Keputusan Kaizo
Mata Lily berkelip-kelip melihat air hijau di dalam sebiji botol di atas meja makmal Emmy. Hati dia kuat mengatakan pergi minum air tersebut. Tekak dia mula rasa kering, tangan dia mula bergerak-gerak untuk mengambil botol itu dan mata dia sudah mula bersinar-sinar. Emmy mula perasan dengan kelakuan Lily. Lalu dia tarik tangan Lily untuk jauhkan tangan itu daripada mengambil botol tersebut
"Erk! Kenapa Ammy tarik tangan kakak Lily"
"Sebab Emmy tahu kakak Milly akan minum air hijau tu" kata Emmy dengan penuh keyakinan "Ingat Emmy tak tahu ke"
"Heheheee..." Lily tersengih di situ "Kakak Lily pergi tempat lain.. mana MY BBB-CHAN SOROK YEA!"
Boboiboy ada di dalam makmal itu juga bersama dengan kawan-kawan dia juga iaitu Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Faye. Mereka ada di makmal Emmy kerana telah diperintah oleh Kaizo untuk menjalankan latihan tempur di bilik simulation. Mereka baru sahaja selesai dengan sesi latihan tempur itu. Kini mereka berada di dalam dapur makmal Emmy untuk beristirehat. Gopal membawa bekal makanan dia sendiri walaupun dia tahu bahawa Emmy akan sediakan makanan untuk mereka semua
"Kau bawak makanan apa tu, Gopal?" tanya Boboiboy yang kini duduk di sebelah Gopal
"Kalau kau nak tahu, pagi tadi si Mimiko tu datang ke rumah aku.. lepas tu, dia dan amma aku pergi masak macam-macam dekat rumah aku. Si Mimiko tu bagi alasan sebab nak belajar resepi baru dari amma aku. Adeh, apasal dia tak pergi ke rumah Ying atau Yaya aje. Apasal rumah aku juga yang jadi mangsa tapi takpe! Aku sendiri pun join masak-masak dengan dia orang.. hehehee"
"Cheh, ingatkan dia duduk goyang kaki aje" kata Fang sambil gigit donut lobak merah kesayangan dia "Jadi, kau bawak makanan untuk diri kau ajelah?"
"Betul tu!" Gopal membuka penutup bekas makanan itu. Bau-bau haruman dari makanan tersebut, terus menusuk masuk ke dalam lubang hidungnya "Hmmm... sedapnya bau! Inilah dia, mee goreng masakan dari aku! HAHAHAHAAA!"
"Wah! Pandainya Gopal masak"
"Mestilah Yaya.. ini pun amma aku yang ajar.. hehehee" Gopal tersenyum bangga sambil melihat hasil kerja masakannya "Aku rasa sangat terharu"
"Hehehee... bolehlah lepas ni kita orang ajar lu resepi baru pulak tapi rasanya mesti Mimiko nak ajar lu dulu sebelum kita orang ajar.. hehehee... makin lama makin rapat korang berdua. Apa cerita?" Ying terus buat muka comel agar Gopal bercerita "Marilah kongsi cerita lu dengan kita semua"
"Dey, aku dengan dia kawan-kawan sahajalah. Mana ada apa-apa pun. Dia tu suka bagi aku rasa makanan dia dan berikan pendapat yang jujur. Itu sahaja"
"Yea ke Gopal" Boboiboy tersenyum sinis melihat kawan baiknya
"Betul lerr.. takde maknanya aku nak tipu korang semua" Gopal tidak terasa sangat dengan kawan-kawan dia kerana dia tahu, mereka hanya bergurau sahaja. Jadi dia mula makan mee goreng masakan dia sendiri "Aku makan dulu"
"Jemput makan semua!" Faye terus letakkan sebuah mangkuk besar di atas dapur makmal tersebut "Hari ni aku buat simple sahaja, mushroom sup dan garlic bread sebab rumah Emmy kehabisan bahan-bahan lain"
"Wuuuuuu... sup ni bau sedap" muncul Lily secara tiba-tiba "Kalau Faye yang buat, sudah tentu sedap! Tapi kalau landak yang buat..." mata dia melirik ke arah Fang
"Cepatlah habiskan ayat kau tu. Aku tak sabar nak hantar kuasa bayang aku dekat kau" Suara Fang pada ketika itu, agak garang sedikit sehingga membuatkan Lily tersengih di situ "Asyik aku sahaja jadi mangsa bahan si pelik ni. Apasal orang lain tak jadi mangsa kau"
"Errr... janganlah marah landak. Meh Lily pujuk landak dengan berikan air hijau kepada landak ku yang masam"
Lily hulurkan sebiji botol air hijau kepada Fang. Botol air itu, dia telah mengambilnya dari meja makmal Emmy secara senyap-senyap. Dia sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi jikalau seseorang minum air tersebut tetapi Lily tidak terfikir tentang itu pada ketika itu. Dia hanya mahu memujuk hati Fang yang sentiasa membara seperti api tidak pernah dipadamkan. Pemberian Lily itu sangat ikhlas tetapi Fang hanya abaikan sahaja. Dia terlalu sibuk menikmati donut lobak merahnya
"Ambiklah air tu, Fang. Lily bagi tu" tegur Yaya
"Ala Yaya, macamlah si Pang ni nak ambik air tu dari Lily. Kau tahukan, si Fang ni ada alahan sedikit dengan Lily. Setiap kali kawan baik aku muncul, mesti si Pang ni akan naik angin sedikit.. hehee.. betul tak Fang?" Bella berikan senyuman sinis dia kepada Fang
"Suka hati kau lerr.. tapi air tu..." Fang melihat kesungguhan Lily memberikan air hijau itu kepada diri dia. Jadi dia terpaksa menerima air itu secara ikhlas "Aku ambik ajelah"
"Tapi Pizu dah buatkan jus lobak merah untuk abang Fang" Rizu dengan baiknya, dia letak segelas jus lobak merah di depan abang kesayangan dia "Pizu yang buat sendiri. Takde siapa yang tolong. Abang Fang rasalah"
"Baiknya Rizu ni" Yaya mengusap rambut Rizu sedikit
"Hehehee.. kalau pasal abang angkat dia tu, mesti dia sanggup buat apa sahaja" kata Boboiboy "Bagus betul dapat adik angkat macam ni"
"Pizu buat jus lobak merah sebab Pizu tahu abang Fang dan abang Paizo suka jus lobak merah. Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan lobak merah, mesti dia orang suka tapi abang Paizo tu lebih suka minum air teh hijau dia. Abang Paizo nampak comel bila dalam mood ketenangan dia. Muka dia nampak tenang aje. Takde berkerut dahi. Kalau tidak, mesti nak serius sentiasa.. heheheee.. mujurlah teh hijau dan kakak Lynna buat abang Paizo tenang aje. Kalau abang Fang pula, suka buat abang Paizo naik marah tapi kadang-kadang tu, mesti mesra sangat sampai tak ingat dunia! Pizu-" Mulut Pizu terus kena sumbat dengan garlic bread oleh Fang sendiri
"Rizu makan roti tu, kakak Faye yang buat" Fang tersengih kepada Rizu "Nanti abang minum jus lobak merah ni ok.. terima kasih Rizu"
"Jadi landak tak nak minum air hijau ni?" Fang hanya gelengkan kepala sahaja "Kalau tak nak takpe. Lily faham kerana air jus lobak merah tu lagi sedap kerana hasil air tangan adik angkat kesayangan landak. Maka dengan itu, dengan sekiannya.. Lily akan merasmikan air hijau ini"
"Air hijau tu air apa, Lily?"
