Khas untuk Lynna

"Lynna, makanlah sikit"

"Kak Lynna, makanlah... nanti kak Lynna sakit macam mana?"

"Dengar cakap dia ni" Lynna melihat ibunya dengan mata kesedihan dia "Fang pun suruh Lynna makan. Kenapa Lynna tak nak makan? Bukan ada benda buruk yang berlaku pun dekat kawan kamu tu" Lalu Lynna buka mulutnya, ibu Lynna suap sedikit bubur kepada anaknya. Fang tersenyum sedikit. Lynna masih lagi terasa dengan pemergian Ratu Lily. Setiap kali dia tidur, bayangan senyuman Ratu Lily terlintas di dalam mimpi dia. Lynna tidak boleh tidur dengan lena, ianya seperti sesuatu mimpi ngeri

"Aunty, boleh tak Fang suapkan kak Lynna?"

"Boleh" Ibu Lynna berikan semangkuk bubur kepada Fang "Aunty keluar sekejap. Fang tolong tengok kan dia ok"

"Baik aunty" Fang melihat ibu Lynna keluar dari bilik wad Lynna "Kak Lynna, ok ke?"

"Tak" jawab Lynna. Dia hanya mahu bersendirian sahaja tetapi setiap hari, mesti ada sahaja kunjungan dari keluarga dia, sahabat handal dia, ahli keluarga Kaizo dan juga kawan-kawan Fang. Mereka semua ingin melihat keadaan Lynna dan dia terpaksa menyorokkan kesedihan itu dengan senyuman "Fang, akak nak tidur sebentar. Fang kalau nak keluar, keluarlah" Lynna terus baringkan diri dia. Muka dia mengarah ke tingkap hospital. Dia tidak mahu bersemuka dengan sesiapa pun

"Kak Lynna" panggil Fang dengan nada suara yang agak perlahan. Lynna pejamkan matanya dan pura-pura yang dia sudah tidur. Fang dengan hati berat, dia terpaksa meninggalkan bilik Lynna. Dia terus ke bilik abang dia. Kaizo masih lagi berada di hospital. Wad dia dari Lynna tidak begitu jauh. Kadang-kadang Kaizo datang sendiri ke bilik Lynna untuk melihat keadaan kawan baik dia. Fang buka pintu bilik abang dia, Kaizo melihat adiknya masuk ke dalam bilik

"Macam mana keadaan kak Lynna?" Fang tidak menjawab apa. Dia hanya naik ke atas katil abangnya dan terus memeluk leher abangnya

"Kak Lynna macam sudah patah semangat. Adik tahu kita sudah kehilangan kawan kita tapi adik tak nak melihat kak Lynna begitu" Fang menangis sambil memeluk abangnya "Adik tak tahu nak buat macam mana dah. Abang pergi ceriakan kak Lynna balik. Adik nak melihat kak Lynna senyum seperti dulu" Kaizo belai belakang badan adiknya

"Abang pun nak dia senyum seperti biasa tapi abang sendiri tidak tahu apa yang abang patut lakukan" Fang lepaskan leher abangnya. Dia pegang kedua belah pipi abangnya

"Adik yakin, abang dapat ceriakan kak Lynna sebab abangkan kawan baik dia"

"Tapi adik kan adik kesayangan kepada dia"

"Kalau macam tu.. kita sama-sama ceriakan kak Lynna" Fang terus cium-cium muka abangnya. Kaizo tergelak sedikit kerana rasa geli kena cium oleh adiknya sendiri. Tanpa mereka sedari, Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying masuk ke dalam bilik. Mereka gembira melihat dua adik beradik sedang gelak ketawa di atas katil

"Seronoknya korang"

"Eh, Boboiboy" Fang menoleh kebelakang. Dia rasa lega melihat kawan-kawan dia datang "Korang datang ke sini sebab nak melawat abang aku atau kak Lynna?"

"Mestilah dua-duanya tapi.. kak Lynna macam tak nak jumpa kita orang sahaja" Boboiboy terus letakkan sebuah kotak besar di atas meja yang ada di hadapan Kaizo "Kak Lynna pura-pura tidur ke, Fang?"

