Kembali Mengganas

"Kita menari.. kita menari.. gerak ke kiri, gerak ke kanan.. lepas tu kita berpusing-pusing. Lenggok kan badan, goyang-goyangkan punggung tapi saya tiada punggung pula.. hehehe"

"APA KAU BUAT TU PROBE?" Adudu munculkan dirinya di depan mata Probe. Tangan dia sedang menggenggam sebiji tin cawan untuk mengetuk kepala robot itu "Kau nak kena ketuk ke?"

"Err... saya tengah menari ni, encik bos" Probe berpusing-pusing dengan pakaian tuxedo dia telah pakai "Saya tengah bosan tunggu encik bos cari idea baru, jadi saya menarilah untuk hilangkan rasa bosan ni"

"ENGKAU NI!" Adudu baling tin cawan itu ke arah kepala Probe "Bukannya nak bantu aku tolong carikan idea untuk kalahkan si Boboiboy tu. Boleh pulak kau pergi menari-nari, berjoget-joget, goyang sana, goyang sini.. aku cari juga robot yang baru nanti!"

"ERK!" Probe terus berhenti menari "Jangan encik bos.. saya sahajalah satu-satunya robot yang berguna walapun sudah beberapa kali masuk air. Adakah encik bos tidak ingat dengan Boboibot. Dia tu lagi tak guna. Saya juga paling setia dan paling sayang dengan encik bos"

"Sudahlah kau.. pergi sambung balik menari. Biar aku sahaja yang selesaikan si Boboiboy dan kawan-kawan dia tu"

"Si Kapten Kaizo tu pulak macam mana?" tanya Probe "Kalau encik bos serang Boboiboy dan kawan-kawan dia, mesti si Kapten Kaizo akan serang kita balik"

"Hmm... kalau begitu, kita serang Kapten Kaizo dulu, baru kita serang si Boboiboy tu! HAHAHAA!"

"Tapi nanti adik si Kapten Kaizo, si Fang tu akan serang kita orang pulak sebab pergi serang abang dia" Adudu terus berikan renunangan tajam dia kepada robot ungunya "Ke-kenapa encik bos?"

"Kau ni.. boleh tak jangan buat aku pening kepala! Aku ketuk juga kepala besi kau tu"

"Encik bos ni.. suka sangat ketuk kepala aku.. merajuklah macam ni.." Probe tinggalkan Adudu keseorangan di bilik markas kotak itu. Dia pergi ke sebuah bilik yang penuh dengan kotak "Baik aku sambung menari aje"

"Menarilah kau" bisik Adudu sambil perhatikan "Tapi..." Dia perhatikan lagi sambil memikirkan sesuatu "Aku rasa... aku dapat idea yang bernas.. HAHAHAAAAA! PROBE! KAU MEMANG BIJAK!"

"Eh.. encik bos cakap saya bijak?" Probe terbang ke sana ke sini kerana terlampau gembira sangat. Dia terus terbang ke arah encik bosnya untuk memeluk sekuat hatinya "OH ENCIK BOS KU!"

"EHH! NANTI NANTI! JANGAN NAK PELUK AKU PULAK!" Adudu larikan diri sebelum diri dia di peluk oleh Probe "Aku tak nak kena peluk peluk ni!"

"ALAA ENCIK BOS.. bukannya selalu pun dapat peluk encik bos" Probe tetap mengejar encik bosnya sehingga dapat "Encik bos.. janganlah lari, tak lama pun saya peluk encik bos!"

"Jangan datang dekat! JANGAN DATANG DEKAT!"

---------------------------------------------------------------------------------------------

"Huarghhhh! Mengantuknya aku hari ni" Fang mengeliat sedikit di luar pintu pagar sekolah. Mata dia kuyu sahaja. Tangan dia sudah garu-garu pipinya yang terasa gatal itu "Malasnya aku nak pergi sekolah"

"Tak pernah pula aku dengar kau malas nak pergi sekolah" tegur Boboiboy yang ada di belakang Fang

"Hmm.. aku malas sebab aku mengantuk sangat" balas Fang sambil melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah "Abang aku malam tadi, pergi ajak aku buat latihan tempur. Orang nak rehat, dia ajak berlawan pulak dekat kapal angkasa"

"Hehee.. kasihan kau" Boboiboy tepuk bahu belakang Fang secara perlahan "Tapi itukan sudah menjadi hobi dia.. latihan tempur bersama kau"

"Bukan dengan kak Lynna ke?"

"Dua-dua pun sama aje.. hehehe.. oh yea, tadi aku nampak Ochobot dan Stylobot dekat bandar"

"Dia orang tengah buat apa?" tanya Fang

"Dia orang tengah angkat barang. Ini mesti Tok Aba suruh dia orang beli barang dekat bandar. Faye tak kisah pulak Stylobot dia tolong Tok Aba dekat kedai?"

"Hmm.. dia tak kisah pun. Janji Stylobot ada kawan yang sama macam dia"

Mereka berdua bergerak ke gazebo sekolah. Gazebo itu terletak berhampiran dengan pandang sekolah. Mereka sangat bertuah pada hari itu kerana gazebo tersebut tiada pelajar lain yang duduk di situ untuk berborak atau mengulangkaji. Tidak jauh dari situ, ada sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan yang agak sopan duduk di atas bangku sekolah dengan buku-buku mereka tersusun rapi di atas meja. Di hadapan mereka, ada beberapa buah buku di buka luas untuk mengulangkaji bersama. Mereka adalah sekumpulan pelajar yang gemarkan dengan kesopanan, kerajinan, membaca dan juga benda-benda yang membuat diri mereka sudah dewasa. Boleh dikatakan mereka dari golongan elite. Pelajar-pelajar itu hanya ada 3 lelaki dan 3 perempuan. Fang dan Boboiboy hanya hiraukan sahaja mereka dan terus jejak kaki mereka masuk ke dalam gazebo itu

"Boboiboy.. aku nak tanya boleh?"

"Kau nak tanya apa, Fang?"

"Hmmm.. abang aku tu.. dia ada tak cerita apa-apa dekat kau tentang misi peribadi dia"

"Takde pulak.. kenapa?" Boboiboy duduk di atas bangku gazebo itu. Dia terpandang sekumpulan pelajar tadi asyik perhatikan diri dia dan Fang sahaja "Abang kau ada masalah ke?"

"Entahlah.. bila aku tanya apa misi dia tu, dia cakap aku tak perlu tahu. Bila aku tanya sudah selesai ke misi tu, dia jawab belum"

"Entah-entah.. ini adalah misi rahsia yang kita tidak perlu masuk campur" Gopal muncul di situ dengan sebungkus kerepek pisang di tangan kanannya "Mungkin misi ini sangat berbahaya dan kita semua tidak boleh sertai misi itu!"

"Yelah tu Gopal" Fang merenung di luar gazebo itu sambil melihat sekumpulan pelajar lelaki bermain bola sepak di padang sekolah "Dia cakap, misi ini tiada kaitan dengan misi TAPOPS"

"Hmm... misteri sungguh misi tu" kata Boboiboy

"Apa yang misterinya?" Yaya baru tiba di gazebo itu bersama Ying. Mereka berdua membawa sebuah kotak berisikan makanan iaitu kuih cream-puff "Abang kau ada sesuatu benda yang misteri ke?"