"Tak tahulah Faye tapi.. nampak macam sedap aje" Lily rasa curiga dengan air hijau itu. Dia membelek-belek botol itu dengan mukanya yang penuh serius "Hmm... macam menarik tapi tak tahulah perisa apa. Mungkin air ini adalah air kiwi atau perisa campuran sayur-sayuran"
"Haiyoo.. jangan minum kalau tidak pasti tapi lu beli dari mana air tu?" Ying menghirup sedikit sup cendawan itu sambil melihat Lily sudah membuka penutup botol itu
"Lily main rembat dekat atas meja makmal Ammy" jawab Lily dengan jujurnya "Lily minum dulu!"
"Eh Lily, baik jangan minum! Nanti jadi apa-apa pula" Tetapi amaran Yaya sudah pun terlewat kerana air hijau itu telah pun diminum oleh Lily "Jangan jadi apa-apa sudah" bisik Yaya. Hati dia mulai rasa risau
"Fuh, selamat aku tak minum.. hehehee" Fang tersenyum apabila melihat perubahan yang terjadi pada diri Lily
"Sedap juga air hijau ni..." Lily tidak perasan dengan perubahan pada diri dia. Lily hanya rasa pelik apabila kawan-kawan dia kelihatan lebih tinggi seperti bangunan pengcakar langit. Semuanya sedang melihat diri dia dengan wajah terkejut kecuali Fang. Dia hanya tersenyum sinis sahaja "Ke-kenapa korang nampak tinggi? ERK?!... ADAKAH DIRI LILY SUDAH MENJADI KERDIL SEPERTI TUMBELINA? OH TIDAKKKKK! HELP ME BBB-CHAN!"
"Dey, kau cuma jadi macam Picu ajelah" kata Gopal dengan mulutnya penuh dengan mee goreng
"PI-PICU?" Lily melihat kawan-kawan dia sudah mengangguk kepala "Macam mana Lily boleh jadi Picu? ADAKAH BADAN LILY DAN BADAN PICU SUDAH BERTUKAR? OH TIDAKKKKK!"
"Mana adalah kakak Lily. Picu ada dekat dalam poket Pizu" Kepala Picu terkeluar sedikit sampai ke paras mata dia sahaja. Mata Picu berubah menjadi bulat mata kerana teruja melihat spesis yang sama seperti diri dia "Kenapa Picu?" tanya Rizu
"Abang rasa Picu rasa gembira sebab ada makhluk hijau sama dengan diri dia.. hehehee" Boboiboy tergelak sedikit melihat Picu mula melompat keluar dari poket baju Rizu "Eh, Picu nak berkawan dengan makhluk hijau dia lah"
"LILY LAH! BUKAN MAKHLUK HIJAU! Sampai hati Boboiboy panggil Lily makhluk hijau.. uwaaaa!" Air mata Lily semuanya keluar berwarna hijau
Picu makin lama makin dekat dengan Lily. Lidah dia sudah terjulur keluar dan mata dia makin lama makin bersinar-sinar kerana selama dia berada di bumi, dia tidak pernah lagi berjumpa spesis yang sama dengan dirinya. Picu kadang-kadang rindu dengan planet asal dia. Kaum keluarga dan para sahabat dia di sana, semuanya masih lagi berada di sana. Picu melompat-lompat kegembiraan melihat Lily sehingga air liur hijau dia terkena muka Lily
"Pi-Picu.. ini Lily ajelah.. bukan spesis Picu.. janganlah pandang Lily macam tu.. uwaaaaa!"
"Hehehe... Picu pergilah bermanja dengan spesis Picu tu. Bawa dia pergi berjalan-jalan ke, pergi main lompat-lompat, pergi melekat dekat dinding ke... hehehehee" Fang masih tersenyum sinis lagi. Kalau dia ada camera pada waktu itu, sudah tentu dia akan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan "Ruginya aku takde camera pada ketika ini.." bisik dia
"Isk Fang ni, tak baik buli Lily" marah Yaya
"Mana ada aku buli Lily. Aku cuma bantu Picu untuk lepaskan kerinduan dia terhadap kaum kerabat dia aje. Alang-alang si pelik tu jadi macam Picu, ambik ajelah peluang keemasan ni. Betul tak Rizu?"
"Betul betul! Pizu sokong abang Fang"
"Bagus Rizu, bagus" Fang berikan senyuman bangga dia kepada Rizu "Tapi padan muka si pelik tu juga sebab minum air yang tidak ketahui sesuka hati. Jadikan ini sebagai pengajaran buat diri mu, wahai si pelik"
"Hehehee.. pengajaran untuk Lily" kata Boboiboy "Eh.. Lily, kenapa macam tu"
Lily menangis lagi sambil menghantuk-hantuk kepalanya di dinding dapur makmal itu. Habis dinding itu ada kesan-kesan melekit berwarna hijau. Picu rasa seronok melihat kelakuan Lily pada ketika itu. Lalu dia pergi menyertai Lily dan menghantuk kepalanya juga pada permukaan dinding itu. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Rizu tergelak sedikit. Pada masa yang sama, rasa comel pula melihat dua makhluk hijau menghantuk kepala mereka di dinding dapur bersama. Yaya mula rasa kasihan dengan Lily
"Mana Emmy? Dia takde air formula atau apa-apa alat untuk kembalikan Lily ke?" tanya Yaya
"Tak payah panggil dia.. biarkan si pelik tu jadi macam Picu tapi lagi best kalau aku dapat pijak dia!" Fang terus bangun dari kerusi dia. Lily berhenti menghantuk kepala dia dan lalu pusing kebelakang "Jagalah kau wahai si pelik!"
"ERK!" Terkejut Lily melihat tapak kaki Fang sedang menuju ke arah dia "BBB-CHAN! LANDAK NAK PIJAK LILY!" Dia melompat-lompat pergi ke arah Boboiboy. Picu turut ikut Lily melompat sekali "Picu janganlah ikut Lily"
"Hehehee... dia nak main-main dengan lu maa.. janganlah halau dia" Ying rasa geli hati melihat gelagat Picu
Selama ini, Picu hanya duduk diam sambil makan apa-apa sahaja buah kerana buah adalah makanan kegemaran dia. Aktivity Picu seharian hanyalah tidur, duduk diam dan makan sahaja. Lynna menjaga dia dengan cukup senang sekali. Keunikan pada diri Picu telah membuat Emmy tertarik untuk mengkaji DNA Picu dan air hijau tadi adalah formula yang telah dicampurkan dengan DNA Picu. Keunikan yang ada di dalam diri Picu, ianya dapat melompat setinggi mana yang dia mahu
"Tapi Ying.. Lily nak jadi diri Lily balik" Lily terus melompat dari lantai dapur itu dan mendarat di bahu Boboiboy. Sekali lagi, Picu ikut ke mana sahaja Lily pergi dan buat "Picu ni, tak perlulah ikut Lily. Lily bukanlah ibu atau permaisuri kaum kerabat Picu. Lily hanyalah Lily"
"Tapi Lily... Lily tak rasa sedih ke. Picu takde kawan selama ini. Dia asyik makan sahaja tapi bila dia tengok Lily jadi macam diri dia, terus dia nak main-main dengan Lily" Boboiboy mengusap kepala Lily dengan jari telunjuk dia "Lily layan ajelah Picu tu. Buat dia gembira"
"OK! Kalau Boboiboy yang suruh, LILY AKAN BUAT SAHAJA!"
"Kalau BBB-CHAN kau jangan datang ke Pulau Rintis dan lupakan dia buat selama-lamanya, adakah kau akan buat juga" Bella terus tepuk kepala Fang "WOI!"
