Kenangan Lama

"LAI LAI LAI! MARI KITA MAKAN DAGING SALAI! MARI KITA MAKAN BERAMAI-RAMAI! TAPI JANGAN SAMPAI LALAI!"

Yaya dan Ying tergelak melihat Lily bernyanyi sambil mengunting rambut Bella yang sudah panjang sampai ke paras pinggang. Bella amat mempercayai kawan baik dia untuk memotong rambutnya dengan begitu sempurna sekali. Faye pula, dia sudah ada idea untuk berikan gaya terbaru terhadap rambut Bella nanti. Mereka berlima kini sedang berkumpul di bilik Faye. Manakala budak-budak lelaki, bermain video game di ruang tamu rumah Fang dengan riuh rendah sekali. Kaizo pula, dia berada di luar rumah, sedang duduk di atas kerusi malas sambil menikmati teh hijaunya. Cahaya matahari pada ketika itu, dilindungi oleh awan-awan yang berkumpul di langit biru. Lynna pula, dia berada di dapur untuk menyiapkan makanan tengahari mereka. Rizu dan Idoli begitu rajin sekali menolong Lynna di dapur. Pada hari ini, Lynna buatkan macaroni bakar, khas untuk mereka semua. Pencuci mulut pula, dia ada membawa apple pie dan juga ice cream vanilla dari rumahnya

"ABANG FANG!"

Fang terkejut sehingga dia melambung controller itu. Boboiboy sempat menangkap controller itu sebelum jatuh ke atas lantai. Fang menoleh kebelakang untuk melihat Rizu yang sudah menjerit namanya tadi

"Rizu nak apa?"

"Abang Fang kena pergi siap-siapkan tempat kita berkelah dekat luar rumah. Kawan-kawan abang Fang pun kena tolong juga"

"Err.. suruh kakak Faye buatkan. Abang nak main game ni" kata Fang. Tangan dia terus mencapai controller dari tangan Boboiboy "Lagipun abang Fang sikit lagi nak kalahkan orang jahat tu"

"Isk kau ni.. dah Rizu suruh kau yang buat, kau pergi ajelah" tegur Boboiboy dengan nada marahnya

"Hmmm.. yelah yelah.. jom semua"

"Hehehe.. abang Fang kena marah dengan abang Boboiboy!" Idoli bertepuk tangan di situ sambil tersenyum lebar "Abang Fang kena bawa pinggan, susu, garpu, cawan dan mangkuk keluar dan susun dekat luar tu. HARI INI KITA BERKELAH!"

"Amboi.. sukanya Idoli ni. Jom tolong kak Lynna buat jus oren"

"OK!" Idoli melompat-lompat masuk ke dalam dapur balik bersama Lynna. Dia terasa teruja sangat pada hari itu kerana sebelum ini, dia belum pernah lagi berkelah di planet bumi lagi

Fang dan kawan-kawan dia sudah sibuk mengeluarkan pinggan mangkuk untuk digunakan nanti. Fang merugut sedikit kerana kawan-kawan perempuan dia tidak dipanggil untuk menolong mereka. Dia angkat pinggan yang dia bawa keluar dari kabinet dapur dan lalu keluar dari situ. Dia terkejut melihat Bella keluar dari bilik Faye dengan gaya rambutnya yang terbaru. Rambutnya pendek berikal mayang dan nampak kemas. Bella memakai cekak berwarna pink yang ada ribbon di tepinya

"Abang Fang.. kenapa berdiri dekat situ aje?" Rizu tolak Fang ke depan

"Maaf tapi bila masa si Bella tu potong rambut?"

"Ohhh... kakak Lily yang potong rambut dia. Tadi Pizu ada jenguk-jenguk dalam bilik kakak Faye. Dia orang tengah berborak benda yang Pizu tak berapa nak faham sangat"

"Begitu ceritanya" Fang berjalan ke pintu rumah bersama Rizu "Pandai betul si pelik tu potong rambut"

"Kenapa? Landak nak Lily potongkan rambut tajam tu?" Lily tunjuk sebilah gunting di depan mata Fang "Lepas tu, bolehlah Faye gayakan rambut landak yang terbaru, termahal dan berkualiti tinggi"

