan berlatih dan berlatih supaya dia tahu semua pergerakan musuh dia. Fang pula, masih kecil lagi. Dia selalu berada di dalam bilik dia untuk membaca atau belajar

"1.. 2.. 3.." Mata Fang terlelap serta merta

Kepala dia terbaring di atas buku mari mewarna nombor. Dia sudah dibuai mimpi indah. Di dalam mimpi itu, Fang mengejar seekor kupu-kupu yang berterbang di sana sini. Dia rasa sangat bahagia di dalam mimpi tersebut. Kaizo dan Lahap lalu di depan bilik Fang dan mereka perasan Fang sudah nyenyak tidur. Kaizo berhenti di depan pintu bilik adiknya dan lalu dia masuk ke dalam. Lahap hanya perhatikan apa kapten dia ingin lakukan. Kaizo tidak kejutkan adiknya, dia cuma angkat Fang dan terus baringkan di atas katil

"Selamat malam, Pang" kata Kaizo sambil selimutkan sebahagian badan adiknya. Selepas itu, dia tutup lampu bilik itu dan terus keluar

"Sayang betul kapten dengan adik kapten" kata Lahap sambil melihat kaptennya itu

"Sudah tentu. Dia tu satu-satunya adik aku. Tiada siapa dapat mengambil dia daripada aku"

"Tapi aku berharap, kapten tidak akan terlalu garang dan tegas dengan dia. Aku tahu dia cuba hendak menjadi seperti kapten kerana dia memandang tinggi terhadap kapten"

"Yea Lahap. Aku tahu tentang itu. Kalau dia ingin jadi seperti aku, dia harus belajar dan tidak bermalas-malasan tapi buat masa ni, biarkan dia bermain dulu. Dia masih kecil lagi tapi tahun depan, aku akan tegaskan diri dia supaya dia menjadi seperti aku" Kaizo berhenti di depan bilik dia "Masa untuk aku berehat. Selamat malam, Lahap"

"Selamat malam, Kapten" Lahap kembali ke bilik kawalan untuk periksa kalau mereka terima apa-apa benda penting

Beberapa minit selepas itu, Lahap keluar dari bilik kawalan kerana dia perlu pergi ke peti sejuk untuk mengambil beberapa makanan dan minuman. Dia kadang-kadang menonton film apabila kapten dia sedang nyenyak tidur. Tiba-tiba dia terkejut melihat Fang keluar dari bilik sambil mengosok-gosok matanya

"Pang, kau nak pergi mana tu?" Fang tidak menjawab soalan Lahap tadi. Lalu dia ikut Fang untuk pastikan Fang tidak buat perkara buruk tetapi Fang hanya pergi ke bilik abangnya

Lahap mengintai dari luar untuk melihat apa Fang cuba lakukan. Dia melihat Fang sedang panjat katil Kaizo. Selepas itu, Fang peluk abang dia yang sedang tidur itu. Kaizo terbangun dari tidurnya

"Pang? Kenapa kau ada dekat sini?"

"Adik nak peluk bantal busuk. Bilik adik takde bantal busuk"

"Tapi abang mana ada bantal busuk"

"Abanglah bantal busuk adik"

Kaizo tersenyum sedikit dengan jawapan adiknya tadi. Lalu dia peluk adiknya dan mereka tidur bersama pada malam itu. Lahap rasa terharu dengan kemesraan mereka berdua. Dia tersenyum dan beredar dari situ

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

"Cerita itu, sungguh sweet sekali" Probe mengelap air mata palsu dia "Keakbran mereka berdua membuatkan diri ku sangat cemburu! Setiap kali aku nak bermanja dengan encik bos aku, mesti kena ketuk dekat kepala besi. Sangat menyedihkan"

"Memang sangat menyedihkan pun"

"Tapi.. aku tetap ikut encik bos aku ke mana sahaja dia ingin pergi! Dan aku tak kisah kalau dia ingin menjadi jahat ataupun baik, aku akan tetap menyokong dia! HIDUP ENCIK BOS!" Probe berjoget-joget di sini. Kanak-kanak kecil yang lalu lalang di situ, tergelak melihat gelagat Probe yang begitu comel sekali

"Aku pun tetap setia dengan kapten aku" kata Lahap. Makanan yang dia pesan tadi sudah pun sampai iaitu spagetti meatball

"Hah, ada kisah dari Kapten Kaizo dan Fang lagi? Saya nak dengar lagi ni sebab sangat teruja dengan kisah-kisah adik beradik alien ni"

"Hmmm... bagi aku fikir" Lahap berfikir sambil kunyah satu meatball dia "Baru aku ingat satu kisah ni. Tentang bagaimana Kaizo masak untuk adik dia yang sedang kelaparan itu"