"Lily akan buat juga.. eh.. TAK TAK! LILY TIDAK AKAN BUAT BEGITU tapi Lily tahu bahawa Boboiboy tidak akan menyuruh Lily buat begitu kerana Lily adalah salah seorang kawan Boboiboy! TIADA SIAPA DAPAT PISAHKAN LILY DARI MY BBB-CHAN!" kata Lily dengan penuh semangat
"Hehehee... kakak Lily ni kelakarlah"
Rizu mengambil sebiji buah apple yang ada di atas kaunter dapur. Lalu dia tunjukkan di depan mata Lily dan Picu. Air liur Picu meleleh keluar sehingga menyebabkan baju Boboiboy sedikit melekit kerana terkena air liur melekit Picu tetapi pada mereka tidak sangka adalah Lily. Mereka tersenyum-senyum melihat Lily mahu makan buah apple itu. Mata Lily bersinar-sinar melihat buah apple berwarna merah pekat itu. Picu dan Lily melompat-lompat di atas bahu Boboiboy seperti orang tidak sabar untuk mendapat sesuatu benda
"Hehehee... nampaknya DNA Picu boleh juga membuat kakak Milly menjadi seperti Picu termasuklah kelakuan dia sekali" Emmy masuk ke dalam dapur itu dengan buku nota kecil dia "Bolehlah Emmy mengkaji Picu dan Lily ni.. lepas dah siap mengkaji mereka, baru Emmy pulihkan kakak Milly"
"Hmm.. kawan baik kita jadi bahan uji kaji pulak.. hehehee.." bisik Bella kepada Faye
"Mesti seronok untuk di tonton. Aku pergi sediakan popcorn!" Faye pergi ke sebuah mesin untuk membuat popcorn. Mesin itu telah dibina oleh Emmy sendiri
"Faye! Sediakan popcorn caramel satu!"
"Baik Gopal!"
------------------------------------------------------------------------------------
Bandar Pulau Rintis adalah sebuah bandar yang mempunyai keunikan tersendiri. Walaupun bandar itu kecil tetapi ianya mempunyai pelbagai jenis kedai dan hiburan untuk para pengunjung yang datang ke situ. Bandar itu tidaklah sesibuk mana seperti di Kuala Lumpur tetapi kalau ada penganjur mengadakan sebuah acara seperti konsert atau pesta makanan, bandar itu akan menjadi sesak yang penuh dengan lautan manusia. Pada ketika itulah bandar Pulau Rintis akan menjadi sibuk dengan kehadiran orang luar. Pada hari ini, bandar Pulau Rintis kelihatan tenang kerana tidak ramai yang datang ke bandar. Kebanyakkan mereka hanya beristirehat di rumah atau berkelah samada di pantai ataupun di taman bunga bersama keluarga
Kaizo dan Lynna baru selesai menonton sebuah movie di panggung wayang. Mereka turut membawa Idoli sekali kerana Idoli memang suka menonton movie. Idoli tidak kisah kalau movie itu adalah movie hantu kerana dia tidak begitu takut. Jadi ianya tiada masalah untuk Faye atau sesiapa sahaja membawa Idoli pergi menonton movie hantu. Pada hari itu, mereka tidak pergi menonton movie hantu badut. Mereka hanya menonton sebuah movie kartun disney. Kaizo hampir tertidur di dalam panggung wayang tersebut
"Idoli suka tak movie tadi?" tanya Lynna sambil memimpin tangan Idoli
"Suka! tapi kenapa abang Kaizo dan kak Lynna tak ajak Lily dan Rizu?"
"Lily si pelik tu atau si itik tu?" tanya Kaizo "Kalau Rizu tu, dia tak datang sebab dia nak ikut si Pang tu"
"Ohhh... maksud Idoli, Lily si itik tu tapi kenapa abang Kaizo suka panggil dia Lily si itik. Kalau panggil Lily sahaja pun ok juga"
"Kalau abang atau sesiapa panggil Lily sahaja. Nanti kami akan keliru, Lily yang mana satu yang kami maksudkan. Jadi abang terpaksa panggil dia Lily si itik sebab dulu-dulu dia adalah seekor itik"
"Ohhhh... jadi abang Kaizo panggil dia itik ajelah" Idoli angguk kepala dia tanda faham "Tapi kenapa abang Kaizo dan kak Lynna tak ajak dia sekali tengok movie"
"Sebab dia pun nak bersama keluarga dia. Tak kan setiap hari dia kena datang sini sahaja tapi Idoli tak rindu ke dengan keluarga Idoli?" tanya Lynna
"Rindu.." Suara Idoli agak sedih apabila teringatkan keluarga dia di planet lain "Tapi hari tu baru sahaja pergi jumpa dia orang. Ayah pesan dekat Idoli, jangan nakal-nakal dekat sini dan jangan lupakan mereka dekat sana kerana mereka pun selalu ingatkan Idoli.. kak Lynna jangan risau, hujung tahun ni, Idoli akan pulang ke planet Mau! Sebelum Idoli pulang, Idoli akan belajar segala-galanya dari abang Kaizo untuk menjadi seorang superhero dan juga seorang kapten yang terhebat di galaxy! YEAH!"
"Hehehee... berusaha sungguh-sungguh, Idoli. Nanti kak Lynna akan rindukan Idoli. Kecomelan Idoli selalu buat kak Lynna tersenyum"
"Tapi kecomelan Idoli tak buat abang Kaizo tersenyum pun" balas Idoli sambil palingkan mukanya ke arah Kaizo "Muka abang Kaizo asyik serius sahaja"
"Abang senyum kadang-kadang sahaja" jawab Kaizo dengan nada serius dia "Mari kita pergi makan"
"Kita nak pergi makan dekat mana? Makan fish and chips?" Mata Idoli terus bersinar-sinar apabila sebut makanan kegemaran dia "Atau kita makan ikan salmon.. burger salmon pun sedap juga. Tak pun nasi dan kari ikan ke, sambal ikan, ikan asam pedas ke... bestnya!"
"Semuanya ikan.. hehehe... kalau macam tu, kak Lynna makan sandwich tuna ajelah" Lynna dan Idoli tergelak di situ
Mereka teruskan berjalan di dalam bandar Pulau Rintis itu sambil melihat kedai-kedai menjual barang-barangan yang menarik. Mereka lalu di hadapan pintu-pintu masuk kedai yang ada di situ. Kaizo perhatikan sahaja Lynna dan Idoli berborak rancak. Dia hanya mendengar sahaja perbualan mereka. Idoli asyik berceritakan tentang abang dia iaitu Laksamana Tarung dan juga kehebatan Kaizo. Dia juga cerita yang dia ingin memasuki pasukan TAPOPS semasa dia dewasa nanti. Kaizo tersenyum sedikit apabila mendengar cita-cita Idoli. Semasa Idoli dan Lynna sedang berbual mesra, Kaizo berhenti berjalan di situ kerana dia ternampak seseorang di seberang jalan. Orang itu bukanlah manusia tetapi alien berkepala kotak. Alien itu adalah kommander Kokoci. Lynna tersedar ketika Kaizo melintas jalan. Dia dan Idoli berhenti berjalan dan melihat Kokoci yang serius itu. Mereka berdua cepat-cepat melintasi jalan itu untuk mengetahui kenapa Kokoci ada di sini. Adakah mereka di serang oleh alien jahat dan perlukan pertolongan atau sebab lain?
"Kommander"
"Kaizo" Kokoci cabutkan cermin mata hitam dia "Aku ada sesuatu untuk berbincang dengan kau"
"Kommander Kokoci" Lynna baru tiba di situ "Ada kecemasan ke?"