"Ada ke gaya rambut sampai begitu sekali?" tanya Boboiboy

"Entah si pelik ni... main hentam sahaja. Jom kita siap-siapkan tempat berkelah kita daripada layan si pelik ni"

"Lily pun nak tolong juga!" Lily ikut di belakang dua kawan lelaki dia iaitu Boboiboy dan Fang

"Kakak Lily kalau nak tolong, gunting tu kena simpan dulu"

"Err.. hehehehee.. kejap yea, kakak Lily pergi simpan gunting terbaik ni" Lily berlari masuk ke dalam bilik Faye untuk menyimpan gunting kesayangan dia

Yaya, Ying, Bella dan Faye sudah pun berada di luar rumah untuk menolong Gopal dan Harraz bentangkan sebuah tikar yang besar di atas halaman rumah Fang dan Kaizo. Halaman rumah itu masih lagi tiada rumput atau bunga-bunga untuk menyerikannya, hanya ada daun-daun kering bertaburan di sana sini. Kaizo menoleh ke tepi untuk melihat kawan-kawan adiknya saling bantu membantu untuk jayakan perkelahan mereka. Selepas itu, dia terus mendongak ke langit sambil memikirkan musuh utama mereka pada waktu ini iaitu Lepus. Hari itu, sewaktu dia terminum air tidur, dia tidak dapat berlawan dengan Lepus tetapi dia bersyukur dengan Lahap dan Lynna telah melindungi kapal angkasa dia dan diri dia juga. Dia tidak memarahi sesiapa selepas sahaja dia mengetahui apa yang sudah terjadi. Dia hanya fikirkan jalan untuk mencari Lepus dan musnahkan dia sebelum Lepus bertindak lagi

"Abang"

"Kau nak apa, Pang?" tanya Kaizo sambil melihat wajah adiknya

"Abang, jom tolong adik sediakan tempat perkelahan ni"

"Kawan-kawan kau kan ramai.. lagipun tempat berkelah tu nak siap dah"

"Hmm.. yelah" Fang tinggalkan abangnya yang masih lagi duduk di atas kerusi malas. Dia pergi letakkan pinggan yang dia angkat tadi, di atas tikar berwarna putih merah itu "Abang aku ni... pemalas teramat. Kalau bab-bab lawan, terus bersemangat"

"Agaknya, abang kau dari dulu lagi.. tiada siapa pernah suruh dia buat kerja-kerja rumah kot"

"Entahlah Boboiboy.. tapi kadang-kadang tu, adalah dia kemas sikit-sikit" jawab Fang sambil duduk bersila di atas tikar itu. Lalu dia mendongak ke langit biru "Sebelum aku di hantar ke sini, selalunya aku ataupun Lahap yang tukang buat kerja semua benda. Abang aku jadi big boss aje"

"Haiyoo.. macam manalah agaknya abang kau sudah berkahwin nanti.. mesti dia rajin-rajin juga tolong isteri dia"

"Itu aku tak pasti, Ying... tapi yang pasti.. abang aku tu.. heheheee.."

"Apa yang kau cuba katakan?" Kaizo muncul di belakang adiknya dan menghalang pandangan Fang terhadap langit biru. Tangan dia sudah bersilang dengan mukanya terpacak serius dan agak garang sedikit "Kau cuba nak kutuk aku ke?"

"Mana adalah abang" jawab Fang dengan tenang "Adik cuma cerita dekat dia orang tentang perangai abang aje"

"Ohhh... kutuk abang lah tu. Nanti aku cerita juga perangai kau yang dulu, si budak busuk" Kaizo tersenyum sinis seperti dia ada sesuatu rahsia yang dia ingin katakan "Bagaimana? kau nak tahu ke kisah kau yang dulu tu?"

"Kisah apa?" tanya Fang

"WUUUU! KISAH APA TU ABANG KAIZO?" Lily sudah bersedia untuk mendengar cerita tersebut. Dia duduk bersila di sebelah Boboiboy dengan matanya bersinar-sinar sambil melihat Kaizo

"Suka pula kau ni... suka menyusahkan hidup aku adalah" kata Kaizo. Lalu dia duduk bersila "Betul ke nak dengar kisah si budak busuk ni?"

