Karnival Hantu
Sepucuk surat yang ditinggalkan untuk Kaizo dari ayahnya membuatkan Kaizo terfikir setiap malam. Setiap malam, dia akan membaca surat itu bersendirian di dalam bilik tidurnya dan kemudian, dia sorokkan surat itu di tempat yang adik dia tidak akan jumpai. Adik dia sendiri tidak tahu isi kandungan surat tersebut. Fang tidak mahu membaca surat itu sebelum abang dia baca dan dia faham kalau abang dia tidak mahu berkongsi surat itu bersama. Dia menghormati keputusan abangnya dan tidak akan bertanya apa isi kandungan tersebut
"Tak tahu pula ayah aku nak masukkan aku dalam sekolah military" kata Kaizo sambil berborak dengan Lynna di jam kuasanya. Hanya Lynna sahaja yang tahu tentang isi kandungan surat tersebut "Patutlah malam tu dia tunjukkan aku jam kuasa yang aku miliki sekarang ini"
"Ayah kau buat begitu sebab nak pisahkan adik kau dengan kau?"
"Yea Lynna tapi mungkin dia ada sebabnya. Dia tiada pula tulis dalam surat tersebut tapi dia cakap, untuk kebaikan kita berdua. Masa aku kecil lagi, aku dan Pang memang agak sukar untuk dipisahkan tapi kadang-kadang dia tak kisah pun kalau aku keluar bermain dengan kawan baik aku tu" Kaizo terkenang balik tentang kawan baik dia dulu iaitu Devon. Kawan baik pertama dia tapi sekarang, kawan baik dia sudah pergi buat selama-lamanya. Dia mengaku, dia sendiri yang hapuskan kawan baik dia kerana kegilaan kuasa
"Hehehe.. dia nak kau lebih matang lagi kot"
"Mungkin juga"
"Tapi kau dah jadi matang pun semenjak ibu bapa kau tiada lagi. Kau yang jaga Fang dari dia kecil lagi sehingga sekarang tapi pengorbanan kau terhadap adik kau, aku amat kagum"
"Hmm.. pengorbanan apa kebendanya. Selepas sahaja aku menjadi kapten, aku terlalu leka sangat di dalam misi-misi aku sampai aku lupakan si Pang tapi aku mulai sedar semenjak Ratu Lily culik dia dan seksakan dia. Pang adik aku, aku patut melindungi dia, bukannya berikan dia misi"
"Takpelah Kaizo, at least ada juga kebaikannya Ratu Lily culik Fang. Dia nak bagi kau sedar.. kalau Ratu Lily tak culik dia, aku tak tahu apa yang akan terjadi sekarang. Mungkin Fang masih lagi tinggal di bumi keseorangan dan hanya kawan-kawan dia sahaja sebagai peneman hati dia. Kau pula mungkin kadang-kadang sahaja menghubungi dia" Kaizo tersenyum sedikit kepada Lynna
"Yea, mungkin betul juga apa yang kau katakan tadi"
"Kau jangan fikirkan sangat Kaizo, semuanya sudah berlalu tapi aku berharap, kau dapat mengambil pengajaran apa yang berlaku sebelum ini"
"Apa yang berlaku sebelum ini, memang mengajar aku. Kalau aku terlalu leka dan tidak kisahkan tentang Pang, mungkin juga aku telah mengingkari janji ibu dan mungkin juga aku tidak dapat melihat Pang membesar" kata Kaizo dengan nada serius dia
"Baguslah tu" Lynna senyum sedikit kepada Kaizo "Lagipun, kalau kau tak ikut adik kau duduk di sini, tak mungkin aku dapat mengenali diri kau"
"Mungkin tapi apa-apa pun, terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku"
"Sama-sama Kaizo" Lynna melihat jam yang ada di sisi dia "Oklah Kaizo, aku masuk tidur dulu. Esok aku kena bangun awal. Ada hal aku kena buat. Jumpa lagi" Kaizo terus tutup hologram tersebut. Dia terpandang di pintu biliknya, Fang ada di situ dengan segelas susu
"Berapa lama kau berdiri dekat situ?"
"Baru sahaja abang" Fang masuk ke dalam bilik abangnya "Abang berborak dengan siapa tadi?"
"Itu pun kau nak tahu"
"Hehehe.. mestilah, urusan abang adalah urusan adik juga! Tapi kalau bukan urusan penting yang melibatkan alien-alien durjana yang cuba untuk merampas jam kuasa kita semua dan juga ingin menentang kapten yang terkuat di galaxy iaitu abang ku yang terlajak handsome! mesti abang tak nak beritahukan" Kaizo masih lagi dengan muka serius dia walaupun adik dia tergelak sedikit "Abang ni, susah betul nak buat abang ketawa"
"Kau ingat ayat kau tu lawak sangat ke" Fang tersengih dan terus dia minum segelas susu sehingga habis. Di atas bibir dia terdapat kesan susu seperti misai. Kaizo tergelak sedikit
"Hehehe! adik berjaya buat abang tergelak"
"Suka betul kau tengok aku tergelak. Aku Kapten Kaizo, bukan sesuatu yang mudah untuk membuatkan aku tergelak"
"Tapi benda yang simple seperti misai susu dekat muka adik, abang ketawa jugakan" Kaizo mahu sekeh kepala adiknya tetapi disebabkan adik dia sedang memegang segelas cawan, dia tidak akan buat begitu. Kalau gelas itu terlepas dari tangan adiknya dan pecah, sudah tentu ada juga yang terluka
"Hmm.. yelah, sudah.. abang nak tidur. Kau pergilah buat apa yang kau nak buat tapi jangan nak tidur lewat" Fang terus keluar daripada bilik sambil melihat abangnya sudah bersiap untuk baring di atas katil. Secara senyap, dia menutup pintu bilik abangnya. Lalu Fang turun ke bawah untuk menghantar gelas kosong ke dapur. Sampai sahaja di tangga bawah, jam kuasanya berbunyi dan hologram Boboiboy muncul
"Kau nak apa Boboiboy?" tanya Fang dengan nada bosan dia, sambil itu, dia terus masuk ke dalam dapur
"Hehehee... aku nak ajak kau ni"
"Ajak aku pergi mana? Jangan ajak ke tempat yang bukan-bukan sudah"
"Takde maknanya aku nak ajak kau ke tempat yang bukan-bukan tapi si Gopal tu, dia jemput aku dan kau pergi ke karnival hantu malam ni pukul 12 malam" Terus kening sebelah Fang terangkat "Dia cakap dia dapat kad jemputan ke karnival hantu. Dari mana dia dapat, aku pun tak tahu"
"Pelik aku" Fang letakkan gelas kosong di dalam sink "Tapi mana ada karnival buka pukul 12 malam. Entah-entah si Adudu merancangkan sesuatu untuk perangkap kita"
"Itulah, aku pun terfikir benda yang sama tapi apa-apa pun, kita kena siasat"
"Hmmm... cuma aku takut nanti abang aku marah kita orang sahaja nanti sebab pergi tanpa minta kebenaran dia"
"Ha ah, kalau dia tahu.. memang habislah kita orang. Jadi kau tak nak pergi ke?" tanya Boboiboy
"Nak tapi biarkan ajelah abang aku marah-marah dan mengamuk tak tentu pasal.. heheheee... suka pula aku tengok dia marah-marah. Boleh tambahkan lagi kedut di dahi dia tu.. muahahahaaaa!"