"Boleh dikatakan begitu tapi aku perlu berbincangan dengan kapten Kaizo. Maaf Lynna, perbincangan ini di antara aku dan Kaizo sahaja"
"Takpe, aku faham" kata Lynna
"Mari Kaizo, kita ke stesen TAPOPS"
"Lynna, kau jaga Idoli.. nanti aku akan kembali" Lynna angguk kepalanya kepada Kaizo "Kalau aku lewat, tolong tengokkan adik aku"
"Baik Kaizo" jawab Lynna sambil melihat Kaizo dan Kokoci beredar dari situ "Harap semuanya berjalan dengan lancar"
-------------------------------------------------------------------------------------------
Di stesen TAPOPS, ramai pekerja-pekerja di situ sibuk dengan kerja masing-masing. Ahli-ahli pasukan TAPOPS pula, sibuk dengan misi mereka dan ada juga sebahagian daripada mereka berehat seketika seblum dipanggil untuk jalankan misi yang akan diberikan. Stesen itu agak besar dan terlampau bilik yang telah dikhaskan untuk ahli-ahli TAPOPS. Stesen itu juga telah dijadikan sebagai sebuah kedai dobi untuk penyamaran mereka. Ada setengah musuh mereka tahu penyamaran itu dan sebahagian mereka masih lagi ingankan itu hanyalah stesen dobi sahaja
"Kommander, perkara apa yang kommander ingin berbincang dengan saya?" tanya Kaizo sambil masuk ke dalam bilik kawalan stesen TAPOPS
Bilik kawalan itu mempunyai banyak skrin-skrin besar, kerusi-kerusi dan butang-butang untuk mengawal stesen itu. Sebuah stering besar ada di bahagian hujung kapal angkasa untuk memandu stesen TAPOPS. Sebuah meja kosong yang tiada kerusinya, terletak di bahagian tengah dan meja itu sebenarnya adalah tempat hologram
"Kaizo.. hari itu aku ada beritahu bahawa si Lepus sedang menuju ke bumi tetapi sekarang ini, dia sudah menghilangkan diri" jawab Kokoci dengan nada serius dia "Aku tidak tahu dimana dia berada sekarang ini"
"Kommander tidak pergi mencari dia?"
"Aku sudah mengarahkan beberapa ahli pasukan TAPOPS untuk mencari tempat persembunyian dia tetapi sampai sekarang mereka belum temui dia lagi" Kokoci duduk di kerusi utama dia "Aku rasa dia sedang merancangkan sesuatu tapi kau perlu berhati-hati kerana dia ingin membalas dendam terhadap kau"
"Sebab aku kalahkan dia pada waktu itu?"
"Yea.. bukan kau sahaja. Boboiboy dan kawan-kawan dia juga perlu berhati-hati termasuklah kawan baik kau sendiri. Kau tahulah si Lepus tu sangat licik orangnya. Sampai dia sendiri pernah kenakan kau"
"Yea, aku tahu" balas Kaizo "Sebab itu aku perlu berjaga-jaga sekarang ini"
"Tapi bukan itu sahaja..." Kokoci menekan satu butang untuk mempaparkan sebuah hologram di atas meja kosong itu. Beberapa keping gambar telah pun tersusun di skrin hologram tersebut "Mereka adalah di antara yang telah dihantar untuk pergi mencari tempat persembunyian Lepus tetapi selepas itu, mereka telah pun hilang dari radar kami. Aku cuba menghubungi mereka tetapi tidak berjaya. Aku ada juga menghantar pasukan lain untuk pergi mencari mereka tetapi gagal. Aku tidak pasti samada mereka kena tangkap dengan culik atau sesat di mana-mana planet"
"Hmm... jadi, kau nak aku pergi mencari dan menyelamatkan mereka semua?"
"Kalau boleh, aku nak bantuan dari kau kerana kau adalah kapten yang terhandal di galaxy ini. Semua ahli pasukan TAPOPS amat menghormati kau dan musuh-musuh kau, sangat mengeruni kau. Aku tidak panggil Lynna di dalam perbincangan ini kerana aku tidak mahu menyusahkan dia dengan masalah kita di sini. Kehidupan dia dan kehidupan kita sangat berbeza. Biarlah dia jaga orang-orang di bumi dan kita jaga galaxy ini" Kokoci bangun dari kerusi dia "Kaizo.."
"Yea kommander"
"Kalau boleh.. aku nak kau kembali ke sini"
"Dan tinggalkan bumi? tinggalkan adik aku di sana?" Kokoci angguk kepalanya kepada Kaizo "Itu.. aku perlu berbincang dengan adik aku dulu. Aku tidak tahu kalau dia mahu tinggalkan rakan-rakan dia bumi itu. Kalau aku dan dia kembali di bumi pun, mesti lama lagi atau mungkin tidak akan kembali buat selama-lamanya"
"Yea, aku tahu.. tapi itu semuanya keputusan kau sendiri. Aku tidak akan membantah tapi kalau kau dan dia membuat keputusan untuk tinggalkan bumi dan menyertai kami, aku akan pastikan Fang diberikan latihan yang secukupnya"
"Terima kasih, kommander"
"Kau fikirkan elok-elok tapi kalau kau mahu terus tinggal dibumi.. kau mungkin ada sebabnya.." Terus Kaizo palingkan mukanya ke arah Kokoci "Aku tahu Kaizo apa sebabnya.. tapi biarlah kau sendiri buat keputusan dan apa yang terbaik untuk diri kau dan adik kau juga"
"Baiklah kommander.. aku akan fikirkannya. Itu sahaja yang kommander mahu beritahu?"
"Itu sahaja" Kokoci kembali ke kerusi dia dan pusing ke depan untuk melihat skrin di hadapannya "Kalau ada apa-apa lagi berita, aku akan hubungi kau"
---------------------------------------------------------------------------------------------
Hari sudah malam di Pulau Rintis. Ramai penghuni rumah sudah masuk tidur. Ada yang masih lagi terjaga kerana ingin melakukan sesuatu atau tidak boleh tidur. Idoli adalah salah satu daripadanya yang masih lagi terjaga
"Idoli, kenapa tidak mahu tidur lagi?" Lynna duduk di atas katil sambil membelai rambut Idoli "Idoli tunggu abang Kaizo balik ke?"
"Ha ah, kenapa dia lama sangat dekat sana.. abang Kaizo ada kerja ke?"
"Mungkin" kata Lynna. Dia selimutkan diri Idoli dan lalu berkata "Idoli tidak perlu tunggu. Nanti-nanti abang Kaizo akan pulang juga. Jangan risau ok"
"Ok tapi... kak Lynna nyanyikan untuk Idoli boleh tak?"
"Boleh tapi Idoli janji dengan akak, yang Idoli akan tidur"
"Ok!" Idoli terus mengambil teddy bearnya dan lalu peluk "Kak Lynna nak nyanyikan lagu apa?"