"Wuuuuu! Kisah menarik tu" Lily pula muncul di situ

"Aik, dari mana kau datang?" tanya Probe

"Hehehee.. Lily dari rumah Boboiboy tadi tapi dia takde pulak.. tapi Lily ada jumpa kucing oren dekat depan rumah dia. Jadi Lily bawalah dia ke sini" Lily tunjuk seekor kucing oren di dalam dakapan dia. Kucing oren itu mempunyai topi seperti Boboiboy

Kucing itu adalah Boboiboy. Idoli yang pergi tukar Boboiboy jadi kucing dan selepas itu, Idoli pergi bermain di makmal Emmy. Idoli tidak sempat untuk menukar Boboiboy kepada manusia balik kerana Rizu sudah memanggil dia untuk pergi bermain di makmal Emmy. Jadi, terpaksalah Boboiboy jadi kucing buat sementara

"Hah! Sambung balik dengan kisah Kapten Kaizo dan Fang" Probe tidak sabar hendak mendengar kisah itu dari Lahap

"Baiklah, begini ceritanya..."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

"Abang, adik lapar" Fang asyik menarik-narik jaket baju abangnya "Abang, jomlah pergi makan" Kaizo menoleh ke kiri untuk melihat adiknya. Fang sudah pegang perut dia dan mukanya menunjukkan orang sedang kelaparan. Kaizo bangun dari kerusi kaptennya di dalam bilik kawalan itu

"Makanan sudah habis ke?" tanya Kaizo dengan nada garang dia

"Sudah" jawab Fang "Adik lapar, adik nak makan. Abang tak nak makan ke?" Kaizo tidak mahu melihat adiknya dia kelaparan kerana dia sudah berjanji dengan ibu dia yang dia akan sentiasa menjaga dan melindungi Fang sepanjang masa

"Lahap, bawa kami ke planet yang ada pasaraya. Kita singgah sekejap. Beli makanan untuk adik aku ni"

"Baik kapten!" Lahap terus menukar koordinasinya ke sebuah planet yang dia tahu adanya pasaraya dan tidak berada jauh dari kedudukan mereka. Dia memusing balik kapal angkasa kaptennya

Kaizo kembali duduk di kerusi kaptennya. Fang pula duduk di riba abangnya sambil berikan pelukan manja. Kaizo belai rambut adiknya sedikit sambil melihat keadaan di luar angkasa itu. Lahap memandu kapal angkasa itu dengan tahap kelajuan maksima. Dia tahu Fang sedang kelaparan dan dia tidak mahu melengahkan masa. Dia juga tidak mahu diri dia dimarahi oleh kapten dia sendiri. Tidak sampai 15 minit, mereka sudah pun sampai ke sebuah planet yang mempunyai teknologi yang tinggi. Di planet itu terdapat pelbagai jenis alien yang tinggal di planet tersebut. Bangunan-bangunan di situ juga amat canggih sekali. Lebih canggih daripada planet asal Kaizo dan Fang. Lahap mendaratkan kapal angkasa mereka dengan selamat. Kaizo melihat adiknya sudah terlelap di dalam pangkuan dia. Lalu dia kejutkan adiknya. Dia tidak mahu tinggalkan Fang berseorangan di dalam kapal angkasa. Dia tidak mahu adiknya menangis atau keluar dari kapal angkasa itu dan mencari-cari dia di dalam planet itu

"Pang, mari kita pergi beli makanan"

"Ok abang" Fang membuka matanya sedikit demi sedikit "Adik nak makan"

"Yea yea, kita pergi ke pasaraya sama-sama. Kau jangan nak lari ke sana sini pula nanti" Fang turun dari pangkuan abangnya. Dia mengeliat sedikit dan terus tarik tangan abangnya untuk turun dari kapal angkasa itu. Lahap ikut sekali kerana dia terlalu bosan sebab kena asyik duduk dekat dalam kapal angkasa sahaja

"Lahap pun ikut sekali?" tanya Fang

"Yea Pang, aku pun nak ikut juga. Manalah tahu terjumpa minuman bertoksik ke"

"Ohhh.. ok tapi kalau Lahap tumpahkan toksik tu dekat dalam kapal angkasa, jangan lupa bersihkan yea"

"Baik budak bersih" Lahap tersengih di situ "Budak ni memang OCD betul" bisik dia