"Apa-apa ajelah kau ni" kata Boboiboy dengan nada yang bosan "Nanti jumpa dekat depan rumah aku pukul 11:30 malam. Hehehe.. kalau Tok Aba, habislah aku"
"Ermm... kalau kau tak nak pergi, biar aku aje pergi dengan si Gopal tu. Bolehlah aku kenakan dia.. lagipun kau kan budak baik yang terbaik antara kita semua. Budak baik tak keluar malam" Fang tergelak sedikit
"Ala, sekali sekala keluar malam. Bukannya selalu pun. Oklah, jumpa nanti dekat depan rumah aku" Terus Fang tutup Hologram Boboiboy. Dia basuh gelas tadi dan terus pusing kebelakang. Dia terkejut melihat 3 ekor haiwan peliharaan dia iaitu 2 kucing dan seekor itik. Shadow, Pikachu dan Lily si itik, pandang sahaja Fang. Mata mereka asyik perhatikan Fang sahaja. Fang bergerak ke pintu dapur, mereka bertiga masih lagi perhatikan Fang dengan gerakan kepala
"Menakutkan betul korang ni atau korang sebenarnya nak bocorkan rahsia aku nanti. Nak bagitahu abang aku lah tu yang aku nak keluar malam ni" Terus ketiga-tiga ekor itu membuat bising "Baik korang senyap sebelum aku salai korang bertiga"
"Meow meow meow"
"Jangan risaulah Shadow, aku keluar sekejap aje tapi jangan beritahu abang aku. Ingat tu!"
"Quack quack quack"
"Yea yea.. nanti aku bawaklah balik sesuatu untuk korang"
"Meow!"
"Sama-sama Pikachu" Fang rasa pelik dengan diri dia. Macam mana dia boleh faham apa yang mereka katakan tadi? Adakah virus kerepek pisang telah melular ke dalam tubuh badan dia "TID-tidakkkk!" dia menjerit dengan begitu perlahan sekali kerana takut abang dia akan terjaga nanti. Fang terus naik ke bilik dia dan lelapkan mata sekejap. Pukul 11 nanti, dia akan bersiap-siap untuk pergi ke rumah Boboiboy
---------------------------------------------------------
Tepat pukul 11:30, Fang sampai di rumah Boboiboy tetapi dia tidak sangka pula kawan-kawan perempuan dia pun ada di situ juga iaitu Yaya, Ying, Bella dan Lily. Faye pun ada di situ juga. Semuanya berkumpul di depan rumah Boboiboy tapi Gopal belum sampai lagi dan Boboiboy pula, masih belum keluar lagi daripada rumah dia
"Aik, Gopal ajak korang semua sekali ke?" tanya Fang
"Bukanlah, aku dapat jemputan ke karnival hantu" Lalu Bella tunjukkan kad jemputan dia kepada Fang "Tapi yang anehnya, karnival ni pada waktu malam dan dia cakap, kita boleh jemput kawan-kawan kita semua" Fang mengambil kad itu. Kad itu berwarna hitam dan tulisan dia agak menakutkan. Fang terasa ada bau darah di kad tersebut
"Agak-agaknya ada apa dekat karnival itu nanti?" tanya Ying yang sudah menggigil kerana kesejukan bukan ketakutan
"Mestilah ada hantu" muncul Gopal sambil suluh kearah muka dia. Selamat mereka tidak terkejut sangat "Hehehe.. lama ke tunggu aku sampai?"
"Dia orang tak tahulah, aku baru aje sampai tapi mana si Boboiboy, tak keluar lagi dari rumah dia. Kena kurung dalam bilik ke dia tu?"
"Mana adalah Fang. Dia tengah bersiap-siap tu" jawab Yaya "Tadi masa kita orang sampai, dia cakap.. dia nak bersiap sekejap"
"Ohh.. tuan puteri kita yang paling lambat sekali rupanya.. hehehehee" Fang tergelak sedikit. Lalu pintu rumah Boboiboy terbuka dan Boboiboy terus keluar dari rumah dengan beg sekolahnya "Apa yang kau bawak tu?"
"Hehehe.. aku bawa lampu suluh dan beberapa botol air untuk kita semua. Manalah tahu yang karnival hantu tu bertukar menjadi benda yang kita tidak nak boleh dijangkakan"
"Betul juga cakap kau. Aku pun ada juga bawak lampu suluh tapi aku rasa seronok pula dengan pengembaraan kita kali ini" kata Ying yang sangat teruja itu "Mari kita bertolak. Aku pula yang tak sabar"
"Jom Ying! Aku pun tak sabar juga ni" Gopal dan Ying terus berjalan ke depan dan kawan mereka yang lain, pandang satu sama lain dan terus berjalan di belakang mereka berdua. Fang asyik memandang kad jemputan ke karnival hantu itu. Dia rasa curiga dan agak ragu-ragu dengan karnival tersebut. Kalau rancangan Adudu pun, kenapa perlu buat pada pukul 12 malam? Selalunya Adudu akan menyerang mereka pada waktu siang
"Kau ok ke Fang?" tanya Boboiboy
"Aku ok cuma rasa curiga pula. Tapi apa-apa terjadi nanti, kita kena beritahu abang aku"
"Betul tu landak! Lily sokong sahaja. Kalau terjadi apa-apa dekat Lily, Boboiboy ku akan melindungi diri Lily yang tidaklah selemah mana" Lily tersenyum lebar kepada Boboiboy "Malam yang indah ini, bolehlah Lily berjalan-jalan dengan Boboiboy dekat karnival hantu tu"
"Hehehee.. boleh aje Lily tapi Lily tak takut ke dengan hantu?" tanya Boboiboy
"Ehem! Ini Lily lah! Lily the awesome! Lily tak pernah takut dengan hantu! Dengan Ratu Lily pun Lily tak takut tapi Lily merindui duo Lily.. uwaaaaa!" terus Bella bagi sapu tangan dekat Lily "Terima kasih Bella" Dia hembus hingus dia dekat sapu tangan itu dan berikan balik kepada Bella
"Err.. Lily simpan ajelah sapu tangan tu" Bella tersengih
"Ok! Agaknya, macam mana rupa karnival hantu tu nanti? Ramai ke orang nanti?"
"Tak tahulah Lily, mungkin hanya kita sahaja kot" jawab Yaya yang berada di depan Lily
"Kenapa kau cakap begitu Yaya?"
"Tak tahulah Fang. Mungkin perasaan aku sahaja kot. Lagipun benda pelik-pelik selalu berlaku dekat Pulau Rintis dan semuanya akan terjadi dekat kita semua"
"Betul juga cakap kau" kata Boboiboy "Kehidupan kita orang ni, memang tak pernah rasa bosan"
"Lily pun sama! Semenjak Lily jadi kawan korang, Lily sekali pun tak pernah nak rasa bosan. Mesti ada aje benda-benda baru yang akan terjadi, contohnya si landak ni. Mesti ada aje idea kenakalan dia, lepas tu landak kena kejar dengan abang dia bagaikan raksasa mambang"
"Woi! Abang aku bukan mambanglah" marah Fang
"Hehehee... maaf landak" Lily tersengih sambil garu-garu kepala dia
"Kasihan Fang.. asyik kena panggil landak aje" Faye melihat Fang yang sedang berkerut-kerut dahi. Semua orang tahu Fang tidak suka kalau orang panggil dia macam-macam dan berikan nickname tapi kawan-kawan dia masih suka lagi panggil dia macam-macam. Terpaksalah Fang sentiasa bersabar, lebih-lebih lagi kalau Lily ada dengan mereka
"Betul tu Faye! Mengikut survey yang Lily terima... landak adalah paling banyak sekali panggilan nama yang dia dapat"
"Korang memang, suka sangat nak buat hati aku panas" Fang terus berjalan ke depan kerana dia malas nak dengar suara Lily yang sungguh nyaring itu. Dia selalu bayangkan suara Lily seperti suara seorang watak gadis dalam mana-mana anime. Kadang-kadang dia rasa mahu menghempuk kepala Lily dengan periuk. Mereka teruskan berjalan sambil menikmati angin malam yang begitu dingin itu. Masing-masing sudah merasai kesejukan pada malam itu walaupun mereka sudah memakai baju tebal. Makin lama makin jauh mereka berjalan sehinggalah mereka sampai di sebuah kawasan yang luas berdekatan dengan kawasan hutan. Kawasan itu di penuhi dengan karnival hantu tetapi keadaannya agak sunyi. Tiada rentak muzik untu ceriakan karnival itu. Lampu-lampu di situ agak malap dan paling menakutkan adalah, semua pengunjung di situ adalah hantu
Gopal sudah menggigil melihat hantu-hantu di situ. Dia pergi menyorok di belakang Boboiboy apabila dia ternampak beberapa hantu badut sedang berkeliaran di karnival itu. Lily terus memeluk tangan Boboiboy kerana dia juga sudah ketakutan. Bella dan Faye hanya memandang satu sama lain. Yaya dan Ying tidak berkata apa kerana mereka rasa pelik. Fang rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan karnival itu
"Wei Gopal, janganlah peluk aku kuat sangat"
"Maaf Boboiboy tapi aku takut pula tengok hantu badut tu.." kata Gopal sambil tunjuk ke arah beberapa hantu badut. Dia menjerit sedikit apabila ternampak hantu berjalan tanpa kepala. Di tangan hantu itu, terdapat sebuah lolipop yang agak besar "Macam mana hantu tu nak makan?"