"Bukan abang dia memang sentiasa misteri ke?" kata Ying

"Yea ke abang aku tu sentiasa misteri.. aku tengok, biasa aje" Fang alihkan pandang dia ke sekumpulan pelajar-pelajar yang sedang mengulangkaji "Tapi lama-lama nanti, aku akan tahu juga misi misteri dia tu"

"Sepupu kau pun tak tahu juga ke?" tanya Yaya. Gopal sudah terhidu bau kuih cream puff itu dari dalam kotak yang di pegang oleh Yaya dan Ying

"Tak" balas Fang "Dia pun tak tahu apa yang aku dan abang aku bincangkan pada hari itu"

"HAH! KORANG RAHSIAKAN SESUATU DARI SEPUPU SENDIRI!" Fang terkejut dengan jeritan Faye tadi. Faye muncul secara tiba-tiba di luar gazebo berdekatan dengan Fang "Apa yang korang rahsiakan tu?"

"Takde apa-apalah"

"Ok.. kalau ada apa-apa, beritahulah aku. Mungkin aku boleh bantu dalam misi misteri abang Kaizo yang penuh misteri itu... rasa macam dapat idea untuk cerita Bella pulak" Faye mengusap-gusap dagunya sambil masuk ke dalam gazebo itu "Misteri yang sangat misteri"

"Hehehe.. detektif Iris perlu bongkarkan rahsia seorang jejaka kacak. Jejaka kacak itu adalah Kaizo dan adik dia pula, ialah Fang. Mereka berdua telah berpindah di sebuah bandar tetapi mereka sampai di bandar itu pada waktu malam bukan siang. Detektif Iris rasa hairan melihat dua adik beradik itu. Rumah mereka telah menyimpan seribu rahsia dan ramai yang rasa takut untuk mendekati rumah mereka. Fang pula, dia tidak mempunyai kawan di sekolah barunya. Dia lebih gemar mendiamkan diri dan perhatikan orang-orang di sekelilingnya... apakah rahsia mereka sebenarnya? Adakah mereka bukan manusia ataupun bukan?" Bella sangat teruja dengan idea itu. Dia bertepuk tangan bersendirian di situ kerana tidak sabar untuk kembangkan idea itu dan menulis di dalam laptopnya "Tak sabarnya aku!"

"Watak aku tak nak letak sekali ke?" Terus Bella berikan renungan tajam ke arah Gopal "Ke-kenapa? Tak boleh ke?"

"Hmmm... boleh tu boleh tapi.. bagi aku fikirkan dulu"

"Wei wei, kalau kau nak buat sesuatu cerita pun.. janganlah guna nama aku dan abang aku. Ubahkanlah nama dia orang"

"Baiklah Pang. Aku akan ubahkan nama dia orang" Bella duduk di atas bangku gazebo itu. Dia mula perasan pelajar-pelajar yang sedang mengulangkaji itu tadi, sedang perhatikan diri mereka di gazebo "Apasal dia orang pandang kita orang?"

Pelajar-pelajar elite itu terus bincangkan sesuatu dengan seriusnya. Bella malas hendak mengambil tahu. Dia hanya mencapai sebiji kuih cream-puff yang telah dihulurkan oleh Ying. Cream-puff itu telah dibuat oleh Yaya dan Ying sendiri. Mereka ingin mencuba membuat kuih itu dan berikan kepada kawan-kawan mereka untuk merasa. Harraz tiba di gazebo itu dengan sehelai kertas. Dahi dia agak berkerut sedikit

"Kenapa tu, Harraz?" tanya Boboiboy

"Hmm.. takde apa. Ada orang bagi pamplet dekat luar sekolah tadi. Promosi jualan hebat"

"WUUU! Jualan hebat.. nak tengok" Harraz terus hulurkan kertas itu kepada Faye "Wah! Dia ada jual pakaian untuk remaja-remaja seperti kita"

"Yea ke.. nanti kita pergi esok, nak tak?" Bella melompat-lompat kegembiraan di situ bersama Faye "Yaya dan Ying pun boleh join kita orang esok!"

"Haih budak-budak ni.. kalau sebut pasal shopping, terus meloncat macam arnab" kata Boboiboy sambil tergelak sedikit "Tapi ada juga setengah budak perempuan tak suka shopping"

"Hmm.. shopping buku adalah" jawab Harraz "Kakak aku tu jenis suka shopping buku.. kalau pasal pakaian, dia agak kurang sikit"

"Eloklah tu.. dapat juga ilmu daripada beli pakaian. Budak perempuan ni, bila merungut pasal baju tak cukup, mulalah pergi shopping. Padahal baju cukup aje.. lepas tu, pergi shopping lagi sekali. Last-last cakap takde baju nak pakai" kata Gopal sambil kunyah cream puff dia

"Biarkanlah dia orang.. asalkan dia orang bahagia" Fang melihat jam kuasanya. Lagi beberapa minit loceng sekolah akan berbunyi "Wei, aku masuk kelas dulu. Aku nak pergi bersihkan kelas"

"Hehehe.. tadi kata mengantuk tapi rajin pulak kau nak mengemas"

"Senyaplah kau, Boboiboy" Fang terus keluar dari gazebo itu

Sekumpulan pelajar elite yang mengulangkaji tadi, sudah bangun dari tempat duduk mereka. Pelajar-pelajar itu berjalan menuju ke arah Fang. Mereka seperti mahukan sesuatu dari Fang. Salah seorang pelajar lelaki dari kumpulan itu, bergerak laju sedikit untuk mengejar Fang yang sudah berjalan jauh dari situ. Apabila dia sudah tiba di belakang bahu Fang, lalu dia mengusik sedikit bahu itu. Fang menoleh kebelakang. Dia sangkakan kawan dia sedang memanggilnya tetapi bukan. Muka dia agak terkejut apabila melihat sekumpulan pelajar tadi ada di belakangnya. Semuanya sedang tersenyum kecil kepada diri dia dan dia berasa berasa hairan. Boboiboy dan Harraz mula perasan dengan sekumpulan pelajar tadi. Boboiboy tidak mahu fikirkan yang mereka cuba buli Fang dan Harraz pula, muka dia mula berubah menjadi risau kerana dia tahu, siapakah mereka itu

"Err.. korang ni siapa?" tanya Fang

"Kita orang adalah pelajar-pelajar elite di sekolah ini. Nama saya Adam dan kami ingin menjemput kau untuk menyertai kumpulan kami" Adam adalah ketua kumpulan tersebut. Muka dia seiras-iras seperti pelakon terkenal Malaysia. Dia tidak nampak seperti seorang pembuli, hanya seorang remaja yang penuh dengan kepandaiannya

"Kumpulan korang?"

"Yea... kau ada ciri-ciri yang kami carikan. Kau boleh jadi seperti kami.. mari kita bawa kau ke suatu tempat yang istimewa. Hanya kami sahaja yang boleh masuk ke dalam tempat itu" kata Adam

"Kau akan rasa teruja nanti" kata seorang gadis yang mempunyai lesung pipit

"Tapi.. aku sudah ada kumpulan aku sendiri. Kawan-kawan aku tu" Fang tidak begitu yakin dengan mereka. Dia rasa tidak begitu sedap hati. Sedikit demi sedikit kaki dia undur ke belakang untuk elakkan diri daripada mereka "Lagipun, aku nak bersihkan kelas.. jumpa lagi"

Fang terus larikan diri daripada pelajar-pelajar itu. Mereka hanya biarkan Fang pergi. Mereka tidak berbuat apa, hanya perhatikan Fang sahaja. Mereka akan cuba dapatkan Fang untuk menyertai kumpulan mereka dan mereka tidak akan mengalah. Keenam-enam pelajar itu, terus beredar dari situ sambil berborak seperti biasa. Boboiboy dan Harraz perhatikan kelakuan mereka dari jauh. Mereka tidak tahu apa yang keenam-enam pelajar itu katakan kepada Fang dan buatkan kawan mereka lari dari situ

"Dey, apasal dengan muka kau?" tegur Gopal kepada Harraz

"Aku risau tentang Fang" jawab Harraz

"Aik, apasal kau risaukan tentang si rambut cacak tu? Ada sesuatu yang berlaku ke?"