"Abang.. adik bukan budak busuk"

"Kau memang budak busuk semasa kau pandai berjalan lagi. Kalau kau nak tahu, bila kau dah reti jalan.. kau tu suka sangat merayap dekat dalam rumah. Ke sana ke sini, lepas tu macam-macam barang yang kau cuba nak baling tetapi selamat ibu tidak memarahi diri kau" kata Kaizo

"Jadi.. apa kena mengena adik dengan budak busuk?"

"Sebab dia ni tak suka mandi ke?" tanya Gopal dengan penuh semangat

"Betul tu" jawab Kaizo. Fang rasa malu dengan kawan-kawan dia yang sudah ketawa sedikit itu "Bila sebut mandi sahaja, dia lari kelam kabut sebab tak nak mandi. Sampai sekarang aku masih ingat lagi tentang itu"

"Hehehee... si Pang ni tak suka mandi rupanya tapi bila dah besar panjang, terus jadi budak yang suka dengan kebersihan" kata Bella

"Senyaplah kau" Fang bermasam muka dengan kawan-kawannya. Rizu peluk abang kesayangan dia supaya tidak bermasam muka sangat

"Ala.. oklah tu Bella. Kalau dia jadi budak busuk dari kecil hingga sekarang, mesti ramai yang akan jauhkan diri mereka daripada dia" kata Yaya

"Hmm... ok juga tu. Takdelah orang nak ganggu aku sangat, lebih-lebih lagi si pelik tu" Fang tunding jarinya ke arah Lily. Pipi Lily pada ketika itu kembung kerana dia sedang makan kerepek pisangnya dan dia berkongsi kerepek itu bersama Boboiboy "Aman hidup aku"

"Aman hidup kau? Tiap-tipa hari aku akan sental badan kau tu, kalau jadi budak busuk balik" Fang tersengih kepada abangnya "Kenakalan kau sewaktu kau kecil, memang tidak dapat dibandingkan dengan aku punya. Abang mengaku, kenakalan abang jauh lebih dasyat daripada kenakalan kau"

"Ibu mesti pening dengan kenakalan abang"

"Yea Pang.. tapi ibu tidak pernah marah abang. Dia akan peluk abang dan selalu cakap dekat abang, yang dia sentiasa sayangkan abang" kata Kaizo. Mata Kaizo seperti hendak menangis tetapi dia menahan air matanya daripada mengalir keluar "Bila kau sudah ada di dalam keluarga kita, abang berhenti menjadi nakal. Abang ada cakap dekat ibu, yang abang mahu menjaga kau dengan baik"

"Abang jaga adik dengan baik sekali. Mesti ibu bangga dengan abang" Fang pegang tangan abangnya "Terima kasih abang kerana sentiasa menjaga adik"

"UWAAAAAA! SO SWEET!" Terkejut mereka semua dengan tangisan Lily "ADIK BERADIK ALIEN NI, SUKA SANGAT BUAT AKSI MANIS-MANIS. LILY SANGAT TERHARU!"

"Adeh.. Lily jangan sedih-sedih, adik beradik alien ni memang selalu buat aku cemburu dengan kemesraan mereka berdua"

"Betul tu Boboiboy... bila aku tengok dia orang, aku mesti teringat dekat adik aku tapi takdelah sampai buli pun.. hehee" kata Yaya

"Aku pun rasa cemburu dengan dia orang juga" kata Harraz dengan nada yang agak perlahan "Aku mana pernah dapat beramah mesra dengan abang dan kakak aku. Kalau ada pun, mungkin dalam masa tertentu sahaja"

"Oklah tu. Adalah juga kau dapat beramah mesra dengan mereka" kata Boboiboy

"Itulah.. tapi aku gembira dapat menjadi sahabat korang semua. Sahabat yang aku tidak akan lupakan sampai bila-bila"

"Yea ke Harraz.. bukan ke sahabat baik kau adalah buku? Kita juga yang kau lupakan" Bella saja hendak menyindir Harraz tetapi Harraz tidak terasa langsung. Lalu Bella sambung lagi "Kau dan buku memang tidak dapat dipisahkan. Kalau kita orang panggil, baru kau keluar bermain"