Mereka bertiga turun dari kapal angkasa tersebut. Kaizo sedang memimpin tangan adiknya supaya Fang tidak lari daripada diri dia tetapi dia tahu adiknya tidak akan lari. Dia tahu adik dia akan sentiasa ikut ke mana sahaja dia pergi. Lahap melihat dua adik beradik alien itu dengan rasa tenang di hati. Dia berharap tiada apa yang dapat pisahkan mereka berdua kerana kedua-duanya amat menyayangi diantara satu sama lain. Mereka berjalan ke sebuah pasaraya yang berdekatan. Pasaraya itu sangat besar dan luas sekali. Ianya bukan sahaja menjual makanan, ada juga mainan, buku, alat menulis dan pelbagai lagi. Kaizo mengambil sebuah trolley dan Fang ikut abangnya dari tepi. Mereka masuk ke dalam pasaraya itu sambil melihat-lihat makanan yang jual di dalam pasaraya tersebut

"Abang, adik nak biskut"

"Tak boleh, nanti aku juga yang kena habiskan. Kau tu tahu makan separuh sahaja" jawab Kaizo tetapi Fang tetap pergi ambil sekotak biskut dan lalu dia letak di dalam trolley tersebut. Kaizo langsung tidak sedar tentang itu. Dia cuma berhenti di bahagian minuman untuk membelek-belek sebotol air di situ

Selepas itu, mereka terus ke bahagian lain pula. Lahap sempat lagi ambil air minuman bertoksik yang khas di jual untuk alien yang suka minuman bertoksik. Fang dengan matanya bersinar-sinar, melihat kesemua makanan yang ada di situ

"Abang, adik nak chocolate"

"Tak boleh, nanti kau batuk dan gigi kau juga yang berlubang nanti. Aku tak nak kau sakit" kata Kaizo dengan nada serius dia

Seperti biasa, Fang akan pergi mengambil beberapa chocolate dan masukkan ke dalam trolley tersebut. Kaizo pula, berhenti untuk melihat sekotak cereal. Fang melihat abang dia seperti tidak kisah dengan makanan yang dia ambil lagi. Lalu dia masukkan lagi chocolate di dalam troller mereka. Lahap pula, dia sudah mengambil chocolate bertoksik. Selepas itu, Kaizo terus letakkan cereal yang dia ambil tadi. Dia masih lagi tidak sedar dengan adanya makanan lain di dalam trolley itu. Mereka lalu di bahagian makanan beku

"Abang, adik nak ice cream"

"Tak boleh! Nanti kau batuk, demam, selesema. Abang juga yang kena jaga kau"

Tetapi Fang hiraukan sahaja apa yang dikatakan oleh abangnya tadi. Jadi dia pergi mengambil sebuah tube ice cream dan terus masukkan ke dalam trolley. Kaizo pula, sudah berhenti untuk melihat nugget yang boleh mereka goreng nanti

"Abang, adik nak burger"

"Hmmm.. pergilah ambik" jawab Kaizo sambil membelek-belek bungkusan nugget itu. Fang dengan gembiranya, dia pergi ambil burger tetapi dia nampak benda lain pula iaitu frozen waffle, pancake, pizza. Dia tidak ambil burger, dan terus ambil frozeb waffle, pancake dan pizza

"ABANG!"

"Banyaknya kau ambil! Bukan kau nak burger ke tadi. Apasal kau pergi ambil benda lain?"

"Ala, bagilah adik makan benda lain pulak"

"Baiklah! Abang sendiri yang akan buat pizza untuk kau. Sudah! Pergi simpan makanan tu balik"

"Baik abang!" Fang pergi kembalikan makanan frozen yang ada di dalam tangannya

Kaizo melihat trolley dia, dahi dia sudah berkerut-kerut kerana ada makanan lain di situ seperti chocolate, biskut dan juga ice cream. Dia sabar sahaja dengan sikap adiknya mengambil barang sambil hiraukan kata-kata dia tadi tetapi dia tidak mahu membuat adiknya menangis. Lalu dia biarkan sahaja

"Abang! Adik dah letak balik!"

"Ok, mari kita ke bahagian sayur dan buah-buahan"

"Buah toksik! Aku akan datang!" Mata Kaizo melirik ke arah Lahap "Hehehee... maaf kapten"

"Pang! Kau nak buah apa?"

"Adik nak buah anggur! Lepas tu nak lobak merah! Abang nanti buatkan donut lobak merah" Fang sudah ambil beberapa tangkai buah anggur

"Nanti abang akan buatkan" Di dalam hati Kaizo, dia akan cuba cari resepi dan cuba buat donut kegemaran adiknya. Kalau tak begitu menjadi, dia akan suruh Lahap pergi cari donut lobak merah itu

"YEAH! ABANG BAIK!" Fang terus lari ke bahagian buah oren "ADIK NAK BUAH OREN JUGA BOLEH?"