"Hmm... Idoli dengar ok" Lynna mengambil nafas dulu dan lalu nyanyikan sebuah lagu
https://youtu.be/Cd9rQ5pu3m8
There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are
There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you
It's a long road
When you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold
You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you
Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away
Hold on
There will be tomorrow
In time
You'll find the way
And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you
That a hero lies in you
That a hero lies in you
Selepas sahaja Lynna habis nyanyi, dia melihat Idoli sudah terlena tidur. Lalu dia mencium dahi Idoli dan bangun dari katil itu. Dia melihat jam di dalam bilik itu. Sudah pukul 11 malam, Kaizo masih belum pulang lagi. Fang dan Faye sudah lama pulang dari rumah Emmy. Mereka berdua terlalu seronok sangat pada hari ini kerana dapat melihat Lily dan Picu melakukan pelbagai bentuk ujian yang telah diberikan oleh Emmy. Orang paling seronok sekali melihat ujian itu, sudah tentu adalah si Fang. Dia begitu gembira sekali walaupun sudah banyak kali kepala dia kena tepuk oleh Bella. Tiada apa yang dapat menghalang kegembiraan dia pada hari itu. Mereka semua boleh pulang ke rumah apabila selesai sudah ujian itu. Lily sudah kembali kepada asal dan dia dibenarkan pulang. Picu kini berada di dalam beg tangan Lynna dalam keadaan tidur
"Kak Lynna.." Lynna pusing kebelakang untuk melihat siapa yang memanggil dia
"Fang, kenapa tidak tidur lagi?"
"Adik macam Idoli juga, tunggu abang balik" Lynna terus ke arah Fang dan berikan satu pelukan "Bila abang nak pulang? Abang ada misi ke dekat sana? Kenapa dia tidak beritahu adik?"
"Entahlah Fang, akak pun tak tahu" Lynna lepaskan pelukan itu. Lalu dia melihat Fang sambil pegang kedua belah bahu remaja itu. Mereka berdua bertentangan mata dan lalu Lynna berkata "Kalau apa-apa terjadi dekat dia, akak akan pergi selamatkan dia. Fang jangan risau ok"
"Terima kasih kak Lynna.. tadi kommander Kokoci tak beritahu apa-apa dekat akak?"
"Takde Fang" jawab Lynna sambil gelengkan kepala "Adik pula tadi dekat rumah Emmy?"
"Ha ah, tengok si pelik tu jadi macam Picu.. hehehee.. tapi ruginya, adik tak bawak video camera" Ada sedikit kekecewaan pada suara Fang "Kalau tidak, boleh buat video dan sebarkan kepada semua orang"
"Tak baik Fang buat begitu"
"Ala, bukannya orang tahu pun itu adalah si pelik.. hehehee... tapi esok kita orang kena datang balik ke makmal Emmy sebab Emmy cakap dia nak try test kita orang dengan DNA Picu"
"Macam bahaya aje.." Lynna mengajak Fang berborak di ruang tamu. Lalu mereka duduk di atas sofa untuk sambung berborak "Tapi korang semua ok ke dengan menjadi bahan uji kaji Emmy?"
"Entahlah kak Lynna.. adik rasa berdebar-debar pula tapi rasa ingin tahu pula apa yang akan jadi dengan kita semua"
"Ok.. tapi kalau apa-apa terjadi, hubungi akak dengan segera. Akak tak naklah berlaku apa-apa dekat diri Fang dan juga kawan-kawan Fang. Lagipun akak telah di amanahkan untuk menjaga Fang, jikalau abang kamu tiada di sini"
"Akak.. adik nak tanya boleh? Tapi akak jangan marah"
"Tanya apa, Fang?" Lynna melihat Fang yang sedang bermain-main dengan tangan dia "Apa yang Fang ingin tahu?"
"Apa yang kau ingin tanyakan itu?" Terkejut Fang dengan suara abang dia yang sedikit garang itu "Nak tanya benda yang merepeklah tu"
"Abang dah pulang.. kenapa abang lambat sangat?"
"Maaf.. abang ada dekat kapal angkasa tadi" kata Kaizo sambil berjalan menuju ke tangga rumah "Aku masuk tidur dulu"
"Kaizo.. ada apa-apa yang berlaku ke?" Kaizo pandang ke arah Lynna. Mereka berdua bertentangan mata "Kaizo?" Lynna seperti dapat merasakan ada sesuatu yang Kaizo tidak mahu katakan
"Abang?"
"Aku nak pergi berehat"
Kaizo tidak berkata apa lagi, dia terus lari naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik dia, dihempas tutup. Lynna dan Fang rasa hairan dengan sikap Kaizo. Selalunya Kaizo akan beritahu apa yang berlaku kepada mereka, tetapi kali ini, dia hanya senyap sahaja. Lynna rasa kecewa dan sedih sedikit tetapi dia abaikan perasaan itu. Dia tidak mahu memaksa Kaizo kerana dia tidak mahu timbulkan pergaduhan di antara mereka berdua. Lalu dia bangun dari kerusi sofa itu
"Akak nak pergi mana?" tanya Fang
"Fang, akak rasa.. akak patut pulang. Lagipun hari sudah lewat malam. Abang kamu pun sudah pulang. Nanti kita berborak lagi"
"Baiklah akak, jumpa esok.."
-------------------------------------------------------------------------------------------
Keesokan harinya, Fang, Faye dan kawan-kawan mereka berkumpul di kedai Kokotiam Tok Aba sambil menunggu kedatangan Emmy. Fang masih lagi fikirkan tentang sikap abang dia. Pagi tadi, dia boleh lihat abang dia hanya berdiam diri sahaja. Fang mulai rasa risau tetapi dia tidak mahu memaksa abangnya bercerita apa yang terjadi semalam. Dia tidak mahu abang dia mengamuk tidak tentu pasal atau diri dia terkena hukuman dari abang dia
"Kau kenapa tiba-tiba senyap aje Fang?" Boboiboy melihat Fang yang sudah duduk berseorangan di kedai Tok Aba
"Hmmm... bukan aku ni memang selalu senyap ke?" balas Fang kepada Boboiboy "Korang yang suka bercakap, aku jadi tukang dengar selalunya"
"Entahlah, aku tak perasan pun" Boboiboy tersengih di situ
"Dey, boleh pulak kau tak perasan selama ni.. apa punya kawan macam ni tapi kalau dengan dia, takpe.. kalau dengan aku, kau jangan buat begitu sebab aku kan kawan terbaik kau... hehehee"
"Haiyaa... lu saja nak buat si rambut cacak naik angin"
"Ala Ying, aku bergurau aje.." Gopal garu-garu kepala dia sambil tersengih "Tapi.. si Fang tak naik angin pun"
"Fang, kau ok ke tak ni?" Boboiboy tegur Fang lagi
Pemikiran Fang sudah melayang jauh sambil merenung ke dalam air hot chocolate dia. Muka abang dia dari malam semalam asyik terbayang di dalam pemikirannya. Dia tidak dapat lupakan muka abang dia yang cuba rahsiakan sesuatu perkara. Fang ingin tahu apa yang Kommander Kokoci katakan kepada abang dia. Adakah perkara itu tentang mereka perlu tinggalkan bumi buat selama-lamanya kerana ada misi penting yang mereka perlu lakukan? Atau ada perkara lain yang membuatkan abang dia berfikir panjang di kapal angkasa mereka
"Fang.." panggil Boboiboy lagi "Kau ok tak ni?"
"Aku ok cuma.."
"Cuma apa?" Boboiboy duduk di sebelah kawan baik dia "Ada apa-apa yang berlaku ke? Abang kau bergaduh dengan kak Lynna lagi ke?"
"Bukanlah.. dia orang takde gaduh pun. Cuma abang aku tu.. rahsiakan sesuatu dari aku dan kak Lynna. Hari ini dia nampak diam sahaja"
"Ha ah, masa aku tengah buat breakfast untuk abang Kaizo, muka dia serius aje.. bila aku panggil, dia tak dengar sebab tengah fikirkan sesuatu. Idoli ambik makanan dia pun, langsung dia tak sedar" kata Faye
"Pelik juga tu.. sekarang ni, abang Kaizo ada dekat rumah ke?"