"Ada Ying.. ada satu kumpulan elite ni nak ajak Fang masuk ke dalam kumpulan mereka sebab Fang ada ciri-ciri yang mereka mahukan. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk dapatkan Fang. Salah satunya jauhkan diri Fang daripada kawan-kawan dia iaitu kita semua. Dia orang tu adalah golongan pelajar elite"

"Dari mana kau tahu semua ni, Harraz?" tanya Yaya "Aku tak pernah tahu pun sebelum ni"

"Entah-entah, dia orang tu perasan popular aje kot" Gopal terus makan lagi cream puff itu. Makin lama makin tinggal sedikit cream puff tersebut, akibat di makan banyak oleh Gopal

"Taklah.. dia orang tu agak popular lah juga tapi dia orang tak bersosial sangat dengan kita" jawab Bella "Dia orang pernah ajak aku join sekali tapi aku buat tak tahu sahaja. Apa yang Harraz katakan tadi, memang betul. Boleh dikatakan setiap hari dia orang akan cuba dapatkan aku tapi lama-lama, dia orang berhenti sebab aku langsung tak layan dia orang"

"Aku pun pernah juga tapi biasalah, aku bagi alasan sibuk.. sibuk.. sibuk... terperuk dalam bilik sebab study.. hehe" Harraz tersengih sedikit sambil garu-garu kepalanya "Sekarang ni, Fang pula menjadi mangsa dia orang"

"Aku harap.. Fang tak kan termakan pujuk rayu dia orang"

"Aku pun berharap begitu juga, Boboiboy" kata Yaya

"Aku pun juga maa... jangan dia orang jauhkan diri Fang dari kami sudah"

"Ala.. oklah tu kalau dia orang join dia orang, dapat juga menjadi popular. Si Fang tu kan tergila-gilakan untuk menjadi popular" Yaya terus rampas kotak cream puff itu dari tangan Gopal. Dia tutup kotak itu secara cepat sebelum Gopal mengambil cream puff yang terakhir itu "Dey! Bagilah aku makan yang last tu"

"Kau dah makan banyak sangat. Bagilah orang lain pulak.. lagipun, kau tak baik cakap begitu tentang Fang. Dia kan kawan kita orang juga. Aku rasa dia tak kan sertai mereka dan lupakan kawan-kawan dia"

Dalam diam, Gopal juga berharap begitu. Apa yang dikatakan oleh Yaya tadi, mereka semua tidak mahu Fang sertai kumpulan itu dan lupakan mereka. Fang adalah rakan seperjuangan mereka dan juga kawan baik mereka juga kecuali Faye kerana mereka adalah sepupu

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Adudu telah pun keluar dari markas kotaknya. Di belakang badan dia terdapat satu mesin berupakan sebuah kotak. Di tepi mesin itu, terdapat satu saluran paip dan di kepala paip itu seperti sebuah pistol. Boleh dikatakan Adudu seperti salah seorang dari kumpulan ghostbuster. Probe tidak ikut encik bosnya kerana terlalu seronok sangat menari di dalam markas kotak. Adudu terpaksa membuat kerja jahatnya seorang diri. Dia sudah bersiap sedia untuk jalankan rancangan jahatnya

"Hehehee.. jagalah kau wahai Boboiboy. Aku akan kalahkan kau! MUAHAHAHAHAAA!" Adudu ketawa besar di situ seperti orang gila. Dia tersenyum sinis sambil menjejak langkahnya ke hadapan

"Itu pula ialah alien kepala kotak.. nama dia adalah Adudu dan abang alien kepala kotak tu tinggal dekat sini. Rumah dia dekat bawah tanah. Nama rumah dia ialah markas kotak"

Adudu terdengar suara comel dari seseorang. Dia berhenti bergerak dan menoleh kebelakang. Dia tidak terkejut dengan kehadiran tiga orang budak kecil iaitu Rizu, Idoli dan juga Lily si anak kecil. Rizu telah membawa dua budak comel itu pergi bersiar-siar di sekitar Pulau Rintis. Dia sempat lagi membawa mereka berdua ke markas kotak dengan beraninya

"Abang Rizu.. itu ke alien kepala kotak tu?" tanya Lily si anak kecil

"Ha ah, itulah alien kepala kotak tu.. dia tu jahat. Suka sangat nak kalahkan abang Boboiboy tapi semuanya tidak berjaya"

"Ohhh.. jadi alien tu sebenarnya takdelah kuat sangat"

"Tapi dia genius.. genius genius pun, asyik kalah aje.. hehehee" jawab Idoli "Lepas ni abang Rizu nak bawa kita ke mana pula?"

"Kita ke kedai Tok Aba! Kita pergi makan dulu!"

"WEI! KORANG INGAT TEMPAT NI MACAM ZOO KE?" Adudu terus tekan butang merah untuk nyalakan mesin itu "Tapi.. korang akan menjadi mangsa pertama aku untuk mencuba ciptaan aku yang terbaru ini!"

"Eh.. abang kepala kotaklah!" Idoli tunding jarinya ke arah Adudu yang sudah berapi-api itu "Eh.. dia nak kenakan kitalah!"

"Memang pun.. RASAKAN!" Adudu terus berikan tembakan ke arah Rizu, Idoli dan Lily si anak kecil

Idoli dengan pantasnya, dia menukarkan diri mereka bertiga menjadi anak-anak kucing. Mereka melompat tinggi supaya dapat elakkan diri mereka daripada terkena tembakan laser itu. Tembakan itu terkena seekor katak yang tidak jauh daripada situ. Katak tersebut berdiri secara tidak langsung dan menari-nari dan berjoget-joget seperti manusia. Katak itu menari tanpa berhenti. Rizu, Idoli dan Lily si anak kecil tidak sedar dengan perubahan yang terjadi terhadap katak itu tadi. Mereka hanya keluarkan kuku tajam mereka dan terus menyerang muka Adudu

"Kita cakar dia!" kata Rizu

"ERK! JANGAN CAKAR AKU!" Adudu melarikan diri untuk selamatkan diri dia daripada terkena cakaran dari anak-anak kucing tersebut "Aku akan ajar korang dengan bagi satu tembakan yang menarik ni"

"KAMI TAK TAKUT!" Jawab Rizu dan Lily si anak kecil

Ugutan dari Adudu tadi, membuatkan mereka terus mengejar Adudu lagi. Mereka tidak gentar dengan ugutan itu kerana mereka tahu, Adudu mahu buat jahat terhadap superhero Pulau Rintis. Mereka tidak akan berdiam diri sahaja dan biarkan Adudu teruskan dengan rancangan jahat dia. Idoli mengejar Adudu lebih pantas daripada Rizu dan Lily si anak kecil. Diri dia berada di hadapan sekali. Semakin lama semakin dekat dia dengan Adudu. Lalu dia melompat dan menyerang kepala Adudu dari belakang. Dia mendarat di atas kepala Adudu