"Ambiklah TAPI JANGAN AMBIK BANYAK-BANYAK!" Suara ketegasan Kaizo boleh didengari di seluruh bahagian pasaraya itu. Kaizo hiraukan sahaja orang-orang sedang perhatikan dia sebentar tadi. Lahap hanya tersengih malu di situ

"OK!"

Fang mengambil dua biji oren dan letakkannya di dalam satu plastik. Selepas itu dia mengambil sebuah tembikai yang sudah dipotong dua. Dahi Kaizo berkerut-kerut melihat adiknya meletak oren dan tembikai itu di dalam trolley mereka. Fang berlari ke tempat lain dan mengambil seikat pisang dan juga 1 dozen buah strawberry yang sudah tersusun di dalam bekasnya

"Banyak betul buah kau pergi ambil" kata Kaizo sambil angkat kening sebelah

"Untuk kesihatan kita juga nanti! ADIK NAK JADI KUAT MACAM ABANG!"

"Hmmm.. mari kita pergi bayar" Kaizo tolak trolley itu ke kaunter bayaran. Hanya sebuah android yang kejar sebagai juruwang di situ. Sambil dia tolak, sambil itulah Fang masukkan lagi makanan lain dan juga buku-buku mewarna, mengeja, buku membaca untuk kanak-kanak dan juga bola kecil untuk dia bermain nanti

"Itu sahaja?" tanya Kaizo

"Itu sahaja!"

Kaizo terpaksa bayar kesemua barang yang diambil oleh adiknya dan juga Lahap. Selepas sahaja habis pembayaran barang-barang tersebut, mereka tidak berhenti di mana-mana. Mereka terus ke kapal angkasa untuk kembali ke angkasa lepas. Kaizo dan Fang sibuk mengeluarkan dan simpan makanan-makanan yang dibeli tadi. Fang duduk di meja makan sambil melihat abang dia keluarkan bahan-bahan untuk membuat pizza. Kaizo sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk membuat pizza. Dia takut nanti jadi makanan lain pula dan dia takut kalau dia makan dan terus sakit. Lalu dia berdiri di situ sambil fikirkan bagaimana untuk membuat pizza. Fang tergelak kecil di situ

"Kasihan abang"

"Kenapa kau nak kasihan dekat abang pulak?"

"Sebab abang tak reti masak" Berkerut-kerut dahi Kaizo. Dia terus berikan renungan tajam ke arah adiknya "Hehehee.. abang kalau tak reti, abang buat apa yang abang reti"

"Hmmm.. abang reti makan sahaja"

"Habis tu, selama ni, siapa masakan untuk kita?"

"Lahap" balas Kaizo

"Ohhhhh.. kalau macam tu, kita masak sama-sama"

"Kau nak masak dengan abang?" Fang angguk kepalanya. Dia turun dari kerusinya dan terus pergi ke sebelah abang dia "Kau tahu masak ke?"

"Abang yang suruh adik pergi belajar tengok video-video macam mana orang bumi tinggal. Jadi macam-macam video adik tengok! Adik ada juga tengok orang buat sup lobak merah! Heheheee.. tapi adik ingat sikit-sikit"

"Bagus Pang, bagus. Teruskan lagi belajar. Tahun depan, abang akan ajar kau dalam latihan tempur nanti"

"YEAH!" Fang peluk abangnya

"Lepas tu abang akan hantar kau ke bumi untuk jalankan misi kau nanti" bisik Kaizo "Mari kita mulakan buat sup lobak merah"

"Tapi adik nak pizza"

"Yelah yelah.. kita buat pizza"

"Tapi abang mesti nak sup lobak merah"

"Mana-mana ajelah" balas Kaizo yang sudah naik geram dengan adiknya. Lalu dia sekeh kepala adiknya di situ. Mereka tidak sedar bahawa Lahap sedang perhatikan kemesraan mereka berdua. Dia tersenyum bersendirian di situ

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Aik, apasal kau menangis?"

"Oh Probe.. Lily menangis sebab indah sangat kisah si abang Kaizo dan si landak tu" Lily terus mencapai sehelai tisu dan lalu dia lap hingus dia "Lahap, ada cerita yang sedih-sedih tak?"

"Sudah sudahlah tu Lily. Nanti kalau Lahap cerita sedih, lagilah kau menangis bertan-tan dekat sini" Lily terus terkejut melihat kucing oren itu boleh bercakap. Muka dia menjadi orang ketakutan. Dia seperti nampak hantu di situ "Ke-kenapa Lily?"

"HA-HANTU KUCING?"