"Ha ah, tadi bagi makan pun.. dia tak nak makan"

"Bagilah masa untuk kak Lynna kembali" Yaya duduk di atas kerusi sofa panjang, Gopal dan Ying pun turut duduk sekali "Kita semua kehilangan seorang kawan yang baik. Dia selama ini memang berusaha untuk menjadi Ratu yang baik. Dia bukannya dapat selalu datang ke sini tapi setiap kali dia ada, mesti dia akan sentiasa tersenyum macam hari tu. Aku sekali pun tak pernah nampak dia sedih"

"Ha ah, aku pun perasan juga" kata Boboiboy "Aku rasa, dia mengambil peluang kedua ini untuk bersuka ria dengan kita semua. Lebih-lebih lagi kalau dalam hal berebutkan aku. Rasa kasihan pula dengan Lily. Hari tu masa kak Lynna bagitahu dia, aku nampak muka Lily berubah. Dia macam nak menangis, air mata dia pun tak keluar. Dia hanya senyap sahaja"

"Itukan musuh dan kawan dia juga. Macam mana dia tak terperanjat" kata Ying pula "Tapi.. rasa tak seronoklah lepas ni. Siapa lagi mahu bersaing dengan Lily"

"Hah! Apa kata kita cari yang nama sama dengan Lily dan suka Boboiboy juga. Lepas tu bolehlah dia orang bersaing" terus Ying tepuk kepala Gopal "Aku bagi cadangan sahaja. Kalau jumpa orang macam tu, mesti Lily akan rasa bersemangat"

"Hmmm... kalau jumpa, kalau tak jumpa.. macam mana? Kau ingat senang ke nak cari personality yang sama dengan Ratu Lily tu" kata Fang secara tiba-tiba "Tapi kita kenalah buat sesuatu untuk tribute kepada Ratu Lily supaya kita selama-lamanya akan mengingati dia"

"Kau ada cadangan ke Pang? Mungkin juga idea kau boleh kembalikan semangat kak Lynna"

"Hmmm... kita fikirkan sama-sama. Malam ni kita berkumpul dan bincang ramai-ramai" kata Fang dengan penuh semangat

"Kalau macam tu, malam ni kita berkumpul di rumah kau. Atuk dan nenek kau tak kisah ke kami semua datang?" tanya Boboiboy

"Tak, dia orang lagi suka adalah" Fang bersilang tangan sambil bermasam muka "Wei Boboiboy, kau bawak apa tu?" Kotak yang di bawa oleh Boboiboy, masih lagi tidak dibuka dari tadi lagi. Lalu Boboiboy buka kotak tersebut. Fang mengintai apa yang ada di dalamnya, terdapat beberapa kek lobak merah

"Kita orang yang pergi beli tadi. Nanti makanlah abang Kaizo" kata Boboiboy sambil tersenyum

"Hmmm.. terima kasih" Kaizo rasa terharu sedikit dengan pemberian buah tangan dari kawan-kawan adiknya. Semalam dia dapat plushie penguin dari Rizu dan juga kerepek pisang dari Lily. Zakwan tidak dapat datang kerana sibuk di kampung. Emmy ada bagi video game tetris kepada Kaizo. Manakala Harraz pula, dia bagi pelbagai buah dan juga sebuah komik seram. Bella pula bagi novel cerita hantu. Dia cakap, untuk temankan Kaizo pada setiap malam di hospital. Atuk dan nenek dia pula, terpaksa duduk di bumi untuk beberapa hari. Mereka di sini kerana untuk menjaga Fang dan Faye, sementara Kaizo masih lagi di hospital. Kadang-kadang atuk mereka akan bermalam di hospital untuk temankan Kaizo. Esok Kaizo sudah boleh keluar dari hospital tetapi Lynna, dia masih lagi ditahan oleh pihak hospital. Mungkin sebab kesihatan Lynna kian merundung atau mungkin kaki kiri Lynna yang patah itu. Mereka semua berdoa agar Lynna dapat keluar dari hospital dengan segera. Mereka mahu melihat senyuman Lynna balik, senyuman lembut dia. Mereka rindu dengan senyuman itu dan juga gelakan kecik Lynna

Pada malam itu, rumah Fang dipenuhi dengan kawan-kawan terbaik dia. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Lily, Rizu, Zakwan, Emmy, Harraz dan juga sepupu Fang iaitu Faye. Mereka semua berbincang begitu serius dan akhirnya mereka setuju dengan rancangan mereka. Mereka pasti, rancangan ini akan berjaya. Semua ini adalah untuk Ratu Lily dan juga Lynna