"Entahlah tapi aku rasa tak sedap hati pulak" kata Boboiboy
"Wei, jom kita balik" Yaya sudah pun berundur. Ying pusingkan badannya untuk pulang ke rumah tetapi mereka terkejut dengan kehadiran hantu badut di belakang mereka
"Gopal, aku rasa kau jangan tengok belakang" kata Ying sambil tersengih-sengih melihat hantu badut itu. Salah seorang daripada hantu badut itu, terus dekatkan diri dan lalu berkata sesuatu dengan suara yang begitu menyeramkan
"Ma..suk... ma.. sukkkk"
"Maksud kamu.. kami kena masuk dalam karnival tu?" tanya Ying yang sudah menggigil ketakutan. Mereka semua pusing kebelakang kecuali Gopal. Mata dia sudah dipejamkan kerana tidak mahu melihat hantu. Dia memang memang minat dengan apa-apa sahaja yang berkenaan dengan hantu tetapi menjadi takut apabila jumpa dengan hantu
"Ma.. sukk... ma sukk..."
"Ok, ok.. kita orang akan masuk.. hehehe" Boboiboy terus tersengih. Maka, dengan secara terpaksa, mereka pusingkan badan dan terus masuk ke dalam karnival hantu itu. Gopal mulai beranikan sedikit diri dia tapi rasa seronok pula melihat pelbagai hantu yang ada di situ. Hantu bermain game di booth-booth permainan pun ada. Rollercoaster kecil untuk hantu pun ada tetapi makanan-makanan yang dijual di situ memang agak menjijikkan. Tekak mereka rasa loya, mereka terpaksa menahan bau busuk tersebut. Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily rasa seperti hendak muntah di situ tetapi mereka tahan. Fang berjalan di depan bersama Boboiboy. Mata mereka asyik pandang ke sana sini. Mereka takut kalau ada apa-apa yang cuba hendak menyerang mereka
"Wei Boboiboy, kalau takde apa-apa.. kita lari balik"
"Ok, aku ikut sahaja tapi macam mana nak lari. Cuba kau tengok, setiap tempat di kawal rapi oleh hantu badut" Memang betul kata Boboiboy. Karnival itu di kawal ketat oleh hantu badut. Setiap tempat terdapat hantu badut dan semuanya ada gigi taring dan kuku tajam
"Kita guna ajelah kuasa kita"
"Kalau kuasa kita takde kesan, sepupu kau adakan bawa alat untuk pergi ke mana sahaja?"
"Tak tahu, cuba kau tanya dia" Lalu Boboiboy berhenti untuk bertanya Faye. Dia pusing kebelakang. Faye dan Lily tiada dengan mereka
"Eh, mana sepupu kau? Lily pun takde" tanya Boboiboy. Mereka berhenti berjalan "Bukan ke dia orang dengan korang tadi"
"Tadi dia orang ada dekat belakang aku" jawab Bella "Jangan cakap, dia orang dibawa lari pulak" Seram sejuk Bella. Dia melihat sekelilingnya untuk mencari Faye dan Lily. Mereka tiada di situ tapi dia mulai perasan, pengunjung hantu di situ sudah pun hilang, yang tinggal hanya mereka sahaja. Hantu badut pun turut hilang juga. Gopal rasa lega sedikit
"Aku rasa tak sedap hati pulak" kata Bella lagi
"Samalah dengan aku tapi kita kena cari mereka berdua dulu maa..." kata Ying. Suasana menjadi ngeri, kabus-kabus keluar dari bumi dan bunyi-bunyi yang tidak begitu menyenangkan hati membuat mereka menjadi takut dan risau tentang Faye dan Lily
"Kita berpecah. Gopal dan Ying ikut aku. Fang dengan Yaya dan Bella" kata Boboiboy "Apa berlaku, hubungi aku dengan serta merta"
"Ok, kau pergi cari dia orang dekat bahagian belakang karnival, aku pergi bahagian depan. Nanti jumpa dekat sini" jawab Fang balik "Korang berhati-hati tau" Boboiboy angguk sahaja. Dia terus berjalan bersama Gopal dan Ying. Boboiboy menoleh kebelakang untuk melihat kawan-kawan dia yang lain. Fang berjalan di tengah di antara Yaya dan Bella. Makin jauh mereka berjalan, makin hilang dari pandangan mata Boboiboy
Boboiboy, Gopal dan Ying terus mengintai-intai ke dalam permainan merry go round tapi Faye dan Lily tiada di situ. Boboiboy terus masuk ke dalam, jari jemari dia menyentuh kuda mainan itu. Semuanya berkilat dan kelihatan baru. Tiada cacat celanya. Setiap kuda tersebut terdapat berlainan warna. Dia terasa ada sesuatu yang suruh dia duduk di atas kuda mainan itu. Bisikan itu membuat Boboiboy duduk di atas kuda tersebut
https://youtu.be/En1dfFxfGSQ
"Wei Boboiboy! Yang kau tiba-tiba duduk tu apasal? Kita bukannya nak pergi main dekat sini"
"Entahnya.. lu kenapa? Turun dari situ, Boboiboy" jerit Ying tetapi Boboiboy seperti tidak dengar. Secara tidak langsung, merry go round itu bergerak secara perlahan dan berpusing. Lagu sedih dan menakutkan terus dimainkan dan Boboiboy dihayuti oleh lagu tersebut
"Wei Ying, kau gunakan kuasa kau. Kita kena bawa turun Boboiboy dari situ" Gopal menjadi cemas. Dia mahu masuk ke dalam permainan itu tetapi dia takut kalau diri dia terkena juga
"BOBOIBOYYY! KAU TUNGGU SITU! BIAR KAMI SELAMATKAN KAU! KUASA SLOW MOOOO!" Tetapi permainan merry go round itu tidak berpusing dengan perlahan. Ianya masih bergerak dan lagu music itu masih dimainkan lagi. Ying cuba lagi "KUASA SLOW MOOO!" Gagal lagi
"Aiyoyooo.. macam mana ni Ying! Permainan ni berhantu.. guna kuasa kita pun tak berkesan juga" Gopal macam bagaikan hendak menangis di situ. Mata dia asyik perhatikan kawan baik dia yang duduk di atas kuda mainan itu sambil dihanyuti lagu tersebut
"Kau tunggu sini, aku cuba cari bilik untuk hentikan permainan ini"
"Dey! Jangan tinggalkan aku dekat sini!" Gopal terus mengejar Ying yang sudah lari dari situ. Ying berlari di sekeliling permainan itu tetapi tiada butang ataupun mesin untuk hentikan permainan itu
"Aiyaa.. macam mana ni, kena panggil yang lain" Tanpa membuang masa, dia cuba menghubungi Fang tetapi ada sesuatu tidak kena dengan jam kuasanya. Dia tekan butang di situ, tiada satu hologram pun yang keluar. Dia cuba menghubungi Yaya, sama juga "Wei Gopal, cuba kau menghubungi dia orang. Jam kuasa macam ada masalah sahaja"
"Ok" Gopal cuba menghubungi Fang ataupun Yaya tetapi jam kuasa dia sama juga seperti Ying "Aku rasa macam tempat ni tak bagi kita orang guna jam kuasa tapi macam mana kita nak selamatkan Boboiboy. Sudahlah lagu tu sangat menghayalkan. Sampai kaki aku sendiri macam nak masuk dalam merry go round tu"
"Kau kena kuat maa... tapi kita tak boleh tinggalkan Boboiboy di sini sahaja. Nanti apa-apa terjadi, kita yang susah nanti"
"Habis tu macam mana? Kau nak suruh aku tunggu dekat sini, sementara kau pergi cari dia orang"
"Lu berani ke tinggal sini sorang-sorang?" Terus Gopal tersengih malu "Habis tu, lu mahu pergi cari dia orang?"