"EH! JANGAN CAKAR AKU!" Jerit Adudu

Idoli tidak berikan cakaran dia tetapi dia berikan gigitan dia dengan gigi taringnya. Adudu menjerit sekuat hati apabila kepala dia di gigit oleh Idoli. Kaki dia pula kali ini terkena dengan cakaran dari Rizu dan Lily si itik. Adudu menjerit sekuat hati dan meminta tolong dari robot ungunya iaitu Probe tetapi malangnya, Probe tidak begitu dengar kerana radio di dalam markas kotak itu, telah di pasang kuat oleh Probe sendiri. Adudu terpaksa melepaskan dirinya sendiri daripada ketiga-tiga anak kucing tersebut

------------------------------------------------------------------------------------------------

Loceng sekolah sudah pun berbunyi. Pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Pulau Rintis, berpusu-pusu keluar dari kelas mereka untuk pergi berehat di kantin. Ada yang berehat di dalam kelas sahaja seperti Harraz. Ada yang menunggu pelajar lain keluar dari kelas kerana tidak mahu berburu-buru ataupun terperangkap di dalam kesesakan itu. Fang adalah orang yang pertama sekali sampai di kantin sekolah kerana dia mahukan donut lobak merahnya. Dia pergi ke kaunter kantin dengan secepat mungkin tetapi lengan dia sudah di pegang oleh seseorang. Fang menoleh ke tepi untuk melihat siapakah yang pegang lengan dia pada ketika itu

"Kau lagi.. kau nak apa?"

"Aku nak jemput kau ke tempat kami selalu berehat. Jangan risau, donut lobak merah sudah pun tersedia di situ" kata Adam dengan senyumannya. Fang rasa senyuman itu agak menjengkelkan. Dia rasa mual pula pada ketika itu

"Yea.. kami tahu donut lobak merah itu adalah makanan kegemaran kau" kata gadis berlesung pipit itu

"Aku rasa.. satu sekolah kot tahu yang aku suka makan donut lobak merah" bisik Fang "Tapi.. apa istimewa sangat tempat tu sampai ajak aku sekali?"

"Itu kau kena ikut kita orang" kata Adam "Mari kita pergi sebelum masa berehat tamat"

"Hmm.. yelah" Fang tidak membantah. Dia ikut sahaja dua pelajar itu tanpa bertanya lagi

"Bagus.. tentu kau akan gembira nanti" kata Adam

Jauh dari situ, Boboiboy dan rakan-rakan dia sudah pun berada di kantin sekolah. Mereka sedang mencari tempat duduk yang kosong untuk membolehkan mereka duduk berehat sambil berborak. Fang tidak sedar dengan kehadiran mereka. Dia hanya berjalan keluar dari kantin sekolah itu dengan dua belah tangannya bersilang. Boboiboy mengusik dahu Bella

"Bella.."

"Kenapa?"

Boboiboy tunjuk jarinya ke arah Fang. Lalu Bella menoleh. Dia terus bersilang tangan dan rasa geram dengan kumpulan itu kerana cuba hendak mengambil kawan mereka pula. Dia tidak begitu berpuas hati. Dia perlu lakukan sesuatu supaya Fang tidak terpengaruh dengan kumpulan itu

"Apa yang kita perlu lakukan?" tanya Yaya

"Musnahkan kumpulan tu?" Gopal memberikan cadangan

"Isk, tak baik maa.. musnahkan persahabatan mereka. Kita cuma perlu yakinkan Fang supaya tidak sertai mereka tapi ini baru permulaan sahajakan?"

"Betul tu Ying. Apa-apa pun, kita akan dapatkan maklumat dari Fang nanti. Lepas tu, kita akan beritahu Fang apa yang mereka mahukan sebenarnya" kata Bella "Aku nak musnahkan dia orang, boleh aje tapi aku bukanlah Bella yang dulu. Aku adalah Bella yang cuba menjadi Bella yang baik, bukan Bella yang suka buli orang"

"Hehehe.. kawan aku ni, cakap macam seseorang pulak"

"Siapa Faye?" tanya Boboiboy

"Ratu Lily... rindu pulak dekat Ratu Lily.. lebih-lebih lagi bila Lily bergaduh dengan Ratu Lily. Dua-dua rebutkan Boboiboy.. hehehe" Faye pandang ke arah kiri dan kanan dia "Aik, Lily tak muncul pula bila aku sebut nama dia"

"Hehehe.. dia sibuklah kot hari ni" kata Boboiboy dengan hati dia rasa lega dengan ketiadaan Lily

"Agaknya" Faye memilih tempat duduk yang berdekatan dengan kaunter kantin sekolah "Bella... budak-budak tu sebenarnya, niat dia orang baik ke jahat?"

"Niat dia orang.. hmm.. baik kot. Dia orang mana pernah kacau orang sebelum ini, hanya buat kerja sendiri tanpa sibuk dalam hal orang lain. Cuma itulah, bila kau dah jauh daripada kawan-kawan kau, kau akan mula lupakan mereka. Abang aku sendiri yang ceritakan kepada aku sebab ada salah seorang adik kepada kawan abang aku tu dekat dalam golongan tu" kata Bella sambil duduk di sebelah Faye "Well.. I hope Fang tak kan lupakan kita orang dekat sini. Kalau dia lupa, aku sekeh si kepala landak tu"

"Hehehee.. kepala landak. Jangan rambut dia tu tajam macam landak sudah, bolehlah kita ramai-ramai sekeh dia nanti" kata Boboiboy

"Aku pun nak sekeh dia juga kalau dia lupakan kami!"

"Isk kau ni Ying.. kita bagi nasihat ajelah, tak baik sekeh kepala orang. Lebih-lebih lagi kawan kita sendiri"

"Ala Yaya.. bagi nasihat pun, entah dia nak dengar ke tak si Fang tu" kata Gopal. Dia berdiri di tepi meja sambil mencekak pinggang "Kalau kita sekeh kepala dia tapi tak menjadi juga, kita beritahu abang dia. Biar dia rasakan hukuman daripada abang dia yang garang tu.. hehee"

"Hah! Memang terbaik sangat idea tu, Gopal" Boboiboy berikan high-five kepada Gopal "Jom kita makan. Aku dah lapar"

"Korang tak rasa risau ke?" tanya Yaya

"Risau tu risaulah juga tapi makan kenalah makan.. perut aku sudah berbunyi dekat kelas tadi" Boboiboy garu-garu kepala dia sambil tersengih seorang diri di situ

"Samalah kita.. aku pun lapar" Gopal membuka penutup bekas makanan dia dan lalu dia mengambil bau terlebih dahulu sebelum menjamu selera. Hari ini, ibu dia telah sediakan nasi dan kari ayam "Jemput makan semua!"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Jauh dari kantin sekolah, Fang telah dibawa oleh dua orang pelajar tingkatan 2 ke sebuah bilik yang berada di tingkat 3. Bilik itu bersebelahan dengan makmal komputer. Memang agak jarang pelajar lain lalu lalang di situ. Fang tidak tahu kenapa mereka berdua bawa dia ke bilik itu. Mereka pula, tidak bercerita kepada Fang. Mereka hanya membawa dia ke sini sahaja. Pintu bilik itu tertutup rapat dan tingkap-tingkap di bilik itu, di lindungi dengan langsir putih. Fang perhatikan Adam membuka pintu itu secara lembut

"Jemput masuk, Fang" kata gadis berlesung pipit itu

Fang rasa ragu-ragu hendak masuk ke dalam bilik itu. Dia tidak mahu benda yang menakutkan akan terjadi kepada diri dia seperti buli. Dia tidak mahu diri dia di buli lagi seperti tahun lepas