"Ini alien ke apa? Bukan ke kucing dekat bumi tak boleh bercakap" Lahap garu-garu kepala dia sambil melihat kucing oren itu

"Kucing alien? Boleh jual ni" Terus kepala Probe kena ketuk dengan meriam gergasi dari Lily "Adeh, mana pula meriam gergasi ni datang?"

"Ini Boboiboy lah!"

"MY BBB-CHAN JADI KUCING!" Lily terus peluk kucing itu di dadanya dan lalu dia goyang-goyangkan badannya dengan bahagianya "Mesti ibu bagi Lily bela kucing oren ni. Jangan risau MY BBB-CHAN! Lily akan jaga BBB-CHAN dengan baik"

"Adeh.." Boboiboy mengeluh kecil di situ "Lahap, ada cerita yang best lagi tentang abang Kaizo dan Fang?"

"Hmmm... ada kot. Kisah tentang Pang pergi bawa balik haiwan merbahaya. Dia cakap dia nak haiwan peliharaan"

"WUUUUUU! ADAKAH HAIWAN ITU NEKO NEKO?"

"Bukan Lily" balas Lahap "Ceritanya begini... pada masa itu Fang masih kecil lagi dan kapten aku pula, baru sahaja mendapat pangkat kapten"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Pang! Kau duduk dekat situ sekejap. Abang nak pergi lihat ada apa dekat depan sana tu"

"Alaaaaa.. PANG NAK IKUT!" Kaizo terus mencekak pinggang sambil berikan renungan kepada adiknya "Ok ok, adik duduk dediam dekat sini"

"Bagus. Abang pergi sekejap sahaja"

Kaizo terus mencantas beberapa dahan-dahan pokok yang menghalang jalan dia di dalam hutan itu. Fang duduk di atas sebuah batu besar sambil melihat sekelilingnya. Lahap ada di situ untuk menjaga Fang. Dia sudah diberikan amanah untuk menjaga Fang dengan baik. Kalau mereka diserang, Lahap disuruh kembali ke kapal angkasa secepat mungkin. Lahap perhatikan apa Fang sedang lakukan sekarang ini. Fang sudah turun dari batu besar itu dan terus bermain dengan seekor biawak besar. Biawak itu berwarna perang kehijauan

"Hai! Nama saya Fang tapi abang saya suka panggil saya Pang! Apa nama awak?"

"Adeh, biawak tu mana boleh cakap" Lahap tepuk dahi dia sendiri "Pang, jangan main jauh-jauh sangat. Nanti aku juga yang kena marah dengan kapten kau"

"Ok! Tapi Pang nak main.. abang asyik sibuk aje semenjak jadi kapten"

"Ala, kapten sibuk sekejap aje. Kalau dia takde misi, dia akan bermain dengan kaulah"

"Tapi ada misi ke takde misi ke, sama aje. Dia mesti suruh Pang duduk dekat dalam bilik, suruh Pang baca buku-buku yang dia beli tapi kadang-kadang tu, ada juga abang main dengan Pang. Abang suka sangat sekeh kepala Pang.. hehehee"

"Sebab kapten sayangkan kau" Lahap mengangkat biawak itu "Tapi kau jangan bawa pulang biawak ni pula. Nanti kapten mengamuk dekat dalam kapal angkasa"

"Ok!" Fang mengusik-usik kulit biawak itu. Dia terasa geli tetapi dia suka melihat biawak itu "Hehehehe.. biawak ni comel tapi betul ke tak boleh bawak balik?"

"Tak boleh. Kau nak kena marah dengan kapten kau ke?" Fang angguk kepala dia sambil tersenyum lebar "Adeh budak ni" Lahap menepuk dahinya sendiri "Kapten kau tu garang"

"Pang tahu! Sebab tu Pang suka tengok dia marah-marah. Nampak comel sangat.. hehehee"

"Kau pun comel juga" Lahap belai kepala Fang dengan tangan kanan dia

"Heheee.. Pang memang comel pun!" Mata Fang terpandang seekor bintang di belakang Lahap "Pang nak main dekat situ sekejap boleh"

"Mainlah tapi main dekat sini sahaja" kata Lahap dengan senyuman kecil dia

Fang terus lari di belakang Lahap. Dia mencangkung di depan seekor bintang. Badan binatang itu seperti biawak dan ianya adalah seekor Salamander. Ianya kecil seperti cicak tetapi Fang tidak tahu bahawa Salamander boleh menghasilkan api dari mulutnya seperti naga

"Hai! Nama saya Fang tapi abang saya suka panggil saya Pang!" Lahap tergelak melihat gelagat Fang "Awak nak tak jadi kawan saya? Pang takde kawan"

"Pang, kau buat apa tu?" Kaizo sudah kembali di situ "Kau nak bermain dengan haiwan tu ke?"