---------------------------------------------

Keesokkan harinya

"Kaizo, boleh ke kau bawa aku keluar dari hospital? Nanti orang ingat, kau bawa lari pesakit pula" tanya Lynna sambil kerusi roda dia ditolak oleh Kaizo "Lagipun, kau baru sahaja dapat keluar dari hospital pagi tadi. Tiba-tiba malam ni, kau bawak aku keluar pulak" Lynna rasa risau pula dengan tindakan Kaizo. Dia tadi telah diberikan sebuah cekak berwarna hijau. Kaizo suruh Lynna memakai cekak itu. Dia tidak beritahu ke mana mereka akan pergi

"Kau tidak perlu risau kerana aku sudah minta kebenaran dari pihak hospital"

"Minta kebenaran? Kau nak bawa aku ke mana?" Kaizo tidak menjawab. Dia hanya menolak sahaja kerusi roda itu ke tepi pantai Pulau Rintis. Lynna rasa curiga, apa yang Kaizo ingin lakukan? Dia ada sesuatu untuk ceriakan diri dia ke? fikir Lynna

"Kita ke sini sebab apa?"

"Kita ke sini sebab Pang ada buatkan sesuatu untuk kau"

"Hmmm.. dinner date untuk kami bertiga?" tanya Lynna lagi "Tapi aku bukannya pakai lawa-lawa pun. Hanya seluar jeans dan baju tidur aku sahaja dan juga cekak yang kau bagi tadi"

"Itu kau tidak perlu risau" kata Kaizo dengan nada serius. Lynna terus diam sahaja sambil melihat air laut menghempas kecil-kecilan di tepi pantai. Terdapat juga beberapa keluarga yang berseronok di situ pada waktu malam. Kanak-kanak kecil berlari-larian sambil di kejar oleh ibu mereka. Semuanya ingin meluangkan masa bersama keluarga. Ada juga seorang lelaki muda sedang bernyanyi seorang diri sambil memetik guitarnya. Hanya bulan terang sahaja menjadi peneman lelaki itu. Lynna rasa tenang berada di situ. Kaizo teruskan menolak kerusi roda Lynna sehinggalah mereka nampak beberapa orang sedang duduk mengelilingi unggun api yang kecil. Semuanya sedang duduk bersila di atas pasir pantai sambil berborak sesama sendiri. Lynna terkejut melihat mereka semua berpakaian serba hijau, termasuklah Kaizo sekali

Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Rizu, Emmy, Harraz dan juga Zakwan, berasa gembira melihat Lynna dan Kaizo sudah sampai ke destinasi mereka

"Apa semua ni?" tanya Lynna

"Kami semua nak buat sesuatu untuk Ratu Lily dan juga kak Lynna" Fang bangun dari tempat duduk dia. Lalu dia berikan dua keping kertas tanglung berwarna hijau kepada Lynna. Emmy keluarkan beberapa kertas tanglung dan bahagikan kepada kawan-kawan dia. Semuanya dapat dua. Kaizo nyalakan api di setiap tanglung kertas itu

"Ini semua adalah tribute untuk Ratu Lily. Hijau adalah warna kegemaran Ratu Lily" kata Fang sambil melihat Lynna. Hati Fang rasa lega apabila melihat Lynna tersenyum sedikit. Sebutir air mata mengalir keluar dari mata Lynna. Dia mengesat air mata itu sambil tergelak sedikit

"Akak tak sangka kamu semua akan buat begini. Semua tanglung ini sangat indah"

"Indah lagi kalau kita lepaskan ke langit" kata Kaizo. Dia nyalakan api di tanglung Lynna "Tapi ini bukan rancangan dari aku. Ini semuanya dari mereka kerana mereka ingin melihat kau tersenyum semula. Mereka rindu dengan senyuman kau. Ratu Lily mesti rindu dengan senyuman kau juga. Jadi, kau janganlah bersedihan. Ratu Lily pergi dengan senyuman dia seperti kau ceritakan kepada kami semua pada hari itu. Dia tidak pergi dengan kesedihan dia. Dia pergi dengan kegembiraan dia. Apa yang dia ingini selama ini, dia sudah dapat iaitu persahabatan, kasih sayang dan juga cinta"

"Sebelum kita lepaskan. Kami hendak berkatakan sesuatu tentang Ratu Lily" Fang kembali ke tempat duduk dia. Lalu Harraz mulakan dulu