"Masuklah, kita orang ajak kau ke sini bukan untuk buli kau tapi untuk membawa kau masuk ke dalam kumpulan kami" kata Adam

Fang tidak berkata apa. Lalu dia melangkah masuk ke dalam sebuah bilik yang dia rasa agak kagum sedikit. Bilik itu dihiasi dengan barang-barang antik dan terdapat pelbagai buku tebal tersusun rapi di atas rak-rak buku. Kerusi-kerusi sofa di situ kelihatan seperti sofa yang dia pernah lihat di istana Lynna. Meja rendah mereka di penuhi dengan makanan ringan seperti sandwich, cupcake, scone dan biskut-biskut chocolate. Donut lobak merah pun ada di atas meja itu. Semuanya tersusun cantik di atas meja itu. Cawan-cawan yang mereka gunakan, kelihatan agak mahal dan kelihatan mewah

"Selamat datang ke dunia kami" kata Adam

"Hai" kata seorang remaja lelaki berketurunan india. Di tangan dia terdapat sebuah buku yang Fang sendiri tidak pernah lihat "Saya Ravi" kata lelaki itu dengan penuh semangat

"Yang duduk dekat atas kerusi tu.. nama dia adalah Qaseh" Adam tunjuk seorang remaja perempuan yang agak kecil badannya. Muka dia kelihatan ayu dan manis "Yang dekat sebelah kau pula, nama dia adalah Lucy. Dia ni suka dengan kebersihan, seperti kau juga"

"Sayalah Lucy" Senyuman dia memang nampak lesung pipit dia di kedua belah pipinya. Lucy adalah gadis berketurunan cina "Nama kawan aku yang pakai tudung tu, nama dia adalah Mawar" Lucy tunding jarinya ke arah seorang gadis bertudung yang sedang duduk sopan di atas lantai sambil menikmati sandwich telurnya

"Dan paling akhir sekali.. nama dia adalah Panda" Fang tergelak sedikit. Adam tidak tersinggung kerana nama kawan dia memang Panda "Nama dia memang Panda.. dia tidak kisah kalau orang ejek nama dia"

"Ok.. jadi, mana Panda tu?" tanya Fang sambil melihat sekeliling bilik mewah itu

"Saya ada di sini" Panda muncul di sebalik rak buku "Sayalah Panda" Remaja itu agak tinggi daripada Fang. Dia mempunyai sebuah cermin mata bulat dan bingkai cermin mata itu agak tebal dan berwarna hitam "Saya rasa.. kawan awak yang kecil tu mesti kenal saya"

"Siapa? Rizu ke?" tanya Fang

"Hah! Si Rizu tu yang suka berceloteh.. saya adalah abang kepada kawan baik dia iaitu Roy. Nama kita orang memang pelik-pelik pun. Tak tahulah kenapa ibu bapa kita orang namakan anak dia orang Panda dan Roy. Makin lama makin pelik nama budak-budak zaman sekarang"

"Dia ni suka bercakap" bisik Adam kepada Fang

"Ohh.. jadi kau jemput aku ke sini sebab apa?"

"Sebab kau ada ciri-ciri seperti kami. Di bilik ini, ianya mempunyai buku-buku yang tidak ada di dalam perpuskataan sekolah. Semuanya telah dibelikan oleh ibu bapa kami dan kami dengan rela hatinya, letakkan buku itu di sini sebagai bahan rujukan. Kebanyakkan buku-buku di sini dari luar negara. Jadi kau dapat membaca sepuas hati di sini dan kami juga, amat pentingkan dengan kesopanan dan kebersihan di dalam bilik ini" Adam membawa Fang ke rak-rak buku di situ

Semua buku di situ kelihatan tebal dan mahal. Fang sendiri agak tergaman melihat buku-buku yang dia tidak pernah lihat sebelum ini. Buku-buku dekat perpuskataan istana Lynna pun, dia belum habis baca dan belum lagi menerokai di bahagian perpuskataan yang lain. Dia seperti ingin duduk di situ dan baca buku-buku yang ada di dalam bilik itu

"Ini semua akan menjadi milik kau, Fang sekiranya kau menyertai kami" kata Adam "Kami juga akan membantu kau untuk mencapai prestasi yang kau mahukan. Jangan risau tentang dua rakan kawan, Yaya dan Ying tu. Kau tumpukan sahaja dengan prestasi kau dan aku percaya, kau dapat pergi lebih jauh dari sini"

Di dalam hati Fang mengatakan, dia akan terbang ke angkasa lepas. Itu sudah cukup jauh daripada sekolah dia. Fang mahu tergelak di situ tetapi dia menahan mukanya dan teruskan berserius seperti abang dia. Mata dia terpandang seorang lelaki berkemeja biru. Lelaki itu sedang duduk di belakang sebuah meja kerja. Dia begitu sibuk membuat kerja beliau iaitu menulis sesuatu di dalam sebuah buku notanya

"Itu siapa?" tanya Fang

"Ohh.. itu adalah penasihat kita orang. Dia yang jaga kami semua dan jika kami ada masalah, kita akan berjumpa dengan dia dan ceritakan tentang semua masalah kita kepada dia. Dia cikgu pagi, cikgu biologi.. waktu tengahari macam ni, dia akan jaga kita orang. Dia adalah juga ajar kita orang kalau ada soalan yang kita orang tak berapa nak faham sangat" kata Lucy

"Jadi dia sebagai tukang jaga korang selama ini" Lucy hanya anggukkan kepala sahaja kepada Fang "Hanya korang berenam sahaja ke?"

"Takdelah.. ada yang lain cuma mereka sekolah pagi sahaja. Kami semua dari tingkatan 2" Adam menjemput Fang duduk di atas sofa bersebelahan dengan Ravi "Kami tiada niat jahat. Kami hanya ada niat baik sahaja dan ini semua untuk kebaikan kau sahaja"

"Boleh tak bagi aku fikir dulu"

"Boleh" jawab Adam "Kalau boleh gunakan bilik ni bila-bila masa sahaja" Dia duduk di sebelah Fang dan lalu berkata-kata lagi "Dulu kami cuba nak bawa masuk dua kawan kau tu, Harraz dan Bella tapi.. tengok dia orang macam tidak berminat dengan kami, jadi kami tidak menganggu mereka lagi"

"Jadi sekarang ni, korang nak ajak akulah ni. Kalau aku tak nak, kau pergi orang lain pula.. macam Yaya ke, Ying ke.. tak pun si Boboiboy tu ke"

"Taklah, kita orang tidak akan pilih mereka kerana mereka bukan macam kamu" kata Mawar sambil pelawakan donut lobak merah kepada Fang "Makanlah, ini semua untuk awak"

"Soo.. korang ni sombong dan berlagak macam akulah" Fang angguk kepalanya tanda faham

"Err... lain bukan yang tu" kata Ravi

"Jadi, kalau kau berminat untuk sertai kami.. datang sahaja ke sini dan kami akan bantu kau. Jangan malu-malu untuk bertanyakan soalan atau pinjam buku-buku di sini kerana kami tidak akan memarahi kau" Adam mengambil sebiji donut lobak merah dan lalu dia hulurkan kepada Fang "Jangan salah sangka pula yang kami hanya mahu pisahkan kau dari kawan-kawan kau pula. Itu kami tidak akan halang. Itu hak kau untuk berkawan. Kami di sini hanyalah untuk membantu kau sahaja dan juga menjadi kawan kau"