"Entahlah Yaya. Masa kita orang keluar, dia ada lagi dekat rumah. Sekarang ni aku tak tahulah dia ada lagi dekat rumah ataupun tidak tapi aku risau juga kalau dia pergi tinggalkan Idoli seorang diri dekat rumah. Kalau kak Lynna tahu, mesti kak Lynna akan mengamuk" Fang mengeluh kecil di situ "Aku harap.. abang aku akan cerita dekat aku apa yang terjadi semalam. Aku sebagai adik dia, perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku"
"Mungkin dia tak nak bagi kau risau. Mungkin masalah dia tiada kaitan dengan kau atau mungkin-"
"MUNGKIN MASALAH INI BERKAITAN DENGAN CINTA!" Muncul Lily dengan sebungkus kerepek pisang dia. Mulut dia sibuk mengunyah kerepek pisang "Hehehee.. maaf Boboiboy sebab mencelah pulak"
"Sampai pun Lily. Aku ingat kau tak datanglah tadi"
"Aku kenalah datang wahai Bella ku sayang. Kalau Lily tak datang, memang tak sah seharian tanpa Lily" kata Lily dengan penuh dramatik "Tanpa Lily, kisah-kisah kita semua akan menjadi hambar dan tiada keunikannya! DAN TIADA JUGA YANG AKAN TERGELAK-GELAK SEPERTI ORANG GILA!"
"Aku rasa yang gila tu, kau seorang sahaja" Fang tolak sedikit kepala Lily "Bak sikit kerepek pisang"
"Cheh, sempat lagi si Pang ni.. kutuk kawan aku, lepas tu mintak kerepek pisang" Bella terus tempis tangan Fang yang mahukan kerepek pisang dari Lily
"WOI!"
Fang dan Bella mula hendak bergaduh tetapi Yaya sudah menjerit dulu sebelum pergaduhan itu bermula
"SUDAH! Jangan nak bergaduh" Yaya apungkan diri dia sedikit dengan muka marahnya "Jangan nak mula pergaduhan korang. Asyik nak bergaduh sahaja. Kita kan kawan, tak baik nak gaduh-gaduh, bermasam muka.. lepas tu putus persahabatan hanya kerana benda remeh temeh"
"Betul tu.. Lily sokong sahaja" kata Lily sambil makan kerepek pisang seorang diri "Nanti ada juga yang merajuk, lari ke angkasa dan tinggalkan kami semua.. uwaaaa!"
"Maaf Yaya" kata Fang dan Bella dengan kepala mereka sudah tertunduk sedikit "Kami tidak akan bergaduh lagi"
"Bagus" Yaya turunkan diri dia balik "Sekarang berbalik kepada cerita abang Kaizo.. Fang, kau tak nak tanya abang kau ke? Manalah tahu, dia akan beritahu kau"
"Tak tahulah Yaya sebab dekat kak Lynna pun dia tak nak bercerita. Apatah lagi dekat adik dia sendiri" Fang kembali termenung cawan hot chocolate dia "Mungkin apa yang Boboiboy katakan tadi tu, mungkin betul juga. Tak nak bagi aku risau tapi dia sendiri tidak dapat sembunyikannya. Air muka dia semalam, aku dan kak Lynna dapat lihat sesuatu yang dia cuba rahsiakan"
"Sabarlah abang Fely, lambat lanun.. abang beruang akan cerita juga" Muncul pula Emmy pada kali ini. Emmy datang dengan sebuah kotak besar yang penuh dengan kasut "Abang Fely kalau tak cuba kasut Emmy buatkan hari ini, takpe.. Emmy faham"
"Eh, bila masa kau tiba-tiba muncul?" Fang garu-garu kepala dia
"Emmy baru sahaja munculkan diri bersama kakak Milly tadi, abang Fely. Cuba ramai yang tak sedar sebab Emmy ni pendek, tak tinggi macam abang-abang dan kakak-kakak sekalian"
Boboiboy mengintai sedikit di dalam kotak tersebut. Semuanya kasut berwarna putih dan juga beberapa botol air yang mempunyai air berwarna hijau. Lily yang sedang kunyah kerepek pisang, mata dia terpandang air hijau itu di dalam kotak. Dia teringat balik tentang kisah semalam. Badan dia menjadi seperti Picu yang kenyal dan melekit itu. Terus Lily menggigil satu badan. Bella dan Faye tergelak sedikit melihat Lily trauma dengan kisah semalam
"Emmy, kasut ni Emmy baru buat ke?" tanya Boboiboy. Dia mengangkat sepasang kasut putih dan membelek-belek kasut tersebut. Kasut itu nampak seperti kasut biasa "Kasut ni untuk apa Emmy?"
"Kasut ini adalah bukan kasut biasa, ianya adalah kasut luar biasa! Di bahagian tapak kaki dia, Emmy ada letak DNA Picu. Jadi kita boleh melompat dengan setinggi mana yang kita mahu. Lompat sampai awan pun boleh.. kamu semua nak cuba?" tanya Emmy
"MESTILAH NAK!" menjerit mereka di kedai Tok Aba
"Amboi, semuanya nak mencuba. Kasut untuk Tok Aba takde ke?"
"Ada! Itu pun kalau atuk nak cubalah" Emmy keluarkan sepasang kasut yang size dia sederhana dan lalu dia hulurkan kepada Tok Aba "Cubalah atuk"
"Boleh ke? Atuk ni dah tua.. kadang tak pasal-pasal patah tulang atuk nanti.. hehehee" kata Tok Aba sambil gelak sedikit "Kalau atuk lompat sikit-sikit bolehlah"
"Atuk cubalah"
"Lain kali ajelah, Emmy. Bagi dia orang tu cuba dulu"
"Baik atuk!" Emmy hulurkan kasut itu pula kepada Fang "Abang Fely ambik ni sebab kaki abang Fely besar dan panjang"
"Skodeng kaki aku ke?"
Emmy tidak dengar apa yang Fang katakan tadi kerana dia sudah mula agih-agihkan kasut itu kepada Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily. Ada kasut satu lebih tapi bukan untuk dia kerana awal-awal lagi dia sudah memakai kasut tersebut. Kasut yang terakhir itu adalah sebenarnya untuk abang suka baca buku bukan untuk Rizu si penguin comel sebab semalam dia beritahu yang dia kena ikut ibu dia pergi ke Kuala Lumpur"
"Ohh tapi abang Harraz takde hari ni. Dia sibuk dengan study dia" kata Boboiboy
"Mana adalah, aku ada aje dekat sini"
"Aik, bila masa kau ada dekat sini?" Terkejut Boboiboy dengan kemunculan Harraz di kedai Tok Aba "Semuanya suka muncul secara mengejut"
"Sebenarnya aku tadi ada dekat gazebo sebelum korang sampai. Aku study dekat situ tadi. Lagipun Emmy yang ajak aku sekali untuk mencuba ciptaan terbaru dia. Jadi aku datanglah. Sambil itu, bolehlah aku study dekat luar" kata Harraz
"Baguslah tu, takdelah kau asyik terperuk dalam bilik kau aje" Bella ambil sepasang kasut putih yang terakhir di dalam kotak itu. Lalu dia berikan kepada Harraz "Jom kita berseronok sebelum kau stress. Lepas tu, kau sambung balik study"
"Aku memang nak berseronok pun.. apa-apa pun, terima kasih Bella" Harraz mengambil kasut putih itu seikhlas hati
Mereka semua duduk di atas rumput tanah kecuali Boboiboy dan Fang kerana mereka masih lagi duduk di atas bangku kedai Tok Aba. Masing-masing memakai kasut putih itu dan sudah tidak sabar untuk mencuba ciptaan terbaru dari Emmy. Lily adalah orang yang pertama yang sudah berdiri dengan penuh semangat. Dia melompat-lompat sedikit. Dia dapat merasakan getaran di tapak kasut itu. Ying sudah siap memakai kasutnya dan lalu dia berdiri
"Aku cuba dulu... LOMPATAN LAJU!" Ying melompat setingginya dan terus mendarat di atas bumbung rumah. Dari situ dia melompat ke tempat lain sepantas kilat "WEEEEE!"