"Saya sebenarnya tidak pernah mengenali Ratu Lily tapi kadang-kadang terdengar juga cerita tentang dia. Rupa dia pun saya sendiri tidak pernah nampak tapi saya tahu, korang semua rapat dengan dia. Saya adalah rasa cemburu sedikit sebab korang dapat berkawan dengan hantu.. hehehee"

"Dey, kau nak kawan dengan hantu ke? Hantukan menakutkan"

"Wei Gopal, Ratu Lily bukannya menakutkan sangat. Cuma dia suka guna muka pontianak dia bila bergaduh dengan Lily aje"

"Betul tu Boboiboy! Tapi Lily pasti akan rindu dengan muka pontianak dia tu, kuku panjang dia, bergaduh dengan dia..." terus Lily menjadi senyap. Boboiboy melihat Lily mahu menangis di situ tetapi Lily tabahkan hati dia "Sambung balik dengan kata-kata kau tadi, Harraz"

"Itu aje kot" Harraz tersengih. Lalu sebelah dia iaitu Zakwan berkata pula

"Hmm... aku dapat kenal Ratu Lily sekejap sahaja. Masa paling best sekali ialah masa kita bermain game dengan dia. Aku memang rasa seronok sangat masa tu. Kita semua berkumpul bersama tapi kau takde lagi masa tu" Zakwan menolak bahu Harraz dengan bahu dia sendiri "Masa yang kita sama-sama makan dekat rumah misteri tu, memang seronok tapi menakutkan. Ratu Lily memang friendly, dia takdelah sombong dengan aku sangat dan dia selalu tersenyum. Aku bangga dapat mengenali dia walaupun singkat sahaja"

"Emmy pun sama abang buli. Emmy rasa sekejap sangat dapat berkawan dengan kakak pontianak. Sebenarnya, dia kadang-kadang datang ke rumah Emmy. Dia suka tengok Emmy mencipta sesuatu yang menarik. Dia ada juga bagi idea sedikit dekat Emmy. Idea-idea dia, semuanya Emmy ada simpan dalam buku. Masa dapat satu pasukan dengan dia, Emmy rasa gembira sangat tapi... lepas ni, takdelah kakak pontianak nak temankan Emmy lagi masa Emmy sunyi"

"Pizu kan ada" Emmy tersenyum sedikit melihat Rizu yang ada di sebelah dia "Pizu akan temankan kakak Emmy"

"Terima kasih si comel penguin"

"SAMA-SAMA!" kata Rizu dengan nada ceria dia "Pizu punya turn ke?" Semuanya angguk, kecuali Lynna. Dia hanya senyum sahaja melihat Rizu "Pizu pada mulanya tak suka sangat dengan kakak Ratu Lily sebab dia tu hantu. Pizu takut hantu tapi lama-lama, Pizu rasa suka pula. Masa pertama kali Pizu dapat mengenali kakak Ratu Lily lebih dekat, adalah masa kita main game Running Man tu. Pizu dan abang Fang satu pasukan dengan kakak Ratu Lily. Kita orang tolong kakak Ratu Lily supaya dia dapat menang dinner date dengan abang Boboiboy tapi kita orang kalah pula tapi kakak Lily baik, dia bagi kakak Ratu Lily pergi jalan-jalan dengan Boboiboy dekat Pulau Rintis. Pizu sebenarnya suka tengok kakak duo Lily bergaduh tapi dua-dua tetap berkawan juga, comel sangat! Tapi apa-apa pun... terima kasih kakak Ratu Lily sebab selamatkan kakak Lynna. Kakak Ratu Lily tak mati secara kejam tapi mati sebagai pahlawan ratu yang sebenar. BUKAN LAGI RATU KEJAHATAN! Heheeheee..." Rizu melihat Faye untuk berikan kata-kata terakhir kepada Ratu Lily

"Hmmmm... Faye sebenarnya tidak pernah benci Ratu Lily, walaupun apa yang dia sudah buat terhadap ibu bapa sepupu Faye memang sesuatu yang agak sukar untuk di maafkan tapi Faye fikir, mungkin sebelum ini, mungkin hati dia kosong dan penuh dengan kekejaman. Tapi.. Faye memang bangga dengan dia kerana berjaya mengubahkan diri dia walaupun diri dia hanyalah roh sahaja. Dia tetap berusaha dan tidak pernah berputus asa. Dia nak buktikan kepada kita semua, dia bukan lagi ratu kejahatan tetapi ratu kebaikan. Masa Faye pertama kali nampak Ratu Lily, adalah semasa kita orang main game running man..heheheee.. best pulak bila teringatkan balik. Rasa macam nak main game tu balik tapi rasa tak seronok sebab Ratu Lily takde"