"Terima kasih" Fang terima donut itu tanpa rasa ragu-ragu. Lalu dia gigit sedikit sambil mendengar keenam-enam remaja itu berbincangkan tentang buku yang mereka baca sebelum ini

------------------------------------------------------------------------------------------------

Petang itu, waktu sekolah sudah pun tamat. Boboiboy tunggu kawan-kawan dia yang lain di luar pintu pagar sekolah. Orang yang dia paling tunggukan adalah Fang kerana semasa waktu rehat, Fang tidak munculkan diri. Dia ingin tahu kisah tentang sekumpulan pelajar elite itu tadi dan adakah Fang masih lagi berada dengan mereka atau dia sudah mula berubah pemikiran

"Kalau dia berubah ke arah kebaikan macam mana? Tak kan aku nak halang pulak.. dia orang tu rajin, pandai, sopan dan tidak ganggu orang" bisik Boboiboy seorang diri "Tapi itu semua keputusan Fang sendiri. Aku sebagai kawan dia, aku kenalah berikan sokongan tapi kalau benda yang tak elok, aku kena jauhkan diri Fang dari benda-benda begitu"

"Cakap seorang diri nampak" muncul Yaya di sebelah Boboiboy "Kau tunggu Fang ke?"

"Yelah.. aku nak tahu kisah dia dengan geng elite tu tapi kau pun nak tahu jugakan sebenarnya" Yaya terus tersengih kecil di situ "Hmm.. dah agak dah"

"Aku pun nak tahu juga.. tapi aku tak rasa mereka seperti yang dikatakan oleh Bella dan Harraz tadi. Orang boleh cakap apa sahaja tapi yang sebenarnya, lain daripada yang lain. Mulut orang, kita pun percaya sahaja tanpa usul periksa"

"Yelah Yaya.. aku pun tak nak fikirkan begitu" Boboiboy mengeluh sedikit "Aku cuma risau kalau Fang jauhkan diri daripada kita bila dia dapat kawan baru"

"Tak mungkinlah.. Fang tetap menghargai kita semua sebagai sahabat dia"

"Yolah.. betul cakap Yaya tu! Hehee.. maaf sebab muncul secara tiba-tiba" Ying ada di situ bersama Bella dan Faye "Kalau Boboiboy tunggu si Fang tu, dia keluar lambat maa... tak tahulah dia tengah tunggu apa. Aku ada ajak dia sekali turun sama-sama tapi dia tolak"

"Aku pun ada ajak dia juga tapi jawapan yang sama. Entah-entah si Pang tu nak pergi jumpa kawan baru dia tu" kata Bella dengan nada yang menakutkan "Fang sudah dibawa masuk ke jalan yang gelap.. HAHAHAHA!"

"Kalau dia masuk ke dunia gelap.. kita sekeh dia berjemaah!" kata Gopal secara tiba-tiba

"Wuuu... sekeh kepala landak secara ramai-ramai? LILY NAK JOIN SEKALI!" Kali ini Lily pula muncul secara mengejutkan "Bolehlah Lily toyoh kepala landak tu. Biar jadi landak penyek! Hehehee.."

"Aduh.. dia belum lagi masuk ke dunia gelaplah tapi aku rasa, geng-geng elite tu bukannya geng gelap pun" kata Boboiboy "Betul ke si Fang tak balik sekali dengan kita orang?"

"Betul maa... entah apa yang dia tengah tunggu tu"

"Takpelah Ying.. malam nanti aku hubungi dia. Jomlah balik.. nanti Tok Aba tunggu aku pula" Boboiboy bergerak bersama rakan-rakan dia. Lily berjalan di sebelah Boboiboy dengan matanya asyik melihat pipi tembam Boboiboy. Tangan dia terasa gatal pula untuk mencubit pipi Boboiboy

"Sudah sudahlah tu Lily.. jangan asyik nak pandang si Boboiboy tu. Cuba pandang di tempat lain, macam langit merah tu ke.. cantik aje rasanya" Bella mendongak ke langit. Pada ketika itu, matahari sudah mula terbenam. Awan-awan putih telah menghiasi sedikit di langit merah itu "Lagipun, Boboiboy tu tak kan kena mana pun kalau Lily tak pandang dia"

Lily mendongak ke atas. Dia terbayangkan wajah Boboiboy ada di langit merah itu. Lily terus tersenyum seorang diri dan hati dia mengatakan, langit itu begitu indah sekali dengan adanya wajah Boboiboy tersenyum comel

"Tapi.. DIA AKAN MEMBUAT SEBUAH PERSEMBAHAN YANG MENGASYIKKAN SEHINGGA ORANG RAMAI TIDAK JEMU MELIHATNYA!" Boboiboy dan rakan-rakan dia terus pusing kebelakang. Mereka sudah agak, Adudu ada di situ dengan ciptaan terbaru dia untuk kalahkan Boboiboy "HAHAHA... Bersiap sedialah wahai Boboiboy"

"Wuuuu.. bersiap sedia untuk melawan Adudu ke? Lepas kalah encik kepala kotak, sorok dekat dalam markas, lepas tu beberapa minggu kemudian, baru muncul balik dengan senjata baru yang bakal menjadi arwah" kata Lily sambil gelengkan kepala

"Isk isk.. kasihan dengan bakal ciptaan Adudu tu" kata Gopal yang turut berikan simpati

"Tapi... apasal dengan kepala kau tu. Penuh dengan cakaran dan kesan gigitan.. kau kena serang dengan harimau ke?" Boboiboy dan rakan-rakan dia tergelak sedikit di situ "Kau pergi masuk kandang harimau ke tadi?"

"Entah-entah dia kena serang dengan Idoli si anak kucing tu.. hahahaaa.. dengan anak kucing pun boleh kalah" kata Gopal

"Haiyaa... macam mana boleh kalah dengan anak kucing? Sah sah si kepala kotak ni tak sekuat mana macam dulu" kata Ying pula

Adudu sudah mula berapi-api dengan kata-kata mereka tadi. Hati dia terus menjadi panas. Jari dia telah pun tekan butang mesin itu menyerang mereka semua

"WEI! KAU KUTUK AKU YEA! Takpe takpe... kali ni, aku akan menang dan kau akan kalah! RASAKAN SERANGAN DARI AKU!" Tembakan laser telah di lancarkan oleh Adudu tetapi Boboiboy melindungi mereka semua dengan mengeluarkan tanah pelindung "HAHAHAA! KAU INGAT KAU DAPAT LINDUNGI DIRI KAU!"

Laser tersebut berjaya musnahkan tanah pelindung itu. Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Faye tidak berjaya mengelakkan diri. Manakala Lily telah di tolak oleh Boboiboy untuk menyelamatkan Lily. Badan Lily terkena Bella dan mereka berdua tergolek jatuh. Kedua gadis itu terselamat daripada terkena pancaran cahaya laser itu

"BOBOIBOY!" Jerit Lily

Lily dan Bella tidak tahu apa yang akan terjadi kepada rakan-rakan mereka. Di hati mereka berdua hanya berharapkan tiada sesuatu yang dasyat akan terjadi kepada rakan-rakan mereka. Mata mereka perhatikan Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying dan Faye mula bergerak secara serentak. Pergerakan itu adalah pergerakan sebuah tarian. Lily rasa teruja pula melihat Boboiboy menari di situ

"Wei wei! Apasal dengan diri aku ni?" tanya Boboiboy yang tidak boleh hentikan tarian dia. Tangan dan kaki dia melakukan sebuah tarian yang dia sendiri tidak pernah lakukan sebelum ini "APA KAU SUDAH BUAT NI ADUDU?"