"Ha ah, boleh ke? Pang nak ambik dia sebagai haiwan peliharaan boleh?"

"Tak boleh" balas Kaizo "Mari kita kembali ke kapal angkasa. Apa yang aku cari, tiada di sini" Kaizo sudah berjalan ke kapal angkasa dia bersama Lahap. Fang cepat-cepat masukkan haiwan Salamander itu ke dalam poket jaket dia

"Duduk dalam poket Pang senyap-senyap ok" bisik Fang sambil ikut Lahap dan abang dia dari belakang. Dia tersenyum seorang diri di situ

Setelah sampai di kapal angkasa mereka. Kaizo, Fang dan Lahap naik ke atas dan terus masuk ke dalam kapal angkasa. Kaizo dan Lahap terus ke bilik kawalan untuk bincangkan sesuatu. Fang pula, dia terus ke bilik dia untuk bermain dengan Salamander itu. Dia tutup biliknya supaya abang dia tidak mengetahui tentang haiwan yang dia ambil tadi. Secara perlahan, dia keluarkan Salamander itu dan terus letak di atas katil dia sendiri

"Yeah! Selamat datang ke rumah baru kamu! Ermmm.. nak panggil awak apa yea?" Fang tenung Salamander itu lama-lama sambil fikirkan satu nama yang sesuai dengan haiwan peliharaan dia

"Nama apa yea yang sesuai.. hmmmm... Lizzy? Meow? Paico? Hehehee... namakan Kaizo sempena nama abang saya pun boleh juga tapi nanti Pang keliru pula. Kalau begitu, kita panggil awak MOCHI! Heheheee... sayang mochi!" Fang tepuk-tepuk kepala Salamander itu secara perlahan "Mulai hari ini, Mochi adalah haiwan peliharaan Pang tapi Mochi makan apa yea?"

Mochi tidak keluarkan suara. Dia hanya pandang Fang sahaja. Lalu dia terbatuk sedikit dan sebuah api kecil terkeluar dari mulutnya. Api itu terus terpadam di udara. Fang terkejut tetapi dia tidaklah begitu takut. Dia menjadi lebih teruja. Fang bertepuk tangan di dalam biliknya

"Mochi pandai! Mochi suka makan api yea. Nanti Pang cari api dekat dalam kapal angkasa ni tapi Pang kena hati-hati, takut abang Kaizo nampak pula" Mochi hanya pandang Fang sahaja "Mochi ni comellah! PANG SUKA MOCHI!" Pintu bilik Fang terbuka lupa

"Apa yang kau suka sangat tu?" Terkejut Fang dengan nada suara abang dia. Fang cepat-cepat sorokkan Mochi di bawah bantal "Pang, kau cuba sembunyikan sesuatu ke?"

"Mana adalah abang. Adik takde sembunyikan apa-apa" Fang hanya buat biasa sahaja supaya abang dia tidak mensyaki apa-apa

"Betul ni?" tanya Kaizo sambil angkat kening sebelah

"Be-betul abang"

"Baiklah. Mari pergi makan" Kaizo beredar dari situ tanpa menyoal adiknya lagi

"Fuh.. selamat abang tak tanya apa-apa lagi" Fang keluarkan Mochi dari bantal dia "Mochi tunggu sini ok. Nanti Pang datang balik" Dia keluar dari bilik itu dan tinggalkan Mochi bersendirian di dalam bilik tersebut

1 jam kemudian, Fang kembali ke dalam bilik tetapi kali ini dia tidak kembali dengan tangan kosong. Dia sempat mengambil beberapa keping roti dan juga beberapa potongan apple. Dia mahu berikan kepada Mochi kerana dia tidak tahu apa alasan dia akan berikan kepada abang dia, kalau dia mengambil api

"Mochi, Pang minta maaf sebab takde api untuk Mochi tapi Pang ada bawa makanan lain. Mochi makanlah" Fang letak beberapa makanan di depan Mochi tetapi Mochi tidak makan. Mata dia masih lagi memandang Fang "Mochi tak nak ke?" Mochi tolak buah apple itu jatuh dari katil

"Mochi tak suka? Pang tak tahu nak bagi Mochi apa.. tapi..." Fang angkat haiwan itu dan masukkan ke dalam poket jaketnya "Mochi duduk diam-diam ok. Pang cuba bawa Mochi dekat dapur"