"Wah, seronoknya dia.. aku pun nak join sekali!" Yaya lompat dari situ sampailah ke langit biru. Tangan dia dapat mencapai awan-awan di situ. Selepas itu diri dia terus terjun dan mendarat di tempat yang sama. Dia melompat lagi dari satu tempat ke tempat yang lain
"DEY! TUNGGULAH KITA ORANG!" Gopal dengan penuh semangat, dia lari dan terus lompat "AKU LOMPAT!" Tapi dia hanya mendarat di atas dahan pokok "Adehh.. tak terlalu tinggi sangat"
"Takpe Gopal, kau boleh cuba lagi.. giliran aku pulak!" kata Boboiboy
"Eleh, boleh ke kau lompat tinggi? Tengok aku lompat macam mana" kata Fang dengan berlagaknya
"Ah sudah.. mulalah nak berlumba dia orang tu" Faye tepuk dahinya sendiri
Bella, Faye dan Lily melompat bersama, lalu diikuti oleh Harraz dan Emmy. Boboiboy dan Fang melompat secara serentak. Lompatan mereka begitu tinggi sekali, sehingga dapat mendarat di atas awan. Lalu Emmy muncul di sebelah mereka berdua
"Hehehee... kasut itu juga dapat membolehkan kita berjalan dengan biasa di atas awan! Nak menari pun boleh" Emmy berpusing-pusing seperti seorang ballerina di atas awan itu "Jom kita bersuka ria di atas awan! Bina istana awan pun menarik juga!"
"Tapi kita kena panggil kawan-kawan kita yang dulu, baru seronok" Boboiboy menghubungi kawan-kawan dia dengan menggunakan jam kuasa dia. Tiga hologram muncul di jam kuasanya "YAYA! YING! GOPAL! Korang kena berada di sini cepat! Aku, Fang dan Emmy ada dekat atas awan sekarang"
"DEKAT AWAN?! Dey, kau nak suruh kita orang buat apa dekat situ? Mana ada benda yang menarik pun"
"ADALAH!" Jerit Yaya dan Ying
"Janganlah jerit" kata Gopal
"Ala, kau datang sahajalah dekat sini.. lepas tu kita berseronoklah. Aku tunggu korang datang" Boboiboy terus tutup tiga hologram tersebut "Hehehee... sambil tu! kita kumpul awan-awan ni buat awan gunung!" Fang dengan sengajanya, dia tiup awan-awan yang sudah di kumpul oleh Boboiboy. Awan-awan tersebut sudah terbang jauh sedikit "Wei! Janganlah buat macam tu!"
"Lalalaalaa...aku nak baring sahaja.. tidur dekat sini pun seronok juga" Fang baringkan dirinya di atas awan itu. Boboiboy tenangkan diri dia dan lalu mengumpul balik awan-awan dia "Hmm.. rasa macam baring atas katil aje..."
"Abang Fely nak tidur dah ke? Kalau abang Fely tidur, nanti tak seronoklah sebab tak dapat tengok abang Fely beraksi" Emmy sorokkan diri di dalam gumpalan awan. Selepas itu, dia timbulkan kepalanya. Ada misai awan di bawah hidungnya "Heheheee..."
"Comel Emmy ada misai tu" kata Boboiboy. Dia juga ikut macam Emmy, buat misai awan di bawah hidungnya "Tengok.. abang pun ada misai"
"Heheheee... eh, kakak pink dan kakak amoi sudah sampai!" Emmy melambai-lambai ke arah Yaya dan Ying "Mana abang gemuk?"
"DEY! ABANG TAK GEMUKLAH! Badan abang besar sahaja tapi abang tetap sihat seperti kawan-kawan abang!" Gopal mengangkat kening sebelah apabila dia ternampak Fang sudah pun tidur nyenyak di atas awan itu "Heheheee..." Dia mengosok-gosok kedua belah tapak tangannya kerana dia sudah mendapat satu idea nakal
"Apa yang kau ingin lakukan?" Yaya sudah mencekak pinggang
"Lu pun nak jadi macam si Fang ke?" Ying
"Ala Ying.. Yaya.. aku nak bergurau sahaja. Bukannya selalu aku dapat peluang begini. Lagipun asyik dia aje yang kenakan aku"
"Biarkanlah Ying, nanti-nanti dia kena dengan penguin bayang lagi. Sudah lama aku tak nampak penguin bayang si Fang tu.. hehehe.. gergasi penguin bayang" Yaya teringat balik kisah Fang stress dan pergi keluarkan penguin gergasi di karnival. Pada masa itu, mereka semua tercedera, gara-gara Fang yang sudah tidak betul "Hehehe.."
"Suka pula kau yea.." kata Ying sambil tersenyum sedikit
Yaya dan Ying bergurau senda di situ sehingga terlupa tentang Gopal. Badan Fang sudah pun ditimbuni oleh bentuk-bentuk awan. Gopal cuba membuat sepasang ekor duyung di bahagian kaki Fang. Boboiboy dan Emmy pula, mereka begitu rajin sekali membuat snowman menggunakan gumpalan awan. Sedang mereka asyik dengan kerja masing-masing, Harraz baru munculkan diri di situ. Dia nampak begitu penat sekali kerana melompat dari satu tempat ke satu tempat, sehinggalah sampai di tempat mereka berkumpul
"Saya ingin mengumumkan ketibaan PUTERI-PUTERI TRIO HURU-HARA!" Harraz tersengih kepada kawan-kawan dia kerana rasa sangat malu tetapi dia telah dipaksa oleh kumpulan Trio Huru-Hara
Bella, Faye dan Lily muncul dengan gaya puteri mereka. Pakaian mereka dihiasi dengan berlian-berlian dalam bentuk awan. Di kepala mereka ada tiara di dalam bentuk awan. Fang mula terjaga dari tidurnya. Dia bangun dan terus hancur ekor duyung yang telah dibuat oleh Gopal tadi
"Adeh, sesi kenakan Fang tidak menjadi" Gopal menepuk dahinya sendiri "Terpaksa tunggu peluang yang seterusnya"
"Wei, korang berangan nak jadi puteri awan ke?" tanya Fang
"Lily adalah puteri awan dan MY BBB-CHAN ADALAH PUTERA AWAN!" Lily berkelip-kelip matanya kepada Boboiboy "Kita akan membina sebuah negara awan! Istana awan akan menjadi milik kita berdua"
"Hmm.. yelah tu" bisik Gopal "Kalau aku tukarkan awan ni jadi gula-gula kapas pun best juga.. hehee.. boleh makan"
"Makan aje kau tahu" Fang silangkan tangan dia "Kita semua ada dekat sini, apa kata kita lumba. Lompat dari sini sampai ke awan hujung sana tapi dari satu awan ke satu awan"
"Aku akan kalahkan si budak Pang tu! HAHAHAAA" Bella tergelak bangga dengan hati dia sudah yakin yang dia dapat kalahkan Fang "MARI KITA MULAKAN!"
"SATU.. DUA.. TIGA! MULA!"