"Aku rasa macam... tarian Bollywood pulak" kata Gopal "Aku macam dengar lagu hindustan pulak"

"Ha ahlah, aku pun dengar juga" Yaya rasa malu dengan diri dia kerana dia sendiri tidak pernah menari selama ini "Macam mana nak hentikan badan kita daripada menari ni?"

"Hahaha.. korang tak kan dapat berhenti. Korang akan menari dan menari dan menari buat SELAMA-LAMANYA! HAHAHAA!"

"APA?!" Terkejut Boboiboy "Isk! Tak boleh jadi ni" Dia mula berpusing-pusing di atas jalan itu. Kepala dia terasa pening sedikit "BELLA! LILY! HUBUNGI FANG CEPAT!"

"Oh.. si Fang tu takde rupanya. Takpe takpe.. aku akan dapatkan dia lepas ni tapi.. aku perlu selesaikan mereka dua tu dulu" Adudu acukan pistol mesin dia ke arah Lily dan Bella. Dia sudah tersenyum bangga dengan kejayaan dia "Hehehe..." Sebelum dia dapat lepaskan tembakannya, dia terdengar ada seseorang memanggil nama dia

"ENCIK BOS! ENCIK BOS!"

"Cheh, si Probe rupanya.. potong line betul!" Hati Adudu terus membara "Kau nak apa, Probe?"

"Errr.. saya ada bawa radio ni. Tengah lagu hindustan ni... bolehlah kita bagi dia orang menari dalam macam-macam rentak.. hehehehe.. boleh buat duit kalau macam ni"

"Ok juga tu.. tapi aku kena selesaikan dua orang ni dulu" Adudu palingkan mukanya ke arah Bella dan Lily balik "AMBIK NI!"

"JANGAN!" Boboiboy terus bertukar menjadi Boboiboy Blaze "Kalau aku tak dapat hentikan tarian aku ni tapi aku boleh gunakan tarian ini untuk kalahkan kau! GERAKAN TARIAN BERAPI!"

"ERK!" Adudu terkejut dengan gerakan tangan Boboiboy Blaze yang begitu pantas sekali dapat keluarkan kuasa apinya "LARI! LARI!" Dia terus larikan diri daripada serangan api tersebut

"Hehehee.. BOBOIBOY BLAZE SUDAH MENGAMUK!" Lily meloncat-loncat di situ sambil memberikan sokongan dia terhadap Boboiboy Blaze

"BOBOIBOY! CEPAT KALAHKAN SI ADUDU TU! AKU DAH PENAT MENARI NI" kata Gopal. Muka dia sudah berpeluh-peluh. Tangan dan kaki dia sudah lenguh. Dia seperti hendak pengsan di situ "Aku.. dah penat dah ni"

"Gopal, kuatkan diri" Ying lajukan gerak tarian dia "Tapi aku boleh bantu kau kot... GERAKAN LAJU!"

Gopal menjadi lebih penat dengan tarian dia yang lebih laju daripada biasa. Semakin lama semakin penat dan beberapa minit selepas itu, dia pengsan di atas jalan tetapi kaki dan tangan dia masih lagi bergerak-gerak. Ying rasa bersalah dan terus dia tersengih

"Aiyaa... maaf Gopal" kata Ying

Yaya sudah terbang pergi kerana malu. Dia hanya sambung menari di sebalik awan supaya orang lain tidak melihat dirinya menari seperti seorang ballerina. Faye tidak kisah kerana dia suka menari. Boboiboy Blaze masih lagi berlawan untuk kalahkan Adudu. Lily pergi menolong Boboiboy Blaze dengan cara menolak Probe dan rampas radio itu dari robot ungu. Probe bergolek-golek di situ dan terus masuk ke dalam longkang

"Hehehe.. bagus Lily" kata Bella

"BOBOIBOY! LILY PASANGKAN LAGU YANG LAGI RANCAK!" Lily terus tukar lagu hindustan itu kepada lagu yang lebih rancak. Ianya membuatkan Boboiboy Blaze menari dengan tarian yang lebih pantas "Weeee! MY BBB-CHAN MENARI!"

Boboiboy Blaze berselang-seli mengangkat kakinya seperti di dalam tarian river dance dan tap dance. Dia gunakan teknik tarian itu untuk berikan serangan yang seterusnya

"TENDANGAN API BERSELANG-SELI!" Kuasa api itu keluar dari kaki kirinya dan selepas itu dari kaki kanannya. Kuasa api itu keluar secara bertubi-tubi Adudu melompat-lompat untuk elakkan diri daripada terkena kuasa api itu "KAU NAK LAGI? RASAKAN SERANGAN INI PULA!"

Kali ini Boboiboy Blaze melompat ke udara. Dia memberikan teknik somersault di udara sambil keluarkan kuasa apinya. Kuasa api itu di dalam bentuk roda yang berputar-putar. Ianya datang secara laju ke arah Adudu. Dia menjadi semakin takut dan dia tahu, dia bakal kalah dalam beberapa minit lagi.

"Wuuuu.. dasyatnya Boboiboy Blaze. Kalau dia mengamuk, tiada siapa dapat kalahkan dia" Lily bertepuk tangan di situ. Tiba-tiba lagu bertukar menjadi lagu sedih "Eh.. siapa pulak yang tukarkan lagu sedih ni"

"Hehe.. mestilah aku" Probe sudah pun kembali dari longkang tadi. Badan besi dia berbau busuk sehingga membuatkan Bella terpaksa duduk jauh sedikit tetapi bagi Lily pula, lain pula ceritanya

"OHH! ROBOT BADUT NI YANG BUAT!" Lily angkat radio itu dan terus dia menghentam kepala Probe dengan radio tersebut "PROBE SENGAJA NAK SABOTAJ MY BBB-CHAN! RASAKAN SERANGAN AMUKAN LILY! AMBIK NI! AMBIK NI! AMBIK!"

"ADEH! ADEH! JANGAN KETUK SAYA!" Lily abaikan jeritan dari Probe. Dia ketuk kepala Probe secara bertubi-tubi sehingga menyebabkan kepala besi Probe, kemek teruk. Pecah mata sebelah Probe. Dia cepat-cepat lepaskan diri daripada Lily dan pergi menolong encik bosnya "ENCIK BOS!"

"Probe..." Badan Adudu penuh dengan kesan-kesan hitam akibat terkena serangan api Boboiboy Blaze tadi. Dia sudah baring terlentang di atas jalan raya. Mesin ciptaan dia sudah termusnah "Probe... jom.. selamatkan.. diri"

"Jangan risau encik bos!" Probe angkat encik bosnya dan terus terbang lari dari situ secepat mungkin

Boboiboy tukarkan dirinya kepada yang asal. Akhirnya diri dia dan kawan-kawan dia sudah berhenti menari selepas sahaja mesin ciptaan Adudu tadi musnah. Gopal berhenti bergerak-gerak tetapi masih lagi dalam keadaan pengsan. Ying terduduk di atas jalan raya kerana penat. Faye masih lagi bersemangat dan dia teringin untuk menari semula. Yaya sudah pun berhenti menari di atas awan. Lalu dia melihat apa yang terjadi di bahagian bawah. Mata dia terpandang dua orang sedang berlawan dari satu bumbung rumah ke bumbung rumah yang lain. Yaya rasa curiga. Dia terbang ke bawah untuk melihat siapakah dua orang itu

"Eh.. itu abang Kaizo dan.. LEPUS?"