"Hehehe... kau kan tahu, aku suka belajar tapi kadang-kadang, aku perlu rehatkan diri daripada belajar. Bila korang ajak, aku pergilah join sekali. Lagipun, aku belajar ni sebab aku nak masuk asrama penuh. Nanti bila aku sudah duduk jauh, korang jangan lupakan aku pula"

"Kita orang tak kan lupakan kau" kata Boboiboy sambil berikan senyuman dia kepada Harraz "Kau dan Zakwan tetap kawan kita orang"

Harraz pandang kawan-kawan dia, semuanya mengangguk kepala tanda setuju dengan kata-kata Boboiboy tadi. Dia rasa sedikit terharu. Dia akan menghargai persahabatan mereka dan kenangan mereka bersama, dia tidak akan lupakan

"Abang Paizo, ceritalah lagi tentang kisah abang Fang masa dia kecik" Rizu tersenyum comel kepada Kaizo tetapi Kaizo tetap dengan muka seriusnya. Kaizo sebenarnya bukanlah orang yang suka bercerita. Dia lebih suka berdiam diri tetapi Rizu tidak mahu mengalah. Dia akan menggunakan senjata tajamnya iaitu berceloteh panjang "Abang Paizo dan abang Fang mesti banyak kenangan manis masa kecik dulu. Pizu nak tahu apa yang abang Paizo dan abang Fang buat masa kecik-kecik dulu. Yelah, Pizu takde abang ataupun adik tapi bila Pizu dengar kisah abang Paizo dan abang Fang masa dulu-dulu, Pizu rasa sangat bahagia. Pizu seperti mahu lihat sendiri apa yang korang buat dulu-dulu. Mesti seronokkan masa abang Paizo dapat adik. Abang Paizo mesti jerit sekuat hatikan? Abang Paizo mesti tak sangka abang Fang tu rupanya nakal juga.. tapi nakal macam mana pun, abang Fang tetap sayangkan dia. Kalau abang Fang buat nakal, mesti dia kena hukuman. Kalau kita orang buat hal pun, abang Paizo tetap nak hukum kita orang dengan latihan tempur tapi abang Paizo tak pernah benarkan Pizu jalankan hukuman latihan tempur. Mungkin sebab abang Paizo-"

"Yelah yelah.. abang akan ceritakan tentang si Pang ni" Akhirnya Kaizo mengalah juga dengan celoteh Rizu yang luar biasa itu. Dia sendiri tidak tahan dengan celoteh Rizu "Abang akan sambung balik kisah tentang si budak busuk"

"YEAH! TERIMA KASIH ABANG PAIZO!" Rizu bertepuk tangan di situ kerana rancangan dia sudah berjaya

"Hmm... sukalah tu" kata Kaizo. Lalu dia bersambung lagi "Masa si budak busuk ni tak nak mandi. Dia berlari di sekitar rumah sehingga aku sendiri kena pergi kerja dia. Aku sewaktu itu tidak mahu menyusahkan ibu kerana dia sibuk dengan kerja dia. Jadi aku biarkan diri aku sahaja yang uruskan si Pang ni. Si budak busuk ni akan menyorok di celah kerusi, belakang sofa ataupun di bawah meja makan. Dia sorok mana pun, aku tetap berjaya menangkap dia. Semasa hendak mendukung dia pun, memang bergelut dengan dia ni. Ada pernah sekali dia gigit tangan aku dengan gigi kapak dia tu" Fang tersenyum bangga dengan diri dia. Kaizo jentik dahi adiknya "Bangga sangatlah tu"

"Mestilah! Adik tak sangka adik pernah gigi abang masa adik kecik dulu.. hehehe"

"Selamat tangan abang tak luka" kata Kaizo "Masa nak mandikan kau pun, punyalah susah. Kau basahkan baju abang tapi abang tidak marahkan kau pada ketika itu. Abang baling-baling air dekat kau sekali. Abang akui, masa tu abang suka dengar gelakan kau. Masa tu, abang rasa sangat bahagia mendapat seorang adik walaupun kau nakal macam mana pun"

"Adik pun bahagia dapat seorang abang yang garang" kata Fang dengan senyuman kecilnya "Terima kasih abang kerana sabar dengan kenakalan adik"

"Sama-sama" balas Kaizo

"Hati Lily berbunga-bunga melihat kemesran adik beradik alien ni. LILY RASA SANGAT BAHAGIA DENGAN KECOMELAN MEREKA! Tapi kecomelan Boboiboy tetap di hati ku" Mata Lily berkelip-kelip sambil melihat Boboiboy

"Macam-macam kau ni" kata Kaizo

"Abang Paizo.. ada lagi tak cerita best? Pizu nak dengar lagi!"