"Janganlah Ying.. sudahlah ada hantu yang datang dekat dengan kita" Ying terus menoleh kebelakang setelah Gopal tunjuk di belakang dia "Tengoklah topeng dia pakai tu, menakutkan betul"
"Aiyoo.. kita buat-buat tak tahu. Mesti hantu tu tak kan datang dekat punya" Ying tidak mahu melihat topeng gadis itu. Dia hanya pandang sahaja Boboiboy yang masih lagi menaiki mainan kuda itu. Boboiboy seperti melambai-lambai sesuatu dan dia seperti berada di tempat lain. Ying menjadi risau dengan kawan baik dia "Gopal, dia datang ke sini ke?" tanya Ying
"Dey, kau ingat hantu tu tak kan datang dekat kita ke? Dia mesti nak datang dekat dengan kita punya.." Gopal melihat hantu gadis itu dan terus dia terasa sedikit bangga "kan betul kata aku, dia mesti nak datang sini" Hantu gadis itu semakin lama semakin dekat dengan mereka. Gopal sorok di belakang Ying. Mereka sudah ketakutan melihat hantu gadis itu berhenti di depan mata mereka
"Am I pretty?" tanya hantu itu
"Wei wei, jangan jawap..." bisik Gopal kepada Ying
"Habis tu, tak kan nak diam sahaja" Ying bisik balik. Mereka rasa mata hantu dia asyik perhatikan mereka berdua sahaja. Ying menelan ludah dan lalu dia menjawab sesuatu "Ye-yes" Gadis itu terus membuka topengnya dan mereka menjerit kerana mulut hantu gadis itu terpotong sampai ke pipi. Gopal sudah larikan diri dan tinggalkan Ying keseorangan di situ
"How about now?"
"Errr... SAYA LARI DULU!" Ying terus larikan diri tetapi ke arah mana dia mahu lari, dia tidak tahu
---------------------------------------------------------
"LILYYYY!"
"FAYEEEEE!"
"WEI PELIK! MANA KAU SOROK HAH?"
"Wei Fang, panggillah elok-elok" tegur Yaya dengan nada tegas dia
"Yang dia panggil aku landak, kau ok pulak" marah si Fang "Aku bukannya landak, cuma style rambut aku aje macam landak tapi aku paling geram sekali si Emmy tu. Tak habis-habis nak panggil aku abang Fely! Aku lelaki lah bukannya perempuan! Apasal korang suka sangat bagi aku nama yang pelik-pelik. Ingat aku suka ke" Bella terus tepuk kepala Fang "WOI! Kau pun satu.. asyik nak tepuk kepala aku aje"
"Sudahlah tu Fang, buat rugi air liur kau membebel dekat kita orang. Panas baran aje melebih" tegur Bella "Sekarang ni kan kita nak cari Faye dan Lily, bukannya nak dengar bebelan kau yang membosankan tu" Aura-aura kegelapan Fang keluar kerana hati dia panas dengan Bella
"Isk, daripada kita bergaduh.. baik kita cari kawan kita sebelum apa-apa terjadi dekat dia orang" Yaya terus berjalan di tepi-tepi sebuah khemah yang sebesar rumah itu, yang selalu di gunakan untuk circus. Khemah itu berselang-seli dengan warna putih dan merah "Korang rasa, apa yang ada dekat dalam khemah ni"
"Kalau khemah dah macam ni, mesti ada sesuatu yang tidak menarik contohnya badut, haiwan-haiwan yang mereka sudah dilatihkan, orang ya-" Bella dan Yaya terus tolak Fang masuk ke dalam khemah itu sebab malas nak dengar bebelan Fang lagi "WOI!" menjerit Fang di sebalik khemah itu
"Asyik nak membebel aje si panas baran ni" berapi-api Bella dengan Fang "Kalaulah aku ada kuasa, sudah lama aku pergi kunci mulut dia tu"
"Sabar ajelah Bella. Kita semenjak kenal dia dari awal sampai sekarang, memang kena bersabar dengan sikap dia yang suka marah-marah tu"
"Baguslah korang bersabar tapi antara kita semua, Lily sahajalah kot yang dapat tahan dengan perangai si panas baran tu.. hehehee" Bella tergelak sedikit. Lalu kepala Fang terkeluar dan melihat mereka "Apa kau nampak dalam khemah tu?"
"Takde apa pun tapi... " mulut Fang muncung sedikit dan tunjuk di belakang dia orang. Yaya dan Bella menoleh kebelakang. Hantu pocong sedang melompat-lompat ke arah mereka. Yaya dan Bella cepat-cepat masuk ke dalam khemah sebaik sahaja Fang masukkan balik kepala dia ke dalam khemah. Di dalam khemah itu terdapat sebuah pentas yang bulat dan sekelilingnya ada tempat duduk yang berbentuk bulat. Semuanya sunyi sahaja. Tiada bunyi, tiada angin dan hanya mereka bertiga sahaja ada di situ. Mereka berjalan ke tengah-tengah pentas dan secara tiba-tiba, muncul lah seekor harimau jadian di depan mata mereka
"Errr... harimau tu akan terkam kita orang ataupun tidak?" tanya Fang secara perlahan. Dua kawan perempuan dia kini di belakang Fang dan dia pula melindungi mereka daripada harimau tersebut
"Tapi kita tak boleh lawan harimau tu dengan menggunakan kuasa kita" kata Yaya di belakang Fang
"Apasal tak boleh pulak?"