Yaya dengan segeranya, dia terus menghubungi Boboiboy, Fang Gopal dan Ying. Hanya hologram Boboiboy dan Ying sahaja yang muncul. Gopal masih lagi pengsan. Fang tidak menjawab panggilan dari Yaya tadi

"BOBOIBOY! YING! Cepat datang ke sini. Abang Kaizo telah berlawan dengan Lepus. Kita perlu bantu dia dan panggil Fang sekali!"

"Ok!" kata mereka berdua

"Boboiboy.. kau dan Ying pergi tolong abang Kaizo. Biar aku, Bella dan Lily jaga Gopal dekat sini. Sementara itu, aku akan cuba menghubungi Fang"

"Terima kasih Faye.. kalau apa-apa terjadi, hubungi aku!" Boboiboy beredar dari situ bersama Ying. Dari jauh lagi, mereka boleh nampak dua orang lelaki sedang berlawan di atas bumbung rumah

"Kau rasa, si Fang tu pergi mana?"

"Hmm... mesti si budak Pang tu ada dengan budak-budak elite tu" kata Bella "Kau cepatlah hubungi dia sampai dapat. Kalau dia tak angkat, aku akan double triple sekeh kepala landak dia tu!"

"Lily pun akan buat sama macam Bella!" kata Lily dengan bangganya

Faye tersenyum kecil di situ. Tanpa membuang masa, dia terus menghubungi jam kuasa sepupunya

--------------------------------------------------------------------------------------------

Fang berada di dalam bilik mewah itu seorang diri. Dia sedang duduk di atas sofa dengan selesanya dan sambil itu, dia membaca buku yang ada di dalam bilik itu. Rasa agak tenang dengan tiadanya orang yang ingin menganggu dia. Jam kuasa dia dari tadi lagi sudah berbunyi tetapi Fang hanya abaikan sahaja. Dia malas hendak menjawabnya tapi bagaimana kalau sesuatu yang penting kerana panggilan itu tidak terhenti-henti. Lama kelamaan, Fang menjawab panggilan itu. Hologram Faye muncul di jam kuasanya

"FANG!"

"Kenapa Faye?"

"Kecemasan! Abang kau tengah berlawan dengan Lepus. Aku pasti abang kau perlukan kau sekarang ini"

"Ok ok.. aku datang sekarang juga" kata Fang. Dia tutup hologram itu

Fang rasa agak menyesal sedikit kerana tidak menjawab panggilan yang pertama tadi. Dia rasa takut pula kalau abang dia akan berikan latihan tempur kerana lambat berikan pertolongan tetapi dia fikir balik, abang dia memang selalunya tidak mahukan pertolongan

"Tapi... kak Lynna selalu aje tolong dia.. hehehee"

Fang mengambil beg sekolah dia dan tinggalkan buku yang dia baca tadi. Lalu dia keluar dari bilik itu tanpa melihat balik. Pemikiran dia hanya fikirkan tentang abang dia sahaja. Semasa dia hendak turun dari tingkat 3, dia ternampak Adam dan Ravi sedang berborak di tangga sekolah. Mereka berdua turut terserempak dengan Fang di tangga itu

"Nak balik dah?" tanya Adam

"Ha ah.. aku ada hal penting tapi.. aku rasa aku tidak boleh sertai korang" balas Fang "Maaf kalau aku menyusahkan korang"

"Tidak mengapa.. tapi bilik itu sentiasa terbuka untuk kau"

"Terima kasih" Fang bergegas turun dari situ tapi kenapa dia perlu berlari. Dia ada kuasa dan dia boleh gunakan kuasa dia "HELANG BAYANG!" Fang melompat dari situ dan terus menunggang helang bayang itu

Fang mengarah helang bayangnya terus ke arah abang dia. Mata dia berliar mencari di mana tempat pertarungan di antara abang dia dan Lepus. Lalu dia terpandang sesuatu. Sekumpulan robot itik ninja sedang berlawan dengan kawan-kawan dia. Robot-robot itu menghalang Boboiboy, Yaya dan Ying untuk datang dekat ke arah Lepus dan Kaizo. Dia mahu pergi menolong tetapi dia ternampak pedang abang dia terpelanting ke udara dan jatuh ke atas jalan

"ABANG!" Fang marakan helang bayangnya ke arah abang dia

Kaizo ada di atas bumbung rumah orang. Di depan mata dia adalah sebilah pedang katana yang agak tajam. Lepus berdiri dengan megahnya di hadapan Kaizo. Fang pecutkan helang bayangnya supaya dia dapat menghalang serangan Lepus terhadap abangnya

"ABANG!" Fang menjerit lagi

"PANG! KAU JANGAN DATANG DEKAT!" Kaizo mengangkat tangan kanan dia untuk menyerang Lepus "Kau ingat, aku boleh kalah begitu sahaja tanpa pedang aku.. aku boleh lagi kalahkan kau... haha"

"Kau jangan nak berlagak, Kaizo!" Lepus menggenggam pedang dia seerat-eratnya "Lagenda macam mana pun kau, Kapten Kaizo akan tetap kalah juga dan aku yang akan menjadi orang yang berjaya kalahkan kau" Dia mengangkat pedangnya dan lalu berikan satu libas ke arah Kaizo. Dia keluarkan kuasa angin dari pedang katana itu

"DINDING TENAGA!"

Letupan kuat telah pun berlaku di situ. Asap-asap tebal telah mengaburi penglihatan Fang. Dia tidak nampak abang dia berada di mana sekarang ini kerana asap-asap tebal

"ABANG!" Fang memanggil abangnya tetapi tiada sahutan. Dia mengibas-gibas tangannya untuk lalu di sebalik asap-asap tebal itu "ABANG!" Lalu dia mula perasan sesuatu. Dia seperti nampak bayang-bayang seseorang sedang cuba menyerang sesuatu

Kaizo selamat di dalam letupan tadi walaupun diri dia sudah terjatuh dari bumbung rumah itu. Dia membuka matanya sedikit demi sedikit setelah dia mendengar jeritan adiknya. Dia tidak begitu nampak kerana sekeliling dia penuh dengan asap-asap tebal

"PANG!" Kaizo mula bangunkan diri dia

"ABANG KAIZO! FANG!" Dia terdengar jeritan dari Boboiboy pula "ABANG KAIZO! FANG! MANA KORANG?"

Kaizo mula berjalan secara perlahan. Kaki kiri dia terasa sakit sedikit. Dia mengipas-gipas laluan dia supaya dia boleh mencari adiknya dan juga kawan-kawan adik dia. Kaizo tidak tahu apa yang telah terjadi ke atas diri Lepus. Dia tidak mahu Lepus mengambil kesempatan di dalam situasi begini. Dia perlu mencari adiknya secepat mungkin dan juga pedang dia

"PANG!" Kaizo menjerit lagi "PANG! KAU DEKAT MANA?" Dia mula batuk sedikit

"DIA ADA DEKAT BELAKANG KAU!"

"JANGAN!"

Kaizo pusing kebelakang dan terkejut melihat adiknya melindungi dirinya dengan menerima tusukan pedang dari Lepus. Fang terduduk di atas jalan dengan darah mengalir keluar dari kedua belah tapak tangan dan badan dia juga. Dia menggenggam pedang itu untuk menghalang dirinya terkena tikaman tersebut tetapi dia sudah terlambat

"PANGGGGGG!"

to be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top