"Baiklah.. walaupun abang ni bukan macam kak Lynna yang suka bercerita tentang kisah pengembaraan dia tapi aku akan cuba buatkan yang terbaik" Kaizo menarik nafas terlebih dahulu. Lalu dia sambung bercerita "Aku ingat lagi semasa aku keluar untuk pergi bermain dengan rakan baik aku.." Tiba-tiba Kaizo terhenti seketika kerana wajah kawan baik dia terlintas di kepalanya. Hati dia rasa sedih apabila teringat balik kejadian tahun lepas

"Abang?" Fang menggenggam tangan abangnya "Abang ok ke?"

"Abang ok.." balas Kaizo "Ketika aku keluar bermain, kau akan duduk di rumah sahaja dan bermain dengan ibu bapa kita. Setiap kali aku pulang ke rumah, kau mesti berikan aku sebuah lukisan yang telah buatkan untuk aku. Ada satu lukisan ini, aku sentiasa ingat.. lukisan itu adalah sebuah lukisan tentang aku dan kau berada di ruang angkasa. Kau lukis aku dan kau berlawan dengan seekor raksasa angkasa. Lukisan itu membuatkan aku tersenyum dan peluk kau sehingga kau menjerit supaya aku lepaskan diri kau"

"Err... adik tak suka dengan pelukan abang ke masa tu?" tanya Fang

"Tak... kau suka dengan pelukan aku tapi pada ketika itu, kau tak nak aku peluk kau sebab badan abang berbau busuk" balas Kaizo

"Hehehee.. pelik pulak aku. Masa kau kecik-kecik, kau tak suka mandi tapi bila abang kau yang berbau busuk, kau tak suka pula" Gopal ketawa di situ dan terus tersengih apabila dia nampak muka Fang berubah menjadi masam "Jangan marah Fang, aku cuma rasa pelik aje"

"Pelik tu memang pelik tetapi selepas sahaja kejadian itu, dia terus menjadi seseorang yang rajin mandi dan pentingkan kebersihan. Ibu dan ayah kami rasa pelik dengan perubahan Pang tetapi mereka bersyukur dengan perubahan tersebut"

"Hehehee.. abang Fang ni kelakarlah masa kecik. Masa Pizu kecik-kecik dulu, Pizu suka main dengan ibu tapi bila ibu mula sibuk, Pizu main sorang-sorang dekat dalam bilik. Pizu asingkan diri daripada orang lain sebab Pizu takut Pizu kena ejek sebab takde ayah" Rizu mengesat air matanya "Masa mula masuk sekolah, Pizu rasa takut tapi kawan Pizu si Roy tu, dia lah orang pertama yang ajak Pizu main bola. Semenjak itulah kami menjadi kawan baik"

"Rizu hargailah persahabatan Rizu dengan dia. Jangan lupakan dia" Yaya mengusap kepala Rizu "Tapi.. kenapa dia tidak selalu sertai kita orang? Dia kan kawan baik Rizu"

"Dia nak tapi dia cakap dia malu nak berkawan dengan abang-abang dan kakak-kakak yang lebih tua daripada dia. Lagipun dia tak kisah kalau Pizu selalu ada dengan korang. Dia cakap dia nak Pizu happy happy bukan sedih macam dulu. Dia suka bila Pizu ceria setiap hari dekat sekolah ataupun di luar sekolah" kata Rizu sambil tersenyum lebar "Abang Paizo, ceritalah lagi kisah abang Fang.. Pizu nak dengar lagi"

"Hmmm... tak perlulah Rizu nak tahu semua kisah si Pang tu. Bukannya seronok pun dengar"

"ABANG!" Fang cubit tangan abang dia dan secara tidak langsung, Kaizo jentik dahi adiknya lagi sekali "ABANGGG!"