Fang buka pintu biliknya dan lalu mengintai sedikit. Dia tidak mahu Lahap ataupun abang dia ada di situ. Selepas melihat laluan itu sunyi, dia terus keluar dari biliknya dan pergi ke dapur dengan segera. Dapur di dalam kapal angkasa itu, kecil sahaja. Hanya muat satu dapur dan satu peti sejuk. Fang cuba memasang api di dapur memasak itu tetapi dia takut kalau tiba-tiba dapur itu meletup

"Pang takut" Fang keluarkan Mochi dari poket jaketnya. Mochi sudah kelihatan kelaparan "Mochi sabar ok" Tiba-tiba Mochi terbatuk dan api besar pula terkeluar dari ini. Api itu hampir terkena Fang

"PANG! APA KAU BUAT TU?" Fang terkejut dengan suara marah Lahap. Fang cepat-cepat masukkan Mochi di dalam poket jaket dia tetapi Lahap nampak perbuatan Fang tadi "Pang, apa yang kau cuba sembunyikan tu?"

"Jangan beritahu abang. Pang tak nak kena marah"

"Apa yang dia lakukan?" Kaizo muncul di dalam dapur itu

"Maaf kapten, adik kapten ada bawa haiwan masuk ke dalam kapal angkasa ni"

"PANG! HAIWAN APA YANG KAU BAWA MASUK TU?" Fang menggigil di situ. Mata dia sudah berkaca dan kepala dia sudah tertunduk sedikit "Pang, beritahu abang cepat!"

"Pang.. Pang... Pang bawa masuk haiwan ni" Fang keluarkan Mochi dari poket dia "Nama dia Mochi dan dia lapar"

"Pang, kenapa kau bawa masuk haiwan tu? Haiwan tu tidak boleh menjadi haiwan peliharaan kau kerana ianya sangat merbahaya. Kau tahukan dia suka keluarkan api. Kalau kapal angkasa abang terbakar sebab haiwan tu macam mana?"

"Maafkan Pang!" Fang lari ke arah abang dia. Lalu dia peluk abangnya seerat-eratnya "Pang nak kawan, Pang takde kawan. Jadi Pang bawa balik Mochi. Jangan marahkan Pang"

"Tak, abang tak marah tapi lain kali beritahu abang" Kaizo belai rambut adiknya "Mari kita hantar pulang Mochi kau tu. Biarlah dia tinggal di planet dia sendiri"

"Ok. Lain kali Pang tak kan bawa haiwan mana-mana lagi"

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kasihan si landak.. tak dapat nak bela Mochi.. uwaaaaaaa! Apalah nasib Mochi sekarang ni" Lily lap air mata dia dengan sehelai tisu. Boboiboy tepuk-tepuk bahu Lily secara perlahan "Lahap, ada cerita yang best lagi?" tanya Lily

"Ada tapi tak perlulah aku cerita kesemuanya"

"Ala encik Lahap ni. Ceritalah lagi" Probe cuba memujuk Lahap dengan membuat muka comel dia "Encik Lahap kan baik aliennya. Lagi baik daripada Kapten Kaizo tu"

"Tak perlulah aku nak cerita tentang mereka lagi. Cubalah cerita tentang kau dan encik bos kau pula"

"Cerita Probe tak best" jawab Lily dengan selambernya

"Betul tu! Asyik nak ikut kejahatan si Adudu tu aje. Bilalah nak berhenti untuk kalahkan aku"

"Diamlah kau kucing" Probe ketuk kepala Boboiboy dengan sudu. Tiba-tiba Probe diketuk dengan meriam gergasi dari Lily "ADOI!"

"Hahaha.. ketuk aku lagi. Kan dah kena dengan Lily.. memang terbaiklah Lily ni"

"Lily akan sentiasa menjaga Boboiboy ku dengan baik" kata Lily dengan bangganya sambil makan pizza cendawan dia "Eh.. itu abang Kaizo dan landaklah"

"Dia orang tak beli haiwan apa-apa dari kedai tu?" Probe hanya nampak Kaizo sedang membawa sebuah plastik besar dan di dalamnya ada barang yang mereka beli tadi

"Tak kot" balas Lahap kepada Probe "Tapi nampak macam si Pang mengamuk aje"

Kaizo dan Fang berjalan menuju ke arah mereka yang sedang duduk di luar cafe tersebut. Fang seperti marah-marahkan abang dia tetapi abang dia abaikan sahaja kemarahan Fang. Kaizo buat-buat tidak dengar sahaja

"ABANG! Adik nak baby landak tu tapi abang tak bagi pula"

"Buat apa abang nak belikan untuk kau. Nanti kau ingat ada konspirasi landak pula lepas ni. Baik aku tak payah belikan untuk kau. Tak pun kau pergi bela aje kucing oren ni" Kaizo tunjuk seekor kucing oren yang berdiri di atas meja Lahap, Probe dan Lily

"Kucing oren buat apa. Kita kan sudah ada kucing oren dekat rumah, si Pikachu tu"

"Betul tu! Lagipun kucing oren ni Lily yang punya!" Lily dengan segeranya, dia peluk kucing oren itu "Lily ada kucing baru!"