"Isk kau ni Fang, tak kan kita nak cederakan haiwan pula" kata Yaya dengan nada tegas dia
"Betul cakap Yaya. Baik kau dengar cakap pengawas sekolah kita ni" Bella sahaja sindir Fang sedikit. Fang menggenggamkan tangannya tetapi dia tahu, ini bukannya masa untuk bergaduh tapi untuk berhadapan dengan harimau jadian itu
"Habis tu, apa kita perlu buat se-" Fang berhenti bercakap kerana tiba-tiba sahaja, mereka bertiga terdengar sebuah lagu. Fang, Yaya dan Bella melihat sekeliling mereka, dari mana lagu itu datang. Harimau jadian itu sudah pun tiada di hadapan mereka tetapi seorang budak perempuan dengan baju gaun berwarna putih. Rambut dia di ikat sedikit dengan ribbon putih. Tangan dia terangkat sedikit dan lalu dia menghulurkan tangan dia supaya mereka bertiga ikut dia. Nyanyian lagu itu seperti datang dari budak perempuan itu tetapi bibir dia tertutup rapat
Fang, Yaya dan Bella terkena bisikan lagu itu. Lagu itu seperti lagu sumpahan yang berhantu
https://youtu.be/1t8-_pI1-9Q
Come, little children
I'll take thee away
Into a land
Of enchantment
Come, little children
The time's come to play
Here in my garden
Of magic
Follow, sweet children
I'll show thee the way
Through all the pain and
The sorrows
Weep not, poor children
For life is this way
Murdering beauty and
Passions
Hush now, dear children
It must be this way
To weary of life and
Deceptions
Rest now, my children
For soon we'll away
Into the calm and
The quiet
Come, little children
I'll take thee away
Into a land
Of enchantment
Come, little children
The time's come to play
Here in my garden
Of shadows
Kaki mereka bertiga bergerak ke arah budak perempuan itu. Mereka ikut budak perempuan itu keluar dari khemah dan terus ke sebuah taman permainan yang terdapat di situ. Budak perempuan itu tersenyum melihat mereka bertiga masuk ke dalam taman permainan itu. Terdapat sebuah pokok besar di dalam taman permainan itu dan juga sebuah buaian tergantung di pokok itu. Bella menjadi orang pertama yang sampai di buai itu. Lalu dia bermain berseorangan sambil tersenyum seorang diri. Pemikiran dia asyik bermain-mainkan sahaja lagu tadi. Fang dan Yaya bermain di gelongsor tanpa pedulikkan tentang Bella. Budak perempuan itu tersenyum sinis dan biji mata dia berubah menjadi putih
Ying yang lalu di situ, dia terkejut melihat tiga rakan dia sedang bermain-main di situ. Dia terus ke taman permainan itu dan lalu memanggil nama mereka tetapi budak perempuan itu pusingan badan dia. Ying menjerit sekuat hati tetapi kawan-kawan dia seperti tidak dengar jeritan Ying
"ARGHHHHHH!" Ying terkejut melihat budak perempuan itu. Baju putih tadi berubah menjadi buruk dan ada beberapa kesan tompok darah. Gigi dia juga penuh dengan lumuran darah. Dia datang ke arah Ying dengan pergerakan yang begitu perlahan
"Jangan datang dekat maaa... kalau tidak.. aku.. aku.." Ying melihat ke kiri dan ke kanan. Dia cuba untuk mencari sesuatu tetapi tiada satu benda yang boleh menjadikan senjata mempertahankan diri "Aiyaaa.. macam mana ni. Aku sudahlah penat berlari... kawan-kawan aku semuanya sudah terkena sumpahan lagu. Si Gopal pula hilang entah ke mana.. aku sorang-sorang sahaja di sini. Guna kuasa pun tak berkesan"
Hantu itu mula mendekati Ying dengan kedua belah tangan dia sudah terangkat. Ianya seperti mahu mencekik Ying tetapi sesuatu yang telah terjadi terhadap kepala hantu itu. Kepala gadis itu tercampak jauh dan terpisah daripada badannya. Gopal rupanya berada di belakang gadis itu dengan sebatang kayu
"WAHH GOPAL! Beraninya kamu!"
"Berani apanya, badan dia masih bergerak lagi! Mari kita lari!" Gopal sepak badan hantu itu dan terus dia berlari bersama Ying. Mereka terpaksa tinggalkan Fang, Yaya dan Bella di taman permainan itu
-------------------------------------------------------
"Apasal muka aku kena jilat ni?" Kaizo membuka matanya dan terkejut melihat pikachu sedang berdiri di atas dada dia "JADI KAU LAH YANG PERGI JILAT MUKA AKU!" Pikachu terus lari lintang pukang sebab takut dengan suara garang Kaizo "Takde kerja lain ke. Pergilah kenakan adik aku tu" Dia melihat jam di tepi katilnya, nampaknya sudah pun pukul 2 pagi. Kaizo bangun dan keluar dari katilnya. Dia terus ke bilik air untuk membasuh mukanya. Selepas itu, dia keluar dari bilik air dan mata dia ternampak sesuatu di atas meja. Sekeping kad berwarna hitam yang dia tidak pernah lihat sebelum ini
"Kad apa pulak ni?" Kaizo membelek-belek kad tersebut dan lalu dia baca "Hmm.. jemputan ke karnival hantu di Pulau Rintis pada pukul 12 malam. Kegilaan apakah ini! Pukul 12 malam orang nak tidur, dia pergi buka karnival pulak. Ini mesti kerja si Pang" Kaizo terus keluar daripada biliknya. Dia tidak ketuk pintu bilik adiknya, dia terus buka sahaja pintu itu
"PANGGG!" Jerit Kaizo tetapi katil adiknya kosong. Dia keluar dari bilik adiknya dan terus menjerit lagi "PANGGGGG!" Tiada jawapan yang dia terima "MANA KAU PANG! KAU LARIKAN DIRI LAGI KE?"
"Meow meow meow meow" muncul Shadow di kaki Kaizo
"APA! DIA KELUAR TANPA KEBENARAN AKU! Memang nak kena budak ni" Kaizo terus menghubungi adiknya menggunakan jam kuasa dia tetapi Fang tidak menjawab panggilan dia "Kenapa dia tidak menjawab panggilan aku!"
"Quack quack quack"
"Dia pergi ke karnival hantu?"
"Quack quack quack quack"
"Oh begitu.. budak-budak ni memang nak kena hukuman daripada aku. Bagus Lily bagus, aku amat kagum dengan kau"
"Quack quack quack"
"Yea, nanti aku akan berikan kau ganjaran" Kaizo tenangkan diri dia sebelum dia menghubungi Lynna. Dia perlukan bantuan untuk mencari adik dia dan juga kawan-kawan adiknya. Agak lama juga dia menunggu Lynna untuk menjawab panggilan dia dan akhirnya hologram Lynna muncul. Panggilan dari Kaizo membuatkan dia terjaga dari tidurnya
"Kaizo? Kau masih belum tidur lagi" kata Lynna sambil mengosok-gosok matanya
"Maaf Lynna tapi aku perlukan bantuan daripada kau. Si Pang dan kawan-kawan dia pergi ke karnival hantu"
"Karnival hantu?" Mata Lynna terbuka luas "Karnival apa macam tu tapi macam seronok aje pergi ke karnival hantu" Lynna tergelak sedikit tetapi muka Kaizo serius sahaja "Maaf Kaizo, aku bergurau sahaja tapi aku akan bantu kau untuk mencari mereka. Kau tunggu ok, aku akan sampai kejap lagi"
"Cepat sikit. Aku takut apa-apa akan terjadi dekat adik aku tu nanti" Terus Kaizo menutup hologram Lynna. Dia masuk ke dalam bilik untuk mengambil jaket birunya dan kad jemputan ke karnival hantu. Selepas itu dia turun ke bawah untuk menunggu Lynna. Shadow, Pikachu dan Lily si itik ikut Kaizo turun ke bawah dan terus ke ruang tamu. Tidak sampai 1 minit, Lynna telah pun munculkan diri di ruang tamu rumah Kaizo. Dia telah pun memakai sweater ungunya dan juga seluar panjang tidurnya. Dia tidak sempat untuk menyalin pakaian dan terus ke sini dengan pakaian tidurnya
"Muncul pun kau" Kaizo terus berikan kad karnival hantu itu kepada Lynna
"Kad karnival hantu?" Lynna membaca kad tersebut "Dekat kad ni ada tulis dekat mana karnival itu akan diadakan. Tapi kau tahu ke siapa yang hantar kad ni?"