"Apa abang abang.. kau nak kena jentik lagi ke?" marah Kaizo

Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye, Lily, Harraz dan juga Rizu, melihat dua adik beradik itu mula hendak bergaduh di situ. Muka Kaizo dan Fang pada ketika itu sudah berubah menjadi masam. Lily sudah bersiap sedia untuk menonton sebuah cerita keamukan adik beradik alien tetapi ianya berakhir apabila Rizu membuka mulutnya untuk berkatakan sesuatu kepada Kaizo

"Abang Paizo!" Kaizo terus palingkan mukanya ke arah Rizu "Abang Paizo ingat tak lagi masa abang Paizo pergi ke zaman silam abang Paizo"

"Ingat.. kenapa Rizu?" tanya Kaizo dengan rasa hairan pertanyaan Rizu tadi

"Abang Paizo ceritalah apa yang abang Paizo buat ketika itu? Abang Paizo cuma cerita abang Paizo berborak dengan diri abang Paizo yang kecik tu.. abang Paizo berborak apa? abang Paizo cerita apa dekat diri abang Paizo?"

"Itu Rizu tidak perlu tahu" Kaizo tidak mahu mereka dengar kisah dia yang sengal semasa dia yang kecil bertemu dengan Kaizo yang sudah dewasa "Rizu suruh orang lain pulak bercerita"

"Ok" Rizu rasa kecewa sedikit tetapi dia tidak mahu tunjukkan kekecewaannya. Lalu dia palingkan mukanya ke arah Boboiboy "Abang Boboiboy! Abang Boboiboy rasa rindu tak dengan kawan-kawan dekat KL?"

"Mestilah rindu. Abang masih lagi berkawan dengan dia orang dan kita orang adalah juga bercakap dekat telephone. Masa abang nak pindah sekolah ke sini, kawan-kawan abang semuanya rasa sedih. Abang pun rasa sedih juga kerana tinggalkan dia orang tapi abang tabahkan hati kerana abang mempunyai kawan-kawan di sini juga. Makin lama abang tinggal di sini, makin bertambah kawan yang abang ada sekarang ini" kata Boboiboy

"Ohhhh... abang Fang pula, abang Fang dulu-dulu ada kawan alien tak?" tanya Rizu

"Hmmm.. ada tu ada tapi si abang Kaizo tu, tak benarkan abang berkawan hanya gara-gara sebab masalah dia dengan kawan dia. Jadi salahkan abang Kaizo" Kaizo tepuk kepala adiknya "Apa yang adik cakapkan, betullah kan?"

"Suka hati kaulah" jawab Kaizo

"Hehehe.. abang Kaizo dan abang Fang ni suka betul memang kelakarlah" Rizu peluk leher Fang "Tapi Pizu lebih suka tengok abang Fang dan abang Kaizo bermesra dan bermanja-manja"

"Amboi.. kamu semua seronok betul berborak dekat sini" Muncul Lynna bersama Idoli. Di tangan Lynna, ada sebuah mangkuk bulat besar yang berisikan macaroni bakar. Manakala Idoli pula, dia sedang membawa bakul buah-buahan

"Takde siapa pun nak tolong kak Lynna dekat dapur.. Idoli sorang sahaja yang tolong. Kak Lynna jangan bagi dia orang makan" Suara Idoli pada ketika itu, agak garang sedikit "Biar Idoli dan kak Lynna sahaja yang makan"

"Takpe Idoli, akak maafkan mereka. Lagipun semuanya sudah siapkan.. cuma akak perlukan pertolongan untuk angkat dua jug dekat dapur" Lynna duduk di atas tikar sambil letakkan mangkuk besar itu di bahagian tengah "Apa yang korang berborakkan tadi?"

Ying dan Faye masuk ke dalam rumah balik untuk mengambil dua jug besar di dalam dapur

"Kisah tentang abang Paizo dan abang Fang masa kecil" balas Rizu

"Wah, mesti seronok dengar kisah mereka berdua" kata Lynna. Dia duduk bersila di sebelah Kaizo sambil mengagihkan pinggan-pinggan kecil kepada kawan-kawan Fang "Apa yang abang Kaizo ceritakan?"