"Janganlah bawa balik aku" Boboiboy tidak sanggup melihat diri dia menjadi kucing pada saat itu

"Eh, kucing ni bersuaralah" Fang usik-usik telinga kucing itu "Mesti kucing alien ni.. heheehehe"

"Mana ada!" balas Lily dengan garangnya "Ini kucing dari planet bumi! Nama kucing ini adalah-" Terus mulut Lily kena sumbat dengan roti garlic bread oleh Probe sendiri. Terus dia kunyah roti itu. Fang rampas kucing itu di dalam dakapan Lily

"Hehehee... ada kucing boleh bercakap ni pun ok gak. Bolehkan adik bela kucing ni?"

"Kan abang dah beritahu tadi, kau boleh bela kucing oren ni tapi jangan nak buat konspirasi kucing oren pulak lepas ni" kata Kaizo dengan tegasnya

"WEI WEI! AKU BUKAN KUCING SPECIAL LAH! AKU ADALAH-" Kali ini Kaizo sumbat ke dalam mulut Boboiboy dengan biskut kucing. Boboiboy terpaksa telan biskut-biskut kucing itu "Hmmm.. sedap pulak biskut kucing ni"

"Bagus, jom bawa balik kucing ni" kata Kaizo "Lahap! Lepas habis makan, jangan lupa pulang ke kapal angkasa. Takut nanti ada benda penting pula yang cuba menghubungi kita"

"Ba-baik kapten!"

"Tapi ini Lily punya kucing!" Lily tarik kucing oren itu dari pelukan Fang "LILY PUNYA! Kucing oren ini adalah MY BBB-CHAN!"

"Boboiboy ke ni?" Fang melihat kucing oren itu lama-lama. Baru dia sedar bahawa kucing itu mempunyai topi yang sama seperti kawan baik dia "Memang sah kucing ni Boboiboy" Dia mengusap kepala berbulu itu

"Wei wei, tukarkanlah aku balik. Aku tak nak jadi kucing lama-lama" Boboiboy mengeluh lagi di dalam dakapan Lily "Panggil lah Idoli, suruhlah dia tukarkan aku balik"

"Hehehe.. tak payah" Fang tersenyum sinis di situ "Selalunya aku akan jadi arnab, sekarang ni biar kau pula jadi kucing. Lily, kau boleh bawa balik kucing kesayangan kau ni"

"Wei wei! Janganlah macam tu" Boboiboy mengibas-gibas tangan berbulu. Dia cuba hendak mencakar tangan Fang tetapi tidak sampai

"Baik landak!" Lily berikan tabik hormat kepada Fang

"Jadi, kau tak nak bela kucing oren ni sebab kau nak seksa kawan kau pula?" tanya Kaizo kepada adiknya

"Betul tu abang! Tapi kalau boleh, adik nak abang bawa balik Neko Neko ke sini. Bolehlah abang" Mata Fang sudah bersinar-sinar untuk memujuk abang dia. Kaizo abaikan sahaja muka comel adiknya "Bolehlah abang. Adik rindu dengan Neko Neko. Adik nak bela harimau tu sebab dia jinak dan friendly sangat"

"Tak boleh"

"Bolehlah"

"Tak boleh"

"Bolehlah abang" Fang tetap mahu pujuk abang dia sampai dia dapat "Abang baik kan, abang comelkan"

"Tak, abang tak baik dan abang tak comel. Abang macho sahaja"

"Bolehlah" Kaizo terus beredar dari situ kerana tidak mahu termakan dengan pujukan adiknya. Fang tetap mengejar abangnya "Bolehlah abang! Adik janji adik tidak akan buat konspirasi harimau atau mana-mana haiwan pun"

Lahap tersenyum melihat adik dan abang yang tetap mesra dari dulu sampai sekarang. Walaupun Fang sudah berubah perangai tetapi Fang tetap mahu bermanja-manja dengan abang dia. Lahap harap, dia dapat melihat lagi keakraban dan kemesraan mereka berdua di dalam masa hadapan kerana dia sayangkan mereka berdua. Itulah keluarga dia yang dia sayangi

---------------------------------------------------------------------

Nak tahu tak, author terbayangkan Fang dan Lily macam Dee Dee dan Dexter dalam kartun Dexter's lab xD hehehee

And then author terbayangkan Trio Huru Hara macam The Power Puff Girls xD

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top