"Faye jangan rasa begitu. Dia mesti gembira kalau Faye mainkan untuk dia" kata Lynna secara tiba-tiba

"Betul tu kak Lynna. Nanti bila kita semua free.. kita main game tu balik tapi abang Kaizo kena jadi pengadil lagi lah.. hehehee" Kaizo tidak gelak kerana muka dia asyik berserius sahaja "Susah betul nak tengok abang Kaizo senyum. Dia tak macam Ratu Lily, suka bersenyum, suka berseronok dan sentiasa bersemangat, lebih-lebih lagi kalau masa tengah bergaduh dengan Lily.. hehehee"

"Dia memang sentiasa bersemangat pun. Masa aku dapat berita yang dia sudah tiada, memang terasa betul kehilangan seorang kawan walaupun dia tu hantu, tapi dia hantu yang baik" Giliran Bella pula untuk bercakap "Masa pertama kali aku kenal dia, masa main game running man tu lah. Masa tu juga aku rasa seronok sangat. Pertama kali aku dapat rasa keseronokan di Pulau Rintis dan aku pertama kali aku dapat rasakan persahabatan dari dia orang semua, even dari Ratu Lily pun. Aku tak tahu sangat kisah sejarah Ratu Lily ni, sehinggalah Faye ceritakan segala-galanya kepada aku. Nak harapkan si Pang tu cerita, memang susahlah nak bagi dia buka cerita" Fang rasa nak ketuk kepala Bella tapi tangan dia sedang memegang dua tanglung "Lepas tu, baru aku faham kenapa Fang tak nak maafkan dia. Memang lama nak tunggu si Fang maafkan si Ratu Lily"

"Memang lama pun nak tunggu dia maafkan" kata Gopal pula "Pertama kali aku kenal Ratu Lily, masa darjah 5 dulu. Masa tu dia sangat kejam dan boleh dikatakan Ratu Gila sebab dia gelak macam orang gila dan seksakan Fang pun macam orang gila juga. Masa tu, dia sudah nak dekat-dekat kalah, dia masih lagi bersemangat nak kalahkan abang Kaizo dan kita orang semua"

"Betul tu kata Gopal. Dia mempunyai semangat yang kuat dan juga tidak pernah berputus asa tapi aku tidak sangka.. hantu pun boleh suka dekat Boboiboy.. hehehee" Ying tergelak sedikit "Tapi dia memang jenis cepat belajar. Aku ada ajar dia menjahit dulu, terus dia dapat tangkap. Lebih cepat daripada si Gopal ni. Kagum betul aku dengan dia maaa.."

"Masa Fang kena rasuk dengan Ratu Lily, aku ingatkan si Fang yang bergedik-gedik dengan Boboiboy. Naik seram aku tengok perangai Fang yang tak betul masa tu" Menggigil badan Gopal "Tapi Boboiboy juga yang terbaik... hehehee. Aura apa yang kau pakai, sampai si Ratu Lily tu suka dekat kau?"

"Mana aku tahu. Aku tak buat apa-apa pun dekat dia" jawab Boboiboy

"Hehehee.. mana taknya, kau kan superhero paling baik, tak pernah patah semangat, setia kawan, berani, tabah, penyelamat bumi dan juga ketua supehero kami"

"Terima kasih Yaya" Boboiboy rasa malu pula kerana dipuji tadi

"Aku sebelum ini ingat Ratu Lily tu sebaya abang Kaizo, rupanya bukan. Dia lebih muda daripada abang Kaizo dan lebih tua daripada kita semua. Umur remaja tapi dari kecil lagi sudah diajar dengan perkara kegelapan. Kasihan dia, langsung tidak mengenali sifat-sifat murni. Aku juga pernah kena rasuk dengan Ratu Lily tapi sekejap sahaja. Kejam macam mana pun dia, akhirnya hati dia terbuka juga. Dia pun sudah menjadi sebahagian geng kita, cuma dia jarang muncul sahaja"