"Aku tak tahu tapi kita perlu siasat. Mari, aku tidak mahu lengahkan masa lagi" kata Kaizo dengan nada serius dia
--------------------------------------------------------------
Faye dan Lily terus tersedar dari sumpahan mereka. Bagaimana mereka boleh terpisah dan hilang dari kawan-kawan mereka tadi? Faye dan Lily rupanya terdengar lagu sumpahan dari karnival tersebut tetapi yang peliknya, hanya mereka berdua sahaja boleh dengar lagu itu. Lagu tersebut membawa mereka berdua ke sebuah rumah yang ada di dalam karnival itu. Rumah itu seakan-akan berbentuk rumah anak patung
"Faye.. macam mana kita berada di dalam rumah gelap ni?" Lily melihat sekeliling mereka. Rumah itu memang gelap. Hanya cahaya-cahaya dari luar rumah sahaja yang menyinari sedikit di dalam rumah tersebut. Lily terus menjadi suis lampu tetapi tiada. Dia melihat kaca almari itu. Kaca itu bukanlah kaca yang sebenarnya tetapi adalah plastik. Kesemua di dalam rumah itu diperbuat daripada plastik dan kayu. Sofa yang tidak mempunyai cushion, hanya sofa kayu sahaja. Lampu kayu, pinggan-pinggan plastik kecil, cawan plastik, peti sejuk kayu, dan macam-macam lagilah tetapi yang peliknya, terdapat sebuah cermin kaca di situ. Ada sebatang lilin yang sudah digunakan kerana mereka boleh bau asapnya
"Wei Lily, ini bukan rumah biasa"
"Habis tu, ini rumah apa?" tanya Lily sambil melihat keadaan di luar rumah. Mereka masih lagi berada di karnival tersebut. Dia cuba untuk membuka tingkap itu tetapi ianya seperti sudah terlekat di dinding itu
"Ini macam rumah anak patung" Faye cuba membuka pintu rumah itu tetapi ianya sudah di kunci "Macam mana nak keluar dari sini"
"Wei Faye, itu Gopal dan Ying lah!" Lily ternampak kawan-kawan dia yang berada di luar rumah. Dia ketuk-ketuk tingkap rumah itu sambil menjerit nama mereka "GOPAL! YING! KITA ORANG DEKAT SINI!"
"GOPALL! YING!" Faye menjerit di tingkap lain tetapi nampaknya, mereka berdua tidak dengar jeritan dari Faye dan Lily. Dia melihat mereka berdua lari dari situ sambil mencari arah tuju untuk sorokkan diri
"Macam mana ni" Lily terduduk di bawah tingkap. Lalu dia bersandar "Adeh.. tak bestnya pengembaraan kita kali ini"
"Hehehe.. ingat semua pengembaraan kita menarik ke" Faye duduk di sebelah Lily. Dia melihat kawan baik dia dalam keadaan sedih dan juga ada sedikit ketakutan "Kau jangan takut sangat, aku kan ada. Apa kata kita periksa satu rumah ni. Mana tahu kita dapat jumpa jalan keluar"
"Ha ah! Betul juga cakap kau! Aku Lily the awesome! Tak kan mengalah untuk keluar dari sini! I WILL NOT GIVE UP!" Terus Lily bangun dengan semangat baru. Faye tergelak sahaja "Faye! Kita jadi superhero ghost! Kita akan menentang kehantuan di dalam rumah ini!"
"Err.. kehantuan? ada ke perkataan tu?" Faye garu-garu kepala dia sambil fikirkan perkataan tadi. Lalu dia bangun dan ikut di belakang Lily yang sudah berjalan ke arah tangga rumah tersebut. Tangga Lily tiba-tiba sahaja mencengkam lengan Faye begitu kuat sekali. Faye melihat mata Lily yang sedang memandang di atas tangga. Lalu dia melihat apa yang Lily nampak. Sebuah anak patung yang rambut dia agak jarang, mata sebelah dia tiada, gigi dia taring dan tangan sebelah kanan dia seperti sudah patah. Hantu anak patung itu turun ke bawah dengan agak perlahan. Mata Faye melirik ke sebelah kiri tangan anak patung itu
"Wei Lily, dia pegang pisau tajamlah"
"ERKKK!" Lily terkejut dan mereka terus berlari sambil menjerit "ARGHHHHHH! HELP US! HELP US!" Lily ketuk-ketuk tingkap plastik itu tetapi tiada siapa yang boleh mendengar jeritan mereka. Lily menoleh kebelakang dan anak patung itu sudah mula bergerak secara cepat. Faye menarik tangan Lily dan terus lari ke dalam dapur. Faye mengangkat sebuah kerusi kayu. Dia sudah bersiap sedia untuk berlawan dengan hantu anak patung tersebut
"Lily, kau cuba cari pintu jalan keluar. Aku akan cuba halang hantu itu"
"Erk?! Tak kan kau nak lawan dengan hantu tu sorang sahaja"
"Takpe. Kita kan sudah fully training dengan latihan tempur abang sepupu aku tu" Faye tersenyum sedikit tetapi muka dia terus berubah menjadi serius apabila hantu anak patung itu masuk ke dalam dapur. Hanya sebuah meja menjadi penghalang di antara hantu anak patung itu dengan kedua kawan baik itu. Faye melompat naik ke atas meja itu bersama dengan sebuah kerusi kayu
"WOAHHH! Kawan baik aku memang dasyat" Lily bertepuk tangan melihat kawan baik dia yang begitu fleksible. Faye menghentam hantu anak patung itu dengan kerusi kayu tersebut sehingga kerusi itu patah. Dia tikam kepala anak patung itu berkali-kali dan lalu dia berikan tendangan yang begitu kuat sekali. Kepala anak patung itu tercabut dari badannya. Akhirnya badan anak patung itu terjatuh di atas lantai dapur. Faye buang kayu kerusi yang sudah patah itu, lalu dia turun dari meja
"Jom kita pergi periksa di bahagian atas" kata Faye dengan nada serius dia. Lily tidak pernah melihat kawan baik dia yang begitu serius sekali. Lily seperti nampak diri Kaizo ada di dalam perangai serius Faye. Mereka terus keluar dari dapur secara berhati-hati. Mereka tidak mahu terserempak dengan mana-mana hantu anak patung yang lain pula. Kepala anak patung tadi ada di tepi pintu dapur. Habis kepala itu di tikam sehingga terkeluar biji mata anak patung itu. Mereka teruskan berjalan ke arah tangga rumah. Selepas itu, mereka naik ke atas. Faye melihat apa yang ada dan Lily tunggu di anak tangga. Faye naik ke atas dan secara tidak langsung, dia menjerit kerana kali ini, hantu yang lebih dasyat muncul. Hantu itu mempunyai rambut lurus dan panjang seperti rambut pontianak. Hantu dia adalah hantu seorang perempuan tetapi muka dia pucat dan tangan sebelah kanan dia terdapat sebilah pisau. Faye dan Lily turun ke bawah balik dan hantu itu mengejar mereka
Lily mengetuk-getuk pintu rumah tersebut dan menjerit sekuat hati "TOLONGGGG! TOLONGGGGG! KITA ORANG ADA DEKAT SINI! BOBOIBOY! HELP USSSSS!"
Malangnya, tiada siapa yang dengar jeritan dari Lily dan juga Faye. Mereka berdua terpaksa mengelakkan diri daripada hantu yang seperti pontianak itu atau lebih dikenali sebagai hantu Bloody Mary
---------------------------------------------------------------
"Ying... berhenti.. kejap" Gopal sudah tidak larat untuk berlari lagi. Dia tercungap-cungap sambil mencari sebuah kerusi yang ada di karnival itu "Penat betul berlari..."