"Pasal abang Fang busuk masa dia kecik-kecik dulu" Fang cubit sedikit pipi Rizu dan lalu mereka berdua tergelak sedikit "Hehehe... tapikan.. mesti abang Paizo ada cerita kisah-kisah tentang dia orang dekat kak Lynna"

"Ha ahlah, mesti adakan.. betul tak kak Lynna?" tanya Yaya

Lynna melihat semuanya memandang diri dia kecuali Kaizo. Apa yang Yaya dan Rizu katakan tadi, memang benar. Kaizo ada ceritakan tentang dia dan adik dia semasa mereka kecil dan juga semasa mereka berada di angkasa lepas. Boleh dikatakan, Lynna tahu segala-galanya tentang mereka berdua

"Hmmm.. ada tu ada tapi... itu kenalah minta kebenaran dari abang Kaizo dulu. Akak mana boleh main cerita sahaja tanpa minta kebenaran dari dia. Nanti akak juga yang kena latihan tempur dari abang Kaizo"

"Betul kata dia. Jangan pandai-pandai nak suruh dia ceritakan tentang kehidupan abang dan si Pang tu lagi"

"Ok, abang Kaizo" Rizu mengambil sedikit macaroni bakar dan bubuhkannya di dalam pinggan dia "Pizu tak kan tanya lagi"

"Rizu sedih ke?" tanya Boboiboy

"Hmm.." Rizu angguk kepala sedikit "Tapi jangan risau.. Pizu faham yang abang Paizo tak nak cerita lagi mungkin ada setengah kisah, mungkin ada yang menyedihkan"

"Ada yang sedih tapi tak perlulah abang ceritakan. Mari kita makan" Lynna hulurkan sepiring pinggan kepada Kaizo "Terima kasih"

Mereka bergelak ketawa semasa makan bersama-sama. Hanya Kaizo seorang sahaja yang tidak menyertai gelak ketawa tersebut. Emmy tidak dapat hadir perkelahan mereka kerana dia ada urusan penting di Kuala Lumpur. Jadi, dia terpaksa pergi dengan hati yang berat kerana dia ingin sangat bersama mereka semua

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu, Kaizo dan Fang duduk di atas bumbung rumah sambil melihat bintang-bintang berkelipan di langit. Perkelahan mereka pada siang tadi, agak menyeronokkan sehingga semuanya tidak mahu pulang ke rumah. Mereka sempat lagi bermain game uno. Kaizo dan Lynna tidak menyertai permainan itu kerana mereka hanya mahu menjadi pemerhati sahaja. Shadow dan Pikachu pula, sibuk mengejar Picu di sekitar halaman rumah. Memang riuh rendah pada siang tadi. Apabila matahari sudah terbenam, kawan-kawan mereka mula pulang ke rumah dengan senyuman terukir di wajah masing-masing. Lynna orang paling terakhir sekali pulang ke rumah kerana dia ingin mengemas dan bersihkan tempat perkelahan mereka siang tadi

"Abang.."

"Kau nak apa, Pang?" tanya Kaizo

"Abang rasa seronok tak siang tadi?"

"Hmm.. boleh dikata, seronoklah juga tapi mulut kau tu, paling bising sekali" Fang tersengih kepada abangnya "Tapi abang tak kisah pun, janji kau gembira. Kalau kau sedih, abang akan rasa sedih juga"

"Kenapa abang nak ikut adik sedih pula?"

"Sebab aku abang kau.. lagipun, tak kan seorang abang suka melihat adik dia kesedihan"

"Ada apa.. abang yang pentingkan diri dia sahaja" kata Fang. Mata dia terpandang sebutir bintang yang menyinari lebih cerah daripada yang lain "Tapikan abang.. abang pun kadang-kadang pentingkan diri juga. Masa adik kena gari dengan abang, abang tak fikir pun tentang perasaan adik. Masa tu adik berbelah bahagi. Adik tak nak mengingkari abang dan tidak mahu menjadi pembelot kepada kawan-kawan adik tetapi akhirnya, adik terpaksa. Adik simpan semua perasaan adik di dalam hati adik kerana adik tidak mahu buat abang marah lagi. Sebab itu adik senyap sahaja"

"Terima kasih kerana beritahu abang apa yang terpahat di hati kau, Pang. Abang ingin minta maaf perbuatan abang pada ketika itu.." Fang peluk tangan abangnya. Dia gesel pipinya di tangan abang dia seperti kucing "Kau ni kenapa? Nak bermanja dengan aku pula"