"Mungkin dia tidak boleh ke sini selalu sangat, sebab itu dia jarang muncul tapi apa-apa pun, terima kasih Ratu Lily kerana tunjukkan diri kau yang sebenarnya. Dia bukan seseorang yang pengecut tapi berani. Dia juga tidak pernah putus asa seperti dia tidak henti-henti untuk menebus balik kesalahan dia terhadap Fang dan abang Kaizo. Dia juga seseorang yang ceria, suka berkawan dan juga suka bermain. Lepas ni, tiadalah perebutan di antara duo Lily" Boboiboy melihat Lily yang kelihatan sedih itu "Janganlah sedih Lily"

"Hmm.. macam mana Lily tak sedih, kawan bergaduh aku sudah tiada lagi. Masa Lily dapat berita yang dia sudah tiada lagi, Lily rasa seperti ada sesuatu telah mengambil sebahagian dari diri Lily sendiri. Lily tak rasa diri Lily menang dalam perebutan Boboiboy, Lily rasa seperti sudah kalah. Lily sudah kehilangan pesaingan terkuat iaitu kawan sendiri. Lepas ni Lily nak bergaduh dengan siapa lagi"

"Kau bergaduh ajelah dengan si Fang tu" jawab Gopal

"WOI! Apasal dengan aku pulak?" Gopal tersengih sahaja kepada Fang

"Buat apa Lily nak bergaduh dengan landak. Kalau Lily berebut Boboiboy dengan landak, nanti orang ingat landak ni buang tabiat ke apa.. heheehee.. tapi kalau cari pasal dengan landak, LILY ADALAH NOMBOR SATU! HAHAHAHAAAAAAA! Sampai pening kepala abang Kaizo" Lily tergelak di situ sambil dilihat oleh Kaizo "Tapi abang Kaizo jangan bagi Lily pedang tenaga yea" Lily tersengih kepada Kaizo

"Hmmm... takpe, esok-esok sahaja aku akan kejar kau" jawab Kaizo dengan nada sinis dia. Lily terus sorokkan muka dia di belakang dua tanglung yang dia sedang pegang "Pang, kau takde apa-apa nak cakap?"

"Hmmm... Ratu Lily sebenarnya sudah banyak kali minta maaf dekat aku tapi aku ni, memang susah nak maafkan dia tapi lama-lama, hati aku terbuka juga untuk maafkan dia. Aku masih tidak boleh lupakan dia seksa aku sampai aku menjadi lemah, dia rasuk aku untuk mendekati abang aku dan dia juga bunuh ibu bapa aku tapi setiap kesalahan dia, dia cuba tebus balik dengan membalas semua kebaikan dia kepada aku. Tapi.. kenapa aku? kenapa bukan abang aku?"

"Sebab dia banyak buat salah dekat Fang" jawab Lynna "Lagipun, dia cuba buktikan kepada Fang yang dia sudah berubah. Cuma Fang sahaja orang paling akhir sekali untuk maafkan dia. Jadi dia tidak akan berputus asa sehingga Fang maafkan dia"

"Walaupun adik sudah maafkan dia tetapi dia masih lagi ingin menebus balik kesalahan dia" Fang dongakkan kepala dia ke langit "Kalau Ratu Lily dengar ni, segala kesalahan Ratu Lily, aku dah maafkan dari dulu lagi tapi semangat kau tidak pernah terputus. Aku kagum dengan diri kau, Ratu Lily dan kami semua tak kan lupakan kau, kawan baik kita semua. Semua kenangan kau bersama kami, akan kami abadikan buat selama-lamanya"

"Baguslah tu" kata Lynna "Hmmm.. akak tiada apa untuk katakan kecuali satu.. terima kasih Ratu Lily" Lynna melihat Kaizo yang bertangan kosong. Lalu dia berikan satu tanglung kepada Kaizo. Mereka berdua merasmikan dulu dengan pelepasan tanglung. Kaizo dan Lynna lepaskan tanglung itu secara serentak, mereka melihat tanglung itu terbang menuju ke langit. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily, Rizu, Emmy, Zakwan dan juga Harraz, lepaskan tanglung mereka. Mereka semua tersenyum melihat tanglung masing-masing terbang ke langit secara perlahan-lahan. Fang tanpa membuang masa, dia mengambil guitar dia yang ada di sebelah dia

"Kak Lynna" Lalu Lynna melihat Fang

"Kenapa Fang?"