"Tahu takpe.. sekarang macam mana Gopal. Tinggal kita berdua sahaja"
"Aku tak tahulah Ying tapi yang penting sekarang, kita sudah lari jauh daripada hantu tadi tu" Gopal terpaksa duduk di atas tanah sahaja untuk rehatkan diri dia buat sementara "Tapi kalau kita panggil abang Kaizo macam mana?"
"Boleh juga maa.. tapi aku takut bila kita sampai sini balik, nanti semuanya hilang"
"Betul juga cakap kau" Gopal mengusap-usap sambil memikirkan sesuatu. Lalu dia mendapat satu idea "Hah! Apa kata biar aku sahaja yang pergi panggil abang Kaizo dan kau duduk dekat sini"
"Wei, lu gila kaa... tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini"
"Ala, kawan-kawan kita kan ada cuma mereka dalam sumpahan sahaja" Tersengih Gopal sambil melihat muka marah Ying "Kalau kau tak nak, jangan tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini Ying. Aku takut!"
"Haiyaa.. minat hantu tapi takut" Ying gelengkan kepala. Mata dia terpandang sesuatu yang sedang bergerak-gerak ke arah mereka. Dia betulkan cermin mata dia sedikit dan cuba melihat apa yang cuba datang ke arah mereka. Makin lama, bayang itu makin dekat dan muncul seorang nenek tua. Dia berjalan terhenjut-henjut tapi pergerakan dia agak cepat
"Ying, siapa nenek tua tu?" bisik Gopal
"Mana aku tahu maaa.. tapi apa-apa pun, bersiap sedia untuk larikan diri" Ying beranikan diri untuk berdepan dengan nenek tua itu. Dia tidak tahu samada nenek itu adalah hantu ataupun memang betul-betul manusia. Gopal terus sorok di bahagian belakang pokok besar. Dia mengintai-intai sedikit untuk melihat nenek tua itu
"Jangan lari nak, nenek tak kan apa-apakan kamu berdua. Mari ikut nenek" kata nenek tua itu
"Ikut ke mana nenek" tanya Ying dengan rasa curiganya
"Pergi ke rumah nenek. Tak selamat kamu berdua duduk di sini. Jangan takut, nenek bukan hantu" Nenek itu pusingkan badan "Mari nak, kita akan selamat dekat rumah nenek"
"Macam mana Ying? Boleh percaya ke?"
"Hmm.. aku tak tahu tapi apa-apa pun, kita tidak boleh duduk dekat sini sahaja. Takut hantu lain pula akan muncul" Ying rasa teragak-agak, samada mahu ikut nenek tua itu ataupun tidak "Macam ini sahajalah, kalau dia cuba hendak takutkan kita. Kita lari sahaja dari nenek tua itu"
"Ok tapi aku lari dulu daripada kau yea" Ying terus piat telinga Gopal "Adoi adoi! Janganlah buat aku macam tu" Ying tidak endahkan jeritan kesakitan Gopal, dia teruskan piat telinga Gopal dan ikut sahaja ke mana nenek tua itu hendak membawa mereka berdua. Tidak jauh dari situ, tangan Ying lepaskan telinga Gopal kerana dia tergaman melihat rumah nenek tua itu
"Adoi" Gopal mengusap-usap telinga dia yang sudah merah kemerahan itu "Kau ni memang sengaja..." Mata Gopal terpandang sebuah rumah yang diperbuat daripada biskut-biskut chocolate. Tingkap rumah itu terdapat pelbagai bentuk gula-gula yang ada. Ada beberapa batang chocolate yang tercacak di atas tanah. Air liur Gopal mula meleleh keluar melihat rumah itu
"Marilah nak, mari kita masuk" kata nenek itu sambil tersenyum. Gigi dia hanya ada empat batang sahaja. Dua di atas dan dua di bawah
"Jom Ying, kita masuk" kaki Gopal sudah melangkah ke depan. Mata dia dari tadi tidak berkelip-kelip kerana dia telah menjumpai rumah idaman dia iaitu sebuah rumah diperbuat daripada makanan "Lapar pulak perut aku tengok rumah ni"
"Aiyaa... jangan cakap kau nak makan rumah ni" Gopal angguk sahaja
"Jangan risau, nenek ada sediakan pelbagai makanan dekat dalam rumah nenek. Mari kita makan" Nenek tua itu pelawa Ying dan Gopal masuk ke dalam rumah. Gopal dengan tiada perasaan ragu-ragu, dia terus masuk ke dalam rumah tersebut
"Wei Gopal, jangan main masuk sahaja"
"Ala Ying, aku tengok nenek tu ok aje. Tak nampak macam hantu. Lagipun, lebih baik kita duduk dekat dalam rumah daripada duduk dekat luar ni. Karang muncul hantu lain yang lebih menakutkan daripada yang sebelum ini, boleh pengsan aku"
"Yelah.. tapi kalau apa-apa terjadi, aku akan salahkan kau juga" Ying pijak kaki Gopal dan terus dia masuk ke dalam rumah dulu
"Dey! Sakitlah!" Gopal melompat-lompat masuk ke dalam rumah itu. Secara tidak langsung, pintu rumah itu tertutup dengan sendirinya dan lalu ianya dikunci. Gopal dan Ying ikut nenek tua itu ke dapur. Sampai sahaja di dapur, terdapat pelbagai jenis makanan yang ada di atas meja makan. Seekor ayam yang sudah siap dipanggang, telah diletakkan di tengah-tengah meja tersebut. Bau aroma ayam panggang itu, membuat Gopal menjadi lebih lapar. Bukan ayam panggang sahaja, ada mash potato, chicken pie, bebola keju, roti cheese, fruit tart, mac and cheese, telur sandwich, nutella cheesecake, ice cream cake, donut dalam pelbagai perisa dan bermacam-macam lagilah. Ying rasa begitu membazir pula kalau makanan ini tidak dihabiskan
"Duduk yea, nenek siapkan makanan ini untuk kamu berdua. Makan puas-puas dan jangan malu-malu"
"Baik nenek!" kata Gopal yang sudah duduk di atas kerusi. Tangan dia terus mencapai ayam panggang itu. Dia cuba mengambil kepak dan peha ayam. Selepas itu dia mengambil mash potato dan juga beberapa potato wedges. Dia seperti berada di dalam sebuah mimpi. Ying perhatikan sahaja makan tersebut, dia tidak rasa begitu lapar
"Kenapa kamu tidak makan? Makanlah"
"Errr... baik nenek" Ying mengambil satu biji fruit tart dan lalu dia gigit sikit-sikit. Nenek itu terus tersenyum kepada Ying. Mereka makan dan makan dan makan sehinggalah mereka rasa perut mereka tidak boleh menerima makanan lagi. Gopal dan Ying rasa begitu mengantuk dan lalu, mereka tertidur di situ. Nenek itu tersenyum sinis. Dia sudah pun siapkan bahan-bahan untuk masak mereka berdua. Dia adalah seorang nenek dari cerita Hansel and Gretel
"Yang gemuk ni, mesti banyak isi. Kenyanglah aku selepas ini" Nenek itu tergelak sinis di dalam dapur itu
----------------------------------------------------------------
"PANGGGG! MANA KAU!" Kaizo asyik menjerit nama adiknya sambil menyuluh di dalam kawasan hutan itu
"FANGGG! FAYEE!"
"Dari tadi kita cari, sampai sekarang tak jumpa" kata Kaizo yang sudah hilang kesabarannya "PANGGGG!"