Mereka melompat dari satu awan ke awan yang lain. Boboiboy, Fang dan Bella melompat begitu jauh sekali dan tinggalkan kawan-kawan mereka di belakang. Yaya dan Ying pula bersaing sesama sendiri. Mereka tidak menggunakan kuasa mereka sendiri dan hanya bergantung kepada kuasa yang ada pada kasut mereka. Lily melompat seperti seorang puteri tetapi dia tidak begitu kisah kerana dia ingin berseronok sahaja. Faye sempat memberikan aksi gymnas sambil berikan lompatan tinggi dia. Emmy, Harraz dan Gopal tidak mahu ketinggalan di belakang. Mereka berusaha untuk mengejar kawan-kawan mereka yang sudah berada di hadapan. Ketika Fang sedang melompat, dia ternampak abang dia di taman permainan. Di sebelah abangnya adalah Kommander Kokoci. Fang terus berhenti melompat dan pandang ke bawah
"Fang, kenapa?" tanya Boboiboy. Fang hanya tunjuk ke arah bawah "Abang kau dan Kommander. Kau nak pergi curi-curi dengar ke?"
"Kalau abang kau nampak kau nanti, macam mana?" tanya Bella yang ada di sebelah kiri Fang
"Kalau dia nampak pun, apa yang dia boleh buat kecuali marah akulah sebab curi-curi dengar... tapi aku kena tahu juga tentang hal semalam tu. Aku tak naklah diri aku risau kenapa dengan abang aku tu. Sekurang-kurangnya bila aku dapat tahu, dapatlah kurangkan kerisauan aku"
"Ok, kau buatlah apa yang kau perlu lakukan" kata Boboiboy
"Korang tak perlu ikut. Biar aku sendiri sahaja yang pergi. Korang pergilah sambung bermain" Fang sudah bersiap sedia untuk melompat ke bawah "Apa-apa hal, aku akan beritahu nanti"
"Semoga berjaya, Fang" kata Boboiboy sambil melihat Fang sudah melompat keluar dari awan itu
"Eh, Fang pergi mana?" tanya Yaya. Dia dan Ying baru sahaja sampai di situ "Ada kecemasan ke?"
"Takde apalah Yaya. Jom sambung main lompat-lompat" Boboiboy terus sambung melompat dari situ ke awan yang seterusnya
-------------------------------------------------------------------------------------------
Fang kini berada di atas pokok. Dia duduk pada dahan pokok dengan begitu senyap sekali walaupun ada kerengga-kerengga yang lalu lalang di situ. Dia garu-garu kaki dan tangannya dan cuba tidak membuat bising kerana tidak mahu abang dia tahu yang dia ada di situ. Fang melihat abang dia sedang berbincangkan sesuatu dengan Kokoci di atas bangku taman permainan. Dia cuba hendak mendengar perbincangan tersebut tetapi tidak begitu didengari oleh Fang kerana kebisingan jeritan kanak-kanak sedang bermain. Hati dia ingin sahaja turun dari pokok tersebut dan bersemuka dengan abangnya. Dia boleh memaksa abang dia nak Kokoci untuk beritahu apa yang berlaku sebenarnya atau dia terpaksa menerima kemarahan dari abang dia kerana mencuri dengar
"EH! ABANG FANG ADA DEKAT POKOKLAH! ABANG FANG TENGAH PURA-PURA JADI MONYET KE?" Fang menepuk dahinya sendiri apabila mendengar jeritan Idoli "ABANG FANG! ABANG FANG! TURUNLAH!"
"Cheh, si anak kucing tu rupanya ada dekat sini. Aku sekeh juga si kepala anak kucing tu" bisik Fang
"Pang?" Kaizo pusing kebelakang dan pandang ke arah adiknya
Fang melompat turun dari dahan pokok itu. Dia tidak tahu Idoli ada di taman permainan. Fang berjalan ke arah abangnya. Muka abangnya sangat serius, sehingga dia sendiri tidak tahu untuk berkata apa kepada abangnya. Kokoci meminta Fang duduk di situ
"Abang Fang tak nak pergi main?" tanya Idoli
"Idoli.. kamu pergi bermain dulu. Saya mahu bincangkan sesuatu dengan mereka berdua" kata Kokoci. Dia bangun dari tempat duduknya
"Ok" Idoli terus berlari ke gelongsor taman permainan
"Kommander nak bincangkan tentang apa?" tanya Fang
"Hmm... semalam aku memberi Kaizo membuat keputusan samada dia mahu tinggalkan bumi dan menolong kami di TAPOPS atau tinggal di sini sahaja"
"Tolong apa kommander?" tanya Fang
"Sebahagian daripada anggota TAPOPS hilang dari misi mereka. Misi itu adalah misi mencari tempat persembunyian Lepus" Fang tidak berkata apa, dia hanya terkejut sahaja. Lalu Kokoci berkata lagi "Jadi aku telah meminta bantuan daripada dia dan berikan keputusan dia kepada aku hari ini"
"Jadi abang nak pergi ke? Abang nak bawa adik sekali ke?" Fang palingkan mukanya ke arah abangnya "Abang?"
"Hmm... kalau abang pergi, abang kena bawa kau sekali kerana kemungkinan abang tidak akan kembali ke sini lagi tapi kalau kau tidak mahu, kau jaga diri kau baik-baik di sini tapi itu semua keputusan kau sendiri" Tiba-tiba Fang terus memeluk abangnya "Kenapa ni Pang?"
"Kalau abang pergi, adik tinggal.. adakah abang akan kembali ke sini lagi?"
"Abang akan kembali tetapi selepas sahaja selesai misi abang tapi abang belum berikan keputusan abang kepada kommander"
"Kenapa pula?" tanya Fang. Air mata dia sudah mengalir keluar "Ada sesuatu yang menghalang abang untuk pergi ke?" Kaizo tidak menjawab
"Hmm.. Kaizo.. aku tidak kisah kalau kau tidak mahu ikut aku pulang ke stesen TAPOPS kerana aku faham tapi kalau boleh, datanglah ke stesen TAPOPS bila kau ada masa. Bawalah adik kau sekali jika perlu"
"Sebenarnya aku ingin pergi dan bantu kommander tapi hati aku rasa tidak mahu tinggalkan planet ini sebab.." Kaizo terdiam sebentar "Sebab aku rasa ada sesuatu yang aku perlu lakukan di sini.. kommander, aku akan bantu kau selepas sahaja aku selesaikan misi aku di bumi. Selepas itu, aku akan berikan tumpuan aku dengan misi-misi yang aku akan terima nanti"
"Baiklah Kaizo.. sekarang ni aku akan panggil kau untuk membantu aku di belakang takbir sahaja. Kau jangan risau, aku sudah arahkan Laksamana Tarung untuk pergi mencari anggota yang hilang itu. Dia dan pasukan dia akan mencari secara senyap. Semoga kau berjaya selesaikan misi kau di sini"
"Errr.. apa misi abang?" tanya Fang sambil garu-garu kepalanya
"Itu kau tidak perlu tahu" balas Kaizo dengan nada serius dia
"ADAKAH MISI ABANG INGIN MERAMPAS LAGI JAM-JAM KUASA KAWAN-KAWAN ADIK? Itu ke misi abang? ABANG TIDAK PUAS HATI DENGAN MISI YANG GAGAL TU?"
"BUKAN ITU MISI ABANG! AKU SEKEH JUGAK KEPALA KAU NI" Kaizo peluk kepala adiknya dan lalu dia sekeh kepala Fang sepuas hati dia "AMBIK NI AMBIK NI!"
"Macam-macam betul adik beradik ni..." kata Kokoci "Jangan risau Kaizo, aku tahu misi kau tiada kaitan dengan misi TAPOPS"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top