"Kenapa? Tak boleh ke adik nak bermanja dengan abang"

"Tak boleh.. kau tu sudah besar panjang. Masih lagi nak bermanja-manja"

"Abang.." Fang angkat kepala dia untuk melihat abangnya "Tak kisahlah umur adik berapa pun, adik tetap nak bermanja-manja dengan abang. Kalau abang nak tahu, abang seorang sahaja yang adik dapat bermanja-manja. Adik nak bermanja dengan ibu bapa kita tapi mereka sudah lama tiada. Ada kalanya, adik terbayangkan adik bermanja, bermesra, bergelak ketawa dengan mereka tetapi realitinya, adik tidak dapat merasai belaian kasih sayang daripada mereka, ciuman dari ibu dan ayah.. dan juga memeluk mereka sepuas hati. Jadi, adik hanya ada abang sahaja"

"Abang pun ada adik sahaja" Kaizo peluk kepala adiknya dan lalu dia cium. Dia teringat balik tentang kisah lama mereka. Dia selalu buat begitu ketika adiknya merajuk ataupun menangis kerana sesuatu. Apabila diri dia mula berubah, segala-galanya turut berubah dan dia sudah tiada masa untuk bermanja dengan adiknya "Pang, maafkan abang kerana lupakan kau ketika abang mula menjadi kapten. Abang mula lupakan kau sedikit demi sedikit"

"Tapi abang tak lupakan janji ibu untuk melindungi dan menjaga adik" kata Fang

"Tapi abang takde dekat bumi semasa kau diculik oleh Ratu Lily. Abang gagal pada ketika itu"

"Tak, abang tak gagal kerana abang datang ke bumi dan selamatkan diri adik" Fang ternampak air mata abangnya mengalir keluar. Dia mengesat air mata itu dengan ibu jarinya "Abang.. abang tak gagal. Kalau abang tak datang, maknanya abang gagal tapi abang datang juga walaupun abang sibuk dengan misi abang. Abang jangan cakap diri abang gagal. Abang tak pernah gagal menjaga adik.. abang gagal kalau abang abaikan adik tapi abang tidak. Abang sayangkan adik dan adik sayangkan abang. Kita akan sentiasa bersama"

"Terima kasih, Pang. Kadang-kadang abang rasa bersalah dan kadang-kadang abang terfikir, adakah keputusan adik aku adalah betul untuk tidak mengikut aku pulang dan terus tinggal di bumi. Kadang kala, abang risau dengan keselamatan kau dan abang menjadi risau apabila abang dapat tahu Borara ada di bumi tapi.. bila abang dapat tahu kau selamat, abang rasa lega"

"Tapi semuanya sudah terjadi abang.. adik masih lagi tinggal di bumi dan paling mengembirakan hati adik adalah abang ada bersama adik" Kaizo palingkan mukanya ke arah adiknya. Dia ternampak senyuman adiknya dan lalu dia balas senyuman itu dengan senyuman kecilnya "Abang jangan rasa bersalah lagi.. apa jua keputusan yang kita lakukan, mesti ada sebabnya"

"Jadi, keputusan aku ikut kau tinggal di sini.. memberikan kebaikan kepada kita berdua" Kaizo tergelak sedikit. Fang suka dengar gelakan dari abangnya

"Abang.."

"Kau nak apa lagi?"

"Betul ke keputusan abang hari tu untuk tinggal di sini sehingga misi abang selesai?"

"Yea.. itu adalah keputusan abang tapi.. hari tu kommander ada beritahu abang, selepas sahaja Lepus cuba menyerang Lynna, abang dan kapal angkasa kita.. kommander mengarah abang duduk di bumi untuk menjaga keselamatan kamu semua daripada Lepus. Bila semuanya sudah selesai, termasuklah misi abang.. kau nak ikut aku pulang ke angkasa?"

"Adik ikut sahaja keputusan abang" jawab Fang "Adik ada lagi soalan"

"Soalan apa?"

"Misi abang tu.. belum selesai lagi ke?"

"Belum.." jawab Kaizo "Itu sahaja soalan kau? Kalau tiada lagi, abang nak masuk tidur"

"Selamat malam, abang"

"Selamat malam, Pang"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top