"Sabar Kaizo, nanti kita akan jumpa mereka" Lynna menjadi bertambah risau. Mereka berjalan makin lama makin jauh ke dalam hutan yang tebal itu "Mana dia orang pergi ni" Badan Lynna sudah menggigil-gigil akibat kesejukan. Kaizo seperti tidak merasai kesejukan malam
"Kalau terjadi apa-apa dekat mereka, aku akan menghukum dia orang bukan hantu-hantu tu nanti"
"Hehehe... tapi kau tak rasa ke macam dia orang dibawa lari oleh hantu-hantu dari karnival tu nanti?"
"Tak, aku tak rasa begitu" kata Kaizo dengan nada serius dia "Aku yakin, ini semua hanyalah permainan hantu sahaja"
"Hmm.. mungkin juga tapi siapa yang dapat kad jemputan itu selain daripada kau?"
"Aku pun tak pasti" Kaizo terus menyuluh di sebalik pokok, di atas pokok dan lalu dia menyuluh di celah-celah batu bata yang amat besar. Kaizo dan Lynn terkejut melihat Boboiboy terduduk di atas batu itu. Mata dia pejam seperti dia sedang tertidur tetapi sebenarnya badan dia amat lemah. Lynna terus merasa dahi Boboiboy
"Dia demam tapi dia sudah kehabisan tenaga"
"Kau tunggu di situ, biar aku aku mencari yang lain. Mesti dia orang tidak berapa jauh dari sini" Kaizo berjalan seorang diri. Manakala Lynna baringkan Boboiboy di tepi sebuah pokok. Dia perlu memanggil ambulance dengan segera. Dia dan Kaizo sahaja tidak mampu mengangkat mereka semua nanti. Kaizo mencari adiknya dan kawan-kawan adiknya yang lain sehingga dia ternampak Bella sedang duduk di atas buai yang tergantung di dahan pokok. Bella juga seperti Boboiboy. Badan dia lemah dan demam dia agak panas. Tidak jauh dari situ, Kaizo menjumpai adiknya sedang terbaring di atas daun-daun yang sudah keguguran di atas lantai bumi. Yaya juga ada di situ tapi dia hanya bersandar di pokok. Kaizo terus menghubungi Lynna. Hologram Lynna muncul
"Lynna, aku sudah jumpai adik aku dan kawan-kawan dia sekali tapi Faye dan Lily masih belum jumpa lagi"
"Ok, aku akan datang ke situ dengan segera" Kaizo menutup terus hologram Lynna "Pang, kau tunggu di sini. Abang kena cari Faye dan kawan-kawan kau yang lain" kata Kaizo kepada adiknya
"KAIZO!" Lynna datang sambil mengangkat Boboiboy "Aku nampak Lily dan Faye dekat sana, semasa aku datang ke sini"
"Ok, terima kasih" Kaizo cepat-cepat bergegas untuk dapatkan Faye dan Lily. Di dalam pencarian dia, Kaizo tidak sangka dia boleh terjumpa Gopal dan Ying di dalam sebuah lubang besar yang ada di bawah sebatang pokok iaitu bahagian akar pokok. Dia terpaksa mengheret Gopal keluar dari lubang itu "Berat betul budak ni" Selepas itu dia mengangkat Ying keluar dari lubang tersebut. Kedua-duanya seperti kawan-kawan mereka yang lain, lemah dan juga demam panas. Kaizo menghubungi Lynna yang dia sudai temui Gopal dan Ying. Selepas itu, dia berjalan lagi dan terjumpa Faye dan Lily di celah-celah batu. Tangan Faye terdapat sebatang kayu dan Lily pula seperti sedang menyorok dari sesuatu. Kesemua anak-anak kecil itu sudah ditemui dan beberapa minit kemudian, pasukan ambulance pun telah tiba di kawasan itu. Mereka semua diangkat masuk ke dalam ambulance dan terus ke hospital untuk dapatkan rawatan
-------------------------------------------------------------------
Sudah dua hari mereka berada di dalam hospital dan pada hari ini, mereka semua boleh keluar dari situ. Kini mereka berkumpul di kedai Tok Aba untuk berbincangkan tentang kejadian hari itu
"Haih, sudah keluar dari hospital, boleh lagi korang datang ke sini" tegur Tok Aba sambil berikan Ice Chocolate Blended Special kepada Gopal
"Hehehehe.. kita orang bukannya sakit serius sangat pun tapi kita orang rasa pelik, siapa yang hantar kad jemputan tu dekat Gopal dan Bella?" tanya Boboiboy
"Sebenarnya abang aku pun dapat juga" kata Fang secara tiba-tiba "Kak Lynna ada beritahu, selepas sahaja kita orang masuk hospital. Dia pergi buat siasatan dan rupa-rupanya karnival hantu tu wujud hanya dalam 50 tahun sekali sahaja dan hari itu dia muncul balik. Lepas ni, kena tunggu 50 tahun lagi lah"
"Erkk.. begitu pulak" terkejut Boboiboy
"Tapi apa yang disebabkan wujudnya karnival hantu tu? Mesti ada ceritanya" tanya Yaya
"Itu kak Lynna tak cerita tapi kad jemputan tu, dia hantar kepada peminat hantu sahaja, sebab itu Gopal, Bella dan abang aku dapat" Mata Fang melirik ke arah Bella "Tak sangka pulak kau peminat hantu" Bella tersengih sahaja dan muka dia menjadi merah sedikit sebab malu. Lalu Fang berkata lagi "Kawasan lapang yang kita orang nampak hari tu sebenarnya ialah kawasan hutan, kak Lynna yang beritahu aku"
"Aiyoo.. menakutkan betul" kata Ying pula "Tapi aku tak boleh lupakan tentang kejadian hari itu. Nenek tua tu pergi kurung aku dan Gopal dalam sangkar. Dia mahu masak kami berdua"
"Wuuuuu... macam sedap aje kalau makan korang" Gopal dan Ying berikan renungan maut ke arah Lily "Heheheee... bergurau aje tapi aku dan Faye asyik kena kejar dengan hantu dalam rumah anak patung. Penat tau tak, lari sekeliling rumah tu"
"Macam-macam betul" Faye rasa seram sejuk pula "Tapi selamat korang takde kena apa-apa sangat"
"Main gelongsor sahaja.. hahahaaa!" ketawa Fang dengan bangganya "Takde hantu nak kacau kita orang main dekat taman permainan"
"Hmm.. apa-apa ajelah kau ni" Boboiboy terus makan cekodok chocolate yang baru siap di masak "Tapi tahun ni aje, sudah banyak sangat hantu kita jumpa. Paling banyak sekali mesti si hantu badut tu"
"Hehehehehe.. hantu badut kan popular" kata Gopal tetapi didalam hati dia, terasa sedikit takut "Tahun lepas Fang banyak sangat kena seksa, tahun ni banyak sangat hantu.. tahun depan apa pulak?"
"Entahlah.. aku pun tak boleh nak buat andaian" kata Fang
"Hehehee... macam-macam betul korang lalui yea tapi memang pelik" tergelak Bella "Tapi pelik-pelik pun, rasa seronok pula dengan pengembaraan korang"
"SERONOK KAU KATA!" Muncul Kaizo dengan pedang tenaga dia "BUKAN KE AKU SUDAH BERITAHU, JANGAN BUAT BENDA YANG BUKAN-BUKAN! YANG KORANG PERGI JUGA KE KARNIVAL HANTU TU KENAPA?"
"Bukan adik, tapi dia orang yang ajak adik" Fang tunding jarinya ke arah Boboiboy dan Gopal
"TAK KISAHLAH! KORANG SEMUA MEMANG PATUT DIKENAKAN HUKUMAN!" Mereka semua menelan ludah sambil melihat muka ngeri Kaizo "LATIHAN TEMPUR VERSI HANTU!"
"TIDAKKKKKKKKKKKK!"
"Hantu lagi, lemahlah badan aku kalau macam ni tiap-tiap hari" Pengsan Gopal
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top