"Ini pula untuk kak Lynna. Kami semua nak mempersembahkan sebuah lagu kegemaran kak Lynna. Ini pun abang yang bagitahu kak Lynna suka dengar lagu ni. Kak Lynna dengar ok" Fang memetik guitarnya dan yang lain, mereka sudah menepuk tangan mengikut rentak lagu tersebut

https://youtu.be/Sx6x6t6r268

-Fang-

Sometimes it's hard
When rain's pouring on
I used to worry
What tommorrow would bring
Then you came along
Changed my world around
Gave me something to believe in
When I'm upside down

-Yaya dan Ying-

And let me say I owe it all to you
And I wanna thank you
For making the sun come
Shining through

-Boboiboy, Fang, Gopal, Zakwan, Harraz dan Rizu-

Now that we're together
Everything can only get better (get better and better)
Now that you're around me
Swear I'm gonna love you forever (forever and ever)
Now that we're together
Everything can only get better
You bring the sunshine to my life

-Boboiboy dan Lily-

If you should find
You need someone too
Just turn head in my direction
And I'll do the same to you

-Bella, Faye dan Emmy-

And let me say from the bottom of my heart
I wanna thank you (I wanna thank you)
For making the sun come shining through

-Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily dan Emmy-

Now that we're together
Everything can only get better (get better and better)
Now that you're around me
Swear I'm gonna love you forever (forever and ever)
Now that we're together
Everything can only get better (do do do do do do)
Now that you're around me
Swear I'm gonna love you forever (hey)
You bring the sunshine to my life

-Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily, Rizu, Emmy, Zakwan dan Harraz-

Keep bringing (keep on)
Keep bringing (keep on)
Keep bringing
The sunshine to me

Keep bringing (keep on)
Keep bringing (keep on)
Keep bringing
The sunshine to me

-Kaizo-

And let me ask you
Girl, where would I be
Without you right here
Making the sun shine down on me

-Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily, Rizu, Emmy, Zakwan dan Harraz-

Now that we're together
Everything can only get better (get better and better)
Now that you're around me
Swear I'm gonna love you forever (bring the sunshine, bring the loving)
Now that we're together
Everything can only get better
Now that you're around me
Swear I'm gonna love you forever
You bring the sunshine to my life

Bring it on (keep bringing)
Bring it on (keep bringing)
Bring it on (keep bringing)
The sunshine to me

Bring it on (keep bringing)
Bring it on (keep bringing)
Bring it on (keep bringing)
The sunshine to me

Lynna menangis sedikit, dia tergelak sambil tersenyum "Thank you" bisik Lynna

"Kak Lynna jangan menangis"

"Takdelah Fang, akak cuma gembira sahaja. Terima kasih semua sebab ceriakan hati akak yang sedih ini" Semuanya berlari ke arah Lynna dan lalu mereka memeluk Lynna dan kerusi roda tersebut. Kaizo hanya berdiri di tepi sambil melihat gelagat mereka. Kasihan Rizu, dia terpaksa berhimpit-himpit dengan abang-abang dan kakak-kakak dia yang besar itu

"Kami suka bila tengok kak Lynna tersenyum balik" kata Fang "Jadi kak Lynna jangan sedih balik tau. Ratu Lily pun tak tengok kak Lynna sedih juga"

"Betul tu, don't let her spirit die in vain" kata Bella pula

"Kita orang buat ni sebab kak Lynna selalu buat kita orang ceria, selalu berikan nasihat sedikit dekat kita orang dan selalu melindungi kami semua. Jadi, kami tak nak tengok kak Lynna bersedihan lagi" kata Yaya

"Tak, akak tak sedih dah. Lagu tadi tu, memang buatkan akak tersenyum. Terima kasih kerana nyanyikan salah satu lagu kegemaran akak" Mereka rasa senang hati melihat Lynna tergelak seperti biasa. Semuanya tidak mahu lepaskan Lynna sehinggalah Kaizo bising kerana Lynna masih belum pulih lagi

"Sudah! Kamu semua ni saja nak bagi dia bertambah sakit lagi kan"

"MANA ADA ABANG KAIZO! KAMI CUMA SAYANGKAN KAK LYNNA SAHAJA!" kata mereka secara serentak dan lalu tergelak di situ. Kaizo nak marah balik pun, tak jadi sebab melihat mereka semua gembira, membuatkan dia tersenyum sedikit. Esok sahaja dia akan pergi menghukum mereka kerana itu adalah salah satu hobi Kaizo, suka menghukum orang

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top